KONSEP KERJAYA PILIHAN KANAK-KANAK BERUSIA 5-6 TAHUN

25
1 KONSEP KERJAYA PILIHAN KANAK-KANAK BERUSIA 5-6 TAHUN Al-Hafis, Nurul Nadia, Yuslina, Mhd Subhan, Tiagarajan, Suhanya Anne, Syaifuldin Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kerjaya pilihan kanak-kanak berusia 5-6 tahun dan mengenalpasti pengetahuan mereka tentang kerjaya. Seramai 15 orang pelajar pra sekolah berusia 5-6 tahun Sekolah Kebangsaan Kampung Sukor Dungun, Terengganu telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Mereka dipilih secara rawak berkelompok. Satu set kad kerjaya sumber daripada Kementerian Pendidikan Malaysia telah digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini. Analisis dapatan kajian menunjukkan sebanyak 11 (73.33%) orang responden memilih kerjaya yang mereka telah ketahui atau kenali berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Didapati sebanyak 66.67% responden mengetahui bidang tugas kerjaya pilihan mereka berbanding hanya 33.33% responden sahaja tidak mengenali bidang tugas kerjaya pilihan mereka. Beberapa kajian telah dikemukakan bagi pendedahan kerjaya yang patut diamalkan oleh pelajar. Beberapa cadangan bagi kajian lanjutan juga turut dikemukakan. Keyword : Konsep Kerjaya, Kanak-kanak, Berusia 5-6 Tahun

Transcript of KONSEP KERJAYA PILIHAN KANAK-KANAK BERUSIA 5-6 TAHUN

1

KONSEP KERJAYA PILIHAN KANAK-KANAK BERUSIA 5-6 TAHUN

Al-Hafis, Nurul Nadia, Yuslina, Mhd Subhan, Tiagarajan,

Suhanya Anne, Syaifuldin

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kerjaya pilihankanak-kanak berusia 5-6 tahun dan mengenalpasti pengetahuanmereka tentang kerjaya. Seramai 15 orang pelajar pra sekolahberusia 5-6 tahun Sekolah Kebangsaan Kampung Sukor Dungun,Terengganu telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini.Mereka dipilih secara rawak berkelompok. Satu set kad kerjayasumber daripada Kementerian Pendidikan Malaysia telahdigunakan oleh penyelidik dalam kajian ini. Analisis dapatankajian menunjukkan sebanyak 11 (73.33%) orang respondenmemilih kerjaya yang mereka telah ketahui atau kenaliberdasarkan gambar yang ditunjukkan. Didapati sebanyak 66.67%responden mengetahui bidang tugas kerjaya pilihan merekaberbanding hanya 33.33% responden sahaja tidak mengenalibidang tugas kerjaya pilihan mereka. Beberapa kajian telahdikemukakan bagi pendedahan kerjaya yang patut diamalkan olehpelajar. Beberapa cadangan bagi kajian lanjutan juga turutdikemukakan.

Keyword : Konsep Kerjaya, Kanak-kanak, Berusia 5-6 Tahun

2

PENGENALAN

Pekerjaan merupakan suatu aktiviti yang penting dalam

kehidupan manusia dan akan berasa puas dengan kehidupannya

apabila memiliki suatu pekerjaan yang tetap dan terjamin.

Malah pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap

ekonomi, dan pendapatan. Bekerja bererti seseorang itu mesti

aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada

dirinya, orang lain dan bidang yang diceburi. Pekerjaan

dikatakan mempengaruhi konsep kendiri, perasaan nilai,

kesejahteraan, dan identiti keperibadian seseorang.(Muhd

Mansur dan Siti Nordinar,1989)

Menurut Teori John Piaget, beliau mengenal pasti 4

peringkat dalam perkembangan kognitif kanak – kanak, iaitu

pada 0 – 24 bulan, 2 – 7 tahun , 7 – 11 tahun atau 12 tahun

dan 12 tahun keatas. Ini bermakna kanak – kanak tidak dapat

melakukan sesuatu perlakuan sehinggalah mereka mencapai

sesuatu pada peringkat umur tertentu. Piaget mendapati kanak –

kanak membina pengetahuan baru dengan menggunakan struktur

pengetahuan sedia ada yang membuat penyesuaian kepada

pengalaman- pengalaman baru dan mengubah suainya dengan

sewajarnya. Kanak – kanak menyumbang secara aktif kepada

tumbesaran minda mereka sendiri dengan menjadi pelajar yang

mempunyai sikap ingin tahu yang menerokai sendiri persekitaran

sekeliling.

3

Kerjaya pilihankanak-kanak pada usia 5-6 tahun banyak

dipengaruhi oleh faktor persekitaran mereka. Kanak-kanak

belajar tentang dunia pekerjaan melalui beberapa faktor

intrinsik.Trice dan Gilbert (1990) mendapati bahawa kanak-

kanak yang mempunyai lebih kawalan luaran menyatakan kurang

aspirasi pekerjaan atau aspirasi fantasi terutamanya,

berbanding dengan kanak-kanak dengan lokus dalaman yang lebih

besar dan ini dapat mengawal siapa yang menunjukkan aspirasi

yang lebih realistic kepada pekerjaan.

Beberapa kajian telah mengkaji persepsi dan pengetahuan

tentang kerjaya ibu bapa kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh,

Jacobs(1996) kajian guru-guru prasekolah, ibubapadankanak-

kanakmendapatibahawakanak-kanakseringtidaktahuapa yang ibubapa

mereka lakukan dalam pekerjaan mereka, walaupun kedua-dua guru

dan ibu bapa mempercayai bahawa ia adalah penting bagi mereka

mempunyai pengetahuan tentang pekerjaan ibubapa mereka.

Pengetahuan kanak-kanak tentang kerjaya ibu bapa mereka

mungkin memerlukan pemahaman yang berbeza. Sebagai contoh,

umur mungkin merupakan faktor tentang pengetahuan kanak-kanak

terhadap kerjaya, kanak-kanak 10 tahun melihat diri mereka

sebagai lebih berpengetahuan tentang pekerjaan ibu bapa mereka

berbanding daripada pada 5 tahun (Seligman et al., 1991)

Jantina ibu bapa juga boleh menjadi faktor pada persepsi dan

pengetahuan kerja anak-anak.

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Howard dan Walsh

(2010), yang bertajuk “Children’s Conception of Career Choise and

4

Attainment: Model Development”, menerangkan tentang konsepsi kanak-

kanak terhadap dua proses pembangunan kerjaua iaitu kerjaya

pilihan dan pencapaian kerjaya. Model pemahaman kanak-kanak

akan kerjaya pilihan dan pencapaian kerjaya ini dibangunkan

melalui kajian dan teori tentang pemahaman kanak-kanak

terhadap fenomena bersekutu seperti pemahana mereka tentang

penyakit, keganasan dan etnik. Model yang dicadangkan jelas

melahirkan aspek pembangunan kerjaya semasa zaman kanak-kanak

yang belum dikenalpasti dalam model vokasional yang sedia ada.

Enam tahap pembangunan vokasional yang diterangkan melibatkan

interaksi dinamik pengaruh diperingkat individu, hubungan dan

tahap sistem.

Setiap peringkat dalam model ini melibatkan formulasi

yang semakin kompleks akan pilihan kerjaya dan pencapaian yang

beralih daripada memberi tumpuan kepada, objek dilihat luar

atau aktiviti-aktiviti pekerjaan kepada langkah-langkah

diambil untuk memilih dan menjalankan pekerjaan tersebut

dengan mempertimbangkan pelbagai faktor dinamik yang terlibat

dalam mengejar pekerjaan atau kerjaya. Ia menggabungkan

pemikiran ajaib ditunjukkan oleh kanak-kanak dan abstrak, ciri

pemikiran yang maju daripada remaja yang lebih tua dan orang

dewasa. Oleh itu, ia mempunyai potensi untuk diaplikasikan

kepada semua individu, termasuk K-12 belia, orang dewasa serta

orang kurang upaya.

Artikel Children's Career Development: A Research

Review From A Learning Perspective, satu kajian yang

5

dilakukanoleh Mark Watson danMary McMahon. Kajian ini

menekankan kepentingan untuk memahami pengaruh dan proses

pembelajaran pembangunan kerjaya dalam kalangan kanak-kanak

secara holistik. Kajian ini membicarakan mengenai bagaimana

kanak-kanak mengenali dunia kerjaya serta masa depan mereka

dalam dunia tersebut dana pakah yang kanak-kanak pelajari

mengenai dunia kerjaya serta masa depan mereka menerusi kajian

yang telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh lain berkenaan

perkembangan kerjaya kanak-kanak.

Menurut Patton dan McMahon (1999), pembelajaran adalah

satu proses menyeluruh yang melibatkan pemikiran, perasaan,

melihat dan berkelakuan sebagai individu serta interaksi yang

berterusan dengan dunia. Hartung, Porfeli and Vondracek's

(2005) pula mengkaji nota perkembangan kerjaya kanak-kanak,

mendapati pembangunan kerjaya dalam zaman kanak-kanak adalah

kompleks antara sifat-sifat, tingkahlaku dan

persekitaran.Super (1990), mencadangkan bahawa individu

belajar melalui interaksi dengan persekitaran yang membawa

sumber pembelajaran seperti keluarga, sekolah, masyarakat,

rakan sebaya, masyarakat.Beberapa kajian juga menyatakan

bahawa pengetahuan kanak-kanak sentiasa mengalami perubahan

selari dengan tumbesaran mereka.Apabila seseorang manusia mula

melangkah kealam dewasa, mereka akan lebih memahami mengenai

dunia kerjaya dengan jelas.

Pengkaji membuka bicara dengan membincangkan mengenai

kajian-kajian bagaimana kanak-kanak mengenali dunia kerjaya

6

terlebih dahulu. Apakah faktor- faktor yang menjadi

kebarangkalian kepada perkenalan antara dunia kerjaya dengan

kanak-kanak. Faktor utama yang sering kali dibicarakan adalah

keluarga kanak-kanak tersebut baik ibu bapa sendiri mahu pun

saudara mara yang menjadi salah satu pengaruh untuk kanak-

kanak dalam pemilihan kerjaya.Selain itu, persekitaran seperti

rakan sebaya, guru-guru, aktiviti-aktiviti yang mereka ceburi,

menjadi pengaruh dalam pemilihan kerjaya.

Bagi Mc Mohan, Gillies, danCaroll (1998) mendapati bahawa

pembangunan kerjaya kanak-kanak telah diperingkatkan hasil

daripada pendidikan kerjaya. Melaluinya kanak-kanak Australia

menunjukkan keupayaan dalam mengenal pasti senarai pekerjaan

serta masa depan dalam bidang perkerjaan tersebut. Namun

terdapat juga sedikit penyelidikan telah dijalankan mengenai

pengaruh media massa seperti televisyen dalam pembangunan

kerjaya kanak-kanak. Johnson(2000) pula mendapati bahawa

kanak-kanak sekolah rendah, pemikiran mereka terhad dalam

memahami bagaimana aktiviti-aktiviti akademik sekolah mereka

berkaitan dengan dunia kerjaya. Terdapat juga sedikit

pemahaman tentang bagaimana mata pelajaran sekolah mereka

relevan kepada dunia kerjaya mereka.

Kajian ini juga membincangkan apakah yang kanak-kanak

pelajari mengenai dunia kerjaya dimana ketika kanak-kanak mula

melangkah kealam persekolahan tinggi, maka mereka mula

memahami serta berfikir tentang kerjaya pilihan

mereka.Kebanyakkan mengikut gender di mana lelaki akan lebih

7

kepada pekerjaan lasak yang memerlukan tenaga, berkuasa, dapat

mengarah manakala perempuan lebih kepada tidak membebankan,

dapat bekerja dalam situasi tenang.

Secara rumusannya kajian ini hanya sekadar membincangkan

kajian-kajian yang telah dijalankan mengenai perkembangan

kerjaya kanak-kanak. Pendapat masing-masing dapat

mempertahankan kebarangkalian faktor-faktor yang mempengaruhi

pemilihan kerjaya dalam kalangan kanak-

kanak.Walaubagaimanapun, setiap faktor tersebut memainkan

peranan penting dalam penbentukan minda kanak-kanak mengenai

dunia kerjaya serta masa depan mereka dalam dunia tersebut

secara positif.

LATAR BELAKANG MASALAH

Pemilihan terhadap pelbagai kerjaya yang sesuai dengan minat,

kebolehan dan nilai pelajar-pelajar perlu didedahkan dan

diberi penjelasan serta dibimbing agar mereka dapat membuat

pemilihan yang betul dan sangat sesuai dan selari dengan minat

dan kebolehan diri mereka. Maka membuat keputusan untuk

menceburi sesuatu kerjaya itu amat besar maknanya dan penting

bagi seorang pelajar kerana jika kerjaya yang dipilih itu

tidak sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, kemungkinannya

apabila sudah bekerja kelak mereka akan bertukar-tukar kerja

dan tercari-cari kerjaya yang sesuai. Mereka akan berterusan

mencari ketja sehinggalah mendapat kerjaya yang benar-benar

8

sesuai dengan initial dan kebolehannya. Jika ini berlaku ia

akan merugikan masa dan diri pelajar tersebut.

Pendedahan tentang kerjaya seawal usia persekolahan

mereka dapat memandu pelajar menentukan pemilihan kerjaya yang

sessuai dengan minat mereka. Sekaligus mereka dapat menetapkan

matlamat dan berusaha untuk merealisasikan cita-cita tersebut.

PERNYATAAN MASALAH

Individu yang membuat pilihan adalah orang yang paling baik

untuk membuat pertimbangan dalam memilih pekerjaan. Pekerjaan

yang ingin diceburi juga bergantung kepada pencapaian akademik

pelajar. Taraf dan pencapaian akademik individu juga lebih

memungkinkannya memperoleh pelbagai maklumat kerjaya (Rohany,

2003).

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui konsep kerjaya

pilihan kanak-kanak usia 5-6 tahun.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif berikut

:

1. Mengenalpasti kerjaya pilihan kanak-kanak.

2. Mengenalpasti pengetahuan kanak-kanak terhadap pekerjaan

pilihan

9

3. Mengenalpasti kanak-kanak mengetahui bidang tugas setiap

pekerjaan yang dipilih

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang akan dibincangkan dalam kajian ini

adalah :

1. Apakah kerjaya pilihan kanak-kanak?

2. Adakah kanak-kanak mempunyai pengetahuan terhadap kerjaya

pilihan?

3. Adakah kanak-kanak mengetahui bidang tugas kerjaya

pilihan?

KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak sekolah sebagai

panduan agar dapat mengenalpasti konsep kerjaya pilihan di

kalangan kanak-kanak dan faktor kanak-kanak memilih kerjaya

tersebut. Sekiranya konsep pemilihan kerjaya diketahui sejak

awal perkembangan seseorang individu maka ia memudahkan

kaunselor dan juga ibu bapa meluaskan pendedahankerjaya kepada

kanak-kanak. ia sangat penting kerana dengan pengetahuan dan

pendedahan di peringkat awal ibu bapa khususnya boleh membantu

anak-anak di dalam membuat pemilihan kerjaya dengan betul. hal

ini dapat mengelakkan pemilihan kerjaya yang tidak sesuai dan

tidak menentu. contoh mudah yang boleh dilihat pada hari ini,

kebanyakkan pelajar institusi pengajian tinggi masih belum

bersedia dengan alam pekerjaan dan kebanyakkan daripada mereka

10

tidak pasti kerjaya yang akan disandang setelah graduasi.

pemilihan bidang di universiti juga banyak mengikut rakan,

pengaruh ibu bapa atau bidang yang diberi mengikut keperluan

institusi. oleh itu kajian mengenalpasti konsep kerjaya pada

awal pekrkembangan kanak-kanak sangat penting, kerana ia akan

menjadikan proses pemilihan kerjaya lebih sistematik dan

mengikut perancangan.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada pelajar-

pelajar pra sekolah berumur 5-6 tahun di Sekolah Kebangsaan

Kampung Shukor Dungun, Terengganu. Pelajar-pelajar disekolah

ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan yang

majoritinya terdiri daripada pelajar melayu sahaja.

Aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah pengetahuan

pelajar terhadap kerjaya dan bidang tugasnya serta pilihan

kerjaya pelajar seusia 5-6 tahun. Batasan kajian ini adalah

responden yang sedikit dan latar belakang mereka daripada

status yang sama.

METODOLOGI KAJIAN

Pendedahan kanak-kanak terhadap kerjaya dapat membantu mereka

menetapkan cita-cita di usia yang muda dan berusaha ke arah

merialisasikan cita-cita tersebut. Kajian mengenai konsepsi

kerjaya pilihan kanak-kanak ini akan memberikan mereka

11

pendedahan, pengalaman, pengetahuan dan kelebihan serta

kekurangan sesuatu bidang kerjaya. Oleh itu, dalam kertas

kerja ini penyelidik akan akan menyentuh beberapa perkara yang

sangat penting dalam melaksanakan penyelidikan iaitu: a) reka

bentuk kajian b) populasi kajian c) instrumen kajian d)

prosedur kajian

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah menggunakan kaedah tinjauan

(survey). Kajian berbentuk tinjauan adalah sesuai dengan

objektif penyelidikan kerana ia dapat mengumpul maklumat

daripada kanak-kanak yang berusia di antara 5 tahun hingga 6

tahun berkaitan dengan kerjaya pilihan mereka. Bagi mencapai

matlamat ini penyelidik menggunakan kaedah temubual. Temubual

yang akan dibuat adalah berdasarkan kepada soalan-soalan yang

telah disediakan oleh penyelidik. Penyelidik percaya bahawa

pengumpulan data melalui temubual lebih sesuai dalam usaha

untuk mengetahui motif dan perasaan sebenar kanak-kanak dalam

pemilihan kerjaya.

Populasi dan Subjek Kajian

Kajian berkaitan konsepsi pemilihan kerjaya kanak-kanak

berusia 5 tahun hingga 6 tahun ini dijalankan di Sekolah

Kebangsaan Kampung Shukor Dungun, Terengganu. Pengkaji telah

mengambil semua murid yang terdapat di sekolah tersebut

seramai 15 orang.

12

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen yang

dinamakan sebagai kad kerjaya. Kad kerjaya ini ialah beberapa

buah kad yang mempunyai gambar profesion-profesion seperti

doktor, pegawai bomba, jururawat, anggota polis, juruterbang

dan sebagainya. Tujuan penggunakan kad ini ialah bagi mengukur

perasaan, motif, kecenderungan murid-murid prasekolah dalam

memilih pekerjaan yang menjadi kegemaran mereka serta

memerhati reaksi mereka melihat pekerjaan-pekerjaan yang

terdapat dalam kad kerjaya tersebut.

Prosedur Kajian

Peringkat pertama, dalam kajian yang dijalankan, pada

peringkat permulaan pengkaji telah membina hubungan dahulu

dengan responden dengan bertanya beberapa soalan rutin. Masa

yang diperuntukkan untuk membina hubungan dengan responden

adalah selama 1 jam. Pada peringkat ini, pengkaji akan membina

kepercayaan responden untuk berkongsi dan berasa selesa dengan

pengkaji. Antara perkara yang dilakukan selama 1 jam membina

hubungan ini ialah pengkaji bertanya tentang beberapa perkara

seperti di bawah :

a) Siapa nama adik?

b) Berapa umur adik?

c) Adik tinggal di mana?

13

d) Ibu kerja sebagai apa?

e) Bapa kerja sebagai apa?

f) Adik suka permainan apa?

g) Adik suka melukis?

h) Apa cita-cita adik?

i) Suka makan makanan apa?

j) Suka minuman apa?

Peringkat kedua, setelah responden berasa selesa dan mesra

dengan pengkaji, maka pada peringkat yang seterusnya pengkaji

akan menunjukkan kad-kad pekerjaan bagi melihat konsepsi

pilihan kerjaya responden. Pada masa ini pengkaji akan

memerhatikan corak pemilihan kerjaya responden dan seterusnya

mengenalpasti pekerjaan pilihan responden.

DAPATAN KAJIAN

Dalam bab ini pengkaji akan menjawab persoalan-persoalan

kajian yang telah dikemukakan di dalam bab yang sebelumnya.

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada bab sebelum ini,

persoalan utama kajian ini ialah untuk melihat konsepsi

pilihan kerjaya responden.

Daripada jadual di bawah didapati daripada 15 jenis

pekerjaan yang ditunjukkan, terdapat 9 jenis pekerjaan yang

dipilih oleh responden. Selebihnya iaitu sebanyak 6 jenis

pekerjaan tidak dipilih dapat dilihat pada jadual1.

14

Jadual 1. Jadual Pemilihan Kerjaya Responden MengikutBidang Pekerjaan.

Bil Nama pekerjaan Jumlah Peratus (%)

1. Guru 3 202. Bomba 1 6.673. Polis 2 13.34. Askar 2 13.35. Doktor 2 13.36. Juruterbang 1 6.677. Atlit (Sukan) 2 13.38. Chef 0 09. Pengunting rambut 0 010. Peguam 0 011. Saintis 1 6.6712. Pekebun 0 013. Jururawat 0 014. Mekanik 1 6.6715. Nelayan 0 0

Hasil kajian yang dijalankan mendapati sebanyak 11

(73.33%) orang responden memilih kerjaya yang mereka telah

ketahui atau kenali berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

Daripada 11 orang responden tersebut seramai 3 orang memilih

pekerjaan guru, 1 bomba, 2 orang polis, 2 askar, 2 doktor dan

1 juruterbang. Selebihnya iaitu seramai 4 (26.67 %) orang

kanak-kanak telah memilih pekerjaan yang tidak dikenali.

Mereka hanya memilih kerjaya tersebut tanpa mengetahui nama

pekerjaan.

15

Seterusnya, dalam kajian ini juga pengkaji melihat kepada

tahap pengetahuan kerjaya yang dipilih oleh kanak-kanak.

Pengkaji ingin melihat sama ada kanak-kanak mengetahui atau

tidak mengetahui akan bidang tugas setiap kerjaya pilihan

mereka.

Jadual 2. Jadual pengetahuan kanak-kanak terhadap bidang tugas

kerjaya pilihan

Nama

pekerjaan

Jumla

h

Mengetahui bidang

tugas

Tidak mengetahui

bidang tugas

Guru 3 3 -Bomba 1 1 -Polis 2 2 -Askar 2 1 1Doktor 2 2 -Juruterbang 1 1 -Atlit

(Sukan)

2 - 2

Saintis 1 - 1Mekanik 1 - 1Jumlah (%) 15 10 (66.67 %) 5 (33.33%)

Daripada data di atas didapati sebanyak 66.67% kanak-

kanak mengetahui bidang tugas kerjaya pilihan mereka

berbanding hanya 33.33% sahaja kanak-kanak tidak mengenali

kerjaya bidang tugas kerjaya pilihan mereka. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa kanak-kanak, memilih kerjaya pilihan adalah

berdasarkan mereka kenali dan tahu akan bidang tugas kerjaya

tersebut.

16

CADANGAN

Hasil daripada rumusan serta perbincangan, beberapa cadangan

dikemukakan bagi meningkatkan pengetahuan tentang kerjaya dan

pemilihan kerjaya pelajar seawal usia 5-6 tahun ini. Pada masa

hadapan, beberapa kajian lanjutan boleh dicadangkan supaya

pengambilan sampel diperbanyak. Pengambilan sampel daripada

hanya sebuah sekolah rendah adalah tidak mencukupi. Oleh itu

dicadangkan agar kajian seumpama ini diperluas kepada bilangan

sampel yang lebih besar. Membuat kajian secara lebih besar dan

bukan tertumpu hanya di sebuah sekolah. Cadangan lain daripada

pengkaji, membuat kajian perbandingan anatar sekolah bandar

dan luar bandar bagi melihat konsep pemilihan kerjaya sama ada

berbeza atau tidak.

Sampel kajian ini telah memfokuskan kepada pelajar, maka

disarankan agar kajian diperluaskan dengan mengenal pasti gaya

pembelajaran pendidik. Oleh yang demikian guru-guru telah

mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang gaya pembelajaran

yang ada. Selain itu, kajian gaya pembelajaran juga boleh

dilaksanakan dengan menggunakan teori-teori yang sedia ada.

Kajian ini boleh diluaskan dengan melihat konsepsi pemilihan

kerjaya dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diajar

di sekolah. Kajian ini haruslah melihat kepada sejauh mana

ilmu mengenai sesebuah kerjaya telah diterapkan sejak awl

pekembangan. 

17

Kajian seumpama ini diharapkan dapat dijalankan dari

semasa ke semasa mengikut keperluan supaya penerapan mengenai

pengetahuan dan pilihan kerjaya pelajar pada usia 5-6 tahun

dapat dikenalpasti. Ini dapat membantu pelajar memilih kerjaya

yang tepat seawal usia yang muda agar mereka dapat memfokuskan

laluan kerjaya yang tepat dan betul.

KESIMPULAN

Hasil dapatan kajian yang diperolehi mempersembahkan kanak-

kanak lebih cenderung untuk memilih kerjaya yang mereka lebih

kenali dan mengetahui bidang tugas mereka. Hal ini adalah

kerana mereka telah terdedah dengan persekitaran pekerjaan

tersebut dan memahami bentuk pekerjaan. Oleh itu kanak-kanak

lebih cenderung memilih kerjaya yang mereka telah faham akan

nama dan juga bidang tugas. Seperti yang dicadangkan oleh

Super (1990), mencadangkan bahawa individu belajar melalui

interaksi dengan persekitaran yang membawa sumber pembelajaran

seperti keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya.

Persekitaran kanak-kanak berkemungkinan besar

mempengaruhi konsepsi pemilihan kerjaya mereka. Seperti

contohnya di sekolah, kanak-kanak mula membina konsep kerjaya

sendiri dengan melihat kerjaya guru sebagai pilihan. Mereka

akan mula mengambil beberapa contoh daripada guru yang ada di

sekolah. Sebagai contohnya mereka mula bermain dengan

melakonkan watak sebagai guru dan rakan yang lain sebagai

18

murid. Hal ini telah membentuk satu konsep kerjaya dalam diri

mereka.

Selain itu, Super (1990) juga ada menyatakan bahawa

antara faktor persekitaran yang mempengaruhi pilihan kerjaya

adalah keluarga. Faktor ini juga dilihat sangat penting di

dalam membentuk konsep kerjaya kanak-kanak. Adik beradik atau

saudara terdekat akan menjadi contoh kepada kanak-kanak untuk

memilih kerjaya. Pengaruh ibu bapa juga tidak kurang hebatnya,

kerana dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji, terdapat dua

(2) kanak-kanak adalah daripada ibu bapa yang bekerja sebagai

guru. Kedua-dua responden telah memilih kerjaya sebagai guru

kerana mereka terdedah dengan persekitaran kerjaya tersebut

dan memahami tugas-tugas sebagai guru.

Konklusinya, kanak-kanak lebih cenderung untuk memilih

kerjaya yang mereka ketahui dan faham akan bidang tugasnya.

Namun begitu, pemilihan kerjaya ini mungkin akan berubah

seiring dengan peningkatan usia mereka. Apabila umur mereka

semakin dewasa mereka akan terdedah dengan pengalaman-

pengalaman baru tentang dunia pekerjaan. Hal ini akan

mempengaruhi keputusan pemilihan kerjaya yang bakal mereka

ambil pada masa akan datang.

19

BIBLIOGRAFI

Brown, M. B., 2005. Choosing a Career. East Carolina NC,

University Greenville. Didapati

dari: http://personal.ecu.edu/brownmi/career.htm

Gary N. Powell & Jeffrey H. Greenhaus, 2012. When family

considerations influence work decisions: Decision-making

processes Journal of Vocational Behavior Volume 81, Issue

3, December 2012, Pages 322–329

Ginzberg, E., 1952. Toward a Theory of Occupational Choice.

Occupations 30.

Ginzberg, E., Ginzberg, S.W., Axelrad, S., and Herma, J.L.,

1951. Occupational Choice: An

Approach to a General Theory.Columbia University Press,

New York.

Http://makalahkitasemua.blogspot.com/2010/06/teori-donald-

super.html#ixzz2AkZHLjIa

Howard dan Walsh, 2010, yang bertajuk “Children’s Conception of Career

Choise and

Attainment: Model Development”,

20

Jessica E. Rohlfing et, al. 2012, Relation of occupational

knowledge to career interests and competence perceptions

in Italian children Arizona State University, USA, Volume

81, Issue 3, December 2012, Pages 330–337

Johnson (2000) Careers, Jobs and Education Resources for:

Johnson County, Tennessee

John Piaget, (1963). The Development Psychology of jean piaget

Kimberly A.S. Howard a,*, Mary E. Walsh b. 2012. Conceptions of

career choice and attainment: Developmental levels in how children think

about careers. Journal of Vocational Behavior

Kimberly A. S. Howard and Mary E. Walsh, 2010. : Children’s

Conception of Career Choise and Attainment: Model

Development

Mark Watson et, al. 1998, Children's Career Development: A

Research Review From A

Learning Perspective, satu kajian yang dilakukanoleh

Paton, W., & McMahon, M, 1999. Career Development and Systems

Theory: A New

Relationship. Pacific Grove, Brooks/Cole CA, Publishing

Company, California.

21

Paton, Wendy & McMohan, Mary, 2006. The Systems Theory

Framework of Career Development and Counselling:

Connecting Theory and Practice. International Journal for

the Advancement of Counselling. Didapati dari:

http://eprints.qut.edu.au/archive/00002621

Paul J. Hartung, Erik J. Porfeli Fred W. Vondracek, 2011.

Career Adaptability in Childhood Article first published

online: DOI: 10.1002/j.2161-0045.2008.tb00166.x

Paul J. Hartung et, al.2005. Child vocational development: A

review and reconsideration Journal of Vocational Behavior

Volume 66, Issue 3, June 2005, Pages 385–419 Northeastern

Ohio Universities College of Medicine, USA

Rohany, 2003. Taraf dan pencapaian akademik individu juga

lebih memungkinkannya

memperoleh pelbagai maklumat kerjaya

Sidek Mohd Noah. 2002. Perkembangan Kerjaya, Teori dan Praktis.

Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Susan Weinger. 2002, Opportunities for Career Success: Views

of Poor and Middle-Class

Children. Children and Youth Services Review, Vol. 22,

No. I, pp. 13-35,

22

Super, 1986. The developmental niche: A conceptualization at the interface of

child and culture. Harvard School of Public Health and the

Judge Baker Guidance Center, Boston, USA

Thomas w. H. Ng, lillian t. Eby, kelly l. Sorensen, daniel c.

Feldman, 2005. Predictors of objective and subjective

career success: a meta-analysis : article first published

online: 9 may 2005 doi: 10.1111/j.1744-6570.2005.00515.

Yahaya, Azizi and Abd Ghaffar, Mohd. Najib and Ismail,

Sharifudin and Damiri, Noraizah (2005). Ciri-ciri

personaliti dalam pemilihan kerjaya pelajar,gaya

pembelayaran pelajar dan hubungannya dengan pencapaian

akademik. In: International Conference on Learning And

Motivation, 10-12 September 2005, City Bayview Hotel,

Langkawi, Kedah, Malaysia.

23

LAMPIRAN

Kad Gambar Yang Digunakan Oleh Pengkaji Di Lapangan

24

25