KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

37
21 PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM 1.0 PENGENALAN Bagi memberikan kesan yang positif dalam organisasi awam, pemimpinnya wajib mempunyai sifat dan gaya kepimpinan yang berkesan. Hal ini kerana, tanpa sifat dan gaya yang kepimpinan yang berkoordinasi, mustahil sesebuah organisasi awam tersebut dapat ditadbir degan baik. Justeru itu gaya dan kepimpinan yang berkesan dalam mengurus organisasi awam dianalisis, untuk mencari pemimpin yang paling berjaya dalam mengemudi pentadbiran organisasi awam. Kepimpinan bolehlah didefinisikan sebagai keupayaan (kebolehan, pencapaian dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin: dalam pentadbirannya (Hajah Noresah Bt Baharom & Co., 2010). Kepimpinan juga boleh ditakrifkan sebagai proses mempengaruhi dan mengarah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tugas subordinatnya (Mokhtar, 2008). Tidak kurangnya dengan takrifan yang dikemukakan oleh Ainon Mohammad dan Professor Emeritus Dr. Abdullah Hassan yang menyatakan kepimpinan ialah sejenis tingkah laku yang 203234

Transcript of KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

1.0 PENGENALAN

Bagi memberikan kesan yang positif dalam organisasi awam,

pemimpinnya wajib mempunyai sifat dan gaya kepimpinan yang

berkesan. Hal ini kerana, tanpa sifat dan gaya yang kepimpinan

yang berkoordinasi, mustahil sesebuah organisasi awam tersebut

dapat ditadbir degan baik. Justeru itu gaya dan kepimpinan

yang berkesan dalam mengurus organisasi awam dianalisis, untuk

mencari pemimpin yang paling berjaya dalam mengemudi

pentadbiran organisasi awam.

Kepimpinan bolehlah didefinisikan sebagai keupayaan

(kebolehan, pencapaian dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya

(tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin:

dalam pentadbirannya (Hajah Noresah Bt Baharom & Co., 2010).

Kepimpinan juga boleh ditakrifkan sebagai proses mempengaruhi

dan mengarah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tugas

subordinatnya (Mokhtar, 2008).

Tidak kurangnya dengan takrifan yang dikemukakan oleh Ainon

Mohammad dan Professor Emeritus Dr. Abdullah Hassan yang

menyatakan kepimpinan ialah sejenis tingkah laku yang

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

bertujuan mempengaruhi individu-individu lain supaya mereka

sanggup dan secara sekarela melakukan apa yang dikehendaki

oleh individu yang memimpin (Ainon Mohd. & Abdullah Hassan,

Ph.D, 2011). Dalam erti kata lain, gaya dan sifat kepimpinan

yang berjaya dalam organisasi awam adalah keupayaan seseorang

individu dalam mempengaruhi subordinat-subordinatnya dalam

melakukan tugas yang diberikan oleh mereka untuk pembangunan

organisasi awam itu sendiri.

Justeru itu, gaya dan sifat kepimpinan dalam diri seseorang

pemimpin amat penting bagi memastikan organisasi yang

dipimpinannya berjaya dalam semua aspek.

2.0 SIFAT KEPIMPINAN YANG BERKESAN

Sifat kepimpinan membawa maksud perwatakan yang mampu untuk

mempengaruhi orang lain melakukan sesuatu tugas dengan rela

hati. Tidak semua individu yang dilahirkan mempunyai sifat

kepimpinan yang unggul. Namun, jika seseorang mampu

menunjukkan sifat-sifat peribadi yang berkaliber dalam

memberikan idea yang bernas dan dinamik, maka tidak mustahil

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

individu tersebut mampu menjadi ketua dan pemimpin yang

berjaya dalam sesebuah organisasi.

Setiap pemimpin mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-

masing. Justeru itu, sifat yang khusus untuk menjadi seorang

pemimpin yang berjaya sukar untuk ditakrifkan. Walau

bagaimanapun, terdapat beberapa sifat yang telah dikenalpasti

yang pasti ada dalam diri pemimpin yang berjaya dalam

organisasi awam.

Antara sifat yang telah dikenalpasti yang pasti ada dalam

kalangan pemimpin yang telah berjaya dalam organisasi awam

ialah berorientasikan misi dan visi, mempunyai daya keyakinan

yang tinggi, berani melakukan perkara yang luar biasa,

mencipta dan membawa perubahan, berintegriti dan bermoral

serta lebih realistik.

2.1 Berorientasikan Misi dan Visi

Seorang pemimpin yang berjaya biasanya mempunyai visi dan

misi yang boleh diikuti oleh semua orang di dalam

organisasinya. Hal ini supaya organisasi yang ditadbir

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

mereka mempunyai garis panduan untuk dijadikan laluan

untuk berjaya. Oleh itu, seorang pemimpin yang ingin

berjaya hendaklah mempunyai misi dan visi yang mampu

membawa organisasi tersebut ke puncak kejayaan.

Pemimpin tersebut hendaklah mempunyai visi dan misi

yang jauh lebih baik daripada keadaan sekarang. Beliau

juga hendaklah berupaya menggambarkan dan menerangkan

visi dan misi itu kepada individu-individu lain sehingga

dapat difahami oleh para pengikutnya (Abdullah Hassan Ph.

D. & Ainon Mohd, 2011). Sekiranya seorang pemimpin tidak

mempunyai visi dan misi untuk organisasinya, maka dengan

mudahnya individu-individu di bawahnya tidak memahami

arah tuju organisasi yang dipimpin. Visi itu mungkin

bermula dengan seorang sahaja, tetapi ia hanya dapat

dijayakan dengan usaha orang ramai (John C. Maxwell,

2011). Jadi, pemimpin tersebut hendaklah memahami visi

yang hendak dicapai supaya setiap misi yang diusahakan

membuahkan hasil dan memberi kejayaan.

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

2.2 Mempunyai Daya Keyakinan Yang Tinggi

Yakin adalah kompenen penting dalam membina kepercayaan

antara individu lain dengan diri kita. Apabila kita

yakin, maka orang lain akan menaruh kepercayaan kepada

diri kita. Maka seseorang yang menjadi pemimpin yang

berkesan hendaklah mempunyai sifat daya keyakinan yang

tinggi. Supaya pekerja-pekerja yang berada di bawah

organisasinya turut berasa yakin dengan segala keputusan,

perancangan dan juga arahan yang diberikan oleh pemimpin

mereka.

Pasti ada individu di dalam sesebuah organisasi yang

kurang percaya kepada diri sendiri dan juga yang

mempunyai sikap prejudis terhadap pemimpin mereka.

Sehubungan dengan itu, cara yang paling bijak

menanganinya adalah dengan “meminjam” kepercayaan kita

(John C. Maxwell, 2011). Jadi, sebagai pemimpin yang

berkarisma, bantulah mereka dengan bersama-sama mencari

kepercayaan dan keyakinan terhadap diri sendiri dan juga

diri kita. Anggaplah ia sebagai pinjaman, sesuatu yang

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

diberi dengan percuma, tetapi ia akan dbayar balik dengan

dividen semasa individu tersebut telah berjaya (John C.

Maxwell, 2011) dan mula yakin dengan segala perancangan

yang telah dilakukan.

2.3 Berani Melakukan Perkara yang Luar Biasa

Setiap tindakan yang diambil oleh seorang ketua atau

pemimpin sesebuah organisasi merupakan suatu langkah yang

berani. Namun, untuk seseorang yang ingin memimpin dengan

berjaya dan berkesan di dalam sesebuah organisasi

hendaklah berani untuk mengambil keputusan untuk

melakukan perkara yang luar biasa. Hal ini kerana, tidak

semua ketua yang berani mengambil risiko untuk melakukan

perkara yang luar biasa.

Perkara yang luar biasa yang dimaksudkan adalah

keputusan yang berkaitan dengan perkara yang belum pernah

dilakukan oleh orang lain. Seorang pemimpin yanag berjaya

tidak akan takut untuk melakukan perbuatan yang luar

biasa dan pelik-pelik (Abdullah Hassan Ph. D. & Ainon

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Mohd, 2011). Hal ini kerana, apabila mereka menjadi

pemimpin yang berjaya, perbuatan dan keputusan mereka

itulah yang akan dikagumi dan dijadikan ikutan oleh

pemimpin-pemimpin yang ingin berjaya pada masa-masa yang

akan datang.

2.4 Mencipta dan Membawa Perubahan

Pemimpin yang berkarisma dan berjaya adalah pemimpin yang

telah berjaya membawa perubahan kepada organisasi yang

dipimpinnya. Sehubungan dengan itu, dapat kita membuat

inferens di mana seseorang yang ingin menjadi pemimpin

yang berjaya hendaklah berkemampuan mencipta dan membawa

perubahan ke dalam organisasi yang ditadbirnya. Sama ada

organisasi yang baru ataupun organisasi yang sedia ada.

Tanpa mengira status quo, seorang pemimpin mestilah

bersikap terbuka dengan mengambil semua idea dari

kakitangannya dan membuat keputusan yang terbaik serta

berani mencipta suatu perubahan melalui idea yang

pelbagai dan kreatif yang telah diutarakan oleh orang

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

bawahannya. Walau bagaimanapun, setiap perubahan yang

hendak dilaksanakan hendaklah dipersetujui oleh ahli-ahli

organisasi supaya tiada kritikan atau bantahan terhadap

perubahan yang dilakukan.

Pemimpin yang berjaya juga hendaklah bijak untuk

menghubungkan perubahan yang dilakukan dengan

persekitaran asal organisasi tersebut. Hal ini adalah

untuk memastikan pekerja yang bekerja dalam organisasi

tersebut mudah untuk mengikuti perubahan yang sedang

dilakukan. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan konflik

dalam proses perubahan yang hendak dilakukan.

2.5 Mempunyai Sifat yang Berintegriti dan Nilai-Nilai Murni

Integriti adalah sifat yang diperlukan dalam seorang

pemimpin yang ingin berjaya dalam setiap perkara yang

dilakukannya. Berintegriti membawa maksud kejujuran dan

ketulusan (Hajah Noresah Bt Baharom & Co., 2010). Mereka

hendaklah mempunyai moral yang tinggi dan mengamalkan

nilai-nilai murni semasa menjalankan tugas.

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Pemimpin diberi amanah dan bukannya diberi peluang

untuk mencipta atau memperluas pengaruh dan kuasa yang

sedia ada (Mumtaz Begam bt Abdul Kadir & Co., 2010).

Justeru itu, seorang pemimpin yang beretika hendaklah

mendokong amanah yang diberikan dengan nilai-nilai murni

seperti amanah, bertanggung jawab, adil, cekap, bertolak-

ansur dan lain-lain lagi.

Integriti dan nilai murni dalam diri pemimpin yang

ingin berjaya semasa menjalankan tugas mereka adalah

sangat penting. Hal ini adalah untuk memastikan

kepimpinan mereka akan jadi lebih berkesan. Kepimpinan

organisasi juga amat penting dalam menggerakkan inisiatif

baru, meningkatkan kreativiti dan inovasi, menyuburkan

budaya ilmu serta menggalakkan warga organisasi mencabar

status quo (Datuk Normah Md. Yusof, 2009).

2.6 Bersifat Lebih Realistik

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Realistik adalah berhubung dengan kenyataan atau

menunjukkan keadaan yang sebenarnya (Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2008). Maka seorang pemimpin yang berjaya

hendaklah mempunyai sifat yang realistik. Beliau

hendaklah mampu untuk menangani masalah yang sedang

dihadapi di samping berani menanggung risiko terhadap

apa-apa keputusan yang telah diambil. Beliau juga tidak

boleh mempertaruhkan nasib organisasi dengan sesuatu yang

tidak pasti.

Sehubungan dengan itu, beliau hendaklah tahu apa yang

terdaya dilakukan dan apa yang tidak terdaya dilakukan

(Abdullah Hassan Ph. D. & Ainon Mohd, 2011). Hal ini

kerana, keupayaan seorang pemimpin akan dinilai oleh para

pekerjanya melalui keterdayaan mereka menerajui visi dan

misi yang mereka cipta.

Dalam hal ini, pemimpin hendaklah memahami keadaan yang

sebenar yang berlaku dalam organisasi beliau. Selain itu,

beliau hendaklah mengenalpasti setiap kelebihan serta

kekurangan pekerjanya supaya dengan mudahnya mereka untuk

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

menjayakan misi dan visi yang telah dicipta olehnya. Misi

dan visi juga hendaklah bersifat realistik dan boleh

dikaitkan dengan tugas yang mereka sedang lakukan. Dalam

menjayakan misi dan visi yang realistik dari pemimpin

yang bersifat realistik, para pekerja hendaklah bersikap

rasional dan optimistik terhadap segala tindak tanduk

pemimpin mereka dengan menyokong tindakan mereka dan juga

memberi pandangan yang bernas dalam satu-satu idea.

3.0 GAYA KEPIMPINAN YANG BERKESAN

Setiap pemimpin mempunyai gaya yang tersendiri dalam mentadbir

ataupun mengurus organisasi mereka. Gaya kepimpinan akan

mencerminkan corak pentadbiran yang mereka gunakan. Justeru

itu, gaya seseorang pemimpin biasanya akan dinilai apabila

mereka berjaya mencapai visi dan misi mereka. Seterusnya

mereka akan dibandingkan dengan gaya pemimpin yang kurang

berjaya dalam mentadbir organisasi mereka. Gaya juga memainkan

peranan penting untuk menjadi “role model” dalam organisasi

yang dipimpin. Hal ini kerana, apabila identiti dan perbuatan

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

pemimpin konsisten, beliau akan mendapat hasil yang konsisten

(John C. Maxwell, 2011).

Gaya kepimpinan merupakan suatu proses yang mempengaruhi

pekerja untuk melakukan sesuatu tugasan bersama-sama bagi

mencapai matlamat organisasi di samping mempraktikkan gaya

yang bersesuaian dengan pekerja agar dapat mempengaruhi

komitmen pekerja terhadap organisasi (Mareena Mohamad, 2011).

Lima gaya kepimpinan yang telah dikenal pasti adalah seperti

yang berikut:

i) Gaya Kepimpinan Karismatik

ii) Gaya Kepimpinan Situasi

iii) Gaya Kepimpinan Transaksi

iv) Gaya Kepimpinan Transformasi

v) Gaya Kepimpinan Partisipatif

3.1 Gaya Kepimpinan Karismatik

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Gaya kepimpinan karismatik adalah antara satu faktor yang

mendorong keberjayaan pemimpin dalam memimpin

organisasinya. Karismatik mendokong maksud karisma iaitu

kualiti atau sifat-sifat tertentu yang seseorang individu

yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi

peransang kepada khalayak ramai (Hajah Noresah Bt Baharom

& Co., 2010).

Pakar dalam bidang kepimpinan mendapati, pemimpin yang

berkarisma memiliki kemahiran mendorong pengikutnya

(Ahmad Naim Jaafar, 2003). Gaya kepimpinan yang

berkarisma akan mendorong orang yang berada di sekeliling

pemimpin tersebut akan berasa seronok apabila bekerja

bersama dan turut meninggalkan kesan positif kepada

setiap orang bawahannya. Disebabkan wujudnya hubungan

yang istimewa antara pemimpin karismatik dengan para

pengikutnya, pemimpin mampu menukar individu-individu

biasa menjadi indidvidu-individu yang luar biasa (Ainon

Mohd. & Abdullah Hassan, Ph.D, 2011).

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan karismatik akan

menjadi semangat dan motivasi pengikut dalam melaksanakan

tugas dan kerja tanpa banyak soal (Ahmad Naim Jaafar,

2003). Hal ini kerana, para pekerjanya amat menghormati

dan sentiasa menyokong setiap apa yang dilakukan oleh

ketua yang mempunyai gaya kerja yang penuh berkarisma.

3.2 Gaya Kepimpinan Situasi

Menurut Ken Blanchard, kepimpinan situasi adalah satu

proses untuk membangunkan rakyat dengan menyediakan

kepimpinan yang berkesan, dari masa ke masa, supaya

mereka boleh mencapai tahap tertinggi prestasi (Ken

Blanchard, 2001). Gaya kepimpinan ini adalah pemimpin

yang bergantung kepada situasi dan mengambil kira semua

kos, kesan baik dan buruk dan apa-apa sahaja yang

terlibat dalam membuat keputusan.

Pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan seperti ini

membuat keputusan berdasarkan keadaan yang sedang

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

dihadapi. Beliau akan memikirkan perkara yang terbaik

untuk situasi yang sedang berlaku. Kejayaan pemimpin yang

menggunakan gaya kepimpinan seperti ini adalah bergantung

dengan kebijaksanaan beliau dalam memilih pendekatan yang

sesuai berdasarkan kepada situasi yang berlaku (Muslimin

Wallang & Amir Hamzah Abdul, 2010).

3.3 Gaya Kepimpinan Transaksi

Menurut Avolio dan Bass, 1988, kepimpinan transaksi

adalah kepimpinan yang mengarahkan usaha orang lain

melalui tugas, ganjatan dan struktur. Pemimpin transaksi

mengenal pasti dan menjelaskan tugas-tugas dan

memberitahu bahawa kejauhan pelaksanaan tugas-tugas

tersebut akan menuju kepada penerimaan ganjaran (Wan

Faridah Akmal & Co., 2002).

Dalam hal ini, pemimpin transaksional menggunakan cara

dengan memberi ganjaran kepada pekerjanya yang mampu

meningkatkan prestasi kerja. Sebagai contoh menjanjikan

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

kenaikkan pangkat kepada pekerjanya yang berjaya mencapai

prestasi.

Gaya kepimpinan ini menggunakan kaedah punishment dan

reward (Muslimin Wallang & Amir Hamzah Abdul, 2010). Dengan

gaya kepimpinan seperti ini, para pekerja akan lebih

berhati-hati apabila melakukan kerja. Hal ini kerana

mereka akan terikat dengan hukuman yang bakal mereka

hadapi sekiranya mereka tidak dapat meningkatkan prestasi

kerja. Kebaikkan daripada gaya kepimpinan ini, para

pekerja akan lebih cekap dan sentiasa melakukan yang

terbaik apabila melakukan kerja mereka.

3.4 Gaya Kepimpinan Transformasi

Transformasi adalah perubahan yang dilakukan oleh

seseorang terhadap dirinya ataupun orang lain. Idea

kepimpinan transformasi yang memfokuskan kepada

meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kepimpinan di

kalangan pengikut (Wan Faridah Akmal & Co., 2002).

Transformasi adalah antara sifat yang perlu ada pada

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

seseorang pemimpin. Gaya kepimimpinan transformasi adalah

satu proses di mana pemimpin dan pekerja saling

memerlukan di antara satu sama lain ke arah meningkatkan

moral dan motivasi ke tahap yang lebih tinggi (Mareena

Mohamad & co. , 2011).

Seorang pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan

transformasi mempunyai kebolehan untuk mendorong orang

lain menyokongnya dalam melakukan perubahan dalam

organisasi yang ditadbirnya. Di samping itu juga,

kepimpinan jenis ini akan memberi inspirasi kepada

pengikutnya untuk mengatasi kepentingan diri sendiri demi

kepentingan organisasi dan juga kebolehan memberi kesan

yang mendalam dan luar biasa kepada pengikutnya (Baharom

Mohamad & Co., 2009).

Pemimpin yang ingin berjaya dan berkesan dalam

kepimpinannya hendaklah memiliki ciri-ciri transformasi

seperti boleh menjadi idola (mendapat kepercayaan,

penghormatan dan berkeyakinan), memperlihatkan tingkah

laku yang utuh (kebolehan menerangkan keperluan masa

hadapan dan merancang untuk mencapainya), mencetuskan

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

ransangan keintelektualan (inovasi dan kreativiti yang

berterusan) dan mengurus anggota perkhidmatan awam bagi

memberi semangat kepada anggota untuk menjana potensi

sebenar mereka (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, 2012).

3.5 Gaya Kepimpinan Partisipatif

Gaya kepimpinan partisipatif ataupun demokrasi adalah

kepimpinan yang memberi kebebasan kepada pekerja untuk

menyumbang idea dan membuat keputusan bersama (Zarizah

Sharif, 2012). Gaya kepimpinan ini akan menunjukkan

hubungan yang dua hala iaitu di antara pekerja dengan

majikan dan majikan dengan pekerja. Dalam hal ini, secara

langsung dengan mudah seorang pemimpin akan mengetahui

masalah yang dihadapi oleh pekerjanya dan masalah lebih

cepat untuk diselesaikan.

Walau bagaimanapun terdapat kelemahan dalam gaya

kepimpinan ini iaitu pembuatan keputusan akan menjadi

lambat. Hal ini kerana, untuk seorang pemimpin demokrasi

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

membuat keputusan, ia perlulah mengambil kira keputusan

orang disekelilingnya sebelum membuat keputusan yang

tepat.

Pemimpin yang menggunakan gaya demokratik biasanya

menganggap orang bawahannya boleh bekerja tanpa

memerlukan pengawasan yang rapi (Wan Azmi Ramli, 1996).

Dengan kata lain, pemimpin demokratik memberi sepenuh

kepercayaan kepada pekerjanya untuk menjalankan tugas

dengan amanah dan jujur tanpa memberi tekanan kepada para

pekerjanya.

4.0 SIFAT DAN GAYA KEPIMPINAN TOKOH YANG BERJAYA DALAM

ORGANISASI AWAM

Menurut Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad

Badawi, kepimpinan yang berwibawa dapat memberi inspirasi dan

dorongan yang baik kepada kakitangan dan dapat menggembleng

seluruh tenaga pertubuhan untuk bergerak pantas ke arah

matlamat yang telah ditetapkan (INTAN, 2007).

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Justeru itu, tokoh yang telah dipilih untuk dianalisa sifat

dan gaya kepimpinannya dalam organisasi awam adalah Tun

Mahathir Mohamad. Penglibatannya dalam organisasi awam selama

22 tahun telah memberi inspirasi untuk menganalisis sifat dan

gaya kepimpinan beliau dalam mentadbir Negara.

4.1 Latar Belakang Tun Mahathir Mohamad

Beliau merupakan anak kelahiran Alor Setar, Kedah.

Dilahirkan pada 20 Disember 1925. Merupakan anak bongsu

dari sembilan adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di

Sekolah Melayu Lelaki Seberang Perak dan kemudiannya di

Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Beliau tamat

pelajaran menengah di peringkat Senior Cambridge

(Maruwiah Ahmat, 2010). Persekolahan beliau tergendala

setelah Jepun memerintah Malaya.

Walau bagaimanapun, setelah perang dunia kedua tamat,

beliau menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di

King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya,

Singapura dan lulus dengan ijazah MBBS pada tahun 1953

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

(Maruwiah Ahmat, 2010). Setelah tamat pengajian, beliau

berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar,

Langkawi dan Perlis. Beliau telah berkenalan dengan Dr.

Siti Hasmah Mohd. Ali semasa menuntut di Singapura.

Setelah berkenalan hampir sepuluh tahun, akhirnya mereka

melangsungkan perkahwinan pada 5 Ogos 1956 (Jasiman

Ahmad, 2006). Mereka telah dikurniakan seramai 5 orang

anak.

Walaupun beliau adalah berkelulusan dalam ilmu

perubatan, namun beliau mempunyai minat mendalam terhadap

politik. Beliau telah menyertai aktiviti-aktiviti politik

semenjak di bangku universiti lagi. Pada tahun 1945,

beliau telah menyertai beberapa buah pertubuhan seperti

Kesatuan Melayu Kedah, Saberkas, Pergerakan Belia Melayu

Kedah dan UMNO (Siti Rosnah Haji Ahmad, 2006). Semasa

penubuhan UMNO pada tahun 1946, beliau adalah salah

seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli

(Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia,

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

2007). Bermulalah liku-liku hidup Tun Dr. Mahathir dalam

dunia politik tanah air.

4.2 Sifat Kepimpinan Tun Mahathir Mohamad

Beliau merupakan seorang yang berdisiplin dalam hidup.

Semenjak dari kecil lagi beliau telah hidup dalam suasana

yang berdisiplin. Ayahnya merupakan seorang guru disiplin

dan juga merupakan Guru Besar pertama di Sekolah Inggeris

di Alor Setar, yang kini dikenali sebagai Maktab Sultan

Abdul Hamid sejak 1908 (Maruwiah Ahmat, 2010).

Kesinambungan daripada itu, beliau sememangnya sudah

biasa dengan kehidupan yang penuh dengan peraturan. Oleh

kerana ayahnya yang tegas, beliau lebih rapat dengan

ibunya dimana ibunya yang lebih banyak membentuk

keperibadian beliau (Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2011).

Dengan berbekalkan pendidikan dalaman dan luaran yang

diberikan oleh ibu bapanya, beliau telah menunjukkan

sifat-sifat yang berwibawa semenjak dari bangku sekolah

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

lagi. Hasilnya beliau telah menjadi perdana menteri

Malaysia yang keempat pada 16 Julai 1981.

a) Visi dan misi yang jelas

Dengan mempunyai nilai disiplin yang tinggi dalam diri,

beliau mempunyai visi dan misi yang jelas. Justeru itu,

penggal pertama menjadi perdana menteri, beliau terus

mencipta visi untuk mendaulatkan kedudukan bangsa

Malaysia di kaca mata dunia dalam mengahadapi

persaingan yang begitu sengit dalam pelbagai bidang.

Penggal kedua visi yang dicipta bukan sahaja untuk

organisasi awam, malahan untuk Negara. Visi beliau

bukan sahaja menjadikan Malaysia sebagai Negara maju

dan stabil, akan tetapi turut merangkumi visi yang

harus dilaksanakan untuk rakyat Malaysia pada masa yang

akan datang (Jasiman Ahmad, 2006).

Bagi mencapai visi tersebut, misi untuk visinya

dilaksanakan melalui dasar-dasar awam yang pelbagai dan

sekaligus memberi cabaran kepada rakyat Malaysia pada

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

masa tersebut. Contoh dasar-dasar yang telah ditambah

baik dan digubal pada era pentadbiran beliau ialah

Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara,

Dasar Pandang ke Timur, Dasar Wawasan Negara da lain-

lain. Setiap dasar yang digubal mempunyai misi yang

tersendiri dan berkaitan dengan visi yang ingin

dicapainya.

b) Keyakinan yang Tinggi

Era Tun Mahathir menunjukkan pelbagai pembaharuan yang

dilakukan. Keberaniannya untuk mencapai perkara baru

menunjukkan keyakinannya kepada rakyat dan melambangkan

tingginya keyakinan beliau dalam mencapai visinya.

Tanpa keyakinan daripada seorang pemimpin, mustahil

untuk Malaysia sampai ke tahap ini.

Keyakinan beliau untuk menjadikan Malaysia menjadi

Negara maju, telah ditunjukkan melalui terciptanya

Wawasan 2020. Beliau amat yakin bahawasanya, Malaysia

akan mampu menjadi Negara maju dan stabil menjelang

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

tahun 2020. Beliau yakin bahawasanya rakyat Malaysia

masih lagi memegang tradisi dan juga nilai-nilai murni

yang ada pada orang timur apabila mencapai tahap Negara

maju kelak (Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2011).

c)Mengubah dengan Risiko

Tun Mahathir sememangnya seorang pemimpin yang

berwibawa. Kehadiran beliau di dalam pentas pentadbiran

Negara membawa perubahan yang besar terhadap kemajuan

Negara. Perubahan tersebut memberikan beliau gelaran

sebagai Bapa Permodenan Malaysia. Perubahan-perubahan

yang dilakukan beliau bukan sahaja memberikan impak

yang positif kepada Negara, malahan kepada seluruh

rakyat Malaysia untuk merasai keuntungan daripada

perubahan yang dilakukan.

Terlalu banyak perubahan dari segi pelbagai aspek

termasuklah pembangunan ekonomi, pembangunan

pendidikan, pembangunan budaya, pembangunan industry

dan sebagainya lagi. Semua perubahan dalam aspek

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

pembangunan yang dibawa olehnya mempunyai risiko yang

tertentu. Namun kejelasan visi dan misi yang ingin

dicapai menjadikan rakyat Malaysia mahu untuk menyahut

seruan beliau.

Antara perubahan yang memberi risiko kepada Negara

adalah pengeluaran kereta buatan Malaysia sendiri.

Banyak pihak yang tidak yakin dengan kemampuan Malaysia

untuk mengeluarkan kereta sendiri termasuklah para

akademik (S.Hashim Ahmad, 2003). Namun semua keraguan

tersebut dijawab dengan penuh yakin oleh beliau yang

akhirnya syarikat Proton ditubuhkan untuk mengeluarkan

kereta nasional dengan kerjasama dan teknologi dari

syarikat gergasi dari Jepun.

d) Keperibadian yang Utuh

Semenjak dari kecil lagi Tun Mahathir Mohamad telah

diasuh untuk memiliki keperibadian yang baik. Sifatnya

yang sabar, memahami, patuh pada agama dan juga

berdisiplin, menepati masa, amanah, prihatin dan lain-

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

lain sememangnya sudah ada pada dirinya. Hasilnya

beliau mempraktikkan keperibadiannya kepada semua orang

disekelilingnya.

Dasar-dasar seperti Penerapan Nilai-nilai Islam

dalam pentadbiran kerajaan, Dasar Pandang ke Timur dan

memperkenalkan kad perakam waktu dan pemakaian tanda

nama, serta menganjurkan slogan “Kepimpinan Melalui

Teladan”. Hal ini menunjukkan beliau benar-benar mahu

rakyatnya masih mengamalkan nilai-nilai yang baik dan

terpuji dalam semua urusan, selaras dengan kebaikan

yang dianjurkan oleh Islam yang universal sifatnya

(S.Hashim Ahmad, 2003).

e) Realistik dalam Menerajui Kepimpinan

Beliau seorang yang berfikiran jauh ke hadapan

menembusi ruang masa yang ada. Beliau tahu yang beliau

mampu untuk membangunkan sesuatu perubahan demi

kebaikan sejagat. Keyakinan yang tinggi dan

keperibadian yang utuh membantu beliau dalam mencapai

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

visi dan misi yang telah dicipta walaupun perubahan

tersebut mampu memberi risiko kepada Negara. Hal ini

bukan bermaksud beliau mempertaruhkan Negara ataupun

organisasinya, akan tetapi ia adalah suatu kepercayaan

kepada rakyat yang berada di dalam negaranya untuk

bersama mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

Antara tindakan yang realistik yang telah

ditunjukkan oleh Tun Mahathir Mohamad semasa

pentadbirannya adalah apabila beliau berjaya membina

empat binaan yang begitu indah dan ajaib iaitu Kuala

Lumpur City Centre (KLCC) termasuklah Menara Kembar

Petronas, Menara Kuala Lumpur, Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan Putrajaya (S.Hashim Ahmad, 2003).

Secara tidak langsung ia mampu untuk mengangkat semula

maruah dan martabat bangsa Malaysia. Ini menunjukkan

kerealistikan beliau dalam menerajui kepimpinan.

4.3 Gaya Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Menerusi analisis yang dilakukan, beliau mempunyai

kepelbagaian gaya kepimpinan yang diamalkan. Antaranya

adalah berikut:

a) Gaya Kepimpinan Karismatik.

Sejak dari kecil lagi beliau mempunyai gaya karismatik

yang tersendiri. Apabila menjadi perdana menteri gaya

kepimpinan berkarisma beliau semakin terserlah dengan

kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia pada masa

sekarang. Selama dua dekad mentadbir Negara yang

mempunyai penduduk yang berbilang bangsa, Tun Dr.

Mahathir Mohamad telah dikurniakan pelbagai anugerah

dan kurniaan dari Negara-negara luar (Siti Rosnah Haji

Ahmad, 2006). Nyata di sini, anugerah yang diterima

oleh beliau adalah disebabkan oleh gaya kepimpinannya

yang berkarisma yang mampu dijadikan contoh oleh

Negara-negara luar khasnya Negara-negara dunia ketiga.

Malahan tiada sesiapa pun yang dapat menafikan

kepimpinan beliau adalah contoh yang baik kepada

Negara-negara ketiga.

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

b) Gaya Kepimpinan Situasi

Beliau turut mempunyai gaya kepimpinan situasi. Hal ini

dapat dibuktikan apabila membuat keputusan untuk

mengekalkan nilai ringgit Malaysia pada kadar AS$ 1 =

RM3.80 (S.Hashim Ahmad, 2003) pada zaman kemelesetan

ekonomi pada tahun 1997. Beliau mengambil keputusan

untuk mengikat mata wang Negara untuk mengelakkan ia

menjadi lebih susut dan menyelamatkan Negara daripada

terhumban ke dalam perangkap Tabung Mata Wang

Antarabangsa (IMF).

Hasilnya, negara kita terlepas dari menjadi sebuah

negara muflis. Melalui kenyataan ini, nyata beliau

mempunyai gaya kepimpinan situasi di mana beliau

membuat keputusan berdasarkan situasi yang melibatkan

pelbagai jenis kos, dan juga kewangan dan ekonomi masa

hadapan.

c) Gaya Kepimpinan Transaksi

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Bagi memastikan penjawat awamnya bersama untuk mencapai

visi dan misinya, maka beliau telah meluluska

pekeliling Sistem Saraan Baru pada tahun 1992 bagi

penjawat awam. Dalam hal ini, beliau memberi ganjaran

kepada penjawat awam yang berjaya mencapai prestasi

dengan memberikan kenaikan gaji kepada penjawat awam

tersebut. Manakala yang tidak mencapai prestasi yang

ditetapkan hanya akan mendapat pergerakan gaji biasa.

Walaupun beliau tidak mengamalkan sepenuhnya gaya

kepimpinan transaksi ini, namun pemberian ganjaran

kepada para kakitangannya yang mencapai tahap prestasi

yang telah ditetapkan menunjukkan, beliua juga ada

memberikan ganjaran kepada pekerja yang turut

membantunya dalam memajukan Negara.

d) Gaya Kepimpinan Trasformasi

Terlalu banyak transformasi yang dibawa oleh Tun

Mahathir kepada Negara kita. Kian tahun, Negara kita

semakin bertambah maju. Ada sahaja perubahan yang

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

dibawa olehnya untuk memastikan maruah bangsa Malaysia

dapat dimartabatkan di mata dunia. Transformasi yang

dilakukannya adalah secara mendadak. Namun, tindakannya

dapat diterima dan difahami oleh rakyat Malaysia. Gaya

transformasinya dapat dilihat melalui perubahan-

perubahan yang dibawanya termasuklah dalam bidang

ekonomi, pentadbiran, pendidikan, sains dan teknologi

dan sebagainya lagi.

e) Gaya Kepimpinan Partisipatif

Corak pemerintahan di Negara kita adalah bercorak

demokrasi. Walaupun tidak sepenuhnya seperti di Negara

Amerika, Britain dan juga Perancis. Justeru itu, tidak

hairanlah jika Tun Mahathir mempunyai gaya kepimpinan

partisipatif. Beliau amat mementingkan hubungan yang

dua hala. Segala keputusan untuk menggubal dasar yang

diperlukan untuk memajukan Negara adalah hasil daripada

permuafakatan semua menteri sebelum ia diusulkan ke

dalam parlimen.

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Beliau juga tidak mengambil hati apa-apa sahaja

kritikan orang kepadanya. Malahan beliau mengambil

segala kritikan tersebut sebagai kelemahannya dan

berusaha untuk menjadikan yang lebih baik. Di samping

itu juga, dengan berbekalkan pengalamannya menjadi

seorang doktor, beliau lebih banyak mendengar rintihan

rakyat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan

pemerintahannya dan juga ahli-ahli kabinetnya yang

menyalah gunakan kuasa ataupun melakukan sesuatu di

luar moral. Ini menunjukkan beliau sentiasa mengamalkan

corak pemerintahan demokrasi demi keadilan dan

kesejahteraan rakyat dan Negara Malaysia yang tercinta.

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

5.0 KESIMPULAN

Pemimpin yang berjaya dan berkesan dalam organisasinya

adalah pemimpin yang mempunyai sifat dan gaya kepimpinan

yang baik. Pemimpin seperti ini amat diperlukan

terutamanya dalam organisasi awam. Secara umumnya,

pemimpin dalam organisasi awam tidak kiralah samaada

dala pentadbiran yang lebih besar ataupun kecil, harus

memiliki sifat dan gaya kepimpinan seperti yang telah

diwar-warkan. Walau bagaimanapun, masih ada banyak lagi

sifat dan gaya kepimpinan yang tidak dapat dihuraikan di

sini yang mana ia boleh membantu bakal-bakal pemimpin

untuk menjalankan tugasnya dengan lebih berjaya kelak.

Namun, apa yang penting untuk seorang pemimpin

organisasi awam untuk berjaya dalam pentadbirannya

adalah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan

sentiasa patuh dengan agamanya. Sifat-sifat yang

memahami, berkeyakinan, berani, tabah dan lain-lain

dapat dipraktikkan melalui pengalaman dari masa ke

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

semasa. Malahan gaya kepimpinan dapat dipelajari dan

diamalkan walaupun bukan dalam kalangan pemimpin lagi.

Paling penting dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai

pemimpin nanti, visi dan misi hendaklah diterangkan

kepada para pekerja supaya usaha untuk mencapai visi dan

misi dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan tiada

halangan.

Bibliografi

Abdul Aziz A.R. & Sumangala Pillai. (1997). Mahathir Kepimpinan dan Wawasan dalam Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur: Universiti PutraMalaysia.

Abdullah Hassan Ph. D. & Ainon Mohd. (2011). Bakat & Kemahiran Memimpin. Selangor: PTS Professional Sdn. Bhd.

Ahmad Naim Jaafar. (2003). Membina Karisma. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.

203234

Sumber: Buku

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan, Ph.D. (2011). Gaya Kepimpinan di Tempat Kerja. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. KualaLumpur: Dawama Sdn. Bhd.

Hajah Noresah Bt Baharom & Co. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jasiman Ahmad. (2006). Pemimpin Negara Terulung. Kuala Lumpur: Jade Green Publications Sdn. Bhd.

John C. Maxwell. (2011). Pemimpin 360 darjah. Selangor: PTS Professional Sdn. Bhd.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. (2007). Jubli Emas Merdeka 31 Ogos 1957 Malaysiaku Gemilang. Melaka: Percetakan Surya Sdn. Bhd.

Maruwiah Ahmat. (2010). Kenali Tun Dr. Mahathir Mohamad. Selangor : Eagle Publications Sdn. Bhd.

Mokhtar, M. (2008). Kepimpinan: Konsep Dalam Memimpin Organisasi.In S. A. Romle, Pentadbiran, Undang-Undang dan Pembangunan Negara(pp. 27-42). Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Muslimin Wallang & Amir Hamzah Abdul. (2010). Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam. Sintok: Pusat Pendidikan dan Lanjutan (PACE).

S.Hashim Ahmad. (2003). Mahathir Pencetus Tamadun Insaniah. Kuala Lumpur: Juz'Art & Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

Siti Rosnah Haji Ahmad. (2006). Pemerintah dan Pemimpin-Pemimpin Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Tun Dr. Mahathir Mohamad. (2011). A Doctor in the House The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad. Selangor: MPH Group Printing Sdn.

203234

21

PLK-KCH GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

Bhd.

Wan Azmi Ramli. (1996). Pentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur: Golden Books Centre SDN. BHD.

203234