Analisis Sifat n Gaya Kepimpinan SIAP

28
GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181 SIFAT DAN GAYA KEPIMPINAN YANG BERJAYA DALAM MENGURUS ORGANISASI AWAM 1.0 PENGENALAN Seringkali berlaku di jabatan-jabatan kerajaan dan jabatan swasta daya pengeluaran boleh terjejas dengan adanya tanda masalah psikologi seperti ponteng kerja, datang lambat, melambat- lambatkan kerja, lembap memberi layanan kaunter, menggunakan masa pejabat untuk kerja-kerja peribadi, berlengah-lengah di kantin pejabat dan juga bersikap kasar dan sombong terhadap orang ramai yang memerlukan khidmat ( Aminuddin Mohd Yusuf, 1994). Masalah- masalah ini menunjukkan bahawa peranan dan gaya kepimpinan seseorang dapat mempengaruhi kejayaan ataupun kegagalan di dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan merupakan satu proses interaksi sosial yang dialami oleh semua individu pada hari ini. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa setiap orang adalah pemimpin dan setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Kepimpinan merupakan satu konsep yang mengandungi pelbagai maksud yang berbeza-beza. Kepimpinan adalah kualiti tingkah laku individu ketika dia mengetuai aktiviti kumpulan untuk mencapai objektif organisasi. Kepimpinan juga boleh berlaku dalam kumpulan yang melibatkan dua orang atau lebih dan selalunya melibatkan pengaruh kepada ahli kumpulan dalam mencapai sesuatu matlamat kumpulan. 1

Transcript of Analisis Sifat n Gaya Kepimpinan SIAP

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

SIFAT DAN GAYA KEPIMPINAN YANG BERJAYA

DALAM MENGURUS ORGANISASI AWAM

1.0 PENGENALAN

Seringkali berlaku di jabatan-jabatan kerajaan dan jabatan swasta

daya pengeluaran boleh terjejas dengan adanya tanda masalah

psikologi seperti ponteng kerja, datang lambat, melambat-

lambatkan kerja, lembap memberi layanan kaunter, menggunakan masa

pejabat untuk kerja-kerja peribadi, berlengah-lengah di kantin

pejabat dan juga bersikap kasar dan sombong terhadap orang ramai

yang memerlukan khidmat ( Aminuddin Mohd Yusuf, 1994). Masalah-

masalah ini menunjukkan bahawa peranan dan gaya kepimpinan

seseorang dapat mempengaruhi kejayaan ataupun kegagalan di dalam

sesebuah organisasi.

Kepimpinan merupakan satu proses interaksi sosial yang dialami

oleh semua individu pada hari ini. Nabi Muhammad s.a.w. pernah

bersabda bahawa setiap orang adalah pemimpin dan setiap pemimpin

mempunyai tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Kepimpinan

merupakan satu konsep yang mengandungi pelbagai maksud yang

berbeza-beza. Kepimpinan adalah kualiti tingkah laku individu

ketika dia mengetuai aktiviti kumpulan untuk mencapai objektif

organisasi. Kepimpinan juga boleh berlaku dalam kumpulan yang

melibatkan dua orang atau lebih dan selalunya melibatkan pengaruh

kepada ahli kumpulan dalam mencapai sesuatu matlamat kumpulan.

1

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181Kepimpinan memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah

negara, bangsa dan juga masyarakat. Pemimpin bertanggungjawab

sepenuhnya dalam mencorakkan hala tuju dan laluan organisasinya.

Seperti negara kita, pemimpin terdahulu telah menetapkan sasaran

negara maju menjelang tahun 2020. Begitu juga halnya dengan

pendekatan pemimpin sesebuah universiti yang meletakkan sasaran

untuk menjadi universiti bertaraf dunia. Dalam konteks yang lebih

kecil lagi, pemimpin negara kita cuba menerapkan unsur-unsur

pembudayaan ilmu sepanjang hayat kepada setiap masyarakat. Semua

harapan dan impian ini nampak cantik, namun beban dan

tanggungjawab yang dipikul oleh pemimpin yang akan

merealisasikannya amatlah berat.

Gaya kepimpinan merujuk kepada matlamat dan keperluan dalam

situasi-situasi yang berbeza. Pemimpin pula boleh didefinisikan

sebagai suatu kuasa yang dapat mempengaruhi orang lain iaitu

kuasa yang dapat menghubungkan pemimpin dan juga pengikut untuk

mendorong pekerja supaya menggunakan tenaga secara tersusun untuk

mencapai satu matlamat. Pemimpin muncul apabila ada kelompok

manusia. Dalam kelompok manusia, ketua atau pemimpin diperlukan

agar segala rancangan dan tindakan setiap anggota kelompok dapat

berjalan dengan baik. Pemimpin boleh dikatakan sebagai penyatu

hasrat kelompok. Oleh itu, tidak ada kelompok yang boleh hidup

sebagai sebuah masyarakat tanpa pemimpin. Malah dalam

perkembangan kehidupan masyarakat hari ini kita tidak boleh

2

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181memilih untuk hidup tanpa pemimpin, kita memerlukan pemimpin pada

semua peringkat kehidupan. Ini kerana pemimpin adalah penanda

atau pelengkap pada reka bentuk organisasi.

Pemimpin berfungsi sebagai penentu sempadan bidang kuasa dan

tindakan antara peringkat bawahan dengan peringkat atasan. Tanpa

pemimpin hukum beradat dalam masyarakat tidak akan wujud. Dengan

cara ini sahaja sesebuah organisasi akan berjaya mengalami

perubahan. Pemimpin juga merupakan penggerak utama dalam sesebuah

organisasi. Tanpa pemimpin sesebuah organisasi tidak akan dapat

bergerak lancar kerana tiada pengawasan dan pengarahan.

Kebiasaanya orang yang sanggup menjadi pemimpin ingin mendapatkan

kedudukan, kekayaan, kekuasaan dan juga ingin benar-benar

mendapatkan kepuasan untuk berkhidmat pada kelompoknya.

2.0 SIFAT DAN CIRI-CIRI PEMIMPIN

Bagi menjadi seorang ketua tak kira apa jua jenis kepimpinan,

maka seseorang itu memerlukan ciri-ciri kepimpinan tertentu.

Sebenarnya banyak ciri-ciri kepimpinan yang boleh dibincangkan.

Oleh itu seorang ketua haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan

seperti:-

(a) Sihat

Seorang ketua hendaklah sihat tubuh badannya dan sihat mentalnya.

Seseorang itu tidak boleh memimpin apa jua jenis kegiatan jika ia

tidak sihat dan tidak mempunyai kecergasan fizikal yang

3

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181secukupnya. Mental yang sihat pula akan membolehkan seseorang

ketua itu sentiasa bertindak waras dan rasional.

(b) Minat Dan Dedikasi

Minat yang mendalam di dalam bidang yang dipimpin hendaklah wujud

di dalam jiwa seorang ketua. Tanpa minat seseorang ketua tidak

akan berjaya memimpin kumpulan-kumpulannya di dalam bidang yang

dipimpin. Minat yang mendalam biasanya akan melahirkan semangat

gigih, rajin bekerja atau dedikasi. Tanpa sifat gigih dan

dedikasi seseorang ketua itu tidak akan berjaya membangunkan

kumpulan tersebut.

(c) Sikap Sosial

Seorang pemimpin kegiatan luar hendaklah mempunyai sikap sosial

yang baik. Ia hendaklah mengasihi orang dipimpinnya, menerima

mereka sebagai ahli kumpulan, bertolak ansur, bertimbang rasa,

adil, tidak mementingkan diri sendiri dan selalu meluangkan masa

bagi mendengar masalah ahli kumpulan.

(d) Taat Setia

Ketua hendaklah juga taat setia kepada kumpulan sebagai mana ia

mengharapkan kumpulannya berbuat perkara yang sama terhadapnya.

Ia mesti mementingkan kumpulannya dari kumpulan lain. Ia mesti

sentiasa berdiri teguh di belakang kumpulan. Segala susah payah

dan tumbang bangun kumpulan adalah juga adalah susah payah dan

tumbang bangun ketua itu.

(e) Pintar

4

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181Seseorang pemimpin mestilah pintar. Orang yang pintar dapat

menganalisa sesuatu keadaan atau permasalahan yang baik serta

dapat memisahkan antara perkara yang penting dengan yang tidak.

Dengan demikian beliau dapat menghasilkan pendapat-pendapat atau

rumusan yang bernas lagi berkesan. Orang yang bodoh sudah tentu

tidak layak memimpin orang lain. Perlu ditekankan bahawa orang

yang pintar tidak semestinya orang yang mempunyai kelulusan

akademik yang tinggi. Orang yang pintar biasanya berpandangan

jauh dan cepat peka terhadap apa yang berlaku di sekitarnya.

Dengan demikian ia dapat bertindak bagi kebaikan kumpulan.

(f) Daya Usaha

Daya usaha atau inisiatif adalah satu kualiti yang membuat

seseorang itu dapat bergerak atau bekerja tanpa menunggu arahan

atau gesaan dari mana-mana pihak. Orang yang bekerja di atas

dasar ‘seperti pahat dengan pemukul’ adalah tidak sama sekali

layak dijadikan ketua. Ketua yang mempunyai daya usaha akan

sentiasa melahirkan program-program aktiviti-aktiviti atas

sesuatu

untuk kumpulan. Tanpa aktiviti kumpulan akan menjadi statik.

Orang yang mempunyai inisiatif adalah biasanya orang yang kreatif

dan produktif.

(g) Berani

Ciri ini membolehkan ketua supaya terus dapat memimpin kumpulan

walau di dalam apa keadaan sekali pun. Ketua yang (samada dari

5

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181segi fizikal atau moral) dapat melahirkan keputusan yang sukar

dan berat. Ia berani bertanya, berani berhadapan orang ramai,

berani menegur dan sentiasa bersifat cekal di dalam kecemasan.

Tetapi perlu ditekankan bahawa berani yang dimaksudkan di sini

bukanlah berani yang tidak berasas dan membabi buta sehingga

terkeluar dari batas logik dan kewarasan. Seorang ketua yang

berani membabi buta adalah lebih merbahaya.

(h) Jujur

Dengan bersifat jujur seorang ketua akan sentiasa berterus-terang

kepada kumpulannya. Jika ia tidak tahu mengenai sesuatu perkara

ia akan mengatakan tidak tahu. Jika ia belum melakukannya sesuatu

perkara maka ia akan berkata ia belum melakukannya. Sementara

ketua yang tidak jujur atau membohongi kumpulannya dengan

beberapa alasan yang hebat. Seorang yang jujur ialah juga orang

yang amanah. Kumpulan akan sejahtera jika ketua tidak menyeleweng

samada dari segi tugas moral atau material.

(i) Disiplin

Ketua yang berdisiplin akan dicontohi dan dipatuhi oleh

pengikutnya. Di dalam ciri-ciri disiplin yang tinggi adalah

diperlukan demi menjaga nama dan keselamatan kumpulan. Segala

arahan peraturan dan etika perlu dipatuhi sepenuhnya. Ketua yang

berdisiplin akan sentiasa mematuhi perkara-perkara tersebut dan

selanjutnya ia akan menentukan pula supaya kumpulan juga berbuat

demikian. Hanya mereka yang berdisiplin sahaja boleh

mendisiplinkan orang lain. Disiplin yang dimaksudkan disini bukan

setakat mematuhi arahan dan peraturan sahaja tetapi juga termasuk

6

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181dari segi mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang

tidak baik.

(j) Tegas Dan Fleksibel

Dengan bersifat tegas seseorang ketua itu akan di yakini oleh

kumpulan. Keputusan dan arahannya akan dipatuhi tanpa keraguan

dan kelewatan. Ketua yang tegas akan disegani oleh pengikutnya.

Ketegasan adalah perlu terutamanya yang berkaitan dengan

keselamatan.

Seseorang yang tegas diterima adalah orang yang berdisiplin dan

berani. Seseorang ketua hendaklah pula bersifat fleksibel pada

ketika-ketika tertentu terutama sekali bagi tujuan keselamatan

kumpulan. Sebagai contoh ia haruslah boleh memilih cara lain

apabila satu cara yang dirancangkan itu membahayakan kumpulan.

(k) Yakin

Seseorang pemimpin hendaklah yakin kepada dirinya sendiri. Yakin

kepada diri sendiri ialah yakin kepada kebolehan yang ada, yakin

kepada segala keputusan dan tindakan yang telah dibuat untuk

kumpulan dan apa yang lebih penting ialah yakin kepada kepimpinan

sendiri. Dengan demikian seseorang ketua dapat menjalankan

tugasnya tanpa ragu-ragu. Ketua yang ragu-ragu kepada dirinya

sendiri tidak akan mempunyai kekuatan dalaman untuk memimpin

orang lain.

Mengikut pandangan tokoh Islam menyatakan bahawa seorang pemimpin

perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di

7

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181dalam organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang

yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam melakukan

tugasnya. Seorang pemimpin juga menurut perlulah berpancaindera

yang sempurna. Ianya juga perlu mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi secara tidak

langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan

perkara yang mungkar dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai

anggota badan yang sempurna supaya boleh menguruskan pekerjaannya

dengan sempurna.

Manakala menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang pemimpin

perlulah seorang yang hidupnya dengan cara sederna tidak terlalu

membazir dengan harta yang dimiliki olehnya. Seorang pemimpin

juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang tanpa merungut

dengan pekerjaan yang dilakukanna. Dia juga harus cuba memuaskan

semua pihak jika hal itu tidak melanggar undang-undang dan

peraturan. Seorang pemimpin juga menurut Imam Al-Ghazali perlulah

mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab besar jawatannya.

Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang suka bersahabat

dengan para ilmuan dan mendengar arahan para ilmuan tersebut. Hal

ini keran supaya seorang pemimpin tersebut tidak melanggar

undang-undang yang telah digariskan dalam Islam ataupun tidak

terpesong daripada landasan agama Islam yang telah ditetapkan

oleh syarak ( Alias Mohamed, 1984).

8

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin

Ghiselli menyatakan bahawa seorang pemimpin perlulah mempunyai

sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri. Tanpa sifat

kesungguhan dan keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan

sesebuah organisasi tidak akan berjalan dengan baik. Begitu juga

dengan kecerdasan yang terlalu tinggi atau kecerdasan yang

terlalu rendah akan mengurangkan keberkesanan memimpin. (Mustafa

Hj. Daud, 1996).

Selain itu, menurut pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph M.

Stogdill, seorang pemimpin perlulah bersifat kecerdasan dan

kemampuan juga bijak, matang, mempunyai harta sebagai modal

supaya seorang pemimpin tersebut dapat menguruskan organisasinya

dengan baik. Seorang pemimpin juga perlu adanya sifat sosial

iaitu dimana mempunyai daya kerjasama, kemampuan berkomunikasi

dan berkebolehan untuk bermasyarakat. (Mustafa Hj. Daud, 1996).

Selain itu, seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat

keperibadian iaitu dimana berkebolehan, agresif dan berkeyakinan

tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin. (Mustafa

Hj. Daud, 1996).

3.0 GAYA KEPIMPINAN

Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi, pemimpin perlu

proaktif melalui aspek keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap

pekerja. Seorang pemimpin tidak semestinya hanya seorang Pengarah

ataupun seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam

9

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181organisasi. Tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke

arah pencapaian matlamat juga boleh diklasifikasikan sebagai

pemimpin berasaskan kemampuan memimpin menggunakan kebijaksanaan,

kemahiran, pengalaman, tahap senioriti dan sebagainya .

Gaya kepimpinan dalam kajian Fiedler adalah hubungan peribadi

apabila seseorang mengarah, menyelaras dan menyelia orang lain

dalam pelaksanaan tugas bersama. Pemimpin mengurus kelompok

dengan salah satu cara memberitahu orang apa yang hendak dibuat

dan bagaimana hendak membuatnya atau berkongsi tanggungjawab

kepimpinan dengan anggota-anggota kelompok dan melibatkan mereka

dalam perancangan pelaksanaan tugas. Fiedler tidak menafikan

terdapat berbagai-bagai gaya antara kedua-dua gaya kepimpinan ini

tetapi asasnya

ialah kerja-kerja memotivasi dan menyelaraskan ahli kelompok

dilakukan dengan dua gaya kepimpinan ini. Gaya ini boleh difahami

daripada cara seseorang menilai rakan sekerjanya yang paling

tidak disukainya. (Aminuddin Mohd. Yusof, 1994).

Gagasan teori kepimpinan ini mempunyai akarnya dalam teori

hubungan antara perseorangan. Dalam kajian asalnya yang memeriksa

hubungan antara ahli terapi dengan pelanggannya, Fiedler

mendapati ahli terapi yang baik reputasinya cenderung

menghuraikan pesakitnya sebagai sama dengan dirinya. Sementara

yang tidak baik reputasinya menghuraikan pesakit tidak sama

10

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181dengan dirinya. Ukuran ini, yang dipanggil persamaan andaian

(Aminuddin Mohd. Yusof, 1994).

Setiap orang pemimpin mempunyai gaya kepemimpinannya masing-

masing. Perbezaan gaya kepemimpinan mempunyai kesan yang penting

kepada produktiviti individu-individu yang mereka pimpin. Menurut

Azizan Bahari (2009) terdapat tiga gaya kepemimpinan bagi

seseorang pemimpin.

3.1 Gaya Autokratik

Seorang pemimpin harus berupaya menggerakkan orang-orang

bawahannya melakukan tindakan-tindakan agar tujuan organisasi

tercapai. Dalam usaha menggerakkan orang-orang bawahan melakukan

apa jua aktiviti atau pekerjaan untuk mencapai tujuan persatuan,

pemimpin yang autokratik meletakkan kekuasaannya di tangannya

sendiri. Kata-katanya atau segala kehendaknya tidak boleh

dibantah. Orang lain harus tunduk dan menurut sahaja pada

kemahuannya. Pemimpin yang autokratik tidak bersikap membimbing,

segala perintahnya harus dilaksanakan dengan baik. Keputusannya

adalah sesuatu yang terbaik dan harus dilaksanakan tanpa boleh

ditegur.

Pemimpin yang autokratik memberi banyak arahan dan semua

keputusan hanya dia seorang sahaja yang boleh membuatnya. Dia

menganggap yang dia seorang sahaja boleh berfikir untuk

menentukan bentuk kegiatan yang boleh dilakukan oleh persatuan.

Ahli-ahli tidak diberi kesempatan atau peluang untuk mengeluarkan

pendapat atau pandangan, apa lagi untuk bersama-sama membuat

keputusan. Mereka hanya menerima tanggungjawab melaksanakan

11

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181keputusan ketua. Dalam tindak tanduk mengendalikan persatuan, dia

lebih suka menggunakan paksaan dan ancaman supaya ahli-ahli

berasa takut. Hubungan di antara pemimpin jenis ini dengan ahli-

ahli persatuan tidak selalu baik atau dengan lain perkataan ialah

terlalu formal dan penuh ketegangan.

3.2 Gaya Laissez-Faire

Pemimpin yang bebas membiarkan sahaja kumpulannya menentukan

sendiri semua aktiviti mereka. Pemimpin ini tidak mengambil sikap

tertentu terhadap kumpulannya. Dia tidak membimbing atau

mendorong ahli-ahlinya, dia tidak mengawal aktiviti persatuannya,

malah dia tidak suka mengambil keputusan. Dia cuma memerhatikan

sahaja apa yang dibuat oleh kumpulannya. Dengan kata lain, dia

sebagai ketua memberi kebebasan sepenuhnya kepada orang-orang

yang dipimpin untuk membuat apa sahaja yang difikirkan patut.

Pemimpin jenis ini dinamakan pemimpin laissez-faire, iaitu

pemimpin yang tidak menentukan arah kepada orang-orang di

bawahnya. Kebebasan diberikan menurut kemahuan orang-orang yang

dipimpin. Kedudukannya sebagai ketua hanya sebagai simbol atau

“penasihat” yang hanya mempersetujui apa juga cadangan yang

dikemukakan oleh orang bawahan kerana dia sendiri tidak suka

membuat keputusan.

Oleh sebab kuasa yang ada pada ketua itu tidak jelas, pengurusan

dan pentadbiran persatuan biasanya menjadi kacau. Setiap anggota

12

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181kelompok bergerak sendiri-sendiri bagi mencapai matlamat peribadi

dan bukannya matlamat persatuan atau organisasi.

3.3 Gaya Demokratik

Dalam gaya demokratik, hubungan antara pemimpin dengan orang-

orang yang dipimpin diwujudkan dalam bentuk hubungan kemanusiaan.

Hubungan antara ketua dengan orang-orang bawahan didasari prinsip

saling hormat-menghormati, saling bekerjasama dan

bertanggungjawab. Setiap orang dihargai dan dihormati sebagai

manusia, bukan sebagai robot yang diwujudkan hanya untuk

melaksanakan perintah.

Pemimpin yang demokratik selalu memberikan kesempatan kepada para

ahlinya untuk memberikan pandangan, pendapat dan sasaran untuk

kebaikan persatuan. Dengan demikian, ahli-ahli akan berasa

diberikan perhatian sehingga timbul rasa kasih dan kesetiaan yang

mendalam terhadap persatuan dan akan sentiasa berusaha mencari

jalan untuk memajukan persatuan.

Kepemimpinan demokratik adalah kepemimpinan yang aktif serta

pemimpinnya bersedia menerima kritik atau teguran yang membina

daripada para anggota pasukan. Oleh itu, segala

usaha dijalankan untuk kepentingan bersama, iaitu untuk

kepentingan persatuan, bukan untuk kepentingan individu atau

segelintir individu.

13

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181Segala keputusan yang diambil untuk sesuatu aktiviti adalah hasil

yang diperoleh daripada perundingan dan persetujuan bersama,

bukannya keputusan ketua secara individu, tetapi majoriti. Setiap

orang akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan penuh

tanggungjawab tanpa berasa adanya tekanan atau paksaan sebab

pembahagian tugas dalam kepimpinan demokratik adalah jelas.

Pemimpin yang demokratik tidak memerintah, tetapi mengajak orang-

orang bawahnya membuat sesuatu demi kepentingan bersama. Dia

selalu berusaha mengutamakan kerjasama dalam usaha mencapai

tujuan persatuan.

4.0 PERANAN PEMIMPIN

Bagi mewujudkan warga yang cemerlang, pemimpin di dalam

organisasi juga memainkan peranan kerana terdapat beberapa

cabaran yang perlu dihadapi oleh organisasi. Pengurusan yang baik

bermula daripada pemimpin yang bijak merancang, melaksana,

mengurus dan mengawal atau memantau pengimplementasian sesuatu

yang telah dirancang dan sumber-sumber di bawah kawalannya.

Terdapat beberapa peranan yang penting yang perlu dimainkan oleh

seorang pemimpin di dalam organisasi.

(a) Perancangan Dan Penganjuran

Menentukan objektif dan strategi jangka panjang, memperuntukkan

sumber berdasarkan keutamaan, menentukan cara menggunakan

kakitangan dan sumber untuk menyempurnakan tugas dengan cekap dan

memastikan cara untuk mempertingkatkan koordinasi, produktiviti

dan kecekapan untuk organisasi tersebut.

14

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181(b) Penyelesaian Masalah

Menentukan masalah berkaitan tugasan, analisis masalah tepat pada

masanya tetapi secara sistematik untuk memastikan sebab dan cari

penyelesaian dan bertindak secara tegas supaya dapat

menyelesaikan masalah penting atau krisis.

(c) Menjelaskan Peranan Dan Objektif

Memberikan tugasan, memberikan arahan cara melakukan kerja dan

menerangkan dengan yang jelas berkaitan tanggungjawab, objektif

tugas, tarikh akhir dan jangkaan pencapaian.

(d) Menjalin Perhubungan

Apabila seseorang itu dipilih ataupun dilantik menjadi pemimpin

dia semestinya menjalin perhubungan yang baik dengan pelbagai

pihak yang mempunyai kaitan dengan organisasi yang dipimpinnya.

Pemimpin juga semestinya menjalin perhubungan baik dengan

individu-individu yang berada di bawah pimpinannya, dengan ketua-

ketuanya sendiri, dengan pemimpin-pemimpin lain yang menjadi

rakan sejawatnya, dengan individu-individu lain di luar

organisasi yang dipimpinnya dan dengan mereka yang akan terjejas

oleh keputusan-keputusan yang diambilnya selaku pemimpin. Dia

semestinya menjalin perhubungan baik dengan semua pihak kerana

kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada sokongan dan

kerjasama pihak-pihak lain. Sebagai pemimpin, tugas utamanya

ialah mendorong individu-individu yang dipimpinnya supaya berjaya

melakukan apa yang mereka lakukan pada tahap cemerlang. Ini hanya

15

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181dapat dilakukan apabila pemimpin itu mempunyai perhubungan yang

baik dengan mereka yang berada di bawah kepemimpinannya.

(e) Menerima Dan Memberi Maklumat

Sebagai pemimpin seseorang itu perlu menjalin perhubungan yang

baik dengan semua pihak kerana dia memerlukan maklumat, baik

maklumat berkenaan perkara-perkara di dalam mahupun di luar

organisasi yang dipimpinnya. Sebagai contoh, dia perlu mengetahui

siapa yang menjadi punca masalah-masalah yang berlaku di dalam

organisasinya, siapa yang paling kuat bekerja, apa masalah yang

ada, apa yang sedang dilakukan oleh para pesaingnya, apa peluang-

peluang baru yang ada, dan banyak lagi. Individu-individu yang

dipimpinnya dan rakan-rakan sejawatnya pula memerlukan banyak

maklumat daripadanya untuk membantu mereka menjalankan tugas-

tugas mereka dengan lebih berkesan. Setiap maklumat yang diterima

perlu dinilai dan ditafsir dengan teliti kerana maklumat-maklumat

itu berguna untuk membuat pelbagai keputusan.

(f) Membuat Keputusan

Sebagai pemimpin, seseorang itu membuat bermacam-macam keputusan

seperti keputusan yang melibatkan wang, individu-individu lain,

masa dan banyak lagi. Untuk membuat keputusan yang tepat

seseorang memerlukan banyak maklumat yang relevan dan betul.

Selain daripada membuat

keputusan berkenaan projek-projek baru, idea-idea baru, strategi-

strategi baru dan lain-lain seperti itu, seseorang pemimpin

16

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181semestinya membawa perubahan dan pembaharuan kepada organisasinya

dan individu-individu yang dipimpinnya. Untuk itu, pemimpin

terpaksa membuat pelbagai keputusan yang penting dan berisiko.

Satu lagi tugas pemimpin yang melibatkan fungsi membuat keputusan

ialah tugas perundingan. Seringkali sebagai pemimpin seseorang

itu semestinya berunding dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan

persetujuan, sokongan, dan kerjasama mereka. Dia perlu membuat

keputusan-keputusan pada akhir proses perundingan itu. Keputusan-

keputusan yang dibuatnya itu pula tidak terhad pada keputusan-

keputusan yang penting pada hari itu sahaja, tetapi keputusan-

keputusan yang penting pada masa depan.

(g) Pengawasan

Pengumpulan maklumat berkaitan aktiviti kerja dan keadaan luaran

yang mempengaruhi kerja, memeriksa perkembangan dan kualiti

kerja, menilai persembahan individu dan unit organisasi, analisis

arah aliran dan meramal peristiwa luaran.

(h) Motivasi Dan Mengilhamkan

Menggunakan teknik pengaruhan yang wujud pada emosi atau logik

untuk menjana semangat bekerja, iltizam kepada objektif tugas,

dan pematuhan terhadap permintaan untuk kooperasi, bantuan

sokongan atau sumber, dan membentuk suatu contoh sikap yang

sesuai.

(i) Sebagai Eksekutif

Menyelaraskan aktiviti-aktiviti kelompok supaya tidak terdapat

percanggahan. Kalau semua orang bercakap pada masa yang sama,

17

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181merancang pada masa yang serentak tanpa penyelarasan, kelompok

akan jadi kacau.

(j) Sebagai Orang Tengah

Kelompok yang dinamik tidak dapat mengelak diri daripada

menghadapi konflik dalaman antara anggota-anggotanya. Dalam

keadaan begini pemimpin perlu menjadi orang tengah; menjadi hakim

atau pendamai kepada pihak yang berkonflik itu.

(k) Sebagai Teladan

Pemimpin boleh menjadi teladan atau model kepada anggota-

anggotanya. Dia menunjukkan kepada mereka tingkah laku, sifat

atau kemahiran yang perlu kepada anggota-anggotanya.

Dengan menjadi teladan, dia menyediakan petunjuk yang konkrit

tentang apakah yang mereka harus lakukan atau buat.

5.0 PEMIMPIN YANG BERKETRAMPILAN DAN BERWIBAWA DALAM MENGURUSKAN

ORGANISASI

Pemimpin yang dilantik mahupun dipilih untuk menjadi pemimpin

seharusnya berupaya mengerakkan anggota-anggota di dalam sesuatu

kumpulan, membimbing dan mengarahkan mereka menuju ke suatu

matlamat. Dia harus sedar bahawa dia adalah bertanggungjawab

terhadap orang-orang yang dipimpinnya dan berkeyakinan serta

bermotivasi untuk memberi khidmat bakti, tenaga dan fikiran untuk

kesejahteraan dan kepentingan ahli-ahlinya. Seseorang pemimpin

bukan sahaja harus mempunyai bakat memimpin, tetapi juga bersedia

untuk dipimpin. ( Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 1999).

18

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181Semangat pengabdian dan kesetiaan tinggi terhadap organisasi dan

ahli turut harus ditanam dalam hatinya. Berikutan itu, dia

haruslah sanggup berkorban untuk memastikan persatuan yang

dipimpinnya terus maju. Dia harus mengakui bahawa adanya

perbezaan individu dan pengharapan mereka juga adalah tidak sama.

Oleh itu, komitmen kepada pemimpin mahupun bidang tugas mereka

haruslah diwujudkan di kalangan ahli jawatankuasa dan juga ahli-

ahli bagi kebaikan organisasi.

Dalam usahanya untuk memajukan organisasi yang dipimpinnya, dia

haruslah mempunyai daya inisiatif dan kreatif yang tinggi.

Sebelum itu, dia haruslah mempunyai kefahaman yang mendalam

tentang prinsip, keperluan dan bidang tugasnya. Berpandukan itu,

dia bolehlah merancang dan melaksanakan progam-progam yang

memberi manfaat kepada ahli-ahli. Dengan itu, organisasi akan

menjadi lebih terkenal dan dapat menarik lebih ramai ahli.

Seorang pemimpin harus memiliki keinginan yang kuat untuk

memajukan diri sendiri supaya menjadi manusia yang berilmu,

berpengalaman luas dan mampu berkomunikasi sama ada secara lisan

mahupun secara bertulis dengan cara yang paling efektif

(Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2001). Kemampuan berkomunikasi ini

penting agar maklumat yang hendak disampaikan kepada orang-orang

yang dipimpinnya dapat difahami dengan jelas. Bagi meningkatkan

daya kepemimpinannya, seseorang pemimpin seharusnya

memperbanyakkan bacaannya, menghadiri

19

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181kursus, bergaul dengan orang yang lebih berilmu mahupun

berpengalaman dan meminta tunjuk ajar atau nasihat daripada guru

penasihat.

Selain itu, dia juga harus memastikan dirinya sentiasa berada

dalam tahap kesihatan yang tinggi, emosi dan mental yang stabil.

Mereka juga haruslah merupakan individu-individu yang dinamik,

sanggup menerima tugas dan tanggungjawab yang berat, berani

mengambil risiko , semangat juang yang tinggi, berakhlak mulia,

tegas tetapi adil dalam membuat pertimbangan, ketajaman fikiran,

pandai menyesuaikan diri, tekun dan gigih. Dengan kelebihan-

kelebihan ini, seorang pemimpin yang berwibawa dilahirkan dan

seterusnya dihormati dan dipatuhi oleh ahli-ahlinya.

Pemimpin yang berjaya mendorong semangat dan berupaya melaksana

fungsi membina wawasan yang jelas dapat menyakinkan pengikut

untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai matlamat organisasi.

Bagaimana fungsi membina wawasan membantu seseorang pemimpin

merealisasikan matlamat organisasi bergantung kepada keupayaan

pemimpin membayangkan masa depan organisasi.

Pemimpin itu berupaya melibatkan dan meningkatkan penyertaan

pengikut dengan mengamalkan apa yang dikata dilaksanakan.

Pemimpin dapat mengurus organisasi dengan baik dan berpuas hati

dengan perubahan yang dilakukan serta memiliki perwatakan

kepimpinan yang berilmu, berpengalaman dan berwawasan. Pemimpin

berwawasan sedar terhadap realiti semasa dan melihat masa depan

dengan positif serta dapat menjana halatuju organisasi dan tugas

utama dengan jelas dan berkesan.

20

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181Pemimpin yang melaksana fungsi kepimpinan dengan membina wawasan

biasanya akan menentukan sasaran kerja utama, mengenalpasti siapa

pelanggan, membina pernyataan visi dan misi organisasi. Visi

dijadikan sebagai asas untuk organisasi bergerak di landasan yang

betul. Misi sebagai wahana penentu apakah bidang kerja utama,

siapakah ahli organisasi dan apakah yang hendak dicapai. Ini

memudahkan matlamat organisasi dicapai. (Zainal Abidin Mohamad,

1998).

Kepimpinan yang berwawasan mesti bersikap positif dan bersedia

ditegur serta dapat menerima teguran membina secara terbuka.

Berfikiran terbuka boleh menjadi faktor kekuatan seseorang

pemimpin organisasi. Pemimpin organisasi akan sentiasa peka

kepada soal kemanusiaan dan

dapat mengenali diri ahli organisasi dari dekat. Mengambil tahu

kebajikan dan masalah ahli organisasi. Pemimpin organisasi di

lihat oleh ahli organisasi memiliki sifat mulia, prihatin dan

ikhlas. Dapat mewujudkan sifat dan semangat kesepunyaan di

kalangan ahli organisasi. Dengan itu mereka berusaha gigih untuk

mencapai matlamat bersama.

Pemimpin organisasi mendorong dan memberi bimbingan serta

mempengaruhi orang bawahan untuk mencapai visi dan melaksana

misi. Contohnya langkah dibuat dengan memilih kakitangan yang

sesuai dengan memberi dorongan, bimbingan dan menggalakkan ahli

organisasi melaksana kerja dengan bertanggungjawab dan dedikasi.

21

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181Pemimpin memiliki corak dan gaya komunikasi berkesan. Contohnya

melalui mesyuarat, interaksi dan mengamalkan prinsip perhubungan

manusia yang ada sifat penyayang, mesra, jujur dan ikhlas. Dapat

dilihat dan dirasai oleh ahli organisasi, pelanggan dan

stakeholders. Pegalaman pemimpin dan ahli organisasi dikongsi

bersama. Ini dapat memanafaat kepakaran dan kecekapan serta

membuat keputusan dengan tangkas dan tepat untuk mencapai

matlamat. Lantas dapat menyelesaikan masalah organisasi dan dapat

mencapai matlamat organisasi dengan penyertaan dan peglibatan

semua pihak.

Pemimpin organisasi berkeupayaan memberi dorongan dan membimbing

kepada ahli organisasi. Dengan penuh keyakinan dapat menentukan

dan menjamin segala aktiviti akan mencapai matlamat. Melaksanakan

sistem pemantauan melalui penyeliaan dan kawalan berterusan

segala aktiviti dan perlaksanaan aktiviti boleh mencapai matlamat

organisasi. Sebab ahli organisasi dapat merasai dan sedar bahawa

pemimpin sentiasa memerhati, menyelia dan memantau serta mengawal

berterusan.

Untuk mecapai matlamat organisasi perlu pemimpin memainkan

pelbagai fungsi kepimpinan. Perilaku pemimpin mesti mengambarkan

struktur tugas, kuasa formal dan bekerja sepasukan (Al. Ramaiah,

1992). Dalam keadaan kecemasan diperlukan pemimpin autokratik

bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Dalam keadaan

tiada kecemasan diperlukan pemimpin konsultatif. Dalam keadaan

kecemasan pemimpin transaksi mesti bergantung kepada ahli

organisasi yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang tertentu.

22

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181Keupayaan pemimpin mengenalpasti kemahiran yang dimiliki ahli

organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Begitu juga

suasana kondusif ditempat kerja dan persekitaran luaran perlu

diberi perhatian dan tumpuan oleh pemimpin organisasi. Contohnya

ahli yang tidak bermotivasi, tidak berkemahiran,

suasana kerja yang tidak kondusif dan persekitaran luaran yang

tidak menentu, boleh menyebabkan matlamat organisasi tidak dapat

dicapai. Ini menyebabkan hilang keyakinan pelanggan dan

stakeholders terhadap organisasi.

Pemimpin yang berjaya mendorong semangat dan berupaya melaksana

fungsi membina wawasan yang jelas dapat menyakinkan pengikut

untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai matlamat organisasi.

Bagaimana fungsi membina wawasan membantu seseorang pemimpin

merealisasikan matlamat organisasi bergantung kepada keupayaan

pemimpin membayangkan masa depan organisasi. ( Azizan Bahari,

2009).

Pemimpin itu berupaya melibatkan dan meningkatkan penyertaan

pengikut dengan mengamalkan apa yang dikata dilaksanakan.

Pemimpin dapat mengurus organisasi dengan baik dan berpuas hati

dengan perubahan yang dilakukan serta memiliki perwatakan

kepimpinan yang berilmu, berpengalaman dan berwawasan. Pemimpin

berwawasan sedar terhadap realiti semasa dan melihat masa depan

dengan positif serta dapat menjana halatuju organisasi dan tugas

utama dengan jelas dan berkesan.

23

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181Pemimpin melaksana strategi berdasarkan visi dan misi organisasi.

Pemimpin mengambilkira indikator kejayaan yang sedia ada pada

organisasi. Ini boleh menjadikan seseorang pemimpin organisasi

cemerlang sebagai pemimpin yang memimpin organisasi dengan

melakukan perkara yang betul dengan betul untuk orang yang betul

pada masa yang betul dan tempat yang betul. Oleh itu matlamat

organisasi dapat direalisasi. Contohnya pemimpin yang melaksana

fungsi kepimpinan dengan cara membina wawasan dapat menyebabkan

ahli organisasi berusaha merealisasi matlamat organisasi.

Pemimpin yang melaksanakan fungsi kepimpinan dapat menjadikan

organisasi berkesan. Mempunyai matlamat bersama ada matlamat

yang jelas, amalan-amalan yang tekal, kesejawatan dan

berkerjasama. Pemimpin dapat mengenalpasti keperluan latihan staf

dan menjalankan latihan dalaman jika dikenalpasti ahli organisasi

kurang cekap. Untuk mecapai matlamat organisasi perlu pemimpin

memainkan pelbagai fungsi kepimpinan. Perilaku pemimpin mesti

mengambarkan struktur tugas, kuasa formal dan pengalaman serta

dapat bekerja sepasukan. Dalam keadaan kecemasan diperlukan

pemimpin autokratik bagi menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan. Dalam keadaan tiada kecemasan diperlukan pemimpin

konsultatif. Dalam

keadaan kecemasan pemimpin transaksi mesti bergantung kepada ahli

organisasi yang berkemahiran di dalam sesuatu bidang tertentu.

Pemimpin mesti berkeupayaan mengenalpasti kemahiran yang dimiliki

ahli organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Begitu juga

24

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181suasana kondusif ditempat kerja dan persekitaran luaran perlu

diberi perhatian dan tumpuan oleh pemimpin organisasi.

7.0 PENUTUP

Setiap organisasi memerlukan pemimpin. Tanpa pemimpin sesebuah

organisasi tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Ini kerana

jatuh bangunnya sesebuah organisasi bergantung kepada pemimpin.

Seseorang pemimpin dikatakan berjaya sekiranya dia berjaya

menerapkan kepemimpinan yang tepat di dalam organisasinya.

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada sokongan dan

sanjungan semua ahli. Untuk menjadi pemimpin yang berwibawa,

seseorang bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan

pengalaman, tetapi juga perlu bekerja untuk membina kuasa dalaman

lebih dari kekuatan fizikal. Daya kekuatan yang dimaksudkan ialah

kekuatan untuk mengawal, mempengaruhi, memujuk, daya memaksa,

mengesahkan dan daya membuat rujukan.

Keberkesanan seseorang pemimpin itu dapat dikatakan bergantung

kepada beberapa faktor seperti sifat diri pemimpin itu sendiri,

situasi dalaman organisasi, dan juga faktor-faktor yang

mempengaruhi kelakuan kakitangan.

Kecemerlangan organisasi bergantung kepada kepimpinan berwawasan

kerana dapat memberi keutamaan yang berfokus kepada manusia dan

wawasan. Pemimpin yang berjaya melaksanakan fungsi kepimpinan

dengan membina wawasan organisasi dapat membuat peningkatan yang

besar matlamat organisasi dan dapat merealisasi matlamat

organisasi. Kejelasan wawasan, peghayatan wawasan, keghairahan

25

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181terhadap wawasan, ketabahan dan dedikasi kepada wawasan ,

pandangan global, kebolehan percayaan keberkesanan organisasi dan

perkongsian paradigma boleh meningkatkan kepuasan pekerja.

Sekaligus menunjukkan kejayaan pemimpin dan pekerja

merealisasikan matlamat organisasi

Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang

dapat menjadi pemimpin yang baik. Menjadi pemimpin yang baik

memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran yang berterusan,

sikap cintakan ilmu, penguasaan pelbagai kemahiran, disiplin diri

yang tinggi, kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan

sebagainya. Natijahnya seorang pemimpin organisasi yang baik

bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang tetapi

lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam

organisasi dengan berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran

yang dinyatakan dengan baik.

26

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1999). Komunikasi Untuk Pemimpin.

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn

Bhd.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2001). Bakat Dan Kemahiran

Memimpin. Kuala Lumpur : PTS Publications &

Distributors Sdn Bhd.

27

GMGM 3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam No Matrik 203181Al. Ramaiah (1992). Kepemimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini.

Kuala Lumpur : IBS Buku Sdn Bhd.

Alias Mohamed. (1984). Kepimpinan, Demokrasi Dan Tradisi. Kuala

Lumpur: AMW Comunications Management.

Aminudin Moh. Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Azizan Bahari. (2009). Menjadi pemimpin. Petaling Jaya: Qarya

Sdn. Bhd.

Mustafa Hj. Daud. (1996). Pemimpin Mengikut Pandangan Tokoh Barat

(Terjemahan), Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distibutors Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Mohamad. (1998). Pengurusan Strategik. Kuala

Lumpur : Utusan Distributian and Publication.

28