4.0 STRATEGI PENGURUSAN DIRI SEBAGAI

27
4.0 STRATEGI PENGURUSAN DIRI SEBAGAI PELAJAR 4.1 SIKAP YANG POSITIF. Pelajar tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka haruslah sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan. 4.2 DISIPLIN MASA Proses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Tidak mungkin seseorang itu dapat lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan yang baik. Fikirkan perkara ini. adakan jadual waktu harian dan mingguan ambil pendekatan 'pengurusan mengikut objektif' terhadap kerja-kerja akademik menggunakan konsep-konsep pengurusan masa yang lain dengan cara yang teratur dan terancang seperti penggunaan diari 4.3 MERANCANG PENGGUNAAN MASA Pelajar perlu faham bahawa skop kurikulum sekolah pada masa ini agak luas. Banyak perkara yang perlu dipelajari dalam waktu yang singkat. Oleh itu pelajar perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara yang efisien. 4.4 MENDAHULUKAN YANG UTAMA Melalui perancangan, pelajar dapat mengimbangi pengagihan masa belajar mengikut jumlah masa yang ada. Keutamaan diberikan kepada pelajaran yang pelajar rasakan dia lemah serta

Transcript of 4.0 STRATEGI PENGURUSAN DIRI SEBAGAI

4.0 STRATEGI PENGURUSAN DIRI SEBAGAI PELAJAR

4.1 SIKAP YANG POSITIF.

Pelajar tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka haruslah sentiasabersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan.

4.2 DISIPLIN MASA

Proses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Tidak mungkin seseorang itu dapat lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan yang baik. Fikirkan perkara ini.

• adakan jadual waktu harian dan mingguan

• ambil pendekatan 'pengurusan mengikut objektif' terhadap kerja-kerja akademik

• menggunakan konsep-konsep pengurusan masa yang lain dengan cara yang teratur dan terancang seperti penggunaan diari

4.3 MERANCANG PENGGUNAAN MASA

Pelajar perlu faham bahawa skop kurikulum sekolah pada masa ini agak luas. Banyak perkara yang perlu dipelajari dalam waktu yang singkat. Oleh itu pelajar perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara yang efisien.

4.4 MENDAHULUKAN YANG UTAMA

Melalui perancangan, pelajar dapat mengimbangi pengagihan masabelajar mengikut jumlah masa yang ada. Keutamaan diberikan kepada pelajaran yang pelajar rasakan dia lemah serta

memberikan masa yang lebih kepada pelajaran yang sukar. Pelajar juga tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat hanyakepada kurikulum sekolah dan mengabaikan aktiviti ko-kurikulumyang lain. Tidak wajar juga bagi pelajar menumpukan perhatian kepada sukan sahaja.

4.5 TABIAT DALAM BILIK DARJAH

Pejar-pelajar mungkin hadir dalam bilik darjah tetapi mereka berkhayal dan tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Merekaini dikira sebagai 'ponteng psikologi' atau 'psycological truancy'. Dengan itu, perkara berikut harus dilakukan dalam bilik darjah untuk meningkatkan daya 'kesegaran' dalam pembelajaran.

• sudah bersedia untuk memulakan pembelajaran

• tunjukkan minat terhadap subjek yang sedang diajar walaupun ia adalah subjek yang tidak disukai

• berikan perhatian dan penumpuan terhadap apa yang diperkatakan oleh guru

• sentiasa bersikap ingin tahu, ini akan membuat anda berani untuk bertanya atau mengemukakan pandangan/pendapat

• memainkan peranan yang dinamis dalam bilik darjah

• melibatkan diri dalam perbincangan yang diadakan

4.6 BAGAIMANA MEMBUAT PERSEDIAAN PEMBELAJARAN

Penyelidikan (di Amerika Syarikat) telah mendapati bahawa pelajar-pelajar yang bersedia untuk menghadapi pelajaran di bilik darjah akan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja belajar bersungguh-sungguh, tetapi juga membuat persediaan. Persediaan yang perlu bagi seseorang pelajar ialah:

• membaca topik/tajuk yang akan diajar oleh guru keesokannya

• menulis nota dalam bilik darjah

• melengkapkan nota-nota dengan segera di perpustakaan agartidak terlupa

• siapkan kerja rumah dengan segera

4.7 MENGGUNAKAN PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER

Ramai di antara pelajar yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku atau membuat temujanji sahaja. Perpustakaan dan pusat sumber bukanlah stor buku tetapi adalah tempat menyimpanbuku untuk dipinjam. Gunakan kemudahan ini sebaik mungkin dengan meminjam buku-buku akademik, artikel-artikel atau majalah-majalah yang berkaitan dengan pelajaran.Perpustakaan juga mempunyai:

• keratan-keratan akhbar yang menarik dan amat berguna

• majalah lama dari dalam dan luar negeri

• alamat-alamat organisasi penting, dan banyak lagi...

4.8 MENJAGA KESIHATAN DIRI

Kejayaan tidak akan dapat dicapai sekiranya badan lemah atau kesihatan mental terganggu. Langkah-langkah berikut dapat membantu pelajar.

• sentiasa bersikap tenang

• memakan makanan yang berkhasiat

• mengadakan senaman yang berterusan

• sentiasa bersikap positif dan rasional dalam kehidupan

• riangkan hati anda dengan senyuman di bibir

3.0 STRATEGI MENGUATKAN INGATAN

3.1 Strategi yang boleh diikuti bagi menguatkan daya ingatan

pelajar dan dapat dijadikan sebagai panduan. Bahan ini diambil

dari Buku How To Teach So Students RememberMarilee Sprenger.

3.1.1 Reach

Iaitu berusaha untuk melibatkan pelajar-pelajar dalam

proses pembelajaran.Pelajar mempunyai peribadi yang pasif,

namun mereka perlu terlibat dalam proses pertumbuhan diri.

Beberapa contoh metode pembelajaran yang melibatkan murid

adalah Discovery learning, problem-based learning, project-

based learning, dan inquiry learning dll. Penting juga bagi

guru untuk mempertimbangkan perhatian, motivasi, gaya belajar

dan emosi.

3.1.2 Reflect

Pemerhatian memberi kesempatan kepada pelajar untuk

menghubungkan sesuatu yang baru diberikan oleh guru dengan

pemahaman yang sedia ada dalam diri pelajar.

3.1.3 Recode

Cara untuk mengolah pengetahuan yang baru dalam pemahaman

murid secara keseluruhan, dan memberi kesempatan kepada

pelajar untuk mengadaptasikannya dengan cara yang baru iaitu

secara visual, pemahaman abstrak, idea-idea dan lain-lain.

Dengan cara ini,pelajar dapat mengetahui dan memperoleh

pengalaman yang baru.

3.1.4 Reinforce

Pengukuhan melalui maklum balas. Sebagai saringan untuk

membetulkan apa yang salah dan menguatkan yang telah dikuasai,

sehingga apa yang masuk pada ingatan jangka panjang merupakan

pengetahuan yang telah terseleksi.

3.1.5 Rehearse

Pengulangan yang berfungsi untuk menaruh pengetahuan

dalam ingatan jangka panjang.

3.1.6 Review

Pemprosesan pengetahuan yang telah ada dalam ingatan

jangka panjang untuk melihat apakah pelajar telah menguasai

bahan dengan baik dan benar.

3.1.7 Retrieve

Memilih penanda dan penolong ingatan agar boleh

menggunakan kembali pengetahuan yang telah ada di ingatan

jangka panjang. Kadang-kadang ada hal-hal yang boleh

menghalang usaha murid untuk mengingat kembali. Gunanya

penanda dan penolong ingatan adalah untuk mengatasi hal ini.

3.2. Pelajar sering mempunyai masalah untuk mengingati apa

yang telah mereka pelajari.Menurut Barry Gordon , MD. ,

Ph.D.,dalam bukunya intelegent Memory: A Prescription for

Improving Your Memory , keadaan ini normal dan bukan kerana

ada masalah. Penyebabnya adalah kehidupan yang penat dan

sibuk, dan terlalu banyak yang perlu diingat.Penyelidikan

menunjukkan gaya hidup boleh mempengaruhi fungsi otak,

termasuk risiko mengembangkan Alzheimer. Mengendalikan faktor

-faktor berikut ini dapat secara bermakna memperbaiki ingatan.

Terdiri dari:

3.2.1 Pemeriksaan Kesihatan

Hipertensi , kolesterol tinggi , merokok , kelebihan

berat badan, buruk untuk pembuluh- pembuluh darah yang memberi

makan pada otak. Dalam sebuah study terkini, orang -orang yang

menjalani prosedur memperlebar arteri utama di otak mereka

mengalami peningkatan aliran darah yang memperbaiki ingatan

dan pemikiran.Kelenjar thyroid di bawah aktif juga boleh

mengganggu ingatan dengan menghasilkan terlalu banyak hormon

thyroid yang membantu mengatur fungsi otak. Kemurungan yang

disebabkan ketidak seimbangan bahan kimia otak membuat sel -

sel saraf yang berkaitan dengan ingatan sukar untuk

berkomunikasi. Beberapa ubat gastrointestinal , kardiovaskular

, dan ubat antianxiety juga boleh melemahkan ingatan.

3.2.2 Redakan Tekanan

Para penyelidik Yale Medical School mencari , stres

mengaktifkan enzim yang disebut protein kinace C , yang

mengganggu bahagian otak yang bertanggung jawab untuk

pemikiran tahap tinggi. Tapi stres juga boleh mencabar

keupayaan anda untuk membentuk ingatan -ingatan baru kerana

pemikiran yang terganggu lebih sukar menyatukan maklumat baru.

Salah satu cara untuk meredakan stres adalah menulis jurnal

yang cenderung menenangkan dan membantu anda memproses dan

mengingat pengalaman- pengalaman anda.

3.2.3 Sukan

Sebuah kajian terhadap lebih daripada 18,000 wanita

mendapati , yang jalan kaki secara teratur lebih muda 3 tahun

secara mental berbanding yang tidak jalan kaki . Dalam

penyelidikan lain , orang- orang setengah baya yang latihan

aerobik 20 hingga 30 minit setiap hari berisiko lebih rendah

60% mengembangkan penyakit Alzheimere .

Ujian pada haiwan menunjukkan , aktif secara fizikal

membuat sel -sel saraf lebih cepat menggandakan diri ,

menguatkan hubungan mereka dan melindungi mereka daripada

kerosakan.

3.2.4 Stimulir Otak

Orang- orang yang secara aktif memberi cabaran kepada

otak dengan permainan kata- kata , mengisi sudoku, teka teki

silang, cenderung boleh mempertahankan ingatan secara lebih

baik dibanding yang melakukan aktiviti yang kurang mencabar

otak seperti nonton TV.

Sebuah kajian terkini terhadap 22 kajian yang diterbitkan

dalam Psychological Medicine mencari , aktiviti mental pada

setiap tahap kehidupan menurunkan risiko dementia sampai

separuhnya . Menurut kajian Sweden , rangsangan terbaik

berasal dari menggabungkan cabaran mental dengan aktiviti

fizikal dalam suasana informal seperti tarian , main alat

muzik di band.

3.2.5 Makanan untuk otak

Diet buruk boleh mengganggu ingatan. Pastikan untuk

mengambil makanan berikut:

• Padi -padian yang diperkaya

Mendapatkan terlalu sedikit folic acid, seperti vitamin B yang

ditemui dalam roti dan bijirin , dikaitkan dengan pengurangan

sel -sel saraf dibahagian otak di mana kehilangan ingatan

akibat usia menua terjadi untuk pertama kalinya.

• Blueberry

Kajian haiwan mencari , beri ini dapat meningkatkan ingatan

dan fungsi mental yang lain. Khasiat ini diduga berasal dari

kandungan antioksidan tinggi yang boleh melindungi sel -sel

otak dari kerosakan .

• Sayuran daun hijau

Dalam sebuah kajian Harvard , perempuan yang makan lebih

banyak sayur-sayuran kaya akan antioksidan seperti bayam,

chycori , mengerjakan ujian mental secara lebih baik dibanding

yang makan sedikit.

• Buah- buah sitrus

Mengambil vitamin C ( dalam makanan seperti oren ) dapat

mencegah dementia . Pertimbangkan juga untuk mendapatkan dos

suplemental : 500 mg.

• Kacang- kacangan ( nut )

Vitamin E, sejenis antioksidan yang dijumpai di dalam badam

dan walnut , juga dapat menurunkan risiko mengembangkan

dementia . Dalam sebuah kajian, tambahan 400 IU dijumpai

berkhasiat.

• Ikan

Orang- orang yang makan ikan dengan asam lemak omega-3 ,

paling sedikit sekali seminggu berisiko lebih rendah 60%

mengembangkan penyakit Alzhei

2.0 MEMBANGUNKAN PERBENDAHARAAN KATA

2.1.1 MEMBACA

Membaca adalah satu pengalaman yang amat

menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak yang berumur tiga

hingga lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah

individu yang paling besar keinginannya untuk mempelajari,

mengetahui, meneroka, mencuba dan menyelidik. Keupayaan kanak-

kanak ini untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara

akan bertambah-tambah jika mereka dapat mencuba dengan cepat

dan berkesan. Justeru itu, terdapat kata-kata mutiara yang

sangat bererti, "Membaca adalah hak setiap kanak-kanak." Ibu

bapa yang gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan kemahiran

membaca akan melihat anak-anak mereka kelak tertinggal dalam

dunia persaingan hari ini. Apatah lagi, pelbagai mata

pelajaran dan bahan rujukan di sekolah, maktab hinggalah

institusi pengajian tinggi banyak diterbitkan dalam bahasa

Inggeris.

Mengajar membaca kepada anak-anak bukan sekadar bahasa

ibunda, malah sebaiknnya dikembangkan kepada bahasa-bahasa

yang lain juga. Sekiranya ibu bapa sering membimbing, mengajar

dan mendidik anak-anak belajar membaca sudah tentu anak-anak

kita akan dapat membina struktur ayat yang gramatis dan

bertatasusila dalam konteks ayat yang betul.

Kemahiran membaca pada peringkat awal kanak-kanak lagi

amat penting kerana keupayaaan membaca menjadikan diri kanak-

kanak lebih yakin, aktif dan bertenaga. Kemahiran membaca

peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan

manusia sepanjang masa. Masa yang paling sesuai untuk mengajar

kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat

membangun iaitu 25 peratus ketika lahir, 50 peratus ketika

berumur enam bulan, 85 peratus ketika berumur tiga tahun dan

95 peratus ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat yang

diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan

otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3

tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada

masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk

meningkatkan tahap kecerdikannya.

2

Kanak-kanak adalah golongan yang paling cepat

mempelajari bahasa. Keupayaan mereka menambah perbendaharaan

kata semakin bertambah setiap hari kerana mereka sentiasa

bertanya dan ingin belajar. Apabila mencapai umur 5 tahun,

dianggarkan 10,000 perbendaharaan kata telah terbentuk dalam

diri mereka.

Kecerdikan kanak-kanak mempelajari bahasa boleh

diperhati daripada keupayaan dalam memilih perkataan tertentu

dan menyusunnya supaya menjadi struktur ayat yang difahami.

Kanak-kanak boleh diajak bercakap dan membaca dengan betul

sebelum berumur lima tahun dengan bimbingan darpada ibu bapa.

Oleh yang demikian, kemahiran membaca pada peringkat awal

dapat mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di

kalangan kanak-kanak.

Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting dan

perlu dipelajari walaupun kanak-kanak masih di peringkat

tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah

dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata

asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum

memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa

dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang

tidak menguasai kemahiran membaca. Memang tidak terlewat untuk

kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi

dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang

dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan

membaca yang tidak sempurna . Ini bererti, kanak-kanak yang

lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di sekolah

rendah.

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh

diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur

utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum

mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi

seharian. Contohnya perkataan "ummi" dan "abah". Kedua-dua

perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-

kanak kerana kekerapan penggunaannya dalam kehidupan seharian.

Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka

sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat.

Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan

menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan

fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa. Kanak-kanak yang

berusia 2 tahun juga dapat membentuk dan menyebut beberapa

kumpulan perkataan dengan sebutan yang jelas dan fasih.

Walaupun masih di peringkat awal, kanak-kanak yang

berusia 2 tahun ini mampu bertutur denga baik sekiranya ibu

bapa membantu anak-anak untuk belajar menguasai kemahiran

membaca.

2.1.2 MEMBACA LANTANG

Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran

membaca sebagai landasan menanamkan tabiat gemar membaca, guru

perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap

hari dengan sekurang-kurangnya satu tajuk bahan kesusasteraan.

Aktiviti membaca lantang (read aloud) bukan satu

pengajaran pemahaman bacaan tetapi lebih kepada aktiviti atau

sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap

pengajaran literasi.Bacaan lantang merupakan bacaan daripada

pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca.Kanak-

kanak boleh menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru.

Aktiviti membaca secara lantang ini sesuai dijalankan

kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca.Guru perlu

merancang dahulu bahan yang akan diceritakan kepada kanak-

kanak.Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu

dan faham.Guru perlu memainkan peranan dengan berinteraksi

dengan kanak-kanak.

2.1.3 PUISI

Puisi amat berguna untuk membina perbendaharaan kata.Ia

juga memberi makna perkataaan melalui konteks yang disampaikan

oleh puisi-puisi tersebut dan juga menerangkan maksud dan

maknanya.Menyusun kegiatan amat penting.Setiap kegiatan harus

merangkum beberapa kemahiran umpamanya kemahiran

mendengar,bercakap dan juga melihat perkataan.Ia juga harus

memberi ruang kepada kanak-kanak untuk terlibat sama.

2.2 PERBENDAHARAAN KATA

Perbendaharaan kata daripada segi individu ialah

set perkataan yang diketahuinya dalam sesebuah bahasa.

Biasanya, perbendaharaan kata bertumbuh dan berkembang melalui

usia, serta merupakan satu alat komunikasi dan perolehan

pengetahuan yang asas dan berguna.

2.2.1 MENGETAHUI DAN MENGGUNAKAN PERKATAAN

Perbendaharaan kata ditakrifkan sebagai "semua

perkataan yang dikenali dan digunakan oleh seseorang yang

tertentu".]Bagaimanapun, perkataan-perkataan yang dikenali dan

digunakannya tidak merangkumi kesemua perkataan yang pernah

terdedahnya. Mengikut takrif, "perbendaharaan kata" hanya

merangkumi kedua-dua kategori yang tersenarai di bawah: 

1.Tidak pernah menemui perkataan itu;

2.Pernah mendengar perkataan itu, tetapi tidak dapat

mentakrifkannya;

3.Mengenal perkataan itu, berdasarkan konteks atau nada

suara;

4.Berupaya menggunakan perkataan itu tetapi tidak dapat

menerangkannya dengan jelas;

5.Fasih dengan perkataan itu daripada segi penggunaan dan

takrifnya

2.2.2 JENIS-JENIS PERBENDAHARAAN KATA

a)Perbendaharaan kata bacaanPerbendaharaan kata bacaan seseorang ialah kesemua

perkataan yang dikenalnya semasa membaca. Jenis

perbendaharaan kata ini merupakan jenis perbendaharaan

kata yang terbesar kerana ia merangkumi tiga jenis

perbendaharaan kata yang lain.

b)Perbendaharaan kata dengar

Perbendaharaan kata dengar seseorang ialah kesemua

perkataan yang dikenalnya semasa mendengar pertuturan.

Saiznya perbendaharaan kata ini diperluas

oleh konteks dan nada suara.

c)Perbendaharaan kata bertulisPerbendaharaan kata bertulis seseorang ialah kesemua

perkataan yang digunakannya semasa menulis. Berbeza

dengan kedua-dua jenis perbendaharaan kata yang tersebut

di atas, perbendaharaan kata bertulis dicetuskan oleh

pengguna.

d)Perbendaharaan kata pertuturanPerbendaharaan kata pertuturan seseorang ialah kesemua

perkataan yang digunakannya semasa bertutur. Disebabkan

oleh sifat spontan perbendaharaan pertuturan, perkataan

seringnya salah digunakan. Bagaimanapun, salah guna

perkataan, jika ringan dan tidak sengaja, dapat diimbangi

dengan ekspresi muka, nada suara, atau gerak isyarat

tangan

2.2.3.PERBENDAHARAAN KATA TUMPUAN

"Perbendaharaan kata tumpuan" ialah

sekumpulan istilah dan perbezaan yang khusus dan sangat

penting kepada kumpulan yang menumpukan pengalaman atau

kegiatan yang tertentu.Leksikon atau perbendaharaan kata

ialah kamus bahasa, iaitu ia merangkumi satu set nama untuk

benda,peristiwa dan gagasan. Sesetengah ahli bahasa percaya

bahawa leksikon mempengaruhi tanggapan seseorang terhadap

sesuatu perkara (hipotesis Sapir-Whorf),misalnya orang

Nuer di Sudan memiliki perbendaharaan kata yang besar untuk

memerikan lembu. Mereka mempunyai berpuluh-puluh nama untuk

lembu, berdasarkan sejarah,ekonomi dan persekitaran lembu itu.

Jenis perbandingan ini telah menimbulkan sesetengah

kontroversi linguistik, seperti dengan kes bilangan "perkataan

Eskimo untuk salji". Para penutur bahasa Inggeris kekadang

juga meluaskan perbendaharaan kata salji dan lembu, apabila

diperlukan

2.2.4 PERKEMBANGAN PERBENDAHARAAN KATA

Pada awalnya, dalam fasa masa bayi, perkembangan

perbendaharaan kata berlaku tanpa memerlukan sebarang usaha.

Bayi mendengar perkataan dan menirunya, lalu beransur-ansur

mengaitkan perkataan yang dibelajar dengan benda atau

perbuatan yang sepadan.Ini merupakan perbendaharaan kata

dengar yang disusuli pula dengan perbendaharaan bacaan apabila

seseorang kanak-kanak semakin bergantung kepada keupayaannya

untuk menyatakan pendapat tanpa membatas diri kepada gerak

isyarat dan bunyi sahaja. Sebaik sahaja perbendaharaan kata

bacaan dan perbendaharaan kata bertulis diperoleh — menerusi

soalan dan pendidikan — kejanggalan dan ketaknalaran bahasa

dapat ditemui.

Sewaktu menyertai darjah satu, seseorang murid

yang kenal huruf akan memahami sekitar dua kali lebih banyak

perkataan daripada yang tidak kenal huruf. Umumnya, jurang

perbezaan ini tidak disempitkan. Ini mengakibatkan perbezaan

saiz perbendaharaan kata yang amat besar menjelang umur lima

atau enam tahun, dengan kanak-kanak berbahasa

Inggeris mengetahui sekitar 2,500–5,000 patah perkataan.

Setiap murid yang sederhana akan mempelajari sekitar 3,000

perkataan setahun, atau lebih kurang lapan perkataan setiap

hari.

Selepas tamat sekolah, pengembangan perbendaharaan

kata mencapai tahap mendatar. Namun demikian, setiap orang

masih dapat memperluas perbendaharaan kata mereka dengan

membaca, bermain permainan kata, menyertai program

perbendaharaan kata, dan sebagainya

2.2.5 PENTINGNYA PERBENDAHARAAN KATA

Perbendaharaan kata yang luas membantu pengungkapan

dan komunikasi;

Saiz perbendaharaan kata telah dikaitkan secara langsung

dengan kefahaman membaca; 

Perbendaharaan kata linguistik ialah sinonim kepada

pembendaharaan kata pemikiran; 

Seseorang mungkin akan dinilai oleh orang yang lain,

berdasarkan perbendaharaan katanya

2.2.6 PERBENDAHARAAN BAHASA IBUNDA DAN BAHASA ASING

Perbendaharaan kata bahasa ibunda Perbendaharaan kata penutur asli amat berbeza dalam

setiap bahasa dan bergantung terutamanya kepada tahap

pendidikan penutur. Satu kajian 1995 menganggarkan saiz

perbendaharaan kata pelajar kolej pada sekitar 17,000 famili

kata, dan pelajar sekolah tinggi pada sekitar 12,000 famili

kata.

Perbendaharaan kata bahasa asingKesan saiz kosa kata pada pemahaman bahasa Francis dan Kucera  mengkaji teks sejumlah sejuta

perkataan dan mendapati bahawa jika seseorang mengetahui

perkataan yang paling kerap ditemui, dia akan memahami

kebanyakan perkataan dalam sesebuah teks dengan segeranya:

Saizperbendaharaan

kata

Liputan TeksBertulis

0 perkataan 0%

1000 72.0

2000 79.7

3000 84.0

4000 86.8

5000 88.7

6000 89.9

15,851 97.8

Dengan memahami 2,000 perkataan yang paling umum digunakan,

seseorang akan dapat memahami 80% daripada perkataan di dalam

sesebuah teks. Peratusan itu akan meningkat sehingga 96% jika

kita merangkumi perkataan yang pernah kita temui dalam kontek

pertuturan tak formal.Gambaran tersebut harus menggalakkan

para pelajar bahasa yang baharu, khususnya kerana angka di

dalam jadual di atas adalah untuk lema perkataan dan

mengetahui banyak keluarga kata akan memberikan liputan yang

lebih tinggi. Tetapi sebelum anda mula berfikir bahawa anda

dapat belajar sesuatu bahasa dengan cepat, fikirlah adakah

anda dapat memahami sebuah buku dalam bahasa anda sendiri jika

setiap perkataan kelimanya dihitamkan. Kita biasanya tidak

dapat meneka makna daripada konteksnya apabila perkataaan

sebanyak itu hilang.Justera, kita perlu memahami sekitar 95%

daripada semua perkataan di dalam sesuatu teks supaya dapat

memahami hampir seluruh teks itu. Namun demikian, kita

kelihatan perlu memahami melebihi 10,000 untuk mencapai

matlamat tersebut.

Perolehan Kosa Kata Bahasa Kedua Belajar perbendaharaan kata ialah salah satu langkah

pertama untuk mempelajari sesuatu bahasa kedua. Walaupun

demikian, peringkat terakhir pemerolehan perbendaharaan kata,

baik dalam bahasa ibunda sendiri mahupun dalam bahasa kedua,

jarang dicapai kerana pemerolehan perbendaharaan kata

merupakan satu proses yang berterusan. Bagaimanapun, terdapat

banyak kaedah yang dapat membantu seseorang memperoleh

perbendaharaan kata yang baharu.

Penghafalan Meskipun penghafalan boleh dilihat sebagai sesuatu

perbuatan yang menjemukan, mengaitkan satu perkataan dalam

bahasa ibunda dengan perkataan padanannya dalam bahasa kedua

sehingga perkataan itu dapat dihafaz masih merupakan salah

satu kaedah pemerolehan perbendaharaan kata yang terbaik.

Menjelang waktu seseorang pelajar mencapai kedewasaan, dia

umumnya telah mengumpulkan sebilangan kaedah penghafalan

peribadi. Walaupun banyak orang berpendapat bahawa penghafalan

biasanya tidak memerlukan pemprosesan kognitif yang rumit yang

dapat meningkatkan simpanan ingatan,[15] hal ini biasanya

memerlukan sejumlah besar pengulangan. Sebaliknya, kaedah yang

lain biasanya memerlukan lebih banyak masa dan lebih lama

untuk mengingat.

Sesetengah perkataan tidak dapat dikaitkan dengan

mudah melalui perkaitan kata atau kaedah yang lain. Apabila

sepatah perkataan dalam bahasa kedua adalah mirip dengan

perkataan dalam bahasa ibunda daripada segi fonologi atau

tampak, pelajarnya sering menganggap kedua-dua perkataan itu

sebagai mempunyai makna yang sama. Walaupun ini biasanya tidak

salah, ia tidak sentiasa benar. Apabila menghadapi kognat

palsu, penghafalan dan pengulangan ialah kunci penguasaan.

Jika seorang pelajar bahasa kedua hanya bergantung kepada

perkaitan kata untuk mempelajari perbendaharaan kata yang

baharu, orang itu akan mengalami banyak masalah untuk

menguasai kognat palsu. Penghafalan ialah kaedah yang terbaik

untuk:

memperoleh banyak perbendaharaan kata dalam tempoh yang

singkat;

mengingat maklumat dengan pantas;

mempelajari perkataan yang melambangkan konsep yang abstrak

atau yang terlalu susah untuk mencipta imej mentalnya; dan

membezakan kognat-kognat palsu.Kaedah Kata Kunci Salah satu kaedah yang berguna untuk membina

perbendaharaan kata dalam bahasa kedua ialah kaedah kata

kunci. Apabila ada masa yang lebih atau jika seseorang hendak

menegaskan sebilangan kata kunci, dia boleh mencipta

alat mnemonik atau perkaitan kata. Walaupun strategi ini

cenderung memerlukan lebih banyak masa serta lebih banyak masa

untuk mengingat kembali, ia dapat mencipta hubungan yang

baharu atau hubungan yang luar biasa yang dapat meningkatkan

simpanan.Kaedah ini adalah sepadan dengan teori

pengekodan duaan Paivio (1986) kerana ia menggunakan kedua-dua

sistem ingatan lisan dan sistem ingatan imej. Bagaimanapun,

kaedah ini harus digunakan hanya untuk perkataan yang

melambangkan benda yang fizikal atau benda yang dapat

digambarkan. Konsep dan perkataan yang abstrak yang tidak

dapat menghasilkan imej yang jelas dalam fikiran sangat susah

untuk dikaitkan. Tambahan lagi, kajian menunjukkan bahawa

pembelajaran perbendaharaan kata perkaitan adalah lebih

berkesan bagi pelajar yang lebih mudah.Apabila pelajar maju

dan semakin berusia, mereka cenderung tidak begitu bergantung

kepada perkaitan kata untuk mengingat perbendaharaan kata.

Kosa kata Bahasa Inggeris Asas Sebilangan senarai kata telah dibangunkan untuk

membekalkan perbendaharaan kata yang terbatas, baik untuk

mencapai kemahiran bahasa dengan pantas mahupun untuk

memberikan cara komunikasi yang berkesan. Pada 1930, Charles

Kay Ogden mencipta Bahasa Inggeris Asas (Basic English) yang

terdiri daripada 850 perkataan. Senarai kata yang lain

termasuk:

Bahasa Inggeris Ringkas  (Simplified English), dengan 1,000

perkataan;

Bahasa Inggeris Khas  (Special English), dengan 1,500 perkataan;

Senarai Perkhidmatan Am  (General Service List), dengan 2,000

perkataan.

5.0 BIBLIOGRAFI

http://puisiberirama.files.wordpress.com/2008/11/penggunaan-puisi-dan-pantun-di-dalam-pembelajaran-bahasa-melayu-untuk-kanak.pdf

http://cikguhijau.blogspot.com/2013/08/aktiviti-membaca-lantang-dapat.html

http://mahirbahasamelayu.blogspot.com/2011/12/kebaikan-membaca-pada-peringkat-awal.html

http://hikmatpembaharuan.wordpress.com/2010/03/14/strategi- pembelajaran-7-langkah-memperkuat-daya-ingat-murid/

http://mufradblog.wordpress.com/2012/10/21/strategi-menguatkan-ingatan/

http://www.oocities.org/athens/sparta/9780/pengurusan.htm

http://www.scribd.com/doc/48366837/Unit-5-Pengurusan-Jati-Diri

1.0 PENGENALAN

6.0 KESIMPULAN

ISI KANDUNGAN1.0 PENGENALAN 1

2.0 PERBENDAHARAAN KATA 2-4