ISU-ISU AKIDAH IUS 4193 TAJUK: AL-ARQAM DI SEDIAKAN UNTUK: USTAZ MOHD FAIZ HAKIMI BIN MAT IDRIS :DI...

27
ISU-ISU AKIDAH IUS 4193 TAJUK: AL-ARQAM DI SEDIAKAN UNTUK : USTAZ MOHD FAIZ HAKIMI BIN MAT IDRIS DI SEDIAKAN OLEH : NUURUL ATIYYAH BINTI ABDUL RAZAK (023074) NORHUMAIRAH BINTI NAMAT RAMLI (023058) NOR SAADAH BINTI TULUS (023068)

Transcript of ISU-ISU AKIDAH IUS 4193 TAJUK: AL-ARQAM DI SEDIAKAN UNTUK: USTAZ MOHD FAIZ HAKIMI BIN MAT IDRIS :DI...

ISU-ISU AKIDAH

IUS 4193

TAJUK:

AL-ARQAM

DI SEDIAKAN UNTUK:

USTAZ MOHD FAIZ HAKIMI BIN MAT IDRIS

DI SEDIAKAN OLEH: NUURUL ATIYYAH BINTI ABDUL RAZAK (023074)NORHUMAIRAH BINTI NAMAT RAMLI (023058)

NOR SAADAH BINTI TULUS (023068)

Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KuszaIjazah Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin

Dengan KaunselingSemester 6

2

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas

junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan

limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat juga kami

menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, kami

ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Faiz

Hakimi Bin Mat Idris iaitu pensyarah kami bagi subjek ini di

atas bimbingan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh

pembelajaran.

Seterusnya, tidak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan

yang begitu cekal dan tabah sepanjang tempoh menyiapkan

tugasan ini kerana banyak berkorban masa, tenaga dan

kewangan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pihak Perpustakaan Al-Mukhtar Kusza, Universiti Darul

Iman Malaysia, Terengganu kerana telah memberikan kerjasama

yang positif dan jitu. Begitu juga kepada sahabat-sahabat

yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membina,

3

kerana banyak dugaan serta cabaran yang telah kami tempuhi

sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar maklumat

yang kami perolehi ini dapat memberi sedikit sebanyak

sumbangan dan maklumat kepada pembaca khususnya mahasiswa

dan mahasiswi untuk mengetahui isu-isu akidah yang timbul di

Negara kita pada masa kini. Semoga ianya dapat menjadi

iktibar kepada kita bagi mengelakkan daripada akidah

seseorang itu terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Wallahu a’lam.

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan MukaSurat

Sekapur Sireh

1. Pendahuluan 4

4

2. Definisi Al- Arqam5

3. Sejarah Kemunculan Al- Arqam6-8

4. Biodata Pengasas Al- Arqam 9-12

5. Ciri- ciri Ajaran Al- Arqam 13-15

6. Pewartaan16-19

7. Kesimpulan20

Bibliografi21

5

1. PENDAHULUAN

Ajaran sesat merupakan ajaran atau amalan yang dibawa oleh

orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa

bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam

sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu

bertentangan dengan Islam yang tidak berlandaskan al-Quran

dan Sunnah serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal

Jamaah1. Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, orang-orang yang

sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama

kerana tidak berusaha mempelajarinya atau orang yang

berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari

dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya. Di

Malayia terdapat beberapa kumpulan ajaran sesat antaranya

al-arqam yang merupakan satu kumpulan ajaran sesat. Di dalam

kertas kerja ini, kami akan membincangkan mengenai definisi

Al-arqam, sejarah kemunculan Al-arqam, biodata pengasas Al-

arqam, ciri-ciri ajaran Al-arqam dan pewartaan yang

dilakukan terhadap kesesatan Al-arqam beserta dengan

1 www. wikipedia. com.

6

kesimpulan sebagai rumusan keseluruhan perbincangan ini dan

disusuli bibliografi sebagai rujukan yang kami gunakan

sepanjang menyiapkan kertas kerja ini. Kami juga ada

menyelitkan sedikit lampiran berkaitan Al-arqam. Kami

menyimpan harapan dan hasrat agar kertas kerja ini akan

memberi manfaat dan faedah yang besar kepada penuntut ilmu,

khususnya yang ingin mengkaji lebih mendalam tentang

ajaran-ajaran sesat di Malaysia.

7

2. DEFINISI AL-ARQAM

Al-Arqam merupakan sebuah kumpulan atau Jamaah Islam

yang diasaskan oleh Ashaari Muhammad pada tahun 19682.

Gerakan Al-arqam bermula dari sebuah kelas pengajian fardhu

ain yang diadakan dalam bentuk halaqah oleh Ustaz Ashaari.

Beliau telah mengadakan kelas ini setelah beliau meletakkan

jawatan dalam PAS pada tahun 19683. Halaqah ini diadakan di

rumah Cikgu Abdul Rahman rakan beliau sewaktu sama-sama

bertugas di Sekolah Kebangsaaan Dato’ Keramat. Oleh kerana

rumah Cikgu Ahmad itu berwarna putih maka halaqah itu

dinamakan Jemaah Rumah Putih4. Setelah jemaah ini bergiat

selama tiga tahun Ustaz Zakaria Ansari5 telah memberikan

satu cadangan untuk membentuk halaqah ini menjadi satu

kumpulan yang dinamakan al-Arqam atau Darul al-Arqam.

2 Mohd Lazim Lawee,2004, Al-arqam dan ajaran Aurad Muhammadiah: satu penilaian, Selangor : Univesiti Kebangsaan Malaysia, h.172.

3 Abdul Rahman Hj Abdullah, 2007,Gerakan Islam Tradisional di Malaysia Sejarah Pemikiran Jama’at Tabligh dan Darul Arqam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.,h.45.4 Ibid 5 Ustaz Zakaria Ansari merupakan pengikut awal kumpulan Rumah Putih. Oleh kerana tiak bersetuju dengan kepimpinan Hj. Ashaari beliau keluar daripada Darul Arqam pada 1979.

8

Cadangan itu diterima baik oleh Ustaz Ashaari. Nama al-Arqam

diambil sempena nama sahabat Nabi s.a.w iaitu Arqam bin Abi

al-Arqam yang mana rumah beliau telah dijadikan markas

pertama dakwah Nabi s.a.w6. Selain itu jemaah ini juga

dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah7, Rufaqa’8 dan

Ikhwan. Seterusnya jemaah ini telah mengembangkan

pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di

seluruh Malaysia.

6 Ibid h.577 Aurad Muhammadiah merupakan satu ajaran yang diamalkan oleh al-Arqam. 8 Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd ialah sebuah badan perniagaan dan ekonomi yang ditubuhkan oleh bekas pengikut al Arqam . Rufaqa dikatakan cuba mengembangkan kembali ajaran al Arqam di kalangan remaja dan mahasiswa di institusi pengajian awam dan swasta. Rufaqa didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya syarikat atas‘ ’nama Rufaqa Corporation Sdn. Bhd.’

9

3. SEJARAH KEMUNCULAN AL-ARQAM

Jemaah Al-Arqam telah ditubuhkan pada tahun 1968 dan

tumpuan sepenuhnya telah diberikan kepada jemaah ini pada

tahun 1972 dan pada tahun 1973 setelah Ashaari bertindak

keluar dari ABIM. Pada mulanya al-arqam merupakan satu

kumpulan usrah yang dibimbing oleh Ashaari dengan memberi

tumpuan kepada perkara yang berhubung dengan fardu ain

terutamanya dalam pembentukan moral, pembersihan jiwa dan

berjihad melawan nafsu.

Zakaria Al-Ansari merupakan orang pertama yang diajak

oleh Ashaari untuk membentuk satu usrah bagi membincangkan

ilmu-ilmu berkaitan dengan agama yang dapat mendidik diri

dan mentarbiyah diri bagi membentuk peribadi muslim yang

sempurna. Penubuhan usrah ini menurut Zakaria adalah

bertitik tolak daripada kekecewaan mereka dengan jemaah PAS

yang pada ketika itu hanya menitikberatkan politik dan

mengabaikan pendidikan dan tarbiyah.

10

Usrah ini pada mulanya hanya disertai 10 orang sahaja

yang merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan

kumpulan ini dan mengadakan pengajian seminggu sekali. Pada

hujung minggu pula mereka mengadakan kuliah subuh. Usrah ini

pada mulanya diadakan di rumah no 94, Lorong Kiri 2 Dato

Keramat , Kuala Lumpur yang diduduki oleh Cikgu Abdul Rahman

Haji Syamsudin yang pada ketika itu sama-sama mengajar

dengan Ashaari di Sekolah Kebangsaan Dato Keramat. Oleh

kerana rumah itu berwarna putih maka kumpulan usrah itu

dinamakan Kumpulan Rumah Putih atau Jemaah Rumah Putih.

Nama ini tidak bertahan lama kerana selepas 3 tahun

kegiatannya timbul cadangan yang dikemukakan oleh Ustaz

Zakaria Ansari untuk menamakan kumpulan ini dengan nama

Jemaah Dar Al- Arqam. Al-arqam adalah nama yang dipilih bagi

menggantikan kumpulan rumah putih. Markas Dar Al-Arqam

kemudiannya berpindah ke rumah Mohd Salleh Abu Bakar di

simpang flat Jalan Pekeliling9. Pada peringkat awal

pertubuhannya kumpulan ini hanya memanfatkan ajaran daripada

9 Al-Munir, bil 2, tah.1, September Oktober 1983

11

tokoh-tokoh yang berpengalaman malah identitinya sebagai

sebuah pertubuhan yang tersendiri yang tidak begitu ketara.

Pada tahun 1972 Dar Al-Arqam telah membuka perkampungan

Islam di Sungai Penchala, Selangor seluas 5 ekar yang

menjadi tempat tinggal malah sebagai markas Dar Al-Arqam.

Oleh kerana Dar Al-Arqam belum memiliki sekolah sendiri maka

pada 13 Januari 1975 Dar Al-Arqam telah mengirimkan seramai

12 orang putera puterinya ke Yayasan Khairiah, Kupang,

Baling. Yayasan ini dipilih kerana ianya banyak menekankan

konsep tarbiyah islamiah dan pendukung al-arqam iaitu Ustaz

Mohd Rosdi Yusuf merupakan mudir di yayasan ini. Pada 1

Ogos 1975, Yayasan Al-Arqam di Sungai Penchala telah

ditubuhkan dan pada Mei 1977, bahagian perkhidmatan ummah

telah dibentuk di Gombak yang diketuai oleh Akhbar Anang.

Pada 1 Julai 1977 mereka telah menerbitkan akhbar al-Arqam

dan pada 18 Jun 1978, mereka telah membuka pusat perubatan

al-Arqam di Desa Minang, Gombak yang dipimpin oleh Nordin A

4. BIODATA PENGASAS AL-ARQAM

12

4.1 Latar belakang pengasas

Ashaari Muhammad atau Asaari Muhamad telah dilahirkan

pada 30 Oktober Oktober 1938 di Kampung Pilin Rembau, Negeri

Sembilan. Beliau juga dikatakan berketurunan bawean atau

boyan Indonesia10. Bapa beliau bernama Muhammad manakala

ibunya bernama Aminah dan merupakan insan yang kuat

berpegang pada agama serta mengamalkan tariqat Muhammadiah

yang diasaskan oleh Syeikh Suhaimi11. Ibunya telah meninggal

dunia ketika beliau masih kecil dan dijaga oleh bapa dan ibu

tirinya Zubaidah. Setelah bapanya meninggl dunia beliau

telah dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Lebai Ibrahim yang

juga merupakan pengamal tariqat Muhammadiah jadi tiak

hairanlah Ashaari juga turut mengamalkan tariqat ini dan

elah dikurniakan Ijazah tariqat Muhammadiah ketika berusia

16 tahun sewaktu beliau berada dalam darjah 7 Sekolah

Melayu12. Keika berusia 20 tahun beliau telah mendirikan

rumahtangga bersama dengan pasangannya Hasnah dan

dikurniakan 11 orang anak, namun perkahwinan beliau dengan10 Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan dan Usaha Pemurniaannya,Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 26.11 Ibid12 Ibid h.27.

13

Hasnah tidak berkekalan dan beliau telah menceraikan

istrinya pada tahun 1984. Selain Hasnah beliau juga telah

berkahwin dengan 4 orang isteri iaitu Khadijah Aam, Tengku

Noriah, Ummu Ain dan Walidah. Hasil perkahwinan daripada 5

orang isteri beliau telah dikurniakan 37 orang anak dan 19

orang menantu13 dan 70 orang cucu.

4.2 Latar belakang Pendidikan Pengasas

Pendidikan awal Ashaari bermula dari bapa saudaranya yang

menjaga beliau sejak kecil lagi. Beliau telah diberikan pendedahan

agama dan didikan yang sempurna. Pada usia sembilan tahun beliau

telah khatam 30 juzuk al-Quran dan mampu mengajar rakan-rakan

yang sebaya dengannya14. Beliau memulakan zaman persekolahan di

Sekolah Melayu sehingga darjah 7 dan melanjutkan pengajiannya ke

sekolah Maahad Hisahamuddin Kelang, Selangor sehingga darjah 7

atau thanawi tiga. Beiau tidak melanjutkan pelajaran hingga ke

peringkat universiti walaubagaimanapaun minatnya terhadap ilmu tidak

menghalangnya untuk mempelajari ilmu pengetahuan dan mencari

guru-guru agama untuk bertanya dan bermuzakarah sehinggalah beliau

berjaya memiliki ilmu pengetahuan asas tentang agama Islam. Bagi

pengikutnya yang taksub mempercayai beliau memiliki ilmu yang luar

biasa yang diperolehi secara wahabiyah15 dan meletakkan Ashaari13 Berita Minggu, 9 Jun 1996. 14 Amirullah, 1994, h.8. 15

? Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan dan Usaha Pemurniaannya,Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 27.

14

setaraf dengan alim ulama dan layak ianugerahkan pangkat doktor

falsaah dan ilmunya setaraf dengan profesar.

Sewaktu berusia 18 tahun ketika masih menuntut di Maahad

Hisamuddin pada tahun 1950 beliau telah ditawarkan

berkhidmatengan kerajaan sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan

Dato Keramatselma 20 tahun. Setelah meletakkan jawatan beliau tidak

lagi bekerja dengan kerajaan akan tetapi beliau giat menjalankan

aktiviti dakwah kepada masyarakat supaya kembali kepada Allah,

aktiviti ini banyak dijalankan di surau-surau dan masjid-masjid

diantara masjid yang dikunjunginya ialah Masjid Jamek16.

4.3 Gerakan Ashaari Muhammad diluar al-arqam

Ashaari telah menyertai beberapa jemaah Islam antaranya PAS

dan ABIM17. Pada tahun 1958 beliau telah menyertai PAS dan

menyandang jawatan Exco PAS Selangor.Oleh kerana beliau tidak

bersetuju dengan beberapa perkara yang terdapat di dalam PAS beliau

telah mengambil keputusan keluar dari PAS pada tahun 1960. Diantara

perkara yang tidak dipersetujui oleh beliau adalah masalah pendidikan

dan tarbiyah ahli, ini kerana pada masa itu PAS tidak menitikberatkan

soal pendidikan dan tarbiyah rohani kepada pengikutnya. Setelah

keluar dari PAS beliau menyertai Jamiyyah Dawatul Islamiah atau

Islamic Missionary Associatian dan memegang jawatan sebagai ketua

penerangan selama 3 tahun. Pada tahun 1968, beliau mengambil

16 Abdul Rahman Hj Abdullah, 2007,Gerakan Islam Tradisional di Malaysia Sejarah Pemikiran Jama’at Tabligh dan Darul Arqam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.,h.46.

17 Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan dan Usaha Pemurniaannya,Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,h. 31.

15

keputusan keluar dari gerakan ini disebabkan beberapa perkara tidak

dipersetujui.

Pada tahun 1968, beliau dan rakan-rakannya telah menubuhkan

satu kumpulan sendiri iaitu al-Arqam. Pada mulanya al-Arqam

merupakan satu gerakan yang bernaung di bawah ABIM. Ashaari

dilantik sebagai ketua dakwah ABIM Wilayah Persekutuan. Oleh kerana

tidak berpuas hati dengan cara ABIM yang banyak bercakap dan

berteori daripada mempraktikkan beliau telah keluar dari ABIM pada

tahun 1972 dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada jemaah al-

Arqam.

4.4 Keperibadian Ashaari

Ashaari merupakan seorang insan yang minat kepada agama,

sejak kecil lagi beliau telah dididik dengan asas-asas agama oleh

keluarganya. Sewaktu di zaman persekolahan beliau merupakan

seorang yang pemalu akan tetapi beliau petah berkata-kata dan

berbakat dalam menyampaikan ceramah18. Beliau pernah berdebat

mengenai agama dan perjuangan.

Bagi mentarbiyah dan mendidik diri beliau telah menerima ilmu

dan amalan tariqat 19 sewaktu berusia 16 tahun daripada bapa

saudaranya Lebai Ibrahim. Beliau memeliki kepeibadian yang tinggi,

peramah ,lemah lembut , berbudi bahasa, pemurah, gigih beribadat

dan tabah dalam kerja-kerja perjuangan Islam. Keperibadian beliau ini

diakui oleh pengikutnya yang setia mahupun yang telah disingkirkan

18 Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan dan Usaha Pemurniaannya,Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,h.28.19 Aurad Muhammadiah yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad As- Suhaimi.

16

oleh jemaah. Ustaz Ansari merupakan sahabat seperjuangan Ashaari

sejak dalam PAS dan juga merupakan seorang pengasas terawal al-

arqam mengakui keperibadian Ashaari walaupun beliau telah

disingkirkan dalam al-arqam.

5. CIRI-CIRI AJARAN AL-ARQAM DAN PEGANGANNYA

Diantara ajaran-ajaran pegangan al-Arqam yang salah dan

menyeleweng yang boleh menyesatkan umat islam adalaah seperti

berikut:

1) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas

Aurad Muhammadiah tidak mati dan akan lahir sebagai imam

mahdi

2) Mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi telah

berjumpa dengan Rasulullah s.a.w didalam kaabah dengan

keadaan jaga dan menerima Aurad Muhammadiah itu daripada

baginda.

3) Mengadakan tambahan pada lafaz syahadah dengan fakta palsu

yang menyebut Syeikh Muhammad As-Suhaimi sebagai Imam

Mahdi dan menyamakan tarafnya dengan Khulafa Al-Rasyidin,’

17

4) Mentafsir secara salah terhadap maksud ayat 3 surah an-nisa

dengan mendakwa bahawa asal pernikahan hendaklah

bermula dengan dua isteri dan seterusnya tiga dan eempat. Ini

bertentanagn dengan tafsiran muktabar dan sekaligus menolak

ijma ulama tentang hukum nikah.’

5) Ketua kumpulan al-Arqam mendakwa bertemu secara sedar

dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain serta

berdialog dengan baginda. Dakwaan ini melanggar asas syariat

islam kerana ini bermakna al-Quran dan hadith belum selesai

dan tamat. Disamping itu, beliau juga mendakwa Rasulullah

s.a.w mengakui kesahihan ajaran al-Arqam

6) Pengikut al-Arqam telah mencapai satu peringkat taasub kepada

ketua hingga sanggup mendewa-dewakan Ashaari Muhammad

dan mempercayai beliau mempunyai barakah, karamah dan

syafaat

7) Ashaari Muhammad di dakwa diberi kuasa-kuasa Allah (kun

fayakun.) dakwaan ini boleh membawa kepada syirik keran ia

sanggup menyengutukan Allah.

8) Al-Arqam juga tidak mematuhi undang-undang dan enakmen

agama islam negeri dan undang-undang bertulis yang berkaitan

dengaan hal ehwal islam di negeri-negeri dan tidak mematuhi

serta menghormati keputusan alim ulama

9) Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah,

berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad

18

Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam

Kaabah.

10)Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan

muncul semula sebagai Imam Mahdi.

11)Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw

dan meletakkan setaraf dengan Khulafa' Al-Rasyidin.

12)Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh

ditemui secara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi.

Mereka datang k untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan

oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa

yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan

pemimpinnya.

13)Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang

menolong apabila diseru namanya

14)Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, wali

yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir

zaman .

15)Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu

satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang

memegang panji-panji Al-Mahdi20.

20 Amirullah Mohamed, 1994, Antara Halal dan Haram Al-arqam Jawapan kepada Ashaari, t.t : Rodatra Sdn. Bhd. h.160-162.

19

6. PEWARTAAN

Pada 5 Ogos 1994 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

mengharamkan Al-Arqam dan segala ajaran serta fahaman dan

pegangan yang meliputi ideologi, falsafah serta sistem amalan dan

publisiti. Pengumuman pengerusi Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Hal

Ehwal Ugama Islam Malaysia itu dibuat selepas muzakarah

Jawatankuasa Fatwa yang dihadiri oleh semua mufti atau pengerusi

Jawatankuasa Fatwa Mufti di Pusat Islam. Persepakatan telah dibuat

terhadap Al-Arqam yang mana ajaran dan fahaman kumpulan ini

bertentangan dengan Syariah Islamiah dan boleh mengelirukan serta

menyesatkan masyarakat Islam. Antara ajaran al-Arqam yang

menyeleweng ialah mempercayai Sheikh Suhaimi berjumpa Rasulullah

20

s.a.w dalam kaabah secara yaqazah21 dan menerima Aurad

Muhammadiah daripada baginda. Selain itu, lafaz syahadah ditambah

dengan fakta palsu yang menyebut Sheikh Suhaimi sebagai Imam

Mahadi dan menyamakan tarafnya dengan Khulafa al-Rashidin.’Dengan pengharaman itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran,

pegangan dan fahaman al-Arqam, menjadi anggota, mengetuai,

memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan

pembelajaran, mengadakan aktiviti ekonomi, sosial, kesenian dan

kebudayaan dan sebarang kegiatan menghidup dan mengembangkan

kumpulan itu22.

Fatwa Majlis Ulama Indonesia menfatwakan mereka yang’menyertai al-Arqam sebagai sesat dan menyimpang daripada akidah

islam. Tetapi majlis itu belum lagi menghukum pengikut-pengikut al-

Arqam sebagai murtad atau terus menjadi kafir kerana penyertaan

mereka dalam keadaan tidak sedar dan dikelirukan oleh ahli-ahli Dar

al-Arqam. Ketua umum Majlis Ulamak Daerah Acheh, Prof. Ali Hasjmy

telah menandatangani keputusan Majlis Fatwa Ulama Acheh dengan

menolak ajaran al-Arqam dari Malaysia mengembangkan pengaruhnya

di Acheh disamping menyarankan kepada pihak pemerintah supaya

mengharamkan terus kegiatan al-Arqam di Acheh. Di antara hujah-

hujah yang menyebabkan al-Arqam diharamkan di tanah Acheh ialah

mengenai hukum perkahwinan serta adanya unsur penghinaan

terhadap Rasulullah s.a.w.dan dakwaan mereka yang mengatakan

21 Yaqazah adalah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w secara sedar.22 Amirullah Mohamed, 1994, Antara Halal dan Haram Al-arqam Jawapan kepada Ashaari, t.t : Rodatra Sdn. Bhd.h.153-155.

21

bahawa Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi merupakan Imam Mahadi

yang ditunggu-tunggu dan akan muncul pada tahun 199423.

JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya

penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah

dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekali

dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad

Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986.Kini

kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh

kerajaan pada tahun 1994, tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa'.

Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan

fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos

1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran

dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan

syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.Berikutan itu

Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan

kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

telah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan Al-

Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan

Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 200424.

23Abdul Rahman Hj Abdullah, 2007,Gerakan Islam Tradisional di Malaysia Sejarah Pemikiran Jama’at Tabligh dan Darul Arqam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.,h.187-193.

24 www. e-fatwa.gov.my.

22

Ketua pengarah Pusat Islam Malaysia telah membuat

penyataan tentang penyelewengan akidah al-Arqam pimpinan

Haji Ashaari Muhammad yang mendakwa Sheikh Muhammad Suhaimi

berjumpa dengan Rasulullah di dalam kaabah secara jaga dan

menerima Aurad Muhammadiah.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman pada 18 Ogos

1999, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka pada 11 Ogos 1994,

Majlis Fatwa Negeri Sembilan pada 4 Ogos 1994, Majlis Fatwa

Negeri Pahang pada 18 Ogos 1988 dan 22 September 1994,

Majlis Fatwa Negeri Perak Darul Ridzwan pada 18 Ogos 1994

dan Jawatankuasa Negeri Perlis,Jawatankuasa Fatwa Negeri

Selangor Darul Ehsan pada 4 Febuari 1993 dan 11 Ogos 1994,

Majlis Fatwa Negeri Terengganu pada 18 Ogos 1994,

Jawatankuasa Negeri Sabah pada 23 Ogos 1994, Jawatankuasa

Negeri Sarawak pada 19 Ogos 1994, Jawatankuasa Majlis Fatwa

Wilayah Persekutuan pada 1 Disember 1988 telah mewartakan

Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan Dar Al-Arqam

memutuskan bahawa :

23

a. Buku yang bertajuk Aurad Muhammadiah pegangan

Dar Al-Arqam sekaligus menjawab tuduhan yang ditulis

oleh Ustaz Haji Assyari Muhammad dan isi kandungannya

dan manaqib ( riwayat hidup ) Sheikh Muhammad bin

Abdullah Assuhaimi yang ditulis oleh Muhammad Taha As

Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain

dalam semua bahasa dan isi kandungannya mengandungi

ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan

syariah islamiah serta mengelirukan dan boleh

menyesatkan masyarakat islam.

b. Kumpulan Dar al-arqam yang berpegang kepada

ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam buku

bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam

Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan kitab manaqib( riwayat

hidup) Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi adalah

diharamkan.

c. Pengharaman yang meliputi ajaran-ajaran dan pegangan Al-

arqam,apa-apa jua bahan bahan publisiti, dan apa-apa jua terbitan–

yang berkaitan Al-arqam telah dilaksanakan. Oleh yang

demikian orang Islam dilarang mengamal ajaran dan

24

memiliki apa jua bentuk aktiviti yang berkaitan dengan

Al-arqam adalah dilarang untuk memberi kemudahan dan

membantunya25.

7. KESIMPULAN

Al-Arqam merupakan satu kumpulan ajaran sesat yang terkenal

di Malaysia yang mula ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Ashaari

Muhammad yang merupakan pengasas dan pemimpin gerakan ini.

Ciri-ciri yang terdapat di dalam ajaran ini banyak mengelirukan

masyarakat dan menyesatkan pengikutnya. Ajaran ini telah diwartakan

sebagai satu ajaran yang sesat oleh jawatankuasa fatwa di

kebanyakan negeri. Walaupun ajaran ini telah diharamkan, namun25 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007, Fatwa Negeri-negeri yang diwartakan, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,h.3-121.

25

ajaran ini masih lagi berkembang ke serata dunia. Oleh itu, untuk

menangani masalah penyebaran ajaran al-arqam, kerajaan harus

mengguna kaedah nasihat ke arah pmulihan, mengadakan penerangan

kepada orang awam menerusi khutbah jumaat, syarahan agama serta

penyebaran risalah atau buku ini perlu kerana bagi mnjaga keamanan

negara terutama dalam masyarakat majmuk kerana kumpulan ini

menyeleweng daripada ajaran Islam.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah, 2007, Gerakan Islam Tradisional Di

Malaysia Sejarah Pemikiran Jamaat Tabligh Dan Darul Arqam, Selangor

: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Mohd Lazim Lawee, 2004, Penyelewengan Jemaah Al-arqam Dan

Usaha Pemurniannya, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia.

26

Amirullah Muhammad, 1994, Antara Halal Dan Haram Al-arqam

Jawapan Kepada Ashaari, t.t : Rodatra Sdn Bhd.

Mohd Lazim,2004, al-Arqam Dan Ajaran Aurad Muhammadia: Satu

Penilaian,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007, Fatwa Negeri-negeri yang

diwartakan, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007, Keputusan Fatwa Keangsaan

Siri 1, Malaysia: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Arqam

www. e-fatwa.gov.my.

27