Fatwa tentang Kopi Luwak

24
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL FATWA & UNDANG-UNDANG (ISH 2093) “ Kopi Luwak” NAMA : NUR KHALILAH BINTI ZUL AFFANDDI NO. MATRIK : 41320XXXX NAMA PENSYARAH : CIK MA KALTHUM BINTI ISHAK

Transcript of Fatwa tentang Kopi Luwak

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SAINSDAN TEKNOLOGI

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL

FATWA & UNDANG-UNDANG (ISH 2093)

“ Kopi Luwak”

NAMA : NUR KHALILAH BINTI ZUL AFFANDDI

NO. MATRIK : 41320XXXX

NAMA PENSYARAH : CIK MA KALTHUM BINTI ISHAK

1.0 PENGENALAN

Musang luwak adalah haiwan mamalia yang termasuk suku musang.

Nama ilmiahnya adalah Paradoxurus Hermaphroditus dan di Malaysia

dikenali sebagai musang pulut1. Haiwan ini juga dipanggil

dengan pelbagai sebutan lain seperti Careuh (Sunda) dan luwak

(Jawa) serta common palm civet, common musang, house musang atau

toddy cat dalam bahasa Inggeris.

Kopi luwak adalah kopi yang dihasilkan dari biji kopi

yang telah dimakan dan melalui saluran pencernaan sejenis

musang bernama luwak. Luwak biasanya mencari buah-buahan yang

cukup baik dan masak termasuklah buah kopi sebagai makanannya.

Luwak akan memilih buah kopi yang betul-betul masak sebagai

makanannya dan biji kopi yang dilindungi kulit keras dan tidak

tercerna akan keluar bersama kotoran luwak2.

Ketika biji kopi masih berada dalam sistem pencernaan

luwak, proses fermentasi berlaku secara semulajadi selama

lebih kurang 10 jam. Prof. Massiomo Marcone, seorang guru

besar dari Kanada menyatakan bahawa fermentasi dalam

pencernaan luwak ini yang menjadikan kopi berkualiti tinggi.

1 Dewan Bahasa & Pustaka, Kamus Dewan, edisi ke-4, p. 10592 Dr. Ahmad Zain An-Najah MA, Hukum Kopi Luwak, available at:http://www.ahmadzain.com/read/karya-tulis/368/hukum-kopi-luwak/, (9September 2014)

Selain berada pada suhu fermentasi optimum, 24-26 darjah

celcius, enzim dan bacteria yang ada dalam sistem pencernaan

luwak tersebut turut membantu dalam penghasilan biji kopi yang

bermutu tinggi3.

Apabila biji kopi luwak yang keluar bersama kotoran luwak

itu dihukumi najis, kopi luwak itu jelas tidak halal dan haram

dimakan mahupun diminum.Namun, apabila status biji kopi yang

keluar dari perut luwak itu dihukumi mutanajjis (hanya

bersentuhan najis), biji kopi itu dapat disucikan dengan air

mutlak dan halal untuk dimakan dan diminum. Setelah melalui

proses dibersihkan kulitnya, digoreng dan dilembutkan menjadi

bubuk kopi.

Berdasarkan keterangan di atas, maka kopi luwak hukumnya

dikembalikan kepada dua masalah adakah musang luwak itu halal

dimakan atau tidak? Dan adakah kotorannya suci atau dikira

najis?

2.0 HUKUM

2.1 HUKUM DAGING LUWAK

Di kampung-kampung, luwak dikenal sebagai binatang yang suka

menangkap ayam tetapi sebenarnya luwak lebih sering memakan

3 Dr. KH Ahmad Munif Suratmaputra MA, Hukum Halal dan Haram Kopi Luwak, availableat: http://jualkopiluwak.web.id/hukum-halal-dan-haram-kopi-luwak, (7Oktober 2014)

aneka buah-buahan di kebun seperti betik dan pisang. Luwak

juga suka makan serangga, cacing tanah serta haiwan kecil lain

yang boleh ditangkapnya termasuk mamalia kecil seperti tikus.

Persoalannya, adakah luwak termasuk binatang buas yang haram

untuk dimakan? Para ulama berbeza pendapat :

Pendapat pertama : Haram dimakan4. Ini adalah pendapat Abu

Hanifah dan pendapat yang masyhur dalam mazhab Ahmad.

Alasannya, kerana musang termasuk binatang buas yang

diharamkan dalam hadis. Dari Abu Hurairah radhiyallahuanha

bersabda :

كله ح�رام أ� أع ف� اب� م�ن� ال�سب� ي� ن� ك�ل ذ “Setiap binatang buas yang bertaring maka haram memakannya”5

Pendapat yang kuat bahawa musang hukumnya haram adalah kerana

musang termasuk binatang buas yang dilarang dalam hadis6.

Pendapat kedua : Halal dimakan kerana walaupun luwak

adalah binatang buas dan pemakan daging, tetapi tidak

menyerang manusia. Luwak ini seperti binatang ad-Dhobu’

(hyena) yang halal untuk dimakan7. Dalil daripada Jabir bin

Abdillah :

4 Abdul Wahab Abdussalam Thawilah, Fikih Kuliner, Penerbit Pustaka al-Kauthar,cet. 2, p. 865 Hadis Riwayat Ibnu Majah6 Ibid, Abdul Wahab Abdussalam Thawilah, p.867 Dr. Shalih bin Fauzan, Fiqih Makanan, Penerbit Griya Ilmu, p.64

و أل ه� ق# ع ف� ب� ال�ض ن� ه وس�لم- ع� -ص�لى ال�له ع�لي� ول اهلل ت# رس� ل� أ� أل س� ف�# د اهلل ب� ع� ن� أب��ر ب�� ع�ن� ج��

محرم أذه ال� ا ص� ذ Hا Jش ب� ه ك� ي� عل ف� ج� د وي�� ب� ص�Dari Jabir bin Abdillah berkata : “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang

hyena? Beliau menjawab : Hyena adalah binatang buruan, dan bila seorang yang

sedang berihram memburu binatang ini, maka dia dikenakan denda dengan

menyembelih seekor domba.”8

2.2 HUKUM KOTORAN LUWAK

Pendapat pertama : Kotoran binatang yang dagingnya haram

dimakan9. Hukumnya najis dengan kesepakatan ulama. Dari sahabat

Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anhu, ia mengisahkan, “Pada

suatu hari, Nabi shallallahu' alaihi wa sallam keluar untuk

buang hajat, dan beliau memerintahku untuk mengambilkan tiga

batu tetapi aku hanya mendapat dua batu, dan ketika aku

mencari batu ketiga, aku tidak mendapatkannya, sehingga aku

pun mengambil sepotong najis haiwan yang telah kering. Tanpa

menunggu lebih lama, aku segera membawanya kepada baginda. Dan

ternyata baginda hanya mengambil kedua batu dan mencampakkan

najis haiwan itu, dan beliau bersabda:

"Sesungguhnya najis itu adalah najis10"

8 Hadis Riwayat Abu Dawud, Nasai, Ibnu Majah, Ahmad9 Umar Mansur ar-Rahimy, Najis Kencing dan Kotoran Hewan, 31 Mac 2013, availableat: http://umar-arrahimy.blogspot.com/2013/03/najis-kencing-dan-kotoran-hewan.html, (10 September 2014)10 Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad & At-Tirmizi

Dan disebutkan pada riwayat Ibnu Khuzaimah bahawa kotoran

yang dibawa oleh sahabat Abdullah bin Mas'ud itu adalah najis

keldai jinak. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa najis

keldai jinak adalah najis. Dan dengan dalil qiyas, para ulama

'menyamakan najis anjing babi dengan najis keldai jinak,

dengan alasan sama-sama binatang yang dagingnya haram untuk

dimakan.

Pendapat kedua: Kotoran binatang yang dagingnya halal

dimakan11. Hukumnya diperselisihkan ulama. Sebahagian ulama

berpendapat ianya najis sedangkan ulama lain berpendapat tidak

najis dan inilah pendapat yang dipilih kerana kuatnya dalil-

dalil mereka serta sesuai dengan kaedah asal. Ibnu Taimiyah

berkata “Adapun kencing & kotoran binatang yang dagingnya

halal dimakan, maka majoriti salaf berpendapat bahawa hal itu

tidaklah najis. Ini merupakan mazhab Malik, Ahmad dan

selainnya. Ini dikuatkan dengan dalil-dalil seperti berikut :

Pertama : Hadis ‘Uraiyin

ى� ص�لى ب� مره�م ال�ن أ� ة# ف� ي ي\� ووا ال�مد ت_ أج�� ة# ف� ي ي\� و ع�ر اس م�ن� ع�كل ا� fن دم ا� أل ف�# ن� م�ال�كg ف�# ش ب�� ن� ع�ن� ا� . وا طلق# أن� هأ ف� أن� ل�ب� وال�هأ وا� وا م�ن� اب�� �fرب Jش ن� ن�� أح وا� لق# xه وس�لم ن� …ال�له ع�لي�

11 Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi, Menjejaki Status Hukum Kopi Luwak, 12 Disember2011, available at: https://salafiyunpad.wordpress.com/2010/10/28/hukum-kopi-luwak/#more-8003, (9 September 2014)

Dari Anas bin Malik berkata “ Beberapa orang ‘Ukl atau ‘Urainah datang ke

Madinah namun mereka tidak tahan dengan iklim Madinah sehingga mereka jatuh

sakit. Baginda lalu memerintahkan mereka untuk mendatangi unta dan meminum

air kencing dan susunya. Maka mereka pun berangkat menuju kandang unta

(zakat)..”12

Hadis ini menunjukkan bahawa air kencing unta tidak najis

kerana Rasulullah memerintahkan ‘Uraiyin yang sakit untuk

berubat dengan meminum air susu dan air kencing unta. Baginda

tidak akan menyuruh untuk meminum sesuatu yang najis. Adapun

air kencing haiwan-haiwan lain yang boleh dimakan juga tidak

najis dengan mengqiaskan kepada air kencing unta.13

Kedua : Hadis Anas bin Malik

م ن ض ال�غ ى� مران�� د ف ى ال�مسج� ب xن ن� ي�� ل ا� ب� صلى� ف�# ه وس�لم ن�� ى ص�لى ال�له ع�لي� ب� أل ك�أن� ال�ن ش ف�# ع�ن� ان�Dari Anas berkata, “Sebelum masjid dibangun, Nabi Sollahu ‘Alaihi wasallam solat di

kandang kambing”14

12 Hadis Riwayat Bukhari & Muslim13 Ibid, Abdul Wahab Abdussalam Thawilah, p. 63414 Hadis Riwayat Bukhari

Kedua : Hadis Jabir bin Samurah

م ن أ� م�ن� ح�وم ال�غ وص� ب# ا� ه وس�لم ا� ل رس�ول ال�له ص�لى ال�له ع�لي� لا س�أ� ن� رج�� أب��ر ب��ن� س�مره# ا� ع�ن� ج��أ� وص� ت_ عم ف� أل ن� ل ف�# أ� م�ن� ح�وم الاي�� وص� ب# أل ا� أ�� ف�# وص� لا ب�# ئ�ت# ف� Jوان� ش� �أ وص� ت_ ئ�ت# ف� Jأل ان� ش� ف�#

أل لا ل ف�# أرك�g الاي�� ى م�ب� ص�لى ف أل ا� عم ف�# أل ن� م ف�# ن ض ال�غ ى مران�� ص�لى ف أل ا� ل ف�# م�ن� ح�وم الاي��Dari Jabir bin Samurah bahawa Rasulullah (SAW), “Apakah kami harus berwuduk

kerana makan daging kambing?” Baginda menjawab, “Jika kamu berkehendak

maka berwuduklah dan jika kamu tidak berkehendak maka janganlah kamu

berwuduk.” Dia bertanya lagi, “Apakah harus berwuduk disebabkan makan daging

unta?” Baginda menjawab, “Ya, berwuduklah disebabkan makan daging unta, “Dia

bertanya lagi, “Apakah aku boleh solat di kandang kambing?” Baginda menjawab,

“Ya, boleh.” Dia bertanya lagi, “Apakah aku boleh solat di kandang unta? “Beliau

menjawab, “Tidak.”15

Berdasarkan hadis, dibolehkannya solat di dalam kandang

kambing menunjukkan bahawa air kencing kambing adalah suci dan

tidak najis kerana biasanya kandang kambing itu tidak boleh

terlepas dari air kencing dan kotoran kambing.16

Dengan demikian, boleh disimpulkan bahawa binatang yang

boleh dimakan termasuk di dalamnya binatang luwak, maka status

15 Hadis Riwayat Muslim16 Ibid, Umar Mansur ar-Rahimy, available at: http://umar-arrahimy.blogspot.com/2013/03/najis-kencing-dan-kotoran-hewan.html

kotorannya adalah tidak najis. Jika kotoran luwak tidak najis,

tentunya biji kopi tersebut menjadi halal dengan sendirinya.17

2.3 HUKUM KOPI LUWAK

Kopi luwak bukanlah kopi yang berasal dari kotoran luwak

tetapi berasal dari biji kopi yang tidak dicerna dalam perut

luwak kemudian keluar bersama kotoran luwak. Persoalannya,

adakah kopi luwak itu najis? Sekiranya luwak adalah binatang

yang haram dimakan, maka kotoran luwak adalah najis. Oleh itu,

biji kopi yang keluar bersama kotorannya turut dikira najis.

Sekiranya kopi luwak mahu digunakan, maka biji kopi tersebut

harus disucikan terlebih dahulu. Setelah suci, maka biji kopi

tersebut halal dan boleh diproses menjadi kopi luwak18.

Hal seperti ini pernah disebutkan di dalam fiqh mazhab

Syafie, sebagaimana yang ditulis Imam Nawawi :

17 Ibid, Dr. Ahmad Zain An-Najah, available at:http://www.ahmadzain.com/read/karya-tulis/368/hukum-kopi-luwak/

18 Ibid, Dr. Ahmad Zain an-Najah, available at:http://www.ahmadzain.com/read/karya-tulis/368/hukum-kopi-luwak/

أن� ك�أن� ت# جأ, ف� هأ ص�حي� طن رح� م�ن� ن�� أ وح� مه# ج�ب� هي� كلت# ال�ن� ا ا� أ رح�مهم ال�له : اذ ب �fي ص�جأ أل ا� ف�#أسه# ج� أه# ااي� أه�ره ل�ملاف�# سل ظ�¢ ت� ع� ح� ه ظ�أه�ره# ل�كن� ي�� ي عي� , ف� ت# ئ� رع ي� تJ ل�و ر حئ� ه# ي�� ي� اف�# ه ن�� ي# �fي ص�لا

“Para sahabat kami (ulama mazhab Syafie) rahimahullah mengatakan : “Jika ada

haiwan memakan biji-bijian (dari tumbuhan) dan keluar lagi dari perutnya dalam

keadaan masih baik, jika kulitnya masih keras iaitu jika biji tersebut ditanam

kembali, akan tumbuh maka biji tersebut dikatakan suci tetapi haruslah dibersihkan

luarnya kerana terkena najis.”19

Pendapat ini diambil oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI),

di dalam sidang fatwanya pada hari Selasa (20/7/2010) yang

menetapkan bahawa biji kopi yang keluar bersama kotoran

binatang tersebut statusnya halal setelah adanya proses

penyucian20.

Sekiranya mengambil pendapat kedua yang mengatakan bahawa

luwak adalah binatang yang halal, maka kopi luwak dikira

sebagai bersih dan halal dimakan. Ini merupakan pendapat ulama

yang mengatakan bahawa luwak adalah binatang yang boleh

dimakan dagingnya, maka kotorannya adalah tidak najis.21

3.0 KAEDAH FIQH

19 Imam an-Nawawi, kitab al-Majmu’, jilid 2, p.57320 Republika Online, MUI: Kopi Luwak Berunsur Najis tapi Halal, 21 Julai 2010,available at:http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/fatwa/12/01/13/125640-mui-kopi-luwak-berunsur-najis-tapi-halal, (7 Oktober 2014)21 Ibid, Dr. Ahmad Zain an-Najah, available at:http://www.ahmadzain.com/read/karya-tulis/368/hukum-kopi-luwak/

3.1 ASAL MAKANAN ADALAH HALAL

احه# أء الان�� ب� Jى� الاش� الاص�ل ف“Asal hukum segala sesuatu adalah harus”22

Imam Syafie dalam kitab al-Umm berkata, “Asal hukum makanan

dan minuman adalah halal kecuali apa yang diharamkan oleh

Rasulullah sama halnya dengan pengharaman Allah”.

Demikianlah, dalam masalah ini hukum asalnya adalah

boleh dan halal sampai ada dalil yang menunjukkan

keharamannya. Kita tetap dalam keyakinan ini sampai datang

bukti dan dalil kuat yang dapat memalingkan kita dari kaedah

asal ini, adapun sekadar keraguan, maka tidak boleh.23

3.2 HUKUM ITU BERPUTAR BERSAMA SEBABNYA

وذا وع�دم�ا ه وح�� دور م�ع ع�لي# ال�جكم ن�� “Hukum itu berputar sebabnya, ada atau tiadanya24"

22 Ibnu Taimiyyah, kitab Majmu’ Fatawa, Darul Wafa, jilid 21, p. 54223 Dr. Saidan Man & Zainal Abidin Yahaya, Halalkah Makanan Kita, Penerbit PTSIslamika, p. 5624 Muhammad Yasir bin Abdullah, Pendekatan Pandangan Fiqh & Fatwa Terhadap HukumKopi Luwak, available at:http://executive4halal.blogspot.com/2012/08/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html, (9 September 2014)

Dalam masalah kopi luwak ini, alasan bagi yang melarangnya

adalah adanya najis. Namun, tatkala najis tersebut sudah

hilang dan dibersihkan maka hukumnya pun menjadi suci.

3.3 HUKUM ITU TETAP PADA ASAL SEBELUMNYA

أء م�ا ك�أن� ع�لى م�ا ك�أن� ق# ص�ل ن�� الا�“Hukum asal mengenai sesuatu adalah tetapnya hukum sesuatu sebagaimana

sedia kala”25

Kaedah ini menunjukkan bahawa suatu perkara yang telah berada

pada satu keadaan tertentu pada masa sebelumnya, akan tetap

seperti keadaan asalnya selama tidak ada dalil yang

menunjukkan terhadap hukum lain. Alasan mengapa hukum pertama

harus dijadikan sandaran yang pertama, kerana dasar segala

sesuatu adalah tetap dan tidak berubah seperti sediakala

(baqa’). Sementara kemungkinan untuk berubah dari keadaan

semula adalah suatu yang baru dan bersifat spekulatif,

sehingga tidak dapat dijadikan sandaran hukum. 25 Ibid, Dr. Saadan Man & Zainal Abidin Yahaya, p.57

Contohnya, seorang yang ragu adakah sudah berhadas atau belum,

maka yang dijadikan ukuran adalah keadaan yang sebelumnya.

Apabila pada keadaan sebelumnya, ia berwuduk, maka ia dihukumi

berhadas. Tetapi apabila sebelumnya ia sudah pernah berwuduk,

maka ia tetap dihukumi suci.26

3.4 ISTIHALAH

جأل�ت# ط�هرب# ا اش�ي_ أسه# اذ ج� ان� اي�“Benda najis apabila dibersihkan melalui istihalah maka ia menjadi suci”

Apabila biji kopi luwak yang bercampur kotoran tersebut memang

sudah dibersihkan, maka ia adalah suci.

4.0 MASALAH SERUPA Sebenarnya, masalah kopi luwak ini dapat kita kaji melalui

pedekatan masalah-masalah yang serupa dengannya yang boleh

26 Maktabah Abu Yahya, Hukum Asal Segala Sesuatu Adalah Tetap Dalam Keadaannya Semula,27 Februari 2013, available at:http://maktabahabiyahya.wordpress.com/2013/02/27/hukum-asal-segala-sesuatu-adalah-tetap-dalam-keadaannya-semula-dan-keyakinan-tidak-bisa-hilang-karena-keraguan/, (7 September 2014)

dikenali dengan istilah Asbab wa Nazhoir. Ada beberapa masalah

yang dapat dijadikan pendekatan dengan masalah ini iaitu27 :

4.1 Bila haiwan mengeluarkan biji

Pendekatan yang paling sama adalah apa yang telah dikatakan

oleh para ulama fiqh yang disebutkan bahawa biji-bijian yang

keluar bersama najis haiwan itu dihukumi mutannajis iaitu

biji-bijian itu keras, masih utuh, tidak berubah yang mana

apabila biji-bijian itu ditanam, boleh tumbuh. Biji-bijian

tersebut boleh menjadi suci kerana dicuci dan halal dimakan.

Namun, apabila biji-bijian itu telah berubah, maka ia dihukumi

najis28. Imam Nawawi berkata :

ه# ي����� ق# ه ن�� ي# �fلاي أن� ت# ص����� أن� ك����� جأ ف����� حي� ه����أ ص����� طن رح� م�ن� ن�� أ وح����� م����ه# ج�ب����� هي� كلت# ال�ن� ا ا� اذأس�ه# ج� µأه# ال�ي أه�ره ل�ملاف��# س�ل ظ��¢ ت� ع� ح� أه�ره# ل�كن� ي�� ه ظ�� ي� عي� ت# ف� ئ� رع ي� تJ ل�و ر حئ� ي��واه# ل����ع ب����� ب# و اي�� ص����أر ك�م����أ ل����� س����أذ ف� ر الى ال�ق ي� غ���� مم����أ ن�# اءا ل�ه����أ ف� د أر ع����� ه وان� ص����� لان�����

سل ال�غ ره�أ ن�� Jش طهر ف�# هأ ظ�أه�ر ون�� اط�ن أن� ن�� ت# ف� رج�� 29…وح�

“Jika ada haiwan memakan biji tumbuhan kemudian dapat dikeluarkan

dari perut, jika kekerasannya tetap dalam keadaan sama, dan sekiranya27 Ibid, Muhammad Yasir bin Abdullah, available at:http://executive4halal.blogspot.com/2012/08/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html28 Ibid, Abu Yusuf as-Sidawi, available at:https://salafiyunpad.wordpress.com/2010/10/28/hukum-kopi-luwak/#more-800329 Imam an-Nawawi, kitab Majmu’ Fatawa, jilid 2, p. 573

ditanam dapat tumbuh maka ia tetap suci tetapi harus disucikan bahagian

luarnya kerana terkena najis”..

4.2 Telur yang masih dalam bangkai

Masalah lain yang sama dengan permasalahan ini adalah masalah

telur yang berada pada bangkai ayam, adakah najis ataupun

tidak, pendapat yang kuat bahawa apabila telur sudah berkulit

dan terpisah maka hukumnya suci. Imam Ibnu Qudamah

rahimahullah berkata:

“Apabila ada ayam mati (bangkai) dan di perutnya ada telur yang sudah mengeras

kulitnya maka (telur tersebut) hukumnya suci. Inilah pendapat Abu Hanifah dan

sebahagian Syafi’iyyah dan Ibnu Mundzir. Alasan kami kerana telur yang sudah

berkulit keras tadi terlindung dari terkena najis, sama konsepnya sekiranya ia jatuh

dalam air yang najis (lalu dibersihkan, maka jadi bersih).”30

4.3 Emas yang ditelan orang

Masalah yang serupa dengan masalah ini adalah seandainya ada

seseorang yang tertelan emas atau wang logam kemudian keluar

bersama kotoran. Bukankah emas atau wang logam tadi sudah

dibersihkan? Maka ia dihukum suci dan boleh digunakan.31

30 Ibid, Dr. Shalih bin Fauzan, p.83 31 Ibid, Muhammad Yasir bin Abdullah, available at:http://executive4halal.blogspot.com/2012/08/normal-0-false-false-false-en-

Suruhanjaya Fatwa Majlis Ulama’ Indonesia (MUI)

telah memutuskan fatwa tentang kopi luwak iaitu32 :

a. Kopi luwak sebagaimana dalam ketentuan umum adalah

mutnnajjis (terkena najis) dan bukanlah najis

b. Kopi luwak

sebagaimana dalam ketentuan umum adalah halal setelah

disucikan

c. Menggunakan kopi

luwak sebagaimana dimaksud seperti di atas hukumnya boleh

d. Menghasilkan dan

menjual beli kopi luwak hukumnya boleh

Maka Malaysia mengambil pendekatan yang kedua iaitu

membuat kajian semula tentang status kopi luwak sama ada halal

atau haram, setelah mengetahui keputusan fatwa Majlis Ulama’

Indonesia mengenai kopi luwak adalah halal dimakan.

5.0 PELAKSANAAN JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bahagian Perancangan

dan Penyelidikan telah mengadakan kajian kopi luwak di

Jakarta, Indonesia. Kajian ini diketuai oleh S.S.Dato’ Hj.

Hassan bin Hj. Ahmad, mufti negeri Pulau Pinang merangkap

us-x-none.html32Ibid, Republika Online, available at:http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/fatwa/12/01/13/125640-mui-kopi-luwak-berunsur-najis-tapi-halal

pengerusi panel Kajian Syariah (PKS), JAKIM. Turut serta dalam

lawatan ini ialah Prof. Madya Dr. Mahamad bin Arifin,

Pensyarah UIAM merangkap ahli PKS, Ustaz Mawarzi bin

Dziyauddin, Timbalan Mufti Negeri Kedah, Dato’ Hj. Fadhil bin

Hj. Awang, AJK Fatwa Negeri Kedah dan 3 orang kru TV al-

Hijrah.33

Tujuan kajian ini dijalankan adalah merujuk kepada

keputusan PKS kali ke-73 supaya mengadakan kajian lanjut

mengenai status kopi luwak dengan mendapatkan sampel kajian

biji kopi yang keluar bersama najis musang serta melihat

secara lebih dekat proses penghasilan kopi berkenaan. Ahli

rombongan turut dibawa berkunjung ke Majelis Ulama Indonesia

(MUI) untuk bertukar-tukar maklumat dalam pelbagai isu serta

mendapatkan pandangan fatwa yang telah diputuskan oleh MUI

mengenai kopi luwak. Hasil kajian yang dilakukan akan dibawa

ke Mesyuarat Panel Kajian Syariah, JAKIM dan seterusnya

diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk

diputuskan keputusan mengenainya.34

Menurut wawancara penulis dengan Ustaz Kamarulzaman

bin Mustaffa mengenai rentetan peristiwa bagaimana Panel

Kajian Syariah JAKIM membuat penyelidikan hukum kopi luwak di

Indonesia adalah permintaan Hub Halal JAKIM supaya bahagian

Penyelidikan membuat kajian mengenai isu kopi luwak. Oleh itu,

33 Muna, Portal Rasmi JAKIM, Kajian Kopi Luwak,available at:http://www.islam.gov.my/kajian-kopi-%E2%80%98luwak%E2%80%99, (7 September2014)34 Ibid, Muhammad Yasir bin Abdullah, available at:http://executive4halal.blogspot.com/2012/08/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html

bahagian Hub Halal memerlukan panduan dari bahagian

penyelidikan JAKIM mengenai status halal atau haram kopi luwak

tersebut. Panel Kajian Syariah telah mengambil sampel kopi

luwak yang belum diproses sebagai kajian penyelidikan dengan

meletakkan beberapa kategori penyelidikan iaitu Jabatan Kimia

Malaysia, MARDI dalam memutuskan hukum di bahagian Panel

Kajian Syariah JAKIM seterusnya akan diangkat ke Jawatankuasa

Fatwa MKI.35

Menurut Ustaz Kamarulzaman lagi, mengenai sampel

kopi luwak yang telah dihantar di Jabatan Kimia Malaysia bagi

mengetahui adakah status DNA musang terdapat pada kopi luwak

tersebut. Hasilnya, tiada DNA musang yang didapati pada kopi

luwak tersebut. Kajian penyelidikan di MARDI pula dilakukan

bagi mengetahui status pembenihan kopi tersebut sama ada

tumbuh selepas dimakan luwak. Beliau mengatakan bahawa kopi

luwak yang diambil sampel dari Indonesia kemungkinan sudah

rosak dan tidak dapat tumbuh apabila ditanam.36

Oleh itu, bahagian PKS terpaksa mencari sampel

najis kotoran kopi luwak yang segar dan belum diproses bagi

MARDI membuat penyelidikan untuk mengetahui status pembenihan

kopi tersebut sama ada tumbuh atau tidak. Pihak panel masih

menunggu keputusan MARDI dalam memutuskan hukum kopi luwak.

Sebagaimana fatwa yang telah diputuskan oleh Majlis

35 Ibid36 Ibid, Portal Rasmi JAKIM 2011, available at:http://www.islam.gov.my/kajian-kopi-%E2%80%98luwak%E2%80%99

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia mengenai hukum kopi

luwak :

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia kali ke-98 yang bersidang pada 13-15

Februari 2012 telah membincangkan hukum meminum kopi

luwak (musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti

berikut : 37

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan

pandangan yang dikemukan, Muzakarah menegaskan bahawa

Allah memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang

halal dan memakan makanan yang baik sebagaimana firman-

Nya yang bermaksud :

دون� غب� اه ن�# م ان�� ن# كروا ال�له ان� ك�ن Jكم واس� ن ف�# ت# م�ا رر ئ� وا ك�لوا م�ن� ط�ي� م�ت ن� ا� ب� هأ ال�د �fن ا� ن��“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah

Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu

beribadat kepada-Nya.38”

Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah

menetapkan bahawa:

ر ع�لى ال�حرمه# ي� ل م�عت# م ذل�ب� ق# ، م�ا ل�م ن�� احه# ن� Hأء الا ب� Jش� ى الا� ص�ل ف الا�37 E-Fatwa, Portal Rasmi Fatwa Malaysia, “Hukum Meminum Kopi Luwak”,available at: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-meminum-kopi-luwak-musang, (7 September 2014)38 Surah al-Baqarah, ayat 172

“ Hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagi tidak ada dalil

muktabar yang mengharamkannya”.

Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa

mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau keluar

bersama najis haiwan tersebut, selagimana ianya tidak rosak

dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika

ditanam, ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai

mutanajjis dan bukan najis.39

Sehubungan itu, selaras dengan pengesanan dan

pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan

bahawa biji kopi luwak (musang), adalah bersifat mutanajjis

dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat :

1. Biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak

berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam

2. Biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih

dahulu daripada najis

Muzakarah juga memutuskan supaya kopi luwak yang

dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal

daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum

dipasarkan kepada masyarakat Islam.40

Majelis Ulamak Indonesia (MUI) pada Julai 2010 juga

telah menghalalkan kopi luwak ini dengan syarat biji kopi ini

39 Mohd Noor bin Daud, Status Hukum Kopi Luwak, 6 Januari 2014, available at:http://mujtahidummah.blogspot.com/, (7 September 2014)40 Ibid, E-Fatwa Portal Rasmi Fatwa Malaysia, available at: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-meminum-kopi-luwak-musang

masih terbungkus lagi kulitnya dan sekiranya ditanam, akan

tumbuh. Tetapi sekiranya biji kopi berkenaan didapati pecah

kulitnya (terhadam) dan tidak tumbuh sekiranya ditanam, maka

hukumnya haram dimakan. Hal ini adalah kerana, jika biji itu

dapat tumbuh, ia dikira mutanajjis. Oleh itu, ia boleh

dimakan. Sekiranya tidak tumbuh, bermakna ia telah menjadi

sebahagian daripada najis luwak dan tidak boleh dimakan.41

7.0 KESIMPULAN

Biji kopi luwak terhasil daripada biji kopi yang telah dimakan

dan melalui saluran pencernaan sejenis musang bernama luwak.

Biji kopi yang tidak dihadam ini akan keluar bersama najis

luwak, dikutip serta dibersihkan untuk dijadikan kopi. Ia

dihukum sebagai mutanajjis dan bukanlah najis kerana hanya

bersentuhan dengan najis.

Musang luwak ini tergolong dalam binatang yang halal

dimakan kerana ia seperti binatang hyena, walaupun pemakan

daging tetapi ia tidak menyerang manusia. Kotoran luwak ini

pula dikira suci kerana ia tergolong dalam golongan haiwan

yang halal dimakan.

Majelis Ulamak Indonesia (MUI) telah menetapkan hukum

harus dalam penggunaan biji kopi luwak ini. Pihak JAKIM pula

mengambil langkah selamat dengan menjalankan kajian ke atas

biji kopi ini. Hasilnya, Muzakarah Fatwa Kebangsaan menghukum

penggunaan biji luwak ini adalah harus sekiranya ia masih

41 Ibid, Republika Online, available at:http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/fatwa/12/01/13/125640-mui-kopi-luwak-berunsur-najis-tapi-halal

dalam keadaan baik, tidak berlubang serta akan tumbuh

sekiranya ditanam.

7.0 RUJUKAN

1. E-Fatwa, Portal Rasmi Fatwa Malaysia, 2012, “Hukum

Meminum Kopi Luwak (musang)”, available at: http://www.e-

fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-meminum-kopi-luwak-

musang

2. Muna, Portal Rasmi JAKIM, 2011, “Kajian Kopi Luwak”, available

at: http://www.islam.gov.my/kajian-kopi-%E2%80%98luwak

%E2%80%99

3. Umar Mansur ar-Rahimy, 2013, “Najis Kencing dan Kotoran Hewan”,

available at:

http://umar-arrahimy.blogspot.com/2013/03/najis-kencing-

dan-kotoran-hewan.html

4. Ustaz Abu Ubaidah Yusuf as-Sidawi, 2010, “Menjejaki Status

Hukum Kopi Luwak”, available at:

https://salafiyunpad.wordpress.com/2010/10/28/hukum-kopi-

luwak/#more-8003

5. Muhammad Yasir bin Abdullah, 2012, “Pendekatan Pandangan Fiqh

& Fatwa Terhadap Hukum Kopi Luwak”, available at:

http://executive4halal.blogspot.com/2012/08/normal-0-

false-false-false-en-us-x-none.html

6. Mohd Noor bin Daud, 2014, “Status Hukum Kopi Luwak”, available

at: http://mujtahidummah.blogspot.com/

7. Dr. Zubaidi bin Hj Ahmad, 2014, available at:

http://drzubaidi.com/blog/kopi-luwak-manfaat-dan-hukum/

8. Dr. Ahmad Zain An-Najah, 2011, “Hukum Kopi Luwak”, available

at: http://www.ahmadzain.com/read/karya-tulis/368/hukum-

kopi-luwak/

9. Muhammad Muafa, 2012, “Undang-Undang Pengambilan Kopi Luwak”,

available at:

http://abuhauramuafa.wordpress.com/2012/04/30/hukum-

mengkonsumsi-kopi-luwak/

10. Abu Hammad al-Jakarti, 2009, “Hukum Menjual Kotoran

Ternakan”, available at:

http://tholib.wordpress.com/2009/09/24/tanya-jawab-hukum-

menjual-kotoran-ternak/

11. Republika Online, 2010, “MUI: Kopi Luwak Berunsur Najis Tapi

Halal”, available at:

http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/fatwa/12/01

/13/125640-mui-kopi-luwak-berunsur-najis-tapi-halal

12. Maktabah Abi Yahya, 2013, “Hukum asal Segala Sesuatu

Adalah Tetap Dalam Keadaannya Semula”, available at:

http://maktabahabiyahya.wordpress.com/2013/02/27/hukum-

asal-segala-sesuatu-adalah-tetap-dalam-keadaannya-semula-

dan-keyakinan-tidak-bisa-hilang-karena-keraguan/

13. Abdul Wahab Abdussalam Thawilah, Fikih Kulineri, Penerbit

Pustaka al-Kauthar

14. Dr. Shalih bin Fauzan, Fiqih Makanan, Penerbit Griya

Ilmu

15. Dr. Saidan Man & Zainal Abidin Yahaya, Halalkah

Makanan Kita, Penerbit PTS Islamika