Detik-detik Kehidupan - Telekom Malaysia

172
Detik-detik Kehidupan Laporan Tahunan Bersepadu 2017 Tinjauan Korporat Foto daripada Guilherme Romano dari Unsplash

Transcript of Detik-detik Kehidupan - Telekom Malaysia

Detik-detik Kehidupan

Laporan Tahunan Bersepadu 2017Tinjauan KorporatFo

to d

arip

ada

Gui

lher

me

Rom

ano

dari

Uns

plas

h

Hidup ini adalah himpunan detik-detik. Sama ada detik-detik yang penuh bermakna dan istimewa, mahupun yang mudah kita lupakan. Semua detik ini mewarnai kehidupan kita, dan dengan himpunan detik-detik itu, wujud sebuah organisasi yang memastikan kita terus terhubung, untuk berkongsi setiap detik yang kita rasai sepanjang masa.

Kumpulan Syarikat TM.

Tetap, Nomad atau Mudah Alih; pada setiap peranti digital - di jalanan, di rumah, di tempat kerja, ketika bersantai - TM sentiasa di sisi, melatari setiap saat dan detik kehidupan. Menerusi tawarannya yang tersendiri, Kumpulan Syarikat TM membolehkan kita menikmati dan berkongsi detik terindah dan mengagumkan, lantas menjadikan kehidupan setiap insan begitu unik dan istimewa.

Konsep Laporan Tahunan Bersepadu 2017 ini

merakamkan “Detik-detik Kehidupan” yang mengungkap dan mentakrif cara kita

menjalani kehidupan hari ini menerusi Kumpulan Syarikat TM.

4 Fakta Sekilas Pandang 6 Mengenai Laporan Ini 8 Pemikiran Bersepadu: Pendekatan Kami Terhadap

6 Modal

Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda... Bab 1 : Strategi & Kelestarian Kami 12 Strategi Sekilas Pandang 16 Penyata Kelestarian 20 Menguruskan Isu-Isu Penting Kami

Detik-Detik Bermakna Bab 2 : Siapa Kami & Apa Kami Lakukan

24 Apa Yang Kami Lakukan 26 Di Mana Kami Beroperasi 30 Struktur Korporat Kumpulan

31 Struktur Organisasi Kumpulan 32 Maklumat Korporat

34 Pencapaian Utama

36 Keratan Akhbar 38 Galeri Korporat 40 Pengiktirafan

Detik-Detik Penuh Inspirasi44 Bab 3 : Penyata Pengerusi

50 Bab 4 : Perbincangan & Analisis Pengurusan

64 Bab 5 : Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

Kandungan

12-21

24-41

44-69

Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda...

Detik-Detik Bermakna

Detik-Detik Penuh Inspirasi

72-87

90-154

Detik-Detik Meyakinkan

Detik-Detik Penting

Detik-Detik Penting Bab 6 : Kluster Perniagaan Kami 72 unifi

76 Rencana - TM Menerajui Dunia Digital 78 TM ONE

82 Rencana - Merealisasikan Peluang Digital Anda 84 TM GLOBAL

86 Rencana - TM Team Malaysia

Detik-Detik Meyakinkan Bab 7 : Tadbir Urus Korporat 90 Barisan Kepimpinan Kami

98 Profil Setiausaha Syarikat

99 Barisan Pengurusan Kami 110 Tinjauan Keseluruhan Tadbir Urus Korporat 142 Penyata Pengarah Mengenai Pengurusan Risiko &

Kawalan Dalaman

148 Penyata Audit Dalaman 150 Pengurusan Risiko Perniagaan 152 Pengurusan Kesinambungan Perniagaan 155 Maklumat Pematuhan Tambahan 157 Direktori Kumpulan 159 Glosari 161 Notis Mesyuarat Agung Tahunan

167 Penyata Mengiringi Notis Mesyuarat Agung Tahunan ke-33

• Borang Proksi

4

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Aset Bernilai TM:

Warga Keluarga Kami

26,407 anggota

Rangkaian Kami

lebih daripada

540,000 km kabel gentian optik di seluruh

negara dan akses kepada lebih

190,000 km

kabel dasar laut di serata dunia

Fakta Sekilas Pandang Peneraju Konvergens Malaysia

2.3 juta jumlah pelanggan jalur lebar

98% daripada 1.1 juta pelanggan unifi menikmati kelajuan 10Mbps dan ke atas

10% penembusan unifi Mobile daripada Isi Rumah TM

Telah menyempurnakan Pusat Data komersial pertama di Malaysia yang memperoleh

Pensijilan Tahap III Uptime Institute

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

5

2013 2014 2015 2016 2017

HasilKendalian (RM bilion)

10

.63

11

.24

11

.72

12

.06

12

.09

Hasil Kendalian Kumpulan RM

12.09 bilion

Jumlah Pulangan kepada para Pemegang Sahamlebih daripada

393.3% sejak pengasingan pada tahun 2008

Jumlah Pembayaran Dividen RM

808.0 juta pada tahun 2017

6

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Mengenai Laporan IniBermula dari tahun kewangan yang lalu, kami telah memilih untuk mengikut format laporan bersepadu untuk laporan tahunan kerana kami merasakan cara tersebut membolehkan kami membentangkan prestasi kami kepada pihak berkepentingan dengan lebih jelas, ringkas, padat dan menyeluruh. Elemen utama laporan bersepadu kami ini ialah model perniagaan kami yang menjelaskan bagaimana kami memanfaatkan sebaiknya enam modal kami - iaitu kewangan, pembuatan, intelektual, modal insan, sosial & perhubungan serta modal semula jadi - bagi mencipta nilai kepada pihak berkepentingan kami.

Tahun ini merupakan kali kedua kami mengguna pakai Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu Antarabangsa (IIRF) kerana kami percaya ia membolehkan kami menyampaikan strategi dan tindakan kami serta hasilnya dengan cara yang bermakna kepada pihak berkepentingan. Menerusi standard laporan ini, kami berhasrat untuk mengemukakan model perniagaan kami yang bersesuaian dengan memperlihatkan bagaimana semua yang kami lakukan diselaraskan dengan visi kami untuk mencipta nilai - bukan sahaja buat para pemegang saham dan pelanggan kami, bahkan juga untuk anggota, rakan niaga, agensi kerajaan dan pengawal selia serta komuniti yang lebih luas.

Perbincangan & Analisis Pengurusan kami menceritakan tentang bagaimana kami mencipta nilai dengan menggariskan proses pemikiran di sebalik strategi kami di samping memperincikan hasil utama daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kluster perniagaan kami, perniagaan sokongan serta inisiatif sosial korporat. Kami turut menyediakan Penyata Kelestarian yang merumuskan pendekatan TM terhadap kelestarian, serta kemajuan yang dicatat dalam mengambil berat terhadap ekonomi, alam sekitar dan impak sosial kami.

Selain berpandukan rangka kerja Majlis Pelaporan Bersepadu Antarabangsa (IIRC), penyata bukan kewangan kami memenuhi Syarat Penyenaraian yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia baru-baru ini dan juga Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017 oleh Suruhanjaya Sekuriti. Penyata kewangan kami telah disediakan mengikut syarat-syarat di bawah Akta Syarikat Malaysia 2016 dan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS).

Laporan Tahunan Bersepadu ini diterbitkan dalam dua bahagian - Tinjauan Korporat dan Penyata Kewangan - dan hendaklah dibaca secara bersama dengan Laporan Kelestarian. Ketiga-tiga buku ini secara keseluruhannya menceritakan kisah TM, mengetengahkan intipati tentang siapa kami, ke mana hala tuju kami, dan bagaimana perancangan kami untuk mencapainya.

Kami telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan Laporan Tahunan Bersepadu ini membentangkan penilaian yang seimbang dan boleh diakses berkenaan strategi, prestasi, tadbir urus dan prospek kami. Isu dan perkembangan yang dimasukkan telah ditentukan mengikut pertimbangan kuantitatif dan kualitatif yang mempunyai impak terhadap prestasi semasa dan akan datang.

Seluruh Laporan Tahunan Bersepadu ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah kami, dengan dibantu oleh Jawatankuasa Lembaga Pengarah Audit.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

7

Laporan Tahunan Bersepadu ini diterbitkan dalam dua bahagian

– Tinjauan Korporat dan Penyata Kewangan – dan hendaklah dibaca

secara bersama dengan Laporan Kelestarian. Ketiga-tiga buku ini secara

keseluruhannya menceritakan kisah TM, mengetengahkan intipati tentang

siapa kami, ke mana hala tuju kami, dan bagaimana perancangan kami

untuk mencapainya.

LAPORAN KAMI YANG LAIN

Di samping menghuraikan prestasi kewangan kami, ia turut menggambarkan cara kami mentadbir urus dan menambah nilai kepada pihak berkepentingan. Ianya dilengkapkan dengan Laporan Kelestarian kami serta pendedahan dalam talian berkenaan keputusan kewangan suku tahunan, pembentangan korporat, pengumuman Bursa serta siaran media kami.

LAPORAN RANGKA KERJA PELAPORAN

JAMINAN

Laporan Tahunan Bersepadu (laporan ini)

Laporan utama kami untuk berkomunikasi dengan para pemegang saham dan pihak berkepentingan kami yang lain

• Akta Syarikat Malaysia 2016

• Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS)

• Syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad

• Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017

• Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu Antarabangsa

• Kawalan dalaman dan jaminan pihak pengurusan

• Semakan pematuhan dan audit dalaman

• Audit luar oleh Pricewaterhouse Coopers PLT terhadap maklumat kewangan

• Jaminan para Pengarah Eksekutif

Laporan Kelestarian

Pendedahan utama kami berkenaan usaha untuk mencipta nilai buat pihak berkepentingan dengan mengambil kira isu material

• Syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad

• Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017

• Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu Antarabangsa

• Piawaian Inisiatif Pelaporan Global (GRI)

• Audit Luar oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd

• Maklum Balas para Juri daripada pelbagai Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat

• Jaminan para Pengarah Eksekutif

Penyata Kewangan Suku Tahunan

Penyata kewangan mengenai prestasi kami setiap suku tahun

• Akta Syarikat Malaysia 2016

• Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS)

• Syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad

• Kawalan dalaman dan jaminan pihak pengurusan

• Semakan pematuhan dan audit dalaman

• Kelulusan Lembaga Pengarah dengan dibantu oleh Jawatankuasa Lembaga Pengarah Audit

• Jaminan para Pengarah Eksekutif

Pengumuman Bursa

Pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia berkenaan aktiviti-aktiviti korporat utama

• Syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad

• Setiausaha Syarikat dan para Pengarah Eksekutif

• Kelulusan Lembaga Pengarah

Siaran Media

Pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia berkenaan aktiviti-aktiviti korporat utama

• Kawalan dalaman dan jaminan pihak pengurusan

• Jaminan para Pengarah Eksekutif

8

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Bagi membangun dan menzahirkan perkhidmatan konvergens, kami bergantung kepada pelbagai hubungan dan sumber, yang dirujuk oleh Majlis Pelaporan Bersepadu Antarabangsa (IIRC) sebagai enam modal. Di dalam Laporan Tahunan Bersepadu ini, kami telah membincangkan tentang bagaimana modal-modal yang berbeza dapat memainkan peranan dalam mencapai inisiatif strategik kami - iaitu sumbangan mereka kepada nilai yang telah kami cipta, dan juga bagaimana tindakan kami memberi impak terhadap modal tersebut.

Sungguhpun keenam-enam modal ini adalah berbeza dan terpisah antara satu sama lain, namun hampir setiap tindakan yang kami lakukan akan memberi impak terhadap lebih daripada satu modal. Justeru, kami perlu mempertimbangkan keseimbangan antara modal tersebut, dan bertindak berpandukan hasil positif yang maksimum, dan dalam masa yang sama mengawal impak negatif.

Jadual di bawah memberi gambaran keseluruhan bagaimana modal tersebut dipaparkan dalam laporan ini.

Ini merujuk kepada kemahiran dan pengalaman anggota kami yang membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan yang berdaya saing dan dipercayai untuk membantu kami mencapai matlamat. Kami mengutamakan pelaburan dalam penglibatan dan pembangunan anggota untuk memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik. Kami turut berusaha menyatukan perbezaan perspektif yang mencerminkan negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa agar dapat memahami dan memberi maklum balas yang lebih baik terhadap pasaran. Dalam usaha kami untuk menjadi sebuah organisasi digital, kami memupuk budaya digital dalam kalangan anggota kami dan memantapkan keupayaan digital kami menerusi peningkatan kemahiran anggota kami, serta menggunakan khidmat pakar yang berkemahiran.

Modal Insan

Pemikiran Bersepadu: Pendekatan Kami terhadap 6 Modal

Bagaimana Modal kami Memberi Impak terhadap Kumpulan TM:

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

9

Modal sosial dan hubungan adalah perhubungan yang menjadi sandaran kami untuk beroperasi dengan lancar, seperti hubungan dengan para pembekal dan vendor kami; serta impak kami terhadap jalinan kerjasama sosial yang menyatupadukan masyarakat dalam negara. Ini termasuklah sumbangan langsung kepada pertumbuhan pembekal/vendor kami serta sumbangan kami kepada pembangunan negara menerusi pembayaran cukai. Ia turut merangkumi sumbangan kami kepada keterangkuman sosial dengan memperkasa komuniti yang dipinggirkan (seperti ibu tunggal) dan penawaran perkhidmatan ke kawasan luar bandar; usaha kami untuk meningkatkan peluang pendidikan di kalangan kanak-kanak kurang bernasib baik serta menggalakkan keusahawanan digital di kalangan usahawan. Kami berusaha memupuk hubungan yang dibina berlandaskan kepercayaan, justeru itu membolehkan kami beroperasi dengan persetujuan sosial. Ini mencakupi interaksi dengan semua pihak berkepentingan kami – para anggota, pelanggan, pemegang saham, pelabur, NGO, komuniti, pengawal selia, pembekal, pihak kerajaan, rakan industri dan media.

Modal Sosial dan Hubungan

Kami bergantung kepada ekuiti dan perolehan tersimpan yang dijana oleh operasi untuk mengekal dan mengembangkan perniagaan kami. Modal kewangan membolehkan kami mencipta dan mengurus nilai pihak berkepentingan - termasuk dividen untuk para pemegang saham, gaji anggota dan pelaburan dalam komuniti - sambil memacu pertumbuhan mampan dengan mewujudkan peluang-peluang baharu dalam penyelesaian pintar - data, internet, jalur lebar, perkhidmatan mudah alih dan WiFi serta kandungan.

Modal Kewangan

Spektrum radio merupakan modal semula jadi dan pemboleh utama dalam industri. Badan pengawal selia menyediakan akses kepada spektrum ini secara adil dan telus. Akses kepada tenaga yang dipercayai juga menjadi kebergantungan kepada kami untuk mengendali rangkaian serta menguruskan premis kami. Kami memberi impak material terhadap modal semula jadi negara - alam sekitar - menerusi aktiviti kami, dan berusaha mengurangkan penggunaan tenaga demi meminimumkan pengeluran karbon. Kami turut menyokong kerja yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) untuk melindungi alam sekitar dan kekayaan biodiversiti negara.

Modal Semula Jadi

Kami memanfaatkan sebaiknya aset fizikal kami - iaitu rangkaian kabel dasar laut, rangkaian protokol internet (IP) sepenuhnya generasi baharu, Pusat Data, bangunan ibu sawat, stesen Evolusi Jangka Panjang (LTE) - untuk menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan kami. Kami turut bergantung kepada peralatan dan perisian IT, bangunan pejabat kami, rangkaian peruncitan cawangan TMpoint serta pusat-pusat panggilan, di samping peralatan telekomunikasi serta infrastruktur awam yang lain bagi menjalankan perniagaan kami. Kami sedang dalam proses meluaskan capaian rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi, membangunkan lebih banyak rangkaian kabel dasar laut dan memantapkan kemampuan kami melalui Pusat Data Tahap III.

Modal Pembuatan

Ini merujuk kepada keutuhan jenama, pengetahuan dan pengalaman organisasi, kemampuan kami dari segi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta teknologi yang telah kami cipta, di samping proses dan tatacara kami yang sedia ada dan membolehkan kami beroperasi dengan lancar. Sepanjang tahun, kami memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan lagi jenama kami dengan penstrukturan semula organisasi bagi tiga kluster perniagaan, iaitu unifi, TM ONE dan TM GLOBAL. Kami telah membentuk sebuah Pusat Digital Kumpulan (GDC) dalam meneraju usaha untuk mempertingkatkan keupayaan teknologi menerusi perkongsian dan dengan menggalakkan inovasi yang lebih hebat di dalam TM.

Modal Intelektual

Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda...

Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda...

Izinkan kami mengambil beberapa detik daripada masa anda untuk menunjukkan apa yang telah dilakukan oleh Kumpulan Syarikat TM sepanjang tahun ini. Kami telah menyelaraskan semula perniagaan dan jenama kami selain daripada cara kami bekerja, agar kami dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada usaha yang membolehkan pihak berkepentingan kami menikmati detik-detik kehidupan yang lebih indah.

Sudikanlah membaca, dan anda akan lihat bagaimana kami telah memperhalus dan mentakrif semula detik-detik TM itu sendiri agar dapat menambah nilai kepada kehidupan mereka yang kami sentuh.

Strategi &Kelestarian Kami

12

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Strategi Sekilas Pandang

Visi KamiUntuk Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah

demi Kesejahteraan Malaysia

Hidup Lebih Mudah bukan sekadar suatu slogan; ia adalah kepercayaan, tumpuan dan janji kami dalam menyampaikan pengalaman digital yang terhubung dan

tanpa batasan kepada para pelanggan kami.

Menghubungkan Strategi Kami

Kami telah mengenal pasti suatu matlamat baharu dalam menjadikan Hidup Lebih Mudah, iaitu dengan berada di sisi para pelanggan dan pihak berkepentingan dalam setiap Detik Perkongsian mereka. Berpandukan teras strategi utama kami iaitu Memacu Konvergens serta Memperkasakan Digital, kami telah memperkenalkan sebuah model

pelaksanaan baharu yang dinamakan PERFEXE 10 bagi mencapai matlamat kami.

Matlamat KamiMentakrifkan semula matlamat perniagaan

kami untuk sentiasa bersama pelanggan dan pihak berkepentingan sepanjang Detik-detik

Perkongsian mereka

Teras StrategiMemberi tumpuan berterusan terhadap teras strategi kami, iaitu Memacu Konvergens dan

Memperkasakan Digital

Model PelaksanaanMenyelaraskan semula keutamaan

Kumpulan dengan mewujudkan perancangan yang jelas bagi mencapai

aspirasi kami dalam masa yang ditetapkan

10_

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

13

MATLAMAT KAMI

Detik-detik Perkongsian

Hidup ini adalah himpunan detik-detik, dan di TM, kami meraikan semua detik yang bermakna dalam kehidupan seharian. Terdapat pelbagai detik dalam kehidupan kita, sama ada meraikan kejayaan, perbualan dengan orang tersayang, atau penemuan sesuatu yang baharu. Kita pasti ingin berkongsi detik-detik tersebut dengan insan yang bermakna kepada kita.

Dalam era konvergens kini, detik-detik ini dikongsi secara langsung, semasa ianya berlaku merentasi pelbagai platform digital. Oleh kerana kami memahami setiap detik adalah penting dan bermakna, kami bermatlamat untuk menghubungkan setiap orang agar dapat berkongsi detik-detik tersebut dalam dunia digital melalui kami, satu-satunya rakan yang boleh dipercayai.

Setiap hari, kita berkongsi pelbagai detik di rumah, tempat kerja atau di mana-mana sahaja. Semasa kita menyusuri setiap detik sepanjang 24 jam sehari, para pelanggan kami dapat berkongsi detik-detik mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dengan menggunakan sebarang peranti apabila menggunakan rangkaian perkhidmatan kami. Baik untuk individu ataupun perniagaan, kami sentiasa bersama mereka, sama ada melalui unifi, TM ONE atau TM GLOBAL.

Apabila pelanggan kami berkongsi detik-detik kehidupan mereka, ianya diterjemahkan menjadi sebahagian perkongsian perolehan kami yang seterusnya mencipta lebih nilai kepada semua pihak berkepentingan. Perkongsian perolehan merujuk kepada jumlah perbelanjaan isi rumah pelanggan dengan TM. Kini, keterhubungan kepada dunia digital telah menjadi sebahagian daripada kepentingan bagi sesebuah isi rumah untuk kehidupan yang lebih mudah. Dengan itu, kami berupaya meningkatkan perkongsian perolehan dengan meraih lebih banyak perkongsian detik-detik kehidupan pelanggan, di dalam dan luar kediaman, pada bila-bila masa sahaja.

PELANGGAN DALAM DETIK-DETIK

PERKONGSIAN MEREKA

Detik-detik di Rumah Detik-detik di Tempat Kerja Detik-detik di Jalanan

NILAI UNTUK PIHAK BERKEPENTINGAN

Mencipta

PERKONGSIAN PEROLEHAN KAMI

Diterjemahkan kepadaSentiasa berada di sisi

Strategi &Kelestarian Kami

14

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

TERAS STRATEGI

Setelah beberapa lama, rangka kerja strategi keseluruhan kami telah berkembang (sila rujuk Laporan Tahunan Bersepadu TM 2016 untuk rujukan lanjut). Kami terus menyampaikan konvergens berdasarkan lima (5) teras utama, iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar serta Negara Pintar. Teras utama ini melambangkan sumbangan kami sebagai Peneraju Konvergens kepada pelanggan dan negara, sejajar dengan visi dan jenama kami yang DIYAKINI. Kami juga telah menyatu dan menggabungkan kluster perniagaan dan jenama kami kepada unifi, TM ONE dan TM GLOBAL, untuk kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan. Kluster-kluster perniagaan ini disokong oleh pengupayaan digital yang diselia oleh Pusat Digital Kumpulan yang baru ditubuhkan serta di luar kategori produk dan perkhidmatan iaitu Kumpulan Pendidikan dan Tanggungjawab Korporat. Dasar rangka kerja ini dijana oleh warga kerja kami yang sentiasa berpandukan nilai-nilai KRISTAL.

Strategi keseluruhan kami kekal utuh di mana kami telah mentakrifkan bidang tumpuan utama untuk tiga tahun yang akan datang. Kami terus memberi tumpuan terhadap dua teras strategi, iaitu Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital.

Memacu Konvergens merujuk kepada usaha kami yang berterusan untuk menyampaikan perkhidmatan jalur lebar yang pantas serta memberi pengalaman digital yang menyeronokkan kepada para pelanggan kami. Ini adalah selari dengan strategi kami untuk Memperkasakan Digital dalam operasi harian kami, dengan menghapuskan proses yang lapuk dan melaksanakan inovasi digital bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.

MEMACUKONVERGENS

TER

AS

STR

ATE

GI

PR

INSI

PD

ASA

R

Hidup Lebih Mudah TM

PENGUTAMAAN PRODUKTIVITI

MEMPERKASAKANDIGITAL

PEMBUDAYAAN INOVASI

Strategi Sekilas Pandang

Tumpuan Strategi Kami Secara Keseluruhan Bidang Tumpuan Utama 2018 - 2020

Kehidupan Pintar

Perniagaan Pintar

Bandar Pintar

Komuniti Pintar

NegaraPintar

Melangkaui Produk & Perkhidmatan

NILAI-NILAI KRISTAL

Komitmen Menyeluruh

Terhadap Pelanggan

Kewibawaan Tanpa Kompromi Hormat & Prihatin

Hidup Lebih Mudah TM

Untuk Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah, Demi Kesejahteraan Malaysia

DIYAKINI

PENERAJU KONVERGENS

MUDAH INOVATIF

Pusat Digital

Kumpulan

Kumpulan Pendidikan

TanggungjawabKorporat

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

15

MODEL PELAKSANAAN

PERFEXE 10 merupakan sebuah model pelaksanaan yang padu dan agresif. Menerusi PERFEXE 10, kami telah mengenal pasti dan mengutamakan 10 pelan komprehensif bagi Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital. PERFEXE 10 telah dirangka untuk mendorong kami secara proaktif dan membawa TM ke tahap seterusnya. PERFEXE 10 adalah berpaksikan tiga prinsip utama.

Aspirasi

Setiap kluster pasaran - unifi, TM ONE dan TM GLOBAL - menetapkan Sasaran Aspirasi yang menjangkaui KPI untuk jangka masa panjang. PERFEXE 10 bakal menyaksikan Kumpulan TM, termasuk Fungsi Pusat dan Perniagaan Sokongan menetapkan aspirasi baharu dalam usaha untuk memotivasi anggota agar mencapai lebih kejayaan.

Pemacuan

Mengikuti perkembangan teknologi yang pesat serta perubahan trend pasaran yang disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan dengan lebih pantas dan memperluas liputan sebelum pesaing yang lain. Pemacuan ini turut berkait dengan kepantasan pelaksanaan.

Pelaksanaan

Di antara sebab kewujudan kami adalah untuk melaksanakan Konvergens dan gaya hidup Digital untuk setiap orang tanpa mengira tempat atau peranti. Untuk mencapai hasrat ini, ia bermula dengan asas memaksimumkan liputan keterhubungan kami bagi talian tetap dan tanpa wayar. Kami sentiasa menambah baik dan memperluas rangkaian, di samping melaksanakan inisiatif bagi mewujudkan sebuah landskap digital bagi setiap orang untuk mengambil bahagian dan berkolaborasi.

Huraian PERFEXE 10 akan dibincangkan dalam Perbincangan & Analisis Pengurusan.

MODEL PELAKSANAAN 2018 - 2020

10_

Menyatukanunifi

Mentransformasi Perniagaan unifi

TM ONE sebagai

Pengupaya Digital Industri

Menegak

MemacuPertumbuhan

denganTM GLOBAL

MemperkasakanDigital

Meningkatkan Kegembiraan Anggota

MempercepatPelaksanaan

Rangkaian

MeliberasiWiFi

Mengerah Aset

Yakin sebagai Nilai Mutlak

10_

01_ 02_

03_

04_

05_

06_07_

08_

09_

Strategi &Kelestarian Kami

16

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Di TM, kelestarian telah tersemat di dalam budaya kami, di setiap pemikiran dan menjadi panduan setiap tindakan kami - dari penghasilan tawaran digital terkini untuk para pelanggan sehinggalah kepada operasi harian kami, serta memastikan sambungan jalur lebar negara ‘sentiasa ada’.

Komited terhadap amalan yang mampan, kami mampu mengimbangi peluang dan risiko perniagaan dalam bidang ekonomi, alam sekitar dan sosial dengan baik.

Penyata Kelestarian

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

17

Sebagai Peneraju Konvergens di Malaysia, matlamat kami adalah untuk beroperasi dengan penuh tanggungjawab demi memastikan kami menggunapakai amalan-amalan kemampanan dalam setiap perkara yang kami lakukan, dari memastikan kegembiraan Warga Keluarga TM, sehinggalah kepada merapatkan jurang sosioekonomi, serta memelihara alam sekitar. Kami mematuhi piawaian tertinggi dalam tadbir urus sebagai usaha kami untuk menjadi warga korporat contoh, mengendali operasi kami dengan cara yang dapat menepati sasaran perniagaan kami, serta memenuhi keperluan sosial dan memelihara alam sekitar.

Kemampanan di TM diketuai oleh Lembaga Pengarah kami yang menyelia pematuhan komersial dan kawal selia serta mengekalkan matlamat Syarikat untuk menjadi sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan mampan. Pemimpin Pengurusan kami memastikan kemampanan diintegrasikan dalam semua operasi di seluruh Syarikat. Kemampanan turut dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Risiko Lembaga sebagai usaha untuk mengurus perkara-perkara yang menjadi perhatian pihak berkepentingan yang merupakan kunci kepada pelaksanaan kami dalam menguruskan risiko baru dan berpotensi. Pada 2017, kami telah menjalankan kaji selidik materialiti keempat kami untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai isu-isu penting kepada pihak berkepentingan kami. Hasil kaji selidik materialiti ini akan membantu kami merangka inisiatif kelestarian kami untuk tahun-tahun mendatang, dengan menjadi penanda arah berguna dalam perjalanan kemampanan kami.

Kemampanan di TM diterajui oleh Lembaga Pengarah kami

yang menyelia pematuhan komersial dan kawal selia serta

mengekalkan matlamat Syarikat untuk menjadi sebuah organisasi

yang bertanggungjawab dan mampan.

Para pembaca hendaklah membaca Penyata ini bersama dengan Laporan Kelestarian 2017 kami yang menyediakan penjelasan menyeluruh tentang pendekatan kami terhadap kelestarian dan bagaimana kami menguruskan isu-isu penting kami. Dalam laporan tersebut, kami mengkategorikan inisiatif kami mengikut impak terhadap Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial.

Kami telah menghuraikan inisiatif-inisiatif yang dijalankan dalam mengendalikan isu-isu penting kami berdasarkan tiga kategori ini, dan turut membincangkan kaitannya dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG).

Strategi &Kelestarian Kami

18

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

IMPAK EKONOMI Meningkatkan Impak EkonomiSeiring dengan Strategi Perniagaan kami untuk Memacu Konvergens & Ke Arah Digital, kami menerajui usaha dalam peralihan Negara kepada ekonomi digital. Kesemua produk dan perkhidmatan kami - dari jalur lebar ke mudah alih dan WiFi, dan Segalanya Internet (IoT) ke Pusat Data – memudahkan kerja dan gaya hidup digital. Kami terus menjadi peneraju dalam ekonomi digital negara menerusi perlaksanaan jalur lebar kami untuk negara dan merapatkan jurang digital. Kami menyokong objektif Kerajaan ke arah meningkatkan kemampuan, jangkauan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar. Dalam memainkan peranan unik kami untuk melindungi kepentingan negara, kami kini mempunyai liputan unifi yang bersepadu di seluruh negara merangkumi jalur lebar, mobiliti dan WiFi. Kami telah memberi nafas baru kepada kluster perniagaan kami untuk memberi khidmat yang sepenuhnya kepada para pelanggan kami, apabila unifi mewakili penawaran gaya hidup untuk kediaman, individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); TM ONE menawarkan bersepadu sepenuhnya untuk perniagaan menegak dalam sektor perusahaan dan awam; dan dari sudut ekonomi, TM GLOBAL pula berperanan untuk memacu peluang digital bagi telekomunikasi domestik dan antarabangsa.

Kami turut memantapkan ekonomi dengan menyokong Program Pembangunan Vendor Bumiputera (BVDP). Sebagai tanda sokongan, sehingga kini kami telah memberikan latihan kepada 15 Vendor Bumiputera, disamping peluang perniagaan bernilai lebih daripada RM6.0 billion. Lapan daripada vendor ini telah mencatat kemajuan dengan menjadi rakan niaga strategik di bawah Program Perkongsian Strategik BVDP. Kini, kami memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan sebahagian daripada vendor Bumiputera kami yang berjaya untuk menjadi ‘juara serantau’ menerusi penambahbaikan keupayaan eksport dan pendedahan kepada pasaran serantau.

IMPAK ALAM SEKITAR Meminimumkan Impak Alam SekitarKami menyedari tentang keperluan yang mendesak untuk semua syarikat korporat memainkan peranan mereka dalam menangani isu-isu seperti perubahan iklim; dan untuk syarikat-syarikat Malaysia melindungi serta memelihara kekayaan biodiversiti negara. Pengurangan karbon serta pemuliharaan alam sekitar merupakan dua bidang tumpuan dalam inisiatif alam sekitar kami.

Bagi mengurangkan perlepasan karbon, kami terus menambah baik pelbagai inisiatif penjimatan tenaga dalam rangkaian dan bangunan-bangunan kami. Penanda aras dan laporan terperinci berkenaan perlepasan karbon ini boleh didapati dalam Laporan Kelestarian 2017 kami.

Dari aspek pemuliharaan alam sekitar, kami meneruskan program TM Earth Camp dengan menumpukan usaha kami kepada pemeliharaan persekitaran marin. Kami juga meneruskan projek pemuliharaan terumbu karang di Pulau Tinggi dan Pulau Bidong. Kami menjadi lebih proaktif dalam memelihara bumi, menjadi pelopor ke arah pengawasan alam sekitar serta menjadi contoh kepada yang lain.

Penyata Kelestarian

Program TM 3Ducation telah menjangkau ke 85 sekolah, melibatkan

sejumlah 2,907 pelajar dan 140 guru dalam pengekodan masa sebenar dan

percetakan tiga dimensi.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

19

IMPAK SOSIAL Mewujudkan Nilai Sosial yang PositifKami berusaha menyediakan persekitaran kerja yang memberangsangkan untuk menarik penglibatan anggota kami menerusi cara yang dapat mengetengahkan kehebatan mereka. Ini dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk bekerjasama sebagai satu pasukan yang dinamik dengan visi bersama untuk mencapai matlamat korporat kami. Di samping menyediakan latihan dan peluang pembangunan yang mencukupi, kami juga menawarkan ganjaran untuk prestasi cemerlang. Selain itu, kami prihatin terhadap anggota kami dengan mementingkan kegembiraan mereka, kerana bagi kami, mereka bukan sekadar anggota, mereka adalah sebahagian daripada Warga Keluarga TM.

Pada tahun ini, kami mengukuhkan kedudukan kami sebagai majikan prihatin dengan memperluaskan rangkaian faedah yang ditawarkan. Antara lain, kami tidak menggalakkan mesyuarat diadakan selepas jam 4 petang*; anggota dibenarkan bekerja setengah hari pada hari Jumaat terakhir setiap bulan*; membolehkan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil dan mereka yang hamil untuk pulang jam 4 petang; dan turut memperkenalkan waktu bekerja fleksibel untuk ibu hamil. Di samping itu, kami juga telah menambah baik faedah perubatan dan meningkatkan ketersediaan bantuan kewangan untuk pendidikan.

*Hanya terpakai kepada kategori anggota tertentu sahaja, terutamanya anggota bukan syif .

Pendidikan Lebih Baik untuk SemuaKami telah menyumbang ke arah pembangunan masyarakat berilmu melalui Universiti Multimedia (MMU), yang merupakan universiti swasta pertama yang ditubuhkan di negara ini, dan terus menjadi perintis di dalam pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Dengan memberikan tumpuan kepada kejuruteraan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), sehingga kini, MMU telah melahirkan 52,705 graduan yang bersedia memasuki industri dengan pengetahuan keusahawanan yang tinggi.

Pada masa yang sama, kami menyediakan bantuan kewangan bagi membolehkan pelajar Malaysia yang cemerlang melanjutkan pengajian di universiti luar negara dan tempatan yang terbaik menerusi yayasan kami, Yayasan TM (YTM). Sehingga kini, YTM telah membiayai sejumlah RM505.0 juta bagi menyokong 15,216 pemegang biasiswa untuk meneruskan pendidikan di peringkat menengah dan pengajian tinggi.

Kami turut meneruskan Program Sekolah Angkat TM, yang telah memasuki tahun ke-14, untuk mengukuhkan komitmen kami terhadap landskap pendidikan Malaysia. Kini, kami memberi bantuan kepada dua buah sekolah yang telah dijadikan sekolah angkat pada tahun 2016 - SMK Arau di Perlis dan SMK Medamit di Sarawak - dalam masa yang sama kami terus membantu SKPK Tuaran di Sabah, iaitu sebuah sekolah kanak-kanak pendidikan khas dengan membolehkan mereka mengambil bahagian dalam edisi khas program percetakan tiga dimensi TM 3Ducation. Pada 2017, program TM 3Ducation telah menjangkau ke 85 buah sekolah, melibatkan sejumlah 2,907 pelajar dan 140 guru dalam pengekodan masa sebenar dan percetakan tiga dimensi. Menerusi projek tersebut, para pelajar mempelajari bagaimana untuk mengekod program mereka sendiri bagi menghasilkan objek tiga dimensi. Memperkasakan UsahawanKami mempertingkatkan kehidupan golongan yang kurang mendapat perhatian menerusi perkongsian ilmu perniagaan, rangkaian perniagaan serta kepakaran digital kami. Sepanjang tahun ini, kami telah melakukannya dengan sekumpulan usahawan wanita yang baru meningkat naik serta sekumpulan usahawan luar bandar di Kemaman, Terengganu.

TM Scale-Up merupakan sebuah program yang baharu dilancarkan di mana kami telah mengenal pasti 20 wanita yang kami percaya menerima manfaat daripada program berimpak tinggi bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka. Pada 2018, mereka akan menerima tunjuk ajar intensif untuk tempoh 90 hari bagi membantu menaikkan perniagaan mereka. Sementara itu, Pusat Digital Kumpulan (GDC) kami telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi pendedahan teknologi digital kepada 43 usahawan di Kemaman yang telah membantu mereka dalam penjenamaan dan pembungkusan produk serta memasarkan produk mereka atas talian. Inisiatif sebegini bukan sahaja memberi manfaat kepada para peserta, tetapi juga kepada ekonomi setempat.

Membantu Mereka yang MemerlukanSempena meraikan #Keajaibanunifi dan #KeajaibanRamadan, kami telah menganjurkan satu projek untuk memberikan bantuan khas kepada 115 Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh negara, mengejutkan mereka dengan bantuan kewangan berjumlah RM1.0 juta sebagai tanda unifi telah melebihi satu juta pelanggan. Bantuan tersebut memberi makna yang cukup istimewa pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Sementara itu kami meneruskan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui pelbagai progam sukarelawan yang dianjurkan oleh bahagian dalaman kami serta Kelab dan Persatuan TM. Sebagai peneraju Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC Disaster Response Network (GDRN), TM turut bangkit menyahut cabaran menyelaras misi bantuan bencana semasa berlakunya banjir dengan mengedar barangan keperluan dan menghulur bantuan fizikal di samping memberi sokongan kepada komuniti yang terjejas.

Strategi &Kelestarian Kami

20

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Kami berusaha untuk memahami jangkaan pihak-pihak berkepentingan kami terhadap TM dan isu-isu berkenaan operasi kami yang penting bagi mereka, kerana ini akan memberi impak terhadap perjalanan kami seterusnya. Rangka kerja kelestarian kami terletak pada cara kami menangani isu-isu penting ini.

Menguruskan Isu-isu Penting Kami

Apa yang kami maksudkan ini adalah isu-isu yang penting kepada kedua-dua pihak berkepentingan kami dan juga kepada TM sendiri, yang sekiranya tidak diurus, boleh memberi impak negatif terhadap prestasi kami dalam jangka masa panjang. Untuk menentukan isu-isu ini, kami menjalankan kaji selidik materialiti setiap tahun.

Kami turut menambah baik proses kami daripada tahun lalu dengan mengadakan bengkel kerja untuk anggota yang berurusan dengan pihak berkepentingan serta anggota lain untuk mendapatkan: a) isu yang mempunyai pengaruh cukup besar terhadap pihak berkepentingan kami - contohnya pelanggan, pembekal, pelabur, penganalisis, pemegang saham, pengawal selia dan komuniti; dan b) impak Kaji Selidik Penglibatan Pekerja (EES) TM yang ketara. Dengan anggota, kami membincangkan isu-isu penting yang telah dikenal pasti pada tahun sebelumnya, di samping isu-isu yang timbul daripada daftar risiko kami, iaitu yang telah dikenal pasti oleh rakan-rakan industri sebagai isu-isu penting, dan juga sebarang isu nasional atau industri lain yang berkait dengan perniagaan kami. Ini memberikan keutamaan kepada isu-isu penting kami.

Pada 2017, kami telah melibatkan lebih 3,000 komuniti dan pihak berkepentingan dalam industri, termasuk Warga Keluarga TM, bagi mendapatkan pandangan mereka tentang isu-isu penting kami.

Berdasarkan senarai utama ini, kami telah mengadakan temu bual eksklusif dengan pihak Pengurusan bagi mengkaji semula dan menyusun keutamaan dalam isu-isu penting, menurut pandangan pihak Pengurusan tentang kepentingan sesuatu isu itu kepada pihak berkepentingan kami, dan TM.

Pada tahun ini, kami mengenal pasti 15 isu penting - 14 yang telah dikenalpasti pada tahun 2016 ditambah dengan satu isu baharu, iaitu Keselamatan Atas Talian. 15 isu penting tersebut telah dibentang dan disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Hasil kaji selidik materialiti membantu kami merancang program kemampanan kami. Kami juga menggunakan hasil kaji selidik tersebut untuk mengenal pasti trend dan isu baharu yang berpotensi untuk jangka masa sederhana. Isu-isu ini dipantau dan, jika perlu, akan dikendalikan dalam TM bagi membolehkan kami bertindak secara proaktif.

Untuk butiran mengenai isu-isu penting semasa dan bagaimana kami mengendalikannya, sila rujuk Laporan Kelestarian 2017 kami.

Mewujudkan Nilai Sosial yang Positif

M7 Tarikan dan Pengekalan Bakat

M8 Hak Asasi Manusia

M9 Kesihatan dan Keselamatan Anggota

M10 Kepuasan Pelanggan

M11 Kesihatan dan Keselamatan Pengguna

M12 Data dan Privasi Pengguna

M13 Keselamatan Dalam Talian

M14 Komuniti Sokongan

M15 Keterangkuman

Meminimumkan Impak Alam Sekitar

M5 Perubahan Iklim dan Pengurusan Tenaga

M6 Penggunaan Tenaga dan Sisa

Meningkatkan Impak Ekonomi

M1 Kualiti Produk

M2 Inovasi

M3 Pengurusan Rantaian Bekalan

M4 Pematuhan Peraturan

Isu-isu Penting Kami

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

21

Kami menumpukan kandungan Laporan Kelestarian kami kepada isu-isu penting yang telah dikenal pasti untuk tahun tertentu. Justeru, dalam laporan ini, fokus kami adalah terhadap 15 isu seperti yang dikemukakan di bawah:

MENGURUSKAN ISU-ISU PENTING KAMI

M7 Tarikan dan Pengekalan BakatM8 Hak Asasi ManusiaM9 Kesihatan dan Keselamatan AnggotaM10 Kepuasan PelangganM11 Kesihatan dan Keselamatan PenggunaM12 Data dan Privasi PenggunaM13 Keselamatan Dalam TalianM14 Menyokong Komuniti M15 Keterangkuman

M1 Kualiti ProdukM2 InovasiM3 Pengurusan Rantaian BekalanM4 Pematuhan Peraturan

Ekonomi Sosial

Penting

Ber

pen

garu

h

Paling Penting

Pal

ing

Ber

pen

garu

h

Alam Sekitar

M7

M1

M8

M9

M2

M15

M14

M13M5

M6

M3

M11M12

M4

M10

Kepentingan Impak Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial

Pen

gar

uh

ter

had

ap P

enil

aian

dan

Kep

utu

san

Pih

ak B

erke

pen

tin

gan

M5 Perubahan Iklim dan Pengurusan TenagaM6 Penggunaan Tenaga dan Sisa

Terdapat pelbagai detik yang bermakna dalam kehidupan kita. Detik-detik ini telah membentuk dan mengubah kita serta memberi kesan yang cukup besar kepada perkembangan dan pilihan kami. Di TM, detik-detik bermakna ini telah terbukti dalam pencapaian-pencapaian kami yang terhasil daripada cara kami bekerja, cara kami diuruskan dan cara kami menunaikan janji kami.

Siapa Kami Dan Apa Kami Lakukan

24

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Telekom Malaysia Berhad (TM) telah ditubuhkan sejak 1946 dengan dikenali sebagai Jabatan Telekomunikasi Malaya. Sejak itu, Syarikat terus berkembang dan menambahbaik infrastruktur dan perkhidmatan telekomunikasi negara bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia tanpa mengira lokasi.

TM yang merupakan Peneraju Konvergens Malaysia, merupakan satu-satunya penyedia yang boleh pengguna yakini untuk berkongsi detik-detik bersama semua insan yang bermakna kepada mereka. Dengan visi, “Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah demi Kesejahteraan Malaysia”, Kumpulan TM menawarkan perkhidmatan komunikasi bertumpu dan penyelesaian talian tetap, mudah alih, kandungan, WiFi dan Perkhidmatan Pintar yang komprehesif.

Sebagai tulang belakang kepada infrastruktur komunikasi negara, TM telah menambahbaik kehidupan semua rakyat Malaysia – memberi manfaat ketersambungan menerusi konvergens sebenar di mana sahaja, bila-bila masa, di semua peranti – memperkasa gaya kehidupan digital ke arah mewujudkan ekonomi berpengetahuan/berpendapatan tinggi. TM juga komited dalam peranannya sebagai pemacu peluang perniagaan dengan menyediakan penyelesaian dan nilai kepada perniagaan untuk merealisasikan aspirasi digital mereka.

Baru-baru ini, Kumpulan telah menjenamakan semula kluster perniagaannya dengan unifi mewakili pemawaran gaya hidup untuk kediaman, individu serta PKS; TM ONE menawarkan penyelesaian konvergens menyeluruh kepada perniagaan menegak dalam segmen perusahaan dan sektor awam; dan TM GLOBAL bertindak melancarkan peluang digital dalam telekomunikasi domestik dan antarabangsa.

Kumpulan TM kekal sebagai peneraju dalam merealisasikan digitalisasi ekonomi negara menerusi pelaksanaan jalur lebar dan merapatkan jurang digital. Dalam peranan uniknya untuk melindungi kepentingan nasional, pencapaian Kumpulan setakat ini sangat menggalakkan. Menerusi produk dan perkhidmatannya, Kumpulan telah menyampaikan pelbagai manfaat bukan sahaja kepada pelanggan malah kepada semua rakyat Malaysia.

Sejak sekian lama, TM telah menerajui pembangunan industri dan hari ini, telah menjadi rakan strategik kepada Kerajaan dalam inisiatif pembangunan negara melangkaui produk dan perkhidmatan. Ia telah menyediakan peluang pekerjaan termasuk dalam Kumpulan TM sendiri dan ekosistem vendor/rakan, usahasama, yang diperkasakan menerusi Program Pembangunan Vendor Bumiputera (BVDP). Rangkaian TM berperanan sebagai tulang belakang telekomunikasi negara. Dengan pelaburan di pinggir bandar dan kawasan pedalaman termasuk menerusi inisiatif Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) ke arah mengurangkan jurang digital demi kepentingan negara; menghasilkan tenaga kerja berkualiti tinggi dan berinovasi kepada negara menerusi Universiti Multimedia (MMU); dan menghubungkan Malaysia dan rantau ini dengan seluruh dunia menerusi kabel dasar laut dan Titik Kehadiran (POP) antarabangsa, sekali gus mengangkat Malaysia sebagai hab ICT serantau.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan TM, layari tm.com.my.

Apa Yang Kami Lakukan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

25

Kumpulan TM kekal sebagai peneraju dalam merealisasikan digitalisasi ekonomi negara

menerusi pelaksanaan jalur lebar dan merapatkan jurang digital.

PETUNJUK

RANTAU SISTEM KABEL DASAR LAUT

Siapa Kami Dan Apa Kami Lakukan

26

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Di Mana Kami BeroperasiLiputan TM di Seluruh Dunia

Sebagai penyedia telekomunikasi terkemuka di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara, Telekom Malaysia Berhad (TM atau Kumpulan) memiliki pelbagai pihak berkepentingan yang terkesan dengan apa yang kami lakukan.

Titik Kehadiran (PoP)30 Lebih daripada

190,000kilometer merentasi seluruh dunia

sistem kabel dasar laut20

Lebih daripada Pejabat Serantau (RO) di seluruh dunia

5di seluruh dunia termasuk 9 PoP di Malaysia

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

27

28

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

28

Di Mana Kami Beroperasi

Infrastruktur Antarabangsa & Domestik & Rangkaian Sesalur Fiber Optik

SAT-3/W ASC/SAFE

SEA-ME-WE-4

DMCS

BDM

SEA-ME-WE-3Ke Eropah, Timur Tengah & Asia

BBGKe Asia Selatan & Timur Tengah

Ke Eropah, Timur Tengah & Asia Selatan

SEA-ME-WE-5Ke Eropah, Timur Tengah & Asia Selatan

Ke Indonesia

Ke Indonesia

BRIGHTKe Indonesia

SEA-ME-WE-3Ke Eropah, Timur Tengah & Asia Selatan

Ke Afrika, Asia Selatan & Eropah

Ke Eropah & Asia

Ke Asia Pasifik

AAGKe Asia Pasifik & AS

APCN2Ke Asia Pasifik

MCTKe Indochina

Melaka

Shah Alam

K. Terengganu

SKR1M

MDSCS

Kota Bharu

Kuching

Miri

Labuan

Kota Kinabalu

FLAG

CAHAYA MALAYSIA

Ke ThailandKe Thailand

Ke ThailandKe Thailand

Sungai Rengit

Ipoh

Kuantan

Mersing

Pulau Pinang

Kuala Lumpur

Johor Bahru

Bintulu

Seremban

Siapa Kami Dan Apa Kami Lakukan

29

SAT-3/W ASC/SAFE

SEA-ME-WE-4

DMCS

BDM

SEA-ME-WE-3Ke Eropah, Timur Tengah & Asia

BBGKe Asia Selatan & Timur Tengah

Ke Eropah, Timur Tengah & Asia Selatan

SEA-ME-WE-5Ke Eropah, Timur Tengah & Asia Selatan

Ke Indonesia

Ke Indonesia

BRIGHTKe Indonesia

SEA-ME-WE-3Ke Eropah, Timur Tengah & Asia Selatan

Ke Afrika, Asia Selatan & Eropah

Ke Eropah & Asia

Ke Asia Pasifik

AAGKe Asia Pasifik & AS

APCN2Ke Asia Pasifik

MCTKe Indochina

Melaka

Shah Alam

K. Terengganu

SKR1M

MDSCS

Kota Bharu

Kuching

Miri

Labuan

Kota Kinabalu

FLAG

CAHAYA MALAYSIA

Ke ThailandKe Thailand

Ke ThailandKe Thailand

Sungai Rengit

Ipoh

Kuantan

Mersing

Pulau Pinang

Kuala Lumpur

Johor Bahru

Bintulu

Seremban

29

Stesen Pendaratan Kabel Antarabangsa

5Stesen Pendaratan Kabel Domestik

7

PETUNJUK

Sesaluran Kabel

Sistem Kabel Dasar Laut Domestik Malaysia (MDSCS)

Sistem Kabel Dasar Laut Antarabangsa

Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M)

Satelit

Stesen Bumi

Stesen Pendaratan Kabel Antarabangsa

Stesen Pendaratan Kabel Domestik

Nod Sesalur

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Siapa Kami Dan Apa Kami Lakukan

30

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Struktur Korporat Kumpulansetakat 5 Mac 2018

PENGGUNA & PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

» Telekom Sales & Services Sdn Bhd (100%)

MUDAH ALIH & TANPA WAYAR

» Mobikom Sdn Bhd (100%)- Webe Digital Sdn Bhd (72.9%) • Millercom Sdn Bhd (72.9%)• Packet One (L) Ltd (72.9%)• P1.Com Sdn Bhd (72.9%)• RuumzNation Sdn Bhd (72.9%)

MEDIA BAHARU

» TM Net Sdn Bhd (100%)» TM Info-Media Sdn Bhd (100%)

- Cybermall Sdn Bhd (100%)

SEKTOR AWAM

» GITN Sdn Bhd (100%)

PERUSAHAAN

» VADS Berhad (100%)- VADS Business Process Sdn Bhd (100%)• PT VADS Indonesia (100%)

(90% dimiliki oleh VADS Business Process Sdn Bhd dan 10% dimiliki oleh VADS Berhad)

- VADS Digital Sdn Bhd (100%)- VADS e-Services Sdn Bhd (100%)- VADS Professional Services Sdn Bhd

(100%)- VADS Solutions Sdn Bhd (100%)- Meganet Communications Sdn Bhd

(100%)

» Intelsec Sdn Bhd (100%)- Inneonusa Sdn Bhd (51%)- Lyfe Medini Sdn Bhd (51%)

» VADS Lyfe Sdn Bhd (100%)

BORONG

» Fiberail Sdn Bhd (54%)» Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd (51%)

GLOBAL

» Telekom Malaysia (USA) Inc (100%)» Telekom Malaysia (UK) Limited (100%)» Telekom Malaysia (Hong Kong) Limited

(100%)» Telekom Malaysia (S) Pte Ltd (100%)

- BlueTel Networks Pte Ltd (29%)» Telekom Malaysia (Australia) Pty Ltd

(100%)

PENDIDIKAN

PUSAT DIGITAL KUMPULAN

PENGALAMAN PELANGGAN

PERNIAGAAN SOKONGAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT & TEKNOLOGI RANGKAIAN (IT&NT)

PUSAT KORPORAT

» Universiti Telekom Sdn Bhd (100%)- Unitele Multimedia Sdn Bhd (100%)• MMU Creativista Sdn Bhd (100%)

- Multimedia College Sdn Bhd (100%)

» Yayasan Telekom Malaysia1

» Telekom Research & Development Sdn Bhd (100%)

» Telekom Applied Business Sdn Bhd (100%)

» TM Facilities Sdn Bhd (100%)- TMF Autolease Sdn Bhd (100%)

» Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (100%)

1 Yayasan Telekom Malaysia adalah yayasan yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952• Senarai Kumpulan Syarikat TM ditunjukkan di muka surat 130 hingga 135 dalam Penyata Kewangan

Kluster Pendidikan Yayasan Fungsi Perniagaan Perniagaan Sokongan dan Fungsi Korporat Anak Syarikat TM Aliran PerniagaanKluster Perniagaan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

31

Struktur Organisasi Kumpulan setakat 1 Januari 2018

Ketua Audit Dalaman

Lembaga Pengarah

Setiausaha Syarikat Kumpulan

Naib Presiden Jenama & Komunikasi Kumpulan

Ketua Pegawai Korporat dan Kawal Selia

Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat

Ketua Pegawai Strategi

Pemangku Ketua Pegawai Modal Insan

Ketua PegawaiPemerolehan

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

Ketua Pegawai Teknologi & Inovasi

Naib Presiden Eksekutif TM ONE

Timbalan Ketua Pegawai Teknologi

& Inovasi

Naib Presiden Eksekutif

Perusahaan

Ketua Sektor Awam & CEO GITN Sdn Bhd

CEO VADS Berhad

Naib Presiden Eksekutif Media

Baharu/CEO TMNet

CEO/Pengarah Eksekutif webe Digital Sdn Bhd

Naib Presiden Eksekutif unifi

Naib Presiden Eksekutif

TM GLOBAL

Ketua Pegawai Pengalaman Pelanggan

Naib Presiden Perniagaan Sokongan

Ketua Pegawai Digital

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Jawatankuasa Audit Lembaga

Siapa Kami Dan Apa Kami Lakukan

32

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

MaklumatKorporatsetakat 5 Mac 2018

LEMBAGA PENGARAH

Tan Sri Dato’ Seri Dr Sulaiman Mahbob PengerusiPengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Dato’ Sri Mohammed Shazalli RamlyPengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanPengarah Eksekutif Bukan Bebas

Datuk Bazlan OsmanPengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas

Dato’ Sri Dr Mohmad Isa HussainPengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim KamilPengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku MuhiyiddinPengarah Bebas Kanan

Datuk Zalekha HassanPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Davide Giacomo Federico Benello @ David BenelloPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Dato’ Mohamed MansorPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Gee Siew YoongPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Tunku Afwida Tunku Dato’ A.MalekPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Balasingham A. NamasiwayamPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Dato’ Asri Hamidin @ HamidonPengarah Ganti kepada Dato’ Sri Dr Mohmad Isa HussainPengarah Ganti Bukan Bebas Bukan Eksekutif

PENGARAH BEBAS KANANTunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku MuhiyiddinEmel : [email protected]

SETIAUSAHA SYARIKATHamizah Abidin(LS0007096)

Zaiton Ahmad(MAICSA 7011681)

PEJABAT BERDAFTARTingkat 51, Sayap UtaraMenara TMJalan Pantai Baharu50672 Kuala LumpurMalaysia

Tel : +603-2240 1221Faks : +603-2283 2415

1 7

8

9

10

11

12

13

2

3

4

5

6

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

33

IBU PEJABATMenara TMJalan Pantai Baharu50672 Kuala LumpurMalaysia

Tel : +603-2240 9494Laman sesawang : www.tm.com.my

PENYENARAIAN BURSA SAHAMDisenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities BerhadTarikh Disenaraikan : 7 November 1990Nama Stok : TMKod Stok : 4863Sektor Stok : Perdagangan/Perkhidmatan

PENDAFTAR SAHAMSymphony Share Registrars Sdn Bhd (378993-D)Tingkat 6, Symphony HousePusat Dagangan Dana 1Jalan PJU 1A/4647301 Petaling JayaSelangor Darul EhsanMalaysia

Tel : +603-7849 0777 (Helpdesk)Faks : +603-7841 8151/52Laman sesawang : www.symphony.com.myEmel : [email protected]

JURUAUDITPricewaterhouseCoopers PLT (LLP 001440-LLA & AF 1146)Tingkat 10, 1 Sentral, Jalan TraversKuala Lumpur Sentral50470 Kuala LumpurMalaysia

Tel : +603-2173 1188Faks : +603-2173 1288Laman sesawang : www.pwc.com

BANK-BANK UTAMA• CIMB Bank Berhad• Malayan Banking Berhad

HUBUNGI KAMIUntuk pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan TM • www.tm.com.my• Emel: [email protected]• Hubungi:

- 100, jika panggilan dari talian tetap di Malaysia.- 1 300 888 123 jika panggilan dari telefon mudah alih.- +603-2241 1290 jika panggilan dari luar negara.- +603-2240 9494 untuk menghubungi talian am.

• Ikuti TM di Twitter : @unifi (www.twitter.com/unifi) @helpmeunifi (www.twitter.com/helpmeunifi)

1. KETUA PENGALAMAN PELANGGAN Azhar Omar

Azhar bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan dan inisiatif perkhidmatan pengalaman pelanggan TM. Profil beliau dinyatakan di muka surat 104.

Tel : +603- 2242 9292 Emel : [email protected]

2. KETUA PEGAWAI KORPORAT DAN KAWAL SELIA Ahmad Ismail

Ahmad bertanggungjawab ke atas hal ehwal korporat dan kawal selia Kumpulan TM. Profil beliau dinyatakan di muka surat 104.

Tel : +603-2241 5799 Faks : +603-2241 5769 Emel : [email protected]

3. KETUA AUDIT DALAMAN Hazimi Kassim

Hazimi bertanggungjawab ke atas pengurusan kawalan dalaman serta semakan keberkesanan, kecukupan dan integritinya. Profil beliau dinyatakan di muka surat 105.

Tel : +603-2240 1919 Faks : +603-7955 6235 Emel : [email protected]

4. SETIAUSAHA SYARIKAT KUMPULAN Hamizah Abidin

Hamizah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan kesetiausahaan korporat bagi Kumpulan TM, serta pematuhan syarikat senaraian awam. Profil beliau dinyatakan di muka surat 98.

Tel : +603-2240 1204 Faks : +603-2283 2415 Emel : [email protected]

5. KETUA PERHUBUNGAN PELABUR Rohaila Mohamed Basir

Rohaila adalah Pengurus Besar, Kewangan Korporat dan Perhubungan Pelabur. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya. Beliau menyertai TM pada Februari 2011. Rohaila mempunyai lima tahun pengalaman sebagai pengamal undang-undang khususnya dalam bidang perbankan dan kewangan korporat sebelum menyertai Malaysia Airlines System Berhad pada 2004 dan memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang sehingga tahun 2008. Beliau kemudiannya menyertai MMC Corporation Berhad sebagai Penasihat Undang-Undang dan kemudiannya sebagai Pengurus Kanan, Pejabat Pengarah Urusan Kumpulan pada 2009 di mana beliau mengetuai bahagian komunikasi korporat serta bertanggungjawab mengendalikan hubungan pelabur syarikat tersebut.

Tel : +603-2240 4848 Faks : +603-2240 0433 Emel : [email protected]

34

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

34

PencapaianUtama

1 2651110

Siapa Kami &Apa Kami Lakukan

JANUARI TM memulakan tahun baru dengan inisiatif ‘Thank You Surprise’ kepada para pelanggan dengan menaik taraf kelajuan unifi mereka.

VADS Lyfe menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Malaysia Airports (MAHB) bagi melaksanakan Perkhidmatan Pintar yang menjadikan KLIA Aeropolis sebuah bandar lapangan terbang bertaraf dunia.

FEBRUARI Program televisyen pencarian bakat pemain bola – Mencari Ramli – kembali untuk musim keenam.

TM membawakan Konvergens dengan mencatat keputusan kewangan yang kukuh untuk tahun 2016 dan mencapai ketiga-tiga Penunjuk Prestasi Utama (KPI).

TM memperkasa Taman Halal Johor dengan penyelesaian telekomunikasi dan ICT bersepadu.

Menara TM menerima kunjungan diraja pertama apabila DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV berangkat menunaikan solat Jumaat di Surau TM.

MEI Warga Keluarga TM menyambut Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu menggantikan Tan Sri Zamzamzairani.

TM mengumumkan Nor Fadhilah Mohd Ali sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan yang baharu, wanita pertama yang menyandang jawatan tersebut.

TM diiktiraf sebagai Syarikat Telekomunikasi Asia Terbaik dan Syarikat Jalur Lebar Terbaik di Anugerah Telekom Asia ke-20; manakala Tan Sri Zamzamzairani diiktiraf sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tahunan Terbaik.

JUN Pelanggan unifi mencecah 1,000,000! #KeajaibanRamadan membawa kepada #Keajaibanunifi di mana pelanggan kami yang seramai sejuta itu dikenali sebagai ‘Sejuta Keajaiban’.

OKTOBER TM menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menerusi unifi Wifi disemua rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh Malaysia memorandum persefahaman yang ditandatangani bersama QSR Brands.

NOVEMBER TM ONE secara rasmi melancarkan Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC), pusat data yang serba canggih di Taman Teknologi Nusajaya, Iskandar Puteri, Johor.

3535

3 48 912

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

DISEMBER 28,000 Warga Keluarga TM melafazkan ikrar bebas rasuah bersama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan menjadikan TM sebagai syarikat telekomunikasi pertama dan kumpulan anggota terbesar melafazkan ikrar ini.

TM menggondol lima anugerah di Anugerah Tadbir Urus Korporat 2017 dan Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA) 2017. TM turut menerima anugerah gangsa bagi kategori Laporan Tahunan Khusus – Laporan Tahunan & Kelestarian Gabungan di Pertandingan Anugerah Laporan Tahunan (ARC) 2017 yang berlangsung di New York.

MAC Sistem kabel dasar laut Malaysia-Kemboja-Thailand (MCT) berjaya disiapkan.

APRIL unifi TV (dahulunya dikenali sebagai HyppTV) meraikan ulang tahun ketujuh dengan memperkenalkan tujuh saluran hiburan baharu yang bertaraf dunia.

TM merangkul anugerah Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi Tahunan Terbaik di Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia untuk kali keenam; manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dikurniakan Anugerah Sumbangan Cemerlang kepada Industri.

Pemegang saham meluluskan semua resolusi yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

OGOS TM sebagai penaja Platinum menyokong Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, menyediakan pelbagai platform bagi rakyat Malaysia mengikuti perkembangan dan berkongsi detik-detik mengujakan semasa sukan tersebut berlangsung.

TM mempercepatkan perlaksanaan pelan perniagaan menerusi PERFEXE 10, pendekatan baharu bagi memacu konvergens dan memperkasa digital.

TM menandatangani MoU bersama Grab bagi menyediakan kemudahan dan menambah keupayaan bergerak kepada pekerja dan pelanggan.

SEPTEMBER Pelancaran rasmi Pusat panggilan serba baharu di Graha Maju, Melaka.

Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) menyambungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, mula membawa trafik komersial.

Kunjungan Perdana Menteri ke TM dan berinteraksi bersama lebih 20,000 Warga Keluarga TM di seluruh negara menerusi kemudahan ‘telepresence’; melancarkan pakej unifi baharu – unifi edu dan unifi ebiz; dan mengumumkan faedah tambahan untuk Warga Keluarga TM.

Siapa Kami Dan Apa Kami Lakukan

36

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

KeratanAkhbar

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

37

Siapa Kami Dan Apa Kami Lakukan

38

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Galeri Korporat

Pembangunan Perkhidmatan Pintar di KLIA Aeropolis

10JAN

Pencapaian Mantap bagi TK201622FEB

Siri Jelajah Bersama SME BIZFESTTM 201715MAC

Perubahan Tampuk Kepimpinan dengan Pelantikan Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Baharu Menggantikan Tan Sri Zamzamzairani; dan Datuk Bazlan Osman sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

27APR

Pelantikan Barisan Pengurusan Utama8MEI

TM dengan Kerjasama PDRM Melancarkan Kempen Op Selamat 11

14JUN

Keluarga unifi Kini Teguh dengan Lebih 1 Juta Pelanggan

18JUN

TM Team Malaysia bersorak di KL201719OGOS

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

39

Sistem Kabel Dasar Laut SKR1M Memberi Manfaat kepada Rakyat Malaysia

17SEP

PM Meraikan G20 dan Vendor kerana Memperkasa Bumiputera

25SEP

Warga Keluarga TM Menyambut Hebat Kedatangan PM dengan Gambar 360 GLC yang Pertama Bersama PM

25SEP

wifi@unifi percuma di Semua Cawangan KFC & Pizza Hut

14OKT

Penyelesaian Pintar untuk Iskandar Malaysia7SEP Pelancaran Pusat Panggilan Terbesar di Melaka11

SEP

TM Bekerjasama dengan Edotco Malaysia25OKT

Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) Dilancarkan Secara Rasmi

7NOV

Ikrar Bebas Rasuah oleh 28,000 Warga Keluarga TM23NOV

Siapa Kami Dan Apa Kami Lakukan

40

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Pengiktirafan

Hari CSR Sedunia 201718 Februari 2017 Taj Lands End, Mumbai.100 Pemimpin CSR Paling Berpengaruh – Izad Ismail

Peneraju Penyedia ICT, BPO Malaysia dalam Panduan Pasaran Gartner 2017 31 Mac 2017

Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 201713 April 2017 Hotel Hilton, Kuala Lumpur

• Penyedia Perkhidmatan Telekom Terbaik – Telekom Malaysia Berhad• Penyedia Infrastruktur Perkhidmatan Terbaik Tahunan – VADS Berhad• Kecemerlangan Sumbangan kepada Pembangunan Industri – Tan Sri

Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa

Anugerah ASTRID 20178 Mei 2017 New York, USAPemenang Perak – Rekaan Cemerlang(Laporan Tahunan 2015 Juara Konvergens)

Anugerah Komunikasi Asia ke-7 (ACA) 201724 Mei 2017 Hotel Marriott Tang Plaza, SingapuraLayanan Pelanggan Terbaik: Kategori Perniagaan –TM R&D untuk Aplikasi Mudah Alih Alat Mengenal pasti Masalah Sendiri (MAST)

Anugerah Jenama Majikan ke-12, 20171 Ogos 2017 Le Meridien Sentosa, SingapuraAnugerah Jenama Majikan Terbaik Asia

Anugerah Amalan CSR Terbaik ke-7, 20172 Ogos 2017 Le Meridien Sentosa, SingapuraAnugerah Kepimpinan CSR – Izlyn Ramli

The Edge-Billion Ringgit Club 201721 Ogos 2017 Grand Hyatt, Kuala LumpurInisiatif CR Syarikat Modal Pasaran Terbesar Terbaik

Anugerah Industri Ketua Menteri 2017 (CMIEA)8 September 2017 Borneo Convention Centre, Kuching, SarawakAnugerah Emas (Kategori Syarikat Besar) – TM Sarawak

25 Penyedia Pusat Data Terbaik di Rantau APAC 2017 30 September 2017

Pertandingan Laporan Tahunan 2017 di New York12 Oktober 2017, New YorkGangsa di bawah kategori Laporan Tahunan Khusus – Gabungan Laporan Tahunan & Kelestarian 2017

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

41

Syarikat Terbaik untuk Bekerja HR di Asia 201713 Oktober 2017 Hotel The Majestic, Kuala LumpurSyarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia

Anugerah Jenama Putra 2017 – Pilihan Orang Ramai2 November 2017 The Majestic Hotel, Kuala LumpurRangkaian Komunikasi (Perak)

Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA) 201723 November 2017 Hilton Hotel, Kuala Lumpur

• Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan bagi Laporan Tahunan Paling Menyerlah (Perak)

• Laporan Tahunan Bersepadu (Emas)• Laporan Kelestarian (Emas)• Laporan Tahunan Terbaik Bahasa Malaysia (Perak)• Anugerah Kecemerlangan Industri bagi Syarikat Papan Utama dalam

Kategori Perdagangan dan Perkhidmatan – 21 tahun berturut-turut

Anugerah Perniagaan Platinum 201723 November 2017 Sunway Pyramid Convention CentreAnugerah Penyokong SME

Anugerah Indeks Ketelusan, Penemuan & Pengiktirafan Tadbir Urus Korporat Malaysia-Asean (MSWG)6 Disember 2017 The Majestic Hotel, Kuala Lumpur

• Anugerah 4 Terbaik untuk Keseluruhan Tadbir Urus Korporat & Prestasi Cemerlang

• Anugerah 2 Terbaik untuk Kecemerlangan Pendedahan Tadbir Urus Korporat

• Anugerah Kecemerlangan untuk Amalan Kelestarian• Anugerah Merit untuk Kepelbagaian Lembaga• Anugerah Industri Cemerlang – Telekomunikasi & Media

Rakan Perkhidmatan dan Pembekal Perkhidmatan Terbaik Tahun 2017 (Anugerah dari Cisco)18 Januari 2018 Hotel Sofitel, Kuala Lumpur

Anugerah Pusat Laporan Kelestarian Kebangsaan (NCSR) 2017 24 Februari 2018 Solo, Jawa Tengah IndonesiaLaporan Kelestarian Terbaik 2017 Kategori Luar Negara – Tempat Kedua

Anugerah Kecemerlangan Mercury 2017 28 Februari 2018

• Laman sesawang/Media Mudah Alih: Pelabur/Hubungan Pemegang Saham (Gangsa)

• Laporan Tahunan – Rekaan Dalaman: Bukan Tradisional (Kepujian)• Publisiti: Pendedahan Media (Kepujian)

Detik-Detik Penuh Inspirasi

Dalam kehidupan dan perniagaan, terdapat pelbagai detik yang lebih bermakna berbanding yang lain. Detik-detik yang memberi kami inspirasi dan membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan yang positif. Bagi TM, perubahan kepimpinan pada 2017 telah menyuntik semangat baharu kepada organisasi dan menginspirasikan transformasi yang meningkatkan lagi keupayaan dan mengukuhkan kelebihan daya saing kami.

Penyata Pengerusi

44

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

TAN SRI DATO’ SERI DR SULAIMAN MAHBOBPengerusi

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

45

Para pemegang saham yang dihargai sekalian,

Laporan tahun lalu merupakan kali pertama kami mengemukakan sebuah laporan tahunan yang bersepadu. Konsep laporan bersepadu kami merujuk kepada bagaimana TM sebagai sebuah Kumpulan akan terus mencipta nilai, di samping menyatakan pelan-pelan jangka pendek, sederhana dan panjang serta keupayaan kami untuk terus berkembang secara mampan.

Pada tahun ini, matlamat kami adalah untuk membentangkan laporan bersepadu yang lebih telus. Sepanjang tahun-tahun yang lepas, kami telah berkongsi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) tahunan kami kepada semua para pemegang saham serta pihak-pihak berkepentingan, agar membolehkan mereka meneliti dan menilai pencapaian prestasi kami, di samping mendapat gambaran tentang perancangan masa depan kami. Laporan ini turut mengandungi semua maklumat yang anda perlukan mengenai TM seperti objektif, strategi, operasi perniagaan, cabaran yang dihadapi serta cara-cara menanganinya.

Penyata Pengerusi

Penyata Pengerusi

46

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

BILANGAN PELANGGAN unifi YANG MELANGGAN DENGAN KELAJUAN 10 MBPS DAN KE ATAS

TM mencapai hala tuju yang dirancang dalam memacu konvergens dan memperkasakan

digital, dalam usaha untuk mempercepatkan penerimaan penggunaan jalur lebar di dalam negara, demi merealisasikan sebuah ekonomi digital, di samping terus merekodkan kejayaan

dalam penciptaan nilai.

Penyata Pengerusi

Terlebih dahulu, izinkan saya memulakan penyataan saya ini dengan memaklumkan pertukaran di kalangan beberapa kepimpinan di TM pada tahun 2017. Kami telah mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO), berkuat kuasa mulai 1 Mei 2017, berikutan persaraan Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa sebagai CEO Kumpulan TM yang berkuat kuasa 30 April 2017.

Pada masa yang sama, kami turut mengumumkan pelantikan Datuk Bazlan Osman yang pada waktu itu merupakan Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) sebagai Pengarah Eksekutif/Timbalan CEO Kumpulan berkuat kuasa pada 1 April 2017.

Di bawah kepimpinan Tan Sri Zamzamzairani, TM telah berjaya mencatatkan beberapa pencapaian yang penting. Di antaranya, mengatasi pelbagai cabaran yang dihadapi semasa proses pengasingan pada tahun 2008, kejayaan melancarkan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) negara yang mendapat pengiktirafan global serta pelancaran unifi, iaitu perkhidmatan tiga serangkai yang pertama di negara ini pada tahun 2010. Tan Sri Zamzamzairani telah mencorakkan aspirasi TM sebagai Peneraju Konvergens Malaysia dan seterusnya telah memimpin serta membentuk TM menjadi seperti ianya hari ini. Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), TM juga telah muncul sebagai peneraju terunggul dalam tempoh 10 tahun berlangsungnya Program Transformasi GLC, di bawah kepimpinan Tan Sri Zamzamzairani yang bermula pada tahun 2015.

Dengan perasaan berat hati, saya ingin mengucapkan selamat jalan kepada Tan Sri Zamzamzairani, seorang ‘tokoh warga TM yang sejati’ serta ‘pemimpin transformasi’ yang berjaya mencungkilkan semangat kekitaan dan memberi makna serta tujuan di kalangan Warga Keluarga TM sepanjang tempoh sembilan tahun memegang jawatan sebagai CEO Kumpulan dan Pengarah Urusan. Kewibawaan beliau merupakan sesuatu yang instrumental dalam memacu kejayaan Syarikat sehingga kini. Tan Sri Zamzamzairani akan diingati sebagai seorang pemimpin yang memiliki kewibawaan, semangat, karisma serta berintelek. Seperti yang pernah dikatakan oleh beliau “TM bukan hanya sekadar sebuah organisasi, ianya adalah sebuah institusi”, dan sesungguhnya ini terbukti benar sekiranya dilihat akan matlamat serta nilai yang dipegang serta ditampilkan oleh semua Warga Keluarga TM. Terima kasih Tan Sri Zamzamzairani untuk legasi yang ditinggalkan.

Pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada Dato’ Sri Shazalli serta mengucapkan tahniah kepada beliau dan Datuk Bazlan di atas pelantikan mereka berdua. Lembaga Pengarah dengan sebulat suara telah bersetuju bahawa kepimpinan Dato’ Sri Shazalli serta pengalaman beliau yang meluas dalam penjenamaan, jualan dan pemasaran akan diperlengkapkan dengan kebolehan Datuk Bazlan yang telah terbukti, maka menjadikan mereka berdua pilihan yang tepat untuk melaksanakan objektif strategik TM pada hari-hari yang mendatang.

Justeru itu, saya dengan rasa sukacitanya, membentangkan Laporan Tahunan Bersepadu TM bagi tahun 2017. Kami akan terus mengukuhkan lagi kepimpinan sebagai Peneraju Konvergens Negara dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian konvergens. Kami juga akan memastikan penekanan yang lebih mendalam diberikan dalam sumbangan terhadap pembangunan negara lantas mencipta nilai untuk semua pihak berkepentingan kami, dengan matlamat untuk benar-benar menjadikan hidup lebih mudah buat semua.

201679%

201798%

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

47

SOROTAN PRESTASI 2017

Beberapa tahun lalu, kami telah menyusun semula fokus perniagaan kami kepada tiga kluster berdasarkan sektor pelanggan kami yang utama, di dalam usaha untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada sasaran pasaran kami. Pada tahun 2017, kami telah melancarkan penjenamaan semula tiga kluster ini, di mana unifi menawarkan perkhidmatan untuk gaya hidup individu dan di kediaman; TM ONE menawarkan penyelesaian konvergens secara menyeluruh untuk perniagaan menegak; dan TM GLOBAL menampilkan aspek yang lebih bersepadu dalam menawarkan khidmat kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi domestik dan antarabangsa.

Saya dengan berbesar hati ingin melaporkan untuk prestasi penuh TM tahun 2017, TM mencapai hala tuju yang dirancang dalam memacu konvergens dan memperkasakan digital, dalam usaha untuk mempercepatkan penerimaan penggunaan jalur lebar di dalam negara, demi merealisasikan sebuah ekonomi digital, di samping terus merekodkan kejayaan dalam penciptaan nilai.

Secara keseluruhannya, TM tetap berdiri teguh biarpun berada dalam persekitaran yang mencabar, dengan mengekalkan hasil serta keuntungan yang stabil. Hasil Kumpulan mencapai jumlah RM12.09 bilion, bersandarkan sumbangan hasil internet yang lebih tinggi dengan peningkatan sebanyak 8.3% berbanding 2016 iaitu sebanyak RM3.97 bilion; menyumbangkan 32.9% daripada jumlah hasil. Selain itu, bilangan pelanggan unifi yang melanggan pada kelajuan 10 Mbps dan ke atas juga telah meningkat kepada 98% berbanding 79% pada penghujung tahun 2016 hasil daripada pelbagai inisiatif yang dijalankan. Perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) pula berjumlah RM1.09 bilion dan yang paling memberangsangkan, kami telah berjaya melangkaui sasaran indeks kepuasan pelanggan (TRI*M) iaitu sebanyak 73, untuk tujuh tahun berturut-turut.

Walaupun berdepan dengan suasana industri yang mencabar pada tahun 2017, kami terus menempa kemajuan berpaksikan objektif perniagaan kami dan memenuhi komitmen terhadap pihak berkepentingan. Kami telah mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 9.4 sen sesaham bagi tahun kewangan ini, yang dibayar pada Oktober 2017, dan Lembaga Pengarah telah mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 12.1 sen sesaham pada Februari 2018; menjadikan jumlah dividen keseluruhan sebanyak 21.5 sen sesaham, atau RM808.0 juta. Ini membuktikan TM terus kekal memenuhi komitmen untuk memberi dividen kepada para pemegang saham yang dihargai seperti yang dijanjikan setiap tahun.

Sejak pengasingan pada tahun 2008, kami telah mengukuhkan jumlah pulangan kepada pemegang saham (TSR), pada kadar melebihi 393.3%. Selain daripada itu, kami turut berbangga dengan sumbangan yang diberikan oleh TM dalam usaha membina negara dan memperkayakan kualiti kehidupan rakyat Malaysia, dan inilah yang ingin saya ketengahkan dalam perutusan saya ini.

MEMBINA SEBUAH NEGARA DAN EKONOMI DIGITAL

Salah satu sumbangan utama kami kepada negara adalah pembangunan infrastruktur rangkaian HSBB yang bertaraf dunia yang menyokong sebahagian besar daripada perkhidmatan dan penyelesaian yang kami tawarkan di samping perkhidmatan oleh para penggiat industri yang lain. Sejak tahun 2008, kami telah bekerjasama dengan Kerajaan untuk melancarkan HSBB, pada mulanya di bandar-bandar besar, dan kini, menerusi projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 2 (HSBB2) serta projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), ke kawasan-kawasan yang selainnya di seluruh negara.

Baru-baru ini, pada Januari 2018, TM dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menandatangani satu MoU untuk bersama-sama merangka pelan pelaksanaan untuk merealisasikan Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) oleh Kerajaan. Kolaborasi ini akan memanfaatkan kekuatan gabungan kedua-dua GLC dengan sebaiknya dari segi jangkauan, infrastruktur serta kepakaran. Secara khususnya, sinergi ini akan mengupayakan struktur kos yang paling cekap, dan mempercepatkan lagi capaian rangkaian jalur lebar gentian. Selanjutnya, pelaksanaan di bawah TM dan TNB, yang merupakan dua institusi terkemuka di Malaysia, akan menjamin keselamatan infrastruktur yang strategik dan kritikal kepada negara. Rangkaian yang dicadangkan ini akan turut meneruskan penyertaan akses terbuka oleh para penggiat industri bagi menggalakkan persaingan sektor swasta dalam jalur lebar runcit.

Dengan adanya rangkaian HSBB yang teguh, ini akan meningkatkan daya tarikan negara kepada pelabur asing, lantas menggalakkan kemasukan pelaburan asing secara langsung. Kami sedar bahawa dengan menjadikan perkhidmatan kami lebih mudah diakses dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia, ini akan menggalakkan kebolehan di dalam bidang ICT, perolehan ilmu pengetahuan serta membina keupayaan yang lebih tinggi, dan dengan itu, terus merapatkan jurang sosioekonomi dan memastikan keterangkuman dalam ekonomi digital yang baharu ini.

JUMLAH PEMBAYARAN DIVIDEN

Dividen interim pertama sebanyak

9.4 sen sesaham dibayar pada Oktober 2017

Dividen interim kedua sebanyak

12.1 sen sesaham diumumkan pada Februari 2018

Jumlah dividen keseluruhan sebanyak

21.5 sen sesaham

atau RM808.0 juta

Penyata Pengerusi

48

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

membolehkan orang ramai menghubungi mereka sewaktu berlakunya krisis. Kami juga telah melancarkan versi khas aplikasi tersebut bagi golongan cacat penglihatan.

MENJUARAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL & KELESTARIAN

TM telah sekian lama menjadi pelindung kepentingan negara dan kami berbangga dengan peranan unik yang kami mainkan dalam membina negara seperti yang dihuraikan di atas, dan ini juga merupakan asas kepada Tanggungjawab Korporat (CR) serta bidang Kelestarian kami. Banyak di antara inisiatif CR kami bermula sebagai sumbangan dengan niat yang murni kepada komuniti, dan setelah bertahun-tahun, ianya berkembang dengan menambahkan unsur kebertanggungjawaban yang lebih mantap. Menepati visi kami untuk menjadikan hidup dan perniagaan lebih mudah demi kesejahteraan Malaysia, kami telah menyemai kelestarian ke dalam perniagaan serta Pelan Operasi Tahunan kami, agar ia diberi penekanan yang sewajarnya dalam semua tindakan semasa dan masa hadapan. Bagi TM, kemampanan kami terletak pada usaha bersepadu untuk kekal relevan kepada para pelanggan di samping mencipta nilai buat semua pihak berkepentingan. Di peringkat makro, kami yakin ini akan diterjemahkan kepada Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan akhirnya, sebuah Negara Pintar yang mengupayakan ekonomi digital Malaysia. Malah, perbelanjaan CR tahunan TM yang disasarkan sentiasa melebihi daripada apa yang dicadangkan, iaitu 1% daripada Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) untuk semua GLC seperti yang telah diumumkan baru-baru ini oleh YAB Perdana Menteri. Perbelanjaan CR ini adalah untuk kedua-dua bidang sosial serta alam sekitar dan ini memperlihatkan komitmen kami untuk menjadi Warga Korporat yang bertanggungjawab yang boleh dicontohi.

Rangka kerja TM untuk CR dan Kelestarian meliputi tiga teras, iaitu bidang Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial.

Laporan Kelestarian 2017 kami akan memberikan butiran lanjut mengenai program CR dan Kemampanan kami.

MENYOKONG KEBANGGAAN MALAYSIA DALAM PENDIDIKAN, INOVASI DAN SUKAN

Didorong oleh semangat kebangsaan, TM memainkan peranan yang aktif di dalam bidang-bidang yang penting untuk pembangunan negara, yakni bidang pendidikan, inovasi dan sukan.

Dalam bidang pendidikan, kami menghulurkan bantuan secara holistik daripada peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Yayasan kami - Yayasan Telekom Malaysia (YTM) - telah menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada lebih 15,000 pelajar sekolah rendah, menengah serta universiti yang berjumlah melebihi RM500 juta sejak tahun 1994. Universiti Multimedia (MMU) merupakan universiti swasta yang pertama dalam negara yang menawarkan pendidikan tinggi yang berkualiti khusus dalam bidang berkaitan ICT serta bersedia untuk keperluan industri Ekonomi Digital. Menerusinya, 97% daripada graduannya telah memperolehi pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah menamatkan pengajian mereka. Selain itu, kami juga sehingga kini telah mengambil sejumlah 14 buah sekolah sebagai sekolah angkat, di mana kami telah membina makmal ICT, mengadakan bengkel latihan dan kemahiran berasaskan ICT di samping menganjurkan seminar motivasi dan merangka modul untuk kursus robotik.

Demi mengukuhkan lagi perkhidmatan komuniti, kami menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 5,500 pusat komuniti dan sekolah menerusi kerjasama dengan SKMM, di bawah Program Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP).

Dengan memanfaatkan Pusat Digital Kumpulan (GDC), Telekom Research & Development Sdn. Bhd. (TM R&D), Universiti Multimedia (MMU) serta rakan strategik kami dalam industri; kami berada pada kedudukan yang tepat untuk merangsang dan memupuk inovasi, kreativiti dan keusahawanan dalam ekosistem TM dan Ekonomi Digital secara amnya, di samping mengambil kesempatan terhadap peluang pasaran.

Kami sentiasa berusaha menjadikan HSSB mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia, dan sebagai mendukung agenda nasional ini, kami sebenarnya telah pun memulakan usaha ini lebih awal lagi, mendahului Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. Sejak bulan Januari, kami telah menaik taraf perkhidmatan jalur lebar di kediaman pelanggan yang berkelayakan yang tinggal di kawasan yang memiliki infrastruktur yang bersesuaian, lantas membolehkan mereka menikmati kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang sama di bawah Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar (BIP). Pada penghujung tahun, kami juga telah melancarkan dua pakej mampu milik baharu yang menyasarkan pelajar institusi pengajian tinggi serta e-usahawan, yakni dua segmen pelanggan yang dikenal pasti akan mendapat banyak faedah daripada HSBB. Selain itu, kami turut melancarkan aplikasi unifi Wifi i-foundit! yang membolehkan semua rakyat Malaysia mengakses internet melalui wifi@unifi di seluruh negara. Inisiatif yang masih berjalan ini telah pun menampakkan hasil yang diharapkan, dan diyakini akan terus menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati jalur lebar berkelajuan tinggi serta peluang yang dapat diperolehi dari digital.

Untuk menggalakkan lagi pembangunan menerusi jalur lebar, kami juga telah memanfaatkan kecekapan teras TM ONE bagi merealisasikan aspirasi negara untuk menjadi hab digital dan IoT bertaraf dunia di rantau ini. Dalam proses tersebut, kami turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi dengan menawarkan peluang kerja berkemahiran tinggi.

Pada September 2017, kami telah melancarkan sebuah pusat panggilan baharu di Graha Maju, Melaka, serta IPDC kami yang serba canggih di Johor. Ini merupakan Pusat Data komersial yang pertama di Malaysia yang mendapat pensijilan Tahap III Uptime Institute bagi reka bentuk dan pembinaan kemudahan. Adalah dijangkakan pelancaran kedua-dua kemudahan ini bakal melonjakkan ekonomi negara serta membuka peluang kepada lebih banyak peluang pekerjaan.

Selain itu, kami juga menggerakkan pembangunan zon pintar dalam negara yang menjadi pemangkin aktiviti-aktiviti ekonomi bernilai tinggi. Menerusi MoU yang telah ditandatangani dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) pada September 2017, kami sedang mempersiapkan sistem yang akan mengupayakan keselamatan pintar, mudah alih pintar serta tenaga pintar dan juga pengurusan kemudahan di Iskandar Malaysia. Kami juga telah menandatangani MoU dengan Malaysia Airport Holdings Berhad pada awal Januari 2017 bagi menyediakan Perkhidmatan Pintar di KLIA Aeropolis, yang sedang dibangunkan sebagai pusat lapangan terbang bertaraf dunia yang juga merupakan sebuah destinasi pelancongan. Iskandar Malaysia telah berjaya menarik minat beberapa perbadanan tempatan dan antarabangsa yang terkemuka, dan kami menjangkakan yang sama bagi KLIA Aeropolis.

Sementara itu, pelancaran Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) pada bulan September dijangka akan merangsangkan pembangunan ekonomi di Sabah dan Sarawak. Pelaksanaan SKR1M dijayakan menerusi Perkongsian Awam Swasta (PPP) antara TM dan pihak Kerajaan.

MELINDUNGI INFRASTRUKTUR KRITIKAL NEGARA

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa TM memainkan peranan yang unik dan penting dalam membina dan menyediakan infrastruktur komunikasi yang strategik dan kritikal, yang merupakan suatu aspek yang amat penting untuk negara. Kami telah terpilih sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan yang dipercayai untuk melindungi Pemasangan Strategik Utama seperti stesen komunikasi bukit serta stesen pendaratan kabel, dan diiktiraf sebagai agensi sokongan dalam Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan telekomunikasi akan tetap terpelihara sekiranya berlaku sebarang bencana atau kecemasan. Tanggungjawab yang dipikul ini merupakan suatu penghormatan bagi kami dan kami akan terus mendukung tugas ini sebagaimana yang telah kami lakukan selama ini sejak ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kerajaan. Menjadi ahli MKN merupakan suatu perlanjutan semula jadi kepada peranan kami yang sedia ada dan dengan itu kami dapat menyediakan perkhidmatan respons kecemasan negara, MERS999, menerusi kolaborasi dengan kerajaan. Daripada MERS999, kami telah maju setapak lagi dengan menyediakan untuk rakyat Malaysia aplikasi SaveME 999 POLIS yang dibina bersama dengan Polis Diraja Malaysia bagi

Penyata Pengerusi

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

49

menyelaraskan strategi syarikat demi usaha ke arah Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital. Hasilnya jelas dapat dilhat di dalam prestasi operasi dan kewangan kami, yang akan diperincikan dalam Perbincangan & Analisis Pengurusan.

Kami juga telah menghasilkan suatu tema baharu untuk menyemarakkan inspirasi di kalangan warga kerja TM iaitu dengan meraih lebih banyak ‘Perkongsian Detik-detik Kehidupan’ pelanggan kami. Idea yang dimaksudkan melalui tema ini adalah dengan adanya TM yang menyediakan pelbagai perkhidmatan yang membolehkan semua warga Malaysia agar terus terhubung setiap masa, untuk berkongsi setiap detik-detik yang berharga di dalam kehidupan bersama teman-teman, ahli keluarga dan semua insan yang bermakna buat mereka, maka ini akan terus meningkatkan kepercayaan mereka terhadap TM.

PENGHARGAAN

Sepanjang perjalanan selama ini, TM telah mengecapi kemajuan yang hebat dan dengan itu, saya ingin berterima kasih kepada semua pihak-pihak yang berkepentingan di atas segala sokongan yang telah diberikan.

Buat para pemegang saham, kami memberikan penghargaan dan penghormatan yang tertinggi di atas kepercayaan yang telah diletakkan terhadap TM dan kami nekad untuk membalas yang setanding dengannya dengan memberikan pulangan yang menarik serta mampan. Kami amat berterima kasih kepada Kerajaan dan pihak pengawal selia kerana memupuk ekosistem industri yang sihat. Selain itu, kami juga berterima kasih kepada semua rakan-rakan niaga dan anggota media di atas semua sokongan yang diberikan sepanjang kembara perjalanan kami yang masih berterusan.

Saya turut ingin menyampaikan penghargaan yang ikhlas kepada seluruh Warga Keluarga TM yang telah bersama-sama membentuk TM menjadi seperti ianya pada hari ini iaitu sebuah syarikat Peneraju Konvergens. Di kalangan Lembaga Pengarah, saya dikelilingi oleh individu-individu yang berkaliber dan berwibawa tinggi, lantaran itu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas komitmen serta dedikasi yang telah mereka curahkan untuk memastikan TM berkembang dengan mampan. Saya juga ingin mengungkapkan terima kasih yang istimewa ditujukan khas kepada Dato’ Ibrahim Marsidi yang telah meletak jawatan, di atas sumbangan beliau sepanjang bersama kami. Bagi pihak rakan sejawat di dalam Lembaga Pengarah, kami mengharapkan yang terbaik bagi beliau.

Paling penting, ucapan terima kasih yang seikhlasnya juga ditujukan kepada semua warga kerja TM yang merupakan enjin sebenar kepada pembangunan TM. Hasil usaha kerja keras mereka serta kesanggupan untuk memberi lebih dari jangkauan telah membolehkan kami mencapai pelbagai kejayaan yang menjadi titik penting dalam perjalanan kami. Tatkala kami menuju ke fasa yang seterusnya yang lebih mencabar, saya yakin bahawa mereka akan mampu menghadapi cabaran-cabaran tersebut dalam usaha untuk membawa TM ke tahap yang lebih tinggi.

Akhir kata, buat semua pelanggan-pelanggan kami, terima kasih diucapkan di atas kesetiaan dan sokongan anda. Anda akan sentiasa dan terus mencetuskan inspirasi kepada kami untuk berusaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda. Jadikanlah TM hari ini, dan hari-hari yang mendatang sebagai satu-satunya rakan pilihan anda untuk berkongsi semua detik-detik kehidupan.

Dari segi pembangunan sukan negara, kami telah membantu mengenal pasti dan memupuk lebih daripada 200 bakat bola sepak dari peringkat akar umbi di seluruh negara. Daripada jumlah ini, 50 pemain telah merealisasi impian mereka untuk menghadiri Sekolah Bola Sepak Manchester United (MUSS) menerusi inisiatif ‘Mencari Ramli’ sepanjang 6 musim yang lalu. Kami turut menaja pertandingan di peringkat kebangsaan dan serantau. Baru-baru ini dan yang paling bermakna, kami merupakan Penaja Platinum bagi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL2017), dengan menyediakan kemudahan keterhubungan dan penyiaran bagi membolehkan liputan secara langsung di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Selain daripada penajaan kami, ahli TM Team Malaysia turut hadir beramai-ramai, menyokong atlet kebangsaan kita dengan penuh semangat. Tenaga serta semangat patriotisme di kalangan anggota pasukan bukan sekadar mendorong atlet-atlet Malaysia meraih kejayaan, bahkan mereka turut mendapat pengiktirafan sebagai ‘Pasukan Sorak Rasmi Atlet Negara’. Ia merupakan sumber kebanggaan negara apabila Malaysia muncul sebagai juara pada temasya KL2017!

MENDUKUNG TADBIR URUS KORPORAT DAN KEWIBAWAAN KAMI

TM meletakkan keutamaan yang tinggi dalam memastikan pengendalian perniagaan dijalankan berasaskan kewibawaan, ketelusan dan tadbir urus yang teguh. Ini merupakan salah satu tanggungjawab berat yang dipikul oleh sebuah syarikat senarai awam seperti kami, untuk terus menyemai keyakinan dan kepercayaan yang diletakkan terhadap kami oleh pihak berkepentingan. Sebagai warga korporat contoh yang mempertahankan tadbir urus korporat, TM sekali lagi menerima pujian di kedua-dua majlis Anugerah Tadbir Urus ASEAN Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) dan juga majlis Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA). Paling penting, kami telah berjaya meraih Anugerah Emas untuk Laporan Bersepadu pada tahun yang pertama kami mengemukakan laporan dengan pendekatan baharu ini.

Selain itu, kami turut memberi penekanan terhadap kepentingan adanya tahap kewibawaan yang tertinggi, seperti yang dapat dilihat dengan pelbagai ikrar integriti yang ditandatangani selama ini. Pada tahun ini, kami membawa komitmen kami ke peringkat yang lebih tinggi dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis tersebut telah menyaksikan penyertaan lebih daripada 26,000 Warga Keluarga TM dari seluruh negara yang turut disertai oleh anggota anak syarikat kami di Indonesia, PT VADS Indonesia, yang mana penyertaan adalah melalui perkhidmatan TelePresence yang dijalankan di pejabat masing-masing. Penyiaran acara secara langsung ini mengukuhkan lagi kewibawaan dan tadbir urus korporat kami. Kami merupakan syarikat telekomunikasi pertama di negara ini yang melafazkan ikrar ini melalui perkhidmatan TelePresence, lalu menjadikan ia sesi ikrar yang terbesar dan terkini dari segi teknologi, setakat ini.

MENYELARASKAN BUDAYA, STRATEGI DAN PELAKSANAAN

Seiring dengan penjenamaan dan penyelarasan semula organisasi yang dijalankan pada tahun ini, TM turut melalui evolusi di dalam kepimpinan Syarikat. Pada tanggal 1 Mei, Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly telah mengambil alih kepimpinan Kumpulan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu. Sebuah jawatan baharu juga telah diwujudkan, iaitu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, yang telah diisi oleh mantan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO), Datuk Bazlan Osman. Seterusnya, Nor Fadhilah Mohd Ali telah dilantik sebagai GCFO yang baharu, manakala Dato’ Kairul Annuar Mohamed Zamzam sebagai Ketua Pegawai Strategi kami.

Bersama-sama barisan kepimpinan TM yang lain, pemimpin-pemimpin baharu kami telah menilai semula prestasi Syarikat untuk tahun 2017, dan seterusnya bersama-sama,membentuk pelan-pelan pelaksanaan yang mempunyai 10 teras utama, yang dikenali sebagai PERFEXE 10. PERFEXE 10 merupakan suatu model pelaksanaan, yang bertujuan untuk

Tan Sri Dato’ Seri Dr Sulaiman MahbobPengerusi

Perbincangan & Analisis Pengurusan

50

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

DATO’ SRI MOHAMMED SHAZALLI RAMLYKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan

DATUK BAZLAN OSMANTimbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

51

Perbincangan & Analisis Pengurusan kami bagi tahun kewangan 2017 dibentangkan secara bersama oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, yang telah dilantik sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) berkuat kuasa mulai 1 Mei 2017, serta Datuk Bazlan Osman, mantan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) sejak 2005 dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa mulai 1 April 2017.

Dato’ Sri Shazalli menggantikan Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa,

yang bersara setelah menerajui Syarikat selama sembilan tahun. Bagi

pihak pengurusan serta seluruh Warga Keluarga TM, kami memberi

penghormatan kepada Tan Sri Zamzamzairani di atas kepimpinan

serta khidmat beliau yang cemerlang kepada Syarikat, sehingga

meletakkan TM kepada kedudukannya hari ini. Kami juga mengiktiraf

Dato’ Sri Shazalli dan Datuk Bazlan sebagai pemimpin yang akan

membawa perubahan yang akan terus mengukuhkan legasi TM, di

samping menyuntik semangat dan tenaga baru ke dalam Syarikat bagi

memastikan kami terus mengekalkan kedudukan sebagai peneraju di

dalam industri yang berkembang pesat serba mencabar ini.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

Perbincangan & Analisis Pengurusan

52

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Para pemegang saham yang dihargai sekalian,Ianya merupakan suatu penghormatan bagi kami apabila dilantik untuk menyandang jawatan kami masing-masing pada setengah tahun pertama di bawah seliaan, dan kami berbangga dapat membentangkan perbincangan dan analisis ini, di mana adalah diharapkan menerusinya, kami dapat memaklumkan dengan jelas kejayaan yang telah dicapai oleh TM sepanjang tahun ini serta strategi yang memacu kami, di samping cabaran yang ditangani.

Persaingan dalam industri jelas semakin sengit sepanjang dekad yang lalu. Namun demikian, kami sentiasa mengalu-alukan persaingan yang sihat di kalangan para penggiat industri kerana ini akan mendorong kami untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Kami memiliki kelebihan di mana kami sentiasa merintis inovasi serta pembaharuan teknologi, dan kami akan terus mengubah industri ini. Kami berupaya mencapai kedudukan kami kini dengan wujudnya infrastruktur TM yang serba canggih yang telah dibangunkan sejak beberapa tahun yang lalu, di samping mendapat sokongan yang teguh daripada pihak berkepentingan kami, khususnya para pelanggan dan pemegang saham.

Kini, kami memperluaskan sempadan konvergens, dengan mengaburi garis-garis yang dahulunya dibatasi oleh perkhidmatan tradisional dan seterusnya menerajui perubahan dengan menawarkan penyelesaian kepada rakyat Malaysia bagi menjadikan hidup mereka lebih mudah. Sebagai Peneraju Konvergens Malaysia, kami adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan yang berupaya menghubungkan rakyat Malaysia pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dengan menggunakan apa-apa peranti. Di peringkat makro, kami percaya ini akan diterjemahkan kepada Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar, dan akhirnya, sebuah Negara Pintar. Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa dalam industri yang berkembang pesat dengan persaingan yang semakin sengit, kami tidak boleh berlengah. Oleh itu, tahun 2017 merupakan tahun di mana kami berusaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan kepimpinan kami dengan terus membina kepercayaan warga Malaysia terhadap keupayaan kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik setiap kali mereka perlu berhubung ke dunia digital - sama ada sesama insan atau kepada maklumat - di Malaysia atau di persada global.

Visi kami untuk Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah demi Kesejahteraan Malaysia, dimanifestasi dalam segala yang kami lakukan; dengan menjadi sebahagian penting di dalam detik-detik perkongsian kehidupan pelanggan dan pihak berkepentingan kami. Kami faham bahawa detik-detik ini perlu diraikan dan dikongsi bersama setiap orang yang bermakna kepada mereka. TM sentiasa berada di sisi mereka, 24 jam sehari, sama ada mereka berada di rumah, di tempat kerja atau dalam perjalanan, tanpa mengira jenis peranti yang mereka gunakan. Kami benar-benar yakin bahawa kepercayaan dan kesetiaan para pelanggan adalah kunci untuk mencapai ketenangan fikiran dan secara tidak langsung, menjadikan kehidupan mereka lebih terhubung, lebih bermanfaat dan lebih mudah.

Tahun ini turut menyaksikan kami terus menyokong agenda jalur lebar negara dan Ekonomi Digital Kerajaan. Kami telah membangunkan dan mengukuhkan lagi infrastruktur dan liputan rangkaian kami. Ini adalah termasuk usaha bersepadu untuk menepati sasaran yang telah dipersetujui di bawah perjanjian HSBB2 serta Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB), yang telah ditandatangani bersama oleh TM dan Kerajaan pada Disember 2015.

Kami juga telah menyempurnakan beberapa fasa rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) berkelajuan tinggi, yang telah menyegerakan liputan perkhidmatan kami dan serta-merta melengkapkan rangkaian tetap dengan perkhidmatan tanpa wayar. Selain itu, untuk memenuhi keperluan mereka yang sentiasa bergerak dan memerlukan hubungan internet di mana-mana sahaja mereka berada, kami telah menambah bilangan titik liputan unifi Wifi di seluruh negara, dan sehingga kini, kami telah mewujudkan lebih daripada 9,400 titik liputan di serata pelosok negara.

Pencapaian ini adalah sorotan utama prestasi Tahun Kewangan 2017 (TK2017) kami yang memperlihatkan daya tahan TM di tengah-tengah persekitaran yang mencabar, di mana TM berupaya mempertahankan hasil dan keuntungannya. Pada masa yang sama, ia ternyata amat menggalakkan apabila tumpuan kami yang berterusan terhadap pelanggan telah menempatkan kami dalam kalangan jenama yang paling dipercayai di Malaysia. Pada tahun 2017, kami sekali lagi mencatatkan indeks kepuasan pelanggan yang tinggi, seperti yang telah diukur oleh TRI*M. Kami bukan sekadar melepasi purata industri global, iaitu sebanyak 66, untuk tujuh tahun berturut-turut, malahan melangkaui sasaran kami sendiri, iaitu 73.

Kini, kami memperluaskan sempadan konvergens, dengan mengaburi garis-garis

yang dahulunya dibatasi oleh perkhidmatan tradisional dan seterusnya

menerajui perubahan dengan menawarkan penyelesaian kepada rakyat Malaysia bagi menjadikan hidup mereka lebih mudah.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

53

Seluruh Kumpulan, iaitu kluster perniagaan kami (unifi, TM ONE dan TM GLOBAL), fungsi perniagaan, fungsi pusat dan perniagaan sokongan, telah menetapkan aspirasi baharu di samping sasaran Pelan Perniagaan masing-masing sebagai ikhtiar untuk memotivasi anggota agar mencapai prestasi yang lebih mantap. Ini telah memberi semangat baharu kepada warga kerja kami untuk mencabar keupayaan mereka untuk menjangkaui KPI.

Aspirasi

Kami akan terus mengikuti perkembangan pesat dalam landskap teknologi, dan menerima pakai teknologi terkini mendahului penggiat industri yang lain bagi menyediakan perkhidmatan yang unggul kepada para pelanggan kami dan kekal berada di hadapan sebagai pencetus perubahan. Ia juga merujuk kepada kepantasan kami bekerja di peringkat dalaman serta tahap kelajuan pelaksanaan inisiatif kami.

Pemacuan

Kami wujud untuk menyediakan penyelesaian konvergens buat para pelanggan kami dan menyerlahkan gaya hidup digital mereka bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dengan menggunakan apa-apa peranti. Ini memerlukan pendekatan yang berbeza untuk pelaksanaan, untuk menambah baik perniagaan yang sedia ada dengan tahap digitalisasi lebih tinggi. Menerusi analisis dan kaedah baharu, cara kami bekerja dapat dipertingkatkan dengan lebih efisyen dan dapat menaikkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

Pelaksanaan

OBJEKTIF & STRATEGI KAMI

Pada tahun 2017, kami telah mengenal pasti matlamat baharu untuk mengaitkan objektif dan strategi kami dalam usaha untuk merakam detik-detik perkongsian bermakna dalam kehidupan pelanggan kami. Ini akan diterjemahkan kepada perkongsian perolehan yang lebih besar apabila mereka memperuntukkan bajet yang lebih tinggi untuk keperluan komunikasi dan digital mereka. Perkhidmatan jalur lebar telah menjadi keperluan isi rumah yang kritikal, dan sepenting dengan utiliti lain, jika tidak lebih penting lagi. Kami berpegang pada matlamat untuk menjadi penyedia perkhidmatan komunikasi pilihan rakyat Malaysia untuk memenuhi keperluan tempat kediaman mereka. Ini dapat membantu rakyat Malaysia untuk kekal terhubung kepada dunia digital walau di mana-mana sahaja mereka berada. Kesudahannya, ini akan membawa lebih banyak penciptaan nilai untuk semua pihak berkepentingan; para pelanggan, anggota dan pemegang saham kami.

Kami terus mengekalkan dua teras strategi utama, iaitu Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital, dengan objektif untuk menjadikan hidup lebih mudah. Bagi Memacu Konvergens, kami mengguna pakai teknologi terkini dan menyampaikan produk serta perkhidmatan yang relevan bagi menyalurkan pengalaman digital yang sempurna kepada setiap orang. Ini akan mengekalkan keunggulan kami di dalam industri. Justeru, ia berkait rapat dengan teras untuk Memperkasakan Digital, yang memerlukan ‘pendigitan’ dalam sebahagian besar daripada sistem dan proses dalaman kami demi meningkatkan produktiviti dan kecekapan. ‘Digitalisasi’ turut diperlukan, merangkumi inisiatif-inisiatif pembangunan dan pengenalan aplikasi inovatif untuk memantapkan pengalaman pelanggan dan peluang perniagaan baharu.

Untuk mencapai objektif strategik kami dengan lebih pantas dan cekap, kami telah merangka sebuah model pelaksanaan baharu - PERFEXE 10. Perancangan baharu ini terhasil setelah pihak pengurusan kami mengadakan perbincangan dan penilaian tentang kedudukan Kumpulan sekarang dan sejauh mana serta sepantas mana kami ingin berada. “PERFEXE” adalah singkatan bagi “Perfect Execution” atau Pelaksanaan Sempurna dan nombor “10” menandakan 10 pelan-pelan berkeutamaan tinggi yang diolah untuk memotivasi anggota-anggota secara proaktif dan membawa TM ke peringkat seterusnya. PERFEXE 10 akan menggerakkan inisiatif strategik kami mulai dari sekarang. Ia bertunjangkan prinsip-prinsip berikut:

Perbincangan & Analisis Pengurusan

54

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

MEREALISASI STRATEGI KAMI MENERUSI PERFEXE 10

Yakin sebagai Nilai Mutlak Kami memperkuat unsur yakin dalam inti pati jenama, iaitu ‘Mudah, Diyakini dan Inovatif’ kerana kami percaya adalah penting bagi kami untuk memperoleh keyakinan pelanggan terhadap kemampuan kami dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Seterusnya, keyakinan mereka bakal meraih kesetiaan berpanjangan lantas menyarankan perkhidmatan kami kepada orang lain. Ini memerlukan kecemerlangan perkhidmatan yang konsisten, yang diukur menerusi Skor Penggalak Bersih (NPS) - penunjuk kebarangkalian para pelanggan mempromosi perkhidmatan kami kepada orang lain. NPS menjumlahkan kedua-dua skor pengalaman pelanggan (Cx) sewaktu berinteraksi dengan kami, serta skor pengalaman pengguna (Ux) semasa mereka menggunakan perkhidmatan kami. Keseluruhannya, aspirasi kami adalah untuk menyemat keyakinan sebagai nilai mutlak pada para pelanggan yang sedia ada dan bakal pelangggan.

Menyatukan unifiDalam usaha kami memacu portfolio produk dan perkhidmatan kami ke arah konvergens, kami menggabungkan pelbagai jenama perkhidmatan kami seperti Streamyx, TM WiFi, HyppTV dan webe kepada satu identiti tunggal – unifi. Baru-baru ini, unifi telah diberi nafas baharu dari segi jenama bagi mencerminkan penyempurnaan jenama tunggal yang merangkumi perkhidmatan mudah alih dan TV, di samping penawaran perkhidmatan WiFi di kediaman dan tempat awam. Dengan tindakan strategik menyatukan unifi, kami kini tampil sebagai satu-satunya jenama di Malaysia yang menawarkan keterhubungan internet yang pantas di mana-mana sahaja; sama ada unifi Home untuk talian tetap di rumah, unifi Wifi atau unifi Mobile semasa dalam perjalanan. Ia juga menyajikan aneka tontonan kandungan bertaraf dunia menerusi unifi TV dan unifi PlayTV, dan kesemuanya di bawah satu bumbung jenama unifi. unifi kini menyempurnakan pengalaman konvergens bagi memenuhi aspirasi digital para pelanggan kami.

Mentransformasi Perniagaan unifiDemi mempercepatkan pertumbuhan unifi, kami beralih daripada kaedah konvensional dalam menjalankan perniagaan kepada model penjualan dan pemasaran digital, bagi membolehkan kami menawan dan menarik pelanggan secara pukal melalui aplikasi mudah alih dan WiFi awam. Langkah pertama kami ke arah ini telah bermula pada bulan September dengan pelancaran aplikasi unifi Wifi i-foundit! yang membolehkan para pengguna mencari dan terhubung kepada lebih daripada 9,400 titik liputan di seluruh Malaysia. Dalam menyediakan keterhubungan yang lancar untuk semua rakyat Malaysia dan para pelancong, aplikasi ini akan menjadi gerbang untuk lebih banyak perkhidmatan unifi buat bakal pelanggan. Ini merupakan cara kami untuk membolehkan seramai mungkin bakal pelanggan cuba untuk menikmati unifi, yang diupayakan oleh aplikasi digital.

TM ONE sebagai Pengupaya Digital Industri MenegakKami sedang membentuk TM ONE sebagai pakar penyelesaian perniagaan yang bertumpu untuk industri merentasi sektor swasta dan awam, dan telah mengistilahkan pendekatan kami dalam menyediakan penyelesaian berkaitan industri mengikut keperluan khusus pelanggan kami sebagai ‘verticalisation’. Menggunakan pendekatan ini, penyelesaian bertumpu industri menegak akan ditawarkan berbanding dengan penjualan tradisional yang berasaskan keterhubungan sahaja. Beberapa industri telah dikenal pasti sebagai keutamaan tertinggi untuk penjanaan keuntungan serta-merta. Dikuasakan oleh rangkaian yang selamat, kemudahan Pusat Data bertaraf dunia, serta kepakaran industri untuk ICT, Penyumberluaran Proses Perniagaan (BPO) serta Perkhidmatan Pintar, TM ONE menguasakan para pelanggan untuk merealisasi sepenuhnya potensi peluang digital dan keperluan perniagaan mereka.

Memacu Pertumbuhan dengan TM GLOBALTM GLOBAL merupakan sayap perniagaan global dan borong kami yang memberi perkhidmatan kepada penyedia perkhidmatan komunikasi global dan tempatan. Ia turut memainkan peranan penting dalam menggalakkan pengurangan kos untuk Kumpulan TM. Kluster perniagaan ini berhasrat untuk memacu pertumbuhan perniagaannya menerusi penyetempatan data dan penambahbaikan EBIT dan hasil yang berterusan. Penyetempatan data merujuk kepada menyetempatkan kandungan antarabangsa ke dalam negara bagi meminimumkan jalur lebar antarabangsa dan menawarkan akses yang lebih mudah untuk perniagaan pada harga yang lebih rendah. Tambahan pula, TM GLOBAL sedang memperluaskan perniagaannya dengan menembusi lebih dalam ke pasaran ASEAN menerusi pelbagai perniagaan inovatif dan pengaturan teknologi.

01_

05_

03_

02_

04_

Perbincangan & Analisis Pengurusan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

55

MEREALISASI STRATEGI KAMI MENERUSI PERFEXE 10

Memperkasakan DigitalMemperkasakan Digital melibatkan ‘pendigitan’ (mendorong produktiviti melalui digital) dan ‘digitalisasi’ (perolehan keuntungan perniagaan digital) yang mana digabungkan, akan membolehkan kami meraih sepenuhnya peningkatan produktiviti dan keuntungan baharu daripada peluang digital yang terbentang. Usaha-usaha ini ditadbir oleh jawatankuasa pengurusan tertinggi. Kami telah melancarkan beberapa aplikasi mudah alih untuk Warga Keluarga TM seperti FLOW, untuk komunikasi dan kolaborasi seluruh Kumpulan; GROW, sebuah aplikasi berasaskan awan yang memudahkan anggota untuk maju dalam kerjaya mereka; dan HERO yang menjadi perantara bagi Warga Keluarga TM untuk membantu menyalurkan isu-isu yang dihadapi oleh para pelanggan terus kepada pengurusan Pengalaman Pelanggan untuk penyelesaian yang pantas. Buat para pelanggan kami, wifi@unifi, WiFi Optimiser dan unifi PlayTV boleh didapati melalui AppStore dan Google Play bagi meningkatkan pengalaman unifi mereka. Kesemua aplikasi ini akan sentiasa berada dalam fasa beta memandangkan fungsi-fungsinya akan ditambah baik secara berterusan mengikut keperluan semasa.

Menggalakkan Kegembiraan AnggotaKami percaya bahawa budaya kerja yang positif dengan pengaturan kerja yang berorientasikan hasil dan fleksibel berpotensi untuk menyediakan faedah yang besar untuk anggota secara individu dan organisasi secara amnya, yang diukur oleh Indeks Kegembiraan Utama (KHI). Menyedari bahawa kegembiraan anggota serta produktiviti adalah saling berkaitan, matlamat kami adalah untuk memastikan Warga Keluarga TM disediakan dengan persekitaran, atau suasana kerja yang akan meningkatkan KHI mereka.

Mempercepat Pelaksanaan RangkaianRangkaian kami terus berkembang setiap hari dan kami telah merangka pelan untuk menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada rakyat Malaysia dengan lebih pantas melalui kedua-dua infrastruktur tetap dan tanpa wayar. Bagi menyegerakan pelaksanaannya, kami memberi nafas baharu kepada infrastruktur yang sedia ada dengan menaik taraf kelajuan serta memperkenalkan teknologi baharu dalam komunikasi tanpa wayar. Kami juga telah mengenal pasti bangunan kediaman bertingkat tinggi terpilih di seluruh negara sebagai sebahagian daripada pelan perkembangan dan kami sedang bekerjasama dengan vendor-vendor pilihan untuk pelaksanaan yang cepat dan berkesan.

07_

06_

08_

Meliberasi WiFiKami memiliki kekuatan yang unik menerusi WiFi kerana kami mempunyai liputan yang meluas ke seluruh negara. Kami sedang memantapkan WiFi dengan usaha-usaha memperluas liputan ke lokasi berkepadatan tinggi seperti hab pengangkutan, termasuk lapangan terbang, hotel, pusat membeli-belah, restoran serta pusat penjagaan kesihatan. Kami turut meneguhkan kewujudan jenama kami dengan mengupayakan ‘@unifi’ kepada semua pengecam set perkhidmatan (SSID) WiFi di mana sahaja, merangkumi kediaman, premis komersial dan kawasan awam. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap jenama perkhidmatan kami dan meliberasi mereka untuk menikmati pengalaman unifi yang lancar bukan setakat di rumah, malah di mana sahaja.

Mengerah AsetMengerah aset merujuk kepada pelan kami untuk memaksimumkan penggunaan aset yang sedia ada. Sambil melaksanakan PERFEXE 10 dan mengetengahkan idea inovatif, kami akan terus memastikan pulangan terhadap sumber dalaman dan aset kami yang sedia ada terlebih dahulu. Ini merujuk kepada cara-cara penggunaan aset secara optimum seperti port jalur lebar, WiFi awam, ruang Pusat Data dan kabel dasar laut. Seluruh Kumpulan akan menjuarai inisiatif-inisiatif penjimatan kos bagi memperbaikkan lagi aliran tunai bersih Kumpulan. Penjimatan dan perbelanjaan secara pintar akan kekal sebagai keutamaan, sementara kami mengimbangi model pelaksanaan baharu dan keuntungan kami.

09_ 10_

Tahun 2017 dipenuhi dengan transformasi, namun mencabar buat TM. Meskipun demikian, kami terus berada pada landasan yang tepat dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk mencapai teras strategi kami. KPI dan KHI kami adalah berpandukan strategi PERFEXE 10 yang dibincangkan di atas, dan kami akan terus jadikannya panduan pada tahun 2018.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

56

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

ULASAN PRESTASI KEWANGAN

Berlatarkan persekitaran yang agak mendesak, kami berupaya mengekalkan hasil dan keuntungan yang stabil. Hasil kendalian kami bagi TK2017 adalah sebanyak RM12.09 bilion bersandarkan sumbangan hasil internet yang lebih tinggi; dengan menyaksikan pertumbuhan yang teguh pada kadar 8.3% TKT sehingga mencecah RM3,974.0 juta, meningkat daripada RM3,668.3 juta pada 2016. Ini diterajui oleh kluster perniagaan unifi kami, yang terus menzahirkan cadangan konvergens kami seperti yang dinyatakan. Perkhidmatan internet dan multimedia menyumbang 32.9% kepada jumlah hasil Kumpulan pada 2017, berbanding 30.4% pada 2016.

Walaupun kami berhadapan dengan cabaran dari segi hasil disebabkan oleh persaingan dan perbelanjaan berkaitan ICT yang agak lemah oleh sektor korporat dan awam; kami telah menumpukan usaha ke arah mengoptimumkan kos bagi mengekalkan keuntungan. Terdapat beberapa butiran bukan kendalian yang memberi impak terhadap angka yang dilaporkan, yang kami perjelaskan di bawah.

Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) Dilaporkan Kumpulan bagi TK2017 ialah 5.6% lebih rendah daripada TK2016 sebanyak RM3.58 bilion, sebahagian besarnya disebabkan oleh kos kendalian yang lebih tinggi berkait dengan perkhidmatan mudah alih. EBITDA Ternormal kami pada TK2017 ialah RM3.67 bilion, namun setelah menyingkirkan butiran bukan kendalian seperti kerugian pertukaran asing ke atas penyelesaian perdagangan dan penempatan, ianya adalah 3.9% lebih rendah berbanding TK2016.

Keuntungan Kendalian [Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT)] Kumpulan bagi TK2017 adalah 5.3% lebih rendah berbanding tahun lalu, dengan jumlah RM1.09 bilion. Ini berpunca daripada kos kendalian yang lebih tinggi, biarpun terdapat pengurangan dalam susut nilai dan caj pelunasan. Walau bagaimanapun, kami telah mengekalkan EBIT Ternormal Kumpulan yang berjumlah RM1.19 bilion selepas menyingkirkan kerugian pertukaran asing ke atas penyelesaian

HASIL

RM12.09 bilion

Jumlah perbelanjaan modal (CAPEX)

RM2.76 bilion

sebagai peratusan hasil ialah 22.8%

Keuntungan Kendalian Kumpulan (Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT))

RM1.09 bilion adalah 5.3% lebih rendah berbanding tahun lalu

Dividen tunai interim kedua satu peringkat sebanyak 12.1 sen sesaham atau

RM454.7 juta

Jumlah bayar keluar dividen ialah 21.5 sen sesaham atau

RM808.0 juta

PATAMI Ternormal Kumpulan ialah 1.8% lebih tinggi dengan jumlah

RM863.2 juta

2017

2017

2016

2016

1,048.0

929.7

918.5

776.0

Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) Dilaporkan Kumpulan (RM)

Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Bukan Kawalan (PATAMI)(RM)

juta

juta

14.1% pertumbuhan

19.8% pertumbuhan

perdagangan dan penempatan antarabangsa, serta kerugian pelupusan aset kewangan.

Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) Dilaporkan Kumpulan melonjak 14.1% kepada RM1.05 bilion berbanding RM918.5 juta pada tempoh yang sama tahun lalu. Kami mencatatkan pertumbuhan 19.8% dalam Keuntungan selepas Cukai dan Kepentingan Bukan Kawalan (PATAMI) Dilaporkan Kumpulan berjumlah RM929.7 juta berbanding RM776.0 juta yang diperolehi pada TK2016. Penyebab utamanya adalah keuntungan tukaran asing ke atas peminjaman Kumpulan pada TK2017. Setelah menyingkirkannya, PATAMI Ternormal Kumpulan adalah 1.8% lebih tinggi dengan jumlah RM863.2 juta.

Jumlah perbelanjaan modal (CAPEX) bagi TK2017 sebagai peratusan hasil adalah 22.8%, dengan jumlah RM2.76 bilion, yakni lebih rendah daripada panduan pada S3 2017, disebabkan oleh penyusunan semula keutamaan projek di peringkat dalaman. Perbelanjaan merangkumi 42% daripada jumlah yang telah dibelanjakan kepada akses, diikuti oleh rangkaian teras pada kadar 34% dan baki 24% adalah untuk sistem sokongan.

Seiring dengan dasar dividen, Kumpulan mengisytiharkan dividen tunai interim kedua satu peringkat sebanyak 12.1 sen sesaham atau RM454.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017. Berserta dengan dividen interim pertama sebanyak 9.4 sen sesaham yang berjumlah RM353.2 juta dan dibayar pada 13 Oktober 2017, jumlah bayar keluar dividen adalah sebanyak 21.5 sen sesaham, atau RM808.0 juta. Dividen interim kedua akan dibayar pada 13 April 2018.

Untuk ulasan lebih mendalam berkenaan Prestasi Kewangan kami, sila rujuk buku Penyata Kewangan yang disertakan secara berasingan; dan mengenai Pengurusan Kewangan kami, rujuk kepada Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO Kumpulan), pada muka surat 64 hingga 69, iaitu bahagian berikutnya selepas Perbincangan & Analisis Pengurusan ini.

Untuk ulasan lebih mendalam berkenaan Prestasi Kewangan kami, sila rujuk buku Penyata Kewangan yang disertakan secara berasingan; dan mengenai Pengurusan Kewangan kami, rujuk kepada Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO Kumpulan), pada muka surat 64 hingga 69, iaitu bahagian berikutnya selepas Perbincangan & Analisis Pengurusan ini.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

Prestasi Kewangan (Bagi TK2017)

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

57

unifi

ULASAN OPERASI PERNIAGAAN

Pencapaian Utama pada 2017

Melepasi

1 juta pelanggan unifi

TM ONE melancarkan Pusat Data Teras Iskandar Puteri

(IPDC) dengan perakuan Tahap III

TM GLOBAL menambah

3 rangkaian kabel dasar laut baharu merentasi ASEAN

Pada tahun di bawah kajian, kami meneruskan usaha untuk memastikan para pelanggan kami diperkayakan dengan perkhidmatan konvergens unifi pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, serta menggunakan apa-apa sahaja peranti, yang seterusnya akan membawa lebih makna kepada penyelesaian konvergens kami yang sebenar.

Tahun 2017 menyaksikan kami terus mengembangkan rangkaian kami sehingga mengecapi liputan perkhidmatan unifi yang lebih luas untuk kedua-dua perkhidmatan tetap dan tanpa wayar. Pelan pascabayar unifi Mobile (dahulunya dikenali sebagai webe) telah berjaya mendapatkan sokongan yang padu, dengan daya tarikan tawaran mampu miliknya. Setakat bulan Januari 2018, 10% daripada Isi Rumah TM telahpun melanggan unifi Mobile, dan kami menjangkakan jumlah tersebut akan meningkat lagi dengan pelancaran unifi Mobile hibrid pelan #BEBAS pada hujung bulan Januari 2018.

Kami menyahut seruan Kerajaan untuk menambah baik kebolehmampuan, jangkauan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar. Pada tahun 2017, di bawah Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar (BIP), kami telah berjaya meningkatkan pengalaman digital kediaman-kediaman di Malaysia serta pelanggan- pelanggan PKS dengan menaikkan taraf kelajuan perkhidmatan jalur lebar yang masih dijual pada harga yang sama. Usaha ini mendedahkan penghargaan kami terhadap sokongan serta kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelanggan kami kepada unifi selama ini.

Untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sering berubah-ubah, kami telah mengembangkan perkhidmatan ke segmen pasaran yang baharu, yang secara khususnya menyasarkan sektor pendidikan dan syarikat-syarikat permulaan. Kedua-dua sektor ini merupakan demografik yang dijangka oleh Kerajaan sebagai pendorong penting kepada pembangunan

ekonomi digital negara. Kami telah melancarkan ‘pek pendidikan’ unifi khas untuk golongan remaja, khususnya para pelajar di institusi pengajian tinggi serta pek unifi e-biz untuk e-usahawan.

Setakat ini, kami berpuas hati dengan sambutan pasaran terhadap inisiatif-inisiatif yang telah kami laksanakan sepanjang tahun ini, malahan kami amat berbangga dengan pencapaian hebat unifi Home yang berjaya melepasi jumlah sejuta pelanggan pada bulan Jun 2017. Setakat bulan Januari 2018, jumlah pelanggan kami telah meningkat kepada 1.1 juta, di mana 98% daripadanya melanggani kelajuan 10 Mbps dan lebih tinggi.

Untuk ulasan yang lebih lanjut mengenai perniagaan unifi kami sepanjang tahun ini, sila rujuk di muka surat 73 hingga 75.

Seperti di dalam ulasan Prestasi Kewangan, operasi perniagaan kami terus mengekalkan prestasi biarpun mengharungi keadaan pasaran yang mencabar. Kluster perniagaan utama kami, yang kini dinamakan unifi, TM ONE dan TM GLOBAL begitu sibuk menguruskan serta memenuhi permintaan pelanggan, dan dalam masa yang sama mengukuhkan perkhidmatan keterhubungan teras kami dengan menawarkan pelbagai penyelesaian konvergens. Pada bulan Ogos 2017, kami secara rasminya telah memperkenalkan PERFEXE 10 yang memaparkan pelan-pelan tertentu yang telah dirumuskan khas sebagai panduan kami. Kami akan memastikan pemantauan di atas kemajuan setiap pelan dijalankan secara teliti serta menilai kembali inisiatif-inisiatif tertentu bagi memastikan pelaksanaan pelan-pelan tersebut adalah tepat pada masanya. Walaupun PERFEXE 10 merupakan sebuah pelan jangka masa panjang, kami amat berbangga dengan kemajuan pelan-pelan tersebut di setiap kluster perniagaan setakat ini.

Jumlah pelanggan jalur lebar

2.3 juta

Pelanggan unifi TV

1.1 juta

Nota: Statistik yang dipaparkan adalah setakat 31 Januari 2018

Pelanggan unifi

1.1 juta

Kadar penembusan isi rumah unifi Mobile

10% daripada Isi Rumah TM

Saluran unifi TV

115 (65 saluran berdefinisi tinggi)

98% kelajuan

10Mbps dan lebih tinggi

Perbincangan & Analisis Pengurusan

58

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

seterusnya. Pada bulan November 2017, kami telah menandatangani perjanjian strategik dengan Gamuda Land yang bakal menyaksikan TM menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan rangkaian di Ladang Kundang, Selangor sepanjang empat tahun yang akan datang.

Pada masa yang sama, TM ONE telah terus membangunkan dua Pusat Data yang serba canggih dan terkini di Johor dan Lembah Klang. Kedua-dua Pusat Data ini adalah saling terhubung untuk membentuk kemudahan Pusat Data Teras Berkembar untuk lewahan tinggi. Pada bulan November 2017, suatu pencapaian penting telah diperolehi apabila kami berjaya menyempurnakan dan melancarkan IPDC dengan perakuan pembawa neutral Tahap III. Sejak dilancarkan, 17% daripada ruangnya telah dihuni oleh institusi perbankan dan kewangan yang berprofil tinggi dan pelanggan dari sektor awam, serta lebih banyak ruang telah dikhaskan untuk bakal pelanggan. Kami menjangkakan perniagaan Pusat Data ini akan berkembang dengan lebih pesat lagi apabila Pusat Data Teras Lembah Klang (KVDC) dilancarkan sepenuhnya pada tahun 2018. Satu lagi pencapaian penting pada tahun ini ialah pelancaran Pusat Panggilan baharu TM ONE di Melaka, yang pada masa ini menempatkan lebih daripada 300 orang pegawai khidmat pelanggan yang fasih dalam pelbagai bahasa, antaranya, bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin.

Perbincangan lanjut mengenai rancangan TM ONE dan strateginya boleh didapati di muka surat 79 hingga 81.

Dalam negara, TM GLOBAL terus menyokong pelaksanaan rangkaian LTE, serta membina fiber tapak hala balik mudah alih untuk para pelanggannya.

Untuk bacaan lebih lanjut mengenai projek dan rancangan masa depan TM GLOBAL, sila rujuk di muka surat 84 hingga 85.

TM GLOBAL

TM ONE

Dengan PERFEXE 10, semua akaun yang dahulunya di bawah TM Enterprise, TM Government, GITN, VADS dan VADS Lyfe, kini terletak di bawah satu jenama dan satu organisasi, iaitu TM ONE.

Kluster perniagaan TM ONE menyediakan perkhidmatan serta penyelesaian yang mengupayakan syarikat swasta dan agensi kerajaan untuk mengukuhkan cara kerja mereka. TM ONE berpegang kepada ungkapan ‘Consider IT Done’ bagi menampilkan kepakaran dan kemampuannya di samping menjadi daya penggerak. Perkhidmatan

Pusat Data:

9 di Malaysia, 1 di Hong Kong

Kabel Dasar Laut:

20kabel dasar laut yang merentang

sejauh lebih daripada190,000 km

Titik Kehadiran (PoP)

Antarabangsa:

21 lokasi

Domestik:

9 lokasi

5Pejabat Serantau:

Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong,

Australia, Singapura

Pusat Panggilan:

9 di Malaysia, 3 di Indonesia,

dengan anggaran 8,000 ejen

TM GLOBAL terus memainkan peranan dalam menempatkan Malaysia serta TM sebagai pintu gerbang kepada rantau ASEAN yang ideal bagi seluruh dunia; dan perluasan kabel dasar laut kekal sebagai unsur utama untuk mencapai hasrat ini.

keterhubungan untuk data, internet dan suara disatukan dengan perkhidmatan Pusat Data, ICT dan Penyumberan Luar Proses Perniagaan (BPO), Perkhidmatan Pintar serta penawaran mobiliti bagi membolehkan penyelesaian yang lengkap untuk memenuhi keperluan khusus perniagaan menegak. Kami memperkenalkan suatu pendekatan pasaran yang kami namakan sebagai ‘verticalisation’, yakni menawarkan penyelesaian konvergens untuk industri/perniagaan menegak bagi memenuhi potensi digital mereka sepenuhnya dengan menjadi rakan digital mereka yang percayai .

Sebagai contoh, kami terpilih untuk menyediakan penyelesaian konvergens bagi perniagaan menegak Peruncitan & Hospitaliti menerusi penyertaan perkongsian B2B dengan QSR Brands pada bulan Oktober 2017. Menerusi perkongsian ini, kami akan menyediakan penyelesaian konvergens yang lengkap dengan tembok api, suis dan titik capaian WiFi kepada lebih daripada 1,000 cawangan restoran QSR di seluruh Malaysia untuk tempoh lima tahun

Pada tahun 2017, tiga rangkaian kabel dasar laut baharu telah disempurnakan, iaitu Malaysia-Kemboja-Thailand (MCT), Pintu Gerbang Laluan Nusantara (NuGate) dan Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M). Ini merupakan penambahan yang membawa kepada sejumlah 20 kabel dasar laut dengan laluan gentian melebihi 190,000 km. Pada tahun yang sama, TM GLOBAL turut mewujudkan sebuah Titik Kehadiran (PoP) baharu di Marseilles, Perancis, bagi para penyedia perkhidmatan yang memerlukan keterhubungan ke Eropah.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

59

ULASAN FUNGSI PERNIAGAAN

Di dalam TM, fungsi-fungsi utama perniagaan kami adalah terdiri daripada pelbagai bahagian iaitu - IT&NT serta Pengalaman Pelanggan (CX), yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Pengalaman Pelanggan dan Transformasi (CEMT). Kedua-dua bahagian ini berfungsi untuk menyokong penyampaian dan operasi perkhidmatan yang berhubung dengan pelanggan untuk kluster perniagaan kami. Pusat Digital Kumpulan (GDC) telah menjadi sebuah fungsi pusat teras baharu sejak penubuhannya pada tahun 2017, sejajar dengan teras strategi kami untuk Memperkasakan Digital.

IT&NT dikenali sebagai ‘kilang’ bagi produk dan perkhidmatan TM kerana bahagian ini secara keseluruhannya bertanggungjawab untuk merancang, membina, menyampai, mengendali serta menyelenggara infrastrukur rangkaian dan sistem IT Kumpulan, yang menjadi tempat kebergantungan semua produk dan perkhidmatan kami. Pasukan pakar di bahagian ini bekerja 24/7 untuk memantau dengan teliti rangkaian dan sistem IT kami agar dapat menyampaikan pengalaman pelanggan yang terbaik.

Sorotan Utama

Tumpuan terhadap

memfiberasi bangunan bertingkat tinggi baharu

Lebih daripada 540,000 km gentian dipasang di seluruh negara

Lebih daripada 5TB kapasiti internet antarabangsa

Sorotan Utama

Skor TRI*M Melebihi purata industri global untuk tahun ketujuh berturut-turut

Melancarkan

Aplikasi HERO memperkasa anggota sebagai duta untuk produk dan perkhidmatan kami

Melanjutkan

waktu operasi TM Live Chat 9 pagi sehingga tengah malam

Pada tahun di bawah kajian, IT&NT terus memperluaskan liputan jalur lebar dan WiFi di seluruh negara. Setakat penghujung tahun 2017, lebih daripada 5.3 juta port jalur lebar telah dipasang di seluruh negara, dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 2.6 juta port menyokong kelajuan 10 Mbps dan ke atas, manakala lebih daripada 7,500 titik capaian WiFi telah diberi nafas baharu dengan hala balik berkelajuan tinggi bagi memantapkan pengalaman pelanggan. Menerusi perkongsian dengan para pemaju, IT&NT turut memberi tumpuan kepada usaha memfiberasi bangunan bertingkat tinggi baharu, terutamanya yang berada dalam lingkungan liputan HSBB kami.

Inisiatif lain turut diperkenalkan untuk mengerah aset kami yang sedia ada. Rangkaian dipermudahkan dengan mengguna pakai seni bina yang lebih padu dengan sebuah sistem tunggal yang menggabungkan pelbagai fungsi bagi membolehkan rangkaian kami menyokong peluang perniagaan baharu. Di kawasan SUBB, gelung-gelung kuprum yang terpilih telah digantikan dengan gentian serta dipendekkan bagi mengoptimumkan keupayaan teknologi Talian Digital Pelanggan Dengan Kadar Bit Sangat Tinggi (VDSL). Prestasi Mampan & Penambahbaikan Rangkaian (SPINE) turut diperkenalkan bagi mengurangkan rangkaian tergendala dan aduan pelanggan, serta menambah baik kitaran masa, lantas menyumbang kepada pengurangan kadar kerosakan serta peningkatan pengalaman pelanggan. Selain itu, IT&NT juga telah melancarkan aplikasi mudah alih di dalam TM yang dipanggil EYES yang membolehkan anggota kami membuat laporan kepada pasukan yang berkenaan dengan

sendiri, tentang sebarang kejadian yang berpotensi menyebabkan gangguan perkhidmatan, seperti kerja-kerja penggalian, tiang runtuh atau lurang yang terbuka.

Sebagai tambahan, IT&NT turut meneruskan beberapa inisiatif yang tertumpu kepada proses pendigitan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti Syarikat. Sebuah sistem baharu yang dinamakan Digitalisasi Inventori (CEREBRO) telah dilaksanakan bagi menangani aspek keutuhan data melalui pengautomatan kemas kini inventori rangkaian. Satu lagi inisiatif - Revolusi Digital – Ketangkasan di Net (DRAGON), memberi tumpuan kepada pendigitan proses pengurusan projek dari hujung ke hujung. Selain itu, TM SWIFT+ (Sistem Pengurusan Tenaga Kerja) juga telah diperkenalkan sebagai platform untuk mendigitalkan proses jaminan dan proses memenuhi keperluan. Keupayaan sistem IT kami telah dipercepatkan dengan mewujudkan ‘seni bina dua kelajuan’, di mana domain yang berhubung dengan pelanggan ditangani oleh Sistem Penglibatan manakala domain yang berhubung dengan rangkaian ditangani oleh Sistem Rekod.

IT&NT - KILANG PRODUK & PERKHIDMATAN KAMI

Dalam industri perkhidmatan yang serba berdaya saing, adalah penting bagi kami untuk memastikan pengalaman para pelanggan sewaktu berinteraksi dengan kami adalah berbeza daripada yang lain, agar dapat menarik mereka untuk sentiasa kekal bersama kami sebagai penyedia perkhidmatan yang diyakini. Dalam TM, bahagian Pengalaman Pelanggan (CX) kami menyokong teguh usaha untuk memastikan bahawa setiap interaksi pelanggan dengan kami adalah menyenangkan, mudah dan tidak dapat dilupakan.

CX - MEMUPUK KEYAKINAN MENERUSI PENGALAMAN PELANGGAN

Perbincangan & Analisis Pengurusan

60

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Sorotan Utama

Melancarkan

unifi.com.my portal layan diri

Melancarkan

hub@tm, sebuah pusat sehenti untuk semua aplikasi berkaitan TM

Melancarkan lebih daripada

20 aplikasi untuk anggota dan pelanggan kami

TM telah berusaha ke arah ini sejak tahun 2015, sewaktu perangkaan hala tuju Budaya Perkhidmatan yang akan mengambil masa selama enam tahun. Fasa pertama hala tuju tersebut (2015-2016) adalah untuk pembinaan asas yang teguh bagi menyediakan perkhidmatan yang cemerlang. Kami kini berada dalam fasa kedua yang berkisar tentang ‘Menyemarakkan Kesungguhan untuk Memberi Khidmat’ di mana anggota dipastikan benar-benar menghayati apa yang dimaksudkan dengan ‘organisasi berorientasikan perkhidmatan’.

Inisiatif utama dalam usaha kami untuk memupuk inovasi dalam Budaya Perkhidmatan, ialah HERO, suatu aplikasi mudah alih yang dicipta dan dibina di dalam TM dengan tujuan untuk menggalakkan penghayatan terhadap budaya perkhidmatan di kalangan Warga Keluarga TM. HERO telah dirangka bagi membolehkan anggota berkhidmat sebagai duta bagi produk dan perkhidmatan kami, serta memperkasakan anggota untuk melaporkan sebarang permintaan atau aduan yang diterima daripada pelanggan terus kepada pasukan sokongan yang bersesuaian untuk tindakan segera.

Berpandukan strategi Memperkasakan Digital, kami berusaha memahami permintaan pasaran semasa terhadap kemudahan digital serta memberi tumpuan untuk merangka laluan ke arah pengupayaan pengalaman pelanggan digital. Pelanggan- pelanggan yang memilih untuk mendapatkan bantuan sokongan daripada kami akan diperkayakan dengan pengalaman saluran omni menerusi saluran digital seperti TM Live Chat, laman sosial, aplikasi mudah alih serta alat usaha sendiri dalam talian.

Kami turut menambah baik TM Live Chat sebagai salah satu inisiatif untuk menyegerakan penyelesaian isu-isu pelanggan unifi. Bilangan anggota pasukan kami yang mengendali TM Live Chat turut ditambah, manakala waktu operasi dilanjutkan dari pukul 9 pagi ke 8 pagi sehingga tengah malam setiap hari. Kami menjangkakan bahawa 80% daripada interaksi dengan pelanggan akan dialih kepada saluran digital, yang mana ianya bukan sahaja untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, bahkan akan turut menyumbang kepada penjimatan kos operasi pada masa hadapan.

GDC merupakan fungsi pusat yang baharu ditubuhkan bagi merealisasi aspirasi kami untuk Memperkasakan Digital. Tumpuan utamanya merangkumi ‘pendigitan’ proses dan sistem yang sedia ada untuk beralih daripada kaedah tradisional ke arah digital untuk melengkapkan sesuatu kerja, di mana usaha ini akan membolehkan TM memantapkan perkhidmatan dan interaksinya dengan pelanggan serta anggota. GDC turut mengusahakan inisiatif ‘digitalisasi’ bagi mencipta peluang perniagaan baharu untuk TM yang dipacu oleh digital. Sungguhpun GDC baru sahaja ditubuhkan pada awal tahun 2017, ia telah meraih pelbagai kejayaan dalam perjalanan ke arah ‘pendigitan’ dan ‘digitalisasi’ TM. Ini membuktikan dedikasi yang didukung oleh GDC dalam merealisasi strategi Memperkasakan Digital. Paling menyerlah, pada September 2017, GDC telah melancarkan portal web unifi.com.my, iaitu portal tunggal layan diri untuk interaksi berkenaan perkhidmatan berkaitan unifi, yang membolehkan pelanggan memohon atau menaik taraf perkhidmatan mereka, menyemak penggunaan, membayar bil serta menyelesaikan masalah dalam talian dengan berbual dengan ejen-ejen untuk mendapatkan bantuan sokongan.

GDC, dengan kerjasama daripada beberapa bahagian lain buat julung kalinya telah menganjurkan Sidang Kemuncak CX Digital TM 2017 pada bulan Ogos, bagi mewujudkan kesedaran dan keterujaan terhadap pemerkasaan digital di kalangan Warga Kerja TM. Acara tersebut telah mempamerkan inovasi digital daripada serata organisasi di samping sesi perbincangan dan dialog oleh para pemimpin dan pakar industri. Beberapa inisiatif telah diperkenalkan

Perbincangan & Analisis Pengurusan

PUSAT DIGITAL KUMPULAN (GDC) - MEREALISASI ASPIRASI KAMI UNTUKMEMPERKASAKAN DIGITAL

semasa acara tesebut, seperti pelancaran hub@TM, sebuah pusat sehenti bagi semua aplikasi yang dicipta untuk Warga Keluarga TM seperti FLOW, GROW, HERO, Helo dan TMmedic. Pada masa yang sama, MoU turut ditandatangani dengan GRAB untuk bekerjasama dalam beberapa urusan perniagaan demi memperoleh faedah untuk kedua-dua belah pihak. Akhir sekali, acara tersebut telah mengetengahkan perkongsian TM dengan syarikat-syarikat permulaan seperti Instaweb, Wariscan dan Drawzania yang bertujuan untuk memperkasakan mereka untuk beranjak ke arah digital. Sehingga kini, GDC telah melancarkan lebih daripada 20 aplikasi untuk anggota dan pelanggan kami.

Dalam usaha untuk menempatkan TM sebagai pemimpin inovasi digital, adalah amat penting bagi TM untuk memiliki bakat digital yang sewajarnya. Justeru itu, GDC menjalin kerjasama erat dengan Modal Insan Kumpulan untuk membangunkan rangka kerja Bakat Digital.yang memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan kemahiran anggota yang sedia ada di samping mengambil kemahiran pakar dari luar, menawarkan imbuhan yang kompetitif untuk menarik bakat baru di samping mengekalkan bakat yang sedia ada, membentuk laluan kerjaya khusus untuk anggota yang berkemahiran dan menobatkan TM sebagai syarikat yang terkenal dalam mencungkil serta mencipta bakat berkepakaran dalam bidang digital.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

61

KE ARAH TENAGA KERJA YANG DIPERKASAKAN OLEH DIGITAL

Di TM, kami sedia maklum tentang kepentingan setiap anggota dalam mencapai matlamat serta objektif Kumpulan. Sungguhpun barisan kepimpinan kami yang memikul tanggungjawab ke arah menjayakan visi serta strategi Syarikat, namun Warga Keluarga TM yang selainnya pula memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkannya kepada kerja-kerja seharian. Sebagai majikan pilihan, kami sentiasa komited untuk memastikan semua aspek motivasi dan kesejahteraan anggota kami adalah dipenuhi. Hari ini, tatkala kami berusaha untuk menjadi satu-satunya Peneraju Konvergens Malaysia yang dipercayai, kami akan terus memastikan anggota kami diperkasa untuk menyumbang kepada kembara Kumpulan ke arah digital di samping memberi keyakinan kepada mereka bahawa TM adalah tempat yang membuka peluang untuk mereka menempa kejayaan.

Dalam persiapan TM menerajui era digital, warga kerja kami perlu membuat persediaan secara berterusan sesuai mengikut keperluan dan peredaran zaman. Pembentukan GDC merupakan langkah pertama kami dalam menerajui kembara digital kami, di mana warga kerja kumpulan tersebut merupakan peneraju digital yang terpilih dari serata Kumpulan. Bersama dengan peneraju-peneraju digital ini, GHCM telah membentuk suatu rangka kerja bagi memantapkan kecekapan serta kebolehan digital di kalangan anggota kerja kami. Pelbagai pelaburan yang berkaitan dengan latihan dan program berkaitan digital telah dijalankan, antaranya adalah perkongsian dengan Stanford D. School untuk melatih dan mentauliah 15 anggota yang terpilih sebagai pakar dalam Reka Minda. Salah satu usaha untuk memupuk budaya inovatif di kalangan warga kerja adalah dengan menganjurkan sebuah bengkel reka minda yang telah diadakan secara besar-besaran pada 8 Mac 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor yang berjaya menarik 1,000 penyertaan dari seluruh negara. Di samping itu, kami juga telah menganjurkan hackathon untuk memangkin kreativiti anggota ke tahap yang lebih tinggi.

Proses dan sistem sumber manusia kami juga telah melalui revolusi digital di mana sistem pengurusan prestasi untuk anggota eksekutif yang terdahulu telah digantikan dengan GROW, iaitu sebuah aplikasi berasaskan awan yang membolehkan anggota merancang, mengurus dan menjejaki perkembangan kerjaya mereka.

Penggunaan ‘Analytics’ merupakan salah satu usaha penting yang diterapkan agar membolehkan budaya kerja yang fleksibel serta berorientasikan hasil. Inisiatif ini membolehkan Syarikat menghasilkan rangka kerja pengurusan sumber manusia yang lebih dinamik dan teguh dan seterusnya memacu untuk memastikan tenaga kerja TM digunakan secara optimum keseluruhannya. Meskipun masih di peringkat awal, kami percaya dengan memperkenalkan budaya fleksibiliti di tempat kerja yang berpandukan analisis yang kukuh, ianya akan dapat menyumbang kepada produktiviti yang lebih tinggi serta kegembiraan di kalangan tenaga kerja TM secara keseluruhannya.

TANGGUNGJAWAB KORPORAT DAN KELESTARIAN

Visi kami di TM adalah untuk Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah, demi Kesejahteraan Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, kami terus menempatkan prinsip tanggungjawab korporat sebagai nadi kepada rangka kerja kelestarian. Ini merupakan landasan yang penting untuk membina nilai mampan kepada para pemegang saham kami. Strategi tanggungjawab korporat kami adalah bahagian yang penting dalam merealisasi objektif teras kelestarian. Sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan pembina negara, kami adalah sebahagian dari golongan berkepentingan di dalam fabrik sosial Malaysia. Kami berbangga dan mengambil serius terhadap peranan kami ini.

Kehadiran Revolusi Industri 4.0 memerlukan tenaga kerja Malaysia mencapai set kemahiran yang tertentu agar tidak ketinggalan untuk kemajuan ini. Di samping memastikan warga kerja kami memperoleh pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan, TM turut memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pendidikan untuk rakyat Malaysia, dan menyokong wawasan Kerajaan untuk membina sebuah negara berpendapatan tinggi yang didorong oleh tenaga kerja yang berkemahiran. Menerusi Universiti Multimedia (MMU), institusi pendidikan yang dimiliki oleh kami sepenuhnya, kami menawarkan pendidikan berkualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi menyumbang ke arah pembentukan bakat-bakat masa depan dalam era digital. Manakala, melalui biasiswa Yayasan TM (YTM) kami turut menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih untuk melanjutkan pendidikan tinggi di luar dan dalam negara. Seiring dengan itu, kami turut menyokong agenda pendidikan Kerajaan dengan menyumbang kepada sekolah-sekolah luar bandar di bawah Program Sekolah Angkat TM. Kami juga menggalakkan penerapan inovasi di dalam pendidikan melalui program-program TM 3Ducation dan TM Robotics. Selain itu, kami turut menggalakkan kecemerlangan pendidikan melalui sukan menerusi program TM-CoachUnity yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah luar bandar untuk berjaya dalam sukan dan akademik.

Pelbagai projek keusahawanan juga telah dilaksanakan di Lembah Klang dan Kemaman, di mana kami berkongsi ilmu perniagaan dengan para usahawan Malaysia. TM turut mengetuai Rangkaian Tindak Balas dan Bantuan Bencana GLC (GDRN), dan bersama-sama dengan GLC yang lain, bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memberi bantuan ketika berlakunya bencana alam di Malaysia.

Kami turut berada di barisan hadapan di kalangan syarikat-syarikat korporat dalam usaha untuk memulihara alam sekitar di sekeliling tempat kami beroperasi. Di premis-premis perniagaan terpilih, kami memantau secara berterusan penggunaan tenaga, emisi GHG dan jejak peninggalan karbon. Ilmu yang diperolehi daripada inisiatif hijau kami telah dikongsikan bersama dengan pelajar-pelajar sekolah serta pihak-pihak yang berkenaan melalui program kesedaran alam sekitar .

Kami telah memperincikan inisiatif tanggungjawab sosial korporat kami dalam Penyata Kelestarian di muka surat 16 hingga 19 dan juga dalam Laporan Kelestarian yang berasingan.

Hari ini, tatkala kami berusaha untuk menjadi satu-satunya Peneraju Konvergens Malaysia yang dipercayai, kami akan terus memastikan anggota kami diperkasa untuk menyumbang kepada kembara Kumpulan ke arah

digital Kumpulan di samping memberi keyakinan kepada mereka bahawa TM adalah tempat yang membuka peluang untuk mereka menempa

kejayaan.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

62

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Perancangan kami adalah fleksibel bersesuaian dengan perubahan semasa, sambil mengekalkan fokus jitu terhadap matlamat akhir kami, yakni Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital.

Bagi kluster perniagaan unifi, kami menjangkakan perkhidmatan unifi akan menjadi penyumbang utama kepada prestasi Kumpulan. Ini dibuktikan daripada pertumbuhan pelanggan yang konsisten dan juga peningkatan trend menaik taraf kelajuan kepada lebih daripada 10 Mbps.

Tambahan lagi, kami terdorong dengan pencapaian unifi Mobile yang telah berjaya menembusi 10% ke dalam Isi Rumah TM sehingga kini. Kami yakin trend ini akan berterusan dengan pelancaran pelan #BEBAS yang baharu, serta proposisi menarik lain yang sedang dalam perancangan kami. Menerusi penawaran konvergens unifi, kami akan memperkasa gaya hidup digital yang diidamkan bagi mengekalkan pelanggan sedia ada, sambil berusaha menarik lebih ramai lagi untuk menyertai kami, terutamanya pelanggan-pelanggan di bangunan bertingkat tinggi dan kawasan lingkungan WiFi.

Bagi TM ONE, kami menjangkakan akan terus berhadapan dengan cabaran yang berterusan memandangkan pelanggan dari kedua-dua sektor swasta dan awam amat mementingkan pengurangan kos di samping mengharapkan perkhidmatan yang terbaik. TM ONE dan TM GLOBAL juga akan menangani cabaran ini dengan menawarkan perkhidmatan inovatif yang kos efektif sambil terus meneroka peluang perkongsian baharu. Kami berharap untuk mendapat daya tarikan yang lebih tinggi dalam perniagaan Pusat Data apabila KVDC disempurnakan sepenuhnya dan dihubungkan dengan IPDC melalui rangkaian yang sama pada tahun 2018.

Kumpulan TM turut menjangkakan potensi peluang pertumbuhan baharu menerusi TM GLOBAL. Tumpuan TM GLOBAL seterusnya adalah untuk terus memacu pertumbuhan perniagaan dengan menjana hasil selain daripada perkhidmatan keterhubungan. TM GLOBAL akan terus memainkan peranan penting dalam mendorong pengurangan kos di seluruh Kumpulan dengan mengurus keperluan untuk jalur lebar antarabangsa, pengembangan perayauan WiFi antarabangsa, mengupayakan teknologi penyampaian media, serta mengurangkan kos perkhidmatan LTE dan perkhidmatan TM yang lain. TM GLOBAL juga akan memimpin usaha untuk mengukuhkan kedudukan kami di rantau ASEAN menerusi perkongsian strategik dan kerjasama. Kami sentiasa mengadakan perbincangan dengan rakan niaga yang berpotensi dan berharap dapat mengumumkan kolaborasi baharu tidak lama lagi.

PENGURUSAN RISIKO

Sebagai sebuah Kumpulan, kami sentiasa memantau risiko-risiko yang dapat mempengaruhi perniagaan kami dan seterusnya mempersiapkan langkah-langkah yang bersesuaian untuk mengurus dan mengurangkan risiko-risiko tersebut . Sejak sekian lama, kami telah mewujudkan sebuah Tadbir Urus dan Rangka Kerja bagi Pengurusan Risiko Perniagaan (ERM) untuk melaksanakan fungsi tersebut. Ketua Penyelaras Risiko telah dilantik di semua bahagian utama Kumpulan bagi menyelaras aktiviti dan budaya pengurusan risiko yang efektif.

Sepanjang tahun di bawah ulasan, persaingan pasaran yang begitu sengit telah menyaksikan para penyedia perkhidmatan bertarung untuk menawarkan nilai perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi jangkaan dan permintaan pelanggan yang semakin meningkat, terutamanya keinginan mereka terhadap gaya hidup digital yang lebih bermakna.

Selain daripada untuk membimbing organisasi dalam melaksanakan pelan-pelan yang berkeutamaan tinggi, PERFEXE 10 turut dirangka untuk mengambil kira risiko persaingan dan yang mungkin boleh menyebabkan jurang di dalam hasil pendapatan. Menerusi PERFEXE 10, pelaksanaan pelan-pelan kami berupaya mengenal pasti risiko operasi perniagaan kami terlebih dahulu, yang seterusnya membolehkan kami mengambil langkah-langkah untuk mengurangkannya.

Keselamatan siber terus menjadi faktor risiko yang penting di dalam usaha kami ke arah Memperkasakan Digital dan seterusnya bergerak maju ke arah dunia IoT serta teknologi disruptif seperti Rangkaian Takrifan Perisian (SDN) dan Rangkaian Fungsi Maya (NFV). Pada tahun ini, kami telah berdepan dengan beberapa serangan siber global, termasuk serangan perisian hasad dan tebusan, yang juga dikenali sebagai ransomware. Bagi menangani ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar ini, kami memberi lebih tumpuan kepada usaha memantapkan kawalan keselamatan logik serta menggantikan firewall sedia ada dengan yang terkini, dilengkapi keupayaan yang lebih tinggi. Kemaskini perisian yang berterusan serta program-program kesedaran turut diadakan di kalangan Warga Keluarga TM bagi meminimumkan ancaman siber.

Penekanan yang diberikan ke atas strategi teras kami untuk Memperkasakan Digital, akan mengalami risiko sekiranya ada sebarang kekurangan dalam keupayaan digital kami kerana ianya boleh menghalang kejayaan program transformasi digital kami yang telah dirangkakan. Oleh yang demikian, kami telah menubuhkan Majlis Digital yang ditadbir oleh GDC, untuk memantau situasi-situasi yang membolehkan risiko dikurangkan. Majlis Digital ini adalah di bawah pengendalian Ketua Pegawai Digital kami bagi memastikan kejayaan program digital kami.

MEMACU KE HADAPAN PADA 2018

Di TM, kami meramalkan tahun 2018 akan kekal positif meskipun persaingan dan ketidakpastian menyelubungi industri. Menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), pertumbuhan ekonomi Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 5.9% pada 2017, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan diperkukuhkan lagi dengan permintaan global. Melangkah ke hadapan, ekonomi Malaysia dijangka tumbuh pada kadar 5.4% pada 2018, sekali lagi dipacu oleh permintaan domestik.

Pada tahun-tahun yang mendatang, kami akan terus bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk yang di luar jangkaan.

Perbincangan & Analisis Pengurusan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

63

Pada tahun-tahun yang mendatang, kami akan terus bersedia untuk

menghadapi segala kemungkinan termasuk yang di luar jangkaan.

Perancangan kami adalah fleksibel dan bersesuaian dengan perubahan semasa, sambil mengekalkan fokus yang jitu terhadap matlamat akhir

kami, yakni Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital.

Dari sudut pandangan Fungsi-Fungsi Perniagaan pula, IT&NT akan memberi fokus kepada inisiatif-inisiatif yang akan memantapkan lagi pengurusan tenaga kerja, menambah baik rangkaian dan membina momentum pendigitan, dengan menumpukan usaha untuk merealisasikan tujuh keutamaan yang merangkumi pengenalan dan pembentukan SDN/NFV, menzahirkan infrastruktur dan menyokong pelbagai inisiatif PERFEXE 10 seperti memperkembangkan liputan WiFi dan rangkaian LTE serta menguasai bangunan bertingkat tinggi. Kesemua usaha ini merupakan tambahan kepada usaha-usaha lain seperti pemberian nafas baharu kepada jaluran tembaga bagi menambah baik kualiti aset sedia ada serta menyediakan analitik data dan memperolehi pemahaman yang mendalam agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih mantap.

Kami juga bercadang untuk menyepadukan sepenuhnya rangkaian kami dengan IT untuk menghasilkan konvergens digital yang lengkap, lantas mencipta peluang-peluang perniagaan, serta memastikan kos diurus dengan cekap. Kami berikhtiar untuk meningkatkan kecemerlangan operasi perkhidmatan demi faedah Kumpulan serta para pelanggan kami.

Bagi CX pula, fokus adalah terarah kepada penyediaan landasan untuk memperoleh pandangan holistik tentang pengalaman pelanggan. Landasan ini akan dijadikan pemangkin untuk usaha-usaha penambahbaikan menerusi dua aspek: pengalaman digital pengguna, dan rekaan inovatif yang berpaksikan insan dan tingkah laku.

Sementara itu, GDC akan mengutamakan beberapa bidang penting. Pertamanya, fokus akan diberikan kepada usaha memperkayakan pengalaman pelanggan menerusi interaksi secara digital seiring dengan langkah kami ke arah digitalisasi yang sepenuhnya pada tahun-tahun yang mendatang. Portal layan diri unifi akan terus dibangunkan sebagai gerbang utama untuk para pelanggan. Penaiktarafan akan dilaksanakan agar para pelanggan dapat berinteraksi dan membantu sesama sendiri melalui ‘crowdsourcing’ dengan unsur permainan. Dengan memanfaatkan pembelajaran yang diperoleh daripada portal layan diri unifi, GDC akan mereplikasikan portal yang sama untuk pelanggan perusahaan dengan kerjasama TM ONE.

Akhir kata dalam mengorak langkah ke hadapan pada tahun 2018, kami akan terus berpandukan strategi Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital dalam setiap perkara yang dikerjakan. Dengan berpandukan kepada PERFEXE 10, kami yakin akan melaksanakan pelan-pelan dengan lebih tertumpu dan cekap. Kami ingin menjemput semua pemegang-pemegang saham dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk turut berkongsi semangat optimis kami terhadap masa depan TM yang diyakinkan oleh rekod prestasi kami yang telah terbukti berjaya menzahirkan pertumbuhan serta pulangan. Lebih-lebih lagi, kami ingin mengukuhkan komitmen serta kedudukan TM sebagai satu-satunya institusi kebangsaan yang diberi kepercayaan untuk membangun dan melindungi unsur yang teras dalam masa depan digital Malaysia iaitu telekomunikasi. Sesungguhnya komitmen ini tidak akan mengurangkan peranan kami yang unik sebagai rakan kongsi dalam pembinaan negara dan, pastinya, sebagai Peneraju Konvergens Malaysia. Ayuh, mari kongsikan semua detik-detik indah anda bersama kami, izinkan kami membantu menjadikan hidup dan perniagaan anda lebih mudah, demi kesejahteraan Malaysia.

Dato’ Sri Mohammed Shazalli RamlyPengarah Urusan/

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Datuk Bazlan Osman Pengarah Eksekutif/

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

Kumpulan

Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

64

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

NOR FADHILAH MOHD ALIKetua Pegawai Kewangan Kumpulan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

65

Kami mencapai hasil kendalian yang stabil di dalam sektor yang rata-ratanya merekodkan

penurunan dengan mencatatkan hasil kendalian sebanyak RM12.09 billion, didorong oleh hasil

internet & multimedia yang lebih tinggi.

Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

BERDAYA SAING DENGAN DISIPLIN KEWANGAN YANG UTUH

2017 merupakan tahun yang membuktikan daya tahan TM dalam menghadapi persekitaran yang mencabar. Cabaran lanskap ini menuntut keteguhan fokus kami terhadap disiplin dan kecekapan pengurusan kewangan demi memacu organisasi ke tahap yang lebih tinggi.

Kami mencapai hasil kendalian yang stabil di dalam sektor yang rata-ratanya merekodkan penurunan dengan mencatatkan hasil kendalian sebanyak RM12.09 billion, didorong oleh hasil internet & multimedia yang lebih tinggi. Prestasi ini disebabkan oleh peningkatan jumlah pelanggan unifi mobile dan kediaman. Pelaburan yang lebih rendah dari sektor swasta dan awam merupakan faktor utama pengurangan hasil data pada tahun 2017, manakala hasil suara masih menunjukkan prestasi merundum akibat daripada penurunan jumlah pelanggan serta penggunaan, namun dapat disokong oleh sumbangan borong yang lebih tinggi di TM GLOBAL. Walaupun demikian, TM ONE menunjukkan prestasi yang menggalakkan pada suku tahun keempat, dimana kami mengharapkan ia petanda bahawa keadaan akan menjadi bertambah baik dan harus kami pantau dengan teliti.

Dari segi kos, peningkatan kos kendalian sebahagian besarnya didorong oleh perkembangan dalam mobiliti dan juga faktor luaran seperti turun naik nilai mata wang asing. Hal ini telah mengakibatkan EBITDA Kumpulan bagi tahun 2017 lebih rendah pada kadar 5.6% daripada tahun 2016, iaitu sebanyak RM3.58 bilion.

Setelah mengasingkan elemen-elemen bukan kendalian seperti kerugian pertukaran mata wang asing ke atas penyelesaian perdagangan dan simpanan, EBITDA Dinormalisasi kami adalah 3.9% lebih rendah. EBIT Kumpulan bagi tahun 2017 adalah 5.3% lebih rendah pada jumlah RM1.09 bilion, manakala EBIT Dinormalisasi Kumpulan adalah 0.2% lebih tinggi daripada tahun 2016, sebanyak RM1.19 bilion.

Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

66

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

IMTN 001 IMTN 002 IMTN 003 IMTN 004 IMTN 005 IMTN 006 IMTN 007 IMTN 008 IMTN 009 IMTN 010 IMTN 011 IMTN 012 IMTN 013 IMTN 014 IMTN 015

Kupon 4.50% 4.20% 4.20% 4.00% 3.95% 3.95% 3.93% 4.30% 4.82% 4.738% 4.55% 4.55% 4.23% 4.88% 4.58%

Tarikh Matang

25 Jun 2021

13 Sep 2021

10 Dis 2021

13 Mei 2022

19 Dis 2022

28 Apr 2023

23 Jun 2022

18 Dis 2020

21 Mac 2024

27 Jun 2024

7 Okt 2024

20 Dis 2024

10 Jun 2022

28 Nov 2025

3 Sep 2027

Prinsipal (RM)

300,000,000 300,000,000 200,000,000 250,000,000 300,000,000 400,000,000 250,000,000 200,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 500,000,000

Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

Kami mencatatkan sejumlah RM1.05 bilion bagi PBT Dilaporkan Kumpulan, iaitu 14.1% lebih tinggi serta peningkatan yang memberangsangkan pada kadar 19.8% dalam PATAMI Dilaporkan Kumpulan yang berjumlah RM929.7 juta berbanding RM776.0 juta pada tahun 2016. Penyumbang utama kepada peningkatan ini adalah daripada laba pertukaran mata wang asing ke atas pinjaman Kumpulan pada tahun lalu. Tanpanya, PATAMI Dinormalisasi Kumpulan adalah 1.8% lebih tinggi, sebanyak RM863.2 juta.

Sambil TM agresif melaksanakan pelannya untuk Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital, kami perlu menumpukan fokus yang lebih teliti terhadap aliran tunai dan nisbah kendalian kami bagi memastikan kami dapat mengekalkan tahap kemajuan di samping mencipta nilai mampan buat pihak berkepentingan kami.

Jumlah perbelanjaan modal kami bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM2.76 bilion, atau 22.8% daripada hasil. Daripada jumlah tersebut, 42% daripadanya telah dibelanjakan untuk capaian, diikuti oleh 34% diperuntukkan untuk perbelanjaan rangkaian teras serta baki 24% lagi untuk sistem sokongan. Perbelanjaan modal pada tahun lalu adalah lebih rendah daripada panduan awal dan juga berbanding tahun 2016. Pengurangan perbelanjaan modal tersebut adalah disebabkan oleh penyusunan semula prioriti dalam projek-projek syarikat.

Kami menutup tirai tahun ini dengan baki tunai yang kukuh berjumlah RM1.72 bilion, dengan aliran keluar utama sejajar dengan fasa pelaburan yang tinggi serta pengembangan operasi kami. Kami mengawal dengan teliti bilangan hari pungutan dan Belum Terima Perdagangan (AR), khususnya daripada pelanggan perkhidmatan terurus, dengan tersedianya inisiatif kredit dan pungutan yang bersesuaian.

Kami sentiasa berhati-hati dalam memastikan kedudukan kewangan kami kukuh dan mengekalkan nisbah hutang dalam lingkungan panduan penimbal, iaitu 2.5x Hutang Kasar/EBITDA bagi memelihara kedudukan kredit gred pelaburan TM. Pada tahun 2017, nisbah Hutang Kasar/EBITDA kami adalah pada 2.3x. Keadaan ini membolehkan kami terus mampu memperkembangkan operasi TM, sama ada melalui program sedia ada atau dengan hutang baharu.

PENARAFAN KREDIT TM

RAM AAA

Moody’s A3 (kredit dasar a3)

S&P A- (sacp a-)

Fitch A-

HUTANG SEDIA ADA TM PADA 31 DISEMBER 2017

Hutang Mata Wang Tempatan

TMISIS B

Kupon 4.870%

Tarikh Matang 28 Dis 2018

Prinsipal (RM) 925,000,000

Nota: TMISIS ialah singkatan bagi Sekuriti Pendapatan Terikat Islam TM

Nota:

(i) ICP adalah singkatan bagi Kertas Komersil Islam dan IMTN adalah singkatan bagi Nota Jangka Sederhana Islam

(ii) IMTN 001 hingga IMTN 007 telah diterbitkan di bawah program ICP/IMTN sehingga RM2.0 bilion

(iii) IMTN 008 hingga IMTN 015 telah diterbitkan di bawah program ICP/IMTN sehingga RM3.0 bilion

Hutang Mata Wang Asing

Bon Yankee

Kupon 7.875%

Tarikh Matang 1 Ogos 2025

Prinsipal (USD) 300,000,000

Pinjaman USD

Kadar Faedah 3mLibor + 0.91%

Tarikh Matang 30 Okt 2020

Prinsipal (USD) 100,000,000

Nota:

(i) Pengaturan swap telah dibuat untuk pinjaman USD kepada pendedahan RM dengan purata kadar faedah

sebanyak 4.01%

EMTN 001 EMTN 002 EMTN 003

Mata Wang USD USD USD

Kupon 3.70% 1mLibor + 1.35%

3.422%

Tarikh Matang 25 Feb 2026 21 Ogos 2023 15 Nov 2026

Prinsipal (RM) 50,000,000 50,000,000 75,000,000

Nota:

(i) EMTN adalah singkatan bagi Nota Jangka Sederhana Euro.

(ii) EMTN 001 hingga EMTN 003 telah diterbitkan di bawah program sukuk EMTN pelbagai mata wang

sehingga USD750.0 juta, yang berasaskan Islamik.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

67

IMTN 001 IMTN 002 IMTN 003 IMTN 004 IMTN 005 IMTN 006 IMTN 007 IMTN 008 IMTN 009 IMTN 010 IMTN 011 IMTN 012 IMTN 013 IMTN 014 IMTN 015

Kupon 4.50% 4.20% 4.20% 4.00% 3.95% 3.95% 3.93% 4.30% 4.82% 4.738% 4.55% 4.55% 4.23% 4.88% 4.58%

Tarikh Matang

25 Jun 2021

13 Sep 2021

10 Dis 2021

13 Mei 2022

19 Dis 2022

28 Apr 2023

23 Jun 2022

18 Dis 2020

21 Mac 2024

27 Jun 2024

7 Okt 2024

20 Dis 2024

10 Jun 2022

28 Nov 2025

3 Sep 2027

Prinsipal (RM)

300,000,000 300,000,000 200,000,000 250,000,000 300,000,000 400,000,000 250,000,000 200,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 300,000,000 500,000,000

Sebelum pengasingan pada 1 April 2008, TM telah membentuk iltizam dividennya menerusi penyata dasar dividen seperti berikut:

“Dalam menentukan nisbah pembayaran dividen bagi mana-mana tahun kewangan selepas Pengasingan yang Dicadangkan, Syarikat kami bercadang untuk menggunapakai polisi dividen yang progresif dalam membolehkan kami memberikan dividen yang stabil dan berkekalan kepada pemegang-pemegang saham kami di samping mengekalkan struktur modal yang efisien dan memastikan pembiayaan yang cukup untuk pertumbuhan di masa hadapan.

Syarikat kami ingin mengagihkan dividen tahunan sebanyak RM700 juta atau sehingga 90.0% daripada PATAMI yang dinormalisasi, yang mana lebih tinggi. Dividen hanya akan dibayar jika diluluskan oleh Lembaga Pengarah kami dan diambil daripada dana yang tersedia untuk tujuan pengagihan berkenaan. Jumlah dan tempoh sebenar pembayaran dividen akan bergantung kepada kedudukan tunai dan perolehan tersimpan, prestasi kendalian, prospek perniagaan, monetisasi asset-aset bukan teras, unjuran kedudukan perbelanjaan modal dan cadangan pelaburan lain, tanggungjawab semasa dan yang dijangka serta perkara-perkara lain yang difikirkan berkaitan oleh Lembaga Pengarah.”

(No Rujukan Pengumuman Bursa Malaysia TM-081113-37325)

Tarikh Pengumuman:13/11/2008

Dengan objektif kami untuk memberi pulangan yang mampan kepada para pelabur kami, kami telah mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 12.1 sen sesaham, atau RM454.7 juta. Berserta dengan dividen interim pertama sebanyak 9.4 sen sesaham yang dibayar pada Oktober 2017, ia menjadikan jumlah pembayaran dividen sebanyak 21.5 sen sesaham, atau RM808.0 juta bagi tahun 2017 - melebihi iltizam dividen minimum kami sebanyak RM700 juta - pada kadar 94% PATAMI Dinormalisasi kami.

Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

68

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Ulasan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

JUMLAH PEMEGANG SAHAM

22,352*Pemegang Saham Institusi/Runcit

*setakat 5 Mac 2018

Pemegang Saham Utama

Khazanah Nasional BerhadKumpulan Wang Simpanan PekerjaAmanahraya Trustees Berhad

55.30%

Pegangan Saham Asing

11.38%

393.3%Jumlah Pulangan Keseluruhan kepada Pemegang Saham sejak Pengasingan

Pada tahun 2017, kami terus mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan dengan cara yang proaktif dan telus, serta bertepatan masa agar mereka dapat mengikuti perkembangan strategi, prestasi dan aktiviti-aktiviti utama perniagaan kami. Demi memastikan pematuhan terhadap amalan terbaik, semua komunikasi dengan ahli pasaran modal kami ditadbir oleh dasar serta garis panduan syarikat dan ia adalah sejajar dengan pelbagai tadbir urus serta garis panduan pendedahan yang dikawal selia oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Sepanjang tahun ini, topik-topik utama yang menarik minat para pelabur institusi kami adalah berkaitan strategi Konvergens, prestasi unifi mobile, penetapan harga jalur lebar dan juga penjelasan mengenai PERFEXE 10. Sukacitanya, aktiviti-aktiviti kami sepanjang tahun 2017 telah diterima baik dan harga saham kami secara relatifnya, kekal stabil.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

69

KE ARAH PENCIPTAAN NILAI: KEWANGAN DAN PERFEXE 10

Kewangan Kumpulan telah diamanahkan untuk menerajui teras “Mengerah Aset” di dalam PERFEXE 10. Kami dituntut untuk meneliti lebih rapi hal-hal perniagaan yang berkaitan dengan pelaburan baru, perbelanjaan pintar serta pengurusan aset bagi memastikan pulangan tertinggi dan kecekapan dapat dicapai dengan setiap ringgit yang telah dibelanjakan.

Pengurusan aliran tunai dan penyata kedudukan kewangan syarikat merupakan petunjuk yang ketara pada tempoh ini dan keutamaan diberikan kepada pengekalan nisbah kecairan yang kukuh. Bagi memastikan kami mampu menjana pelan-pelan perniagaan syarikat (berpandukan perbelanjaan modal disekitar pertengahan ke-paras tinggi 20-an % daripada hasil) serta mengambil kira obligasi pembayaran hutang kami dalam anggaran RM925 juta pada tahun ini, kami telah mewujudkan sebuah pelan modal komprehensif yang membincangkan dan mengemukakan saranan berhubung dengan pengumpulan dana, pengurusan risiko, serta pelan perbendaharaan yang teguh.

Bagi merealisasikan aspirasi TM Ke Arah Digital berteraskan Memperkasa Digital Berpandukan PERFEXE 10, pelbagai projek berimpak tinggi sedang kami laksanakan seperti projek TRACE, CONCISE dan PLATINUM III, dan projek-projek ini sedang berjalan dengan lancar. Kami juga sedang membina aplikasi digital untuk menjadikan hidup lebih mudah untuk Warga Keluarga TM, seperti pengenalan aplikasi WINGS yang merupakan aplikasi mudah alih yang dibina bagi memudahkan permohonan perjalanan bagi tugasan di luar negara. Aplikasi inovatif ini diantaranya, menyokong interaksi yang berkesan merentasi rantaian nilai dan menyingkirkan proses kertas kerja yang kurang cekap. Kami juga menyokong dan menggalakkan pemerkasaan digital pada keseluruhan syarikat. Penggunaan kaedah digital atau moden mempunyai faedah bernilai yang dapat dilihat melalui pengurangan dan/atau penghindaran kos, selain meningkatkan kecekapan operasi.

Di Kewangan Kumpulan, kami menyokong sepenuhnya PERFEXE 10 dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan perlaksanaan strategi kewangan sebagai komplemen kepada strategi perniagaan. Pengukuhan disiplin kewangan di setiap peringkat dalam Kumpulan diperlukan bagi memastikan kami berupaya menyediakan modal yang mencukupi untuk kelestarian pertumbuhan TM, selain memerlukan usahasama oleh semua. Pada dasarnya, faktor utama yang mendorong usahasama ini adalah penglibatan yang teguh antara organisasi kewangan dan juga bahagian kendalian, termasuk anak-anak syarikat kami. Berserta dengan nilai asas Kewangan Kumpulan untuk menjadi rakan yang memberi nilai kepada perniagaan di samping menampilkan integriti yang tinggi, kecekapan dan kepelbagaian dalam set kemahiran, kami yakin akan kemampuan kami untuk mencapai hasil dan menyumbang kepada penciptaan nilai kepada Kumpulan TM.

TRACE

Sistem jaminan hasil di TM yang membolehkan pengesanan awal dan pemulihan kesan daripada kebocoran hasil dengan menumpukan perhatian kepada titik-titik kawalan utama kebocoran dengan menyediakan kajian lengkap dan menyeluruh pada semua bahagian di dalam rantaian pengurusan hasil

CONCISE

Penambahbaikan sistem pengurusan kredit dan kutipan yang bermatlamat mengukuhkan pengurusan risiko kredit menerusi gabungan pelbagai strategi kutipan berdasarkan profil risiko pelanggan, analisa ramalan serta mengguna pakai teknologi berpiawaian industri

PLATINUM III

Perkhidmatan pembayaran baru untuk Kumpulan TM

Penggunaan kaedah digital atau moden mempunyai faedah bernilai yang dapat dilihat melalui pengurangan dan/atau

penghindaran kos, selain meningkatkan kecekapan operasi.

Detik-Detik Penting

Detik-Detik Penting

Detik penuh makna dalam kehidupan kita sering kali menjadi pencapaian penting yang mengubah keadaan atau perlakuan dan membantu mendewasakan kita. Salah satu detik paling bermakna bagi TM pada 2017 adalah usaha memperbaiki perkhidmatan kami kepada tiga perniagaan teras. Membolehkan kami memberi tumpuan yang lebih baik ke arah menunaikan janji kami bagi menjadikan hidup lebih mudah untuk pelanggan, perniagaan dan negara kami.

Kluster Perniagaan Kami

72

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

73

unifiRencana ini adalah sambungan daripada Perbincangan & Analisis Pengurusan di muka surat 57

unifi merupakan jenama perkhidmatan kami yang melengkapi gaya hidup khusus buat segmen Pasaran Massa yang meliputi individu, kediaman serta pelanggan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Hari ini, kami bukan sekadar penyedia jalur lebar berkelajuan tinggi, sebaliknya, kami menyatukan sambungan tanpa batas konvergens dengan gaya hidup digital dan pengalaman perniagaan, pada masa yang sama memaksimumkan liputan kami ke seluruh negara menerusi kedua-dua talian tetap dan tanpa wayar, lantas mengungguli perkongsian detik-detik kehidupan para pelanggan.

MEMACU KONVERGENS DENGAN unifi

unifi merupakan satu-satunya penyelesaian yang menyediakan sambungan jalur lebar yang pantas dan lancar menerusi talian tetap, mudah alih dan WiFi, dengan panggilan suara serta kandungan hiburan. Bagi PKS, unifi juga menyediakan perkhidmatan nilai tambah berupa penyelesaian perniagaan ICT bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan serta meningkatkan produktiviti. Pelanggan unifi benar-benar dapat menikmati rangkaian pengalaman konvergens yang komprehensif dan membolehkan mereka untuk berhubung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja menggunakan apa-apa peranti demi memenuhi keperluan gaya hidup dan perniagaan mereka. Inilah ertinya Konvergens buat kami - agar perkhidmatan kami lebih melengkapi setiap detik sepanjang 24 jam sehari iaitu semasa mereka bersantai, bekerja dan beriadah dalam keadaan tetap, nomad mahupun mudah alih merentasi pelbagai peranti bagi menyampaikan janji kami untuk menjadikan Hidup Lebih Mudah buat pelanggan.

unifi adalah penyedia perkhidmatan panggilan suara dan jalur lebar terbesar di Malaysia untuk kediaman dan PKS. Sehingga kini, jumlah pelanggan jalur lebar kami telah mencecah 2.3 juta dengan lebih daripada 330,000 PKS di serata negara. Bersandarkan pelaburan yang berterusan dalam pengembangan rangkaian gentian, pertambahan tapak Evolusi Jangka Panjang (LTE) dan titik liputan WiFi awam, liputan unifi kini lebih luas menerusi kedua-dua talian tetap dan tanpa wayar. Selama beberapa tahun ini, jalur lebar kami telah berkembang dengan mapan dan kami telah meraih pencapaian yang menakjubkan dengan 1 juta pelanggan unifi Home semasa bulan Ramadan yang mulia, iaitu pada Jun 2017. Pelaburan kami dalam rangkaian Evolusi Jangka Panjang

(LTE) yang meliputi 74% penduduk telah menggiatkan peningkatan pelanggan unifi Mobile daripada pelanggan sedia ada dan baharu. Sehingga kini, 10% daripada Isi Rumah TM turut melanggan unifi Mobile, iaitu suatu peningkatan yang ketara berbanding tahun sebelumnya pada kadar 5.6%. Selain kediaman, para pelanggan boleh terus berhubung melalui rangkaian WiFi terluas bagi mencapai data tanpa had di 9,400 lokasi titik liputan menerusi aplikasi i-foundit!

Tawaran konvergens kami meliputi perkhidmatan nilai tambah yang memberikan keseronokan dan faedah terhebat kepada pelanggan. Kami menyediakan kandungan siaran hiburan bertaraf dunia yang disalurkan ke kediaman dan sewaktu berada di luar rumah menerusi unifi TV serta aplikasi mudah alih unifi PlayTV. Baru-baru ini kami telah menambah 10 saluran FOX baharu kepada kandungan siaran kami agar seluruh keluarga dapat menikmati pilihan yang lebih luas untuk filem blockbuster, drama, siri komedi, kartun, berita dan pelbagai program yang lain. Bagi PKS, peralatan pemasaran dan produktiviti kami seperti penyelesaian pembayaran Surepay dan pembina laman web syarikat Instaweb membantu perniagaan melonjakkan jualan dan menambah baik kecekapan.

Untuk tahun yang mendatang, unifi akan terus memacu konvergens dengan menghubungkan pelanggan kami yang terdiri daripada individu, kediaman dan perniagaan dengan begitu lancar, tanpa menghiraukan asas teknologi dan peranti, bagi memastikan unifi adalah pilihan yang terbaik untuk berkongsi detik-detik kehidupan mereka.

ULASAN 2017

Jumlah pelanggan jalur lebar

2.3 juta

kadar penembusan unifi Mobile

10% daripada jumlah Isi Rumah TM

Tapak unifi Mobile

lebih daripada

2,900 tapak

pelanggan TV unifi

1.1 juta

Saluran unifi TV

115 (65 berdefinisi tinggi)

Titik liputan unifi Wifi

lebih daripada

9,400 titik liputan

98% pada kelajuan

10Mbps dan lebih tinggi

Pelanggan unifi

1.1 juta

Kluster Perniagaan Kami

74

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Kami turut melancarkan pelan unifi Home Lite untuk pelanggan baharu sebagai

pakej pengenalan jalur lebar pada harga berpatutan.

unifi

MEMPERKASAKAN DIGITAL unifi

Bagi unifi, Memperkasakan Digital bermula dengan transformasi dalam berinteraksi bersama pelanggan. Kami telah menaik taraf portal layan diri dengan memperbanyakkan akses interaktif bagi membolehkan pelanggan kami membuat keputusan mereka dalam langganan perkhidmatan, seperti menentukan masa untuk pemasangan dan naik taraf, menyemak penggunaan kredit, membayar bil dan menyelesaikan masalah teknikal menerusi atas talian. Kami turut menambah baik pusat panggilan perkhidmatan kami menerusi saluran digital yang lebih luas seperti media sosial, forum komuniti, chatbots dan live chat untuk respon yang lebih pantas dan mudah. Setiap bulan, kira-kira 20% daripada urusan pelanggan kami adalah melalui digital, di mana perkhidmatan yang lebih pantas dapat disampaikan serta kemaskini maklumat yang lebih kerap mengenai status pesanan serta bil mereka. Kami menjangkakan peningkatan untuk urusan melalui digital, memandangkan lebih ramai pelanggan semakin arif tentang kemudahan dan faedah yang diraih berbanding dengan saluran bukan digital.

Pendekatan kami terhadap pasaran juga diperkasakan oleh digital, di mana kami beralih daripada penjualan secara konvensional kepada platform digital baharu melalui aplikasi i-foundit!, mobile@unifi dan playTV@unifi. Kami menerima sambutan yang menggalakkan daripada pasaran dengan mencapai lebih daripada 1 juta muat turun, lantas membuktikan trend pelanggan yang lebih cenderung ke arah digital. Selepas seminggu pelancaran unifi Mobile #BEBAS pada Januari 2018, aplikasi mobile@unifi kami meraih kedudukan teratas dalam Malaysia di Google Play Store dan App Store. Kesemua aplikasi ini telah dihasilkan dengan satu tujuan iaitu membolehkan pelanggan kami dapat berhubung dengan lebih mudah dan lancar menerusi pengalaman unifi.

Pemerkasaan digital unifi bukan sahaja untuk kemudahan pelanggan kami, malah diadaptasikan juga untuk pengurusan operasi perniagaan unifi sendiri. Bagi operasi perniagaan unifi, kami telah melaksanakan inisiatif pemerkasaan digital yang menjurus kepada pengoptimuman perkhidmatan dan proses demi memantapkan pengalaman pelanggan secara menyeluruh. Ini termasuklah menaik taraf sistem layan diri dan pengebilan secara berterusan supaya lebih mudah dan mesra pengguna untuk para pelanggan menguruskan akaun dan perkhidmatan mereka, di samping memudahkan proses pesanan dan penyampaian perkhidmatan.

Portfolio Produk & Kempen Pemasaran unifi

Budaya inovasi akan terus mendorong untuk mengukuhkan barisan produk dan perkhidmatan konvergens kami bagi mengekalkan kelebihan berdaya saing untuk mengatasi pesaing dalam pasaran yang mencabar ini. Kempen pemasaran utama kami telah dirangka dengan begitu unik untuk segmen yang disasarkan berteraskan pakej pengenalan yang inovatif. Selain daripada kempen ‘Thank You Surprise Gift’ untuk pelanggan unifi Home dan Jalur Lebar (sebelumnya Streamyx) sedia ada, kami turut melancarkan pelan unifi Home Lite untuk pelanggan baharu sebagai pakej pengenalan jalur lebar pada harga yang berpatutan. Kami juga melancarkan pek pendidikan unifi serta pek e-Perniagaan unifi pada harga mampu milik untuk para pelajar di institusi pengajian tinggi dan e-usahawan. Pelancaran pek ini bertujuan menyokong aspirasi Malaysia untuk memupuk Ekonomi Digital dengan menyediakan jalur lebar dengan harga berkemampuan demi menggalakkan penerimaan yang lebih tinggi terhadap gaya hidup digital di kalangan rakyat Malaysia.

Pada 2017, pelan pascabayar unifi Mobile telah mendorong peningkatan pelanggan mobiliti dengan menampilkan perkhidmatan data, panggilan dan SMS tanpa had, juga pilihan pakej bersama dengan seleksi menarik telefon pintar yang berada

di pasaran. Pada Januari 2018, kami telah memperkenalkan unifi Mobile baharu, iaitu #BEBAS yang memberi fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih apa sahaja pelan yang lebih digemari mengikut kehendak penggunaan mereka. Sebagai pengenalan kepada pasaran, kami telah memperuntuk sejumlah 1 juta SIM dengan 20GB data, pakej panggilan dan SMS yang diberi percuma. Kami amat berbesar hati dengan sambutan pasaran yang menggalakkan di mana satu juta pendaftaran telah dicapai hanya dalam tempoh dua minggu selepas dilancarkan. Para pelanggan kini boleh #BEBAS dengan pelan mudah alih kami yang menawarkan #muatturundapatsim di mana pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi mobile@unifi bagi mendapatkan SIM percuma, #pilihapasaja bagi mendapatkan pelan terbaik bersesuaian dengan keperluan mereka, #kredittakmati di mana pelanggan boleh mengucapkan selamat tinggal kepada tarikh luput dan pembaziran data, serta #bayarbilabila untuk membayar bil pada bila-bila masa dari mana-mana sahaja.

Menyediakan kandungan siaran TV serta pengalaman menonton yang menyeronokkan adalah penting buat kami kerana unifi TV memainkan peranan dalam memberi kelebihan persaingan kepada pakej jalur lebar kami dalam pasaran. Kami mengetahui betapa rakyat Malaysia mencintai sukan, terutamanya bola sepak, justeru itu kami bawakan unifi Liga Super Malaysia serta unifi Piala Malaysia 2018 yang amat dinantikan secara eksklusif kepada para pelanggan unifi TV di kediaman mereka atau ketika di luar rumah melalui aplikasi playTV@unifi. Selain daripada sukan bola sepak, kami turut menyediakan tontonan percuma Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29 sepanjang berlangsungnya acara tersebut pada Ogos 2017. Di samping itu, kami turut melancarkan Laku Mall, sebuah saluran membeli-belah baharu yang membolehkan pelanggan melakukan pembelian dari keselesaan rumah mereka.

Untuk senarai lengkap produk dan perkhidmatan unifi, sila ke www.unifi.com.my

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

75

RISIKO-RISIKO UTAMA PASARAN & LANGKAH KAWALAN

Risiko Pasaran Langkah Kawalan

Sentimen perbelanjaan yang lemah:Pengguna semakin berhati-hati dalam merancang perbelanjaan mereka, manakala keyakinan perniagaan pula tidak menentu disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak dapat dijangka

Kami memberi lebih tumpuan terhadap nilai perkhidmatan serta faedah kepada pelanggan, dan bukan sekadar ciri-ciri produk semata-mata. Oleh kerana itu kami menjalankan kempen bagi menawarkan lebih banyak faedah berbentuk nilai wang kepada pelanggan. Contohnya, ‘Thank You Surprise Gift’ yang menawarkan naik taraf kelajuan jalur lebar pada harga yang sama dan pelan unifi Mobile #BEBAS yang menawarkan kemudahan untuk pelanggan memilih pelan yang lebih mampu milik menurut keperluan dan perbelanjaan mereka.

Meningkatnya tekanan harga:Sensitiviti yang lebih tinggi terhadap harga kerana terdapat lebih banyak pilihan dalam pasaran

Kami menzahirkan konvergens dengan tawaran yang serba lengkap bagi mendapatkan lebih banyak perkongsian detik-detik kehidupan pelanggan, lantas meningkatkan jumlah perbelanjaan isi rumah bersama unifi, atau perkongsian perolehan kami. Menyediakan pengalaman perkhidmatan dan pelanggan berkualiti tinggi adalah tumpuan kami – diperkasakan oleh digital, kami menyajikan interaksi yang lebih mudah buat pelanggan, dengan pemantauan berterusan menerusi Skor Mudah Bersih (NES).

Gangguan industri dan persaingan yang semakin sengit:Teknologi dan kehendak pelanggan berubah dengan pantas, sehingga mendorong kepada landskap jalur lebar yang sangat kompetitif bagi kedua-dua talian tetap dan mudah alih, secara langsung mendesak para penyedia perkhidmatan untuk terus mencari pelanggan baharu disamping mengekalkan yang sedia ada

Kami sentiasa memantau teknologi baru dan disruptif, serta trend pengguna yang akan memberi impak terhadap model perniagaan dan operasi kami. Kami sedar bahawa kami perlu tangkas untuk menjadi antara penerima pakai teknologi baharu yang terawal. Bertindak tangkas bererti kami pantas mengatasi cabaran dan sentiasa fleksibel untuk berubah, sementara pada masa yang sama, menggunakan secara optimum aset dan sumber dalaman kami.

MELANGKAH KE 2018 DENGAN PERFEXE 10>>>Pada 2018, kami akan terus berusaha memacu konvergens dan memperkasakan digital kepada pelanggan kediaman dan PKS , berteraskan model pelaksanaan PERFEXE 10:

• Yakin sebagai Nilai Mutlak: Pengalaman pelanggan akan diperbaiki dengan memberi tumpuan terhadap usaha memenangi perkongsian detik-detik kehidupan demi meraih kepercayaan pelanggan

• Menyatukan unifi: Kami terus mengukuhkan jenama unifi sebagai penyelesaian konvergens untuk semua perkhidmatan gaya hidup digital

• Mentransformasi Perniagaan unifi: Memperkasakan digital untuk penjualan dan menyampaikan perkhidmatan ke pasaran melalui saluran digital

• Memperkasakan Digital: Kami ‘menguburkan’ proses lama dan menyerap kaedah digital yang baharu dalam pendekatan terhadap pasaran bagi mewujudkan pengalaman yang lancar untuk pelanggan

• Meningkatkan Kegembiraan Anggota: Pasukan unifi kami telah mula mengamalkan ketangkasan dalam pekerjaan bagi memupuk produktiviti yang lebih hebat

• Meliberasi WiFi: Kami akan memperteguh dan

merebut kembali kedudukan serta kehadiran WiFi dalam menyajikan pengalaman keterhubungan yang bebas, di luar kediaman pelanggan

• Mempercepat Pelaksanaan Rangkaian: Tidak lama lagi, unifi akan melengkapi bangunan kediaman bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium, menerusi teknologi baharu dalam telekomunikasi

• Mengerah Aset: Kami akan terus memaksimumkan

penggunaan dan pulangan pelaburan aset TM yang sedia ada, termasuk rangkaian talian tetap, mudah alih dan WiFi

Menerajui Dunia DigitalDi kala rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup digital, perniagaan atas talian semakin berkembang, sehingga mempengaruhi kebanyakan perniagaan. Banyak kesannya jika tidak mengikuti perkembangan trend digital, sedangkan ‘perniagaan runcit kecil-kecilan yang dikendali kaum keluarga sahaja’ sekalipun, sudah mula mengamalkannya. Perkhidmatan atas permintaan menyemarakkan lagi harapan pelanggan terhadap kemudahan. Malah, keseluruhan konsep kemudahan telah berubah. Kedai runcit bukan lagi tempat yang dikunjungi orang ramai; tetapi mereka mengharapkan peniaga dapat membuat penghantaran kepada mereka dengan cepat.

Di TM sendiri, tahun 2017 menandakan suatu titik perubahan. Ia berlaku apabila Pusat Kecemerlangan Kumpulan untuk mobiliti melancarkan webe (kini unifi Mobile) dan menjadikan seluruh pengalaman webe - daripada melanggan sehinggalah kepada perkhidmatan, membuat pembayaran dan berinteraksi dengan pegawai khidmat pelanggan – atas talian. Ia merupakan ujian mudah bagaimana pasaran akan bertindak balas terhadap pendekatan digital sepenuhnya, dan webe telah berjaya membuktikannya. Ini telah membuktikan bahawa TM telah bersedia untuk ke pasaran perkhidmatan digital

yang lengkap, dan Pusat Digital Kumpulan (GDC) telah dibentuk untuk merangka dan menzahirkan penyelesaian sedemikian.

GDC memainkan peranan serampang dua mata dengan melakukan pendigitan terhadap sistem dan proses TM sendiri, dan juga terhadap produk serta perkhidmatan, dan mereka turut mencipta produk digital untuk pihak berkepentingan luar (menerusi apa yang kami namakan proses digitalisasi).

Antara yang terawal mengalami proses digitalisasi di bawah GDC adalah Yellow Pages. Kami memanfaatkan Yellow Pages sebagai wadah strategik untuk pemasaran digital. Dengan menggunakan aset dan data sedia ada daripada direktori, kami memantapkan kedudukan nilai Yellow Pages kepada perniagaan dan pelanggan tempatan untuk mencari, berhubung dan melakukan urus niaga menerusi penyenaraian perniagaan, pemetaan, iklan digital, kandungan, pesanan atas talian serta e-dagang.

Lantas, setelah melihat peluang yang terbuka luas dalam pembayaran digital dan daripada peningkatan dalam jumlah urus niaga atas talian, kami membina sebuah platform bagi menyokong urus niaga dan pembayaran digital untuk perkhidmatan kami serta perkhidmatan pihak ketiga melalui satu lagi inovasi, iaitu perkongsian perolehan (Digital Wallet).

Digital Wallet yang kini masih dalam peringkat rekaan di TM, menyokong aspirasi Bank Negara dalam menjadi sebuah negara bebas tunai sementara mengupayakan gaya hidup Malaysia Digital. Melalui pembayaran digital, ia akan mengupayakan urus niaga digital yang selamat demi kemudahan pelanggan, menghasilkan pengalaman pembelian yang lancar dan menyeluruh untuk pelanggan kami. Kami bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi membina sebuah ekosistem yang komprehensif, teguh serta selamat untuk Digital Wallet yang merangkumi semua peralatan yang diperlukan bagi menyokong penggunaannya dalam perdagangan runcit, e-dagang dan perdagangan sosial.

Bagi Digital Wallet dan inisiatif digitalisasi yang lain, kami akan memanfaatkan data sedia ada berkenaan kehendak pelanggan atas talian untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang bagaimana orang ramai membuat keputusan kerana ini membolehkan kami mencipta produk serta penyelesaian yang lebih baik. Kami berusaha memperkukuhkan keupayaan analisis kami untuk lebih memahami para pelanggan kami dan menyediakan perkhidmatan nilai tambah untuk mereka. Inilah caranya bagaimana kami akhirnya meningkatkan detik-detik perkongsian kami dan mengilhamkan kesetiaan pelanggan yang lebih padu. Perkara kecil sebeginilah yang memberikan perbezaan yang besar buat kami kerana kesudahannya kami dapat melindungi hasil kami, iaitu para pelanggan kami.

Perjalanan digitalisasi TM baru sahaja bermula. Ikuti kami untuk lebih banyak inovasi yang menjanjikan kehidupan lebih mudah, untuk anda, untuk kami …… untuk setiap orang.

RENCANA

Kluster Perniagaan Kami

78

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

TM ONE

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

79

Rencana ini adalah sambungan daripada Perbincangan & Analisis Pengurusan di muka surat 58

TM ONE merupakan kluster perniagaan kami yang menawarkan perkhidmatan kepada perusahaan dalam sektor swasta dan awam.Dengan ketersediaan infrastruktur rangkaian ICT dan telekomunikasi yang luas dan dipercayai, TM ONE berhasrat untuk menyerlahkan potensi digital rakan-rakan niaga sepenuhnya dan menyokong mereka dalam Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) pada hari ini.

TM ONE bersedia untuk menjadi satu-satunya pengupaya dan rakan niaga yang diyakini untuk pelbagai perniagaan dalam mengenal pasti serta merealisasikan peluang digital mereka.Penjenamaan dan penyusunan semula kluster perniagaan terdahulu iaitu Akaun Terurus, dan anak syarikatnya, VADS, VADS Lyfe serta GITN menjadi TM ONE adalah satu langkah bagi memudahkan aturan Perniagaan-ke-Perniagaan kami. Pasukan pakar kami yang berdedikasi kini telah dipersiap menjadi pakar industri dalam menyediakan penyelesaian konvergens yang tepat kepada pelbagai industri.

DALAM ULASAN 2017

Pusat Panggilan:

9 di Malaysia,

3 di Indonesia,

dengan anggaran seramai 8,000 ejen

Pusat Data:

9 di Malaysia,

1 di Hong Kong

Kluster Perniagaan Kami

80

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

bagi membantu kita agar membuat keputusan yang lebih pintar sepanjang masa. Berlandaskan visi ini, penumpuan kami bermula di sektor kediaman, berbekalkan portfolio semasa Perkhidmatan Pintar kami yang telah dirangka untuk pembangunan perbandaran digital serta industri hartanah. Antaranya, kami telah menandatangani perkongsian pintar bersama Gamuda Land pada November 2017 untuk menyediakan infrastruktur rangkaian berserta perkhidmatan digital di Ladang Kundang, Selangor, bagi tempoh empat tahun akan datang. Sebagai permulaan, pemilik rumah di kawasan kejiranan ini akan menikmati jalur lebar berkelajuan tinggi dengan kelajuan mencecah sehingga 30Mbps secara percuma selama dua tahun, sebaik sahaja berpindah masuk ke kediaman mereka. Perkhidmatan ini akan membuka jalan kepada perkhidmatan digital yang lain di seluruh kawasan perbandaran ini.

Baru-baru ini juga, kami secara rasminya telah menandatangani MoU dengan IRDA untuk membangunkan Perkhidmatan Pintar di Iskandar Malaysia. MoU tersebut menandakan usaha teguh dalam kerjasama yang strategik antara TM dan IRDA bagi memastikan Perkhidmatan Bandar Pintar yang mampan bakal dilaksanakan dengan berkesan. Program Bandar Pintar Iskandar Malaysia ini bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan melalui ekonomi yang mampan dan ekosistem yang berteknologi bagi menjadi sebuah komuniti yang pintar, terhubung dan menyeluruh. Ini akan menaikkan lagi kualiti kehidupan rakyat, seiring dengan aspirasi negara untuk menjadi destinasi pilihan untuk melabur, bekerja, menjalani kehidupan dan berhibur.

Selain daripada pelaburan dalam infrastruktur telekomunikasi gentian optik seperti bidang yang dinyatakan di atas, TM ONE juga melaksanakan pelbagai Perkhidmatan Pintar seperti:

Kediaman Pintar Kami mengimpikan sebuah platform perkhidmatan bersepadu untuk keselamatan kediaman, pengurusan tenaga dan persekitaran dalam bangunan, di samping automasi kediaman. Kehidupan Pintar bermula daripada rumah pintar, kemudian berkembang menjadi Komuniti Pintar dan seterusnya menjadi sebuah Negara Pintar.

Lampu Jalan Pintar Lampu Jalan Pintar membantu untuk mengurangkan kos elektrik dengan mengoptimumkan penggunaan tenaga elektrik. Kami menjalin kerjasama erat dengan majlis perbandaran untuk menyediakan penyelesaian lampu jalan yang lebih cekap supaya cabaran urbanisasi seperti kos penyelenggaraan berlatarkan populasi yang kian berkembang, dapat diuruskan dengan lebih mudah.

Bandar Pintar dan Pusat Operasi BersepaduTeras kepada solusi Bandar Pintar kami ialah Pusat Operasi Bersepadu (IOC) kami yang beroperasi sebagai pusat kawalan berpusat bagi operasi IoT. IOC TM ONE yang terletak di IPDC adalah yang pertama di Malaysia yang menyediakan panel pemantauan bagi menyelaras data yang diterima daripada peranti dan pengesan fizikal di semua bandar pintar di seluruh negara. Sistem pemantauan ini menjalankan pengurusan trafik, persekitaran dalam bangunan serta kejadian berkaitan keselamatan yang lebih cekap.

Kecekapan IOC adalah bergantung kepada kualiti komunikasi dan ketersampaian data yang tepat pada masanya. Ia menyediakan bantuan sokongan 24/7 sepanjang tahun melalui pemantauan berasaskan Kecerdikan Rekaan (AI) dengan menawarkan perkhidmatan seperti kesedaran keadaan, analisis, respons kecemasan serta pengurusan penggera.

TM ONE

MEMACU KONVERGENS UNTUK REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Baru-baru ini kita menyambut kedatangan IR4.0, yang menyaksikan trend automasi, pertukaran data, IoT dan Pengkomputeran Awan sebagai perniagaan seperti biasa yang baharu. Dalam menghadapi gelombang revolusi terbaru ini, kami yakin bahawa usaha untuk memacu konvergens adalah tindakan yang tepat untuk membantu para pelanggan kami dalam merealisasikan potensi digital mereka.

Pada masa yang sama, kami bersiap sedia untuk menjana pertumbuhan yang tinggi dalam permintaan terhadap keterhubungan bersepadu dengan kemudahan Pusat Data. TM ONE kini dalam usaha untuk membangunkan dua Pusat Data serba canggih yang saling terhubung - IPDC dan KVDC. Semasa IPDC dilancarkan, ianya merupakan satu-satunya Pusat Data komersial di Malaysia yang memperoleh pensijilan Tahap III Uptime Institute, lantas menjadikan kami satu-satunya pembekal yang menawarkan kemudahan Pusat Data komersial yang mematuhi ketersediaan melangkaui 99.98%. IPDC kini memainkan peranan sebagai hab pasaran digital di Malaysia; dan tidak lama lagi, rantau ASEAN dan seterusnya ke merata dunia. Sementara itu, KVDC yang dibangunkan di Cyberjaya disasarkan siap pada suku ketiga tahun 2018. Ia akan dihubungkan dengan IPDC melalui kabel gentian optik yang berkelajuan tinggi; dan bersama-sama, IPDC dan KVDC membentuk solusi Pusat Data Teras Berkembar yang direka khas dengan tahap keanjalan daya capaian dan ketersediaan yang lebih tinggi beserta ciri-ciri keselamatan yang utuh. IPDC dan KVDC bakal menambahkan capaian jejak Pusat Data kami di Malaysia dan Hong Kong.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif kami yang sedang berjalan untuk mewujudkan ekosistem konvergens, TM ONE bekerjasama dengan unifi untuk meliberasi WiFi awam (wifi@unifi) di seluruh negara. Kami telah mengenal pasti sebanyak kira-kira 4,000 lokasi yang berpotensi untuk dijadikan titik liputan WiFi awam, terutamanya di kawasan serta premis berkepadatan tinggi seperti pusat membeli-belah, restoran dan hab pengangkutan awam. TM ONE sekarang ini sedang menjalin kerjasama dengan QSR Brands untuk menyediakan WiFi awam di Johor, memanfaatkan lebih daripada 750 Titik Capaian sedia ada. Kami akan turut menyediakan penyelesaian bersepadu kepada lebih daripada 1,000 buah cawangan restoran QSR di seluruh Malaysia untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

TM ONE juga sentiasa mengoptimumkan operasi harian dan memantapkan interaksi pelanggan menerusi integrasi dan ’pendigitan’. Kami telah menyepadukan semua saluran interaksi pelanggan yang sebelum ini berada di bawah Akaun Terurus kepada satu portal TM ONE dalam talian. Perkhidmatan BPO tradisional kami turut mengalami transformasi digital melalui keupayaan saluran omni, yang memperlihatkan perkembangan melangkaui pusat panggilan. Kami sedang berusaha untuk menambah baik perjalanan pengalaman pelanggan yang sesuai untuk landskap digital dengan memanfaatkan platfrom pasaran awan kami.

Kini, sembilan daripada pusat panggilan kami mampu untukmenyampaikan pengalaman digital pelanggan untuk semua perkhidmatan kami, juga kepada unifi dan TM GLOBAL.

MEMPERKASAKAN DIGITAL UNTUK NEGARA PINTAR

Visi kami adalah untuk membawa Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi ke arah sebuah Negara Pintar, di mana data daripada segala peranti di sekeliling kita berhubung dengan lancar dan disepadukan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

81

MELANGKAH KE 2018 DENGAN PERFEXE 10

>>>Verticalisation akan terus menjadi tumpuan kami pada tahun 2018 dengan mengutamakan insiatif-insiatif yang berpandukan PERFEXE 10:

• Yakin sebagai Nilai Mutlak: Intipati jenama TM ONE iaitu ‘YAKIN’ atau percaya, merupakan persepsi utama yang ingin kami tanamkan ke dalam semua perniagaan dan agensi awam. Kami juga tidak akan berhenti untuk mencapai pengalaman pelanggan yang cemerlang. Indeks Kepuasan Pelanggan (skor TRI*M) kami sentiasa berada pada kedudukan 10% Teratas daripada penyedia perkhidmatan global bagi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), dan kami akan terus mengekalkan kedudukan sebagai rakan niaga yang dipercayai kepada para pelanggan kami.

• TM ONE sebagai Pengupaya Digital Industri Menegak: Kami berhasrat untuk menjadi pengupaya digital negara dalam menyerlahkan potensi penuh digital semua industri termasuk industri menegak. Penyelesaian digital akan dirangka mengikut segmen menegak bagi memastikan faedah maksimum untuk para pelanggan kami dengan memantapkan operasi perniagaan dan produktiviti. Menerusi ‘verticalisation’, kami telah mengenal pasti segmen menegak yang utama bagi menjana hasil serta-merta.

• Memperkasakan Digital: Selain daripada proses ‘pendigitan’ di peringkat dalaman kami bagi menambah baik produktiviti dan kecekapan kos, kami turut menjana keuntungan baharu melalui aplikasi perusahaan yang dibangunkan di peringkat dalaman seperti FLOW (aplikasi komunikasi & kolaborasi) serta TM Box (penyimpanan awan perusahaan) kepada para pelanggan kami.

• Meningkatkan Kegembiraan Anggota: Kami telah menyusun tenaga kerja kami agar setiap segmen menegak diurus oleh sebuah pasukan khas dengan campuran kepakaran serta fungsi bagi menyampaikan penyelesaian yang komprehensif untuk segmen menegak yang khusus.

• Meliberasi WiFi: TM ONE akan menyokong perluasan WiFi awam (wifi@unifi) ke semua kawasan berkepadatan tinggi di mana pelanggan kami boleh kekal terhubung sewaktu mereka di jalanan.

• Mengerah Aset: Kami mempercepatkan usaha bagi mencapai pulangan yang lebih pantas terhadap pelaburan kami seperti kemudahan Pusat Data serta port keterhubungan.

RISIKO-RISIKO UTAMA PASARAN & LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

Risiko Pasaran Langkah Kawalan

Penurunan harga pasaran dan persaingan

Kami memperkukuh daya saing kami melalui tawaran penyelesaian bersepadu, disokong oleh rangkaian serta pengalaman kami yang meluas. Kami menguruskan persaingan menerusi perkongsian strategik untuk meluaskan peluang dalam tempoh yang mencabar ini.

Keperihatinan pada kos dalam perbelanjaan

Pendekatan ‘verticalisation’ kami membolehkan para pelanggan memberi tumpuan kepada nilai berbanding kos. Ia juga akan mengguna pakai model perniagaan yang inovatif serta fleksibel dengan pelanggan, lantas membezakan kami daripada syarikat telekomunikasi dan pengintegrasi sistem yang lain.

Trend dan teknologi disruptif mengubah pasaran serta tumpuan pelanggan

Kami terus berkerjasama dengan prinsipal teknologi terkemuka di dunia, rakan kongsi penghantaran serta syarikat IT yang kian maju. Ini membolehkan kami menyediakan tawaran yang inovatif daripada pelbagai sumber sepantas mungkin bagi memenuhi keperluan segera para pelanggan.

PENYELESAIAN MENEGAK TM ONE

Kami berhasrat untuk menjadi satu-satunya pengupaya digital negara bagi perniagaan merentasi industri atau secara menegak. TM ONE menawarkan penyelesaian perniagaan yang holistik meliputi perkhidmatan keterhubungan, Pusat Data dan Awan, Perkhidmatan ICT serta BPO, Perkhidmatan Pintar dan juga aplikasi perusahaan digital yang direka untuk pelbagai industri menegak. Menerusi kaedah penjualan dengan rundingan, pertama sekali kami akan memahami industri mereka dan mencadangkan penyelesaian yang terbaik. Pada tahun 2017, kami telah mula memberi penekanankepada ‘verticalisation’, iaitu penyelesaian secara konvergens yang direka khusus untuk industri menegak.

Kami mengambil langkah pertama dalam pendekatan ‘verticalisation’ dengan ketersediaan Pusat Pengalaman di Menara TM ONE. Pusat Pengalaman yang amat dinanti-nantikan ini telah dibina dan dilengkapkan dengan teknologi serba canggih untuk mempamerkan pelbagai penyelesaian menegak kepada para pelanggan kami.Berkeluasan 20,000 kaki persegi, Pusat Pengalaman ini bermatlamat untuk membantu pelanggan menggambarkan masa depan transformasi perniagaan digital mereka menerusi pengalaman yang memberi inspirasi, berwawasan serta penciptaan secara bersama.

Untuk senarai lengkap produk dan perkhidmatan TM ONE, layari tm.com.my/TMONE.

KVDC yang dibangunkan di Cyberjaya disasarkan siap pada suku ketiga tahun

2018. Ia akan dihubungkan dengan IPDC melalui kabel gentian optik yang berkelajuan

tinggi; dan bersama-sama, IPDC dan KVDC membentuk solusi Pusat Data Teras

Berkembar

RENCANA

Sebelum ini, menjadi sebuah penyedia telekomunikasi yang diyakini kepada perusahaan dan agensi kerajaan bermaksud menawarkan perkhidmatan keterhubungan dalam bentuk data, internet dan suara. Pada hari ini, sejajar dengan strategi serampang dua mata TM untuk Mempercepat Konvergens dan Memperkasa Digital, perkhidmatan teras ini telah disepadukan dengan ICT, Perkhidmatan Pintar, Penyumberluaran ProsesPerniagaan (BPO) serta mobiliti ke arah mencapai keperluan dan matlamat pelanggan.

Matlamat kami adalah untuk membolehkan organisasi dalam sektor swasta dan awam bagi merealisasikan peluang digital mereka. Dengan ‘Consider IT Done’ sebagai mantra kami, kami bersedia menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan bersepadu yang terbaik - serta ‘Detik’ – kepada pelanggan kami dan pelanggan mereka. Ke arah mencapai matlamat ini, kami membangunkan pelbagai produk dan penyelesaian yang inovatif di samping infrastruktur teras kami sebagai tujuan untuk Mempercepat Konvergens. Produk dan perkhidmatan yang menjadi penyelesaian bersepadu kami adalah:

• Perkhidmatan Keterhubungan• ICT• Pusat Data dan Awan• Penyumberluaran Proses Perniagaan• Perkhidmatan Pintar

Sebenarnya, kami telah pun menerima permintaan untuk penyelesaian seperti ini. Sebilangan organisasi yang lebih berteknologi tinggi kini sedang meneroka teknologi baharu dan meluaskan infrastruktur mereka melangkaui keterhubungan tradisional dengan menggunakan platform Awan dan digital.Oleh itu, kami di TM ONE bekerjasama dengan mereka dalam era digital dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian bersepadu ICT terurus yang membuka peluang kepada proses digitalisasi agar dapat membantu mereka mengurangkan kos dan memendekkan masa pusing balik. Antara perkhidmatan unik kami ialah kami mampu menawarkan kebolehpercayaan tertinggi dan keselamatan paling canggih serta spesifikasi keterhubungan di IPDC yang baru ditubuhkan; dan di KVDC yang dijangka akan siap tidak lama lagi, yang mampu memenuhi keperluan perusahaan dan agensi kerajaan.

Untuk BPO, kami sedang meningkatkan pengalaman pelanggan ke tahap seterusnya melalui perkhidmatan pelbagai saluran yang memanfaatkan Keterhubungan dan ICT bersepadu dengan Pusat Data dan Perkhidmatan Awan. Dalam transformasi perkhidmatan BPO, kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki pengalaman pelanggan supaya sesuai dengan landskap digital. Dengan memanfaatkan pasaran awan kami, kesemua sembilan pusat BPO telah diupayakan secara digital untuk menyampaikan pengalaman digital pelanggan dalam perkhidmatan TM.

Melalui Perkhidmatan Pintar TM ONE, kami telah menghasilkan penyelesaian pintar yang memanfaatkan Keterhubungan dan ICT kami dengan kesediaan Pusat Data dan Awan. Perkhidmatan Pintar mewujudkan peluang digital baharu melalui infrastruktur pintar yang telah tersiap sedia seperti Perkhidmatan Bangunan Pintar, Perkhidmatan Luas Bandar Pintar dan Perkhidmatan Warga Pintar yang terdiri daripada penyelesaian ICT, Mobiliti Pintar, Keselamatan, Pengurusan Tenaga & Kemudahan, Papan Tanda Digital dan Portal Warga. Perkhidmatan ini menyediakan penyelesaian menyeluruh terhadap transformasi perniagaan digital pelanggan. IOC TM ONE yang pertama terletak di Iskandar Puteri, berfungsi sebagai pusat arahan berpusat bagi operasi perkhidmatan pintar IoT. IOC menyediakan sokongan 24/7 sepanjang tahun melalui pemantauan berasaskan Kecerdikan Rekaan (AI) yang proaktif dengan menawarkan perkhidmatan seperti keadaan kesedaran, analisis, tindak balas kecemasan serta pengurusan penggera.

Dalam merealisasikan aspirasi TM ONE untuk menjadi ‘pengupaya digital’ nombor satu di kalangan pelanggan kami, verticalisation menjadi penggerak perniagaan yang utama sepanjang tahun 2018-2020. Penyediaan penyelesaian digital telah disesuaikan bagi industri tertentu bagi memaksimumkan manfaat pelanggan, ditambah pula dengan keupayaan konsultatif kami yang akan menjamin pertumbuhan perniagaan. Melalui verticalisation, kami akan memperkasakan pelanggan kami, dan pelanggan mereka, untuk mendapatkan lebih banyak Perkongsian Detik, - pada bila-bila masa, di mana jua, melalui apa-apa peranti dalam kehidupan seharian mereka, yang benar-benar mengukuhkan impian kami untuk menjadi satu-satunya rakan kongsi yang diyakini bagi kedua-dua perusahaan dan agensi awam di Malaysia.

Merealisasikan Peluang Digital Anda

Kluster Perniagaan Kami

84

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

TM GLOBALRencana ini adalah sambungan daripada Perbincangan & Analisis Pengurusan pada halaman 58

TM GLOBAL ialah bahagian perniagaan global dan borong TM, yang memfokuskan kepada penawaran penyelesaian dan perkhidmatan komunikasi canggih yang komprehensif dalam keterhubungan dan juga melangkaui keterhubungan.Di dalam negara, kami menyediakan penyelesaian rangkaian kepada pengendali berlesen yang membolehkan pengembangan rangkaian dipercepat dan peningkatan pengalaman digital untuk pengguna talian tetap dan tanpa wayar. Di peringkat antarabangsa, dengan keterhubungan global kami yang luas, infrastruktur rangkaian dan kepakaran kolektif, TM GLOBAL kini menyambungkan Malaysia ke pelosok dunia.

MENYATUPADUKAN ASEAN & DUNIA MELALUI KETERHUBUNGAN

Selama beberapa tahun, TM GLOBAL telah melabur dalam pelbagai rangkaian kabel dasar laut dengan matlamat untuk menghubungkan Malaysia dengan dunia. Kami telah membangunkan suatu penyelesaian Hab Ekosistem yang komprehensif untuk meletakkan Malaysia sebagai get laluan yang ideal bagi dunia untuk berhubung ke rantau ASEAN. Pelbagai projek sedang dilaksanakan untuk mempertingkatkan lagi keterhubungann global dan serantau, beberapa daripadanya telah siap pada tahun 2017. Antara yang utama daripada projek ini adalah pembangunan tiga rangkaian kabel dasar laut ASEAN baharu: Malaysia-Kemboja-Thailand (MCT), Get Laluan Nusantara (NuGate) dan Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M). Di samping itu, kami juga telah menubuhkan satu Titik Kehadiran (PoP) baharu di Marseilles, Perancis untuk keterhubungan ke Eropah.

Pada bulan Mac 2017, kabel dasar laut MCT telah ditambahkan ke dalam Hab Ekosistem kami, merentasi lebih daripada 1,300 km dari stesen pendaratan kabel masing-masing di Cherating, Malaysia, Sihannoukville di Kemboja dan Rayong di Thailand. MCT menggunakan teknologi Pemultipleksan Pembahagian Gelombang Termampat (DWDM) 100Gbps yang terkini dengan kapasiti awal sebanyak 1.5 Terabit sesaat (Tbps) yang boleh ditingkatkan menjadi sehingga 30Tbps. Penubuhan sistem kabel dasar laut baharu ini merupakan satu lagi langkah ke arah meningkatkan keterhubungan ASEAN dengan lengahan ketersampaian terendah dan jumlah kepelbagaian akses dengan kawalan kos dan harga secara menyeluruh.

Pada bulan yang sama, NuGate telah siap dibangunkan bersama dengan rakan kongsi kami di Indonesia, PT GLOBAL INTI CORPORATION (PT GIC) dengan memanfaatkan sistem kabel dasar laut Batam-Bangka-Jakarta-Singapura (B2JS) sedia ada. Sistem kabel sepanjang 1,080 km ini, dengan Equinix (Singapura) dan Cyber Bangunan (Jakarta) sebagai titik pertemuan di kedua-dua hujungnya, telah direka dengan menggunakan teknologi 100Gbps yang terkini. Kapasiti awalnya sebanyak 200Gbps boleh dinaik taraf untuk menyokong sehingga 6.4Tbps bagi memenuhi keperluan masa depan. Sama seperti MCT, NuGate juga mengukuhkan kehadiran kami di rantau ASEAN.

Bagi memenuhi peranan kami sebagai penyumbang utama kepada infrastruktur komunikasi negara, kami menubuhkan SKR1M, berikutan daripada Perkongsian Awam Swasta (PPP) dengan Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kami bangga mencapai penyempurnaan dan kesediaannya pada bulan Jun 2017, seperti yang dijadualkan. Sistem kabel ini yang mempunyai tiga titik pendaratan di Sarawak (Kuching, Bintulu dan Miri), satu di Kota Kinabalu, Sabah dan dua di Semenanjung Malaysia (Mersing dan Cherating) akan

memberi banyak manfaat kepada rakyat, melalui pembangunan sosio-ekonomi. Sistem sepanjang 3,800 km ini menggunakan teknologi 100Gbps yang serba canggih, mempunyai kapasiti awal sebanyak 4Tbps yang boleh ditingkatkan menjadi 12.8Tbps. SKR1M kini sudah mula membawa trafik komersial yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Selain daripada perluasan kabel dasar laut, pembangunan IPDC yang telah siap menandakan pencapaian utama TM, dan juga negara, kerana ia ditetapkan untuk memangkinkan inisiatif hab serantau. IPDC ialah perumah kepada kedua-dua penyedia kandungan tempatan dan antarabangsa serta perusahaan yang menghubungkan penyedia perkhidmatan internet (ISP) tempatan dan penyedia kandungan kepada trafik internet antarabangsa. Malaysia Internet Exchange (MyIX) ialah salah satu penyewa utama kami yang telah menempatkan pelayan mereka di IPDC. Kami telah membawa beberapa nama isi rumah antarabangsa ke dalam Malaysia, di mana beberapa pemain menyimpan kandungan mereka di IPDC dan di Pusat Data TM yang lain, sebagai sebahagian daripada inisiatif penyetempatan kandungan kami. Penyetempatan ini juga membantu mengurangkan kos untuk TM memandangkan kami dapat mengurangkan kebergantungan trafik antarabangsa secara efektif.

MENYOKONG DIGITALISASI MALAYSIA

TM GLOBAL membantu peralihan Malaysia ke arah ekonomi digital dengan membolehkan perluasan rangkaian penyedia perkhidmatan tempatan melalui perkhidmatan keterhubungan domestik kami, termasuk TM Next Generation Backhaul (NGBHTM) dan penyelesaian Ethernet Borong. Untuk memperkayakan portfolio perkhidmatan NGBHTM, kami memperkenalkan penyelesaian hadapan seperti Rangkaian Akses Radio Berpusat (C-RAN) Pintar dan Liputan Dalam Bangunan (IBC). C-RAN Pintar adalah binaan rangkaian selular baharu yang menyokong infrastruktur rangkaian mudah alih masa depan, khususnya pada Rangkaian Akses Radio (RAN) berpusat. IBC melengkapi Smart CRAN dalam memperkukuh isyarat selular di dalam bangunan.

Pada April 2017, kami telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Perbadanan Putrajaya untuk projek Putrajaya Pintar, ke arah mencapai visi Putrajaya Hijau, Pintar dan Terhubung. Ini juga akan meningkatkan liputan digital di Putrajaya pada masa yang sama mengekalkan nilai estetik kawasan tersebut. Untuk melaksanakan projek ini, kami telah menandatangani perjanjian dengan Touch Mindscape untuk peruntukan perkhidmatan C-RAN Pintar di Putrajaya. Oleh itu, unifi Mobile telah menjadi penyedia perkhidmatan mudah alih yang pertama untuk menggunakan perkhidmatan C-RAN Pintar, membina jalan untuk penerapan penyelesaian penggunaan bandar pintar pada masa akan datang.

21Titik Kehadiran (PoP)

antarabangsa &

9 PoP dalam negara

5 pejabat serantau

di Amerika Syarikat, UK, Hong Kong, Australia dan Singapura; pejabat Dubai disasarkan untuk siap & beroperasi pada 2018

20kabel dasar laut merentasi lebih 190,000 km

Lebih daripada

DALAM ULASAN 2017

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

85

MELANGKAH KE 2018 DENGAN PERFEXE 10

>>>Pengurangan kos untuk kumpulan, ditambah pula dengan inisiatif domestik dan ASEAN adalah merupakan peranan penting TM GLOBAL dalam menyokong PERFEXE 10.

• Yakin sebagai Nilai Mutlak Sebagai sebahagian daripada

Kumpulan TM, kami meletakkan diri kami sebagai pemacu pertumbuhan perniagaan yang dipercayai, menghubungkan pembawa dan pembekal perkhidmatan di seluruh rantau dan ke dalam dunia digital.

• Memacu Pertumbuhan dengan TM GLOBAL

Pasaran borong domestik terus memberi peluang penting untuk TM GLOBAL, terutamanya daripada peningkatan permintaan bagi penyelesaian backhaul dan front-haul. Pengayaan Mudah Alih Backhaul membentuk asas buat kami untuk mendapatkan lebih banyak bahagian pasaran dalam segmen ini. Ia akan disokong oleh meningkatkan jualan, pengewangan aset, pembangunan produk front-haul mudah alih (Smart C-RAN & IBC) serta kerjasama dengan penyedia Kawasan dan kemudahan untuk tiga tahun akan datang.

Disamping itu, rantau ASEAN kekal untung memandangkan permintaan untuk kandungan keterhubungan dan internet dijangka akan berkembang untuk tujuh tahun yang akan datang, terutamanya di Indochina dan Indonesia. Kami berhasrat untuk memanfaatkan peluang ini melalui Hab Ekosistem kami. Usaha bersama juga akan dilakukan untuk membawa masuk kandungan antarabangsa, mengurangkan kos keterhubungan ke kawasan ini, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab serantau.

• Memperkasakan Digital: Kami terus membuat pembaharuan

dan memperkasa digital melangkaui keterhubungan melalui inisiatif pengayaan penyelesaian domestik dan hab serantau kami.

• Mengerah Aset: Kami telah memulakan keutamaan

untuk mengerah asets sedia ada kami, termasuk kapasiti kabel dasar laut antarabangsa dan akses fiber dalam negara. Inisiatif lain termasuklah pertukaran kapasiti model perniagaan, penggabungan produk dan perkhidmatan nilai tambah kepada infrastruktur sedia ada, dengan objektif untuk mengoptimumkan kos bagi Kumpulan TM.

RISIKO-RISIKO UTAMA PASARAN & LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

RISIKO PASARAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

Penurunan harga pasaran, lebihan kos disebabkan oleh persaingan dan perubahan dinamik pada keperluan pelanggan

Kami mengukuhkan daya saing dengan menjadi penyedia perkhidmatan hujung ke hujung menerusi kerjasama dengan syarikat terkemuka global yang lain. Kami juga memanfaatkan syarikat sekutu untuk merebut peluang serantau dengan pelaburan yang minimum.

Perubahan politik, undang-undang dan garis panduan pengawalseliaan di negara lain

Kami sentiasa mengikuti perkembangan perubahan geopolitik terkini di negara-negara yang kami telah membuat pelaburan dengan menubuhkan pengurusan krisis dan rancangan daya tahan yang berkesan. Ini membolehkan kami melindungi pelaburan kami serta meningkatkan rancangan kesinambungan perniagaan.

Perubahan dalam peraturan harga tempatan

Kami memaksimumkan keupayaan dalaman dengan memanfaatkan sumber-sumber Kumpulan TM dan anak-anak syarikatnya untuk terus berdaya saing walaupun peraturan harga berubah.

Peningkatan tekanan bagi penyelesaian inovatif dan gangguan secara global memandangkan pengendali dan penyedia perkhidmatan lain mahu mengukuhkan kedudukan pasaran digital masing-masing

Kami sentiasa mengikuti teknologi terkini dengan mewujudkan rakan kongsi yang berkesan dengan nilai tambah dan rakan teknologi untuk pemindahan pengetahuan. Bersama-sama, kami memperkenalkan Penyelesaian Melangkaui Keterhubungan yang baharu sesuai dengan landskap digital semasa.

Untuk meningkatkan lagi perkhidmatan NGBHTM kami, pada Oktober 2017, kami telah menandatangani perjanjian dengan syarikat menara telekomunikasi, edotco Malaysia Sdn Bhd untuk C-RAN Pintar dan projek memasang fiber untuk membolehkan keterhubungan antara tapak sel pengendali mudah alih dan rangkaian teras mereka pada tapak tanah menara edotco di kawasan terpilih. Ini akan membantu mempercepat pengembangan perkhidmatan LTE untuk pengendali mudah alih.

Dalam menyokong aspirasi Ekonomi Digital Malaysia, kami terus memberi tumpuan terhadap perluasan kabel dasar laut kami dan penyelesaian Akses HSBB bagi pengendali perkhidmatan. Sebagai contoh, SKR1M yang baru sahaja disiapkan bertujuan untuk meningkatkan ekonomi digital terutamanya di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, kami terus memperluas pasaran jalur lebar pengguna menerusi penyelesaian Akses HSBB. Setakat ini, empat pengendali tempatan telah menandatangani perjanjian untuk Akses HSBB dan bilangan pelanggannya telah meningkat sebanyak 13.5% dari tahun 2016.

PRODUK & PERKHIDMATAN INOVATIF

Selain daripada membangunkan infrastruktur, TM GLOBAL juga telah membangunkan pelbagai produk dan penyelesaian inovatif bagi membantu pelanggan mempercepat pertumbuhan mereka. Ini termasuk:

• Rangkaian Akses Radio Berpusat Pintar (Smart C-RAN) – Sebuah inisiatif untuk menggerakkan ruang telekomunikasi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi di mana TM menyediakan penyelesaian hujung ke hujung buat pengendali rangkaian mudah alih untuk menempatkan liputan mudah alih mereka terutamanya di kawasan kepadatan tinggi dan kawasan titik buta.

• Liputan Dalam Bangunan (IBC) – Perkhidmatan ini berdasarkan kepada sistem antena yang diedarkan (DAS), dipasang di dalam kemudahan terpilih yang membolehkan pengendali rangkaian mudah alih untuk memperluas dan mengedarkan isyarat selular mereka.

• IPX – Sebuah inisiatif TM untuk menyampaikan perkhidmatan suara antarabangsa yang berkualiti tinggi dengan memasang infrastruktur IPX-Voice di Hong Kong, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

• Penyelesaian Penghantaran Media Menegak (MDSV) – Penyelesaian hiburan dan informasi bersepadu untuk telco, hotel dan hospital ini menggunakan platform pengurusan tunggal berasaskan awan untuk memberikan pengalaman digital kepada pengguna akhir dalam pelbagai pertubuhan. Ia juga membawa hiburan bertaraf dunia dan kehidupan pintar bersepadu bagi perkhidmatan mengikut permintaan berpusat ke hujung jari pelanggan.

RENCANA

TM Team Malaysia adalah “Pasukan Sorak Rasmi Atlet Negara”, nama yang telah diberikan kepada gerakan yang kami tubuhkan pada bulan April 2011, oleh Menteri Belia & Sukan, YB Brig Gen Khairy Jamaluddin, kerana ia telah berjaya membawa rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyokong atlet negara kita dalam pelbagai acara sukan.

Ditubuhkan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia (NSC) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), penyokong TM Team Malaysia, bersama jersi kami tersendiri, telah memberi sorakan kepada atlet negara kita di Sukan Olimpik, Sukan SEA dan acara antarabangsa serta acara serantau lain yang melibatkan atlet-atlet Malaysia. Ia menyemarakkan semangat rakyat Malaysia buat wira sukan negara, sesuai dengan slogannya “Menggabungkan Semangat Kita”.

Selain daripada aktiviti di lapangan, TM Team Malaysia turut berhubung dengan para penyokong secara digital melalui laman web dan media sosialnya. Pada Disember 2017, ia telah mempunyai seramai 1.4 juta pengikut di Facebook, Twitter dan Instagram, serta 44,000 ahli rasmi yang berdaftar.

MENDORONG ATLET-ATLET KITA MERAIH KEJAYAAN LUAR BIASA DI KL2017

Setelah melihat sokongan TM Team Malaysia semasa Sukan Olimpik Rio, Menteri Belia & Sukan telah melantik gerakan ini sebagai platform rasmi untuk menyatukan penyokong Malaysia bersempena dengan acara sukan terbesar di ASEAN pada tahun 2017 - Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29, yang juga dikenali sebagai KL2017, nama jenama rasminya. Terbukti melalui namanya, TM Team Malaysia berjaya membangkitkan semangat rakyat Malaysia sebelum dan semasa acara yang dilangsungkan selama sebulan itu. Ahli-ahli TM Team Malaysia sememangnya memainkan peranan yang besar dalam prestasi luar biasa atlet-atlet negara.

a) Jersi & Cenderahati TM Team Malaysia TM memeterai perjanjian rakan kongsi bersama Petronas Dagangan

Berhad (PDB) dan peniaga dalam talian bagi memudahkan peminat sukan Malaysia mendapatkan jersi dan cenderahati Team Malaysia. Sejak beberapa bulan sebelum KL2017, jersi dan cenderahati TM Team Malaysia sudah boleh didapati di lebih daripada 300 buah cawangan Kedai Mesra serta dalam talian melalui www.shoppu.com.my dan www.fmstore.com.my selain daripada 105 buah cawangan TMpoint. Untuk anggota kami sendiri, kami menyediakan sebuah mesin layan diri di Menara TM untuk pembelian jersi dan barangan TM Team Malaysia, menjadi satu langkah yang amat dihargai oleh anggota, pelanggan dan juga penyewa kami.

b) Pasukan Sorak TM Team Malaysia di KL2017 Kami menyemarakkan lagi semangat untuk KL2017 melalui Jelajah

Kampus TM Team Malaysia yang melibatkan 36 buah universiti dan kolej sepanjang tempoh enam bulan sebelum temasya berlangsung. Sepanjang jelajah itu, TM Team Malaysia disertai oleh kira-kira 108,000 orang pelajar dalam pelbagai aktiviti. Antaranya ialah “Pertandingan Cabaran Azizul” yang mana ia mencabar para peserta untuk mengalahkan rekod peribadi pemegang pingat gangsa Olimpik Azizul Hasni dan acara ini terbukti begitu popular sehingga ia menjadi tular.

Sepanjang temasya berlangsung, seramai kira-kira 1,000 orang penyokong terlatih yang cukup bersemangat boleh dilihat dan didengar disetiap acara, bersorak untuk atlet kita supaya mereka dapat memberikan persembahan yang terbaik.

Pada masa akan datang, TM Team Malaysia akan terus berevolusi dan berkembang. Pada tahun 2018, ia dijangka berkembang melangkaui bidang sukan, untuk menyokong inisiatif tanggungjawab sosial secara amnya dan untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat. Matlamat utamanya adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam usaha ke arah menjadi negara yang hebat yang kita semua boleh banggakan.

Pasukan Sorak Team Malaysia TM TM Team Malaysia telah hadir di semua acara sukan utama yang melibatkan atlet negara kita sejak tahun 2011:

Larian Penyokong TM Team MalaysiaLarian Penyokong TM Team Malaysia dianjurkan setiap tahun dengan mengumpulkan rakyat Malaysia bagi menunjukkan sokongan mereka buat atlet negara yang bertanding di acara sukan utama tertentu. Setiap larian telah membawa lebih daripada 10,000 orang penyokong dari seluruh pelusuk negara.

Anugerah Sukan Negara (ASN)TM adalah penaja penyampaian ASN - sebuah platform tertinggi untuk mengiktiraf atlet-atlet Malaysia - sejak tahun 2012. Pada tahun 2013, kami memperkenalkan Anugerah TM Team Malaysia (dikenali sebagai “ Anugerah Pilihan Rakyat “) untuk membolehkan rakyat Malaysia memilih atlet kegemaran mereka, berdasarkan undian di laman web TM Team Malaysia. Pemenang-pemenang anugerah ini sejak tahun pengenalannya ialah:

2013 Sazali Samad, Angkat Berat2014 Syakilla Salni, Karate2015 Goh Jin Wei, Badminton2016 Azizul Hasni, Basikal Trek

Perjalanan Team Malaysia TM

TM Team Malaysia

Detik-Detik Meyakinkan

Dalam dunia yang kompleks dan berteknologi tinggi ini, kami amat memerlukan detik-detik meyakinkan yang memberi kami kekuatan untuk melaksanakan tugas dan berdepan dengan cabaran. Sebagai penyedia telekomunikasi utama di Malaysia, TM patuh kepada tadbir urus korporat yang ketat dan mengamalkan amalan standard terbaik bagi menyampaikan perkhidmatan terkini. Sentiasa memastikan kualiti dan perkhidmatan komunikasi negara kekal bertaraf dunia bagi menjadikan hidup lebih mudah.

Tadbir Urus

90

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

BarisanKepimpinan Kami- PROFIL PENGARAH (setakat 5 Mac 2018)

TAN SRI DATO’ SERIDR SULAIMAN MAHBOBPENGERUSI/ PENGARAH BUKAN BEBAS BUKAN EKSEKUTIF

KELAYAKAN• Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), dari Universiti Malaya (UM)• Sarjana Sains dari University of London, United Kingdom (UK)• Ijazah Kedoktoran dari Maxwell School of Citizenship and Public Affairs,

Syracuse University, New York, Amerika Syarikat • Mengikuti kursus Reformasi Mata Wang Dunia di Harvard University,

Amerika Syarikat• Doktor Kehormat dalam Pengurusan Ekonomi dari Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM).

Tarikh Pelantikan 12 Januari 2015

Jantina Lelaki

Umur 69

Kewarganegaraan Malaysia

PENGALAMAN BEKERJATan Sri Dr Sulaiman telah berkhidmat lebih 38 tahun di sektor kerajaan dengan memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Setiausaha Bahagian (Ekonomi) di Kementerian Kewangan.

Beliau adalah Ketua Urusetia Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ketika krisis kewangan pada tahun 1997/1998 di mana Malaysia melaksanakan polisi kawalan modal. Beliau juga pernah dipinjamkan ke Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) sebagai Pengarah Eksekutif dari 1995 sehingga 1997. Beliau pernah berkhidmat di Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai Presiden Pengasas dari 2004 sehingga 2005, di mana beliau memperkenalkan beberapa program bagi menggalakkan budaya beretika dan berintegriti dalam sektor awam dan swasta selaras dengan Pelan Integriti Nasional Kerajaan.

Beliau adalah mantan Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta Ahli Lembaga Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Felda Global Ventures Holdings Berhad, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi.

Beliau kini merupakan Pengerusi Universiti Telekom Sdn Bhd (UTSB), syarikat yang menguruskan Universiti Multimedia (MMU), anak syarikat milik penuh TM, serta Pengerusi MIER dan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG). Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) serta ahli Lembaga Bank Negara Malaysia (BNM) dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS).

Beliau adalah Profesor Adjung (Ekonomi) di Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Tun

Abdul Razak.

KEAHLIAN LEMBAGASyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad

Syarikat-syarikat Awam: • Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG)• Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA Tiada

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017 Menghadiri kesemua 6 mesyuarat yang diadakan

KEHADIRAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU Hadir

MAKLUMAT LAINPengarah Bukan Eksekutif yang dicalonkan oleh Pemegang Saham Istimewa TM, iaitu Menteri

Kewangan, sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Akta Menteri Kewangan

(Diperbadankan) 1957 (MKD).

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula 26 April 2017

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

91

DATO’ SRI MOHAMMED SHAZALLI RAMLYPENGARAH URUSAN/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULANPENGARAH EKSEKUTIF BUKAN BEBAS

KELAYAKAN• Sarjana Muda Sains (Pemasaran) dari Indiana University, Bloomington,

Indiana, Amerika Syarikat• Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari St. Louis University, Missouri,

Amerika Syarikat

Tarikh Pelantikan 1 Mei 2017

Jantina Lelaki

Umur 56

Kewarganegaraan Malaysia

PENGALAMAN BEKERJADato’ Sri Shazalli, dilantik sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM berkuatkuasa pada 1 Mei 2017. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Perlis.

Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah Celcom Axiata Berhad (Celcom), jawatan dipegangnya dari 1 September 2005 hingga 31 Ogos 2016 sebelum dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Serantau dan Naib Presiden Eksekutif Korporat untuk operasi Asia Tenggara Axiata Group Berhad.

Sebelum menyertai Celcom, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif NTV7, stesen TV terestrial ke-7 Malaysia, jawatan dipegangnya selama 8 tahun sejak dilancarkan pada tahun 1998. Sebelum itu, Dato’ Sri Shazalli memberi sumbangan besar dalam industri Barangan Pengguna Bergerak Pantas. Beliau berkhidmat di Unilever (1987-1993) Malaysia dan Indonesia, diikuti oleh Malaysian Tobacco Company (MTC) dan British American Tobacco (BAT) (1993-1996) di Malaysia dan UK. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pemasaran ASTRO selama dua tahun dan mempelopori pelancaran perkhidmatan satelit digital ASTRO di Malaysia.

Sebagai pengiktirafan ke atas pencapaiannya, Dato’ Sri Shazalli telah dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Perniagaan 2009: Sektor Telekomunikasi; Ketua Pegawai Eksekutif Masterclass Tahunan 2010 oleh Anugerah Kepimpinan Perniagaan Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Tahunan oleh Anugerah Pilihan Pembaca PC.Com pada 2012. Beliau dianugerahkan ‘Personaliti ICT Tahunan’’ di Malam Anugerah Kepimpinan PIKOM, pada tahun 2013, Tokoh ANSARA pada tahun 2014 dan Tokoh Alumni UiTM pada tahun 2016.

Dato’ Sri Shazalli kini merupakan Pengerusi GITN Sdn Bhd dan pengarah VADS Berhad (VADS) dan Webe Digital Sdn Bhd (webe), anak-anak syarikat Kumpulan TM, serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Telekom Malaysia. Beliau adalah Pengerusi PR1MA Communications Sdn Bhd dan ahli Lembaga Perbadanan PR1MA Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang daripada tujuh anggota petugas yang diketuai Unit Pengurusan Prestasi & Pelaksanaan (PEMANDU) untuk menyelia pelan transformasi Proton Holdings Bhd.

KEAHLIAN LEMBAGA Syarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad

Syarikat-syarikat Awam: • VADS Berhad• Malaysia Airlines Berhad• Malaysia Aviation Group Berhad• Kuala Lumpur Business Club

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA Ahli Jawatankuasa Tender Lembaga Tender (JTL)

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017 Menghadiri kesemua 3 mesyuarat yang diadakan (sejak pelantikannya sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan)

KEHADIRAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU Tidak berkenaan

MAKLUMAT LAINPengarah Eksekutif yang dicalonkan oleh MKD.

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula Tidak berkenaan

Tadbir Urus

92

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

DATO’ SRI DR MOHMAD ISA HUSSAINPENGARAH BUKAN BEBAS BUKAN EKSEKUTIF

KELAYAKAN• Ijazah Kedoktoran dalam jurusan Kewangan dari

Universiti Putra Malaysia• Sarjana Pengurusan Pentadbiran (Kewangan) dari UKM• Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) (Statistik Gunaan) dari UM• Diploma Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam

Negara (INTAN)

PENGALAMAN BEKERJADato’ Sri Dr Mohmad Isa memulakan kerjayanya pada tahun 1983 sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya dilantik sebagai Penolong Pengarah di Unit Ekonomi Negeri Pahang pada tahun 1985. Beliau seterusnya menyertai Kementerian Kewangan, memegang pelbagai jawatan termasuk Penolong Setiausaha di Bahagian Perolehan Kerajaan dari tahun 1990 sehingga 1995 dan Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Pengurusan Belanjawan sehingga tahun 2000.

Pada tahun 2004, Dato’ Sri Dr Mohmad Isa telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan di Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Bahagian Penswastaan. Beliau kemudiannya berpindah ke Kementerian Pengangkutan Malaysia pada tahun 2008 sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Sementara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dari tahun 2009 sehingga 2010. Beliau kembali ke Kementerian Kewangan sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian di Bahagian Syarikat-syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC) dari tahun 2010 sehingga Januari 2015. Beliau merupakan Setiausaha Bahagian GIC sebelum menyandang jawatan sekarang sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan).

Dato’ Sri Dr Mohmad Isa juga merupakan Pengarah beberapa buah Syarikat Berkaitan Kerajaan dan agensi kerajaan termasuk Permodalan Felcra Sdn Bhd, Danaharta Nasional Sdn Bhd, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pelabuhan Kelang.

Tarikh Pelantikan 30 Oktober 2015

Jantina Lelaki

Umur 59

Warganegara Malaysia

KEAHLIAN LEMBAGASyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad• Malaysia Airports Holdings Berhad • Pos Malaysia Berhad• Destini Berhad

Syarikat-syarikat Awam: • Felcra Berhad• Export-Import Bank of Malaysia Berhad• Malaysia Airlines Berhad• Malaysia Aviation Group Berhad• Syarikat Jaminan Kredit Perniagaan Berhad• Syarikat Jaminan Pinjaman Perumahan Berhad• DanaInfra Nasional Berhad• K.L International Airport Berhad• 1Malaysia Sukuk Global Berhad• Wakala Global Sukuk Berhad• Aset Tanah Nasional Berhad• Pelaburan Hartanah Berhad

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA • Ahli JTL• Ahli JPL

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017Menghadiri 5 daripada 6 mesyuarat yang diadakan

KEHADIRAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU Hadir

MAKLUMAT LAINPengarah Bukan Eksekutif yang dicalonkan oleh MKD

Barisan Kepimpinan Kami

DATUK BAZLAN OSMANPENGARAH EKSEKUTIF/ TIMBALAN KETUA PEGAWAI

EKSEKUTIF KUMPULAN

PENGARAH EKSEKUTIF BUKAN BEBAS

KELAYAKAN• Ahli Felow Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), UK• Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (MIA)• Ahli Jawatankuasa Isu, Lembaga Piawaian Perakaunan

Malaysia dari 2006 hingga 2010• Mengikuti Program IMD untuk Eksekutif Kanan pada tahun

2008• Mengikuti Program Kepimpinan Strategik di Saïd Business

School, University of Oxford pada tahun 2013

PENGALAMAN BEKERJADatuk Bazlan memulakan kerjaya pada tahun 1986 sebagai juruaudit di sebuah firma perakaunan. Beliau pernah berkhidmat di Kumpulan Sime Darby dengan memegang pelbagai jawatan kewangan di bahagian pengurusan kewangan korporat di Kuala Lumpur, Singapura dan Melaka dari tahun 1989 hingga 1993. Beliau juga pernah menyertai American Express Malaysia Berhad sebelum menyertai Kumpulan FIMA Berhad pada tahun 1994 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan/Setiausaha Syarikat. Beliau menyertai Celcom pada tahun 2001 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan Korporat dan Perbendaharaan, dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada tahun 2002 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM pada tahun 2005.

Sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Datuk Bazlan telah membangunkan pasukan kewangan yang kukuh, bertanggungjawab terhadap keputusan pelaburan penting yang diperlukan oleh Kumpulan untuk bersaing dengan berkesan dalam persekitaran pasaran yang dinamik dan mewujudkan nilai bagi pihak-pihak yang berkepentingan. Berdasarkan pengalaman yang luas serta kemahiran kepimpinan, beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada 1 April 2017. Sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Bazlan bertanggungjawab untuk mengembangkan dan mencapai hasil perniagaan selaras dengan wawasan Syarikat.

Tarikh Pelantikan 25 April 2008

Jantina Lelaki

Umur 53

Warganegara Malaysia

Beliau juga menyelia operasi kluster perniagaan utama TM iaitu TM Global, TM ONE dan unifi, serta Bahagian IT&NT dan Bahagian Pengalaman Pelanggan. Beliau adalah Pengerusi Fiberail Sdn Bhd dan pengarah beberapa anak syarikat Kumpulan TM termasuk webe dan VADS.

Pada 2016, Datuk Bazlan dinobatkan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Terbaik (Malaysia) di Anugerah Tahunan Korporat ke-10 Alpha Southeast Asia Institutional Investor, serta Ketua Pegawai Kewangan Tahunan (Kecemerlangan dalam Perancangan & Analisa Kewangan) di Anugerah Inovasi Ketua Pegawai Kewangan Tahunan ke-5, di samping beberapa penghargaan lain yang diberikan kepada TM di bawah seliaan beliau. Pada tahun 2015, beliau telah disenaraikan dalam senarai “Global Telecoms Business 50 CFOs To Watch.”

KEAHLIAN LEMBAGASyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad

Syarikat Awam: • VADS Berhad

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA • Ahli JTL• Ahli Jawatankuasa Risiko Lembaga (JRL)• Ahli Jawatankuasa Pelaburan Lembaga (JPL)

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017Menghadiri kesemua 6 mesyuarat yang diadakan

KEHADIRAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU Hadir

MAKLUMAT LAINPengarah Eksekutif yang dicalonkan oleh MKD.

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula

28 April 2016

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula 28 April 2016

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

93

TUNKU DATO’ MAHMOOD FAWZY TUNKU MUHIYIDDIN PENGARAH BEBAS KANAN

KELAYAKAN• Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)

dalam Pengajian Perniagaan dari Polytechnic of Central London, UK

• Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Warwick University, UK

• Diploma Pemasaran dari Chartered Institute of Marketing

• Ahli Institut Pengurusan Malaysia• Ahli Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia

PENGALAMAN BEKERJATunku Mahmood adalah Pengarah syarikat profesional dan kini merupakan Pengerusi Deutsche Bank (Malaysia) Berhad dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Malaysia Airports Holding Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad, Pos Malaysia Berhad, Sapura Kencana Petroleum Berhad/Kencana Petroleum Berhad, Ethos Capital One Sdn Berhad, Federation of Investment Managers Malaysia, Energy Africa Limited, dan Engen Limited di Afrika Selatan.

Tunku Mahmood berpengalaman luas dalam tadbir urus, pengurusan dan bidang telekomunikasi, pengurusan pelaburan dan aktiviti ekuiti swasta, minyak dan gas, logistik marin dan penerbangan, penasihat korporat, perkhidmatan kewangan dan perbankan, merentasi beberapa negara termasuk United Kingdom, New Zealand, Afrika Selatan dan Malaysia.

Tarikh Pelantikan

• Dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 29 April 2008

• Berubah Jawatan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengarah Bebas Kanan pada 30 April 2017

Jantina Lelaki

Umur 59

Warganegara Malaysia

KEAHLIAN LEMBAGASyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad

Syarikat-syarikat Awam: • Deutsche Bank (Malaysia) Berhad• Hong Leong Assurance Berhad• Hong Leong Asset Management Berhad• Hong Leong MSIG Takaful Berhad

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA • Pengerusi Bukan Eksekutif JPG• Ahli JPL

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017Menghadiri kesemua 6 mesyuarat yang diadakan

KEHADIRAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU Hadir

KELAYAKAN• Sarjana Sains (Kewangan) dari London Business School• Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan

dari University of Bristol, UK• Ahli Felow Akauntan Bertauliah Institut Akauntan

Bertauliah England dan Wales (ICAEW)

PENGALAMAN BEKERJAKerjaya profesional beliau bermula pada tahun 1995 sebagai akauntan/juruaudit di Coopers & Lybrand, UK sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada tahun 1997 dan menyertai Arthur Anderson & Co sebagai Penolong Pengurus Audit dan Penasihat Perniagaan. Beliau menyertai RHB Sakura Merchant Bankers Bhd pada tahun 2000 sebagai Penolong Pengurus di bahagian kewangan korporat sebelum menyertai Sarawak Shell Berhad pada tahun 2001 sebagai Perancang Sektor Utama di bahagian Perancangan Perniagaan di Miri, Sarawak.

Beliau kemudiannya dihantar ke Bahagian Carigali dan Pengeluaran Kawasan Shell di Singapura sebagai Penganalisa Perniagaan kanan. Pada masa yang sama, Nik Rizal juga diberi tanggungjawab sebagai Ketua Perancangan dan Ekonomi di Shell Deepwater Borneo Ltd, Brunei. Pada tahun 2007, beliau telah ditugaskan ke ibu pejabat Shell Corporate Global di London sebagai Penganalisa Kanan Kewangan Hiliran bagi perniagaan pelincir global dan perniagaan B2B. Beliau merupakan Pengurus Kewangan Projek Khas di Shell Malaysia Limited sebelum menyertai Khazanah pada bulan April 2011, dan kini merupakan Pengarah Eksekutif Pelaburan, Khazanah.

Nik Rizal juga merupakan pengarah Cenviro Sdn Bhd dan Xeraya Capital Sdn Bhd, anak-anak syarikat milik penuh Khazanah.

NIK RIZAL KAMIL TAN SRI NIK IBRAHIM KAMILPENGARAH BUKAN BEBAS BUKAN EKSEKUTIF

Tarikh Pelantikan

• Dilantik sebagai Pengarah Ganti Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 29 November 2012

• Berubah Jawatan sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 30 April 2017

Jantina Lelaki

Umur 45

Warganegara Malaysia

KEAHLIAN LEMBAGASyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad

Syarikat Awam: Tiada

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA • Ahli Jawatankuasa Audit Lembaga (JAL)• Ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga

(JPG)• Ahli JTL• Ahli JPL• Pengerusi Jawatankuasa PIJP, Jawatankuasa Kecil JPG

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017Menghadiri 3 daripada 3 mesyuarat (sejak dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

KEHADIRAN PADA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU Hadir

MAKLUMAT LAIN• Merupakan Pengarah Ganti kepada Tunku Dato’

Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin sebelum dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

• Pengarah Bukan Eksekutif yang dicalonkan oleh Khazanah, pemegang saham utama TM.

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula 28 April 2016

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula Tidak berkenaan

Tadbir Urus

94

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

DAVIDE GIACOMO FEDERICO BENELLO @ DAVID BENELLOPENGARAH BEBAS BUKAN EKSEKUTIF

KELAYAKAN• Sarjana Muda Matematik dari University of Oxford, UK• Sarjana Matematik dari University of Oxford, UK• Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Harvard University,

Amerika Syarikat

PENGALAMAN BEKERJADavid pernah menjadi Pengarah dan Ketua bagi Amalan Telekom, Media dan Teknologi di McKinsey & Company di UK, sebuah firma yang disertai beliau pada bulan Ogos 1982 sebelum bersara pada bulan Jun 2011. Beliau kini merupakan Pengarah Emeritus di firma yang sama. Beliau berpengalaman luas sebagai perunding strategi korporat, teknologi komunikasi maklumat, pemulihan perniagaan serta operasi dan perkhidmatan pelanggan bagi syarikat-syarikat telekomunikasi terutamanya di Eropah (serta juga Amerika Syarikat dan Asia).

David pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kanan di Arthur Andersen dan Leftenan Muda di Scuola Militare Alpina, Aosta, Itali. Beliau merupakan Pengarah Bebas Telecom Italia S.p.A dan Tungsten Corporation plc, sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Alternative Investment Market (AIM) di London. Beliau juga merupakan Pengerusi di V-Nova Ltd., sebuah syarikat pengendali teknologi pemampatan video terkemuka.

Tarikh Pelantikan 21 November 2011

Jantina Lelaki

Umur 64

Warganegara Itali

KEAHLIAN LEMBAGASyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad

Syarikat Awam: Tiada

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA

• Ahli Jawantankuasa PIJP

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017Menghadiri kesemua 6 mesyuarat diadakan

KEHADIRAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU Hadir

DATUK ZALEKHA HASSANPENGARAH BEBAS BUKAN EKSEKUTIF

KELAYAKAN• Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari UM• Mengikuti Program Advanced Management di Harvard

Business School, Harvard University, Amerika Syarikat

PENGALAMAN BEKERJADatuk Zalekha memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada tahun 1977 sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya di Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau pernah berkhidmat di beberapa kementerian termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Beliau kemudiannya menyertai Kementerian Kewangan pada tahun 1997 sebagai Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Belanjawan dan meneruskan khidmat dalam pelbagai jawatan yang meliputi Bahagian Perolehan Kerajaan. Beliau merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Kementerian Kewangan sehinggalah persaraan beliau pada bulan Mei 2011. Beliau kemudian telah dilantik sebagai Penasihat Perolehan di Kementerian Kewangan bermula Jun 2011 sehingga Jun 2013.

Datuk Zalekha merupakan ahli Lembaga Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKL), anak syarikat milik penuh TM.

Tarikh Pelantikan

• Dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 9 Januari 2008

• Berubah Jawatan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif pada 1 Jun 2011

Jantina Wanita

Umur 64

Warganegara Malaysia

KEAHLIAN LEMBAGASyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad• Malaysia Airports Holdings Berhad

Syarikat Awam: Tiada

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA • Pengerusi Bukan Eksekutif JTL• Ahli JPG• Ahli JAL

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017Menghadiri kesemua 6 mesyuarat diadakan

KEHADIRAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU Hadir

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula 30 April 2015

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula 28 April 2016

Barisan Kepimpinan Kami

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

95

GEE SIEW YOONGPENGARAH BEBAS BUKAN EKSEKUTIF

KELAYAKAN• Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia • Ahli Institut Akauntan Malaysia• Mengikuti program International Banking Summer

School (IBSS) Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat

PENGALAMAN BEKERJAGee memulakan kerjaya di PriceWaterhouse pada tahun 1969 dan jawatan terakhir beliau di firma tersebut pada tahun 1981 adalah sebagai Pengurus Audit Kanan dan Pengurus Pendidikan Berterusan. Beliau kemudiannya menyertai Kumpulan Selangor Pewter sebagai Pengawal Kewangan Kumpulan dan dipinjamkan ke Amerika Syarikat dari 1983 hingga 1984 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Senaca Crystal Inc, sebuah syarikat Kumpulan Selangor Pewter yang sedang menjalani penyusunan semula di bawah Bab XI, Kod Kebankrapan Amerika Syarikat. Beliau kemudiannya bertugas sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Eksekutif Kumpualn Lipkland dari tahun 1985 hingga 1987.

Gee telah dilantik oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Eksekutif Supreme Finance (M) Berhad, sebuah institusi kewangan yang sedang menjalani penyusunan semula dan bantuan di bawah pengawasan BNM sehingga selesai penyusunan semula syarikat tersebut pada 1991. Beliau kemudiannya menyertai Land & General Berhad sebagai Ketua Bahagian Kumpulan, Perkhidmatan Pembangunan Pengurusan pada tahun 1993 sebelum menyertai Multi Purpose Capital Holdings Berhad sebagai Pembantu Eksekutif kepada Ketua Eksekutif pada tahun 1997 hingga 1999. Dalam tempoh tersebut, beliau juga merupakan Pengarah Multi-Purpose Bank Berhad, Multi-Purpose Insurans Berhad dan Pengarah Eksekutif Multi-Purpose Trustee Berhad.

Tarikh Pelantikan 13 Mar 2014

Jantina Wanita

Umur 68

Warganegara Malaysia

Gee telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi syarikat-syarikat tersenarai awam sejak 2001.

KEAHLIAN LEMBAGASyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad• Tenaga Nasional Berhad • Sapura Energy Berhad

Syarikat Awam: Tiada

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA• Pengerusi Bukan Eksekutif, JAL• Ahli JRL• Ahli JPL

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017Menghadiri kesemua 6 mesyuarat yang diadakan

KEHADIRAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU Hadir

DATUK SERI FATEH ISKANDAR TAN SRI DATO’ MOHAMED MANSORPENGARAH BEBAS BUKAN EKSEKUTIF

KELAYAKAN• Sarjana Muda Perundangan (Kepujian) dari University of

Queensland, Australia• Sarjana Pentadbiran Perniagaan, dari University of

Queensland, Australia

PENGALAMAN BEKERJADatuk Seri Fateh Iskandar kini merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad (Glomac). Beliau mula menyertai Kumpulan Syarikat Glomac sejak tahun 1992 dan telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan pada tahun 1997. Beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada tahun 2004 dan seterusnya sebagai Ketua Pengawai Eksekutif Glomac pada 24 Mac 2009. Sebelum menyertai Glomac, beliau merupakan pengamal perundangan di Australia sebelum pulang ke Malaysia untuk berkhidmat dengan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

Datuk Seri Fateh Iskandar merupakan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), dan juga merupakan bekas Pengerusi REHDA cawangan Selangor. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Malaysia Australia (MABC), Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) cawangan Selangor, sebuah badan yang menggalakkan keusahawanan Melayu di negara ini. Beliau adalah Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dalam bahagian Perundangan dan Perkhidmatan dan ahli PEMUDAH Selangor. Ketika ini beliau merupakan Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sejak 2014. Beliau juga merupakan salah seorang Pengarah Pengasas Malaysia Property Incorporated, sebuah perkongsian di antara Kerajaan dan sektor swasta yang ditubuhkan bagi menggalakkan pelaburan asing dalam hartanah di Malaysia di kalangan warga asing.

Tarikh Pelantikan 7 Oktober 2013

Jantina Lelaki

Umur 50

Warganegara Malaysia

Datuk Seri Fateh Iskandar adalah Penerima Anugerah Perniagaan Malaysia (Hartanah) 2012 dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Anugerah Keusahawanan Cemerlang 2013 Malaysia sempena Anugerah Kecemerlangan Asia Pasifik Malaysia 2013. Pada tahun 2014, beliau telah menerima Anugerah Kepimpinan Global 2014 Pembangunan Hartanah Komersil dan Penerima Anugerah Brand Laureatte masing-masing dari The Leaders International dan Asia Pacific Brands Foundation. Pada tahun 2015, beliau turut menerima Anugerah Kepimpinan Global 2015 – Masterclass Developer of The Year dari The Leaders International Organisation. Pada tahun 2016, beliau telah dianugerahkan World Leader Business Person and World Business Leader oleh The World Confederation of Businesses (The Bizz 2016).

Beliau telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Khas, Usahawan Tahunan bagi tahun 2017 oleh Persatuan Usahawan Asia Pasifik.

KEAHLIAN LEMBAGASyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad• Glomac Berhad• Axis Reit Managers Berhad

Syarikat Awam: • VADS Berhad

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA • Pengerusi Bukan Eksekutif, JPL• Ahli JRL

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017Menghadiri kesemua 6 mesyuarat yang diadakan

KEHADIRAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU Hadir

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula 26 April 2017

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula 26 April 2017

Tadbir Urus

96

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

BALASINGHAM A. NAMASIWAYAMPENGARAH BEBAS BUKAN EKSEKUTIF

KELAYAKAN• Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik dari

Portsmouth Polytechnic, UK• Diploma Kejuruteraan Elektrik dari Maktab Teknik,

Kuala Lumpur• Felow Institut Jurutera Malaysia• Ahli Institution of Engineering and Technology, UK• Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga

Jurutera Malaysia

PENGALAMAN BEKERJABalasingham telah menceburi industri telekomunikasi selama lebih daripada 30 tahun. Beliau memulakan kerjayanya di Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1972 sebagai Penolong Teknikal, dan kemudian berkhidmat dalam pelbagai jawatan yang meliputi perancangan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan kawalan projek teknikal utama dan aspek operasi dalam Kumpulan TM. Jawatan terakhir beliau di TM adalah Pengurus Besar di Khidmat Rangkaian Khas, bertanggungjawab ke atas pemasaran, pelaksanaan, operasi dan penyelenggaraan rangkaian untuk pelbagai pelanggan.

Pada tahun 2003, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Fiberail Sdn Bhd (Fiberail), iaitu sebuah syarikat usaha sama TM yang terlibat dengan pemasangan kabel dan penjualan produk-produk gentian. Pada tahun 2008, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Perniagaan Fiberail, bagi membantu Lembaga Pengarah dan pengurusan dalam semua aspek syarikat sehingga tamat kontrak beliau pada Jun 2009. Beliau juga pernah menjadi Pengarah di TIME dotcom Berhad dari Julai 2009 hingga pertengahan April 2016.

Tarikh Pelantikan 28 April 2016

Jantina Lelaki

Umur 66

Warganegara Malaysia

KEAHLIAN LEMBAGASyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad

Syarikat Awam: Tiada

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA • Ahli JPG• Ahli JAL• Ahli JRL• Ahli JTL• Ahli Jawatankuasa PIJP

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017Menghadiri kesemua 6 mesyuarat yang diadakan

KEHADIRAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU

Hadir

TUNKU AFWIDA TUNKU DATO’ A.MALEKPENGARAH BEBAS BUKAN EKSEKUTIF

KELAYAKAN• Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Ekonomi dan

Perakaunan, dari City University, UK• Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Bertauliah

England dan Wales (ICAEW)• Ahli Institut Akauntan Malaysia

PENGALAMAN BEKERJATunku Afwida pernah memegang beberapa jawatan kanan dalam bank-bank pelaburan. Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kenanga Investment Bank Berhad dari tahun 2006 hingga 2008.

Beliau telah mengembangkan lagi kerjayanya sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif di MIMB Investment Bank Berhad (kini dikenali sebagai Hong Leong Investment Bank Berhad). Beliau adalah Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Pelaburan Commerce Asset Fund Managers Sdn Bhd dari 1995 hingga 2003.

Beliau kini merupakan Pengarah dan pemegang saham Asia Equity Research Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menyediakan khidmat nasihat dalam kewangan korporat termasuk pematuhan dan perkhidmatan khidmat nasihat kewangan.

Tarikh Pelantikan 28 April 2016

Jantina Wanita

Umur 52

Warganegara Malaysia

KEAHLIAN LEMBAGASyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad• Gamuda Berhad• Lafarge Malaysia Berhad• i-VCAP Management Sdn Bhd (Syarikat yang

menguruskan dana dagangan yang disenaraikan. Syarikat yang disenaraikan di Penyenaraian Sekuriti di Bursa Securities).

Syarikat Awam: • Export-Import Bank of Malaysia Berhad

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA • Pengerusi Bukan Eksekutif, JRL• Ahli JAL• Ahli JPG• Ahli JPL• Ahli Jawatankuasa PIJP

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017Menghadiri kesemua 6 mesyuarat yang diadakan

KEHADIRAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU Hadir

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula 26 April 2017

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula 26 April 2017

Barisan Kepimpinan Kami

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

97

DATO’ ASRI HAMIDIN @ HAMIDONPENGARAH GANTI BUKAN BEBAS BUKAN EKSEKUTIF

KELAYAKAN• Sarjana Muda Ekonomi dari Hiroshima University, Jepun• Diploma Pentadbiran Awam dari INTAN• Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari UM• Menamatkan Program Pengurusan Perniagaan Utama

Harvard Premier

PENGALAMAN BEKERJADato’ Asri memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri pada Jun 1994 sebelum mengikuti Diploma Pentadbiran Awam di INTAN pada tahun 1996. Beliau kembali ke UPE pada bulan Mac 1996 dan kemudian menyertai Badan Pencegah Rasuah Malaysia pada April 1998 sehingga Mac 2003.

Ketika berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam, Dato’ Asri menyambung pengajiannya di Jepun dari bulan Disember 2003 hingga April 2006. Sekembalinya ke Malaysia pada Mei 2006, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Kewangan dan memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan dan Penswastaan, MKD, masing-masing di Sektor Sosial dan Komersil. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, di Kementerain Kewangan sejak Julai 2015.

Tarikh Pelantikan 6 November 2015

Jantina Lelaki

Umur 52

Warganegara Malaysia

KEAHLIAN LEMBAGASyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad• Bina Darulaman Berhad

Syarikat-syarikat Awam: • Syarikat Perumahan Negara Berhad• SME Bank Berhad• DanaInfra Nasional Berhad• GovCo Holdings Berhad• Aset Tanah Nasional Berhad

KEAHLIAN JAWATANKUASA LEMBAGA Ahli Ganti kepada Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain dalam JTL dan JPL

KEHADIRAN DI MESYUARAT LEMBAGA PADA TAHUN 2017 Tidak berkenaan

KEHADIRAN DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERDAHULU Tidak berkenaan

MAKLUMAT LAINPengarah Ganti kepada Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain

Maklumat Tambahan Lembaga PengarahPertalian Keluarga : Kecuali seperti dinyatakan, tiada Pengarah mempunyai hubungan keluarga dengan mana-mana Pengarah lain dan/atau pemegang saham utama TM. Percanggahan Kepentingan : Kecuali seperti dinyatakan, tiada Pengarah yang mempunyai percanggahan kepentingan dengan TM.Sabitan Kesalahan : Tiada Pengarah yang disabitkan atas kesalahan, selain kesalahan lalu lintas, selama 5 tahun yang lalu.Sekatan Awam atau Penalti : Tiada Pengarah dikenakan sebarang sekatan awam atau penalti oleh mana-mana badan kawal selia sepanjang pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Tarikh Terakhir Pemilihan Semula Tidak berkenaan

Tadbir Urus

98

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Profil Setiausaha Syarikat

Wanita/46/Malaysia

HAMIZAH ABIDINSETIAUSAHA SYARIKAT KUMPULAN

Kelayakan• Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam

Antarabangsa, Malaysia• Peguambela dan peguamcara bertauliah di

Mahkamah Tinggi Malaya• Setiausaha Syarikat Berlesen sejak Disember

1998.

Pengalaman BekerjaHamizah memulakan kerjaya sebagai peguam di firma undang-undang pada tahun 1994 dan merupakan peguambela dan peguamcara bertauliah di Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau menyertai TM sebagai Penolong Setiausaha Syarikat pada tahun 1996 dan telah dilantik sebagai Penolong Pengurus Besar pada tahun 2007. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Bersama pada 15 Julai 2011, dan seterusnya dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Besar Unit Kesetiausahaan Syarikat, Bahagian Undang-undang, Pematuhan dan Kesetiausahaan Syarikat Kumpulan. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Syarikat Kumpulan TM berkuatkuasa 1 Januari 2017 dan mengetuai Bahagian Kesetiausahaan Syarikat Kumpulan TM. Hamizah berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang kesetiausahaan korporat dan pematuhan.

Wanita/57/Malaysia

ZAITON AHMADSETIAUSAHA BERSAMA

Kelayakan• Setiausaha Bertauliah The Institute of Chartered

Secretaries and Administrators (ICSA), UK• Ahli Bersekutu Institut Setiausaha dan Pentadbir

Berkanun Malaysia (MAICSA) sejak 1993

Pengalaman BekerjaZaiton berpengalaman lebih 30 tahun di dalam bidang kesetiausahaan syarikat. Beliau memulakan kerjaya pertama disebuah syarikat tersenarai awam pada tahun 1984 dan menyertai TM pada tahun 1991 sebagai Penolong Setiausaha Syarikat serta dilantik sebagai salah seorang Setiausaha Bersama TM pada tahun 1996. Zaiton telah dilantik sebagai Penolong Pengurus Besar pada tahun 2006 dan kekal sebagai Setiausaha Bersama Syarikat TM dan Kumpulan.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

99

Lelaki/56/Malaysia

Tarikh Pelantikan1 Mei 2017

DATO’ SRI MOHAMMEDSHAZALLI RAMLYPENGARAH URUSAN/ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PENGARAH EKSEKUTIF BUKAN BEBAS

Kelayakan• Sarjana Muda Sains (Pemasaran) dari Indiana University, Bloomington, Indiana, Amerika Syarikat• Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari St. Louis University, Missouri, Amerika Syarikat

Pengalaman BekerjaDato’ Sri Shazalli, dilantik sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM berkuatkuasa 1 Mei 2017. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Perlis.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah Celcom Axiata Berhad (Celcom), dari 1 September 2005 hingga 31 Ogos 2016 sebelum dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Serantau dan Naib Presiden Eksekutif Korporat untuk operasi Asia Tenggara Axiata Group Berhad.

Sebelum menyertai Celcom, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif NTV7, stesen TV terestrial ke-7 Malaysia, jawatan dipegangnya selama 8 tahun sejak dilancarkan pada tahun 1998. Sebelum berkhidmat dengan NTV7, Dato’ Sri Shazalli memberi sumbangan besar dalam industri Barangan Pengguna Bergerak Pantas. Beliau berkhidmat di Unilever (1987-1993) Malaysia dan Indonesia, diikuti Malaysian Tobacco Company (MTC) dan British American Tobacco (BAT) (1993-1996) di Malaysia dan UK. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pemasaran ASTRO selama dua tahun dan mempelopori pelancaran perkhidmatan satelit digital ASTRO di Malaysia.

Dato’ Sri Shazalli kini merupakan Pengerusi GITN Sdn Bhd dan pengarah VADS Berhad (VADS) dan Webe Digital Sdn Bhd (webe), anak syarikat Kumpulan TM, serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Telekom Malaysia. Beliau adalah Pengerusi PR1MA Communications Sdn Bhd dan ahli Lembaga Perbadanan PR1MA Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang daripada tujuh anggota petugas yang diketuai Unit Pengurusan Prestasi & Pelaksanaan (PEMANDU) untuk menyelia pelan transformasi Proton Holdings Bhd.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad

Syarikat Awam: • VADS Berhad• Malaysia Airlines Berhad• Malaysia Aviation Group Berhad• Kuala Lumpur Business Club

Anugerah/Pengiktirafan • Menerima Anugerah Kepimpinan Perniagaan 2009: Sektor Telekomunikasi • Ketua Pegawai Eksekutif Masterclass Tahunan oleh Kepimpinan Perniagaan Malaysia pada tahun 2010 • Ketua Pegawai Eksekutif Tahunan oleh Pilihan Pembaca PC.Com pada tahun 2012 • ‘Personaliti ICT Terbaik’ di Malam Anugerah Kepimpinan pada tahun 2013 • Dianugerahkan Tokoh ANSARA 2014• Dianugerahkan Tokoh Alumni UiTM 2016

Profil penuh Dato’ Sri Shazalli juga terdapat dalam Profil Pengarah di muka surat 91.

BarisanPengurusan Kami- PROFIL PENGURUSAN KANAN (setakat 5 Mac 2018)

Tadbir Urus

100

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Lelaki/53/Malaysia

Tarikh Pelantikan• 1 Mei 2005 sebagai Ketua Pegawai

Kewangan Kumpulan• 25 April 2008 sebagai Pengarah

Eksekutif

DATUK BAZLAN OSMANPENGARAH EKSEKUTIF/ TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULANPENGARAH EKSEKUTIF BUKAN BEBAS

Kelayakan• Ahli Felow Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), UK• Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (MIA)• Ahli Jawatankuasa Isu, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia dari tahun 2006 hingga 2010• Mengikuti Program IMD untuk Eksekutif Kanan• Mengikuti Program Kepimpinan Strategik di Saïd Business School, University of Oxford pada tahun 2013

Pengalaman BekerjaDatuk Bazlan memulakan kerjaya sebagai juruaudit di sebuah firma perakaunan awam pada tahun 1986. Beliau pernah berkhidmat di Kumpulan Sime Darby dengan memegang pelbagai jawatan kewangan di pejabat korporatnya di Kuala Lumpur, Singapura dan Melaka dari tahun 1989 hingga 1993. Beliau juga pernah berkhidmat dengan Amerika Express Malaysia Berhad sebelum menyertai Kumpulan FIMA Berhad pada tahun 1994, di mana beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan, Kewangan/Setiausaha Syarikat. Beliau menyertai Celcom pada tahun 2001 sebagai Naib Presiden Kanan, Kewangan Korporat dan Perbendaharaan dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan pada tahun 2002 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TM pada 1 Mei 2005 dan Pengarah Eksekutif pada 25 April 2008.

Sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Datuk Bazlan telah membangunkan pasukan kewangan yang kukuh, bertanggungjawab ke atas keputusan pelaburan yang kritikal dan diperlukan bagi Kumpulan untuk bersaing secara berkesan dalam persekitaran pasaran yang dinamik serta mewujudkan nilai bagi pihak-pihak yang berkepentingan. Memandangkan pengalaman luas dan kemahiran kepimpinan yang tinggi, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada 1 April 2017.

Sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, beliau bertanggungjawab dalam mengembangkan dan memastikan keputusan perniagaan yang selari dengan wawasan Syarikat. Beliau juga menyelia operasi beberapa kluster perniagaan TM iaitu TM GLOBAL, TM ONE dan unifi, serta Bahagian IT&NT dan Bahagian Pengalaman Pelanggan. Beliau adalah Pengerusi Fiberail Sdn Bhd dan menganggotai Lembaga beberapa anak syarikat Kumpulan TM termasuk webe dan VADS.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai:• Telekom Malaysia Berhad

Syarikat Awam: • VADS Berhad

Anugerah/Pengiktirafan• Dinobatkan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Terbaik (Malaysia) di Anugerah Tahunan Korporat ke-10 Alpha

Southeast Asia Institutional Investor pada 2016 • Dinobatkan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Terbaik (Kecermerlangan dalam Perancangan & Analisa

Kewangan) di Anugerah Tahunan Inovasi Ketua Pegawai Kewangan ke-5 pada 2016 • Disenaraikan dalam “Global Telecoms Business 50 CFOs To Watch” pada tahun 2015

Profil penuh Datuk Bazlan juga terdapat dalam Profil Pengarah di muka surat 92.

Barisan Pengurusan Kami

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

101

Wanita/47/Malaysia

Tarikh Pelantikan15 Mei 2017

Kelayakan• Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti

Islam Antarabangsa, Malaysia• Institute of Chartered Secretaries and

Administrators (ICSA), UK• Akauntan Bertauliah dari Institut Akauntan

Malaysia • Ahli Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun

Malaysia (MAICSA)• Menghadiri Program Kepimpinan Strategik di IMD

Business School

Pengalaman BekerjaNor Fadhilah menyertai TM pada bulan Ogos 1993 dan telah meraih lebih 20 tahun pengalaman dalam strategi, kewangan korporat, penggabungan dan pengambilalihan syarikat, pembangunan perniagaan; dan penyusunan semula dan transformasi perniagaan. Beliau memulakan kerjaya di firma perkhidmatan profesional, PricewaterhouseCoopers sebelum menyertai TM.

Beliau telah dilantik sebagai Pengawai Kewangan Kumpulan TM pada 16 Ogos 2015. Pada masa yang sama, beliau terus memegang portfolio lain sebagai Pengurus Besar Penasihat Kewangan dan Pembangunan Perniagaan, Strategi Kumpulan, jawatan yang dipegangnya sejak April 2008.

Nor Fadhilah telah ditugaskan menjalankan tugas- tugas Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan pada 1 April 2017 dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan pada 15 Mei 2017. Beliau juga menyelia operasi Perniagaan Sokongan dan anak syarikat bukan teras Kumpulan TM. Beliau merupakan ahli lembaga beberapa anak syarikat Kumpulan TM termasuk Universiti Telekom Sdn Bhd, Tulip Maple Berhad dan Hijrah Pertama Berhad.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: • Tulip Maple Berhad• Hijrah Pertama Berhad

Lelaki/54/Malaysia

Tarikh Pelantikan1 Februari 2009

DATO’ KAIRUL ANNUAR MOHAMED ZAMZAMKETUA PEGAWAI STRATEGI

Kelayakan• Sarjana Muda Sains Kejuruteraan dari University of

Western Ontario, Kanada• Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti

Multimedia (MMU), Cyberjaya• Menghadiri program Latihan Pengurusan Lanjutan

di INSEAD

Pengalaman BekerjaDato’ Kairul berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri telekomunikasi, bermula di Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1985 sebagai Eksekutif Perancangan Sumber Manusia. Beliau menjawat pelbagai jawatan di bahagian akses tempatan, rangkaian pensuisan dan transmisi. Beliau pernah dilantik sebagai Pengurus Besar Kawasan Operasi Terengganu pada tahun 1998 dan kemudiannya dilantik sebagai Pembantu Peribadi kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada tahun 2002. Beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan kemudiannya sebagai Naib Presiden, Bahagian Jualan Pengguna dan Perniagaan Perniagaan Runcit pada tahun 2004 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Sales & Services Sdn Bhd pada tahun 2005. Dato’ Kairul telah dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif Kerajaan pada tahun 2009 dan menjadi Pengerusi Majlis Akaun Terurus (MAC) pada

7 September 2016, di mana di bawah pengawasan beliau, Kluster Akaun Terurus telah menjalani transformasi ke arah sebuah entiti yang memberi tumpuan kepada penyediaan penyelesaian perniagaan bersepadu dan penghasilan peluang perniagaan baru. Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Strategi pada 15 Mei 2017 di mana portfolio beliau merangkumi strategi korporat dan perniagaan Kumpulan, Kawal Selia Korporat dan juga Hal ehwal Undang-undang.

Beliau merupakan ahli lembaga beberapa anak syarikat Kumpulan TM termasuk sebagai Pengerusi VADS Lyfe Sdn Bhd.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

NOR FADHILAH MOHD ALIKETUA PEGAWAI KEWANGAN KUMPULAN

Tadbir Urus

102

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Lelaki/53/Malaysia

Tarikh Pelantikan18 Februari 2018

DATO’ MOHD RAIS AZHARKETUA PEGAWAI TEKNOLOGI & INOVASI (CTIO)/ KETUA PEGAWAI KESELAMATAN MAKLUMAT (CISO)

Kelayakan• Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) dari Indiana

State University, Amerika Syarikat• Mengikuti Program Transformasi Perniagaan

Digital Terulung di IMD Business School di Lausanne, Switzerland

Pengalaman BekerjaDato’ Mohd Rais telah dilantik sebagai CTIO pada 18 Februari 2018, dan kekal sebagai CISO TM sejak 1 Januari 2017.

Sebagai CTIO, Dato’ Mohd Rais bertanggungjawab ke atas Rangkaian, Teknologi Maklumat dan perkhidmatan teknikal untuk Kumpulan TM. Beliau juga bertanggungjawab dalam menyusun strategi, merumus, mengarah dan mengetuai pelaksanaan dan operasi organisasi keselamatan maklumat, seni bina, tadbir urus, risiko, pematuhan, pembangunan, risikan ancaman dan operasi bagi memastikan kerahsiaan, integriti dan aset-aset maklumat Kumpulan TM terus dilindungi.

Beliau merupakan Timbalan CTIO pada tahun 2017 dan Naib Presiden Teknologi dan Seni Bina Rangkaian pada tahun 2010. Beliau memainkan peranan penting

dalam pelaksanaan pelbagai projek transformasi di TM termasuk projek nasional Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) yang dilancarkan pada Mac 2010, yang memberi kemudahan dalam perkhidmatan tiga serangkai (suara, data dan video) yang pertama ke seluruh negara. Beliau berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri telekomunikasi dan merupakan salah seorang perintis yang mewujudkan pasukan Lebuhraya Maklumat Korporat (COINS), yang menyediakan perkhidmatan “Frame Relay” TM yang pertama pada tahun 1997.

Dato’ Mohd Rais merupakan Pengerusi Majlis Keselamatan Teknikal TM dan Telekom Research & Development Sdn Bhd. Beliau juga adalah ahli Lembaga Pengarah beberapa anak-anak syarikat Kumpulan TM.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

Lelaki/55/Malaysia

Tarikh Pelantikan1 Januari 2018

Kelayakan• Diploma dalam Kejuruteraan Mekanikal dari

Institut Teknologi MARA• Menghadiri Program MBA di University of Wales,

Cardiff/ITM

Pengalaman BekerjaSuhaimi mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam pengurusan sumber manusia dan pernah berkhidmat di syarikat-syarikat multinasional dan syarikat-syarikat tempatan utama dalam pelbagai industri dan negara. Beliau terlibat dalam seluruh rangkaian bidang sumber manusia, merangkumi pembangunan organisasi, perubahan dan pengurusan prestasi, ganjaran, perhubungan industri, hubungan pekerja dan pembangunan bakat.

Beliau menyertai Kumpulan TM pada 2016 sebagai Ketua Pegawai Pengalaman Insan di webe, sebelum ditugaskan sebagai Ketua Pegawai Pengalaman Insan di TM ONE, salah satu kluster perniagaan utama TM pada 15 Mei 2017. Suhaimi telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Modal Insan TM pada 1 Januari 2018 yang bertanggungjawab menerajui pengurusan sumber manusia bagi Kumpulan TM.

Suhaimi memulakan kerjaya di IBM World Trade Corporation (WTC) sebagai Jurutera Pelanggan, dan kemudiannya sebagai Ketua Jualan sektor awam. Beliau bermula sebagai Pengurus Besar Sumber Manusia di IBM WTC, Malaysia pada tahun 1996, dan kemudiannya sebagai Ketua Pengurusan Ganjaran, Sumber Manusia di IBM ASEAN/Asia Selatan. Beliau seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Program dan Ketua Operasi Ganjaran bagi IBM APAC, Tokyo. Jawatan terakhir beliau di sana adalah sebagai Pengarah, Sumber Manusia IBM Malaysia. Beliau kemudiannya menyertai Maxis Berhad pada Oktober 2005, diikuti Proton Holding Berhad dan Mesiniaga Berhad sebelum menyertai webe.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

Anugerah/Pengiktirafan • Menerima Anugerah Tigers Golden Globe untuk

kecemerlangan dalam Kepimpinan Sumber Manusia pada April 2015.

• Diiktiraf sebagai salah seorang daripada 50 Pemimpin Sumber Manusia Terbaik di Malaysia.

NOR SUHAIMI SULONGPEMANGKU KETUA PEGAWAI MODAL INSAN

Barisan Pengurusan Kami

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

103

Lelaki/53/Malaysia

Tarikh Pelantikan2 Ogos 2004

AHMAD AZHAR YAHYAKETUA PEGAWAI DIGITAL

Kelayakan• Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik

dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat • Menghadiri program IQ Strategik di University

Harvard Business School, Amerika Syarikat

Pengalaman BekerjaAhmad Azhar memulakan kerjaya pada tahun 1987 sebagai jurutera di Agilent Technologies (dahulu dikenali sebagai Hewlett Packard). Beliau kemudiannya menyertai firma perunding pengurusan, Accenture pada tahun 1990 mengendalikan portfolio beberapa pelanggan di Malaysia, Asia dan Timur Tengah dari pelbagai industri seperti komunikasi, teknologi tinggi, minyak dan gas dan sektor awam. Beliau berpengalaman dalam perancangan strategik dan pengurusan perubahan, sistem perniagaan dan sokongan operasi, pengurusan sumber perusahaan, pengurusan hasil dan hubungan pelanggan. Beliau menjadi Rakan Kongsi di Accenture pada tahun 2000 sebelum menyertai TM sebagai Ketua Pegawai Informasi Kumpulan pada 2 Ogos 2004. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Program bagi Projek HSBB pada tahun 2008, dan menyumbang kepada kejayaan pelancaran unifi pada Mac 2010.

Beliau seterusnya memegang pelbagai jawatan dalam Kumpulan TM; Ketua Pegawai Strategi dari 15 Julai 2010 hingga Disember 2011, Ketua Pegawai Eksekutif VADS dari 1 Januari 2012 sehingga 31 Januari 2015 dan Ketua Advokasi Pelanggan pada 1 Februari 2015. Ahmad Azhar telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Digital pada 4 Oktober 2016 untuk mengetuai inisiatif Transformasi Digital Kumpulan. Beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Advokasi pada 15 Mei 2017 untuk memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Ketua Pegawai Digital. Beliau adalah ahli Lembaga Pengarah beberapa anak syarikat TM termasuk VADS dan Telekom Applied Business Sdn Bhd (TAB). Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif TAB sejak 5 September 2017 dan menyelia operasi TAB yang menyediakan sistem penyelesaian perniagaan yang selamat dan sebagai pembekal perkhidmatan keselamatan maklumat yang dipercayai.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam:• VADS Berhad

Lelaki/54/Malaysia

Tarikh Pelantikan1 September 2014

MOHAMAD MOHAMAD ZAINKETUA PEGAWAI PEROLEHAN

Kelayakan• Pengamal Insurans Berkanun • Ahli Bersekutu Chartered Insurance Institute, UK • Ahli Society of Fellow Chartered Insurance

Institute, UK• Diploma Insurans Am dari Australian Insurance

Institute • Sarjana Pengurusan Komunikasi dari University

Strathclyde Glasgow, UK

Pengalaman BekerjaMohamad memperolehi pengalaman luas dalam perkhidmatan insurans semasa berkhidmat selama enam tahun di syarikat insurans yang berpangkalan di UK, termasuk sebagai pegawai yang bertanggungjawab untuk agensi dan penaja jamin langsung pelanggan, pengurusan tuntutan dan insurans semula, menyediakan cadangan insurans untuk syarikat kad kredit dan jaminan bank, untuk pelanggan-pelanggan domestik dan syarikat multinasional.

Beliau menyertai TM pada tahun 1993 sebagai Penolong Pengurus dan diberi tanggungjawab untuk menguruskan program insurans korporat

dan melaksanakan program Pengurusan Risiko TM pada tahun 2001. Pada tahun 2007, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar dan diamanahkan untuk mengendalikan portfolio Jaminan Perniagaan Kumpulan yang meliputi Pengurusan Risiko Perusahaan , Jaminan Pendapatan, Pengurusan Penipuan, Pengurusan Insurans, Polisi Pengurusan Kredit & Kawalan, Pematuhan Korporat, Pengurusan Kesinambungan Perniagaan dan Pengurusan Perniagaan Perusahaan. Beliau telah dinaikkan pangkat kepada Naib Presiden, Jaminan Perniagaan Kumpulan, jawatan yang disandang dari tahun 2011 sehingga pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Perolehan pada 1 September 2014.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

Tadbir Urus

104

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Lelaki/52/Malaysia

Tarikh Pelantikan15 August 2017

AZHAR OMARKETUA PEGAWAI PENGALAMAN PELANGGAN

Kelayakan• Sarjana Muda Perniagaan dalam Pengurusan

Perniagaan, Thames Valley University, UK

Pengalaman BekerjaAzhar menyertai TM pada tahun 1994 sebagai Eksekutif Jualan dan Pemasaran di Bahagian Antarabangsa dan kemudiannya menjadi salah seorang perintis dalam pengaktifan TM Net Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TM. Beliau memegang pelbagai jawatan di TM Net, menerajui pembangunan pemasaran produk sebelum memegang jawatan dalam bidang jualan sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar Jualan, Terengganu dari April 2007 hingga September 2010. Beliau seterusnya dilantik sebagai Pengurus Besar TM Pulau Pinang pada Oktober 2010. Azhar berkhidmat sebagai Naib Presiden Negeri TM Johor dari Mac 2014 hingga Ogos 2017, dan memainkan peranan penting dalam membangunkan TM sebagai pembekal perkhidmatan ICT utama untuk agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat besar dan multinasional di wilayah selatan. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Pengalaman Pelanggan pada 15 Ogos 2017 dan bertanggungjawab ke atas keseluruhan inisiatif pengalaman pelanggan di TM.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

Lelaki/57/Malaysia

Tarikh Pelantikan1 Oktober 2010

AHMAD ISMAILKETUA PEGAWAI KORPORAT DAN KAWAL SELIA

Kelayakan• Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik dari University of Aston di Birmingham, UK

• Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari MMU, Cyberjaya

Pengalaman BekerjaAhmad menyertai TM pada tahun 1983 sebagai Penolong Pengawal Telekom dan telah memegang pelbagai jawatan kejuruteraan sebelum diberi tanggungjawab dalam bidang pengurusan. Sepanjang 30 tahun pengalaman di Kumpulan TM, beliau pernah bertugas sebagai Pengarah Urusan TM International Bangladesh Limited (kini dikenali sebagai Robi Axiata Limited), Pengurus Besar Strategi Perniagaan, Perniagaan Runcit dan Ketua Pegawai Strategi Bahagian Strategi Telco, Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Sales and Services Sdn Bhd dan juga Pengurus Besar TM Pulau Pinang dan TM Melaka. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden, Pengurusan Khidmat Pelanggan pada tahun 2008 dan kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden, Program dan Pengurusan Prestasi pada Julai 2010. Ahmad telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Korporat dan Kawal Selia sejak 1 Oktober 2010.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

Barisan Pengurusan Kami

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

105

Lelaki/53/Malaysia

Tarikh Pelantikan1 November 2011

HAZIMI KASSIMKETUA AUDIT DALAMAN

Kelayakan• Sarjana Muda (Perakaunan) dari University of

Canberra, Australia • Akauntan Bertauliah dari Australian Society of

Certifed Practising Accountants (ASCPA)• Ahli Akauntan Bertauliah Institut Akauntan

Malaysia (MIA)• Ahli Bertauliah Institut Juruaudit Dalaman Malaysia

(IIAM) • Menghadiri Program Pengurusan Wharton di

University of Pennsylvania, Amerika Syarikat • Menghadiri Program Pembangunan Eksekutif

dalam melaksanakan Strategi untuk Hasil di London Business School, UK

Pengalaman BekerjaHazimi berpengalaman luas dalam bidang audit luaran dan audit dalaman, kewangan dan pengurusan akaun, kewangan korporat serta perancangan strategik, pembangunan perniagaan dan hubungan pelabur.

Kerjaya beliau merangkumi pelbagai industri termasuk perkhidmatan perundingan audit bagi syarikat-syarikat sekuriti, insurans, perbankan dan telekomunikasi. Beliau merupakan Ketua Audit Eksekutif di Bahagian Audit Dalaman Malayan Banking Berhad dan kemudiannya Ketua Perancangan Strategik dan Korporat sebelum menyertai TM sebagai Ketua Audit Dalaman pada 1 November 2011.

Hazimi juga merupakan Pengerusi Gantian Jawatankuasa Pemandu Pematuhan Korporat.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

stesen TV berbayar di Malaysia dan sebelum itu beliau merupakan seorang perunding di sebuah syarikat perunding pengurusan global.

Imri merupakan ahli Lembaga beberapa anak syarikat di bawah kluster perniagaan unifi termasuk webe dan sebagai Pengerusi TM Info-Media Sdn Bhd dan Telekom Sales & Services Sdn Bhd.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

Lelaki/44/Malaysia

Tarikh Pelantikan1 Oktober 2014

Kelayakan• Ijazah Kelas Pertama Kejuruteraan Elektronik

dengan Pengajian Pengurusan dari University College London (UCL), UK

• Menghadiri pelbagai program kepimpinan anjuran Harvard Business School dan Cambridge Judge Business School

Pengalaman BekerjaImri merupakan Naib Presiden Eksekutif unifi, jenama konvergens utama TM, dan bertanggungjawab ke atas pengurusan keseluruhan portfolio konvergens merangkumi telefon, jalur lebar, mudah alih, TV, wifi dan perkhidmatan nilai tambah untuk pelanggan-pelanggan Pengguna dan PKS.

Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam strategi perniagaan dan operasi industri komunikasi dan media, yang membolehkan beliau menerajui portfolio yang menyumbang kepada 44% daripada hasil pendapatan TM. Beliau memulakan kerjaya di TM pada tahun 1996 dan menyertai semula TM pada tahun 2005. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di TM termasuk sebagai Naib Presiden, Program dan Pengurusan Prestasi dan Naib Presiden Eksekutif, Pengguna. Sebelum menyertai semula TM pada tahun 2005, Imri telah berkhidmat di sebuah

IMRI MOKHTARNAIB PRESIDEN EKSEKUTIF, unifi

Tadbir Urus

106

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Lelaki/46/Malaysia

Tarikh Pelantikan1 Julai 2009

MOHAMAD ROZAIMY ABD RAHMANNAIB PRESIDEN EKSEKUTIF, TM GLOBAL

Kelayakan• Sarjana Muda Sains Pengagihan Pengkomputeran

dari University of East London, UK • Sarjana Sains Pengurusan, Teknologi dari

Staffordshire University, UK • Menghadiri program Lanjutan IP dan Pengurusan

Teknologi di AT&T School of Business and Technology di AT&T Bell Labs di New Jersey, Amerika Syarikat

• Mengikuti Program Pengurusan Lanjutan Kepimpinan di Institut Kepimpinan dan Keusahawanan Madinah, Arab Saudi

Pengalaman BekerjaRozaimy berpengalaman lebih 19 tahun dalam industri telekomunikasi. Beliau berkhidmat di AT&T sebagai Pengarah Jualan sebelum menyertai TM pada tahun 2006 sebagai Pengurus Besar Pemasaran Produk. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden TM GLOBAL pada 1 Julai 2009 dan bertanggungjawab untuk menguruskan perniagaan global TM dan pejabat-pejabat wilayah TM di UK, Amerika Syarikat, Hong Kong, Singapura dan Australia.

Berikutan penyusunan semula segmen pasaran Syarikat pada Januari 2013, Rozaimy telah mengetuai kluster Global dan Borong, yang menyelia operasi perniagaan global dan borong.

Beliau juga merupakan ahli Lembaga beberapa anak syarikat Kumpulan TM di bawah seliaan TM GLOBAL termasuk Fiberail Sdn Bhd dan Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

Lelaki/54/Malaysia

Tarikh Pelantikan15 Jun 2011

Kelayakan• Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti

Putra Malaysia • Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik dari

Wichita State University, Amerika Syarikat • Menghadiri Program Kepimpinan di Harvard

University, University of Cambridge dan Stanford University

Pengalaman BekerjaAzizi mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi, merangkumi bidang kejuruteraan, operasi, jualan, pembangunan produk dan pengurusan di syarikat talian tetap dan mudah alih. Beliau memulakan kerjaya bersama Angkatan Tentera Malaysia sebagai Pegawai Kejuruteraan di Rejimen Semboyan Diraja dari tahun 1987 sehingga 1996, dan berperanan dalam merancang rangkaian radio taktikal serta membuat penilaian terhadap peralatan baru dan latihan. Beliau juga merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan Tempatan di Global One Communications, iaitu syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi antarabangsa pada tahun 1999 di mana beliau bertanggungjawab menguruskan jualan dengan multinasional tempatan. Sebelum menyertai TM pada tahun 2006, beliau telah berkhidmat dengan Maxis Communications Berhad sebagai Ketua Unit Perniagaan Jalur Lebar dan juga di Bahagian Kejuruteraan Rangkaian dan Operasi.

Kerjaya beliau di TM bermula sebagai Pengurus Besar, Teknologi & Inovasi, bahagian Perniagaan Runcit TM. Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Naib Presiden Produk Runcit pada 1 Februari 2009 dan bertanggungjawab ke atas pembangunan dan pengkomersilan produk dan perkhidmatan TM. Beliau seterusnya dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif, PKS pada Jun 2011 sebelum memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi pada tahun 2014 dan kemudiannya Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif webe pada 1 Ogos 2016. Azizi kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif, TM ONE pada 15 Mei 2017, untuk menerajui TM ONE dalam transformasi bagi meningkatkan pasaran TM sebagai syarikat pemboleh digital bersepadu sepenuhnya bagi sektor perusahaan dan awam. Beliau juga merupakan ahli lembaga beberapa anak syarikat di bawah seliaan TM ONE termasuk VADS.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: • VADS Berhad

AZIZI A HADINAIB PRESIDEN EKSEKUTIF, TM ONE

Barisan Pengurusan Kami

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

107

Lelaki/54/Malaysia

Tarikh Pelantikan15 Julai 2010

JEREMY KUNG ENG CHUANGNAIB PRESIDEN EKSEKUTIF, MEDIA BAHARU/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TM NET SDN BHD

Kelayakan• Sarjana Muda (Kepujian) Sains Komputer dari

University of Ottawa, Kanada

Pengalaman BekerjaJeremy menyertai Kumpulan TM pada 20 Mei 2008 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TM Net Sdn Bhd dan telah dilantik sebagai Naib President Eksekutif Pengguna pada 1 Februari 2009. Beliau mula memegang jawatan sebagai Naib Presiden Eksekutif, Media Baharu pada 15 Julai 2010 dan kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TM Net Sdn Bhd.

Jeremy berpengalaman luas dalam bidang teknikal dan pengurusan ketika berkhidmat di bahagian perniagaan berkaitan teknologi maklumat, media, telekomunikasi dan perniagaan B2C. Sebelum menyertai Kumpulan TM, beliau berkhidmat di PCCW Limited, Hong Kong serta syarikat berkaitan dengannya sebagai Naib Presiden Kanan Advokasi Pelanggan dan Ketua Pegawai Maklumat PCCW Global, sebuah unit perniagaan PCCW yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi global. Pengalaman beliau dalam bidang media diperolehi sepanjang tujuh tahun perkhidmatan bersama STAR TV, sebuah penyiar televisyen satelit dan pembekal kandungan. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat

dengan J. Walter Thompson selama tiga tahun. Pengalaman luas beliau telah membantu dalam memastikan kejayaan pelancaran perkhidmatan IPTV TM pada tahun 2010.

Jeremy juga turut menguruskan Kumpulan TM Pengguna ketika peringkat awal pelancaran dan pada masa yang sama meneruskan pengembangan dan penambahbaikan perkhidmatan video dan kandungan, unifi TV.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

Lelaki/54/Malaysia

Tarikh Pelantikan1 Jun 2014

WAN AHMAD KAMAL WAN HALIM NAIB PRESIDEN EKSEKUTIF PERUSAHAAN, TM ONE

Kelayakan• Sarjana Muda Sains dalam Sains Komputer &

Statistik dari Universiti Monash, Melbourne, Australia

Pengalaman BekerjaWan Ahmad Kamal mempunyai lebih 25 tahun pengalaman professional khususnya dalam bidang Pemasaran, Pembangunan Perniagaan, Pengurusan Rangkaian dan Pemasaran Bersepadu meliputi semua pasaran Perusahaan dan Pembekalan Perkhidmatan di Malaysia dan Asia Tenggara.

Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1986 sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga tahun 1990 sebelum berpindah ke Kumpulan Guthrie Berhad (kini dikenali sebagai Kumpulan Sime Darby) dalam bidang Pengurusan Jualan. Pada tahun 1994, beliau telah menyertai Sapura Systems Malaysia, sebuah syarikat usaha sama antara Sapura Telecommunications Berhad dan Hewlett Packard Sales Malaysia, dan berkhidmat dalam bidang Jualan, Rangkaian, Pemasaran dan Pengurusan Produk.

Pada tahun 2000, Wan Ahmad Kamal menyertai Juniper Networks Inc. sebagai Pengurus Tempatan Malaysia dan dilantik sebagai Pengarah Jualan bagi Malaysia, Indonesia dan Vietnam pada tahun 2002. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Urusan Malaysia pada tahun 2007 dan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Urusan ASEAN pada tahun 2012 bertanggungjawab ke atas Jualan Juniper Networks dan Operasi di Asia Tenggara. Beliau menyertai TM pada 1 Jun 2014 sebagai Naib Presiden Eksekutif, Perusahaan. Beliau menganggotai Lembaga beberapa anak syarikat Kumpulan TM termasuk VADS. Beliau juga merupakan ahli Panel Penasihat Industri Universiti Teknologi Petronas (UTP) sejak Februari 2016.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: • VADS Berhad

Tadbir Urus

108

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Lelaki/51/Malaysia

Tarikh Pelantikan15 Mei 2017

Kelayakan• Sarjana dalam Kejuruteraan Elektrik dari Columbia

University, New York City, Amerika Syarikat • Sarjana Pengurusan Komunikasi dari University of

Strathclyde, Scotland

Pengalaman BekerjaRoslan menyertai TM pada tahun 1990 sebagai Jurutera Pensuisan dan dipinjamkan ke Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) pada tahun 1995 untuk membangunkan pelan induk rangkaian Multimedia Super Corridor (MSC) dan kemudiannya menerajui pembangunan Sistem Aplikasi Perdana Sekolah Bestari dan Sistem Aplikasi Perdana Kad Pintar.

Beliau telah berkhidmat di TM Net Sdn Bhd dari 1997-2005 sebagai Ketua Pegawai Teknologi dan memainkan peranan penting dalam memperbaharui rangkaian TM Net dan membangunkan perkhidmatan Pusat Data dan Streamyx.

Pada tahun 2005, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Meganet Communications Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama di antara TM dan NTT Japan, dengan tumpuan membangunkan Sistem Integrasi dan Pengurusan Bangunan Pintar (IBMS). Pada tahun 2007, beliau bersama-sama pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dan

pihak berkepentingan yang lain ditugaskan untuk merangka dan membangunkan pelan induk Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden TM Negeri Johor, dan memainkan peranan penting memastikan penglibatan secara langsung TM di Iskandar Puteri, dalam pembangunan Iskandar Malaysia.

Roslan seterusnya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif GITN Sdn Bhd (GITN) pada tahun 2014. Beliau dinaikkan pangkat ke jawatan sekarang sebagai Ketua, TM Kerajaan (kini dikenali sebagai Sektor Awam) pada 15 Mei 2017 bagi memastikan pengurusan sektor kerajaan dengan lebih berkesan, dan pada masa yang sama, kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif GITN sehingga 1 Mac 2018.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

MOHD ROSLAN MOHD RASHIDI KETUA SEKTOR AWAM, TM ONE

Wanita/47/Malaysia

Tarikh Pelantikan1 Oktober 2010

IZLYN RAMLINAIB PRESIDEN, JENAMA & KOMUNIKASI KUMPULAN

Kelayakan• Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Cemerlang) dari

City University (Cass) Business School, London, UK, pengkhususan dalam Pengurusan Strategik Teknologi dan E-Perniagaan

• Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekonomi dari University College, London, UK

Pengalaman BekerjaIzlyn memulakan kerjaya pada tahun 1992 di PricewaterhouseCoopers sebelum berpindah ke BzW Capital sebagai penganalisa pelaburan. Beliau menyertai TM pada tahun 1998 dan berkhidmat selama 10 tahun di bahagian Perancangan dan Strategi Kumpulan. Dari tahun 2006 hingga 2008, beliau pernah dilantik sebagai Pembantu Khas kepada Pengerusi Kumpulan TM sebagai Pegawai Hubungan Utama Polisi untuk organisasi-organisasi tempatan dan antarabangsa termasuk APEC, Majlis Penasihat Perniagaan APEC dan Perikatan Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dengan tumpuan kepada Pembangunan ICT dan pembangunan untuk ICT. Berikutan pengasingan TM pada tahun 2008, Izlyn telah berpindah ke Axiata Group Berhad (Axiata) dan ditugaskan untuk mengetuai Bahagian Komunikasi Korporat.

Beliau adalah salah seorang ahli utama pasukan penjenamaan semula Axiata, dan telah memainkan peranan penting dalam Strategi Tanggungjawab Korporat Axiata. Izlyn kembali ke TM sebagai Naib Presiden, Komunikasi Korporat Kumpulan pada 1 Oktober 2010 dan telah diberi tanggungjawab lebih besar sebagai Naib Presiden, Jenama & Komunikasi Kumpulan berkuat kuasa 1 Jun 2014.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

Anugerah/Pengiktirafan • Dianugerahkan sebagai salah seorang Pemimpin

Jenama Paling Berpengaruh di Kongres Jenama Dunia 2016.

• Anugerah Kepimpinan Wanita di Majlis Penganugerahan Golden Globe Tigers 2015.

• Disenaraikan sebagai antara 50 Ketua Pegawai Pemasaran Teratas dalam senarai Global Telecoms Business Industry pada tahun 2015.

Barisan Pengurusan Kami

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

109

Lelaki/42/Malaysia

Tarikh Pelantikan15 Mei 2017

Kelayakan• LL.B dari University of Kent Canterbury, UK • Diploma Lepasan Ijazah dalam Pengajian Lanjutan

Undang-undang dari City University London • Diterima sebagai Peguam di Mahkamah Tinggi England

& Wales oleh Gray’s Inn pada tahun 2000

Pengalaman BekerjaMohar mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam pelbagai bidang merangkumi kepimpinan unit perniagaan, pemasaran produk, strategi dan kepimpinan akaun utama. Beliau memulakan kerjayanya sebagai peguambela dan peguamcara di Shearn Delamore & Co dari Januari 2001 hingga Disember 2003.

Beliau berkhidmat di DiGi Telecommunication Sdn Bhd dari bulan September 2003 sebelum menyertai TM pada tahun 2011. Beliau memulakan kerjaya di Digi sebagai eksekutif Perancangan Projek & Kawalan, Bahagian Teknologi. Beliau dilantik sebagai Ketua Pematuhan & Pelaksanaan Strategik dalam Pembangunan Rangkaian sebelum berpindah ke Harga & Strategi, Pengurusan Produk. Pada bulan Julai 2008, beliau menceburi bidang pemasaran dan berkhidmat sebagai Ketua Pasca bayar dan kemudian sebagai Ketua Prabayar. Beliau seterusnya mengetuai Pemasaran Segmen Digi dan mengakhiri kariernya di syarikat itu sebagai Ketua Operasi Pemasaran pada bulan November 2011.

Beliau mula menyertai Kumpulan TM pada tahun 2011 sebagai Pengurus Besar Perniagaan Bersepadu di Media Baharu. Beliau seterusnya menjadi Ketua Operasi Pemasaran Pasaran Massa pada tahun 2013, di mana beliau

bertanggungjawab ke atas perancangan dan pelaksanaan semua produk dan perkhidmatan portfolio pasaran massa TM dan memastikan matlamat hasil dan kepuasan pelanggan dicapai.

Mohar telah dinaikkan pangkat sebagai Naib Presiden Operasi Pemasaran Pasaran Massa pada tahun 2014, di mana beliau sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan strategi dan sasaran pemasaran bagi portfolio Pasaran Massa dicapai. Beliau dilantik ke jawatan sekarang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif webe pada 15 Mei 2017.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Mohar bertanggungjawab ke atas semua aspek operasi webe termasuk pembekalan perkhidmatan mobiliti digital TM dan Pusat Kecemerlangan dalam bahagian Digital, Mobiliti dan Reka Bentuk Pemikiran. Beliau ditugaskan untuk memacu peranan webe sebagai cabang mobiliti TM dalam memberi nilai tambah perkhidmatan digital TM, bagi menyokong perkhidmatan dan melangkaui keterhubungan serta mengukuhkan kedudukannya sebagai Peneraju Konvergens Malaysia.

Beliau juga adalah ahli Lembaga beberapa anak syarikat Kumpulan TM di bawah kelompok perniagaan unifi.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: Tiada

MOHARMUSTAQEEM MOHAMMED KETUA PEGAWAI EKSEKUTIFWEBE DIGITAL SDN BHD (webe)

Lelaki/53/Malaysia

Tarikh Pelantikan15 Julai 2017

Kelayakan• Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer dari Case

Western Reserve University, Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat

Pengalaman BekerjaNizam meraih pengalaman dalam sistem sokongan dan pengurusan syarikat-syarikat global termasuk Nixdorf Computer, Ericson AB, IBM Inc dan Sun Microsystems Inc. Beliau menyertai TM pada tahun 2007, sebagai Pengurus Besar Seni Bina IT bertanggungjawab ke atas penghijrahan semua sistem warisan kepada sistem yang baru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden, Teknologi Maklumat Kumpulan pada tahun 2008 menerajui transformasi Bahagian Teknologi Maklumat TM untuk menyokong pelancaran “Fibre to the Home” (FTTH). Beliau juga ditugaskan untuk mengetuai inisiatif digital bagi mengoptimumkan proses perniagaan dalam strategi rangkaian, pembangunan dan operasi, dan sistem yang diperlukan bagi menyokong Transformasi Digital TM.

Nizam telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif VADS pada 15 Mei 2017. Sebagai sebahagian daripada

penyusunan semula organisasi TM ONE, beliau telah ditugaskan sebagai Ketua Pegawai Teknologi TM ONE dan kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah VADS.

Keahlian LembagaSyarikat Tersenarai: Tiada

Syarikat Awam: • VADS Berhad

NIZAM ARSHAD KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, VADS BERHAD/KETUA PEGAWAI TEKNOLOGI, TM ONE

Maklumat Tambahan Pengurusan Kanan Penting (KSM)Tarikh pelantikan : Tarikh dilantik menjadi KSM.Pertalian keluarga : Kecuali dinyatakan, tiada KSM yang mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan mana-mana Pengarah dan/atau pemegang saham utama TM.Percanggahan Kepentingan : Kecuali dinyatakan, tiada KSM yang mempunyai percanggahan kepentingan dengan TM.Sabitan Kesalahan : Tiada KSM yang pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan selain daripada kesalahan trafik, dalam tempoh 5 tahun yang lalu.Sekatan Awam atau Penalti : Tiada KSM dikenakan sebarang sekatan awam atau penalti oleh mana-mana badan kawal selia sepanjang dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Tadbir Urus

110

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

JAWATANKUASA RISIKO LEMBAGA (JRL)

Pengerusi

Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek

JRL memberi tumpuan kepada isu-isu risiko Syarikat dan membantu Lembaga dalam mengawasi serta menyelia dasar dan rangka kerja pengurusan dan polisi risiko Kumpulan TM.

Lembaga Pengarah anda berpegang teguh pada tahap tadbir urus korporat yang tinggi dan amat mementingkan integriti, ketelusan, akauntabiliti dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab. Lembaga Pengarah bertanggungjawab sepenuhnya kepada semua pemegang-pemegang saham dalam semua kegiatan; dalam melaksanakan strategi dan prestasi kewangan bagi kepentingan jangka panjang Syarikat; menggunakan segala sumber syarikat dengan cekap dengan mengambil kira faktor-faktor sosial, alam sekitar dan etika.

JAWATANKUASA AUDIT LEMBAGA (JAL)

JAWATANKUASA PENCALONAN DAN GANJARAN (JPG)

Pengerusi

Gee Siew Yoong Pengerusi

Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin

JAL mengawasi, mengkaji kualiti maklumat kewangan, memberikan pandangan, membuat semakan yang wajar dan objektif terhadap keberkesanan serta kecekapan sistem kawalan dalaman Kumpulan.

Objektif utama JPG adalah membantu Lembaga dalam pencalonan, pelantikan, penilaian, ganjaran dan imbuhan Lembaga serta ahli-ahli pengurusan berjawatan utama.

TinjauanKeseluruhan Tadbir UrusULASAN PENGERUSI

TAN SRI DATO’ SERI DR SULAIMAN MAHBOBPENGERUSI

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

111

JAWATANKUASA TENDER (JTL)

Pengerusi

Datuk Zalekha Hassan

ULASAN PENGERUSI

Lembaga Pengarah mengesahkan bahawa Laporan Tahunan Bersepadu (LTB) secara keseluruhannya adalah satu laporan yang saksama, seimbang dan komprehensif. Keseluruhan proses termasuk kawalan dan pelaporan kewangan serta risiko pengurusan yang telah lama wujud dan diamalkan oleh Syarikat, menguatkan keyakinan kami untuk membuat kenyataan ini. Di samping itu, Jawatankuasa Amalan Terbaik dan Jawatankuasa Audit Lembaga (JAL) telah membuat semakan semula kesemua ulasan-ulasan di dalam LTB ini untuk memastikan ia mengandungi semua penzahiran yang diperlukan bagi membentangkan keadaan kewangan dan operasi Syarikat dan Kumpulan dengan wajar dan menyeluruh.

JAWATANKUASA PELABURAN (JPL)

Pengerusi

Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor

JPL ditubuhkan untuk mempertimbangkan dan menilai semula cadangan-cadangan pelaburan dan penjualan ekuiti strategik serta cadangan berkaitan hartanah Kumpulan TM untuk diperakukan kepada Lembaga untuk kelulusan.

Terma Rujukan Jawatankuasa Lembaga boleh didapati di www.tm.com.my

Ahli-ahli Lembaga sentiasa bekerjasama dan jujur dan sering mengadakan perbincangan secara terbuka dan telus dalam setiap mesyuarat Lembaga. Lembaga Pengarah amat memahami pentingnya peranan budaya korporat yang baik dalam mencapai matlamat jangka panjang perniagaan dan kejayaan Syarikat dari segi ekonomi. Ahli Lembaga sentiasa bertindak dengan penuh integriti yang mana amalan ini boleh dilihat ketika Mesyuarat dijalankan. Prinsip ini juga diperturunkan kepada pihak pengurusan dan setiap peringkat perniagaan. Kami amat berbangga dengan jenama TM dan akan melindungi integritinya demi masa depan TM.

JTL ditubuhkan untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan perolehan Kumpulan TM berdasarkan Had Kuasa yang diluluskan, selaras dengan penurunan kuasa oleh Lembaga Pengarah.

Tadbir Urus

112

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Model tadbir urus kami adalah berdasarkan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (Keperluan Penyenaraian), Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities), Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017 (Kod Tadbir Urus 2017), Garis Panduan Tadbir Urus Korporat 2017, Garis Panduan Penzahiran Korporat, Buku Hijau dalam Meningkatkan Keberkesanan Lembaga, piawaian dan amalan antarabangsa selain dari penanda aras yang ditetapkan oleh Kad Skor Tadbir Urus ASEAN (Tadbir Urus ASEAN).

Lembaga meluluskan rangka kerja tadbir urus Kumpulan di mana kuasa-kuasa tertentu Lembaga diturunkan kepada Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga berkaitan yang menyumbang kemahiran khusus mereka dalam bidang-bidang tertentu seperti semakan semula maklumat kewangan, pengurusan modal insan, kawalan dalaman dan pengurusan risiko serta tadbir urus, hal-hal berkaitan perolehan dan pelaburan, dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan seperti yang digambarkan di bawah:

MODEL DAN RANGKA KERJA TADBIR URUS

PEMEGANG-PEMEGANG SAHAM

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL PENGURUSAN

RANGKA KERJA TADBIR URUS KAMI MERANGKUMI:RANGKA KERJA TADBIR URUS TM

1Komunikasi secara terbuka, jelas dan tepat pada masanya dengan

para pemegang saham

2Lembaga Pengarah yang mahir,

pelbagai pengalaman, dan bebas, dengan struktur Jawatankuasa Lembaga yang sesuai dengan

keperluan Syarikat

3Rangka kerja pengagihan tugas, proses membuat keputusan dan

akauntabiliti yang jelas

4Sistem pengurusan risiko dan jaminan yang kukuh

5Nilai, Kod Tatalaku dan polisi

rangka kerja kami mentafsirkan nilai dan tahap pelakuan yang

diharapkan diantara kami dalam usaha mencapai matlamat dan

strategi kami

LEMBAGA

PENGARAH URUSAN/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN

Jawatankuasa Pengurusan

Barisan Kepimpinan Kumpulan

Jawatankuasa Audit

Jawatankuasa Pencalonan dan

Ganjaran

Jawatankuasa Tender

Jawatankuasa Risiko

Jawatankuasa PIJP

Jawatankuasa Pelaburan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

113

Model Tadbir Urus ini disokong oleh Matriks Had Kuasa Kumpulan TM dan Polisi Perniagaan dan Tadbir Urus (PPT). Semua isu dan keputusan yang dikhaskan untuk keputusan Lembaga jelas dikenalpasti dalam Had Kuasa Tahap 1, yang memperuntukkan kuasa kepada Lembaga Pengarah, JTL, Pengarah-pengarah Eksekutif dan Pengurusan Atasan. Matriks Had Kuasa dan PPT akan dikaji semula bila diperlukan bagi menyesuaikannya dengan perniagaan yang semakin mencabar dan mencerminkan dasar-dasar perniagaan utama serta tadbir urus TM merangkumi keseluruhan fungsi utama organisasi.

Berikutan penerbitan Kod Tadbir Urus oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada April 2017, JPG dan Lembaga Pengarah pada Mei 2017 telah menganalisa perbandingan antara amalan tadbir urus korporat Syarikat dan piawaian-piawaian Kod Tadbir Urus yang disediakan oleh Pengurusan. Lembaga bersetuju bahawa Syarikat telah memenuhi kesemua 12 Hasil yang Diharapkan kecuali beberapa kelainan berbanding Amalan-amalan yang disyorkan dalam Kod Tadbir Urus. Lembaga memperakui pentingnya menghormati intipati tadbir urus yang merangkumi prinsip tadbir urus yang baik.

Gambaran Keseluruhan Penyata Tadbir Urus ini merujuk kepada tiga prinsip Tadbir Urus Utama seperti yang dinyatakan dalam Kod Tadbir Urus, iaitu:

Penyata ini hendaklah dibaca bersama Laporan Tadbir Urus Korporat Syarikat 2017, serta langkah-langkah alternatif dari Amalan yang boleh didapati di laman sesawang Syarikat di www.tm.com.my. Laporan ini menerangkan bagaimana Syarikat telah menggunapakai setiap Amalan, serta langkah-langkah alternatif dari Amalan yang dicadangkan dalam Kod Tadbir Urus, dan alternatif yang ada di dalam Syarikat semasa tahun kewangan 2017.

Lembaga sukacita membentangkan bagaimana Prinsip Kod Tadbir Urus diguna pakai dalam Penyata ini. Kami berharap maklumat ini akan membantu anda memahami bagaimana Lembaga mentadbir Syarikat, mengurus risiko, mengawal kawalan dalaman, dan bagaimana keputusan dibuat.

Prinsip A:

Kepimpinan dan Keberkesanan Lembaga

Prinsip B:

Audit dan Pengurusan Risiko yang Berkesan

Prinsip C:

Integriti dalam Pelaporan Korporat dan Hubungan

Bermakna dengan Pihak-Pihak

Berkepentingan

Tadbir Urus

114

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

TANGGUNGJAWAB LEMBAGA

Lembaga mengambil maklum tanggungjawab-tanggungjawab dan tugas-tugas utamanya seperti yang termaktub dalam rangka kerja perundangan yang terkandung dalam Akta Syarikat 2016 serta prinsip-prinsip dan amalan-amalan di dalam Kod Tadbir Urus. Ia menggalas tanggungjawab barisan kepimpinan Syarikat serta bertanggungjawab secara kolektif dalam memenuhi objektif dan matlamat Syarikat. Para Pengarah mempunyai tugas fidusiari untuk bertindak dengan ikhlas dan bersikap wajar, berwaspada dan menggunakan segala kemahiran yang ada serta komited dalam memelihara kepentingan Syarikat bagi memastikan tahap etika yang tinggi digunapakai di seluruh Kumpulan TM. Aktiviti Lembaga dirancang secara sistematik untuk membantu Pengarah-pengarah Eksekutif dan pihak Pengurusan mencapai matlamat Syarikat berasaskan rangka kerja tadbir urus yang telus.

Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya, Lembaga sedar perlunya untuk melindungi kepentingan semua pihak yang berkepentingan. Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga berkaitan telah ditubuhkan dengan Terma Rujukan yang jelas dan dianggotai para Pengarah yang telah memperuntukkan masa dan usaha mereka bagi memastikan tanggungjawab mereka dilaksanakan dengan berkesan.

Lembaga secara kolektif bertanggungjawab ke atas kelancaran proses-proses teras yang melibatkan tadbir urus Lembaga, nilai perniagaan dan pengawasan etika.

Pada suku tahun ketiga, Lembaga telah mengadakan satu sesi pertemuan dengan kepimpinan baru yang dilantik pada bulan Mei 2017, untuk membincangkan hala tuju perniagaan, strategi dan pelan perniagaan yang kesemuanya dikekalkan kecuali model pelaksanaannya yang telah disemak semula, melalui PERFEXE10. Semua aspek strategi dan pelan pelaksanaan telah dinilai bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dan sebarang pindaan yang dibuat akan berupaya menuju ke arah sasaran yang dikehendaki.

Dalam Penilaian Keberkesanan Lembaga 2017 (PKL), Lembaga telah menilai prestasi pencapaian tanggungjawab Lembaga termasuk Tanggungjawab Am, Perancangan Strategik, Pengurusan Prestasi, Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman, Pengurusan Modal Insan dan Tadbir Urus Korporat. Lembaga bersetuju bahawa secara keseluruhannya, ia telah menunjukkan prestasi yang amat baik walaupun menghadapi cabaran sepanjang tahun 2017. Lembaga telah memberikan panduan strategik dan pemantauan prestasi pengurusan yang baik, dan fokus dalam mengekalkan hala tuju Syarikat, dengan bantuan jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga sedia ada. Lembaga bersetuju penambahbaikan berterusan amat diperlukan bagi meningkatkan prestasi perniagaan, dan perlunya memberi lebih tumpuan untuk penambahbaikan pengurusan modal insan dilaksanakan, demi memastikan matlamat strategik dan pelan perniagaan berjalan lancar untuk menghasilkan nilai tambah. Lembaga terus komited untuk menambah baik organisasi secara keseluruhannya dan meningkatkan lagi sumbangan setiap ahli Lembaga bagi memastikan kemampanan Kumpulan TM.

PRINSIP A: KEPIMPINAN DAN KEBERKESANAN LEMBAGA

Piagam Lembaga Piagam Lembaga adalah dokumen rujukan komprehensif untuk para Pengarah berhubung dengan peranan Lembaga, kuasa, tugas dan fungsi-fungsi mereka. Ia menggariskan proses dan prosedur untuk Lembaga dan jawatankuasa-jawatankuasa dalam melaksanakan pengawasan mereka dengan berkesan dan cekap mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Lembaga dan proses Lembaga. Piagam Lembaga ini akan sentiasa dikaji semula dan dikemas kini selaras dengan peraturan dan undang-undang terkini agar ianya kekal relevan. Semakan semula Piagam Lembaga merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan di bawah Program Penambahbaikan Prestasi Lembaga (PPPL). Ia merangkumi penilaian terhadap objektif, peranan dan tanggungjawab Lembaga bagi memastikan ia selaras dengan amalan tadbir urus dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

Pada bulan Februari 2017 dan terkini pada Februari 2018, Piagam Lembaga telah dikemas kini dengan mengambil kira perubahan yang dibuat kepada Akta Syarikat 2016, Keperluan Penyenaraian Bursa Sekuriti, garis panduan Institut Juruaudit Dalaman Malaysia menurut Panduan Fungsi Berkesan Audit Dalaman dan prinsip-prinsip Kod Tadbir Urus 2017. Piagam Lembaga boleh diakses di laman sesawang rasmi di www.tm.com.my.

Pengasingan Tanggungjawab Lembaga, Jawatankuasa Lembaga dan PengurusanPeranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah, Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga dan Pengurusan jelas dinyatakan dalam Piagam Lembaga. Ianya mengasingkan peranan dan tanggungjawab Pengerusi, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan (PBK), Pengarah Bukan Eksekutif (PBE) dan Pengarah-pengarah Eksekutif (PE). Walaubagaimanapun, fungsi masing-masing kekal dan saling berkait antara satu sama lain bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas masing-masing dengan lebih cekap dan berkesan. Di samping itu ia juga memastikan unsur-unsur “semak dan seimbang” di pihak atasan Syarikat.

Pengasingan fungsi-fungsi ini memastikan kelancaran perniagaan dan operasi syarikat. Pengasingan kuasa ini juga memastikan tiada individu atau kumpulan yang dapat menguasai sepenuhnya proses membuat keputusan, dengan itu melindungi keseimbangan kuasa dalam Syarikat. Pematuhan kepada pengasingan kuasa ini mewujudkan keseimbangan dalam pentadbiran Syarikat dan kuasa Lembaga, sejajar dengan amalan tadbir urus terbaik. Pengawasan yang berpatutan dan peningkatan tahap akauntabiliti Pengurusan Syarikat hasil dari penggunaan rangka kerja ini membolehkan pemerhatian sewajarnya di lakukan.

Bagi memupuk amalan tadbir urus yang baik dalam Syarikat, Pengerusi mengetuai Lembaga Pengarah memastikan keberkesanan Lembaga. Pengarah Bebas Kanan pula membantu Pengerusi untuk mencapai matlamat ini.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

115

Peranan Pengerusi

Tanggungjawab utama Pengerusi adalah memberikan kepimpinan yang wajar kepada Lembaga dan Kumpulan serta memastikan Lembaga memenuhi kewajipannya kepada Syarikat. Beliau juga mengetuai Lembaga dalam mengawasi pihak Pengurusan.

Jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif disandang oleh individu yang berlainan, mempunyai peranan masing-masing yang jelas dan berbeza sepertimana yang termaktub di dalam Piagam Lembaga.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Sulaiman Mahbob, Pengerusi TM, bukan ahli eksekutif lembaga dan tidak pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Ekskutif TM. Beliau juga

tidak pernah menjadi sebahagian daripada Pengurusan TM. Oleh itu, isu pengaruh tidak wajar dari masa lalu tidak menjadi kebimbangan.

Hasil PKL 2017:Pengerusi telah dinilai sebagai berkesan dalam memimpin Lembaga dan telah memastikan penyertaan semua ahli Lembaga dengan menggalakkan perbincangan yang terbuka dan menyeluruh dalam proses membuat keputusan. Beliau juga telah mengendalikan mesyuarat secara produktif dan memepati masa yang ditentukan.

Peranan Pengarah Kanan Bukan Eksekutif(PBK)

Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin telah dilantik sebagai PBK baru menggantikan Dato’ Ibrahim Marsidi yang meletak jawatan sebagai Pengarah pada 30 April 2017. Tunku Dato’ Mahmood Fawzy adalah bekas wakil pemegang saham utama TM, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) di dalam Lembaga TM. Beliau telah melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif (PBBBE) dan telah dilantik ke jawatan baru sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (PBBE) pada hari yang sama yang melayakkan beliau untuk dilantik sebagai PBK.

Beliau dilantik sebagai PBK yang baru berdasarkan pengalaman dan kedudukan beliau yang telah lama di dalam Lembaga dan pemahaman yang mendalam tentang isu-isu tadbir urus Syarikat.

Tunku Dato’ Mahmood Fawzy yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan, adalah calon yang paling sesuai untuk jawatan ini. Tempoh perkhidmatan dalam Lembaga memberikan beliau kemahiran dalam segenap hal Lembaga dan menyebabkan beliau amat mengenali ahli-ahlinya. Beliau dihormati oleh ahli Lembaga yang lain kerana beliau sentiasa memelihara dan mendahulukan kepentingan Syarikat pada setiap masa.

Beliau mempunyai hubungan akrab dan mesra dengan Pengerusi dan dalam banyak kesempatan, berpeluang mengadakan perbincangan rasmi dan tidak rasmi tentang pelbagai isu berkaitan Syarikat.

Dalam melaksanakan peranannya, beliau juga terus bebas daripada pihak pengurusan.

Sebagai PBK, Tunku Dato’ Mahmood Fawzy bertanggungjawab mengadakan perbincangan sulit dengan PBE lain yang mungkin mempunyai kebimbangan wujudnya perkara-perkara yang berkemungkinan tidak mendapat perhatian sewajarnya dari Lembaga secara keseluruhan. Perbincangan ini hanya diadakan apabila diperlukan atau dianggap perlu oleh PBK. Oleh yang demikian, Lembaga Pengarah dapat mencapai tahap kebebasan yang lebih tinggi dan PBE boleh bertemu dan bertukar pandangan secara lebih aktif tanpa kehadiran Pengurusan. Sepanjang tahun 2017, mesyuarat PBK telah diadakan pada 21 November 2017 untuk membincangkan isu-isu berkenaan yang menjadi kebimbangan Lembaga.

Sebagai PBK, beliau akan terus menyediakan saluran komunikasi alternatif untuk para pemegang saham dan pihak-pihak berkepentingan bagi menyampaikan kebimbangan dan kemusykilan mereka dan memastikan supaya isu-isu tersebut dapat disalurkan kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Ulasan PKL 2017:Berdasarkan keputusan Penilaian Diri dan Sesama Pengarah, Tunku Dato’ Mahmood Fawzy diberi penilaian yang melebihi skor purata yang membuktikan prestasi beliau sebagai PBK sangat memuaskan.

Tadbir Urus

116

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Berikutan persaraan Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa pada 30 April 2017, Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly telah dilantik sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baru, memastikan kesinambungan dan kestabilan Lembaga dan Pengurusan. Perubahan ini memberikan cabaran baru bukan sahaja di kalangan Pengurusan Kanan TM tetapi juga bagi keseluruhan Kumpulan. Seiring dengan Dato’ Sri Shazalli, kenaikan pangkat Datuk Bazlan Osman sebagai Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan membawa idea serta pandangan baru dan segar serta perspektif yang berbeza kepada perniagaan dan budaya, merangsang peluang-peluang baru yang lebih luas untuk memperkasakan Syarikat demi mencapai tahap yang lebih tinggi.

Perkembangan ini membawa dinamik baru dan berbeza di kalangan Pengurusan, dan di antara Pengurusan dengan Lembaga. Kedua-dua pihak telah berjaya berkerjasama untuk memajukan Syarikat dengan memahami peranan dan kedudukan masing-masing. Lembaga juga bersetuju untuk meningkatkan perbincangan dengan Pengurusan memandangkan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Kumpulan TM.

Peranan Pengarah-Pengarah Eksekutif (PE)

PE, iaitu Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan secara kolektif menggalas fungsi utama bagi memastikan kelancaran operasi Syarikat. Fungsi dan tanggungjawab utama mereka seperti yang ditentukan di dalam Kad Skor Kumpulan TM yang dikongsi bersama, dan yang telah dikaji semula, dinilai dan diluluskan oleh Lembaga.

PE telah mewujudkan beberapa jawatankuasa pengurusan untuk membantu tugas-tugas operasi dan pengurusan mereka. Forum ini menyediakan landasan bagi ahli-ahli Pengurusan Kanan, termasuk ketua-ketua bahagian dan jabatan, untuk sentiasa berinteraksi secara langsung antara satu sama lain bagi berbincang, memberi pandangan dan mengkaji matlamat, strategi dan operasi Syarikat.

Berikutan perubahan kepada jawatan PE, perubahan peranan dan tanggungjawab mereka juga telah diselaraskan dengan sewajarnya.

Dengan kemahiran unik masing-masing, kedua-dua PE saling melengkapi antara satu sama lain dari segi strategi dan pelaksanaannya dan telah menjadi satu unit yang berkerjasama dengan cemerlang sebagai satu pasukan.

Peranan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bertanggungjawab melaksanakan polisi-polisi utama yang diluluskan Lembaga dan dipertanggungjawabkan untuk melapor dan membincangkan semua isu-isu penting yang berkemungkinan menjejaskan prestasi Kumpulan, termasuk halatuju strategik, projek-projek dan perkembangan pengawalseliaan di mesyuarat Lembaga Pengarah.

Dato’ Sri Shazalli adalah seorang yang berwawasan dan mahir dalam merangka strategi. Beliau telah berjaya menjalin hubungan yang erat dengan pasukan Pengurusannya dan berterusan membina dan mengekalkan kepercayaan Lembaga. Ulasan PKL 2017:Walaupun baru menyertai TM pada Mei 2017, beliau telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dan berjaya menyuntik semangat baru kepada Pengurusan dan warga kerja TM. Lembaga akan sentiasa memantau sebarang perubahan dan rancangan baru dari bermulanya sesuatu idea sehingga pelaksanaanya, untuk menjalin hubungan yang lebih baik di antara Lembaga dan Pengurusan.

Peranan Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpalan

Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bertanggungjawab ke atas hal-hal operasi dan pelaksanaan strategi perniagaan. Beliau mempunyai skop yang lebih besar dalam memberi bimbingan dan bertanggungjawab memantau sasaran prestasi yang perlu dicapai oleh Pengurusan Kanan. Beliau juga bertanggungjawab membangunkan inisiatif dan melaksanakan strategi untuk pencapaian prestasi Kumpulan secara keseluruhan.

Ulasan PKL 2017:Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan telah berjaya menyesuaikan dirinya dengan tugas dan tanggungjawab baru. Beliau amat sesuai dengan peranan barunya dan telah menjayakan peralihan tugas dan seterusnya memastikan kesinambungan hubungan antara Lembaga dan Pengurusan.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

117

Memupuk Komitmen Lembaga

Lembaga telah membuktikan komitmennya kepada Syarikat melalui kehadiran para Pengarah dan masa yang diluangkan di mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa Lembaga sepertimana dinyatakan di muka surat 118 hingga 119.

Lembaga juga bersetuju agar para Pengarah memaklumkan kepada Setiausaha Syarikat mengenai pelantikan dan keahlian mereka sebagai pengarah di syarikat-syarikat lain untuk dimaklumkan di mesyuarat Lembaga.

Jadual mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga telah dirangka dan dikongsi dengan para Pengarah pada bulan Ogos 2017 sebelum permulaan tahun seterusnya bagi memastikan komitmen masa mereka.

Enam mesyuarat telah diadakan sepanjang tahun 2017 bagi membincang dan merumuskan keputusan kewangan suku tahunan, laporan prestasi dan pelbagai perkara lain berdasarkan agenda yang telah ditetapkan. Sesi Pemukiman Lembaga juga telah diadakan pada bulan November 2017 untuk membincangkan strategi Syarikat, Pelan Operasi Tahunan Kumpulan dan sasaran kewangan. Selain daripada mesyuarat Lembaga Pengarah, isu-isu yang memerlukan keputusan segera juga telah diluluskan melalui sepuluh Resolusi Pekeliling Pengarah sepanjang tahun.

Jumlah masa yang diluangkan untuk mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga untuk tahun kewangan telah dipantau melalui PPPL.

Kesemua Pengarah telah mematuhi keperluan kehadiran minima sekurang-kurangnya 50.0% bagi mesyuarat Lembaga yang diadakan dalam tempoh kewangan menurut Keperluan Penyenaraian Utama. Lembaga Pengarah juga telah bersetuju menerima pakai syarat kehadiran minima 50.0% bagi semua Jawatankuasa Lembaga, dengan kehadiran Pengarah-Pengarah Ganti diambil kira sebagai kehadiran Pengarah utama. Secara keseluruhan, semua ahli Jawatankuasa telah mematuhi syarat minima kehadiran tersebut.

Kebanyakan keputusan yang dibuat di mesyuarat Lembaga adalah berdasarkan persetujuan bersama atau melalui undi majoriti, kecuali perkara-perkara yang telah dikhaskan untuk Pemegang Saham Khas seperti yang ditetapkan dalam Tataurus Syarikat. Resolusi secara bertulis oleh semua Pengarah atau Pengarah Ganti mereka yang berada di Malaysia adalah sah dan terpakai seolah-olah ianya telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga. Tataurus Syarikat boleh dirujuk di laman sesawang rasmi TM di www.tm.com.my.

Pada MAT ke-33 yang akan datang dan sempena dengan cadangan penerimaan Perlembagaan Syarikat yang baru, Syarikat mencadangkan supaya peruntukan keperluan mendapatkan tandatangan semua pengarah yang berada di Malaysia bagi resolusi bertulis Pengarah untuk menjadikannya sah dan berkuatkuasa, dikaji semula. Dengan kemajuan teknologi dan memandangkan Syarikat juga mempunyai Pengarah asing, keperluan untuk hanya Pengarah yang hadir di Malaysia sahaja untuk membuat sesuatu keputusan tidak lagi dianggap sesuai. Sehubungan ini, Syarikat mencadangkan semakan semula dibuat dengan menghapuskan had kawasan geografi dan sebaliknya membenarkan sesuatu resolusi itu sah dan berkuatkuasa setelah ditandatangani oleh majoriti Pengarah-pengarah Bebas atau Pengarah Ganti mereka. Cadangan ini, jika diluluskan, akan memberi kesan yang sama sebagaimana pengundian yang dilakukan oleh para Pengarah di dalam Mesyuarat Lembaga.

Integriti KorporatPara pengarah telah menerapkan Kod Etika Pengarah Syarikat di TM. Melalui penzahiran kepentingan mereka pada setiap mesyuarat, para Pengarah telah melaksanakan prinsip-prinsip berkaitan dengan ketelusan, integriti dan tanggungjawab.

Selain dari, tatalaku Lembaga TM, Pengurusan, warga kerja dan semua pihak-pihak berkepentingan Kumpulan tertakluk kepada Kod Etika Perniagaan, Amalan Etika dan Peraturan Perolehan, Ikrar Integriti, Panduan Pencegahan Rasuah TM dan Polisi Berkenaan Pemberi Maklumat. Kesemua dasar dan garis panduan ini bertujuan menegakkan nilai Integriti Tanpa Kompromi dan sikap tidak bertoleransi Syarikat terhadap amalan rasuah dan tingkah laku yang tidak beretika di dalam dan berkaitan Kumpulan TM. Usaha ini diterajui oleh Audit Dalaman Kumpulan, Unit Penyiasatan Korporat, Pengurusan Modal Insan Kumpulan dan Kumpulan Perolehan. Dasar-dasar dan panduan-panduan tersebut boleh didapati di laman sesawang Syarikat.

Bagi menyokong usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam membanteras amalan rasuah di negara ini, TM dan warga kerjanya telah menandatangani perjanjian Ikrar Bebas Rasuah pada November 2017.

Tadbir Urus

118

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Nama Kehadiran Mesyuarat

Tan Sri Dato’ Seri Dr Sulaiman Mahbob (Pengerusi)

Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly (Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan)*

Datuk Bazlan Osman (Pengarah Eksekutif/ Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan)

Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain

Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil# 3 / 3

Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin@ 6 / 6

Datuk Zalekha Hassan 6 / 6

Davide Giacomo Federico Benello6 / 6

Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor 6 / 6

Gee Siew Yoong6 / 6

Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek 6 / 6

Balasingham A. Namasiwayam6 / 6

Dato’ Asri Hamidin @ Hamidon (Pengarah Ganti Kepada Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain)

- / -

Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa^ 3 / 3

Dato’ Ibrahim Marsidi^3 / 3

LEMBAGA PENGARAH

JAWATANKUASA AUDIT (JAL)

JAWATANKUASA PENCALONAN DAN GANJARAN (JPG)

PengerusiGee Siew Yoong

Ahli• Tunku Dato’ Mahmood Fawzy

Tunku Muhiyiddin* (Kehadiran Mesyuarat 7/8)

• Datuk Zalekha Hassan (Kehadiran Mesyuarat 8/8)

• Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek (Kehadiran Mesyuarat 8/8)

• Balasingham A. Namasiwayam (Kehadiran Mesyuarat 8/8)

• Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil#

(Kehadiran Mesyuarat 5/5)

Jemputan Tetap• Datuk Bazlan Osman

(Kehadiran Mesyuarat 8/8)

* Meletak jawatan pada 31 Disember 2017 # Dilantik pada 30 April 2017

Peranan dan Tanggungjawab UtamaMengawasi integriti penyata kewangan agar mematuhi undang-undang dan keperluan pengawalseliaan dan Piawaian Perakaunan. Menilai keberkesanan rangka kerja kawalan dalaman Kumpulan serta fungsi audit dalaman dan luaran.

Jumlah Jam Mesyuarat JAL

19.10Jumlah Jam Mesyuarat JPG

12.10

5 / 6

6 / 68 / 8 8 / 8

3 / 3

6 / 6

PengerusiTunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin

Ahli• Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil*

(Kehadiran Mesyuarat 3/3)• Datuk Zalekha Hassan

(Kehadiran Mesyuarat 8/8)• Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek

(Kehadiran Mesyuarat 6/8)• Balasingham A. Namasiwayam

(Kehadiran Mesyuarat 8/8)

Jemputan Tetap• Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly

(Kehadiran Mesyuarat 2/3)• Datuk Bazlan Osman

(Kehadiran Mesyuarat 1/3)

* Dilantik pada 30 April 2017

Peranan dan Tanggungjawab UtamaMengenal pasti dan mengesyorkan calon-calon baru untuk Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga dan Lembaga-lembaga Kumpulan TM. Mempertimbangkan kedudukan Pengarah Eksekutif dan perancangan penggantian bagi membantu Lembaga Pengarah dalam memastikan gabungan kemahiran yang diperlukan, berdasarkan pengalaman dan kualiti-kualiti lain.

Akses Lembaga kepada Pengurusan, Setiausaha Syarikat, Maklumat dan Pakar LuarLembaga Pengarah mempunyai akses terus, segera dan tanpa had kepada Pengurusan Kanan dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan urusan perniagaan Kumpulan. Lembaga Pengarah bergantung kepada integriti Pengurusan Kanan Syarikat untuk mendapatkan khidmat daripada pakar dalam hal-hal perniagaan telekomunikasi, perundangan, perakaunan, kewangan, cukai, modal insan dan penasihat-penasihat lain. Dengan cara ini, para Pengarah dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan dan membuat keputusan yang tepat.

* Dilantik pada 1 Mei 2017# Dilantik semula sebagai PBBBE pada 30 April 2017@ Dilantik semula sebagai PBBE pada 30 April 2017^ Meletak Jawatan pada 30 April 2017

JUMLAH JAM MESYUARAT LEMBAGA

31.00

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

119

Jumlah Jam Mesyuarat JPL

4.00

Lembaga Pengarah juga mempunyai akses penuh kepada Setiausaha Syarikat, yang berkelayakan untuk bertindak sebagai setiausaha syarikat menurut Akta Syarikat 2016, dan mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam memberikan nasihat berkaitan tadbir urus yang baik dan memastikan pematuhan dasar-dasar dan prosedur yang berkaitan dengan isu-isu Tadbir Urus Korporat dan hal-hal kesetiausahaan.

Setiausaha Syarikat Kumpulan, disokong oleh Setiausaha Bersama dan ahli-ahli pasukan yang terdiri daripada Unit Kesetiausahaan Kumpulan dan Unit Pematuhan PLC bertanggungjawab menyediakan sokongan menyeluruh termasuk nasihat dan bimbingan yang sesuai kepada Lembaga Kumpulan TM mengenai dasar dan prosedur, peraturan dan undang-undang yang berkaitan serta amalan terbaik Tadbir Urus Koporat. Kemasukan Unit Pematuhan PLC pada bulan November 2016 mengukuhkan lagi Bahagian Kesetiausahaan Syarikat Kumpulan dalam memastikan pemberian sokongan dan nasihat yang

JUMLAH JAM MESYUARAT LEMBAGA DAN JAWATANKUASA

98.25

KALENDAR MESYUARAT LEMBAGA DAN JAWATANKUASA

JAWATANKUASA TENDER (JTL)

JAWATANKUASA PELABURAN (JPL)

JAWATANKUASA RISIKO (JRL)

PengerusiDatuk Zalekha Hassan

Ahli• Dato’ Sri Mohammed Shazalli

Ramly* (Kehadiran Mesyuarat 3/5)

• Datuk Bazlan Osman (Kehadiran Mesyuarat 9/9)

• Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain (Kehadiran Mesyuarat 7/9)

• Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil

(Kehadiran Mesyuarat 9/9)• Balasingham A. Namasiwayam#

(Kehadiran Mesyuarat 5/5)

Pengarah Ganti• Dato’ Asri Hamidin @ Hamidon

(Kehadiran Mesyuarat 1/1)

* Dilantik pada1 Mei 2017 # Dilantik pada 30 April 2017

Peranan dan Tanggungjawab UtamaUntuk mengkaji semula rangka kerja Polisi Perolehan dan Prosedur Perolehan TM. Untuk membantu Lembaga dalam mengawal selia pematuhan Pengurusan selaras dengan Polisi Perolehan TM dan Prosedur Perolehan serta menimbangkan cadangan perolehan berdasarkan Had Kuasa.

PengerusiDatuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor

Ahli• Datuk Bazlan Osman

(Kehadiran Mesyuarat 6/6)• Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain

(Kehadiran Mesyuarat 6/6) • Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim

Kamil*

(Kehadiran Mesyuarat 4/4) • Tunku Dato’ Mahmood Fawzy

Tunku Muhiyiddin (Kehadiran Mesyuarat 6/6)

• Gee Siew Yoong (Kehadiran Mesyuarat 6/6)

• Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek (Kehadiran Mesyuarat 6/6)

Pengarah Ganti • Dato’ Asri Hamidin @ Hamidon (Kehadiran Mesyuarat -/-) * Dilantik pada 30 April 2017

Peranan dan Tanggungjawab UtamaUntuk menilai pelaburan dan/ atau cadangan penjualan ekuiti strategik diperakukan kepada Lembaga Pengarah. Juga untuk membincangkan sebarang cadangan yang berkaitan dengan hartanah Kumpulan TM.

PengerusiTunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek*

Ahli• Datuk Bazlan Osman

(Kehadiran Mesyuarat 4/4)• Tunku Dato’ Mahmood Fawzy

Tunku Muhiyiddin# (Kehadiran Mesyuarat 3/3)

• Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor (Kehadiran Mesyuarat 4/4)

• Gee Siew Yoong (Kehadiran Mesyuarat 4/4)

• Balasingham A. Namasiwayam (Kehadiran Mesyuarat 4/4)

* Dilantik pada 30 April 2017 # Dilantik pada 30 April 2017 dan meletak jawatan pada 31 Disember 2017

Peranan dan Tanggungjawab UtamaMengawasi penubuhan dan pelaksanaan rangka kerja pengurusan risiko supaya ianya diterap sebagai budaya, proses dan struktur Syarikat dan supaya Syarikat menjadi lebih responsif kepada perubahan persekitaran. Untuk meluluskan dasar pengurusan risiko bagi pihak Lembaga Pengarah.

Jumlah Jam Mesyuarat JTL

22.20Jumlah Jam Mesyuarat JRL

9.00

JAN

JTL - 19JPG - 20

JAL - 23Lembaga - 26

ME

I JTL - 16 JAL - 19

JRL - 19Lembaga - 23

FE

B

JRL - 14 JPL - 14JTL - 16

JAL - 20JPG - 20, 22Lembaga - 22

JUN

JPL - 20

OK

T JPL - 11JTL - 31

MA

C JPG - 13JPL - 22

JTL - 28

JUL

JPG - 19JAL - 26JTL - 26

NO

V

JPG - 13JAL - 14 & 21JTL - 15

JRL - 16JPL - 16Lembaga - 21 & 22

AP

R

JAL - 11JTL - 19

JPG - 21Lembaga - 25, 26

OG

OS JAL - 28

JPG - 28Lembaga - 29

JRL - 17JPL - 17JTL - 22

9 / 9 6 / 6 3 / 3

Tadbir Urus

120

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

mencukupi berkaitan pematuhan Keperluan Penyenaraian Utama dan amalan-amalan terbaik tadbir urus.

Setiausaha Syarikat Kumpulan kekal menjadi penghubung bagi semua ahli Lembaga dan jawatankuasa-jawatankuasa pengurusan, dan menyelia fungsi kesetiausahaan korporat Kumpulan TM. Selain dari tugas sebagai penasihat dan sumber rujukan, Setiausaha Syarikat juga memastikan tatalaku dan amalan Lembaga yang konsisten dan berkesan di seluruh Kumpulan.

Kertas-kertas mesyuarat diedarkan secara elektronik kepada Lembaga dalam tempoh yang munasabah sebelum mesyuarat berlangsung bagi memberikan masa yang mencukupi untuk para Pengarah menilai cadangan atau maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kertas-kertas mesyuarat diedarkan dalam tempoh purata lima hari sebelum mesyuarat Lembaga diadakan melalui sistem elektronik yang selamat. Pada tahun 2017, purata enam hari kalendar telah dicatatkan untuk pengedaran kertas

kerja mesyuarat Lembaga kecuali Mesyuarat Khas Lembaga yang mana jangka masa yang lebih singkat dipersetujui oleh Lembaga. Setelah tamat mesyuarat, minit mesyuarat Lembaga akan diedarkan kepada Pengerusi BE dan PE dalam tempoh 5 hari bekerja. Bermula tahun 2017, deraf minit mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa Lembaga telah diedarkan menerusi sistem pengurusan mesyuarat elektronik yang aktif sepanjang tahun bagi tujuan semakan dan makluman Lembaga.

Selain sumber dalaman yang telah dinyatakan, Lembaga dan Jawatankuasa-jawatankuasanya boleh mendapatkan nasihat pakar, dengan kos yang ditanggung oleh Syarikat, sekiranya diperlukan, dalam menjalankan tugas mereka. Pada bulan Oktober 2017, JPG telah mendapatkan khidmat pakar luar untuk memberi nasihat mengenai cadangan kajian semula imbuhan PBE. Sehubungan dengan itu, cadangan berdasarkan kajian tersebut akan dikemukakan di Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 (MAT) untuk pertimbangan dan kelulusan para pemegang saham.

MEWAKILI KEPENTINGAN

PEMEGANG-PEMEGANG SAHAM

ISTIMEWA DAN UTAMA TM

PENYERTAAN BAGI PIHAK PENGURUSAN DAN WAKIL

PEMEGANG SAHAM ISTIMEWA

MEWAKILI PEMEGANG SAHAM MINORITI DAN AWAM

Tan Sri Dato’ Seri Dr Sulaiman Mahbob

Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin

Gee Siew Yoong

Dato’ Sri Dr Mohmad Isa HussainDatuk Zalekha Hassan

Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor

Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil

Davide Giacomo Federico Benello @ David Benello

Balasingham A. Namasiwayam

Dato’ Asri Hamidin @ Hamidon (Pengarah Ganti kepada Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain)

Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek

Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly

Datuk Bazlan Osman

KEAHLIAN LEMBAGA

Lembaga secara aktif berusaha memastikan keahliannya mempunyai kepelbagaian, kemahiran, pengalaman dan kepakaran yang sesuai bagi membolehkannya melaksanakan tanggungjawab kolektifnya dengan berkesan. Kesemua ahli Lembaga juga telah melengkapkan diri dengan secukupnya bagi memanfaatkan pelbagai peluang yang ada, dan menerajui Syarikat dalam menghadapi segala cabaran. Dalam melaksanakan tugas-tugas fidusiari dan kepimpinannya, Lembaga mengakui perlunya untuk terus mengikuti perkembangan semasa untuk menjadi Lembaga yang dinamik dalam memahami dan membentuk hala tuju strategik Kumpulan TM, demi manfaat Syarikat, pemegang-pemegang saham dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Sehingga tarikh penyata ini, TM telah memenuhi had maksima 12 orang Pengarah menurut Artikel 96 Tataurus Syarikat. Lembaga Pengarah terdiri daripada sepuluh PBE dan dua PE. Mereka adalah seorang Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, tujuh PBBE, dua PBBBE yang mewakili kepentingan pemegang saham Khas dan Pemegang Saham Utama, dua Pengarah Eksekutif Bukan Bebas (PEBB) iaitu Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan seorang Pengarah Ganti. Selain daripada Pemegang Saham Khas, tiada pengarah lain yang melantik Pengarah Ganti mereka. Majoriti ahli Lembaga Pengarah adalah PBBE. Butiran para Pengarah, termasuk kelayakan dan pengalaman mereka, boleh dirujuk di bahagian Profil Pengarah Laporan Tahunan Bersepadu ini.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

121

Pengurusan, Kepimpinan & Strategi 12

Tadbir Urus & Integriti 12

Ekonomi, Kewangan & Pelaburan 10

Pengawalseliaan 9

Perakaunan/Audit 8

Pengurusan Modal Insan 8

Pemasaran/Penjualan/Peruncitan 8

Perolehan 8

Kejuruteraan/Pengurusan Projek 7

Kemahiran Kemampanan - Sosial & Alam Sekitar 7

Hubungan Kerajaan/Perkhidmatan Awam 7

Pelaburan Hartanah & Pengurusan 7

Teknologi Baru/Digitalisasi 6

Perundangan 6

KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN PENGARAH

58% 17% 17% 8%

PBBE

Pengarah Eksekutif

PBBBE

Pengerusi BBBE

25% Wanita

75% Lelaki

KEAHLIAN LEMBAGA

JANTINA DALAM LEMBAGA

JULAT (UMUR) PADA TAHUN 2017BILANGAN PENGARAH

BILANGAN PENGARAH

GANTI

40 – 49 1 -

50 – 59 6 1

60 – 69 5 -

70 dan ke atas - -

Jumlah 12 1

BILANGAN PENGARAH

Tadbir Urus

122

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Bil. Nama Pengarah UmurWarganegara/Bangsa Tarikh Pelantikan

Tempoh Tahun (T)/Bulan (B)

Pengarah-pengarah Bukan Bebas

1. Tan Sri Dato’ Seri Dr Sulaiman Mahbob 69 Malaysia/Melayu 12.01.2015 3 T 2 B

2. Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly 57 Malaysia/Melayu 01.05.2017 10 B

3. Datuk Bazlan Osman 53 Malaysia/Melayu 25.04.2008 9 T 11 B

4. Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain 59 Malaysia/Melayu 30.10.2015 2 T 5 B

5. Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil 45 Malaysia/Melayu 29.11.2012 – 29.04.2017 (Pengarah Ganti) 30.04.2017 – sekarang (PBBBE)

4 T 5 B

11 B

Pengarah-pengarah Bebas

6. Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin 59 Malaysia/Melayu 25.04.2008 – 29.04.2017 (PBBBE)30.04.2017 – sekarang (PBBE)

9 T 11 B

7. Datuk Zalekha Hassan 64 Malaysia/Melayu 09.01.2008 – 30.05.2011 (PBBBE)01.06.2011 – sekarang (PBBE)

4 T 5 B 6 T 10 B

8. David Giacomo Frederico Benello @ David Benello 64 Itali 21.11.2011 6 T 3 B

9. Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor 50 Malaysia/Melayu 07.10.2013 4 T 6 B

10. Gee Siew Yoong 68 Malaysia/Cina 13.03.2014 3 T 11 B

11. Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek 52 Malaysia/Melayu 28.04.2016 1 T 11 B

12. Balasingham A. Namasiwayam 66 Malaysia/India 28.04.2016 1 T 11 B

Pengarah Ganti

13. Dato’ Asri Hamidin @ Hamidon 52 Malaysia/Melayu 06.11.2015 2 T 5 B

Pada tahun 2017, keahlian Lembaga telah berubah sepertimana yang diumumkan kepada Bursa Securities pada 21 Mac 2017 dan 26 April 2017.

Kebebasan LembagaLembaga Pengarah mengiktiraf sumbangan penting para Pengarah Bebas dalam melaksanakan tadbir urus korporat yang baik. Semua Pengarah, tanpa mengira status kebebasan mereka, perlu menerap dan mempraktikkan penilaian yang seimbang dan bebas. Kebebasan Pengarah TM ditentukan menurut kriteria kebebasan yang termaktub dalam perenggan 1.01 Peraturan Penyenaraian Utama. Sehingga kini, kesemua tujuh PBBE telah memenuhi kriteria kebebasan tersebut.

PBE tidak terlibat dalam operasi harian Syarikat. Urus niaga perniagaan yang dikendalikan Syarikat adalah bebas daripada penglibatan mereka kecuali untuk kelulusan terakhir apabila keputusan Lembaga diperlukan secara kolektif. Ini mengurangkan risiko kemungkinan pengaruh tidak wajar dari pihak ketiga dan membolehkan para Pengarah membuat penilaian yang saksama dan mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya situasi percanggahan kepentingan.

Adalah menjadi amalan para Pengarah untuk memaklumkan kepentingan mereka atau sebarang kemungkinan yang boleh menimbulkan percanggahan berkenaan perkara yang memerlukan pertimbangan Lembaga. Pengarah yang berkepentingan hendaklah menarik diri dari perbincangan atau berkecuali dari menyertai pembahasan agar Lembaga dapat membuat keputusan yang tidak berat sebelah dan bebas. Berdasarkan PKL 2017, para Pengarah mengetahui dan sedar kewajipan mereka untuk memaklumkan sebarang percanggahan kepentingan samada yang nyata atau tersirat dengan sewajarnya.

Mempunyai keahlian Lembaga yang pelbagai dari segi latar belakang, pendidikan, pengalaman dan perbezaan pandangan adalah perkara biasa bagi TM. Berikutan perubahan kepimpinan Syarikat dan keahlian Lembaga, ahli-ahlinya dilihat semakin dapat membiasakan diri dengan perubahan

tersebut. Walau bagaimanapun, tradisi sifat keterbukaan dan perbincangan menyeluruh dalam situasi yang sihat terus menjadi amalan Lembaga dalam mencapai sesuatu keputusan.

Dengan nilai moral yang teguh dan pemahaman yang jelas tentang amalan tadbir urus yang baik, Lembaga akan terus membuat penilaian yang objektif dan tidak dipengaruhi faktor-faktor yang tidak berkaitan, untuk bertindak demi kepentingan terbaik Syarikat dan melindungi kepentingan pihak-pihak berkepentingan. Walaupun dengan keahlian yang baru, keputusan PKL 2017 terus menunjukkan struktur Lembaga yang sihat, dinamik, dengan hubungan yang baik di kalangan ahlinya.

Selain daripada kriteria di atas, tahap kebebasan semua Pengarah TM, termasuk PBE, dinilai setiap tahun melalui PKL. Sebagai sebahagian daripada Terma Rujukannya, JPG akan membuat semakan tahunan ke atas tahap kebebasan PBBE dan akan membentangkan laporan dan cadangannya kepada Lembaga Pengarah. Latar belakang Pengarah, kemahiran, pengalaman, sumbangan, status ekonomi dan hubungan keluarga mereka juga dipertimbangkan.

JPG kemudiannya akan menentukan sama ada Pengarah tersebut boleh terus membuat keputusan yang bebas dan objektif di dalam mesyuarat Lembaga. JPG juga akan menentukan, melalui watak dan keputusan yang dibuat, sama ada terdapat hubungan atau keadaan yang boleh mempengaruhi, atau mungkin mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Pengarah Bebas.

Dalam menentukan status kebebasan para Pengarah, Lembaga terus yakin bahawa tempoh perkhidmatan tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada kriteria penilaian. Lembaga Pengarah juga berpandangan bahawa kewajipan fidusiari para Pengarah adalah lebih utama dan perlu dijaga oleh semua

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

123

Pengarah, tanpa mengira status mereka. Lembaga berkeyakinan penuh bahawa keupayaan seorang Pengarah untuk berkhidmat dengan berkesan adalah bergantung kepada kewibawaan, kelayakan, pengalaman dan kualiti peribadi, terutamanya dari segi integriti dan objektiviti mereka. Lembaga percaya terdapat kelebihan dan manfaat dalam mengekalkan Pengarah-pengarah yang telah lama berkhidmat memandangkan mereka mempunyai pengetahuan mendalam dan banyak maklumat tentang perniagaan dan operasi Syarikat. Lembaga Pengarah tetap tegas dengan pandangan bahawa walaupun Amalan 4.3 Kod Tadbir Urus menghadkan tempoh perkhidmatan kumulatif PBBE kepada sembilan tahun tidak diguna pakai secara rasmi oleh Syarikat, ianya tidak menghalang Lembaga daripada mematuhi prinsip-prinsip tersebut. Lembaga Pengarah mengguna pakai Amalan 4.2 di mana kelulusan pemegang saham perlu diperolehi untuk mengekalkan PBBE yang berkhidmat lebih daripada sembilan tahun setakat tarikh MAT yang dicadangkan pada 26 April 2018, tiada PBBE yang melebihi had tempoh perkhidmatan kumulatif sembilan tahun.

Keputusan penilaian sesama Pengarah dalam PKL 2017 menunjukkan bahawa para Pengarah telah menunjukkan keupayaan mereka untuk bertindak secara bebas.

Kepelbagaian LembagaLembaga mengakui perlunya mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi membolehkan para Pengarah berinteraksi dengan lebih berkesan, memastikan adanya mekanisma semak dan imbang yang mencukupi, terutama dalam industri telekomunikasi yang mencabar. Mempunyai pelbagai kemahiran, latar belakang, kepakaran dan pengalaman adalah ciri-ciri yang perlu bagi memastikan Lembaga yang aktif, berkesan dan utuh.

Lembaga Pengarah juga sedia maklum bahawa sentiasa ada ruang untuk meningkatkan lagi kepelbagaian dan keterangkuman bagi memastikan kecekapan fungsi Lembaga yang berterusan dalam menangani pelbagai cabaran selaras dengan arus perubahan yang berterusan dalam teknologi telekomunikasi. Mewujudkan kepelbagaian Lembaga memerlukan pelbagai unsur kritikal yang tidak hanya terhad kepada jantina dan/atau umur, tetapi juga pengalaman dan kemahiran serta latar belakang pendidikan dan keperibadian, etnik/bangsa, kewarganegaraan, kepercayaan agama dan budaya atau sejarah peribadi, atau sosio-ekonomi seseorang ahli Lembaga.

Pendekatan Kumpulan TM dalam memastikan kepelbagaian Lembaga adalah seperti yang dinyatakan di dalam Piagam Lembaga. Lembaga percaya bahawa proses pelantikan ahli baru adalah mencukupi kerana ia mengambil kira kemahiran, pengalaman, kecekapan, pengalaman dalam industri tempatan dan serantau serta pengetahuan calon individu, selain dari jantina dan umur calon dan bagaimana faktor-faktor ini akan meningkatkan kepelbagaian Lembaga.

Walaupun polisi 30% pengarah wanita belum diterima pakai secara rasmi, Lembaga telah mengambil inisiatif ke arah ini, termasuk mencadangkan peningkatan jumlah maksima ahli Lembaga Pengarah. Lembaga berpendapat bahawa 25% pengarah wanita dalam Lembaga TM ketika ini adalah bersesuaian. Lembaga akan terus berusaha meningkatkan bilangan pengarah wanita, berdasarkan kriteria kemahiran dan kecekapan yang telah ditetapkan.

Beberapa tokoh wanita terkenal dan berkelayakan telah dikenalpasti dan dimasukkan ke dalam senarai Pengarah-pengarah untuk dipertimbangkan, sebagai sebahagian daripada pelan penggantian Pengarah TM. Lembaga Pengarah TM kini mempunyai tiga pengarah wanita; Datuk Zalekha, Gee Siew Yoong dan Tunku Afwida masing-masing sebagai Pengerusi JTL, JAL dan JRL.

TM terus mengenal pasti dan memilih wanita yang berkelayakan dari Pengurusan Kanan untuk menjalani latihan bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang perlu sebagai persediaan untuk dilantik sebagai pengarah anak-anak syarikat TM dan syarikat-syarikat bersekutu. Sehingga kini, terdapat 12 wanita yang berkhidmat sebagai pengarah lantikan dalam Lembaga Pengarah Kumpulan TM. Terdapat juga peningkatan dalam bilangan anggota wanita dalam pengurusan kanan dari 1 kepada 3 jawatan daripada 19 jawatan atau 16% pada tahun 2017 berbanding 2016. Lembaga Pengarah beranggapan peningkatan tersebut adalah langkah awal dalam usaha menambah jumlah anggota wanita di TM sebagai pengarah bagi menyokong inisiatif kerajaan.

Pelantikan LembagaSyarikat mengekalkan prosedur rasmi dan telus bagi proses pelantikan Pengarah-pengarah baru. Proses ini dinyatakan di dalam Tataurus Syarikat. Calon-calon Pengarah dinilai terlebih dahulu oleh JPG, dengan mengambil kira kemahiran, kecekapan, pengalaman dan lain-lain kualiti yang diperlukan bagi mengendalikan perniagaan komunikasi dalam, industri yang ketat kawal seliaannya, sebelum mereka dicadangkan kepada Lembaga.

Lembaga bertanggungjawab ke atas pelantikan para Pengarah baru, manakala JPG membuat saringan dan pemilihan awal, termasuk kebebasan untuk mencari calon luar, sebelum membentangkan cadangan kepada Lembaga Pengarah. JPG akan menilai keupayaan calon dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebelum mencadangkan pelantikan mereka sebagai Pengarah untuk kelulusan Lembaga.

Pada tahun 2017, JPG telah mempertimbangkan kelayakan Dato’ Sri Shazalli dari segi kepakaran, kemahiran dan pengalaman, dan mengesyorkan pelantikan beliau kepada Lembaga TM dan mengalu-alukan beliau sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat yang baru.

Persaraan dan Pemilihan Semula PengarahBerdasarkan keperluan dan peruntukan Tataurus Syarikat, Senarai Giliran Pengarah-pengarah dibentangkan kepada JPG untuk pengesahan. Para pengarah yang disyorkan untuk dipilih semula pada MAT adalah tertakluk kepada penilaian JPG terlebih dahulu dan para Pengarah yang terbabit dikehendaki memberi persetujuan untuk pemilihan semula sebelum cadangan tersebut dibentangkan di mesyuarat Lembaga TM. Dalam menilai calon-calon, JPG akan mengambil kira faktor sikap, kecekapan, komitmen, keperibadian dan kualiti individu serta sumbangan dan prestasi mereka berdasarkan PKL. Penilaian juga akan dibuat ke atas struktur Lembaga, keseimbangan serta kebebasan Pengarah yang berkenaan sebelum dikemukakan kepada Lembaga Pengarah dan pemegang-pemegang saham untuk kelulusan.

Pada MAT ke-33 yang akan datang, lima pengarah akan dipertimbangkan untuk pemilihan semula selaras dengan peruntukan Tataurus Syarikat.

Berikut adalah pengarah-pengarah yang mewakili satu pertiga dari jumlah pengarah sedia ada dan yang paling lama berkhidmat sejak pemilihan terakhir mereka, yang akan bersara mengikut giliran. Lembaga dan JPG mengesyorkan agar mereka dipilih semula dan mereka juga telah memberikan persetujuan untuk dipilih semula sebagai pengarah.

Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, terus memberikan khidmat cemerlang kepada Lembaga. Beliau telah memberikan nasihat, panduan dan pandangan yang amat bernilai dan sokongan padu kepada Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dalam melaksanakan pelbagai strategi untuk memacu Syarikat ke hadapan. Mereka merupakan satu pasukan yang padu dalam meningkatkan prestasi syarikat dan mengukuhkan kestabilan TM di pasaran. Beliau telah mengetuai pelbagai inisiatif

Tadbir Urus

124

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

pada masa lalu dan terus meningkatkan prestasi Syarikat secara keseluruhan dalam tahun yang mencabar bagi Syarikat dan industri ini. Berdasarkan PKL 2017, Lembaga bersetuju beliau telah menunjukkan teladan yang baik serta penuh dedikasi dan bertanggung jawab dalam melaksanakan tugasnya.

Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin, PBK/PBBE, kekal sebagai anggota Lembaga TM yang penting. Pandangannya yang berwawasan, sikap yang tegas, sifat ingin tahu dan petah berbicara, hasil dari pengalaman luas di dalam dan luar negara, membolehkan beliau memberikan pelbagai pandangan tersendiri dan unik mengenai urusan korporat dan perniagaan. Memandangkan pengetahuannya yang mendalam tentang Lembaga dan Tadbir Urus Korporat, beliau terus ditugaskan untuk menerajui JPG. Berdasarkan PKL 2017, Lembaga berpendapat bahawa sumbangan Tunku Dato’ Mahmood Fawzy selama ini adalah sangat bernilai dan keahlian beliau penting dalam mengekalkan kepelbagaian Lembaga, dan mengesyorkan pemilihan semula beliau.

Datuk Zalekha Hassan adalah ahli Lembaga TM yang penting. Rekod beliau yang baik semasa berkhidmat dalam pelbagai jawatan kanan kerajaan, terutama dalam mengendalikan isu perolehan ketika berkhidmat di Kementerian Kewangan, membolehkan Datuk Zalekha terus mempengerusikan JTL dengan berkesan. Beliau sentiasa mempamerkan prinsip yang kukuh, menunjukkan komitmen dalam menegakkan integriti dan tadbir urus dalam proses perolehan Syarikat. Beliau sentiasa bersifat ingin tahu, tegas dalam memberikan pandangannya dan mampu memberikan nasihat yang bernas kepada Lembaga. Berdasarkan PKL tahun 2017, Lembaga berpendapat bahawa sumbangan berterusan Datuk Zalekha kepada Syarikat adalah amat penting kepada keseimbangan dan kepelbagaian Lembaga, dan dengan itu mengesyorkan agar beliau dilantik semula pada MAT yang akan datang.

Berikut adalah para Pengarah yang dilantik untuk mengisi kekosongan jawatan pada tahun 2017. Mereka telah dilantik dalam tahun 2017 dan memegang jawatan sehingga mesyuarat agung tahunan berikutnya di mana mereka perlu bersara. Para pengarah berikut disyorkan untuk pemilihan semula oleh JPG dan Lembaga, dan mereka telah memberikan persetujuan untuk dipilih semula.

Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berpengalaman dalam bidang telekomunikasi tempatan dan antarabangsa, serta mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang pemasaran, telah terbukti berupaya dalam memimpin TM untuk evolusi ke peringkat seterusnya. Beliau telah membuktikan keupayaannya sebagai seorang yang berwawasan, bersemangat dan mempunyai pengetahuan industri yang mampu memacu dan memimpin Syarikat mencapai aspirasi konvergens dan digitalisasi. Beliau telah menunjukkan kebolehan dalam memimpin pasukan Pengurusan dan juga mengisi kekosongan keperluan digitalisasi di dalam Lembaga. Berdasarkan PKL 2017, JPG dan Lembaga Pengarah mengalu-alukan beliau sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baru.

Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil, PBBBE, adalah Pengarah Ganti di TM sejak 29 November 2012 dan berubah jawatan sebagai Pengarah pada 30 April 2017. Sebagai Pengarah Ganti, Nik Rizal telah menganggotai beberapa jawatankuasa Lembaga sebagai persediaan untuk menjadi Pengarah utama. Beliau seorang yang tenang, bersemangat dan teliti dalam menyuarakan pandangan dan pendapat. Walaupun sebagai Pengarah Ganti, beliau telah menunjukkan keupayaan, komitmen, dan dedikasi terhadap Lembaga dan Syarikat. Dengan persediaan tersebut, Nik Rizal secara semula jadi telah menggalas tugas sebagai PBBBE. Berdasarkan PKL 2017, Lembaga bersetuju bahawa sumbangan Nik Rizal adalah penting untuk Lembaga dan mencadangkan pemilihan semula beliau.

Kesemua lima Pengarah tersebut yang dijadualkan untuk pemilihan semula pada MAT yang akan datang, telah dinilai oleh JPG dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah, telah memenuhi harapan Lembaga dan menjadi contoh dalam melaksanakan tugas melalui sumbangan yang mereka berikan kepada Lembaga Pengarah. Lembaga berpendapat para Pengarah telah membuat penilaian dan keputusan yang objektif dalam perbincangan Lembaga dan telah melaksanakan tanggungjawab fidusiari mereka dengan baik.

Penilaian kebebasan mereka dilakukan setiap tahun melalui PKL dan laporan mengenainya telah dibentangkan untuk pertimbangan JPG pada bulan Februari sebelum Notis MAT dibuat. Setelah mengambil kira dan menimbangkan faktor-faktor di atas, Lembaga Pengarah mengesyorkan pemilihan semula para Pengarah berkenaan.

Penilaian Keberkesanan Lembaga Pengarah (PKL)PKL merangkumi Penilaian Lembaga, Penilaian Jawatankuasa dan Penilaian Diri dan Sesama Sendiri. Ia diwujudkan untuk meningkatkan keberkesanan Lembaga serta menarik perhatian para Pengarah kepada bidang-bidang utama yang perlu ditangani bagi mengekalkan kesepaduan Lembaga walaupun terdapat kepelbagaian.

Penilaian dibuat secara dalaman oleh Bahagian Kesetiausahaan Syarikat Kumpulan, yang mengekalkan kaedah penilaian secara objektif dan profesional. Penilaian secara jujur dipelihara dengan baik bagi mengekalkan kerahsiaan pemberi maklum balas. Keputusan penilaian kemudiannya dianalisa dan dibentangkan kepada JPG dan Lembaga untuk perbincangan. Lembaga percaya bahawa proses penilaian tersebut telah diuruskan dengan baik tanpa sebarang campurtangan yang tidak wajar daripada Pengarah dan Pengurusan. Lembaga mengambil maklum Nota Amalan 5.1 yang mengesyorkan syarikat-syarikat besar untuk melantik perunding bebas secara berkala untuk membuat penilaian supaya lebih objektif dan telus.

Pada bulan Februari 2018, Lembaga telah menganalisa Laporan PKL 2017 dan berpuas hati dengan hasil dan rumusan yang diberikan. Lembaga bersetuju bahawa tidak ada keperluan untuk Syarikat melantik pakar bebas dalam proses penilaian tersebut.

PKL menilai Lembaga dari segi tanggungjawab, keahlian komparisi, cara memupuk komitmen, pentadbiran dan proses, tatalaku, interaksi dan komunikasi dengan pihak pengurusan dan pihak berkepentingan, termasuk penilaian ke atas Pengerusi, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. PKL 2017 merumuskan bahawa Lembaga telah menjalankan kewajipannya dengan baik, dengan kebanyakan bidang dinilai sebagai “Baik” atau “Luar Biasa”. Lembaga bersetuju dengan prestasi yang ditunjukkan walaupun dalam keadanan yang mencabar dan berpuas hati dengan keseluruhan prestasi walaupun perlu penambahbaikan dalam beberapa perkara yang telah dikenal pasti.

PKL juga menilai prestasi Jawatankuasa Lembaga, terutamanya dari segi struktur dan proses serta akauntabiliti dan tanggungjawab. Keputusan penilaian semua Jawatankuasa Lembaga adalah dinilai “Baik” dan “Cemerlang”, menunjukkan bahawa ahli-ahli Jawatankuasa telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh komitmen dan bersikap profesional untuk manfaat Syarikat. Bidang-bidang yang memerlukan penambahbaikan juga telah dikongsi bersama dengan setiap Jawatankuasa.

Penilaian Diri dan Sesama Sendiri telah dibuat untuk menilai kecekapan profesional, sikap dan keperibadian setiap Pengarah. Keputusan penilaian Sesama Sendiri bagi Pengarah terus tinggi pada tahun 2017.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

125

Berdasarkan keputusan PKL 2017, Lembaga akan terus memberi tumpuan kepada bidang-bidang strategik berikut pada tahun 2018 bagi mengekalkan kelebihan daya saing TM. Selain daripada Lembaga Pengarah, PBK dengan PBE juga akan memantau perkara yang sama sehingga ianya memuaskan.

GANJARAN PARA PENGARAH DAN PENGURUSAN KANAN

Lembaga memastikan polisi ganjaran Pengarah setara dan berdaya saing dengan pasaran. Tujuan utama polisi tersebut adalah untuk menyelaraskan teras strategik dan pemacu nilai, menarik minat dan mengekalkan Pengarah-pengarah yang berwibawa yang mampu berkongsi kemahiran dan pengalaman yang diperlukan, sejajar dengan tanggungjawab pengurusan yang berkesan serta menyokong falsafah pengurusan berteraskan nilai.

Dasar dan kerangka kerja bagi keseluruhan imbuhan PE dan PBE akan disemak semula oleh JPG berdasarkan amalan pasaran, sebelum cadangan-cadangan berkaitan dikemukakan kepada Lembaga untuk kelulusan.

Pengarah Bukan Eksekutif (PBE)Pakej ganjaran PBE ditentukan oleh Lembaga secara keseluruhan. Yuran Pengarah adalah yuran tetap dan tertakluk kepada kelulusan pemegang-pemegang saham, manakala elaun mesyuarat dibayar berdasarkan jumlah mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa Lembaga yang mereka hadiri.

Pada MAT ke-32 yang diadakan pada 26 April 2017, para pemegang saham telah meluluskan pembayaran yuran Pengarah bermula dari tarikh MAT ke-32 hingga MAT ke-33. Yuran Pengarah sedia ada bagi Pengerusi BE dan PBE (seperti dinyatakan dibawah) yang kali terakhir disemak semula dan diluluskan pemegang-pemegang saham di MAT ke-28 yang diadakan pada 7 Mei 2013 dan berkuatkuasa 1 Januari 2012, masih diguna pakai. Kajian semula tersebut dibuat berikutan kajian bebas perunding luaran.

PENGARAH YURAN

Pengerusi BE RM276,000 setahun @ RM23,000 sebulan

PBE RM180,000 setahun @ RM15,000 sebulan

PBK RM27,000 setahun @ RM2,250 sebulan

Selepas enam tahun, Lembaga kini mencadangkan semakan semula Yuran Para Pengarah sedia ada, bagi memastikan Syarikat dapat menarik minat dan mengekalkan bakat serta sebagai dorongan kepada para Pengarah untuk mencapai matlamat jangka panjang Syarikat. Imbuhan yang dicadangkan ini mengambilkira keperluan, kepelbagaian tanggungjawab dan prestasi Syarikat termasuk kemahiran dan pengalaman yang diperlukan. Oleh itu, semakan semula imbuhan ini perlu mencerminkan kerumitan tugas, tanggungjawab dan harapan yang semakin meningkat serta komitmen PBE dan memastikan ianya setara dengan pasaran semasa. Untuk tujuan ini, firma perunding bebas iaitu Korn Ferry/Hay Group telah dilantik pada bulan Oktober 2017 untuk melaksanakan analisa perbandingan dengan syarikat-syarikat yang setanding, syarikat tersenarai di Malaysia dan syarikat telekomunikasi di rantau ini, dan mengesyorkan semakan semula yuran yang wajar. Di samping itu, JPG juga mengambilkira Laporan KPMG mengenai Imbuhan PBE 2017 yang dikeluarkan pada bulan Februari 2018.

Perubahan yang dicadangkan telah dibincangkan dengan mendalam oleh JPG pada Januari dan Februari 2018, dan telah diluluskan oleh Lembaga untuk dibentangkan pada MAT ke-33 untuk kelulusan para pemegang saham. Cadangan ini melibatkan semakan semula yuran tetap Pengarah sahaja, yang akan berkuatkuasa dari MAT ke-33 sehingga MAT seterusnya (Tempoh Yang Ditetapkan), seperti berikut:

(i) Kenaikan yuran Pengerusi BE dari RM23,000 sebulan kepada RM30,000 sebulan; dan

(ii) Kenaikan yuran PBE dari RM15,000 sebulan kepada RM20,000 sebulan.

Lembaga berpendapat bahawa kenaikan yuran yang dicadangkan adalah wajar dan berpatutan memandangkan imbuhan Pengarah tidak pernah disemak semula sejak 2012.

PBE tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang skim saham pekerja atau skim insentif berkaitan prestasi selaras dengan Buku Biru yang dikeluarkan Jawatankuasa Putrajaya bagi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Prestasi Tinggi (PCG).

Pertumbuhan Strategik Bukan Organik:

Tumpuan kepada pelaksanaan Konvergens dan ke arah Digital dengan cara yang tepat pada masanya dan berkesan.

Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan serta anggota yang mempunyai kemahiran yang sesuai untuk dunia digitalisasi.

Pengurusan Prestasi:

Penglibatan mendalam Lembaga & Pengurusan untuk penambahbaikan proses dan prestasi perniagaan.

Kemampanan Perniagaan dan Risiko:

Penjelasan teliti mengenai pelan kemampanan & risiko.

Pelan Penggantian:

Melantik Pengarah dengan kemahiran yang diperlukan & Pengurusan yang berbakat.

Menyediakan pakej ganjaran yang menarik bagi Lembaga dan Pengurusan Kanan.

01_ 01_ 01_

01_

02_

02_

Tadbir Urus

126

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

TM juga mempunyai Rangka Kerja Imbuhan Lembaga Anak-Anak Syarikat (Rangka Kerja Imbuhan) yang mana anak-anak syarikat dikategorikan menurut tahap tertentu berdasarkan kedudukan strategik dan sumbangan hasil kepada TM, serta fokus perniagaan. Berdasarkan Rangka Kerja Imbuhan tersebut, yuran pengarah bagi syarikat yang dikategorikan sebagai Anak-anak Syarikat Tahap 1 telah ditetapkan sebanyak 50% dari Rangka Kerja Imbuhan TM. Oleh yang demikian, yuran Pengerusi BE dan PBE yang dilantik menganggotai lembaga Anak-anak Syarikat Tahap 1 juga disemak semula, dari RM11,500 sebulan kepada RM15,000 sebulan untuk Pengerusi BE, dan dari RM7,500 sebulan kepada RM10,000 sebulan untuk PBE, sepanjang Tempoh Yang Ditetapkan. Sehubungan itu, kelulusan para pemegang saham dipohon untuk pembayaran yuran pengarah yang telah disemak semula di bawah Rangka Kerja Imbuhan.

Walaupun menjadi amalan syarikat-syarikat lain memperkenalkan dan membayar yuran bulanan bagi Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga, JPG dan Lembaga TM bersetuju mengekalkan manfaat sedia ada. Manfaat Berbayar kepada Pengerusi BE dan PBE menurut Piagam Lembaga terdiri daripada yuran mesyuarat, emolumen dan manfaat boleh tuntut seperti berikut:

(i) Struktur yuran mesyuarat Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga:

Elaun Mesyuarat Bagi Setiap Kehadiran (RM)

Lembaga JAL JPG JTL JRL JPLJawankuasa

PIJP

Pengerusi 3,500 3,250 2,500 3,250 2,500 2,500 2,500

PBE 3,000 2,500 2,000 2,500 2,000 2,000 2,000

Nota: Lembaga diberi kuasa untuk menetapkan yuran bagi Jawatankuasa-jawatankuasa sementara.

(ii) Yuran mesyuarat di bawah Rangka Kerja Imbuhan:

Kategori Anak Syarikat

Pengerusi BE PBE Yuran Jawatankuasa

Yuran (RM)

Yuran (RM)

Yuran Pengerusi

(RM)

Yuran Ahli Jawatankuasa

(RM)

Tahap 1 1,500 1,000 500 300

Tahap 2 1,500 1,000 Tiada Tiada

(iii) Manfaat lazim seperti manfaat boleh tuntut bagi perjalanan pembangunan perniagaan luar negeri atau tahunan, cuti ke luar negara, elaun harian bagi pengarah asing, peralatan perniagaan, bil telekomunikasi, perlindungan insurans dan perubatan.

(iv) Elaun kehadiran mesyuarat akan dibayar kepada PBE sahaja dan hanya akan dibayar bagi setiap mesyuarat Lembaga dan/atau mesyuarat Jawatankuasa Lembaga yang diadakan. Elaun tersebut akan dibayar kepada Pengarah Ganti yang menghadiri mesyuarat ketika ketidakhadiran Pengarah Utamanya.

Kelulusan pemegang saham akan dipohon bagi pembayaran yuran dan sebarang manfaat yang perlu dibayar kepada PBE menurut Seksyen 230 (1) Akta Syarikat 2016 di MAT ke-33 yang akan datang.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

127

Butiran jumlah imbuhan keseluruhan bagi setiap Pengarah Syarikat yang diterima daripada kumpulan Syarikat TM, dikategorikan kepada komponen berkaitan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, adalah seperti berikut:

Bil. NAMA PENGARAHGAJI(RM)

PENDAPATAN BOLEH UBAH

(RM)ELAUN

(RM)

MANFAAT SELAIN WANG

(RM)JUMLAH

(RM)

PENGARAH EKSEKUTIF BUKAN BEBAS (PEBB)

1 Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly (Dilantik pada 1 Mei 2017)

1,652,952.40a 640,000.00b 40,000.00c 113,588.76 2,446,541.16

2 Datuk Bazlan Osman 1,774,916.60a 1,103,882.16d 60,000.00c 65,057.76 3,003,856.52

PEBB BERSARA PADA TAHUN 2017

3 Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa (Bersara pada 30 April 2017)

1,010,780.60a 4,380,060.67e 20,000.00c 127,085.36 5,537,926.63

4,438,649.60 6,123,942.83 120,000.00 305,731.88 10,988,324.31

Bil. NAMA PENGARAH

YURAN PENGARAH (RM) MANFAAT BERBAYAR (RM)

JUMLAH (RM)TM

ANAK SYARIKAT ELAUN

MANFAAT SELAIN WANG

PENGARAH BUKAN BEBAS BUKAN EKSEKUTIF (PBBBE)

1 Tan Sri Dato’ Seri Dr Sulaiman Mahbob 276,000.00 276,000.00 47,500.00 91,435.02 690,935.02

2 Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain 180,000.00 - 55,500.00 6,798.55 242,298.55

3 Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil 120,000.00f - 65,500.00f 67,913.30 253,413.30

PENGARAH BEBAS BUKAN EKSEKUTIF (PBBE)

4 Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin

320,000.00g - 101,500.00 68,032.85 489,532.85

5 Datuk Zalekha Hassan 180,000.00 90,000.00 101,250.00 78,989.75 450,239.75

6 Davide Giacomo Federico Benello 180,000.00 - 141,000.00h 10,766.10 331,766.10

7 Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor

180,000.00 122,000.00 62,500.00 5,041.45 369,541.45

8 Gee Siew Yoong 180,000.00 - 80,000.00 67,534.00 327,534.00

9 YM Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek 180,000.00 - 89,500.00 68,352.30 337,852.30

10 Balasingham A. Namasiwayam 238,306.45g - 96,500.00 65,149.97 399,956.42

PENGARAH GANTI BUKAN BEBAS BUKAN EKSEKUTIF (PENGARAH GANTI BBBE)

11 Dato’ Asri Hamidin @ Hamidon (Pengarah Ganti kepada Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain)

- - 2,500.00 4,665.00 7,165.00

PBBE YANG BERSARA PADA TAHUN 2017

12 Dato’ Ibrahim Marsidi (Bersara pada 30 April 2017)

69,000.00 30,000.00 41,500.00 65,075.77 205,575.77

JUMLAH (RM) 2,103,306.45 518,000.00 884,750.00 599,754.06 4,105,810.51

Nota:a Termasuk caruman Syarikat kepada KWSPb Insentif berkaitan prestasic Elaun kereta sebagai ganti kereta syarikatd Termasuk PIJP dan insentif berkaitan prestasie Termasuk PIJP dan ex-gratiaf Pembayaran yang dibuat kepada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sebagai yuran pengurusan bagi Pengarah yang mewakili Khazanahg Termasuk yuran diterima dari anak syarikath Termasuk elaun harian bagi pengarah warga asing

Tadbir Urus

128

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Pengarah-Pengarah Eksekutif (PE) dan Pengurusan KananSebagai PE, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengurusan Kanan dibayar gaji, elaun, insentif berdasarkan prestasi termasuk bonus dan manfaat lazim lain yang bersesuaian bagi Pengurusan Atasan. Sebahagian besar pakej imbuhan Pengurusan Atasan telah dijadikan pendapatan boleh ubah bergantung kepada prestasi Syarikat sepanjang tahun kewangan, di ditentukan berdasarkan KPI individu yang diselaraskan dengan Kad Skor Seimbang Kumpulan TM. PE tidak dibayar yuran Pengarah atau elaun mesyuarat untuk mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa Lembaga yang mereka anggotai dan hadiri.

Penilaian prestasi PE (serta juga semua Jawatan Utama dan Setiausaha Syarikat Kumpulan) disemak secara tahunan oleh JPG, dan semakan semula gaji dan/atau ganjaran akan dikemukakan kepada Lembaga sesuai dengan sumbangan mereka pada tahun berkenaan.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan barisan Pengurusan diberi ganjaran berdasarkan gabungan pencapaian sasaran dan keputusan penilaian 360 darjah mereka. Bayaran ini berdaya saing selaras dengan matlamat dan strategi korporat Kumpulan. PE akan berkecuali dan meninggalkan mesyuarat JPG dan Lembaga semasa ganjaran prestasi dan semakan imbuhan mereka dibincangkan.

Imbuhan lima Pengurusan Kanan teratas (termasuk gaji, bonus, manfaat selain wang dan emolumen lain) iaitu Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ketua Pegawai Strategi, Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi, Ketua Pegawai Modal Insan dan Ketua Pegawai Perolehan secara julat adalah seperti berikut:

Bilangan Pengurusan KananGanjaran Tahunan secara julat

(RM)

1 750,000 - 800,000

1 1,000,000 - 1,150,000

2 1,650,000 - 1,700,000

1 1,800,000 - 1,850,000

Pada Mesyuarat Agung Luar Biasa Syarikat yang diadakan pada 28 April 2016, para pemegang saham telah meluluskan Pelan Insentif Jangka Panjang (PIJP) untuk semua anggota yang layak serta PE. Objektif utama PIJP kekal untuk menggalakkan budaya prestasi dan sebagai mekanisma untuk mengekalkan kesetiaan anggota kepada Syarikat. PIJP merangkumi pemberian Geran Saham Terhad dan Saham Prestasi, yang mana perbezaan utama adalah kelayakan anggota dari segi gred kerja mereka dalam Kumpulan TM, matriks pencapaian prestasi, yang akan ditentukan sebelum geran diberi dan tempoh pemberian geran kepada anggota yang layak. PIJP ditadbir dan diuruskan oleh Jawatankuasa PIJP, sebuah jawatankuasa kecil JPG yang ditubuhkan mengikut undang-undang kecil PIJP (Undang-Undang Kecil LTIP).

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

129

Objektif Utama Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran mempunyai dua peranan, sejak penubuhannya. Kedua-dua peranan tersebut digabungkan bagi tujuan memudahkan dan lebih praktikal, memandangkan ahli-ahli yang sama diamanahkan dengan kedua-dua fungsi. Selain dari peranan pencalonan dan ganjaran, JPG juga menyelia hal-hal berkaitan tadbir urus.

KeahlianJPG terdiri daripada PBE, yang mana 80% daripadanya adalah ahli bebas. Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin yang telah berubah jawatan sebagai PBBE dan dilantik sebagai PBK pada 30 April 2017, kekal sebagai Pengerusi JPG.

Sikap tegas Tunku Dato’ Mahmood Fawzy dan pengetahuan mendalam tentang hal-hal lembaga dan tadbir urus syarikat, kepimpinan, ditambah dengan sokongan ahli-ahli jawatankuasa yang lain telah mengekalkan JPG sebagai jawatankuasa yang berkesan. Ini terbukti melalui PKL 2017 yang merumuskan bahawa JPG terus berfungsi dengan jayanya di bawah kepimpinan beliau.

Pada tahun 2017, Dato’ Ibrahim Marsidi, Pengarah yang telah lama berkhidmat dalam Lembaga TM telah meletak jawatan sebagai Pengarah dan ahli JPG pada 30 April 2017. Sehubungan dengan itu, Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil telah dilantik sebagai ahli baharu sebagai ganti.

TanggungjawabJPG membantu Lembaga di antaranya dalam hal-hal berkaitan pemilihan, pencalonan, pelantikan, penilaian, ganjaran dan pampasan Lembaga dan ahli-ahli Pengurusan Utama. JPG juga membantu Lembaga meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam hal-hal berkaitan tadbir urus TM atau sebarang isu yang mungkin secara langsung atau tidak langsung memberi kesan kepada Lembaga.

Tinjauan KeseluruhanJPG terus memberikan sokongan yang padu kepada Lembaga. Isu-isu utama yang dibincangkan adalah penilaian dan pelantikan PE yang baru, iaitu Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berikutan pencalonan mereka oleh Pemegang Saham Istimewa. Di samping itu, penilaian dan penggantian untuk Jawatan-jawatan Utama serta ganjaran mereka juga turut dibincangkan dan dirumuskan pada tahun 2017. Selain daripada Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi, Jawatan-jawatan Utama telah diperluaskan merangkumi Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dan Ketua Pegawai Strategi.

JPG juga membincangkan dan mengesyorkan Petunjuk Prestasi Utama Syarikat kepada Lembaga Pengarah, memantau pelaksanaan imbuhan berdasarkan prestasi iaitu PIJP melalui jawatankuasa kecil yang dikenali sebagai Jawatankuasa PIJP dan menyelia kajian semula Piagam Lembaga.

JPG ditadbir oleh Terma Rujukannya sendiri sepertimana dinyatakan dalam Piagam Lembaga yang boleh dirujuk di laman sesawang rasmi Syarikat di www.tm.com.my

JAWATANKUAS A PE NC ALONAN DAN G A NJA R AN

Pengerusi

Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin Pengarah Bebas Kanan Bukan Eksekutif

Ahli

> Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

> Datuk Zalekha Hassan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

> Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

> Balasingham A. Namasiwayam Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Tadbir Urus

130

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawabnya, JPG mempunyai kuasa-kuasa berikut: • Akses sepenuhnya terhadap rekod, harta dan anggota TM;• Mengesyorkan cadangannya kepada Lembaga untuk pertimbangan

dan kelulusan;• Menggunakan khidmat firma pencarian profesional sebagai sumber

mendapatkan calon-calon pengarah atau nasihat profesional bebas sekiranya diperlukan; dan

• Mendapatkan nasihat perunding luar terhadap kesesuaian pakej ganjaran dan terma-terma pekerjaan lain, sekiranya perlu.

Aktiviti utama JPG pada 2017 (dan bagaimana JPG memenuhi tanggungjawabnya):Lembaga mengiktiraf sumbangan JPG dan peranannya dalam memberi nasihat yang bernas, cadangan-cadangan pancalonan, ganjaran dan hal-hal tadbir urus, serta memperakui bahawa semua ahli JPG termasuk yang baru dilantik telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan berkesan dan penuh dedikasi. Sepanjang tahun lalu, JPG telah melaksanakan aktiviti-aktiviti utama berikut:

a) Fungsi Pencalonan

JPG memastikan keahlian Lembaga menepati keperluan Syarikat. Ia juga membangun, mengekalkan serta menyemak kriteria yang digunakan dalam proses pelantikan Pengarah baru dan penilaian tahunan Pengarah-pengarah.

JPG turut menimbang dan mencadangkan kepada Lembaga perkara-perkara berikut:• Pelantikan semula dan pemilihan semula Pengarah-pengarah

pada MAT ke-32 dan MAT ke-33.• Pelantikan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan

yang baharu.• Pewujudan dan pelantikan Jawatan Utama baru iaitu Pengarah

Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.• Perubahan Jawatan PBBBE kepada PBBE.• Pelantikan PBK dan PBBE yang baharu.• Pelantikan ke Jawatan Utama baharu, iaitu Ketua Pegawai

Kewangan Kumpulan, Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi.

• Penilaian tahunan dan mengkaji semula keahlian semua Jawatankuasa Lembaga TM.

• Penilaian tahunan dan ulasan terhadap kebebasan PBBE.• Mengkaji dan melaksanakan pelan penggantian Lembaga TM.

b) Fungsi Ganjaran

Menimbang dan mencadangkan kepada Lembaga perkara-perkara berikut:• Pakej ganjaran bagi Jawatan-jawatan Utama.• Bayaran gratuiti untuk mantan Pengarah Urusan/Ketua

Pegawai Eksekutif Kumpulan. • Penilaian prestasi PE, Pengurusan Kanan dan Jawatan-jawatan

Utama dan Setiausaha Syarikat berdasarkan KPI yang telah ditetapkan.

• Pembayaran dan pemberian hak saham dibawah PIJP-PSP.• Peruntukan PIJP untuk Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua

Pegawai Eksekutif dan anggota-anggota TM yang layak.• Imbuhan Prestasi dan Kenaikan Gaji untuk anggota TM.• Kajian semula Rangka Kerja Imbuhan untuk Lembaga Pengarah

anak-anak syarikat TM.• Menetapkan Petunjuk Prestasi Utama untuk 2017-2020.

Berdasarkan Piagam Lembaga, JPG memastikan pakej ganjaran dikaji semula setiap tahun untuk menarik minat Pengarah yang berbakat dan cekap untuk menyertai Lembaga TM. Setelah enam tahun, JPG mengesyorkan semakan semula yuran dan manfaat Pengarah sedia ada pada MAT yang akan datang.

c) Fungsi Tadbir Urus

Mempertimbangkan dan mengesyorkan kepada Lembaga mengenai perkara-perkara berikut: • Pelaksanaan dan skop PKL bagi tahun 2017.• Memantau status program pendidikan berterusan para

Pengarah selaras dengan Program Latihan Lembaga.• Pematuhan keperluan tadbir urus Pengarah-pengarah

termasuk kehadiran mereka di mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa yang diadakan sepanjang tahun kewangan.

• Semakan semula secara tahunan Piagam Lembaga.• Menilai dan mengesyorkan cadangan-cadangan Kod Tadbir

Urus 2017.

Kajian Keberkesanan dan Prestasi JPGBerdasarkan PKL 2017, Lembaga berpuas hati bahawa keahlian JPG adalah bersesuaian dan seimbang dari segi kemahiran, pengetahuan dan pengalaman bagi melindungi hak pihak-pihak berkepentingan dan memenuhi keperluan Kumpulan. JPG telah dinilai sebagai berkesan dalam melaksanakan tugasnya untuk Lembaga.

Jawatankuasa PIJP, sebuah Jawatankuasa Kecil JPGSepanjang tahun 2017, Jawatankuasa PIJP telah mengadakan dua mesyuarat yang mengambil masa kira-kira satu jam untuk membincangkan cadangan pengumpukan Saham Terhad dan Saham Prestasi bagi anggota TM yang layak dan Pengarah Eksekutif berdasarkan pelan pelaksanaan PIJP yang telah dipersetujui.

Pada tahun 2017, ahli Jawatankuasa PIJP telah berkurangan kepada empat orang selepas peletakan jawatan Tunku Dato’ Mahmood Fawzy sebagai Pengerusi dan ahli. Nik Rizal Kamil, ahli yang sedia ada telah dilantik sebagai Pengerusi menggantikan beliau. Ahli Jawatankuasa PIJP sedia ada terdiri daripada:• Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil (Pengerusi)• Davide Giacomo Federico Benello• Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek• Balasingham A. Namasiwayam

PIJP telah dinilai sebagai berkesan dalam melaksanakan tugasnya pada tahun ini.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

131

Objektif UtamaJTL ditubuhkan untuk mempertimbangkan cadangan perolehan Kumpulan TM berdasarkan Had Kuasa yang diluluskan, selaras dengan penurunan kuasa Lembaga.

KeahlianPada tahun 2017, Balasingham A. Namasiwayam dan Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly telah dilantik sebagai ahli baru JTL menggantikan Dato’ Ibrahim Marsidi dan Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa masing-masing berkuat kuasa pada 30 April 2017 dan 1 Mei 2017.

TanggungjawabFungsi utama JTL diringkaskan seperti berikut:

a) Memastikan proses perolehan adalah selaras dengan dan mematuhi semua etika, polisi dan prosedur perolehan yang berkenaan.

b) Mengesahkan keupayaan teknikal dan kewangan pembida tender.c) Mempertimbangkan dan meluluskan bidaan yang akan memberi manfaat

kepada Kumpulan dan Syarikat dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti harga, penggunaan barangan/perkhidmatan, kuantiti, masa penghantaran/pentauliahan dan faktor lain yang berkaitan.

d) Memastikan objektif Program Pembangunan Keusahawanan Bumiputera dan Program Pembekal dicapai menerusi pemantauan teliti ke atas rekod prestasi syarikat/pembekal yang dilantik di bawah program-program ini.

JTL ditadbir oleh Terma Rujukannya sendiri yang ditetapkan dalam Piagam Lembaga yang boleh diakses di laman sesawang rasmi Syarikat di www.tm.com.my.

Tinjauan Keseluruhan JTL telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan serta memberikan nasihat bernas mengenai tadbir urus perolehan untuk diguna pakai dan dilaksanakan oleh Syarikat. JTL dibantu oleh jawatankuasa-jawatankuasa kecil pengurusan yang dipengerusikan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dan Ketua Pegawai Perolehan, bergantung kepada tahap kuasa yang telah diberikan kepada mereka.

Mesyuarat JTL JTL telah mengadakan 9 mesyuarat sepanjang tahun kewangan, dengan jumlah masa yang diluangkan sebanyak 22.2 jam. Ketua Pegawai Perolehan TM menghadiri kesemua mesyuarat JTL sebagai jemputan tetap manakala Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi dijemput apabila diperlukan untuk memberi maklum balas tambahan mengenai hal-hal teknikal. Ahli-ahli Jawatankuasa Penilaian Pengurusan juga dijemput untuk memberi penerangan ringkas kepada JTL mengenai isu- isu tertentu bila diperlukan.

Aktiviti Utama JTL pada tahun 2017 Pada tahun ini, JTL membincangkan perkara-perkara berikut:

• Cadangan perolehan selaras dengan had kuasa yang dibenarkan.• Laporan dan ringkasan prestasi perolehan.• Pelan perolehan tiga tahun.• Isu-isu perolehan yang dikenalpasti.

Perkara-perkara penting yang dikhaskan untuk kelulusan Lembaga dan cadangan perolehan dalam had kuasa Lembaga Pengarah TM telah dibentangkan pada mesyuarat Lembaga Pengarah.

Kajian Keberkesanan dan Prestasi JTLBerdasarkan PKL 2017, JTL terus beroperasi dengan penuh berkesan menurut proses tadbir urus yang mantap. Lembaga Pengarah berpendapat bahawa kesemua ahli secara kolektif telah memberi sumbangan kepada keberkesanan JTL.

JAWATANKUAS A TE NDER ( JTL)

Pengerusi

Datuk Zalekha HassanPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Ahli

> Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas

> Datuk Bazlan Osman Pengarah Eksekutif/

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas

> Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

> Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

> Balasingham A. Namasiwayam Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Ahli Ganti

> Dato’ Asri Hamidin @ Hamidon Pengarah Ganti Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Tadbir Urus

132

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

JAWATANKUAS A PE LA BURAN (JP L)

Objektif UtamaJPL ditubuhkan untuk mempertimbangkan dan menilai cadangan pelaburan dan/atau pelupusan ekuiti strategik Kumpulan TM untuk disyorkan kepada Lembaga. Ia juga ditugaskan untuk mempertimbang dan membincangkan semua cadangan berkaitan hartanah, termasuk tanah dan bangunan Kumpulan TM.

KeahlianTiada perubahan dalam keahlian JPL pada tahun 2017 kecuali pelantikan Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil sebagai ahli penuh pada 30 April 2017 berikutan pelantikan beliau sebagai ahli penuh Lembaga TM.

Gabungan pengalaman dan pengetahuan ahli-ahlinya membolehkan JPL menilai dan menimbang sebarang cadangan strategik secara objektif. JPL kekal utuh dan produktif dalam melaksanakan tanggungjwabnya dan telah memberi panduan jelas kepada pihak pengurusan mengenai isu-isu penting sebelum mengemukakan cadangan berkaitan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

TanggungjawabKuasa, tugas dan tanggungjawab JPL dinyatakan dalam Piagam Lembaga yang boleh akses oleh orang awam menerusi laman sesawang rasmi Syarikat di www.tm.com.my.

Ringkasan tanggungjawab-tanggungjawab utama JPL adalah seperti berikut:

• Menyemak, menilai dan mengesyorkan cadangan-cadangan Pengurusan mengenai pelaburan dan pelupusan ekuiti strategik kepada Lembaga.

• Menyemak, menilai dan mengesyorkan cadangan-cadangan berkaitan hartanah kepada Lembaga.

• Menyemak ulasan laporan-laporan pasca pemerolehan atau pelaburan utama dan strategik oleh Kumpulan TM dan memberi panduan yang diperlukan sewajarnya.

Pada November 2017, JPL telah diberi fungsi tambahan untuk membincangkan dan menimbang cadangan berkaitan pemerolehan dana dan pinjaman sebelum disyorkan kepada Lembaga untuk dibincangkan.

Tinjauan KeseluruhanJPL telah melaksanakan tugasnya dengan penuh kesungguhan sepanjang tahun dan telah memberi nasihat dan panduan yang jelas kepada Pengurusan berkenaan pelaburan strategik dan urusan hartanah selaras dengan polisi dalaman TM demi melindungi kepentingan Kumpulan.

Lembaga TM sentiasa memandang tinggi keupayaan JPL dan menerima cadangan-cadangan yang diusulkan dengan sewajarnya.

Mesyuarat JPLJPL telah mengadakan enam mesyuarat pada tahun 2017 termasuk tiga mesyuarat khas dengan jumlah masa yang diluangkan kira-kira 4.00 jam. Keputusan dan cadangan mesyuarat telah dilaporkan dan dibincangkan di mesyuarat Lembaga Pengarah. Pegawai-pegawai TM yang berkenaan dijemput menghadiri mesyuarat apabila dikehendaki untuk membentangkan cadangan dan perakuan dari pihak Pengurusan.

Aktiviti Utama JPL pada tahun 2017Sepanjang tahun ini, JPL telah membincangkan dan mengesyorkan kepada Lembaga mengenai perkara-perkara berikut:

• Cadangan keputusan berkaitan hala tuju perjanjian Pembangunan hartanah TM secara usahasama sedia ada.

• Cadangan penyertaan TM dalam pembangunan projek hartanah bagi membolehkan penyediaan keseluruhan perkhidmatan TM untuk projek tersebut.

• Cadangan pelaksanaan hak dan opsyen TM di bawah Perjanjian Pelaburan yang melibatkan anak syarikat.

• Polisi dalam menangani permohonan daripada pihak ketiga untuk tanah-tanah di bawah nama TM.

• Mengkaji pelaburan TM dalam dana modal inovasi.

Kajian Keberkesanan dan Prestasi JPL PKL 2017 menunjukkan bahawa JPL terus proaktif dan terlibat penuh dalam membincangkan isu-isu berkaitan, dan telah memenuhi tanggungjawabnya dalam membantu Lembaga dalam membuat keputusan. Pemahaman lebih baik mengenai perniagaan Syarikat (iaitu konvergens, digital dan pelangkauan keterhubungan) akan membolehkan JPL memberi panduan dan maklum balas yang lebih jelas bagi cadangan pengurusan.

Pengerusi

Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Ahli

> Datuk Bazlan Osman Pengarah Eksekutif/

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas

> Dato’ Sri Dr Mohmad Isa Hussain Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

> Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

> Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin Pengarah Bebas Kanan

> Gee Siew Yoong Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

> Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Ahli Ganti

> Dato’ Asri Hamidin @ Hamidon Pengarah Ganti Bukan Bebas Bukan Eksekutif

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

133

Objektif Utama Jawatankuasa Audit memainkan peranan penting dalam membantu Lembaga memenuhi tanggungjawab pengawasannya melalui kajian semula maklumat kewangan dan ulasan yang tidak berat sebelah mengenai keberkesanan dan kecekapan kawalan dalaman Kumpulan dari perspektif bebas.

KeahlianSelaras dengan Perenggan 15.09 Keperluan Penyenaraian Utama Bursa Securities dan Klausa 5.1.2 Piagam Lembaga mengenai tadbir urus JAL, kesemua ahli JAL terdiri daripada PBE yang majoritinya adalah PBBE, dengan seorang Pengarah Ganti yang dilantik sebagai ahli. Pengerusi JAL adalah PBBE.

Kini, tiga dari ahli JAL iaitu Pengerusi, Tunku Afwida dan Nik Rizal memenuhi keperluan Perenggan 15.09(1)(c)(i). Gee Siew Yoong, adalah ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia, manakala Tunku Afwida dan Nik Rizal masing-masing adalah Akauntan Berkanun dan ahli Felow Institut Akauntan Berkanun England dan Wales. Gee Siew Yoong dan Tunku Afwida juga adalah ahli Institut Akauntan Malaysia.

Semua ahli JAL, seperti dinyatakan dalam profil mereka, berupaya meneliti dan memahami penyata kewangan dan mengajukan soalan-soalan penting berkaitan dengan proses pelaporan kewangan Syarikat. Selain bidang kewangan, ahli JAL juga mempunyai pelbagai kepakaran yang diperlukan perniagaan, khususnya bidang telekomunikasi, proses dan tadbir urus, yang diperlukan untuk memahami dan membuat keputusan dalam isu-isu berkaitan dibawah bidang kuasa, sepertimana dinyatakan dalam Terma Rujukannya.

Pada tahun ini, beberapa perubahan telah dibuat kepada keahlian JAL dengan pelantikan Nik Rizal sebagai ahli berkuat kuasa 30 April 2017. Tunku Dato’ Mahmood Fawzy telah mengundur diri sebagai ahli JAL pada 31 Disember 2017 untuk menyusun semula tanggungjawabnya di dalam Syarikat selepas berkhidmat dalam JAL lebih dari 9 tahun sejak 19 Ogos 2008.

Walaupun keahlian JAL tidak sepenuhnya dianggotai oleh PBBE seperti yang disyorkan Amalan 8.4 Kod Tadbir Urus 2017 berikutan pelantikan Nik Rizal, seorang PBBBE sebagai ahli, Lembaga Pengarah berpendapat bahawa berdasarkan kelayakan, integriti dan sikap profesional yang beliau pamerkan sepanjang tempoh sebagai Pengarah Ganti di TM, keanggotaan Nik Rizal dalam JAL tidak menjejaskan kebebasan JAL.

Sepanjang tahun ini, terdapat perubahan kepada jemputan tetap JAL berikutan perubahan barisan pengurusan utama TM. Datuk Bazlan Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Nor Fadhilah Mohd Ali, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan menghadiri mesyuarat JAL sebagai wakil pengurusan di mesyuarat-mesyuarat JAL.

TanggungjawabTerma rujukan seperti yang terdapat dalam Piagam Lembaga menggariskan kuasa, tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab JAL. Piagam Lembaga dikaji semula dari semasa ke semasa untuk mengukuhkan proses dan prosedur serta memastikan wujudnya hubungkait dengan keperluan-keperluan dan peraturan-peraturan baru.

Terma rujukan JAL dipinda bagi menggunapakai beberapa pindaan terkini Kod Tadbir Urus 2017 dan Panduan bagi Fungsi Audit Dalaman yang Berkesan yang dikeluarkan Institut Juruaudit Dalaman Malaysia pada Oktober 2017. Pindaan-pindaan ini membantu menjelaskan peranan dan tanggungjawab JAL terhadap fungsi Audit Dalaman Syarikat dan mengukuhkan tadbir urus sedia ada.

JAWATANKUAS A AUDIT ( JA L)

Pengerusi

Gee Siew YoongPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Ahli

> Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

> Datuk Zalekha Hassan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

> Tunku Afwida Tunku Dato’ A. Malek Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

> Balasingham A. Namasiwayam Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

PRINSIP B: PENGURUSAN AUDIT DAN RISIKO YANG BERKESAN

Tadbir Urus

134

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Tinjauan KeseluruhanDalam tahun kajian, JAL telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin sepanjang tahun 2017. Ia telah menyemak laporan kewangan suku tahunan keempat 2016 dan kesemua tiga suku tahunan laporan kewangan 2017, laporan-laporan yang berkenaan untuk dimasukkan ke dalam Laporan Tahunan Bersepadu 2017, menangani isu-isu audit yang dibangkitkan oleh juruaudit dalaman dan juruaudit luar, mengkaji hal-hal mengenai penipuan dan salah laku dalam Syarikat, isu ketirisan pendapatan yang mungkin terjadi, isu-isu yang melibatkan kebebasan mekanisma laporan yang melibatkan salah laku, menyemak rancangan audit dalaman dan luaran dan mengkaji urus niaga-urus niaga pihak berkaitan.

JAL juga memantau kebebasan juruaudit luar dan telah mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah permohonan cadangan bagi penyediaan khidmat audit luaran dan perkhidmatan lain.

Bagaimana Jawatankuasa Beroperasi Kehadiran ahli di mesyuarat JAL dinyatakan di muka surat 118.

Sepanjang tahun kewangan, kehadiran ahli-ahli di kesemua mesyuarat JAL menepati keperluan korum sepertimana diperuntukkan di dalam Terma Rujukan JAL. Majoriti ahli yang hadir adalah Pengarah-pengarah Bebas.

Perbincangan di Mesyuarat JAL terbahagi kepada dua kelompok:

MESYUARATKEPUTUSAN KEWANGAN

PERKARA-PERKARA AUDIT LAIN

Tarikh 20 Februari 19 Mei 28 Ogos 21 November

23 Januari 11 April 26 Julai 14 November

Perkara-perkarayang dibincangkan

• Keputusan suku tahunan dan perkara-perkara yang berkaitan

• Hal-hal Laporan Tahunan Bersepadu

• Isu-isu pengurusan di bawah bidang kuasa JAL

• Hal-hal Audit Dalaman dan Luaran

Pengasingan ini memastikan perancangan jadual yang teratur oleh pihak Pengurusan dan peruntukan masa yang mencukupi untuk ahli-ahli menilai dan membincangkan pelbagai isu.

Isu-isu operasi yang berpotensi menjejaskan prestasi Syarikat yang diketengahkan oleh Audit Dalaman Kumpulan (ADK) atau juruaudit luar yang JAL fikirkan perlu pemantauan yang lebih kerap atau kemas kini berterusan dan wajar, akan dibincangkan sebagai agenda berasingan sehingga isu-isu tersebut selesai seperti yang JAL harapkan.

Sepanjang tahun ini, JAL juga telah meminta Pengurusan membentangkan isu-isu yang memerlukan penjelasan terperinci bagi memastikan penyelesaiannya.

Setiausaha-setiausaha Syarikat bertindak sebagai Setiausaha JAL bagi kesemua mesyuarat JAL. Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ketua Audit Dalaman Kumpulan (KADK) bersama dengan ahli-ahli Pengurusan Kanan dan juruaudit luar, turut menghadiri mesyuarat tersebut atas jemputan untuk memberi penjelasan kepada JAL mengenai isu-isu berkaitan.

Kertas cadangan diedarkan dalam tempoh lima hari sebelum tarikh mesyuarat bagi memberi masa yang mencukupi kepada ahli-ahli untuk menyemak cadangan yang dikemukakan. Pada tahun 2017, kertas-kertas mesyuarat juga boleh diakses secara elektronik dengan segera melalui dua cara penghantaran.

Laporan perbincangan mesyuarat JAL dimaklumkan kepada Lembaga, manakala minit-minit mesyuarat diedarkan kepada semua ahli dan cabutan keputusan-keputusan JAL diedarkan kepada pegawai-pegawai berkenaan untuk tindakan seterusnya.

Isu-isu penting yang memerlukan kelulusan Lembaga dibentangkan di mesyuarat Lembaga Pengarah. Pengerusi JAL akan melaporkan keputusan dan cadangan-cadangan JAL kepada Lembaga TM dan menekankan isu-isu penting untuk makluman Lembaga TM.

Aktiviti utama JAL (dan bagaimana JAL memenuhi tanggungjawabnya)Sepanjang 2017, JAL melaksanakan pelbagai strategi dan tindakan untuk menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan. Aktiviti-aktiviti utama yang dilakukan semasa tahun kewangan adalah seperti berikut:

1. Kawalan Dalaman

a) Membincangkan Penyata Lembaga Pengarah mengenai Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman (PPRKD), yang telah disemak oleh juruaudit luar pada bulan Februari 2017 untuk disertakan dalam Laporan Tahunan Bersepadu 2017. Penyata itu juga disemak semula bersama JRL.

PPRKD disokong oleh Kajian Khas 2016 berkenaan Semakan Kawalan Dalaman Tahunan, Laporan Insiden Kawalan Dalaman dan Penyata Jaminan dari kedua-dua PE mengenai Keberkesanan Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman. Berdasarkan dokumen-dokumen tersebut, JAL merumuskan bahawa PPRKD memberi gambaran yang benar dan saksama tentang keadaan kawalan dalaman Syarikat.

b) Mengkaji semula laporan berhubung kecukupan, keberkesanan dan kebolehpercayaan sistem kawalan dalaman berdasarkan penilaian diri terkawal tahunan yang dibuat oleh pihak Pengurusan Aliran-Aliran Perniagaan dan anak-anak Syarikat.

Isu-isu telah dibincangkan dengan terperinci untuk memastikan rumusan yang memuaskan agar tindakan susulan dapat diambil oleh Pengurusan. Perkara-perkara yang mencetuskan kebimbangan Audit Dalaman Kumpulan telah dibangkitkan untuk perbincangan dan apabila perlu, JAL akan mengarahkan supaya siasatan lebih mendalam dijalankan untuk mencari punca utama berlakunya isu-isu tersebut, dimana hasil penyelesaian yang dicapai oleh Pengurusan dipersetujui juga oleh ADK. Jika perlu, tindakan seterusnya berupa siasatan dalaman dan/atau jika boleh dilaksanakan, tindakan undang-undang akan diambil.

JAL dan Pengurusan juga diminta memberi jaminan mengenai prosedur dan mekanisma yang sesuai bagi menyekat dan mencegah kejadian serupa dari berulang.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

135

c) Membincangkan laporan suku tahunan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Audit dan Jaminan Perniagaan (JAJP), satu jawatankuasa kecil pengurusan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, mengenai tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak Pengurusan dalam menyelesaikan isu-isu penting kawalan dalaman dan perakaunan yang dibangkitkan oleh juruaudit dalam dan luar.

JAL membincangkan dan memantau kemajuan dan status isu-isu audit yang dibangkitkan oleh juruaudit-juruaudit dalam dan luar untuk Kumpulan TM sehingga JAL menganggap ia telah mencapai kesimpulan dan penyelesaian yang memuaskan. Isu-isu ini dianggap masih berbangkit sehingga mendapat pengesahan dari kedua-dua juruaudit tentang penyelesaiannya.

Sepanjang tahun ini, JAL juga telah menyuarakan tentang betapa pentingnya menyelesaikan perkara-perkara berbangkit dengan segera dan dalam tempoh yang ditetapkan.

d) Memantau isu-isu tertentu atau sebarang perkara yang boleh menjejaskan kecekapan dan prestasi Syarikat, sepertimana diarahkan oleh ahli-ahli JAL dan dibentangkan kepada JAL pada setiap suku tahun sehingga JAL berpuas hati bahawa kawalan yang secukupnya telah dilaksanakan. JAL telah mengambil maklum penambahbaikan yang ketara dalam menangani pelanggan yang berpindah ke syarikat pesaing. Kelemahan dalam proses yang dikesan semasa program tawaran permulaan membolehkan Syarikat memperbaiki masalah ketirisan hasil dan masalah-masalah berkaitan dari berterusan di masa hadapan. JAL akan terus memantau perkembangannya.

e) Membincangkan laporan-laporan Jawatankuasa Amalan Terbaik (JAT), iaitu jawatankuasa kecil JAL yang dipengerusikan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan. JAT berperanan penting dalam membantu JAL untuk memastikan pematuhan dan guna pakai amalan-amalan terbaik bagi kumpulan TM dari segi undang-undang, kawal selia, dan piawaian kewangan dalam semua penzahiran yang dibuat oleh TM. JAT mempunyai peranan penting dalam menentukan cadangan-cadangan berkenaan dibuat menurut tahap piawaian penzahiran yang diperlukan dan di semak sepenuhnya oleh pihak Pengurusan sebelum dibentangkan kepada JAL. Sepanjang 2017, JAT telah melaporkan perkara-perkara berikut kepada JAL:

• Maklumat terkini dan perkembangan tadbir urus korporat dan amalan perniagaan terbaik berikutan pindaan kepada Kod Tadbir Urus, keperluan berkanun dan peraturan-peraturan baru berikutan penguatkuasaan Akta Syarikat 2016 dan Keperluan Penyenaraian Utama Bursa Securities.

• Maklumat terkini tentang status litigasi material dan had material litigasi dan kesannya ke atas kewangan Kumpulan.

• Maklumat terkini keperluan cukai baru iaitu pelaporan negara ke negara (CbCR) bagi Kumpulan TM.

• Kajian semula Had Kuasa sedia ada.• Kemas kini dan laporan kemajuan semakan Polisi dan

Tadbir Urus Perniagaan TM.• Mengkaji transaksi urus niaga-urus niaga dengan pihak

berkaitan (UPB) atau urus niaga berulang dengan pihak-pihak berkaitan (UPBB) pada setiap suku tahun.

• Mengkaji dan mengesyorkan penyata kewangan tahunan suku tahunan yang diaudit dan yang tidak diaudit dan mana-mana laporan berkaitan untuk dibentangkan kepada Lembaga Pengarah atau mana-mana Jawatankuasa Lembaga berkaitan, termasuk JAL.

2. Laporan Kewangan

Perkara-perkara berikut telah diulas oleh JAL sebelum disyorkan kepada Lembaga TM untuk kelulusan:

a) Penyata kewangan suku tahunan beraudit dan tidak beraudit Kumpulan TM selaras dengan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) 134 dan Keperluan Penyenaraian Utama.

• JAL mengambil maklum perakuan JAT mengenai prestasi kewangan suku tahunan Syarikat dan membincangkan penyata kewangan suku tahunan Syarikat pada 20 Februari, 19 Mei, 28 Ogos dan 21 November masing-masing untuk suku kewangan keempat 2016, suku pertama 2017, suku kedua 2017 dan suku ketiga 2017. JAL merumuskan bahawa laporan tersebut telah memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai prestasi kewangan Syarikat.

• JAL turut menyemak draf pengumuman penyata kewangan beraudit dan tidak beraudit ke Bursa Securities bagi memastikan ianya mematuhi keperluan kawal selia.

• JAL membincangkan ulasan audit dalaman suku tahunan untuk memastikan pematuhan MFRS 134.

b) Menyemak penyata kewangan beraudit Kumpulan TM bagi tahun kewangan 31 Disember 2016 pada bulan Februari 2017 dan membuat kesimpulan bahawa laporan kewangan yang dibentangkan telah memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai prestasi kewangan Syarikat bagi tahun tersebut dan ianya mematuhi keperluan kawal selia.

c) Mengesyorkan cadangan pembayaran dividen bagi tahun kewangan berkenaan.

d) Pada tahun 2017, dividen telah diisytihar dan diumumkan pada 22 Februari dan 29 Ogos 2017. JAL telah mengkaji semula dan menerima jaminan dari pihak Pengurusan, berdasarkan ujian solvensi yang dijalankan, bahawa pengagihan dividen adalah selaras dengan peruntukan baru Akta Syarikat 2016.

3. Audit Luaran

a) Mengkaji laporan juruaudit luar bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 dan PPRKD pada Februari 2017 sebelum disyorkan kepada Lembaga TM untuk kelulusan.

b) Mengkaji semula Memorandum Kawalan Dalaman serta maklum balas pihak Pengurusan terhadap hasil siasatan juruaudit luar. Laporan interim telah dibentangkan pada November 2017.

Isu-isu audit yang dibangkitkan juruaudit luar dibincangkan dan dikawal oleh JAJP dan dipantau oleh Bahagian Jaminan Perniagaan Kumpulan sehingga penyelesaiannya. Aktiviti dan status pemantauan tersebut dilaporkan kepada JAL pada setiap suku tahunan.

c) Menyemak Laporan Interim Jawatankuasa Audit 2017 pada November 2017 sebelum laporan akhir audit tersebut dibentangkan untuk perbincangan JAL pada bulan Februari.

Hal-hal audit utama dan perkara-perkara yang diketengahkan oleh juruaudit luar menyediakan satu landasan yang saksama bagi pihak Pengurusan, JAL dan juruaudit luar untuk memberi tumpuan. Juruaudit luar juga akan mencadangkan kawalan-kawalan dalaman dan membangkitkan perkara-perkara yang mungkin akan menjadi isu dan kebimbangan dalam penyediaan audit akhir tahun.

d) Mengkaji pelan audit juruaudit luar 2017 bagi Kumpulan TM, merangkumi pelan tindakan, sifat dan skop kerja untuk tahun audit berkenaan, sasaran pelaksanaan dan strategi penglibatannya pada Ogos 2017 sebelum pelaksanaannya.

Tadbir Urus

136

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Sistem teknologi maklumat (IT) terus menjadi bidang yang akan dipantau oleh juruaudit luaran. Ini termasuk perkembangan tentang apa yang telah dirancang dan perubahan kepada sistem IT yang secara langsung membabitkan integriti maklumat kewangan yang dihasilkan oleh sistem-sistem tersebut.

JAL mengambil maklum bahawa dengan merancang strategi berdasarkan pelan audit luaran, rancangan audit dalaman dapat memberi tumpuan kepada bidang yang berbeza, sekaligus memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada untuk memastikan keberkesanan kawalan dalaman Kumpulan.

e) Mengkaji semula terma pelantikan juruaudit luar, setelah mengesahkan kebebasan dan tahap objektiviti mereka, bagi audit berkanun 2017 dan PPRKD 2017.

f) Mengkaji prestasi keseluruhan juruaudit luar untuk Kumpulan TM. Mengesyorkan kepada Lembaga pelantikan semula mereka untuk tahun kewangan berakhir 2017 serta kelulusan untuk yuran yang perlu dibayar.

Penilaian keberkesanan juruaudit luar dijalankan oleh ahli Pengurusan yang berkaitan dan JAL dibawah seliaan ADK. Penilaian dijalankan ke atas kelayakan dan prestasi, kualiti komunikasi dan interaksi, kebebasan, objektiviti dan penilaian professional mereka.

Laporan penilaian 2016 yang diselaraskan ADK kemudiannya diserahkan kepada JAL pada April 2017. Berdasarkan penilaian tersebut, JAL dan Pengurusan mendapati terdapat peningkatkan nilai perkhidmatan yang diberikan berbanding tahun-tahun sebelumnya, namun terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Dalam pelan audit 2017 yang dibentangkan kepada JAL pada 28 Ogos 2017, juruaudit luaran menyatakan bahawa mereka telah mengekalkan kebebasan mereka dalam menjalankan audit Kumpulan TM dalam tahun berkenaan selaras dengan keperluan firma dan undang-undang berkaitan Kebebasan Profesional Institut Akauntan Malaysia (MIA). Mereka seterusnya mengesahkan bahawa dalam kajian semula perkhidmatan bukan audit kepada TM, tidak ada perkhidmatan yang boleh menjejaskan kebebasan mereka sebagai juruaudit luar Kumpulan.

g) Juruaudit luar sedia ada yang merupakan juruaudit luar TM sejak tahun 1999, disyorkan untuk dilantik semula bagi tahun kewangan berakhir 2018. Tahun kewangan berakhir 2017 menandakan tahun kelima mereka menjadi rakan audit dan pasukan audit bagi Kumpulan TM. Menurut Seksyen 290.151 Undang-Undang Kecil MIA (Etika Profesional, Kelakuan dan Amalan) dan Klausa 8.2.5 Piagam Lembaga, rakan audit utama semasa, juruaudit luar yang terlibat dengan Syarikat hendaklah ditukar dan dikenakan moratorium untuk tempoh 2 tahun akan datang. Oleh itu, bagi tahun kewangan berakhir 2018, rakan kongsi audit yang baru hendaklah ditugaskan untuk Kumpulan TM.

h) Mengkaji dan meluluskan perkhidmatan bukan audit yang diberikan oleh juruaudit luar di samping memastikan tidak ada pengurangan dari segi kebebasan atau objektiviti mereka. Ini termasuk memantau yuran bagi tugasan bukan audit yang dijalankan supaya tidak menjejaskan status bebas mereka.

Selaras dengan peruntukan Piagam Lembaga, JAL memantau juruaudit luar pada setiap suku tahun untuk memastikan kebebasan mereka tidak terjejas dan mereka kekal fokus sepanjang tahun kewangan.

Pelantikan mereka untuk kerja-kerja bukan audit telah melalui proses dan prosedur perolehan yang berkaitan. JAL telah memberi kuasa kepada Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan untuk meluluskan nilai perkhidmatan bukan audit yang dicadangkan di bawah 50% daripada nilai kumulatif yuran audit statutori untuk tahun semasa. Laporan mengenai penglibatan juruaudit luaran yang diluluskan oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan untuk kerja-kerja bukan audit dan nilai kumulatifnya dibentangkan kepada JAL pada setiap suku tahun.

Yuran perkhidmatan bukan audit yang dibayar kepada juruaudit luar sepanjang tahun berbanding yuran audit berkanun adalah seperti berikut:

Butir-butir RM Juta

Yuran Audit Berkanun 2017 Syarikat Kumpulan

Audit Berkanun 1.38 2.73

Lain-lain Perkhidmatan Berkaitan Audit

0.48 0.82

Jumlah Audit dan Perkhidmatan Berkaitan Audit

1.86 3.55

Yuran Bukan Audit 2017

Perkhidmatan Percukaian 0.63 0.82

Lain-lain perkhidmatan 1.00 1.00

Jumlah Yuran Bukan Audit 1.63 1.82

Peratus Yuran Bukan Audit berbanding Yuran Audit Berkanun & Perkhidmatan Berkaitan Audit Lain & Yuran

87.63% 51.27%

Syarikat telah menggunakan khidmat juruaudit luaran untuk kerja-kerja bukan audit berikut:

• Hal-hal percukaian yang melibatkan perundingan antara lain mengenai pelupusan tanah, insentif pasca cukai, taksiran cukai, audit cukai khas dan negara mengikut negara dan keperluan pelaporan pemindahan harga.

• Kesinambungan dari tahun 2016, khidmat Rundingcara Budaya Perkhidmatan untuk Bahagian Pengurusan Pengalaman Pelanggan, melalui proses perolehan tender yang telus.

i) JAL juga telah menggunakan hak mereka mengadakan mesyuarat dengan juruaudit luar tanpa kehadiran pihak Pengurusan. Sesi pertemuan ini membolehkan perbincangan terbuka dengan JAL dan memastikan juruaudit luaran tidak terhalang dalam skop audit mereka.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

137

Pada tahun ini, dua pertemuan tertutup telah diadakan pada 20 Februari dan 21 November 2017.

Apabila perlu, Pengerusi JAL, KADK dan juruaudit luar juga mengadakan sesi tertutup tanpa kehadiran pihak Pengurusan. Ini membantu mengukuhkan kebebasan fungsi audit dalaman dan luaran Syarikat.

4. Audit Dalaman

a) Menyemak bajet audit dalaman untuk memastikan skop yang mencukupi dan liputan menyeluruh ke atas aktiviti Kumpulan.

Pada Januari 2017, JAL telah menyemak dan meluluskan Pelan Audit Tahunan ADK untuk mengeluarkan 70 laporan audit (2016 - 69) berdasarkan anggaran bajet 8,337 hari bekerja pada anggaran kos RM7.15 juta.

Pada November 2016, ADK melalui proses perolehan, telah melantik Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) untuk menilai kualiti perkhidmatan juruaudit dalaman sebagai sebahagian daripada jaminan piawaian mutu yang diperlukan oleh Piawaian Antarabangsa untuk Amalan Profesional Pengauditan Dalaman. Berdasarkan penilaian sendiri yang dibuat oleh ADK TM, IIAM mengesahkan bahawa ADK TM secara umumnya mematuhi Piawaian tersebut.

b) Menyemak KPI, prestasi, kecekapan dan sumber fungsi audit dalaman bagi memastikan ADK mempunyai kepakaran dan tahap profesionalisma yang diperlukan untuk melaksanakan tugas mereka. Profil KADK dipaparkan di muka surat 105.

c) Membincangkan laporan audit dalaman, cadangan audit dan maklum balas pihak Pengurusan terhadap cadangan-cadangan tersebut. Di mana perlu, JAL akan mengarahkan pihak Pengurusan untuk memperbetulkan dan memperbaiki tatacara kawalan berdasarkan cadangan ADK untuk penambahbaikan. ADK telah mengeluarkan 70 laporan audit terperinci dalam tahun 2017 dengan penemuan dan analisis mereka kepada JAL. Ringkasan penemuan-penemuan utama telah dibentangkan dan dibincangkan di mesyuarat JAL. Menjelang akhir tahun 2017, laporan ini boleh diakses secara elektronik untuk rujukan pantas dan mudah.

d) Memantau pelaksanaan cadangan audit dalaman oleh pihak Pengurusan bagi isu-isu tertunggak pada setiap suku tahun dan memastikan semua risiko utama dan kelemahan kawalan ditangani dengan berkesan.

e) Mengadakan mesyuarat tertutup dan perbincangan dengan KADK mengenai kawalan dalaman utama dan perkara-perkara berkaitan audit dalaman.

5. UPB, UPBB dan Percanggahan Kepentingan

a) Mengkaji laporan UPB dan kemungkinan percanggahan kepentingan dalam transaksi urus niaga bagi memastikan transaksi-transaksi tersebut adalah wajar, munasabah dan untuk kepentingan terbaik TM, selaras dengan terma perdagangan biasa dan tidak memberi kesan buruk kepada pemegang saham minoriti.

Sepanjang tahun ini, tiada urus niaga yang memerlukan ulasan JAL.

b) Mengkaji anggaran mandat UPBB bagi tahun yang berikutnya dan Pekeliling kepada Pemegang Saham bagi Cadangan Pembaharuan Mandat Pemegang-pemegang Saham bagi UPBB untuk kelulusan Lembaga TM.

Pada bulan Februari 2018, JAL telah menyemak anggaran yang dicadangkan untuk Mandat UPBB yang melibatkan Axiata Group Berhad (Axiata) dan/atau anak syarikatnya (Kumpulan Axiata) untuk kelulusan para pemegang saham pada MAT ke-33. Perbandingan dibuat berdasarkan penggunaan jumlah kontrak sebenar dengan anggaran mandat sebelumnya.

JAL juga meluluskan mandat UPBB baru dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang akan dibentangkan untuk kelulusan pemegang saham di MAT yang akan datang.

c) Mengkaji semula secara berkala dan memantau semua UPBB yang telah diluluskan pada MAT ke-32 yang diadakan pada 26 April 2017 untuk memastikan urus niaga tersebut dilaksanakan menurut had jumlah mandat yang diluluskan dan dilakukan secara transaksi setaraf.

Berdasarkan mandat UPBB yang diluluskan yang melibatkan Kumpulan Axiata dan Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH) dan/atau anak-anak syarikatnya (Kumpulan AMH), JAL mendapati terdapat kawalan yang wajar dalam memantau jumlah transaksi UPBB tahun ini.

6. Etika dan Integriti

Membincangkan laporan-laporan berhubung insiden kawalan dalaman, penyiasatan dan siasatan dalaman serta kes-kes salahlaku dalaman dan luaran Syarikat yang melanggar Kod Etika Perniagaan Kumpulan, Pakatan Integriti dan program pemberi maklumat (whistle-blower) melalui laporan dari Jawatankuasa Etika dan Integriti Pengurusan (JEIP) yang dipengerusikan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Tadbir Urus

138

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

7. Laporan Tahunan

a) Mengkaji Laporan Tahunan Bersepadu 2017 dan mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

Laporan-laporan ini pada awalnya diteliti oleh JAT dan kemudiannya diluluskan oleh PE sebelum ianya dibentangkan untuk perbincangan dan pertimbangan JAL dan seterusnya disyorkan kepada Lembaga.

8. Pertimbangan Penting dan Isu-Isu

Setakat penghujung tahun 2017, berikut adalah isu-isu yang dibangkitkan dan tindakan yang telah diambil:

HAL YANG DIPERTIMBANGKAN TINDAKAN

1. Hayat Aset Berguna, Pengurangan Nilai Aset Hartanah, Loji dan Peralatan dan Aset Tidak Ketara

Anggaran hayat berguna hartanah, harta loji dan peralatan disemak semula oleh pihak Pengurusan pada setiap tahun berdasarkan faktor-faktor seperti rancangan dan strategi perniagaan, jangkaan tahap penggunaan, perubahan teknologi, penemuan terbaharu dalam penyelidikan dan pembangunan, amalan dikemaskini yang mampu meningkatkan prestasi aset rangkaian tertentu dan perkembangan teknologi masa hadapan.

Penekanan wajar telah diberi dalam mengkaji semula nilai dibawa Hartanah, Loji dan Peralatan (HLP) Kumpulan memandangkan kepentingannya kepada kunci kira-kira Kumpulan.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, keputusan operasi masa hadapan boleh dipengaruhi secara material oleh perubahan anggaran yang digunakan untuk menentukan hayat berguna atau nilai sisa HLP Kumpulan, kesan dari perubahan faktor-faktor yang telah dinyatakan.

Untuk mengatasi keadaan ini, Kumpulan terus menggunapakai amalan yang terbukti berkesan dengan menggunakan Jawatankuasa-jawatankuasa ulasan pengurusan untuk melaksanakan semakan aset hayat berguna, pengurangan nilai HLP dan Aset tidak ketara Kumpulan. Jawatankuasa tersebut dianggotai dan dipengerusikan ahli-ahli Pengurusan yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dan kepakaran dalam menyelia kajian semula tahunan tersebut dengan teliti dan tekun.

Hasil semakan itu akan dimaklumkan kepada JAL dan dibincangkan bagi memastikan rumusan dan kesimpulan yang dicapai dan jangkaan kesan kewangannya adalah wajar.

Dalam tahun kewangan, Kumpulan mempercepatkan susut nilai baki aset WiMAX yang masih beroperasi susulan perancangan tapak-tapak LTE baharu. Peruntukan tertentu untuk menghapus kira juga dibuat dalam tahun kewangan, bagi elemen-elemen tertentu dalam rangkaian sedia ada yang telah dikenal pasti untuk dinaiktaraf.

Seperti yang dinyatakan dalam Nota 22(c) Penyata Kewangan yang Telah Diaudit, anak syarikat Kumpulan, Webe Digital Sdn Bhd (webe) telah membuat penilaian pemulihan semula HLPnya. Pemulihan semula telah dinilai melalui nilai saksama ditolak kos untuk menjual entiti berdasarkan parameter dan penilaian yang sama, yang digunakan untuk menyemak semula nilai dan pemulihan muhibah Kumpulan dalam webe. Berikutan kajian semula, tiada penyusutan semula diperlukan pada 31 Disember 2017.

2. Nilai Saksama Derivatif dan Instrumen Kewangan Lain

Dua derivatif ketara yang diiktiraf oleh Kumpulan dalam tahun-tahun kewangan terdahulu hasil dari pengambilalihan webe pada 30 September 2014 adalah dalam bentuk kewajipan dan opsyen untuk membeli saham webe dari Kepentingan Bukan Kawalannya (NCI) iaitu Green Packet Berhad (GP) melalui anak syarikat milik penuhnya, Packet One Sdn Bhd (POSB) dan SK Telecom Co. Ltd (SKT).

Seperti yang telah dilaporkan pada tahun-tahun yang lalu, pengiktirafan itu adalah perlu selepas penilaian teliti dibuat selaras dengan Instrumen Kewangan MFRS 132: Pembentangan dan Instrumen Kewangan MFRS 139: Pengiktirafan dan Pengukuran.

Kumpulan bergantung kepada teknik penilaian untuk mendapatkan nilai saksama saham webe kerana ianya tidak diniagakan di mana-mana pasaran aktif. Dalam melaksanakannya, Kumpulan telah membuat keputusan untuk memilih kaedah penilaian yang sesuai dan membuat andaian yang wajar terutamanya berdasarkan keadaan pasaran yang wujud, pada setiap akhir tempoh laporan.

JAL mengemaskini nilai saksama derivatif ini dari semasa ke semasa yang dikira berdasarkan nilai terkini alliran tunai masa depan yang tertakluk kepada proses semakan bajet tahunan Kumpulan yang memerlukan kelulusan Lembaga Pengarah TM.

Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, derivatif berkaitan dengan SKT yang memberi opsyen kepada kumpulan untuk membeli semua saham webe yang didaftarkan di atas nama SKT pada harga yang ditentukan sebelumnya telah luput 3 bulan selepas tamatnya terbitan program Nota Jangka Sederhana Boleh Tukar berjumlah RM1.65 bilion yang dikeluarkan oleh webe pada September 2017. Ini adalah selaras dengan syarat-syarat opsyen. Dengan ini, derivatif tersebut tidak diiktiraf dalam penyata kewangan Kumpulan di mana keseluruhan nilai dibawa pada masa penyahiktirafan telah digunakan untuk Penyata Pendapatan Kumpulan.

Dalam menganggarkan nilai saksama baki derivatif yang mewakili kewajipan Kumpulan untuk membeli balik saham webe dari NCI, JAL telah mengambil maklum model penilaian yang digunakan dalam mengunjurkan harga saham dijangka, kadar diskaun yang setanding dan kadar pertumbuhan yang mencerminkan keadaan pasaran semasa khusus untuk industri telekomunikasi yang wujud pada akhir tempoh pelaporan.

JAL maklum bahawa penggunaan kaedah atau andaian yang berbeza boleh membawa kepada ukuran yang berbeza nilai saksama. Oleh itu, tempoh jaminan perlu diwujudkan dalam memastikan anggaran nilai saksama yang sesuai.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

139

HAL YANG DIPERTIMBANGKAN TINDAKAN

3. Nilai bawaan dan pemulihan muhibbah Syarikat

Nilai bawaan muhibbah Kumpulan dalam pelaburannya dalam anak-anak syarikat akan diuji setiap tahun untuk penurunan nilai selaras dengan polisi perakaunan Kumpulan atau apabila berlaku peristiwa atau perubahan keadaan yang menunjukkan ianya perlu dilakukan.

Andaian yang digunakan, keputusan dan kesimpulan penilaian kemerosotan nilai bagi tahun kewangan berakhir dibincangkan dan didedahkan dalam nota 24 Penyata Kewangan.

Nilai bawaan muhibbah Syarikat berkaitan pelaburan dalam Kumpulan VADS Berhad dan Kumpulan webe kekal menjadi dua pelaburan yang paling penting bagi Kumpulan.

Dalam mendapatkan nilai bawaan kedua-dua pelaburan tersebut dengan sewajarnya, JAL telah diberikan maklumat yang telah dikemaskini yang diperolehi dari semakan penurunan nilai tahunan yang dibuat oleh Pengurusan ke atas kedua-dua pelaburan ini, parameter utama yang digunakan dan andaian yang digunakan untuk mengunjurkan aliran tunai masa depan.

Kewajaran juga diuji melalui peningkatan atau penurunan dalam penilaian dan menganalisa titik-titik pulang modal dengan perubahan parameter utama. Penanda aras yang sesuai terhadap industri telekomunikasi dan syarikat yang seumpama juga dilakukan.

Hasil daripada ini, pendedahan yang perlu untuk Penyata Kewangan Kumpulan dan Laporan Tahunan Bersepadu juga diteliti bagi menilai kecukupan pendedahan yang dibuat untuk pemahaman dan keperluan pihak-pihak berkepentingan, dalam menyediakan prospek masa hadapan yang perlu ke atas nilai bawaan Muhibbah.

Badan Kawal Selia dan Laporan Kewangan KamiSelepas laporan keputusan kewangan suku tahunan diluluskan oleh Lembaga, ianya akan diumumkan kepada awam melalui Bursa Securities dan badan kawal selia yang berkenaan, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pada tahun ini, pengumuman keputusan kewangan Kumpulan dilakukan semasa waktu rehat dagangan iaitu 12.30 tengahari – 1.30 petang pada tarikh kelulusan keputusan kewangan.

Pada masa yang sama, edaran keputusan kewangan kepada badan kawal selia yang berkenaan dibuat melalui sistem pemfailan elektronik seperti yang ditetapkan badan kawal selia tersebut.

Kajian dan Prestasi Keberkesanan JALKajian semula keberkesanan JAL, termasuk struktur dan proses, prestasi serta akauntabiliti dan tanggungjawab serta tempoh jawatan ahli dan prestasi telah dinilai dengan sewajarnya dan merupakan sebahagian daripada penilaian tahunan PKL.

JAL mencatatkan markah melebihi 3.5 mata daripada 4.0 mata dalam PKL 2017, menunjukkan JAL telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dalam memastikan penjagaan kepentingan Syarikat dengan berkesan dan profesional.

Lembaga TM bersetuju bahawa JAL terus mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang tahun. Ahli-ahli JAL, sepertimana yang dinyatakan di dalam profil mereka di muka surat 93 hingga 96, mempunyai pertimbangan yang mantap, berobjektif, bebas, berpengalaman dalam pengurusan, profesional, berintegriti, berpengetahuan dalam industri dan celik kewangan. Dengan wujudnya keseimbangan kepelbagaian kemahiran dan pengalaman, JAL telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan cemerlang. Oleh itu, Lembaga TM bersetuju untuk mengekalkan keahlian JAL.

LatihanPada tahun ini, ahli-ahli JAL telah menghadiri pelbagai persidangan, seminar dan program latihan untuk meningkatkan pengetahuan bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih cekap sebagai pengarah Syarikat di samping meningkatkan lagi kecekapan teknikal dalam bidang kepakaran mereka khususnya berkaitan dengan piawaian perakaunan dan pengauditan.

Pada 5 Mac 2018, ahli JAL telah diberikan taklimat terperinci tentang MFRS baru, MFRS 9, 15 dan 16, mengenai bagaimana ia akan memberi kesan kepada pelaporan kewangan dan perniagaan pada masa hadapan.

PKL 2017 menunjukkan bahawa ahli-ahli JAL dapat mengekalkan tahap kecekapan teknikal yang tinggi dan secara amnya mengetahui dan mengikuti arus perubahan dan mengemas kini pengetahuan teknikal mereka dari semasa ke semasa.

Tadbir Urus

140

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

J A W ATA N K U A S A R I S I K O ( J R L )

Objektif UtamaJRL telah ditubuhkan untuk menyelia dasar dan rangka kerja pengurusan risiko Syarikat. JRL juga memantau risiko utama perniagaan untuk melindungi pelaburan pemegang-pemegang saham dan kepentingan serta aset TM dan menangani kebimbangan pihak-pihak berkepentingan tentang perkara yang berisiko.

KeahlianSepanjang tahun ini, keahlian JRL telah diselaraskan seperti berikut:

• Perletakan jawatan Dato’ Ibrahim Marsidi sebagai Pengerusi dan ahli pada 30 April 2017.

• Pelantikan Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek sebagai Pengerusi dan ahli berkuat kuasa pada 30 April 2017.

• Pelantikan Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin sebagai ahli baru berkuat kuasa pada 30 April 2017 dan peletakan jawatannya pada 31 Disember 2017.

Pengerusi

Tunku Afwida Tunku Dato’ A.MalekPengarah Bebas Bukan Eksekutif

Ahli

> Datuk Bazlan Osman Pengarah Eksekutif/

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas

> Datuk Seri Fateh Iskandar Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

> Gee Siew Yoong Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

> Balasingham A. Namasiwayam Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Perubahan keahlian ini tidak mempengaruhi keberkesanan JRL. Ia masih meneruskan penglibatan yang produktif terhadap isu-isu risiko yang mungkin memberi kesan kepada Kumpulan.

Naib Presiden Kumpulan Jaminan Perniagaan, yang juga bertindak sebagai Ketua Unit Risiko Pengurusan, menghadiri mesyuarat JRL sebagai jemputan tetap. JRL juga bersetuju supaya Ketua Pegawai Strategi juga menjadi jemputan tetap di setiap mesyuarat JRL untuk memberikan penjelasan tentang strategi dan tindakan yang diambil oleh Kumpulan. Lain-lain jemputan, sama ada dari luar atau dalam Syarikat, telah dijemput untuk menghadiri semua atau sebahagian daripada mesyuarat apabila difikirkan sesuai dan dengan persetujuan Pengerusi, untuk memudahkan urusan JRL.

TanggungjawabJRL bertanggungjawab dalam meningkatkan amalan Tadbir Urus Korporat Kumpulan TM dengan memberi fokus terhadap isu-isu risiko dan membantu Lembaga dalam menyelia dasar dan rangka kerja pengurusan risiko perusahaan yang teguh dan mantap.

Kuasa, tugas dan tanggungjawab JRL telah dimuatkan dalam Piagam Lembaga dan boleh diakses oleh orang awam menerui laman sesawang rasmi Syarikat, www.tm.com.my

Tinjauan Keseluruhan JRL menyelia hal-hal berikut:

• semakan semula polisi-polisi dan rancangan pengurusan risiko.• keberkesanan pelaksanaan dasar.• mengguna pakai langkah-langkah yang sepatutnya dilaksanakan bagi

menghadapi risiko yang berpotensi serta luar jangkaan.• risiko-risiko diuruskan berdasarkan toleransi yang wajar dan secukupnya seperti

yang diluluskan oleh Lembaga.• rancangan pengurusan risiko disebarkan secara meluas dan bersepadu dalam

Kumpulan menerusi aktiviti harian.

JRL juga sentiasa berurusan dengan ADK dan JAL untuk bertukar-tukar maklumat berkaitan risiko. JRL telah membantu Lembaga untuk terus menyemak dan memperbaiki sistem dan proses. JRL terus proaktif dalam menekankan isu-isu risiko, dan terbuka dalam membincangkan pandangan dan/atau keraguannya dan memberikan panduan kepada Pengurusan mengenai kawalan risiko untuk mengurangkan dan/atau mencegah risiko. Pengurusan telah dibimbing dengan baik menerusi pandangan dan nasihat yang diberikan oleh JRL dalam memantau risiko-risiko Kumpulan.

Aktiviti Utama JRL sepanjang 2017Pada tahun ini, JRL terus aktif dan telah melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:

• Menyemak semula format Pelaporan Risiko Korporat untuk membolehkan tumpuan yang lebih baik kepada risiko strategik yang berpotensi memberi kesan yang besar kepada Kumpulan.

• Mengkaji semula dan memberi pandangan mengenai prestasi sebuah anak syarikat dari segi produk dan strategi permasaran bagi memenuhi keperluan pelanggan dan teknologi.

• Memantau amalan Pengurusan Risiko Perusahaan dan manfaatnya ke seluruh peringkat negeri dengan mengadakan program-program kesedaran dan penilaian risiko.

• Menyemak semula papan pemuka risiko korporat dan memberikan nasihat dan panduan secara keseluruhan rancangan mitigasi bagi risiko-risiko perniagaan utama.

• Memantau Papan Pemuka Risiko Korporat dan dengan fokus kepada isu-isu risiko strategik untuk analisa and rancangan mitigasi.

• Mengawal sistem Pengurusan Risiko Perusahaan, Pematuhan, Insurans, Kemalangan dan Keselamatan Maklumat (MERCIS) untuk merekod dan memantau risiko-risiko sejajar dengan perjalanan digitalisasi TM.

Kajian Keberkesanan dan Prestasi JRLBerdasarkan PKL 2017, JRL kekal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan. Jawatankuasa ini amat proaktif dalam menangani isu-isu risiko Kumpulan TM.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

141

PRINSIP C: INTEGRITI DALAM PELAPORAN KORPORAT DAN HUBUNGAN YANG BERMAKNA DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN

KOMUNIKASI, INTERAKSI DAN HUBUNGAN DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN

Lembaga Pengarah mengakui kepentingan hubungan komunikasi yang kerap dan berkesan antara Syarikat dan pihak-pihak berkepentingan, institusi pelabur dan orang ramai untuk memberikan gambaran yang jelas tentang prestasi dan kedudukan kewangan semasa Kumpulan. TM juga komited memastikan mutu yang tinggi dalam penyebaran maklumat relevan dan material Kumpulan supaya ianya berkesan, menyeluruh, tepat pada masanya dan penzahiran berterusan.

Lembaga Pengarah telah mewujudkan Polisi Komunikasi Dalaman dan Amalan Terbaik bagi memastikan pengendalian dan penzahiran maklumat material dalam masa dan melalui cara yang berkesan. Polisi tersebut dibuat atas dasar keterbukaan dan ketelusan, komunikasi dua hala, akauntabiliti, kesesuaian dan ketepatan masa serta kesederhanaan, memastikan pematuhan Keperluan Penyenaraian Utama dan peraturan yang berkaitan. Syarikat juga telah mengguna pakai Garis Panduan Penzahiran Korporat (Edisi Ke-3) yang dikeluarkan oleh Bursa Securities pada bulan Disember 2013.

Pada tahun 2016, TM telah mula menghasilkan laporan bersepadu bagi laporan korporat melalui pendekatan yang strategik berdasarkan Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu Antarabangsa yang diterbitkan Majlis Laporan Bersepadu Antarabangsa. Sebagai saluran utama komunikasi antara Kumpulan dan pihak berkepentingannya, LTB mengandungi laporan menyeluruh mengenai hala tuju Kumpulan dan prestasi kewangan, mangandungi penzahiran melebihi dari apa yang disarankan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama sebagai menggalakkan amalan tadbir urus yang lebih baik. Syarikat akan terus menambahbaik kualiti pelaporan sedia ada ke arah menjadikannya LTB sepenuhnya di masa hadapan.

TATACARA MESYUARAT AGUNG

Satu lagi cara berkomunikasi dan berdialog dengan pemegang-pemegang saham adalah melalui mesyuarat agung TM, khususnya MAT. Semasa MAT, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan akan membentangkan kajian menyeluruh mengenai prestasi dan nilai Kumpulan yang telah dihasilkan serta perkembangan semasa Kumpulan kepada para pemegang saham. Pembentangan ini dibuat dengan jelas serta disokong oleh maklumat-maklumat penting dan data-data kewangan terperinci melalui bantuan visual dan grafik. Soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti sebelum MAT juga dikongsi dengan semua pemegang saham semasa MAT berserta maklum balas mengenai isu penting dan kueri berkaitan perniagaan Syarikat. Laporan yang dibentangkan ini akan dimuat naik ke laman sesawang Syarikat setelah selesai MAT.

Selaras dengan prinsip Kod Tadbir Urus 2017 yang menggalakkan interaksi pemegang-pemegang saham dengan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan Syarikat serta penglibatan mereka dalam mesyuarat agung, notis MAT ke-33 telah ditambah baik dengan penambahan semua maklumat relevan berkaitan hak-hak pemegang saham di mesyuarat-mesyuarat tersebut. Pengurusan berusaha untuk mengeluarkan notis 28 hari sebelum tarikh MAT.

Lembaga Pengarah menggalakkan penyertaan aktif para pemegang saham dan pelabur semasa MAT. Kehadiran di MAT Syarikat terus menggalakkan seperti yang dibuktikan dengan kehadiran 3,031 pemegang saham, proksi dan wakil korporat yang mewakili 68% daripada jumlah pegangan saham biasa di MAT ke-32 Syarikat yang telah diadakan pada 26 April 2017.

Setelah bermulanya mesyuarat agung, Pengerusi akan menjelaskan peraturan mesyuarat, termasuk prosedur pengundian yang perlu dipatuhi. Pengerusi juga akan mengenalpasti dan mengingatkan pihak berkepentingan jika mereka perlu berkecuali daripada mengundi bagi cadangan-cadangan tertentu, sebelum proses pengundian dijalankan. Syarikat juga melantik pengawas bebas, Symphony Corporatehouse Sdn Bhd untuk mengawasi stesen pengundian, mengira, mengaudit dan mengesahkan undian bagi setiap cadangan yang dikemukakan kepada pemegang saham. Kesemua resolusi yang dibentangkan di MAT-32 pada tahun 2017 telah diundi secara bertulis/eletronik.

Semasa mesyuarat agung, pemegang saham digalakkan mengambil peluang untuk mengemukakan soalan mengenai agenda-agenda MAT. Jawapan dan/atau penjelasan yang bersesuaian akan diberikan oleh Lembaga Pengarah dan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Lembaga. Sidang media juga diadakan selepas berakhirnya MAT yang dihadiri Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dan Pengurusan Kanan berkaitan untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh pihak media.

Undian untuk resolusi yang akan dibentangkan pada MAT ke-33 akan terus dilakukan secara undian elektronik atau e-polling. Pemegang Saham boleh mengundi bagi setiap saham yang dipegangnya.

KENYATAAN PEMATUHAN

Kenyataan ini bersama Laporan Kemampanan dan Laporan Tadbir Urus Korporat menggambarkan bagaimana Syarikat memantau hasil yang diharapkan sepertimana yang ditetapkan oleh Kod Tadbir Urus 2017.

Lembaga tetap teguh dalam mengukuhkan amalan tadbir urus Syarikat bagi melindungi kepentingan semua pihak-pihak berkepentingan.

Kenyataan ini dibuat selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah yang diluluskan pada 12 Mac 2018.

Tadbir Urus

142

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Penyata Pengarah Mengenai Pengurusan Risiko & Kawalan Dalaman Menurut Perenggan 15.26 (b) Syarat-syarat Keperluan Pasaran Utama (MMLR) Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Sekuriti), Lembaga Pengarah Syarikat-syarikat Tersenarai dikehendaki memasukkan penyata dalam laporan tahunan mereka, “kenyataan mengenai keadaan kawalan dalaman tersenarai sebagai satu kumpulan “. Oleh itu, Lembaga Pengarah TM (“Lembaga Pengarah”) dengan sukacitanya mebentangkan penyata berikut yang telah disediakan selaras dengan Penyata Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman: Garis Panduan bagi Pengarah Syarikat Tersenarai yang disahkan oleh Bursa Sekuriti yang menggariskan sifat dan skop pengurusan risiko dan kawalan dalaman di dalam Kumpulan TM pada tahun kewangan yang dipantau.

TANGGUNGJAWAB DAN AKAUNTIBILITI

Lembaga PengarahLembaga Pengarah bertanggungjawab dalam penubuhan serta pemantauan sistem rangka kerja pengurusan risiko dan kawalan dalaman Kumpulan yang digubal untuk menguruskan risiko-risiko dalam Kumpulan pada tahap yang boleh diterima seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan selain dari menyingkirkan secara keseluruhan risiko kegagalan untuk mencapai matlamat dan objektif Kumpulan dalam menjana potensi pulangan kepada pemegang saham. Lembaga Pengarah secara berkala mengkaji keberkesanan dan kesempurnaan rangka kerja dan sistem dengan mengenalpasti, menilai, memantau dan berkomunikasi tentang risiko utama perniagaan untuk melindungi pelaburan para pemegang saham dan aset Kumpulan.

Dua jawatankuasa di peringkat Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab dalam mengawal pengurusan risiko utama dan kawalan dalaman adalah:

• Jawatankuasa Lembaga Risiko (BRC)

Tanggungjawab utama BRC adalah untuk membantu Lembaga Pengarah dalam memastikan rangka kerja Pengurusan Risiko Perniagaan yang kukuh dan mantap serta pelaksanaannya untuk meningkatkan amalan Tadbir Urus Korporat Kumpulan dengan penumpuan kepada isu-isu berisiko. Terma Rujukan (ToR) dan tugas utama BRC berkaitan dengan pengurusan risiko dinyatakan di dalam Piagam Lembaga yang boleh diakses di laman web rasmi Syarikat iaitu di www.tm.com.my.

• Jawatankuasa Lembaga Audit (BAC)

Tanggungjawab utama BAC adalah untuk membantu Lembaga Pengarah dalam menilai keberkesanan sistem kawalan dalaman Kumpulan dan menyelia laporan kewangan. BAC juga mengkaji kecukupan serta integriti sistem kawalan dalaman Kumpulan dan sistem maklumat pengurusan, termasuk kepatuhan terhadap undang-undang, peraturan, arahan dan garis panduan yang diguna pakai melalui peranan Audit Dalaman Kumpulan (GIA).

Terma Rujukan (ToR) dan tugas utama BAC dalam menilai kecukupan dan keberkesanan pelaksanaan sistem kawalan dalaman Kumpulan diterangkan secara terperinci pada halaman 133 hingga 139 laporan tahunan.

Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga yang lain seperti Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran, Jawatankuasa Tender dan Jawatankuasa Pelaburan juga ditubuhkan dengan tugas dan tanggungjawab yang jelas untuk memantau pelbagai aktiviti perniagaan utama dalam Kumpulan. Lembaga Pengarah mengakui untuk kekal bertanggungjawab atas semua tindakan jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Ini termasuk hasil kajian dan pendedahan risiko utama dan sistem kawalan dalaman dalam laporan bersepadu tahunan Kumpulan ini.

PengurusanPihak Pengurusan bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah untuk melaksanakan proses mengenal pasti, menilai, memantau dan melaporkan risiko dan keberkesanan sistem kawalan dalaman serta mengambil tindakan pembetulan yang sesuai seperti yang dikehendaki dan tepat pada masanya. Pihak Pengurusan telah memberi jaminan kepada Lembaga Pengarah bahawa pengurusan risiko Kumpulan dan sistem kawalan dalaman beroperasi secukupnya dan berkesan dalam semua aspek material, berdasarkan rangka kerja pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman yang digunapakai oleh Kumpulan. Sehubungan dengan pengurusan risiko, pihak Pengurusan telah melaksanakan proses-proses yang berkaitan untuk:

• Mengenalpasti dan menganalisa risiko-risiko yang releven kepada perniagaan dan menentukan tahap toleransi risiko dalam usaha mencapai objektif dan strategi Kumpulan;

• Mereka bentuk, melaksanakan dan memantau rangka kerja pengurusan risiko sejajar dengan visi strategik dan risiko keseluruhan Kumpulan; dan

• Mengenal pasti perubahan kepada risiko atau kewujudan risiko baru, mengambil tindakan bersesuaian dan membawa perkara berkenaan dengan segera untuk perhatian Lembaga Pengarah.

PENGURUSAN RISIKO

Rangka Kerja Pengurusan RisikoTM telah menggunapakai Standard Pengurusan Risiko MS ISO 3100 sebagai garis panduan untuk mengenal pasti, menilai, mengurus dan memantau risiko penting Kumpulan dalam memastikan proses pengurusan risiko selari dengan amalan terbaik industri. Gambar Rajah 1 menggambarkan tadbir urus, konteks dan rangka kerja pengurusan risiko yang diamalkan di TM.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

143

RAJAH 1: MS ISO 31000

RAJAH 2: TADBIR URUS DAN RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO SYARIKAT (ERM) DALAM TM

Amalan pengurusan risiko telah dilaksanakan secara menyeluruh di TM termasuk anak-anak syarikatnya untuk menyokong Konvergens dan model pelaksanaan PERFEXE 10. Rajah 2 di bawah menunjukkan tadbir urus, konteks dan rangka kerja pengurusan risiko TM.

PENILAIAN RISIKO

MEWUJUDKAN KONTEKS

KO

MU

NIK

ASI

DA

N P

ER

UN

DIN

GA

N

PE

MA

NTA

UA

N D

AN

SE

MA

KA

N S

EM

ULA

RAWATAN RISIKO

Pemilihan Rawatan Risiko

Mengenalpasti Risiko

Analisa Risiko

Penilaian Risiko

Pelan Rawatan Risiko

TAD

BIR

UR

US

MS ISO 31000

Lembaga Pengarah

Jawatankuasa Lembaga Risiko

Bidang Perniagaan

Risiko Perniagaan

Fungsi Pusat

Risiko Projek

Fungsi Perniagaan

Risiko Produk

Anak-anak Syarikat

Risiko Proses

Negeri

Risiko Keselamatan Maklumat

Jawatankuasa Pengurusan

Risiko & Pengurusan Pematuhan Korporat

Penyelaras Risiko

Butir Fungsian/Operasi

Penyelaras Risiko

Pembangunan

& Pelaksanaan Berkaitan,

‘Time-Bound’

Penyelaras Risiko

Pembangunan & Pelaksanaan

Berkaitan, Time-Bound,

Dikendalikan Melalui Proses

Produk Berpagar

Penyelaras Risiko

Mematuhi

ISO 9001: 2015

Penyelaras Risiko

Mematuhi

ISO 27001: 2013

RA

NG

KA

KE

RJA

KO

NTE

KS

Tadbir Urus

144

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Struktur ERM TM merangkumi keseluruhan organisasi daripada Lembaga Pengarah sehingga ke peringkat operasi. Melalui struktur tersebut, risiko bahan digabungkan dari semua Segmen Perniagaan kepada Jawatankuasa Pengurusan, dimaklumkan kepada BRC dan kemudian kepada Lembaga Pengarah. Penyelaras Risiko dilantik di setiap Aliran Perniagaan (LOB), fungsi pusat, fungsi perniagaan dan anak-anak syarikat. Mereka berperanan untuk menyelaras aktiviti- aktiviti pengurusan risiko serta menyokong pembangunan budaya kesedaran risiko. Peranan semua anggota dalam aktiviti pengurusan risiko sentiasa ditekankan.

Tahap risikoTumpuan utama BRC terhadap pengawalan risiko yang berkesan adalah untuk meluluskan tahap penerimaan risiko korporat oleh Lembaga serta dikenal pasti dan dikaji semula oleh Kumpulan.

RAJAH 3: PROSES UNTUK PENUBUHAN TAHAP RISIKO

Tahap risiko operasi akan didasarkan pada toleransi yang diluluskan dalam Tahap Risiko Korporat oleh BRC atau disesuaikan dengan tahap risiko sendiri (Tahap Risiko yang Disesuaikan) sejajar dengan objektif strategiknya.

Bagi memastikan keseragaman dan pemahaman yang jelas mengenai tahap risiko, Kumpulan telah menubuhkan garis panduan tahap risiko yang telah disampaikan melalui beberapa sesi pertemuan dan kesedaran. Garis panduan tersebut mengandungi kenyataan tentang tahap risiko yang menekankan komitmen TM untuk memperuntukkan sumber yang diperlukan dalam memastikan risiko diuruskan dalam tahap yang boleh diterima, memastikankeuntungan yang mampan dan menegakkan reputasi/jenama TM untuk melindungi aset Syarikat dan meningkatkan nilai pemegang saham. Proses untuk penubuhan tahap risiko digambarkan dalam Rajah 3 di bawah:

MEMAHAMI OBJEKTIF STRATEGIK

DAN JANGKAAN PENGURUSAN

MENETAPKAN TAHAP RISIKO (Takrif

Kemungkinan & Impak)

MENGKAJI TAHAP RISIKO

MELULUSKAN, MERASMIKAN &

BERHUBUNG TAHAP RISIKO

MENYELARASKAN PROFIL RISIKO

DENGAN OBJEKTIF STRATEGIK/JANGKAAN

PENGURUSAN

MENGENALPASTI KEMUNGKINAN &

LANGKAH-LANGKAH IMPAK

HAD TOLERANSI YANG DITETAPKAN UNTUK

RISIKO

Apakah objektif yang strategik/jangkaan pengurusan?

Sumber rujukan - Rancangan Perniagaan/Petunjuk Prestasi Utama

Menentukan dan mendefinisikan kemungkinan dan tahap impak sama ada kuantitatif atau kualitatif

Dapatkan nasihat daripada Pakar Perkara Pakar, Pemilik Risiko, dan Pengurusan Pematuhan Risiko & Korporat (RCCM) untuk Semakan

Dapatkan kelulusan untuk Risiko Selera:> Tahap risiko Korporat- Kelulusan oleh Risiko Lembaga

Jawatankuasa (BRC)> Tahap risiko yang disesuaikan- Kelulusan oleh Ketua Bahagian (Ketua Juara Risiko/Juara Risiko)

Mengenal pasti risiko yang berpotensi menghalang daripada mencapai objektif yang strategik

Langkah-langkah Kemungkinan - mengukur ‘Occurance’ (kebarangkalian) risiko sama ada kuantitatif atau kualitatif

Langkah-langkah Impak – mengukur kesan risiko (Consequence) sama ada dalam kuantitatif atau kualitatif

Had toleransi yang ditetapkan

Toleransi adalah tertakluk kepada> Arah Pengurusan> Keupayaan sumber/ infrastruktur yang sedia ada/sistem yang mana berkenaan> penanda aras (contohnya: global amalan global terbaik/Standard Industri)

Penyata Pengarah Mengenai Pengurusan Risiko & Kawalan Dalaman

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

145

RAJAH 4: KRITERIA PEMILIHAN RISIKO KORPORATUNTUK PERHATIAN LEMBAGA DAN PENGURUSAN

RAJAH 5: RISIKO UTAMA TM, BERDASARKAN KELOMPOK RISIKO

Metodologi Pemilihan Risiko Korporat Metodologi Pemilihan Risiko Korporat diperkenalkan dengan matlamat untuk mengoptimumkan mesyuarat Lembaga Jawatankuasa Risiko Lembaga (BRC) dan Jawatankuasa Pengurusan dengan menumpukan dan membincangkanisu risiko utama. Melalui pendekatan ini, risiko korporat yang memenuhi mana-mana kriteria yang telah ditetapkan akan dikenalpasti dan dilaporkan di Papan Pemuka Risiko Korporat untuk pemerhatian Lembaga dan Jawatankuasa Pengurusan seperti yang digambarkan dalam Rajah 4 di bawah. Risiko yang tidak layak untuk dilaporkan ke peringkat Lembaga dan/atau Jawatankuasa Pengurusan, akan dipantau dan dikaji semula oleh bahagian masing-masing.

Risiko UtamaFormat laporan berasaskan kluster risiko telah diperkenalkan di mana risiko dikategorikan dan diutamakan berdasarkan penarafan dan impak mereka, iaitu Risiko Strategik, Risiko Kewangan, Risiko Teknologi/Sistem dan Risiko Operasi. Risiko utama yang dikumpulkan dan sedang dipantau oleh Lembaga disenaraikan dalam Rajah 5 di bawah.

Pendedahan kepada risiko pematuhan dipantau melalui Papan Pemuka Korporat dengan potensi dan kesan sebenar ketidakpatuhan yang dibentangkan kepada BRC.

SISTEM KAWALAN DALAMAN

Lembaga Pengarah mengakui bahawa sistem kawalan dalaman adalah dibentuk untuk mengurus dan mengurangkan risiko yang akan menghalang Kumpulan daripada mencapai matlamat dan objektifnya. Ia menyediakan jaminan yang munasabah terhadap sebarang kemungkinan berlakunya kesilapan dalam kenyataan Pengurusan berkenaan pengurusan maklumat kewangan, perniagaan, operasi, alam sekitar, pematuhan dan kerugian kewangan atau penipuan. Sistem kawalan dalaman diterapkan dalam aktiviti operasi Kumpulan dan ia wujud atas sebab-sebab teras perniagaan. Sistem ini direka bentuk untuk mengurus dan bukan menyingkir risiko kegagalan untuk mencapai objektif perniagaan dan hanya dapat memberikan jaminan yang munasabah dan tidak mutlak terhadap salah nyata atau kerugian material.

Pembangunan sistem kawalan dalaman dibangunkan adalah berasaskan kepada COSO (Committee of The Sponsoring Organizations of the Treadway Commission), Rangka Kerja Kawalan Dalaman Bersepadu dan disemak secara berterusan sepanjang tahun oleh Lembaga Pengarah dengan mengambil kira perubahan dalam peraturan, undang-undang dan persekitaran perniagaan bagi memastikan kecukupan dan integriti sistem kawalan dalaman.

Elemen-elemen utama sistem kawalan dalaman yang dibentuk oleh Lembaga Pengarah yang menyediakan tadbir urus yang baik dan sistem kawalan dalaman yang berkesan termasuklah:

• Menetapkan dengan jelas tanggungjawab dan bidang kuasa

Kumpulan telah menggariskan secara jelas tanggungjawab dan bidang kuasa untuk memudahkan maklum balas yang cepat dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah, pengawasan berkesan pengendalian perniagaan dari hari ke hari dan akauntabiliti. Ini termasuk struktur organisasi yang formal dan mewujudkan matriks Had Kuasa (LOA) yang menggariskan dengan jelas had dan kuasa melulus Lembaga Pengarah dan pihak Pengurusan merentasi pelbagai proses utama. LOA tersebut diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan tertakluk kepada kajian semula dan penambahbaikan untuk memastikan ianya mencerminkan perubahan dalam akauntabiliti dan tahap risiko Kumpulan.

• Tema Strategik, Objektif dan Nilai Teras

Bagi mencapai visi Kumpulan ke arah menjadikan “Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah, demi Kesejahteraan Malaysia”, Pengurusan telah memperkenalkan ‘PERFEXE 10’ dalam usaha Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital untuk menjadi Peneraju Konvergens. Ini disokong oleh penghayatan Nilai-nilai Teras Kumpulan, KRISTAL, iaitu Komitmen Menyeluruh kepada Pelanggan, Integriti dan Penghormatan & Penjagaan Tanpa Kompromi.

Penilaian Risiko TerusImpak risiko residual dan kemungkinan mencapai tahap

ambang yang boleh diterima.

Penarafan Tinjauan RisikoImpak tinjauan risiko dan kemungkinan mencapai tahap

ambang yang boleh diterima.

Petunjuk Risiko UtamaPetunjuk memberi isyarat bahawa risiko mungkin akan tercetus.

Petunjuk Kawalan UtamaPetunjuk memberi isyarat bahawa kawalan adalah jauh daripada memenuhi sasarannya.

Pergerakan Penilaian RisikoPergerakan jika penilaian risiko terus dan penarafan tinjauan risiko semakin merosot.

Strategik Kewangan Teknologi/Sistem Operasi

Landskap Pengawalseliaan

Kehilangan Reputasi

Persaingan

Kerugian Kewangan disebabkan Pelan

Peningkatan Jalur Lebar

Kepekaan Forex

Kredit

Jurang Pendapatan

Kekurangan Keuntungan

Ketidakcukupan Pemboleh Digital

Ancaman Keselamatan Korporat

Kebocoran Hasil

Penipuan Perkhidmatan

OSHE

Kekurangan BCM

Pematuhan

Kriteria Pemilihan Risiko Korporat

Tadbir Urus

146

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

• Pengurusan Risiko dan Penyataan Dasar Kawalan Dalaman

Pengurusan Risiko dan Penyataan Dasar Kawalan Dalaman dikeluarkan oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan untuk memberi jaminan yang munasabah ke arah mencapai objektif perniagaan Kumpulan, serta melindungi dan meningkatkan pelaburan para pemegang saham dan aset Kumpulan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ketua Bidang Perniagaan, Ketua Perniagaan dan Kumpulan Sokongan, dan CEO anak syarikat adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan rangka kerja pengurusan risiko dan amalan.

• Penubuhan Rangka Kerja, Polisi, Manual dan Prosedur

- Polisi Perniagaan dan Tadbir Urus (BPG) Polisi Perniagaan & Tadbir Urus TM (BPG) adalah dokumen

rujukan utama yang menggariskan keseluruhan dasar dan tadbir urus dengan pemilik proses yang jelas di seluruh bidang fungsi utama dalam Kumpulan. Sub-polisi, proses, prosedur dan garis panduan yang dibentuk dan diselia dengan baik oleh pemilik proses masing-masing untuk menyediakan butiran terperinci dalam menyokong dasar keseluruhan dan tadbir urus BPG.

• Insurans dan Perlindungan Fizikal

Insurans dan perlindungan fizikal yang mencukupi ke atas aset utama diteruskan untuk memastikan aset Kumpulan dilindungi secukupnya untuk mengurangkan kerugian yang ketara terhadap mana-mana kejadian yang tidak diingini.

• Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCM)

Jawatankuasa Induk BCM dipengerusikan oleh GCEO dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan dan daya tahan melalui program BCM. Program ini berfungsi sebagai panduan untuk mengenalpasti potensi-potensi kesukaran dalam Kumpulan dan kesannya kepada operasi perniagaan. Selepas itu, rangka kerja keseluruhan ditubuhkan untuk membina daya tahan organisasi dengan mekanisme tindak balas yang berkesan untuk melindungi pihak berkepentingan, reputasi dan jenama.

• Penilaian Kawalan Sendiri (CSAs)

Selaras dengan peningkatan tahap kematangan risiko TM, CSA membolehkan pekerja untuk mengenalpasti risiko dalam persekitaran perniagaan mereka dan menilai kelengkapan dan keberkesanan system kawalan dalaman yang ada. Hasil daripada CSA digunakan sebagai maklumat utama dalam mengenal pasti kawasan berisiko tinggi dalam Kumpulan.

• Jawatankuasa Pengurusan (MC) dan Barisan Kepimpinan Kumpulan (GLT)

Dua jawatankuasa peringkat tertinggi telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pengurusan dan Barisan Kepimpinan Kumpulan yang dipengerusikan oleh GCEO dengan perbezaan peranan yang jelas dalam menguruskan strategi dan polisi Kumpulan dengan berkesan. MC memberi tumpuan kepada menyediakan bimbingan dan membuat keputusan mengenai perkara-perkara strategik, manakala GLT menumpukan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan prestasi perniagaan dan memastikan keberkesanan pelaksanaan dan penyeliaan ke atas isu-isu operasi utama.

• Jawatankuasa Amalan Terbaik (BPC)

BPC ialah jawatankuasa pengurusan yang melapor kepada BAC. BPC berfungsi sebagai platform untuk mengemaskini dan membincangkan mengenai perkembangan amalan semasa yang terbaik, tadbir urus korporat, peraturan dan undang-undang berkanun yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

• Rekod untuk Laporan Rangka Kerja (R2R)

R2R ialah rangka kerja laporan ketidakpatuhan yang digunapakai oleh Kumpulan Kewangan untuk memupuk dan menguatkuasakan perubahan tingkah laku di seluruh organisasi untuk meningkatkan kualiti dan integriti proses merekod kepada laporan. R2R berfungsi sebagai mekanisma bagi mengenalpasti dan merekod insiden ketidakpatuhan kewangan dan pada masa yang sama menggalakkan kesedaran pematuhan dan meningkatkan akauntabiliti pihak Pengurusan Kanan.

• Jawatankuasa Pematuhan Pekerja (P2C)

Jawatankuasa Pematuhan Pekerja (P2C) ditubuhkan sebagai badan pentadbir untuk menangani isu audit yang berkaitan dengan ketidakpatuhan pekerja. P2C bertujuan untuk memupuk tahap integriti yang tinggi, memberikan kesedaran yang berterusan kepada pekerja dalam membangunkan budaya pematuhan kerja yang tinggi dan mewujudkan garis akauntabiliti yang jelas dalam TM.

• Pusat Tender Tender TM (TMTEC)

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kumpulan untuk mengurangkan risiko kebocoran maklumat yang sensitif semasa penilaian tender, TMTEC ditubuhkan di Menara TM untuk memusatkan semua aktiviti penilaian perolehan. Lokasi ini dilengkapi dengan sistem keselamatan fizikal dan IT yang dipertingkatkan untuk pengesanan dan jejak audit bersepadu bagi dokumen tender dan pergerakan maklumat.

• Insiden Kawalan Dalaman (ICI)

ICI adalah laporan berkala yang melaporkan dan menyebarluaskan pengajaran yang diperolehi daripada insiden kawalan dalaman yang ketara kepada Pengurusan Kanan untuk mengelakkan insiden yang sama di bahagian-bahagian lain dan syarikat-syarikat operasi dalam Kumpulan.

• Jawatankuasa Audit dan Jaminan Perniagaan (ABAC)

ABAC, terdiri daripada ahli Pengurusan Kanan dan fungsi Sokongan daripada LOB masing-masing dan dipengerusikan oleh GCFO. Pemantauan yang berkesan berkenaan isu-isu audit dalaman dan luaran yang disalurkan melalui perbincangan dalam ABAC untuk memastikan isu-isu dapat diselesaikan tepat pada masanya dan cadangan dilaksanakan dengan berkesan.

• Etika dan Integriti

TM komited dalam menjalankan perniagaannya secara terbuka, jujur dan dengan cara yang beretika. Kod Etika Perniagaan (CBE) sentiasa menjadi rujukan utama bagi semua pekerja apabila berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan; sama ada dalaman mahupun luaran dengan piawaian integriti yang tinggi. Komitmen yang kukuh oleh Kumpulan dalam menegakkan integriti ketika menjalankan tugasnya dibuktikan dengan:

Penyata Pengarah Mengenai Pengurusan Risiko & Kawalan Dalaman

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

147

• Ikrar Integriti Korporat telah ditandatangani pada 27 April 2011 dengan matlamat untuk membina budaya integriti dalam tenaga kerja dan untuk usaha terbaik, memastikan bahawa TM bebas daripada rasuah.

• Pakatan Integriti yang dilaksanakan pada tahun 2012 terdiri daripada deklarasi integriti oleh pekerja TM, Jawantankuasa Perolehan dan juga pembekal TM yang terlibat dalam aktiviti perolehan. Pelaksanaan Pakatan Integriti yang terkini bagi Rakan Perniagaan TM mengandungi terma dan syarat timbal balik yang menunjukkan komitmen TM untuk bersama-sama menegakkan amalan integriti apabila berurusan dengan Rakan Perniagaan TM.

• Etika Peraturan & Amalan Perolehan yang menunjukkan ketelusan dan memupuk tingkah laku beretika di kalangan pekerja, pembekal dan rakan kongsi perniagaan dalam aktiviti perolehan. Ketidakpatuhan dengan Etika Peraturan & Amalan Perolehan akan dikenakan tindakan Pengurusan Akibat.

• Panduan Pencegahan Rasuah TM yang melengkapi CBE dengan menetapkan penyata polisi dan garis panduan untuk semua pekerja TM berhubung dengan permintaan yang tidak wajar, sogokan dan aktiviti serta lain-lain isu rasuah yang mungkin timbul dalam tempoh urusan perniagaan. TM mengguna pakai pendekatan toleransi sifar kepada segala bentuk rasuah.

• Penggerak Integriti TM iaitu 45 anggota terpilih yang telah menghadiri program jurulatih induk untuk menyebarkan pengetahuan etika dan integriti melalui sesi perkongsian pengetahuan.

• Deklarasi Aset Tahunan (DOA) dan Perjanjian Integriti di mana semua pihak Pengurusan dan anggota dikehendaki mengisytiharkan aset mereka melalui Pengisytiharan Harta dan Percanggahan Kepentingan secara atas talian SAP dengan matlamat untuk mewujudkan tenaga kerja bertanggungjawab dan lebih telus.

• Polisi Pemberi Maklumat

Polisi Pemberi Maklumat membolehkan mana-mana pekerja atau pembekal untuk melaporkan penyelewengan, salah laku dan pelanggaran polisi serta peraturan Kumpulan yang berlaku atau disyaki dengan cara yang selamat dan sulit melalui ‘Talian Etika’.

• Pengurusan dan Penyiasatan Penipuan

Siasatan dalaman dijalankan oleh Kumpulan Audit Dalaman dan Unit Siasatan Korporat (CIU) bagi sebarang penipuan korporat dan salah laku yang dilakukan oleh pekerja atau mana-mana pihak yang berurusan dengan TM. Siasatan tentang penipuan berkaitan telekomunikasi dijalankan oleh Penyiasatan & Perisikan Unit Penipuan (FMI) di bawah Bahagian Jaminan Perniagaan Kumpulan (GBA).

• Pelanggan dan LOB dalam Sempadan Penipuan (CLIFF)

CLIFF dilancarkan untuk menyediakan sistem pemantauan penipuan berasaskan web untuk mengesan potensi penipuan dan memudahkan pengurusan kes. Penyelewengan yang dikesan akan dibawa kepada Rakan Perniagaan dan LOB yang berkenaan. Pengesanan penyelewengan meliputi suara, broadband dan produk IPTV merangkumi kesemua LOB.

AUDIT DALAMAN

Kumpulan Audit Dalaman (GIA) adalah fungsi audit dalaman yang melapor kepada BAC untuk menyediakan jaminan berasaskan risiko dan objektif, nasihat dan perundingan yang direka bagi meningkatkan dan melindungi nilai-nilai organisasi. GIA membantu Kumpulan mencapai objektifnya

dengan membawa pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan mempertingkatkan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dan tadbir urus. Dalam tahun kewangan ini, audit dalaman menjalankan penilaian berterusan mengenai risiko untuk memastikan risiko-risiko yang berkemungkinan menghalang TM dapat dinilai, diurus, dipantau dan dicegah sewajarnya. GIA seterusnya menilai keberkesanan dan kecekapan tadbir urus, rangka kerja pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman dan menyelia sebarang penambahbaikan. Pihak Pengurusan akan mengambil langkah sewajarnya dan menyemak status tindakan ke atas cadangan- cadangan daripada juruaudit dalaman dan luaran.

Penyemakan audit dilakukan ke atas unit-unit yang dikenal pasti melalui pendekatan berasaskan risiko, selaras dengan objektif dan polisi Kumpulan dalam konteks persekitaran perniagaan dan kawal selianya yang berkembang dengan mengambil kira input Pengurusan Kanan dan Lembaga Pengarah.

Maklumat lanjut tentang Audit Dalaman disediakan di muka surat 148 hingga 149 Laporan Integrasi Tahunan ini.

KECUKUPAN DAN KEBERKESANAN SISTEM PENGURUSAN RISIKO DAN KAWALAN DALAMAN

Lembaga Pengarah telah menerima jaminan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, bahawa rangka kerja pengurusan risiko dan kawalan dalaman beroperasi secukupnya dan berkesan dalam semua aspek material dalam tahun kewangan ini. Mengambil kira jaminan daripada Barisan Pengurusan dan input daripada pemberi jaminan yang relevan, Lembaga Pengarah berpendapat bahawa rangka kerja pengurusan risiko adalah memuaskan dan mencukupi untuk melindungi pelaburan para pemegang saham, kepentingan pelanggan dan aset Kumpulan serta tidak mengakibatkan sebarang kerugian yang ketara sama ada hal di luar jangkaan atau ketidakpastian. Sistem kawalan dalaman TM tidak digunapakai oleh syarikat- syarikat yang bersekutu yang tertakluk dalam kawalan pemegang saham majoritinya.

Walau bagaimanapun, kepentingan-kepentingan TM dilaksanakan melalui perwakilan dalam Lembaga Pengarah dan pelantikan Pengurusan Kanan kepada syarikat-syarikat bersekutu dan juga melalui akaun pengurusan yang diterima. Kesemua ini memberi Lembaga Pengarah maklumat berkaitan dengan prestasi supaya keputusan yang mantap dan tepat mengenai pelaburan Kumpulan dalam syarikat-syarikat tersebut dapat dibuat.

RUMUSAN PENYATA OLEH JURUAUDIT LUAR

Seperti yang dikehendaki dalam perenggan 15.23 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Sekuriti Berhad, juruaudit luar telah menyemak Penyata Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman ini. Semakan ini dibuat menurut Panduan Cadangan Amalan (RPG) 5 (Disemak) yang diterbitkan oleh Institut Perakaunan Malaysia. Berdasarkan semakan mereka, juruaudit luar melaporkan kepada Lembaga bahawa tiada apa yang telah dibawa kepada perhatian mereka yang menyebabkan mereka percaya bahawa penyata ini adalah tidak konsisten dengan fahaman mereka terhadap proses yang diterima pakai oleh Lembaga Pengarah dalam semakan berhubung dengan kecukupan dan integriti pengurusan risiko dan kawalan dalaman Kumpulan. RPG 5 tidak memerlukan juruaudit luar untuk, dan mereka tidak berbuat sedemikian, menimbang sama ada penyata ini merangkumi semua risiko dan kawalan dalaman, atau membuat pandangan mengenai kecukupan dan keberkesanan sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman.

Tadbir Urus

148

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Kumpulan Audit Dalaman (GIA) membantu Kumpulan TM untuk mencapai objektif perniagaannya dengan melaksanakan pendekatan yang sistematik dan berdisiplin dalam menilai dan memperbaiki keberkesanan pengurusan risiko, proses kawalan dan tadbir urus. GIA menyediakan jaminan serta perkhidmatan perundingan yang bebas dan wajar bagi meningkatkan dan melindungi nilai organisasi. Piagam audit dalaman diluluskan oleh Jawatankuasa Lembaga Audit (BAC), mentakrifkan tujuan, kuasa dan tanggungjawab.

GIA melapor terus kepada Jawatankuasa Lembaga Audit untuk memastikan ia kekal bebas daripada sebarang gangguan dalam memastikan kebebasan dan objektiviti, dan memastikan anggota audit bebas daripada sebarang hubungan atau konflik kepentingan yang boleh menjejaskan objektif dan kebebasan mereka. BAC melihat dan meluluskan pelan audit GIA, belanjawan tahunan dan keperluan sumber manusia untuk memastikan fungsi itu dimanfaatkan sepenuhnya dan selaras dengan objektif Kumpulan. Ketua Juruaudit Dalaman (GCIA) melaporkan secara berkala mengenai aktiviti yang dilakukan oleh GIA serta isu strategik dan kawalan utama yang dipantau oleh BAC. Selain itu, BAC meluluskan dan mengkaji prestasi GIA dan GCIA secara berkala untuk melihat perkembangan dan pencapaian mereka. GCIA mempunyai saluran pelaporan pentadbiran kepada Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang membolehkan kedudukan dan kuasa yang diperlukan oleh Audit Dalaman untuk memenuhi tanggungjawabnya.

GIA mengguna pakai Rangka Kerja Amalan Profesional Antarabangsa (IPPF)® termasuk elemen mandatori- Prinsip Teras bagi Amalan Profesional Pengauditan Dalaman, Standard Antarabangsa bagi Amalan Profesional Pengauditan Dalaman Institut Juruaudit Dalaman (IIA), takrifan Pengauditan Dalaman, dan Kod Etika – untuk menguruskan fungsinya dan melaksanakan audit.

Amalan dan Rangka Kerja

GIA dipandu oleh polisi, prosedur dan rangka kerja dalaman dan juga Rangka Kerja Kawalan Dalaman, Jawatankuasa Organisasi Penajaan Suruhanjaya Treadway (COSO), Objektif Terkawal untuk Maklumat dan Berkaitan Teknologi (COBIT) dalam menilai dan melaporkan berkenaan kecukupan dan keberkesanan rekaan, pelaksanaan dan kecekapan keseluruhan sistem kawalan, pengurusan risiko dan tadbir urus Kumpulan.

Skop dan Liputan

GIA mengambil pendekatan pelan audit berasaskan risiko secara berterusan untuk memberi jaminan kepada Lembaga Pengarah bahawa program-program yang dijalankan telah diberi keutamaan berdasarkan strategi objektif, risiko utama dan sektor teras/utama Kumpulan. Input daripada pelbagai sumber – termasuk Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM), Pelan Perniagaan, sejarah audit dalaman dan luaran, Pengurusan dan Lembaga – membenarkan pengenalpastian bahagian risiko yang boleh diaudit. Pada 2017, fokus Kumpulan audit diperluaskan ke sektor mudah alih dan tanpa wayar.

Pada tahun itu, GIA melakukan kajian terhadap tadbir urus, pengurusan risiko dan kawalan dalam bidang kewangan, pematuhan, sumber manusia, operasi, pengurusan projek, rangkaian dan teknologi maklumat dan data analisis. Antara bidang utama yang dibincangkan adalah:

• Jualan dan pemasaran• Pengurusan Perjanjian Perkhidmatan• Pengurusan Pengalaman Pelanggan• Pengurusan Kredit• Pengurusan Kitaran Hayat Produk• Pengurusan Perkhidmatan• Keselamatan IT dan Tadbir Urus• Pengurusan ID• Pengurusan Kitaran Hayat Data• Jaminan ‘Billing’ dan Pendapatan• Serahan Projek Utama dan Pengurusan• Perolehan, termasuk Pengurusan Kontrak • Aset dan Pelanggan Premis Pengurusan Peralatan• Aktiviti Perakaunan/Kewangan

Penyata AuditDalaman

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

149

Semua laporan audit dalaman dibentangkan kepada BAC dengan cadangan penambahbaikan daripada GIA dan maklum balas daripada Pengurusan. GIA kemudiannya memantau dan mengesahkan status pelaksanaan pada setiap suku tahun melalui ABAC.

Selain melaksanakan tugasan audit, GIA terlibat secara aktif dengan pihak pengurusan dalam penubuhan pasukan pematuhan dalam unit pengurusan, berkongsi amalan terbaik dan pengetahuan audit dalaman, pengurusan risiko dan kawalan dalaman.

Sumber-Sumber

Sebanyak RM6.91 juta telah dibelanjakan terhadap aktiviti-aktiviti audit dalaman pada 2017. Rumusan kos audit dalaman adalah seperti berikut:

Kategori RM (million)

% daripada jumlah

kos

Tenaga kerja 6.3 91.1

Bekalan dan bahan 0.08 1.2

Kos operasi lain 0.51 7.4

Penyusutan 0.02 0.3

Jumlah 6.91 100

Semua aktiviti-aktiviti audit dalaman pada 2017 dilakukan secara dalaman oleh kumpulan terdiri daripada 44 juruaudit dalaman daripada pelbagai latar belakang dan kecekapan seperti berikut:

Bilangan Juruaudit- Peratusan

Juruaudit dalaman

%

Perakaunan dan kewangan 12 27

Teknologi Maklumat 8 18

Kejuruteraan/Rangkaian 11 25

Pemasaran 4 9

Pentadbiran Perniagaan 6 14

Perolehan dan Sumber Manusia

3 7

Jumlah 44 100

KUALITI AUDIT DALAMAN

Ketua Juruaudit Dalaman Kumpulan membangunkan dan mengekalkan Jaminan Kualiti dan Program Peningkatan yang merangkumi semua aspek aktiviti audit dalaman. Program jaminan kualiti menilai kecekapan dan keberkesanan proses-proses GIA dan mengenalpasti peluang untuk penambahbaikan melalui penilaian dalaman dan luaran.

GIA mempunyai mekanisme penilaian semula untuk memastikan penilaian yang relevan, boleh dipercayai dan mencukupi untuk menyokong keputusan dan kesimpulan penglibatan audit. Penilai dengan kepakaran yang berkaitan dikalangan Juruaudit Senior atau Pasukan Pengurusan GIA telah dipilih untuk memberi nasihat professional dan memastikan kesemua bahagian risiko telah dinilai secara menyeluruh sebelum laporan akhir dimajukan kepada pihak yang sewajarnya.

Kelayakan Profesional & Kompetensi Pembangunan Berterusan

GIA komited untuk memperlengkapkan juruaudit dalaman TM dengan pengetahuan yang mencukupi, kemahiran dan kecekapan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Juruaudit dalaman juga digalakkan untuk mendapatkan pensijilan dan kelayakan profesional yang bersesuaian. Setakat ini, 14 juruaudit dalaman kami memegang 29 sijil dan kelayakan antara mereka. Sijil dan kelayakan ini telah dianugerahkan oleh pelbagai badan profesional yang diiktiraf.

Pada tahun 2017, juruaudit dalaman menghadiri 3,315 jam latihan luaran dan dalaman, seminar dan bengkel yang merangkumi pelbagai displin teknikal dan latihan kemahiran insaniah dalaman mengenai kepimpinan, komunikasi dan rundingan untuk meningkatkan prestasi pekerjaan dan prospek kerjaya mereka.

Tadbir Urus

150

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

JANGKAAN RISIKO(TAHAP RAMALAN)

Ekstrem

Tinggi

Signifikan

Sederhana

Rendah

TAHAP BAKI RISIKO

Ekstrem

Tinggi

Signifikan

Sederhana

Rendah

PETUNJUK RISIKO UTAMA

Risiko mungkin tidak berlaku

Risiko berkemungkinan besar berlaku

Risiko mungkin berlakuBerhati-hati

Amaran

PETUNJUK KAWALAN UTAMA

Kawalan menepati sasaran

Kawalan jauh dari menepati sasaran

Kawalan belummenepati sasaranBerhati-hati

Amaran

Pengurusan RisikoPerniagaan

Memandangkan Syarikat sedang melaksanakan konvergens dan pendigitalisasi, tadbir urus dan rangka kerja ERM kami akan memainkan peranan yang semakin penting dalam memastikan kemampanan dan keuntungan perniagaan.

Amalan Pengurusan Risiko kami memberikan jaminan sewajarnya bahawa Syarikat mengenal pasti dan menilai risiko yang mungkin memberi kesan terhadap perniagaan, dan risiko-risiko itu ditangani dan dikurangkan dengan sewajarnya. Jawatankuasa Pengurusan mengenal pasti, menilai, menangani dan memantau risiko korporat manakala Jawatankuasa Risiko Lembaga akan

memastikan profil risiko korporat dikaji semula secara berkala dan kawalan-kawalan yang sepatutnya dilaksanakan untuk menanganinya.

Rangka kerja ERM telah ditingkatkan dengan pelaksanaan pendekatan pengurusan risiko yang lebih ke hadapan yang melibatkan jangkaan dan pemantauan bukan hanya risiko semasa tetapi juga risiko yang mungkin timbul pada masa hadapan. Ini akan membantu Syarikat dalam mengurus kemungkinan risiko pada peringkat awal sebelum ia timbul. Jangkaan risiko kami memberi petunjuk penting terhadap risiko-risiko masa hadapan melalui metodologi berikut:

Kami turut mengukuhkan amalan ERM dengan melaksanakan Kriteria Pemilihan Risiko Korporat untuk memberi tumpuan terhadap isu risiko teras. Risiko korporat yang memenuhi mana-mana kriteria yang ditetapkan sebelum itu akan dikenalpasti dan dilaporkan di Papan Pemuka Risiko Korporat untuk perhatian Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pengurusan. Semua kriteria ini boleh didapati di dalam Penyata Para Pengarah mengenai Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman pada muka surat 144 hingga 145.

Bagi memudahkan laporan, pada 2017, kami mengklusterkan Risiko Korporat kepada kategori-kategori utama iaitu Risiko Strategik, Risiko Kewangan, Risiko Teknologi/Sistem dan Risiko Operasi. Risiko yang timbul yang berpotensi mempengaruhi prestasi TM juga diketengahkan. Ini termasuk risiko yang berkaitan dengan perjalanan digitalisasi kami.

Rumusan Aktiviti Utama:

Pada 2017, TM melaksanakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kematangan dan tahap kesedaran dikalangan ahli kumpulan risiko kami. Ia termasuk seperti berikut: • Inisiatif penglibatan dan komunikasi – seperti Risk Fraternity Huddle, berita

elektronik suku tahunan melalui risk monitor dan penglibatan bersama Risk Champion dan wakil ERM.

• War game scenario melibatkan Pengurusan Tertinggi untuk mempersiapkan Syarikat terhadap risiko dan kemungkinan masa hadapan.

• Sesi refresher untuk menggalakkan penggunaan sistem risiko MERCIS yang lebih baik, meliputi lima modul iaitu Risiko, Pematuhan, Insurans, Sistem Pengurusan Insiden dan Keselamatan Maklumat.

• Bengkel ERM Mega yang dianjurkan oleh TM ONE untuk mengenal pasti risiko tersembunyi dan punca utama berkaitan yang penting dalam inisiatif transformasi terbaru.

• Penilaian Risiko Negeri, bagi meluaskan amalan penilaian risiko kami yang meliputi semua negeri di seluruh negara.

• Bengkel Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Anti-Keganasan (SEARCCT) mengenai kesedaran aktiviti keganasan kepada kumpulan pengurusan kanan, keselamatan dan risiko.

• Penilaian Risiko Proses, sekali gus meluaskan skop ERM kepada divisyen yang sedang menjalani pensijilan baru yang telah dikemaskini iaitu I SO 9001: 2015.

Menguruskan Risiko Korporat Kami

Melalui pelaksanaan rangka kerja dan amalan terbaik ERM, kami mampu mengenal pasti, menilai, mengurangkan dan memantau risiko korporat yang dihadapi sepanjang 2017, dan memastikan ia diuruskan secukupnya di dalam Syarikat.

Persaingan dan Hakisan Pendapatan

Sebagai respon terhadap persaingan sengit dan hakisan pendapatan, kami melaksanakan model pelaksanaan baru – PERFEXE 10 – untuk menambahbaik fokus terhadap pelanggan dan mendapatkan kepercayaan mereka; meningkatkan penjenamaan melalui satu jenama (unifi); dan menyelaraskan perniagaan TM ONE secara vertikal untuk mengutamakan strategi Go To Market.

& &

MENGGABUNGKAN SEMUA ELEMEN UNTUK MERUMUSKAN JANGKAAN RISIKO

Boleh dikawal Boleh dikawal

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

151

Penipuan

Risiko penipuan di TM merangkumi penipuan perkhidmatan dan anggota. Terdapat beberapa kes pengeluaran kabel tanpa kebenaran daripada stor TM dan penyalahgunaan pengenalan anggota TM untuk memberikan tawaran istimewa kepada pelanggan yang tidak layak. Kami terus melaksanakan kawalan dan sistem pengesahan yang sepatutnya, termasuk sistem dalam talian kami, untuk mengelakkan kejadian tersebut.

Pematuhan

Untuk meningkatkan dan mengukuhkan pengurusan pematuhan korporat, kami menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Pematuhan Korporat (CCSC) dan Pejabat Pengurusan Projek Pematuhan (Pematuhan PMO). Jawatankuasa Pemandu bertanggungjawab untuk mengkaji kes perniagaan untuk inisiatif pematuhan, isu-isu ketidakpatuhan dan untuk mencadangkan inisiatif pematuhan tambahan. Sementara itu, PMO Pematuhan mengenal pasti dan menyelesaikan potensi isu-isu risiko dan masalah umum di seluruh pelan tindakan pematuhan.

Ancaman Keselamatan Korporat

• Kecurian Kabel Insiden kecurian kabel terus berkurangan disebabkan oleh kawalan

yang berkesan seperti ciri anti kecurian kabel untuk kabel bawah tanah dan atas, pemasangan sistem penggera yang memberi tumpuan kepada kawasan panas (hotspot) dan aktiviti rondaan strategik dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia.

• Keselamatan Siber/Logikal 2017 menyaksikan banyak kes serangan siber global, termasuk serangan

malware bernama ‘Ransomware’. Untuk melindungi perniagaan kami, kami telah meningkatkan lagi kawalan keselamatan logikal kami melalui penubuhan Pusat Operasi Keselamatan 24/7 dan Pasukan Tindakan Insiden Keselamatan sementara menaik taraf firewall kami ke kapasiti yang lebih tinggi. Kemaskini berterusan juga disediakan kepada pekerja TM bagi membimbing mereka untuk mencegah dan mengatasi ancaman siber.

Risiko Kredit

Di samping kawalan yang sedia ada untuk mengesahkan permohonan pelanggan melalui pengesahan biometrik, kami terus meningkatkan aktiviti pengurusan kredit pada tahun 2017 melalui aktiviti berikut:

• unifi - kami mempromosikan kemudahan autopay kami; meminimumkan kesulitan akibat daripada penggantungan perkhidmatan melalui kerjasama rapat dengan pasukan pengalaman pelanggan; memanfaatkan kapasiti pusat panggilan kami dan keupayaan untuk meluaskan panggilan kepada pelanggan SME yang mempunyai rekod pembayaran yang baik dengan status tertunggak; dan menghantar notifikasi SMS untuk kesediaan bil dan tarikh akhir pembayaran.

• TM ONE - kami terus memantau pungutan melalui analisis pelanggan dengan bil yang melebihi enam bulan dengan tumpuan kepada 20 pelanggan teratas mengikut sektor; dan membantu untuk menghapuskan baki kredit melalui pengaturan kontra serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggan yang mempunyai hutang tertunggak.

• TM GLOBAL - Usaha bersepadu dibuat untuk memantau pembayaran untuk projek-projek khas yang melibatkan pengebilan ad hoc yang besar dengan beberapa pelan ansuran yang dipersetujui.

Kami akan terus meningkatkan pungutan kami dalam masa terdekat melalui sistem pengurusan kredit yang lebih baik. Sistem ini akan menyediakan fungsi-fungsi untuk melaksanakan beberapa strategi pengumpulan berdasarkan profil risiko kredit pelanggan dan automasi peringatan kredit dan pemberitahuan.

Sensitiviti Mata Wang Asing

Pengukuhan ringgit yang berterusan sepanjang tahun 2017 memberi kesan yang menggalakkan kepada pinjaman asing dan perbelanjaan perolehan TM. Walau bagaimanapun, kami mengekalkan pendekadan berhati-hati dan mengambil kawalan yang perlu dalam bentuk lindung nilai kewangan daripada pinjaman (tertakluk kepada kadar yang menggalakkan), menjalankan perolehan melalui e-bidaan untuk mendapatkan harga terbaik dan meminimumkan pendedahan kesan buruk terhadap mata wang asing.

OSHE

Kami komited untuk mengambil setiap langkah yang munasabah dan praktikal untuk menghapuskan risiko kecederaan dan risiko kesihatan di tempat kerja kerana kami menghargai kehidupan. Di samping itu, ia membantu melindungi kesinambungan dan reputasi perniagaan kami. Pada tahun ini kami menjalankan audit pematuhan, program kesedaran untuk penyelia, dan menguatkuasakan Arahan Kerja Selamat (SWI) untuk kerja-kerja di tempat tinggi dan untuk kerja-kerja panas (hot work).

Pemboleh Digital yang Tidak Mencukupi

Kami mewujudkan Majlis Jemaah Digital (Majlis JEDI), dengan sokongan dari Kumpulan Pusat Digital (GDC) yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Digital, untuk menerajui program digitalisasi kami bagi meningkatkan pengalaman pelanggan, meningkatkan pengoptimuman proses, dan mewujudkan peluang perniagaan baru . Kami juga telah menganjurkan Sidang Kemuncak TM Digital CX 2017 untuk menanam cara kerja digital di kalangan pekerja.

Landskap Pengawalseliaan

Perubahan dalam landskap pengawalseliaan mungkin mempunyai kesan yang signifikan terhadap operasi perniagaan kami. Oleh itu, kami terus berhubung dengan pengawal selia dan bekerja rapat dengan pihak berkepentingan lain untuk menangani sebarang isu pengawalseliaan.

Kebocoran Pendapatan

Kegagalan dalam proses pengebilan, sistem pengebilan dan kesilapan manusia boleh menyebabkan kebocoran pendapatan dan kerugian yang tidak dapat dipulihkan kepada TM. Pada tahun 2017, kerugian kewangan akibat kebocoran pendapatan tidak begitu ketara berbanding penanda aras industri. Walau bagaimanapun, kami terus mengawal dan mengurangkan risiko kami melalui Sistem Jaminan Pendapatan TM (TRACE).

Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar (BIP)

Berdasarkan Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar (BIP) yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2017, pembekal perkhidmatan jalur lebar talian tetap dikehendaki menawarkan penaiktarafan kelajuan percuma pada harga yang sama bermula dari awal tahun 2017. Kami segera melancarkan dan menyelesaikan kerja-kerja menaiktarafan pelanggan unifi seperti yang dirancang. Di samping itu, kami telah memperkenalkan pakej khas untuk usahawan dan pelajar. Kami akan terus berhubung dengan Kerajaan untuk menyediakan lebih banyak nilai perkhidmatan untuk menyokong inisiatif ini. Risiko-risiko yang Timbul

Pengenalpastian yang proaktif terhadap risiko yang timbul telah memberikan Syarikat persediaan yang lebih baik untuk menghadapi ketidakpastian dan pada masa yang sama memanfaatkan peluang yang mungkin timbul.

• Pelan Fiberisasi Seluruh Negara (NFP) Kerajaan telah melancarkan Pelan Fiberisasi Seluruh Negara (NFP)

untuk memperluaskan infrastruktur jalur lebar tetap negara. Pelan ini juga akan memastikan sasaran Kerajaan menggandakan kelajuan jalur lebar tetap boleh dicapai. Baru-baru ini, TM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tenaga Nasional Berhad untuk merealisasikan NFP.

• Risiko Pendigitalisasi Pasaran digital adalah tanpa sempadan dan bercirikan halangan yang

rendah untuk memasuki pasaran. Ini membolehkan persaingan sengit di serata dunia. Sebagai salah satu negara yang mempunyai kadar penembusan internet tertinggi di rantau ini, Malaysia dengan pantas menjadi pasaran yang menarik bagi syarikat-syarikat digital yang baru dan yang sudah lama ditubuhkan. Untuk menangani risiko persaingan yang semakin sengit, TM akan meliberalisasikan pendigitalisasi di seluruh organisasi, membolehkan budaya digital dan mempercepat inisiatif Digitisasi ke Digitalisasi (D2D). Ini memerlukan penyelesaian digitisasi yang dibangunkan secara dalaman kepada pelanggan luar sebagai sumber kewangan baru. Terdapat pasaran yang cukup besar untuk penyelesaian ini, kerana ia menangani masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh pelanggan, terutamanya perusahaan.

Tadbir Urus

152

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Pengurusan Kesinambungan Perniagaan

Pada masa kini, gaya hidup digital memerlukan daya tahan perniagaan, tidak seperti dulu. Oleh sebab setiap individu menggunakan lebih banyak produk dan penyelesaian digital untuk melakukan aktiviti harian mereka, maka tanggungjawab penyedia teknologi untuk memastikan perkhidmatan tidak terganggu menjadi lebih besar.

Sebagai Peneraju Konvergens Malaysia, yang tekad untuk berkongsi momen pelanggan kami, kami sedar akan tanggungjawab ini. Kami juga sedar bahawa untuk memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa, kami perlu memastikan tiada gangguan pada jalur lebar tetap, mobiliti, WiFi, kandungan dan Perkhidmatan Pintar, sepanjang masa.

Oleh itu, kami memperkukuhkan kesinambungan operasi kami dalam satu ekosistem yang melihat kepada lebih banyak ancaman seperti pencerobohan siber dan keganasan di samping bencana alam yang berpotensi untuk menjadi lebih bahaya. Kami sedang mengukuhkan semua barisan pertahanan kami dengan sistem yang paling sesuai bagi membolehkan kami untuk mengesan ancaman awal, dan mengambil tindakan pembetulan sebelum apa-apa kerosakan serius berlaku kepada perniagaan atau operasi kami.

Mekanisme pencegahan kami adalah berdasarkan Rangka Kerja Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCM) yang teguh di mana ia merangkumi sistem dan proses yang sesuai, disokong oleh peranan dan tanggungjawab yang jelas di seluruh organisasi, bermula dari pihak atasan. Pengurusan kanan TM komited untuk mengekalkan perusahaan dan memimpin pelaksanaan kesinambungan perniagaan secara meluas. Mereka menunjukkan tindakan ini dengan terlibat secara langsung dalam proses BCM di samping meningkatkan komunikasi dengan anggota serta dengan pihak berkepentingan yang relevan untuk menanamkan budaya amalan terbaik dalam kesinambungan perniagaan. Tahap komitmen, kebertanggungjawaban dan integriti yang tinggi telah

RAJAH 1: PENYATA DASAR PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERNIAGAAN TM

Fakta Sekilas Pandang

Mengukuhkan keupayaan kesinambungan perniagaan TM dengan sokongan Konvergens dan Pendekatan Digital dalam perjalanan pelanggan kami

Memulakan penglibatan BCM Negeri - Memperkenalkan budaya dan amalan terbaik Pengurusan Kesinambungan Perniagaan TM

Program kesedaran ancaman Anti-Keganasan untuk Pengurusan Kanan TM

ditunjukkan oleh anggota dan pihak berkepentingan untuk menyokong objektif dan strategi kesinambungan perniagaan dalam memastikan pematuhan kepada dasar dan piawaian BCM.

Fokus kami dalam BCM adalah untuk mengukuhkan keupayaan kesinambungan perniagaan menerusi lima teras utama operasi iaitu Rangkaian, Teknologi Maklumat, Pusat Panggilan, Pejabat Korporat dan Perolehan. Kami telah membentuk Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan dan memastikan daya tahan setiap teras dan seterusnya meminimumkan kesan sebarang krisis atau bencana. Melalui BCP, kami telah mengenal pasti setiap fungsi perniagaan yang penting, dan ini amat dititik beratkan dalam memastikan kesinambungan operasi, terutamanya perkhidmatan yang melibatkan pelanggan kami.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

153

I DISCOVER

I JOIN

I USE

I ENGAGE

I PAY

I RENEW

I LEAVE

RAJAH 2: BCM DALAM MENYOKONG HALA TUJU PERNIAGAAN TM

RAJAH 3: PENGLIBATAN BCM NEGERI – MEMUPUK BUDAYA PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERNIAGAAN TM

Dalam menerapkan budaya BCM di seluruh syarikat, kami sedang memperhebat penglibatan bersama Operasi Negeri TM dan memerlukan setiap negeri untuk memberi kesedaran tentang program BCM. Dengan adanya penglibatan TM Negeri, kami akan dapat merancang strategi yang lebih baik dan menggerakkan semua nilai kemasukan yang berkaitan dengan keupayaan kesinambungan perniagaan keupayaan. Penglibatan dengan operasi negeri kami juga membolehkan seluruh organisasi memanfaatkan amalan terbaik BCM dalam kalangan semua penggiat di seluruh bahagian, negeri dan anak syarikat.

TM Negeri Kelantan TM Negeri Terengganu TM Negeri Pahang

1

4

5

6

7

2

3BCM

CAPABILITY SUPPORT

5 WORKSTREAMTeknologi Rangkaian Teknologi Maklumat

Pusat PanggilanPejabat Korporat

Pemerolehan

BERHADAPAN PELANGGAN

FUNGSI PERNIAGAAN KRITIKAL

Saluran Alternatif

CME &Fasiliti

Rantaian Bekalan & Logistik

Modal Insan

Teknologi Rangkaian & Maklumat

Keselamatan& OSHE

Pemasangan & Pasukan

Pembaik pulih

Pusat PanggilanTMpoint

Tadbir Urus

154

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Keperluan keupayaan kesinambungan perniagaan terus meningkat disebabkan oleh kesan gangguan perniagaan terhadap organisasi yang semakin bertambah dan peningkatan bilangan insiden alam semula jadi dan juga insiden akibat buatan manusia. Semua risiko operasi terdiri daripada keselamatan siber dan serangan pengganas yang berkaitan dengan operasi perniagaan perlu diurus dan ditangani dengan serius. Kami sedar bahawa amat penting untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan dalam mengenal pasti ancaman keganasan serta pentingnya pengurusan ancaman yang berkesan dalam industri telekomunikasi. Justeru, ahli pengurusan kanan TM bekerja rapat dengan agensi dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan risiko ini ditangani dengan baik.

Pada tahun ini, kami telah terlibat dalam Kesedaran Anti-Keganasan yang dianjurkan secara bersama oleh Pusat Wilayah Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program kesedaran itu berfokus kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mencegah keganasan termasuk sesi demonstrasi dalam memerangi pengganas dan mengesan peralatan bahan letupan.

RAJAH 4: PENGURUSAN KANAN TM MENGHADIRI PROGRAM KESEDARAN ANCAMAN ANTI KEGANASAN

Ia juga menangani isu potensi gangguan di Sasaran Penting TM dan Tempat Larangan & Kawasan Larangan melalui perkongsian dari pembelajaran yang penting.

Melangkah Ke Hadapan

Sejak Pusat Operasi Rangkaian TM (TMNOC) mendapat pensijilan ISO 22301: 2012 BCMS daripada SIRIM pada tahun 2016, kami memulakan usaha untuk mengesahkan teras penting yang lain, iaitu Teknologi Maklumat, Pejabat Korporat, Pusat Panggilan dan Perolehan untuk amalan BCM terbaik. Inisiatif yang dilaksanakan termasuk penilaian tetap dokumentasi BCMS, dan analisis jurang untuk menolong keupayaan Kesinambungan Perniagaan kami.

Pada masa yang sama, kami menambah lebih banyak usaha terhadap membina keupayaan di seluruh organisasi, dengan tumpuan kepada peringkat negeri. Usaha kami terhadap daya tahan perniagaan dengan penekanan terhadap membina keupayaan diperkukuhkan dengan pengetahuan bahawa kesinambungan perniagaan mempunyai suatu kesan kepada bukan sahaja TM tetapi juga kepada jutaan pelanggan kami dan juga kepada seluruh negara.

Pengurusan Kesinambungan Perniagaan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

155

MaklumatPematuhanTambahanberdasarkan Lampiran 9C Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities

Maklumat berikut disediakan bagi mematuhi Keperluan Penyenaraian Utama Bursa Securities:

1.0 PENGGUNAAN PEROLEHAN DARIPADA CADANGAN-CADANGAN KORPORAT

Pada tahun 2017, Syarikat telah menerbitkan Kertas Komersil Islam (ICP) dan Nota Jangka Panjang Sederhana Islamik (IMTN) yang merupakan sebahagian daripada program ICP/IMTN yang diluluskan pada tahun 2013. Ringkasan urus niaga dan penggunaan perolehan adalah seperti berikut:

Tarikh Terbitan JenisNilai Nominal

(RM juta) Tarikh Matang Penggunaan Perolehan

4 Ogos 2017 ICP 475.0 4 September 2017 Untuk kegunaan perbelanjaan modal dan keperluan operasi perniagaan

4 September 2017 IMTN 500.0 3 September 2017 Untuk kegunaan perbelanjaan modal dan keperluan operasi perniagaan

[Disediakan menurut Perkara 13, Bahagian A, Lampiran 9C, Keperluan Penyenaraian Utama]

2.0 KONTRAK MATERIAL MELIBATKAN KEPENTINGAN PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM UTAMA

Tiada kontrak material atau kontrak berkaitan dengan pinjaman yang dimeterai oleh Syarikat dan/atau anak syarikatnya melibatkan kepentingan Pengarah-pengarah, Ketua Eksekutif yang bukan seorang Pengarah atau pemegang saham utama yang masih berkuatkuasa setakat 31 Disember 2017 atau dimeterai sejak akhir tahun kewangan sebelumnya yang berakhir 31 Disember 2016.

[Disediakan menurut Perkara 21 dan 22, Bahagian A, Lampiran 9C, Keperluan Penyenaraian Utama]

3.0 PENYENARAIAN HARTANAH

Pada 3 Mei 2002, Syarikat telah mendapat pelepasan Bursa Securities daripada mengemukakan butiran hartanah Syarikat bagi Laporan Tahunan 2001 dan laporan-laporan tahunan berikutnya. Pelepasan tersebut masih sah sehingga kini.

Nilai buku bersih tanah dan bangunan serta penggunaan hartanah bagi tahun kewangan 31 Disember 2017 dinyatakan di muka surat 146 hingga 147 Laporan Kewangan.

[Disediakan menurut Perkara 25, Bahagian A, Lampiran 9C, Keperluan Penyenaraian Utama]

4.0 URUS NIAGA PIHAK BERKAITAN BERULANG (UPBB)

Pada Mesyurat Agung Tahunan Syarikat ke-32 yang diadakan pada 26 April 2017, Syarikat telah memperolehi mandat am daripada para pemegang saham bagi UPBB yang melibatkan Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya (Mandat UPBB) seperti yang tertera dalam Pekeliling Pemegang Saham bertarikh 4 April 2017. Mandat UPBB ini berkuatkuasa sehingga tamatnya MAT Syarikat ke-33 yang akan diadakan pada 26 April 2018.

156

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Menurut Perenggan 10.09(2)(b) dan Perenggan 3.1.5 Nota Amalan 12 Keperluan Penyenaraian Utama, butiran UPBB yang dimeterai dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 selaras dengan Mandat UPBB tersebut adalah seperti berikut:

Syarikat-syarikat

dalam Kumpulan

yang terlibatPihak-pihak

Berkaitan

Pemegang SahamUtama/PengarahBerkepentingan

BentukHubungan Bentuk UPBB

NilaiUrus Niaga

(RM’000)TM dan/atauanak-anaksyarikatnya

Kumpulan Axiata

MKD, Khazanah, Dato’ Sri Dr. Mohmad Isa Hussain, Dato’ Asri Hamidin @ Hamidon dan Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil

Selain kepentingan mereka dalam pegangan saham TM, Khazanah dan MKD mempunyai pegangan saham langsung dan tidak langsung sebanyak 37.26% dalam Axiata.

Dato’ Sri Dr Mohmad Isa dan Pengarah Ganti beliau, Dato’ Asri adalah wakil MKD dalam Lembaga Pengarah TM.

Nik Rizal Kamil adalah wakil Khazanah dalam Lembaga Pengarah TM.

Hasil – Hasil sambungtara daripada Kumpulan Axiata 64,559

– Kos Penyediaan perkhidmatan litar suwa kepada Kumpulan Axiata

10,595

– Penyediaan khidmat berkaitan data dan jalur lebar kepada Kumpulan Axiata

60,672

– Sewa tapak bagi prasarana dan peralatan telekomunikasi dan caj berkaitan oleh Kumpulan TM kepada Kumpulan Axiata

57,351

– Perkhidmatan akses Internet dan jalur lebar kepada Kumpulan Axiata

5

– Penyediaan perkhidmatan pusat panggilan dan penyumberluaran proses perniagaan oleh VADS Berhad (VADS) kepada Kumpulan Axiata

54,592

– Penyediaan perkhidmatan teras gentian optik dan jalur lebar kepada Kumpulan Axiata oleh Fiberail Sdn Bhd

2,315

– Pembekalan gentian optik, jalur lebar, ruang dan kemudahan kepada Kumpulan Axiata oleh Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd (Fibrecomm)

1,644

– Penyewaan premis pejabat kepada Kumpulan Axiata

17,191

Kos– Caj sambungtara oleh Kumpulan Axiata 70,002

– Caj litar suwa oleh Kumpulan Axiata 4,015

– Caj gentian optik dan litar suwa kepada Fibrecomm oleh Kumpulan Axiata

1,041

– Sewaan teras dan perkhidmatan mobiliti oleh Kumpulan Axiata kepada Kumpulan TM

5,768

– Caj Perayauan Domestik oleh Celcom Axiata Berhad kepada Kumpulan TM

272,517

– Sewa tapak bagi prasarana dan peralatan telekomunikasi dan caj berkaitan kepada Kumpulan TM oleh Kumpulan Axiata

685

Jumlah 622,952

TM dan/atauanak-anaksyarikat TM

Kumpulan AMH

Khazanah dan Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil

Selain kepentinganmereka dalam pegangan saham TM, Khazanahmerupakanpemegang sahamutama AMHdengan pegangantidak langsungsebanyak 20.70%.

Nik Rizal Kamiladalah wakilKhazanah dalamLembaga Pengarah TM.

Hasil– Penyediaan perkhidmatan pusat data oleh

VADS kepada Kumpulan AMH1,290

– Penyediaan akses Internet perkhidmatan, jalur lebar dan litar gentian kepada Kumpulan AMH

5,627

– Penyediaan perkhidmatan produk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), transmisi radio dan perkhidmatan keterhubungan oleh TM kepada Kumpulan AMH

20,851

Kos– Penyediaan kandungan oleh AMH kepada

Kumpulan TM0

Jumlah 27,768

MAKLUMAT PEMATUHAN TAMBAHAN

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

157

TELEKOM APPLIED BUSINESS SDN BHDIbu PejabatAras 16, Menara 2 Faber TowerJalan Desa Bahagia, Taman DesaJalan Klang Lama58100 Kuala LumpurTel : +603-7984 4989Faks : +603-7980 1605

PEJABAT CYBERJAYA Aras 1, Sayap KananKompleks TM CyberjayaLingkaran Teknokrat, Cyber 463000 Cyberjaya, SelangorTel : +603-8318 1130Faks : +603-8318 1919

TELEKOM RESEARCH & DEVELOPMENT SDN BHDTM Innovation CentreLingkaran Teknokrat Timur63000 Cyberjaya, SelangorTel : +603-8883 9595Faks : +603-8883 9596

PUSAT OPERASI RANGKAIANAras 13Annexe 1 TM50672 Jalan Pantai BaharuKuala LumpurTel : +603-2240 2948Faks : +603-2241 1424

VADS BERHADMenara TM ONENo. 1, Jalan Damansara60000 Kuala LumpurTel : +603-7859 2222

PT VADS, NARIBA OFFICEJl, Mampang PrapatanNo. 39 Mampang PrapatanJakarta Selatan12790 IndonesiaTel : (62-21)7991 445Faks : (62-21)7991 448

TELEKOM SALES & SERVICES SDN BHDIbu PejabatAras 38, Sayap UtaraMenara TMJalan Pantai Baharu50672 Kuala LumpurTel : +603-2240 3000Faks : +603-2241 3000

WEBE DIGITAL SDN BHD159, Jalan TemplerSeksyen 8 Petaling Jaya46050 Petaling JayaSelangorTel : +6011-1000 1000Laman Sesawang : www.webe.com.my

FIBERAIL SDN BHDAras 7, Wisma TMTaman DesaJalan Desa Utama58100 Kuala LumpurTel : +603-7980 9696Faks : +603-7980 9900Laman Sesawang : www.fiberail.com.my

FIBRECOMM NETWORK (M) SDN BHDAras 37Menara TMJalan Pantai Baharu50672 Kuala LumpurTel : +603 2246 8400Faks : +603 2246 8500Laman Sesawang : www.fibrecomm.net.my

Direktori KumpulanIBU PEJABATAras 51, Sayap Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : +603-2240 9494 100, jika panggilan dalam talian tetap di Malaysia 1 300 888 123 jika panggilan dari telefon mudah alih +603-2241 1290 jika panggilan dari luar negara Faks : +603-2283 2415Laman Sesawang : tm.com.my

Untuk alamat cawangan TMpoint di seluruh negara, sila imbas kod QR.

TM ONEMenara TM ONENo.1, Jalan Damansara60000 Kuala LumpurLaman sesawang : tmone.com.my

TM GLOBALIbu pejabatAras 53, Sayap UtaraMenara TMJalan Pantai Baharu50672 Kuala LumpurTel : +61 800 88 1090Emel : [email protected] Sesawang : tm.com.my/TMGLOBAL

PENGALAMAN PELANGGANAras 43, Sayap UtaraMenara TMJalan Pantai Baharu50672 Kuala LumpurTel : +603-2242 9266 PUSAT ARAHAN PENGURUSAN RANGKAIAN Aras BawahTelekom Complex Cyberjaya3300 Lingkaran Usahawan 1 Timur63000 Cyberjaya SelangorTel : +61 800 88 9947

GITN SDN BERHADIbu PejabatAras 12, Menara TM ONENo. 1, Jalan Damansara60000 Kuala LumpurTel : +603-7859 2525Emel : [email protected]

TM INFO-MEDIA SDN BHDAras 36, Sayap UtaraMenara TMJalan Pantai Baharu50672 Kuala LumpurTel : +61 300 88 9355Faks : +603-2241 4526

158

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

PENGURUSAN HARTANAHAras 11, Wisma TMTaman DesaJalan Desa Utama58100 Kuala LumpurTel : +603-7987 5130Faks : +603-7982 1429

OPERASI HARTANAHAras Mezzanine, Wisma TMTaman DesaJalan Desa Utama58100 Kuala LumpurTel : +603-7987 1001Faks : +603-7987 6006

PENGURUSAN KESELAMATANAras 29, Sayap UtaraMenara TMJalan Pantai Baharu50672 Kuala LumpurTel : +603-2240 1469Faks : +603-2240 0996

PEJABAT SERANTAU TM (TMRO)Amerika Syarikat Telekom Malaysia (USA) Inc 8320 OldCourthouse Road Suite 201Vienna, VA 22182 USATel : +1 703 467 5962Faks : +1 703 467 5966Emel : [email protected]

United Kingdom Telekom Malaysia (UK) LtdSt. Martin’s House16 St. Martin’s Le GrandLondon, EC1A 4EN, UKTel : +44 (0) 207 397 8579Faks : +44 (0) 207 397 8467Emel : [email protected] SingapuraTelekom Malaysia (S) Pte Ltd175A Bencoolen Street#07-09/10/11/12, Burlington SquareSingapura 189650Tel : +65 6532 6369Faks : +65 6532 3742Emel : [email protected]

Hong KongTelekom Malaysia (HK) Ltd Suite 1502, 15th FloorMalaysia Building, 50 Gloucester Road Wanchai, Hong KongTel : +852 2992 0190Faks : +852 2992 0570Emel : [email protected]

AustraliaTelekom Malaysia (Australia) Pty LtdSuite 1A Level 2802 Pacific HighwayGordon NSW 2072AustraliaTel : +61 408 885 752Faks : +61 298 445 445Emel : [email protected]

PERNIAGAAN SOKONGAN Ibu PejabatAras 12, Sayap UtaraMenara TMJalan Pantai Baharu50672 Kuala LumpurTel : +603-2240 4869Faks : +603-7960 3354

UNIVERSITI TELEKOM SDN BHDPersiaran Multimedia63100 CyberjayaSelangorTel : +61 300 80 0668Faks : +603-8312 5022Laman Sesawang : www.mmu.edu.my MENARA KUALA LUMPUR SDN BHDNo. 2, Jalan PunchakOff Jalan P. Ramlee50250 Kuala LumpurTel : +603-2020 5444Faks : +603-2020 5502Laman Sesawang : www.menarakl.com.my

TMF AUTOLEASE SDN BHDLot 1, Persiaran Jubli PerakSeksyen 1740000 Shah AlamSelangorTel : +603-5548 9412Faks : +603-5548 8200 : +603-5510 0286

Direktori Kumpulan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

159

GlosariA

ABAC

Jawatankuasa Audit dan Jaminan Perniagaan

ACA

Anugerah Komunikasi Asia

AGM

Mesyuarat Agung Tahunan

AI

Kecerdikan Rekaan

AIM

Pasaran Pelaburan Alternatif

APPS

Aplikasi

AR

Akaun Belum Diterima

ARC

Anugerah Laporan Tahunan

ASEAN

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara

ASN

Anugerah Sukan Negara

B

BAC

Jawatankuasa Audit Lembaga

BCM

Pengurusan Kesinambungan Perniagaan

BDM

Batam-Dumai-Melaka

BIP

Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar

BNM

Bank Negara Malaysia

BPG

Polisi Perniagaan dan Tadbir Urus

BPO

Penyumberluaran Proses Perniagaan

BRC

Jawatankuasa Risiko Lembaga

BVDP

Program Pembangunan Vendor Bumiputera

B2SJ

Batam-Bangka-Jakarta-Singapura

C

CAPEX

Perbelanjaan Modal

CBE

Kod Etika Perniagaan

CEMT

Pengurusan Pengalaman Pelanggan & Transformasi

CEREBRO

Digitalisasi Direktori

CG

Tadbir Urus Korporat

CLIFF

Pelanggan & LOB dalam Sempadan Penipuan

CMIEA

Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri

COINS

Lebuhraya Maklumat Korporat

CR

Tanggungjawab Korporat

C-RAN

Rangkaian Akses Radio Berpusat

CSA

Penilaian Kawalan Sendiri

CSR

Tanggungjawab Sosial Korporat

CX

Pengalaman Pelanggan

D

DIGITAL WALLET

Inisiatif Pembayaran Digital

DMCS

Sistem Kabel Dumai (Sumatera) Melaka

DRAGON

Revolusi Digital-Pantas dalam Internet

DWDM

Pemultipleksan Pembahagian Gelombang Termampat

E

EBIT

Pendapatan Sebelum Faedah dan Cukai

EBITDA

Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan

EES

Kaji Selidik Penglibatan Pekerja

ERM

Pengurusan Risiko Perniagaan

EYES

Aplikasi Mudah Alih Dalaman

F

FCA

Felo Akauntan Bertauliah

FELDA

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

FTTH

Gentian ke Kediaman

G

GDC

Pusat Digital Kumpulan

GDRN

Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan

GHCM

Pengurusan Modal Insan Kumpulan

GIA

Audit Dalaman Kumpulan

GLC

Syarikat Berkaitan Kerajaan

GLT

Barisan Kepimpinan Kumpulan

GRI

Piawaian Inisiatif Pelaporan Global

H

HSBB

Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi

I

IBC

Liputan dalam Bangunan

ICT

Teknologi Maklumat & Komunikasi

ICSA

Institut Setiausaha

dan Pentadbir Berkanun

IIAM

Institut Juruaudit Dalaman Malaysia

IIM

Institut Integriti Malaysia

IIRC

Majlis Pelaporan Bersepadu Antarabangsa

IIRF

Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu Antarabangsa

INTAN

Institut Tadbiran Awam Negara

IOC

Pusat Operasi Bersepadu

IoT

Segalanya Internet

IPDC

Pusat Data Iskandar Puteri

IPPF

Rangka Kerja Amalan Profesional Antarabangsa

IPTV

Televisyen Protokol Internet

IRDA

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

ISIS

Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa

ISP

Penyedia Perkhidmatan Internet

IT&NT

Teknologi Maklumat dan Teknologi Rangkaian

J

JAL

Jawatankuasa Audit Lembaga

JPG

Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran

JPL

Jawatankuasa Pelaburan Lembaga

JRL

Jawatankuasa Risiko Lembaga

JTL

Jawatankuasa Tender Lembaga

K

KHI

Indeks Kegembiraan Utama

KPI

Penunjuk Prestasi Utama

KL2017

Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9

KVDC

Pusat Data Lembah Klang

L

LOA

Had Kuasa

LOB

Aliran Perniagaan

LTE

Evolusi Jangka Panjang

160

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Glosari

M

MABC

Majlis Perniagaan Malaysia Australia

MAICSA

Institut Setiausaha & Pentadbir Berkanun Malaysia

MAST

Aplikasi Mudah Alih Alat Mengenalpasti Masalah Sendiri

MCCG

Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia

MCT

Malaysia-Kemboja-Thailand

MDeC

Perbadanan Pembangunan Multimedia

MDSV

Penyelesaian Penyampaian Media Menegak

MERCIS

Pengurusan Risiko, Pematuhan, Insurans, Insiden dan Keselamatan Maklumat Perusahaan

MFRS

Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia

MIDA

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

MIER

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia

MKN

Majlis Keselamatan Negara

MOM

Majlis Olimpik Malaysia

MoU

Memorandum Persefahaman

MSC

Koridor Raya Multimedia

MSWG

Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti

N

NACRA

Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan

NADMA

Agensi Pengurusan Bencana Negara

NFP

Pelan Fiber Seluruh Negara

NFV

Rangkaian Fungsi Maya

NGBHTM

Jaringan Penghubung Generasi Akan Datang

NGO

Badan Bukan Kerajaan

NPS

Skor Penggalak Bersih

NSC

Majlis Sukan Negara Malaysia

NuGate

Get Laluan Nusantara

O

OSHE

Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

P

PATAMI

Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti

PBT

Keuntungan Sebelum Cukai

PCCW

Pacific Century Cyberworks

PDB

Petronas Dagangan Berhad

PDRM

Polis Diraja Malaysia

PEMANDU

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan

PERFEXE 10

Model Pelaksanaan 2018-2020

PIDM

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

PIJP

Pelan Insentif Jangka Panjang

PKS

Perusahaan Kecil dan Sederhana

PoP

Titik Kehadiran

PPP

Perkongsian Awam Swasta

PPPL

Program Penambahbaikan Prestasi Lembaga

P2C

Jawatankuasa Pematuhan Rakyat

R

RAN

Rangkaian Akses Radio

REHDA

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia

RO

Pejabat Serantau

R2R

Rekod untuk Laporan

S

SAT-3

Sistem Kabel Atlantik Selatan-3

SC

Suruhanjaya Sekuriti

SDN

Rangkaian Takrifan Perisian

SEA-ME-WE3 (SMW3)

Sistem Kabel Asia Tenggara-Timur Tengah-Eropah Barat 3

SEA-ME-WE4 (SMW4)

Sistem Kabel Asia Tenggara-Timur Tengah-Eropah Barat 4

SEARCCT

Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan

SIRIM

Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia

SKR1M

Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia

SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

SME

Perusahaan Kecil dan Sederhana

SPINE

Prestasi Mampan & Penambahbaikan Rangkaian

SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

SUBB

Jalur Lebar Pinggir Bandar

SWIFT

Perkhidmatan Tanpa Sempadan

T

TMTEC

Pusat Penilaian Tender TM

TM R&DTelekom Research & Development Sdn. Bhd.

TRI*M

Pengukuran Indeks Kepuasan Pelanggan

TSR

Jumlah Pulangan Pemegang Saham

U

USP

Penyediaan Perkhidmatan Sejagat

UN SDG

Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

Ux

Pengalaman Pengguna

V

VDSL

Talian Digital Pelanggan Dengan Kadar Bit Sangat Tinggi

W

WiFi

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar

Y

YTM

Yayasan TM

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

161

Notis Mesyuarat Agung TahunanDENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan Telekom Malaysia Berhad (“TM” atau “Syarikat”) ke-Tiga

Puluh Tiga (ke-33) akan diadakan di Dewan Kristal, Pusat Konvensyen TM, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur,

Malaysia pada hari Khamis, 26 April 2018 pada jam 10:00 pagi untuk tujuan-tujuan berikut, dengan atau tiada sebarang pindaan:

Urusan Biasa

1.0 Untuk menerima Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 berserta Laporan-laporan Pengarah dan Juruaudit berkaitan dengannya.

Sila rujuk Nota Keterangan A

2.0 Untuk melantik semula Pengarah-pengarah berikut yang bersara menurut Artikel 98(2) Tataurus Syarikat dan layak, telah menawarkan diri untuk pelantikan semula:(i) Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly (Resolusi Biasa 1)(ii) Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil (Resolusi Biasa 2)

Sila rujuk Nota Keterangan B 3.0 Untuk melantik semula Pengarah-pengarah berikut yang bersara menurut Artikel 103 Tataurus Syarikat dan layak, telah menawarkan diri untuk

pelantikan semula: (i) Datuk Bazlan Osman (Resolusi Biasa 3) (ii) YM Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin (Resolusi Biasa 4) (iii) Datuk Zalekha Hassan (Resolusi Biasa 5)

Sila rujuk Nota Keterangan C 4.0 Untuk meluluskan pembayaran yuran Pengarah-pengarah berikut berkuatkuasa dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 sehingga mesyuarat

agung tahunan Syarikat yang akan datang:(i) RM30,000 sebulan bagi Pengerusi Bukan Eksekutif (Pengerusi BE), RM20,000 sebulan bagi setiap Pengarah Bukan Eksekutif (Pengarah BE) dan

RM2,250 sebulan bagi Pengarah Bebas Kanan (PBK); dan (ii) RM15,000 sebulan dan RM10,000 sebulan masing-masing bagi Pengerusi BE dan Pengarah-pengarah BE anak-anak Syarikat Tahap 1.Sila rujuk Nota Keterangan D (Resolusi Biasa 6)

5.0 Untuk meluluskan manfaat berbayar kepada Pengerusi BE dan Pengarah-pengarah BE Syarikat berjumlah sehingga RM2,350,000 bermula dari tarikh

Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang. Sila rujuk Nota Keterangan E (Resolusi Biasa 7) 6.0 Untuk melantik semula PricewaterhouseCoopers PLT (PwC) yang telah memberikan persetujuan sebagai Juruaudit Syarikat bagi tahun kewangan

berakhir 31 Disember 2018 dan memberi kuasa kepada Lembaga Pengarah untuk menetapkan ganjaran mereka. Sila rujuk Nota Keterangan F (Resolusi Biasa 8)

Sebagai Urusan Khas

7.0 Untuk menimbang dan sekiranya wajar meluluskan Resolusi-resolusi berikut:

7.1 Cadangan Pembaharuan Kuasa untuk Memperuntuk dan Menerbit Saham-saham menurut Seksyen 75 Akta Syarikat, 2016

BAHAWA tertakluk kepada peruntukan Akta Syarikat 2016, Tataurus Syarikat dan kelulusan pihak berkuasa dan/atau badan-badan kawalselia berkaitan, yang mana kelulusan diperlukan, Pengarah-pengarah adalah dengan ini diberi kuasa untuk memperuntuk dan menerbitkan saham-saham Syarikat menurut Seksyen 75 Akta Syarikat 2016, kepada mana-mana pihak selain daripada Pengarah atau pemegang saham utama Syarikat atau sesiapa yang berkaitan dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham utama Syarikat, pada bila-bila masa sehingga berakhirnya mesyuarat agung tahunan yang akan datang, dengan bilangan tertentu dan kepada pihak berkenaan menurut terma dan syarat dan tujuan tertentu yang difikirkan wajar oleh para Pengarah, mengikut budi bicara mutlak mereka, dengan syarat jumlah agregat saham yang akan diterbitkan tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada modal terbitan dan berbayar Syarikat pada masa ini DAN BAHAWA para Pengarah dengan ini diberi kuasa untuk mendapatkan kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Berhad bagi tujuan penyenaraian dan sebut harga bagi saham-saham tambahan yang diterbitkan DAN SELANJUTNYA BAHAWA kuasa tersebut akan berkuatkuasa serta-merta sejurus Resolusi ini diluluskan dan akan terus berkuatkuasa sehingga berakhirnya mesyuarat agung tahunan Syarikat akan datang. Sila rujuk Nota Keterangan G (Resolusi Biasa 9)

162

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

7.2 Cadangan Pembaharuan Kuasa kepada Pengarah-pengarah untuk Memperuntuk dan Menerbitkan Saham-saham Biasa Baru dalam Syarikat (Saham TM) menurut Skim Pelaburan Semula Dividen (Skim Pelaburan Dividen)

BAHAWA selaras dengan Skim Pelaburan Dividen yang telah diluluskan di Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 8 Mei 2014, kelulusan

dengan ini diberi kepada Syarikat untuk memperuntuk dan menerbitkan sejumlah saham baru TM menurut Skim Pelaburan Dividen sehingga berakhirnya mesyuarat agung tahunan akan datang menurut terma-terma dan syarat-syarat dan kepada mereka yang berkenaan mengikut budi bicara mutlak para Pengarah dan untuk kepentingan Syarikat DENGAN SYARAT harga terbitan saham baru TM ditetapkan oleh para Pengarah dengan diskaun tidak melebihi sepuluh peratus (10%) dari nilai harga pasaran purata wajaran lima (5) hari (VWAMP) yang diselaraskan bagi Saham TM sejurus sebelum tarikh penetapan harga, yang mana VWAMP akan diselaraskan sebagai ex-dividen sebelum mengguna pakai diskaun yang disebutkan dalam penetapan harga terbitan Saham TM pada masa material tersebut;

DAN BAHAWA Lembaga Pengarah Syarikat dengan ini diberi kuasa untuk mengambil segala tindakan dan melaksanakan sebarang transaksi, perancangan dan menandatangani sebarang dokumen yang mungkin dianggap wajar atau segera, untuk melaksanakan Skim Pelaburan Dividen dengan kuasa sepenuhnya untuk menyetujui sebarang syarat, pengubahsuaian, perubahan dan/atau pindaan (jika ada) yang mungkin dikenakan atau dipersetujui oleh mana-mana pihak berkuasa berkaitan berikutan pelaksanaan syarat-syarat tersebut, pengubahsuaian, perubahan dan/atau pindaan, sebagaimana para Pengarah, menurut budi bicara mutlak mereka menganggapnya wajar dan demi kepentingan Syarikat.

Sila rujuk Nota Keterangan H (Resolusi Biasa 10)

7.3 Cadangan Pembaharuan Mandat Pemegang-pemegang Saham bagi Urus niaga-urus niaga Berulang dengan Pihak Berkaitan yang Bersifat Hasil atau Perdagangan (Cadangan Pembaharuan Mandat Pemegang-Pemegang Saham)

BAHAWA selaras dengan peruntukan perenggan 10.09 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, kelulusan

dengan ini diberi kepada Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya untuk menjalankan urus niaga-urus niaga berulang dengan pihak berkaitan bersifat hasil atau perdagangan sepertimana yang dinyatakan di Lampiran I Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham bertarikh 28 Mac 2018 yang perlu bagi operasi harian DENGAN SYARAT urus niaga-urus niaga tersebut adalah urusan biasa Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya, yang dilaksanakan secara telus dengan terma-terma yang tidak lebih memihak kepada pihak-pihak berkaitan berbanding dengan terma-terma yang terpakai kepada awam dan tidak menjejaskan kepentingan pemegang-pemegang saham minoriti Syarikat.

BAHAWA kelulusan tersebut akan terus berkuatkuasa sehingga:

(i) tamatnya mesyuarat agung tahunan Syarikat akan datang yang mana kuasa ini akan luput, kecuali kuasa tersebut diperbaharui melalui resolusi yang diluluskan pada mesyuarat agung tersebut;

(ii) tamatnya tempoh bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan Syarikat yang akan datang seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 340(1) Akta Syarikat 2016 (tetapi tidak boleh melebihi tempoh lanjutan yang dibenarkan di bawah Seksyen 340(4) Akta Syarikat 2016); atau

(iii) dibatal atau dipinda melalui resolusi yang diluluskan oleh pemegang-pemegang saham Syarikat dalam mesyuarat agung,

yang mana lebih awal;

DAN BAHAWA Lembaga Pengarah Syarikat dengan ini diberi kuasa dan dibenarkan untuk mengambil segala tindakan dan membuat perkara-perkara yang perlu dan wajar (termasuk menandatangani kesemua dokumen berkaitan, di bawah cap mohor Syarikat selaras dengan Perlembagaan Syarikat, sekiranya perlu) untuk melaksanakan Cadangan Pembaharuan Mandat Pemegang-pemegang Saham.

Sila rujuk Nota Keterangan I (Resolusi Biasa 11)

7.4 Cadangan Mandat Tambahan Pemegang-pemegang Saham bagi Urus niaga-urus niaga Berulang dengan Pihak Berkaitan yang Bersifat Hasil atau Perdagangan (Cadangan Mandat Tambahan Pemegang-pemegang Saham)

BAHAWA selaras dengan peruntukan perenggan 10.09 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, kelulusan dengan ini diberi kepada Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya untuk menjalankan urus niaga-urus niaga berulang dengan pihak berkaitan yang bersifat hasil atau perdagangan sebagaimana yang dinyatakan di Lampiran II Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham bertarikh 28 Mac 2018 yang perlu bagi operasi harian DENGAN SYARAT urus niaga-urus niaga tersebut adalah urusan biasa Syarikat dan/atau anak-anak syarikatnya, yang dilaksanakan secara telus dengan terma-terma yang tidak lebih memihak kepada pihak-pihak berkaitan berbanding dengan terma-terma yang terpakai kepada awam dan tidak menjejaskan kepentingan pemegang-pemegang saham minoriti Syarikat.

BAHAWA, kelulusan tersebut akan terus berkuatkuasa sehingga:

(i) tamatnya mesyuarat agung tahunan Syarikat akan datang yang mana kuasa ini akan luput, kecuali kuasa tersebut diperbaharui melalui resolusi yang diluluskan pada mesyuarat agung tersebut;

(ii) tamatnya tempoh bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan Syarikat yang akan datang seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 340(1) Akta Syarikat 2016 (tetapi tidak boleh melebihi tempoh lanjutan yang dibenarkan di bawah Seksyen 340(4) Akta Syarikat 2016); atau

(iii) dibatal atau dipinda melalui resolusi yang diluluskan oleh pemegang-pemegang saham Syarikat dalam mesyuarat agung,

yang mana lebih awal;

Notis Mesyuarat Agung Tahunan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

163

DAN BAHAWA Lembaga Pengarah Syarikat dengan ini diberi kuasa dan dibenarkan untuk mengambil segala tindakan dan membuat perkara-perkara yang perlu dan wajar (termasuk menandatangani kesemua dokumen berkaitan, di bawah cap mohor Syarikat selaras dengan Perlembagaan Syarikat, sekiranya perlu) untuk melaksanakan Cadangan Pembaharuan Mandat Pemegang-pemegang Saham.

Sila rujuk Nota Keterangan J (Resolusi Biasa 12)

7.5 Cadangan Peruntukan kepada Pengarah-pengarah Eksekutif Syarikat selaras dengan Pelan Insentif Jangka Panjang (PIJP) Sedia Ada

a) Cadangan Peruntukan PIJP kepada Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat

BAHAWA selaras dengan kelulusan pemegang-pemegang saham di Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan pada 28 April 2016 yang memperuntukkan PIJP tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada terbitan saham biasa Syarikat (tidak termasuk Saham Perbendaharaan, jika ada) bagi anggota dan Pengarah-pengarah Eksekutif TM termasuk anak-anak syarikatnya yang layak, Lembaga Pengarah (kecuali Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly) dengan ini diberi kuasa pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa sepanjang tempoh PIJP, untuk melaksanakan peruntukan sehingga 6,000,000 Saham TM kepada Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat di bawah PIJP, tertakluk kepada syarat-syarat hak pemberian dan terma dan syarat-syarat lain selaras dengan Undang-Undang Kecil PIJP.

DAN BAHAWA Lembaga Pengarah dengan ini diberi kuasa untuk memperuntuk dan menerbitkan Saham TM baru selaras dengan PIJP dari masa ke semasa selaras dengan syarat-syarat hak pemberian beliau.

Sila rujuk Nota Keterangan K (Resolusi Biasa 13)

b) Cadangan Peruntukan PIJP kepada Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat

BAHAWA selaras dengan kelulusan pemegang-pemegang saham di Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan pada 28 April 2016 yang memperuntukkan PIJP tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada terbitan saham biasa Syarikat (tidak termasuk Saham Perbendaharaan, jika ada) bagi anggota dan Pengarah-pengarah Eksekutif TM termasuk anak-anak syarikatnya yang layak, Lembaga Pengarah (kecuali Datuk Bazlan Osman) dengan ini diberi kuasa pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa sepanjang tempoh PIJP, untuk melaksanakan peruntukan sehingga 5,400,000 Saham TM kepada Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat di bawah PIJP, tertakluk kepada syarat-syarat hak pemberian dan terma dan syarat-syarat lain selaras dengan Undang-Undang Kecil PIJP.

DAN BAHAWA Lembaga Pengarah dengan ini diberi kuasa untuk memperuntuk dan menerbitkan Saham TM baru selaras dengan PIJP dari masa ke semasa selaras dengan syarat-syarat hak pemberian beliau.

Sila rujuk Nota Keterangan L (Resolusi Biasa 14)

7.6 Cadangan Menerimapakai Perlembagaan Baru bagi Menggantikan Tataujud dan Tataurus Sedia Ada Syarikat (Cadangan Perlembagaan Baru)

BAHAWA kelulusan dengan ini diberi kepada Syarikat untuk menerimapakai Perlembagaan Baru dalam bentuk dan cara seperti yang dinyatakan di Lampiran III Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham bertarikh 28 Mac 2018 bagi menggantikan Tataujud dan Taturus Syarikat sedia ada.

DAN BAHAWA Pengarah-pengarah Syarikat dengan ini diberi kuasa untuk melaksanakan sebarang pengubahsuaian, pindaan dan/atau perubahan yang diperlukan oleh pihak-pihak berkenaan serta mengambil tindakan yang wajar untuk melaksanakan Cadangan Perlembagaan Baru.

Sila rujuk Nota Keterangan M (Resolusi Khas 1) 8.0 Untuk membincangkan perkara-perkara lain di mana notis mengenainya telah diterima selaras dengan Seksyen 340(1) Akta Syarikat 2016.

NOTIS LANJUT DENGAN INI DIBERIKAN BAHAWA bagi tujuan menentukan kelayakan ahli untuk menghadiri, bersuara dan mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 ini, Syarikat akan meminta Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (Bursa Depository), menurut Artikel 74(3)(a) Tataurus Syarikat dan Seksyen 34(1) Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat), 1991 (SICDA) untuk mengeluarkan Rekod Pendeposit Mesyuarat Agung (Rekod Pendeposit) setakat 18 April 2018. Hanya Pendeposit yang namanya tercatat dalam Rekod Pendeposit setakat 18 April 2018 sahaja layak hadir atau melantik proksi-proksi untuk hadir, bersuara dan mengundi bagi pihak beliau pada Mesyuarat ini.

Dengan Perintah Lembaga Pengarah

Hamizah Abidin (LS0007096)Zaiton Ahmad (MAICSA 7011681)Setiausaha-setiausaha

Kuala Lumpur 28 Mac 2018

164

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

NOTA-NOTA:

Proksi dan/atau Wakil yang diberi Kuasa

1. Ahli yang berhak hadir, bersuara dan mengundi pada Mesyuarat ini berhak melantik seorang proksi untuk hadir, bersuara dan mengundi bagi pihak dirinya. Seorang proksi atau wakil tidak semestinya seorang Ahli Syarikat. Seorang ahli boleh melantik sesiapa sahaja sebagai proksi tanpa sebarang sekatan terhadap kelayakan proksi tersebut.

2. Ahli tidak boleh melantik lebih daripada dua (2) proksi untuk hadir, bersuara dan mengundi pada Mesyuarat yang sama kecuali Ahli Syarikat itu adalah

penama yang diberi kuasa di bawah peruntukan SICDA, di mana beliau boleh melantik sekurang-kurangnya satu (1) proksi tetapi tidak melebihi dua (2) proksi bagi setiap akaun sekuriti yang dipegangnya yang mana masih berbaki kredit saham-saham biasa Syarikat. Bagi penama terkecuali yang diberi kuasa dan memegang saham biasa Syarikat untuk beberapa pemilik benefisiari dalam satu (1) akaun sekuriti (akaun omnibus), tiada had bagi bilangan proksi yang boleh dilantik oleh penama terkecuali tersebut bagi setiap akaun omnibus yang dipegang.

3. Sekiranya Ahli melantik dua (2) proksi, pelantikan itu adalah tidak sah kecuali bilangan saham yang diwakilkan kepada setiap proksi tersebut dinyatakan.

4. Surat cara pelantikan proksi hendaklah dibuat secara bertulis oleh pelantik atau wakil yang dilantik di bawah Surat Kuasa Wakil atau jika pelantik adalah sebuah perbadanan, surat cara itu hendaklah dimeterai dengan cop mohornya atau disempurnakan oleh pegawai atau wakil yang dilantik di bawah Surat Kuasa Wakil tersebut. Jika borang proksi dibuat secara bertulis oleh pelantik yang diberi kuasa, ia harus diiringi kenyataan “ditandatangani oleh pelantik yang berkuasa di bawah Dokumen Pemberikuasaan yang masih berkuat kuasa, yang mana tiada notis pemansuhan diterima”. Jika borang proksi ini ditandatangani oleh wakil di bawah Surat Kuasa Wakil ia harus diiringi kenyataan “ditandatangani di bawah Surat Kuasa Wakil yang masih berkuat kuasa, yang mana tiada notis pemansuhan diterima”. Sesalinan Dokumen Pemberikuasaan atau Surat Kuasa Wakil yang sah menurut undang-undang di bawah bidang kuasa di mana ia dibuat dan dilaksanakan, hendaklah dilampirkan bersama borang proksi tersebut.

5. Sebuah perbadanan yang menjadi Ahli, boleh melalui resolusi pengarah-pengarah mereka atau pihak berkuasa yang berkaitan memberi kuasa kepada sesiapa yang difikirkan wajar sebagai wakil ke Mesyuarat tersebut menurut Artikel 92 Tataurus Syarikat.

6. Surat cara pelantikan proksi berserta Surat Kuasa Wakil yang telah disempurnakan seperti yang dinyatakan dalam Nota 4, jika ada, mestilah dikemukakan ke Pejabat Pendaftar Saham Syarikat, Symphony Share Registrars Sdn Bhd (378993-D), Aras 6, Symphony House, Pusat Dagangan Dana 1, Jalan PJU 1A/46, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia tidak lewat dari 24 jam sebelum waktu yang ditetapkan bagi mengadakan undian secara bertulis (poll) atau tidak lewat dari jam 12:00 tengah hari pada 25 April 2018.

Pendaftar Saham juga akan menyediakan peti di tingkat bawah bangunan pejabatnya untuk serahan borang-borang proksi. NOTA-NOTA PENJELASAN

7. Nota Penjelasan A Penyata Kewangan yang telah diaudit adalah untuk perbincangan sahaja dan tidak memerlukan kelulusan para pemegang saham selaras dengan

peruntukan Seksyen 266(1)(a) dan 340(1)(a) Akta Syarikat 2016. Oleh itu, ia tidak dikemukakan untuk pengundian. 8. Nota Penjelasan B dan C Artikel 98(2) memperuntukkan mana-mana Pengarah yang dilantik pada tahun berkenaan perlu bersara di mesyuarat agung tahunan seterusnya,

di mana mereka layak untuk lantikan semula. Pengarah-pengarah tersebut tidak akan diambilkira bagi menentukan Pengarah-pengarah yang akan bersara secara giliran pada mesyuarat agung tahunan yang sama. Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly dan Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil masing-masing telah dilantik pada 1 Mei 2017 dan 30 April 2017, dan layak untuk pemilihan semula, telah menawarkan diri untuk dilantik semula sebagai Pengarah Syarikat.

Artikel 103 mensyaratkan satu pertiga (1/3) daripada jumlah semasa Pengarah untuk bersara secara giliran pada mesyuarat agung tahunan Syarikat. Kesemua Pengarah perlu bersara sekurang-kurangnya sekali setiap tiga (3) tahun akan tetapi layak untuk dilantik semula. Tiga (3) daripada sepuluh (10) Pengarah akan bersara selaras dengan Artikel 103. Datuk Bazlan Osman, YM Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin dan Datuk Zalekha Hassan akan bersara dan layak untuk pemilihan semula, serta telah menawarkan diri untuk dilantik semula sebagai Pengarah Syarikat.

Lembaga telah menilai status bebas Pengarah-pengarah Bebas yang menawarkan diri untuk pelantikan semula pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 ini, termasuk dari aspek kemahiran, pengalaman, perilaku, integriti, kecekapan dan sumbangan mereka. Sepertimana yang dinyatakan dalam Penyata Mengiringi Notis Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 (Penyata Iringan), profil Pengarah-pengarah yang bersara dinyatakan dalam Profil Pengarah di muka surat 91 sehingga 94 Gambaran Keseluruhan Korporat, dalam Laporan Tahunan Bersepadu 2017. Butiran penilaian semua pengarah yang menawarkan diri untuk pelantikan semula dinyatakan pada muka surat 124 Gambaran Keseluruhan Korporat.

Notis Mesyuarat Agung Tahunan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

165

9. Nota Penjelasan D dan E Seksyen 230(1) Akta Syarikat 2016, menyatakan antara lain, bahawa “yuran” para pengarah dan “sebarang manfaat berbayar” yang perlu dibayar kepada

pengarah-pengarah syarikat tersenarai dan anak-anak syarikatnya perlu diluluskan di mesyuarat agung. Sehubungan itu, cadangan pembayaran yuran dan manfaat berbayar kepada Pengerusi BE dan Pengarah-pengarah BE dibentangkan melalui dua (2) resolusi berasingan untuk kelulusan pemegang-pemegang saham, seperti berikut:

(i) Resolusi Biasa 6 berkenaan pembayaran yuran baru Pengarah-pengarah Syarikat dan anak-anak syarikat Tahap 1, bermula dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 sehingga mesyuarat agung tahunan akan datang; dan

(ii) Resolusi Biasa 7 berkenaan pembayaran manfaat berbayar kepada Pengerusi BE dan Pengarah-pengarah BE bermula dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 sehingga mesyuarat agung tahunan akan datang.

Resolusi Biasa 6: Yuran Pengarah-pengarah Pemegang-pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 yang diadakan pada 26 April 2017 telah meluluskan pembayaran Yuran pengarah-

pengarah bermula dari Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 sehingga Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 Syarikat. Yuran Pengerusi BE dan Pengarah-pengarah BE sediada kali terakhir disemak semula setelah penilaian semula dilakukan oleh perunding bebas luar, dan telah diluluskan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-28 yang diadakan pada 7 Mei 2013, berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.

Selepas tempoh enam tahun, Lembaga Pengarah kini mencadangkan semakan semula yuran Pengarah-pengarah semasa bagi memastikan ianya dapat menarik minat dan mengekalkan bakat serta sebagai dorongan kepada Pengarah-pengarah untuk mencapai matlamat jangka panjang Syarikat. Imbuhan yang dicadangkan telah mengambilkira keperluan, kepelbagaian tanggungjawab dan prestasi Syarikat termasuk kemahiran, dan pengalaman yang diperlukan. Oleh itu, semakan semula imbuhan ini perlu mencerminkan peningkatan kerumitan tugas, tanggungjawab, harapan dan komitmen para Pengarah BE dan memastikan ianya setara dengan pasaran semasa. Untuk tujuan ini, firma perunding bebas telah dilantik pada Oktober 2017 untuk melaksanakan analisa perbandingan dan mencadangkan semakan semula yang wajar. Disamping itu, semakan semula ini telah mengambilkira Laporan Imbuhan Pengarah BE 2017 oleh sebuah firma audit bertauliah.

Cadangan semakan yuran ini telah dibincangkan secara menyeluruh oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Lembaga (JPG) pada Januari dan Februari 2018, dan telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah untuk dibentangkan bagi kelulusan pemegang-pemegang saham. Cadangan tersebut melibatkan semakan yuran tetap Pengarah-pengarah sahaja, yang akan berkuatkuasa dari Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 sehingga mesyuarat agung tahunan akan datang (Tempoh Ditetapkan), seperti berikut:

(i) Kenaikan Yuran Pengerusi BE dari RM23,000 sebulan kepada RM30,000 sebulan; dan (ii) Kenaikan Yuran Pengarah-pengarah BE dari RM15,000 sebulan kepada RM20,000 sebulan.

Lembaga Pengarah berpendapat bahawa cadangan kenaikan yuran yang dikemukakan adalah wajar dan berpatutan memandangkan imbuhan Pengarah-pengarah sedia ada telah diguna pakai sejak tahun 2012.

Selaras dengan Rangka Kerja Imbuhan Lembaga Anak-anak Syarikat TM (Rangka Kerja Imbuhan), anak-anak syarikat TM telah dikategorikan menurut tahap masing-masing berdasarkan kedudukan strategik, tahap hasil dan sumbangan kepada TM serta fokus perniagaan. Berdasarkan polisi Rangka Kerja Imbuhan, yuran pengarah bagi syarikat yang dikategorikan sebagai Anak-anak Syarikat Tahap 1 telah ditetapkan pada kadar 50% dari Rangka Kerja Imbuhan TM. Oleh itu yuran Pengerusi BE dan Pengarah-pengarah BE yang dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat Tahap 1 juga disemak semula, masing-masing dari RM11,500 sebulan kepada RM15,000 sebulan, dan dari RM7,500 sebulan kepada RM10,000 sebulan sepanjang Tempoh Ditetapkan.

Resolusi Biasa 7: Manfaat Berbayar Meskipun kebanyakan syarikat telah memperkenalkan dan membayar yuran bulanan bagi jawatankuasa Lembaga, JPG dan Lembaga Pengarah

bersetuju mengekalkan Rangka Kerja Imbuhan sedia ada. Manfaat Berbayar kepada Pengerusi BE dan Pengarah-pengarah BE menurut Piagam Lembaga Pengarah terdiri daripada bayaran mesyuarat, emolumen dan manfaat boleh tuntut seperti berikut:

(i) Tiada pindaan dicadangkan ke atas struktur yuran mesyuarat Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga sediada, seperti berikut:

LembagaTM

(RM)

JawatankuasaAudit

Lembaga(RM)

JawatankuasaPencalonan &

Ganjaran(RM)

JawatankuasaTender

Lembaga(RM)

JawatankuasaRisiko

Lembaga(RM)

JawatankuasaPelaburanLembaga

(RM)

JawatankuasaPIJP (RM)

Pengerusi 3,500 3,250 2,500 3,250 2,500 2,500 2,500Pengarah BE 3,000 2,500 2,000 2,500 2,000 2,000 2,000

Nota: Lembaga pengarah diberi kuasa menetapkan yuran kepada Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga sementara.

(ii) Tiada pindaan dicadangkan ke atas yuran mesyuarat selaras dengan Rangka Kerja Imbuhan sediada, seperti berikut:

Kategori anak-anak syarikat TM

Pengerusi BE Pengarah BE Yuran Jawatankuasa

Yuran Mesyuarat(RM)

Yuran Mesyuarat(RM)

YuranPengerusi Mesyuarat

(RM)

Yuran Ahli Mesyuarat

(RM)Anak-anak Syarikat Tahap 1 1,500 1,000 500 300Anak-anak Syarikat Tahap 2 1,500 1,000 Tiada Tiada

(iii) Manfaat lazim seperti manfaat boleh tuntut bagi perjalanan pembangunan perniagaan ke luar negara tahunan, tambang perjalanan, tuntutan perjalanan harian bagi Pengarah Asing, peralatan perniagaan, bil telekomunikasi, insurans dan perlindungan perubatan.

166

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Dalam menentukan anggaran manfaat berbayar kepada Pengerusi BE dan Pengarah-pengarah BE, pelbagai faktor, termasuk bilangan mesyuarat yang dijadualkan bagi Lembaga TM, Jawatankuasa Lembaga, Lembaga Pengarah anak-anak Syarikat dan Pengarah-pengarah BE yang terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut diambil kira.

Tertakluk kepada kelulusan pemegang-pemegang saham bagi Resolusi Biasa 6 dan 7, bayaran yuran dan manfaat berbayar sepanjang Tempoh Ditetapkan akan dibuat oleh Syarikat dan anak-anak syarikat pada setiap bulan dan/atau apabila mesyuarat-mesyuarat tersebut telah diadakan dan apabila faedah-faedah tersebut dituntut. Lembaga Pengarah berpendapat bahawa pembayaran tersebut adalah wajar dan saksama memandangkan Pengerusi BE dan Pengarah-pengarah BE telah melaksanakan tanggungjawab dan memberikan perkhidmatan mereka kepada Syarikat dan anak-anak syarikatnya.

Mana-mana Pengarah BE yang merupakan pemegang saham Syarikat akan berkecuali dari mengundi Resolusi Biasa 6 dan 7 berkenaan imbuhan Pengarah-Pengarah BE di Mesyuarat Agong Tahunan ke-33.

10. Nota Penjelasan F Jawatankuasa Audit Lembaga (JAL) dan Lembaga Pengarah dalam mesyuaratnya masing-masing pada 20 Februari 2018 dan 27 Februari 2018 telah

menimbang pelantikan semula PwC sebagai Juruaudit Syarikat dan bersetuju secara kolektif bahawa PwC telah menepati kriteria yang ditetapkan di bawah Perenggan 15.21 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

11. Nota Penjelasan G Syarikat tidak menerbitkan sebarang saham baru di bawah mandat am bagi peruntukan dan penerbitan saham tidak melebihi 10% saham terbitan

dan berbayar Syarikat yang telah diluluskan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 yang diadakan pada 26 April 2017. Mandat ini akan luput setelah tamatnya Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 yang akan diadakan pada 26 April 2018.

Resolusi Biasa 9 yang dicadangkan adalah pembaharuan mandat am yang diperolehi daripada pemegang-pemegang saham Syarikat pada Mesyuarat

Agung Tahunan yang lalu. Menurut Seksyen 75 Akta Syarikat 2016, pembaharuan mandat diperlukan daripada pemegang-pemegang saham untuk para pengarah memperuntuk dan menerbit saham baru Syarikat bagi jumlah agregat saham tidak melebihi 10% saham terbitan dan berbayar Syarikat bagi tujuan tertentu yang difikirkan wajar oleh para pengarah dan untuk kepentingan Syarikat termasuk aktiviti pengumpulan dana untuk kegunaan perbelanjaan modal kerja dan pelaburan strategik Syarikat.

Jika diluluskan, resolusi ini akan memberi mandat dan fleksibiliti kepada Syarikat dan para Pengarah untuk memperuntuk dan menerbit saham baru Syarikat bagi aktiviti pengumpulan dana tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada pemegang-pemegang saham selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 ini, yang mungkin akan melewatkan usaha pengumpulan dana serta menjimatkan kos dalam mengadakan mesyuarat agung. Pemberian kuasa ini, kecuali dimansuhkan atau diubah oleh Syarikat pada mesyuarat agung, akan sah sehingga mesyuarat agung tahunan Syarikat yang akan datang.

12. Nota Penjelasan H Resolusi Biasa 10 adalah cadangan pembaharuan kuasa kepada para Pengarah untuk memperuntuk dan menerbitkan saham biasa baru di dalam

Syarikat bagi dividen-dividen yang akan diisytiharkan, jika ada, di bawah Skim Pelaburan Dividen, sehingga tamatnya mesyuarat agung tahunan yang akan datang.

13. Nota Penjelasan I & J Resolusi Biasa 11 dan 12, jika diluluskan, akan memberi kuasa kepada Syarikat dan/atau anak-anak syarikat untuk menjalankan urus niaga-urus

niaga berulang dengan pihak berkaitan yang perlu bagi operasi harian Kumpulan, dengan terma-terma yang tidak lebih memihak kepada Pihak-pihak Berkaitan berbanding dengan terma-terma yang terpakai kepada awam. Mandat ini akan luput setelah tamatnya mesyuarat agung tahunan yang akan datang kecuali kuasa untuk memperbaharui mandat tersebut diperolehi daripada pemegang-pemegang saham Syarikat pada mesyuarat agung.

14. Nota Penjelasan K & L Para pemegang saham TM di Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan pada 28 April 2016 telah meluluskan peruntukan saham TM di bawah PIJP

kepada Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan ketika itu. Menurut Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama, kelulusan pemegang-pemegang saham diperlukan untuk sebarang peruntukan saham kepada Pengarah-pengarah.

Cadangan Resolusi Biasa 13, jika diluluskan, akan membolehkan Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baru dilantik pada 1 Mei 2017 untuk menyertai PIJP. Manakala cadangan Resolusi Biasa 14, sekiranya diluluskan akan membolehkan Datuk Bazlan Osman yang telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada 1 April 2017 untuk terus menyertai PIJP berdasarkan jawatan baru beliau.

Cadangan peruntukan ini merupakan jumlah maksimum saham TM yang boleh diagihkan kepada Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly dan Datuk Bazlan Osman tertakluk kepada pencapaian sasaran prestasi individu mereka dan matlamat syarikat pada masa pemilikan. Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly dan Datuk Bazlan Osman serta individu-individu berkaitan dengan mereka akan berkecuali dari mengundi resolusi ini dan kedua-duanya juga telah berkecuali dalam perbincangan dan pengundian mengenai perkara ini pada Mesyuarat Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa PIJP, JPG dan Lembaga Pengarah TM (kecuali Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly dan Datuk Bazlan Osman) telah membincangkan cadangan ini dan bersetuju peruntukan maksimum yang dicadangkan adalah wajar dan saksama, dan ianya selaras dengan kepentingan Pengarah-pengarah Eksekutif bertepatan dengan matlamat peningkatan nilai pemegang-pemegang saham serta kejayaan jangka panjang Kumpulan TM.

15. Nota Penjelasan M Resolusi Khas 1, jika diluluskan, akan menyelaraskan Perlembagaan Syarikat dengan peruntukan Akta Syarikat 2016 dan pindaan baru kepada

Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama serta meningkatkan kecekapan pentadbiran. Lembaga Pengarah mencadangkan Tataujud dan Tataurus sedia ada dipinda secara keseluruhan dan diganti dengan Perlembagaan yang baru memandangkan ianya melibatkan pindaan yang banyak. Perlembagaan baru tersebut akan berkuatkuasa setelah diluluskan oleh majoriti tidak kurang daripada 75% ahli yang berhak mengundi dan mengundi sendiri atau dengan proksi pada mesyuarat Agung Tahunan ke-33.

* Jika terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, vesi bahasa Inggeris hendaklah diterima pakai.

Notis Mesyuarat Agung Tahunan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

167

Penyata Mengiringi Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-33Menurut Perenggan 8.27(2) dan Lampiran 8A Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad

1. Profil Pengarah-pengarah berikut yang akan bersara menurut Artikel 98(2) Tataurus Syarikat seperti di Resolusi Biasa 1 dan 2 Notis Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 dinyatakan di muka surat 91 dan 93;

(i) Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly (Pengarah Eksekutif Bukan Bebas) (PEBB) (ii) Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)

2. Profil Pengarah-pengarah berikut yang akan bersara menurut Artikel 103 Tataurus Syarikat seperti di Resolusi Biasa 3 hingga 5 dalam Notis Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 dinyatakan di muka surat 92 hingga 94;

(i) Datuk Bazlan Osman (PEBB) (ii) YM Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin (Pengarah Bebas Kanan) (iii) Datuk Zalekha Hassan (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)

Kesemua Pengarah di atas tidak mempunyai kepentingan dalam saham Syarikat, kecuali Datuk Bazlan Osman. Pegangan saham beliau dinyatakan di muka surat 23 dan 143 Penyata Kewangan.

Tiada Pengarah yang mempunyai pertalian keluarga dengan mana-mana Pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat kecuali Encik Nik Rizal Kamil Tan Sri Nik Ibrahim Kamil, yang merupakan anggota dan pengarah yang dicalonkan oleh Khazanah, pemegang saham utama TM. Beliau tidak mempunyai percanggahan kepentingan dengan TM, bebas daripada sebarang kesalahan selain dari kesalahan trafik dalam tempoh 5 tahun yang lalu, atau sebarang sekatan awam atau penalti oleh mana-mana badan kawal selia sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Dua pengarah bebas iaitu Tunku Dato’ Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin dan Datuk Zalekha Hassan, memenuhi kriteria pengarah bebas seperti yang dinyatakan di Perenggan 1.01 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities, termasuk bebas dari pengurusan dan tidak terlibat dengan mana-mana perniagaan atau hubungan lain yang boleh menjejaskan pertimbangan bebas atau keupayaan mereka bertindak untuk kepentingan Syarikat dan juga bebas dari pemegang saham utama.

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

169

www.tm.com.my