Refleksi Individu Shafuan

download Refleksi Individu Shafuan

of 1

Transcript of Refleksi Individu Shafuan

  • 8/9/2019 Refleksi Individu Shafuan

    1/1

    Refleksi Individu

    Pada hari kami mula-mula menerima tugasan ini daripada pensyarah kami

    iaitu Encik Saifudin Azam Shah Bin Ahmad, kumpulan kami telah membuat satu

    perbincangan dan pembahagian tugas untuk menyelesaikan kerja kursus pendek ini.

    Masing-masing telah diberi tugas untuk mencari maklumat dan info yang boleh

    digunakan di dalam KKP ini. Sepanjang waktu pelaksanaan kerja kursus ini, terdapat

    beberapa masalah yang terpaksa kami tempuhi.

    Ketiadaan masa yang cukup untuk kami melaksanakan KKP ini kerana

    terpaksa komited dengan aktiviti-aktiviti lain yang telah ditentukan oleh institut.

    Walaupun keadaan seperti itu, kami bagaimanapun cuba untuk mengumpulkan

    maklumat yang perlu kami dapatkan. Masalah utama dalam kumpulan kami adalah

    setiap ahli ada tanggungjawab yang terpaksa mereka lakukan termasuk saya sendiri

    menyebabkan perjumpaan kumpulan tidak dapat dilakukan dengan sempurna

    apabila setiap kali pasti akan ada salah seorang ahli kumpulan yang tidak mampu

    hadir. Banyak yang saya telah pelajari sewaktu pelaksanaan kerja kursus pendek ini.

    Saya telah mempelajari dengan lebih mendalam mengenai falsafah

    pendidikan negara kita iaitu Negara Malaysia serta kepentingannya untuk

    dilaksanakan di negara bagi memastikan kualiti pendidikan berada di tahap terbaik

    dan sesuai dengan situasi zaman moden pada hari ini. Pelbagai konsep dan falsafahtelah cuba saya hadamkan dan fahami. Segala sudut pandangan dan kajian yang

    telah saya baca telah memberikan satu bentuk pemahaman yang unik dalam diri

    saya. Di akhir sekali, kami menggabungkan segala maklumat yang kami ada dan

    hasilnya adalah satu KKP yang saya fikir cukup lengkap dan mempunyai skop yang

    luas mengenai falsafah pendidikan barat dan k esannya terhadap sistem pendidikan

    negara.

    Sekian,

    MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI