Refleksi makro
-
Author
nurhafizah-ajlan -
Category
Documents
-
view
9 -
download
3
Embed Size (px)
description
Transcript of Refleksi makro
NURHAFIZAH BINTI AJLAND20102040807
REFLEKSI MAKRO TEACHING
KEKUATAN
Terdapat beberapa kekuatan yang dapat diperhatikan berdasarkan pengajaran makro yang telah dijalankan di dalam kelas Tahun 1 iaitu bagi subjek Bahasa Inggeris. Secara amnya, sesi pengajaran makro yang dijalankan mengambil masa selama 30 minit di Pusat Sumber Sekolah SK Kampung Senta, Bidor, Perak. Sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan kepada 8 orang sahaja murid Tahun 1 kerana terdapat seorang murid yang tidak hadir pada hari tersebut.
Kekuatan yang dapat dilihat berdasarkan rakaman makro yang telah dilaksanakan ialah murid-murid kelihatan bersemangat untuk menjalani proses pembelajaran tersebut di mana mereka kelihatan memberikan sokongan mahu pun respon yang positif terhadap penyampaian isi pengajaran guru. Terdapat ramai murid yang berani untuk mengangkat tangan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.
Selain daripada itu, arahan yang diberikan oleh guru agak ringkas dan mudah difahami oleh murid-murid . Arahan yang ringkas dan mudah difahami adalah penting kerana mereka masih baru di alam sekolah rendah dan kebanyakan daripada mereka kurang mahir berbahasa Melayu berikutan pengaruh kuat terhadap bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Semai yang merupakan bahasa yang dituturkan sehari-hari di rumah mahu pun sesama rakan sekeliling.
Tidak lupa juga, guru berjaya menarik perhatian atau tumpuan mereka dengan mudah berikutan dengan jumlah murid yang tidak ramai sediikit sebanyak menyumbang kepada penumpuan perhatian terhadap guru secara optimum. Penumpuan atau fokus yang diberikan sepenuhnya amat penting bagi membantu pemahaman murid-murid terhadap isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru tersebut. Jadi, dalam hal ini, memudahkan pengurusan disiplin murid-murid di dalam kelas tersebut dan penggunaan masa seoptimum dan semaksimum yang mungkin dapat dicapai. Dalam pengajaran yang dijalankan, didapati murid-murid berasa seronok untuk menjalani aktiviti seterusnya. Ianya dapat dilihat bermula daripada set induksi di mana guru bertanya beberapa soalan kepada murid-murid tentang abjad-abjad yang mereka telah pelajari dan seterusnya mereka diperdengarkan sebuah lagu ABC menerusi radio. Murid-murid berasa bersemangat untuk turut menyanyikan lagu tersebut sambil menepuk tangan mengikut rentak lagu tersebut. Ini menunjukkan bahawa keseronokan belajar telah wujud di mana ianya membuatkan guru berasa lebih bersemangat untuk menjayakan prises pengajaran dan pembelajaran.
Kekuatan turut dapat dilihat di dalam aktiviti pundi pasir berirama yang dijalankan di dalam sebuah bulatan di mana murid-murid didapati mendengar arahan guru dengan bersungguh-sungguh dan berjaya memainkan permainan tersebut dengan jayanya. Mereka juga berjaya mengeja perkataan-perkataan yang disebut oleh guru dengan betul sekaligus menunjukkan bahawa mereka benar-benar mengingati sebutan dan ejaan perkataan perkataan tersebut. Ianya sekaligus membuktikan bahawa mereka dapat mengenalpasti huruf yang diwakili oleh setiap perkataan yang disebut itu tadi. Sebagai contoh: perkataan antbermula dengan huruf a dan dibunyikan dengan bunyi /a/.
Objektif guru turut tercapai dengan jayanya di mana ianya dapat dilihat berdasarkan hasil kerja murid-murid iaitu pada lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Murid-murid berjaya melabel kesemua gambar dengan ejaan yang betul. Walau pun bantuan pilihan jawapan diberikan oleh guru di dalam kotak yang disediakan, namun bukanlah satu perkara yang mudah untuk membuat pilihan jawapan jika murid-murid tersebut tidak dapat mengingati ejaan yang sebenar. Ianya amat berkait kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang boleh mengekalkan ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan pada hari tersebut. Tambahan pula, didapati beberapa orang murid yang turut mempunyai teknik memilih jawapan yang betul iaitu dengan menandakan atau memangkah jawapan yang telah dipilih. Teknik ini amat bagus dipraktikkan bagi mengurangkan pilihan jawapan yang mereka perlukan bagi melabel gambar-gambar tersebut.
2.0 Kelemahan Pengajaran
Walau bagaimana pun, masih terdapat beberapa kelemahan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Sebagai contoh, kurangnya kelantangan suara guru dalam menyampaikan arahan dan penerangan. Suara guru tersebut kurang kuat di samping mendapat saingan daripada suara-suara murid-murid di luar Pusat Sumber yang turut menonton semasa sesi rakaman berlangsung. Kelantangan suara merupakan satu aset penting buat guru dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran seharian kerana ia membantu menarik perhatian murid-murid untuk mendengar dengan jelas arahan dan penerangan yang dilakukan.
Selain daripada itu, pengendalian bagi aktiviti mengeja secara lisan berdasarkan kad-kad perkataan yang ditunjukkan dilihat agak kurang efektif kerana masa yang agak lama diguanakan oleh guru bagi mencari kad huruf, kad perkataan dan kad gambar yang diletakkan di atas meja di belakang guru. Ini sedikit menjejaskan kelancaran proses pengaajran dan pembelajaran yang dilaksanakan.
Selain daripada itu, guru juga kurang melibatkan murid-murid yang lain kerana guru kebayakannya hanya tertumpu kepada segelintir murid sahaja sedangkan murid-murid yang lain hanya menonton proses yang berlangsung. Ianya dapat dilihat di dalam aktiviti mengeja secara lisan berdasarkan kad-kad perkataan dan kad-kad gambar.
3.0 Langkah Mengatasi
Walau pun terdapat beberapa kelemahan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Namun, kelemahan-kelemahan tersebut masih boleh diatasi dengan jayanya.
Jika masalah pertama iaitu kurangnya kelantangan suara guru di samping ancaman kebisingan dan suara-suara persekitaran lokasi pengajaran dan pembelajaran, ianya dapat diatasi dengan cara mengadakan sesi pengajaran di Makmal Sains sekolah di mana ianya terletak agak jauh daripada murid-murid lain dan ini memudahkan sesi rakaman yang akan dijalankan kerana tiada ancaman kebisingan daripada murid-murid lain dan guru seharusnya membuat persediaan yang rapi bagi melatih kelantangan suara di dalam kelas. Ini kerana suara merupakan aset utama dan begitu sinonim yang amat berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid normal di dalam bilik darjah.
Seterusnya, penggunaan masa yang lebih kepada pengendalian kad-kad huruf, kad-kad perkataan dan kad-kad gambar di dalam aktiviti menyebut huruf, menyebut dan mengeja perkataan-perkataan yang ditunjukkan pada kad-kad tersebut. Murid-murid diminta mengeja secara lisan dan di sini, ia memerlukan kebijaksanaan guru bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung ketika itu. Sebaiknya guru menggunakan kad-kad gambar yang mengandungi perkataan di bawah gambar tersebut. Sebagai contoh :
apple
Penggunaan kad seperti di atas dapat menjimatkan masa dan mengelakkan guru menggunakan masa yang panjang terhadap pengendalian kad-kad perkataan dan gambar tersebut.
Seterusnya, bagi mendapatkan penglibatan murid-murid secara optimum, guru seharusnya memberikan peluang atau giliran kepada murid-murid untuk mengeja setiap perkataan yang ditunjukkan. Ini kerana, terdapat lapan perkataan yang diajar pada hari tersebut dan secara kebetulan, terdapat lapan orang sahaja murid yang hadir pada waktu itu. Jadi, sebaiknya guru memberikan peluang setiap murid untuk mengeja perkataan-perkataan tersebut. Malah, bagi meningkatkan lagi semangat murid-murid, guru boleh memberi peluang kepada murid-murid lain untuk membantu rakan-rakan mereka mengeja perkataan tersebut dengan betul. Ini akan turut menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berjaya memebri kesan mahu piun impak yang berkesan buat guru dan juga murid-murid tersebut.
4.0 Kesimpulan
Secara amnya, proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna memerlukan pengubahsuaian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa di mana ianya memerlukan komitmen guru supaya lebih peka dan sensitive dengan perkembangan dan perubahan setiap murid di dalam bilik darjah. Perkembangan atau perubahan yang melibatkan fizikal, mental dan emosi murid-murid harus diberi perhatian utama bagi menilai keberkesanan proses pembelajaran yang dialami oleh murid-murid tersebut sejajar dengan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu bagi melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmanai, emosi, rohani, intelektual dan juga spiritual.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA INGGERIS KSSR TAHUN 1
Focus
Reading
Theme
World of Knowledge
Introduction
This lesson focuses on reading and spelling the words correctly. Activities are involving 2 way communication between teacher and pupils. There should be a lot of encouragement for the supportive pupils who participated actively in the lesson.
Content Standard
2.2 By the end of the 6 year primary schooling, pupils will be able to demonstrate understanding of a variety of linear and non linear texts in the form of print and non print materials using a range of strategies to construct meaning.
Learning Standard
2.1.4 Able to segment words into phonemes to spell
2.2.1 Able to read and apply word recognition and word attack skills by matching words with graphics and spoken words
Objectives
By the end of the lesson, pupils should be able to :
a) Say and spell the words correctly
b) Identify the sounds of the letters correctly
Time
30 minutes
Teaching Aids
A BC song, word/picture and letter cards, mini sand bag, worksheet
ACTIVITY
TEACHING AND LEARNING STRATEGIES
NOTES
Set Induction : Listen to an ABC song
Listening to the teachers questions and give responses.
> Pupils listen to the song and sing along together.
> Pupils guessing the first 4 letters they will learn on that day.
Questions :
a) How many of you can memorize all the alphabets from A to Z?
b) What are they? List down all the letters.
Singing and clapping their hands.
1. Oral Response
2. Showing the letter, word and picture cards.
> Pupils say again all the 4 letters
> Pupils look at the letter cards of a, b, c and d
> Say the letters correctly with accurate sounds
> Say aloud and spell the words which represent the letters:
a - apple ant
b - ball bag
Reading aloud the word cards
Sound and spell correctly
3. Match the letter, word and picture cards
> Two of the pupils come to the front and holding a letter card while the other pupil will hold the word card.
> They match them correctly while the teacher match the picture card to the letter and word.
> The rest of the pupils say and spell the letter and word shown.
> At the same time, the teacher asks them to sound the letters correctly. ( repeat the above steps to finish all the 4 letters )
> Pupils will take turn to do all the following steps.
Match them using the letter and word cards.
4. Musical Sand Bag
( Game )
> Pupils sit in a small circle
> They listen to the teachers instructions carefully.
> Teacher will play the ABC song.
> The pupils will start passing the sand bag to their friend who is sitting next to them. ( anti clock wise passing )
> When the song stop, the pupils with the sand bag should spell the word correctly.
> 1 star will be given to the pupil if he/she can spell correctly.
Sit in a small circle
Pupil who has the sand bag whenever the music stop, will spell the word.
1 star for the pupil who can spell correctly.
Assessment
> Pupils will be given a worksheet by the teacher.
> They need to label the pictures correctly.
> It really needs them to memorize / refresh all the spelling.
Worksheet
Spelling skill by refreshing and memorizing all the words they learnt ( 8 words )
By the way, choices will be given too in order to guide them to label the pictures correctly.
apple, ant, ball, bag, car, cat, dad, drum
Enrichment
> Refresh all the 8 words they have learnt
> Sound the letters correctly
> Say and spell all the 8 words correctly
Oral refreshments of what they have learnt
Label the pictures below. You may choose the answers from the boxes given.
1. INCLUDEPICTURE "http://media2.picsearch.com/is?FDREfr66i_1Ywb04LZQwDk3Vaqs_yH6Mo9grBQk_yG8" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE "http://media1.picsearch.com/is?dHFcO4-3TGOq4UsvS9zum4ytOvgZL9MpALjpUjlPc7o" \* MERGEFORMATINET 2. 3.
INCLUDEPICTURE "http://media1.picsearch.com/is?dHFcO4-3TGOq4UsvS9zum4ytOvgZL9MpALjpUjlPc7o" \* MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE "http://media3.picsearch.com/is?ykPI49-G1OLXmqLquwJTETgVHxnLXn63iKGLI_A2-ys" \* MERGEFORMATINET
______________ _____________ __________
4. 5. 6.
___________ ___________ __________
7.8.
__________________ ____________
car
drum
bag
dad
cat
apple