Jurnal refleksi

of 38 /38
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan Muka Surat 1.1 Latar Belakang Sekolah…………………………………………………. 2 1.2 Later Belakang Kelas dan Pelajar……………………………………… 2 - 3 1.3 Isu atau masalah semasa latihan mengajar…………………………… 3 2.0 Jurnal Refleksi 2.1 masalah pertama…………………………………………………………. 4 - 7 2.2 masalah ke- dua…………………………………………………………… 8 - 12 1

Embed Size (px)

description

refleksi latihan mengajar

Transcript of Jurnal refleksi

ISI KANDUNGAN1.0 Pengenalan Muka Surat1.1 Latar Belakang Sekolah. 21.2 Later Belakang Kelas dan Pelajar 2 - 31.3 Isu atau masalah semasa latihan mengajar 3

2.0 Jurnal Refleksi 2.1 masalah pertama. 4 - 72.2 masalah ke-dua 8 - 122.3 masalah ke-tiga 13 - 152.4 masalah ke-empat 16 - 192.5 masalah ke-lima 20 - 23

3.0 Kesimpulan. 234.0 Rujukan 245.0 Lampiran.. 25

1.0 PENGENALAN1.1 Latar Belakang SekolahPada semester tujuh iaitu semester praktikum, saya telah di tempatkan di Sekolah Menengah Long Ghaffar 2, Kota Bharu Kelantan. Sekolah ini telah beroperasi sejak 5 tahun yang lepas iaitu tahun 2010. Pelajar kumpulan pertama mendaftar pada 1 Disember sesi persekolahan 2010/2011. Bilangan murid-murid di sekolah ini tidak terlalu ramai dan jumlah pelajar yang mengambil matapelajaran ekonomi dan perdagangan juga amat sedikit .Ketika itu bangunan sekolah SMKLG2 masih dalam pembinaan. Maka warga SMKLG2 terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Menengah Long Ghaffar 1 yang terletak berhadapan dengannya.

Pada sesi persekolahan 2010, bilangan tenaga pengajar menjadi 25 orang. Pada tanggal 4 januari 2011, warga SMKLG2 berpindah ke bangunan baru. Kini setelah hampir 5 tahun penubuhannya, SMKLG2 mengalami pelbagai perubahan seperti pertambahan prasarana, pertambahan tenaga pengajar seramai 56 orang dan bilangan pelajar mencecah 580 orang.

1.2 Latar Belakang Kelas dan PelajarSemasa saya berpraktikal, saya telah di pertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Perdagangan dan Ekonomi Asas bagi Tingkatan 4 bermula pada 13 Julai 2014. Penolong Kanan Akademik, Encik Rahimy mengamanahkan dua buah kelas Tingkatan 4 kepada saya iaitu kelas 4P dan 4E2.

Kelas pertama adalah kelas 4P. Kelas yang mempunyai keseluruhan 21 orang pelajar. Semua pelajar kelas ini berbangsa Melayu. Dari segi jantina pula, kelas ini mempunyai 16 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Dari sudut akademik, kelas ini mengambil elektif Sastera iaitu subjek Perdagangan. Maka, pelajar-pelajar kelas ini merupakan kelas kedua tercorot di dalam Tingkatan 4 . Namun, kelas ini perlu diberi perhatian yang lebih kerana prestasi pelajar-pelajar kelas ini tidak sebaik kelas 4E2. Secara purata pelajar-pelajar kelas ini tiada A didalam PMR mereka. Manakala, 14 dari mereka gagal di dalam Ujian Penilaian Bulan Mac. Jadi, di sinilah cabaran saya.

Kelas kedua saya adalah kelas 4 E2 yang mempunyai bilangan pelajar yang seramai 30 orang pelajar. Dari segi jantina, mereka mempunyai bilangan pelajar lelaki seramai 22 orang dan pelajar perempuan seramai 8 orang. Pelajar kelas ini mengambil elektif Ekonomi Asas. Majoriti pelajar dari kelas ini adalah dari bangsa Melayu. Pelajar-pelajar kelas ini merupakan kelas kedua teratas di dalam Tingkatan 4 . .Tingkah laku dua kelas saya ini adalah berlainan sama sekali. Dua dari tiga waktu seminggu bersama kelas 4E2 adalah selepas rehat. Jadi, agak sukar bagi saya untuk mengawal pelajar-pelajar ini selepas rehat. Manakala kelas 4P pula kedua-dua waktu yang saya jumpa adalah waktu terakhir pembelajaran.

1.3 Isu atau masalah semasa latihan mengajarSemasa menjalani latihan mengajar di SMK Long Ghaffar 2, saya telah mengalami beberapa masalah sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah masalah disiplin pelajar, teknik penyoalan yang kurang tepat, masalah pengurusan masa, masalah dalam penyediaan bahan bantu belajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan masalah penyampaian isi kandungan yang tidak Jelas. Jesteru itu, Melalui permasalahan yang dialami ini saya akan membuat penambahbaikan bagi memastikan masalah yang dialami dapat diatasi sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan objektif tercapai. Teguran yang diperoleh daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing sangat memberi manfaat kepada saya bagi dalam memperbaiki diri sebagai guru pelatih selaras dengan keperluan yang telah digariskan oleh pihak universiti dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0 Jurnal Refleksi

2.1 Masalah Pertama (Masalah Disiplin Pelajar)PERKARAREFLEKSI

KENAL PASTI MASALAHSaya mengajar di kelas tingkatan 4E2 Sekolah Menengah Kebangsaan Long Ghaffar 2. Sebelum memulakan pengajaran, saya sempat bertanya kepada guru-guru di sekolah tersebut mengenai prestasi pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek ekonomi dan perdagangan. Prestasi akademik sekolah ini tidak begitu baik terutamanya dalam mata pelajaran ekonomi. Pada tahun lepas hanya 20 % murid-murid lulus dalam mata pelajaran ini. Oleh demikian, pengajaran mata pelajaran ekonomi ini amat diberi penekanan oleh pihak sekolah.Setelah 4 minggu mengajar saya telah menghadapi masalah dari sudut disiplin murid. Mereka sering meninggalkan kelas sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Tindakan ini dianggap ponteng dan merupakan salah satu kesalahan disiplin. Mereka juga akan membuat bsising ataupun bergaduh mengenai perkara yang remeh. Tambahan lagi terdapat sekumpulan kecil murid-murid di belakang tidak mahu mengikuti arahan. Setiap kali saya mengajar, beberapa murid-murid akan bercakap atau bermain di belakang. Bagi situasi-situasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum pengajaran yang seterusnya dan akan mengganggu rancangan pengajaran saya. Jadi, isu-isu disiplin tersebut telah menyebabkan saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan sesetengah murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga murid-murid yang ingin belajar pun tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya.

Namun begitu, masalah ini telah memberi saya pengalaman dan pengetahuan dalam mengatasi masalah tingkah laku murid.

ANALISIS MASALAH (PUNCA)Setelah membuat beberapa tinjauan. Antara punca yang menyebabkan masalah ini timbul kerana penerimaan guru baru yang mengajar di kelas dan mereka sangat teruja sehingga memperlihatkan sikap mereka yang kurang memuaskan seperti suka bercakap. Sebahagian pelajar mahu diberi perhatian dan menjawab soalan tetapi tidak mengangkat tangan sebaliknya masing-masing terus menyatakan sesuatu. Hal ini akan menjadikan kelas tidak terkawal dan keadaan menjadi bising. Selain itu, terdapat beberapa orang pelajar yang suka berdiri semasa guru menerangkan langkah akiviti dan menunjukkan sikap suka mentertawakan rakan serta berbual sesama mereka.Disamping itu, saya telah menyiasat punca-punca sekumpulan kecil murid-murid di belakang tidak mahu mengikuti arahan melakui persoalan berikutApakah pelajar ini sudah bosan dengan pengajaran saya? Kenapa mereka bosan? Kenapakah ia berlaku dalam pengajaran saya? Adakah saya menjadi punca berlakunya?Saya juga mendapati bahawa pelajar ini adalah dari kumpulan lemah. Sebahagian pelajar ini tidak faham apa yang disampaikan dalam kelas. Saya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan dengan masalah ini. Pada dasarnya saya percaya murid-murid dari kumpulan lemah kurang minat belajar kerana mereka tidak mempunyai motivasi untuk berbuat demikian. Selepas membuat refleksi saya rasa andaian ini tidak berasas kerana guru sebagai pendidik perlu memikul tanggungjawab untuk membolehkan murid-murid ini belajar. Kemampuan saya sebagai guru telah dicabar. Dari perspektif murid-murid, kebisingan ini adalah biasa dan percakapan di antara satu sama lain adalah pembelajaran juga. Murid-murid tidak mempunyai banyak masa untuk berinteraksi memandangkan beban kerja sekolah bukan sahaja bertambah tapi kelas-kelas tambahan yang diadakan pada setiap hari, telah mengurangkan masa untuk mereka berkomunikasi dengan satu sama lain. Murid-murid perlu bertukar-tukar fikiran dan mendapat maklumat terkini berkaitan dunia mereka.

CADANGAN/ LANGKAH PENAMBAHBAIKANUntuk mengelakkan murid-murid membuat bising saya ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:

1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing samada cikgu Solah mahupun cikgu Selma berkenaan dengan tips cara-cara untuk mendapatkan perhatian murid semasa proses P&P berlangsung.2. Jika perkara ini berlaku juga, saya akan menegur sikap mereka. Menyatakan pada mereka bahawa mereka perlu memberikan perhatian agar mereka dapat melakukan aktiviti atau tugasan yang akan diberikan dengan langkah yang betul.3. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas dari guru-guru yang lain dan rakan guru pelatih.

Antara tips yang dibincangkan ialah: menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam kelas. Membahagikan kepada empat kumpulan mengikut tahap kebolehan yang berbeza menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka diberikan latihan-latihan yang mudah berbeza dengan murid-murid lain memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan selalu berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukanSaya bercadang untuk menangani masalah ini berasaskan Canter model of Assertive Discipline (2002).

TINDAKAN SUSULANSaya telah membuat tindakan susulan melalui perancangan RPH. Semasa membuat rancangan persediaan mengajar (RPH), saya akan memikirkan objektif-objektif yang sesuai serta aktiviti pembelajaran yang melibatkan penglibatan semua murid agar mereka yang bermasalah dapat dikawal dan lebih bersedia untuk belajar. Disamping itu, masalah yang dihadapi dapat dikaitkan dengan masalah pengurusan diri. Pelajar yang bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru.

KESIMPULANKesimpulannya, pengawalan pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung amat penting. Pengawalan kelas yang lemah akan mecacatkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran ini. Justeru itu, untuk mengatasi masalah ini, saya berpendapat guru perlu banyak melakukan pergerakan dan pemantauan di keseluruhan kelas supaya pelajar akan sentiasa peka terhadap arahan yang disampaikan oleh guru. Disamping melakukan pemantauan, arahan-arahan yang diberi haruslah disampaikan dengan lebih jelas lagi mengikut tahap pelajar supaya lebih difahami dan mudah di ikut. Tambahan lagi, setiap arahan perlu diperincikan supaya tidak wujud kekeliruan ataupun salah konsep di kalangan pelajar. Sekiranya pelajar tahu akan tugas masing-masing dan guru sentiasa beri perhatian kepada setiap murid, maka pengawalan kelas akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

2.2 Masalah ke-Dua (Teknik Penyoalan yang kurang tepat)

PERKARAREFLEKSI

KENAL PASTI MASALAHSepanjang menjalani latihan mengajar dan setelah diselia oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing, saya perlu membuat penambahbaikan dalam kemahiran penyoalan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Masalah teknik penyoalan dimana soalan sering diajukan dalam keadaan pelajar kurang sedia. Hal ini telah menyebabkan timbulnya satu suasana yang kurang selesa dimana para pelajar akan merasa gementar ketika berada di dalam kelas sewaktu subjek Perdagangan. Hal ini seterusnya menyebabkan saya kurang mendapatkan tindak balas yang memuaskan daripada para pelajar. Cara penyoalan kepada pelajar perlu diperbaiki di mana ianya perlu lebih teratur dan bersistematik

Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Selalunya guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan dan menilai sama ada mereka memahami pelajaran baru. Selain itu, menyoal mempunyai nilai sosial kemasyarakatan yang tinggi dimana ia dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke hati. Oleh itu, guru mestilah memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 ).

ANALISIS MASALAH (PUNCA)Menurut Cimer (2007), Penyoalan lisan merupakan salah satu strategi yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan bersesuaian dengan enam prinsip utama bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan .Enam prinsip tersebut iaitu menguruskan idea dan konsep sedia ada pelajar, menggalakkan pelajar menggunakan konsep atau kemahiran baru dalam pelbagai konteks, menggalakkan keterlibatan pelajar, menggalakkan pelajar melakukan inkuiri, menggalakkan pembelajaran secara koperatif dan mengemukakan penilaian berterusan bagi menyediakan maklum balas sebagai pembetulan.

Menurut Berci & Griffith (2007) dan Sahin (2007) telah diiakui bahawa aktiviti soal jawab antara guru dan pelajar boleh menjadi kayu pengukur terhadap kejayaan dalam pengajaran pada alaf ini . Sehubungan itu, pelbagai cara telah dilaksanakan oleh golongan pakar dalam pendidikan untuk mengenal pasti dan menentukan ciri-ciri seorang guru yang mampu menghasilkan proses pengajaran yang efektif.

Dalam konteks pengajaran di kelas, soalan lisan guru boleh memotivasikan pelajar untuk bertanyakan soalan. Antara Soalan yang ditimbulkan oleh pelajar dapat menunjukkan perasaan ingin tahu ataupun kemungkinan ketidakfahaman berkaitan konsep yang dipelajari. Maka, guru perlu sentiasa menyediakan ruang untuk pelajar bertanya dan memberi maklum balas terhadap pertanyaan mereka.

Persoalan yang wujud berdasarkan permasalahan ini ialah:a) Apakah pelajar mempunyai rasa semangat dan ingin tahu semasa sesi soal jawab?b) Apakah teknik soalan yang digunakan oleh guru mampu merangsang minda murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis?c) Apakah tahap pemahaman pelajar dapat diukur melalui teknik soal jawab?d) Apakah teknik soalan mampu mengekalkan perhatian dan fokus murid?e) Apakah teknik penyoalan yang digunakan oleh saya salah dan tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan?

Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapan, barulah guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar.Oleh itu, dapatan berdasarkan pemerhatian saya ialah:Pelajar tidak bersedia untuk menjawab soalan yang diberi.Pelajar akan mengekalkan perhatian dan fokus sekiranya guru sentiasa membuat penyoalan.Tahap kefahaman pelajar dapat diukur melalui penyoalan.Teknik penyoalan mampu menggerak dan merangsang minat pelajar. Interaksi dua hala antara guru dan pelajar akan wujud melalui kaedah penyoalan.Tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya.

CADANGAN/ LANGKAH PENAMBAHBAIKANBerdasarkan permasalahan mengenai teknik penyoalan. Beberapa cadangan telah dibuat berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Antaranya ialah:a) Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya Taxonomy of Education objective membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan: Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian b) Ditujukan kepada semua murid c) Murid diberi masa berfikir d) Sesuai dengan kebolehan murid e) Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi f) Penyampaian soalan jelas g) Melayan tindak balas murid dengan baik h) Mengetahui Komponen Kemahiran Penyoalan: Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal atau fokus pelbagai. Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid berfikir Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi jawapan Melayan murid dengan adil Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu. Soalan yang jelas dan ringkas

TINDAKAN SUSULANSetelah membuat refleksi tentang permasalahan ini, saya telah melakukan teknik penyoalan berdasarkan prinsip-prinsip penyoalan yang telah ditetapkan. Semasa mengajar dengan menggunakan teknik penyoalan yang kurang tepat, beberapa kesan telah dikenalpasti telah berlaku berlaku di mana para pelajar tidak berani untuk memberikan pendapat dan masih lagi bersikap malu, malah ada juga yang kurang fokus dan tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Oleh itu, apabila berlaku keadaan di mana cara mengemukakan soalan tidak betul maka telah timbul keadaan di mana seorang pelajar disisih dan dipilih sebelum soalan diajukan. Akibatnya,kemungkinan ada pelajar yang menutup mata dan merasakan diri mereka tidak terlibat serta boleh bersenang-lenang sehingga soalan berikutnya dikemukakan.

Maka, setelah saya menggunakan teknik penyoalan yang betul iaitu dengan mengemukakan soalan kepada seluruh kelas, setiap pelajar akan memikirkan jawapan yang betul kerana tiada seorang pun yang tahu siapa yang akan disuruh menjawab soalan. Hal ini akan menyebabkan berlakunya perubahan dalam situasi pembelajaran. Proses pembelajaran lebih berkesan dan berlaku sepanjang masa dan semua pelajar akan bersama-sama maju ke hadapan. Penerimaan jawapan pelajar juga adalah sebahagian daripada teknik penyoalan yang betul. Pujian telah diberikan kepada pelajar yang telah memberikan jawapan yang betul untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik. Jika jawapan kurang lengkap, minta pelajar lain melengkapkannya atau saya akan memberikan maklumat kepada jawapannya

KESIMPULANKesimpulannya, teknik penyoalan lisan yang dikendalikan dengan baik sudah pasti dapat menyumbang kepada kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran aras tinggi. Perkara ini adalah penting dalam melaksanakan sistem pendidikan yang berkesan.

2.3 Masalah ke-tiga (Masalah Pengurusan Masa)

PERKARAREFLEKSI

KENAL PASTI MASALAHKetika P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah yang sama seperti di minggu yang ketiga dan kelima iaitumasalah penggunaan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian. Saya hanya mempunyai satu masa bagi setiap pembelajaran perdagangan. Oleh hal yang demikian penggunaan bahan bantu mengajar tidak dapat digunakan sepenuhnya. Hal ini kerana saya terpaksa memastikan masa saya mencukupi untuk membantu pelajar menguasai topik yang diajar. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana kelemahan tertentu. Hal ini menimbulkan masalah untuk mencapai objektif, khususnya objektif perlaksanaan apresiasi di hujung proses penghasilan tugasan. Selain itu, Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana masa yang tidak mencukupi dan bimbang jika terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya.

ANALISIS MASALAH (PUNCA)Masalah yang timbul berkenaan perancangan masa kerana semasa saya menerangkan set induksi ianya adalah terlalu panjang menyebabkan aktiviti dan isi pelajaran yang telah saya rancangkan terpaksa dilaksanakan secara pantas dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak bersedia dan fokus terutama bagi kelas 4P yang mempunyai masalah pembelajaran yang ketara.Begitu juga ketika aktiviti kumpulan dijalankan,ia mengambil masa yang lama dari yang dirancangkan. Ini dapat dilihat apabila murid berasa teruja dengan sesuatu aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung mengakibatkan terlalu tertumpu kepada satu-satu aktiviti sahaja. Masalah ini timbul dalam langkah penghasilan, iaitu murid telah mengambil masa yang lama untuk menghasilkan tugasan. Hal ini berlaku kerana murid tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan sedia ada tentang teknik dan aktiviti. Contohnya dalam aktiviti pembentangan, pelajar telah dimaklumkan bahawa mereka hanya mempunyai tempoh masa yang tertentu untuk berbincang dan sebagainya. Namun pelajar tidak menepati arahan yang diberi oleh guru. Namun apa yang saya perolehi hasil daripada pemerhatian saya terhadap murid mendapati bahawa murid lebih memahami pengajaran dan pembelajaran secara lebih mendalam kerana apabila dilakukan aktiviti berkumpulan murid sangat memberi kerjasama sehingga mereka tidak sedar akan masa yang bergerak pantas.Namun saya juga perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan terhadap masa adalah penting agar murid lebih mencapai objektif yang telah disasarkan kepada mereka.Kajian kes : Seorang guru Bahasa Melayu masuk ke bilik darjah dua puluh minit lewat.Beliau mengajar secara tergopoh gapah kerana ingin menghabiskan masa,beliau tidak memberi peluang untuk menyoal atau melakukan sesi perbincangan mengenai topik yang ingin diajar.Adakalanya,beliau terpaksa mengambil waktu yang berikutnya kerana perlu menyelesaikan tugasnya serta menghabiskan sukatan pelajaran.

CADANGAN/ LANGKAH PENAMBAHBAIKAN Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dan memperbaikinya dengan memperbanyakkan maklumat dan pengetahuan tentang pengurusan masa.

Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik minat murid dengan matapelajaran Perdagangan dan meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer.

Saya akan melihat semula aktiviti yang hendak dirancang perlulah mencukupi masa yang ditentukan, bagi mencapai keseluruhan objektif termasuk sesi apresiasi. Saya juga mungkin akan menggunakan masa (5 minit) yang diperuntukkan untuk membuat set induksi untuk terus memperkenalkan aktiviti (aktiviti-aktiviti tertentu). Tetapi saya perlu menyediakan BBM (contoh karya dari guru) yang menarik sehingga boleh menarik minat murid dan sekaligus mereka tahu apakah aktiviti yang akan dilakukan pada sesi P&P tersebut.

Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing,guru pembimbing dan guru-guru di samping berbincang dengan rakan-rakan lain.

TINDAKAN SUSULANSemasa membuat RPH, saya akan memikirkan tentang kemungkinan perkara yang boleh mengganggu ketetapan masa. Jadi saya perlu lebih prihatin terhadap kemampuan atau tahap penerimaan dan menguasaan murid. Saya juga boleh mengambil langkah menyediakan saiz hasil tugasan pada saiz yang lebih kecil tetapi masih mampu menguji penguasaan murid terhadap teknik yang diajarkan. Disamping itu, saya juga menyediakan rancangan pengajaran harian pada masa tersebut dengan menitik beratkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut ketetapan masa.

KESIMPULANKesimpulannya, pengurusan masa dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dititikberatkan agar objektif pengajaran dapat dicapai. Disamping itu, para guru perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.

2.4 Masalah Ke-empat (Penggunaan Bahan Bantu Belajar yang kurang menarik)

PERKARAREFLEKSI

KENAL PASTI MASALAHSetelah beberapa minggu saya berada dan mengajar di sekolah tersebut, saya mendapati masalah utama yang perlu saya beri perhatian terlebih dahulu ialah penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB). Bahan Bantu Belajar yang digunakan kurang menarik perhatian pelajar. Oleh itu, Saya perlu mempelbagaikan lagi Bahan Bantu Belajar (BBB) yang kreatif bagi menarik minat pelajar untuk memahami konsep pembelajaran secara mudah.

Walaupun saya menyediakan BBB, tapi ia gagal menarik perhatian murid. Mungkin BBB tersebut tidak menarik. Atau mungkin ia kurang jelas disebabkan penggunaan warna yang kurang sesuai bagi murid di belakang kelas.

ANALISIS MASALAH (PUNCA)Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.Bagi menarik dan menimbulkan keseronokan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan pelbagai bahan dan alat yang dapat merangsang minat dan motivasi pelajar. Alat bantu mengajar yang disediakan oleh guru perlu mengikut kesesuaian dan keupayaan pelajar agar dapat dimanfaatkan oleh pelajar dan memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Apa yang penting adalah memberi kefahaman kepada pelajar. Salah satu bahan pengajaran yang boleh menimbulkan minat dan keseronokkan pelajar adalah penggunaan multimedia teknologi seperti komputer, video, aplikasi komputer dan sebagainya. Selain itu juga guru perlu kreatif dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti menggunakan bahan sastera di dalam bilik darjah. Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebihlebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.Saya merasakan terdapat pelbagai punca atau penyebab berlakunya masalah dalam penyediaan Bahan Bantu Belajar (BBB) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa persoalan yang timbul dalam permasalahan ini iaitu: Apakah di sekolah mempunyai kemudahan dalam penggunaan ICT kepada guru? Apakah Bahan Bantu Belajar yang sesuai digunakan bagi mata pelajaran Perdagangan dan Ekonomi Asas? Apakah guru pelatih mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan Bahan Bantu Belajar dan tugasan yang lain? Apakah terdapat kemudahan dalam penyebaran media pengajaran kepada guru-guru di sekolah?Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan: Kemudahan dalam penggunaan ICT dan pengintegrasian teknologi di sekolah adalah terhad dan sukar diperolehi. Penggunaan bahan bantu belajar secara elektronik tidak dapat dijalankan manakala guru hanya menggunakan bahan bantu belajar secara tradisional. Kekangan masa dalam menyediakan bahan bantu belajar yang kreatif dan menarik di samping penyediaan tugasan lain. Kekurangan penyebaran tentang media pengajaran yang boleh didapati bagi kegunaan guru-guru. Kesukaran dalam menggantikan/memperbaiki bahan pengajaran yang telah hilang/rosak.

CADANGAN/ LANGKAH PENAMBAHBAIKANMelalui isu dan permasalahan dalam menyediakan bahan bantu belajar dari segi elektronik mahupun bukan elektronik, saya ingin mencadangkan beberapa langkah-langkah bagi mengatasi permasalahan tersebut. Antaranya ialah:

a) Pihak sekolah perlulah menyediakan kemudahan ICT yang lengkap di sekolah bagi memudahkan guru dan pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

b) Saya perlulah menjadi lebih kreatif dan perlu banyak mengkaji serta mencari bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan tajuk yang diajar.

c) Saya perlulah bijak dalam membahagikan masa untuk menyediakan bahan bantu belajar serta melakukan tufgasan keperluan yang lain.

d) Saya perlulah mengenalpasti kelebihan dan kebaikan dalam penggunaan Bahan Bantu Belajar(BBB) semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

TINDAKAN SUSULANSaya telah menghasilkan BBB yang bukan sahaja menarik malah menitikberatkan aspek warna yang digunakan agar dapat menarik perhatian murid. Saya meminta pendapat daripada pelajar-pelajar apakah instrumen yang digemari bagi membantu mereka belajar. Saya juga telah meminta pandangan dan nasihat rakan-rakan guru dan guru pembimbing. Seterusnya, Saya akan membuat persediaan dan perancangan yang rapi bagi penyediaan bahan bantu belajar untuk kedua-dua subjek yang diajar. Walaupun terdapat kekangan dalam penggunaan kemudahan ICT di sekolah, saya akan menggunakan kaedah membuat bahan bantu belajar secara tradisional namun mampu menarik minat pelajar dengan penggunaan warna dan gambar yang menarik.

KESIMPULANKesimpulannua,kekerapan penggunaan bahan bantu belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberikan impak yang positif dan membantu para guru untuk memberi penerangan kepada pelajar. Selain itu, pelajar juga akan lebih memahami subjek yang diajar serta lebih berminat untuk belajar.

2.5 Masalah Ke-5 (Penyampaian Isi Kandungan Yang tidak Jelas dan Menarik)

PERKARAREFLEKSI

KENALPASTI MASALAHSemasa menjalani latihan mengajar,saya mempunyai masalah dalam menyampaikan isi kandungan secara lebih dinamik dan berkesan.Cara penyampaian saya adalah tidak jelas dan kurang menarik.

Menurut Dunne (1994) pengajaran berkesan bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi. Mereka berpendapat yang pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas, menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan proses pembelajaran.

ANALISIS MASALAH (PUNCA)Noraini Idris (2005) menyenaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi pengajaran guru iaitu penguasaan guru terhadap bahasa penghantar, penguasaan guru terhadap isi kandungan subjek dan cara guru menyusun pelajaran termasuk penggunaan alat dan bahan. Guru seharusnya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu pendidikan. Contohnya guru Perdagangan perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu berkaitan perdagangan dan perniagaan itu sendiri supaya menjadi seorang guru subjek Perdagangan yang berkesan. Selain itu guru juga perlu mempunyai pengetahuan untuk menyampaikan ilmu tersebut secara berkesan dan mudah difahami oleh pelajar.Pengajaran merupakan aktiviti menyampaikan isi pengajaran, di samping memotivasikan pelajar supaya bersedia untuk belajar, menguruskan disiplin mereka serta menggerakkan mereka dengan aktiviti yang positif (Mok Soon Sang, 2000).

Menurut Tengku Zawawi (2009) dalam kajian Nik Mohd Rahimi et al (2012) Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) atau Pedagogical Content Knowledge (PCK) adalah sejenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan PPIK merujuk kepada cara guru menyampaikan isi kandungan agar mudah difahami dan dapat menggalakkan kefahaman konseptual pelajar. PPIK melibatkan penggunaan analogi, contoh, penerangan dan demontrasi yang efektif, disamping mengambil kira latar belakang pelajar .

Justeru,pentingnya bagi seseorang guru itu untuk menguasai serta memahaminya isi kandungan yang hendak diajar agar pengajaran yang berkualiti terjadi kerana maklumat yang disampaikan boleh diterima, menarik minat, dan mudah untuk diingati serta dilakukan oleh pelajar.

Antara punca permasalahan ialaha) Pelajar kurang memahami tentang topik yang diajar.b) Pelajar kurang berminat dengan subjek yang berkaitan dengan perniagaanc) Proses pengajaran menjadi satu hala apabila pelajar kurang berminat dan kurang memahami topik yang diajar.d) Cara penyampaian saya kurang jelas dan tidak teratur.e) Pelajar mempunyai rasa malu untuk menyuarakan pendapat.

Daripada analisis di atas, saya telah mengenalpasti bahawa melalui cara penyampaian isi kandungan yang kurang jelas, tidak menarik dan terlalu cepat akan memberikan impak yang negatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat dilihat melalui respon yang kurang baik daripada para pelajar. Pelajar kurang berminat dan kurang memahami mengenai topik yang diajar.

CADANGAN/ LANGKAH PENAMBAHBAIKANBerdasarkan permasalahan di atas, terdapat pelbagai cadangan yang boleh dijadikan panduan untuk saya membuat penambahbaikan bagi memastikan proses pengajaran lebih berkesan.Berikut merupakan cadangan bagi menjadikan penyampaian isi kandungan oleh guru lebih berkesan:a) Perancangan yang lebih rapi dan persediaan awal perlulah dibuat dengan mengulangkaji tajuk-tajuk yang akan diajar.b) Penguasaan isi kandungan secara menyeluruhc) Menggunakan kepelbagaian teknik dan kaedah dalam menyampaikan isi kandungan.d) Menggunakan masa pengajaran dengan optimum agar tiada permasalahan dalam ketinggalan silibus.e) Memilih kaedah/teknik/strategi yang sesuai bagi sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun.

Penambahbaikan perlulah dilakukan di mana idea-idea yang telah difahami oleh guru haruslah ditukar dalam beberapa cara agar ia boleh diajar kepada pelajar. Sebagai contohnya, pelarasan melalui pengajaran melibatkan pengalihan dari pemikiran tentang mata pelajaran seperti yang difahami oleh guru ke minda dan motivasi pelajar. Transformasi isi kandungan ke dalam bentuk yang boleh diajar memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana pelajar menunjukkan apa yang ia telah pelajari. Melalui beberapa cara di atas, pengajaran berkesan mampu diwujudkan oleh guru.

TINDAKAN SUSULANSetelah membuat refleksi tentang isu dan permasalahan yang wujud, saya telah membuat penambahbaikan di mana sebelum berlakunya proses pengajaran di dalam kelas, saya akan membuat perancangan awal terlebih dahulu dan menguasai setiap isi kandungan mengenai topik yang akan diajar. Selain itu, saya juga mengenalpasti beberapa kaedah,strategi dan teknik yang bersesuaian dengan tabiat dan keadaan pelajar serta topik yang akan diajar.saya telah mengkaji topikyang bakal diajar dengan lebih mendalam. Saya telah berbincang dengan guru bimbingan mata pelajaran yang diajar untuk memudahkan lagi saya memahami istilah-istilah dalam topik. Selain itu, Saya menggunakan pelbagai teknik transformasi untuk memudahkan lagi pelajar turut memahami apa yang disampaikan oleh guru. Dengan menggunakan bantuan khidmat nasihat serta bahan bantu mengajar, saya lebih mudah untuk menguasai isi kandungan seterusnya mampu memberikan penerangan dengan berkesan terhadap topik yang diajar kepada pelajar.

KESIMPULANKesimpulannya seseorang guru yang berkesan dijangka akan menjelmakan pengetahuan kandungan mata pelajaran kepada pedagogi semasa mengajar. Penguasaan guru terhadap tiga fasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk sebarang mata pelajaran yang diajar adalah amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran yang disampaikan kepada pelajar. Akhir sekali, penyampaian guru yang berkesan mampu menerapkan kefahaman kedalam diri pelajar di samping melahirkan insan yang berfikiran aras tinggi dan berpengetahuan.

3.0 RumusanSecara rumusnya, dengan adanya kemahiran membuat refleksi dapat membantu guru belajar secara optimum daripada kesilapan dan pengalaman lepas. Oleh sebab itu, refleksi juga dikatakan dapat membantu pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan peribadi serta profesion yang positif .Keseluruhannya, ternyatalah dengan melaksanakan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya. Oleh itu, refleksi amat penting dalam mempertingkatkan lagi kualiti seorang guru4.0 Rujukan

Elisabeth Wilkin, School of Hard Knocks: Getting Behavioral Help for Teachers in the Classroom. Diambil pada 5 March 2007 daripada:http://www.empoweringparents.com/Classroom-Management-and-Discipline.php

Mohd Izar Kasturi bin Ibrahim,2009, Penguasaan Kemahiran Pedagogi Dan Isi Pelajaran Guru Pelatih Sains Fakulti Pendidikan UTM

Mok Soon Sang. (2003). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru, Bahagian 2 : Kompetensi Khusus/fungsi (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran). Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd..

Nik Mohd Rahimi et al (2012), Pengetahuan PedagogiI Isi Kandungan (PPIK) Pengajaran Bahasa Arab,Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Unit Bahasa Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

Noraini Idris (2005), Pedagogi dalam pendidikan matematik , Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur

Richelle Mander, Assertive Discipline- Canter & Canter What isAssertive Discipline? Diambil pada 5 March 2007 daripada:https://prezi.com/u9j13lbpycpj/canter-canter-assertive-discipline/

Zamri Mohamod dan Nor Razah Lim, 2011, Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 51-64

6.0 Lampiran

PEMARKAHAN

KPR 3012:SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJARKUMPULAN : AT45C

TUGASAN INDIVIDU :Jurnal Refleksi Latihan Mengajar

Disediakanoleh:NOR ATIQAH BINTI SHAARID20111048768AT45 ISMP Keusahawanan dan Perdagangan

Disediakan untuk :Prof Madya Dr. Mohd Yahya bin Mohd Hussin

Tarikh:27 Mac 2015

1

14