Download - Jurnal refleksi

Transcript
Page 1: Jurnal refleksi

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan Muka Surat

1.1 Latar Belakang Sekolah…………………………………………………. 2

1.2 Later Belakang Kelas dan Pelajar……………………………………… 2 - 3

1.3 Isu atau masalah semasa latihan mengajar…………………………… 3

2.0 Jurnal Refleksi

2.1 masalah pertama…………………………………………………………. 4 - 7

2.2 masalah ke-dua…………………………………………………………… 8 - 12

2.3 masalah ke-tiga…………………………………………………………… 13 - 15

2.4 masalah ke-empat………………………………………………………… 16 - 19

2.5 masalah ke-lima…………………………………………………………… 20 - 23

3.0 Kesimpulan…………………………………………………………………………. 23

4.0 Rujukan……………………………………………………………………………… 24

5.0 Lampiran…………………………………………………………………………….. 25

1

Page 2: Jurnal refleksi

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Sekolah

Pada semester tujuh iaitu semester praktikum, saya telah di tempatkan di Sekolah

Menengah Long Ghaffar 2, Kota Bharu Kelantan. Sekolah ini telah beroperasi sejak 5 tahun

yang lepas iaitu tahun 2010. Pelajar kumpulan pertama mendaftar pada 1 Disember sesi

persekolahan 2010/2011. Bilangan murid-murid di sekolah ini tidak terlalu ramai dan jumlah

pelajar yang mengambil matapelajaran ekonomi dan perdagangan juga amat sedikit .Ketika itu

bangunan sekolah SMKLG2 masih dalam pembinaan. Maka warga SMKLG2 terpaksa

menumpang di bangunan Sekolah Menengah Long Ghaffar 1 yang terletak berhadapan

dengannya.

Pada sesi persekolahan 2010, bilangan tenaga pengajar menjadi 25 orang. Pada

tanggal 4 januari 2011, warga SMKLG2 berpindah ke bangunan baru. Kini setelah hampir 5

tahun penubuhannya, SMKLG2 mengalami pelbagai perubahan seperti pertambahan

prasarana, pertambahan tenaga pengajar seramai 56 orang dan bilangan pelajar mencecah

580 orang.

1.2 Latar Belakang Kelas dan Pelajar

Semasa saya berpraktikal, saya telah di pertanggungjawabkan untuk mengajar subjek

Perdagangan dan Ekonomi Asas bagi Tingkatan 4 bermula pada 13 Julai 2014. Penolong

Kanan Akademik, Encik Rahimy mengamanahkan dua buah kelas Tingkatan 4 kepada saya

iaitu kelas 4P dan 4E2.

Kelas pertama adalah kelas 4P. Kelas yang mempunyai keseluruhan 21 orang pelajar.

Semua pelajar kelas ini berbangsa Melayu. Dari segi jantina pula, kelas ini mempunyai 16

orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Dari sudut akademik, kelas ini mengambil

elektif Sastera iaitu subjek Perdagangan. Maka, pelajar-pelajar kelas ini merupakan kelas

kedua tercorot di dalam Tingkatan 4 . Namun, kelas ini perlu diberi perhatian yang lebih kerana

prestasi pelajar-pelajar kelas ini tidak sebaik kelas 4E2. Secara purata pelajar-pelajar kelas ini

tiada A didalam PMR mereka. Manakala, 14 dari mereka gagal di dalam Ujian Penilaian Bulan

Mac. Jadi, di sinilah cabaran saya.

2

Page 3: Jurnal refleksi

Kelas kedua saya adalah kelas 4 E2 yang mempunyai bilangan pelajar yang seramai 30

orang pelajar. Dari segi jantina, mereka mempunyai bilangan pelajar lelaki seramai 22 orang

dan pelajar perempuan seramai 8 orang. Pelajar kelas ini mengambil elektif Ekonomi Asas.

Majoriti pelajar dari kelas ini adalah dari bangsa Melayu. Pelajar-pelajar kelas ini merupakan

kelas kedua teratas di dalam Tingkatan 4 .

.

Tingkah laku dua kelas saya ini adalah berlainan sama sekali. Dua dari tiga waktu

seminggu bersama kelas 4E2 adalah selepas rehat. Jadi, agak sukar bagi saya untuk

mengawal pelajar-pelajar ini selepas rehat. Manakala kelas 4P pula kedua-dua waktu yang

saya jumpa adalah waktu terakhir pembelajaran.

1.3 Isu atau masalah semasa latihan mengajar

Semasa menjalani latihan mengajar di SMK Long Ghaffar 2, saya telah mengalami beberapa

masalah sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah masalah disiplin

pelajar, teknik penyoalan yang kurang tepat, masalah pengurusan masa, masalah dalam

penyediaan bahan bantu belajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan masalah

penyampaian isi kandungan yang tidak Jelas. Jesteru itu, Melalui permasalahan yang dialami

ini saya akan membuat penambahbaikan bagi memastikan masalah yang dialami dapat diatasi

sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan objektif

tercapai. Teguran yang diperoleh daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing sangat

memberi manfaat kepada saya bagi dalam memperbaiki diri sebagai guru pelatih selaras

dengan keperluan yang telah digariskan oleh pihak universiti dan pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia.

3

Page 4: Jurnal refleksi

2.0 Jurnal Refleksi

2.1 Masalah Pertama (Masalah Disiplin Pelajar)

PERKARA REFLEKSI

KENAL PASTI

MASALAH

Saya mengajar di kelas tingkatan 4E2 Sekolah Menengah Kebangsaan

Long Ghaffar 2. Sebelum memulakan pengajaran, saya sempat

bertanya kepada guru-guru di sekolah tersebut mengenai prestasi

pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek ekonomi dan perdagangan.

Prestasi akademik sekolah ini tidak begitu baik terutamanya dalam

mata pelajaran ekonomi. Pada tahun lepas hanya 20 % murid-murid

lulus dalam mata pelajaran ini. Oleh demikian, pengajaran mata

pelajaran ekonomi ini amat diberi penekanan oleh pihak sekolah.

Setelah 4 minggu mengajar saya telah menghadapi masalah

dari sudut disiplin murid. Mereka sering meninggalkan kelas sewaktu

sesi Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. Tindakan ini dianggap

ponteng dan merupakan salah satu kesalahan disiplin. Mereka juga

akan membuat bsising ataupun bergaduh mengenai perkara yang

remeh. Tambahan lagi terdapat sekumpulan kecil murid-murid di

belakang tidak mahu mengikuti arahan. Setiap kali saya mengajar,

beberapa murid-murid akan bercakap atau bermain di belakang. Bagi

situasi-situasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk

menyelesaikan masalah tersebut sebelum pengajaran yang seterusnya

dan akan mengganggu rancangan pengajaran saya. Jadi, isu-isu

disiplin tersebut telah menyebabkan saya terpaksa berhenti mengajar

kerana kebisingan sesetengah murid ini di dalam kelas telah

menganggu pengajaran sehingga murid-murid yang ingin belajar pun

tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya.

Namun begitu, masalah ini telah memberi saya pengalaman dan

pengetahuan dalam mengatasi masalah tingkah laku murid.

ANALISIS Setelah membuat beberapa tinjauan. Antara punca yang menyebabkan

4

Page 5: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

MASALAH (PUNCA) masalah ini timbul kerana penerimaan guru baru yang mengajar di

kelas dan mereka sangat teruja sehingga memperlihatkan sikap

mereka yang kurang memuaskan seperti suka bercakap. Sebahagian

pelajar mahu diberi perhatian dan menjawab soalan tetapi tidak

mengangkat tangan sebaliknya masing-masing terus menyatakan

sesuatu. Hal ini akan menjadikan kelas tidak terkawal dan keadaan

menjadi bising. Selain itu, terdapat beberapa orang pelajar yang suka

berdiri semasa guru menerangkan langkah akiviti dan menunjukkan

sikap suka mentertawakan rakan serta berbual sesama mereka.

Disamping itu, saya telah menyiasat punca-punca sekumpulan kecil

murid-murid di belakang tidak mahu mengikuti arahan melakui

persoalan berikut

Apakah pelajar ini sudah bosan dengan pengajaran saya?

- Kenapa mereka bosan?

- Kenapakah ia berlaku dalam pengajaran saya?

- Adakah saya menjadi punca berlakunya?

Saya juga mendapati bahawa pelajar ini adalah dari kumpulan lemah.

Sebahagian pelajar ini tidak faham apa yang disampaikan dalam kelas.

Saya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan

dengan masalah ini. Pada dasarnya saya percaya murid-murid dari

kumpulan lemah kurang minat belajar kerana mereka tidak mempunyai

motivasi untuk berbuat demikian. Selepas membuat refleksi saya rasa

andaian ini tidak berasas kerana guru sebagai pendidik perlu memikul

tanggungjawab untuk membolehkan murid-murid ini belajar.

Kemampuan saya sebagai guru telah dicabar. Dari perspektif murid-

murid, kebisingan ini adalah biasa dan percakapan di antara satu sama

lain adalah pembelajaran juga. Murid-murid tidak mempunyai banyak

masa untuk berinteraksi memandangkan beban kerja sekolah bukan

sahaja bertambah tapi kelas-kelas tambahan yang diadakan pada

setiap hari, telah mengurangkan masa untuk mereka berkomunikasi

5

Page 6: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

dengan satu sama lain. Murid-murid perlu bertukar-tukar fikiran dan

mendapat maklumat terkini berkaitan dunia mereka.

CADANGAN/

LANGKAH

PENAMBAHBAIKAN

Untuk mengelakkan murid-murid membuat bising saya ingin

mencadangkan langkah-langkah berikut:

1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing samada cikgu

Solah mahupun cikgu Selma berkenaan dengan tips cara-cara

untuk mendapatkan perhatian murid semasa proses P&P

berlangsung.

2. Jika perkara ini berlaku juga, saya akan menegur sikap mereka.

Menyatakan pada mereka bahawa mereka perlu memberikan

perhatian agar mereka dapat melakukan aktiviti atau tugasan

yang akan diberikan dengan langkah yang betul.

3. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk

mengawal murid dan kelas dari guru-guru yang lain dan rakan

guru pelatih.

Antara tips yang dibincangkan ialah:

- menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam kelas.

Membahagikan kepada empat kumpulan mengikut tahap

kebolehan yang berbeza

- menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai dengan

tahap kebolehan mereka semasa pengajaran dan

pembelajaran. Mereka diberikan latihan-latihan yang mudah

berbeza dengan murid-murid lain

- memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan

selalu berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan

- memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan

bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan

6

Page 7: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

Saya bercadang untuk menangani masalah ini berasaskan “ Canter

model of Assertive Discipline ” (2002).

TINDAKAN

SUSULAN

Saya telah membuat tindakan susulan melalui perancangan RPH.

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar (RPH), saya akan

memikirkan objektif-objektif yang sesuai serta aktiviti pembelajaran

yang melibatkan penglibatan semua murid agar mereka yang

bermasalah dapat dikawal dan lebih bersedia untuk belajar. Disamping

itu, masalah yang dihadapi dapat dikaitkan dengan masalah

pengurusan diri. Pelajar yang bermasalah perlu diberi nasihat dan

diambil perhatian kerana mereka perlu mengubah tingkah laku mereka

dan perlu bersifat mendengar kata guru.

KESIMPULAN Kesimpulannya, pengawalan pelajar ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung amat penting. Pengawalan kelas yang

lemah akan mecacatkan perjalanan proses pengajaran dan

pembelajaran ini. Justeru itu, untuk mengatasi masalah ini, saya

berpendapat guru perlu banyak melakukan pergerakan dan

pemantauan di keseluruhan kelas supaya pelajar akan sentiasa peka

terhadap arahan yang disampaikan oleh guru. Disamping melakukan

pemantauan, arahan-arahan yang diberi haruslah disampaikan dengan

lebih jelas lagi mengikut tahap pelajar supaya lebih difahami dan

mudah di ikut. Tambahan lagi, setiap arahan perlu diperincikan supaya

tidak wujud kekeliruan ataupun salah konsep di kalangan pelajar.

Sekiranya pelajar tahu akan tugas masing-masing dan guru sentiasa

beri perhatian kepada setiap murid, maka pengawalan kelas akan

menjadi lebih mudah dan berkesan.

7

Page 8: Jurnal refleksi

2.2 Masalah ke-Dua (Teknik Penyoalan yang kurang tepat)

PERKARA REFLEKSI

KENAL PASTI

MASALAH

Sepanjang menjalani latihan mengajar dan setelah diselia oleh

pensyarah penyelia dan guru pembimbing, saya perlu membuat

penambahbaikan dalam kemahiran penyoalan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.Masalah teknik penyoalan dimana

soalan sering diajukan dalam keadaan pelajar kurang sedia. Hal ini

telah menyebabkan timbulnya satu suasana yang kurang selesa

dimana para pelajar akan merasa gementar ketika berada di dalam

kelas sewaktu subjek Perdagangan. Hal ini seterusnya menyebabkan

saya kurang mendapatkan tindak balas yang memuaskan daripada

para pelajar. Cara penyoalan kepada pelajar perlu diperbaiki di mana

ianya perlu lebih teratur dan bersistematik

Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Instrumen soalan digunakan untuk mendapatkan

maklumat atau jawapan daripada pelajar. Selalunya guru menggunakan

teknik menyoal untuk memastikan dan menilai sama ada mereka

memahami pelajaran baru.

Selain itu, menyoal mempunyai nilai sosial kemasyarakatan yang tinggi

dimana ia dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan

menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke hati. Oleh itu, guru

mestilah memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan

memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan

pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 ).

ANALISIS

MASALAH (PUNCA)

Menurut Cimer (2007), Penyoalan lisan merupakan salah satu strategi

yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan bersesuaian

dengan enam prinsip utama bagi menghasilkan pengajaran yang

berkesan .Enam prinsip tersebut iaitu menguruskan idea dan konsep

sedia ada pelajar, menggalakkan pelajar menggunakan konsep atau

kemahiran baru dalam pelbagai konteks, menggalakkan keterlibatan

8

Page 9: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

pelajar, menggalakkan pelajar melakukan inkuiri, menggalakkan

pembelajaran secara koperatif dan mengemukakan penilaian

berterusan bagi menyediakan maklum balas sebagai pembetulan.

Menurut Berci & Griffith (2007) dan Sahin (2007) telah diiakui bahawa

aktiviti soal jawab antara guru dan pelajar boleh menjadi kayu pengukur

terhadap kejayaan dalam pengajaran pada alaf ini . Sehubungan itu,

pelbagai cara telah dilaksanakan oleh golongan pakar dalam

pendidikan untuk mengenal pasti dan menentukan ciri-ciri seorang guru

yang mampu menghasilkan proses pengajaran yang efektif.

Dalam konteks pengajaran di kelas, soalan lisan guru boleh

memotivasikan pelajar untuk bertanyakan soalan. Antara Soalan yang

ditimbulkan oleh pelajar dapat menunjukkan perasaan ingin tahu

ataupun kemungkinan ketidakfahaman berkaitan konsep yang

dipelajari. Maka, guru perlu sentiasa menyediakan ruang untuk pelajar

bertanya dan memberi maklum balas terhadap pertanyaan mereka.

Persoalan yang wujud berdasarkan permasalahan ini ialah:

a) Apakah pelajar mempunyai rasa semangat dan ingin tahu

semasa sesi soal jawab?

b) Apakah teknik soalan yang digunakan oleh guru mampu

merangsang minda murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis?

c) Apakah tahap pemahaman pelajar dapat diukur melalui teknik

soal jawab?

d) Apakah teknik soalan mampu mengekalkan perhatian dan fokus

murid?

e) Apakah teknik penyoalan yang digunakan oleh saya salah dan

tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan?

Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan

memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka

9

Page 10: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

waktu untuk memikirkan jawapan, barulah guru memilih secara rawak

beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah

menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta

menggalakkan pelajar untk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang

pemikiran pelajar.

Oleh itu, dapatan berdasarkan pemerhatian saya ialah:

Pelajar tidak bersedia untuk menjawab soalan yang diberi.Pelajar akan

mengekalkan perhatian dan fokus sekiranya guru sentiasa membuat

penyoalan.Tahap kefahaman pelajar dapat diukur melalui

penyoalan.Teknik penyoalan mampu menggerak dan merangsang

minat pelajar. Interaksi dua hala antara guru dan pelajar akan wujud

melalui kaedah penyoalan.

Tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang

pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan

penilaian adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap

soalan mesti ada objektifnya.

CADANGAN/

LANGKAH

PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan permasalahan mengenai teknik penyoalan. Beberapa

cadangan telah dibuat berdasarkan garis panduan yang telah

ditetapkan. Antaranya ialah:

a) Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti

pengajaran guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat

aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya “ Taxonomy of

Education objective” membahagikan enam peringkat aras-aras

penyoalan:

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

10

Page 11: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

Sintesis

Penilaian

b) Ditujukan kepada semua murid

c) Murid diberi masa berfikir

d) Sesuai dengan kebolehan murid

e) Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke

aras tinggi

f) Penyampaian soalan jelas

g) Melayan tindak balas murid dengan baik

h) Mengetahui Komponen Kemahiran Penyoalan:

Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal atau

fokus pelbagai.

Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi

memberi peluang kepada murid berfikir

Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk

memudahkan murid memberi jawapan

Melayan murid dengan adil

Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid

berdasarkan aras tertentu.

Soalan yang jelas dan ringkas

TINDAKAN

SUSULAN

Setelah membuat refleksi tentang permasalahan ini, saya telah

melakukan teknik penyoalan berdasarkan prinsip-prinsip penyoalan

yang telah ditetapkan. Semasa mengajar dengan menggunakan teknik

penyoalan yang kurang tepat, beberapa kesan telah dikenalpasti telah

berlaku berlaku di mana para pelajar tidak berani untuk memberikan

pendapat dan masih lagi bersikap malu, malah ada juga yang kurang

fokus dan tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Oleh itu,

apabila berlaku keadaan di mana cara mengemukakan soalan tidak

betul maka telah timbul keadaan di mana seorang pelajar disisih dan

dipilih sebelum soalan diajukan. Akibatnya,kemungkinan ada pelajar

yang menutup mata dan merasakan diri mereka tidak terlibat serta

boleh bersenang-lenang sehingga soalan berikutnya dikemukakan.

11

Page 12: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

Maka, setelah saya menggunakan teknik penyoalan yang betul iaitu

dengan mengemukakan soalan kepada seluruh kelas, setiap pelajar

akan memikirkan jawapan yang betul kerana tiada seorang pun yang

tahu siapa yang akan disuruh menjawab soalan. Hal ini akan

menyebabkan berlakunya perubahan dalam situasi pembelajaran.

Proses pembelajaran lebih berkesan dan berlaku sepanjang masa dan

semua pelajar akan bersama-sama maju ke hadapan. Penerimaan

jawapan pelajar juga adalah sebahagian daripada teknik penyoalan

yang betul. Pujian telah diberikan kepada pelajar yang telah

memberikan jawapan yang betul untuk menggalakkan pelajar berusaha

memberi jawapan dengan baik. Jika jawapan kurang lengkap, minta

pelajar lain melengkapkannya atau saya akan memberikan maklumat

kepada jawapannya

KESIMPULAN Kesimpulannya, teknik penyoalan lisan yang dikendalikan dengan baik

sudah pasti dapat menyumbang kepada kemahiran berfikir, kemahiran

berkomunikasi seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang

berfikiran aras tinggi. Perkara ini adalah penting dalam melaksanakan

sistem pendidikan yang berkesan.

12

Page 13: Jurnal refleksi

2.3 Masalah ke-tiga (Masalah Pengurusan Masa)

PERKARA REFLEKSI

KENAL PASTI

MASALAH

Ketika P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah yang sama

seperti di minggu yang ketiga dan kelima iaitu masalah penggunaan

masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancang dalam Rancangan

Pengajaran Harian. Saya hanya mempunyai satu masa bagi setiap

pembelajaran perdagangan. Oleh hal yang demikian penggunaan

bahan bantu mengajar tidak dapat digunakan sepenuhnya. Hal ini

kerana saya terpaksa memastikan masa saya mencukupi untuk

membantu pelajar menguasai topik yang diajar. Terdapat aktiviti yang

telah dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana kelemahan tertentu.

Hal ini menimbulkan masalah untuk mencapai objektif, khususnya

objektif perlaksanaan apresiasi di hujung proses penghasilan tugasan.

Selain itu, Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat

dijalankan kerana masa yang tidak mencukupi dan bimbang jika

terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya.

ANALISIS

MASALAH (PUNCA)

Masalah yang timbul berkenaan perancangan masa kerana semasa

saya menerangkan set induksi ianya adalah terlalu panjang

menyebabkan aktiviti dan isi pelajaran yang telah saya rancangkan

terpaksa dilaksanakan secara pantas dan menyebabkan murid belajar

dalam keadaan tidak bersedia dan fokus terutama bagi kelas 4P yang

mempunyai masalah pembelajaran yang ketara.

Begitu juga ketika aktiviti kumpulan dijalankan,ia mengambil masa yang

lama dari yang dirancangkan. Ini dapat dilihat apabila murid berasa

teruja dengan sesuatu aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung

mengakibatkan terlalu tertumpu kepada satu-satu aktiviti sahaja.

Masalah ini timbul dalam langkah penghasilan, iaitu murid telah

mengambil masa yang lama untuk menghasilkan tugasan. Hal ini

berlaku kerana murid tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan

sedia ada tentang teknik dan aktiviti. Contohnya dalam aktiviti

pembentangan, pelajar telah dimaklumkan bahawa mereka hanya

13

Page 14: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

mempunyai tempoh masa yang tertentu untuk berbincang dan

sebagainya. Namun pelajar tidak menepati arahan yang diberi oleh

guru.

Namun apa yang saya perolehi hasil daripada pemerhatian saya

terhadap murid mendapati bahawa murid lebih memahami pengajaran

dan pembelajaran secara lebih mendalam kerana apabila dilakukan

aktiviti berkumpulan murid sangat memberi kerjasama sehingga

mereka tidak sedar akan masa yang bergerak pantas.

Namun saya juga perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan

terhadap masa adalah penting agar murid lebih mencapai objektif yang

telah disasarkan kepada mereka.

Kajian kes : Seorang guru Bahasa Melayu masuk ke bilik darjah dua

puluh minit lewat.Beliau mengajar secara tergopoh gapah kerana ingin

menghabiskan masa,beliau tidak memberi peluang untuk menyoal atau

melakukan sesi perbincangan mengenai topik yang ingin

diajar.Adakalanya,beliau terpaksa mengambil waktu yang berikutnya

kerana perlu menyelesaikan tugasnya serta menghabiskan sukatan

pelajaran.

CADANGAN/

LANGKAH

PENAMBAHBAIKAN

Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke

semasa dan memperbaikinya dengan memperbanyakkan

maklumat dan pengetahuan tentang pengurusan masa.

Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik minat murid

dengan matapelajaran Perdagangan dan meningkatkan sesi

pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer.

Saya akan melihat semula aktiviti yang hendak dirancang

perlulah mencukupi masa yang ditentukan, bagi mencapai

keseluruhan objektif termasuk sesi apresiasi. Saya juga

14

Page 15: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

mungkin akan menggunakan masa (5 minit) yang diperuntukkan

untuk membuat set induksi untuk terus memperkenalkan aktiviti

(aktiviti-aktiviti tertentu). Tetapi saya perlu menyediakan BBM

(contoh karya dari guru) yang menarik sehingga boleh menarik

minat murid dan sekaligus mereka tahu apakah aktiviti yang

akan dilakukan pada sesi P&P tersebut.

Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada

pensyarah pembimbing,guru pembimbing dan guru-guru di

samping berbincang dengan rakan-rakan lain.

TINDAKAN

SUSULAN

Semasa membuat RPH, saya akan memikirkan tentang kemungkinan

perkara yang boleh mengganggu ketetapan masa. Jadi saya perlu lebih

prihatin terhadap kemampuan atau tahap penerimaan dan menguasaan

murid. Saya juga boleh mengambil langkah menyediakan saiz hasil

tugasan pada saiz yang lebih kecil tetapi masih mampu menguji

penguasaan murid terhadap teknik yang diajarkan. Disamping itu, saya

juga menyediakan rancangan pengajaran harian pada masa tersebut

dengan menitik beratkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut

ketetapan masa.

KESIMPULAN Kesimpulannya, pengurusan masa dalam pengajaran dan

pembelajaran perlu dititikberatkan agar objektif pengajaran dapat

dicapai. Disamping itu, para guru perlu mengkaji semula apa kesilapan

dan strategi yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan meminta

pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing

agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.

15

Page 16: Jurnal refleksi

2.4 Masalah Ke-empat (Penggunaan Bahan Bantu Belajar yang kurang menarik)

PERKARA REFLEKSI

KENAL PASTI

MASALAH

Setelah beberapa minggu saya berada dan mengajar di sekolah

tersebut, saya mendapati masalah utama yang perlu saya beri

perhatian terlebih dahulu ialah penggunaan Bahan Bantu Belajar

(BBB). Bahan Bantu Belajar yang digunakan kurang menarik perhatian

pelajar. Oleh itu, Saya perlu mempelbagaikan lagi Bahan Bantu Belajar

(BBB) yang kreatif bagi menarik minat pelajar untuk memahami konsep

pembelajaran secara mudah.

Walaupun saya menyediakan BBB, tapi ia gagal menarik perhatian

murid. Mungkin BBB tersebut tidak menarik. Atau mungkin ia kurang

jelas disebabkan penggunaan warna yang kurang sesuai bagi murid di

belakang kelas.

ANALISIS

MASALAH (PUNCA)

Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan

Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM

dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan

yang dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang

dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

Bagi menarik dan menimbulkan keseronokan pelajar untuk terlibat

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan

pelbagai bahan dan alat yang dapat merangsang minat dan motivasi

pelajar. Alat bantu mengajar yang disediakan oleh guru perlu mengikut

kesesuaian dan keupayaan pelajar agar dapat dimanfaatkan oleh

pelajar dan memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Apa yang

penting adalah memberi kefahaman kepada pelajar. Salah satu bahan

pengajaran yang boleh menimbulkan minat dan keseronokkan pelajar

adalah penggunaan multimedia teknologi seperti komputer, video,

aplikasi komputer dan sebagainya. Selain itu juga guru perlu kreatif

16

Page 17: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti

menggunakan bahan sastera di dalam bilik darjah.

Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan

konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara

dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa

menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan

lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebih–lebih

lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang

disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untuk

mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi

pengalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat

mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika

bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi

penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat

pelajar.

Saya merasakan terdapat pelbagai punca atau penyebab berlakunya

masalah dalam penyediaan Bahan Bantu Belajar (BBB) dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Beberapa persoalan yang timbul dalam

permasalahan ini iaitu:

Apakah di sekolah mempunyai kemudahan dalam penggunaan

ICT kepada guru?

Apakah Bahan Bantu Belajar yang sesuai digunakan bagi mata

pelajaran Perdagangan dan Ekonomi Asas?

Apakah guru pelatih mempunyai masa yang cukup untuk

menyediakan Bahan Bantu Belajar dan tugasan yang lain?

Apakah terdapat kemudahan dalam penyebaran media

pengajaran kepada guru-guru di sekolah?

Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang

17

Page 18: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan:

Kemudahan dalam penggunaan ICT dan pengintegrasian

teknologi di sekolah adalah terhad dan sukar diperolehi.

Penggunaan bahan bantu belajar secara elektronik tidak dapat

dijalankan manakala guru hanya menggunakan bahan bantu

belajar secara tradisional.

Kekangan masa dalam menyediakan bahan bantu belajar yang

kreatif dan menarik di samping penyediaan tugasan lain.

Kekurangan penyebaran tentang media pengajaran yang boleh

didapati bagi kegunaan guru-guru.

Kesukaran dalam menggantikan/memperbaiki bahan

pengajaran yang telah hilang/rosak.

CADANGAN/

LANGKAH

PENAMBAHBAIKAN

Melalui isu dan permasalahan dalam menyediakan bahan bantu belajar

dari segi elektronik mahupun bukan elektronik, saya ingin

mencadangkan beberapa langkah-langkah bagi mengatasi

permasalahan tersebut. Antaranya ialah:

a) Pihak sekolah perlulah menyediakan kemudahan ICT yang

lengkap di sekolah bagi memudahkan guru dan pelajar

menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang

menarik dan berkesan.

b) Saya perlulah menjadi lebih kreatif dan perlu banyak

mengkaji serta mencari bahan bantu belajar yang

bersesuaian dengan tajuk yang diajar.

c) Saya perlulah bijak dalam membahagikan masa untuk

menyediakan bahan bantu belajar serta melakukan tufgasan

keperluan yang lain.

18

Page 19: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

d) Saya perlulah mengenalpasti kelebihan dan kebaikan dalam

penggunaan Bahan Bantu Belajar(BBB) semasa proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

TINDAKAN

SUSULAN

Saya telah menghasilkan BBB yang bukan sahaja menarik malah

menitikberatkan aspek warna yang digunakan agar dapat menarik

perhatian murid. Saya meminta pendapat daripada pelajar-pelajar

apakah instrumen yang digemari bagi membantu mereka belajar. Saya

juga telah meminta pandangan dan nasihat rakan-rakan guru dan guru

pembimbing. Seterusnya, Saya akan membuat persediaan dan

perancangan yang rapi bagi penyediaan bahan bantu belajar untuk

kedua-dua subjek yang diajar. Walaupun terdapat kekangan dalam

penggunaan kemudahan ICT di sekolah, saya akan menggunakan

kaedah membuat bahan bantu belajar secara tradisional namun

mampu menarik minat pelajar dengan penggunaan warna dan gambar

yang menarik.

KESIMPULAN Kesimpulannua,kekerapan penggunaan bahan bantu belajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran memberikan impak yang positif

dan membantu para guru untuk memberi penerangan kepada pelajar.

Selain itu, pelajar juga akan lebih memahami subjek yang diajar serta

lebih berminat untuk belajar.

19

Page 20: Jurnal refleksi

2.5 Masalah Ke-5 (Penyampaian Isi Kandungan Yang tidak Jelas dan Menarik)

PERKARA REFLEKSI

KENALPASTI

MASALAH

Semasa menjalani latihan mengajar,saya mempunyai masalah dalam

menyampaikan isi kandungan secara lebih dinamik dan berkesan.Cara

penyampaian saya adalah tidak jelas dan kurang menarik.

Menurut Dunne (1994) pengajaran berkesan bermaksud seorang

pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan

mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai

kemahiran atau teknik profesional yang tinggi. Mereka berpendapat

yang pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi

kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan

mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu menyiapkan

diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas, menyoal

soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan  proses pembelajaran.

ANALISIS

MASALAH (PUNCA)

Noraini Idris (2005) menyenaraikan beberapa faktor yang

mempengaruhi pengajaran guru iaitu penguasaan guru terhadap

bahasa penghantar, penguasaan guru terhadap isi kandungan subjek

dan cara guru menyusun pelajaran termasuk penggunaan alat dan

bahan. Guru seharusnya mempunyai pengetahuan yang mendalam

dalam ilmu pendidikan. Contohnya guru Perdagangan perlu mempunyai

pengetahuan yang mendalam dalam ilmu berkaitan perdagangan dan

perniagaan itu sendiri supaya menjadi seorang guru subjek

Perdagangan yang berkesan. Selain itu guru juga perlu mempunyai

pengetahuan untuk menyampaikan ilmu tersebut secara berkesan dan

mudah difahami oleh pelajar.Pengajaran merupakan aktiviti

menyampaikan isi pengajaran, di samping memotivasikan pelajar

supaya bersedia untuk belajar, menguruskan disiplin mereka serta

menggerakkan mereka dengan aktiviti yang positif (Mok Soon Sang,

2000).

20

Page 21: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

Menurut Tengku Zawawi (2009) dalam kajian Nik Mohd Rahimi et al

(2012) Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) atau Pedagogical

Content Knowledge (PCK) adalah sejenis pengetahuan yang unik bagi

seseorang guru dan PPIK merujuk kepada cara guru menyampaikan isi

kandungan agar mudah difahami dan dapat menggalakkan kefahaman

konseptual pelajar. PPIK melibatkan penggunaan analogi, contoh,

penerangan dan demontrasi yang efektif, disamping mengambil kira

latar belakang pelajar .

Justeru,pentingnya bagi seseorang guru itu untuk menguasai serta

memahaminya isi kandungan yang hendak diajar agar pengajaran yang

berkualiti terjadi kerana maklumat yang disampaikan boleh diterima,

menarik minat, dan mudah untuk diingati serta dilakukan oleh pelajar.

Antara punca permasalahan ialah

a) Pelajar kurang memahami tentang topik yang diajar.

b) Pelajar kurang berminat dengan subjek yang berkaitan dengan

perniagaan

c) Proses pengajaran menjadi satu hala apabila pelajar kurang

berminat dan kurang memahami topik yang diajar.

d) Cara penyampaian saya kurang jelas dan tidak teratur.

e) Pelajar mempunyai rasa malu untuk menyuarakan pendapat.

Daripada analisis di atas, saya telah mengenalpasti bahawa melalui

cara penyampaian isi kandungan yang kurang jelas, tidak menarik dan

terlalu cepat akan memberikan impak yang negatif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat dilihat melalui respon yang

kurang baik daripada para pelajar. Pelajar kurang berminat dan kurang

memahami mengenai topik yang diajar.

Berdasarkan permasalahan di atas, terdapat pelbagai cadangan yang

21

Page 22: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

CADANGAN/

LANGKAH

PENAMBAHBAIKAN

boleh dijadikan panduan untuk saya membuat penambahbaikan bagi

memastikan proses pengajaran lebih berkesan.

Berikut merupakan cadangan bagi menjadikan penyampaian isi

kandungan oleh guru lebih berkesan:

a) Perancangan yang lebih rapi dan persediaan awal perlulah

dibuat dengan mengulangkaji tajuk-tajuk yang akan diajar.

b) Penguasaan isi kandungan secara menyeluruh

c) Menggunakan kepelbagaian teknik dan kaedah dalam

menyampaikan isi kandungan.

d) Menggunakan masa pengajaran dengan optimum agar tiada

permasalahan dalam ketinggalan silibus.

e) Memilih kaedah/teknik/strategi yang sesuai bagi sesuatu objektif

pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun.

Penambahbaikan perlulah dilakukan di mana idea-idea yang telah

difahami oleh guru haruslah ditukar dalam beberapa cara agar ia boleh

diajar kepada pelajar. Sebagai contohnya, pelarasan melalui

pengajaran melibatkan pengalihan dari pemikiran tentang mata

pelajaran seperti yang difahami oleh guru ke minda dan motivasi

pelajar. Transformasi isi kandungan ke dalam bentuk yang boleh diajar

memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana

pelajar menunjukkan apa yang ia telah pelajari. Melalui beberapa cara

di atas, pengajaran berkesan mampu diwujudkan oleh guru.

TINDAKAN

SUSULAN

Setelah membuat refleksi tentang isu dan permasalahan yang wujud,

saya telah membuat penambahbaikan di mana sebelum berlakunya

proses pengajaran di dalam kelas, saya akan membuat perancangan

awal terlebih dahulu dan menguasai setiap isi kandungan mengenai

topik yang akan diajar. Selain itu, saya juga mengenalpasti beberapa

kaedah,strategi dan teknik yang bersesuaian dengan tabiat dan

keadaan pelajar serta topik yang akan diajar.

22

Page 23: Jurnal refleksi

PERKARA REFLEKSI

saya telah mengkaji topikyang bakal diajar dengan lebih mendalam.

Saya telah berbincang dengan guru bimbingan mata pelajaran yang

diajar untuk memudahkan lagi saya memahami istilah-istilah dalam

topik. Selain itu, Saya menggunakan pelbagai teknik transformasi untuk

memudahkan lagi pelajar turut memahami apa yang disampaikan oleh

guru. Dengan menggunakan bantuan khidmat nasihat serta bahan

bantu mengajar, saya lebih mudah untuk menguasai isi kandungan

seterusnya mampu memberikan penerangan dengan berkesan

terhadap topik yang diajar kepada pelajar.

KESIMPULAN Kesimpulannya seseorang guru yang berkesan dijangka akan

menjelmakan pengetahuan kandungan mata pelajaran kepada

pedagogi semasa mengajar. Penguasaan guru terhadap tiga fasa

proses pengajaran dan pembelajaran untuk sebarang mata pelajaran

yang diajar adalah amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran

yang disampaikan kepada pelajar. Akhir sekali, penyampaian guru yang

berkesan mampu menerapkan kefahaman kedalam diri pelajar di

samping melahirkan insan yang berfikiran aras tinggi dan

berpengetahuan.

3.0 Rumusan

Secara rumusnya, dengan adanya kemahiran membuat refleksi dapat membantu guru belajar

secara optimum daripada kesilapan dan pengalaman lepas. Oleh sebab itu, refleksi juga

dikatakan dapat membantu pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan peribadi serta

profesion yang positif .

Keseluruhannya, ternyatalah dengan melaksanakan refleksi ianya membolehkan guru membuat

penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan

kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah

amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif

dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah

23

Page 24: Jurnal refleksi

dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya. Oleh itu, refleksi

amat penting dalam mempertingkatkan lagi kualiti seorang guru

4.0 Rujukan

Elisabeth Wilkin, School of Hard Knocks: Getting Behavioral Help for Teachers in the Classroom. Diambil pada 5 March 2007 daripada:http://www.empoweringparents.com/Classroom-Management-and-Discipline.php

Mohd Izar Kasturi bin Ibrahim,2009, Penguasaan Kemahiran Pedagogi Dan Isi Pelajaran Guru

Pelatih Sains Fakulti Pendidikan UTM

Mok Soon Sang. (2003). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru,

Bahagian 2 : Kompetensi Khusus/fungsi (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran).

Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd..

Nik Mohd Rahimi et al (2012), Pengetahuan PedagogiI Isi Kandungan (PPIK) Pengajaran

Bahasa Arab,Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Unit Bahasa

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

Noraini Idris (2005), Pedagogi dalam pendidikan matematik , Utusan Publications & Distributors,

Kuala Lumpur

Richelle Mander, Assertive Discipline- Canter & Canter What is Assertive Discipline? Diambil pada 5 March 2007 daripada:https://prezi.com/u9j13lbpycpj/canter-canter-assertive-discipline/

Zamri Mohamod dan Nor Razah Lim, 2011, Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam

Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu 51-64

24

Page 25: Jurnal refleksi

6.0 Lampiran

25

Page 26: Jurnal refleksi

KPR 3012:SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

KUMPULAN : AT45C

TUGASAN INDIVIDU :Jurnal Refleksi Latihan Mengajar

Disediakanoleh:NOR ATIQAH BINTI SHAARI

D20111048768AT45 ISMP Keusahawanan dan Perdagangan

Disediakan untuk :Prof Madya Dr. Mohd Yahya bin Mohd Hussin

Tarikh:27 Mac 2015

26

PEMARKAHAN