PA Presentation

download PA Presentation

of 27

Transcript of PA Presentation

KOMANWEL

Komanwellanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial(Konferen Imperial) pada tahun1920-an. ditubuhkan pada tahun 1931 - menyatukan negaranegara bekas jajahan British. satu persatuan secara sukarela - melibatkan negaranegara berdaulat yang ditubuhkan @ pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium). Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm Negara-negara yang mengiktiraf Ratu British(Ratu Elizabeth II) sebagai ketua negara majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Komanwel terdiri daripada negara-negara anggota daripada enam benua.

Matlamat Penubuhan Komanwelmengeratkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial; mengadakan perhubungan erat dalam bidang sukan seperti Sukan Komanwel (SUKOM) yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998; membantu nagara ahli yang mempunyai masalah sosial, ekonomi dan politik.

Sejarah Malaysia dalam Komanwel

Malaysia merupakan ahli Komanwel sejak tahun 1957, apabila memeterai Perjanjian Pertahanan Tanah Melayu-British (AMDA) bersama United Kingdom. Kehadiran tentera British dan negara Komanwel lain penting untuk keselamatan negara ketika menghadapi darurat (19481960) dan Konfrontasi Indonesia (1962 1966). Jaminan pertahanan British tamat berikutan keputusan Britain untuk mengundurkan tenteranya dari kawasan timur Terusan Suez pada tahun 1967, lalu digantikan pada tahun 1971 dengan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA). FPDA masih berkuat kuasa, dan kelima-lima negara terlibat mempunyai Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu kekal yang bertapak di markas RMAF Butterworth, serta menganjurkan latihan tentera laut dan udara setiap tahun.

Kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman

Malaysia mendukung dasar luar yang teguh menyokong Komanwel dan menentang komunis. Malaysia turut giat menentang dasar aparteid yang menyaksikan Afrika Selatan meninggalkan Komanwel pada tahun 1961, serta menjadi ahli perintis Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969.

Kepimpinan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn

Malaysia mengalihkan dasarnya ke arah pendirian berkecuali.

Tahun 1971 - ASEAN mengeluarkan Deklarasi Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) yang berfahamanan berkecuali dan anti-nuklear. Malaysia menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali, dan pada 1974 mengiktiraf Republik Rakyat China.

Pimpinan Tun Mahathir

cuba menubuhkan sebuah Kumpulan Ekonomi Asia Timur sebagai alternatif kepada APEC, mengecualikan Australia, New Zealand dan benua Amerika. Malaysia memeterai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan forum serantau ASEAN+3 bersama China, Jepun dan Korea Selatan. berselisih dengan Perdana Menteri Australia Paul Keating, yang menyifatkan beliau sebagai keras kepala kerana enggan menyertai sidang kemuncak APEC di Seattle.

Malaysia memandang kerjasama serantau sebagai asas dasar luarnya dan menjadi pendukung utama bagi perluasan keanggotaan ASEAN agar menyertakan Laos, Vietnam, dan Myanmar, atas alasan bahawa urusan membina bersama ketiga-tiga negara ini, terutamanya Myanmar, akan memacu perubahan politik dan ekonomi. Malaysia juga menganggotai kumpulan ekonomi G-15 dan G-77.

Hubungan Malaysia Dan Komanwel

Pemberian bantuan semasa penentangan komunis. kerjasama Sekretariat Komanwel dari segi teknikal di bawah Tabung Komanwel. biasiswa pendidikan menerusi Rancangan Colombo. bantuan kewangan - membina pusat latihan, bantuan lanjutan pelajaran pelajar negara membangun di negara Australia, Kanada, New Zealand dan Britain serta menempatkan pakar bagi membuat penyelidikan. Tabung Ekuiti Komanwel - membantu negara Komanwel yang memerlukan modal perindustrian. Persidangan Ketua-ketua Komanwel [CHOGM] Kuala Lumpur (1998) Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CFMM) - Kuala Lumpur(1989).

Kejayaan Malaysia Sebagai Ahli KomanwelPulihkan keamanan Uganda (perang saudara) Bantu Zimbabwe capai kemerdekaan Kutuk Perancis tidak menghormati Perjanjian tentang Pengurangan Senjata Nuklear (NPT) menjalankan ujian nuklear dii Pasifik Selatan 1996 Kritik India dan Pakistan jalankan ujian nuklear (1998)

Penutup

Sukan Komanwel - acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali melibatkan atlet elit dari negara-negara Komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel - biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) - organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel. Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 di Hamilton, Ontario, Kanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepada Sukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978. Seperti jumlah acara sukan Olimpik, Sukan ini turut mengandungi beberapa sukan yang dimain meluas di negara Komanwel, seperti lawn bowl, ragbi dan bola jaring. Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel: Australia, Kanada, England, New Zealand,

Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)ditubuhkan

pada 1961 semasa Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yugoslavia ketika kemuncak perang dingin di Eropah Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969 dan menjadi pengerusi NAM ke-13 sehingga tahun 2006 terdiri daripada 114 buah negara mengadakan sidang kemuncak setiap tiga tahun sekali

Persidangan Nam1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

8.9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Belgrade, 1-6 September 1961 Cairo, 5-10 Oktober 1964 Lusaka, 8-10 September 1970 Algiers, 5-9 September 1973 Colombo, 16-19 Ogos 1976 Havana, 3-9 September 1979 New Delhi, 7-12 Mac 1983 Harare, 1-6 September 1986 Belgrade, 4-7 September 1989 Jakarta, 1-7 September 1992 Cartagena de Indias, 18-20 Oktober 1995 Durban, 29 Ogos 3 September 1998 Kuala Lumpur, 20-25 Februari 2003 Havana, September 1516, 2006 Sharm El Sheikh, July 1116, 2009 Belgrade, September 1-7 2011

Mesyuarat pertama25 ahli dengan 11 ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neokolonialisme.

Penyertaan

Mesyuarat keduaini disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka. Mesyuarat ketika itu lebih banyak membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.

Perhimpunan

Mesyuarat ketigayang paling penting dalam sejarah NAM kerana pada tahun ini pergerakan ini menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik. Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.

Perhimpunan

Mesyuarat keempat

Pada

1973, mesyuarat diadakan di Algiers menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain. Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di Bandung dan dinamakan Persidangan Bandung. Prinsipal Panchseel telah mula diperkembangkan dan disinilah bermulanya pembentukan konsep pengecualian. Konsep ini menyarankan negaranegara anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin.

Mesyuarat kesepuluh Dalam persidangan NAM 1993 di Jakarta, telah dibincangkan tentang mengadakan dialog dengan Negara-negara maju di Utara, menjadi pertubuhan bagi memperjuangkan pertumbuhan ekonomi negara-negara Selatan secara kolektif dan menandakan kepentingan NAM dalam dunia yang mengalami perubahan yang cepat. Mesyuarat ketiga belas Dalam persidangan NAM 2003 di Kuala Lumpur, Deklarasi Kuala Lumpur diluluskan.

Prinsip-prinsip NAM

Menghormati hak asasi manusia dan tujuan serta prinsip Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara Mengiktiraf persamaan semua ras dan persamaan semua bangsa,kecil mahupun besar Tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain Menghormati hak setiap negara untuk mempertahankan dirinya secara bersendirian

Tidak mengenakan tekanan terhadap negaranegara lain Menggalakkan kepentingan bersama dan kerjasama Mengelakkan ugutan pencerobohan atau penggunaan kekerasan terhadap kedaulatan wilayah atau kebebasan politik sebarang negara Menyelesaikan semua pertikaian antarabangsa melalui cara-cara aman Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa

Perkembangan NAMPersidangan NAM pada tahun 1961, 1964 dan 1970 Menekankan isu seperti imperialisme, penjajahan, neokolonialisme, aparteid, perkauman dan pencerobohan asing Matlamat perjuangan NAM berubah : Setelah tamatnya Perang Dingin antara

kuasa-kuasa besar Setelah kejatuhan sistem pemerintahan Aparteid di Afrika Selatan

Sejak pertengahan tahun 1970-an, isu ekonomi menjadi tumpuan utama negaranegara anggota NAM kerana jurang yang semakin besar antara negara-negara di Utara dengan negara-negara di Selatan Dalam Persidangan NAM 1973, ketua-ketua negara anggota NAM : Mengesyorkan penyemakan regim ekonomi global Memperjuangkan pembentukan Order Baru Ekonomi atau NIEO(New International Economic Order)

Dalam persidangan NAM 1993 di Jakarta, telah dibincangkan tentang : Mengadakan dialog dengan negara-negara maju di Utara Menjadi pertubuhan bagi memperjuangkan pertumbuhan ekonomi negara-negara Selatan secara kolektif Dalam persidangan NAM 1998 di Durban, wakil-wakil daripada Kumpulan 7 buah Negara Maju(G-7), Kesatuan Eropah(EU), Britain dan Perancis dijemput ke persidangan itu, Menandakan kepentingan NAM dalam dunia yang mengalami perubahan yang cepat

Dalam persidangan NAM 2003 di Kuala Lumpur, isu-isu yang dihadapi oleh NAM : Gencatan senjata Keganasan antarabangsa Peningkatan kerjasama multilateral untuk menghadapi peminggiran negara-negara yang sedang membangun dalam proses globalisasi Keadaan ekonomi yang kritikal di Afrika Jenayah melangkaui sempadan Pengedaran dadah antarabangsa Penyakit AIDS

Dalam persidangan NAM 2003 di Kuala Lumpur, diluluskan Deklarasi Kuala Lumpur yang mengandungi matlamat yang berikut : a) meningkatkan kesatuan NAM berasaskan kepentingan bersama b) mendukung dan setia kepada prinsip asas NAM dan Piagam PBB c) meningkatkan dan mengukuhkan proses pelbagai hala d) mengukuhkan sistem demokrasi dalam pentadbiran antarabangsa

e) menjadi lebih proaktif, bukan reaktif f) mengukuhkan kemampuan kebangsaan g) meningkatkan kerjasama SelatanSelatan h) mengukuhkan hubungan lebih dinamik dan kerjasama dengan negara membangun i) mengukuhkan interaksi dan kerjasama dengan pertubuhan

Deklarasi PutrajayaMerupakan lanjutan daripada Deklarasi Nairobi dan Deklarasi Beijing Deklarasi Putrajaya diisytiharkan dalam Mesyuarat Peringkat Menteri NAM tentang Kemajuan Wanita dari 7 - 10 Mei 2005 di Kuala Lumpur Objektif deklarasi : a) memperkasakan wanita b) menggalakkan wanita melibatkan diri dalam pelbagai sektor c) memperkukuhkan kedudukan kaum wanita Menyenaraikan 9 perkara yang mampu memperkasakan wanita dalam era globalisasi dan abad ke-21

9 perkara tersebut ialah : a) Wanita,kemiskinan dan pembangunan

ekonomi b) Wanita dalam kuasa dan membuat keputusan c) Wanita dan pendidikan d) Wanita dan kesihatan e) Wanita, media dan ICT f) Wanita dan konflik bersenjata (berkaitan pencabulan dan keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap wanita Palestin dan Syria) g) Keganasan terhadap wanita h) Wanita dan situasi bencana i) Kesaksamaan jantina di arus perdana