CTH BUDAYA 1.docx

26
PENGENALAN Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:212) mendefinisikan budaya sebagai tamadun atau peradaban. Kebudayaan pula membawa makna keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak serta segala hasil kegiatan masyarakat. Maka, secara tidak langsung kebudayaan Melayu mengertikan cara hidup terancang masyarakat yang berbangsa Melayu dalam kehidupan mereka. Khazanah kebudayaan Melayu termuat dalam pelbagai bentuk yang telah disusun dan dipelihara sejak dahulu. Antara bentuk-bentuk pendokumentasian itu ialah bahan sastera dan bukan sastera seperti penulisan ilmiah, filem, drama dan sebagainya. Setiap bahan tersebut diadun rapi dengan aspek-aspek penting seperti sosiopolitik, sosioekonomi dan sosiobudaya yang menjelaskan nilai-nilai tradisi kebudayaan Melayu. Dalam tugasan ini akan dijelaskan ketiga-tiga aspek tersebut berdasarkan sebuah drama klasik yang dipilih iaitu Keris Hitam Bersepuh Emas Meskipun tidak banyak yang dapat dikaitkan dengan drama melayu ini, tetapi seniman drama melayu mempunyai idea tersembunyi untuk diketengahkan kepada khalayak penonton khususnya masyarakat Melayu sendiri. Elemen kebudayaan Melayu yang diselang-selikan dengan cara hidup tradisional dan ilmu persilatan melayu menentang penjajah dipadatkan dengan persoalan-persoalan sosial yang tampak sarat dengan elemen persahabatan dan kekeluargaan terhadap institusi diraja tetapi memerlukan daya fikiran analitikal untuk memperhalusinya. Begitulah buah tangan istimewa seniman drama berharga ini. Segala apa yang ditonjolkan tidak seharusnya dilihat secara permukaan sebaliknya harus diteliti lebih mendasar. Tugas kami selaku pemerhati adalah menyediakan satu tulisan ilmiah yang ringkas tetapi padat untuk dijadikan renungan bersama. Huraian berkenaan aspek sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi mungkin dapat membantu pembaca memahami serba sedikit cabang ilmu kebudayaan Melayu yang begitu luas. Paling tidak, pembaca boleh memikirkan bersama akan kepentingan pemeliharaan kebudayaan Melayu yang kini dilihat semakin terancam akibat tertawannya minda generasi baharu di era globalisasi ini. 1

Transcript of CTH BUDAYA 1.docx

PENGENALANKamus Dewan Edisi Keempat (2005:212) mendefinisikan budaya sebagai tamadun atau peradaban. Kebudayaan pula membawa makna keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak serta segala hasil kegiatan masyarakat. Maka, secara tidak langsung kebudayaan Melayu mengertikan cara hidup terancang masyarakat yang berbangsa Melayu dalam kehidupan mereka.Khazanah kebudayaan Melayu termuat dalam pelbagai bentuk yang telah disusun dan dipelihara sejak dahulu. Antara bentuk-bentuk pendokumentasian itu ialah bahan sastera dan bukan sastera seperti penulisan ilmiah, filem, drama dan sebagainya. Setiap bahan tersebut diadun rapi dengan aspek-aspek penting seperti sosiopolitik, sosioekonomi dan sosiobudaya yang menjelaskan nilai-nilai tradisi kebudayaan Melayu.Dalam tugasan ini akan dijelaskan ketiga-tiga aspek tersebut berdasarkan sebuah drama klasik yang dipilih iaitu Keris Hitam Bersepuh Emas Meskipun tidak banyak yang dapat dikaitkan dengan drama melayu ini, tetapi seniman drama melayu mempunyai idea tersembunyi untuk diketengahkan kepada khalayak penonton khususnya masyarakat Melayu sendiri. Elemen kebudayaan Melayu yang diselang-selikan dengan cara hidup tradisional dan ilmu persilatan melayu menentang penjajah dipadatkan dengan persoalan-persoalan sosial yang tampak sarat dengan elemen persahabatan dan kekeluargaan terhadap institusi diraja tetapi memerlukan daya fikiran analitikal untuk memperhalusinya. Begitulah buah tangan istimewa seniman drama berharga ini. Segala apa yang ditonjolkan tidak seharusnya dilihat secara permukaan sebaliknya harus diteliti lebih mendasar. Tugas kami selaku pemerhati adalah menyediakan satu tulisan ilmiah yang ringkas tetapi padat untuk dijadikan renungan bersama. Huraian berkenaan aspek sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi mungkin dapat membantu pembaca memahami serba sedikit cabang ilmu kebudayaan Melayu yang begitu luas. Paling tidak, pembaca boleh memikirkan bersama akan kepentingan pemeliharaan kebudayaan Melayu yang kini dilihat semakin terancam akibat tertawannya minda generasi baharu di era globalisasi ini.

2.0 ANALISIS DRAMA KERIS HITAM BERSEPUH EMAS 2.1ASPEK SOSIOPOLITIK Khazanah Kebudayaan Melayu terkandung dalam bahan sastera dan bahan bukan sastera seperti bahan penulisan ilmiah, bahan media komunikasi dan bahan lain yang menggambarkan sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat melayu.Berdasarkan bahan bukan sastera, iaitu drama, kumpulan kami telah melaksanakan satu kajian mengenai kebudayaan melayu melalui satu drama melayu sekitar 1990-an yang bertajuk Keris Hitam Bersepuh Emas yang telah ditayangkan di kaca televisyen Radio Televisyen Malaysia 1 (RTM1). Pada bahagian ini, kami akan mengetengahkan isu sosiopolitik dalam drama ini dan dikaitkan dengan kebudayaan masyarakat melayu.Pada amnya, drama ini mengisahkan kehidupan masyarakat melayu tradisional yang hidup dalam hierarki dan ketamadunan di raja. Ini dapat digambarkan dari makna melayu tradisional, Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005).

Melayu tradisional merujuk kepada masyarakat Melayu yang kaya dengan adat dan budaya serta nilai-nilai murni kesopanan. Ia juga merujuk kepadamasyarakat Melayu yang hidup sebelum zaman penjajahan. Jadi, segala bentuk kegiatan sosio-ekonomi mereka adalah acuan mereka sendiri tanpa adanya pengaruh daripada negara Barat.

Masyarakat Melayu tradisional ini sangat terkenal, khususnya pada abad ke-13 hingga abad ke-16. Ini adalah ekoran kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu tradisional seperti Kerajaan Melayu Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan sebagainya. Dalam drama ini, telah ditonjolkan sosiopolotik di mana masyarakat melayu dinaungi oleh institusi diraja. Sultan Melaka sebagai kepala yang menaungi kerajaan Melayu Melaka sekitar abad 14 dan abad ke 15. Dalam drama ini juga menceritakan orang melayu menyanjung tinggi istitusi diraja dimana mereka sanggup berkorban menjaga dan mendaulatkan ketuanan melayu. Sebagai contoh, tujuh pendekar melayu ini bergabung tenaga merancang, melawan dan berjuang habis-habisan menentang penentang sultan Melaka pada masa itu (penjajah Portugis dan orang-orang Belanda).

BERIKUT MERUPAKAN SOSIOPOLITIK ORANG MELAYU.KERAJAAN MELAYU MELAKAKerajaan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15. Pada masa ini, Kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal di alam Melayu. Kerajaan ini dikatakan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456-1477). Antara faktor-faktor yang memunculkan Melaka sebagai kerajaan yang unggul dan gemilang pada waktu ini ialah:

(a) Faktor Geografi(b) Faktor Ekonomi(c) Faktor Politik dan PentadbiranMELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNGKerajaan Melayu Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-15 Masihi terkenal di seluruh dunia sebagai:1. Sebuah empayar yang besar dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.2. Pusat perdagangan dunia Melaka menjadi pusat pertembungan semuasaudagar Timur dan Barat, misalnya dari Negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.3. Pusat penyebaran agama Islam Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.4. Pusat penyebaran ilmu pengetahuan Istana Melaka berperanansebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRAN KERAJAAN MELAYU MELAKA1. Meletakkan sultan sebagai kuasa tertinggi.2. Beberapa jawatan diwujudkan untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana.3. Tamadun Islam - Konsep devaraja yang mempunyai pegangan politik dan lambang kedaulatan raja-raja tempatan telah digantikan dengan konsep khalifatullah Raja tidak dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi.4. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar.Contohnya, Kerajaan China bagi mengukuhkan kedudukannya.5. Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa ini , terdapat dua jenis undang-undang iaitu:(a) Hukum Kanun Melaka(b) Undang-undang Laut MelakaUndang-undang ini diwarisi sejak turun-temurun, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kedua-dua undang-undang ini menerima banyak pengaruh atau unsur-unsur adat tempatan dan Hindu. Nama lain bagi Hukum Kanun Melaka ialah Risalat Hukum Kanun dan Undang-undang Darat Melaka. Naskhah asal hukum kanun ini mengandungi 19 fasal, kemudian bertambah kepada 22 fasal dan seterusnya bertambah kepada 44 fasal.Undang-undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Hukum Undang-undang Laut dan Kitab Peraturan Pelayaran. Ia mengandungi 24 bab. Undang-undang ini diadakan untuk mengatur kehidupan masyarakat Melaka pada waktu itu, sama ada di darat atau di laut.

KEJATUHAN MELAKAKegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah(1456 1477). Dalam drama ini, zaman kejatuhan Melaka ditonjolkan. pengaruh kerajaan Melaka didapati semakin merosot pada akhir abad ke-15, terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini ialah:

1. KETIADAAN PEMIMPIN YANG CEKAPKetiadaan pemimpin yang cekap bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah. Baginda mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya, Sultan Mansor Syah yang sangat gagah, berani dan tegas. Sultan Alauddin, walaupun merupakan seorang yang berani dan tegas, namun bersikap lembut dan tidak suka akan kekerasan.Oleh itu, tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman baginda. Ini menyebabkan banyak wilayah-wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-masing. Sementara itu dari segi pembesar pula, bendahara-bendahara yang menggantikan Tun Perak didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau. Misalnya, adik Tun Perak iaitu Tun Perpatih Putih yang menggantikan beliau merupakan seorang yang pemboros.

Demikian juga Tun Mutahir yang lebih memberi tumpuan kepada keinginan menambahkan kekayaan berbanding mengutamakan pentadbiran kerajaan. Selain daripada bendahara, dari segi pertahanan ketenteraan dan kepahlawanan, ketiadaan pahlawan-pahlawan yang handal seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan.

2. PEMERINTAHAN YANG ZALIMDi samping itu, walaupun agama Islam menjadi anutan dan disebarkan secara meluas di Melaka, pegangan dan amalannya di kalangan pembesar dan rakyat terlalu nipis dan tidak dihayati sepenuhnya. Justeru itu, banyak berlaku kezaliman, ketidakadilan dan penindasan. Fenomena ini boleh dikaitkan juga dengan meningkatnya kegiatan rasuah di kalangan pembesar-pembesar kerana terlalu mengejar kekayaan.

3. RAKYAT BERPECAH-BELAH DAN TIDAK BERSATU-PADUKurangnya semangat perpaduan di kalangan rakyat juga mengundang kepada kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak, misalnya wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian juga, wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.

4. PEDAGANG MULA MENGALIHKAN PUSAT PERDAGANGANNYA KE TEMPAT LAINSikap tidak adil pembesar juga seperti mengenakan cukai yang berlebihan kepada pedagang-pedagang menyebabkan mereka menjadi marah dan mula mencari pelabuhan lain seperti Aceh, Bentan, Patani dan Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.

5. TIDAK ADA KEKUATAN TENTERA DAN PERTAHANANKerajaan Melaka masih lagi belum maju dari segi ketenteraan, strategi perang dan juga senjata. Tentera Melaka masih lagi mengamalkan kaedah lama, iaitu menggunakan keris dan pedang sedangkan pihak Portugis menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu menggunakan senapang dan peluru.

ANTARA SISTEM POLITIK TRADISIONAL DENGAN SISTEM POLITIK MODENSistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang masih kuat terikat dengan ekonomi tradisional iaitu berbentuk sara diri. Penumpuan adalah untuk keperluan ahli keluarga, manakala barang keperluan yang tidak dapat dihasilkan sendiri akan diperolehi melalui pertukaran barangan dengan orang luar. Walau bagaimanapun, pada masa ini sudah ada hubungan perdagangan dengan negara luar khususnya dari China, India dan Asia Barat. Ciri kedua sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional adalah pemisahan antara golongan pemerintah dan rakyat. Dalam hal ini, golongan pemerintah dan aristokrat memegang sistem ekonomi dan menguasai kedudukan dalam ekonomi. Mereka ini menerima cukai daripada pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan serta cukai daripada rakyat jelata. Rakyat hanyalah menjadi petani yang menyewa tanah-tanah milik golongan aristokrat.

Sistem Sosial Masyarakat Melayu Tradisional Ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu tradisional mencerminkan tamadun yang tinggi. Hal ini sedemikian kerana corak hidup mereka berubah mengikut kesesuaian masa berdasarkan beberapa siri pertembungan budaya luar seperti Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun, corak hidup masyarakat Melayu semakin matang dan lebih teratur dengan kedatangan agama Islam kerana sebelum itu, mereka sangat mempercayai tahyul dan animisme. Masyarakat Melayu mengamalkan budaya dari pelbagai kepulauan Melayu, terutamanya budaya Melayu-Indo dan Melayu-Islam. Ciri kedua adalah dari segi kekeluargaan. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang paling kuat mempertahankan sistem kekeluargaan kerana daripada keluargalah bermulanya sistem sosialisasi seseorang individu Melayu. Di rumahlah mereka dididik dengan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua dan belajar untuk menjadi insan yang baik.

Ciri seterusnya adalah pengenalan undang-undang untuk mengawal tingkahlaku masyarakat, iaitu undang-undang laut dan tanah. Kepentingan undangundang dan adat dalam masyarakat Melayu boleh dilihat melalui perumpamaan berikut biar mati anak, jangan mati adat. Perumpamaan ini sengaja direka untuk menggambarkan betapa pentingnya undang-undang dan adat bagi menjaga tatasusila dan kelakuan individu dalam bermasyarakat. Pada masa ini, setiap negeri mempunyai undang-undangnya sendiri, contohnya Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan sebagainya.

2.2 ASPEK SOSIOBUDAYAKhazanah Kebudayaan Melayu terkandung dalam bahan sastera dan bahan bukan sastera seperti bahan penulisan ilmiah, bahan media komunikasi dan bahan lain yang menggambarkan sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat Melayu. Berdasarkan bahan bukan sastera, iaitu drama, kumpulan kami telah melaksanakan satu kajian mengenai kebudayaan Melayu melalui satu drama Melayu sekitar 1990-an yang bertajuk Keris Hitam Bersepuh Emas yang telah ditayangkan di kaca televisyen Radio Televisyen Malaysia 1 (RTM1). Pada bahagian ini pula, kami akan mengetengahkan isu sosiobudaya yang dikaitkan dengan kebudayaan masyarakat melayu.Susun lapis masyarakat Melayu dalam drama ini dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Apa yang dimaksudkan dengan golongan pemerintah adalah mereka yang terdiri daripada raja atau sultan, keluarga dan kaum kerabat, pembesar, ulama atau pendeta. Manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada golongan rakyat biasa dan hamba.Gaya hidup golongan bangsawan merangkumi adat istiadat, bahasa dan cara berpakaian. Melalui drama ini kita dapat lihat bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu amat menitikberatkan adat istiadat bersama pembesar dan juga ketika berada di istana. Rakyat jelata tidak boleh sewenang-wenangnya masuk ke istana untuk berjumpa dengan pembesar. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh rakyat jelata ketika berinteraksi bersama pembesar atau raja juga sangat sopan dan beradab. Mereka tidak boleh menggunakan bahasa pertuturan harian ktika bertutur bersama golongan bangsawan. Pengarah drama ini cuba menyampaikan mesej bahawa budaya hormat- menghormati dalam kalangan masyarakat Melayu telah wujud sejak dahulu lagi. Cuma masyarakat moden zaman kini kurang mengambil berat tentang aspek menghormati orang lain. Masyarakat kini juga menggunakan laras bahasa yang sama ketika berkomunikasi. Tidak kira apa darjat atau kedudukan orang tersebut, semuanya sama sahaja dimata masyarakat kini. Kehidupan yang seimbang dan taraf sama rata membuatkan masyarakat kini makin alpa terhadap aspek kesantunan dan berbudi bahasa semasa bertutur.Suasana kehidupan di kampung yang digambarkan melalui drama ini sangat menyentuh hati. Masyarakat Melayu tradisional pada masa itu merupakan golongan rakyat yang sangat menghormati jiran, suka tolong-menolong, toleransi dan kerap mengamalkan aktiviti gotong-royong. Perkara sedemikian telah diterapkan dalam kehidupan harian mereka. Begitu jugalah masyarakat dahulu mengasuh anak-anak meeka agar menjadi seorang rakyat yang mempunyai semangat kemasyarakatan yang tinggi di samping diasuh menjadi rakyat yang berguna dan berwibawa.Selain itu, kegiatan sosiobudaya masyarakat Melayu pula meliputi kegiatan masa lapang. Perkara yang sering dilaksanakan dalam drama tersebut ialah berkarya, menghasilkan pelbagai bentuk kraf tangan, dan mempelajari ilmu pengetahuan serta ilmu agama. Masyarakat yang cuba ditonjolkan pengarah melalui drama ini adalah masyarakat yang menghargai masa yang ada, tidak suka membazir masa, melakukan aktiviti berfaedah dan berguna sewaktu lapang serta tidak jemu menuntut ilmu walaupun pada usia yang lanjut. Setiap episod yang ditayangkan mengandungi suatu mesej yang ingin disampaikan pengarah kepada anak muda sekarang yang makin alpa dek kerana arus perkembangan moden. Remaja dulu gemar berlatih silat pada waktu malam tetapi remaja kini gemar bermain komputer pada waktu malam dan aktiviti utama anak-anak muda sekarang ialah bermain permainan di Facebook, bersembang bersama rakan, muat naik pelbagai gambar yang tidak memberi manfaat serta membazir masa dengan menyebarkan perkara yang tidak benar. Begitulah bezanya anak muda dulu dan juga kini. Sungguh ketara perubahan mereka. Hanya kerana moden timbul pelbagai perkara yang tidak munasabah serta tidak berfaedah. Anak kecil yang baru berusia 6 tahun pun sudah memiliki akaun Facebook. Segalanya telah berubah kerana dunia kini hanya di hujung jari. Keunikan seni silat yang ditunjukkan dalam drama ini sangat menarik. Setiap episod drama ini mengandungi sekurang-kurangnya satu aksi bersilat sama ada berlatih silat, pertandingan bersilat atau pertarungan. Seni silat gayung yang ditonjolkan merupakan seni agung masyarakat Melayu pada masa itu. Setiap lelaki Melayu wajib mempelajari silat agar boleh mempertahankan hak mereka dan melindungi orang yang mereka sayangi. Suatu kerugian kepada mereka yang tidak tahu bersilat. Silat juga lambang kekuatan kaum lelaki serta maruah yang paling tinggi untuk seorang lelaki. Lelaki yang paling gagah dinilai melalui tahap penguasaannya dalm ilmu persilatan. Begitulah kehidupan masyarakat Melayu pada masa dulu.Tambahan, melalui drama ini kita dapat melihat unsur seni yang diterapkan pengarah. Masyarakat dulu suka mencipta kraf tangan serta peralatan atau perkakasan bagi tujuan kegunaan harian mereka. Contohnya mereka mampu mencipta keris sebagai senjata bagi mempertahankan diri. Selain itu mereka juga mencipta rakit, pagar serta titi daripada buluh bagi tujuan kemudahan pergerakan mereka. Mereka juga mengukir batang kayu menjadi perhiasan yang cantik serta mencipta anting-anting daripada akar kayu dan juga rotan sebagai perhiasan bagi kaum wanita mereka. Sungguh unik orang zaman dahulu. Mereka suka berusaha untuk memperoleh sesuatu dan segala yang diingin oleh rakyat biasa memang sukar diperoleh. Hal ini kerana rakyat biasa pada masa dulu miskin. Segala kemudahan, perhiasan dan kraf tidak mampu mereka beli. Jadi mereka mencipta perkara yang mereka ingini melalui ukiran, anyaman dan lukisan serta tulisan. Golongan ulama pada masa dulu gemar mengukir kayu dengan kata-kata hikmat daripada bahasa Arab, potongan hadis serta ayat-ayat Al-Quran yang ringkas. Mereka menyimpan koleksi tersebut dan adakalanya mereka menghadiahkan hasil ukiran mereka kepada tetamu, sahabat atau pemimpin mereka. Baik lawannya buruk. Cantik lawannya hodoh. Begitu juga positif lawannya negatif. Di samping nilai serta perkara positif berkaitan masyarakat Melayu ditonjolkan, terdapat juga unsur-unsur negatif dalam masyarakat Melayu zaman dulu. Terdapat golongan yang suka berjudi. Mereka berjudi dengan melagakan ayam peliharaan mereka. Aktiviti laga ayam memang mendapat sambutan yang meriah pada masa dulu. Rakyat jelata yang menginginkan kehidupan selesa tanpa berusaha gigih mudah dilihat melalui drama ini. Mereka gemar berjudi tanpa segan silu kerana perkara ini ditegah sekeras-kerasnya dalam agama Islam. Mereka mempertaruhkan rumah, duit, binatang peliharaan dan terdapat juga golongan yang mempertaruhkan wanita sebagai ganjaran kemenangan judi. Situasi sebegini pernah wujud pada zaman dahulu dan dilakonkan semula dalam drama tersebut. Perkara yang positif bolehlah kita jadikan teladan. Contohnya mempelajari seni silat bagi mempertahankan diri dan keluarga kita, mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti membuat kraf tangan dan mempelajari ilmu-ilmu agama. Manakala unsur negatif seperti amalan berjudi perlulah dijadikan pengajaran dan harus ditegah kerana berjudi adalah sesuatu yang merugikan. Tanpa usaha yang gigih kita tidak mungkin akan berjaya. Berjaya dengan cara yang mudah tidak akan kekal selamanya. Drama Keris Hitam Bersepuh Emas mengandungi mesej yang tersendiri bagi menyedarkan masyarakat Melayu bahawa warisan dan kebudayaan Melayu haruslah dipelihara agar terus diingati dan diamalkan oleh generasi akan datang.

2.3ASPEK SOSIOEKONOMIEkonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek [oikos], 'rumah', and [nemo], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Sosioekonomi adalah kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial. Jurusan ini sering dianggap pelbagai disiplin, menggunakan teori dan kaedah dari sosiologi, ekonomi, sejarah, psikologi, dan banyak yang lain. Ia telah muncul sebagai suatu bidang kajian berasingan pada lewat kurun kedua puluh. Dunia hari ini telah melihat pelbagai struktur ekonomi yang telah mengalami pelbagai proses evolusinya. Sistem ekonomi yang cukup popular pada masa kini ialah sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi perancangan pusat dan sistem ekonomi Islam.Melalui drama ini, kita dapat lihat bahawa masyarakat Melayu pada masa itu mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Dalam beberapa episod yang terdapat dalam drama ini, ditonjolkan keadaan di mana masyarakat Melayu mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Sistem ini merupakan sistem di mana sesuatu masyarakat melakukan sesuatu pekerjaan untuk menyara kehidupan diri dan keluarga. Antara aktviti yang dijalankan oleh masyarakat ialah melalui pertanian dan penternakan. Episod 6 menunjukkan bahawa seorang wanita sedang membajak tanah untuk tujuan proses tanaman padi. Episod 7 dan 8 pula menunjukkan orang kampung membawa lembu mereka untuk meragut rumput. Lembu-lembu ini sangat sinonim dengan masyarakat pada masa dahulu. Hal ini kerana lembu-lembu tersebut boleh dijadikan sumber makanan dan juga sumber tenaga kerja yang sangat sesuai. Hal ini kerana pada masa dahulu tidak mempunyai jentera-jentera seperti pada masa kini.

Gambar: Kelihatan seorang wanita membajak tanah untuk tanaman padi

Selain itu, drama ini juga menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada masa dahulu lagi sudah berjinak-jinak dengan perniagaan. Melalui drama ini, penonton dipertontonkan dengan babak-babak di mana wujudnya kedai-kedai makan. Kedai-kedai ini merupakan medium untuk masyarakat Melayu bersosial dan merehatkan diri daripada kerja-kerja yang mereka jalankan. Sehingga ke hari ini, konsep gerai atau warung ini masih mendapat sambutan di kalangan kita semua. Berbalik pada drama ini, gerai-gerai yang wujud sepanjang penceritaan drama ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mampu menjana ekonomi keluarga dengan mempelbagaikan sumber kewangan. Golongan yang membuka gerai tersebut mampu menampung keperluan keluarga dengan sumber kewangan yang diperoleh daripada gerai atau warung yang dibuka. Selain waurng yang wujud dalam drama ini, penonton juga dapat melihat pasar yang menjual pelbagai jenis barangan. Antara barangan yang dijual ialah keris, tudung saji, hasil tanaman, dan sebagainya. Barang-barang yang dijual jelas menunjukkan bahawa barang-barang tersebut merupakan barang keperluan harian masayarakat tersebut. Sistem ekonomi ini masih berbentuk sara diri walaupun telah melibatkan urusan jual beli. Namun urusan ini tidak melibatkan satu struktur yang besar dan tidak pula dieksport ke mana-mana. Wan Abdul Kadir (1995:67) mengatakan proses pembangunan ekonomi yang pesat membawa perubahan kepada kedudukan sistem nilai yang lebih luas. Kekayaan boleh memberikan kuasa kepada sesorang untuk menguasai orang lain.

Gambar: Penjual sibuk melayan pelanggan yang memesan untuk mendapatkan air di warung.

Di samping itu, masyarakat Melayu yang ditonjolkan dalam drama ini juga sudah menggunakan sistem mata wang. Mata wang yang disebutkan dalam drama ini ialah wang emas. Wang emas digunakan dalam urusan jual beli. Hal ini boleh dilihat apabila terdapat beberapa orang pemuda sedang berbincang mengenai ganjaran yang bakal diterima oleh pemenang pertandingan silat. Pemuda berkenaan telah menyatakan bahawa mereka yang menjadi juara akan mendapat rumah, tanah, dan juga wang emas yang banyak. Dalam pada itu, watak utama drama ini iaitu Bitara juga telah mengeluarkan beberapa keping wang emas untuk tujuan pembayaran menaiki sampan dan membayar harga air ketika singgah minum di sebuah warung. Melalui aspek ini juga, kita boleh lihat bahawa masyarakat dahulu tidak beberapa mementingkan kegunaan wang tersebut. Mereka lebih melihat kepada aspek lain. Sebagai contoh, mereka yang memasuki pertandingan silat tersebut lebih memandang kepada nilai ganjaran yang diberikan seperti rumah dan tanah. Wang emas itu hanya sekadar pelengkap kepada nilai ganjaran tersebut. Nilai rumah dan tanah tersebut lagi tinggi. Hal ini kerana tanah merupakan sesuatu perkara yang penting bagi masyarakat Melayu. Tanah merupakan tempat yang akan memberikan jasa kepada mereka. Melalui tanah yang diperoleh, mereka mampu mengusahakan tanaman yang akan memberikan mereka sumber makanan. Tanah tidak boleh lari daripada masyarakat Melayu dahulu. Dalam drama ini juga ada memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu mengamalkan sistem barter. Sistem ini ialah sistem yang digunakan untuk menukarkan sesuatu barang dengan barang yang lain yang dianggap mempunyai nilai yang sama. Namun begitu, sistem ini dianggap kurang tepat penilaiannya. Masyarakat dalam drama ini akan melakukan sistem ini apabila mereka tidak mempunyai wang emas atau mempunyai lebihan hasil. Mereka menukarkan sesuatu barang dengan barang lain. Hal ini boleh dilihat dalam babak di mana terdapat beberapa orang penduduk kampung membawa hasil tanaman mereka untuk ditukarkan dengan hasil kraftangan di pasar. Penjual tersebut menerima walaupun mereka telah menggunakan wang emas sebagai mata wang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem mata wang ini masih tidak diguna pakai secara meluas oleh masyarakat pada masa itu.Secara keseluruhannya, jelas menunjukkan bahawa ekonomi sangat berkait rapat dengan kehidupan sosial sesuatu masyarakat. Melalui kajian ke atas drama ini, kita dapat melihat dengan lebih mendalam sosiekonomi masyarakat Melayu pada masa dahulu. Mereka telah mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan sistem barter. Sistem ini bersesuaian dengan keadaan pada masa dahulu. Selain itu,kegiatan ekonomi yang dijalankan masyarakat pada masa itu juga menyumbang kepada faktor ini. Penempatan yang didirikan masyarakat dahulu juga sentiasa dipengaruhi dengan kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.

3.0RUMUSANDrama Keris Hitam Bersepuh Emas mengetengahkan tema dunia persilatan. Drama ini merupakan drama yang dekat dengan kebudayaan Melayu. Kebudayaan merangkumi pelbagai aspek termasuk sosiobudaya, sosioekonomi, sosiopolitik dan lain-lain perkara lagi. Perkara-perkara inilah yang menjadi intipati dalam drama ini. Kesemuanya menguatkan lagi kewujudan kebudayaan masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Melalui drama ini, kita boleh lihat pengarah banyak memperlihatkan aspek-aspek kebudayaan ini. Melalui drama ini, penonton dapat melihat bagaimana hebatnya seorang pahlawan Melayu. Pahlawan Melayu bukan sahaja hebat dalam menguasai ilmu mempertahankan diri tetapi juga hebat dalam disiplin ilmu yang lain. Seperti yang dipertotonkan dalam drama ini, pendekar-pendekar ini mahir dalam ilmu agama juga. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu tidak lari daripada acuan agama Islam itu sendiri. Sudah menjadi persepsi sejak dahulu lagi bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.Selain itu, drama ini juga banyak mengajar kita semua perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat Melayu. Kita perlu mengetahui akan sejarah dan kebudayaan Melayu. Sebagai seorang anak Melayu, kita tidak wajar untuk tidak mengambil peduli. Tanpa sejarah yang membuktikan akan keeagungan budaya Melayu itu, siapa diri kita pada hari ini juga belum tentu terjawab. Penekanan kepada kejayaan dunia atau material boleh menimbulkan kesan-kesan buruk, terutama kepada budi Melayu. Orang tidak lagi mengenal budi. Budi dianggap dapat diganti atau diukur dengan kekayaan. Wan Abdul Kadir (2000:128) mengatakan kesedaran kelas misalnya, amat penting dalam pembinaan nilai-nilai sosial. Semakin ramai orang mengenali kedudukan seseorang itu maka semakin meningkatlah kesedaran harga diri dan seterusnya dapat membina rasa malu yang amat mendalam.Masyarakat pada hari ini telah mula mengamalkan corak hidup yang bertentangan dengan agama dan budaya asal, bersikap individualistik, materialistik dan terlalu rasionalistik. Namun begitu, masih terdapat masyarakat masih memegang tradisi untuk mencapai keseimbangan dalam mengekalkan Tamadun Melayu. Oleh itu, sebagai warganegara yang masih mengekalkan adat dan budaya Melayu, kita perlulah memastikan khazanah bangsa ini kekal selama-lamanya kerana alam Melayu amat berkait rapat dengan Islam. Kehidupan beracuan Islam pastinya akan menjamin kesejahteraan masyarakat.

4.0REFLEKSI

Muhamad Rizal Fahmi Bin Mohd Kassim900127-06-5121Pada semester ini, saya telah mempelajari subjek BMM 3114 (Kebudayaan Melayu). Saya telah menerima tugasan kerja kursus bagi semester ini pada bulan Mac. Tugasan ini mengkehendaki kami menghuraikan konsep budaya, masyarakat dan kebudayaan Melayu dari sudut politik, sosial, dan ekonomi.. Tugasan ini memerlukan saya bekerja dalam kumpulan bertiga. Oleh sebab itu, saya telah bekerjasama dengan Amirul Anwar dan Hasanuthin dalam menyiapkan tugasan ini. Secara kesuluruhannya, tugasan ini benar-benar mencabar kerana memerlukan saya memahami dan menganalisis setiap perkara bagi menyiapkan tugasan ini.

Pada semester ini, bagi mata pelajaran ini, ia merupakan mata pelajaran yang belum saya pelajari sebelum ini. Ini merupakan mata pelajaran baharu bagi saya. Saya ditugaskan untuk memilih satu daripada bahan sastera atau bukan sastera dan huraikan aspek sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi yang terkandung dalamnya dan dikehendaki memantapkan huraian dengan mengemukakan sokongan daripada bahan tambahan yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh budaya. Saya dan rakan-rakan dikehendaki mengkaji sebuah drama. Kami telah bersepakat memilih drama Keris Hitam Bersepuh Emas.Melalui tugasan ini, saya berjaya memperoleh ilmu baharu yang sangat penting memandangkan saya berbangsa Melayu. Sejarah itu sendiri merupakan perkara penting kerana tanpa sejarah siapalah kita pada hari ini. saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang masyarakat dan kebudayaan Melayu dari sudut politik, ekonomi, sosial dan budaya. Sejarah itu sendiri telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu tidak pernah ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Hal ini boleh dilihat melalui aspek politik. Sistem pentadbiran telah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu. Hal ini telah terbukti melalui zaman kegemilangan pemerintahan kerajaan Melayu Melaka.Dalam pada itu, saya juga berjaya memperoleh maklumat mengenai aspek sosial dan ekonomi. Melalui aspek sosial, dapat dilihat bahawa masyarakat Melayu itu sendiri sememangnya merupakan masyarakat Melayu yang mempunyai adat yang tersendiri. Pelbagai adat resam yang perlu dipatuhi. Selain itu, masyarakat Melayu juga sering kali dikaitkan dengan kuasa-kuasa ghaib. Masyarakat Melayu mempunyai kepercayaan terhadap perkara-perkara ini. Walaupun kadang-kala masyarakat Melayu dikaitkan dengan lemah lembut dan sopan santun namun perkara ini tidak boleh dianggap sebagai melemahkan. Masyarakat Melayu mempunyai jati diri yang kuat. Silat dapat membentuk jati diri bahkan melambangkan kekuatan masyarakat ini sendiri. Dari sudut ekonomi pula, kita dapat lihat sejak dahulu lagi orang Melayu menjalankan berbagai-bagai pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka. Bidang pertanian dan penternakan merupakan antara sumber pendapatan utama bagi masyarakat Melayu tradisional. Sistem sara diri dan barter menjadi asas kepada pembangunan masyarakat Melayu. Penempatan mereka pada masa itu juga dipengaruhi dengan faktor ekonomi ini.Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekangan masa. Hal ini berpunca daripada diri sendiri yang tidak cekap dalam membahagikan masa. Tambahan pula, tugasan ini terpaksa disiapkan semasa saya menjalani praktikum fasa 3. Perkara ini tidak mungkin terjadi sekiranya saya telah membuat pembahagian masa yang betul. Saya sepatutnya melaksanakan tugasan lebih awal agar tidak perlu kelam kabut semasa minggu-minggu terakhir dan tugasan ini tidak bertindih dengan kerja-kerja semasa praktikum. Bahan-bahan rujukan yang sukar didapati juga menyukarkan pelaksanaan tugasan ini. Namun begitu, saya dan rakan telah berusaha lebih keras mendapatkan sumber rujukan. Saya dan rakan telah berkunjung ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat.Tugasan ini juga mengajar saya bagaimana untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Tugasan ini menjadi lebih mudah dengan kerjasama secara berpasukan. Tugasan ini dapat dibahagikan kepada ahli kumpulan. Beban yang ditanggung tidak dirasakan terlalu berat kerana ianya dipikul secara bersama-sama. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi ilmu mereka dan juga tidak dilupakan kepada pensyarah subjek ini iaitu Dr. Roshani bt Abdullah yang banyak membimbing saya dan rakan dalam melaksanakan tugasan ini iaitu,. Sekian, terima kasih.

Mohamad Amirul Anwar Bin Pauzi890517-08-5615Dalam tugasan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian supaya cerminan daripada tugasan ini boleh ditambah baik. Analisis SWOT berperanan dalam meningkatkan mutu sebarang tugasan. Jadi, refleksi ini akan merujuk kepada keempat-empat aspek dalam analisis SWOT.Bagi aspek Strength (Kekuatan), tugasan ini jelas menampakkan kelebihannya pada soalan itu sendiri. Soalan tugasan yang memerlukan setiap kumpulan menghasilkan satu kajian berkenaan kebudayaan Melayu melalui filem yang dikaji benar-benar menguji keupayaan pelajar. Selama ini tugasan lain hanya mementingkan penulisan ilmiah pelajar tanpa memerlukan kajian secara terapan. Tajuk tugasan ini juga telah memberi pendedahan kepada pelajar betapa kepentingan khazanah budaya Melayu perlu dipertahankan bagi umat Melayu di Malaysia. Tambahan pula, kajian drama klasik ini iaitu Keris Hitam Bersepuh Emas bukanlah calang-calang drama kerana ia muerupakan buah tangan penggiat seni melayu asli sememangnya telah diketahui sarat dengan mesej dan kecaknaannya terhadap masyarakat. Drama ini sangat jelas dapat membuatkan setiap penonton merefleksi kehidupan dalam mendepani cabaran abad ke-21.Sementara itu, bagi aspek Weakness (Kelemahan) pula, tugasan ini agak sukar untuk dilakukan kerana rujukan tidak banyak membantu. Bagi kumpulan yang mendapat undian kajian terhadap bahan ilmiah seperti buku, ini merupakan kelebihan kepada mereka. Sebaliknya, kumpulan yang mengkaji drama perlu lebih bersungguh-sungguh mencungkil maklumat. Kami telah berkunjung ke Perpustakaan Negara untuk mencari rujukan yang sesuai, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja buku yang menepati kehendak kami. Itu pun tidak dapat diungkap dengan sempurna ke dalam penulisan kerana kandungan filem yang tidak bertepatan. Tetapi, buku-buku tulisan tokoh budaya seperti Dato A. Aziz Deraman dan Dr. Wan Abdul Kadir sedikit sebanyak memudahkan kami memahami tugasan dan hasil pembelajaran yang digariskan.

Melalui Oppurtunities (Peluang), dipercayai penulisan kajian drama yang telah dihasilkan itu memungkinkan pelajar lebih cakna tentang hal-hal budaya Melayu khususnya persoalan masyarakat. Isu kesenian dan bahasa juga menjadi pokok persoalan penting untuk ditelaah. Pelajar seharusnya menguasai setiap kandungan yang telah dihasilkan agar berpeluang melanjutkan kajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin satu hari nanti ada dalam kalangan kami yang akan membuat kajian lanjutan berkenaan kebudayaan Melayu dalam drama-drama terkini yang sekarang ini diketahui terlalu menyimpang daripada adat ketimuran. Atau paling tidak, kami akan menyampaikan sesuatu kepada masyarakat hasil pengetahuan baharu ini seperti mana niat murni penggiat seni drama melalui karya-karyanya yang mengesankan.Akhir sekali, Threats (Ancaman) yang terdapat dalam tugasan kali ini sudah semestinya terarah kepada tempoh tugasannya. Arahan yang memerlukan kami menghantarnya dalam tempoh praktikum amat sukar untuk ditepati. Hal ini disebabkan jarak antara kami terlalu jauh. Walau apa pun, kami tetap telah mengusahakan yang terbaik. Kami tidak menghadapi masalah untuk mengesan skop kajian dan mengumpul maklumat. Cuma kami bermasalah dalam menghasilkan sebuah penulisan ilmiah yang benar-benar mantap dan berkualiti kerana hambatan masa yang tidak dapat dibendung.Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan tugasan BMM 3114 Kebudayaan Melayu ini. Saya juga percaya pensyarah pembimbing seperti Puan Zawiah dan Dr. Roshani telah melakukan yang terbaik untuk kami dengan bantuan dan pengajaran yang betul-betul mencerahkan minda. Latar belakang mereka yang kuat dengan pengaruh kebudayaan Melayu tambah meyakinkan kami. Harapan saya agar semua yang terlibat dalam tugasan ini dapat mengambil manfaat yang selayaknya kerana hal-hal kebudayaan Melayu bukan sesuatu yang asing. Malah, perlu dipertahankan selagi darah Melayu ini mengalir dalam pembuluh darah kita.

Hasanuthin bin Mustafa900223-08-6723Tugasan Kebudayaan Melayu banyak mengajar saya erti kehidupan. Saya mempelajari perkara baharu. Walaupun saya berbangsa India Muslim tetapi perkara ini tidak menghalang saya mendalami Kebudayaan Melayu. Banyak perkara baharu dan unik telah saya kenal pasti melalui kajian dan analisis saya.Tugasan saya perlu diselesaikan dalam kumpulan bertiga. Jadi saya bersama saudara Amirul dan Rizal telah mengembleng tenaga serta masa untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh kerana tugasan ini diberikan sewaktu kami berpraktikum, saya menghadapi sedikit kesukaran dalam membahagi masa untuk menyiapkan tugasan ini. Alhamdullilah walaupun pelbagai halangan melanda, tugasan ini dapat juga disiapkan dengan sempurna.Perkara baharu yang saya pelajari melalui drama Keris Hitam Bersepuh Emas ialah keagungan seni silat gayung dalam masyarakat Melayu. Tingginya martabat silat dalam kalangan masyarakat Melayu membuat saya kagum dengan seni ini. Setiap lelaki wajib mempelajari silat kerana lelaki merupakan ketua keluarga. Mereka bertanggungjawab melindungi kaum wanita, mempertahankan keluarga dan menjaga hak mereka. Selain itu, masyarakat Melayu sering mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Contohnya menghasilkan kraf tangan yang menarik seperti tulisan khat, perhiasan serta tulisan-tulisan yang bermakna yang mampu menaikkan semangat. Seni tangan memang wujud melalui bakat tetapi tanpa bakat juga kita boleh menghasilkan kraf tangan yang menarik. Hanya berbekalkan usaha yang gigih yang mustahil pun mampu jadi kenyataan. Itu yang saya belajar daripada drama ini. Pengajaran yang berguna pula kepada saya ialah menjauhi amalan berjudi, menyalahgunakan kuasa serta menggunakan wanita bagi tujuan tidak baik. Perkara negatif seperti ini harus saya jauhi dan tegah. Tiada manfaat yang akan saya perolehi melalui perkara-perkara negative sebegini. Menjauhinya adalah langkah yang paling bijak.Akhir kata segala nilai dan pengajaran yang saya temui akan saya jadikan teladan dan tauladan bagi memajukan lagi diri saya pada masa akan datang. Selain itu saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Roshani Bt. Abdullah kerana idea serta dorongan beliau membolehkan kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada rakan yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam kami menyiapkan tugasan ini.Sekian, terima kasih.

1