Post on 28-Jan-2023
Sistem Pengajian Pondok Melahirkan Pelajar BerakhlakMulia
ABDUL MUNIR BIN ISMAILJabatan Pengajian IslamFakulti Sains Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan IdrisEmail : abdmunir@fsk.upsi.edu.my
NURUL FARHANA BINTI ABDUL SAMATJabatan Pengajian IslamFakulti Sains Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan IdrisEmail : rafna_wakaka@yahoo.com
Abstrak
Sistem pengajian pondok merupakan salah satu kaedah alternatifmasyarakat Melayu di Malaysia menuntut ilmu. Sehingga kiniinstitusi pengajian pondok mendapat tempat di hati masyarakat.Terdapat keunikan yang tersendiri dalam sistem pengajian pondok.Objektif kajian ialah mengkaji sejauh manakah sistem pengajianpondok dapat membentuk akhlak muslim. Kajian ini menggunakanmetode kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Lokasi kajian diPondok Kampung Telong Bachok Kelantan. Data mentah soal selidikdianalisis menggunakan statistik diskriptif dan frekuensi untukmendapatkan kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkansistem pengajian pondok terhadap pembentukan akhlak muslim beradadi tahap tertinggi. Antaranya pelajar dilatih solat awal waktusecara berjemaah. Pelajar memperaku sistem pondok mendidik anakmendoakan, bersalaman dan mengucup tangan kedua ibu dan bapa,bersopan santun dengan guru, berdoa kesejahteraan serta berterimakasih kepada guru. Dalam kajian ini diberi cadangan iaitupengurusan pondok perlu merancang program bersifat kreatif-inovatif, seiring dengan permasalahan remaja untuk mengelakpelajar menjauhi perbuatan keji. Juga bekerjasama dengan pihakluar seperti polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan bagi memberikefahaman kepada pelajar tentang bahaya dadah dan jenayah.
1
Kata kunci : pendidikan, akhlak, pengajian pondok.
Abstract
Cottage education system is one of the alternative methods of theMalay community in Malaysia study. Until now learninginstitutions hut appeal to many people. There is a uniqueness ofits own in the cottage education system. The objective of thestudy is to examine to what extent the education system huts toform a Muslim character. This study uses library research methodsand field studies. The study in Pondok Kampung Telong BachokKelantan. The raw data been analyzed using simple descriptivestatistics and frequency to frequency and percentage. The resultsshow that the system of moral education of Muslim huts are at thehighest level. Among the students are trained in congregationalprayer early in the season. Student acknowledges hut system ofeducating children praying, shaking hands and kissing his motherand father, polite to the teacher, praying and thanking well-being of teachers. In this study, a recommendation which shouldshed management plan to be creative, innovative programs, alongwith the problems of youth to prevent students away fromindecency. Also work with external parties such as the police andthe National Drug Agency to enlighten students about the dangersof drugs and crime.
Keywords: education, moral, education booths.
1.0 PENDAHULUAN
Menyusuri sejarah awal sistem pendidikan di Malaysia, terdapat
perubahan besar dari aspek perkembangan dan kemajuan pendidikan
itu sendiri. Ini kerana kehadiran penjajah British yang
dicatatkan sekitar abad ke-19 telah membawa perubahan khususnya
2
dalam aspek pendidikan, aspek ekonomi dan aspek pentadbiran
negara (Syed Husin, 1968). Bertitik-tolak daripada itu, wujudnya
dualisme dalam sistem pendidikan yang diamalkan di Tanah Melayu
(pada ketika itu) iaitu sistem pendidikan tradisional Islam yang
diwarisi sekian lama dan juga sistem pendidikan moden yang
kurikulumnya berasaskan barat. Sistem pendidikan tradisional
Islam pada kedudukannya lebih mengutamakan pengajaran dalam aspek
keagamaan. Manakala sistem pendidikan moden, secara umum
menitikberatkan ilmu-ilmu moden dan sekular. Pendidikan agama
tidak mendapat tempat dalam pembelajaran arus perdana moden.
Dengan erti kata yang lain, pendidikan agama setaraf dengan seni
lukisan sahaja. Justeru, sebahagian daripada orang Melayu tidak
setuju terhadap sistem pendidikan moden dengan menghantar anak
mereka menerusi sistem pengajian pondok bersifat tradisional.
Sistem pengajian pondok bermula sejak awal kedatangan Islam ke
Tanah Melayu kurun ke 19 Masihi. Ia merupakan kaedah alternatif
masyarakat Melayu di Malaysia menuntut ilmu khususnya bidang
agama. Sistem pengajian ini terus berkembang maju di beberapa
negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak
dan Negeri Sembilan. Luqman Yusuf (2000) menjelaskan melalui
sistem pengajian ini masyarakat Melayu lebih memahami hukum
hakam, akidah dan masalah-masalah yang berhubung dengan Islam.
Kerana itu, sistem pengajian pondok di Malaysia sudah tidak
asing dalam kalangan masyarakat Melayu. Kewujudan sistem
pengajian pondok bermula daripada abad ke 18 sehingga abad ke 20
3
(S. Ishak & Shafie, 1998). Istilah pondok sepertimana yang
digunakan di negara ini secara terminologinya adalah berasal
daripada perkataan Arab iaitu funduq yang bermaksud, tempat
menginap (Mohamed, 2003). Hal ini bersesuaian dengan ciri-ciri
pada pusat pengajian tradisional Islam ini yang menempatkan
rumah-rumah atau pondok-pondok kecil sebagai kediaman pada
pelajar. Pondok-pondok kecil ini dibina secara tersusun
berhampiran dengan masjid dan juga kediaman pemilik pondok atau
guru. Gabungan elemen-elemen seperti rumah kecil, masjid,
madrasah, kediaman guru inilah yang kemudian dipanggil pondok.
Pemimpin atau guru di sekolah pondok pula lebih dikenali dengan
panggilan tok guru. (Mohd Izzuddin, 2013).
Ramli Awang (2006) mengatakan sistem pengajian pondok adalah
merujuk kepada institusi pengajian alternatif menyediakan
kurikulum yang tersendiri. pelajar-pelajar yang diterima masuk
ke sekolah pondok tidak dihadkan umurnya. Begitu juga dengan
pembiayaan pembelajaran, kebanyakan daripada pondok yang terdapat
di Malaysia tidak mengenakan sebarang yuran pengajian. Tempoh
pengajian juga tidak terhad kepada tempoh masa tertentu,
sebaliknya ia bergantung kepada tahap kemajuan dan kebolehan
pelajar. Pengajian pondok dipimpin oleh seorang ketua dan dibantu
oleh beberapa orang guru bagi menyempurnakan pengurusan dan
pentadbiran pengajian pondok. Sistem pengajian pondok telah
menghasilkan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan, alim ulama dan
4
tokoh masyarakat yang disegani dalam pelbagai bidang pengajian
Islam.
1.2 Pernyataan Masalah
Sistem pengajian pondok bermatlamat untuk menyebarkan ilmu Islam
kepada masyarakat dengan memberi penekankan pendidikan berasaskan
akhlak Islam secara menyeluruh mencakupi aspek akidah, syariat
dan akhlak. Bagi mencapai matlamat tersebut beberapa ilmu asas
Islam diajar kepada para pelajar. Antaranya ialah Tauhid,
Fiqah, Tasawuf, Usul Fiqh dan Tarikat Islam (Abdullah, 1976).
Sementara itu A. Ishak, (1995) menjelaskan dalam pengajian pondok
dipelajari juga ilmu-ilmu Islam seperti al-Quran, Tajwid, Ilmu
Logika (Mantik) dan Sejarah Islam. Nurul Farhana (2013)
mengatakan antara ilmu yang diajar di Pusat Pengajian Pondok
Kandis ialah Al-Quran, Tafsir, Hadis, Feqah, Tauhid, Tasawuf,
Usul Tafsir, Usul Hadis, Musthalah Hadis, Usul Fiqh, Tarikh
Islam, Bahasa Arab, Mantiq, Saraf, Arudh, Nahu, Falsafah dan
Balaghah. Bidang ilmu ini diajar mengikut kitab-kitab yang telah
ditetapkan pada setiap peringkat pengajian. Setiap pelajar
dikehendaki menguasai kesemua ilmu yang diajar. Kitab-kitab yang
menjadi rujukan adalah kitab-kitab lama karangan ulama terkenal
di zaman silam, kitab-kitab lama ini juga digunakan di pusat-
pusat pengajian tinggi Islam.
Sebagai sebuah institusi pendidikan Islam tradisional, struktur
dan bentuk pembelajarannya juga mengambil sifat yang sama. Secara
5
umumnya sistem pengajian pondok di negara ini mengguna pakai
kurikulum yang tersendiri. Namun dilihat dari aspek pendekatan
menyampaikan ilmu kepada para pelajar, sistem pengajian pondok
mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri. Luqman Yusuf,
(2000) mengatakan antara sistem pengajian pondok diasaskan secara
berdikari, setengah pengajarannya menyerupai cara pengajian
tinggi seperti penyampaian kuliah, sistem muzakarah dan tempat
tinggal para pelajar adalah dibina rumah kecil yang boleh
memuatkan seorang atau dua orang. Taburan waktu belajar juga
tidak terhad dan meluas dari subuh hingga ke malam. Keberkesanan
sistem pengajian pondok adalah gabungan dua aspek iaitu aspek
kurikulum dan ko kurikulum. Nurul Farhana (2013) menjelaskan
kegiatan ko-kurikulum ini dibahagikan kepada tiga bidang iaitu
kerohanian, akliah dan jasmaniah bertujuan untuk membentuk
kecergasan, berinteraksi, berkomunikasi serta meningkatkan
kekuatan fizikal dan mental. Para pelajar diwajibkan solat lima
waktu berjemaah. Pada malam Jumaat diadakan aktiviti membaca
surah yasin, bertahlil dan mengerjakan solat sunat seperti
tahajjud dan solat duha. Kegiatan aqliah diwujudkan seperti majlis
muzakarah (perbincangan), kuliah umum diadakan selepas solat
maghrib. Pelajar digalakkan menghafaz al-Quran dan mengadakan
perbincangan berkaitan isu semasa di waktu yang ditetapkan.
Sistem pengajian pondok mengambil berat berkaitan pembentukan
sahsiah pelajar. Untuk mencegah pengaruh luar merosakkan minda
pelajar, peraturan menetapkan bahawa para pelajar dilarang keras
6
menyimpan buku-buku seks, bahan bacaan lucah, majalah hiburan dan
merokok.
Jika diteliti kesan daripada sistem pengajian pondok hingga
kini, didapati telah menghasilkan pelajar yang berakhlak mulia
dan mereka berjaya dalam kehidupan. Jauh sekali alumni pengajian
pondok melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar hukum syarak
dan peraturan semasa negara. Sekurang-kurangnya pelajar lepasan
pondok menduduki tempat mulia dalam masyarakat, memegang jawatan
sebagai pegawai masjid dan beberapa lagi jawatan yang dimuliakan
dalam masyarakat. Oleh itu, kajian ini cuba menyelidiki dimensi
pendidikan ilmu Islam yang dipelajari secara langsung dan tidak
langsung dalam sistem pengajian pondok mampu melahirkan pelajar
berakhlak mulia dan terus relevan hingga kini.
1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan isu yang telah ditimbulkan di atas, maka objektif
kajian ini adalah untuk mengkaji sistem pengajian pondok mencapai
tiga dimensi akhlak mulia iaitu membentuk pelajar berakhlak mulia
kepada Allah SWT, membentuk pelajar berakhlak mulia terhadap ibu
bapa dan terakhir membentuk pelajar berakhlak mulia terhadap
guru.
2.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan sebuah kajian lapangan yang bersifat
kuantitatif. Bagi menyempurnakan kajian ini pengkaji menggunakan
7
kaedah soal selidik. Di samping itu pengumpulan data menggunakan
kajian perpustakaan (library research) ataupun data sekunder.
Data-data kajian perpustakaan dikumpulkan melalui buku, jurnal
dan tesis yang berkaitan dengan sistem pengajian pondok secara
khusus di Malaysia. Data-data yang telah terkumpul kemudian
disaring menggunakan kerangka teori akhlak. Analisis data
dilakukan melalui kaedah analisis kandungan (content analysis).
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Prasad (2008), analisis
kandungan ialah merupakan sebuah kaedah untuk memahami makna,
konteks dan hasrat yang terkandung di dalam mesej. Pengkaji
menjelaskan perkembangan sistem pengajian pondok di Malaysia
serta menerangkan kesan pengajiannya terhadap akhlak dilihat dari
aspek akhlak terhadap Allah, akhlak terhadap ibu bapa dan akhlak
terhadap guru.
2.1 Lokasi, Instrument dan Batasan Kajian
Lokasi kajian ialah bertempat di Pusat Pengajian Pondok Kampung
Telong Kandis Bachok Kelantan. Kumpulan sasar responden ialah
pelajar lelaki berjumlah 60 orang. Manakala instrument kajian
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A soalan tentang
akhlak mulia terhadap Allah, bahagian B soalan tentang akhlak
mulia terhadap ibu bapa dan bahagian C akhlak mulai terhadap
guru. Skop kajian memfokuskan tentang akhlak pelajar terhadap
Allah S.W.T., akhlak pelajar terhadap ibu bapa dan akhlak
pelajar terhadap guru. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0.
8
3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dalam subtajuk ini akan membincangkan pendapat responden
berkaitan akhlak mulia terhadap Allah, akhlak mulia terhadap ibu
bapa dan akhlak mulai terhadap guru. Ketiga-tiga aspek ini amat
penting dikaji kerana pembentukan sahsiah pelajar yang sempurna
akan mempengaruhi jiwa dan tingkah laku pelajar. Jika akhlak baik
(mahmudah), maka diterjemahkan melalui tingkah laku dan perbuatan
baik. Jika akhlak rosak (mazmumah), maka diterjemahkan melalui
tingkah laku buruk.
A. Sistem Pengajian Pondok Membentuk Pelajar Berakhlak Muliaterhadap Allah SWT
Jadual 1 : Solat pada awal waktu secara berjemaah dan solatsunat
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Sederhana
setuju
Jumlah
30
26
4
60
50
43.3
6.7
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Berdasarkan Jadual 1 di atas menunjukkan seramai 30 orang
responden (50%) mengatakan sangat setuju berbanding 26 responden
(43.3%) mengatakan setuju dan 4 orang (6.7%) mengatakan sederhana
9
setuju sistem pengajian pondok mendidik para pelajar supaya
solat pada awal waktu secara berjemaah dan menunaikan solat-solat
sunat. Dapatan kajian menunjukkan 50% responden sangat setuju
bahawa peranan sistem pondok banyak memberi pengaruh kepada
responden melakukan solat sunat seperti sunat sebelum dan selepas
solat fardu, solat tahajud, solat duha dan sebagainya. Pengajian
pondok banyak mempengaruhi perlakuan pelajar dalam melakukan
aktiviti seharian termasuklah dalam soal ibadat. Perlakuan solat
yang sempurna menunjukkan konsep pendidikan pondok mendidik
pelajar menyembah Allah yang dilakukan secara konsisten dan dalam
ajaran Islam Rasulullah SAW menjelaskan barang siapa yang
meninggalkan sembahyang, maka dia meruntuhkan agamanya. Justeru,
pengajian sistem pondok berjaya membentuk pelajar berakhlak mulia
dengan Allah SWT.
Sistem pengajian pondok mendidik pelajar membaca al-Quran secara
berterusan
Jadual 2 : Membaca al-Quran secara berterusan
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Sederhana
setuju
Jumlah
47
12
1
60
78
20
2
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
10
Berdasarkan Jadual 2 di atas menunjukkan seramai 47 orang
responden (78%) mengatakan sangat setuju berbanding 12 orang (20
%) mengatakan setuju dan seorang responden (2 %) mengatakan
sederhana setuju bahawa sistem pengajian pondok mendidik
responden membaca al-Quran sebagai amalan rutin harian. Orang
yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan harian akan diberkati
Allah dan dihiasi perangai pembaca itu dengan akhlak al-Quran.
Al-Quran akan membimbing akhlak dengan tingkahlaku yang baik,
percakapan yang berhikmah dan tindakan yang sesuai dengan syariat
Islam. Demikianlah pentingnya al-Quran itu dituntut untuk dibaca
secara konsisten supaya dapat membentuk akhlak mulia seseorang.
Sistem pengajian pondok mengajar berdoa dan bertawakal kepada
Allah SWT
Jadual 3: Berdoa dan tawakal kepada Allah SWT
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Jumlah
47
14
60
78
22
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Berdasarkan Jadual 3 di atas menunjukkan seramai 47 orang
responden (78 %) mengatakan sangat setuju berbanding 14 orang
responden (22 %) mengatakan setuju sistem pengajian pondok
11
mendidik para pelajar supaya berdoa dan bertawakal kepada Allah
SWT setiap waktu dan ketika dan amalan berdoa serta bertawakal
selepas melakukan usaha ikhtiar. Berdoa dan bertawakal kepada
Allah SWT merupakan suatu tuntutan dalam Islam bertujuan untuk
menyerah diri semata-mata kepada Allah. Orang yang berdoa dan
seterusnya bertawakal adalah orang yang mempunyai jiwa yang
kental. Mereka tidak mengharap sesuatu bantuan kepada manusia
selain Allah tempat bermunajat. Melalui konsep berdoa dan
bertawakal yang diajarkan kepada pelajar, mereka dilihat
mempunyai akhlak terpuji di sisi Allah SWT.
Sistem pengajian pondok mendidik pelajar menjauhi perkara maksiat
Jadual 4: Mendidik menjauhi perkara maksiat
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Jumlah
55
5
60
92
8
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Berdasarkan Jadual 4 di atas menunjukkan seramai 55 orang
responden (92 %) mengatakan sangat setuju berbanding 5 orang
responden (8 %) mengatakan setuju sistem pengajian pondok
mendidik para pelajar menjauhi serta membenci perbuatan maksiat.
12
Membenci perbuatan maksiat bermaksud menolak unsur-unsur yang
berkaitan amalan yang dilarang Allah melalui kaedah mencegah
dalam hati, mencegah melalui lisan, mencegah melalui tindakan
tangan atau merubah dengan cara berhikmah. Semua perbuatan itu
amat berkait rapat dengan akhlak mulia. Mendidik pelajar dengan
cara menanam perasaan benci kepada semua bentuk maksiat adalah
suatu usaha murni yang berterusan bertujuan untuk membentuk jati
diri pelajar pondok berakhlak mulia.
Sistem pengajian pondok mendidik supaya bersabar dan bersyukur
Jadual 5: Mendidik bersikap sabar dan bersyukur
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Jumlah
48
12
60
80
20
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Berdasarkan Jadual 5 di atas menunjukkan seramai 48 orang
responden (80 %) mengatakan sangat setuju berbanding 12 orang
responden (20 %) mengatakan setuju sistem pengajian pondok
mendidik para pelajar supaya sentiasa bersabar dengan ujian yang
diberi serta bersyukur dengan rezeki yang diberi oleh Allah SWT.
Kenapa sifat sabar dan syukur ini penting dalam pembentukan
akhlak pelajar? Sifat sabar dan syukur merupakan akhlak mahmudah
yang tidak boleh dilihat dari mata kasar seseorang. Sifat sabar
13
dan syukur dapat dipamerkan melalui tindakan spontan seseorang
hasil daripada latihan berterusan. Kedua-dua sifat ini perlu
dipraktikkan kepada para pelajar agar mereka dapat mengamalkan
pada setiap waktu dan ketika. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
sistem pengajian pondok memang ada melatih para pelajar agar
bersifat sabar dan syukur dari segi rohani dan jasmani.
Sistem pengajian pondok mendidik supaya sentiasa berzikir kepada
Allah
Jadual 6: Sentiasa mengingati Allah
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Sederhana
setuju
Jumlah
52
7
1
60
87
11
2
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Berdasarkan Jadual 6 di atas menunjukkan seramai 52 orang
responden (87 %) mengatakan sangat setuju berbanding 7 orang
responden (11 %) mengatakan setuju dan seorang (2 %) mengatakan
sederhana setuju bahawa sistem pengajian pondok mendidik para
pelajar agar sentiasa berzikir kepada Allah. Dengan mengingati
Allah, hati menjadi tenteram dan damai. Orang yang ingat kepada
Allah (berzikir) adalah orang yang hidup di sisi Allah sementara
14
orang lalai daripada mengingati Allah adalah orang yang mati
hatinya di sisi Allah SWT. Sistem pengajian pondok adalah
berusaha menghidupkan hati para pelajar dengan menganjurkan
majlis berzikir kepada Allah. Ia dilakukan dalam jadual waktu
yang ditetapkan iaitu selepas solat fardu dan malam hari
tertentu. Aktiviti berzikir lazimnya dilakukan secara berjemaah.
Manakala aktiviti zikir secara individu dilakukan mengikut
kesesuaian waktu.
Sistem pengajian pondok mendidik beristiqamah berbuat kebaikan
Jadual 7: Istiqamah berbuat kebajikan
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Jumlah
49
11
60
81.7
18.3
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Berdasarkan Jadual 7 di atas menunjukkan seramai 49 orang
responden (81.7 %) mengatakan sangat setuju berbanding 11
responden (18.3 %) menyatakan setuju bahawa sistem pengajian
pondok mendidik pelajar supaya beristiqamah dalam melakukan
kebaikan. Beristiqamah atau tetap pendirian dalam melakukan
15
kebaikan adalah suatu tuntutan dalam Islam. Orang beristiqamah
adalah orang yang kuat pendirian dan tidak mudah diganggu gugat.
Sikap ini perlu disemai ke dalam jiwa pelajar supaya mereka
mempunyai jiwa yang kental khususnya dalam aspek akidah, syariat
(ibadah) dan akhlak. Sistem pengajian pondok menekankan kepada
aspek pembinaan sahsiah serta ideologi berteraskan fahaman ahli
sunah waljamaah. Disebut dalam satu hadis yang bermaksud amalan
yang baik dan diterima Allah ialah orang yang melakukan ibadah
secara sedikit tetapi berterusan. Ini bermaksud Allah tidak
menyukai orang yang berbuat ibadah secara jumlah yang banyak
tetapi tidak berterusan. Konsep inilah yang dipraktikkan dalam
sistem pengajian pondok khususnya di pondok Kandis.
B. Sistem Pengajian Pondok Membentuk Pelajar Berakhlak Mulia
Terhadap Ibu bapa
Sistem pengajian pondok mengajar mendoakan kesejahteraan ibu bapa
Jadual 8: Mendoakan kesejahteraan ibu bapa
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Jumlah
57
3
60
95
5
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
16
Berdasarkan Jadual 8 di atas menunjukkan seramai 57 orang
responden (95 %) mengatakan sangat setuju berbanding 3 orang
responden (5 %) mengatakan setuju bahawa sistem pengajian pondok
mendidik para pelajar supaya mendoakan kesejahteraan ibu bapa.
Dalam Islam, tuntutan anak berakhlak mulia kepada kedua ibu dan
bapa merupakan suatu perintah Allah. Hal ini disebut dalam Surah
Luqman ayat 14 yang mewajibkan manusia berbuat baik kepada ibu
bapa dan ibu menjadi keutamaan kerana mengandung dan menyusukan
anak dalam tempoh dua tahun.
Sebagai balasan pengorbanan ibu bapa mengasuh, memberi kasih
sayang dan menjaga dengan baik dan sempurna terhadap anak, maka
tanggungjawab anak ialah mendoakan kesejahteraan, memberi khidmat
bakti dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa semasa masih hidup.
Sistem pengajian pondok mengajar menjauhi perbuatan yang dibenci
ibu bapa
Jadual 9: Menjauhi perbuatan yang dibenci oleh ibu bapa
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Jumlah
54
6
60
90
10
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Berdasarkan Jadual 9 di atas menunjukkan seramai 54 orang
responden (90 %) mengatakan sangat setuju berbanding 6 orang
17
responden (10 %) mengatakan bahawa sistem pengajian pondok
mendidik para pelajar supaya menjauhi perkara yang dibenci ibu
bapa. Selain menjauhi perbuatan yang dilarang Allah SWT, anak-
anak hendaklah peka terhadap larangan yang dibenci oleh ibu bapa.
Antara contoh perbuatan yang dibenci oleh ibu bapa dan lazim
dilakukan oleh pelajar ialah melengah-lengahkan solat, gemar
makan dan minum, leka dengan hiburan yang melalaikan seperti
menonton tv, mendedah aurat, berkawan dengan kawan buruk akhlak
dan sebagainya. Berdasarkan hasil kajian, menunjukkan peranan
sistem pengajian pondok penting dalam membentuk kehidupan pelajar
menghormati kedua ibu bapa dengan menjauhi perkara-perkara yang
dibenci ibu bapa supaya hidup diredai Allah SWT.
Sistem pengajian pondok mengajar bersalaman dan mengucup tangan
kedua-dua ibu bapa
Jadual 10: Menjauhi perbuatan yang dibenci oleh ibu bapa
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Sederhana
setuju
Jumlah
55
4
1
60
92
7
1
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
18
Berdasarkan Jadual 10 di atas menunjukkan seramai 55 orang
responden (92 %) mengatakan sangat setuju berbanding 4 orang
responden (7 %) mengatakan setuju dan seorang responden
mengatakan sederhana setuju bahawa sistem pengajian pondok
mendidik pelajar supaya bersalaman dan mengucup tangan kedua-dua
ibu bapa pada waktu sesuai sebagai tanda penghormatan yang
tertinggi kepada kedua-dua ibu bapa.
Sistem pengajian pondok mendidik pelajar mendengar dan mematuhi
nasihat ibu bapa
Jadual 11: Mendengar dan mematuhi nasihat ibu bapa
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Jumlah
57
3
60
97
5
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Berdasarkan Jadual 11 di atas menunjukkan seramai 57 orang
responden (97 %) mengatakan sangat setuju berbanding 3 orang
responden (5 %) mengatakan setuju sistem pengajian pondok
mendidik pelajar supaya mendengar dan menuruti nasihat kedua-dua
ibu bapa mereka. Anak yang soleh sentiasa patuh dan taat kepada
ibu bapa mereka dalam semua keadaan. Perintah anak menuruti
nasihat ibu bapa adalah jelas. Anak derhaka kepada kedua-dua ibu
bapa ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti
19
keduanya, maka anak wajib mentaati suruhannya, jika perintah
itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk
kategori harus (mubah), begitu juga termasuk kategori mandub
(sunat).
Sistem pengajian pondok mengajar bercakap secara lemah
lembut/sopan dengan ibu bapa
Jadual 12: Mendengar dan mematuhi nasihat ibu bapa
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Tidak pasti
Jumlah
48
11
1
60
80
18.3
1.7
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Berdasarkan Jadual 12 di atas menunjukkan seramai 48 responden
(80 %) mengatakan Dapatan sangat setuju berbanding 11 orang
responden (18.3 %) mengatakan setuju dan seorang responden
mengatakan tidak pasti bahawa pengajian sistem pondok mendidik
pelajar bercakap secara lemah lembut dan bersopan dengan ibu
bapa. Komunikasi berkesan amat penting dipelajari dan
dipraktikkan kepada kedua-dua ibu bapa. Dengan itu, gaya
percakapan yang sesuai dan menarik hendaklah diajar dalam sistem
pengajian pondok supaya pelajar memahami kemahiran bercakap
dengan cara yang lemah lembut dan sopan.
20
Sistem pengajian pondok mendidik menghargai pemberian ibu bapa
Jadual 13: Menghargai pemberian ibu bapa
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Tidak pasti
Jumlah
54
5
1
60
90
8.3
1.7
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Sistem pengajian pondok mendidik menghargai pemberian ibu bapa
Berdasarkan Jadual 13 di atas menunjukkan seramai 54 orang
responden (90 %) mengatakan sangat setuju berbanding 5 orang
responden (8.3 %) mengatakan setuju dan seorang responden
mengatakan sederhana setuju bahawa sistem pengajian pondok
mendidik pelajar menghargai pemberian ibu bapa. Pemberian ibu
bapa kepada anak-anak merupakan salah satu bentuk kasih sayang
dipamerkan kepada anaknya. Kaedah ini sesuai dipraktikkan kepada
anak-anak yang berumur 12 tahun hingga usia matang. Kaedah
pemberian sesuatu barangan (contoh, wang, makanan kesukaan anak,
barangan berharga, barangan hiasan diri, kenderaan dan sesuatu
yang berupa kemewahan dalam kehidupan) merupakan antara kategori
contoh pemberian kepada anak-anak. Terdapat sebahagian anak masa
kini yang tidak tahu menghargai pemberian ibu bapa. Mereka
21
mengkhianati sesuatu pemberian ibu bapa dengan berbuat tindakan
yang mengguriskan hati ibu bapa. Pengajian sistem pondok sentiasa
menekankan akhlak mulai dengan menghargai sesuatu pemberian ibu
bapa atau orang lain kepada anak-anak.
C. Membentuk Pelajar Berakhlak Mulia Terhadap Guru
Pengajian sistem pondok mengajar bersopan santun ketika bercakap
dengan guru
Jadual 14: Bersopan ketika bercakap dengan guru
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Jumlah
58
2
60
97
3
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Berdasarkan Jadual 14 di atas menunjukkan seramai 58 orang
responden (97 %) mengatakan sangat setuju berbanding 2 orang
responden (3 %) mengatakan setuju bahawa pengajian sistem pondok
mendidik para pelajar bersopan santun ketika bercakap dengan
guru. Guru adalah orang yang perlu dihormati kerana tugas guru
ialah mendidik dan membimbing seseorang menjadi orang berguna
kepada agama dan bangsa. Jika ingin bertanya minta izin terlebih
dahulu. Cari masa yang sesuai untuk bertanya. Hindari daripada
22
menyinggung perasaan guru. Bercakap dengan baik dengan guru,
dengan menggunakan bahasa yang baik. Tidak meninggikan suara
semasa bercakap dengan guru. Dalam sistem pengajian pondok guru
adalah sangat dimuliakan kerana ketinggian ilmu dan akhlaknya
yang mulia. Justeru, sudah menjadi budaya dalam pengajian pondok
pelajar memuliakan guru termasuklah dalam pertuturan, berdiskusi,
perdebatan dengan guru.
Sistem pengajian pondok mengajar mematuhi peraturan sekolah
Jadual 15: Mematuhi peraturan sekolah
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Jumlah
55
5
60
92
8
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Berdasarkan Jadual 15 di atas menunjukkan seramai 55 orang
responden (92 %) mengatakan sangat setuju berbanding 5 orang
responden (8 %) mengatakan setuju sistem pengajian pondok
mendidik pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah. Maksud mematuhi peraturan sekolah dalam kajian ini
adalah merujuk kepada arahan kepada pelajar agar mengetahui
peraturan dan mengamalkan setiap masa seperti kehadiran tepat
pada waktunya, mematuhi peraturan etika berpakaian yang selaran
dengan ajaran Islam, melakukan sesuatu aktiviti berfaedah dengan
23
mengutamakan kepentingan menuntut ilmu seperti menghadiri kelas
muhadarah (pidato), menghadiri aktiviti kemasyarakatan (majlis
kenduri, tahlil arwah, sembahyang jenazah, majlis berbuka puasa
dan sebagainya). Pelajar juga diingatkan dari semasa ke semasa
menghindari daripada ponteng kelas tanpa alasan yang munasabah
seperti sakit, memenuhi kematian ahli keluarga terdekat dan
musibah yang tidak dapat dielakan. Di samping itu pelajar
hendaklah menjaga nama baik sekolah serta bertanggungjawab
menjaga serta memelihara harta benda sekolah dengan baik. Sistem
pengajian pondok sentiasa mendidik para pelajar mematuhi
peraturan sekolah dari semasa ke semasa.
Mendoakan kesejahteraan dan berterima kasih kepada guru
Jadual 16: Mendoakan kesejahteraan dan berterima kasih kepadaguru
Pendapat Responden
Kekerapan
Peratus
Sangat setuju
Setuju
Sederhana
setuju
Jumlah
51
7
2
60
85
11.7
3.3
100.00
Sumber: Kajian sampel, Mei 2013
Berdasarkan Jadual 16 di atas menunjukkan seramai 51 orang
responden (85 %) mengatakan sangat setuju berbanding 7 orang
(11.7 %) mengatakan setuju dan 2 orang (11.7 %) mengatakan24
sederhana setuju bahawa sistem pengajian pondok mendidik pelajar
mendoakan kesejahteraan dan berterima kasih kepada guru. Para
pelajar diingatkan supaya sentiasa mendoakan kesejahteraan guru
dilakukan selesai solat untuk mendapat keredaan dan jauhkan
kemurkaan guru. Dengan demikian ilmu yang dipelajari mendapat
keberkatan daripada Allah SWT. Maksud pelajar berterima kasih
kepada guru dalam kajian ini adalah merujuk kepada pelajar
hendaklah belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan
cemerlang dalam pelajaran. Peranan guru mendidik pelajar
diiktiraf oleh masyarakat dunia kini dengan diadakan sambutan
hari guru. Sempena hari guru lazimnya pelajar memberi hadiah
sebagai terima kasih kepada guru. Kemampuan kewangan pelajar
adalah amat terhad. Justeru, cukup sekadar pelajar menghadiahkan
ucapan terima kasih dengan mendoakan kesejahteraan, membuktikan
pencapaian akademi cemerlang dan sahsiah terpuji. Dapatan kajian
mendapati pelajar pondok dibimbing supaya mendoakan kesejahteraan
dan berterima kasih kepada guru.
4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Berdasarkan perbincangan di atas disimpulkan bahawa sistem
pengajian pondok mampu membentuk akhlak muslim sebagaimana yang
dianjurkan dalam al-Quran. Sistem pengajian pondok yang
konsisten, pengurusan dan pentadbiran yang baik, kewangan yang
kukuh mampu melahirkan ulama’, pentadbir, tokoh-tokoh masyarakat
yang disegani dan tokoh politik Islam yang menegakkan kalimah
Allah iaitu Islam. Walaupun sistem pengajian pondok wujud sebagai
25
lembaga pendidikan agama yang tidak formal, namun peranannya
sebagai saluran alternatif masyarakat menuntut ilmu agama tidak
dapat dinafikan lagi. Pelajar pondok bertindak sebagai model
pengembangan akhlak mulia kepada masyarakat khususnya di
Malaysia. Usaha untuk meningkatkan akhlak manusia perlu digiatkan
lagi. Antaranya pengurusan pondok perlu merancang program yang
bersifat kreatif- inovatif, seiring dengan permasalahan akhlak
remaja kini. Pihak pengurusan pondok juga menjalankan kerjasama
dengan pihak luar bagi melancarkan tugas serta mampu untuk
mencapai matlamat. Kerjasama yang baik antara masyarakat dapat
membantu kegiatan dakwah dan menjauhkan remaja daripada ancaman
bahaya dadah.
Rujukan
Al-Qur’an Karim.
Abuddin Nata M A. (2000), Akhlak Tasawuf, cet. 3, Jakarta Utara:Rajawali Press.
Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya Di Malaysia.Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmawati Suhid. (2009), Pendidikan Akhlak Dan Adab Islam Konsep DanAmalan, Kuala Lumpur : Utusan Publications And Distributors SdnBhd.
Ghazali Darussalam. (2003), Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah, KualaLumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
26
Ishak, S., & Shafie, F. (1998). Pondok sebagai satu pilihantempat tinggal di kalangan orang tua. Sintok: Penerbit UniversitiUtara Malaysia
Imam Ghazali. (2000), Pedoman Orang Mukmin, Singapura : PustakaNasional Pte Ltd.
Kamaruddin Salleh. (2006). Tuan Guru Najmuddin Muhammad dan PondokFalahiah: Analisis Penubuhan, dan Sumbangannya kepada Masyarakat. TesisSarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamilah Mohamad. (2000). Persepsi Pelajar Terhadap Pendekatan Pengajaran diSekolah Pondok: Kajian Kes di Sekolah Pondok Addiniyah Badriah, Pasir Tumbuh, KotaBharu, Kelantan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Luqman Yusuf. (2000). Keberkesanan Sistem Pengajian Pondok: Satu KajianKhusus Mengenai Pusat Pengajian Pondok, Bachok Kelantan dari Tahun 1984 Hingga1997. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Al Ghazali (1991), Akhlak Seorang Muslim, Kuala Lumpur :
Victory Agencie.
Muhd Yusof (2007), Bimbingan Akhlak Mulia dan Nilai-Nilai Murni, Selangor:JasmineEnterprise.
Mahamabookhoree Aboosalae. (2001). Kedudukan Institusi Pondok DalamPembangunan Belia Islam di Patani Thailand. Universiti Putra Malaysia.
Md Ramly Mahmood. (2005). Peranan Pondok dalam Pendidikan Islam diKelantan :Suatu Kajian Di Pasir Mas, Kelantan. Universiti Malaya.
Mohamed, A. K. (2003). Pengurusan pendidikan di sekolah: huraian menurut perspektif Islam. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Izzuddin Ramli dan Mohamad Zaini Abu Bakar, (2013). Kertaskerja bertajuk Kearifan Tempatan Dalam Institusi Sekolah Pondok : Kajian KesMalaysia. Dibentangkan sempena Persidangan Serantau KearifanTempatan 2013 “Memperkukuhkan Kearifan Tempatan ke Arah
27
Pengantarabangsaan”6-7 Oktober 2013 Sutra Beach Resort,Terengganu, Malaysia.
Mohd Nasir Abd Hamid. (2008). Pondok dan Madrasah Perintis SistemPendidikan Islam Nasional. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Taher bin Abdullah. (2000) Konsep Akhlak Islamiah Menurut Imam Al-Ghazali: Satu Kajian Berdasarkan Karyanya Dalam Buku ‘Hai Anak’. Kuala Lumpur:Universiti Malaya.
Mohd Yusuf Ahmad. (2003), Pengajian Islam, Kuala Lumpur: UniversitiMalaya.
Nurul Farhana Abdul Samat. (2013). Peranan Pondok Dalam MendidikAkhlak Muslim: Kajian di Pusat Pengajian Pondok Kampung TelongKandis, Bachok, Kelantan. Tesis Sarjana Muda, UniversitiPendidikan Sultan Idris.
Prasad, B. D. (2008). Content analysis: a method in social science research. In D. K. Lal Das & V. Bhaskaran (Eds.), Research methods for Social Work (pp. 173-193). New Delhi: Rawat.
Ramli Awang. (2006), Perkembangan Institusi Pondok di Nusantara:Pengaruhnya diNegeri Kedah. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.
Y.M Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan, Wan Fauzi Wan Mamat, YasminHassan, Rus Sanani @Asiah Hassan. (2002), Peranan Pusat PengajianPondok Kampong Telong Kandis [PPP Kandis] Bachok Kelantan dalam MelahirkanUlamak. Universiti Institut Teknologi Mara Shah Alam.
Syed Husin, A. (1968). Patterns of rural leadership in Malaya. JMBRAS, 41,
95-145.
28