Kerja kursus Pengajian Am

31
960929016086 1.0 PENGENALAN Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India dan lain- lain. Amalan kelahiran merupakan salah satu perkara yang dilakukan sejak turun temurun hingga ke hari ini . Sesebuah masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai menyempurnakan suatu peraturan . Adat resam dan pantang larang kelahiran bagi kaum Melayu, Cina dan India terdapat persamaan dan perbezaan. Masyarakat Melayu mengamalkan adat berpantang selama 40 hari dan adat ini persis adat masyarakat Cina. Bagi masyarakat India, mereka berpantang hanya selama 30 hari sahaja. Ini menunjukkan perbezaan adat resam dan pantang larang kelahiran bagi ketiga-tiga kaum tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua mengatakan adat resam atau adat istiadat yang diterima pakai oleh sesebuah bangsa merupakan cetusan peraturan dan pandangan di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum yang dilakukan oleh masyarakat tersebut. Peraturan ini menjadi amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semula jadi di mana lama kelamaan telahmenjadi suatu kemestianyang diikuti secara turun temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum tersebut. Setiap masyarakat yang mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Namun , apa jua penafsiran dan perbezaan adat dalam sesebuah masyarakat itu , bertujuan adalah serupa iaitu untuk membentuk suatu masyarakat yang maju , dinamik dan progresif. Dalam kajian kursus ini , isu yang yang dikaji ialah adat resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan India. Menurut kamus Dewan Edisi Yang Ketiga pantang larang bermaksud suatu kepercayaan yang meliputi dari sejak manusia itu dilahirkan sehinggalah manusia itu dewasa dan akhirnya meninggal dunia . Menurut Kamus Dewan Edisi Yang Keempat kelahiran bermaksud lahirnya seseorang insan ke dunia untuk menjalani kehidupan harian. Berdasarkan definisi- 1

Transcript of Kerja kursus Pengajian Am

960929016086

1.0 PENGENALAN

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang

berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India dan lain-

lain. Amalan kelahiran merupakan salah satu perkara yang

dilakukan sejak turun temurun hingga ke hari ini . Sesebuah

masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek

moyang mereka sebagai menyempurnakan suatu peraturan .

Adat resam dan pantang larang kelahiran bagi kaum

Melayu, Cina dan India terdapat persamaan dan perbezaan.

Masyarakat Melayu mengamalkan adat berpantang selama 40

hari dan adat ini persis adat masyarakat Cina. Bagi

masyarakat India, mereka berpantang hanya selama 30 hari

sahaja. Ini menunjukkan perbezaan adat resam dan pantang

larang kelahiran bagi ketiga-tiga kaum tersebut.

Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua mengatakan

adat resam atau adat istiadat yang diterima pakai oleh

sesebuah bangsa merupakan cetusan peraturan dan pandangan

di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum yang

dilakukan oleh masyarakat tersebut. Peraturan ini menjadi

amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semula

jadi di mana lama kelamaan telahmenjadi suatu kemestianyang

diikuti secara turun temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu

kaum tersebut. Setiap masyarakat yang mengamalkan adat

resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Namun , apa

jua penafsiran dan perbezaan adat dalam sesebuah masyarakat

itu , bertujuan adalah serupa iaitu untuk membentuk suatu

masyarakat yang maju , dinamik dan progresif.

Dalam kajian kursus ini , isu yang yang dikaji ialah

adat resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina

dan India. Menurut kamus Dewan Edisi Yang Ketiga pantang

larang bermaksud suatu kepercayaan yang meliputi dari sejak

manusia itu dilahirkan sehinggalah manusia itu dewasa dan

akhirnya meninggal dunia . Menurut Kamus Dewan Edisi Yang

Keempat kelahiran bermaksud lahirnya seseorang insan ke

dunia untuk menjalani kehidupan harian. Berdasarkan definisi-

1

960929016086

definisi perkataan tersebut, adat resam dan pantang larang

menyambut bayi diwarisi setiap kaum bagi mengekalkan ciri-

ciri tradisi sesuatu kaum tersebut .

Tajuk yang dikaji ialah perbandingan adat resam dan

pantang larang kelahiran antara kaum melayu, cina dan india

di Jalan Hang Kasturi , Taman Skudai Baru , Johor Bahru,

Malaysia .

Kelahiran bayi merupakan suatu perkara yang amat

bermakna bagi sesebuah keluarga . Setiap kaum terdapat

pelbagai yang perlu dilakukan semasa dan selepas melahirkan

seorang bayi. Semua perlakuan dilakuakn ada maksud tersirat

dan memberi manfaat kepda ibu dan bayi yang dilahirkan .

Salah satu rasional kajian adat resam dan pantang

larang kelahiran antara kaum melayu, cina dan india adalah

semakin ramai masyarakat tidak mempraktikan adat resam dan

pantang larang pada masa kini.

Kesimpulannya, kajian ini dilakukan dengan penuh

kesabaran dan ketelitian dari masyarakat melayu, cina dan

india di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bharu .

Tujuan soal selidik diberikan kepada penduduk tempatan

adalah untuk mengetahui kebaikan amalan menyambut

kelahiran bagi kaum Melayu, Cina dan India .

2

960929016086

2.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk :

2.1 Mengenalpasti amalan adat resam dan pantang larang

kelahiran kaum Melayu, Cina dan India di Jalan Hang

Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bahru .

2.2 Mengkaji kebaikan adat resam dan pantang larang

kelahiran kaum Melayu, Cina dan India di Jalan Hang

Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bharu .

3.0 LOKASI KAJIAN.3.1 Negeri Johor

3

960929016086

Peta 1 : Negeri Johor

Sumber: Google Map, 2015Peta di atas menunjukkan peta Negeri Johor. Negeri Johor

mempunyai keluasan 18,986.88 kilometer persegi. Ia terletak

paling selatan di Semenanjung Malaysia dan bersempadankan

Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara dan dipisahkan

dengan Singapura di selatan oleh Selat Johor Teberau. Johor

Bahru merupakan ibu negeri dan bandar Diraja. Negeri Johor

mempunyai 26 kawasan Parlimen, 56 kawasan Dewan

Undangan Negeri dan lapan daerah iaitu Segamat, Kota Tinggi,

Johor Bahru, Pontian, Kluang, Mersing, Batu Pahat dan Muar.

Anak bulan dan bintang tanda Raja yang berdaulat. Warna

merah bermakna hulu balang yang mempertahankan negeri.

Warna biru tua melambangkan kerajaan negeri. Unjuran

penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 3,385,200 orang.

Johor menawarkan destinasi pelancongan menarik termasukalah

persisiran pantai yang luas dan sekurang-kurangnya 50 buah

pulau yang terkenal ialah Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Aur,

Pulau Besar dan Pulau Pemanggil.

3.2 Johor Bahru

4

960929016086

Peta 2 : Johor Bahru

Sumber : Google Map, 2015

Peta di atas menunjukkan peta ibu negeri Johor iaitu Johor Bahru.

Bilangan penduduk di Johor Bahru ialah 3.49 juta orang penduduk

daripada statistik penduduk Johor Bahru. Johor Bahru terletak di

bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru ( MPJB). Johor

Bahru terkenal dengan kegiatan ekonomi seperti dalam sektor

pelabuhan dan sektor pelancongan. Dalam sektor pelabuhan yang

terkenal di Johor Bharu ialah di Pelabuhan Tanjung Pelepas ( PTP).

Selain itu, dalam sektor pelanconngan pula, Di Johor Bahru

terkenal dengan Legoland Malaysia. Ia menjadi tarikan pelacongan

kerana Legoland Malaysia adalah yang pertama di asia. Legoland

Malaysia terletak di Nusajaya, Kota Iskandar. Di Johor Bahru

Terdapat kemudahan seperti terdapatnya kereta api di Johor bahru

Centre. Disamping itu, kemudahan yang terdapat di Johor Bahru

seperti terdapat kawasan membeli belah, kawasan pelancongan dan

sebagainya.

5

960929016086

3.3 Skudai, Johor

Peta 3 : Kawasan

Skudai

Sumber : Google Map, 2015Peta 3 di atas menunjukkan peta daerah Skudai. Daerah Skudai

terletak di pinggir bandar Johor Bahru. Daerah ini di tadbir

sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Johor Bharu Tengah

(MPJBT). Ia terletak 16 kilometer dari Johor Bahru. Pada

tahun 2010 jumlah penduduk diambil kira sebanyak 6,947 orang

penduduk. Terdapat pelbagai kaum yang terdiri daripada

Melayu, Cina, India dan sebagainya yang tinggal di Skudai.

Terdapay juga pelbagai kemudahan awam yang ada di Daerah

Skudai seperti perhentian bas di Taman Universiti.

6

960929016086

3.4 Taman Skudai Baru

Peta 4 : Jalan Hang Kasturi

Sumber : Google Map, 2015Peta 4 menunjukkan kawasan kajian ini dijalankan iaitu

di Jalan Hang Kasturi. Jarak antara kawasan kajian

dengan bandaraya Johor Bahru ialah 12.49 batu.

Kawasan kajian ditakbir oleh Majlis Perbandaran Johor

Bahru Tengah (MPJBT). Terdapat kemudahan awam yang

ada di kawasan tersebut seperti Surau Al-Muhamadi, SK

Taman Skudai Baru 2 dan sebagainya. Di Jalan Hang

Kasturi penduduknya terdiri daripada Kaum Melayu, Cina,

India dan sebagainya.

7

960929016086

4.0 METODOLOGI

Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, Metodologi juga

bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan

semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan

tertentu.  Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka

bentuk kajian, sampel kajian, batasan kajian, instrumen kajian

dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-persoalan

kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian

tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai

perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan,

pengukuran dan analisis data. Kajian ini adalah

untuk membuat perbandingan amalan adat resam dan

pantang larang kelahiran bagi kaum Melayu, Cina dan

India serta mengenalpasti kebaikan mengamalkan adat

resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina

dan India di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru,

Johor Bahru .

Kaedah Instrument Kajian

Kuantitatif Borang soal

selidik

Instrumen Kajian

8

960929016086

Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul

data menerusi konsep yang berkaitan sikap, persepsi,

pandangan, dan keterangan latar belakang. Dalam

kajian ini, instrumen yang digunakan untuk

mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang

soal selidik, kaedah pemerhatian dan kaedah rujukan.

Cara Mendapat Responden Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk dari

Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru. Jumlah keseluruhan

responden adalah terdiri daripada 10 orang kaum Melayu, 10

orang kaum Cina dan 10 orang kaum India yang menetap di

kawasan Jalan Hang Kasturi, Skudai. Responden terbatas

kepada penduduk yang tinggal di Jalan Hang Kasturi, Taman

Skudai Baru dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap

pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik persampelan yang

digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik

persampelan bertujuan. Dengan menggunakan prosedur

persampelan ini, penduduk wanita daripada kaum Melayu, Cina

dan India yang mengamalkan amalan adat resam dan pantang

larang kelahiran berumur melebihi 21 tahun di Jalan Hang

Kasturi, Taman Skudai Baru dipilih sebagai responden. Sampel

kajian terdiri daripada 30 orang penduduk, 30 set soal selidik

diberikan kepada mereka secara terpilih untuk memperoleh

data yang lebih tepat. Dalam aspek kuantitatif pula, kaedah

rujukan telah dilakukan dengan menggunakanpelbagai bahan

ilmiah.

Cara Mendapatkan Maklumat/Data daripada responden

9

960929016086

Borang soal selidik telah disediakan untuk mendapat dan

mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan

objektif kajian. Borang telah diedarkan secara bertujuan

kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik

terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan

Bahagian C. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri

responden. Bahagian B adalah perbandingan amalan adat

resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan

India. Bahagian C adalah penyataan tentang kebaikan

mengamalkan adat resam dan pantang larang kelahiran kaum

Melayu, Cina dan India di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai

Baru, Johor. Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert

tiga mata yang mengandungi tiga aras, iaitu 1= Tidak setuju, 2=

Tidak Pasti dan 3 = Ya

Jadual 4.1 : Skala likert 3 aras digunakan

Tidak setuju 1Tidak pasti 2Setuju 3

Selain itu, kaedah yang digunakan adalah kaedah rujukan.

Sumber yang digunakan bagi kaedah rujukan ini ialah surat

khabar, majalah, internet dan Kamus Dewan Edisi ke-4

daripada perpustakaan SMK Mutiara Rini. Kaedah ini

digunakan sebagai sokongan hasil kerja.

Memproses dan Mempersembahkan Data

Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data

yang berbentuk skala likert. Untuk memudahkan

penganalisisan data, skala likert dikategorikan seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Pengekelasan Skala Likert

10

960929016086

Kategori Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju1 2 3

Selain itu, aspek penganalisisan data dan pengiraan manual akan

diguna pakai. Hal ini demikian kerana kekerapan dan peratus

sahaja akan dijadikan data untuk dianalisiskan. Data yang

dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu

jadual, Graf Bar dan carta pai.

Rumusan

Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin

kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian. Sehubungan

dengan itu, tatacara kajian akan diikut dengan ketat bagi

menepati prosedur kutipan data dan instrumen yang telah

dikenal pasti.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian diambil daripada data yang telah dianalisis.

Microsoft Excel 2010 merupakan perisian yang telah digunakan

untuk menganalisis data yang telah diperolehi berdasarkan skala

likert.. Hasil kajian ini diperolehi daripada dua sumber iaitu sumber

primer dan sumber sekunder. Sumber primer ialah data yang

diambil melalui maklum balas daripada borang soal selidik yang

diedarkan kepada 30 orang responden terpilih yang tinggal di

kawasan kajian iaitu di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru,

Johor. Disamping itu, sumber sekunder juga digunakan bagi

mendapatkan maklumat untuk dapatan kajian iaitu melalui

pengkajian bahan ilmiah seperti buku rujukan dan maklumat

daripada laman internet.

11

960929016086

5.1 Demografi Responden

Untuk mengkaji persepsi masyarakat, seramai 30 orang

wanita yang terdiri daripada penduduk tempatan. Huraian

analisis latar belakang responden melibatkan aspek kaum,

umur dan latar belakang pendidikan.

5.1.1 Kaum

Melayu33%

Cina33%

India33%

Kaum

Rajah 1: Kaum responden

Sumber: Kerja lapangan, 2015 Berdasarkan rajah 1 yang berikut, responden terdiri

daripada 10 orang kaum Melayu, 10 orang kaum Cina dan 10

orang kaum India. Masing-masing melebihi 33.33% hal ini

dilakukan sedemikian adalah bertujuan untuk memastikan data

atau dapatan kajian yang dilakukan hanya bukan memihak

kepada sesuatu bangsa saja. Pemilihan responden yang

seimbang dari segi kaum ini adalah wajar untuk mendapatkan

maklumat yang lebih telus.

5.1.2 Umur

12

960929016086

20-29 30-39 40-49 50-590123456789

Umur

Orang

Rajah 2: Umur responden

Sumber: Responden Kajian Lapangan, 2015

Berdasarkan hasil kajian daripada 30 orang responden

yang disoal selidik, seramai 9 orang ( 30 % ) adalah terdiri

daripada responden yang berumur antara 20 hingga 29 tahun.

Manakala responden yang berumur 30 hingga 39 adalah

seramai 8 orang ( 26.67 % ). Diikuti dengan responden

berumur 40 hingga 49 tahun yang sama jumlahnya dengan

responden yang berumur 30 hingga 39. Seterusnya responden

berumur 50 tahun keatas seramai 5 orang iaitu ( 16.67 %).

Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang

mempunyai pandangan dan cara yang berbeza-beza dalam

mengamalkan adar resam dan pantang larang kelahiran.

5.1.3 Latar Belakang Responden

TARAF PENDIDIKAN NILAI PERATUSPMR 1 3.33%SPM 11 36.67%STPM 8 26.67% Diploma 4 13.33%

13

960929016086

IJAZAH 6 20%

Jadual 1 : Latar belakang pendidikan responden

1

1

11

8

46

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN RESPONDEN

PMRSPMSTPMDiplomaIJAZAH

Rajah 3: Latar belakang pendidikan responden

Sumber: Responden Kajian Lapangan, 2015.

Hampir keseluruhan responden yang disoal selidik

mempunyai latar belakang pendidikan daripada peringkat

Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga peringkat

pengajian tinggi. Sijil Pelajaran Malaysia (STPM) Seramai 8

orang yang mewakili 26.67 peratus daripada keseluruhan

responden kelulusan STPM. Sebahagian kecil responden

mempunyai tahap pendidikan yang rendah iaitu Penilaian

Menengah Responden (PMR) iaitu seramai 1 orang sahaja dan

hanya 3.33 peratus keseluruhannya. Manakala bilangan

responden yang mempunyai tahap pendidikan tinggi iaitu

Ijazah Sarjana Muda ialah seramai 6 orang atau 20 peratus

sahaja. Berdasarkan analisis data, responden yang mempunyai

kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ialah seramai 11 orang iaitu

hampir separuh daripada jumlah responden yang mewakili

36.67 peratus. Selain itu, latar belakang pendidikan responden

yang mempunyai Diploma seramai 4 orang atau 13.33 peratus.

Aspek pendidikan turut memainkan peranan penting dalam

penyelidikan ini untuk mengkaji sejauh mana taraf pendidikan

14

960929016086

responden mempengaruhi tahap pengetahuan tentang adat

resam dan pantang larang kelahiran dengan lebih jelas.

5.2 ANALISIS TENTANG ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG

KELAHIRAN BAGI KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA DI JALAN HANG

KASTURI , TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR BAHRU.

Kerja lapangan telah dilakukan iaitu melalui borang soal selidik

yang diedarkan kepada 30 orang responden terpilih.

15

960929016086

Responden tersebut terdiri daripada penduduk Jalan Hang

Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bahru. Hal ini demikian

untuk mendapatkan maklum balas penduduk yang lebih tepat

mengenai amalan adat resam dan pantang larang kelahiran

yang seiring dengan objektif pertama iaitu perbandingan adat

resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan

India di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bahru.

Soalan 1 Soalan 2 soalan 3 soalan 40%20%40%60%80%100%

PERBANDINGAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG

KELAHIRAN

Bila

ngan

RAJAH 4 : PERBANDINGAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG

KELAHIRAN DI JALAN HANG KASTURI, TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR

BAHRU.

SUMBER : KERJA LAPANGAN, 2015

Kelahiran bermaksud lahirnya seseorang insan ke dunia

untuk menjalani kehidupan harian. Berdasarkan definisi-definisi

perkataan tersebut, adat resam dan pantang larang menyambut bayi

diwarisi setiap kaum bagi mengekalkan ciri-ciri tradisi sesuatu kaum

tersebut .

Berdasarkan rajah 4 yang berikut, perbandingan amalan

adat resam dan pantang larang kelahiran dibahagi kepada beberapa

soalan. Soalan 1 yang dikemukan ialah amalan berpantang selama

16

960929016086

40 hari. Melalui penelitian terhadap maklum balas yang diberikan

oleh responden mengenai pengamalan adat resam dan pantang

larang kelahiran, segelintir responden bersetuju mengamalkan adat

berpantang selama 40 hari iatu seramai 15 orang dengan peratusan

sebanyak 50%. Antara responden yang menanda setuju adalah 7

orang responden bagi kaum Melayu, 4 orang bagi kaum Cina dan 3

orang daripada kaum India. Manakala seramai 11 orang responden

mengatakan tidak pasti tentang pengamalan adat berpantang selama

40 hari dengan peratusan sebanyak 36.67%. Responden tersebut

adalah seramai 2 orang daripada kaum Melayu, 5 orang daripada

kaum Cna dan 4 orang daripada kaum India. Pengamalan adat

berpantang bagi kaum India tidak sama berbanding kaum Melayu

dan Cina. Adat berpantang bagi kaum India dilakukan selama 30

hari. Hanya 4 orang responden sahaja atau lebih tepat sebanyak

13.33% mengatakan bahawa mereka tidak setuju tentang adat

berpantang selama 40 hari. Responden tersebut seramai seorang

daripada kaum Melayu, seorang daripada kaum Cina dan 2 orang

daripada kaum India.

Bagi soalan 2 pula ialah amalan bertangas dapat mengecut

rahim. Berdasarkan data yang dianalisis menunjukkan 5 orang

sahaja yang mengamalkan amalan bertangas dengan peratusan

sebanyak 16.67 peratus. Mereka terdri daripada 4 orang kaum

Melayu dan seorang daripada kaum Cina. Manakala segelintir

responden yang seramai 9 orang dengan peratusan sebanyak 30

peratus mengatakan tidak pasti tentang amalan bertangas dapat

mengecut rahim kerana kebanyakan yang mengatakan tidak pasti

adalah seramai 2 orang daripada kaum Melayu, 2 orang daripada

kaum Cina dan 5 orang daripada kaum India. Hal ini disebabkan

mereka tidak pernah mengamalkan adat resam ini. Selain itu,

majoriti responden iaitu seramai 16 orang dengan peratusan

sebanyak 53.33 peratus mengatakan tidak setuju tentang amalan

adat bertangas. Mereka terdiri daripada 4 orang kaum Melayu, 7

orang kaum Cina dan 5 orang daripada kaum India.

Seterusnya, soalan 3 pula ialah tentang amalan melilit perut

bayi untuk menghindari perut daripada kembung. Seramai 18

orang bersetuju bahawa amalan melilit perut bayi menghindari

perut kembung dengan peratusan sebanyak 60%. Responden yang

bersetuju adalah terdiri daripada 9 orang kaum Melayu, 5 orang

17

960929016086

kaum Cina dan 4 orang kaum India. Diikuti dengan responden

yang mengatakan tidak pasti tentang amalan ini sama jumlahnya

dengan responden yang mengatakan tidak setuju tentang amalan

tersebut yang sebanyak 6 orang dengan peratusan sebanyak 20%.

Responden terdiri daripada 3 orang kaum Cina dan 3 orang kaum

India. Hal ini disebabkan segelintir responden yang mengatakan

tidak pasti tentang amalan tersebut kerana faktor latar belakang

yang berbeza. Selain itu, responden yang mengatakan tidak setuju

adalah 3 orang daripada kaum India dan 3 orang kaum Cina.

Indikator seterusnya yang digunakan untuk perbandingan adat

resam dan pantang larang kelahiran bagi soalan 4 ialah amalan

melenggang perut dapat menentukan jantina bayi. Berdasarkan

analisis menunjukan tiada responden yang mengatakan setuju

tentang pengamalan adat melenggang perut dapat menentukan

jantina bayi. Hal ini demikian kerana bagi kaum Melayu adat

sebegini adalah salah disisi agama dan tidak menepati syarak dan

undang-undang islam. Perkara ini disokong oleh iaitu Prof Zainab

ismail, 2009. Selain itu, majoriti responden mengatakan tidak

setuju iaitu seramai 20 orang dengan peratusan sebanyak 66.67%.

Responden tersebut terdiri seramai 7 orang daripada kaum Melayu,

8 rang daripda kaum Cina dan 4 orang daripada kaum India.

Seramai 10 orang responden yang mengatakan tidak pasti dengan

peratusan sebanyak 33.33% iaitu seramai 2 orang kaum Melayu, 2

orang kaum Cina dan 6 orang kaum India. Hal ini demikian

kerana hanya kaum India sahaja yang lebih tua sahaja yang masih

mengamalkan adat melenggang perut.

Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8

0%

20%

40%

60%

80%

100%

PERBANDINGAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KELAHIRAN

Bila

ngan

ora

ng

18

960929016086

RAJAH 5 : PERBANDINGAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KELAHIRAN DI

JALAN HANG KASTURI, TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR BAHRU.

SUMBER : KERJA LAPANGAN, 2015

Soalan 5 pula ialah amalan mandi minyak dapat menguatkan

tulang bayi. Seramai 9 orang responden mengatakan setuju tentang

amalan tersebut. Hal ini demikian kerana amalan ini hanya

dilakukan oleh kaum India sahaja dengan peratusan sebanyak 30

peratus. Seramai 3 orang responden yang terdiri daripada 2 orang

kaum Cina dan seorang daripada kaum Melayu mengatakan tidak

pasti tentang amalan mandi minyak dapat menguatkan tulang bayi

dengan peratusan sebanyak 10%. Majoriti responden mengatakan

tidak setuju iaitu seramai 18 orang iatu terdiri daripada 9 orang

kaum Melayu, 8 orang kaum Cina dan seorang kaum India dengan

peratusan sebanyak 60%. Kebanyakkan responden adalah daripada

kaum Melayu dan Cina yang tidak mengamalkan adat resam mandi

minyak.

Soalan 6 pula ialah amalan pottu untuk menghindar bayi dari

unsur-unsur jahat. Terdapat seramai 10 orang responden yang

terdiri daripada kaum India bersetuju tentang amalan ini iaitu

mewakili 33.33%. Seramai 3 orang responden mengatakan tidak

pasti tentang amalan ini dapat menghindar bayi dari unsur-unsur

jahat dengan peratusan sebanyak 10%. Terdapat 18 orang

responden yang terdiri daripada 7 orang kaum Melayu, 9 orang

kaum Cina dan seorang kaum India mengatakan bahawa tidak

bersetuju tentang amalan ini yang mewakili 60%.

Selanjutnya, bagi penyataan mengenai soalan 7 iaitu amalan

belah mulut dilakukan selepas bayi berusia 7 hari. Terdapat 2

orang responden iaitu daripada kaum India yang bersetuju tentang

amalan ini dengan peratusan sebanyak 6.67%. Menurut Nurul

Nadiah Abdul Ghani, 2010 menyatakan amalan ini adalah daripada

pengaruh hindu dan dilakukan oleh kaum India. Seramai 13 orang

mengatakan tidak pasti iaitu terdiri daripada 4 orang kaum Melayu,

3 orang kaum Cina dan 6 orang kaum India mewakili 43.33%. Hal

ini kerana amalan ini jarang dilakukan dengan peredaran zaman

yang moden. Disamping itu, terdapat seramai 15 orang responden

mengatakan tidak setuju iaitu terdiri daripada 6 orang kaum Melayu

19

960929016086

dan 5 orang kaum Cina kerana mereka kurang memahami tentang

amalan belah mulut ini. Dengan peratusan sebanyak 50%.

Penyataan terakhir mengenai soalan 8 ialah amalan pantang

larang mengadap perut untuk menghindar bayi daripada unsur

jahat. Amalan ini dilakukan kepada anak pertama dan umur

usianya 8 bulan di dalam kandungan. Terdapat 13 orang responden

iaitu daripada 3 orang kaum Melayu, 4 orang kaum Cina dan 6

orang kaum India mengatakan setuju tentang penyataan tersebut

dengan peratusan sebanyak 43.33%. Selain itu, hanya 6 orang

responden mengatakan tidak pasti tentang amalan ini dapat

menghindar bayi daripada unsur jahat. Dengan peratusan sebanyak

20%. Majoriti responden mengatakan bahawa tidak setuju iaitu

seramai 11 orang iaitu daripada 6 orang kaum Melayu dan 5 orang

kaum Cina mewakili 36.67%. Hal ini demikian kerana amalan ini

tidak dilakukan oleh kaum Melayu kerana ada unsur-unsur

pengaruh hindu. Bagi kaum Cina pula, amalan ini tidak diamalkan

kerana tiada dalam adat resam dan pantang larang kelahiran bagi

kaum Cina.

5.3 ANALISIS KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAT RESAM DAN

PANTANG LARANG KELAHIRAN KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA DI

JALAN HANG KASTURI, TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR BAHRU.

Dalam borang soal selidik juga responden telah diminta

untuk memberi maklum balas mengenai kebaikan adat resam

dan pantang larang kelahiran bagi kalangan kaum Melayu,

cina dan India oleh penduduk iaitu selaras dengan

objektif kedua untuk mengenal pasti kebaikan mengamalkan

20

960929016086

adat resam dan pantang larang kelahiran di Jalan Hang

Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bahru. Perkara berikut

dipersembahkan di dalam bentuk jadual.

BI

L.

PENYATAAN TIDAK TDAK PASTI YA MIN

KAUM M C I M C I M C I1. SOALAN 1 - - - - 1 - 10 9 10 2.962. SOALAN 2 - 1 - 6 6 6 4 3 4 2.303. SOALAN 3 - - - 4 5 4 6 5 6 1.864. SOALAN 4 7 1 2 2 6 4 1 3 4 1.935. SOALAN 5 - 5 3 2 2 3 8 3 4 2.236. SOALAN 6 2 3 4 3 2 2 5 5 4 2.107. SOALAN 7 - 4 2 2 1 1 8 5 7 2.478. SOALAN 8 1 - 2 1 3 2 8 7 7 2.679. SOALAN 9 - 1 - 1 2 1 9 7 9 2.80

JADUAL 2 : MENGENAL PASTI KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAT RESAM DAN

PANTANG LARANG KELAHIRAN KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA DI JALAN

HANG KASTURI, TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR BAHRU.

SUMBER : KERJA LAPANGAN, 2015

21

960929016086

Tidak setuju Tidak pasti Ya

0 1

29

1

18

11

0

1317

10 128

KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KELAHIRAN

Soalan 1 soalan2 soalan 3 soalan 4

RAJAH 6 : MENGENAL PASTI KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAT RESAM DAN

PANTANG LARANG KELAHIRAN KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA DI JALAN

HANG KASTURI, TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR BAHRU

SUMBER : KERJA LAPANGAN, 2015.

Berdasarkan jadual dan rajah diatas, terdapat pelbagai

kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang larang

kelahiran. Kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang

larang kelahiran bagi soalan 1 ialah amalan berpantang

baik untuk kesihatan. Majoriti responden mengatakan

bahawa mereka bersetuju dengan penyataan tersebut iaitu

seramai 29 orang responden dengan peratusan sebanyak

96.67%. Hal ini menyatakan bahawa adat berpantang baik

untuk kesihatan kepada ibu bersalin bagi kaum Melayu dan

India. Selain itu, hanya seorang responden iaitu

daripada kaum Cina sahaja mengatakan tidak pasti kerana

tiada kajian yang mengatakan bahawa adat ini baik untuk

kesihatan. Secara purata min pula membuktikan bahawa

keseluruhan analisis data bagi penyataan ini adalah

22

960929016086

setuju dengan min 2.96. Hasil dapatan ini, kajian ini

telah membuktikan penyataan penulis Aisyah Hj Mohammed

(2012)iaitu adat berpantang baik untuk kesihatan kerana

dapat merawat dalaman dan luaran ibu bersalin.

Seterusnya, kebaikan mengamalkan adat resam dan

pantang larang kelahiran bagi soalan 2 ialah hubungan

mertua dan menantu dapat dieratkan. Seramai 11 orang

responden yang terdiri daripada 4 orang kaum melayu, 3

orang kaum Cina dan 4 orang kaum India mengatakan bahawa

mereka setuju dengan penyataan tersebut dengan peratusan

sebanyak 36.67%. Hal ini disebabkan ingin mengeratkan

silaturahim antara ibu mertua dan menantu. Sebahagiannya

responden memilih tidak pasti iaitu seramai 18 orang yang

terdiri daripada 6 orang kaum Melayu, 6 orang kaum Cina

dan 6 orang kaum India mewakili 60%. Seorang responden

mengatakan bahawa mereka tidak bersetuju tentang

penyataan tersebut iaitu mewakili 3.33%. Hal in

disebabkan mereka tidak dijaga oleh ibu mertua dan

menguruskan adat kelahiran seorang diri kerana mereka

menggunakan kaedah moden. Hasil pengiraan min keseluruhan

analisa data bagi penyataan ini ialah 2.30 iaitu secara

purata, responden tidak pasti dengan penyataan tersebut.

Kemudian, bagi soalan 3 ialah adat berpantang dapat

mengeratkan hubungan ibu dan bayi. Hal ini demikian

kerana amalan adat resam dan pantang larang dapat

mengeratkan kasih sayang ibu dengan bayi yang dilahirkan.

23

960929016086

Seramai 17 orang responden yang terdiri daripada 6 orang

kaum Melayu, 5 orang kaum Cina dan 6 orang kaum India

mengatakan bahawa mereka bersetuju dengan penyataan

tersebut mewakili 56.67%. Selain itu, sebahagian

daripada responden adalah seramai 13 orang yang terdiri

daripada 4 orang kaum Melayu, 5 orang kaum Cina dan 4

orang kaum India mengatakan tidak pasti tentang penyataan

ini. Min bagi penyataan ini ialah sebanyak 1.86 iaitu

secara purata responden tidak pasti bahawa adat ini dapat

mengeratkan hubungan ibu dan bayi semasa berpantang.

Kebaikan seterusnya bagi soalan 4 ialah pantang larang

ini adalah untuk membuang kecelakaan dan geruh. Hal ini

demikian kerana pengamalan adat resam dan pantang larang

dilakukan dan menjadi turun temurun nenek moyang kita.

Seramai 8 orang responden yang mengatakan bahawa mereka

setuju dengan penyataan ini dengan peratusan sebanyak

26.67%. Selain itu, terdapat 12 orang atau 40% responden

yang menyatakan bahawa mereka tidak pasti tentang

penyataan tersebut. Menurut Ani Hji Omar (2014)

kebanyakan pantang larang yang dilakukan oleh nenek

moyang adalah direka hanya menakut-nakutkan supaya kita

mengelak dan menghindari perbuatan tersebut. Sebahagian

kecil responden sebanyak 10 orang mengatakan bahawa

mereka tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Hal

ini seramai 3 orang responden yang tidak setuju adalah

daripada responden yang mempunyai pendidikan tinggi iaitu

ijazah. Berdasarkan skala likert, jumlah min yang

24

960929016086

diperoleh ialah 1.93. Jumlah ini telah membuktikan

bahawa hampir kesemua responden menyatakan tidak pasti

tentang penyataan ini.

Tidak SetujuTidak Pasti

Ya

87

1597

146

4

20

2 6

22

1 4

25

KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KELAHIRAN

Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Soalan 9

RAJAH 7 : KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG

KELAHIRAN BAGI KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA DI JALAN HANG KASTURI,

TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR BAHRU.

SUMBER : KERJA LAPANGAN, 2015.

Berdasarkan analisa data bagi soalan 5, kebaikan

mengamalkan adat resam dan pantang larang kelahiran ialah

mengadakan kenduri sambut bayi dapat mengeratkan

silaturahim dalam kalangan jiran tertangga. Majoriti

seramai 15 orang atau 50% responden yang terdiri daripada

8 orang kaum Melayu, 3 orang kaum Cina, 4 orang kaum

India mengatakan bahawa mereka setuju. Seramai 7 orang

responden iaitu daripada 2 orang kaum Melayu, 2 orang

kaum Cina dan 3 orang kaum India atau 23,33% yang

25

960929016086

mengatakan tidak pasti dengan penyataan ini. Seramai 8

orang responden yang terdiri daripada 5 orang kaum Cina

dan 3 orang kaum India menyatakan bahawa mereka tidak

bersetuju tentang penyataan tersebut dan mewakili 26.67%.

Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 2.23 dimana

kebanyakan responden menyatakan tidak pasti tentang

penyataan tersebut.

Selanjutnya, kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang

larang kelahiran ialah adat resam dan pantang larang

menjadi lambang sesebuah kaum. Hal ini demikan kerana

ketiga-tiga kaum ini mengamalkanya. Walaubagaimanapun

terdapat perbezaan adat resam dan pantang larang

kelahiran yang dilakukan oleh nenek moyang masing-masing.

Seramai 14 orang responden yang terdiri daripada 5 orang

kaum Melayu, 5 orang kaum Cina dan 4 orang kaum India

mengatakan bahawa mereka setuju tentang penyataan ini

dengan peratusan sebanyak 46.67%. Selain itu, seramai 7

orang responden iaitu terdiri daripada 3 orang kaum

Melayu, 2 orang kaum Cina dan 2 orang kaum India

menyatakan bahawa mereka tidak pasti tentang penyataan

tersebut. Sebahagian kecil iaitu seramai 9 orang

responden yang terdiri daripada 2 orang kaum Melayu, 3

orang kaum Cina dan 4 orang kaum India mengatakan bahawa

mereka tidak bersetuju tentang penyataan ini. Hasil

daripada pengiraan ini, jumlah yang diperoleh ialah 2.10.

Oleh itu, kebanyakan responden tidak pasti dengan

penyataan berkenaan.

26

960929016086

Bagi soalan 7 pula ialah kebaikan mengamalkan herba

tradisional dapat memberi tenaga. Menurut Prof Madya Dr

Jamia Azdina Jamal (2012) mengatakan bahawa penggunaan

herba tradisional yang tiada bahan campuran dapat memberi

tenaga kepada ibu-ibu bersalin. Seramai 20 orang

responden iaitu terdiri daripada 8 orang kaum Melayu, 5

orang kaum Cina dan 7 orang kaum India (66.67%) yang

bersetuju tentang penyataan ini. Hal ini pastinya

diantara para ibu mengandung masih mengamalkan herba-

herba tradisional berbanding dicampur dengan bahan

campuran. Seramai 4 orang responden iaitu terdiri

daripada 2 orang kaum Melayu, seorang kaum Cina dan

Seorang kaum India mewakili 13.33% mengatakan bahawa

mereka tidak pasti dengan penyataan ini. Selain itu,

seramai 6 orang responden yang terdiri daripada 4 orang

kaum Cina dan 2 orang kaum India mengatakan tidak

bersetuju tentang penyataan tersebut. Hal ini disebabkan

mereka beranggappan bahawa pengamalkan herba tradisional

adalah ketinggalan zaman dan menyusahkan bagi mereka.

Berdasarkan skala likert, jumlah min yang diperoleh ialah

2.47. Jumlah membuktikan bahawa kesemua responden

bersetuju dengan penyataan tersebut.

Antara kebaikan mengamalkan adat resam dan

pantang larang kelahiran ialah amalan ini memjadi turun

temurun untuk generasi akan datang. Seramai 22 orang

respondenyang terdiri daripada 8 orang kaum Melayu, 7

orang kaum Cina dan 7 orang kaum India bersetuju tentang

27

960929016086

penyataan ini mewakili 73.33%. Disamping itu juga

terdapat 6 orang responden iaitu terdiri daripada seorang

kaum Melayu, 3 orang kaum Cina dan 2 orang kaum India

menyatakan bahawa mereka tidak pasti tentang penyataan

ini mewakili 20%. Selain itu, hanya 2 orang responden

iaitu daripada kaum India menyatakan mereka tidak

bersetuju dengan penyataan ini. Hal ini disebabkan di

dalam analisis seramai 8 orang responden adalah berumur

dalam lingkungan 50 tahun ke atas. Jumlah yang

diperolehi daripada hasil pengiraan min ialah sebanyak

2.67. Oleh itu, kebanyakan responden bersetuju dengan

penyataan tersebut.

Kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang larang

kelahiran bagi kaum Melayu, Cina dan India ialah adat

resam dan patang larang adalah untuk menjadi garis

panduan bagi ibu sebelum dan selepas bersalin. Garis

panduan bermaksud Majoriti responden iaitu seramai 25

orang iaitu daripada 9 orang kaum Melayu, 7 orang kaum

Cina dan 9 orang kaum India bersetuju tentang penyataan

ini dengan peratusan sebanyak 83.33%. Selain itu,

seramai 4 orang responden menyatakan bahawa mereka tidak

pasti tentang penyataan tersebut dengan peratusan

sebanyak 13.33%. Hal ini pastinya ada di kalangan mereka

tidak mengikuti cara-cara pengamalan adat resam dan

pantang larang kelahiran mengikut kaum. Hanya seorang

responden sahaja yang mengatakan tidak bersetuju dengan

penyataan ini. Purata min bagi seluruhan ialah 2.80.

28

960929016086

6.0 RUMUSAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti

perbandingan adat resam dan pantang larang kelahiran yang

diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India di Jalan Hang

Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bahru

Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan terdapat

beberapa adat yang masih diamalkan oleh kaum Melayu, Cina

dan India di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor

Bahru. Antara adat yang masih diamalankan oleh masyarakat

kini ialah adat berpantang selama 40 hari. Menurut Zuzana

Zulkaffle daripada Postnatal Care (2013), proses kehamilan

mengganggu keseimbangan hormon san wanita mengalami

pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan

fizikal. Disebabkan itu, amalan amat dititikberat dan ia masih

diamalkan. Pengamalan adat berpantang bagi kaum India tidak

sama seperti kaum Melayu dan Cina. Adat berpantang bagi

kaum India ialah selama 30 hari.

Seterusnya, adat resam dan pantang larang kelahiran yang

masih dilakukan bagi kaum India ialah mandi minyak. Mandi

minyak ini dapat menguatkan otot dan organ tertentu. Menurut

Jagatheswary Narayanan (2009), mandi minyak secara tidak

lansung membantu mengeluakan toksin dalam badan dan

menguatkan otot-otot seta organ tubuh. Disamping itu, amalan

ini hanya dilakukan oleh kaum India sahaja. Bagi kaum Melayu

29

960929016086

dan Cina, amalan ini tidak dilakukan kerana mereka tidak

mengamalkan adat resam dan pantang larang tersebut.

Selanjutnya, adat resam dan pantang larang yang

kurang diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India ialah

amalan melenggang perut. Menurut Jabatan warisan Negara

(2015) tujuan adat ini dilaksanakan adalah bagi memelihara anak

dalam kandungan, memudahkan kelahiran dan menjauhkan

kecelakaan pada ibu serta anak yang bakala

dilahirkan. Pengamalkan adat imi kurang diamalkan kerana ia

tidak relevan pada kini. Hal ini demikian kerana bagi kaum

Melayu adat sebegini adalah salah disisi agama dan tidak

menepati syarak dan undang-undang Islam. Berdasar analisis

demografi hanya kaum India dalam lingkungan 50 tahun ke atas

sahaja yang masih mengamalkan adat resam ini.

Selain itu, adat resam dan pantang larang yang kurang

diamalkan ialah amalan belah mulut bayi. Adat resam ini adalah

daripada agama Islam iaitu taknik. Menurut Nik Abd Rahim Nik

Abd Ghani (2009) tahnik bermaksud lelangit dalam mulut.

Pengamalan ini kurang diamalkan oleh kaum Melayu kerana

ramai di antara mereka tidak mengathui maksud taknik dan

bagaimana hendak dilakukan taknik. Hal ini demikian kerana

amalan ini jarang dilakukan dengan peredaran zaman yang

moden.

Adat resam dan pantang larang kelahiran yang kurang di

amalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India ialah amalan

bertangas. Hal ini demikian kerana amalan ini tidak dilakukan

secara tardisional. Pengamalan amalan dilakukan dengan cara

lebih moden. Berdasarkan analisis demografi amalan ini kurang

diamalkan dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun. Mereka

mengatakan amalan ini tiada saintifik mengatakan adat ini dapat

mengecut rahim.

Terdapat juga pelbagai kebaikan mengamalkan adat

resam dan pantang larang kelahiran bagi kaum Melayu, Cina

dan India ialah berpantang baik untuk kesihatan. Selain itu,

kebaikan mengamalkan adat resam kelahiran ialah amalan ini

30

960929016086

menjadi turun temurun untuk generasi akan datang. Kebaikan

seterusnya ialah mengamalkan herba tradisional dapat memberi

tenaga.

Kesimpulanya hasil daripada kajian yang dibuat

mendapati penduduk di kawasan perumahan Jalan Hang Kasturi,

Taman Skudai Baru, Johor Bahru masih mengamalkan adat

resam dan pantang larang kelahiran bagi kaum Melayu, Cina

dan India yang dibawa oleh nenek moyang. Hasil daripada

borang soal selidik yang diisi oleh responden yang terpilih juga

mendapati bahawa responden yang terpilih juga mendapati

bahawa menerima penyataan bagi kebaikan adat resam dan

pantang larang kelahiran bagi kaum Melayu, Cina dan India.

Oleh itu, adat resam dan pantang larang ini diharap tidak

ditelan zaman.

RUJUKAN

Siti Zainab Sahib. “Kelebihan 44 hari dlm Harian Metro, 27 ”Februari 2013.

Jabatan Warisan Negara (2015) Adat Resam Dan Pantang Larang.Dicapai pada April 10 2015,dari http ://www.haritage.gov.my

Google Map (2015), Dicapai pada 21 Februari 2015, dan http://maps.google.com

Kamus Edisi Kedua, 1984, Kuala Lumpur, Dewan Dan Pustaka.

Ani Haji Omar, 2013. Patang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu,Tanjung Malim.Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

31