PEMILIHAN KERJAYA DALAM KALANGAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS (OKU) BERASASKAN TEORI TRAIT DAN FAKTOR

25
International Conference On Global Education Educational Transformation Towards a Developed Country ISBN 978-983-2267-61-4 PEMILIHAN KERJAYA DALAM KALANGAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS (OKU) BERASASKAN TEORI TRAIT DAN FAKTOR Mhd Subhan, Alina Ahmad, Bibi Farhana Ahmad & Salleh Amat Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Selangor ABSTRAK Kertas konsep ini membincangkan tentang pemilihan kerjaya merupakan aspek yang amat penting dalam hidup seseorang. Pemilihan kerjaya yang betul akan membentuk individu yang berjaya dan menyumbang kepada sumber tenaga kepada negara sama ada individu normal atau orang kurang upaya. Definisi OKU ialah individu yang mengalami keterbatasan yang merujuk kepada jenis kecacatannya, seperti Kurang upaya pendengaran, Kurang upaya penglihatan, Kurang upaya pertuturan, Kurang upaya fizikal, Kurang upaya mental, Masalah pembelajaran dan Kurang upaya pelbagai atau “Multiple Disabilities”. OKU juga memerlukan pekerjaan untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor pemilihan kerjaya dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) berdasarkan Teori Trait dan Faktor. Kajian-kajian lepas mendapati antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya OKU terdiri daripada faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman seperti (kelayakan, kemampuan dan keperluan penghargaan). Sementara faktor luaran seperti (penerimaan majikan, persekitaran dan kewangan). Kajian ini juga ingin melihat faktor utama yang mempengaruhi pemilihan kerjaya OKU. akan tetapi, diharapkan kepada pihak jabatan kebajikan masyarakat dapat memberikan maklumat tentang apakah sebenarnya dorongan OKU bekerja dan kemana arah pekerjaan yang sesuai untuk OKU. Hasil kajian diharap dapat membantu orang kurang upaya agar diberi peluang mendapatkan kerjaya yang sesuai. Kata Kunci: Pemilihan kerjaya, Teori Trait dan Faktor dan orang kurang upaya (OKU). *Correspondence author. Tel: +01125616290 E-meAddressl: [email protected] 2987

Transcript of PEMILIHAN KERJAYA DALAM KALANGAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS (OKU) BERASASKAN TEORI TRAIT DAN FAKTOR

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

PEMILIHAN KERJAYA DALAM KALANGAN PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS (OKU)BERASASKAN TEORI TRAIT DAN FAKTOR

Mhd Subhan, Alina Ahmad, Bibi Farhana Ahmad & Salleh AmatUniversiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Selangor

ABSTRAK

Kertas konsep ini membincangkan tentang pemilihan kerjaya merupakanaspek yang amat penting dalam hidup seseorang. Pemilihan kerjayayang betul akan membentuk individu yang berjaya dan menyumbangkepada sumber tenaga kepada negara sama ada individu normal atauorang kurang upaya. Definisi OKU ialah individu yang mengalamiketerbatasan yang merujuk kepada jenis kecacatannya, seperti Kurangupaya pendengaran, Kurang upaya penglihatan, Kurang upayapertuturan, Kurang upaya fizikal, Kurang upaya mental, Masalahpembelajaran dan Kurang upaya pelbagai atau “Multiple Disabilities”. OKUjuga memerlukan pekerjaan untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka.Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktorpemilihan kerjaya dalam kalangan orang kurang upaya (OKU)berdasarkan Teori Trait dan Faktor. Kajian-kajian lepas mendapatiantara faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya OKU terdiridaripada faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman seperti(kelayakan, kemampuan dan keperluan penghargaan). Sementara faktorluaran seperti (penerimaan majikan, persekitaran dan kewangan).Kajian ini juga ingin melihat faktor utama yang mempengaruhipemilihan kerjaya OKU. akan tetapi, diharapkan kepada pihak jabatankebajikan masyarakat dapat memberikan maklumat tentang apakahsebenarnya dorongan OKU bekerja dan kemana arah pekerjaan yangsesuai untuk OKU. Hasil kajian diharap dapat membantu orang kurangupaya agar diberi peluang mendapatkan kerjaya yang sesuai.

Kata Kunci: Pemilihan kerjaya, Teori Trait dan Faktor dan orang kurang upaya (OKU).

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2987

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

1. PENGENALAN

Setiap individu perlu membuat keputusan mengenai kerjaya.

Mereka perlu menyesuaikan masalah yang berkaitan dengan

pemilihan kerjaya kerana kerjaya merupakan kegiatan utama

dalam menentukan cara serta gaya hidup seseorang. Dalam dunia

pekerjaan yang semakin kompleks, pemilihan kerjaya telah

menjadi masalah utama. Dalam hal ini, pemilihan kerjaya

melibatkan tiga perkara, iaitu mengenal diri, mengenal dunia

pekerjaan dan memadankan diri dengan pekerjaan.

Perkara penting di sini ialah faktor dalam menentukan

kejayaan individu dalam sesuatu kerja iaitu faktor diri

individu itu sendiri yang meliputi aspek personaliti, minat

dan pencapaian. Minat yang tinggi terhadap aktiviti sesuatu

pekerjaan dan mempunyai keupayaan peribadi untuk mendapat

kepuasan daripada pekerjaan yang diceburi antara sebab mengapa

seseorang itu menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan.

Menurut Sidek Mohd Noah (2002), pendidikan kerjaya

bermula dari zaman kanak-kanak dan berterusan sepanjang zaman

persekolahan. Pendidikan sedemikian memberikan peluang kepada

individu untuk meninggalkan sekolah bagi mendapatkan

pengalaman kerja dan kembali semula ke sekolah bagi menambah

ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pendidikan kerjaya bermula

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2988

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

sejak dari dalam kandungan lagi sehingga seseorang itu

meninggal dunia.

Menurut Noraini & Haslina (2003), OKU dapat dikategorikan kepada

dua kumpulan utama iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya

secara sementara. Golongan kurang upaya secara kekal ialah golongan

cacat anggota, cacat pendengaran, cacat penglihatan dan warga tua.

Manakala kurang upaya sementara ialah individu yang cedera, sakit dan

mengandung.

2. LATAR BELAKANG

Senario di Malaysia mendapati bahawa golongan OKU tidak

dipinggirkan di mana mereka diberikan kemahiran-kemahairan

tertentu sesuai dengan keupayaan mereka bagi membolehkan

mereka memperoleh pendapatan. Namun, berapa ramai golongan OKU

yang sedia tampil untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran

tersebut dan sanggup berdepan dengan persepsi sebilangan

masyarakat yang menganggap golongan ini tidak mampu melakukan

sebarang bentuk pekerjaan. Selain, cabaran untuk bersaing

mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan golongan masyarakat

normal, golongan OKU juga berhadapan dengan stigma masyarakat

yang negatif terhadap kemampuan mereka menyebabkan golongan

ini terpinggir dalam mendapatkan pekerjaan.

Dilihat dari segi jumlah OKU bahawa bertambah pada

sebanyak 10 peratus pada tahun 2007 berbanding tahun 2006. Apa

erti angka-angka itu sebenarnya? Maknanya, lebih banyak OKU,

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2989

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

lebih meluas sepatutnya rasa kesedaran kita terhadap mereka.

Lebih meluas kesedaran membawa pula maksud wajar lebih banyak

kemudahan untuk menyenangkan golongan ini. Statistik

pendaftaran OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

tahun 2006. Pertambahan golongan OKU dalam kependudukan telah

mengakibatkan kewujudan permintaan untuk penyediaan fasiliti

pekerjaan OKU di dalam dan luar bangunan terutamanya di

institusi kerajaan supaya orang OKU juga dapat menjalani

kehidupan seperti orang yang normal (Jabatan Kebajikan

masyarakat/JKM, 2006; Omar, M. H., 2008; Shalini, 2010).

Pada hakikatnya golongan OKU ini juga mempunyai hasrat

dan keinginan yang sama seperti orang normal lain dalam

mendapatkan pekerjaan, hidup selesa, berdikari dan menyumbang

kepada pembangunan negara. Dalam mencapai hasrat ini golongan

OKU terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dalam bersaing

dengan orang normal lain (Zarinah Mat Sapri, 2003).

Penempatan OKU dalam pasaran pekerjaan semasa masih kurang

diberi perhatian. Persepsi negatif sesetengah majikan

menyebabkan mereka gagal menempatkan diri dipasaran kerja

terbuka. OKU dinilai dari segi kekurangan luaran tanpa

dilihat kelebihan dari aspek lain. Jika OKU dilatih dan diberi

peluang pasti mereka dapat lakukan sebarang pekerjaan dengan

baik dan tekun (Zinaida Ariffin, 2006).

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2990

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

Mohd Rizal & Rosmawati (2010), menyatakan setiap manusia

termasuk OKU mempunyai masalah setiap kali membuat pemilihan

dan keputusan kerjaya. Berdasarkan kesukaran golongan OKU ini

mendapat pekerjaan, ia boleh dilihat apabila kurangnya

pendedahan yang diberikan kepada golongan ini berkaitan

peluang-peluang pekerjaan, jenis serta bentuk pekerjaan yang

sesuai mengikut kebolehan, kesesuaian dan kemampuan mereka

semasa mereka menjalani latihan vokasional (Amir Haniff,

2012).

3. DEFINISI ISTILAH

Mengikut buku bertajuk Handbook of Care and Training for Developmental

Disabilities, Orang Kurang Upaya (OKU) dinyatakan sebagai

seseorang yang memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan

mereka hidup berdikari dalam komuniti. Menurut Pertubuhan

Kesihatan Sedunia atau WHO (World Health Organization) dan

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau UNO (United Nations

Organization), OKU pula bermakna: seseorang yang tidak berupaya

menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun

sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan atau

tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu

kekurangan, sama ada daripada segi fizikal ataupun mental, dan

sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya (WHO,

1992; Heward, 2000).

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2991

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

Definisi lain bagi OKU ialah orang yang mengalami

keterbatasan mobilisasi merujuk kepada jenis kecacatannya,

sama ada fizikal (anggota) mahupun mental (ringan, sederhana,

dan berat), penglihatan, dan pendengaran (Mohd Hafiz Abd

Rahman, 2009). Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah

bagi mengelakkan sebutan “orang cacat” yang bermaksud

melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (tanpa

dikategorikan).

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2008)

mengkategorikan OKU seperti berikut:

1. Kurang Upaya Pendengaran.

Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga

tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran, atau tidak

dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat

bantuan pendengaran. Terdapat empat tahap yang boleh

dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu: (1) Minimum

atau Mild: - [15 - <30 dB] bagi kanak-kanak dan – [20 - <30

dB] bagi orang dewasa; (2) Sederhana atau Moderate: - [30 -

<60 dB]; (3) Teruk atau Severe: - [60 - <90 dB]; dan (4)

Sangat Teruk atau Profound: - [>90 dB].

2. Kurang Upaya Penglihatan.

Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di

kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat

bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.

Terdapat dua tahap OKU Penglihatan, iaitu: (1) Buta atau

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2992

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

Blind dimana penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan

penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation; dan (2)

Terhad atau Low Vision / Partially Sighted dimana penglihatan

lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik

daripada 3/60, walaupun dengan menggunakan alat bantuan

penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah

dari fixation.

3. Kurang Upaya Fizikal.

Ketidakupayaan anggota badan, sama ada kehilangan atau

tiada suatu anggota; atau ketidakupayaan di manamana

bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia,

paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, dan kelemahan

otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan

aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan, dan

pertukaran posisi tubuh badan. Keadaanini boleh terjadi

akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian

sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi,

urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi, dan lain-lain.

4. Kurang Upaya Pertuturan.

Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan

berkomunikasi dengan sempurna dan tidak bolehdifahami

oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini

adalahkekal atau tidak akan sembuh. Kanak-kanak mestilah

dinilai berdasarkan umur lima tahun ke atas.

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2993

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

5. Masalah Pembelajaran.

Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia

biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini

adalah lewat perkembangan global, sindrom down, lembap, dan

kurangupaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi

keadaan yang menjejaskankemampuan pembelajaran individu

seperti Autistic Spectrum Disorder(ASD), Attention Deficit Hyperactivity

Disorder (ADHD), dan masalah pembelajaran spesifik seperti

Dyslexia, Dyscalculia, dan Dysgraphia.

6. Kurang Upaya Mental.

Keadaan penyakit mental teruk yang telah diberi rawatan

atau telah diberi diagnosis selama sekurangkurangnya dua

tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakityang

dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka

masih tidak berupaya untuk berfungsi, sama ada sebahagian

atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau

perhubungan dalam masyarakat. Antara jenisjenis penyakit

mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yangg serius dan

kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (Depression dan Bipolar),

serta Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent

Delusional Disorders.

7. Kurang Upaya Pelbagai atau Multiple Disabilities.

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2994

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

Mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan

secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam

kategori satu hingga enam tersebut di atas.

Menurut Marina, N. (2006), di dalam tesis yang bertajuk

“Penglibatan perunding binaan dalam perancangan dan rekabentuk

kemudahan dan bangunan untuk orang kurang upaya (OKU)”

mengatakan bahawa OKU dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

a) Orang yang tidak memiliki keupayaan mental yang

memerlukan perhatian yang khas. Mereka termasuklah

golongan cacat mental, gifted, dan kecederaan otak.

b) Orang yang tidak memiliki kestabilan emosi yang

memerlukan perhatian khas. Golongan ini termasuklah yang

sakit mental dan gangguan emosi.

c) Orang yang tiada keupayaan fizikal yang memerlukan

perhatian khas. Kumpulan ini termasuklah mereka yang buta

atau pandangan terhalang, pekak atau kesukaran mendengar

dan apa-apa jua kesakitan dan kecacatan fizikal.

Oleh itu, definisi orang kurang upaya merujuk kepada orang yang

mengalami keterbatasan dalam melakukan sesuatu perkara. Lazimnya

mereka terdiri daripada orang yang cacat dari segi fizikal,

mental, pendengaran dan penglihatan. OKU juga memerlukan

pekerjaan untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka (Zinaida

Ariffin, 2006).

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) telah

mengenal pasti terdapat lima kategori golongan orang kurang*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2995

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

upaya yang didaftarkan di bawah JKM iaitu kurang upaya

penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya akal,

kurang upaya anggota dan masalah pembelajaran (Zulkiflizaimah,

2008).

Pekerjaan merupakan suatu aktiviti yang penting dalam

kehidupan manusia dan akan berasa puas dengan kehidupannya

apabila memiliki sesuatu pekerjaan yang tetap serta terjamin.

Malah pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap

ekonomi, dan pendapatan. Bekerja bererti seseorang itu mesti

aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada

dirinya, orang lain, dan bidang yang diceburi. Pekerjaan

dikatakan mempengaruhi konsep kendiri, perasaan nilai,

kesejahteraan, dan identiti keperibadian seseorang (Muhd.

Mansur dan Siti Nordinar, 1989).

4. KONSEP PEMILIHAN KERJAYA

Teori Trait dan Faktor adalah teori terawal yang menerangkan

proses pemilihan kerjaya berasaskan kepada teori perbezaan

peribadi individu. Teori ini mengandaikan bahawa setiap

individu mempunyai corak kemampuannya yang unik, trait-trait

tertentu yang dapat diukur dengan tepat dan selaras, serta

mempunyai hubungan dengan keperluan-keperluan asas dari

beberapa jenis pekerjaan. Teori trait dan faktor merupakan

suatu teori yang bercorak kognitif yang mana penggunaanya

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2996

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

dapat maklumat yang tepat tentang diri individu dapat

diperolehi. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti

melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah,

aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat

vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti

(dalam Sidek Mohd Noah, 2002).

Teori Trait dan Faktor adalah berasaskan jangkaan

terhadap penilaian bakat dan sikap individu serta keperluan-

keperluan dalam sesuatu pekerjaan. Pemilihan kerjaya yang baik

dicadangkan oleh teori ini ialah melalui kefahaman yang jelas

tentang diri, pengetahuan tentang pekerjaan dan taakulan yang

tepat mengenai hubungan antara kefahaman jelas tentang diri

dengan pengetahuan tentang pekerjaan. Oleh demikian, teori ini

turut menyatakan bahawa terdapat tiga komponen asas dalam

bimbingan kerjaya iaitu ujian, pemberian maklumat dan

mengambil keputusan secara ‘true reasoning’.

Menurut teori ini setiap individu memiliki trait-trait

psikologikal tertentu yang terbentuk hasil dari interaksi

antara individu dan persekitaran. Justeru, dalam mencapai

kepuasan dalam pekerjaan memerlukan satu atau lebih trait-

trait ini. Tugas utama dalam membuat pemilihan kerjaya adalah

memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini

keperluan individu akan dipenuhi dan kepuasan dalam sesuatu

pekerjaan akan terhasil.

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2997

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

Oleh kerana orang kurang upaya mempunyai batasan-batasan

tertentu dalam melakukan sesuatu pekerjaan, mereka akan

melakukan penyesuaian antara kemampuan diri dengan bidang

pekerjaan yang dipilih. Sebagai contoh orang buta memilih

melakukan pekerjaan yang memerlukan hasil kreatif seperti

membuat kraftangan seperti mengayam bakul. Walaupun pada

dasarnya bukan semua orang buta kreatif, namun mereka belajar

untuk menghasilkan kraftangan kerana trait dan faktor individu

boleh diubah dan dipelajari.

Hasil kajian semula beberapa tokoh psikologi ke atas

Teori Trait dan Faktor telah menghasilkan beberapa andaian

berikut:

a) Setiap individu mempenyai set trait-trait unik yang

mana boleh diukur secara sah dan boleh dipercayai.

b) Setiap pekerjaan memerlukan seorang pekerja yang

memiliki trait-trait tertentu untuk berjaya, walaupun

seseorang pekerja dengan ciri-ciri yang agak luas boleh

juga berjaya dalam pekerjaan tersebut.

c) Pemilihan pekerjaan adalah suatu proses yang agak mudah

difahami dan dipadankan adalah mungkin.

Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal

dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka

semakin besar kemungkinan seseorang itu berjaya dalam

pekerjaan tersebut.

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2998

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

5. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA OKU

(Mohd Rizal & Rosmawati, 2010) menghuraikan bahawa faktor

yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan oleh golongan OKU iaitu:

1. Faktor Dalaman

memilih pekerjaan untuk memenuhi keperluan dalaman mereka

seperti perasaan ingin dihargai dan menghargai menjadi

sebagai faktor utama. Dilihat kajian OKU di JARO

beranggapan bahawa melalui gaji yang diberi walaupun

dalam jumlah yang sedikit dan hasil kerja tangan yang

dibeli oleh orang awam menunjukkan mereka merasa sangat

dihargai dan diberi perhatian. Selain itu, OKU yang

bekerja di JARO juga menghormati kerja yang dilakukan

oleh rakan senasib. Faktor keperluan untuk dihargai dan

menghargai disokong oleh teori Maslow dan teori keperluan

tiga faktor. Teori-teori ini menyokong bahawa seseorang

individu itu memerlukan penghargaan untuk dirinya sendiri

dan penghargaan untuk orang lain demi memenuhi keperluan

individu dan kepentingan kesejagatan masyarakat itu

sendiri.

Bagi Pihak yang tidak cacat mendapat pekerjaan

merupakan suatu yang lumrah, tetapi bagi seseorang yang

kurang upaya, ianya merupakan satu anugerah yang amat

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

2999

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

bermakna. Secara tidak langsung, ianya memberi kesempatan

bagi mereka mengintegrasikan diri dan bergaul dengan

masyarakat dan menjadi sebahagian daripadanya. Dari hasil

dapatan kajian yang dilakukan beberapa pengkaji di luar

dan dalam negara menunjukkan faktor keperluan untuk

dihargai dan menghargai terkandung didalam aspek minat

dan persekitaran. golongan OKU juga memerlukan jaminan

untuk masa hadapan, mengharapkan diri mereka diterima

masyarakat, memerlukan pekerjaan dan ingin hidup

berdikari. dalam dan luar negara. (Maureen Wodd, 1995;

Salwa Omar (1999; Khoo Tong Ein, 2006).

2. Faktor Luaran

Faktor luaran yang diikuti dengan faktor jaminan

kewangan, keperluan sosial dan faktor jaminan pekerjaan.

faktor jaminan kewangan dengan teori Maslow ini

terkandung di dalam keperluan fisiologi iaitu gaji dan

upah yang diperoleh melalui pekerjaan yang dilakukan.

Selain itu, teori keperluan (Roe 1965) serta teori tiga

keperluan (Three Needs Theory) oleh David McClelland

(1961) juga turut mengukuhkan jaminan kewangan ini di

mana secara ringkasnya,kesemua teori berpendapat bahawa

manusia melakukan sesuatu pekerjaan adalah untuk

mengharapkan dan mendapat gaji sama ada kenaikan gaji,

bonus dan sebagainya (Mohd Rizal & Rosmawati, 2006).

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

3000

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

Dari faktor jaminan pekerjaan orang kurang upaya akan

merasa aman bila Ada Pekerjaan yang ada jaminan untuk masa

depan. dengan itu, orang kurang upaya tidak akan susah untuk

memilih kerjaya. Disokong oleh kajian yang lain mengatakan

bahawa seseorang tidak akan menjadi manusia yang efektif

sekiranya tidak mempunyai pekerjaan. Ini merupakan di dalam

jaminan pekerjaan merangkumi matlamat hidup masa depan dan

hidup yang lebih sempurna. Didapati juga bahawa dapatan hasil

kajian-kajian lepas dengan ada jaminan pekerjaan persekitaran

orang kurang upaya akan lebih selesa untuk memilih kerjaya

yang akan menjamin masa depan. (Wilkinson et.al. 1996; Abdul

Rahman Aziz, 2000; Rodzimah Rodzi, 2001)

Walaupun mereka merupakan golongan kurang upaya yang

banyak faktor yang mempengaruhinya namun mereka masih

berkeinginan dan mampu memberikan sedikit sumbangan kepada

masyarakat. Secara tidak langsung, mereka dapat memupuk

motivasi dan semangat persekitaran dan mengurangkan perasaan

rendah diri dengan orang lain. (Agnes Lau et.al. 1995; Nolia

Melawi, 2001)

Begitu juga di lihat dari segi faktor keperluan sosial

aspek persekitaran dan pergaulan yang sangat mempengaruhi

pemilihan kerjaya orang kurang upaya. Ada teori Keperluan

iaitu tiga faktor yang menyatakan keperluan hubungan (Naff)

iaitu keperluan sosial merupakan diantara keperluan yang

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

3001

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

diingini oleh seseorang individu apabila bekerja untuk

perkembangan diri yang sihat. Menurut teori keperluan, antara

keperluan yang dapat dipenuhi apabila bekerja ia akan dapat

membina hubungan dengan baik dan mudah untuk memilih pekerjaan

bagi orang kurang upaya. Faktor keperluan sosial merupakan

faktor kedua terpenting yang mendorong OKU bekerja. Bagi

mereka, kehidupan bersosial menyebabkan mereka merasakan diri

lebih bererti dan bermakna kepada rakan senasib dan orang

biasa dengan masyarakat dari luar tempat persekitarannya.

Faktor pengambilan pekerja OKU ialah faktor kemampuan

diri dengan ini boleh dikatakan sebagai faktor utama yang

memberi kesan atau pengaruh kepada OKU dalam membuat pemilihan

pengambilan pekerja OKU di institusi dan industri.

6. DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan andaian terakhir Teori Trait dan Faktor tersebut

menyatakan bahawa semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri

personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan,

maka semakin besar kemungkinan seseorang itu berjaya dalam

pekerjaan tersebut. Hal ini selaras dengan dapatan daripada

kajian-kajian lepas.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Noraini & Haslina

(2003), mendapati bahawa faktor utama yang mempengaruhi

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

3002

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana sekitar

daerah Johor Bharu melibatkan empat faktor pemilihan yang

dilakukan oleh majikan terhadap pekerja OKU iaitu faktor

kemahiran generik, kemahiran teknikal, kelayakan diri dan juga

kemampuan diri. Golongan OKU terpaksa menentukan pemilihan

kerjaya berdasarkan ciri-ciri tertentu termasuk mengambil kira

keadaan keluarga dan sesuatu pekerjaan (Zarinah Mat Sapri,

2003).

Berdasarkan buku yang ditulis oleh Zinaida Ariffin

(2006), bahawa sesetengah majikan beranggapan stereotaip

terhadap golongan OKU tidak boleh diharap dan kerap jatuh

sakit. Hal ini menyebabkan majikan perlu mengeluarkan

perbelanjaan yang lebih berbanding pekerja normal. Penerimaan

majikan, keperluan sosial, jaminan pendapatan, kemudahan

tempat kerja menjadi faktor penting dalam pemilihan kerjaya

OKU (Mohsin et. al, 2010).

Menurut Ishak, Z. (2008), sudah sampai masanya masyarakat

menanam sikap prihatin terhadap mereka yang tidak bernasib

baik selain tidak lagi menafikan hak dan keperluan mereka.

Kebanyakan kemudahan yang disediakan hanya dimonopoli oleh

orang normal dan kadang-kala mereka tidak diberi keutamaan

hanya kerana tergolong sebagai OKU. Pihak berkuasa perlu

memainkan peranan penting supaya semua kemudahan awam mesra

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

3003

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

OKU, oleh itu mereka harus memastikan kemudahan untuk memenuhi

keperluan OKU..

Kajian Mohd Rizal & Rosmawati (2010), mendapati bahawa

golongan OKU memilih pekerjaan untuk memenuhi keperluan

dalaman mereka seperti perasaan ingin dihargai sebagai faktor

utama, diikuti dengan faktor keperluan sosial, faktor jaminan

pekerjaan dan akhir sekali faktor jaminan kewangan. Kajian Lau

Poh Li et. al (2011), peranan kaunselor kerjaya dan

keberkesanan perkhidmatan kaunseling kerjaya juga dapat

membantu golongan OKU ini mendapatkan dan memilih kerjaya yang

sesuai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

berkata, Orang Kurang Upaya (OKU) tidak lagi boleh dianggap

sebagai golongan yang hanya mengharap simpati dan perlu

dibantu sebaliknya mereka juga boleh menjadi penyumbang kepada

aset negara. Ia adalah sebahagian daripada konsep modal insan

yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah

Ahmad Badawi di mana kerajaan berpandangan jauh dan menganggap

OKU perlu diubah agar menjadi aset yang boleh menyumbang

kepada keperluan modal insan negara. Mereka (OKU) mungkin ada

kekurangan tetapi kalau diberi kasih sayang dan didikan,

mereka bukan sahaja dapat menyumbang kepada kesejahteraan

mereka malah turut menyumbang kepada negara. Katanya lagi

ketika berucap pada majlis Malam Amal Semai Bakti, ini ialah

matlamat terakhir kita (kerajaan) untuk mengubah nasib OKU*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

3004

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

agar menjadi penyumbang kepada negara (Utusan Malaysia 18

September 2006).

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh golongan kurang

upaya ini, dapat disimpulkan bahawa ia mempunyai matlamat yang

satu iaitu untuk membolehkan golongan ini mendapatkan

pekerjaan bagi penyaraan diri dan serba sedikit dapat

meringankan bebanan keluarga dan masyarakat (Amir Haniff,

2012).

7. KEPENTINGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Kepentingan kajian ini kepada OKU adalah untuk membantu masyarakat

OKU mendapatkan bantuan awal mengikut keperluan-keperluan OKU

kerana masyarakat OKU mempunyai keupayaan yang terbatas.

Kebanyakan golongan OKU amat gemar memilih pekerjaan berunsur

kreatif. Berdasarkan kajian juga, dapat diketahui bahawa pemilihan

pekerjaan berdasarkan faktor keluarga dan keadaan kerja amat

mempengaruhi OKU (Zarinah Mat Sapri, 2003). Kajian ini juga penting

supaya OKU dapat mempersiapkan diri dengan kemahiran komunikasi,

dilihat penting dalam pemilihan dalam mendapatkan pekerjaan (Noraini &

Haslina, 2010).

Melalui kajian ini juga dapat mewujudkan kesedaran dan

sikap keprihatinan terhadap kebolehan dan kemahiran yang

dimiliki oleh golongan OKU. Kajian ini diharap dapat merubah

tanggapan negatif para majikan terhadap golongan OKU (Mohsin

et.al, 2010) kerana golongan OKU juga memerlukan pekerjaan

untuk menampung keperluan hidup seperti orang normal yang lain

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

3005

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

untuk mengurangkan beban keluarga dan masyarakat (Amir Haniff,

2012).

8. CADANGAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Diharapkan kepada pihak jabatan kebajkan masyarakat dapat

memberikan maklumat tentang apakah sebenarnya dorongan OKU

bekerja. Dapatan kajian tentang faktor-faktor yang pendorong

ini boleh dijadikan maklumbalas kepada usaha Jabatan Kebajikan

Masyarakat untuk membantu golongan agar berdikari dan dapat

memberi sumbangan kepada negara..

Pelajar Berkeperluan Khas (OKU)

Pada kajian lepas di dapati bahawa golongan OKU masih belum

dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara terbuka.

Majikan seolah-olah takut hendak mengambil mereka bekerja

padahal mereka juga sama seperti manusia biasa. (Zinaida,

2006; Mohsin Mohamad & Zarina 2008). Golongan OKU diharapkan

supaya gapai peluang untuk bekerja sendiri ataupun bekerja

bersama masyarakat setempat selepas mendapatkan ilmu dan

pengalaman bekerja.

Peranan Kaunselor

Pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar berkeperluan Khas

(OKU) sangat memerlukan peranan kaunselor. Supaya pelajar

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

3006

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

berkeperluan khas (OKU) mengetahui Kerjaya yang sesuai untuk

dirinya sendiri dan juga supaya pelajar menambah motivasi

untuk memilih pekerjaan.

Pengkaji selanjutnya

Dari hasil dapatan kajian lepas diharapkan dapat dijadikan

sebagai bahan rujukan kepada para pengkaji akan datang yang

membuat kajian tajuk yang sama. Semoga hasil kertas konsep ini

dapat dimanfaatkan oleh pengkaji akan datang.

9. KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam kalangan golongan kurang

upaya atau OKU berdasarkan kajian-kajian lepas dan Teori Trait

dan Faktor. Daripada sumber yang telah dibaca kebanyakkan

kajian membahagikan faktor-faktor pemilihan kerjaya terbahagi

kepada dua kategori utama iaitu faktor dalaman dan faktor

luaran. Faktor dalaman terdiri daripada kelayakan, kemampuan

dan keperluan penghargaan. Sementara faktor luaran seperti

penerimaan majikan, persekitaran dan kewangan. Selain itu,

kajian juga mendapati faktor utama yang memberi kesan dalam

pemilihan kerjaya OKU adalah keperluan dihargai dan kemampuan

fizikal serta mental golongan OKU itu sendiri. Berdasarkan

Teori Trait dan Faktor mendapati bahawa

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

3007

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan

keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin

besar kemungkinan seseorang itu berjaya dalam pekerjaan

(Noraini & Haslina; Mohd Rizal & Rosmawati; Mohsin et.al,

2010).

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

3008

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

RUJUKAN

Amir Haniff Abdullah. 2012. Persepsi golongan kurang upaya

mengenai program latihan vokasional yang dijalankan di

pusat latihan perindustrian dan pemulihan Bangi, Selangor.

Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my

Ishak, Z. (2008). “Hari Tongkat Putih bawa mesej kesedaran.”

Atas talian:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=1115&pub=Utusan_

Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm.

Jabatan Kebajikan Masyarakat, (2008). “Bantulah dan Hormatilah

OKU.” Atas talian

:http://realitioku.blogspot.com/2008/01/bantulah-

hormatilah-oku.html

JKMM [Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia]. (2008). Profail

Statistic 2008. Kuala

Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Lau Poh Li, Ahmad Shamsuri Muhamad & Chew Fong Peng. 2011.

Peranan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling kerjaya bagi

OKU. Diperoleh daripada

http://scholar.googleusercontent.com

Mohd Rizal Mohd Said & Rosmawati Sulaiman. 2010. Faktor-faktor

yang mendorong golongan orang kurang upaya (OKU) bekerja

di Jaro (Johor Area Rehabilation Organisation). Universiti

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

3009

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

Teknologi Malaysia. Diperoleh daripada

http://eprints.utm.my/11171/

Mohsin Uzir, Mohamad Abdillah Royo & Zarina Nasir. 2010.

Faktor-faktor pendorong orang kurang upaya bekerja di

Bengkel Daya Klang, Selangor. Universiti Teknologi

Malaysia. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/11199/

Noraini Mohd Noor & Haslina Mohamad. 2010. Persepsi majikan

terhadap faktor yang

mempengaruhi pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri

sederhana (kejuruteraan

mekanikal daerah Johor Bharu. Universiti Teknologi

Malaysia. Diperoleh daripada

http://eprints.utm.my

Omar, M. H. (2008). “Kurang fikir terhadap kurang upaya.” Atas

talian:

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=1224&pub=utusan_malay

sia&sec=rencana&pg=re_09.htm&arc=hive. Utusan, (11 Januari

2009).

Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelididkan Falsafah, Teori dan

Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah. 2002. Perkembangan Kerjaya, Teori dan Praktis.

Serdang: Universiti Putra Malaysia.

WHO [World Health Organization]. (1992). Prevention of Childhood

Blindness. Geneva:

World Health Organization.

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

3010

International Conference On Global EducationEducational Transformation Towards a Developed Country

ISBN 978-983-2267-61-4

Zarina Mat Sapri. 2003. Pemilihan kerjaya di kalangan peljar-

pelajar pemdidikan khas aliran teknik dan vokasional: Satu

tinjauan. Kolej Tun Hussein Onn. Diperoleh daripada

http://eprints.uthm.my/659/

Zinaida Ariffin. 2006. Kerjaya untuk orang kurang upaya. PTS

Distribution Sdn. Bhd. Diperoleh daripada

http://books.google.com.my/books

Zulkiflizaimah. 2008. Latihan kerjaya dalam pendidikan khas:

Kajian perbandingan peluang dan latihan kerjaya antara

Malaysia dan Amerika Syarikat. Diperoleh daripada

zulkiflizaimah.blogspot.com.

*Correspondence author. Tel: +01125616290E-meAddressl: [email protected]

3011