Post on 12-Jan-2023
4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization
UKM-UNIMED 9 – 10 December 2013
1
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEKNOLOGI WEB 2.0 DALAM MODEL
INTEGRASI E-LATIHAN BERMAKNA (I-MeT) DALAM KALANGAN PELAJAR
Analisa Hamdan1, Rosseni Din
2, Siti Zuraida Abdul Manaf
3, Nor Syazwani Mat Salleh
4,
Intan Farahana Kamsin5, Helmi Norman
6, Nor Mohamad Ismail
7 & Ahmad Syukri
Mohamad Zaid8
analisa.hamdan@gmail.com, rosseni@yahoo.com, cikgusitizuraida@gmail.com,
norsyazwanimatsalleh@gmail.com, intan_tuminah@yahoo.com, helmi.norman@gmail.com,
normohamadismail@gmail.com & asyukri.zaid@gmail.com
1-7
Personalized Education Research Group, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), 43600 Bangi Selangor, Malaysia
8Asya Tech Solution Sdn. Bhd., 43000 Bangi Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Sistem pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan peredaran zaman dan
kemajuan teknologi. Teknologi yang berkembang dengan pesat ini dikenal pasti
menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kajian telah dijalankan
untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Walau bagaimanapun, kajian khusus
penggunaan teknologi Web 2.0 menggunakan pendekatan untuk mencapai pembelajaran
bermakna masih diperlukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kelebihan
dan kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 seperti Facebook, Twitter, WordPress,
YouTube dan PowerPoint untuk mencapai pembelajaran bermakna. Seramai 13 orang
pelajar sarjana muda tahun dua Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua telah
ditemu bual menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Temu bual tersebut
dilaksanakan melalui interaksi dalam laman Twitter. Dapatan kajian menunjukkan
penggunaan teknologi mampu meningkatkan (i) potensi pelajar untuk menguasai
sesuatu topik, (ii) maklum balas daripada pelajar, dan (iii) interaksi pelajar introvert
dalam perbincangan dalam talian. Walau bagaimanapun, kajian juga mengesan
peningkatan (i) kebergantungan pelajar terhadap teknologi dalam proses P&P, (ii)
plagiat, dan (iii) cyber-bully dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini diharapkan
dapat memberikan suatu gambaran kepada guru dan pelaksana model I-MeT untuk
melakukan penambahbaikan dalam proses P&P. Kursus etika di alam siber perlu
diperkenalkan kepada pelajar supaya isu seperti plagiat, cyber-bully dan jenayah siber
yang lain dapat dielakkan.
Kata Kunci: Teknologi Web 2.0, Twitter, Model Integrasi e-Latihan Bermakna,
kualitatif, temu bual separa berstruktur
PENGENALAN
Teknologi berubah dan berkembang dengan cepat di seluruh dunia. Minat individu dalam
kalangan generasi baru mahupun institusi pendidikan terhadap teknologi Web 2.0 semakin
bertambah. Ini adalah disebabkan penggunaan teknologi memudahkan sesuatu urusan. Dalam
konteks pendidikan, teknologi Web 2.0 memudahkan pelajar dalam menjalani proses
pembelajaran dan mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
(Hamdan et al. 2013). Hampir seluruh institusi pendidikan di dunia mengintegrasikan teknologi
Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan
Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar
2
Web 2.0 dalam P&P termasuklah Malaysia dan Indonesia (Maknun, 2013; Howe dan
Kekwaletswe, 2010; Redecker et al., 2009; Fristchi dan Wolf, 2012; Raymond dan McKimm,
2010; Glenn, 2008).
Sistem pendidikan di Malaysia juga mengalami perubahan selaras dengan kemajuan pesat
teknologi. Teknologi Web 2.0 yang dikenal pasti menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran telah diintegrasikan dalam pembelajaran hibrid di institusi-institusi pendidikan
seperti institusi pengajian tinggi mahupun sekolah (Hamdan et al 2013). Walau bagaimanapun,
pelaksanaannya masih tidak menyeluruh. Ini adalah disebabkan masalah kekurangan (i)
kemudahan infrastruktur terutama sekali di kawasan pedalaman dan luar bandar, dan (ii)
kesedaran terhadap kepentingan teknologi yang menyokong proses P&P dalam kalangan
pelajar, ibu bapa, guru dan juga pentadbir institusi pendidikan tersebut.
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dialami
institusi pendidikan terutama sekali dari segi kemudahan infrastruktur. Dalam meningkatkan
lagu mutu pendidikan negara, kerajaan Malaysia juga menyediakan peruntukan yang agak besar
untuk tujuan tersebut melalui Bajet 2014 (Anon, 2013). Selain itu, kesedaran terhadap
pentingnya teknologi Web 2.0 yang digunakan sebagai alat untuk menyokong P&P perlu
dipertingkatkan. Hal ini dapat diatasi dengan memberikan kesedaran terhadap kelebihan dan
kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 yang digunakan di institusi pendidikan kepada guru,
pihak pentadbiran dan juga ibu bapa.
Terdapat banyak kajian berkenaan kelebihan dan kekurangan teknologi Web 2.0 yang
dilaksanakan dalam P&P (Wójcik, 2012; Taranto et al. 2011; Danciu & Grosseck 2011;
Popescu 2010; Grosseck 2009). Walau bagaimanapun, kajian khusus penggunaan teknologi
Web 2.0 menggunakan pendekatan untuk mencapai pembelajaran bermakna masih diperlukan.
Hasil temu bual penyelidik dengan pelaksana model Integrasi e-Latihan Bermakna (I-MeT)
mendapati kajian berkaitan penggunaan teknologi yang telah dipilih, dirancang dari segi
penggunaannya dan dilaksanakan dalam model I-MeT diperlukan.
Model I-Met adalah model pembelajaran yang mengintegrasikan pembelajaran hibrid, teknologi
Web 2.0 dan strategi pengajaran POPeye dalam memperoleh pembelajaran bermakna (Din
2010, Din et al. 2010, 2011). Teknologi yang diintegrasikan ke dalam model tersebut adalah
WordPress, Facebook, YouTube, Twitter, PowerPoint, Google Docs, e-mel, perisian Adobe
Photoshop, Windows Movie Maker, iMovie dan SoundForge. Teknologi-teknologi tersebut
telah dikenal pasti dan dirancang untuk penggunaan sepenuhnya oleh pelajar sarjana muda
tahun dua Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dalam kursus Teknologi
Pendidikan. Dalam memperoleh pembelajaran bermakna, aktiviti P&P yang melibatkan pelajar
telah dirancang melalui pelaksanaan lima komponen pembelajaran bermakna oleh Jonassen
(1995) iaitu pembelajaran (i) aktif, (ii) konstruktif, (iii) koperatif, (iv) autentik, dan (v) objektif.
Oleh itu, objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan
teknologi Web 2.0 untuk mencapai pembelajaran bermakna.
TEKNOLOGI WEB 2.0 DALAM MODEL I-MeT
Facebook, YouTube, WordPress, Twitter, dan PowerPoint merupakan sebahagian dari teknologi
Web 2.0 yang digunakan dalam menyokong P&P. Kelima-lima teknologi tersebut juga
4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization
UKM-UNIMED 9 – 10 December 2013
3
merupakan alatan teknologi utama dalam model I-MeT yang digunakan sepenuhnya oleh
pelajar dan pensyarah dalam kursus Teknologi Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Walau bagaimanapun, teknologi yang diintegrasikan ke dalam model I-MeT tidak hanya
tertakluk kepada kelima-lima teknologi Web 2.0 yang tersebut. Pelajar dan pensyarah bebas
menggunakan teknologi yang lain dalam menyokong proses P&P.
Teknologi tersebut telah dipilih, dikaji, dan dikenal pasti fungsinya sebelum diintegrasikan ke
dalam model I-MeT. Menurut Hamdan et al. 2012, saringan awal perlu dilakukan semasa
pemilihan teknologi yang bersesuaian untuk diintegrasikan ke dalam model I-MeT. Hal ini
demikian bagi mengelakkan pertindihan teknologi dan fungsi yang sama. Rajah 1 menunjukkan
atribut dalam model I-MeT.
Rajah 1 Atribut dalam Model I-MeT
Kesemua teknologi Web 2.0 tersebut mempunyai fungsi masing-masing yang diintegrasikan
dalam model I-MeT. Model I-MeT yang telah dibangunkan oleh Rosseni (Din 2010) telah
diimplementasikan ke dalam kursus Teknologi Pendidikan. Jadual 1 menunjukkan kategori,
jenis dan fungsi teknologi Web 2.0 yang diintegrasikan dalam model I-MeT.
Jadual 1 Kategori, jenis dan fungsi teknologi Web 2.0
Kategori Jenis Fungsi
Laman Jaringan Sosial Kumpulan Facebook perbincangan dan perkongsian bahan bantu
mengajar
Blog WordPress arkib bagi segala bahan bantu mengajar dan
refleksi pelajar
Laman Perkongsian
Video
YouTube persembahan dan perkongsian video
Blog Mikro Twitter perbincangan, forum dan penyampaian
maklumat
Peralatan Persembahan PowerPoint/Prezi pembentangan kertas kerja dan kursus
Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan
Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar
4
Prosedur Penggunaan Teknologi Web 2.0 dalam Model I-MeT
Model I-MeT telah diimplementasikan ke dalam kursus Teknologi Pendidikan di UKM sejak
tahun 2006 (Din 2010). Selain teknologi Web 2.0, pembelajaran hibrid dan orientasi POPeye
juga diimplementasikan ke dalam model tersebut. Melalui orientasi POPeye (Pembelajaran
berasaskan Projek e-Latihan Hibrid), satu projek menghasilkan video pendidikan akan diberikan
kepada pelajar kursus tersebut. Pelajar akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan
masing-masing perlu membangunkan sebuah video mengikut kriteria yang diberikan. Kriteria
tersebut adalah penghasilan video pendidikan mampu (i) menyelesaikan masalah terhadap
sesuatu isu, (ii) memberikan jalan penyelesaian atau cadangan yang bernas, (iii) membuat
perkaitan dengan realiti kehidupan sebenar, dan (iv) memberikan kesedaran dan pengajaran
kepada masyarakat dan negara.
Seterusnya, pelajar akan bekerjasama untuk mencari idea, menyenaraikan isi-isi penting dan
melakarkan kandungan video sebelum membentangkan kertas kerja projek video di dalam
makmal komputer. Pelajar akan mempelajari cara-cara merakam, mengedit, dan
menggabungkan video dengan gambar, serta memasukkan audio dan teks ke dalam video.
Segala perbincangan dan perkongsian bahan mengenai penghasilan projek video akan dilakukan
di dalam Kumpulan Facebook, dan refleksi setiap kali perjumpaan kumpulan dan pembelajaran
akan ditulis di dalam blog WordPress setiap kumpulan dan di arkib. Forum, perbincangan dan
penyampaian maklumat di antara tutor, pensyarah dengan pelajar terhadap sesuatu isu, pendapat
atau topik akan dilakukan menerusi Twitter. PowerPoint atau Prezi akan digunakan oleh pelajar
sebagai alat bantuan pembentangan kertas kerja projek video manakala pelantar YouTube akan
digunakan untuk persembahan dan perkongsian video yang dihasilkan.
METODOLOGI KAJIAN
Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tahun dua Pengajaran Bahasa Inggeris
Sebagai Bahasa Kedua di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Responden adalah seramai
13 orang pelajar yang sedang mengikuti kursus Teknologi Pendidikan Set 2. Dalam kursus
Teknologi Pendidikan, pelajar mempelajari cara-cara mengambil video dan gambar pegun,
mengedit video dan memasukkan audio. Mereka juga mempunyai kemahiran asas Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan terlibat dalam kajian ini secara sukarela. Menurut
Baker dan Edwards (2012), bilangan responden ini mencukupi untuk mengenal pasti tema
berdasarkan dapatan temu bual.
Temu bual separa berstruktur telah digunakan dalam kajian ini sebagai satu pendekatan kajian
untuk memperoleh pendapat dan pengalaman daripada responden berhubung dengan
penggunaan teknologi Web 2.0 dalam mencapai pembelajaran bermakna. Melalui protokol
temu bual separa berstruktur ini juga, persepsi pelajar dalam mengaplikasikan teknologi Web
2.0 seperti Facebook, Twitter, WordPress, YouTube dan PowerPoint yang terangkum dalam
model I-MeT dapat dikenal pasti. Menurut Pathak dan Intratat (2012), kaedah ini bersesuaian
dengan kajian yang mempunyai saiz sampel yang kecil dan kajian yang ingin mengenal pasti
tema berdasarkan hasil temu bual responden. Kajian ini juga menjimatkan masa dan wang serta
tidak membebankan penyelidik dan responden. Walau bagaimanapun, kelemahan temu bual
jenis ini adalah memerlukan pembentukan hubungan dengan responden sebelum temu bual
4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization
UKM-UNIMED 9 – 10 December 2013
5
dilaksanakan dan soalan temu bual yang dikemukakan kepada kesemua responden mestilah
sama.
Langkah pertama bagi melaksanakan temu bual adalah dengan membina hubungan baik dengan
responden. Menurut Pathak dan Intratat (2012), pembinaan hubungan baik dengan responden
adalah penting bagi mendapatkan perspektif positif mahupun negatif. Oleh itu, penemubual
akan berkongsi pengetahuan asas berkenaan dengan teknologi Web 2.0 dengan responden
tersebut sebelum soalan-soalan temu bual dikemukakan. Sebelum itu, borang keizinan menjadi
responden kajian diberikan kepada setiap responden untuk baca dan dipersetujui sebelum
dikembalikan semula kepada penemubual.
Penemubual akan mewujudkan satu laman khas bagi sesuatu topik menggunakan Twitter hash
tag bagi mengendalikan temu bual tersebut. Laman khas tersebut dinamakan #ge2153 dan
dibuka kepada responden yang terlibat. Soalan utama akan diberikan kepada responden.
Dapatan dari soalan pertama yang dikemukakan responden akan direkodkan dan soalan lanjutan
dari soalan pertama tersebut akan dikemukakan. Tujuannya adalah untuk mendapat penerangan
lanjut tentang sesuatu isu daripada responden. Selain itu, soalan yang mencabar minda (thought-
provoking interjection) juga turut dikemukakan. Menurut Pathak dan Intratat (2012), responden
akan memberikan penerangan berdasarkan permintaan penemu bual dan menunjukkan bahawa
penemu bual mempunyai pengetahuan yang lebih kurang sama dengan responden. Penyelidik
juga akan mengemukakan soalan analisis persekitaran kritikal (critical event analysis) (Pathak
dan Intratat, 2012) yang meminta responden memberikan pendapat berdasarkan pengalaman
responden. Dapatan temu bual responden akan dianalisis menggunakan perisian NVIVO 9.
Transkrip akan disalin, disusun dan diedit sebelum dikategorikan mengikut tema.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini akan menerangkan tentang dapatan daripada temu bual dengan 13 orang
responden. Temu bual separa berstruktur telah dilaksanakan melalui laman Twitter di #ge2153.
Dapatan temu bual tersebut akan dicatatkan dan dibincangkan dalam bahagian ini.
Maklumat Demografi Responden
Merujuk kepada rajah 2, sebelas orang responden perempuan telah melibatkan diri secara suka
rela dalam sesi temu bual melalui interaksi di laman Twitter. Hanya dua orang responden lelaki
menyertai temu bual ini secara sukarela. Melalui maklumat demografi ini dapat disimpulkan
bahawa responden perempuan melibatkan diri secara aktif dalam laman Twitter berbanding
responden lelaki.
Rajah 2 : Bilangan responden mengikut jantina
Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan
Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar
6
Dapatan Temu Bual Responden
Temu bual separa berstruktur ini telah dijalankan ke atas 13 orang responden mengikut prosedur
pengumpulan data kualitatif. Berdasarkan daripada temu bual yang dilakukan melalui laman
Twitter, dapatan akan dibahagikan mengikut tema. Dapatan juga akan dibincangkan dalam
bahagian ini.
Kelebihan Penggunaan Teknologi Web 2.0
Temu bual yang dijalankan melalui interaksi laman Twitter mendapati penggunaan teknologi
Web 2.0 mampu meningkatkan potensi pelajar untuk belajar dan menguasai sesuatu topik
dengan mudah. Selain itu, teknologi juga berkeupayaan meningkatkan potensi terhadap
penglibatan pelajar dalam proses P&P. Melalui kajian Project Tomorrow, teknologi berpotensi
mengaktifkan penglibatan pelajar dan meningkatkan potensi dalam diri pelajar (Anon, 2011).
Rajah 3 menunjukkan contoh petikan hasil temu bual daripada responden A manakala rajah 4
menunjukkan contoh petikan hasil temu bual daripada responden B.
Rajah 3 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden A
Rajah 4 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden B
Selain itu, teknologi Web 2.0 mampu meningkatkan maklum balas pelajar dalam perbincangan
dan forum. Menurut Junco, Heiberger dan Loken (2010), pelajar memberikan maklum balas
yang cepat berdasarkan perbincangan atau forum menerusi laman Twitter. Kenyataan tersebut
disokong dengan jawapan daripada responden E dan responden G iaitu:
Responden E: “Technologies seems to promote prompt feedbacks from students
during discussion especially on our Video Production 3 Facebook group”
Responden G: “I like the way we discuss on Facebook group and Twitter. Getting
many feedbacks from other students”
Melalui kenyataan di atas, hal ini jelas menunjukkan teknologi mampu menggalakkan
perbincangan dan penerimaan maklum balas yang banyak berbanding perbincangan dalam
pembelajaran bersemuka. Pemberian maklum balas oleh pelajar membantu guru untuk membuat
penilaian formatif terhadap topik-topik yang telah dipelajari di samping memberi maklumat
kepada guru berkenaan ketidakupayaan pelajar memahami sesuatu topik (Juwah et al., 2004).
4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization
UKM-UNIMED 9 – 10 December 2013
7
Oleh itu, guru dapat membuat penambahbaikan dari segi strategi pengajaran dan penyampaian
mengikut berdasarkan maklum balas yang dikemukakan.
Teknologi juga berkeupayaan meningkatkan interaksi pelajar introvert dalam perbincangan
dalam talian. Menurut Amichai-Hamburger (2002), pelajar introvert kurang melibatkan diri
secara aktif dalam pembelajaran bersemuka tetapi penglibatan aktif ditunjukkan melalui
perbincangan dalam talian. Kenyataan ini disokong dengan petikan temu bual daripada
responden M yang menyatakan bahawa pelajar yang pemalu (introvert) mempunyai semangat
untuk berkongsi idea dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain seperti dalam rajah 5.
Berdasarkan komen tersebut, dapat disimpulkan bahawa teknologi membantu pelajar introvert
untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses P&P dan berkeupayaan mengubah sikap pelajar
untuk lebih berkeyakinan dalam memberikan pendapat yang bernas.
Rajah 5 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden M
Kekurangan Penggunaan Teknologi Web 2.0
Dapatan temu bual juga telah mengenal pasti bahawa teknologi memberi kesan yang tidak baik
kepada pelajar. Rajah 6 menunjukkan contoh petikan hasil temu bual daripada responden H.
Melalui maklum balas responden H, teknologi meningkatkan kebergantungan sepenuhnya
pelajar terhadap teknologi Web 2.0. Kebergantungan kepada teknologi akan membuatkan
pelajar tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui kaedah tradisional sekiranya
komputer atau telefon mobil rosak, atau talian Internet terputus. Selain itu, kebergantungan ini
akan menyebabkan pelajar lemah dalam mengeluarkan idea atau pendapat dalam perbincangan
kerana terlalu bergantung pada pencarian enjin Google.
Rajah 6 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden H
Responden D menyatakan bahawa teknologi menggalakkan isu plagiat dalam tugasan pelajar
berdasarkan pengalaman di sekolah seperti dalam rajah 7. Pelajar cenderung menyalin dan
menampal maklumat yang diperoleh dalam Internet berbanding mengolah menggunakan ayat
mereka sendiri. Selain itu, pelajar juga cenderung memetik sepenuhnya pernyataan pengarang
tanpa memberi kredit kepada pengarang tersebut. Kenyataan ini disokong oleh Scanlon dan
Neumann (2002) di mana pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengambil dan
meniru keseluruhan petikan tanpa mengetahui etika plagiarisme.
Rajah 7 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden D
Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan
Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar
8
Responden I: “Technology promotes cyber-bully among students. Example is
creating fake FB of a bully victim”
Cyber-bully telah menjadi satu isu penyalahgunaan teknologi. Responden I menyatakan bahawa
teknologi memberi kesan buruk dari segi cyber-bully kepada mangsanya. Menurut Li (2006),
hampir sebahagian daripada peserta kajian iaitu pelajar adalah mangsa cyber-bully di sekolah di
Canada. Walau bagaimanapun, Malaysia juga tidak ketinggalan mencatatkan kedudukan ke 17
daripada 25 negara dalam isu cyber-bully dalam kalangan remaja di mana remaja tersebut
berumur dalam lingkungan 8 hingga 17 tahun (Anon, 2012). Hal ini tidak boleh dibiarkan di
mana guru, pentadbir dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi membendung
permasalahan ini.
Beberapa kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 yang diperoleh berdasarkan hasil temu
bual dengan responden boleh diatasi dengan mereka bentuk strategi P&P berkesan. Strategi
P&P tersebut perlu seimbang di antara pengintegrasian teknologi dan penjanaan idea dalam
kalangan pelajar bagi mengelakkan kebergantungan sepenuhnya pelajar terhadap teknologi.
Bukan itu sahaja, etika yang berkait rapat dengan akhlak perlu ditekan dalam kalangan pelajar.
Melalui surah Lukman ayat 17, ayat ini menekankan pembentukan akhlak yang mulia sesama
manusia dan larangan daripada melakukan perbuatan yang mungkar ke atas diri sendiri,
keluarga dan juga masyarakat.
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta
laranglah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang
menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara yang di kehendaki
di ambil berat”
(Surah Lukman, Ayat 17)
Kursus etika di alam siber adalah salah satu strategi pendidikan bagi memperkukuh nilai etika
dan kerohanian terhadap pelajar supaya isu seperti plagiat, cyber-bully dan jenayah siber yang
lain dapat dielakkan. Selaras dengan saranan kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025, Falsafah Pendidikan Negara memberi penekanan terhadap etika dan
kerohanian yang perlu disemai dalam jiwa setiap pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2012). Menurut Pengerusi CyberSecurity Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd
Azumi Mohamed, dalam mengurangkan risiko keselamatan siber, pendidikan formal tentang
kesedaran siber diperlukan walaupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memberi
banyak kebaikan kepada negara (CyberSecurity Malaysia, 2013).
KESIMPULAN
Teknologi Web 2.0 telah dikenal pasti menyokong proses P&P terutama sekali di institusi
pendidikan tinggi. Walaupun teknologi mampu meningkatkan potensi pelajar untuk menguasai
topik, meningkatkan maklum balas pelajar dan menggalakkan pelajar introvert untuk
melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan, teknologi juga mampu menggalakkan aktiviti
4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization
UKM-UNIMED 9 – 10 December 2013
9
atau perbuatan yang tidak baik dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat diatasi melalui tindakan
institusi pendidikan agar dapat mereka bentuk strategi P&P yang mampu memberi kesedaran
kepada pengguna alam siber termasuklah pelajar, guru, pentadbir, ibu bapa dan juga
masyarakat. Kajian seterusnya juga dicadangkan agar institusi pendidikan memainkan peranan
yang penting dalam merangka strategi penggunaan teknologi Web 2.0 dalam P&P dan
menggunakan setiap teknologi yang dipilih pada tahap maksimum demi mencapai pembelajaran
bermakna.
RUJUKAN
Amichai-Hamburger, Y., Wainapel, G., & Fox, S. (2002). On the internet no one knows I'm an
introvert": Extroversion, neuroticism, and internet interaction. CyberPsychology &
Behavior, 5(2), 125-128.
Anon. (2011). The New 3 E's of Education: Enable, engaged, empowered How Today’s
Students Are Leveraging Emerging Technologies for Learning Retrieved from
http://www.tomorrow.org/speakup/pdfs/SU10_3EofEducation_Students.pdf
Anon. (2012). Online Bullying Among Youth 8-17 Years Old – Malaysia: Microsoft
Corporation.
Anon. (2013). Peruntukan terbesar buat sektor pendidikan. myMetro, 25 Oktober 2013:1.
Baker, S. E., & Edwards, R. (2012). How many qualitative interviews is enough? National
Center for Research Methods. Retrieved from http://eprints.ncrm.ac.uk/2273/
CyberSecurity Malaysia. (2013). CyberSecurity Malaysia - Universiti Kebangsaan Malaysia
Meterai Perjanjian Tawar Modul Kursus Dalam Keselamatan Siber. Retrieved from
https://www.cybersecurity.my/data/content_files/44/1138.pdf
Danciu, E., & Grosseck, G. (2011). Social aspects of web 2.0 technologies: teaching or
teachers’ challenges? Procedia Social and Behavioral Sciences 15, 3768–3773.
Din, R., Mohamad Sahari Nordin, Norlide Abu Kassim, Tunku Badariah Tunku
Ahmad, Kamaruzaman Jusoff, Nur Ayu Johar, Muhammad Faisal Kamarul Zaman,
Mohamad Shanudin Zakaria, Mazalah Ahmad, Aidah Abdul Karim, Khairul Anwar
Mastor. 2010. Development and Validation of Meaningful Hybrid E‐Training Model
for Computer Education. International Journal of Computer Science and Information
Technologies (IJCSIT) 1(3):179‐184. Indexed in Scopus.
Din, R., Mohamad Shanudin Zakaria, Mohamad Sahari Nordin, M Faisal Kamarul Zaman,
Noor Lide Abu Kassim, Tunku Badariah Tunku Ahmad, Khairul Anwar Mastor, Aidah
Abdul Karim & Mohamed Amin Embi. 2011. A Meaningful Hybrid E-Training
Measure And Model For Technology In Education. AJTLHE 3(2): 71-82.
Din, R.. 2010. Development and validation of an integrated meaningful hybrid e-Training (I-
Mett) for Computer Science: Theoretical-empirical based design and development
approach. Tesis Dr. Fal, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Fristchi, J., & Wolf, M. A. (2012). Turning on Mobile Learning in North America. Retrived at
http://unesdoc.unesco.org/images/0021/002160/216083e.pdf
Glenn, M. (2008). The Future of Higher Education: How Technology will Shape Learning?
Economist Intelligence Unit. Retrieved from http://www.nmc.org/pdf/Future-of-Higher-
Ed-(NMC).pdf
Grosseck, G. (2009). To use or not to use web 2.0 in higher education? . Procedia Social and
Behavioral Sciences 15, 478–482.
Hamdan, A., Din, R., Abdul Manaf, S. Z., Mat Salleh, N. S., Kamarul Zaman, M. F., & Ab
Khalid, R. (2012). Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Teknologi Web 2.0 di
Malaysia. Paper presented at the International Seminar Educational Comparative in
Competency Based Curriculum Between Indonesia and Malaysia, Bandung.
Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan
Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar
10
Hamdan, A., Din, R., Adnan, A., Abdul Manaf, S. Z., Ismail, N. M., Mat Salleh, N. S., &
Shafiin, H. (2013). Penggunaan Teknologi Web 2.0 Dalam Pembelajaran Hibrid.
Tempawan Jurnal Penyelidikan 87-103.
Howe, E., & Kekwaletswe, R. (2010). Utilizing Web 2.0 in a Virtual Learning Environment: A
South African Context. Paper presented at the IADIS International Conference e-
Society.
Jonassen, D. H. (1995). Supporting communities of learners with technology: A vision for
integrating technology with learning in school. Educational Technology, 35(4), 60-63.
Junco, R., Heiberger, G., & Loken, E. (2010). The effect of Twitter on college student
engagement and grades. Journal of Computer Assisted Learning, 1-14.
Juwah, C., Macfarlane-Dick, D., Matthew, B., Nicol, D., Ross, D., & Smith, B. (2004).
Enhancing student learning through effective formative feedback. The Higher Education
Academy Generic Centre, 1-40.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.
Li, Q. (2006). Cyberbullying in Schools A Research of Gender Differences. School Psychology
International, 27(2), 157-170.
Maknun, C. L. L. i. (2013). Internet-Based Mathematics Learning: Is Indonesia Able To Put
The Internet Into Mathematics Classroom? Paper presented at the GSE Journal Of
Education 2013.
Pathak, A., & Intratat, C. (2012). Use of Semi-Structured Interviews to Investigate Teacher
Perceptions of Student Collaboration. Malaysian Journal of ELT Research, 8(1), 1-12.
Popescu, E. (2010). Students' Acceptance of Web 2.0 Technologies in Higher Education:
Findings from a Survey in a Romanian University. Paper presented at the Proceedings
DEXA Workshops (pp. 92-96).
Raymond, G., & McKimm, J. (2010). Medical Education and E-Learning Opportunities in the
South Pacific. Samoa Medical Journal, 32-40.
Redecker, C., Ala-Mutkar, K., Bacigalupo, M., Ferrari, A., & Punie, Y. (2009). Learning 2.0:
The Impact of Web 2.0 Innovations on Education and Training in Europe (pp. 1-123).
Luxemborg.
Scanlon, P. M., & Neumann, D. R. (2002). Internet Plagiarism Among College Students.
Journal of College Student Development, 43(3), 374-385.
Taranto, G., Dalbon, M., & Gaetano, J. (2011). Academic Social Networking Brings Web 2.0
Technologies to the Middle Grades. Middle School Journal, 12-19.
Wójcik, J. (2012). Attitudes of Polish Students Towards Web 2.0 Technology. In H. Sroka, S.
Stanek & M. Pańkowska (Eds.), Creativity Support Systems. Methods, and Applications
(pp. 119-130). Katowice.