KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEKNOLOGI WEB 2.0 DALAM MODEL INTEGRASI E-LATIHAN BERMAKNA (I-MeT) DALAM...

10
4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization UKM-UNIMED 9 10 December 2013 1 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEKNOLOGI WEB 2.0 DALAM MODEL INTEGRASI E-LATIHAN BERMAKNA (I-MeT) DALAM KALANGAN PELAJAR Analisa Hamdan 1 , Rosseni Din 2 , Siti Zuraida Abdul Manaf 3 , Nor Syazwani Mat Salleh 4 , Intan Farahana Kamsin 5 , Helmi Norman 6 , Nor Mohamad Ismail 7 & Ahmad Syukri Mohamad Zaid 8 [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] & [email protected] 1-7 Personalized Education Research Group, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi Selangor, Malaysia 8 Asya Tech Solution Sdn. Bhd., 43000 Bangi Selangor, Malaysia ABSTRAK Sistem pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi. Teknologi yang berkembang dengan pesat ini dikenal pasti menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Walau bagaimanapun, kajian khusus penggunaan teknologi Web 2.0 menggunakan pendekatan untuk mencapai pembelajaran bermakna masih diperlukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 seperti Facebook, Twitter, WordPress, YouTube dan PowerPoint untuk mencapai pembelajaran bermakna. Seramai 13 orang pelajar sarjana muda tahun dua Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua telah ditemu bual menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Temu bual tersebut dilaksanakan melalui interaksi dalam laman Twitter. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan teknologi mampu meningkatkan (i) potensi pelajar untuk menguasai sesuatu topik, (ii) maklum balas daripada pelajar, dan (iii) interaksi pelajar introvert dalam perbincangan dalam talian. Walau bagaimanapun, kajian juga mengesan peningkatan (i) kebergantungan pelajar terhadap teknologi dalam proses P&P, (ii) plagiat, dan (iii) cyber-bully dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberikan suatu gambaran kepada guru dan pelaksana model I-MeT untuk melakukan penambahbaikan dalam proses P&P. Kursus etika di alam siber perlu diperkenalkan kepada pelajar supaya isu seperti plagiat, cyber-bully dan jenayah siber yang lain dapat dielakkan. Kata Kunci: Teknologi Web 2.0, Twitter, Model Integrasi e-Latihan Bermakna, kualitatif, temu bual separa berstruktur PENGENALAN Teknologi berubah dan berkembang dengan cepat di seluruh dunia. Minat individu dalam kalangan generasi baru mahupun institusi pendidikan terhadap teknologi Web 2.0 semakin bertambah. Ini adalah disebabkan penggunaan teknologi memudahkan sesuatu urusan. Dalam konteks pendidikan, teknologi Web 2.0 memudahkan pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) (Hamdan et al. 2013). Hampir seluruh institusi pendidikan di dunia mengintegrasikan teknologi

Transcript of KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEKNOLOGI WEB 2.0 DALAM MODEL INTEGRASI E-LATIHAN BERMAKNA (I-MeT) DALAM...

4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization

UKM-UNIMED 9 – 10 December 2013

1

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEKNOLOGI WEB 2.0 DALAM MODEL

INTEGRASI E-LATIHAN BERMAKNA (I-MeT) DALAM KALANGAN PELAJAR

Analisa Hamdan1, Rosseni Din

2, Siti Zuraida Abdul Manaf

3, Nor Syazwani Mat Salleh

4,

Intan Farahana Kamsin5, Helmi Norman

6, Nor Mohamad Ismail

7 & Ahmad Syukri

Mohamad Zaid8

[email protected], [email protected], [email protected],

[email protected], [email protected], [email protected],

[email protected] & [email protected]

1-7

Personalized Education Research Group, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM), 43600 Bangi Selangor, Malaysia

8Asya Tech Solution Sdn. Bhd., 43000 Bangi Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Sistem pendidikan di Malaysia berkembang seiring dengan peredaran zaman dan

kemajuan teknologi. Teknologi yang berkembang dengan pesat ini dikenal pasti

menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kajian telah dijalankan

untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Walau bagaimanapun, kajian khusus

penggunaan teknologi Web 2.0 menggunakan pendekatan untuk mencapai pembelajaran

bermakna masih diperlukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kelebihan

dan kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 seperti Facebook, Twitter, WordPress,

YouTube dan PowerPoint untuk mencapai pembelajaran bermakna. Seramai 13 orang

pelajar sarjana muda tahun dua Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua telah

ditemu bual menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Temu bual tersebut

dilaksanakan melalui interaksi dalam laman Twitter. Dapatan kajian menunjukkan

penggunaan teknologi mampu meningkatkan (i) potensi pelajar untuk menguasai

sesuatu topik, (ii) maklum balas daripada pelajar, dan (iii) interaksi pelajar introvert

dalam perbincangan dalam talian. Walau bagaimanapun, kajian juga mengesan

peningkatan (i) kebergantungan pelajar terhadap teknologi dalam proses P&P, (ii)

plagiat, dan (iii) cyber-bully dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini diharapkan

dapat memberikan suatu gambaran kepada guru dan pelaksana model I-MeT untuk

melakukan penambahbaikan dalam proses P&P. Kursus etika di alam siber perlu

diperkenalkan kepada pelajar supaya isu seperti plagiat, cyber-bully dan jenayah siber

yang lain dapat dielakkan.

Kata Kunci: Teknologi Web 2.0, Twitter, Model Integrasi e-Latihan Bermakna,

kualitatif, temu bual separa berstruktur

PENGENALAN

Teknologi berubah dan berkembang dengan cepat di seluruh dunia. Minat individu dalam

kalangan generasi baru mahupun institusi pendidikan terhadap teknologi Web 2.0 semakin

bertambah. Ini adalah disebabkan penggunaan teknologi memudahkan sesuatu urusan. Dalam

konteks pendidikan, teknologi Web 2.0 memudahkan pelajar dalam menjalani proses

pembelajaran dan mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

(Hamdan et al. 2013). Hampir seluruh institusi pendidikan di dunia mengintegrasikan teknologi

Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan

Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar

2

Web 2.0 dalam P&P termasuklah Malaysia dan Indonesia (Maknun, 2013; Howe dan

Kekwaletswe, 2010; Redecker et al., 2009; Fristchi dan Wolf, 2012; Raymond dan McKimm,

2010; Glenn, 2008).

Sistem pendidikan di Malaysia juga mengalami perubahan selaras dengan kemajuan pesat

teknologi. Teknologi Web 2.0 yang dikenal pasti menyokong proses pengajaran dan

pembelajaran telah diintegrasikan dalam pembelajaran hibrid di institusi-institusi pendidikan

seperti institusi pengajian tinggi mahupun sekolah (Hamdan et al 2013). Walau bagaimanapun,

pelaksanaannya masih tidak menyeluruh. Ini adalah disebabkan masalah kekurangan (i)

kemudahan infrastruktur terutama sekali di kawasan pedalaman dan luar bandar, dan (ii)

kesedaran terhadap kepentingan teknologi yang menyokong proses P&P dalam kalangan

pelajar, ibu bapa, guru dan juga pentadbir institusi pendidikan tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dialami

institusi pendidikan terutama sekali dari segi kemudahan infrastruktur. Dalam meningkatkan

lagu mutu pendidikan negara, kerajaan Malaysia juga menyediakan peruntukan yang agak besar

untuk tujuan tersebut melalui Bajet 2014 (Anon, 2013). Selain itu, kesedaran terhadap

pentingnya teknologi Web 2.0 yang digunakan sebagai alat untuk menyokong P&P perlu

dipertingkatkan. Hal ini dapat diatasi dengan memberikan kesedaran terhadap kelebihan dan

kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 yang digunakan di institusi pendidikan kepada guru,

pihak pentadbiran dan juga ibu bapa.

Terdapat banyak kajian berkenaan kelebihan dan kekurangan teknologi Web 2.0 yang

dilaksanakan dalam P&P (Wójcik, 2012; Taranto et al. 2011; Danciu & Grosseck 2011;

Popescu 2010; Grosseck 2009). Walau bagaimanapun, kajian khusus penggunaan teknologi

Web 2.0 menggunakan pendekatan untuk mencapai pembelajaran bermakna masih diperlukan.

Hasil temu bual penyelidik dengan pelaksana model Integrasi e-Latihan Bermakna (I-MeT)

mendapati kajian berkaitan penggunaan teknologi yang telah dipilih, dirancang dari segi

penggunaannya dan dilaksanakan dalam model I-MeT diperlukan.

Model I-Met adalah model pembelajaran yang mengintegrasikan pembelajaran hibrid, teknologi

Web 2.0 dan strategi pengajaran POPeye dalam memperoleh pembelajaran bermakna (Din

2010, Din et al. 2010, 2011). Teknologi yang diintegrasikan ke dalam model tersebut adalah

WordPress, Facebook, YouTube, Twitter, PowerPoint, Google Docs, e-mel, perisian Adobe

Photoshop, Windows Movie Maker, iMovie dan SoundForge. Teknologi-teknologi tersebut

telah dikenal pasti dan dirancang untuk penggunaan sepenuhnya oleh pelajar sarjana muda

tahun dua Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dalam kursus Teknologi

Pendidikan. Dalam memperoleh pembelajaran bermakna, aktiviti P&P yang melibatkan pelajar

telah dirancang melalui pelaksanaan lima komponen pembelajaran bermakna oleh Jonassen

(1995) iaitu pembelajaran (i) aktif, (ii) konstruktif, (iii) koperatif, (iv) autentik, dan (v) objektif.

Oleh itu, objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan

teknologi Web 2.0 untuk mencapai pembelajaran bermakna.

TEKNOLOGI WEB 2.0 DALAM MODEL I-MeT

Facebook, YouTube, WordPress, Twitter, dan PowerPoint merupakan sebahagian dari teknologi

Web 2.0 yang digunakan dalam menyokong P&P. Kelima-lima teknologi tersebut juga

4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization

UKM-UNIMED 9 – 10 December 2013

3

merupakan alatan teknologi utama dalam model I-MeT yang digunakan sepenuhnya oleh

pelajar dan pensyarah dalam kursus Teknologi Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walau bagaimanapun, teknologi yang diintegrasikan ke dalam model I-MeT tidak hanya

tertakluk kepada kelima-lima teknologi Web 2.0 yang tersebut. Pelajar dan pensyarah bebas

menggunakan teknologi yang lain dalam menyokong proses P&P.

Teknologi tersebut telah dipilih, dikaji, dan dikenal pasti fungsinya sebelum diintegrasikan ke

dalam model I-MeT. Menurut Hamdan et al. 2012, saringan awal perlu dilakukan semasa

pemilihan teknologi yang bersesuaian untuk diintegrasikan ke dalam model I-MeT. Hal ini

demikian bagi mengelakkan pertindihan teknologi dan fungsi yang sama. Rajah 1 menunjukkan

atribut dalam model I-MeT.

Rajah 1 Atribut dalam Model I-MeT

Kesemua teknologi Web 2.0 tersebut mempunyai fungsi masing-masing yang diintegrasikan

dalam model I-MeT. Model I-MeT yang telah dibangunkan oleh Rosseni (Din 2010) telah

diimplementasikan ke dalam kursus Teknologi Pendidikan. Jadual 1 menunjukkan kategori,

jenis dan fungsi teknologi Web 2.0 yang diintegrasikan dalam model I-MeT.

Jadual 1 Kategori, jenis dan fungsi teknologi Web 2.0

Kategori Jenis Fungsi

Laman Jaringan Sosial Kumpulan Facebook perbincangan dan perkongsian bahan bantu

mengajar

Blog WordPress arkib bagi segala bahan bantu mengajar dan

refleksi pelajar

Laman Perkongsian

Video

YouTube persembahan dan perkongsian video

Blog Mikro Twitter perbincangan, forum dan penyampaian

maklumat

Peralatan Persembahan PowerPoint/Prezi pembentangan kertas kerja dan kursus

Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan

Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar

4

Prosedur Penggunaan Teknologi Web 2.0 dalam Model I-MeT

Model I-MeT telah diimplementasikan ke dalam kursus Teknologi Pendidikan di UKM sejak

tahun 2006 (Din 2010). Selain teknologi Web 2.0, pembelajaran hibrid dan orientasi POPeye

juga diimplementasikan ke dalam model tersebut. Melalui orientasi POPeye (Pembelajaran

berasaskan Projek e-Latihan Hibrid), satu projek menghasilkan video pendidikan akan diberikan

kepada pelajar kursus tersebut. Pelajar akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan

masing-masing perlu membangunkan sebuah video mengikut kriteria yang diberikan. Kriteria

tersebut adalah penghasilan video pendidikan mampu (i) menyelesaikan masalah terhadap

sesuatu isu, (ii) memberikan jalan penyelesaian atau cadangan yang bernas, (iii) membuat

perkaitan dengan realiti kehidupan sebenar, dan (iv) memberikan kesedaran dan pengajaran

kepada masyarakat dan negara.

Seterusnya, pelajar akan bekerjasama untuk mencari idea, menyenaraikan isi-isi penting dan

melakarkan kandungan video sebelum membentangkan kertas kerja projek video di dalam

makmal komputer. Pelajar akan mempelajari cara-cara merakam, mengedit, dan

menggabungkan video dengan gambar, serta memasukkan audio dan teks ke dalam video.

Segala perbincangan dan perkongsian bahan mengenai penghasilan projek video akan dilakukan

di dalam Kumpulan Facebook, dan refleksi setiap kali perjumpaan kumpulan dan pembelajaran

akan ditulis di dalam blog WordPress setiap kumpulan dan di arkib. Forum, perbincangan dan

penyampaian maklumat di antara tutor, pensyarah dengan pelajar terhadap sesuatu isu, pendapat

atau topik akan dilakukan menerusi Twitter. PowerPoint atau Prezi akan digunakan oleh pelajar

sebagai alat bantuan pembentangan kertas kerja projek video manakala pelantar YouTube akan

digunakan untuk persembahan dan perkongsian video yang dihasilkan.

METODOLOGI KAJIAN

Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tahun dua Pengajaran Bahasa Inggeris

Sebagai Bahasa Kedua di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Responden adalah seramai

13 orang pelajar yang sedang mengikuti kursus Teknologi Pendidikan Set 2. Dalam kursus

Teknologi Pendidikan, pelajar mempelajari cara-cara mengambil video dan gambar pegun,

mengedit video dan memasukkan audio. Mereka juga mempunyai kemahiran asas Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan terlibat dalam kajian ini secara sukarela. Menurut

Baker dan Edwards (2012), bilangan responden ini mencukupi untuk mengenal pasti tema

berdasarkan dapatan temu bual.

Temu bual separa berstruktur telah digunakan dalam kajian ini sebagai satu pendekatan kajian

untuk memperoleh pendapat dan pengalaman daripada responden berhubung dengan

penggunaan teknologi Web 2.0 dalam mencapai pembelajaran bermakna. Melalui protokol

temu bual separa berstruktur ini juga, persepsi pelajar dalam mengaplikasikan teknologi Web

2.0 seperti Facebook, Twitter, WordPress, YouTube dan PowerPoint yang terangkum dalam

model I-MeT dapat dikenal pasti. Menurut Pathak dan Intratat (2012), kaedah ini bersesuaian

dengan kajian yang mempunyai saiz sampel yang kecil dan kajian yang ingin mengenal pasti

tema berdasarkan hasil temu bual responden. Kajian ini juga menjimatkan masa dan wang serta

tidak membebankan penyelidik dan responden. Walau bagaimanapun, kelemahan temu bual

jenis ini adalah memerlukan pembentukan hubungan dengan responden sebelum temu bual

4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization

UKM-UNIMED 9 – 10 December 2013

5

dilaksanakan dan soalan temu bual yang dikemukakan kepada kesemua responden mestilah

sama.

Langkah pertama bagi melaksanakan temu bual adalah dengan membina hubungan baik dengan

responden. Menurut Pathak dan Intratat (2012), pembinaan hubungan baik dengan responden

adalah penting bagi mendapatkan perspektif positif mahupun negatif. Oleh itu, penemubual

akan berkongsi pengetahuan asas berkenaan dengan teknologi Web 2.0 dengan responden

tersebut sebelum soalan-soalan temu bual dikemukakan. Sebelum itu, borang keizinan menjadi

responden kajian diberikan kepada setiap responden untuk baca dan dipersetujui sebelum

dikembalikan semula kepada penemubual.

Penemubual akan mewujudkan satu laman khas bagi sesuatu topik menggunakan Twitter hash

tag bagi mengendalikan temu bual tersebut. Laman khas tersebut dinamakan #ge2153 dan

dibuka kepada responden yang terlibat. Soalan utama akan diberikan kepada responden.

Dapatan dari soalan pertama yang dikemukakan responden akan direkodkan dan soalan lanjutan

dari soalan pertama tersebut akan dikemukakan. Tujuannya adalah untuk mendapat penerangan

lanjut tentang sesuatu isu daripada responden. Selain itu, soalan yang mencabar minda (thought-

provoking interjection) juga turut dikemukakan. Menurut Pathak dan Intratat (2012), responden

akan memberikan penerangan berdasarkan permintaan penemu bual dan menunjukkan bahawa

penemu bual mempunyai pengetahuan yang lebih kurang sama dengan responden. Penyelidik

juga akan mengemukakan soalan analisis persekitaran kritikal (critical event analysis) (Pathak

dan Intratat, 2012) yang meminta responden memberikan pendapat berdasarkan pengalaman

responden. Dapatan temu bual responden akan dianalisis menggunakan perisian NVIVO 9.

Transkrip akan disalin, disusun dan diedit sebelum dikategorikan mengikut tema.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini akan menerangkan tentang dapatan daripada temu bual dengan 13 orang

responden. Temu bual separa berstruktur telah dilaksanakan melalui laman Twitter di #ge2153.

Dapatan temu bual tersebut akan dicatatkan dan dibincangkan dalam bahagian ini.

Maklumat Demografi Responden

Merujuk kepada rajah 2, sebelas orang responden perempuan telah melibatkan diri secara suka

rela dalam sesi temu bual melalui interaksi di laman Twitter. Hanya dua orang responden lelaki

menyertai temu bual ini secara sukarela. Melalui maklumat demografi ini dapat disimpulkan

bahawa responden perempuan melibatkan diri secara aktif dalam laman Twitter berbanding

responden lelaki.

Rajah 2 : Bilangan responden mengikut jantina

Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan

Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar

6

Dapatan Temu Bual Responden

Temu bual separa berstruktur ini telah dijalankan ke atas 13 orang responden mengikut prosedur

pengumpulan data kualitatif. Berdasarkan daripada temu bual yang dilakukan melalui laman

Twitter, dapatan akan dibahagikan mengikut tema. Dapatan juga akan dibincangkan dalam

bahagian ini.

Kelebihan Penggunaan Teknologi Web 2.0

Temu bual yang dijalankan melalui interaksi laman Twitter mendapati penggunaan teknologi

Web 2.0 mampu meningkatkan potensi pelajar untuk belajar dan menguasai sesuatu topik

dengan mudah. Selain itu, teknologi juga berkeupayaan meningkatkan potensi terhadap

penglibatan pelajar dalam proses P&P. Melalui kajian Project Tomorrow, teknologi berpotensi

mengaktifkan penglibatan pelajar dan meningkatkan potensi dalam diri pelajar (Anon, 2011).

Rajah 3 menunjukkan contoh petikan hasil temu bual daripada responden A manakala rajah 4

menunjukkan contoh petikan hasil temu bual daripada responden B.

Rajah 3 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden A

Rajah 4 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden B

Selain itu, teknologi Web 2.0 mampu meningkatkan maklum balas pelajar dalam perbincangan

dan forum. Menurut Junco, Heiberger dan Loken (2010), pelajar memberikan maklum balas

yang cepat berdasarkan perbincangan atau forum menerusi laman Twitter. Kenyataan tersebut

disokong dengan jawapan daripada responden E dan responden G iaitu:

Responden E: “Technologies seems to promote prompt feedbacks from students

during discussion especially on our Video Production 3 Facebook group”

Responden G: “I like the way we discuss on Facebook group and Twitter. Getting

many feedbacks from other students”

Melalui kenyataan di atas, hal ini jelas menunjukkan teknologi mampu menggalakkan

perbincangan dan penerimaan maklum balas yang banyak berbanding perbincangan dalam

pembelajaran bersemuka. Pemberian maklum balas oleh pelajar membantu guru untuk membuat

penilaian formatif terhadap topik-topik yang telah dipelajari di samping memberi maklumat

kepada guru berkenaan ketidakupayaan pelajar memahami sesuatu topik (Juwah et al., 2004).

4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization

UKM-UNIMED 9 – 10 December 2013

7

Oleh itu, guru dapat membuat penambahbaikan dari segi strategi pengajaran dan penyampaian

mengikut berdasarkan maklum balas yang dikemukakan.

Teknologi juga berkeupayaan meningkatkan interaksi pelajar introvert dalam perbincangan

dalam talian. Menurut Amichai-Hamburger (2002), pelajar introvert kurang melibatkan diri

secara aktif dalam pembelajaran bersemuka tetapi penglibatan aktif ditunjukkan melalui

perbincangan dalam talian. Kenyataan ini disokong dengan petikan temu bual daripada

responden M yang menyatakan bahawa pelajar yang pemalu (introvert) mempunyai semangat

untuk berkongsi idea dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain seperti dalam rajah 5.

Berdasarkan komen tersebut, dapat disimpulkan bahawa teknologi membantu pelajar introvert

untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses P&P dan berkeupayaan mengubah sikap pelajar

untuk lebih berkeyakinan dalam memberikan pendapat yang bernas.

Rajah 5 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden M

Kekurangan Penggunaan Teknologi Web 2.0

Dapatan temu bual juga telah mengenal pasti bahawa teknologi memberi kesan yang tidak baik

kepada pelajar. Rajah 6 menunjukkan contoh petikan hasil temu bual daripada responden H.

Melalui maklum balas responden H, teknologi meningkatkan kebergantungan sepenuhnya

pelajar terhadap teknologi Web 2.0. Kebergantungan kepada teknologi akan membuatkan

pelajar tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui kaedah tradisional sekiranya

komputer atau telefon mobil rosak, atau talian Internet terputus. Selain itu, kebergantungan ini

akan menyebabkan pelajar lemah dalam mengeluarkan idea atau pendapat dalam perbincangan

kerana terlalu bergantung pada pencarian enjin Google.

Rajah 6 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden H

Responden D menyatakan bahawa teknologi menggalakkan isu plagiat dalam tugasan pelajar

berdasarkan pengalaman di sekolah seperti dalam rajah 7. Pelajar cenderung menyalin dan

menampal maklumat yang diperoleh dalam Internet berbanding mengolah menggunakan ayat

mereka sendiri. Selain itu, pelajar juga cenderung memetik sepenuhnya pernyataan pengarang

tanpa memberi kredit kepada pengarang tersebut. Kenyataan ini disokong oleh Scanlon dan

Neumann (2002) di mana pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengambil dan

meniru keseluruhan petikan tanpa mengetahui etika plagiarisme.

Rajah 7 : Contoh petikan hasil temu bual daripada responden D

Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan

Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar

8

Responden I: “Technology promotes cyber-bully among students. Example is

creating fake FB of a bully victim”

Cyber-bully telah menjadi satu isu penyalahgunaan teknologi. Responden I menyatakan bahawa

teknologi memberi kesan buruk dari segi cyber-bully kepada mangsanya. Menurut Li (2006),

hampir sebahagian daripada peserta kajian iaitu pelajar adalah mangsa cyber-bully di sekolah di

Canada. Walau bagaimanapun, Malaysia juga tidak ketinggalan mencatatkan kedudukan ke 17

daripada 25 negara dalam isu cyber-bully dalam kalangan remaja di mana remaja tersebut

berumur dalam lingkungan 8 hingga 17 tahun (Anon, 2012). Hal ini tidak boleh dibiarkan di

mana guru, pentadbir dan ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi membendung

permasalahan ini.

Beberapa kekurangan penggunaan teknologi Web 2.0 yang diperoleh berdasarkan hasil temu

bual dengan responden boleh diatasi dengan mereka bentuk strategi P&P berkesan. Strategi

P&P tersebut perlu seimbang di antara pengintegrasian teknologi dan penjanaan idea dalam

kalangan pelajar bagi mengelakkan kebergantungan sepenuhnya pelajar terhadap teknologi.

Bukan itu sahaja, etika yang berkait rapat dengan akhlak perlu ditekan dalam kalangan pelajar.

Melalui surah Lukman ayat 17, ayat ini menekankan pembentukan akhlak yang mulia sesama

manusia dan larangan daripada melakukan perbuatan yang mungkar ke atas diri sendiri,

keluarga dan juga masyarakat.

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta

laranglah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang

menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara yang di kehendaki

di ambil berat”

(Surah Lukman, Ayat 17)

Kursus etika di alam siber adalah salah satu strategi pendidikan bagi memperkukuh nilai etika

dan kerohanian terhadap pelajar supaya isu seperti plagiat, cyber-bully dan jenayah siber yang

lain dapat dielakkan. Selaras dengan saranan kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025, Falsafah Pendidikan Negara memberi penekanan terhadap etika dan

kerohanian yang perlu disemai dalam jiwa setiap pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2012). Menurut Pengerusi CyberSecurity Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd

Azumi Mohamed, dalam mengurangkan risiko keselamatan siber, pendidikan formal tentang

kesedaran siber diperlukan walaupun Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memberi

banyak kebaikan kepada negara (CyberSecurity Malaysia, 2013).

KESIMPULAN

Teknologi Web 2.0 telah dikenal pasti menyokong proses P&P terutama sekali di institusi

pendidikan tinggi. Walaupun teknologi mampu meningkatkan potensi pelajar untuk menguasai

topik, meningkatkan maklum balas pelajar dan menggalakkan pelajar introvert untuk

melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan, teknologi juga mampu menggalakkan aktiviti

4th International Conference of Asean Studies on Integrated Education and Islamic Civilization

UKM-UNIMED 9 – 10 December 2013

9

atau perbuatan yang tidak baik dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat diatasi melalui tindakan

institusi pendidikan agar dapat mereka bentuk strategi P&P yang mampu memberi kesedaran

kepada pengguna alam siber termasuklah pelajar, guru, pentadbir, ibu bapa dan juga

masyarakat. Kajian seterusnya juga dicadangkan agar institusi pendidikan memainkan peranan

yang penting dalam merangka strategi penggunaan teknologi Web 2.0 dalam P&P dan

menggunakan setiap teknologi yang dipilih pada tahap maksimum demi mencapai pembelajaran

bermakna.

RUJUKAN

Amichai-Hamburger, Y., Wainapel, G., & Fox, S. (2002). On the internet no one knows I'm an

introvert": Extroversion, neuroticism, and internet interaction. CyberPsychology &

Behavior, 5(2), 125-128.

Anon. (2011). The New 3 E's of Education: Enable, engaged, empowered How Today’s

Students Are Leveraging Emerging Technologies for Learning Retrieved from

http://www.tomorrow.org/speakup/pdfs/SU10_3EofEducation_Students.pdf

Anon. (2012). Online Bullying Among Youth 8-17 Years Old – Malaysia: Microsoft

Corporation.

Anon. (2013). Peruntukan terbesar buat sektor pendidikan. myMetro, 25 Oktober 2013:1.

Baker, S. E., & Edwards, R. (2012). How many qualitative interviews is enough? National

Center for Research Methods. Retrieved from http://eprints.ncrm.ac.uk/2273/

CyberSecurity Malaysia. (2013). CyberSecurity Malaysia - Universiti Kebangsaan Malaysia

Meterai Perjanjian Tawar Modul Kursus Dalam Keselamatan Siber. Retrieved from

https://www.cybersecurity.my/data/content_files/44/1138.pdf

Danciu, E., & Grosseck, G. (2011). Social aspects of web 2.0 technologies: teaching or

teachers’ challenges? Procedia Social and Behavioral Sciences 15, 3768–3773.

Din, R., Mohamad Sahari Nordin, Norlide Abu Kassim, Tunku Badariah Tunku

Ahmad, Kamaruzaman Jusoff, Nur Ayu Johar, Muhammad Faisal Kamarul Zaman,

Mohamad Shanudin Zakaria, Mazalah Ahmad, Aidah Abdul Karim, Khairul Anwar

Mastor. 2010. Development and Validation of Meaningful Hybrid E‐Training Model

for Computer Education. International Journal of Computer Science and Information

Technologies (IJCSIT) 1(3):179‐184. Indexed in Scopus.

Din, R., Mohamad Shanudin Zakaria, Mohamad Sahari Nordin, M Faisal Kamarul Zaman,

Noor Lide Abu Kassim, Tunku Badariah Tunku Ahmad, Khairul Anwar Mastor, Aidah

Abdul Karim & Mohamed Amin Embi. 2011. A Meaningful Hybrid E-Training

Measure And Model For Technology In Education. AJTLHE 3(2): 71-82.

Din, R.. 2010. Development and validation of an integrated meaningful hybrid e-Training (I-

Mett) for Computer Science: Theoretical-empirical based design and development

approach. Tesis Dr. Fal, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Fristchi, J., & Wolf, M. A. (2012). Turning on Mobile Learning in North America. Retrived at

http://unesdoc.unesco.org/images/0021/002160/216083e.pdf

Glenn, M. (2008). The Future of Higher Education: How Technology will Shape Learning?

Economist Intelligence Unit. Retrieved from http://www.nmc.org/pdf/Future-of-Higher-

Ed-(NMC).pdf

Grosseck, G. (2009). To use or not to use web 2.0 in higher education? . Procedia Social and

Behavioral Sciences 15, 478–482.

Hamdan, A., Din, R., Abdul Manaf, S. Z., Mat Salleh, N. S., Kamarul Zaman, M. F., & Ab

Khalid, R. (2012). Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Teknologi Web 2.0 di

Malaysia. Paper presented at the International Seminar Educational Comparative in

Competency Based Curriculum Between Indonesia and Malaysia, Bandung.

Kelebihan Dan Kekurangan Teknologi Web 2.0 Dalam Model Integrasi E-Latihan

Bermakna (I-Met) Dalam Kalangan Pelajar

10

Hamdan, A., Din, R., Adnan, A., Abdul Manaf, S. Z., Ismail, N. M., Mat Salleh, N. S., &

Shafiin, H. (2013). Penggunaan Teknologi Web 2.0 Dalam Pembelajaran Hibrid.

Tempawan Jurnal Penyelidikan 87-103.

Howe, E., & Kekwaletswe, R. (2010). Utilizing Web 2.0 in a Virtual Learning Environment: A

South African Context. Paper presented at the IADIS International Conference e-

Society.

Jonassen, D. H. (1995). Supporting communities of learners with technology: A vision for

integrating technology with learning in school. Educational Technology, 35(4), 60-63.

Junco, R., Heiberger, G., & Loken, E. (2010). The effect of Twitter on college student

engagement and grades. Journal of Computer Assisted Learning, 1-14.

Juwah, C., Macfarlane-Dick, D., Matthew, B., Nicol, D., Ross, D., & Smith, B. (2004).

Enhancing student learning through effective formative feedback. The Higher Education

Academy Generic Centre, 1-40.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025.

Li, Q. (2006). Cyberbullying in Schools A Research of Gender Differences. School Psychology

International, 27(2), 157-170.

Maknun, C. L. L. i. (2013). Internet-Based Mathematics Learning: Is Indonesia Able To Put

The Internet Into Mathematics Classroom? Paper presented at the GSE Journal Of

Education 2013.

Pathak, A., & Intratat, C. (2012). Use of Semi-Structured Interviews to Investigate Teacher

Perceptions of Student Collaboration. Malaysian Journal of ELT Research, 8(1), 1-12.

Popescu, E. (2010). Students' Acceptance of Web 2.0 Technologies in Higher Education:

Findings from a Survey in a Romanian University. Paper presented at the Proceedings

DEXA Workshops (pp. 92-96).

Raymond, G., & McKimm, J. (2010). Medical Education and E-Learning Opportunities in the

South Pacific. Samoa Medical Journal, 32-40.

Redecker, C., Ala-Mutkar, K., Bacigalupo, M., Ferrari, A., & Punie, Y. (2009). Learning 2.0:

The Impact of Web 2.0 Innovations on Education and Training in Europe (pp. 1-123).

Luxemborg.

Scanlon, P. M., & Neumann, D. R. (2002). Internet Plagiarism Among College Students.

Journal of College Student Development, 43(3), 374-385.

Taranto, G., Dalbon, M., & Gaetano, J. (2011). Academic Social Networking Brings Web 2.0

Technologies to the Middle Grades. Middle School Journal, 12-19.

Wójcik, J. (2012). Attitudes of Polish Students Towards Web 2.0 Technology. In H. Sroka, S.

Stanek & M. Pańkowska (Eds.), Creativity Support Systems. Methods, and Applications

(pp. 119-130). Katowice.