SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013 98 PENGGUNAAN KAEDAH JUMPING BOX BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN...

11
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013 98 PENGGUNAAN KAEDAH JUMPING BOX BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENUKAR UNIT MASA HARI, JAM, MINIT DAN SAAT DALAM KALANGAN MURID 5 AMANAH Siti Norainul Afiqah binti Muhammad Anuar & Aziz bin Omar Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kemahiran menukar unit masa merupakan salah satu kemahiran yang diajar di dalam topik masa dan waktu bagi matapelajaran Matematik Tahun 5. Kajian ini telah dilaksanakan bagi membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran menukar unit masa. Daripada tinjauan yang telah dilakukan, didapati murid menghadapi masalah dalam menentukan hubungan antara unit masa dan operasi yang digunakan untuk menukar unit masa. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menukar unit masa iaitu hari kepada jam, minit dan saat, jam kepada minit dan saat, dan minit kepada saat dengan menggunakan kaedah Jumping Box. Peserta kajian yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 4 orang murid Tahun 5 daripada Sekolah Kebangsaan Losong. Dalam kajian ini, kaedah Jumping Box telah digunakan bagi membantu murid menguasai dan mengingat kemahiran menukar unit masa. Tiga instrumen telah digunakan di dalam kajian ini iaitu ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan juga temubual. Data yang diperoleh telah dianalisis secara analisis dokumen, analisis deskriptif dan juga analisis temubual. Kajian ini merupakan sebuah kajian tindakan. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, terdapat 3 pola kesilapan yang dapat dikenalpasti iaitu kesilapan mengenalpasti hubungan antara unit masa, kesilapan menentukan operasi dan juga kesilapan dalam pendaraban. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Jumping Box dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran penukaran unit masa hari, jam, minit dan saat. Kata Kunci : Jumping Box, Kemahiran Menukar Unit Masa, Hubungan Antara Unit Masa PENDAHULUAN Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati bahawa murid-murid tahun 5 Amanah agak bermasalah dalam mempelajari topik masa dan waktu. Terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti dalam pengajaran topik ini. Masalah yang paling ketara ialah masalah penukaran unit masa.

Transcript of SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013 98 PENGGUNAAN KAEDAH JUMPING BOX BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN...

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

98

PENGGUNAAN KAEDAH JUMPING BOX BAGI MENINGKATKAN

PENGUASAAN KEMAHIRAN MENUKAR UNIT MASA HARI, JAM, MINIT DAN

SAAT DALAM KALANGAN MURID 5 AMANAH

Siti Norainul Afiqah binti Muhammad Anuar & Aziz bin Omar

Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Kemahiran menukar unit masa merupakan salah satu kemahiran yang diajar di

dalam topik masa dan waktu bagi matapelajaran Matematik Tahun 5. Kajian

ini telah dilaksanakan bagi membantu murid meningkatkan penguasaan mereka

dalam kemahiran menukar unit masa. Daripada tinjauan yang telah dilakukan,

didapati murid menghadapi masalah dalam menentukan hubungan antara unit

masa dan operasi yang digunakan untuk menukar unit masa. Kajian ini

bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menukar

unit masa iaitu hari kepada jam, minit dan saat, jam kepada minit dan saat, dan

minit kepada saat dengan menggunakan kaedah Jumping Box. Peserta kajian

yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 4 orang murid Tahun 5

daripada Sekolah Kebangsaan Losong. Dalam kajian ini, kaedah Jumping Box

telah digunakan bagi membantu murid menguasai dan mengingat kemahiran

menukar unit masa. Tiga instrumen telah digunakan di dalam kajian ini iaitu

ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan juga temubual. Data yang diperoleh

telah dianalisis secara analisis dokumen, analisis deskriptif dan juga analisis

temubual. Kajian ini merupakan sebuah kajian tindakan. Berdasarkan dapatan

yang diperolehi, terdapat 3 pola kesilapan yang dapat dikenalpasti iaitu

kesilapan mengenalpasti hubungan antara unit masa, kesilapan menentukan

operasi dan juga kesilapan dalam pendaraban. Dapatan kajian juga

menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Jumping Box dapat meningkatkan

penguasaan murid dalam kemahiran penukaran unit masa hari, jam, minit dan

saat.

Kata Kunci : Jumping Box, Kemahiran Menukar Unit Masa, Hubungan Antara

Unit Masa

PENDAHULUAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati bahawa murid-murid tahun

5 Amanah agak bermasalah dalam mempelajari topik masa dan waktu. Terdapat beberapa

masalah yang dikenalpasti dalam pengajaran topik ini. Masalah yang paling ketara ialah

masalah penukaran unit masa.

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

99

Menurut Kenneth, Linda & Elizabeth (2006), penukaran unit ialah proses yang melibatkan

operasi pendaraban dan pembahagian sesuatu faktor numerik. Penukaran unit masa dan

waktu merupakan salah satu kemahiran yang agak sukar dikuasai oleh murid.

Menurut Michael (2007), hubungan antara unit-unit masa iaitu jam, minit dan saat

memainkan peranan yang penting semasa melakukan penukaran unit masa. Kebanyakan

mereka hanya dapat menyatakan unit-unit masa tetapi tidak dapat menyatakan hubungan di

antara unit-unit tersebut dengan betul dan ini menyukarkan mereka dalam kemahiran

penukaran unit masa.

Melalui pemerhatian pengkaji, pengajaran kemahiran pertukaran unit masa agak sukar kerana

murid-murid lemah dalam melakukan pertukaran unit. Murid-murid masih lagi keliru apabila

ditanyakan mengenai hubungan dan operasi yang digunakan semasa membuat pertukaran

unit.

Murid-murid agak lemah dalam memahami dan mengingati hubungan antara unit masa.

Pernyataan ini disokong oleh Hasni (2012) pula dalam kajian tindakannya yang berkaitan

dengan topik masa dan waktu, murid-murid agak lemah untuk menguasai konsep masa bagi

jam iaitu 60 minit.

Pengkaji menyedari akan hal ini apabila murid tidak dapat menjawab dengan betul hubungan

di antara unit-unit masa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Respons yang

diberikan agak mengecewakan apabila murid ditanya mengenai kemahiran-kemahiran yang

telah dipelajari dalam topik masa dan waktu.

Oleh kerana tidak menguasai hubungan di antara unit masa maka mereka sukar untuk

menukarkan unit-unit masa dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu

soalan. Mereka juga masih lagi keliru untuk membahagi atau mendarab semasa melakukan

pertukaran unit. Keadaan ini tidak seharusnya berterusan memandangkan ia merupakan salah

satu kemahiran yang penting dalam topik masa dan waktu.

Guru-guru harus memberi perhatian yang lebih dan mencari jalan alternatif untuk membantu

murid-murid ini untuk menguasai kemahiran pertukaran unit masa. Marianne (2009) yang

menyatakan pendidik perlu memikirkan semula bagaimana untuk mengajar Matematik

melalui cara yang lebih menarik untuk menarik perhatian murid supaya mereka berasa

seronok untuk belajar Matematik. Kaedah dan teknik yang sesuai dan menyeronokkan

haruslah diperkenalkan kepada murid-murid untuk menyelesaikan penukaran unit masa

(Nortipah,2011).

FOKUS KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan 4 instrumen bagi tinjauan awal iaitu ujian diagnostik, analisis

dokumen (lembaran kerja), temubual dan pemerhatian.

Berdasarkan tinjauan masalah yang dilakukan, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa isu

yang berkaitan dengan masalah ini. Antara isu tersebut ialah murid:-

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

100

1. Tidak dapat menukar unit masa hari, jam, minit dan saat dengan betul.

2. Keliru dengan operasi yang seharusnya digunakan.

3. Didapati tidak dapat menguasai hubungan antara unit masa.

4. Melakukan kesilapan semasa melakukan pendaraban dalam proses penukaran unit

masa.

5. Melakukan kecuaian dalam pengiraan semasa menukar unit masa hari,jam, minit dan

saat.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran

penukaran unit masa iaitu hari kepada jam,minit dan saat, jam kepada minit dan saat, dan

minit kepada saat dengan menggunakan kaedah Jumping Box.

Objektif khusus kajian ini adalah untuk :-

1. Menentukan pola-pola kesilapan murid dalam menukar unit masa iaitu hari kepada

jam,minit dan saat, jam kepada minit dan saat, dan minit kepada saat.

2. Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menukar unit masa iaitu hari

kepada jam, minit dan saat, jam kepada minit dan saat, dan minit kepada saat dengan

menggunakan kaedah Jumping Box.

Terdapat beberapa persoalan kajian yang dikenalpasti iaitu :-

1. Apakah pola-pola kesilapan murid dalam menukar unit masa iaitu hari kepada jam,

minit dan saat, jam kepada minit dan saat, dan minit kepada saat.

2. Adakah kaedah Jumping Box dapat meningkatkan penguasaan murid dalam

kemahiran menukar unit masa iaitu hari kepada jam,minit dan saat, jam kepada minit

dan saat, dan minit kepada saat ?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini hanya terbatas kepada murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Losong, Kuala

Terengganu. Sekolah Kebangsaan Losong merupakan sekolah pengkaji sewaktu sesi

praktikum yang ketiga. Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah murid yang mengalami

masalah dalam melakukan penukaran unit masa dalam topik masa dan waktu. Bilangan

murid yang disasarkan adalah 4 orang sahaja iaitu murid dari tahun 5 Amanah. Tahun 5

Amanah merupakan kelas yang kedua di mana tahap pencapaian murid adalah lemah dan

sederhana. Terdapat tiga orang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang terlibat di

dalam kajian ini. Murid-murid ini telah dipilih berdasarkan keputusan ujian diagnostik yang

telah diadakan. Melalui ujian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa mereka sangat

lemah dalam kemahiran menukar unit masa. Murid-murid ini juga mendapat skor markah

yang rendah berdasarkan rekod prestasi ujian diagnostik yang telah dijalankan.

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

101

TINDAKAN

Pengkaji telah memilih untuk menggunakan Model Kemmis dan McTaggart untuk

melaksanakan kajian tindakan ini. Berdasarkan Rajah 1, terdapat 4 fasa kajian yang terlibat

di dalam model ini iaitu mereflek, merancang, melaksana dan memerhati.

Rajah 1 : Gelung Kajian Tindakan Model Kemmis & Mc Taggart

Merefleksi

Pengkaji telah mengimbas kembali peristiwa dan pengalaman yang telah dilalui. Pengkaji

telah melakukan refleksi dari beberapa aspek termasuklah perlakuan murid, komunikasi

murid dan guru, bahan pengajaran serta pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.

Melalui refleksi yang telah dibuat, pengkaji dapat mengenalpasti tindakan yang harus diambil

untuk murid yang bermasalah supaya mereka dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

Kelemahan dan kekuatan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenalpasti

dapat membantu pengkaji mengetahui setakat mana tahap kefahaman murid-murid terhadap

apa yang ingin diajar dan masalah yang dihadapi mereka tentang pengajaran yang telah

dilaksanakan.

Merefleksi

Merancang

Melaksana

Memerhati

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

102

Perancangan

Dalam fasa ini, pengkaji telah mula melakukan pemilihan terhadap murid yang lemah dalam

menjawab soalan pertukaran unit masa melalui ujian diagnostik. Melalui ujian ini pengkaji

dapat mengenalpasti beberapa peserta kajian yang perlu melalui sesi rawatan.

Berdasarkan analisis ujian yang telah dibuat, peserta kajian yang terpilih akan menjalani

beberapa sesi rawatan. Sebelum menjalani sesi rawatan, peserta kajian diuji sekali lagi

melalui ujian pra. Selepas ujian pra dianalisis, temubual dijalankan ke atas peserta kajian

bagi mendapatkan respons mengenai analisis item ujian pra yang telah dilaksanakan.

Semasa sesi rawatan dilaksanakan, kaedah baru untuk menukar unit masa iaitu Jumping Box

diperkenalkan kepada peserta kajian. Kaedah ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan

masalah yang timbul semasa murid menjawab soalan penukaran unit masa. Namun begitu,

kaedah ini hanya dihadkan untuk unit hari, jam, minit dan saat sahaja.

Peserta kajian diajar untuk menggunakan kaedah Jumping Box untuk menukar unit masa .

Kaedah Jumping Box membantu semasa menukar unit masa dan murid tidak akan serabut

sewaktu menjawab soalan pertukaran unit masa.

Setelah itu, mereka diuji sekali lagi dengan ujian pasca untuk mengetahui hasil setelah sesi

rawatan dijalankan ke atas murid tersebut. Ujian ini juga bertujuan untuk melihat sejauh

mana keberkesanan kaedah Jumping Box kepada responden untuk menyelesaikan masalah

penukaran unit masa. Temubual dilakukan sekali lagi bagi mendapatkan respons peserta

kajian terhadap kaedah yang telah diperkenalkan.

Secara keseluruhannya, perancangan tindakan yang akan dibuat boleh dirumuskan seperti

berikut:

Ujian Pra

Semakan buku latihan dan lembaran kerja murid

Ujian Diagnostik

Pengajaran dan Pembelajaran

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

103

Rajah 2 : Rumusan perancangan tindakan

Tindakan

Pengkaji telah mengadakan sesi rawatan dengan menggunakan kaedah Jumping Box bersama

peserta kajian. Terdapat empat sesi rawatan yang dijalankan kepada peserta kajian. Dalam

sesi rawatan, peserta diajar dengan langkah-langkah menggunakan kaedah Jumping Box

untuk menukar unit masa dan waktu.

Peserta kajian diterangkan dengan menggunakan beberapa contoh soalan supaya lebih mahir

menggunakan kaedah Jumping Box. Berikut merupakan cara penggunaan kaedah Jumping

Box untuk membantu menyelesaikan masalah penukaran unit masa.

Jadual 1

Langkah-langkah penggunaan kaedah Jumping Box

Langkah Penerangan Gambarajah

1. Murid harus melihat pada soalan

terlebih dahulu dan melihat unit yang

harus ditukar iaitu daripada jam

kepada minit.

Soalan :-

Tukarkan ½ jam kepada minit

Temubual

Intervensi / Sesi Rawatan

Ujian Pasca

Temubual

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

104

2.

Lukis Jumping Box di mana setiap

garis menegak diletakkan unit masa

hari, jam, minit dan saat mengikut

akronim “Harimau Jangan Makan

Saya”.

3.

Kemudian lihat pada Jumping Box

dan lukiskan lompatan daripada unit

jam kepada minit berdasarkan soalan

yang diberi.

4.

Perhatikan lompatan yang dilukis.

Didapati lompatan yang dilukis

hanya sekali menandakan

pendaraban dilakukan sekali sahaja.

5.

Kemudian, lihat pula nombor yang

tertera pada kotak yang melalui

lompatan yang dibuat. Nombor yang

terlibat ialah 60 membawa maksud

hubungan antara minit dan jam iaitu

1 jam = 60 minit.

6.

Oleh itu, bolehlah murid melakukan

pengiraan.

= 30 minit

Pemerhatian

Pengkaji kemudiannya mengumpul data daripada dokumen responden sepanjang intervensi

dijalankan iaitu data daripada ujian, temubual dan analisis dokumen. Data yang diperoleh

dianalisis supaya pemerhatian lebih mudah dilakukan.

Daripada analisis data yang dilakukan, pengkaji membandingkan perubahan prestasi dan

penguasaan murid untuk menukar unit masa menggunakan kaedah baru iaitu Jumping Box.

Data yang diperoleh akan menjadi pengukur sama ada kajian ini berjaya atau pun tidak.

24 60 60

Hari Jam Minit Saat

24 60 60

Hari Jam Minit Saat

24 60 60

Hari Jam Minit Saat

24 60 60

Hari Jam Minit Saat

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

105

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Pola-pola kesilapan murid dalam menukar unit masa iaitu hari kepada jam,minit dan

saat, jam kepada minit dan saat, dan minit kepada saat.

Berikut merupakan pola-pola kesilapan yang dapat dikenalpasti berdasarkan analisis item

ujian pra.

Jadual 2

Rumusan pola kesilapan peserta kajian dalam ujian pra

Bil Pola Kesilapan

1 Kesilapan menentukan hubungan antara unit masa

i. Minit kepada saat

ii. Jam kepada minit

iii. Jam kepada saat

iv. Hari kepada jam

v. Hari kepada jam dan minit.

2 Kesilapan menentukan operasi yang betul.

3 Kesilapan dalam pengiraan (pendaraban)

Jadual 2 menunjukkan jadual rumusan pola kesilapan peserta kajian dalam ujian pra.

Berdasarkan Jadual 2, didapati 3 pola kesilapan yang telah dilakukan oleh murid semasa

ujian pra iaitu kesilapan menentukan hubungan antara unit masa, kesilapan menentukan

operasi dan juga kesilapan pendaraban dalam pengiraan.

Kaedah Jumping Box dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran

murid menukar unit masa iaitu hari kepada jam, minit dan saat, jam kepada minit dan

saat , minit kepada saat

Jadual 3

Perbandingan skor peserta kajian antara ujian pra dan ujian pasca

PESERTA

KAJIAN

SKOR

UJIAN PRA

(%)

UJIAN PASCA

(%)

PENINGKATAN

(%)

Syidi 0 80 80

Alif 0 100 100

Razif 40 100 60

Siti 20 100 80

Jadual 3 menunjukkan perbandingan skor peserta kajian antara ujian pra dan pasca.

Berdasarkan jadual, peningkatan skor yang sangat memberangsangkan bagi setiap peserta

kajian dapat dilihat.

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

106

Terdapat dua orang peserta kajian yang mendapat 0 peratus semasa ujian pra iaitu Syidi dan

Alif dapat memberi peningkatan pada skor ujian pasca sebanyak 80 peratus dan 100 peratus

masing-masingnya. Alif mencatatkan peningkatan skor yang paling tinggi antara semua

peserta kajian. Siti pula mencatatkan peningkatan skor ujian sebanyak 80 peratus diikuti

dengan Razif sebanyak 60 peratus.

Rajah 3 : Graf perbandingan skor ujian pra dan pasca.

Rajah 4 : Graf garis yang menunjukkan perbandingan skor peserta kajian bagi ujian

pra dan pasca.

0

20

40

60

80

100

Syidi Alif

Razif Siti

Sk

or

(%)

Peserta Kajian

Perbandingan Skor Peserta Kajian bagi Ujian Pra dan

Pasca

Ujian Pra

Ujian Pasca

0

20

40

60

80

100

120

Syidi Alif Razif Siti

Sko

r (%

)

Perbandingan Skor Peserta Kajian bagi Ujian Pra dan Pasca

Ujian Pra

Ujian Pasca

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

107

Rajah 3 dan 4 menunjukkan graf perbandingan skor yang diperolehi peserta kajian bagi ujian

pra dan pasca. Berdasarkan kedua-dua graf, dapat dilihat perbandingan skor yang agak ketara

antara skor ujian pra dan pasca. Kesemua peserta didapati menunjukkan peningkatan setelah

melaksanakan sesi rawatan.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, pengkaji mendapati bahawa kaedah Jumping Box

yang diperkenalkan adalah amat berkesan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik dalam kemahiran menukar unit masa.

Hal ini disokong dengan analisis ujian dan juga analisis item yang telah dilakukan bagi

kedua-dua ujian yang telah dilaksanakan iaitu ujian pra dan ujian pasca. Berlaku peningkatan

skor atau pencapaian yang agak ketara di antara ujian pra dan pasca yang dilakukan oleh

peserta kajian.

Berdasarkan dapatan kajian, dapat diperhatikan bahawa terdapat dua orang peserta kajian

yang mendapat skor 0 peratus semasa ujian pra berbanding dengan ujian pasca di mana tiada

seorang peserta kajian pun yang mendapat skor 0 peratus. Didapati skor kesemua peserta

kajian semasa ujian pra adalah kurang daripada 50 peratus manakala skor ujian pasca adalah

lebih daripada 50 peratus. Ini bermakna kaedah yang diperkenalkan mampu memberi

perubahan yang positif dan mampu meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam

menyelesaikan masalah menukar unit masa.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat 3 pola kesilapan yang telah dilakukan

oleh murid iaitu kesilapan menentukan hubungan antara unit masa, kesilapan menentukan

operasi dan juga kesilapan pendaraban dalam pengiraan. Dapatan ini turut disokong dengan

hasil temubual yang telah dilakukan ke atas peserta kajian mengenai kesilapan yang

dilakukan di dalam ujian pra.

Dalam ujian pra, kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh murid adalah kesilapan dalam

menentukan hubungan antara unit masa. Setiap peserta kajian didapati telah melakukan

kesilapan ini kerana mereka tidak dapat mengingat hubungan antara unit masa dengan baik.

Rumusannya, penggunaan kaedah Jumping Box didapati berkesan bagi meningkatkan

penguasaan peserta kajian dalam kemahiran menukar unit masa hari, jam, minit dan saat.

Melalui kaedah Jumping Box juga, peserta kajian dapat mengurangkan risiko daripada

melakukan kesilapan yang dilakukan sebelum ini terutamanya kesilapan dalam menentukan

hubungan antara unit masa.

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

108

RUJUKAN

B. Kenneth, et al (2006). The International System of Units (SI) - Conversion Factors for

General Use. Diakses pada 1 Mac 2013 daripada http://www.nist.gov/pml/wmd/

metric/upload/SP1038.pdf

L. A. Michael. (2007). Why is a minute divided into 60 seconds, an hour into 60 minutes, yet

there are only 24 hours in a day?. Diakses pada 1 Mac 2013 daripada

http://tf.boulder.nist.gov/general/pdf/2209.pdf

N. Marianne. (2009). The effects of computer math games increase student accuracy and

fluency in basic multiplication facts diakses pada1 Mac 2013.

O. Hasni. , Teknik Ga-Ma, Satu Kaedah Menguasai Kemahiran ‘Masa Dan Waktu’ (2012)

diakses pada 1 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/92174980/ Kajian-

Tindakan-Mate-SK-Ga-Ma

S. Nortipah (2011), Meningkatkan Kemahiran Menukarkan Unit Unit Masa Menggunakan

Teknik ’Kisah Charlie’ Di Kalangan Murid Tahun 5 Al-Falah. Diakses pada 4 Mac

2013 daripada http://www.scribd.com/doc/135728385/ 62233991-KAJIAN-

TINDAKAN-MT-2011