Kepentingan Ergonomi : Ketidak-sepadanan Ukuran Kerusi dan Antropometri Murid Sekolah Rendah Tahap...

43
Kepentingan Ergonomi : Ketidak-sepadanan Ukuran Kerusi dan Antropometri Murid Sekolah Rendah Tahap Satu di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. (Wahyuni Masyidah Md. Isa 1 , .Noor Azlina Mohamed Khalid 2 , Muhammad Fauzi Zainuddin 3 ) 1. Product Design Department, School of The Arts, University Science Malaysia; 2. Product Design Department, School of The Arts, University Science Malaysia; 3. Industrial Design Department, School of Art and Design, University Technology MARA) Abstrak Penyelidikan ini mengkajikan peratusan ketidak-sepadanan antropometri dan ukuran kerusi di kalangan Murid Sekolah Rendah Tahap Satu (MSRTS) di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan membincangkan kesannya terhadap postur duduk dan kesihatan tubuh. Kaedah Penyelidikan ini dijalan secara rawak keatas 108 orang responden Murid Sekolah Rendah Tahap Satu dari 12 buah sekolah rendah Kebangsaan yang terletak di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Antropometer, Goniometer dan penimbang berat badan adalah antara alat yang digunakan bagi mendapat data antropometri responden. Ukuran kerusi diambil dari setiap sekolah dengan mengunakan tape

Transcript of Kepentingan Ergonomi : Ketidak-sepadanan Ukuran Kerusi dan Antropometri Murid Sekolah Rendah Tahap...

Kepentingan Ergonomi : Ketidak-sepadanan Ukuran Kerusi dan

Antropometri Murid Sekolah Rendah Tahap Satu di Perlis, Kedah dan

Pulau Pinang.

(Wahyuni Masyidah Md. Isa1, .Noor Azlina Mohamed Khalid2, Muhammad Fauzi Zainuddin3)

1. Product Design Department, School of The Arts, University Science Malaysia;

2. Product Design Department, School of The Arts, University Science Malaysia;

3. Industrial Design Department, School of Art and Design, University Technology MARA)

Abstrak

Penyelidikan ini mengkajikan peratusan ketidak-sepadanan

antropometri dan ukuran kerusi di kalangan Murid Sekolah Rendah

Tahap Satu (MSRTS) di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan

membincangkan kesannya terhadap postur duduk dan kesihatan tubuh.

Kaedah

Penyelidikan ini dijalan secara rawak keatas 108 orang responden

Murid Sekolah Rendah Tahap Satu dari 12 buah sekolah rendah

Kebangsaan yang terletak di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Antropometer, Goniometer dan penimbang berat badan adalah antara alat

yang digunakan bagi mendapat data antropometri responden. Ukuran

kerusi diambil dari setiap sekolah dengan mengunakan tape

ukuran. Penggunaan SPSS (Statistical Package for Social Science)

diaplikasikan bagi menganalisis ketidak-sepadanan antara data

antropometri responden dengan ukuran kerusi yang disediakan di

sekolah. Manakala kamera video pula digunakan bagi merakam bagi

mengkaji postur duduk responden ketika menjalani sesi

pembelajaran di dalam kelas, ini bertujuan mengkaji postur duduk

yang berlaku di kalangan Murid Sekolah Rendah Tahap Satu.

Kata Kunci : Ketidak-sepadanan, antropometri, ukuran kerusi,

postura duduk, Murid Sekolah Rendah Tahap Satu, SPSS.

1. Pengenalan

Murid Sekolah Rendah Tahap Satu terdiri daripada kanak-kanak yang

berumur 7 tahun, 8 tahun dan 9 Tahun.. Dewasa ini, menunjukkan

MSRTS meluangkan sekurang-kurangnya 6 jam di dalam kelas dengan

menggunakan kerusi yang disediakan oleh pihak sekolah pada setiap

hari persekolahan bagi menjalani proses pembelajaran di sekolah.

Ini menjelaskan bahawa bahawa kanak-kanak di sekolah rendah

sekurang-kurangnya meluangkan masa satu per empat sehari iaitu 6

jam sehari. Mereka meluangkan 60% sehingga 80% dari waktu sekolah

di dalam kelas serta melakukan aktiviti membaca, menulis, melukis

serta pelbagai aktiviti lain yang memerlukan mereka untuk duduk

secara berterusan untuk jangkamasa yang panjang (Savanur et, al.

20071). Lantaran itu, penyelidikan mengenai ketidak-sepadanan

antara ukuran perabot dan ukuran badan murid sepatutnya

dijalankan secara meluas dan diambil berat, ini adalah kerana,

persekitaran sekolah merupakan “persekitaran kerja” bagi kanak-

kanak di sekolah (Gouvali, M.K. & Boudolos, K., 20062). Selain itu,

Department Malaysia Standard turut menganggap kerusi merupakan

keperluan penting di sekolah dengan mengeluarkan ukuran kerusi

dalam Furniture Educational Institution Specification for Student Chairs, Table and

Stools MS 1788:2005. Namun begitu, tiada penjelasan spesifikasi yang

terliti terhadap ukuran kerusi yang dikeluarkan.

Merekabentuk sesuatu barang, perabot serta alatan yang

sejajar dengan antropometrik dan kriteria-kriteria biomekanikal

pengguna dapat meningkatkan tahap keselesaan, keselamatan serta

kesihatan fizikal ( Tunay & Melemez 20038, Pheasent, 19984). Oleh yang

demikian kerana itu, Panagiotopolou et.al. 20035, menegaskan

bahawa perabot memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan

postur yang betul terutamanya dikalangan kanak-kanak sekolah

rendah. Justeru itu, penggunaan kerusi yang menyumbangkan

pembentukan postur duduk yang betul perlu dimulakan di

peringkat usia yang muda kerana tabiat-tabiat duduk telah

terbentuk dari awal lagi. Postur duduk yang tidak betul di

peringkat usia remaja dan dewasa amat sukar diubah.

Tambahan pula, kanak-kanak menggunakan kerusi secara intensif

ketika proses pertumbuhan kanak-kanak sedang berkembang. Oleh

itu, kesesuaian ukuran perabot kerusi di sekolah dengan data

antropometrik kanak – kanak di sekolah adalah sangat penting bagi

meningkat postural duduk yang betul serta menyihatkan kesihatan.

Ketidaksesuaian perabot dengan ukuran antropometrik akan

mengakibatkan postural duduk yang salah serta tidak menyihatkan.

Ini akan memberi kesan kecacatan biomekanikal dalam postural

berdiri dan duduk pada kanak-kanak. Tambahanan pula, postural

duduk yang tidak betul akan mengakibatkan ketegangan pada sendi

serta melemahkan otot dan seterusnya akan mengakibat kerosakan

badan yang kekal. (Gouvali, M.K. & Boudolos, K., 20066, DS Lipardo et, al.

20067).

Lanjutan itu Murphy et, al. 2003, menyatakan antara faktor

yang mempengaruhi postur duduk kanak-kanak di sekolah rendah

adalah aktiviti-aktiviti yang dilakukan di kelas, antropometri

kanak-kanak sekolah serta ukuran rekabentuk perabot yang

digunakan di dalam kelas. Oleh yang demikian kerana itu, Parcell et

al., 19998 & Pheasant., S. 1988 9, menyatakan bahawa dalam merekabentuk

kerusi untuk sekolah rendah, ukuran antropometrik merupakan

faktor sangat penting yang perlu diambilkira.

Lantaran itu, Lueder and Rice, ( 2008 )10, menegaskan bahawa

penggunaan secara berterusan kerusi yang tidak sepadan dengan

ukuran antropometrik di kalangan kanak-kanak bukan sahaja

mengakibat kesakitan tulang belakang yang akan menganggu daya

tumpuan semasa proses pembelajaran malah kesan ini membawa ke

alam dewasa serta membantut kemampuan fungsi badan kanak-kanak

yang sedang mengalami proses tumbesaran.

Walaupun begitu, implementasi ergonomi dalam rekabentuk

masih lagi baru di ketengahkan dan dipraktikkan di Malaysia

( Nurul Asyiqin et.al 200911).

2. Kaedah Penyelidikan

2.1 Pemerhatian lansung

Penyelidikan ini menglibatkan responden seramai 180 orang murid

Sekolah Rendah Tahap Satu iaitu yang berumur 7, 8 dan 9 tahun.

Pemilihan responden adalah secara rawak. Penglibatan dan

kerjasama responden dalam penyelidikan ini adalah dengan mendapat

kebenaran dan pemilihan dari pihak sekolah serta ibubapa

responden terlebih dahulu. Penyelidikan ini berjalan dengan

lancar di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dengan kerjasama

yang baik dari pihak Kementerian Pelajaran serta pihak sekolah

yang terlibat

2.2 Pengukuran Data Antropometri dan Ukuran Kerusi

:Dalam kaedah ini, ketepatan data antropometri secara statik dari

setiap responden merupakan kunci utama yang sangat berharga dalam

penyelidikan. Oleh kerana itu, kaedah ini perlu menggunakan

alatan-alatan ergonomi tertentu yang sah.Antara alatan-alatan

ergonomi adalah :

(a) Antropometer.

(b) Goniometer.

(c) Satu unit penimbang berat badan bersama alat mengukur ketinggian

responden

Antara

ukuran antropometri yang diambil sebagai parameter adalah 12:

Parameter Antropometri Definisi

(a) Popliteal Height (PH)

Ukuran data antropometri yang diambil secara vertikal iaitu dari permukaan lantai sehingga ke belakang pangkal betis.

(b) Buttock- Popliteal Lenght

(BPL)

Ukuran data antropometri yang di ambil horizontal, dari permukaan paling belakang pinggul sehingga belakang kaki.

(c) Hip Breadth (HB)Ukuran data antropometri antarapinggul yang diukur pada bahagian paling besar.

(d) Mid-shoulder Height (MSH)Ukuran data antropometri yang diambil secara vertikal dari permukaan duduk kerusi dibahagian tengah bahu antara leher dan acromion.

Manakala parameter bagi ukuran kerusi adalah13 :

Parameter Ukuran Kerusi Definisi

(a)Seat Height (SH) Diukur dari jarak lantai sehingga permukaan tempat duduk

Gambar 1 Aplikasi Antropometer

Jadual 1Definisi Parameter Antropometri

kerusi.

(b)Backrest Height (BH) Diukur dari permukaan tempat duduk sehingga keatas penyadar kerusi.

(c) Seat Depth (SD) Diukur secara vertikal di permukaan tempat duduk kerusi .

(d)Seat Width (SD) Diukur secara horizontal di permukaan tempat duduk kerusi.

Kaedah aplikasi parameter data antropometri diadaptasi dari

(Gouvali, M.K. & Boudolos, K14., 2006 )iaitu proses kaedah penyelidikan ini

dijalankan keatas responden dalam keadaan berpakaian seragam

sekolah tanpa memakai kasut sekolah. Ukuran antropometri secara

statik diambil dengan dua cara iaitu :

(a) Ukuran antropometri secara statik diambil secara duduk

diatas kerusi sekolah iaitu ukuran diambil dalam keadaan

postural duduk secara tegak diatas permukaan horizontal

yang rata dan kaki dibengkok 90 darjah tanpa kasut.

(b) Ukuran antropometri secara statik diambil secara

berdiri adalah untuk mendapat ukuran ketinggian dan

berat diukur dengan berdiri secara tegak tanpa kasut.

Manakala ukuran kerusi pula diukur menggunakan tape ukur.

2.2 Kaedah Menganalisis Ketidak-sepadanan Antara Ukuran

Antropometri dan Ukuran Kerusi Sekolah

Bagi mengkaji tahap Ketidaksepadanan ukuran antropometri dan

ukuran kerusi pula, analisis menggunakan formula Persamaan

Berkaitan Ukuran badan dengan ukuran perabot yang diadaptasi dari Gouvali

et. al (2006). Analisis juga menggunakan perisian komputer SPSS.

Antara-antara formula yang diadaptasi adalah seperti dibawah :

a) Seat Height = Popliteal Height : (PH+ 2) Cos 30º SH ( PH +2) Cos 5º≤ ≤

Definisi ini menjelaskan bahawa seat height seharusnya lebih

rendah daripada popliteal height. Ini jelas memaklumkan bahawa

Seat Height sepatutnya lebih rendah daripada Popliteal Height

kerana atas dua perkara iaitu (a) kaki bahagian bawah

membentuk sudut hubungan menegak sebanyak 30 º darjah

manakala (b) sudut hubungan tulang tibia dan peha perlu

berada diantara 95 º darjah dan 120 º darjah.

b) Seat Depth = Popliteal Buttock Length : 0.8PBL SD 0.99 PBL≤ ≤

Mendefinisikan sebagai tidak sepadan apabila Seat Depth ≤ 80%

or ≥ 99% daripada popliteal buttock length.

c) Seat Width = Hip Breadth : 1.1HB SW 1.30HB≤ ≤

Didefinisikan sebagai ukuran Seat Width dengan Hip Breadth

seharusnya mampu menampung kelebaran pinggul semasa duduk .

Ini adalah kerana fungsi ukuran Seat Width adalah untuk

menampung ischial turberostis semasa duduk bagi memudahkan

pegerakkan lateral semasa duduk. Olhe itu, ukuran kelebaran

pinggul perlu mengambil ukuran yang paling besar. Dan dengan

itu, kelebaran kerusi yang diambil untuk menampung keluasan

pinggul paling kurang adalah 10% daripada seat width dan

paling besar adalah 30% daripada seat width.

d) Back Rest Height = Mid-Shoulder Height : 0.6MSH BRH 0.8MSH≤ ≤

Back Rest Height perlu dianggap sesuai apabila ianya dibawah bahu

belikat. Oleh yang demikian kerana itu, dalam menilai parameter

kesepadanan, ukuran Mid-Shoulder Height perlu 60% lebih rendah

daripada Back Rest Height atau maksimun tinggi Back Rest Height

adalah 80% daripada ukuran Mid-Shoulder Height.

2.3Kaedah Rakaman Video

Pemerhatian yang dijalankan adalah dengan menggunakan rakaman

kamera video untuk mendapatkan hasil kajian (Danijela Domljan et.al.

201015 P. C. Dhara et, al 200916). Antara signifikasi pemerhatian ini adalah:

(a) Memerhati postura duduk murid tahap satu sekolah rendah yang

genting ketika proses pembelajaran dijalankan.

(b) Untuk melihat fenomena implimentasi ergonomi dalam rekabentuk

kerusi sekolah rendah di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

3. Hasil Penyelidikan

3.1 Kerusi dan ukuran Kerusi Yang Disediakan di Sekolah Rendah

Gambar 2Rekabentuk Kerusi Kayu yang Disediakan di Sekolah Rendah

Jadual 4Ukuran Kerusi Plastik Yang disediakan di Sekolah Rendah

Jadual 3Ukuran Kerusi Kayu Yang disediakan di Sekolah Rendah

Gambar 3Rekabentuk Kerusi Plastik yang Disediakan di Sekolah Rendah

Kerusi

Kayu

Seat

Height

Seat

Width

Seat

Depth

Backre

st

Height

Tahun

(T)

Sekola

h

A 33.7 38.5 38 31.5 T1, T3 SKMH

B 34 36.5 32 29 T1 SKBG

C 36 38 35.4 31.5 T1,T2,

T3

SKDK

D 27 39 42 31.7 T1,T2,

T3

SKKS

E 38 38 38.5 32 T1,T2,

T3

SKSR

F 38 38 41 31 T1,T2,

T3

SKSM

G 38 37.7 38.3 32.5 T1,T2,

T3

SKJH

H 38 37.5 42.25 31.5 T1,T2,

T3

SKPM

I 38.5 38.5 38 31.5 T1,T2,

T3

SKBE

J 39 38.1 38.2 32 T1,T2,

T3

SKAJ

K 39.1 38.1 38.6 30 T1,T2,

T3

SKBBSL

L 39.1 38 38.5 30 T1,T2,

T3

SKS

Kerus

i

Plast

ik

Seat

Heigh

t

Seat

Width

Seat

Depth

Backre

st

Height

Tahun

(T)

Sekola

h

M 43.3 38.5 42 36.7 T2,

T3

T2

SKBB

SKMH

Merujuk Gambar 3 dan 4 menjelaskan terdapat 2 jenis kerusi yang

disediakan di Sekolah Rendah kepada Murid Tahap Satu iaitu kerusi

kayu dan kerusi plastik.

Merujuk Jadual 3 dan 4 ukuran kerusi kayu dan kerusi plastik. Ini

menunjukkan bahawa kerusi kerusi yang di sediakan di Sekolah

Rendah mempunyai 12 jenis ukuran yang berbeza walaupun secara

visual rekabentuknya adalah sama. Manakala kerusi plastik pula

hanya mempunyai 1 jenis ukuran sahaja.

3.2 Statistik Deskriptif Data Antropometri

Ukuran Antopometri Respondenberumur 7,8 dan 9 tahun

n Mean SD Minimum Median Maximun Mode

Weight (kg)

108

34.4921

16.70100

11.00 33.0000

94.35 33.00

Stature (cm)

108

128.0954

11.34339

102.50 127.5000

154.40 135.00

PoplitealHeight

108

36.2185

4.06812

27.50 36.0000

45.20 38.00

(cm)Buttock-poplitealLenght (cm)

108

34.1843

4.01197

25.00 33.5000

45.20 33.00

Hip Breadth (cm)

108

27.7806

6.30918

16.50 27.5000

45.50 21.00

Mid-Shoulder Height (cm)

108

39.0370

6.31399

25.50 39.2500

54.00 40.00

Merujuk kepada Jadual 5, merupakan data set yang membentangkan secara

keseluruh data antopometri kesemua responden seramai 108 orang, ia

merupakan hasil menganalisi data antropometri pada peringkat awal.

Namun begitu, ia agak sukar menentukan jurang perbezaan mengikut

setiap peringkat umur.

Ukuran Antropometri Responden Berumur 7 Tahun

n Mean SD Minimum Median Maximun

Mode

Jadual 5Data set statistik deskriptif ukuran antropometri responden sekolah

rendah tahap satu yang berumur 7 ,8 dan 9 tahun

Weight (kg)

36

28.6194

12.72293 12 27.1500

70.00 15

Stature (cm)

36

122.1667

9.37821 102.5 122.7500

140.00 109ª

Popliteal Height (cm)

36

33.9806

3.29266 27.50 34.0000

42.00 33.00

Buttock-popliteal Lenght (cm)

36

32.4333

3.06929 26.50 32.2500

39.50 29.00ª

Hip Breadth (cm)

36

25.4611

4.72551 16.5 25.2500

38.50 21

Mid-Shoulder Height (cm)

36

37.3306

5.37336 25.5 37.5000

54.00 40

Ukuran Antropometri Responden Berumur 8 Tahun

n Mean SD Minimum Median

Maximum

Mode

Weight (kg) 36 31.7806 13.99437

11 32.3000

70.20 19ª

Stature (cm) 36 127.000 9.78629

111 125.5000

146.00

119

Popliteal Height (cm)

36 36.4000 3.89292

28 36.0000

45.20 38

Buttock-popliteal Lenght (cm)

36 33.8778 4.43545

25 33.2500

45.20 30

Hip Breadth (cm)

36 26.9722 5.69569

18 26.2500

41.40 18.50ª

Mid-Shoulder Height (cm)

36 37.9389 6.31991

26 38.2500

48.00 42

Jadual 6Data set statistik deskriptif ukuran antropometri responden sekolah

rendah tahap satu yang berumur 7 tahun

Ukuran AntropometriResponden Berumur 9 Tahun

n Mean SD Minimum Median Maximum Mode

Weight (kg) 36

43.0764

19.39490

13 44 94.35 33

Stature (cm) 36

135.1194

11.02330

116 136.000

154.4 135ª

Popliteal Height (cm)

36

38.2750

3.88104

29 38.0000

45.00 38

Buttock-popliteal Lenght (cm)

36

36.2417

3.53694

29.5 36.0000

43.00 33ª

Hip Breadth (cm)

36

30.9083

7.11704

19.4 32.0000

45.50 38

Mid- Shoulder Height (cm)

36

41.8417

6.38254

28 41.4500

54.00 39ª

Jadual 8Data set statistik deskriptif ukuran antropometri responden sekolah

rendah tahap satu yang berumur 9 tahun

Merujuk Jadual 5,6 dan 7 menunjukkan data statistik deskriptif

bagi setiap peringkat umur iaitu 7 tahun, 8 tahun dan 9 tahun

yang menjelaskan terdapat jurang perbezaan yang tidak sekata pada

sebahagian data antropometri ini mungkin disebabkan dipengaruhi

oleh ukuran data weight dan stature.

3.3 Hasil peratusan ketidak-sepadanan antara parameter ukuran

antropometri dan parameter ukuran kerusi sekolah rendah

(a)Seat Height = Popliteal Height : (PH+ 2) Cos 30º SH ( PH +2)≤ ≤

Cos 5º

dcbsjkbsabjkasfbjbjsjnSepadan antara seat height dan popliteal height

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun4 11 13.915

8 Tahun9 9 16.718

9 Tahun6 15 1921

Jumlah 19 35 50 54

Berdasarkan Jadual 9dan 10, hasil analisis menunjukkan sebanyak

50% ukuran antropometri popliteal height responden sepadan dengan

ukuran kerusi yang disediakan disekolah masing-masing. Manakala

lagi 50% yang tidak sepadan dengan ukuran kerusi yang disediakan

semasa proses pembelajaran dijalankan. Jurang peratusan ini

Tidak sepadan antara seat height dan popliteal height

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun8 13 19.421

8 Tahun5 13 16.718

9 Tahun5 10 13.915

Jumlah 18 36 50 54

Sepadan antara seat height dan popliteal height

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun4 11 13.915

8 Tahun9 9 16.718

9 Tahun6 15 1921

Jumlah 19 35 50 54

Jadual 9Peratusan Sepadan antara seat height dan popliteal height

Jadual 10Peratusan Tidak Sepadan antara seat height dan popliteal height

menunjukkan bahawa wujud faktor risiko ergonomi terhadap ukuran

seat height yang sedia ada di sekolah. Ini bukan sahaja menguatkan

lagi kenyataan Asyiqin et al 2009 yang mengatakan bahawa implementasi

ergonomi di Malaysia masih tidak mendapat perhatian sepenuhnya

tetapi turut membuktikan bahawa wujudnya simptom

ketidakselesaan semasa duduk. Malah hasil penyelidikan ini turut

menunjukkan kebarangkalian yang tinggi bahawa wujudnya postur

duduk yang janggal semasa proses pembelajaran dijalankan di dalam

kelas.

(b)Seat Depth = Popliteal Buttock Length : 0.8PBL SD 0.99 PBL≤ ≤

Sepadan antara seat depth dan buttock popliteal length

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun1 6 6.57

8 Tahun3 3 5.66

9 Tahun2 7 8.39

Jumlah 6 16 20.4 22

Tidak sepadan antara seat depth dan buttock popliteal length

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun11 18 26.829

8 Tahun10 20 27.830

9 Tahun 7 20 2527

Jumlah 28 58 79.6 86

Jadual 11Peratusan Sepadan antara seat depth dan buttock popliteal length

Berdasarkan Jadual 11dan 12, menunjukkan hasil analisi terhadap

ketidak-sepadanan di antara seat depth dan popliteal buttock lenght

dikalangan responden murid tahap satu sekolah rendah adalah

20.4% sahaja yang sepadan iaitu bersamaan dengan 22 orang

sahaja yang sepadan dengan kerusi yang disediakan. Manakala yang

tidak sepadan pula adalah 79.6% bersamaan dengan 86 orang. Jurang

perbezaan ini menunjukkan bahawa ukuran seat depth kerusi tidak

menepati ukuran popliteal buttock lenght responden. Ini berkemungkinan

ukuran tersebut terlalu besar atau kecil pada ukuran

antropometri responden. Sekiranya ukuran seat depth terlalu besar

akan mengakibatkan belakang responden jauh daripada penyandar

kerusi, ini akan memberi kesan lenguh pada tulang belakang dan

tulang belakang terpaksa berkerja keras untuk memberi kestabilan

pada tubuh semasa duduk. Sekiranya seat depth terlalu kecil pula

Jadual 12Peratusan Tidak Sepadan antara seat depth dan buttock popliteal length

akan memghimpit bahagian bawah peha yang menyebabkan

ketidaselesaan semasa duduk.

( c ) Seat Width = Hip Breadth : 1.1HB SW 1.30HB≤ ≤

Sepadan antara seat width dan hip breadth

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun1 5 5.6 6

8 Tahun3 9 11.112

9 Tahun3 5 7.4 8

Jumlah 7 19 24.1 26

Berdasarkan Jadual 13 dan 14 , hasil analisi menunjukkan 26%

iaitu bersamaan dengan 26 orang sahaja yang sepadan dengan kerusi

yang disediakan. Manakala yang tidak sepadan pula adalah 75.9 %

Sepadan antara seat width dan hip breadth

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun1 5 5.6 6

8 Tahun3 9 11.112

9 Tahun3 5 7.4 8

Jumlah 7 19 24.1 26

Tidak sepadan antara seat width dan hip breadth

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun12 18 27.830

8 Tahun10 14 22.224

9 Tahun 6 22 25.928

Jumlah 28 54 75.9 82

Jadual 13Peratusan Sepadan antara seat width dan hip breadth

Jadual 14Peratusan Tidak Sepadan antara seat width dan hip breadth

bersamaan dengan 82 orang. Jurang perbezaan ini menunjukkan

bahawa ukuran seat width kerusi yang disediakan tidak menepati

ukuran hip breadth responden. Nilai tidak sepadan paling tinggi

terhadap responden yang berumur 7 tahun iaitu seramai 30 oarng

diikuti dengan responden yang berumur 9 tahun seramai 28 orang.

Ini kemungkinan disebabkan ukuran kelebaran kerusi yang

disediakan adalah terlalu besar atau terlalu kecil dengan ukuran

Hip breadth responden. Ukuran seat width amat penting untuk sepadan

dengan pengguna kerusi, ini adalah kerana seat width berfungsi

untuk menyokong Ischial tuberosities pengguna kerusi semasa duduk dan

ia amat penting untuk memudahkan pengerakan secara lateral semasa

duduk bagi mengelakkan postur duduk yang janggal. Kelebaran

kerusi sepatutnya mampu menampung kelebaran pinggul pengguna

semasa duduk.

(d ) Back Rest Height = Mid-Shoulder Height : 0.6MSH BRH 0.8MSH≤ ≤

Sepadan antara Back rest height dan Mid-shoulder Height

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun3 12 13.9 15

8 Tahun4 11 13.9 15

9 Tahun6 18 22.2 24

Jumlah 13 41 50 54

Tidak sepadan antara Back rest height dan Mid shoulder height

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun9 12 19.421

8 Tahun9 12 19.421

9 Tahun3 9 11.212

Jumlah 21 33 50 54

Jadual 15Peratusan Sepadan antara Back Rest Height dan Mid-Shoulder Height

Berdasarkan Jadual 15 dan 16, hasil analisis menunjukkan sebanyak

50% antropometri mid shoulder height responden sepadan dengan ukuran

back rest height yang disediakan disekolah masing-masing. Manakala

lagi 50% yang tidak sepadan dengan ukuran kerusi yang disediakan

semasa proses pembelajaran dijalankan. Ini menunjukkan kebanyakan

back rest yang disediakan tidak dapat menyokong tulang belakang

semasa respoden sedang duduk semasa proses pembelajaran

dijalankan. Penyandar berfungsi tulang belakang duduk semasa

duduk bagi membantu mengekalkan kestabilan tubuh pengguna semasa

duduk.

Tidak sepadan antara Back rest height dan Mid shoulder height

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun9 12 19.421

8 Tahun9 12 19.421

9 Tahun3 9 11.212

Jumlah 21 33 50 54

Jadual 16Peratusan Tidak Sepadan antara Back Rest Height dan Mid-Shoulder Height

4.5.1 Hasil peratusan ketidak-sepadanan antara keseluruhan

parameter ukuran antropometri dan parameter ukuran kerusi sekolah

rendah

Sepadan keseluruhan parameter ukuran antopometri dan parameter ukuran kerusi

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun0 2 1.92

8 Tahun0 1 0.9 1

9 Tahun0 1 0.9 1

Jumlah 0 4 3.7 4

Sepadan keseluruhan parameter ukuran antopometri dan parameter ukuran kerusi

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun0 2 1.92

8 Tahun0 1 0.9 1

9 Tahun0 1 0.9 1

Jumlah 0 4 3.7 4

Tidak Sepadan keseluruhan parameter ukuran antopometri dan parameter ukuran kerusi

Umur Bilangan Jantina % Jumlah Perempuan Lelaki Orang

7 Tahun13 2131.534

8 Tahun13 2232.435

9 Tahun9 2632.435

Jumlah 35 70 96.3104

Jadual 17Peratusan Sepadan keseluruhan antara ukuran antropometri dan

parameter ukuran kerusi

Jadual 18Peratusan Tidak Sepadan keseluruhan antara ukuran antropometri dan

parameter ukuran kerusi

Berdasarkan Jadual 17 dan 18, menunjukkan hasil total peratusan

ketidak-sepadanan bagi kerusi yang disediakan disekolah dengan

ukuran antopometri secara menyeluruh. Ini bertujuan untuk

mendapat gambaran fenomena ketidak-sepadanan parameter kerusi

dan para antropometri secara jelas. Hasil menunjukkan hanya 3.7%

iaitu 4 responden menpunyai ukuran antropometri yang sepadan

dengan kerusi yang disediakan disekolah manakala 96.3 % iaitu

104 orang responden lagi tidak sepadan dengan kerusi yang

disediakan. Ini merupakan jurang perbezaan besar yang menunjukkan

bahawa postur duduk janggal sememang wujud dikalangan murid-

murid sekolah rendah tahap satu disebabkan ukuran kerusi yang

tidak sepadan dengan ukuran antropometri responden. Ini

menjelaskan bahawa kebarangkalian murid di sekolah rendah

terdedah pada faktor risiko ergonomi seperti sakit belakang,

simptom musculoskeletal iaitu gejala-gejala yang melibatkan rangka

manusia dan otot manusia dan sebagainya adalah sangat tinggi.

3.4 Video analysis

(a) Postur Duduk ( Kerusi Kayu)

Gambar 4 merupakan postura duduk responden semasa dalam kelas dengan

melakukan aktiviti menulis, postur ini menunjukkan kedudukan tulang

belakang yang tidak sejajar. Postura duduk yang melipat kaki

menyebabkan penghimpitan peredaran darah, menurut Tiedeman, J.

(2003)17, Peredaran darah yang lemah menyebabkan kekembungan di

bahagian kaki bawah serta kelesuan dan risiko pembekuan darah dalam

Gambar 4Postur duduk melipat kaki semasa duduk

kaki. Selain itu, menurut Tiedeman, J. (2003) lagi, kedudukan tulang

belakang tidak sejajar boleh mengakibatkan kecederungan tulang

bahagian atas iaitu tulang cervik membengkak akibat daripada

ketegangan otot belakang yang melibatkan bahu dan leher.

Gambar 5 menunjukkan responden sedang memberi perhatian semasa

dalam kelas yang melibatkan aktiviti membaca. Postura duduk responden

adalah menegak ke hadapan tanpa penyandar. Menurut Herman Miller Inc.

200218, postura ini dikenali sebagai Forward-inclined Sitting, postura

duduk ini melibatkan material membaca semasa duduk, Iaitu mendapat

Gambar 5Postur duduk akibat seat depth terlalu besar

kestabilan badan yang relaks secara maksimum manakal minda sedang

menjalani tugas membaca material bacaan. Kesan buruk postura duduk ini

adalah kesakitan tulang belakang dan kyphosis disease terutama sekali di

bahagian lumbar region. Selain itu, ia turut menyebabkan kesakitan

di bahagian otot leher, otot di bahgian atas belakang badan serta

menyebabkan penekanan dibahagian ulnar nerve, kedua-kedua elbow atau

forearm akibat perletakkan tangan diatas permukaan meja yang

keras.

(b) Postur Duduk ( kerusi plastik)

Gambar 6Postur duduk akibat ukuran yang tidak sesuai

Gambar 6 menunjukkan responden sedang memberi perhatian dalam kelas

dalam postur keadaan Forward-inclined Sitting. Responden mencapai

kestabilan semasa duduk dengan meletakkan tangan di atas meja dan

meletakkan kaki di palang meja. Responden tidak bersandar dan

membongkok. Dan di bahagian belakang responden diletakkan beg sekolah.

Ini menunjukkan kejanggalan postura duduk akibat daripada ukuran kerusi

yang tidak sepadan dengan ukuran antropometri. Postura duduk ini

merupakan postura janggal kerana kaki responden tidak diletakkan dengan

di atas lantai, tangan sepatutnya diletakkan di atas armrest dan belakang

disokong oleh penyandar kerusi yang ergonomi dan pinggul serta belakang

perlu dilampikkan dengan kerusi yang berkusyen bagi mengurangkan kesan

menghimpit pada kulit dan otot semasa duduk.

Gambar 7

menunjukkan responden memberi perhatian pada pangajaran guru di dalam

kelas pada keadaan postura duduk Reclined Sitting yang tidak bersesuaian

dengan kerusi yang disediakan. Menurut Herman Miller Inc. 2002, postura ini

mengurangkan tampungan di bahagian lumbar region menurun sebanyak

20% dengan memindahkan bebanan badan bahagia atas kepada kerusi.

Tetapi kerusi yang digunakan oleh responden tidak ergonomi kerana

kerusi yang digunakan tidak mempunyai aremrest, tidak berkusyen,

ukuran penyandar terlalu tinggi untuk mid-shoulder height responden

dan seat depth yang kecil untuk menampung pinggul responden jadi

oleh itu keselesaan semasa duduk tidak dapat dicapai dengan

tepat. Kestabilan semasa duduk responden boleh dicapai dengan

selesa sekiranya tangan diletakkan di armrest. Perletakkan kakai

Gambar 7Postur duduk akibat ukuran yang tidak sesuai

di palang kaki menyebabkan penggunaan otot yang mampu menjadi

ketegangan otot kerana menampung bebenan badan bahagian atas pada

kaki di bahagian bawah.

Kesimpulan

Penyelidikan ini dapat merumuskan bahawa, ukuran kerusi yang

disediakan oleh pihak sekolah adalah tidak sesuai dengan

ukuran antropometri MSRTS. Berdasarkan statistik deskriptif

menjelaskan terdapat jurang perbezaan yang besar terhadap saiz

antropometri responden mengikut peringkat umur. Ini jelas

menunjukkan satu ukuran statik masih tidak mampu menyesuai

ukuran antropometri responden dengan kerusi. Menurut

Panagiotopoulou,G., et al 2004, menjelaskan kerusi yang boleh adjustable

iaitu yang mempunyai pelbagai saiz adalah sesuatu yang paling sesuai

untuk murid sekolah rendah merupakan salah satu cara yang tepat bagi

mengatasi masalah ini. Rentetan daripada itu, ketidaksesuaian

ukuran, maka ini jelas wujud postur-postur duduk yang janggal

di kalangan MSRTS semasa menjalani proses pembelajaran di

dalam kelas. Selain itu, berdasarkan penyelidikan ini ia boleh

merumuskan bahawa rekabentuk kerusi sekolah rendah perlu

mempunyai beberapa perkara penting iaitu (a) penyandar

berkusyen mempunyai bentuk kontour yang mempunyai kesesuaian

dengan ukuran midshoulder height ,ia bertujuan untuk mengekalkan

postur neutral tulang belakang semasa duduk , (b) ketinggian

tempat duduk perlulah bersesuaian dengan ukuran popliteal height

bagi memudahkan pemindahan bebanan badan ke lantai badan

semasa duduk,(c) permukaan tempat duduk perlu dilampik dengan

kusyen bagi memudahkan pengahihan bebanan badan semasa duduk,

(d) kerusi perlulah memudahkan pergerakan secara lateral, (d)

menyediakan tempat armrest bagi mencapai kestabilan semasa

duduk dan menyokong bebanan bahagian duduk semasa duduk. dan

(e) perlu menerap nilai estetik dari segi warna dan ruang

meletak beg . Hasil analisis yang diperolehi merumuskan bahawa,

garisan panduan ukuran kerusi sekolah perlu mempunyai pelbagai ukuran

bagi menyesuaikan dengan pelbagai ukuran antropometri kanak-kanak di

sekolah. Ini jelas menyatakan kerusi kerusi yang dapat disesuaikan

(adjustable chair) adalah kerusi yang mampu menangani masalah

ketidaksepadanan antara ukuran kerusi dan ukuran antropometri

kanak-kanak disekolah

Rujukan

1 Savanur,C. S., Altekar, C. R., & De, A. (2007). Lack of conformity between Indian classroom furniture and student dimensions: proposed future seat/table dimensions, Ergonomics, 50: 10, 1612-1625.

2 Gouvali, M.K., & Boudolos, K. (2006). Match between school furniture dimension and children’s anthropometry. Applied Ergonomics,37, 765-773.

3 Tunay, M., & Melemez, K.(2008). An analysis of biomechanical and anthropometric parameters on classroom furniture design. African Journal of Biotechnology,Vol 7 (8).

4 Pheasant,S. (1998). Body space, anthropometry, ergonomic and the design of work, second edition. Taylor & Francis. Ms 4 -10.

5 Panagiotopoulou,G., Christoulas, K., Papanckolaou, A., & Mandroukas, K. (2004). Classroom furniture dimension and anthropometric measures in primary School. Applied Ergonomic, 35, 121-128.

6 Gouvali, M.K., & Boudolos, K. (2006). Match between school furniture dimension and children’s anthropometry. Applied Ergonomics,37, 765-773.

7 Lipardo DS, PTRP, MSPT; Espaldon, MJH; Javier, ALV; Lopez, PNL;Ng Tsai AC & Yruma, MEM. (2006). Anthropometric measurements of public elementary school students in district IV of Manila Philippine. Journal of Allied Health Sciences.Vol1.

8 Parcells. C., Stommel. M., & Hubbard. R. P. (1999). Mismatch of classroom furniture and student body dimensions: Empirical findings and Health implications, J. Adolescent Health,24: 265-273.

9 Pheasant,S. (1988). Body space, antropometry, ergonomic and design.Taylor& Francis. Ms 4-10.

10 Lueder, R., & Rice, V.J. B., (2008). Ergonomics for Children: Designing products and places for toddlers to teens. Taylor & Francis Group. Ms 39-60, 187– 224. 722-74911

Nurul Asyiqin, M.A., Shamsul., B.M.T., Velu, P., Mohd Sharizal, D., Mohd Rafee, B.B, & Mohammad Azhar, M.N. (2009). Development ergonomics furniture for primary school in Malaysia : industrialdesign process. National Symposium on Advancement in Ergonomics and Safety,82-86.

12 Panero, J., & Zelnik, M. (1979). Human dimension & interior space: a source book of design reference standard. Watson-Guptill. Ms 1-82.

13 Panero, J., & Zelnik, M. (1979). Human dimension & interior space: a source book of design reference standard. Watson-Guptill. Ms 1-82.

14 Gouvali, M.K., & Boudolos, K. (2006). Match between school furniture dimension and children’s anthropometry. Applied Ergonomics,37, 765-773.

15 Domljan, D., Grbac, I., & Hadina, J., (2008). Classroom Furniture Design- Correlation of Pupiland Chair Dimension. Original Scientific Paper, Coll. Antropol. 32(2008) 1 : 257-265.

16 P. C. Dhara, G.C.Khaspuri &S.K Sau (2009).Complaints Arising From a Mismatch Between School Furniture and Anthropometric Measurement of rural Secondary School Children During Classwork. Springer. Environ Health Prev Med (2009) 14:36–45 DOI 10.1007/s12199-008-0055

17 Tiedeman, J. ( 2003), New Concept in Seating. Data diperolehi pada 24 Oktober 2009 dari: http://www.statefundca.com

18 Miller, H.(2002). Body support in the office: sitting,seating, and low back pain. Data diperolehi pada 24 Jun 2009 dari:

http://www.hermanmiller.com

Correspondent :

Wahyuni Masyidah Md Isa is a master candidate of Product Design Department in school of art, USM. Currently, doing her thesis in “Kajian Mengenai Ketidaksepadanan Antropometrik dan Ukuran Kerusi di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah di Zon Utara Malaysia”supervised by Noor Azlina Mohamed Khalidand Mohammad Fauzi Zainuddin .Email : [email protected]

Noor Azlina Mohamed Khalid , Master in Design, MDes (Industrial Design) from Swinburne University of Technology, Australia, is a lecturer in Design Department (Product Design), School of The Arts, USM.Email : [email protected] / [email protected]

Muhammad Fauzi Zainuddin, Master in Industrial Design (Engineering), (MMU, Manchester) and Mphil in Ergonomics (Loughboro U, UK), is a Programme Coordinator of Industrial Design Department in UiTM, Email : [email protected]