Penerapan Konsep Mas'uliyyah dan Amanah dalam Pentadbiran Awam ke arah Bersih Rasuah - Kajian di...

29
1 PENERAPAN KONSEP MAS’ULIYYAH DAN AMANAH DALAM PENTADBIRAN AWAM KE ARAH BERSIH RASUAH KAJIAN DI MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM (MPKB-BRI) 1 Oleh Nurhafilah Musa 2 ABSTRAK Pelbagai dasar dan pelan di peringkat kebangsaan telah dirangka dan dilaksanakan bagi menerapkan konsep amanah dan integriti ke arah mewujudkan pentadbiran awam yang bersih rasuah. Di peringkat negeri Kelantan, kerajaan negeri telah menjadikan konsep UMI (‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan) sebagai tunggak perkhidmatan awam negeri. Dua tahun lepas, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah melancarkan Pelan Transformasi Ummah yang mempunyai lima tunggak utama iaitu faqihan, amiinan, rahiiman, ‘ilman dan salaaman. Melihat kepada konsep UMI dan Pelan Transformasi Ummah terdapat pertalian yang rapat antara konsep Mas’uliyyah dan amiinan atau amanah. Konsep Mas’uliyyah (kebertanggungjawaban) dan amanah (amiinan) merupakan dua tunggak penting dalam memastikan kakitangan perkhidmatan awam berintegriti dan bersih daripada rasuah. Kajian bertujuan untuk menghuraikan kepentingan konsep mas’uliyyah dan amanah ke arah mewujudkan pentadbiran awam yang bersih. Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), sebuah agensi di bawah kerajaan negeri Kelantan, diambil sebagai sampel kajian ini untuk menerangkan dasar mas’uliyyah dan amanah serta kaitannya dalam mewujudkan pentadbiran yang bersih daripada rasuah. Penulisan ini dimulakan dengan perbincangan umum mengenai sifat amiinan (amanah), mas’uliyyah dan integriti. Kemudian, kedudukan rasuah dalam perundangan Islam dan perundangan Malaysia dibincangkan. Seterusnya, model pentadbiran kerajaan negeri Kelantan akan dianalisa dan dikaji untuk mengenal pasti keberkesanan dasar yang sedia ada yang boleh dijadikan panduan oleh pembuat dasar dan pelaksana lain di seluruh Malaysia. Perbincangan pada bahagian ini mengambil contoh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), sebagai salah satu badan berkanun di bawah kerajaan negeri Kelantan, yang melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam termasuklah konsep UMI. Penerapan konsep Mas’uliyyah dan amanah di MPKB dikaji melalui temu ramah dengan beberapa orang pegawai tertinggi MPKB dan pelaksanaan ‘rapid assessment surveykepada sejumlah kakitangan MPKB. Bahagian akhir kajian ini akan membincangkan hasil kajian, analisis kajian serta mengemukakan beberapa cadangan berdasarkan dapatan kajian. 1 Penulis mengucapkan terima kasih kepada pihak JAHEAIK atas peruntukan penyelidikan yang diberikan yang membolehkan temuramah dan rapid assessment survey dijalankan ke atas kakitangan MPKB. Penulis juga mengucapkan terima kasih kepad Tuan Haji Anis Yusal Yusoff, Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik UKM dan juga konsultan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas bantuan menderaf dan menyemak rapid assessment survey berkaitan rasuah yang digunakan dalam penyelidikan ini dan kepada Amal Amirah Omar atas bantuan memproses data daripada rapid assessment survey. 2 Pensyarah Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Emel : [email protected]

Transcript of Penerapan Konsep Mas'uliyyah dan Amanah dalam Pentadbiran Awam ke arah Bersih Rasuah - Kajian di...

1

PENERAPAN KONSEP MAS’ULIYYAH DAN AMANAH DALAM PENTADBIRAN

AWAM KE ARAH BERSIH RASUAH – KAJIAN DI MAJLIS PERBANDARAN

KOTA BHARU – BANDARAYA ISLAM (MPKB-BRI)1

Oleh

Nurhafilah Musa2

ABSTRAK

Pelbagai dasar dan pelan di peringkat kebangsaan telah dirangka dan dilaksanakan bagi menerapkan

konsep amanah dan integriti ke arah mewujudkan pentadbiran awam yang bersih rasuah. Di peringkat

negeri Kelantan, kerajaan negeri telah menjadikan konsep UMI (‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan)

sebagai tunggak perkhidmatan awam negeri. Dua tahun lepas, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Kelantan (JAHEAIK) telah melancarkan Pelan Transformasi Ummah yang mempunyai lima tunggak

utama iaitu faqihan, amiinan, rahiiman, ‘ilman dan salaaman. Melihat kepada konsep UMI dan Pelan

Transformasi Ummah terdapat pertalian yang rapat antara konsep Mas’uliyyah dan amiinan atau

amanah. Konsep Mas’uliyyah (kebertanggungjawaban) dan amanah (amiinan) merupakan dua

tunggak penting dalam memastikan kakitangan perkhidmatan awam berintegriti dan bersih daripada

rasuah. Kajian bertujuan untuk menghuraikan kepentingan konsep mas’uliyyah dan amanah ke arah

mewujudkan pentadbiran awam yang bersih. Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam

(MPKB-BRI), sebuah agensi di bawah kerajaan negeri Kelantan, diambil sebagai sampel kajian ini

untuk menerangkan dasar mas’uliyyah dan amanah serta kaitannya dalam mewujudkan pentadbiran

yang bersih daripada rasuah. Penulisan ini dimulakan dengan perbincangan umum mengenai sifat

amiinan (amanah), mas’uliyyah dan integriti. Kemudian, kedudukan rasuah dalam perundangan Islam

dan perundangan Malaysia dibincangkan. Seterusnya, model pentadbiran kerajaan negeri Kelantan

akan dianalisa dan dikaji untuk mengenal pasti keberkesanan dasar yang sedia ada yang boleh

dijadikan panduan oleh pembuat dasar dan pelaksana lain di seluruh Malaysia. Perbincangan pada

bahagian ini mengambil contoh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), sebagai salah satu badan

berkanun di bawah kerajaan negeri Kelantan, yang melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam

termasuklah konsep UMI. Penerapan konsep Mas’uliyyah dan amanah di MPKB dikaji melalui temu

ramah dengan beberapa orang pegawai tertinggi MPKB dan pelaksanaan ‘rapid assessment survey’

kepada sejumlah kakitangan MPKB. Bahagian akhir kajian ini akan membincangkan hasil kajian,

analisis kajian serta mengemukakan beberapa cadangan berdasarkan dapatan kajian.

1 Penulis mengucapkan terima kasih kepada pihak JAHEAIK atas peruntukan penyelidikan yang diberikan yang

membolehkan temuramah dan rapid assessment survey dijalankan ke atas kakitangan MPKB. Penulis juga mengucapkan terima kasih kepad Tuan Haji Anis Yusal Yusoff, Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik UKM dan juga konsultan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas bantuan menderaf dan menyemak rapid assessment survey berkaitan rasuah yang digunakan dalam penyelidikan ini dan kepada Amal Amirah Omar atas bantuan memproses data daripada rapid assessment survey. 2 Pensyarah Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Emel : [email protected]

2

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Kajian mengenai penerapan konsep mas’uliyyah (kebertanggungjawaban) dan

amanah (amiinan) dalam pentadbiran awam negeri Kelantan ke arah bersih rasuah ini

dijalankan dengan peruntukan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

(JAHEAIK). Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dijadikan

sampel kajian untuk melihat bagaimana konsep mas’uliyyah dan amanah diterapkan di

kalangan kakitangan. Kerangka kajian ini menumpukan kepada aspek pemahaman dan

persepsi kakitangan terhadap kedua-dua konsep tersebut. Kajian ini akan menjelaskan

dapatan daripada penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang dijalankan ke atas sebahagian

kakitangan MPKB-BRI mengenai kefahaman dan persepsi mereka berkaitan mas’uliyyah,

amanah dan rasuah. Hasil kajian ini akan memperlihatkan setakat mana impak penerapan

mas’uliyyah dan amanah dalam pentadbiran awam negeri Kelantan khususnya di MPKB-

BRI.

2. PENDAHULUAN

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit

dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan

memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada

mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan

persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat

kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat

perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Al-Ahzab : 72

Perkataan ‘amanah’ membawa beberapa konotasi dalam epistemologi Islam. Al-

Quran, dalam ayat di atas, menyatakan bahawa manusia sanggup menerima amanah yang

berat sebagai khalifah Allah. Amanah juga merupakan salah satu daripada sifat wajib bagi

para Rasul. Amanah, merujuk kepada sumber asal perkataan bahasa Arabnya berasal da-

ripada perkataan ‘amina’ yang bermaksud percaya atau aman. Hilangnya sifat amanah telah

dijadikan salah satu tanda kiamat semakin hampir. Semua perbahasan di atas menunjukkan

betapa signifikannya amanah dalam kehidupan seorang Muslim.

Dalam konteks pentadbiran awam, salah satu daripada implikasi hilangnya amanah

dan integriti di kalangan penjawat awam ialah berlakunya jenayah rasuah. Jenayah ini

merupakan satu perkara yang sangat serius sehingga kerajaan telah meletakkan satu bab

dalam buku Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) mengenai ‘Memartabat Nilai Integriti

Tertinggi’.3 Selain itu, membanteras rasuah telah dijadikan salah satu daripada 6 Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 4

. Kakitangan kerajaan dianggap sebagai penjaga

kepada kepentingan awam, Oleh itu, kerajaan perlu mengamalkan piawaian kod etika

3 Bab 7, Rancangan Malaysia Kesepuluh.

4 Laman web rasmi NKRA Corruption : http://www.nkracorruption.gov.my/index.php?lang=en-GB

3

tertinggi dan tadbir urus baik untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat. Salah

satu daripada strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memartabatkan nilai integriti

ialah dengan membanteras rasuah bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian.

Membanteras rasuah merupakan bidang keutamaan tinggi kerana rasuah menjadi asas yang

meruntuhkan integriti Kerajaan. Pada tahun 2012, kedudukan Malaysia jatuh ke tempat 54

daripada 176 negara dalam Transparency International Corruption Perception Index (TI-

CPI).5

Sejak negeri Kelantan diperintah oleh PAS mulai tahun 1990, tidak ada sebarang kes

rasuah di kalangan pemimpin politik mahupun pegawai tertinggi yang dibawa ke mahkamah.6

Pentadbiran kerajaan Kelantan yang sifar rasuah diambil sebagai model oleh kajian ini untuk

menerangkan dasar amanah, kaitannya dengan konsep ‘ubudiyah, masuliyyah dan itqan

dalam mewujudkan pentadbiran yang bersih daripada rasuah.

Objektif kajian ini ialah, pertama, untuk membincangkan secara umum konsep

mas’uliyyah, amiinan (amanah), integriti dan rasuah; kedua, menjelaskan pelaksanaan dasar

UMI (‘ubudiyyah, mas’uliyyah dan itqan) khususnya mas’uliyyah dengan memberi

penekanan kepada keberkesanannya kepada integriti kakitangan di Majlis Perbandaran Kota

Bharu; ketiga, membentangkan dan menganalisa hasil ‘rapid assessment survey’ yang telah

dijalankan ke atas kakitangan MPKB-BRI mengenai mas’uliyyah dan amanah, dan akhir

sekali, kajian ini akan mengemukakan cadangan ke arah meningkatkan tahap amanah dan

integriti di kalangan penjawat awam di negeri Kelantan khusunya di MPKB-BRI berdasarkan

dapatan kajian.

Penulisan ini dimulakan dengan menyatakan kaedah penyelidikan yang digunakan,

iaitu kajian kepustakaan, temuramah dan ‘rapid assessment survey’. Kemudian, konsep

‘ubudiyyah, mas’uliyyah, itqan, amanah, integriti dan rasuah serta kaitannya antara satu sama

lain dibincangkan. Selepas iitu, pengenalan ringkas mengenai MPKB akan diberikan

termasuk program-program yang telah dilaksanakan untuk memastikan konsep mas’uliyyah

dan amanah diterapkan di kalangan kakitangannya. Seterusnya, hasil penyelidikan akan

dikemukakan dan cadangan-cadangan untuk penambahbaikan turut dibentangkan di bahagian

akhir penulisan ini.

3. KAEDAH PENYELIDIKAN

Kajian ini menggunakan tiga kaedah penyelidikan; pertama, temu ramah; kedua, ‘ra-

pid assessment survey’ dan ketiga, kajian kepustakaan. Temuramah telah diadakan dengan

beberapa orang pengarah bahagian dan jabatan di Majlis Perbandaran Kota Bharu –

Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Selain itu, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

5 Laman web Transparency International Malaysia: http://transparency.org.my/what-we-

do/indexes/corruption-perceptions-index/2012-cpi/ 6 http://www.harakahdaily.my/tiada-pegawai-kelantan-rasuah-sejak-1990

4

Malaysia (SPRM) cawangan Kelantan juga ditemui untuk mendapatkan maklumat yang

relevan dengan penyelidikan.

Penilaian berbentuk ‘rapid assessment’ atau ‘rapid assessment survey’ didefinisikan

sebagai,

…intensive, team-based qualitative inquiry using triangulation, iterative data analysis

and additional data collection to quickly develop a preliminary understanding of a situa-

tion from the insider’s perspective. 7

Kaedah ini membolehkan pengkaji memperoleh kefahaman awal tentang situasi yang

kompleks dan memerlukan pandangan orang yang berada di dalam sesebuah institusi dan

pengkaji tidak mempunyai masa yang panjang untuk mengendalikan penyelidikan secara

kualitatif dengan sempurna.8 Ciri utama kaedah ini ialah keputusannya boleh diperolehi

antara seminggu ke enam minggu. Bagi kajian ini, soal selidik telah diedarkan pada 28 dan

29 Ogos 2013 kepada sebahagian daripada kakitangan MPKB. Analisa daripada soal selidik

ini diperolehi selepas sebulan edaran dibuat.

Kajian kepustakaan meliputi bahan-bahan berkaitan rasuah secara umum dan gejala

rasuah di Malaysia. Selain itu, dasar-dasar kerajaan Kelantan yang berkaitan serta kajian yang

telah dilakukan ke atas Majlis Perbandaran Kota Bharu juga dirujuk.

4. MAS’ULIYYAH (KEBERTANGGUNGJAWABAN), AMIINAN (AMANAH) DAN

INTEGRITI

Bahagian ini akan membincangkan konsep mas’uliyyah, amanah dan integriti dalam

kerangka kajian yang dibuat. Kesemua konsep yang dinyatakan di atas merupakan konsep

yang saling berhubung kait antara satu sama lain.

Konsep amanah sentiasa menjadi salah satu dasar yang utama dalam pentadbiran ke-

rajaan. Pada tahun 1980-an, slogan Bersih, Cekap dan Amanah9 telah menjadi salah satu

tunggak pentadbiran kerajaan Malaysia. Di Kelantan, apabila Angkatan Perpaduan Ummah

yang dianggotai oleh PAS, Semangat 46, Berjasa dan Hamim menumpaskan Barisan Nasion-

al dalam. Pilihanraya Umum pada tahun 199010

, kerajaan Kelantan yang dibentuk telah

menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama dalam memandu pentadbiran

negeri.11

‘Membangun Bersama Islam’ telah dijadikan slogan yang menjadi paksi kepada

7 Beebe, James, Rapid Assessment Process, Encyclopedia of Social Measurement, Vol. 00 2004, 1-7

8 Ibid.

9 Laman web pejabat Perdana Menteri Malayasia :

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/02BERSIH_CEKAP_AMANAH.pdf 10

http://malaysiafactbook.com/Malaysian_general_election,_1990 11

Dasar-dasar Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim – Membangun Bersama Islam, Perundangan dan Keha-

kiman (2005) Pusat Kajian Strategik, 2

5

segala perancangan kerajaan negeri Kelantan yang di dalamnya terkandung 3 ciri asas, iaitu

‘Ubudiyah, Mas’uliyyah dan Itqan.12

Kajian ini hanya menumpukan kepada ciri Mas’uliyyah yang selari dengan Amiinan

(amanah) yang merupakan salah satu daripada lima tunggak dalam Pelan Transformasi

Ummah13

yang digagaskan oleh JAHEAIK. Mas’uliyyah bermaksud,

Pertanggungawaban (akauntabliti) yang merujuk kepada sifat kerja seseorang yang

dikaitkan dengan kedudukan Allah SWT sebagai pemberi tanggungjawab. Segala

kerja (tanggungjawab) akan dipersoalkan oleh Allah untuk pengadilan. Aspek ini

dirakamkan dalam konsep khilafah (vicegerence).14

Pelaksanaan konsep Mas’uliyyah ini dikaitkan dengan peranan manusia sebagai khalifah

Allah yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi dengan syariat Allah.15

Peranan ini

tidak akan terlaksana jika tidak dikawal oleh Syariat Allah. Oleh itu, konsep Mas’uliyyah

memerlukan kepada syariat dan fiqh. Ketiga-tiga konsep ini; ‘Ubudiyah, Mas’uliyyah dan

Itqan telah menjadi asas pentadbiran dalam kerajaan negeri Kelantan sehingga sekarang.16

Daripada penerangan di atas yang diberikan tentang mas’uliyyah dan amanah, dapat

disimpulkan bahawa kedua-dua konsep ini saling berkait rapat antara satu sama lain.

Seseorang yang memenuhi mas’uliyyahnya atau tanggungjawabnya adalah seorang yang

amanah. Orang yang amanah adalah seseorang yang sentiasa merasai bahawa setiap

perbuatannya diperhatikan oleh Allah. Dia takut untuk melakukan sesuatu yang boleh

mengkhianati amanah tersebut sekalipun tidak diketahui perbuatannya itu oleh orang lain. Ini

selari dengan takrif Ihsan yang dinyatakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW,

Ihsan ialah apabila kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika

kamu tidak dapat merasakan bahawa kamu melihat Allah, (ketahuilah) sesungguhnya

Allah melihat kamu.

Sejajar dengan itu, amiinan atau sifat amanah dijadikan salah satu tunggak dalam

pelan Transformasi Ummah yang digagaskan oleh JAHEAIK dengan perkenan DYMM

Sultan Kelantan. Amanah adalah unsur utama yang perlu ada dalam individu Muslim ke arah

melahirkan masyarakat yang bertaqwa.17

Sifat amanah terbina atas tiga unsur penting;

pertama, tidak mengambil sesuatu yang bukan haknya; kedua, menunaikan apa yang wajib ke

12

Ibid. 13

Titah Perasmian DYMM Sultan Muhammad V, (2012) Jurnal Keputeraan Jilid 1, ix. 14

Dasar-dasar Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim – Membangun Bersama Islam, Perundangan dan Keha-

kiman (2005) Pusat Kajian Strategik, 2 15

Ibid, 3. 16

Laman web rasmi kerajaan negeri Kelantan – Nilai Teras Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan: http://www.kelantan.gov.my/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=45&Itemid=124&lang=bm 17

Ahmad Najib Abdullah (2012) Aminan : Kepentingan dan Peranan dalam Masyarakat Bertaqwa, Jurnal Ke-

puteraan [2012] Jilid 1, 71-103, 71.

6

atas dirinya untuk memberikan hak kepada orang yang berhak mendapatkannya; dan ketiga,

memelihara apa yang dipertanggungjawabkan kepadanya dan tidak mencuaikannya.18

Dalam konteks perbincangan hari ini, konsep mas’uliyyah dan amanah juga berkait

rapat dengan konsep integriti. Tan Sri Datuk Dr. Sulaiman Mahbob menyatakan bahawa,

Secara kasarnya, integriti ialah himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan

individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran

dan amalan bermoral tinggi. Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di

antara apa yang dikatakan dengan apa yang dilakukan; keselarasan di antara

tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di

antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.19

Definisi yang dinyatakan ini selari dengan maksud dan amaran daripada Allah yang disebut

dalam ayat 2-3 surah As-Saf,

Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu

tidak melakukannya? Amat besar kebencian di sisi Allah apabila kamu

memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya.

Dalam konteks perkhidmatan awam, integriti bermaksud ‘melaksanakan amanah dan

kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.’20

Dalam melaksanakan

tugas sebagai kakitangan perkhidmatan awam, kepentingan umum mestilah mengatasi

kepentingan peribadi. Jika keadaan ini dapat dicapai secara konsisten, barulah seorang

kakitangan itu dianggap seorang berintegriti. Dari perspektif Islam, seorang yang bertaqwa

mampu mencapai tahap integriti yang tinggi kerana dia sentiasa merasakan Allah

memerhatikan segala tingkah lakunya dan dia akan merasa malu apabila melanggar batasan

yang telah diletakkan oleh Allah SWT.

Dalam sebuah organisasi, integriti, amanah dan mas’uliyyah dalam pentadbiran dan

kepimpinan mestilah berdasarkan nilai-nilai agama, mematuhi etika, undang-undang dan

hukum syara’ serta, dalam masa yang sama, mengambil kira kebijaksanaan daripada pelbagai

sumber.21

Untuk membantu meningkatkan tahap integriti dalam perkhidmatan awam,

kerajaan Malaysia telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004.

Objektif Pelan Integriti Nasional ialah,

18

Syeikh Abdul Rahman al-Maidani (1999) Al-Akhlaq Al-Islamiyyah wa Ususuha, Damsyiq : Dar al-Qalam, 1/646-647. 19

Sulaiman Mahbob (2005) Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam Etika dan Integriti di Malaysia – Isu dan Caba-ran, Mazilan Musa et.al. (penyunting) Kuala Lumpur : Institut Integriti Malaysia (cet. kedua) 3. 20

Ibid. 21

Wan Mohd Nor Wan Daud (2007) Integriti dan Mas’uliah dalam Kepimpinan, dalam Integrti Politik di Malay-sia – ke arah Kefahaman yang Lebih Sempurna, Anis Yusal Yusoff et. al (eds.) Kuala Lumpur : Institut Integriti Malaysia, 26-64.

7

i) Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat

bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,

berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

ii) Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam

usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan

diamalkan dalam semua bidang;

iii) Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat

serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip

integriti dan bergerak cergas mengerakkan integriti;

iv) Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara,

dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

v) Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani

cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.22

Pelan Integriti Nasional telah dilancarkan hampir 10 tahun. Sepatutnya, banyak

perkara yang boleh dicapai dalam tempoh sedekad. Namun begitu, Laporan Audit Negara

201223

baru-baru ini mendedahkan pelbagai kepincangan dalam pentadbiran yang

disebabkan, antara lainnya, kurang sifat amanah dan integriti di kalangan kakitangan awam.

Dalam memberi komen terhadap Laporan Audit yang dibentangkannya, Ketua Audit Negara

menyatakan,

Pada umumnya terdapat kelemahan seperti pembayaran tidak teratur; kerja/bekalan

tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai; kelewatan tidak munasabah;

pembaziran; kelemahan pengurusan hasil dan kelemahan pengurusan aset kerajaan.

Kelemahan itu antaranya disebabkan kecuaian dalam mematuhi peraturan/prosedur

yang ditetapkan kerajaan; kurang teliti semasa merancang program/aktiviti/projek;

tidak memantau kerja kontraktor/vendor/perunding; kurang kemahiran dalam

pengurusan projek, lewat membuat keputusan mengenai perolehan, kurang

peruntukan untuk penyelenggaraan aset dan kekurangan pegawai untuk mengutip

hasil...24

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan di semua

peringkat untuk memastikan lahirnya masyarakat Malaysia yang beramanah, berintegriti dan

bersih rasuah.

22

Sulaiman Mahbob (2005) Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam Etika dan Integriti di Malaysia – Isu dan Caba-ran, Mazilan Musa et.al. (penyunting) Kuala Lumpur : Institut Integriti Malaysia (cet. kedua) 8. 23

Boleh dimuat turun melalui laman web : www.audit.gov.my 24

Laporan Berita Harian online : http://www.bharian.com.my/articles/653syorpenambahbaikandalamlaporanKetuaAuditNegara2012/Article/ Tarikh : 1 Oktober 2013.

8

5. RASUAH – PERSPEKTIF ISLAM, ANTARABANGSA DAN PENTADBIRAN

AWAM

Salah satu daripada implikasi daripada hilangnya amanah, kebertanggungjawaban dan

integriti ialah berlakunya gejala rasuah. Perkataan ‘rasuah’ diambil daripada perkataan

bahasa Arab ‘risywah’ yang berasal daripada kata dasar ‘rasya’ yang bermaksud ‘tali yang

diikat pada timba yang digunakan untuk mengambil air dari perigi.’25

Mengikut Shofian

Ahmad,

Definisi ini menggambarkan maksud rasuah secara kiasan, iaitu cara (tali) yang

digunakan oleh seseorang untuk mencapai matlamatnya (mendapatkan air).26

Yusuf Qaradhawi berpandangan bahawa rasuah merupakan salah satu perbuatan yang

termasuk dalam kategori memakan harta orang lain secara batil.27

Beliau mentakrifkan rasuah

sebagai,

..sejumlah wang dibayar kepada seorang penguasa, atau orang berpangkat tinggi

supaya menjatuhkan hukuman bagi kepentingan orang yang memberi rasuah,

ataupun menjatuhkan hukuman ke atas lawannya untuk memenuhi kemahuannya atau

menyempurnakan sesuatu urusan yang dikejarnya atau melambatkan sesuatu urusan

untuk kepentingan dirinya, atau apa jua manfaat yang bakal dituntut dari sebab

membayar rasuah itu.28

Beliau turut menyenaraikan kesan buruk rasuah, iaitu,

i) Menghancurkan keadilan dalam sesebuah negara

ii) Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran dan skil

iii) Muncul masyarakat yang pentingkan diri sendiri

iv) Menghasilkan kerja yang buruk

v) Kos pengurusan akan meningkat

vi) Pengurusan pentadbiran menjadi lewat dan lembap

vii) Muncul orang jahat yang bertambah jahat

viii) Menyebabkan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang29

Allah mengharamkan perbuatan memakan harta orang lain secara batil, termasuklah

melalui rasuah dalam firman-Nya yang bermaksud,

25

Shofian Ahmad (2008) Jenayah Rasuah : Bentuk dan Hukum Menurut Islam, dalam Al-Syariah Jilid 4 – Fiqh Jenayah, Siti Zalikhah Md. Nor et.al. (eds.) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 63. 26

Ibid. 27

Yusuf Qaradhawi (2011) Halal dan Haram dalan Islam (penterjemah : Zulkifli Mohamad Al-Bakri) Selangor : Darul Syakir, 545. 28

Ibid. 29

Ibid.

9

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara

kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu

(memberi rasuah) kepada hakim-hakim keranan hendak memakan (atau mengambil)

sebahagian dari harta manuia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui

(salahnya). Al-Baqarah : 188

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya,

Allah mengutuk pemberi rasuah dan sesiapa yang menerima rasuah dalam

hukuman.30

Jelas dalam Islam bahawa perbuatan rasuah adalah suatu perbuatan yang haram dan terkutuk.

Walaupun kesalahan rasuah tidak termasuk dalam perbahasan kesalahan yang boleh

dikenakan hukuman hudud, namun kesalahan rasuah boleh dikenakan hukuman ta’zir, iaitu

terserah kepada budi bicara pemerintah untuk mengenakan hukuman apabila tertuduh sabit

kesalahan.

Di peringkat antarabangsa, rasuah, secara umum, bermaksud,

“the abuse of entrusted power for private gain.”31

(Salah guna kuasa yang diamanahkan untuk kepentingan peribadi)

Transparency International mengklasifikasikan rasuah kepada tiga; rasuah besar, rasuah kecil

dan rasuah politik; bergantung kepada jumlah wang yang hilang dan sektor mana rasuah

tersebut berlaku.32

Rasuah besar merangkumi perbuatan yang dilakukan di peringkat atasan

kerajaan yang menjejaskan polisi atau fungsi utama sesebuah negeri yang membolehkan

pemimpin mendapat manfaat daripada kepentingan umum.33

Rasuah kecil pula merujuk

kepada salah guna kuasa yang dilakukan oleh pegawai peringkat pertengahan atau bawahan

dalam interaksi mereka engan orang ramai, yang biasanya cuba memperoleh keperluan asas

atau perkhidmatan asas seperti di hospital, sekolah, balai polis dan agensi-agensi lain.34

Rasuah politik ialah manipulasi terhadap polisi, institusi dan peraturan berkaitan prosedur

dalam pembahagian sumber dan kewangan oleh pihak pembuat keputusan yang

menyalahgunakan kedudukan untuk kekal dalam kuasa, status dan kekayaan.35

Klasifikasi

yang diberikan oleh Transparency International menunjukkan bahawa rasuah bukan sahaja

melibatkan wang tetapi meliputi salah guna kuasa dalam semua lapisan pentadbiran yang

dilakukan untuk kepentingan peribadi. Takrifan yang diberikan ini selari dengan definisi

rasuah yang terkandung dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

30

Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya. 31

Laman web Transparency International - http://www.transparency.org/whoweare/organisation/faqs_on_corruption#defineCorruption 32

Ibid. 33

Ibid. 34

Ibid. 35

Ibid.

10

Dalam konteks perundangan Malaysia, rasuah ‘merupakan suatu perbuatan sama ada

memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga

sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas

seseorang itu’.36

Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 menya-

takan definisi ‘suapan’ ialah,

(a) Wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepent-

ingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih,

faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

(b) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan,

dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhid-

matan atas apa-apa sifat;

(c) Apa-apa bayaran, pelepasan, penuaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, ob-

ligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

(d) Apa-apa balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan

atau peratusan;

(e) Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai

wang atau benda berharga;

(f) Apa-apa perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada

apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau

daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau je-

nayah, sama ada atau tidak, sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau

menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau

kewajipan rasmi; dan

(g) Apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat,

untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga

(f);

Bahagian IV Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (seksyen 16

hingga 28) menjelaskan kesalahan-kesalahan serta penalti yang akan dikenakan bagi

kesalahan menerima suapan atau memberi suapan atau memberi sogokan kepada pegawai

badan awam atau menggunakan kedudukan untuk suapan. Contohnya, seksyen 16

memperuntukkan,

Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang

lain-

36

Laman web rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM): http://www.sprm.gov.my/pertanyaan-umum.html

11

(a) secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk

menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau

(b) secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada

mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi

faedah orang lain,

apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi, atau selainnya oleh sebab-

(A) mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua

berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang

sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku; atau

(B) mana-mana pegawai sesuatu badan awam melakukan atau tidak

melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau

transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang

mungkin berlaku, yang dengannya badan awam itu terlibat,

melakukan suatu kesalahan.

Penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 dan 23 Akta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dinyatakan di bawah seksyen 24, iaitu

(1) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 16,17, 20, 21, 22

dan 23 apabila disabitkan boleh –

(a) dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun; dan

(b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang

menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau

berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan sebuah badan yang

ditubuhkan bagi menangani gejala rasuah. Berdasarkan seksyen 7 Akta SPRM, fungsi

pegawai SPRM ialah,

(a) Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di

bawah Akta SPRM 2009 dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang

difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;

(b) Mengesan dan menyiasat :-

(i)Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta SPRM 2009;

(ii) Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan

dibawah Akta SPRM 2009; dan

(iii) Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah

Akta 2009;

12

(c) Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan

penemuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajian

semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya

mungkin membawa kepada rasuah;

(d) Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan

orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu;

(e) Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan,

sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-

kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua

Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah;

(f) Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan

(g) Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

Secara ringkasnya, peranan SPRM boleh dibahagikan kepada penguatkuasaan,

pendidikan dan pencegahan. Dalam memainkan peranan pencegahan, antara punca yang

dikenal pasti membawa kepada berlakunya rasuah ialah peluang, tekanan dan rasionalisasi.

Sistem prosedur yang lemah, kurang pemantauan, lemah kawalan dalaman dan tiada

pengasingan tugas antara sebab yang dikenal pasti membuka peluang kepada berlakunya

rasuah.37

Punca-punca tekanan yang membawa kepada rauah termasuklah berhutang, berjudi,

beban kerja yang tidak setimpal dengan gaji, persaingan dalam perniagaan dan hidup

melebihi kemampuan.38

Rasionalisasi membawa maksud pelaku rasuah memberi justifikasi

kepada diri sendiri mengapa perbuatan rasuah tidak menjadi satu kesalahan bagi dirinya.

Contohnya dengan memberi alasan bahawa tiada orang yang akan melaporkan perbuatannya

kepada pihak berkuasa.39

Isu-isu yang dinyatakan di sini perlu dilihat secara menyeluruh

dalam membentuk suasana yang tidak menggalakkan kepada berlakunya rasuah.

Jenayah rasuah memberi pelbagai kesan kepada negara. Kesan rasuah boleh dilihat

dalam konteks ekonomi, politik dan sosial. Dari segi ekonomi, rasuah akan mengurangkan

pertumbuhan dan pelaburan, merendahkan tahap keusahawanan sebenar dan menggalakkan

ekonomi yang dipandu oleh kerajaan serta menyebabkan ketidaksamarataan dalam

masyarakat semakin teruk.40

Dari segi politik, demokrasi sesebuah negara akan berada dalam

keadaan terumbang-ambing apabila pemimpinnya menggunakan kedudukan untuk

kepentingan peribadi.41

Rasuah juga memberi impak kepada hubungan sesama rakyat apabila

37

Laman web SPRM: http://www.sprm.gov.my/files/Mencegah_Rasuah.pdf 38

Ibid. 39

Ibid. 40

Anis Yusal Yusoff et.al. (2012) Combating Corruption: Understanding Anti-Corruption Initiatives in Malaysia, Kuala Lumpur : Institute for Democracy and Economic Affairs, 18-19. 41

Ibid, 20.

13

rasuah mencipta ketidaksamarataan dan menghakis kepercayaan.42

Kesan negatif kitaran

rasuah kepada negara boleh dirujuk pada rajah di bawah.

Rajah 1 : Kesan kitaran jenayah rasuah kepada masyarakat43

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam laporannya pada

tahun 2011, menyatakan bahawa kerajaan kehilangan sekitar RM2.2 billion pendapatan yang

sepatutnya dikutip daripada duti kastam yang disebabkan oleh perisytiharan palsu yang

dibuat dalam import dan eksport barangan, tidak mengiystiharkan nilai sebenar barangan,

penyelewengan dan manipulasi dalam borang pembayaran cukai dan persubahatan di

kalangan kakitangan kastam.44

Jika dianggarkan kos pembinaan hospital ialah sekitar RM100

juta, kehilangan pendapatan negara sebanyak RM2.2 billion sebenarnya boleh membina lebih

daripada 2000 buah hospital di seluruh negara. Ini adalah anggaran nilai kemudahan yang

sepatutnya dinikmati oleh rakyat tetapi telah dirampas oleh orang yang melakukan rasuah.

Laporan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 mendapati bahawa Indeks

Persepsi Rasuah Malaysia ialah 6.76.45

Ini bermakna, secara umumnya, responden kajian

mendapati bahawa tahap rasuah di Malaysia lebih baik berbanding Corruption Perception

Index (CPI) oleh Transparency International bagi tahun 2007 di mana Malaysia berada pada

42

Ibid. 43

Ibid, 21. 44

Laporan Tahunan SPRM 2011, 44. 45

Laporan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007, 12.

Rasuah

Terhakis akauntabiliti demokrasi

Pemimpin yang dipilih hilang

legitimasi politik

Terhakisnya kepercayaan masyarakat

kepada institusii awam

Kurang pematuhan

kepada prinsip 'rule of law'

Rendah tahap kepercayaan masyarakat

Lemah masyarakat

sivil

14

tangga ke-43 daripada 179 buah negara di dunia.46

Laporan ini juga menyatakan bahawa

responden berpendapat tahap amalan rasuah di Malaysia adalah tinggi iaitu 53.9% daripada

jumlah responden.47

Laporan ini juga mendapati bahawa tahap kefahaman penjawat awam

terhadap rasuah ialah 80%. 48

Secara keseluruhannya, laporan ini menggambarkan bahawa masyarakat masih tidak

jelas bahawa ada beberapa perbuatan dianggap sebagai kesalahan rasuah seperti penglibatan

langsung dalam pemberian kontrak kepada ahli keluarga, penglibatan langsung dalam

pelantikan ahli keluarga bagi mengisi kekosongan jawatan di jabatan dan menggunakan

jawatan untuk mendapatkan sesuatu faedah.49

Tahap kefahaman rasuah di kalangan

kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah rendah berbanding kakitangan di jabatan

kerajaan lain apabilan ini digambarkan melalui 60.5% daripada kakitangan PBT yang

berpendapat bahawa menggunakan peruntukan pejabat untuk faedah diri sendiri adalah

rasuah.50

Ini menunjukkan bawah hampir 40% kakitangan PBT menganggap penggunaan

peruntukan pejabat untuk kepentingan diri sendiri bukan merupakan satu kesalahan. Laporan

ini juga merumuskan bahawa catatan indeks 6.76 merupakan satu indeks yang agak

membimbangkan. 51

Sekalipun laporan ini diterbitkan untuk tahun kajian enam tahun lepas,

ini masih boleh dijadikan sokongan bahawa tahap kefahaman dan pengamalan amanah dan

integriti di Malaysia adalah pada tahap yang tidak membanggakan.

6. PENGENALAN RINGKAS MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU –

BANDARAYA ISLAM

Selepas konsep amanah, mas’uliyyah dan rasuah diterangkan, kajian ini akan

memfokuskan perbincangan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-

BRI) sebagai agensi di bawah kerajaan negeri Kelantan yang dipilih untuk menjadi model

pelaksanaan dasar Membangun Bersama Islam dan konsep UMI (‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah

dan Itqan). Fokus perbincangan ialah untuk melihat bagaimana ciri amiinan (amanah)

diterapkan melalui konsep mas’uliyyah di negeri Kelantan sehingga berjaya menghapuskan

rasuah.

Pemilihan dibuat atas beberapa sebab. Sebab pertama ialah MPKB-BRI berhasrat

untuk menjadi Bandaraya Islam pada tahun 2015. YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul

Aziz, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, semasa membuat perisytiharan ke arah

mewujudkan Kota Bharu sebagai Bandraya Islam, menjelaskan bahawa tujuan kerajaan

negeri Kelantan mengisytiharkan MPKB sebagai Bandaraya Islam adalah sebagai satu cara

untuk merealisasikan Islam secara menyeluruh, dalam aspek perbandaran, kemasyarakatan,

46

Ibid. 47

Ibid. 48

Ibid. 49

Ibid, 13. 50

Ibid. 51

Ibid.

15

budaya hidup dan sebagainya. Sebab yang kedua ialah MPKB-BRI merupakan salah satu

agensi kerajaan negeri Kelantan yang paling dekat dengan rakyat kerana berfungsi atas

kapasiti kerajaan tempatan. Oleh itu, sebagai sebuah kerajaan yang kecil dalam konteks

tempatan, pelaksanaan konsep UMI (‘Ubudiyah, Mas’uliyyah dan Itqan) lebih mudah untuk

dikaji dan dianalisa dalam tempoh jangka pendek. Sebab yang ketiga mengapa MPKB-BRI

dipilih sebagai tempat kajian ialah kerana wujudnya Jabatan Pembangunan Islam atau

namanya kini, Jabatan Kemasyarakatan, yang berfungsi untuk melaksanakan program-

program keagamaan termasuk UMI kepada masyarakat Kota Bharu dan kakitangan MPKB-

BRI sendiri. Ini membantu memudahkan proses penilaian terhadap program berkaitan UMI

yang dilaksanakan dalam MPKB-BRI.

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) merupakan sebuah

agensi kerajaan negeri52

yang menguruskan kawasan ibu negeri Kelantan seluas 115.64 km

persegi yang meliputi 28 seksyen di dalam bandar Kota Bharu dan 54 seksyen di luar bandar

Kota Bharu.53

Jumlah penduduk Kota Bharu berdasarkan laporan terkini pada tahun 2010

ialah 314, 964 orang.54

Kawasan MPKB-BRI juga merangkumi tiga buah kawasan Parlimen

iaitu, Parlimen Kota Bharu, Parlimen Pengkalan Chepa dan Parlimen Kubang Kerian.

Maklumat lanjut mengenai visi, misi, fungsi serta struktur organisasi lengkap MPKB-BRI

boleh dirujuk pada laman web : www.mpkbbri.gov.my.

MPKB-BRI terdiri daripada 9 jabatan dan 3 bahagian, iaitu Jabatan Khidmat

Pengurusan (yang terdiri daripada bahagian perkhidmatan, penguatkuasaan, teknologi

maklumat dan pentadbiran), Jabatan Undang-undang, Jabatan Kewangan, Jabatan

Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Jabatan Kejuruteraan,

Jabatan Perlesenan, Jabatan Kemasyarakatan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta,

Bahagian Pembangunan dan Pelaburan, Bahagian Pengurusan Korporat dan Bahagian Audit

Dalaman.55

Pada 23 Ogos 2003, kertas Rancangan Pembentukan Kota Bharu Bandaraya Islam

telah diluluskan dan majlis pelancarannya telah dibuat pada 20 Februari 2005.56

Pembangunan Kota Baharu sebagai Bandaraya Islam dilaksanakan berteraskan falsafah 5K

52

Berdasarkan Jadual 9, Senarai 2, Butiran 4(a), Perlembagaan Persekutuan, pihak berkuasa tempatan (kecuali DBKL dan Labuan) adalah terletak di bawah senarai negeri. Walaupun PBT berada di bawah kuasa negeri, na-mun, untuk tujuan penyeragaman undang-undang dan dasar, Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan mem-berikan kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang dasar yang berkaitan PBT. 53

Abdullah, M. A. (2012). Peruntukan dan Penguatkuasaan Terhadap Kesalahan Kesusilaan di bawah Bidang Kuasa Kerajaan Tempatan : Kajian Menurut Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Banraya Islam. Ph.D, Universiti Malaya, 174. 54

Laman web rasmi Majlis Perbandaran Kota Bharu - Maklumat Taburan Penduduk : http://www.mpkbbri.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=f069f86e-6738-4bac-b244-d4c6899c3c8d&groupId=20005 55

Laman web Majlis Perbandaran Kota Bharu – Carta Organisasi : http://www.mpkbbri.gov.my/organization-chart 56

Suhana Saad, Marsitah Mohd Radzi (2009) Urus Tadbir Sebuah Bandaraya Islam Malaysia : Kajian Kes di Kota Bharu, Kelantan, GEOGRAFIA Online Journal of Society and Space 5 Issue 3 (8-25)

16

iaitu, Keilmuan, Kepatuhan, Kebajikan, Kebersihan dan Kesejahteraan.57

Dalam usaha

mencapai matlamat pembangun 5K, 7 garis panduan menjadi dasar utama MPKB-BRI iaitu:

i) Menegakkan syariat Islam dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran

ii) Mengenepikan sikap kebendaan dan kepentingan diri

iii) Mengamalkan pendekatan syariat dalam pentadbiran dan pengurusan

iv) Mengamalkan etika kerja Islam

v) Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh kakitangan

vi) Mengenengahkan kakitangan yang berdedikasi

vii) Mengutamakan keadilan dalam setiap urusan58

7. PENERAPAN KONSEP MAS’ULIYYAH, AMANAH DAN INTEGRITI DALAM

PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN

Pada tahun 2008, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mengeluarkan

Pekeliling Am Negeri Kelantan Bil.1 Tahun 2008 mengenai Kod Etika Anggota

Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan.59

Kod Etika adalah ‘satu garis panduan tatakelakuan

untuk dipakai dan dipatuhi oleh semua anggota perkhidmatan awam negeri Kelantan.’60

Objektif Kod Etika ini ialah ‘untuk melahirkan anggota perkhidmatan awam yang berpegang

teguh dan menghayati ajaran agama, untuk melahirkan anggota perkhidmatan awam yang

relevan kepada stakeholders dan pelanggan dan untuk melahirkan anggota perkhidmatan

awam yang beretika, berakhlak mulia dan berintegriti tinggi sepanjang masa.’61

Nilai-nilai Teras kepada Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan

ialah ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan.62

Nilai ‘Ubudiyyah merujuk kepada kedudukan manusia sebagai hamba Allah yang

diciptakan semata-mata untuk beribadat kepada-Nya. Nilai ini signifikan dari

sudut sifat diri, tujuan hidup dan juga cara menjalani kehidupan yang lahir dari

pancaran iman dan aqidah yang jelas.63

Nilai Mas’uliyyah merujuk kepada kebertanggungjawaban (akauntabiliti), iaitu

segala kerja (tanggungjawab) yang dilakukan di dunia ini akan dipersoalkan oleh

Allah di hari pengadilan kelak. Nilai ini merupakan satu konsep khilafah

57

Pelan Induk Kota Bharu Bandaraya Islam 2005-2015 58

Suhana Saad, Marsitah Mohd Radzi (2009) Urus Tadbir Sebuah Bandaraya Islam Malaysia : Kajian Kes di Kota Bharu, Kelantan, GEOGRAFIA Online Journal of Society and Space 5 Issue 3 (8-25) 59

No. Rujukan Surat : SUK.D200(01)600/1/Jld.IV/(10) bertarikh 28 Rabiulakhir 1429 bersamaan 5 Mei 2008. 60

Butiran 2.1 Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan. 61

Butiran 5 Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan. 62

Butiran 6 Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan. 63

Butiran 6.1 Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan.

17

(vicegerence) yang memikul amanah bagi memakmurkan bumi Allah melalui

amalan yang berlandaskan syariat.64

Nilai Itqan merujuk kepada kualiti kerja yang boleh diterjemahkan sebagai

ketekunan, komitmen dan kesungguhan kerja. Nilai ini akan membentuk peribadi

yang berakhlak dan bermoral serta modal insan yang cemerlang dalam

melaksanakan tugas.65

Pelaksanaan nilai mas’uliyyah dalam perkhidmatan awam negeri Kelantan adalah

berlandaskan beberapa kaedah fiqh seperti setiap perkara berasaskan dengan niat yang betul,

keyakinan tidak boleh dihalang oleh keraguan, kesukaran boleh membawa kemudahan

apabila keadaan memaksa, kemudaratan hendaklah dihindarkan dengan sentiasa berwaspada

serta bertindak mengurangkan atau membasmi risiko dan adat boleh menjadi hukum apabila

suatu tradisi yang baik dipatuhi dan diamalkan.66

Terdapat beberapa nilai tatakelakuan

mas’uliyyah yang perlu dimiliki oleh kakitangan perkhidmatan awam negeri Kelantan iaitu

amanah, benar, bertanggungjawab, berdisiplin, kepatuhan, berbudi pekerti dan berprasangka

baik.67

Dalam konteks perkhidmatan awam negeri Kelantan, nilai amanah dihuraikan sebagai,

Sentiasa menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan

dengan sebaik mungkin, berusaha menghindar dengan rela hati kepentingan peribadi

dari mengatasi kepentingan tugas dan memastikan tiada penyelewengan dalam tugas

sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.68

Penerapan konsep ‘ubudiyyah, mas’uliyyah dan itqan (UMI) di negeri Kelantan

berlaku dalam bentuk pengisian kepada kakitangan. Contohnya, melalui kuliah mingguan

yang diadakan di pejabat untuk semua kakitangan. Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Kelantan (JAHEAIK) turut terlibat dalam mengadakan program penerapan UMI kepada

kakitangan kerajaan negeri Kelantan. Mulai 10 Februari 2011, program latihan UMI telah

diadakan bertujuan untuk mewujudkan kakitangan yang berintegriti. 69

Bagi jajahan Kota

Bharu, program ini diadakan setiap Khamis di Dewan Besar Kompleks Islam Darulnaim,

Lundang bermula jam 2 petang hingga 3.30 petang dan kehadiran peserta dikira sebagai 1

hari berkursus setelah genap kehadiran 6 jam ke majlis ini.70

Semua pegawai dan kakitangan

jabatan atau agensi atau pihak berkuasa tempatan di seluruh Kelantan mengikut jajahan

diwajibkan hadir melainkan kakitangan yang perlu berada di pejabat untuk urusan dengan

pelanggan.71

Program pengisian berterusan ini bermatlamat untuk memupuk elemen

‘ubudiyyah, mas’uliyyah dan itqan di kalangan kakitangan perkhidmatan awam negeri awam.

64

Ibid. 65

Ibid. 66

Lampiran A Kod Etika Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan. 67

Butiran 7.2 Kod Etika Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan. 68

Ibid. 69

Laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) : http://www.jaheaik.gov.my/v5/index.php/arkid/108-program-latihan-umi-ubudiyyah-masuliyyah-a-itqan-anggota-perkhidmatan-awam 70

Ibid. 71

Ibid.

18

Namun begitu, setakat ini, tidak ada sebarang kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti

dan menilai tahap keberkesanan program pengisian tersebut dalam membina kefahaman dan

penghayatan terhadap konsep UMI.

Bagi penerapan konsep integriti di kalangan kakitangan perkhidmatan awam negeri

Kelantan, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pernah merangka dan melaksanakan

Pelan Strategik Urus Setia Integriti dan Inovasi Negeri Kelantan (UIINK)72

bagi tempoh 2008

– 2012. Nilai teras yang terkandung dalam pelan strategik ini ialah ‘ubudiyyah, ams’uliyyah

dan itqan. Namun, pelaksanaan pelan strategik ini tidak disebut oleh mana-mana pegawai

MPKB-BRI.

8. HASIL KAJIAN

Dalam kajian ini, kakitangan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam

dijadikan sampel mewakili kakitangan perkhidmatan awam negeri Kelantan untuk mengenal

pasti tahap kefahaman, penghayatan dan persepsi mereka terhadap penerapan konsep UMI

khususnya mas’uliyyah dan amanah. Selain daripada kajian kepustakaan, kajian ini

menggunakan ‘rapid assessment survey’ dan temuramah untuk membuat penilaian.

8.1 Rapid Assessment Survey

Soal selidik ringkas dalam bentuk ‘rapid asessment survey’ telah diedarkan kepada

sebahagian kakitangan MPKB-BRI. Kertas soalan terbahagi kepada tiga; bahagian pertama,

soalan-soalan berkaitan demografi responden; bahagian kedua, mengenai pengetahuan &

kefahaman kakitangan MPKB-BRI tentang konsep ‘ubudiyah, masuliyah dan itqan; dan

bahagian ketiga mengenai pengetahuan & kefahaman kakitangan MPKB-BRI tentang rasuah.

Daripada 115 jumlah soal selidik yang dikembalikan, 79 orang daripada responden

adalah lelaki (68.7%) manakala 36 orang daripada mereka adalah perempuan (31.3%). Dari

segi umur, 12.2 % adalah dalam lingkungan umur 21-30 tahun, 27% daripada responden

adalah daripada lingkungan umur 31-40 tahun, 30.4% yang berumur 41-50 tahun dan 30.4%

yang berumur 51 tahun ke atas. Hampir 60% daripada responden mendapat tahap pendidikan

tertinggi adalah sekolah menengah. 40% daripada responden merupakan mereka yang

memperoleh STPM atau diploma atau ijazah sarjana muda atau master. Hampir separuh

daripada responden mendapat pendidikan dalam aliran sastera. Majoriti (82.6%) daripada

responden tinggal di jajahan Kota Bharu.

Lebih daripada 95% responden memberi jawapan bahawa mereka memahami konsep

membangun bersama Islam dan konsep ‘ubudiyah, mas’uliyyah dan itqan. 94.6% daripada

responden memahami kaitan konsep ‘ubudiyah, mas’uliyyah dan itqan dengan peranan

72

Pelan Strategik Integriti dan Inovasi Negeri Kelantan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan 2008-

2012

19

mereka sebagai kakitangan MPKB-BRI. 97.4% bersetuju bahawa program atau pengisian

berkaitan konsep ubudiyah, mas’uliyyah dan itqan memberi kesan terhadap prestasi kerja.

Untuk memastikan tahap kefahaman responden ke atas konsep ubudiyyah,

mas’uliyyah dan itqan, responden telah diberikan beberapa situasi untuk dikenal pasti sama

ada situasi berikut mempunyai ciri ‘ubudiyyah, mas’uliyyah atau itqan. Berikut adalah

peratusan jawapan yang diberikan mengikut situasi:

Situasi ‘Ubudiyah Mas’uliyyah Itqan

Azlan, seorang pegawai penguatkuasa, tidak diberi

upah kerja lebih masa. Dia hanya diberi cuti ganti

kerana jabatannya kekurangan sumber kewangan.

Azlan tidak berpuas hati tetapi dia sering memujuk

dirinya untuk melakukan kerja dengan ikhlas.

72.3% 16.1% 11.6%

Gani, seorang buruh yan bekerja membersihkan

kawasan, tertidur di surau selepas solat zohor.

Apabila terjaga, jam sudah menunjukkan pukul 4

petang. Gani memberitahu mandurnya, Jali, tentang

kesilapannya yang tidak disengajakan.

12.6% 74.8% 12.6%

Rosnah, seorang pegawai bahagian perlesenan,

telah membuat rondaan di pasar. Dia telah

menerima aduan tentang beberapa orang yang

menjual tanpa lesen. Semasa membuat rondaan, dia

telah mengambil tindakan ke atas penjual-penjual

yang berniaga tanpa lesen mengikut prosedur yang

ditetapkan.

17.1% 26.1% 56.8%

Bagi situasi Azlan dan Gani, hampir ¾ daripada jumlah responden memberikan

jawapan yang betul. Namun, bagi situasi Rosnah hampir separuh daripada jumlah responden

memberi jawapan yang salah. Jawapan bagi ketiga-tiga situasi ini tidak selari dengan jawapan

responden tentang kefahaman mengenai konsep ‘ubudiyyah, mas’uliyyah dan itqan di mana

lebih daripada 95% menyatakan bahawa mereka memahami ketiga-tiga konsep tersebut. Ini

menunjukkan masih ada sejumlah kakitangan MPKB-BRI yangv tidak memahami konsep

UMI kerana mereka masih keliru apabila diajukan situasi yang pelbagai.

Dalam Bahagian C, responden telah diberikan beberapa situasi untuk dikenal pasti

sama ada situasi berikut mengandungi unsur-unsur rasuah atau unsur-unsur kesalahan:

20

Situasi

Peratusan

responden yang

menjawab ia rasuah

@ kesalahan

Peratusan responden

yang menjawab ia

bukan rasuah @

kesalahan

Puan Ros, seorang kerani kewangan telah

membantu mempercepatkan proses permohonan

Encik Ahmad tanpa mengharapkan apa-apa

balasan. Namun, selepas Puan Ros

melaksanakannya, Encik Ahmad memberikan

hadiah kepadanya sebagai tanda penghargaan.

44.4% 55.6%

Encik Razi telah dijanjikan kenaikan pangkat

sekiranya bersetuju meluluskan permohonan

anak saudara ketua jabatannya untuk

berkhidmat sementara di jabatannya.

86.5% 13.5%

Selepas melaksanakan urusan rasmi di luar

kawasan, Nina telah menggunakan masa lapang

untuk melawat tempat-tempat menarik di

kawasan beliau bertugas. Apabila pulang ke

pejabat, beliau telah membuat tuntutan

perjalanan meliputi keseluruhan jumlah

kilometer perjalanannya.

67.3% 31.8%

Encik Azmi ialah salah seorang ahli

jawatankuasa yang membuat keputusan

pembelian alatan untuk pejabatnya. Satu

mesyuarat telah diadakan untuk

mempertimbangkan siapa yang akan dilantik

sebagai pembekal alatan pejabat Encik Azmi.

Dia tidak hadir ke mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut telah memutuskan agar isteri

Encik Azmi menjadi pembekal alatan

pejabatnya.

41.3% 58.7%

Hanya satu situasi yang memberikan jawapan lebih daripada 80%, iaitu situasi Encik

Razi yang dijanjikan kenaikan pangkat sebagai imbuhan melakukan sesuatu. Bagi situasi-

situasi lain, jawapan yang diperolehi bercampur-campur. Bagi situasi Puan Ros, lebih 50%

daripada responden menyatakan bahawa menerima hadiah sebagai balasan mempercepatkan

proses permohonan bukan satu kesalahan. Walaupun Puan Ros tidak dijanjikan imbuhan

apabila diminta memperceptkan proses permohonan Encik Ahmad, tetapi penerimaan hadiah

tersebut menimbulkan elemen keraguan terhadap integriti Puan Ros. Jawapan yang serupa

diperoleh bagi situasi Encik Azmi di mana isterinya telah dilantik sebagai pembekal peralatan

21

pejabatnya. Jika Encik Azmi tidak hadir ke mesyuarat tersebut dan tidak memaklumkan

kepada ahli mesyuarat bahawa isterinya memohon menjadi pembekal, keputusan yang dibuat

dalam mesyuarat tersebut tidak dipengaruhi oleh kedudukan Encik Azmi. Jika Encik Azmi

tidak hadir tetapi memaklumkan kepada ahli mesyuarat tentang permohonan isterinya,

maklumat ini boleh mempengaruhi ahli-ahli mesyuarat dalam proses membuat keputusan.

Peratusan jawapan yang hampir sama banyak antara sama ada suatu perbuatan itu salah atau

tidak dalam situasi-situasi yang diberikan di atas menunjukkan bahawa ada kakitangan

MPKB-BRI yang tidak merasakan satu perbuatan itu bukan kesalahan walaupun pada

hakikatnya, ia adalah kesalahan atau boleh menimbulkan keraguan.

Beberapa soalan telah dikemukakan kepada responden berkaitan rasuah. Peratusan

jawapan responden dinyatakan di bawah.

Bil. Soalan Ya Tidak

1. Adakah anda sendiri pernah memberi rasuah? 1.8% 98.2%

2. Adakah anda sendiri pernah menerima rasuah? 0% 100%

3. Jika anda diberikan sogokan berbentuk hadiah, adakah anda akan

menerimanya?

7.9% 92.1%

4. Jika anda diberikan sogokan berbentuk wang, adakah anda akan

menerimanya?

1.8% 98.2%

5. Adakah anda akan memberi rasuah untuk mendapatkan sesuatu atau un-

tuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang?

3.5% 96.5%

6. Adakah jenayah rasuah berlaku disebabkan masalah ekonomi yang

melanda?

63.7% 36.3%

7. Adakah anda bersedia melakukan perkara berikut sekiranya jenayah ras-

uah berlaku di sekeliling anda?

(i) Melaporkan kepada pihak polis. 76.6% 23.2%

(ii) Melaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Ma-

laysia (SPRM).

83.9% 16.1%

(iii) Melaporkan kepada pihak tertinggi di pejabat anda. 83% 17%

(iv) Menjadi saksi di mahkamah. 77.3% 22.7%

(v) Memberi lain-lain kerjasama yang dipinta. 84.8% 15.2%

8. Adakah motto kerajaan negeri Kelantan ‘Membangun Bersama Islam’

memberi kesan pada tahap jenayah rasuah di negeri Kelantan?

75.2% 24.8%

Hampir kesemua responden menyatakan bahawa mereka tidak pernah memberi atau

menerima rasuah, tetapi apabila diajukan soalan sama ada responden akan meerima hadiah

atau wang sogokan, ada sebilangan kecil yang memberi jawapan akan menerimanya.

Peratusan meningkat sedikit berbanding dengan dua soalan sebelumnya apabila responden

22

ditanya sama ada akan memberikan rasuah untuk mendapatkan sesuatu atau untuk

megelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang. Dari segi memberikan kerjasama

kepada pihak berkuasa, jika dibandingkan antara kelima-lima soalan yang diajukan, lebih

kurang ¾ daripada jumlah responden akan membuat laporan kepada pihak polis. Bakinya

tidak akan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Lebih ramai yang menyatakan

bahawa mereka akan melaporkan jenayah rasuah kepada pihak SPRM berbanding dengan

pihak polis. Ini mungkin menunjukkan bahawa pihak SPRM dilihat berautoriti dalam

menangani jenayah rasuah.

Apabila responden diajukan soalan tentang tahap keberkesanan Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan tugas mereka, 56.1% memberikan

jawapan yang positif. Responden juga ditanya tentang tahap jenayah rasuah di Malaysia dan

di Kelantan. Hampir kesemua responden (97.2%) memberi jawapan bahawa tahap jenayah

rasuah di Malaysia antara membimbangkan, agak membimbangkan dan sangat

membimbangkan. Namun begitu, bagi negeri Kelantan, hanya 70.1% responden yang

memberi jawapan bahawa tahap jenayah rasuah berada pada tahap membimbangkan, agak

membimbangkan dan sangat membimbangkan.

8.2 Temuramah dengan Pegawai MPKB-BRI

Bahagian ini akan menjelaskan hasil dapatan temuramah yang dibuat pada bulan

Ogos 2013. Temuramah telah diadakan dengan tujuh orang pegawai yang memegang

portfolio penting dalam struktur organisasi MPKB-BRI. Pemilihan dibuat berdasarkan

kebarangkalian boleh berlaku rasuah dalam portfolio tersebut. Tujuan termuramah diadakan

ialah untuk mengetahui bagaimana konsep UMI diterapkan di MPKB-BRI sejak ianya

diperkenalkan dalam pentadbiran kerajaan Kelantan serta keberkesanannya ke atas integriti

kakitangan MPKB-BRI serta langkah-langkah yang diambil oleh portfolio tertentu untuk

mengelakkan daripada berlakunya rasuah dalam pentadbiran MPKB-BRI. Selain itu,

temuramah juga diadakan dengan bekas kakitangan MPKB yang bertanggungjawab di

bahagian undang-undang dan juga Timbalan Ketua Pengarah SPRM Kelantan.

Terdapat beberapa soalan asas yang diajukan kepada semua pegawai MPKB yang

ditemuramah. Berikut adalah jawapan yang diberikan berdasarkan soalan yang dikemukakan:

(a) Bagaimana konsep UMI diterapkan di MPKB-BRI?

Penerapan konsep UMI di MPKB-BRI dibuat secara rasmi apabila Jawantankuasa

Pembangunan Islam diwujudkan pada bulan Disember 1998 atas inisiatif ahli-ahli

Majlis untuk memastikan dasar, peraturan dan program yang selari dengan dasar

Membangun Bersama Islam. Kemudiannya, Jawatankuasa ini dijadikan sebuah unit

yang diletakkan di bawah Jabatan Perlesenan dan dipegang oleh seorang ahli Majlis

yang dilantik. Pada tahun 2004, unit ini secara rasmi dinaiktaraf menjadi sebuah

jabatan yang diberi nama Jabatan Pembangunan Islam yang diketuai oleh seorang

pengarah.

23

Penerapan konsep UMI juga dibuat dalam mesyuarat atas inisiatif pegawai yang

mengendalikan mesyuarat.

Kefahaman tentang konsep UMI juga ada dimasukkan dalam soalan kenaikan pangkat

kakitangan MPKB.

(b) Apakah program-program yang dilaksanakan untuk menerapkan konsep UMI di

MPKB-BRI?

Jabatan Pembangunan Islam yang banyak memainkan peranan dalam penerapan UMI

di kalangan kakitangan MPKB. Ini dilakukan dengan mengadakan program

keagamaan seperti tazkirah setiap pagi Ahad, kelas fardu ain dan kuliah untuk

kakitangan wanita.

Apabila program keagamaan dibuat untuk kakitangan buruh, yang merupakan

kumpulan majoriti dalam kakitangan MPKB, didapati ramai yang tidak mengerjakan

solat lima waktu dan tidak pandai membaca Al-Quran. Selepas masalah ini dikenal

pasti, pengambilan kakitangan turut mengambil kira aspek pelaksanaan kewajipan

solat 5 waktu dan boleh membaca Al-Quran.

(c) Apakah kesan penerapan konsep UMI di kalangan kakitangan jabatan tuan/puan?

Peningkatan tahap kefahaman Islam di kalangan kakitangan

Ada yang berpandangan bahawa konsep UMI memberi kesan positif, contohnya dari

segi pematuhan menutup aurat di kalangan kakitangan wanita; ada juga yang

berpandangan bahawa konsep UMI kurang memberi impak kepada kakitangan

khusunya berkaitan dengan sikap.

(d) Apakah cabaran yang dihadapi dalam menerapkan konsep UMI di MPKB?

Penerapan konsep UMI tidak dibuat secara konsisten dan berterusan kerana

kakitangan turut disibukkan dengan pelbagai standard pentadbiran seperti 5S dan Star

Rating daripada MAMPU.

Pihak tertinggi pentabiran tidak fokus dalam memberi kefahaman konsep UMI kepada

kakitangan MPKB-BRI

Faktor kepimpinan dalam MPKB-BRI

Kedudukan MPKB-BRI dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

MPKB-BRI adalah sebuah agensi kerajaan negeri di bawah Jawatankuasa Kerajaan

Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar. Yang Dipertua MPKB dilantik

daripada kalangan Pegawai Tadbir Negeri yang berada di bawah arahan Setiausaha

Kerajaan Negeri Kelantan. Sekalipun Menteri Besar Kelantan adalah ketua eksekutif

tertinggi kerajaan Kelantan, kenaikan pangkat Pegawai Tadbir Negeri adalah di

bawah urusan Setiausaha Kerajaan Negeri. Keadaan ini, kadang-kadang,

24

menimbulkan kesukaran di pihak pegawai-pegawai tertinggi MPKB dalam

melaksanakan tugas mereka.

(e) Adakah berlaku sebarang aduan mengenai rasuah di MPKB-BRI sepanjang tempoh

tuan/puan berkhidmat?

Terdapat beberapa aduan mengenai kemungkinan berlaku rasuah di MPKB-BRI,

contohnya dalam isu pemindahan peniaga daripada Pasar MPKB ke Bazar Tok Guru

dan Bazar Tengku Anis. Pihak SPRM telah menjalankan siasatan tetapi tidak ada

sebarang tangkapan dibuat.

Ada pegawai MPKB-BRI yang berpandangan bahawa aduan rasuah turut berlaku

disebabkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak atau orang yang membuat aduan

tidak tahu kedudukan sebenar masalah yang diadukan seperti masalah binaan tanpa

izin. Apabila pegawai MPKB-BRI membuat rondaan dan mendapati ada binaan tanpa

izin, beberapa siri tindakan akan diambil sebelum binaan tersebut dirobohkan.

8.3 Temuramah dengan SPRM Negeri Kelantan

Pihak SPRM Negeri Kelantan menyatakan bahawa aduan yang paling banyak

diterima ialah berhubung Bahagian Penguatkuasaan, Pelesenan dan Jabatan Perancangan dan

Pembangunan. Maklumat berkaitan MPKB yang diterima oleh SPRM Kelantan dalam

tempoh 5 tahun:

Tahun 2008 - 4 maklumat

Tahun 2009 - 3 maklumat

Tahun 2010 - 5 maklumat

Tahun 2011 - 4 maklumat

Tahun 2012 - 8 maklumat

Tahun 2013 sehingga Ogos 2013 - 4 maklumat

Aduan yang diterima oleh SPRM berkaitan MPKB-BRI biasanya berkaitan dengan

penguatkuasaan, perlesenan dan perancangan bandar. Namun sehingga hari ini, selepas siasa-

tan dijalankan, tiada kes yang dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Pihak SPRM

mendapati pihak MPKB tidak mempunyai pelan integriti dan tidak pernah membuat penilaian

risiko untuk mengelakkan daripada berlakunya rasuah. Pihak SPRM amat mengalu-alukan

jika pihak MPKB-BRI ingin bekerjasama untuk mewujudkan pelan integriti yang tersendiri.

25

9. PENGANALISAAN DAPATAN KAJIAN

Terdapat beberapa dapatan penting daripada penyelidikan ini. Kajian menunjukkan

bahawa konsep ‘ubudiyyah, mas’uliyyah dan itqan (UMI) difahami oleh kakitangan MPKB-

BRI dan sekalipun terdapat beberapa aduan terhadap kakitangan MPKB-BRI berhubung

rasuah, tidak ada sebarang kes tersebut yang dibawa ke mahkamah. Pelaksanaan konsep UMI

ini diperkukuh dengan Pekeliling Kod Etika Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan tahun

2008.

Titik persamaan hasil “rapid assessment survey” dan temuramah ialah walaupun

secara zahirnya, responden, yang merupakan sebahagian daripada kakitangan MPKB-BRI,

memberi jawapan yang positif tentang tahap kefahaman mereka mengenai konsep UMI,

hakikatnya, masih ada kakitangan yang kurang memahami konsep UMI. Apatah lagi jika

dikaitkan dengan integriti dan rasuah. Ini menyebabkan kesalahan rasuah hanya

difahami dalam konteks pemberian, sedangkan kesalahan rasuah turut meliputi salah guna

kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi.

Walaupun isi kandungan UMI telah didokumentasikan, tidak ada perancangan jangka

panjang dan jangka pendek secara teratur untuk melaksanakan konsep UMI dalam

perkhidmatan awam negeri Kelantan. Tanda aras atau key performance index (KPI) yang

perlu dicapai oleh kakitangan tidak digarap secara teratur, sama ada di pihak kerajaan negeri,

mahupun pihak pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan MPKB-BRI sendiri. Ini

menyebabkan penerapan konsep ini berlaku secara tidak konsisten dan ada kalanya

dipinggirkan.

Keputusan ‘rapid assessment survey’ bukanlah suatu gambaran yang tuntas mengenai

tahap kefahaman sebahagian kakitangan MPKB-BRI terhadap konsep ‘ubudiyyah,

mas’uliyyah dan itqan. Walaupun begitu, hasil penilaian ringkas ini boleh dijadikan landasan

untuk menilai dengan cara yanng lebih terperinci tentang tahap kefahaman dan amalan

konsep UMI di kalangan kakitangan MPKB-BRI selepas lebih daripada sedekad konsep ini

diterapkan dalam perkhidmatan awam di negeri Kelantan.

10. CADANGAN KAJIAN & KESIMPULAN

Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat ke atas persepsi kakitangan Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap kefahaman mereka mengenai integriti dan rasuah.73

Kajian-kajian tersebut mendapati bahawa masih ada di kalangan kakitangan PBT yang masih

kurang memahami konsep integriti dalam perkhidmatan awam. Walaupun dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa sejumlah kakitangan MPKB memahami konsep ‘ubudiyyah,

73

Iskandar Tan Abdullah et.al (2010) Perception of Civil Servants on the Knowledge of Integrity and Corruption Level in Three State Agencies in Terengganu, Malaysia, Canadian Social Science Vol. 6, No. 3 199-204; Asri Salleh et.al (2011) Knowledge and Perception of Integrity among Penang Civil Servants (2011) World Applied Science Journal 12 (Special Issue on Creating a Knowledge-based Society): 15-20

26

mas’uliyyah dan itqan, tetapi masih ada yang kurang memahami konsep amanah dan integriti

apabila dikaitkan dengan rasuah.

Kajian ini ingin mengemukakan senarai cadangan ke arah menambahbaik tahap

kefahaman dan penghayatan konsep UMI dalam perkhidmatan awam di negeri Kelantan.

a) mewujudkan pelan jangka panjang dan jangka pendek dalam usaha menerapkan

konsep UMI dalam perkhidmatan awam negeri Kelantan. Pelan ini perlu mengambil

kira proses penambahbaikan dalam pentadbiran yang dicadangkan oleh MAMPU

seperti Penarafan Bintang74

, proses audit tahunan dan penilaian tahunan kakitangan.

Kesemuanya perlu diadun secara efisyen dan efektif supaya matlamat organisasi

boleh tercapai

b) perlunya koordinasi antara pelbagai agensi dalam perkhidmatan awam negeri

Kelantan untuk memastikan taraf dan kebajikan kakitangan terpelihara. Untuk

mewujudkan kumpulan kakitangan yang memahami konsep mas’uliyyah, amanah dan

integriti, sistem sokongan yang mantap perlu diwujudkan. Contohnya, pegawai

penguatkuasa semua bahagian dan jabatan boleh disatukan dengan mewujudkan satu

kumpulan penguatkuasa yang ramai dan boleh memantau kawasan yang ditugaskan.

Pegawai penguatkuasa merupakan barisan hadapan MPKB-BRI. Oleh itu, mereka

perlu diberikan sokongan seperti kenderaan, latihan dan stor penyimpanan yang

sesuai untuk membolehkan tugas penguatkuasaan dijalankan dengan efektif. Selain

itu, skim perkhidmatan untuk kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan perlu disemak

dan dinaiktaraf sistem pengambilan kakitangan supaya selari dengan keperluan tugas

yang diamanahkan.

c) MPKB-BRI mempunyai sumber kewangan yang terhad. Ini memberi kesan dari segi

pengambilan kakitangan. Contohnya, Jabatan Pelesenan hanya mempunyai 30-40

orang penguatkuasa lesen yang perlu menjaga kawasan perbandaran melebihi 100 km

persegi. Ini memberi impak kepada keberkesanan mereka dalam menjalankan tugas.

Masalah yang sama juga dihadapi oleh Bahagian Penguatkuasaan di mana hanya ada

seramai 82 orang dengan 21 orang pegawai penguatkuasa yang bertugas setiap hari

untuk meronda. Ditambah dengan kekangan logistik seperti kekurangan kenderaan

dan tempat penyimpanan yang kurang teratur menyebabkan bahagian ini tidak dapat

menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Pegawai penguatkuasa yang bekerja lebih

masa juga tidak dibayar elaun lebih masa dan hanya diberi cuti ganti. Kedudukan

jawatan pegawai penguatkuasa juga rendah. Hanya dengan kelulusan SPM, mereka

boleh diambil bekerja sedangkan mereka perlu memahami 21 undang-undang kecil

dan 3 akta yang dikuatkuasakan dalam kawasan perbandaran Kota Bharu. Kesemua

yang dinyatakan di atas adalah lanjutan daripada sistem sokongan yang perlu ada

untuk memastikan kakitangan dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik

dan penuh integriti.

74

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman web MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) : http://www.mampu.gov.my/starrating

27

d) Mewujudkan Unit Integriti dan pelan integriti di peringkat MPKB-BRI dengan

kerjasama SPRM negeri Kelantan untuk membolehkan penilaian ke atas risiko

kebarangkalian berlakunya rasuah dapat diminimakan

e) Memasukkan elemen kefahaman tentang rasuah dan salah guna kuasa dalam memberi

penerangan tentang integriti dan amanah kepada kakitangan

f) Mewujudkan amalan membuat laporan tahunan bagi meningkatkan ketelusan,

menggalakkan wujudnya integriti yang lebih tinggi di kalangan kakitangan dan

penyebaran maklumat kepada orang ramai

g) Kerjasama antara semua pihak yang bertanggungjawab untuk mewujdukan Key

Performance Index dalam penerapan nilai ‘ubudiyyah, mas’uliyyah dan itqan di

kalangan kakitangan perkhidmatan awam negeri Kelantan.

Bagi membolehkan setiap individu menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang

diamanahkan, kerjasama dan koordinasi di setiap lapisan pentadbiran perlu wujud. Kemahuan

politik untuk melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ perlu diterjemahkan dalam

pentadbiran selari dengan siasah syar’iyyah. Penggabungan kesemua elemen ini memerlukan

kebijaksanaan dan keikhlasan daripada semua pihak untuk kebaikan bersama.

28

Bibliografi

Abdullah, M. A. (2012). Peruntukan dan Penguatkuasaan Terhadap Kesalahan Kesusilaan di bawah

Bidang Kuasa Kerajaan Tempatan : Kajian Menurut Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota

Bharu Banraya Islam. Ph.D, Universiti Malaya

Ahmad Najib Abdullah (2012) Aminan : Kepentingan dan Peranan dalam Masyarakat Bertaqwa,

Jurnal Keputeraan [2012] Jilid 1, 71-103

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)

Al-Quran (terjemahan)

Anis Yusal Yusoff et.al. (2012) Combating Corruption: Understanding Anti-Corruption Initiatives in

Malaysia, Kuala Lumpur : Institute for Democracy and Economic Affairs

Asri Salleh et.al (2011) Knowledge and Perception of Integrity among Penang Civil Servants (2011)

World Applied Science Journal 12 (Special Issue on Creating a Knowledge-based Society): 15-20

Beebe, James, Rapid Assessment Process, Encyclopedia of Social Measurement, Vol. 00 2004, 1-7

Dasar-dasar Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim - Membangun Bersama Islam, Perundangan dan

Kehakiman (2005) Pusat Kajian Strategik

Iskandar Tan Abdullah et.al (2010) Perception of Civil Servants on the Knowledge of Integrity and

Corruption Level in Three State Agencies in Terengganu, Malaysia, Canadian Social Science Vol. 6,

No. 3 199-204

Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan 2008

Laporan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007

Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2011

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam - Pelan Induk Bandaraya Islam 2006-2015

Pelan Strategik Integriti dan Inovasi Negeri Kelantan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

2008-2012

Perlembagaan Persekutuan

Rancangan Malaysia Kesepuluh – Bab 7

Shofian Ahmad (2008) Jenayah Rasuah : Bentuk dan Hukum Menurut Islam, dalam Al-Syariah Jilid 4

- Fiqh Jenayah, Siti Zalikhah Md. Nor et.al. (eds.) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 62-85

Suhana Saad, Marsitah Mohd Radzi (2009) Urus Tadbir Sebuah Bandaraya Islam Malaysia : Kajian

Kes di Kota Bharu, Kelantan, GEOGRAFIA Online Journal of Society and Space 5 Issue 3 (8-25)

Sulaiman Mahbob (2005) Pelan Integriti Nasional (PIN) dalam Etika dan Integriti di Malaysia - Isu

dan Cabaran, Mazilan Musa et.al. (penyunting) Kuala Lumpur : Institut Integriti Malaysia (cet. kedua)

Syeikh Abdul Rahman al-Maidani (1999) Al-Akhlaq Al-Islamiyyah wa Ususuha, Damsyiq : Dar al-

Qalam, 1/646-647.

29

Titah Perasmian DYMM Sultan Muhammad V, (2012) Jurnal Keputeraan Jilid 1, ix.

Wan Mohd Nor Wan Daud (2007) Integriti dan Mas'uliah dalam Kepimpinan, dalam Integrti Politik

di Malaysia - ke arah Kefahaman yang Lebih Sempurna, Anis Yusal Yusoff et. al (eds.) Kuala

Lumpur : Institut Integriti Malaysia, 26-64.

Yusuf Qaradhawi (2011) Halal dan Haram dalan Islam (penterjemah : Zulkifli Mohamad Al-Bakri)

Selangor : Darul Syakir

Laman web

Berita Harian online :

http://www.bharian.com.my/articles/653syorpenambahbaikandalamlaporanKetuaAuditNegara2012/A

rticle/

Harakahdaily : http://www.harakahdaily.my/tiada-pegawai-kelantan-rasuah-sejak-1990

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) : www.jaheaik.gov.my

Kerajaan Negeri Kelantan : www.kelantan.gov.my

Majlis Perbandaran Kota Baharu : http://www.mpkbbri.gov.my

MAMPU – penarafan bintang : http://www.mampu.gov.my/starrating

http://malaysiafactbook.com/Malaysian_general_election,_1990

NKRA Corruption : http://www.nkracorruption.gov.my/index.php?lang=en-GB

Pejabat Perdana Menteri Malaysia :

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/02BERSIH_CEKAP_AMANAH.pdf

PEMANDU : http://www.pemandu.gov.my/gtp/Fighting_Corruption-@-

Corporate_Integrity_Pledge.aspx?lang=ms-my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM): http://www.sprm.gov.my

Transparency International : http://transparency.org

Transparency International Malaysia: http://transparency.org.my/what-we-do/indexes/corruption-

perceptions-index/2012-cpi/