TAJUK : KAEDAH KMKI (KERUSI MUZIK DAN KAD IMBASAN) DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEJA...

45
1 TAJUK : KAEDAH KMKI (KERUSI MUZIK DAN KAD IMBASAN) DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEJA DAN MENULIS PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP MURID PEMULIHAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kemahiran mengeja adalah merupakan satu kemahiran asas membaca yang sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan menguasai asas kemahiran mengeja ini, seseorang individu itu dapat menerokai pelbagai bidang ilmu. Kemahiran mengeja juga merupakan kemahiran penting yang menyumbang kepada perkembangan kognitif dan bahasa. Ini kerana kemahiran mengeja berkait rapat dengan kemahiran membaca. Membaca adalah suatu amalan yang penting bagi mendapatkan maklumat. Kemahiran mengeja ini perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran mengeja yang sangat lemah akan menyukarkan murid untuk menguasai peringkat kemahiran membaca. Hal ini kerana murid tidak akan dapat mengeja perkataan dengan sebutan ejaan yang betul mengikut suku kata. Secara tidak langsung perkara ini akan mendorong murid menulis sesuatu perkataan dengan ejaan yang salah. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian

Transcript of TAJUK : KAEDAH KMKI (KERUSI MUZIK DAN KAD IMBASAN) DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEJA...

1

TAJUK :

KAEDAH KMKI (KERUSI MUZIK DAN KAD IMBASAN) DAPAT

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEJA DAN

MENULIS PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP MURID PEMULIHAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran mengeja adalah merupakan satu kemahiran asas membaca yang

sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu. Dengan menguasai asas kemahiran mengeja ini, seseorang

individu itu dapat menerokai pelbagai bidang ilmu. Kemahiran mengeja juga

merupakan kemahiran penting yang menyumbang kepada perkembangan

kognitif dan bahasa. Ini kerana kemahiran mengeja berkait rapat dengan

kemahiran membaca. Membaca adalah suatu amalan yang penting bagi

mendapatkan maklumat. Kemahiran mengeja ini perlu dikuasai oleh setiap

murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran

mengeja yang sangat lemah akan menyukarkan murid untuk menguasai

peringkat kemahiran membaca. Hal ini kerana murid tidak akan dapat

mengeja perkataan dengan sebutan ejaan yang betul mengikut suku kata.

Secara tidak langsung perkara ini akan mendorong murid menulis sesuatu

perkataan dengan ejaan yang salah. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Khas,

Kementerian

2

Pendidikan Malaysia melalui pekeliling KP/JPK/BPKP/03/03/1(43)(1998),

telah mencadangkan agar semua sekolah rendah dan menengah di seluruh

negara melaksanakan Program Intervensi Membaca, Menulis dan Mengira

(3M) mulai Januari 1999.

Justeru, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat dilakukan dengan

sempurna dan dapat diterima oleh murid. Pelbagai teknik dan kaedah

pengajaran perlu digunakan bagi membantu mengatasi masalah penguasaan

kemahiran mengeja dan menulis dalam kalangan murid pendidikan

pemulihan. Oleh itu, kajian tindakan ini telah dijalankan untuk mengkaji

tahap keberkesanan kaedah KMKI terhadap kemahiran mengeja dan menulis

perkataan suku kata tertutup murid pemulihan. Kaedah ini telah dipilih

supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan menjadi lebih

seronok untuk diikuti oleh murid-murid.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang lalu

Pada 21 Januari hingga 19 April 2013 yang lalu, saya telah menjalani

praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Sungai Lang. Saya telah ditugaskan

untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas Pemulihan Tahun

2. Jumlah murid pemulihan yang berada di dalam kelas tersebut adalah

seramai 10 orang. Pada minggu kedua praktikum, saya mendapati terdapat

dua orang murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran

mengeja dan menulis perkataan suku kata tertutup. Murid tersebut ialah

Syamil dan Adam. Masalah ini dikenal pasti semasa saya melaksanakan

3

aktiviti mengeja berdasarkan gambar rangsangan di hadapan kelas. Kedua-

dua murid ini didapati tidak dapat mengeja dan membatangkan suku kata

dengan betul dan kerap kali melakukan kesilapan yang sama. Sebagai contoh,

saya telah meminta Syamil untuk mengeja perkataan yang mengandungi suku

kata tertutup iaitu ‘po-kok’. Namun begitu, ejaan yang disebutkan oleh

Syamil adalah ‘pok-kok’. Kesilapan dalam mengeja perkataan turut berlaku

terhadap Adam. Contohnya, saya telah meminta Adam untuk mengeja

perkataan ‘kertas’. Namun begitu, perkataan ‘kertas’ telah dieja menjadi

‘keretas’. Pada pandangan saya, murid-murid pemulihan tersebut tidak

menunjukkan kesungguhan dalam mengeja suku kata yang diberikan. Mereka

kadang kala tidak dapat membatangkan suku kata dan mengecam suku kata

dengan betul. Oleh yang demikian, kesilapan yang dilakukan oleh Syamil dan

Adam ini secara tidak langsung turut mempengaruhi kemahiran menulis

mereka.

Pada minggu ketiga, saya mengambil keputusan untuk membantu

kedua-dua murid tersebut menguasai kemahiran mengeja dan menulis dengan

lebih baik. Oleh itu, saya telah cuba menjalankan kaedah pengajaran yang

lain seperti menggunakan paparan slaid powerpoint. Pada mulanya, kedua-

dua murid tersebut didapati dapat mengikuti pengajaran dengan lebih baik

berbanding sebelum ini. Semasa diminta untuk mengeja perkataan yang

dipaparkan, saya dapati kedua-dua murid dapat mengeja dengan baik. Bagi

memastikan objektif pengajaran pada hari tersebut tercapai, saya sekali lagi

menguji kemahiran mengeja dan menulis murid-murid tersebut sebelum

berakhirnya sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Malangnya, saya dapati

4

murid-murid tersebut sekali lagi mengulang kesilapan yang sama semasa

mengeja dan juga menulis.

Pada pendapat saya, kegagalan murid dalam menguasai kemahiran

mengeja dan menulis adalah merupakan suatu perkara yang serius. Sebagai

seorang bakal guru pemulihan, adalah menjadi tanggungjawab saya dalam

memastikan masalah murid tersebut dapat diatasi. Ini kerana kegagalan murid

menguasai kemahiran mengeja dan menulis secara tidak langsung akan

menganggu proses PdP pada masa akan datang. Sekiranya saya tidak

membendung masalah ini secepat mungkin maka sudah tentulah masalah ini

akan memberi kesan negatif kepada murid itu sendiri serta guru-guru bagi

mata pelajaran yang lain.

Sepanjang pemerhatian saya semasa mengajar di kelas pemulihan,

masalah ini mungkin berpunca daripada kaedah pengajaran guru itu sendiri

yang hanya menggunakan kaedah pengajaran secara lisan semata-mata.

Dalam situasi ini, pengajaran secara lisan oleh guru mungkin merupakan

suatu perkara yang kurang menarik bagi murid kerana ianya bersifat statik.

Bagi mengelakkan proses PdP dari menjadi kaku dan membosankan, saya

perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran di dalam kelas. Oleh itu, saya

bercadang untuk cuba menggunakan teknik pengajaran melalui permainan

dan juga menggunakan kad imbasan.

Pada awalnya, saya telah menjalankan aktviti PdP yang melibatkan

permainan bahasa seperti teka-teki. Saya mendapati murid-murid melibatkan

5

diri secara aktif dan sentiasa berebut-rebut untuk meneka jawapan. Namun

begitu, setelah diteliti kembali saya mendapati permainan teka-teki tersebut

adalah kurang sesuai dengan tahap kognitf dan tahap penguasaan

perbendaharaan kata murid-murid tersebut.

Pada minggu yang berikutnya, saya cuba untuk mewujudkan aktiviti

permainan yang lain. Saya telah menggunakan permainan kerusi muzik dalam

aktiviti PdP. Aktiviti permainan tersebut turut dibantu oleh penggunaan kad

imbasan yang mengandungi gambar-gambar serta perkataan-perkataan

berkaitan dengan isi pelajaran. Berdasarkan pemerhatian saya, Syamil dan

Adam telah menunjukkan tindak balas yang memberangsangkan. Ini kerana

saya dapati mereka semakin berminat terhadap pengajaran saya berbanding

sebelum ini. Kedua-dua murid tersebut juga sering bertanyakan kepada saya

sama ada mereka akan bermain permainan kerusi muzik atau pun tidak. Oleh

itu, saya membuat keputusan untuk terus menggunakan kaedah permainan

kerusi muzik dan kad imbasan tersebut kerana mendapat sambutan yang

menggalakkan dari murid-murid. Hal ini kerana kanak-kanak akan

memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka

mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka (Musa

Daia, 1992).

6

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Bagi menghadapi era globalisasi pada masa kini, pengkaji berpendapat

bahawa adalah menjadi tanggungjawab seseorang guru itu dalam

menyediakan generasi akan datang bagi memenuhi wawasan 2020 dan

Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan pada abad ke-21 menuntut para guru

supaya mampu menguasai pelbagai kemahiran generik, kemahiran belajar,

pembelajaran koperatif dan konstruktivisme (Abu Bakar Bachik, 1999).

Jabatan Pendidikan Khas (2003) menyatakan di dalam Buku Panduan

Program Pemulihan Khas Tahap Satu menyatakan bahawa program

mengutamakan “menyelesaikan masalah seawal mungkin” supaya tidak

menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap dua persekolahan sekolah

rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah. Dalam hal ini,

masalah penguasaan kemahiran mengeja dan menulis perkataan suku kata

tertutup dalam kalangan murid pemulihan merupakan masalah yang tidak

boleh diambil mudah oleh guru kerana kegagalan murid adalah disebabkan

oleh kegagalan guru dalam menangani permasalahan murid. Seseorang guru

yang bertanggungjawab akan sentiasa peka terhadap masalah yang dihadapi

muridnya walaupun masalah tersebut merupakan masalah yang kecil.

Sekiranya masalah-masalah ini tidak diambil perhatian maka murid-murid

pemulihan tersebut akan berterusan membuat kesalahan yang sama. Mungkin

terdapat segelintir guru yang menganggap bahawa penguasaan kemahiran

mengeja perkataan suku kata tertutup adalah merupakan masalah biasa.

Namun, bagi pengkaji masalah yang lebih besar mungkin timbul sekiranya

masalah yang kecil tidak diselesaikan terlebih dahulu.

7

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Keprihatinan

Kemahiran mengeja dan menulis adalah merupakan kemahiran asas yang

perlu dikuasai oleh murid terutamanya bagi murid Tahap 1. Berdasarkan

kepada tinjauan awal saya semasa menjalani praktikum, saya mendapati

Syamil dan Adam lemah dalam menguasai kemahiran mengeja dan menulis

khususnya melibatkan perkataan suku kata tertutup. Hal ini telah saya sedari

setelah dua minggu menjalankan sesi PdP di kelas tersebut.

Masalah yang dihadapi oleh Syamil dan Adam adalah hampir sama.

Apa yang dapat saya perhatikan di sini ialah kedua-dua murid tersebut kerap

kali mengulangi kesilapan yang sama semasa mengeja. Kesalahan dalam

ejaan ini turut berlaku semasa aktiviti menulis dijalankan. Walaupun telah

diberikan tunjuk ajar secara berulang kali namun kedua-dua murid tersebut

masih mengulangi kesilapan yang sama.Antara isu yang dapat saya lihat di

sini ialah kedua-dua murid tersebut cenderung dalam menambahkan huruf

semasa mengeja. Sebagai contoh, semasa diminta untuk mengeja perkataan

‘gagak’, Syamil telah melakukan kesilapan dengan mengeja ‘gakgak’.

Kedua-dua murid ini juga seringkali menggugurkan huruf semasa mengeja

dan menulis contohnya seperti menggugurkan huruf ‘n’ pada perkataan

‘burung’.

8

Selain itu, mereka juga turut melakukan kesalahan semasa mengeja

dan menulis perkataan-perkataan yang dipinjam dari bahasa asing seperti

‘masjid’. Perkataan ‘masjid’ tersebut telah dieja dan disebut sebagai ‘masjik’

dan ‘masjit’. Walaubagaimanapun, bagi perkataan suku kata terbuka saya

dapati kedua-dua murid ini tidak menghadapi sebarang masalah dalam

mengeja dan menulis perkataan tersebut dengan betul. Apa yang lebih

menghairankan saya lagi ialah kedua-dua murid ini masih melakukan

kesilapan semasa mengeja walaupun ejaan bagi perkataan telah ditulis oleh

guru di hadapan kelas. Dalam hal ini saya berpendapat bahawa kedua-dua

murid ini telah menggunakan pengetahuan asas yang mereka ada untuk

mengeja sesuatu perkataan tanpa menyedari bahawa ejaan yang disebut

adalah salah. Ini selari dengan apa yang dinyatakan oleh Brenna (1995)

bahawa kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan pengetahuan yang

ada pada mereka untuk menyelsaikan masalah.

Perkara ini menunjukkan bahawa Syamil dan Adam sememangnya

lemah dalam mengeja perkataan yang melibatkan suku kata tertutup. Oleh itu,

saya membuat keputusan untuk menjalankan kajian tindakan terhadap kedua-

dua murid ini. Bagi saya, kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk

membantu murid-murid tersebut dalam menguasai kemahiran mengeja dan

menulis. Hal ini kerana kemahiran mengeja merupakan salah satu kemahiran

asas membaca yang tidak boleh dipandang remeh terutamanya oleh diri saya

yang bakal bergelar guru pemulihan kelak. Sebagai seorang guru, saya

perlulah menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh

murid. Hal ini selari dengan apa yang diperkatakan oleh tokoh Fuller (1969)

9

seperti yang dinyatakan dalam Roselan bin Baki (2003), keprihatinan adalah

merupakan tanggapan guru atau sesuatu yang dianggap sebagai masalah atau

sesuatu yang selalu difikirkan oleh guru dan ingin membuat sesuatu

terhadapnya.

Oleh itu, satu tindakan intervensi perlu diambil dengan segera bagi

mengelakkan masalah tersebut daripada berlarutan. Justeru, saya telah

mengambil langkah inisiatif untuk menjalankan kajian tindakan dengan

menggabungkan aktiviti permainan kerusi muzik dan kad imbasan. Hal ini

kerana permainan kerusi muzik itu sendiri adalah merupakan satu permainan

yang menyeronokkan bagi murid. Menurut (Juriah Long etc, 1990),

permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan

murid di samping memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Hal

ini bertujuan untuk membantu memudahkan serta meningkatkan pemahaman

konsep murid dalam kemahiran mengeja dan menulis. Di samping itu,

langkah penyelesaian yang saya gunakan ini juga sedikit sebanyak dapat

menjadikan sesi PdP menjadi lebih menarik dan berkesan.

2.2 Tinjauan Literatur

Kemahiran ejaan mempunyai perkaitan yang rapat dengan kemahiran

membaca. Murid perlu mempunyai kemahiran untuk membatang suku kata

dan menukarkan kod-kod yang dibaca ke dalam bentuk sebutan mahupun

tulisan. Hal ini adalah kerana proses ejaan merupakan mentafsirkan kod-kod

tersebut berdasarkan perkataan yang diajar oleh guru. Murid perlu

mempunyai visual memori yang kuat agar dapat menguasai kemahiran ejaan

10

dengan baik. Selain daripada itu juga, murid harus menguasai setiap

kemahiran suku kata bermula daripada suku kata yang mudah sehingga ke

suku kata yang paling sukar.

Berdasarkan buku Pendidikan Disleksia yang ditulis oleh Zainal

Kassan dan Suhaila Abdullah pada tahun 2010, ejaan ditafsirkan sebagai

proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan

perkataan secara lisan dan bertulis serta berkait rapat dengan kemahiran

membaca. Berdasarkan penyataan tersebut, saya mendapati sasaran kajian

yang telah dipilih tidak mempunyai masalah membaca yang kritikal kerana

berupaya melihat huruf-huruf yang telah dijalinkan untuk membentuk sesuatu

perkataan tersebut. Walaubagaimanapun, apabila mereka diminta untuk

mengeja semula perkataan dan menghubungkaitkan setiap huruf yang

terdapat pada perkataan tersebut, mereka menghadapi kesukaran untuk

melaksanakannya. Perkara ini sekali gus menyebabkan murid tidak dapat

menulis perkataan tersebut dengan ejaan yang betul walaupun telah diberikan

rangsangan gambar.

Isu masalah membaca sering kali berlaku tidak kira sama ada di

sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Masalah membaca dalam

kalangan murid-murid sekolah sering kali menjadi perhatian masyarakat.

Kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP). Salah satu daripadanya ialah pembangunan

insan yang merujuk kepada ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, sumber utama

untuk seseorang itu memperoleh pengetahuan adalah dengan membaca.

11

Secara logiknya, seseorang individu itu tidak akan dapat membaca dan

menulis sekiranya mereka tidak menguasai kemahiran asas membaca dan

menulis. Perkara ini turut ditegaskan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983)

yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran

asas membaca sebelum menguasai kemahiran membaca.

Penggunaan permainan kerusi muzik dalam menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan salah satu strategi yang dapat

membantu murid dalam menguasai kemahiran yang diajar oleh guru. Secara

umumnya, permainan adalah salah satu kaedah menarik yang boleh

digunakan sebagai bantuan dalam membantu murid belajar. Beberapa kajian

membuktikan bagaimana permainan dapat meningkatkan kemampuan belajar

dan kebanyakan dari mereka menunjukkan hasil yang positif. Penelitian telah

dilakukan dengan menggunakan permainan bahasa untuk meningkatkan

penyertaan pelajar dalam belajar (Siti Hajar, 1996). Menurut John G. Greer

et. Al. (1977), permainan pengajaran ialah satu aktiviti yang menggunakan

unsur hiburan (fun) dan pertandingan (competition) untuk mengajar dan

mengukuhkan objektif-objektif pengajaran. Oleh itu, kaedah permainan

kerusi muzik ini dilaksanakan kerana mempunyai unsur-unsur hiburan dan

pertandingan yang dapat menarik minat murid.

Kajian lain telah dilakukan dalam membuktikan bagaimana proses

pembelajaran melalui kaedah bermain boleh digunakan untuk mengajar anak-

anak muda (Normaizam Hamid, 2006). Keputusan kajian tersebut

menunjukkan bahawa belajar melalui bermain adalah kaedah yang paling

12

sesuai kerana sifat anak-anak yang suka bermain. Seorang guru seharusnya

tidak hanya menumpukan pencapaian murid dalam bidang akademik sebagai

keutamaan mereka. Ini akan mengurangkan minat murid untuk senang

belajar.

Menurut Vygotsky, perkembangan kanak merupakan hasil interaksi

antara anak dan persekitaran sosial mereka. Interaksi ini termasuk mereka

yang mempunyai orang tua dan guru, teman bermain dan teman sekelas dan

saudara-saudari. Mereka juga melibatkan objek dengan hubungan yang

signifikan seperti buku atau mainan, dan budaya amalan tertentu bahawa

anak-anak terlibat dalam kelas, di rumah, dan di tempat bermain. Anak-anak

adalah rakan yang aktif dalam interaksi, membangun pengetahuan,

kemahiran, dan sikap serta tidak hanya mencerminkan dunia di sekitar

mereka. Di samping itu, Vygotsky juga mengakui pentingnya bermain untuk

anak-anak. Beliau percaya bahawa bermain memberikan asas bagi anak-anak

mengembangkan kemahiran yang penting untuk kegiatan sosial, peribadi, dan

profesional (Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934)).

Kajian yang dijalankan oleh Cathy John dalam penyelidikan beliau

yang bertajuk “Kaedah Sebut, Eja dan Bunyi” menyatakan kemahiran

membaca dapat dilakukan melalui latih tubi bacaan menggunakan kad suku

kata yang disertakan dengan gambar agar menjadi lebih menarik dan

menyeronokkan. Selain itu, Howard Gardner (1953) menyatakan sekiranya

hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan didalam sesuatu

pengajaran, hanay murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan

13

bahan yang disampaikan. Ini kerana murid mempunyai pelbagai tahap

kecerdasan dan tahap penerimaan pembelajaran yang berlainan.

14

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum:

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan

menulis perkataan suku kata tertutup murid-murid pemulihan.

3.2 Objektif Khusus:

Setelah kajian ini selesai dijalankan, matlamat yang ingin dicapai adalah

bertetapan dan seiring dengan objektif khusus yang telah ditetapkan iaitu:

3.2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja perkataan suku kata

tertutup murid pemulihan melalui kaedah KMKI

3.2.2 Membantu murid pemulihan menguasai kemahiran menulis perkataan

suku kata tertutup melalui kaedah KMKI.

15

3.3 Persoalan Kajian

Berikut adalah persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan oleh pengkaji

bagi mencapai objektif kajian iaitu:

3.3.1 Adakah kaedah KMKI dapat meningkatkan penguasaan kemahiran

mengeja perkataan suku kata tertutup murid pemulihan?

3.3.2 Adakah kaedah KMKI dapat membantu murid pemulihan menguasai

kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup?

16

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran merupakan subjek atau responden yang ingin dikaji dalam

sesuatu penyelidikan tindakan. Sulaiman Masri (2003) menyatakan kumpulan

sasaran ini mestilah terdiri daripada kumpulan yang terlibat dalam isu

permasalahan yang dikaji.

Bagi melaksanakan kajian ini, kumpulan sasaran yang diambil adalah

dalam kalangan murid Tahun 2 Usaha dari kelas Pendidikan Pemulihan di

Sekolah Kebangsaan Sungai Lang. Daripada 10 orang murid di kelas

pemulihan tersebut, saya hanya memilih dua orang murid sahaja untuk kajian

ini. Kedua-dua murid tersebut ialah Syamil (nama samaran) dan Adam (nama

samaran). Syamil merupakan murid yang berketurunan Melayu manakala

Adam pula berketurunan Jawa. Kedua-dua murid ini terdiri daripada latar

belakang keluarga yang berpendapatan sederhana. Hasil tinjauan awal yang

dilakukan terhadap kedua-dua murid ini, saya dapati mereka sememangnya

mengalami kesukaran dalam mengeja dan menulis ejaan perkataan dengan

betul.

Saya tidak mengambil keseluruhan murid di dalam kelas tersebut

kerana ada di antara murid-murid tersebut didapati sangat jarang hadir ke

sekolah dan ini akan menyukarkan saya untuk mengumpul data dan

melaksanakan kajian tindakan dengan lancar. Murid yang selebihnya pula

17

didapati tidak mengalami sebarang masalah yang kritikal dalam menguasai

kemahiran yang diajar.

18

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

Berdasarkan kepada beberapa jenis model kajian tindakan yang telah

dipelajari dan dikenal pasti, saya telah mengambil Model Kurt Lewin (1946)

dan Laidlaw (1992) sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan

tindakan. Ini kerana model ini bertepatan dengan kajian yang saya ingin

laksanakan.

Model Kurt Lewin(1946) dan Laidlaw(1992) merupakan model

adaptasi daripada Model Kurt Lewin(1946) dan mengandungi lima peringkat

atau langkah, berbeza dengan Model Kurt Lewin yang mempunyai empat

peringkat sahaja iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi. Ini

kerana Model Kurt Lewin mempunyai kelemahan kerana tidak dapat

memberi gambaran secara khusus dalam menjalankan kajian tindakan. Hal ini

bertepatan dengan Kartini Abdul Mutalib et.al (2012) yang menyatakan idea

Lewin tidak memberi suatu rangka pendekatan kajian yang khusus terutama

sekali dalam struktur penyelidikan pendidikan dan dianggap masih

mempunyai kelemahan. Rajah di bawah menunjukkan proses penyelidikan

tindakan dalam Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992):

19

RAJAH 1 : Proses Penyelidikan Tindakan Model Kurt Lewin (1946)

dan Laidlaw (1992)

Berdasarkan RAJAH 1, proses kajian tindakan berlaku dalam satu

kitaran yang berterusan yang melibatkan lima peringkat iaitu peringkat

mengenal pasti masalah, merancang, tindakan, melihat kesan tindakan dan

membuat refleksi. Menurut Kartini Abdul Mutalib et.al (2012), beliau

menyatakan proses penyelidikan yang sistematik melibatkan beberapa aktiviti

atau langkah ataupun siri tindakan iaitu mengenal pasti isu atau masalah

dalam amalan, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, mengambil

tindakan susulan, seterusnya merancang kitaran kedua.

Mengenal pasti

masalah

Merancang

Tindakan Melihat Kesan

Tindakan

Membuat refleksi

20

5.1.1 Mengenal Pasti Masalah

Bagi mengenal pasti sesuatu masalah, saya terlebih dahulu perlu mengetahui

isu-isu yang timbul daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran(PdP).

Antara isu yang telah diperhatikan ialah berkaitan tingkah laku yang

bermasalah seperti hiperaktif dan pasif, masalah penggunaan BBB dalam

P&P, masalah menulis dan membaca perkataan, penglibatan aktif dan lain-

lain. Akhirnya, saya telah memilih untuk mencuba meningkatkan kemahiran

mengeja dan menulis perkataan suku kata tertutup. Hal ini kerana terdapat

dua orang murid sangat bermasalah dalam kemahiran ini. Oleh itu, saya telah

mengambil keputusan untuk membuat tinjauan awal dengan mengumpul

data-data berkaitan murid tersebut bagi mengatasi masalah yang dihadapi

oleh mereka.

5.1.2 Merancang

Pada peringkat merancang, saya telah membuat perancangan untuk

menjalankan kajian dan menentukan kaedah intervensi yang sesuai bagi

membantu Syamil dan Adam untuk menguasai kemahiran mengeja dan

menulis perkataan suku kata tertutup. Saya juga turut membuat pemerhatian

berkaitan dengan amalan pengajaran yang dilakukan oleh gurunya ketika

aktiviti PdP sedang berlangsung. Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati

Syamil dan Adam menghadapi masalah dalam mengeja dan menulis

perkataan suku tertutup dengan betul. Oleh itu, saya mula menentukan

objektif kajian, membina persoalan kajan, mencari kepentingan kajian,

membuat tinjauan literatur, serta merancang tindakan yang perlu dilakukan

21

bagi membantu kedua-dua murid tersebut. Saya juga turut merancang cara-

cara untuk mengumpul data seperti melaksanakan ujian lisan, senarai semak,

menjalankan ujian pra dan pos serta cara menganalisis terhadap data-data

yang diperoleh. Sebelum saya mula melaksanakan intervensi bagi mengatasi

masalah murid pemulihan tersebut, saya terlebih dahulu telah merancang

langkah-langkah bagi melaksanakan permainan kerusi muzik dan kad

imbasan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. JADUAL 1 di bawah

menunjukkan perancangan langkah-langkah untuk melaksanakan intervensi

tersebut:

JADUAL 1 :

Kaedah / Teknik Permainan Kerusi Muzik dan Kad

Imbasan

Cara pelaksanaan Langkah 1

Guru akan memberikan arahan

dengan jelas terlebih dahulu kepada

murid dan meminta murid untuk

menyusun beberapa buah kerusi

mengikut arahan guru.

Langkah 2

Muzik akan dimainkan oleh guru dan

setiap murid perlu bergerak

mengelilingi kerusi sepanjang muzik

22

dimainkan. Muzik akan dihentikan

pada bila-bila masa mengikut

kehendak guru dan murid perlu

segera mendapatkan tempat duduk.

Langkah 3

Murid yang tidak mendapat tempat

duduk di atas kerusi akan diberikan

tugasan oleh guru bersesuaian dengan

tahap kemahiran murid tersebut.

Langkah 4

Murid tersebut akan diberikan satu

sampul yang mengandungi kad

imbasan atau kad bergambar yang

berkaitan dengan perkataan yang

mengandungi suku kata tertutup.

Langkah 5

Murid tesebut seterusnya diminta

untuk mengeja dan menyebutkan

semula perkataan yang terdapat pada

kad gambar tersebut.

Langkah 6

23

Murid kemudiannya diminta untuk

menulis semula perkataan tersebut

pada ruangan jawapan yang

disediakan oleh guru. Murid

kemudiannya dibimbing oleh guru

untuk membina satu frasa mudah

berkaitan perkataan yang telah ditulis

sebagai pengukuhan.

Langkah 7

Langkah 2 hingga Langkah 6 diulang

sehingga muncul pemenang bagi

permainan tersebut.

Lagu yang digunakan Sebarang jenis lagu yang difikirkan

dapat menarik minat murid.

Bahan Bantu Belajar Komputer riba, pembesar suara,

sampul kertas, kad bergambar, kad

manila

Langkah-langkah Pelaksanaan Kaedah KMKI

24

5.1.3 Bertindak

Saya telah menjalankan tindakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung di dalam kelas pemulihan. Pada waktu ini, saya telah membuat

pemerhatian dan penilaian terhadap tingkah laku serta tindak balas murid

terhadap isi pelajaran yang diajar sepanjang tempoh sesi pengajaran

dijalankan. Semasa kaedah ini dilaksanakan, saya mendapati ada murid yang

kurang memahami arahan yang diberikan sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan, terutama sekali pada langkah kelima dan keenam

(rujuk Jadual 5.1). Pada peringkat ini, penggunaan kaedah KMKI diuji tahap

keberkesanannya. Data-data kajian telah dikumpul dengan menggunakan tiga

jenis instrumen iaitu ujian lisan, senarai semak, serta ujian pra dan pos

terhadap murid. Ini bertujuan untuk melihat sebarang perubahan dari aspek

tahap penguasaan murid dalam kemahiran mengeja dan menulis perkataan

suku kata tertutup.

5.1.4 Melihat Kesan Tindakan

Bagi melihat kesan tindakan, saya juga turut mencatat apa yang terjadi di

dalam kelas, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh Syamil dan Adam semasa

diberikan ujian lisan. Kesilapan yang dilakukan oleh Syamil dan Adam telah

direkodkan dengan menggunakan borang senarai semak. Aspek yang diberi

perhatian ialah kesilapan yang dilakukan murid semasa mengeja perkataan

yang ditunjukkan oleh guru. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari kedua-

dua murid telah dicatat dan dianalisis berdasarkan rekod senarai semak yang

telah dibuat. Di samping itu, instrumen ujian pra dan ujian pos turut

digunakan bagi melihat tahap penguasaan murid dalam menulis perkataan

25

suku kata tertutup dengan ejaan yang betul. Ujian lisan, ujian pra dan ujian

pos tersebut telah dijalankan dengan menggunakan item soalan yang sama

bagi mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan serta untuk tujuan

kesahan ujian.

5.1.5 Membuat refleksi

Seterusnya, bagi peringkat membuat refleksi saya telah membuat analisis

terhadap instrumen yang ditadbir bagi mendapatkan hasil dapatan kajian.

Saya juga turut menilai dan mereflek kembali kekuatan dan kelemahan yang

ada pada kaedah kaedah KMKI yang telah dilaksanakan. Seterusnya,

cadangan penambahbaikan akan dirancang berdasarkan maklum balas yang

diperoleh dalam dapatan kajian bagi melihat sejauh mana objektif yang telah

dinyatakan tercapai. Dapatan kajian yang diperolehi akan dijadikan sebagai

rumusan kajian dan juga sebagai panduan bagi kajian pada masa hadapan.

26

6.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

6.1 Ujian Lisan

Bagi mendapatkan data murid berkaitan kemahiran mengeja perkataan suku

kata tertutup, ujian lisan dijalankan dalam dua fasa yang berlainan. Fasa 1

dijalankan sebelum intervensi manakala fasa 2 pula dijalankan selepas

intervensi dilaksanakan. Dalam ujian lisan tersebut, saya telah memilih lima

perkataan suku kata tertutup yang didapati sukar untuk dikuasai oleh murid.

Perkataan-perkataan yang diuji ialah tin, gajus, kertas, masjid dan longkang.

Bagi menjawab soalan di dalam ujian lisan ini, Syamil dan Adam diminta

untuk mengeja dan menyebut secara kuat beberapa perkataan suku kata

tertutup yang ditunjukkan oleh guru. Penilaian terhadap jawapan yang

diberikan oleh Syamil dan Adam direkod menggunakan borang senarai

semak ujian lisan.

6.2 Senarai Semak

Semasa menjalankan ujian lisan terhadap Syamil dan Adam, borang senarai

semak turut digunakan. Borang senarai semak ini digunakan bertujuan

merekodkan jawapan yang diberikan oleh Syamil dan Adam sama ada betul

ataupun salah. Catatan turut dibuat dalam borang senarai semak bagi

menyatakan dengan jelas kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh Syamil

dan Adam semasa menjalani ujian lisan.

27

Berikut adalah merupakan contoh borang senarai semak yang digunakan:

RAJAH 2

6.3 Ujian Pra dan Pos

Untuk mendapatkan data bagi tahap penguasaan kemahiran menulis, dua

jenis ujian digunakan iaitu ujian pra dan ujian pos. Bagi ujian pra, Syamil dan

Adam diberikan ujian bertulis berkaitan perkataan yang telah dipilih iaitu tin,

gajus, kertas, masjid, dan longkang. Dalam ujian ini, Syamil dan Adam

dikehendaki untuk menulis ejaan bagi perkataan suku kata tertutup pada

lembaran kerja yang telah saya edarkan. Hasil ujian pra yang pertama telah

menunjukkan satu keputusan yang kurang memuaskan. Hal ini kerana kedua-

dua murid tersebut didapati masih lemah dalam menulis dengan baik bagi

perkataan yang mengandungi suku kata tertutup. Oleh itu, pengkaji telah

28

membuat keputusan bahawa kedua-dua orang murid berkenaan adalah

merupakan responden yang memerlukan rawatan intervensi.

Bagi ujian pos pula, saya telah melaksanakan ujian pos terhadap

kedua-dua murid dengan menggunakan soalan sama seperti yang terdapat

pada ujian pra. Ujian pos ini telah dilaksanakan bagi melihat keberkesanan

kaedah intervensi yang telah dijalankan. Berdasarkan kepada ujian pos yang

telah dijalankan, saya mendapati kedua-dua responden telah dapat menulis

perkataan suku kata tertutup dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Berikut adalah merupakan contoh soalan yang diuji dalam ujian pra dan ujian

pos:

RAJAH 3

29

7.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

7.1 Analisis Ujian Lisan

Objektif pertama bagi kajian ini diukur dengan menjalankan ujian lisan. Ujian

lisan ini terdiri daripada fasa 1 (sebelum intervensi) dan fasa 2 (selepas

intervensi). Ujian lisan fasa 1 dijalankan terlebih dahulu bagi mendapatkan

gambaran awal mengenai tahap pengetahuan serta penguasaan Syamil dan

Adam terhadap perkataan-perkataan suku kata tertutup yang telah dipilih

manakala ujian lisan fasa 2 pula dijalankan setelah intervensi dilaksanakan.

Keputusan bagi kedua-dua ujian tersebut telah dicatatkan dengan

menggunakan borang senarai semak.

7.1.1 Analisis Ujian Lisan - Syamil

Rajah berikut menunjukkan borang rekod senarai semak ujian lisan fasa 1 dan

fasa 2 yang dijalankan terhadap Syamil:

30

RAJAH 4

RAJAH 5

Berdasarkan kepada RAJAH 4, data menunjukkan bahawa Syamil

hanya berjaya mengeja satu daripada lima perkataan sahaja dengan betul.

Empat perkataan yang selebihnya tidak dapat dieja dengan betul oleh Syamil.

Berdasarkan pemerhatian dan catatan yang telah dibuat, saya mendapati

31

Syamil telah melakukan kesilapan semasa mengeja perkataan ‘gajus’. Syamil

didapati keliru dalam membunyikan suku kata yang melibatkan huruf ‘g’ dan

‘j’. Contohnya, Syamil dapat pada awalnya dapat menyebut huruf pada suku

kata ‘ga’ dengan betul. Namun begitu, Syamil didapati telah membunyikan

suku kata tersebut sebagai ‘ja’. Selain itu, Syamil turut melakukan kesilapan

semasa mengeja perkataan ‘kertas’. Hasil analisis mendapati Syamil telah

melakukan kesilapan dengan mengeja ‘keretas’. Hal ini terjadi mungkin

kerana sebutan ‘keretas’ tersebut sudah menjadi suatu kebiasaan bagi Syamil.

Di samping itu, Syamil juga didapati turut menggugurkan huruf tertentu

semasa mengeja. Contohnya, Syamil telah mengeja perkataan ‘longkang’

sebagai ‘lonkang’. Walaubagaimanapun, hasil keputusan ujian lisan fasa 2

telah menunjukkan peningkatan dari aspek jumlah jawapan yang betul.

Perkara ini dapat dilihat pada RAJAH 5. Berdasarkan rajah tersebut, Syamil

didapati telah berjaya mengeja empat daripada lima perkataan dengan betul.

32

RAJAH 6

Graf bar dalam RAJAH 6 menunjukkan perbandingan markah Syamil dalam

ujian lisan yang dijalankan. Hasil analisis menunjukkan Syamil hanya

memperolehi markah sebanyak 20% sahaja bagi ujian lisan fasa 1. Bagi ujian

lisan fasa 2 pula, Syamil telah memperolehi markah sebanyak 80%. Hal ini

menunjukan terdapat peningkatan markah sebanyak 60% selepas intervensi

dijalankan. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa penggunaan permainan kerusi

muzik dan kad imbasan telah berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran

mengeja Syamil.

20%

80%

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Fasa 1 Fasa 2

Perbandingan Markah Ujian Lisan - Syamil

Fasa 1

Fasa 2

33

7.1.2 Analisis Ujian Lisan – Adam

Rajah berikut menunjukkan rekod senarai semak ujian lisan fasa 1 dan fasa 2

yang dijalankan terhadap Adam:

RAJAH 7

34

RAJAH 8

Berdasarkan kepada RAJAH 7, data menunjukkan bahawa Adam hanya dapat

mengeja satu daripada lima perkataan sahaja dengan betul. Analisis telah

dibuat terhadap kesilapan yang dilakukan oleh Adam. Saya mendapati Adam

telah melakukan kesilapan semasa mengeja perkataan ‘tin’. Adam didapati

telah menyebutkan perkataan ‘tin’ sebagai ‘ten’. Bagi perkataan gajus pula,

saya mendapati Adam telah melakukan kesilapan mengeja yang sama seperti

yang telah dilakukan oleh Syamil. Adam didapati keliru dalam membunyikan

suku kata yang melibatkan huruf ‘g’ dan ‘j’. Di samping itu, Adam didapati

melakukan kesilapan mengeja perkataan ‘masjid’ sebagai ‘masjek’. Semasa

mengeja perkataan ‘longkang’ pula, Adam telah memberikan jawapan yang

tidak lengkap. Hal ini kerana Adam mengeja perkataan ‘longkang’ tersebut

35

sebagai ‘lonkang’. Adam didapati telah menggugurkan salah satu huruf ‘g’

pada perkataan tersebut. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan Adam semasa

mengeja ini mungkin terjadi kerana sikap terlalu yakin semasa memberikan

jawapan.

Dalam RAJAH 8 pula, rekod senarai semak bagi ujian lisan fasa 2

menunjukkan Adam dapat mengeja tiga daripada lima perkataan dengan

betul. Data menunjukkan Adam masih melakukan kesilapan mengeja yang

sama bagi perkataan ‘gajus’ dan ‘longkang’.

RAJAH 9

Graf bar dalam RAJAH 8 menunjukkan perbandingan markah Adam dalam

ujian lisan yang dijalankan. Hasil analisis menunjukkan Adam hanya

memperolehi markah sebanyak 20% sahaja bagi ujian lisan fasa 1. Bagi ujian

lisan fasa 2 pula, Adam telah memperolehi markah sebanyak 60%. Hal ini

20%

60%

0

10

20

30

40

50

60

70

Fasa 1 Fasa 2

Perbandingan Markah Ujian Lisan - Adam

Fasa 1

Fasa 2

36

menunjukan terdapat peningkatan markah sebanyak 40% selepas intervensi

dijalankan. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan permainan kerusi

muzik dan kad imbasan telah berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran

mengeja Adam.

7.2 Analisis Ujian Pra dan Pos

Objektif kedua bagi kajian ini diukur dengan menggunakan instrumen

berbentuk ujian pra dan pos. Kemahiran yang diuji dalam ujian pra dan pos

ini ialah kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup. Ujian pra

dijalankan terlebih dahulu sebelum intervensi dilaksanakan. Hal ini bertujuan

untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menulis Syamil dan Adam bagi

perkataan suku kata tertutup. Ujian pos pula diberikan selepas intervensi

dilaksanakan. Hal ini bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan intervensi

dalam kajian tindakan yang dijalankan. Soalan yang digunakan dalam kedua-

dua ujian adalah sama bagi melihat perbezaan antara sebelum dan selepas

intervensi dilaksanakan.

7.2.1 Analisis Ujian Pra dan Pos – Syamil

JADUAL 2 dibawah menunjukkan senarai semak jumlah jawapan betul yang

diperolehi oleh Syamil dalam ujian pra dan pos:

37

JADUAL 2 :

Bil.

Gambar /

Perkataan

Ujian Pra Ujian Pos

Jawapan

betul

Jawapan

Salah

Jawapan

Betul

Jawapan

Salah

1. Tin /

2. Gajus / /

3. Kertas x /

4. Masjid x /

5. Longkang x X

Senarai Semak Ujian Pra dan Pos Syamil

RAJAH 10 : Ujian Pra(kiri) dan Ujian Pos(kanan) Syamil

38

Berdasarkan JADUAL 2 dan RAJAH 10, analisis mendapati bahawa Syamil hanya

dapat menjawab menulis dua daripada lima perkataan sahaja dengan ejaan yang betul

sebelum intervensi dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa Syamil tidak mengalami

sebarang masalah dalam menulis perkataan ‘tin’ dan ‘gajus’. Namun begitu, Syamil

didapati tidak dapat menulis perkataan ‘kertas’, ‘masjid’ dan ‘longkang’ dengan

betul. Kesalahan-kesalahan ejaan yang telah dilakukan oleh Syamil dapat dilihat

pada ujian pra dalam RAJAH 10. Selepas intervensi dilaksanakan, Syamil telah

menunjukkan peningkatan yang baik. hal ini kerana Syamil didapati berjaya menulis

empat daripada lima perkataan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa kesilapan

yang dilakukan oleh Syamil semasa menulis telah berjaya dikurangkan.

RAJAH 11

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Ujian Pra Ujian Pos

40%

80%

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos - Syamil

Markah Ujian (%)

39

Graf bar dalam RAJAH 11 menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan

pos yang diperolehi oleh Syamil. Ujian pra telah dijalankan ke atas Syamil

sebelum intervensi dilaksanakan. Hasil analisis data menunjukkan Syamil

hanya memperolehi markah sebanyak 40% sahaja. Hal ini kerana Syamil

hanya dapat menjawab dua daripada lima soalan sahaja dengan betul. Bagi

ujian pos pula, Syamil didapati dapat menjawab empat soalan dengan betul.

Ini bermakna hanya satu kesilapan sahaja yang telah dilakukan oleh Syamil.

Markah yang berjaya diperolehi oleh Syamil bagi ujian pos ialah sebanyak

80%. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 20%

dalam markah ujian Syamil.

7.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos – Adam

JADUAL 3 dibawah menunjukkan senarai semak jumlah jawapan betul yang

diperolehi oleh Adam dalam ujian pra dan pos:

JADUAL 3 :

Bil.

Gambar /

Perkataan

Ujian Pra Ujian Pos

Jawapan

betul

Jawapan

Salah

Jawapan

Betul

Jawapan

Salah

1. Tin / /

2. Gajus X X

3. Kertas x /

40

4. Masjid x /

5. Longkang x X

Senarai Semak Ujian Pra dan Ujian Pos Adam

RAJAH 12 : Ujian Pra(kiri) dan Ujian Pos(kanan) Adam

Berdasarkan JADUAL 3 dan RAJAH 12, analisis menunjukkan bahawa Adam hanya

dapat menjawab menulis satu daripada lima perkataan sahaja dengan ejaan yang

betul sebelum intervensi dilaksanakan. Adam didapati tidak mengalami sebarang

masalah dalam menulis perkataan ‘tin’. Namun begitu, Adam didapati tidak dapat

menulis perkataan ‘gajus’, ‘kertas’, ‘masjid’ dan ‘longkang’ dengan betul.

Kesalahan-kesalahan ejaan yang telah dilakukan oleh Adam dapat dilihat pada ujian

pra dalam RAJAH 12. Selepas intervensi dilaksanakan, Adam telah menunjukkan

peningkatan yang baik. Hal ini kerana Adam didapati berjaya menulis tiga daripada

41

lima perkataan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa kemahiran menulis Adam

bagi perkataan suku tertutup telah berjaya ditingkatkan.

RAJAH 13

Graf bar dalam RAJAH 13 menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan

pos yang diperolehi oleh Adam. Hasil analisis data menunjukkan Syamil

hanya memperolehi markah sebanyak 40% sahaja. Hal ini kerana Adam

hanya dapat menjawab satu daripada lima soalan sahaja dengan betul. Bagi

ujian pos pula, Adam didapati dapat menjawab tiga soalan dengan betul. Ini

bermakna hanya dua kesilapan sahaja yang telah dilakukan oleh Adam.

Markah yang berjaya diperolehi oleh Adam bagi ujian pos ialah sebanyak

60%. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 20%

dalam markah ujian Adam.

0

10

20

30

40

50

60

Ujian Pra Ujian Pos

20%

60%

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos - Adam

Markah Ujian (%)

42

8.0 DAPATAN KAJIAN

Untuk mendapatkan data kajian, saya telah menggunakan tiga jenis instrumen

iaitu senarai semak, ujian lisan serta ujian pra dan pos. Menurut Kartini

Abdul Mutalib et. al (2012), data penyelidikan tindakan dikumpulkan

daripada pelbagai sumber untuk menjelaskan tentang maklumat dan isu yang

dikaji.

Hasil dapatan kajian yang telah saya perolehi, penggunaan kaedah KMKI

ini mampu meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan menulis murid

pemulihan bagi perkataan suku tertutup. Berdasarkan hasil analisis ujian lisan

dan senarai semak, Syamil dan Adam didapati telah menunjukkan

peningkatan dalam menguasai kemahiran mengeja dan menulis perkataan

suku kata tertutup. Syamil dan Adam didapati telah menunjukkan

peningkatan yang positif selepas diberikan intervensi. Hasil analisis senarai

semak dan ujian lisan ini telah membuktikan terdapat peningkatan kemahiran

mengeja perkataan suku kata tertutup bagi Syamil dan Adam selepas

diberikan intervensi. Peningkatan yang ditunjukkan oleh Syamil dan Adam

ini secara tidak langsung menjawab soalan kajian yang pertama iaitu :

Adakah kaedah KMKI dapat meningkatkan penguasaan kemahiran

mengeja perkataan suku kata tertutup murid pemulihan?

43

Dapatan kajian seterusnya ialah berkaitan tahap penguasaan murid

pemulihan bagi kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup. Berdasarkan

keputusan analisis ujian pra dan pos, peningkatan yang diperolehi Syamil dan

Adam adalah memberangsangkan. Keberkesanan kaedah KMKI ini

dibuktikan melalui hasil ujian pos tersebut. Peningkatan yang ditunjukkan

oleh Syamil dibuktikan apabila dia memperolehi markah 80% untuk ujian pos

berbanding keputusan ujian pra iaitu sebanyak 40% sahaja. Adam pula

berjaya memperolehi markah sebanyak 60% bagi ujian pos berbanding ujian

pra iaitu sebanyak 20% sahaja. Hal ini menunjukkan kedua-dua murid

tersebut telah menunjukkan peningkatan markah sebanyak 40%. Peningkatan

markah yang ditunjukkan oleh Syamil dan Adam ini secara tidak langsung

telah menjawab soalan kajian yang kedua iaitu:

Adakah penggunaan kaedah KMKI dapat meningkatkan penguasaan

kemahiran menulis perkataan suku kata tertutup murid pemulihan?

44

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bahagian ini menerangkan cadangan kajian yang boleh dibuat berdasarkan

kajian ini. Antara kajian lanjutan yang dicadangkan ialah :

9.1 Mengaplikasikan Kaedah KMKI Bagi Konstruk Kemahiran Yang

Lain

Kajian berkaitan penggunaan kaedah KMKI ini boleh diaplikasikan dalam

konstruk kemahiran yang lain. Contohnya seperti konstruk kemahiran

mengenal huruf, perkataan suku kata terbuka, perkataan diftong atau

perkataan digraf. Pelbagai kemahiran bahasa Melayu yang dapat disuaikan

mengikut jenis kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan.

Dengan menggunakan kaedah KMKI ini, kajian lanjutan dapat dijalankan

bagi melihat tahap keberkesanan kaedah ini dalam konstruk kemahiran

pemulihan yang lain.

9.2 Penambahan Unsur Taktil Dan Kinestetik Pada Kad Imbasan

Kajian berkaitan permainan Papan Tanda ini juga boleh dijadikan bahan

bantu mengajar merentas kurikulum. Permainan ini juga boleh diaplikasikan

ke dalam mata pelajaran Matematik. Konsep permainan yang sama masih

boleh diterapkan. Perubahan yang boleh dilakukan ialah dengan membuat

penambahbaikan pada kad imbasan sedia ada dengan melibatkan unsur taktil

45

dan kinestatik. Hal ini bertujuan untuk menguatkan menjadikan kad imbasan

tersebut menjadi lebih menarik serta dapat menguatkan lagi daya ingatan

murid pemulihan.