KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN WARGA EMAS DI RUMAH PERLINDUNGAN ORANG TUA DI SELANGOR

18
LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14) ISBN NO : 978-983-2078-96-8 1 KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN WARGA EMAS DI RUMAH PERLINDUNGAN ORANG TUA DI SELANGOR Nurul Aini Mudayat Universiti Malaya Email : [email protected] Fatanah Mohamed Universiti Malaya Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga emas di Rumah Perlindungan Orang Tua di Selangor. Kajian ini adalah kajian tinjauan. Subjek kajian terdiri daripada 55 orang warga emas. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur kesejahteraan psikologi ialah Skala Kesejahteraan Psikologi Ryff. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan dan min. Selain itu, statistik inferensi menggunakan analisis ujian-t dan analisis korelasi Pearson digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesejahteraan psikologi responden berada pada tahap sederhana. Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa warga emas perempuan mempunyai tahap kesejahteraan psikologi yang lebih tinggi berbanding warga emas lelaki. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara umur dengan tahap kesejahteraan psikologi. Abstract This study aimed to identify the level of psychological well-being among the ‘inmates’ of a welfare home in Selangor. The sample of the study consisted of 55 elderly people. The instrument used to measure the psychological well-being was the Ryff Psychological Well-Being Scale. Data were analysed using descriptive statistics using mean and percentage. In addition, inferential statistical analysis used t-test and

Transcript of KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN WARGA EMAS DI RUMAH PERLINDUNGAN ORANG TUA DI SELANGOR

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 1

KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN

WARGA EMAS DI RUMAH PERLINDUNGAN ORANG TUA

DI SELANGOR

Nurul Aini Mudayat Universiti Malaya

Email : [email protected]

Fatanah Mohamed Universiti Malaya

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi

dalam kalangan warga emas di Rumah Perlindungan Orang Tua di

Selangor. Kajian ini adalah kajian tinjauan. Subjek kajian terdiri

daripada 55 orang warga emas. Alat kajian yang digunakan untuk

mengukur kesejahteraan psikologi ialah Skala Kesejahteraan Psikologi

Ryff. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan

dan min. Selain itu, statistik inferensi menggunakan analisis ujian-t dan

analisis korelasi Pearson digunakan. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa tahap kesejahteraan psikologi responden berada pada tahap

sederhana. Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa warga emas

perempuan mempunyai tahap kesejahteraan psikologi yang lebih tinggi

berbanding warga emas lelaki. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa

tidak terdapat hubungan antara umur dengan tahap kesejahteraan

psikologi.

Abstract

This study aimed to identify the level of psychological well-being among

the ‘inmates’ of a welfare home in Selangor. The sample of the study

consisted of 55 elderly people. The instrument used to measure the

psychological well-being was the Ryff Psychological Well-Being Scale.

Data were analysed using descriptive statistics using mean and

percentage. In addition, inferential statistical analysis used t-test and

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 2

Pearson correlation analysis. The results showed that the level of

psychological well-being of the respondents were moderate. The findings

also showed that the women have higher levels of psychological well-

being than the men. This finding also showed that there is no

relationship between age and level of psychological well-being.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Myers, Sweeney & Witmer (2000) menghuraikan kesejahteraan sebagai kemampuan

seseorang mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang optimum merangkumi

fizikal, mental dan spiritual yang diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan yang

berkualiti di dalam masyarakat. Levy & Guttman, (1975) pula menyatakan bahawa konsep ini

boleh juga disebut sebagai kesejahteraan psikologi, kesihatan mental, penyesuaian subjektif,

ataupun kebahagiaan. Ryff, (1995) melihat kesejahteraan psikologi apabila seseorang

memperoleh kebahagiaan, kepuasan hidup dan tidak adanya gejala-gejala kemurungan.

Bradburn, Norman dan Noll (1969) menyatakan kebahagiaan merupakan hasil dari

kesejahteraan psikologi dan merupakan tujuan tertinggi yang ingin dicapai oleh setiap

manusia.

Isu kesejahteraan psikologi berkait rapat dalam kehidupan manusia pada setiap peringkat

umur termasuklah warga emas. Secara umumnya warga emas ditakrifkan sebagai golongan

yang berumur 60 tahun ke atas. Perkara ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di

“World Assembly On Aging in 1982” Vienna. Tahap umur sedemikian diterima pakai

sebagaimana dipersetujui dalam United Nations WorldAssembly On Ageing di Vienna (PBB,

1982) dan dipersetujui di kalangan negara-negara Asean. Berita Harian (13 Mac 2011)

melaporkan Malaysia adalah antara negara yang mengalami peningkatan dan pertambahan

peratusan warga emas dengan cepat. Pada tahap ini warga emas mula mengalami penurunan

sama ada dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan lain-lain aspek kehidupan. Pelbagai

situasi yang baru dan mencabar yang dinamakan perkembangan dan tugas perkembangan

memaksa warga emas melakukan penyesuaian dan pengubahsuaian selaras dengan pelbagai

fungsi hidup. Selain itu, warga emas juga berhadapan dengan proses perubahan dalam

kehidupan. Perubahan tersebut ialah proses transisi yang perlu dilalui oleh setiap orang warga

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 3

emas iaitu transisi dari alam dewasa akhir ke usia tua. Keadaan ini berpotensi menyebabkan

masalah kesihatan secara umum dan khusus kepada kesihatan mental warga emas.

Ryff (1989) menggunakan pendekatan multidimensi dari teori-teori yang mendedahkan

tentang fungsi positif individu dari beberapa tokoh. Beliau berpendapat bahawa kesejahteraan

psikologi merupakan integrasi dari teori-teori perkembangan manusia, teori psikologi klinikal

dan konsep kesihatan mental. Beliau telah menggabungkan konsep kesejahteraan psikologi

dari pelbagai tokoh terkenal. Ini termasuklah pandangan Rogers bahawa individu yang

memiliki kesejahteraan psikologi adalah individu yang berfungsi sepenuhnya (fully-

functioning person). Beliau juga menerima pandangan Maslow bahawa individu yang

mempunyai kesejahteraan psikologi ialah mereka yang telah mencapai tahap aktualisasi

kendiri (self-actualization); pandangan Jung tentang individuasi (individuation), serta konsep

kematangan (maturity) yang dikemukakan oleh Allport (Ryff & Singer, 1996). Selain itu,

Ryff (1989) juga menggabungkan pendekatan teori perkembangan psikososial oleh Erikson

yang menggambarkan individu yang mempunyai kesejahteraan psikologi ialah mereka yang

mencapai integrasi kendiri berbanding putus asa. Berdasarkan pelbagai teori, pandangan dan

konsep.

Ryff (1989) telah merumuskan dan membentuk enam dimensi kesejahteraan psikologi, iaitu

(i) penerimaan diri, (ii) hubungan yang positif dengan orang lain, (iii) autonomi, (iv)

penguasaan persekitaran, (v) mempunyai tujuan dalam hidup dan (vi) adanya pertumbuhan

dan perkembangan diri yang berterusan. Pertama, penerimaan kendiri iaitu sejauh mana

mereka mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri. Kedua, hubungan positif dengan

orang lain terutama dengan rakan-rakan mereka yang sama-sama tinggal di rumah

perlindungan orang tua tersebut serta individu lain umumnya. Ketiga, autonomi atau

kemampuan berdikari setelah ditinggalkan di rumah perlindungan orang tua. Keempat,

menguasai persekitaran iaitu mampu memanipulasi, mengawal dan menggunakan sumber

dengan baik, mampu membuat penyesuaian untuk tinggal di rumah perlindungan orang tua

tersebut. Kelima, tujuan hidup atau mempunyai matlamat dan arah hidup walaupun tinggal di

rumah perlindungan orang tua. Dan akhir sekali ialah perkembangan kendiri di mana warga

emas ini mampu terus memperbaiki diri dan mampu menerima pengalaman baru.

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 4

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi

dalam kalangan warga emas di rumah perlindungan orang tua serta mengenal pasti tahap

kesejahteraan psikologi warga emas ini di dalam setiap dimensi iaitu dimensi penerimaan

kendiri, perhubungan positif, autonomi, penguasaan persekitaran, tujuan hidup dan

pertumbuhan peribadi. Di samping itu, kajian ini adalah untuk melihat perbezaan tahap

kesejahteraan psikologi mengikut jantina dan melihat hubungan antara tahap kesejahteraan

psikologi dengan umur dalam kalangan warga emas yang tinggal di rumah perlindungan

orang tua. Secara khususnya persoalan kajian terhadap kajian ini adalah:

1. Apakah tahap kesejahteraan psikologi secara keseluruhan?

2. Apakah tahap kesejahteraan psikologi mengikut dimensi?

3. Adakah terdapat perbezaan tahap kesejahteraan psikologi mengikut jantina?

4. Adakah terdapat hubungan antara tahap kesejahteraan psikologi dengan umur?

2.1 Sampel

Hanya 33 orang (60.0%) daripada jumlah 55 orang penghuni warga emas dapat

dijadikan sampel, oleh kerana 22 orang (40.0%) yang lain tidak boleh menjawab soal

selidik disebabkan kekangan masalah mental dan fizikal yang berkaitan dengan

penyakit tua dan keuzuran. Keseluruhan sampel berumur 60 tahun ke atas dan

berbangsa Melayu serta beragama Islam. Persampelan bertujuan digunakan bagi

mengumpul maklumat.

Jadual 1 Maklumat Demografi Responden

Jantina

Lelaki Perempuan Jumlah

Tahap Kesihatan Mental dan Fizikal Sihat 15 (27.3%)

18 (32.7%)

33 (60.0%)

Kurang Sihat 10

(18.2%)

12

(21.8%)

22

(40.0%)

Jumlah penghuni

25 (45.5%)

30 (54.5%)

55 (100.0%)

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 5

2.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif

untuk melihat tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga emas di rumah

perlindungan orang tua di Selangor. Reka bentuk tinjauan telah dipilih bagi

membantu pengkaji dalam usaha mendapatkan maklumat dan perincian data-data

supaya menepati objektif kajian

2.3 Instrumen Kajian

Kesejahteraan psikologi diukur menggunakan Skala Kesejahteraan Psikologi Ryff

(1989). Skala ini mengukur kesejahteraan psikologi berdasarkan kepada enam

dimensi iaitu (i) penerimaan kendiri, (ii) perhubungan positif, (iii) autonomi, (iv)

penguasaan persekitaran, (v) matlamat hidup dan (vi) pertumbuhan dan

perkembangan diri yang berterusan. Setiap dimensi yang dikemukakan untuk kajian

ini mengandungi 7 item. Ini menjadikan jumlah keseluruhan item sebanyak 42 item.

Bagi setiap item, responden diminta menyatakan tahap persetujuan berdasarkan skala

pemeringkatan 6 mata iaitu 1= sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = agak tidak

setuju, 4 = agak setuju, 5 = setuju, 6 =sangat setuju. Bagi item negatif, skor telah

diterbalikkan. Skala ini telah diterjemahkan dengan menggunakan kaedah terjemahan

dan terjemahan kembali. Nilai pekali kebolehpercayaan skala ini berdasarkan analisa

Cronbach alpha ialah .75 dan nilai kebolehpercayaan bagi setiap dimensi dalam alat

kajian ini ialah antara .69 hingga .79.

2.4 Analisis Data

Keputusan kajian ini akan dianalisa dengan menggunakan SPSS “Statistical Package

For the Social Science (SPSS) for windows.” Statistik deskriptif digunakan untuk

menganalisis maklumat demografi responden dan skor bagi Skala Kesejahteraan

Psikologi Ryff. Ujian-t digunakan untuk membandingkan tahap kesejahteraan bagi

kumpulan warga emas lelaki dan perempuan manakala Korelasi Pearson digunakan

untuk melihat perhubungan tahap kesejahteraan psikologi warga emas tersebut

dengan umur.

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 6

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Tahap Kesejahteraan Psikologi Warga Emas

Dalam kajian ini pembahagian tahap kesejahteraan psikologi adalah berdasarkan

kepada min skor yang diperoleh. Tahap kesejahteraan psikologi yang tinggi adalah di

antara 4.34 hingga 6.00, sederhana 2.67 hingga 4.33 dan rendah 1.00 hingga 2.66.

Jadual 2

Tahap Kesejahteraan Psikologi Warga Emas

Jantina Min Sisihan

Lelaki Perempuan Jumlah Piawai

Tahap Kesejahteraan Psikologi Rendah 7

(21.2%)

4

(12.1%)

11

(33.3%)

Sederhana 7

(21.2%)

12

(36.4%)

19

(57.6%)

Tinggi 1

(3.0%)

2

(6.1%)

3

(9.1%)

Jumlah

15

(45.5%)

18

(54.5%)

33

(100.0%)

3.56

1.51

Jadual 2 menunjukkan tahap kesejahteraan psikologi warga emas. Sebanyak 11 orang

responden (33.3%) mempunyai tahap kesejahteraan psikologi yang rendah (7 lelaki

dan 4 perempuan) berbanding hanya 3 orang responden (9.1%) sahaja yang

mempunyai tahap kesejahteraan psikologi yang tinggi (1 lelaki dan 2 perempuan).

Perbezaan peratus antara keduanya adalah sebanyak 24.2%. Sementara 19 orang

(57.6%) responden mempunyai tahap kesejahteraan psikologi sederhana (7 lelaki dan

12 perempuan). Min keseluruhan bagi tahap kesejahteraan psikologi adalah 3.56

dengan sisihan piawai sebanyak 1.51. ini bererti secara keseluruhannya tahap

kesejahteraan psikologi warga emas di rumah perlindungan orang tua yang dikaji

berada pada tahap sederhana, diikuti oleh tahap kesejahteraan psikologi yang rendah

7.2 Tahap Kesejahteraan Psikologi Warga Emas Mengikut Dimensi

Maklumat tahap kesejahteraan psikologi responden juga dilihat dari sudut enam

dimensi iaitu dimensi autonomi, dimensi penguasaan persekitaran, dimensi

pertumbuhan peribadi, dimensi perhubungan positif, dimensi tujuan hidup dan

dimensi penerimaan kendiri.

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 7

Jadual 3 Tahap Kesejahteraan Psikologi Warga Emas Mengikut Dimensi

Dimensi Kesejahteraan Psikologi Min Sisihan Piawai

Autonomi 3.93 1.42

Penguasaan Persekitaran 3.35 1.45 Pertumbuhan Peribadi 3.63 1.58

Perhubungan Positif 3.61 1.63

Tujuan Hidup 3.26 1.53

Penerimaan Kendiri 3.55 1.43

Purata tahap kesejahteraan psikologi 3.56 1.51

Jadual 3 menunjukkan tahap kesejahteraan psikologi warga emas mengikut dimensi.

Dapatan kajian menunjukkan semua dimensi berada pada tahap sederhana. Dimensi

autonomi mempunyai nilai paling tinggi (min = 3.93) sementara dimensi tujuan hidup

pula menunjukkan nilai paling rendah (min = 3.26). Ini diikuti dengan dimensi

pertumbuhan peribadi (min = 3.63); dimensi perhubungan positif (min = 3.61);

dimensi penerimaan kendiri (min = 3.55) dan dimensi penguasaan persekitaran (min

3.35). Dapatan ini menggambarkan bahawa warga emas yang menghuni rumah

perlindungan ini mempunyai autonomi dan boleh berdikari, membangun dan boleh

menerima pengalaman baru. Mereka juga mampu mengekalkan hubungan positif

dengan orang lain terutama dengan rakan-rakan mereka yang sama-sama tinggal di

rumah perlindungan orang tua tersebut serta individu lain umumnya dan juga masih

lagi boleh menerima diri sendiri iaitu sejauh mana mereka mempunyai pandangan

positif terhadap diri sendiri. Mereka masih mampu menguasai persekitaran,

mengawal dan menggunakan sumber dengan baik di samping membuat penyesuaian

untuk tinggal di rumah perlindungan orang tua tersebut. Dimensi tujuan hidup

menduduki tempat terakhir, namun begitu masih berada pada tahap sederhana. Ini

membayangkan mereka masih lagi mempunyai matlamat dan arah tuju hidup

walaupun tinggal di rumah perlindungan orang tua.

7.3 Perbezaan Tahap Kesejahteraan Psikologi Mengikut Jantina

Ujian-t digunakan untuk mengetahui perbezaan tahap kesejahteraan psikologi dalam

kalangan responden lelaki dan perempuan.

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 8

Jadual 4

Perbezaan Tahap Kesejahteraan Psikologi Mengikut Jantina

Jantina N Min Sisihan Piawai t p

Lelaki 15 2.79 1.16 -2.15* .04 Perempuan 18 3.57 0.93

*Signifikan pada paras p<0.05

Analisis ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan tahap kesejahteraan psikologi

mengikut jantina. Hasil analisis (Jadual 4) menunjukkan wujud perbezaan dalam

tahap kesejahteraan psikologi mengikut jantina (t = -2.15, p <0.05). Penghuni wanita

didapati memiliki tahap kesejahteraan psikologi yang lebih tinggi (min = 3.57)

berbanding lelaki (min = 2.79). Dapatan ini menggambarkan wanita lebih sihat dari

segi emosi, pemikiran dan tingkah laku. Kestabilan dalam aspek-aspek tersebut

mendorong kepada kesejahteraan psikologi yang menjadi asas kepada kesihatan

mental. Maka, wanita juga dilihat mempunyai kesihatan mental yang lebih baik

daripada lelaki.

7.4 Hubungan Tahap Kesejahteraan Psikologi Dengan Umur

Korelasi Pearson digunakan untuk mengetahui hubungan tahap kesejahteraan

psikologi dengan umur.

Jadual 5

Pekali Korelasi Pearson Hubungan Antara Umur Dengan Tahap Kesejahteraan Psikologi

Kesejahteraan Psikologi

r P

Umur 0.01 0.98

*Signifikan pada paras p<.05 (2 penghujung)

Analisis korelasi Pearson telah digunakan untuk melihat hubungan tahap

kesejahteraan psikologi dengan umur. Hasil analisis (Jadual 5) menunjukkan tiada

hubungan antara kesejahteraan psikologi dengan umur (r = 0.01).

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 9

8.0 PERBINCANGAN

Tahap kesejahteraan psikologi warga di rumah perlindungan orang tua yang dikaji berada

pada tahap sederhana. Berdasarkan hasil dapatan menunjukkan hanya satu pertiga daripada

keseluruhan sampel warga emas sahaja yang mempunyai tahap kesejahteraan psikologi tahap

tinggi. Manakala lebih separuh warga emas mempunyai tahap kesejahteraan psikologi yang

sederhana dan ada juga orang warga emas yang mempunyai tahap kesejahteraan yang rendah.

Hurlock (1991) menyebutkan bahawa kesejahteraan psikologi atau kebahagiaan pada usia

emas bergantung kepada aspek yang dipenuhi dalam tiga perkara untuk mencapai

kebahagiaan, iaitu acceptance (penerimaan), affection (kasih sayang), dan achievement

(pencapaian). Apabila seorang warga emas tidak dapat memenuhi tiga perkara tersebut, maka

akan sulit baginya untuk dapat mencapai kebahagiaan. Menurut Davis (1998), individu-

individu yang mendapatkan sokongan sosial memiliki tahap kesejahteraan psikologi yang

lebih tinggi. Sokongan ini datang dari pelbagai sumber seperti pasangan, keluarga, rakan

sekerja, organisasi sosial dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa warga emas di rumah

perlindungan orang tua ini juga perlu membentuk hubungan dengan orang-orang yang sesuai

seperti rakan-rakan yang tinggal di rumah perlindungan orang tua terbabit. Warga emas di

rumah perlindungan ini mempunyai tahap kesejahteraan psikologi yang sederhana adalah

berkemungkinan disebabkan oleh pengalaman hidup yang kurang menyeronokkan hingga

mengganggu kestabilan emosi mereka. Ryff (1989) menyatakan bahawa pengalaman hidup

tertentu dapat memberi kesan kepada kesejahteraan psikologi seseorang individu. Penilaian

individu terhadap pengalaman kehidupan memiliki pengaruh yang penting terhadap

kesejahteraan psikologi (Ryff, 1995). Pernyataan ini di sokong oleh penelitian yang dilakukan

oleh Ryff dan Essex (1992) mengenai pengaruh interpretasi dan penilaian individu pada

pengalaman hidupnya terhadap kesihatan mental. Dapat dilihat warga emas yang tinggal di

rumah perlindungan orang tua ini berkemungkinan juga kurang mempunyai lokus kawalan.

Hal ini kerana mereka memerlukan bantuan orang lain dalam kebanyakan aktiviti yang

dilakukan. Robinson et. al (1991) mengemukakan bahawa lokus kawalan dapat memberikan

ramalan terhadap kesejahteraan psikologi seseorang. Individu dengan lokus kawalan dalaman

pada umumnya memiliki tahap kesejahteraan yang lebih tinggi berbanding dengan individu

yang mempunyai lokus kawalan luaran. Warga emas yang mempunyai lokus kawalan

dalaman berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab kepada kehidupan mereka sendiri

dan akan melakukan apa yang mereka rasa sesuai untuk diri mereka sendiri. Mereka

mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang lebih sihat dan mempunyai kemahiran

sosial yang lebih baik. Warga emas yang mempunyai lokus kawalan luaran pula, adalah

mereka yang bergantung kepada sumber luaran seperti mengikut nasib atau takdir. Mereka

yang mempunyai lokus kawalan luaran yang keterlaluan, terutamanya mereka yang tidak

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 10

mempunyai keyakinan diri dan kurang cekap di dalam aktiviti yang mereka lakukan, akan

menunjukkan ciri-ciri neurotik, bimbang dan murung. Kesejahteraan psikologi juga berkait

dengan tahap kesihatan sama ada kesihatan mental mahupun fizikal. Tahap kesejahteraan

psikologi warga emas ini hanya berada pada tahap yang sederhana kerana mereka perlu

menyesuaikan diri dengan penurunan kekuatan fizikal dan kesihatan. Warga emas akan

mengalami penurunan dari aspek fizikal dan kesihatan. Warga emas perlu menjaga kesihatan

selaras dengan pertambahan usia. Penjagaan kesihatan pada tahap ini adalah sangat

dititikberatkan.

Berdasarkan dimensi kesejahteraan psikologi, dapat dilihat di sini bahawa warga emas yang

tinggal di rumah perlindungan orang tua ini mempunyai tahap penguasaan persekitaran yang

sederhana kerana mengalami kesulitan mengawal aktiviti sehari-harian mereka. Mereka

memerlukan bantuan orang lain dalam menguruskan banyak perkara kerana ketidakmampuan

fizikal melakukan perkara tersebut dan juga penurunan tahap mental. Salah satu ciri individu

yang sihat mental adalah individu yang mampu untuk menciptakan suasana yang sesuai

dalam persekitarannya. Allport (1961) menyatakan bahawa individu yang berjaya mampu

memperbaiki dan melakukan perubahan dalam hidupnya. Seseorang yang baik dalam dimensi

penguasaan persekitaran memiliki keyakinan dan kompetensi dalam mengawal keadaan.

Mereka dapat mengawal aktiviti seharian. Sebaliknya seseorang yang memiliki penguasaan

persekitaran yang kurang baik akan mengalami kesulitan dalam mengatur situasi sehari-

harian (Ryff, 1995). Perkara ini akan menurunkan tahap kesejahteraan psikologi mereka.

Warga emas ini mempunyai tahap pertumbuhan peribadi yang sederhana di dalam dimensi

kesejahteraan psikologi mungkin disebabkan mereka agak tertutup untuk mengalami

perkembangan pada usia mereka terutamanya apabila mereka ditinggalkan di rumah

perlindungan orang tua. Teori perkembangan juga menekankan pada pentingnya manusia

bertumbuh dan menghadapi masa hadapan. Seseorang yang memiliki pertumbuhan peribadi

yang baik akan memandang diri sendiri sebagai seorang yang boleh berkembang, terbuka

terhadap pengalaman-pengalaman baru, dapat berubah menjadi peribadi yang lebih afektif di

samping menambahkan pengetahuan (Ryff, 1995). Sebaliknya individu yang memiliki

pertumbuhan peribadi yang kurang baik akan merasa diri mereka mengalami stagnasi,tidak

melihat peningkatan dan perkembangan diri, merasa bosan terhadap hidupnya,tidak mampu

berkembang dari segi sikap dan tingkah laku ke arah yang lebih baik (Ryff, 1995)

Warga emas menunjukkan hubungan dengan orang lain pada peringkat sederhana di dalam

dimensi kesejahteraan psikologi disebabkan banyak daripada rakan-rakan yang tinggal di

rumah perlindungan orang tua ini mengalami penurunan dari aspek mental dan fizikal.

Perkara ini akan membataskan perhubungan antara satu sama lain di mana mereka kurang

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 11

berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Teori self-actualization mengemukakan

konsep hubungan positif dengan orang lain. Membina hubungan yang baik dengan orang lain

merupakan salah satu kriteria yang dikemukakan oleh Allport (Ryff, 1989). Seseorang yang

membina hubungan yang baik dan penuh kepercayaan dengan orang lain. Individu tersebut

juga mengambil berat, menunjukkan empati, afeksi, intimasi dan memahami konsep memberi

dan menerima (Ryff, 1995). Sebaliknya individu yang kurang baik dalam dimensi

perhubungan positif ini akan bertingkah laku tertutup dalam berhubungan dengan orang lain

serta kurang keinginan untuk berkompromi dan mempertahankan hubungan dengan orang

lain.

Bagi warga emas ini mereka mempunyai tahap autonomi yang sederhana di dalam dimensi

kesejahteraan psikologi kerana dibatasi oleh masalah kesihatan dan ketidakupayaan fizikal di

samping mengalami kemerosotan dari aspek mental. Maka mereka perlu sedikit sebanyak

bergantung pada orang lain terutama kepada penjaga dan pekerja di rumah perlindungan

orang tua terbabit. Teori self-actulization mengemukakan autonomi dan resistensi terhadap

perubahan yang terjadi dalam persekitaran. Roger (1961) mengemukakan bahawa seseorang

yang fully functioning digambarkan sebagai seorang yang mempunyai lokus kawalan

dalaman. Ciri utama individu yang memiliki autonomi yang baik adalah dapat menentukan

segala sesuatu seorang diri atau berdikari, mampu membuat keputusan tanpa campur orang

lain dan mempunyai ketahanan dalam menghadapi tekanan sosial(Ryff, 1995). Sebaliknya

individu yang mempunyai autonomi yang rendah banyak bergantung pada orang lain. Dan

kurang mempunyai ketahanan dalam menghadapi tekanan sosial.

Tahap kesejahteraan psikologi warga emas ini sederhana dalam dimensi tujuan hidup. Warga

emas kurang mempunyai tujuan hidup, mereka turut merasa hilang dalam dunia mereka

sendiri di samping merasakan kehidupan lepas adalah tidak bermakna lebih-lebih lagi apabila

sudah ditinggalkan di rumah perlindungan rumah orang tua terbabit. Allport (1961)

menjelaskan bahawa salah satu ciri kematangan individu adalah satu ciri kematangan di mana

individu memiliki rasa terarah dan bertujuan (Ryff, 1989). Teori perkembangan juga

menekankan pada pelbagai perubahan tujuan hidup sesuai dengan tugas perkembangan dalam

tahap perkembangan tertentu. Roger (1961) mengemukakan fully functioning person memiliki

tujuan dan merasa hidup ini bermakna (Ryff, 1989). Seseorang yang memiliki nilai tinggi

dalam dimensi tujuan hidup akan lebih rasa terarah dalam hidup, merasakan kehidupan lepas

adalah bermakna dan memiliki sasaran yang ingin dicapai dalam hidup. Sebaliknya seorang

yang kurang memiliki tujuan hidup akan kehilangan makna hidup, memiliki sedikit tujuan

hidup,kehilangan rasa terarah, hilang keyakinan untuk hidup serta tidak melihat makna hidup

dari kehidupan masa lalu (Ryff, 1995).

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 12

Warga emas mempunyai skor yang sederhana dalam dimensi penerimaan kendiri ini. Dapat

dilihat warga emas ini mempunyai isu dalam penerimaan kendiri di mana mereka merasa

kecewa dengan apa yang telah terjadi dalam hidup mereka sehingga mereka ditinggalkan di

rumah perlindungan orang tua. Mereka juga mungkin merasa tidak disayangi dan diperlukan

dalam keluarga. teori perkembangan manusia,self-acceptance berkaitan dengan penerimaan

kendiri individu pada masa kini dan pada masa lalunya dan ianya turut melibatkan sikap

positif terhadap diri sendiri (Ryff, 1989).Seorang individu dikatakan memiliki nilai yang

tinggi dalam dimensi penerimaan kendiri sekiranya mempunyai sikap yang positif terhadap

diri sendiri, menghargai dan menerima pelbagai aspek yang ada pada dirinya. Selain itu

individu yang mempunyai nilai penerimaan kendiri akan merasa positif terhadap kehidupan

masa lalu. Sebaliknya individu dikatakan memiliki nilai yang rendah dalam dimensi

penerimaan kendiri apabila mereka kurang merasa puas terhadap diri mereka, merasa kecewa

dengan apa yang telah berlaku dalam hidup, memiliki masalah dengan kualiti diri yang

tertentu dan berharap menjadi orang yang berbeza.

Perbezaan jantina akan mempengaruhi tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga

emas. Warga emas wanita mempunyai tahap kesejahteraan psikologi yang lebih tinggi

berbanding dengan warga emas lelaki. Dapatan ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh

Ryff dan Keyes (1995) dengan menyatakan bahawa perbezaan jantina juga mempengaruhi

keadaan kesejahteraan psikologi seseorang individu. Sesuai dengan tahap perkembangan

Erikson, perempuan pada usia emas telah memasuki tahap ego integrity vs depair (Rathus &

Nevid, 2002). Pada tahap ini, mereka berusaha untuk mencapai keseimbangan dan keutuhan,

bukan untuk menyerah pada ketidakmampuan mereka pada masa lalu (Erikson, Erikson &

Kivnick, 1986; Papalia, 2007). Hal ini dapat dilihat ketika perempuan harus menjalani banyak

peranan yang berbeza dalam hidupnya, mereka lebih fleksibel dan lebih dapat mengatasi

perubahan dalam hidupnya berbanding lelaki (Lopata, 1971; Markson, 1993; Bond, Cutler &

Grams, 1995). Menurut Cumming dan Henry (1961), serta Bond, Cutler dan Grams (1995),

berdasarkan pendekatan structural-functionalist, perempuan dapat menjalani fasa kehidupan

dengan lancar daripada lelaki dan peranan mereka tetap sama baik dari kecil hingga

mendekati saat kematian. Perempuan juga cenderung untuk memiliki teman dari jantina yang

sama untuk mendapat sokongan sosial (Bond, Cutler & Grams, 1995). Hal tersebut berkaitan

dengan dimensi hubungan positif dengan orang lain di mana dimensi ini menekankan

pentingnya menjalinkan hubungan dan mempercayai antara satu sama lain (Ryff, 1989).

Dalam sebuah kajian mendapati bahawa perempuan lebih optimis daripada lelaki (Matlin,

1987). Seiring dengan pertambahan usia, perempuan mengetahui bahawa mereka memiliki

kemampuan dan kepercayaan diri di luar dari ekspektasi mereka sebelumnya(Matlin, 1987).

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 13

Hal tersebut berkaitan dengan dimensi pertumbuhan peribadi yang menjelaskan mengenai

kemampuan individu untuk mengembangkan potensi dalam diri dan berkembang sebagai

seorang manusia. Dimensi ini diperlukan oleh individu agar dapat berfungsi penuh (Ryff,

1989). Walaupun warga emas perempuan telah memasuki masa menopaus, mereka lebih

bertingkah laku positif dan lebih memiliki kepuasan hidup (Matlin 1987).

Faktor umur tidak mempunyai hubungan dengan tahap kesejahteraan psikologi dalam

kalangan warga emas yang tinggal di rumah perlindungan orang tua. Dapatan ini mempunyai

perbezaan dengan hasil kajian Ryff dan Keyes (1995) dengan mengemukakan bahawa

perbezaan usia mempengaruhi perbezaan dalam dimensi kesejahteraan psikologi. Semakin

bertambah usia seseorang maka semakin mengetahui keadaan yang terbaik bagi dirinya.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Ryff (1989), ditemukan adanya perbezaan tahap

kesejahteraan psikologi pada individu dari pelbagai kelompok umur. Dalam dimensi

penguasaan persekitaran terlihat profil meningkat seiring dengan pertambahan usia. Semakin

bertambah usia seseorang maka semakin mengetahui keadaan yang terbaik bagi dirinya.

Maka, individu tersebut semakin dapat pula mengatur keadaan menjadi lebih baik dan sesuai

dengan keadaan dirinya. Individu yang berada dalam usia dewasa akhir memiliki tahap

kesejahteraan psikologi yang lebih rendah dalam dimensi tujuan hidup dan pertumbuhan diri,

individu yang berada dalam usia pertengahan dewasa memiliki tahap kesejahteraan psikologi

yang lebih tinggi dalam dimensi penguasaan persekitaran; individu yang berada dalam usia

dewasa awal memiliki skor yang lebih rendah dalam dimensi autonomi dan penguasaan

persekitaran dan memiliki tahap kesejahteraan psikologi yang lebih tinggi dalam dimensi

pertumbuhan diri. Dimensi penerimaan diri dan dimensi hubungan positif dengan orang lain

tidak memperlihatkan adanya perbezaan seiring dengan pertambahan usia (Ryan & Deci,

2001).

9.0 IMPLIKASI DAN CADANGAN

Perkhidmatan kaunseling sangat diperlukan bagi menangani isu-isu yang melibatkan warga

emas untuk membantu mereka meningkatkan kesejahteraan psikologi dan kualiti hidup

kepada tahap yang lebih baik. Lazimnya apabila menjejaki usia tua maka akan timbul

perasaan kesunyian dan rasa terpinggir lebih-lebih lagi bagi warga emas yang di tinggalkan di

rumah orang-orang tua. Melalui perkhidmatan kaunseling, para kaunselor boleh membantu

warga emas mencari makna kehidupan sebenar dan melalui kehidupan yang lebih bermakna.

Kaunselor seharusnya mempunyai tahap empati yang tinggi semasa menjalankan tugasan

kerana terdapat sesetengah warga emas yang terlalu banyak berkongsi masalah yang sedang

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 14

mereka lalui mahupun masalah masa lampau. Namun begitu ada juga warga emas yang lebih

bersifat tertutup dan agak sukar didekati.

Melalui kaunseling golongan warga emas boleh disedarkan tentang banyak perkara yang

boleh dilakukan apabila mereka, dan membantu mereka membuang tanggapan negatif seperti

rasa terpinggir dan rasa tidak berguna kepada membina rasa hormat, rasa tulus dan lain-lain

perasaan positif. Kaunselor juga perlu peka terhadap isu-isu yang melibatkan tahap

kesejahteraan psikologi warga emas tersebut termasuklah isu berkaitan autonomi, penguasaan

persekitaran, pertumbuhan peribadi, perhubungan positif, tujuan hidup dan juga penerimaan

kendiri. Hasil kajian ini boleh membantu kaunselor dalam program kaunseling bagi

meningkatkan kesejahteraan psikologi warga emas demi mendapatkan kualiti hidup yang

lebih baik.

Di samping itu pihak pengurusan rumah orang-orang tua juga perlu menyediakan program

yang bersesuaian dengan warga emas agar kualiti hidup mereka bertambah baik seperti

program kerohanian seperti mewujudkan kelas-kelas agama dan program kesihatan.

Mempertingkatkan ilmu agama, memberi pendedahan amali berkenaan ilmu agama serta

menambah ilmu yang sedia ada boleh membantu warga emas mencapai kepuasan dalam

kehidupan.

Kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang sesuai dan khusus untuk warga emas

perlu disediakan bagi menentukan mereka boleh hidup dengan penjagaan kesihatan yang

sempurna. Program kesihatan seperti riadah perlu digalakkan dalam kalangan mereka agar

mendapat kesihatan yang optimum. Kemudahan-kemudahan yang sesuai perlu disediakan

untuk warga emas menjalankan aktiviti riadah. Tempat istirahat yang sesuai juga perlu diberi

perhatian agar warga emas ini tidak menghabiskan masa mereka hanya di katil sahaja.

Tempat makan yang sesuai dengan kelengkapan seperti meja dan kerusi bagi warga emas

yang masih mampu untuk berjalan, supaya mereka ini tidak makan di katil masing-masing.

Waktu makan juga menjadi masa yang sesuai untuk mereka berinteraksi dan bersosial sama

sendiri untuk mengatasi kesunyian.

Negara melalui Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat perlu mendidik anak-anak mempunyai asas agama dan ada rasa

tanggungjawab dalam menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang berumur. Dalam aspek

pendidikan, kurikulum sekolah perlu memasukkan pendidikan kekeluargaan sebagai salah

satu aspek yang perlu diambil berat, agar generasi muda dapat menghayati dan memahami

warga emas. Generasi muda akan lebih menghargai warga emas kerana mereka juga akan

mengalami pengalaman menjadi tua pada suatu hari nanti. Dengan ini, rasa

bertanggungjawab, hormat dan mengasihi warga emas akan ditanamkan pada setiap generasi

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 15

muda. Di samping itu pendekatan khusus dalam agama atau ilmu sivik untuk meningkatkan

kesedaran tentang tanggungjawab menjaga ibu bapa harus di perhebatkan. Fenomena pada

masa kini, mendapati anak-anak tergamak menghantar ibu bapa mereka tinggal di rumah

orang-orang tua walaupun mereka mampu untuk memelihara ibu bapa mereka. Daripada

kajian yang dijalankan, ada warga emas yang menyatakan bahawa mereka tinggal di rumah

perlindungan orang tua secara sukarela, tetapi dapat dilihat dari air muka mereka dan jauh di

sudut hati mereka terkilan dan sedih dengan perbuatan anak-anak. Media massa juga perlu

memainkan peranan penting menyiarkan rancangan atau penerangan bagi memperluaskan

kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab menjaga ibu bapa dan mereka yang lanjut

usia.

Agensi-agensi kerajaan dan badan-badan sukarela bukan kerajaan juga perlu memainkan

peranan dalam membantu meningkatkan kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga emas.

Penglibatan masyarakat sangat penting bagi membolehkan warga emas ini terus berinteraksi

dengan masyarakat luar. Program lawatan daripada pihak luar atau membawa warga emas

melawat ke luar merupakan aktiviti lapangan yang boleh membantu warga emas untuk

menimba pengalaman luar dan memberi sokongan sosial serta menunjukkan mengambil

cakna terhadap warga emas yang tersisih atau terbiar. Program mesra warga emas sebegini

perlu dilaksanakan oleh masyarakat secara berterusan bertujuan untuk memberi sokongan

terhadap golongan warga emas.

Penyelidikan, kajian-kajian dan pemantauan perlu dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam pengendalian rumah orang tua bagi

mendapatkan maklumat-maklumat terkini agar pelaksanaan yang lebih teratur dapat

dilaksanakan. Kesejahteraan dan kecemerlangan pelaksanaan penjagaan warga emas di rumah

perlindungan akan memberi impak besar terhadap keprihatinan kerajaan khasnya

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Di samping itu juga ia dapat

akan meningkatkan komitmen kepada pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan kebajikan

warga emas. Program-program yang dicadangkan diharapkan dapat mempertingkatkan

kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga emas bagi membolehkan mereka

mengembangkan potensi ke tahap optimum.

10.0 KESIMPULAN

Kajian ini mendapati bahawa tahap kesejahteraan psikologi warga emas berada pada tahap

sederhana. Begitu juga enam dimensi yang diuji berada pada tahap sederhana. Pada

keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa warga emas yang tinggal di rumah perlindungan

tersebut tidak mencapai tahap kesejahteraan psikologi yang sempurna. Selain itu, dapatan

hasil kajian membuktikan bahawa terdapat perbezaan tahap kesejahteraan psikologi mengikut

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 16

jantina di mana warga emas perempuan mempunyai tahap kesejahteraan psikologi yang lebih

tinggi berbanding warga emas lelaki. Namun begitu tidak terdapat hubungan antara

kesejahteraan psikologi dan umur.

Oleh kerana kesejahteraan psikologi merupakan salah satu elemen yang amat penting untuk

warga emas, maka adalah penting untuk masyarakat memiliki kesedaran dan berusaha

menerapkan amalan nilai murni untuk mengeratkan hubungan masyarakat dengan warga

emas. Negara dan masyarakat harus mendidik generasi muda terhadap kepentingan dan

tanggungjawab menjaga ibu bapa masing-masing.

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 17

RUJUKAN

Allport, G. W. (1961). Pattern and growth in personality. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Bond, L. A., Cutler, S. J., & Grams, A. (1995). Promoting successful and productive aging. Thousand

Oaks, CA: Sage Publications, Inc. Generations.

Bradburn, Norman, M., & Noll, C. E. (1969). The structure of psychological well-being. Chicago:

Aldine Pub. Co.

Cumming, E., & Henry, W. (1961). Growing old: The process of disengagement. New York: Basic

Books.

Davis, S. L. (1998). Social and scientific influences on the study of children’s suggestibility: A

historical perspective. Child Maltreatment, 3, 186–194.

Erikson, E. (1959). Identity and the life cycle. Psychological Issues, 1, 18–164.

Erikson, E. H., Erikson, J. M., & Kivnick, H. Q. (1986). Vital involvement in old age. New York:

Norton.

Jahoda, M. (1958).Current concepts of positive mental health. New York: Basic Books.

Jung, C. G. (1962).Symbols of transformation: An analysis of the prelude to a case of schizophrenia

(vol. 2). New York: Harper & Brothers.

Levy, S., & Guttman, L. (1975). On the multivariate structure of wellbeing. Social Indicators

Research, 2, 361-388.

Lopata, H. Z. (1971). Occupation housewife. New York: Oxford University Press.

Hurlock, E. B. (1991). Psikolgi perkembangan suatu pendekatan sepanjang rentang kehidupan

(Terjemahan oleh Istiwidayanti dan Soedjarwo). Jakarta : Penerbit Erlangga.

Markson, E. W. (1993). Issues affecting older women. California: Sage Publication, Inc.

Maslow, A. H. (1954). Motivation and personality. New York: Harper.

Matlin, M. W. (1987). The psychology of women. New York: Holt, Rinehart & Winston, Inc.

Myers, J. E., Sweeney, T. J., & Witmer, J. M. (2000). The wheel of wellness counseling for wellness:

A holistic model for treatment planning. Journal of Counseling and Development, 78(3), 251-

266.

LIFELONG LEARNING INTERNATIONAL CONFERENCE 2014 (3LInC’14)

ISBN NO : 978-983-2078-96-8 18

Nadia Hamid. (2011, Mac 13) 3.2 juta warga tua menjelang 2020. Berita Harian, hlm. 11.

Papalia, D. (2007). Human development (10 th

ed.). New York: McGraw Hill.

Rathus, S. A., & Nevid, J. S. (2002). Psychology and the challenges of life: Adjustment and growth.

(8th ed.). New York: Wiley.

Robinson, P. B., Stimpson, D. V. Huefner, J. C., Hunt, H. K. (1991). An attitude approach to the

prediction of entrepreneurship. Entrepreneurship Theory and Practice, 15(4), 13-31.

Rogers, C. (1961). On becoming a person: A therapist’s view of psychotherapy. Boston: Houghton

Mifflin.

Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2001) On happiness and human potentials: A review of research on

hedonic and eudaimonic well-being. Annual Review of Psychology 52, 141-166.

Ryff, C. D. (1989). Happiness is everything, or is it? Explorations on the meaning of psychological

well-being. Journal of Personality and Social Psychology, 57(6), 1069-1081.

Ryff, C. D. (1989). In the eye of the beholder: Views of psychological well-being among middle-aged

and older adults. Psychology and Aging, 4(2), 195-210.

Ryff, C. D. (1995). Psychological well-being in adult life. Current Directions in Psychological

Science 4(4), 99-104.

Ryff, C. D., & Essex, M. J. (1992). The interpretation of life experience and wellbeing: The sample

case of relocation. Psychology and Aging, 7, 507-517.

Ryff, C. D., & Keyes, C. (1995). The structure of psychological well-being revisited. Journal of

Personality and Social Psychology, 69, 719–727.

Ryff, C. D., & Singer, B. (1996). Psychological well-being: Meaning, measurement, and implications

for psychotherapy research. Psychotherapy and Psychosomatics, 65, 14-23.