Sunnah dan Bidaah di bulan Ramadhan

29

Transcript of Sunnah dan Bidaah di bulan Ramadhan

ك ا ا ال م ر و في ش ش دع ال ال جو السنن ال

SUNNAH YANG HAMPIR DITINGGALKAN & BIDAAH YANG MENJADI BUDAYA

DI BULAN RAMADHAN

Muqaddimah

الحمد ه رب العالمين الذي أنزل على عبد الكتاب ليكون للعالمين نذيرا. والصاة والسام على سيدنا محمد بن اس وآتا الحكمة وجوامع الكلم وعلمه ما لم يكن يعلم وكان فضل اه عليه عبد اه الذي أرسله اه تعالى رحمة لل

،عظيما وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين ،أما بعد

Bulan Ramadhan adalah bulan terbaik menambahkan amalan dan mendidik jiwa untuk

mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi ramai dari kalangan kita yang tergelincir daripada

jalan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW (semoga Allah lindungi saya dan tuan-puan).

Justeru itu, kami telah menyediakan satu kajian berkaitan dua perkara yang saling

bertentangan. Iaitu Sunah dan Bidaah di bulan Ramadhan.

Mungkin sebahagian kajian kami ini tidak disenangi oleh sebahagian pihak. Maka kami

cadangkan pihak berkenaan supaya menghantar kajian mereka di email berikut:

[email protected]

Semoga Allah tambah amalan dan ketaqwaan kita.

Amin!

___________

Syihabudin Ahmad,

Sungai Buloh, Selangor.

12 Jun 2015, 25 Sya`ban 1436H

ISI KANDUNGAN

Muqaddimah ............................................................................................................................... 1

BAB 1: SUNNAH YANG HAMPIR DITINGGALKAN ........................................................................... 3

1. Berdoa dengan doa yang dibacakan Nabi ketika melihat anak bulan. ....................................... 3

2. Mengucapkan tahniah kerana berjaya sampai ke bulan Ramadhan .......................................... 4

3. Menyegerakan berbuka .............................................................................................................. 5

4. Berbuka dengan beberapa biji kurma basah. ............................................................................. 6

5. Bersahur ...................................................................................................................................... 7

6. Melewatkan sahur ...................................................................................................................... 9

7. Meninggalkan kata-kata keji dan dusta .................................................................................... 10

8. Mandi junub sebelum fajar ....................................................................................................... 11

9. Tidak berbekam dan seumpamanya ......................................................................................... 12

10. Berdoa sewaktu berbuka ...................................................................................................... 13

11. Menyediakan makanan untuk mereka yang berbuka puasa ................................................ 14

12. Berkata Aku Berpuasa apabila berlaku perselisihan ......................................................... 15

13. Beriktikaf ............................................................................................................................... 15

14. Perbanyakkan amalan kebaikan ........................................................................................... 16

BAB 2: BIDAAH YANG POPULAR ................................................................................................... 17

Mengenali Bidaah ............................................................................................................................. 17

1- Bersandar Kepada Kiraan Kalender Semata-Mata .................................................................... 18

2- Berhaid Tetapi Berpuasa ........................................................................................................... 19

3- Berhaid tetapi menahan diri dengan kelaparan kerana menyangka ada kelebihannya. ......... 20

4- Sengaja melambatkan azan Maghrib dan berbuka .................................................................. 21

5- Mengejutkan orang kampung atau taman untuk bersahur ..................................................... 23

6- Sengaja meninggalkan sahur kerana mahu lebih penat dan beryakinan itu ada kelebihannya

25

7- Waktu Imsak ............................................................................................................................. 26

8- Zikir kuat berjemaah selepas solat tarawih .............................................................................. 28

BAB 1: SUNNAH YANG HAMPIR DITINGGALKAN

Puasa mempunyai sunah yang banyak secara umum dan khusus. Tetapi di dalam kajian ini,

kami hanya nyatakan sebahagian daripada sunah-sunah puasa yang khusus yang telah kami

ketahui dengan pengajian yang singkat dan ilmu yang terhad.

Kami ringkaskan seperti berikut:

1. Berdoa dengan doa yang dibacakan Nabi ketika melihat anak bulan.

Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Talhah bin Ubaidillah telah

bercerita bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa apabila melihat anak bulan:

اإسم، » السم اإيما الله أهلل علينا باليمن ب الل ي «ب

Ya Allah! Yang telah menampakkan awal bulan kepada kami dengan aman dan iman,

selamat dan Islam. Tuhaku dan Tuhanmu adalah Allah.

(HR at-Tirmizi di dalam Sunan at-Tirmizi, bilangan: 3451)

Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Ghorib

Doa ini hanya dibaca oleh orang yang melihat anak bulan. Manakala orang yang tidak

melihatnya, maka tidak disunatkan.

2. Mengucapkan tahniah kerana berjaya sampai ke bulan Ramadhan

Imam Ahmad dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Abu Hurairah bercerita:

، اف مضا ، شه مبا ك جا : " ق سل يبش أصحاب س ه صل ه علي قا اب الجن ، تفتح في أب صيام ، في ه عليك تغل في الشياطي ، اب الجحي تغل في أب ،

م "، ح ها فق م خي ، من ح من أل شه ليل خي

Rasulullah pernah berucap ketika memberikan khabar gembira kepada para sahabat

baginda: “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Allah telah

mewajibkan kalian berpuasa padanya. Dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu al-

Jahim (neraka), diikat para syaitan pada bulan Ramadhan. Padanya juga terdapat satu

malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, sesiapa yang dimuliakan dengan kebaikannya,

maka ia telah dimuliakan.”

(HR Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad, bilangan: 8991)

Syeikh Syuaib al-Arnaouth menyatakan bahawa hadis ini sahih.

Ibnu Rejab al-Hanbali berkata: Sebahagian ulama berpendapat, hadis ini adalah asal usul bagi

amalan ucapan tahniah antara satu sama lain pada bulan Ramadhan.1

Orang Arab, apabila tiba bulan Ramadhan mereka sering mengucapkan: Barakallah,

Ramadhan al-Mubarak, Kullu Am wa antum bi khair, dan sebagainya. Maka kita ucapkanlah

ucapan-ucapan yang mengembirakan kita apabila datangnya bulan Ramadhan. Ucapan yang

terbaik ialah doa yang baik-baik.

1 Rujuk: Lataiful Maarif

3. Menyegerakan berbuka

Ibadah ini dilakukan sejurus setelah diyakini tenggelamnya matahari. Jangan bertangguh-

tangguh atau melambatkannya. Apabila ada makanan dihidangkan, maka berdoa yang

pendek-pendek (sebaik-baik doa makan adalah Bismillah.) kemudian teruslah makan. Ini

sunah!

Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Sahl bin Sa`id bahawa Nabi

SAW pernah berkata:

« ا الفط ما عجل ا النا بخي «ا ي

“Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagimana mereka terus menyegerakan

berbuka”.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1957)

Perbuatan sengaja melambat-lambatkannya dengan doa yang panjang lebar, nasyid dan

qasidah adalah bertentangan dengan ajaran Nabi SAW. Ia akan diterangkan pada bahagian

kedua nanti.

4. Berbuka dengan beberapa biji kurma basah.

Kurma mempunyai pelbagai kategori. Kurma basah disebut rutob, kurma kering disebut

tamar, manakala kurma asli disebut balah. Yang paling afdhal ialah berbuka dengan buah

kurma yang basah (ب ). Jika tidak dijumpai kurma basah, maka berbukalah dengan kurma

kering (ر .sekiranya tidak ada juga, maka dengan air ,(ت

Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Anas bin Malik. Beliau berkata:

ل ، ف طبا ي عل يصل سل يفط قبل أ ، كا النب صل الل علي ا طبا فتمي تكن ب ا من ما ا حسا حس تكن تمي ل ف

Nabi saw berbuka sebelum solat (Maghrib) dengan beberapa biji kurma basah. Sekiranya

tidak ada kurma basah, maka baginda berbuka dengan tamar kering. Sekiranya tidak ada juga,

maka Baginda menghirup beberapa teguk air.”

(HT at-Tirmizi di dalam Sunan at-Tirmizi, bilangan: 696)

Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Ghorib

Sebahagian orang telah membuat kesilapan apabila mereka terus menggantikan kurma

dnegan buah-buahan yang lain. Lalu mereka sandarkan kepada agama. Ini adalah sandaran

yang tidak tepat.

Pada zaman Nabi SAW tidak hanya ada kurma sahaja. Tetapi ada pelbagai jenis buah-

buahan. Mengapa Nabi menyuruh kita memilih kurma untuk di dahulukan? Kerana ia syariat.

Sesiapa yang melakukannya mendapat pahala ibadah.

Sekiranya kita mahu berbuka dengan buah-buah yang lain ketika wujudnya kurma, maka

dahulukan kurma kemudian barulah dimakan buah-buah yang lain.

Di dalam hadis di atas juga dinyatakan bahawa Rasulullah berbuka dengan beberapa biji

kurma. Maka janganlah kita menunggalkan kurma itu kepada 1 biji sahaja. Jadikanlah ia

lebih daripada 2 sehingga ia menjadi istilah beberapa biji.

5. Bersahur

Sahur ( حوالس ) dengan dibariskan fathah huruf sin bermaksud makanan yang dimakan pada

akhir malam. Apabila sesuatu makanan itu dimakan dengan niat ibadah, maka ia menjadi

sunat sekalipun ia sedikit.

Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa

Rasulullah SAW bersabda:

« ك ا ف في السح ب «تسح

“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah”

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1923)

Hikmah disunatkan sahur adalah untuk menguatkan diri melakukan puasa.

Ibnu Majah dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ibnu `Abbas bahawa Nabi SAW

bersabda:

ا بطعام السح عل صيام النها استعين

“Dapatkanlah bantuan dengan makanan sahur untuk menguatkan puasa pada siang hari”.

(HR Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, bilangan: 1693)

Syeikh Syuaib al-Arnaouth berkata: Sanad hadis ini Dhoif

kerana kedaifan perawi bernama Zam`ah bin Soleh.

Waktu Sahur

Masuknya waktu sahur ialah dengan berlalunya separuh malam. Fadhilat sahur diperolehi

dengan memakan sesuatu, tidak kira banyak ataupun sedikit ataupun sekadar meminum air

sahaja.

Ibnu Hibban dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa

Rasulullah SAW berkata:

ع من ما بج ل ا تسح

“Bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air”.

(HR Ibnu Hibban di dalam Sahih Ibnu Hibban, bilangan: 2476)

Syeikh Syuaib al-Arnaout menyatakan isnad hadis ini hasan.

Imam an-Nawawi di dalam kitab al-Majmu` menyatakan: Waktu sahur ialah waktu di

antara pertengahan malam sehingga terbit fajar.

Di dalam Hasyihah ad-Dusuki disebutkan:

كلما قت السح بنص الليل اأخي خل د أ النب صل ه علي ي خ كا أفضل، فق تعل ي أ القا خمسي بي الفج ق ما يق اغ من ه بحيث يك ما بي ف خ سل كا ي

ا .انته .مما قلناه أ اأكل قبل نص الليل ليس سح

Masuknya waktu sahur apabila telah sampai pertengahan akhir daripada waktu malam.

Melambatkannya adalah lebih baik. Telah jelas daripada Nabi SAW bahawa baginda

melambatkan sahur sehingga waktunya dan waktu Subuh hanya berjarak bacaan 50 ayat al-

Quran. Justeru itu, difahami daripada apa yang kami sebutkan bahawa makan sebelum

sampai pertengahan malam tidaklah dikira sebagai sahur.

6. Melewatkan sahur

Ini dilakukan dengan berhenti makan dan minum ketika fajar hampir terbit. Waktu yang

terbaik ialah memulakan sahur pada 30-10 minit sebelum masuk waktu subuh dengan

perkiraan bacaan 50 ayat al-Quran.

Imam Ahmad dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Dzar bahawa Rasulullah SAW

bersabda:

ا » ير ما ال أمتي بخا أاخروا السحورا ا تازا ، وا فطاارا جلوا ا «عا

“Umatku terus berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan

melewatkan bersahur”.

(HR Ahmad di dalam Musnad Ahmad, bilangan: 21312)

Syeikh Syuaib al-Arnaouth berkata: Isnadnya Dhoif. 2

Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Zaid bin Sabit berkata:

« ل الص ، ث قام سل نا مع النب صل ه علي ؟ «تسح السح ا كا بي اأ ، قلت: ك : »" قا ي خمسي «ق

Kami bersahur bersama-sama Nabi SAW kemudian kami bangun untuk bersolat. Lalu Anas

bertanya: Berapakah jaraknya di antara azan dan sahur? Beliau menjawab: kadar 50 ayat.3

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1921)

2 Ibnu Lahi`ah –perawi hadis ini- adalah lemah di dalam hafalan.

3 Di dalam riwayat yang lain disebutkan antara 50 atau 60. Al-Bukhari: 575

7. Meninggalkan kata-kata keji dan dusta

Kata-kata yang mesti dijauhi seperti mencela, menipu, mengumpat dan menghasut hendaklah

dihentikan pada bulan Ramadhan. Ia menjadi permulaan pendidikan jiwa dan sosial yang

baik untuk menghadapi bulan-bulan berikutnya.

Seseorang yang berpuasa juga hendaklah menahan dirinya daripada perkara-perkara syahwat

seperti melihat wanita dan mendengar lagu-lagu dan novel-novel yang melalaikan. Terutama

adalah lagu-lagu yang bercanggah dan novel yang tidak memberi faedah.

Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi

SAW bersabda:

« اب ش ي طعام ، فليس لل حاج في أ العمل ب ال ق ي «من ل

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal denganya maka Allah tidak

memerlukannya untuk meninggalkan makan dan minumnya.”

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1903)

Ketahuilah bahawa mencela, menipu, mengumpat, menghasut dan seumpamanya merupakan

perkara yang sememangnya diharamkan. Namun perkara baru dalam masalah ini bagi orang-

orang yang berpuasa ialah selain ia adalah dosa ia akan menghapuskan pahala puasa

walaupun hukum puasanya adalah sah dan dikira telah melaksanakan kewajipan. Oleh itu

perkara-perkara ini dianggap sebagai adab dan sunat-sunat puasa yang mesti dijaga.

Sia-sialah puasa yang dipenuhi dengan caci maki dan akhlak yang buruk.

8. Mandi junub sebelum fajar

Ini dilakukan untuk memastikan dirinya bersih daripada awal puasa lagi. Ini bermakna junub

tidak membatalkan puasa tetapi yang lebih afdhal ialah menyelesaikannya sebelum fajar.

Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Aisyah. Beliau bercerita:

احتم، ا من جما غي كا ليصبح جنب سل س الل صل ه علي أشه عل م ث يص

“Aku menyaksikan bahawa Rasulullah saw pernah bangun pagi di dalam keadaan junub kerana jima’

tanpa bermimpi kemudian baginda mandi dan berpuasa”.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1931)

Wanita haid dan nifas juga disunatkan agar mandi sebelum fajar apabila telah sempurna suci

dan darah berhenti sebelum itu.

Sebahagian orang menyangka bahawa apabila telah bangun lewat sehingga terlepas waktu

subuh dan berada di dalam keadaan berjunub, maka puasanya tidak akan dikira. Tetapi hadis

di atas membuktikan sebaliknya.

Menjadi perkara yang terbaik apabila seseorang bangun pagi di dalam keadaan tersebut lalu

dia mandi dan terus menyelesaikan tanggungjawab solat serta terus berpuasa.

9. Tidak berbekam dan seumpamanya

Ini kerana ia akan melemahkan diri orang yang berpuasa. Apabila ia tidak melemahkan, maka

tidak menjadi masalah untuk berbekam.

Imam Ibnu Majah dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata bahawa

Nabi SAW bersabda:

م حجا أفط الحاج

Telah tidak berpuasa bagi orang yang membekam dan dibekam.

(HR Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, bilangan: 1679, Sahih)

Kemudian hadis ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat al-Bukhari (1940) berikut:

Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Adam bin

Abi Iyas, diceritakan kepada kami Syu`bah,beliau berkata: Aku mendengar Sabit al-Bunani

berkata: Anas bin Malik bertanya:

: ؟ قا ه الحجام للصائ تك : أكنت ض الل عن ا من أجل »سئل أنس بن مال ا، «الضع

Adakah kamu tidak suka untuk berbekam bagi orang berpuasa? Beliau menjawab: Tidak,

melainkan kerana melemahkan.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1940)

Dia juga hendaklah meninggalkan merasa masakan kerana dibimbangi sesuatu akan masuk

ke dalam rongganya. Sekalipun begitu, merasa makanan adalah dibolehkan tanpa

menelannya. Ini adalah pendapat Ibnu Abbas. Beliau berkata: “Tidak mengapa merasa

makanan seperti cuka yang mahu dibelinya.” Ini kerana apabila sesuatu masuk ke dalam al-

jauf, maka puasanya batal.

10. Berdoa sewaktu berbuka

Ketahuilah wahai saudaraku muslimin, bahawa doa orang yang berpuasa sangat mustajab.

Mari kita ambil kesempatan itu untuk banyak berdoa dengan hati yang ikhlas, mengikuti

sunnah Rasulullah saw, dan berkeyakinan bahawa doa kita akan dikabulkan oleh Allah.

Imam Ibnu Hibban dengan sanadnya meriwayatkan hadis yang panjang daripada Abu

Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

الصائ حي يف : اإمام العاد ته د دع مثث ا ت ظلدع ا ط

Tiga doa yang tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa ketika mahu berbuka,

dan doa orang yang dizalimi.

(HR Ibnu Hibban di dalam Sahih Ibnu Hibban, bilangan: 7387)

Syeikh Syuaib al-Armaout menyatakan Hadis ini Sahih dengan syawahid.

Antara doa yang baik untuk dibaca ialah:

ثبت اأج شا ه، ، ابتلت الع ، ه الظم ، ق أفط عل الله ل صمت،

“Ya, Allah ! Aku berpuasa untuk Mu, dengan rezeki Mu aku berbuka, telah hilanglah

kehausan, telah basahlah kerongkong dan telah pastilah ganjarannya Insya Allah”.

11. Menyediakan makanan untuk mereka yang berbuka puasa

Amalan memberi makan dan minum dengan cara bertukar-tukar juadah telah menjadi adat

yang baik di dalam masyarakat kita. Namun dengan kemajuan bandar dan berkurangnya

orang di kampung-kampung yang mengamalkan adat tersebut, akhirnya ia menjadi suatu

amalan yang kian dilupakan.

Kesannya, para jiran tidak lagi sering bertemu dan setiap orang hanya hidup dengan cara

mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Jadilah orang yang beragama itu hanya

memperbaiki diri sendiri tetapi bukan orang lain.

Amalan memberi makan kepada orang lain untuk berbuka puasa sangat subur di tanah-tanah

arab. Sebahagian mereka mengumpulkan para pelajar di rumah mereka atas tujuan tersebut

selama 30 hari berturut-turut.

Sekiranya tidak mampu memberikan mereka makan, dia hendaklah memberikan buah kurma

ataupun minuman untuk mereka berbuka. Itulah yang disebutkan di dalam mazhab asy-

Syafii.

Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani

bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ا» أن ا ينقص من أج الصائ شيئ ه، غي ا كا ل مثل أج «من فط صائم

Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia mendapat

ganjaran sepertinya (orang berpuasa) tanpa dikurangkan ganjaran orang yang berpuasa itu

sedikitpun”.

(HR At-Tirmizi di dalam Sunan at-Tirmizi, bilangan: 807)

Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Sahih.

12. Berkata Aku Berpuasa apabila berlaku perselisihan

Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa

Rasulullah SAW bersabda:

ا يجهل، فث ي يام جن ف الص تي ي صائ م ن شاتم فليقل: ام قاتل أ

Puasa adalah pelindung. Maka janganlah kamu mencarut dan melakukan perkara bodoh.

Sekiranya diajak bergaduh, maka katalah: ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa.’ Sebanyak

dua kali.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1894)

13. Beriktikaf

Dalil disyariatkan iktikaf ialah firman Allah swt:

: ك البق ساج عاكف في ا أنت هن ا تباش ب81ت}

“Dan janganah kamu setubuhi mereka ketika kamu sedang beriktikaf di masjid”

(Al-Baqarah: 187)

Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Aisyah berkata:

الل واجه أن البي صلى اه عليه وسلم، كان ي عتكف العشر اأواخر من رمضان حتى ت وفا ه، م اعتكف أ م ن ب عد

“Nabi Saw telah beriktikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadan. Kemudian isteri-isteri Baginda

beriktikaf selepas kewafatannya”.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 2026)

Penjelasan tentang kaedah iktikaf, sila rujuk nota saya bertajuk “Fikah Puasa Mazhab Asy-

Syafii”.

14. Perbanyakkan amalan kebaikan

Memperbanyakkan amalan kebaikan adalah dituntut pada bulan Ramadhan. Apatah lagi ia

adalah bulan yang dinilai pahalanya oileh Allah sendiri. Satu perkara yang perlu diberi

perhatian besar di dalam bulan Ramadan ialah peluang untuk mendapat pahala berganda.

Imam al-Bukhari dengan sanadnya daripada Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah

SAW telah menyebutkan hadis Qudsi :

دم ل » مكل عمل ابن ف ف الصائ أطي عن الل من ا الص لخل ، أنا أج ب ن لي ، ف يح ا «س

“Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa

itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya. Perubahan bau bagi orang

yang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah berbanding wauan kasturi.”

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 5927)

BAB 2: BIDAAH YANG POPULAR

Mengenali Bidaah

Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan Bidaah? Apa pula maksud Bidaah Hasanah

menurut Imam Asy-Syafiie?

▶ Jawapan :

Imam Asy-Syatibi memberikan makna Bidaah menurut Islam," Jalan yang direka di dalam

agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam

mengabdikan diri kepada Allah."

Maksud Bidaah menurut Imam Asy-Syafiie,

"“Bid‘ah itu ada dua jenis: Bid‘ah Mahmudah (dipuji) dan Bid‘ah Mazmumah (مومة (م

(dikeji). Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia

dikeji.”

▶ Fakta :

- Bidaah dari sudut bahasa Arab membawa maksud : Mengadakan sesuatu tanpa ada

sebarang contoh.

Menurut Hadis, semua Bidaah adalah dikeji. Ini adalah bidaah dari sudut ibadah baru

dalam agama sedangkan ia sudah sempurna. Bidaah ini yang dimaksudkan oleh Imam Asy-

Syatibi.

- Bidaah Hasanah yang yang dimaksudkan oleh Imam Asy-Syafiie merupakan Bidaah

dari sudut bahasa. Ia baik jika mempunyai sandaran Sunnah, dan ia dikeji jika tiada sandaran

sunnah.

▶ Pesan Ulama | Kata-kata Abdullah bin Mas`ud,

Bersederhana dengan Sunnah lebih baik dari bersungguh dalam Bid’ah

1- Bersandar Kepada Kiraan Kalender Semata-Mata

Penetapan bulan Ramadan adalah berdasarkan salah satu daripada dua perkara berikut:

Pertama: Melihat anak bulan Ramadan (Rukyah al-Hilal) pada malam 30 Sya’ban. Ini boleh

berlaku apabila seorang saksi yang adil menyatakan kesaksiannya di hadapan qadi bahawa

dia telah melihat anak bulan.

Kedua: Mencukupkan 30 hari bulan Sya’ban. Ini berlaku apabila susah melihat anak bulan

disebabkan awan tebal ataupun saksi yang adil tidak datang menyatakan bahawa dia telah

melihat anak bulan. Maka disempurnakan bulan Sya’ban sebanyak 30 hari kerana itu adalah

asal keadaan selagimana tidak datang perkara lain yang bertentangan dengannya.

Imam al-Bukhari dengan sanadnya telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa

Rasulullah SAW bersabda:

« ا ع شعبا ثثي كمل ف غب عليك ، ف يت ا ل أفط يت ا ل م «ص

Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya dan berbuka kerana melihatnya, sekiranya

kamu terhalang daripada melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Sya’ban selama 30 hari.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1909)

Para ulama telah bersepakat bahawa, masuknya bulan Ramadhan, Syawal dan sebagainya

hendaklah berdasarkan kepada melihat anak bulan. Tetapi mereka berbeza pendapat apabila

anak bulan tidak kelihatan. Adakah sekadar terus mencukupkan kiraan Syaaban kepada 30

hari, atau menggunakan kajian hisab falak.

Para ulama semasa seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa kaedah kiraan falak

boleh dijadikan hujah apabila anak bulan tidak kelihatan. Jadi, apa yang menjadi bidaah?

Yang menjadi bidaah ialah apabila kita mengabaikan kaedah penetapan yang pertama, lalu

kita terus menggunakan kaedah kiraan. Ini adalah satu perkara bidaah yang ditegah oleh

agama. Kerana kita mengambil sesuatu yang tidak disepakati dan mengabaikan yang

disepakati.

2- Berhaid Tetapi Berpuasa

Ini adalah contoh bidaah yang sangat besar. Orang yang berhaid diharamkan berpuasa.

Apabila mereka berpuasa, maka mereka telah mengingkari perintah Allah. Lalu berdosa.

Haid dan nifas merupakan keuzuran yang menghalang sahnya puasa. Sekiranya wanita yang

berpuasa keluar haid ataupun nifasnya pada sebahagian daripada siang maka batallah

puasanya. Dia wajib mengqada’ puasa hari tersebut.

Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Sa`id al-Khudri. Ketika

Rasulullah ditanya sebab kurangnya agama bagi wanita, Baginda menjawab,

« تص ل تصل ا حاضت ل «أليس

“Bukankah apabila dia sedang haid dia tidak sembahyang dan puasa?”

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 304)

Ibnu al-Haj al-`Abdari al-Maliki (737H/1336M)4 berkata:

عمهن مضا عل م م بعضهن في أيام حيضتها محافظ منها عل ص العج العجي في ص

Sangat ajaib di dalam puasa sebahagian daripada mereka ketika hari-hari mereka berhaid

apabila mereka menjaga diri atas sangkaan mereka dengan berpuasa Ramadhan. 5

4 Beliau adalah seorang ulama yang nama dan pendapatnya banyak dinukilkan oleh Ibnu

Hajar di dalam fathul Bari. 5ن والمبتدعات 2/272المدخل ابن الحاج ) (.14،181)ص( وانظر: الس

3- Berhaid tetapi menahan diri dengan kelaparan kerana menyangka

ada kelebihannya.

Wanita ini tidak berpuasa kerana dia tahu bahawa dia berhaid. Tetapi dia bersikap seprti

orang puasa yang dihalang daripada makan dan minum. Lalu dia tidak makan dan minum

sehingga menyebabkan dia kelaparan sedangkan dia boleh makan dan minum.

Ini adalah contoh perbuatan bidaah yang mempunyai sifat nyata: Jalan yang direka di dalam

agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam

mengabdikan diri kepada Allah.

Ibnu al-Haj berkata:

عن أن ها، منهن من تفط في أيام الحيض، لكنهن يج نح اهن عل التم ح فسهن في فتفط ل ين ب ثم في الت هي ، ع ا ب ه اب، ل الث عمن أ لهن في ي

“Sebahagian daripada wanita itu tidak berpuasa pada hari-hari dia berhaid. Tetapi dia

membiarkan diri kelaparan serta hanya makan kurma satau yang sepertinya sahaja. Mereka

menyangka dengan melakukan perbuatan tersebut akan mendapat pahala. Ini adalah satu

bidaah. Ia adalah dosa dengan beragama seperti itu.

4- Sengaja melambatkan azan Maghrib dan berbuka

Sebahagian para bilal dengan sengaja melambat-lambatkan azan Maghrib dengan dakwaan

supaya ia lebih menambah pahala orang yang berpuasa. Sebahagian penceramah dan

pendakwah pula sengaja mengajak anak-anak yatim untuk berdoa panjang-panjang sehingga

mengabaikan waktu Maghrib.

Ini adalah satu bidaah dan jenayah di dalam agama. Perbuatan ini bercanggah dengan suruhan

Nabi untuk mempercepatkan berbuka apabila masuk waktu.

Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Sahl bin Sa`id bahawa Nabi

SAW pernah berkata:

« ا الفط ما عجل ا النا بخي «ا ي

“Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagimana mereka terus menyegerakan

berbuka”.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1957)

Imam Ibnu Hajar berkata: “Di antara bid‘ah-bid‘ah yang munkar ialah apa yang berlaku di

zaman ini iaitu melaungkan azan kedua sebelum waktu subuh dengan anggaran satu pertiga

jam pada bulan Ramadhan, di samping memadamkan pelita-pelita yang dijadikan tanda

pengharaman makan dan minum bagi mereka yang ingin berpuasa.

Perbuatan ini dianggap satu usaha berjaga-jaga dalam ibadat. Perkara ini tidak diketahui

kecuali oleh segelintir manusia. Perbuatan ini juga telah menarik mereka untuk tidak

melaungkan azan kecuali selepas terbenamnya matahari seketika untuk memastikan waktu –

pada sangkaan mereka-.

Dengan ini mereka telah melewatkan berbuka dan mencepatkan bersahur dan mereka telah

menyalahi al-Sunnah. Disebabkan inilah kebaikan menjadi sedikit di kalangan mereka dan

keburukan menjadi banyak di antara mereka. Allah jualah yang dipohon pertolongan.”6

6(8/111فتح الباري )

Imam asy-Syafii pula berkata:

ن ي الفضل في ل ك ا عم ه خي ه ت نما أك ه، خي ت ت أح تعجيل الفط

“Aku lebih suka dicepatkan berbuka dan meninggalkan untuk melambatkannya. Lebih aku

tidak sukai apabila melambatkannya dengan sengaja seolah-olah ada kelebihan pada hal

tersebut.”7

7(.2/124اأم )

5- Mengejutkan orang kampung atau taman untuk bersahur

Perbuatan ini merupakan salah satu bid’ah yang tidak pernah dilakukan pada masa Rasulullah

SAW, beliau tidak pernah memerintahkan hal ini. Perbezaan tatacara membangunkan sahur

dari tiap-tiap tempat juga menunjukkan tidak disyariatkannya hal ini. Padahal jika seandainya

perkara ini disyariatkan maka tentunya mereka tidak akan berselisih.

Orang yang melakukan hal ini menggangap ia sebagai satu ibadah yang mendapat pahala.

Sedangkan agama tidak ajarkan begitu. Sekiranya baik, nescaya ganerasi awal telah

mendahalui kita.

Ditambah lagi, kebiasaannya perbuatan itu sering kali menggangu orang yang tidur setelah

penat bekerja dan beribadah, menyakiti hati ibu-ibu yang mempunyai bayi yang baru

dilahirkan dan sebagai. Sedangkan perkara ini ditegah oleh Allah SWT berdasarkan firman-

Nya di dalam ayat 58, surah al-Ahzab:

58. dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan

orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat

dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul

kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.

(Al-Ahzab: 58)

Syaikh Abdul Qodir al-Jazairi berkata: “Apa yang dilakukan oleh sebagian orang jahil pada

zaman sekarang di negeri kita berupa membangunkan orang puasa dengan beduk merupakan

kebid’ahan dan kemunkaran yang seharusnya dilarang dan diingatkan oleh orang-orang yang

berilmu”.8

8 Shofwatul Bayan fii Ahkamil Iqomah wal Adzan hlm. 115-116, muroja’ah “yaikh al-Albani dan Syaikh Masyhur

bin Hasan.

Ibnu al-Haj pula berkata:

بي صلى اه عليه وسلم وا أمر به، ولم هى المؤذنين عما أحدو في شهر رمضان من التسحير ؛ أنه لم يكن في عهد ال وي

يكن من فعل من مضى، والخير كله في ااتباع لهم

Dilarang para muazzin terhadap apa yang mereka lakukan pada bulan Ramadhan daripada

mengejutkan orang bangun bersahur (التسحير), kerana ia tidak pernah wujud pada zaman Nabi

SAW dan tidak diperintahkan untuk melakukannya. Tidak juga dilakukan orang orang yang

selepas baginda (para sahabat). Dan kebaikan itu adalah segala yang mengikuti mereka.9

Sekalipun begitu, jika orang tertentu minta dikejutkan untuk bersahur, maka sunat

melakukannya kerana kerelaannya.

Sekiranya mereka mahu melakukannya juga, maka memadailah mereka

mengumandangankan azan pertama sebelum azan subuh seperti mana yang dilakukan oleh

Bilal bin Rabbah.

Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ibnu Mas`ud bahawa Rasulullah

SAW bersabda:

ا ب » أ ا منك ا ب -ا يمنعن أح قا ن ن ي -أ ه، ف -من سح -قا يناد أ ق نائمك ي جع قائمك «بليل، لي

“Janganlah azannya Bilal itu menghalangi salah seorang di antara kalian dari sahurnya.

Karena Bilal menyerukan adzan di malam hari supaya orang-orang yang solat malam kembali

beristirahat sejenak dan orang yang masih tidur segera bangun”

(HR Muslim di dalam Sahih Muslim, bilangan: 1093)

Imam An-Nawawi menjelaskan maksud hadits ( نائمكم ويوقظ ) “membangunkan orang yang

masih tidur” : “Iaitu untuk mempersiapkan diri menjelang waktu subuh bagi seseorang yang

ingin melakukan amal-amal (yang disyari’atkan) seperti solat tahajjud ringan, solat witir bagi

mereka yang belum melaksanakan witir, makan sahur bagi mereka yang ingin melaksanakan

puasa, mandi, berwudu’, atau yang lainnya dari apa-apa yang ingin dilaksanakan sebelum

Fajar” (Syarh Shahih Muslim hal. 793).

9(.2/818المدخل )

6- Sengaja meninggalkan sahur kerana mahu lebih penat dan

beryakinan itu ada kelebihannya

Syeikh Mahmud Syaltut ketika menyebutkan tentang mempengaruhkan akal pada hal ibadat:

“Di antaranya ialah bidaah yang dilakukan dengan niat untuk mendapatkan tambahan

pahala di sisi Allah dan menyangka bahawa jalan yang membawa kepada kesusahan pada

diri itu adalah sejenis ibadah kepada Allah. Perkara ini kadangkala berlaku dengan

menambah sesuatu amalan yang tidak disyariatkan kepada sesuatu amalan yang

disyariatkan. Kerana menyangka ia akan menambah maksud disyariatkan.

Di antara contohnya ialah beribadah dengan meninggalkan sahur kerana ia

menambahkan kesusahan diri yang menjadi maksud pensyariatan puasa.10”

10

(.22البدعة أسبابها ومضارها )ص

7- Waktu Imsak

1. Adakah waktu imsak ini sebahagian dari syariat Islam?

2. Adakah Nabi Muhamad melalui hadisnya ada mengajarkan waktu imsak bagi

mereka yang berpuasa Ramadhan?

Al-Quran dan al-Hadis tidak menyebutkan amalan ini. Bahkan, ia menolak amalan seperti ini.

Amalan ini bercanggah dengan pelbagai faktor.

Firman Allah:

... ...

…. Makan dan minumlah hingga jelas bagimu antara benang putih dan benang hitam iaitu

fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam.

(Al-Baqarah: 187)

Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan hadis daripada Adi bin Hatim yang

menjelaskan maksud benang putih dan benang hitam.

`Adi berkata:

Apabila turun ayat:

: دك ]البق [81ت}حت يتبي لك الخيط اأبيض من الخيط اأس

Aku telah ikat tali hitam dan tali putih. Lalu aku letakkan kedua-duanya di bawah bantalku.

Aku melihatnya pada waktu malam, tetapi ia tidak jelas kepadaku. Lalu aku pergi bertemu

Rasulullah dan aku menceritakan apa yang berlaku. Lantas Rasulullah berkata:

ل » نما بيا النها اد الليل «س

Yang dimaksudkan (dengan benang hitam) ialah gelap malam, dan (benang putih) ialah

cahaya siang.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1916)

Imam al-Bukhari dengan sanadnya juga meriwayatkan hadis daripada Aisyah yang

menyatakan bahawa Bilal telah azan pada waktu malam, kemudian Rasulullah berkata:

« ن ا ي حت يطلع الفج م، ف ا حت ي ابن أم مكت ب اش ا «كل

Makan dan minumlah sehingga sampai azan Ibnu Ummi Maktum. Dia tidak azan melainkan

telah terbit fajar.

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1918)

Dari kedua-dua dalil ini jelas bahawa umat Islam adalah dibenarkan untuk makan minum

serta berjimak (rujuk pangkal al-Baqarah 187) sehingga masuk waktu subuh iaitu apabila

telah keluar fajar sodiq. Tidak ada sebarang dalil untuk umat Islam berjaga-jaga kira-kira 10

minit sebelum waktu subuh.

Kini sudah jelas bahawa amalan waktu imsak adalah berlawanan dengan dua dalil di atas. Al

Quran dan hadis mengizinkan kita makan minum sehingga masuk waktu subuh.

Sebahagian telah tersilap di dalam memahami hadis. Mereka menyatakan bahawa terdapat

hadis yang menyatakan bahawa imsak itu wujud pensyariatannya. Tetapi apabila kami

melihat hadis berkenaan, kami dapati ia menguatkan hujah bahawa imsak tidak disyariatkan.

Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Zaid bin Sabit berkata:

« ، سل نا مع النب صل ه علي تسح ل الص ؟ «ث قام السح ا كا بي اأ ، قلت: ك : »" قا ي خمسي «ق

Kami bersahur bersama-sama Nabi SAW kemudian kami bangun untuk bersolat. Lalu Anas

bertanya: Berapakah jaraknya di antara azan dan sahur? Beliau menjawab: kadar 50 ayat.11

(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1921)

Dari hadis ini jelas menyatakan bahawa waktu makan sahur yang terbaik adalah kira-kira

bacaan 50 ayat dari Al Quran. Jika membaca ayat-ayat pendek mungkin tempohnya kira-kira

10 minit dan sekiranya membaca ayat-ayat panjang mungkin tempuhnya 25 – 30 minit.

Malangnya, tempoh yang terbaik itu pula disangka sebagai tempoh untuk berhenti makan dan

minum. WallahuA`lam.

11

Di dalam riwayat yang lain disebutkan antara 50 atau 60. Al-Bukhari: 575

8- Zikir kuat berjemaah selepas solat tarawih

Ibnu al-Haj berkata:

اته فع أص من يح، ا ك بع كل تسليمتي من ص ال ه من ال ث ينبغي ل أ يتجن ما أحل كل من الب ، ف اح اش عل ص ، ل ب

Hendaklah baginya ditinggalkan apa yang mereka lakukan daripada zikir selepas dua salam solat Tarawih. Dengan cara mengangkat suara dan berlalu pada satu suara. Semua itu adalah antara perkara bidaah.

12

12

(2/882المدخل ابن الحاج )