SISTEM 1 ptptn

15
PENGENALAN Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas iaitu berkaitan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu : Pertama, teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contohnya, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakan. Kedua, untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. Dalam tugasan ini, kami memilih dua sistem maklumat atau maklumat atas talian yang diaplikasi dalam laman sesawang yang 1

Transcript of SISTEM 1 ptptn

PENGENALAN

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT danTeknologi Maklumat dan Komunikasi (Information andCommunication Technology) atau ICT merupakan teknologi yangdiperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknyasangat luas iaitu berkaitan segala aspek dalam pengurusan danpemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya, penggunaankomputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpamengira tempat dan waktu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satuproses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpananmaklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yangdiketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentukpemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadisangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhadkepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkantelevisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dansistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumatiaitu :

Pertama, teknologi maklumat adalah untuk mengumpulmaklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakanteknologi. Contohnya, dengan menggunakan komputer ia bolehmerekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakan.

Kedua, untuk memanipulasikan maklumat dan proses semulaimej.

Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskanbagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasibagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Dalam tugasan ini, kami memilih dua sistem maklumat ataumaklumat atas talian yang diaplikasi dalam laman sesawang yang

1

berkenaan iaitu sistem PERMOHONAN BANTUAN TAJAAN YAYASANTERENGGANU dan SISTEM SEMAKAN DAFTAR PEMILIH iaitu SPRM. Kedua-dua sistem ini mempunyai proses-proses dan kelebihan yangtersendiri samada kepada pihak pengurusan organisasi ataupunpelanggan.

SISTEM 1 :

1. NAMA SISTEM : SISTEM PERMOHONAN BANTUAN TAJAAN

YAYASAN TERENGGANU

2. PENGENALAN KEPADA SISTEM

Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah

Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan

memajukan industri Pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama

membangun modal insan. Yayasan Terengganu komited untuk

menguruskan penajaan dan pemberian bantuan pendidikan kepada

pelajar di semua peringkat pengajian secara professional dengan

menyediakan keselesaan, kemudahan dan memberi layanan mesra,

sempurna dan sentiasa bersedia membantu kepada semua yang

berurusan dengan Yayasan Terengganu.

Perkembangan dan kemajuan bidang teknologi ICT kini menjadi

suatu fenomena biasa di kalangan masyarakat. Ia ketara dengan

penggunaannya yang mencakupi segenap daerah, tempat, ruang dan

masa tanpa mengira peringkat pengguna. Oleh kerana itu, ia

2

memberi perubahan dan kesan yang besar kepada proses perubahan

pembangunan sosio budaya masyarakat.

Yayasan Terengganu menyedari perkembangan ini dan bersedia

untuk mengikuti perkembangan tersebut agar ia dapat dimanfaatkan

dalam proses pembangunan pendidikan ke arah melahirkan generasi

cerdik pandai dan sumber tenaga manusia dalam pelbagai bidang

bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Negeri

Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu.

Justeru, proses-proses berkaitan dengan urusan pemberian bantuan,

penajaan, biasiswa atau pinjaman, permohonan kemasukan ke

sekolah menengah di bawah kelolaan Yayasan Terengganu dan yang

berkaitan akan dipermudahkan selaras dengan kehendak negeri iaitu

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. Bermula tahun 2013,

permohonan akan dibuat secara online bagi mendapatkan khidmat

daripada Yayasan Terengganu.

Dengan cara ini, pelajar dan ibu bapa pada peringkat awalnya tidak

perlu datang ke kaunter Yayasan Terengganu di Kuala Terengganu

malahan kaunter Yayasan Terengganu akan pergi ke rumah masing-

masing untuk menemui mereka menerusi laman sesawang yang

disediakan. Diharap bebanan-bebanan sampingan yang terpaksa

dilalui sepanjang proses sebelum ini dapat dikurangkan dari segi

masa, kos dan juga kerugian-kerugian yang ditanggung oleh

pelanggan.

Kami berharap usaha-usaha ini akan memberi manfaat kepada

semua pihak terutamanya golongan pelajar, para ibu bapa dan

semua mereka yang terlibat. Memudahkan urusan adalah satu hasrat

yang ingin disampaikan kepada semua pelanggan Yayasan

Terengganu.

3. KEBAIKAN SISTEM

Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan.

Menjimatkan masa dan wang kerana pelajar tidak perlu

mendapatkan borang dan mengisi secara manual.

3

Memudahkan pemohon untuk mengemaskini maklumat jika

terdapat kesalahan.

4. PROSES-PROSES YANG TERLIBAT DIANTARA REKABENTUK INPUT

DAN REKABENTUK OUTPUT

INPUT :Input ialah elemen atau data yang dimasukkan ke dalam sistem

untuk diproses menjadi sesuatu maklumat. Untuk mendapatkan

bantuan yayasan terengganu secara atas talian, pelajar perlu

melayari portal rasmi Yayasan Terengganu untuk mengisi borang

yang disediakan. Sebelum itu, pelajar mestilah mengikut syarat-

syarat yang ditetapkan seperti Anak Negeri Terengganu, iaitu salah

seorang ibu, bapa atau penjaga mestilah rakyat Terengganu

(Warganegara Malaysia), Pemohon bukan daripada rakyat

Terengganu tetapi pemastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah

mendapat surat pengesahan mastautin ibu, bapa atau penjaga

daripada Wakil Rakyat/ Penghulu Mukim / Ketua Kampung dan

Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diiktiraf oleh kerajaan.

Pelajar boleh kelik pada borang permohonan bantuan persediaan

atau kelik pada http://isis.my/yayasanterengganu/. Selepas

mendapatkan borang, maklumat haruslah diisi dengan tepat kerana

terdapat beberapa pilihan pengajian tinggi iaitu IPTS atau IPTA.

4

PROSES :Proses adalah penjanaan atau transformasi elemen-elemen input

kepada bentuk lain yang boleh difahami atau digunakan. Proses ini

merangkumi bahagian pengesahan permohonan dan kemaskini

permohonan. Setelah segala maklumat diisi dengan tepat dan

lengkap, pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dimana

selepas pengesahan dilakukan, semua maklumat tidak boleh dipinda.

Jika pemohon memahami dan jelas dengan syarat-syarat yang

ditetapkan, pemohon perlu klik butang HANTAR PERMOHONAN“INI untuk menghantar pengesahan tersebut. Jika pemohon masih”ragu-ragu dengan maklumat yang diisi, pemohon boleh klik Tidak“ ”untuk semakan semula permohonan tersebut.

5

OUTPUT :Output ialah hasil yang diperolehi daripada proses transformasi.

Selepas melalui segala proses-proses yang berkaitan, pemohon perlu

mencetak borang-borang yang diisi berkenaan. Proses permohonan

ini haruslah berdasarkan tarikh pembukaan permohonan pinjaman

kerana tarikh kemasukan pelajar ke IPTS/IPTA adalah berbeza.

Segala borang permohonan perlu dicetak untuk tujuan simpanan

semasa menuntut wang permohonan bantuan tajaan. Sebelum

menyerahkan borang permohonan yang telah dicetak, pelajar

mestilah membawa bersama beberapa dokumen yang telah disahkan

seperti borang permohonan yang lengkap disahkan (dicetak dari

permohonan atas talian (online), salinan surat tawaran yang

disahkan serta salinan asal, kad pengenalan pemohon, ibu, bapa

dan surat beranak pemohon yang disahkan, slip peperiksaan

UPSR/PMR (bagi asrama penuh) dan SPM (bagi permohonan

IPTA/IPTS), salinan resit bayaran RM300.00 dan cop pengesahan

pendaftaran semasa mendaftar (bagi permohon IPTS), ibu bapa dan

adik-beradik kandung sahaja yang dibenarkan mewakili pemohon,

sertakan salinan kad pengenalan wakil. Proses output yang terakhir

adalah semua dokumen yang diperlukan di atas untuk semakan dan

pengesahan akhir ke bahagian tajaan, tingkat 2, Yayasan

Terengganu.

6

Sistem 2

1) NAMA SISTEM : SISTEM SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

7

2) PENGENALAN KEPADA SISTEM

Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR

adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih

supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk

menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan

Undangan Negeri.

Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia

ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara

bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini

dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.

Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih

kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat

untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan

Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda

dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah

mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi

sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.

Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan 2 jenis

pemilih iaitu:

Pemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu

hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan

raya.

Pengundi Tidak Hadir: Pengundi tidak hadir atau PTH adalah

golongan pemilih yang dinyatakan dalam peraturan 2, peraturan-

peraturan pilihan raya (pendaftaran pemilih) 2002, iaitu anggota

tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas

di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta

pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan

pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan

mengundi secara pos.

3) KEBAIKAN SISTEM SEMAKAN DAFTAR PEMILIH8

a) Memudahkan orang ramai

Dengan adanya sistem ini, pengundi atau pengaftar tidak

perlu bersusah payah untuk pergi ke pusat pendaftaran

untuk mengetahui keputusan atau status sebagai daftar

pemilih.

b) Privasi dan menjimatkan masa

Pada arus permodenan pada zaman sekarang, masyarakat

sering sibuk melakukan aktiviti harian seperti bekerja

sehingga lewat malam dan tidak mempunyai masa untuk

menyemak keputusan sebagai pemilih. Dari skop

pengurusan organisasi SPRM, mereka menitikberatkan

aspek masa untuk kemudahan kepada orang ramai.

c) Prosedur lebih mudah

Dari segi semakan, pendaftar tidak perlu bersusah payah

untuk melalui pelbagai kerenah seperti beratur panjang

untuk menyemak keputusan daftar pemilih.

d) Pengurusan rekod pemilih

Memastikan maklumat-maklumat no.k/p, nama, tarikh lahir,

jantina, bangsa, agama dan lokaliti dalam pangkalan Daftar

Pemilih Induk adalah tepat dan betul dibuat dalam tempoh

dua (2) hari dari tarikh permohonan diterima dari bahagian

atau Pejabat Pilihan Raya Negeri.

9

4) PROSES-PROSES YANG TERLIBAT DAN REKABENTUK INPUT DAN

REKABENTUK OUTPUT

INPUT

o Input bagi sistem sistem semakan daftar pemilih adalah

dengan memasukkan nombor pengenalan diri untuk

mendapatkan keputusan. Maklumat-maklumat yang telah diisi

dipusat-pusat pendaftaran telah dimasukkan kedalam sistem

dan secara automatik maklumat tersebut telah disimpan di

dalam data SPRM. Pemilih haruslah menyerahkan kad

pengenalan kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang

pendaftaran mereka. Semak borang pendaftaran yang telah

diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang

diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad

pengenalan pemilih dan pastikan maklumat yang diisi dan

disemak, mestilah berpuas hati sebelum menurunkan

tandatangan. Pada akhir proses pendaftaran, pemilih mestilah

mendapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai

bukti pendaftaran sekiranya perlu untuk membuat sebarang

tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih

Tambahan nanti.

PROSES

o Setelah selesai membuat pendaftaran di pusat-pusat pemilihan

yang terpilih, pemilih boleh menyemak status sebagai pemilih

melalui perkhidmatan atas talian dalam portal SPRM iaitu

http://www.spr.gov.my/. Tiada sebarang langkah yang susah,

pemilih hanya perlu berada di ruang utama portal tersebut

dan memilih perkhidmatan atas talian. Terdapat lima (5) tujuan

untuk perkhidmatan atas talian tersebut. Antaranya:

Keputusan PRU Ke-13

Semakan Daftar Pemilih

Semakan Isi Rumah

Sistem Aduan / Pertanyaan

Keputusan PRK N.01 Pengkalan Kubor (semasa)

10

o Pemilih perlu memilih semakan daftar pemilih dan hasilnya seperti gambar dibawah. Hanya memasukkan nombor pengenalan diri sebelum klik pada butan semak.

11

Output

o Pada akhir proses sistem maklumat atas talian semakan daftar

pemilih, pelanggan akan mendapat keputusan pengesahan dan

status rekod sebagai pengunti yang sah. Pemilih akan dapat

mengenalpasti penerangan-penerangan seperti lokaliti, daerah,

kawasan dan parlimen yang menjadi tempat pemilih

membuang undi untuk memilih calon yang menjadi pilihan

mereka. Selain itu, rekod tersebut mestilah dicetak untuk

simpanan sebagai bukti pemilih yang telah berdaftar. Hal

tersebut boleh dilihat jelas dengan gambar dibawah.

o

12

KESIMPULAN

Era globalisasi yang melanda dunia tidak akan lengkap tanpa

kewujudan perkembangan teknologi maklumat. Tidak dinafikan

bahawa teknologi maklumat membawa dimensi baru yang pelbagai

pada corak kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara besar-

besaran sudah tentu akan mempercepat usaha kita untuk mencapai

status negara maju. Hal ini disebabkan teknologi ini akan

membawa kita ke arah perkembangan yang berkaitan dengan

pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat secara

elektronik.

Dalam konteks pendidikan, peranannya bukan setakat mampu

membantu memudahkan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran,

malah berpotensi sebagai alat untuk memperluas persekitaran

pengajaran dan pembelajaran. Budaya persekolahan seharusnya

diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang

berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan

menggunakan teknologi terkini. Berdasarkan alasan inilah pihak

kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mewujudkan Sekolah

Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan

dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Dengan penggunaan

13

teknologi maklumat, pelajar lebih mahir membuat kajian dan

lebih berfikiran secara kritikal.

Selain itu, kemajuan teknologi maklumat membolehkan pakar-

pakar perubatan berinteraksi tentang teknik-teknik pembedahan

dan diagnosis yang terkini. Dalam kehidupan seharian pula,

pembayaran pelbagai bil dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.

Jadi, kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat dielakkan

dengan mudah. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat

dijalankan dengan adanya kemudahan teknologi maklumat. Melalui

konsep e-pembelajaran yang diperkenalkan ini, guru dan murid

tidak perlu lagi melakukan interaksi empat mata, sebaliknya

proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada

sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer

dan internet sebagai medium. Dalam sesebuah organisasi,

teknologi ini dapat berfungsi sebagai alat latihan yang

berkesan dan efisien. Latihan secara teknik audio visual,

penggunaan perisian komputer, dan arahan kerja secara

elektronik merupakan sebahagian daripada penggunaan teknologi

komunikasi yang dapat dipraktikkan berulang kali.

Walau bagaimanapun, teknologi yang dibangunkan bersama-sama

dengan arus kemodenan ini turut digunakan untuk tujuan yang

tidak wajar. Sekalipun dari sudut lain, teknologi maklumat

membawa kebaikan dalam hidup manusia, namun kewujudannya

dieksploitasikan pula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

14

dengan begitu rakus untuk pelbagai matlamat. Menerusinya,

teknologi canggih internet ini telah digunakan untuk melakukan

pelbagai jenayah tradisional dalam bentuk moden seperti memeras

ugut, menipu, dan menyebarkan fitnah. Perkembangannya yang

begitu pantas juga mungkin akan mewujudkan sindrom ketagihan

dalam kalangan pengguna internet. Virus komputer yang begitu

dibimbangi sejak belakangan ini juga disebarkan melalui

internet untuk menghapuskan data-data penting dan mengakibatkan

kerosakan komputer. Situasi ini akhirnya akan mengakibatkan

operasi sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana

sistem komputer tidak berfungsi dan data-data tidak dapat

diakses.

15