PENUBUHAN NEGARA MALAYSIA

23
PENUBUHAN NEGARA MALAYSIA Proses pembinaan negara bangsa Malaysia mengambil masa yang panjang. Begitu juga kisahnya dengan pembinaan atau pembentukan negara yang menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran serta penuh dengan kesulitan. Jelaslah kepada kita bahawa proses dalam mencapai kemerdekaan merupakan suatu yang amat sukar dicapai. Merdeka bermaksud membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Merdeka juga bermaksud mendapat kembali hak yang dirampas, namun begitu berbeza dengan Malaysia kerana negara kita perlu membina dan menyusun semula hak yang ditinggalkan penjajah supaya diagih secara adil antara kumpulan kaum akibat dasar Bitish pada masa yang lepas. Akibat British yang banyak mengubah wajah asal negara, kemerdekaan negara bermaksud penyusunan semula dan apabila membicarakan tentang kemerdekaan negara, persoalan penjajahan mesti tidak ketinggalan dibibir penutur tersebut. Ketika hendak mendapatkan kemerdekaan, dasar dasar yang dilaksanakan menyukarkan lagi proses membina negara. Hasil daripada perubahan yang berlaku dan wajah baru itulah negara Malaysia ditubuhkan. Malaysia ditubuhkan dengan pelbagai bentuk cabaran daripada aspek politik, ekonomi dan sosial. Cabaran politik menonjolkan toleransi dan kerjasama antara kaum dan pembinaan parti politik pelbagai kaum. Manakala cabaran ekonomi membawa negara kepada perbezaan taraf hidup dan keperluan penyusunan semula jurang ekonomi antara kaum. Akhir sekali, cabaran sosial pula menghadapi elemen paling penting iaitu mewujudkan perpaduan masyarakat berbilang kaum. Dugaan dan cabaran ini dilalui dengan sikap toleransi dan peka terhadap satu sama lain. 1

Transcript of PENUBUHAN NEGARA MALAYSIA

PENUBUHAN NEGARA MALAYSIA

Proses pembinaan negara bangsa Malaysia mengambil masa yang

panjang. Begitu juga kisahnya dengan pembinaan atau pembentukan negara

yang menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran serta penuh dengan kesulitan.

Jelaslah kepada kita bahawa proses dalam mencapai kemerdekaan merupakan

suatu yang amat sukar dicapai. Merdeka bermaksud membebaskan diri

daripada cengkaman penjajahan. Merdeka juga bermaksud mendapat kembali

hak yang dirampas, namun begitu berbeza dengan Malaysia kerana negara kita

perlu membina dan menyusun semula hak yang ditinggalkan penjajah supaya

diagih secara adil antara kumpulan kaum akibat dasar Bitish pada masa yang

lepas.

Akibat British yang banyak mengubah wajah asal negara, kemerdekaan

negara bermaksud penyusunan semula dan apabila membicarakan tentang

kemerdekaan negara, persoalan penjajahan mesti tidak ketinggalan dibibir

penutur tersebut. Ketika hendak mendapatkan kemerdekaan, dasar dasar yang–dilaksanakan menyukarkan lagi proses membina negara. Hasil daripada

perubahan yang berlaku dan wajah baru itulah negara Malaysia ditubuhkan.

Malaysia ditubuhkan dengan pelbagai bentuk cabaran daripada aspek politik,

ekonomi dan sosial. Cabaran politik menonjolkan toleransi dan kerjasama

antara kaum dan pembinaan parti politik pelbagai kaum. Manakala cabaran

ekonomi membawa negara kepada perbezaan taraf hidup dan keperluan

penyusunan semula jurang ekonomi antara kaum. Akhir sekali, cabaran sosial

pula menghadapi elemen paling penting iaitu mewujudkan perpaduan

masyarakat berbilang kaum. Dugaan dan cabaran ini dilalui dengan sikap

toleransi dan peka terhadap satu sama lain.

1

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pada tahun 1887 pihak British yang menjajah Tanah Melayu pernah

mencadangkan supaya Tanah Melayu digabungkan dengan Sabah (Borneo

Utara), Sarawak dan Brunei. Namun, cadangan ini tidak mendapat sokongan

kerana British bertujuan semata-mata untuk menjaga kepentingan mereka di

kawasan rantau ini. Pada akhir abad ke-19, konsep penggabungan ini menjadi

matlamat nasionalis Melayu iaitu gagasan Melayu Raya . Usul pembentukan‘ ’Persekutuan Malaysia telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra,

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dalam satu ucapan

penting pada 27 Mei 1961 di Singapura. Tunku Abdul Rahman berpendapat

bahawa Gagasan Malaysia ini akan mangeratkan lagi kerjasama politik dan

ekonomi di antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan

Brunei.

Dalam satu sidang media di Singapura, Tunku Abdul Rahman

menegaskan usul beliau itu, sebagai sebuah negara yang berdaulat, Persekutuan

Tanah Melayu hari ini sedar bahawa ia tidak boleh berdiri sendirian dan

berasingan. Oleh itu, adalah penting kerjasama daripada pihak British dan

negeri-negeri berkenaan. Pada peringkat awal pembentukan Persekutuan

Malaysia, masyarakat Persekutuan Tanah Melayu berasa bimbang dengan

kemasukan Singapura. Singapura akan cuba menguasai Persekutuan Tanah

Melayu seperti yang telah dilakukan di bawah sistem sebelum perang.

Jumlah pengundi Singapura seramai 625 000 yang terdiri daripada

keturunan Cina, merupakan satu kekuatan dan imbangan perpaduan orang Cina

untuk menentang orang Melayu. Pulau ini merupakan pusat pergolakan dan

rusuhan puak sayap kiri yang memberi peluang kepada pihak komunis untuk

pengaruh mereka dan mencetuskan huru-hara. Keadaan ini menyebabkan

zaman darurat berpanjangan dari tahun 1948 hingga tahun 1960.

Bagi Singapura, walaupun terdapat rancangan Kerajaan British hendak

memberi kemerdekaan kepada negara pulau itu, namun ramai pemimpin

Singapura sedar bahawa negara itu tidak boleh berdiri sendiri. Keselamatan

dan ekonomi Singapura mungkin terancam kalau tidak bercantum.

2

Kemerdekaan Singapura menerusi kemerdekaan negara itu dalam Persekutuan

Malaysia akan memberi satu jalan keluar bagi Singapura merdeka barasingan.

Cadangan Singapura untuk bercantum menyebabkan satu perpecahan

dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura. Lee Kuan Yew

yang merupakan pemimpin PAP menyahut cadangan Tunku Abdul Rahman

untuk membawa Singapura ke dalam Gagasan Malaysia. Bagi Singapura,

penggabungan ini akan menyebabkan Singapura berkembang pesat sebagai

sebuah pusat perniagaan dan perdagangan terkemuka. Ketika itu, krisis yang

dihadapi oleh PAP semakin meruncing akibat desakan golongan sayap kiri.

Dengan penggabungan ini, Singapura tidak perlu bimbang mengenai

keselamatan dalam negeri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab

Kerajaan Persekutuan dan sebarang ancaman akan dapat dikawal. Kedudukan

ini akan memberi peluang kapada Lee Kuan Yew untuk mengukuhkan

kedudukan parti beliau. Hakikatnya ini merupakan jalan untuk menyelamatkan

parti PAP. Parti Buruh Singapura bersetuju Singapura menyertai penggabungan

itu walaupun ianya rumit untuk dilaksanakan, namun penggabungan itu

tersebut amat penting.

Di Sabah, parti yang menyokong penggabungan tersebut ialah Pertubuhan

Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah

Bersatu (USNO) manakala parti yang menentang ialah Pasok Momogun. Selain

itu, Parti Bersatu dan Parti Demokratik bersetuju dengan penggabungan

tersebut tetapi mereka mahu Sabah mempunyai kerajaan mereka sendiri .

Di Sarawak, parti-parti politik wujud sebelum Gagasan Malaysia

diumumkan. - Parti yang menentang ialah Parti Negara Sarawak (PANAS) pada

awalnya. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dianggotai oleh Kaum Iban.

Akhirnya parti-parti ini bersetuju dengan menyertai penggabungan dengan

syarat diberi pemerintahan sendiri. Penggabungan ini berjaya pada tahun 1963

oleh Persekutuan Tanah Meleyu (Malaya), Singapura, Sabah dan Sarawak.

Brunei enggan menyertai penggabungan tersebut dan Singapura pula

berpisah dari Malaysia 2 tahun kemudian. Indonesia dan Filipina terus

menentang sehingga tahun 1966.

FAKTOR- FAKTOR PENUBUHAN MALAYSIA

3

Mencantum kembali alam Melayu

Kawasan yang dinamakan alam Melayu atau gugusan Kepulauan

Melayu sebenarnya mangalami proses sejarah dan pengaruh kebudayaan

yang sama. Konsep kebudayaan Melayu dikatakan telah bermula sejak

zaman Srivijaya dan Majapahit lagi. Alam Melayu telah digabungkan

oleh kerajaan seperti Srivijaya, Majapahit, dan Melaka hingga

terkenal dan masyhur. Kawasan ini telah menjadi tumpuan perdagangan

antara Timur dengan Barat dan pusat penyebaran agama Islam. Tetapi

sejak kedatangan penjajah Eropah pada tahun 1511 dan dengan

kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, maka bermulalah proses pemisahan

antara negeri-negeri Melayu dengan alam Melayu secara baransur-

ansur dan kemuncaknya ialah dengan termeterainya Perjanjian

Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Kedua-dua pihak Inggeris dan

Belanda telah mengenepikan kebudayaan yang wujud antara Sumatera

dan semenanjung selama beberapa abad dan bersetuju membahagikan dua

alam melayu di Selat Melaka. Dengan berbuat demikian mereka

memisahkan buat selama-lamanya Empayar Johor-Riau dan kesatuan

kebudayaan pantai timur sumatera dengan Semenanjung Tanah Melayu.

Pergolakan Politik di Singapura

Pergolakan politik yang berlaku di Singapura melibatkan aspek

keselamatan dalam pembentukan Malaysia. Hal ini kerana corak

4

pemerintahan parti puak kiri semakin mula berpengaruh kerana sejak

pilihan raya diperkenalkan di Singapura,parti politik yang

bertanding lebih kekirian. Puak kiri yang kemudiannya telah

menyusup masuk ke dalam kerajaan People Action Party (PAP) yang

telah memerintah sejak tahun 1959 telah membentuk satu kumpulan

berhaluan kiri iaitu Barisan Sosialis pada Julai 1961, lebih

memburukkan keadaan apabila berlaku rusuhan di kalangan pelajar dan

mogok di kalangan buruh, yang mana akan memberi peluang pihak

komunis mengambil kesempatan memperluaskan pengaruh Malaysia.

Pada masa itu, kerajaan British telah merancang menggubal

perlembagaan baru Singapura pada tahun 1963 bagi membolehkan

Singapura menjadi sebuah negara merdeka dan kemudian akan diadakan

satu pilihan raya. Dikatakan jika pilihan raya diadakan, besar

kemungkinan puak berhaluan kiri dapat mengalahkan PAP dan akan

berkuasa di Singapura. Keadaan politik di Singapura semakin

bertambah buruk apabila berlaku krisis dalam PAP antara pucuk

pimpinan parti dengan puak berhaluan kiri, kemuncak krisis ini

membawa kepada kekalahan PAP dalam dua pilihan raya yang diadakan

iaitu pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim pada 21 April

1961,calon PAP iaitu Jek Yuen Thong telah dikalahkan oleh calon

bebas, Ong Eng Guan yang mana merupakan bekas datuk bandar

Singapura dan menteri pembangunan negara dalam kerajaan PAP dengan

majoriti sebanyak 4927 undi.

5

Selepas pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim, PAP berhadapan

pula dengan satu pilihan raya kecil iaitu bagi kawasan Anson,

pilihan raya ini terpaksa diadakan berikutan kematian wakil rakyat

PAP bagi kawasan tersebut iaitu Baharudin bin Mohd Ariff .Kerajaan

PAP amat mengharapkan kemenangan dalam pilihan raya kecil supaya

dapat memulihkan keyakinan para pengundi terhadap kepimpinan parti.

Tetapi keputusan yang diterima amat mengecewakan kerana calon PAP

iaitu Mahmud bin Awang telah kalah kepada calon Workers Party iaitu

David Marshall. Kekalahan ini bukan sahaja mengejutkan Lee Kuan Yew

tetapi juga Tunku Abdul Rahman.

Hasil keputusan pilihan raya ini amat membimbangkan Tunku

terutamanya jika pihak komunis dapat menyerap penguasaan menerusi

Barisan Sosialis,kerana dibimbangi akan mengancam Tanah Melayu yang

baru sahaja selesai mempertahankan negara daripada ancaman

komunis.Kemungkinan jatuhnya kerajaan singapura dan kemunculan

lebih ramai pemimpin puak kiri menyebabkan Tunku berasa risau

kemungkinan Singapura akan mencapai kemerdekaan sebagai sebuah

wilayah komunis. Tambahan pula,dikhuatiri gerakan komunis di Tanah

Melayu mungkin memperoleh sokongan daripada Singapura.Prospek

sebuah kerajaan komunis perlu dielakkan sama sekali. Keputusan

pilihan raya ini menguatkan lagi keazaman Tunku untuk meneruskan

rancangan menubuhkan Malaysia. Oleh itu, diyakini bahawa

percantuman singapura dengan Tanah Melayu dapat membantu serta

mengatasi masalah tersebut.

6

Ketidakseimbangan Kaum

Walaupun penyertaan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah

Melayu mampu menyekat kegiatan golongan berhaluan kiri dan

membendung pengaruh anasir komunis tetapi timbul pula persoalan

tentang keseimbangan kaum. Hal ini kerana dikhuatiri sekiranya

Tanah Melayu bercantum dengan Singapura akan berlaku

ketidakseimbangan kaum kerana hasil daripada penyatuan tersebut

akan mengakibatkan jumlah orang Melayu diatasi oleh orang Cina yang

mana bilangan penduduk Cina akan menjadi 43.5 peratus berbanding

dengan penduduk Melayu yang berjumlah 43.0 peratus daripada

keseluruhan panduduk Tanah Melayu dan Singapura. Ini dapat dilihat

dalam Jadual 10.3 yang menunjukkan jumlah dan peratusan penduduk di

Tanah Melayu dan Singapura menurut bancian pada tahun 1957:

Kaum/wilayah

Melayu danbumiputeralain Cina India Lain-lain Jumlah

Tanah Melayu 3125474(50.1%)

2333756(37.4%)

656186(10.5%)

123342(2.0%)

6238758

Singapura 197060(13.6%)

1090575(75.4%)

124084(8.6%)

34190

(2.4%) 1445909

Jadual 10.1 Penyusunan bangsa di Tanah Melayu dan Singapura.

Sumber:James Ongkili: Nation Building in Malaysia 1946-1974

7

Berdasarkan jadual tersebut, penduduk Cina di negeri

Singapura melebihi penduduk-penduduk Cina di negeri Melayu, ini

akan menyebabkan keunggulan orang Melayu akan tercabar. Namun

masalah ini dapat diatasi dengan kemasukan negeri-negeri di wilayah

Borneo. Ini dapat dilihat berdasarkan Jadual 10.2

Jadual 10.2 Penyusunan bangsa di Tanah Melayu, Singapura dan Wilayah Borneo(Sabah,Sarawak

dan Brunei) sumber: James Ongkili; Nation Building in Malaysia 1946-1974

Merujuk Jadual 10.2, kemasukan negeri wilayah Borneo akan

dapat mengimbangi jumlah penduduk Melayu seterusnya dapat

menghindari masalah perkauman.

Pada awalnya, wilayah Borneo tidak berhasrat untuk menyertai

persekutuan kerana bimbang dengan masa depan yang belum dijamin.

Kaum/

wilayah

Melayu dan

Bumiputera

Cina Lain-

lain

Jumlah

Tanah

Melayu dan

Singapura3 322 534 3 423

351

977 802 7 724 687

Borneo 872 853 355 491 54 383 1 282 727

Jumlah 4195387

(46.6%)

3779842

(41.9%)

1032185

(11.5%)

9007414 (100%)

8

Bagi menyelesaikan masalah ini, Tunku telah bersetuju memberi

beberapa konsesi kepada mereka,antaranya:

Negara tersebut akan diberi kuasa atas imegresen termasuk

mengenai warganegara Malaysia dari negeri-negeri lain.

Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan tetapi

bahasa Inggeris akan tetap digunakan sebagai bahasa pengantar

dan sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan negeri sehinggalah

Dewan Undangan Negeri memutuskan sebaliknya.

Agama Islam akan menjadi agama rasmi namun agama lain masih

boleh dikembangkan .

Rakyat dari negeri tersebut boleh menikmati hak-hak istimewa

seperti mana yang dinikmati oleh orang Tanah Melayu.

Peraturan-peraturan kewangan akan ditubuhkan bagi menjamin

dana persekutuan untuk pembangunan ekonomi.

Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi negeri itu akan

ditubuhkan supaya pegawai-pegawai dagang boleh dikekalkan

sehingga terdapat pegawai tempatan yang cukup terlatih untuk

menggantikan pegawai dagang itu.

Mempercepatkan kemerdekaan

Penubuhan Malaysia sememangnya boleh menolong mempercepatkan

kemerdekaan kepada negeri-negeri Borneo dan Singapura kerana jika

dilihat dari sejarah latar belakang negara tersebut, semua negeri

tersebut pernah berada di bawah sistem pentadbiran yang sama iaitu

9

di bawah pemerintahan British. Tambahan pula, negeri-negeri Borneo

mempunyai kaitan hubungan politik dan ekonomi semasa di bawah

penjajahan British.

Negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura memperoleh

kemerdekaan secara berasingan sebelum tahun 1963. Pada ketika itu,

Sabah dan Sarawak mempunyai majlis-majlis eksekutif dan legislatif

yang mana semuanya dilantik oleh Gabenor. Manakala Brunei pula

diperintah oleh seorang sultan feudal. Ini menunjukkan tiada

perbezaan antara pentadbiran negeri ini dengan yang wujud di tanah

jajahan British. Melalui percantuman negara Borneo dengan Tanah

Melayu, ini akan memberikan jalan pintas kepada negara Borneo untuk

mencapai kemerdekaan di samping dapat menggagalkan rancangan

komunis.

Hal ini kerana, sekiranya negara Borneo cuba mencapai

kemerdekaan secara bersendirian, besar kemungkinan kemerdekaan

sukar dicapai. Dasar luar Tanah Melayu semestinya inigin membantu

kemerdekaan wilayah-wilayah ini daripada cengkaman penjajah. Tanah

Melayu ingin mengecapi kemerdekaan bersama seluruh jirannya, hal

ini demikian kerana ia dapat membantu mewujudkan suasana aman dan

harmoni juga bebas di wilayah Asia Tenggara ini.

Menghapuskan Penjajahan British

10

Kemasukan wilayah-wilayah Borneo ke dalam gagasan Malaysia

merupakan jalan terbaik bagi menghapuskan kesan-kesan penjajahan

British di Asia Tenggara. Britain berasa tergugat dengan usul

Bangsa-bangsa Bersatu yang menyeru penamatan penjajahan di seluruh

dunia. Oleh itu, British harus menarik diri secara terhormat bagi

mengekalkan perasaan muhibah dan persahabatan dengan negara-negara

yang pernah diperintahnya. Apabila Singapura dapat mencapai

kemerdekaan, besar kemungkinan ia akan dapat menghalang Britain

daripada mengekalkan pangkalan-pangkalannya di situ.

Penyertaan Borneo dalam Malaysia

Wilayah-wilayah Borneo: Suatu pengambil alihan komunis

Selepas menegakkan kerajaan komunis di negeri China, generasi

muda Cina Sarawak telah mengadakan persahabatan pro-Peking yang

digelar Sarawak Overseas Chinese Democratic League (SOCDL) . Hal ini adalah

satu pertubuhan komunis dan ianya telah disekat daripada berkembang

secara meluas dengan pengawasan rapi pihak kerajaan Sarawak. Maka,

SOCDL mencari perlindungan supaya aktivitinya dapat berjalan

seperti biasa.

Mereka telah dibantu dan disokong oleh Sarawak Advanced Youth

Association (SAYA) yang mana akhirnya membentuk Pertubuhan Sulit

Komunis Clandestine Communist Organization (CCO) pertubuhan ini

11

berasaskan Marxist-Lenism dan ajaran Mao Tse Tung. CCO diwujudkan

untuk menggulingkan kerajaan Sarawak dengan alasan ingin

mendapatkan kebebasan daripada pemerintahan imperialis British

dan ingin menggantikan sebuah negara komunis. Kebanyakan anggota

CCO terdiri daripada masyarakat Cina yang majoritinya pernah

mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Cina.

CCO menyokong secara aktif penubuhan parti politik Sarawak

yang terbesar dan tertua iaitu Sarawak United People's Party (SUPP) pada

tahun 1959. Sokongan yang diberikan itu sebenarnya mempunyai motif

tersendiri iaitu bagi memajukan rancangan mereka. Maka CCO telah

berusaha menguasai pergerakan buruh serta menindoktrinasikan

sekolah-sekolah Cina. Kemungkinan besar CCO juga akan menguasai

Sabah dan Brunei yang mana tidak pernah dipengaruhi oleh gerakan

subversif komunis.

Hal ini menyebabkan kerajaan Tanah Melayu berasa bimbang, maka

jalan terbaik yang difikirkan ialah dengan menarik masuk wilayah-

wilayah tersebut menyertai Tanah Melayu dan supaya dapat membina

satu pertahanan yang kukuh untuk menghadapi komunisme.

Great Britain

Kesedaran tidak dapat menjajah selama-lamanya.

12

Pada tahun 1960, semasa Perdana Menteri Harold Macmillan

berada di Afrika, beliau telah mendesak kerajaan Britain supaya

mempertimbangkan kemerdekaan kepada tanah jajahan. Maka

persidangan Agung Bangsa-bangsa Bersatu tahun 1960 telah meluluskan

Resolusi 1514 bagi memerdekakan tanah jajahan serta menjamin

penentuan nasib rakyat. Berdasarkan kepada ketetapan yang dilakukan

oleh Bangsa-bangsa Bersatu, maka jelaslah bahawa sudah tiba masanya

Britain terpaksa memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahannya.

Dari sudut pandangan Britain, walaupun Singapura telah

mencapai taraf pemerintahan sendiri dalam negara pada tahun 1959,

lama kelamaan ia akan menuntut kemerdekaan yang sepenuhnya juga.

Bagi negeri Sabah, Sarawak dan Brunei, pihak Britain berasa tidak

yakin yang wilayah ini telah bersedia untuk merdeka dan berdikari

terhadap aspek ekonomi dan politik. Justeru itu, Britain

berpendapat bahawa dengan berlakunya penubuhan Malaysia, ia

merupakan satu jalan keluar yang terbaik untuk melepaskan

tanggungjawabnya terhadap tanah jajahan. Tambahan lagi, Britain

berpendapat bahawa Malaysia merupakan satu unit persekutuan yang

besar di mana penubuhannya akan dapat menentang pengaruh komunis

yang semakin menular di Asia Tenggara.

Memelihara kepentingan Sabah dan Sarawak

13

Penduduk di Sabah Sarawak, terutama kaum peribumi telah lama

diabaikan sejak kedua-dua negeri tersebut berada di bawah

pemerintahan British. Mereka tidak mendapat layanan yang sewajarnya

sebagai penduduk asal negeri tersebut. Sebaliknya orang luar yang

datang ke negeri tersebut mendapat kedudukan dan layanan yang lebih

istimewa. Hal ini dapat dilihat apabila kebanyakan jawatan penting

dipegang oleh orang luar ini kerana tidak ramai kaum peribumi

mendapat pendidikan yang tinggi.

Oleh itu, usaha untuk memperbaiki kedudukan kaum bumiputera di

Sabah dan Sarawak boleh dilaksanakan jika kedua-dua negeri ini

menyertai persekutuan di mana kerajaan persekutuan akan

memperuntukkan ″kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera

lain" ke Sabah dan Sarawak jika kedua-dua negeri tersebut bersetuju

menyertai Malaysia.

Kemajuan Ekonomi

Di samping itu, faktor lain ialah daripada aspek ekonomi.

Tunku Abdul Rahman telah berpendapat bahawa lima buah negeri yang

akan membentuk Malaysia mempunyai ciri-ciri persamaan kerana

kesemuanya pernah diperintah oleh British. Di mana, struktur

kerajaannya agak serupa dan terdapat persamaan-persamaan dalam

kebudayaan dan kedudukan kaum. Oleh itu, apabila negeri-negeri

14

tersebut bersatu maka ia akan membawa kepada kemajuan ekonomi yang

lebih pesat. Tambahan lagi, Tanah Melayu mempunyai ekonomi yang

stabil dan kaya dengan bahan mentah, kemasukan Singapura merupakan

satu rahmat bagi mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi dan politiknya.

Dalam sudut pandangan yang lain, penggabungan dengan Malaysia

memastikan prospek kestabilan politik dan sebuah pasaran boleh

menarik kemasukan pelabur asing. Tanpa pencantuman ini, Persekutuan

Tanah Melayu akan bersaing dengan Singapura bagi modal industri dan

perkembangan industri. Oleh itu, pencantuman ini mempunyai suatu

asas ekonomi dan politik yang kuat. Semua negeri akan menyatukan

penduduknya dan menjurus kepada kemajuan ekonomi yang lebih pesat

membangun.

Pertahanan

Pada masa itu, Sabah dan Sarawak tidak berpuas hati terhadap

tiga kuasa besar yang berebut-rebut untuk menaklukinya iaitu China

Komunis yang mana mempunyai dasar untuk meluaskan wilayahnya,

Filipina yang mengakui Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya

dan Presiden Sukarno yang mempunyai polisi untuk membentuk

Indonesia Raya. Dalam sehubungan itu, Britain pula tidak sangup

mempertahankan negeri-negeri tersebut secara berasingan. Di samping

itu, Britain mempunyai beberapa kepentingan ekonomi di tanah melayu

15

serta mempunyai perjanjian pertahanan di Singapura dan Tanah Melayu

di mana soal pertahanan akan dapat dibincangkan bersama.

Mengeratkan hubungan sedia ada

Apabila berlakunya penyatuan ini, ia akan dapat mempereratkan

lagi hubungan yang sedia ada antara masyarakat satu rumpun yang

mempunyai persamaan dari segi budaya yang makin hilang akibat

daripada proses penjajahan yang berlaku. Ikatan perhubungan ini

sememangnya sedia wujud dan memang terjalin oleh ikatan darah

sebagai suatu bangsa yang sama iaitu bumiputera di wilayah Melayu

16

CABARAN-CABARAN PENUBUHAN MALAYSIA

Proses pembentukan dan penubuhan Malaysia menghadapi beberapa

cabaran dari dalam dan juga luar negeri. Antara cabaran yang

dihadapi oleh Persekutuan Tanah Melayu dalam usaha gigih dalam

menubuhkan Malaysia ialah tentangan dari negara-negara jiran

Persekutuan Tanah Melayu seperti Indonesia, Filipina dan Brunei.

Terdapat tuduhan-tuduhan yang menyatakan penubuhan Malaysia adalah

suatu cara baru penjajahan British. Filipina dan Indonesia

menentang pembentukan Malaysia daripada awal lagi idea ini

dicetuskan. Filipina memprotes pembentukan Malaysia manakala

Indonesia cuba menghalang pembentukan Malaysia dan memusuhi

Malaysia setelah Malaysia ditubuhkan.

Brunei

Pada asalnya, Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin

menyokong gagasan Malaysia pada peringkat awalnya dan beliau

membentuk suruhanjaya untuk membuat tinjauan ke atas reaksi dan

sikap rakyat Brunei mengenai pembentukan Malaysia ketika

Suruhanjaya Cobbold menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak.

17

Sebahagian besar rakyat Brunei tidak bersetuju dengan penyertaan

Brunei ke dalam Malaysia. Sikap ini berpunca dari pengaruh Parti

Rakyat Brunei yang telah menang 15 kerusi dalam Majlis Mesyuarat

Undangan Brunei. Parti ini menentang penyertaan Brunei dalam

Gagasan Malaysia kerana Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh

Syeikh A.M Azahari inginkan sebuah persekutuan Borneo yang

dinamakan Kerajaan Kalimantan Utara. Kerajaan ini akan diperintah

oleh Sultan Brunei sendiri dan akan dianggotai oleh negara Brunei,

Sabah dan Sarawak.

Anggota Parti Rakyat Brunei menganggap gagasan Malaysia

sebagai satu bentuk neokolonialisme. Parti Rakyat Brunei telah

mencetuskan satu pemberontakan terhadap Kerajaan Brunei di bawah

pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) yang ditubuhkan di

beberapa buah bandar di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pemberontakan

ini dilancarkan setelah Majlis Mesyuarat Undangan Negeri dan Sultan

Brunei menangguhkan keputusan mengenai gagasan Malaysia. A.M

Azahari dan penyokong-penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan

daripada pihak kerajaan Indonesia dan Filipina. Pemberontakan ini

yang berlaku pada 7 Disember 1962 telah berjaya dipatahkan oleh

tentera British dan A.M Azahari yang bersembunyi di Manila tidak

berjaya ditangkap. Beliau kemudiannya mendapat perlindungan politik

di Indonesia. Sultan Brunei menyedari bahawa besar kemungkinan

pemberontakan akan terus berlaku jika Brunei masuk ke dalam

Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Brunei membuat keputusan tidak

menyertai gagasan ini.

18

Filipina

Presiden Diosdao Macapagal telah mendakwa sejak awal tahun

1962 lagi bahawa Sabah merupakan sebahagian daripada Filipina dan

merupakan warisan Sultan Sulu. Tetapi tuntutan itu tidak diteruskan

sehingga pertengahan tahun 1962. Menurut mereka, penyerahan wilayah

Borneo Utara daripada Kesultanan Sulu pada tahun 1778 telah dibuat

dalam bentuk pajakan dan bukannya jualan. Hal ini dibuktikan oleh

pihak mereka dengan pembayaran tetap tahunan oleh Syarikat

Berpiagam Borneo Utara kepada Sultan Sulu dan pewaris-pewarisnya

sebanyak $5000 setahun sebagai bayaran pajakan dan bukannya bayaran

ganti rugi penyerahan. Tanah Melayu mengambil sikap berdamai tetapi

tidak berhajat untuk mengembalikan Sabah atau membiarkan isu

tuntutan itu menghalang pembentukan Malaysia.

Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada

22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von

Overbeck. Baron Von Overbeck kemudiannya menjual haknya kepada

Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya

memperoleh Piagam Diraja daripada British. Pada tahun 1881,

syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB)

dan memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun. Pada tahun 1946,

SBUB menyerahkan tampuk pemerintahan Sabah kepada British. Namun,

pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yang

terakhir, Sultan Esmaul Kiram pada 22 Januari 1958. Pihak British

19

pula mendakwa penyerahan itu sebagai penyerahan hak dan kedaulatan

kerana dalam penyerahan itu dinyatakan, antaranya:

“……… all the territories and lands on the mainland of the island of Borneo,

commencing from the Pandassan River on the Nort-west coast and extending along the

whole coast as far as the Sibuco River……..declared vested on the said Baron de Overbeck

and Alfred Dent co-jointly their heirs, associates, successors, or assigns for as long as they

choose or desire to hold them.’’

Idea pembentukan Malaysia yang bakal memasukkan Sabah ke dalam

Malaysia menyukarkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Di

samping itu, walaupun rakyat Sabah bersetuju dengan pembentukan

Malaysia seperti yang terbukti melalui rombongan Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu, namun Filipina tetap membantah keputusan itu.

Untuk kepentingan bersama, kedua-dua belah pihak telah

bersetuju mengadakan rundingan di London dari 28 Januari hingga 1

Februari 1963. Rundingan tersebut gagal mencapai matlamat kerana

British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Oleh

itu, Filipina kemudiannya menuduh rancangan Malaysia sebagai usaha

British untuk menjalankan penjajahan dalam bentuk baru. Pada bulan

Jun 1966, Filipina telah mengiktiraf pembentukan Malaysia.

Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara

kedua-dua buah negara melalui MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan

Indonesia).

20

Indonesia

Seterusnya, bukan Filipina sahaja yang menentang penubuhan

Malaysia, malah pembentukan Malaysia turut menjadi bahan persoalan

Indonesia. Tentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia

disebut sebagai konfrontasi. Pada peringkat permulaan cadangan

pembentukan Malaysia diumumkan, kerajaan Indonesia mengalu-alukan

cadangan Tunku Abdul Rahman. Menteri Luar Indonesia, Dr Subandrio.

Namun, sikap ini kemudiannya telah berubah dan Indonesia kemudian

mengecam dan menentang langkah tersebut dengan menggelarnya

berunsur penjajahan. Antara sebab-sebab Presiden Sukarno bertindak

menentang penubuhan Malaysia adalah kerana beliau mendakwa

Indonesia tidak dirundingi dahulu walaupun Indonesia merupakan

negara besar yang berjiran dengan Malaysia. Sukarno juga mendakwa

Malaysia merupakan suatu bentuk struktur politik yang akan

menyisihkan kepentingan Indonesia dan melemahkan semangat

kenusantaraan Melayu. Selain itu, Indonesia berpendapat bahawa

pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang

bakal mengancam Indonesia. Soekarno juga dikatakan melancarkan

dasar konfrontasi itu sebagai satu taktik untuk mengalihkan

pandangan rakyat tentang masalah dalaman Indonesia.

Pendapat yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI)

ini kemudiannya telah mempengaruhi Presiden Soekarno untuk

mengisytiharkan Dasar Konfrontasi. Pada 20 Januari 1963, Dasar

Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep

“Ganyang Malaysia” telah diumumkan oleh Dr Subandrio. “Ganyang

21

Malaysia” ialah Dasar Indonesia untuk memusnahkan pembentukan

Malaysia dan antara tindakan Indonesia termasuklah menghantar

pengintip untuk memusnahkan gagasan Malaysia dari dalam secara

sulit. Pada perigkat awal, telah berlaku serangan terhadap kapal-

kapal nelayan Tanah Melayu dan juga pencerobohan ruang udara Tanah

Melayu tetapi kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan. Tetapi,

setelah tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap

Malaysia menerusi Johor, Sarawak dan Sabah, Malaysia tidak

mendiamkan diri dan bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel

termasuklah dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada. Di

samping itu, Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan

Britain. Seterusnya, Tunku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi

kepada Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu berhubung dengan

pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Walaubagaimanapun, hasrat Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari

segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini bakal menggugat

Indonesia sendiri.

Malaysia terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dan

memelihara kedaulatan negara dan rakyatnya apabila Indonesia

memburukkan nama Malaysia di negara Dunia Ketiga dan Afro-Asia.

Suatu perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah

mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika untuk menjelaskan

perkara sebenar berkaitan hubungan diplomatik antara Indonesia dan

Malaysia. Hubungan dingin ini berterusan hinggalah pada bulan

September 1965 apabila berlaku pemberontakan bersenjata di

Indonesia setelah Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden

22

Soekarno. Kemudiannya, Presiden Soeharto menghantar Menteri Luar

Indonesia, Adam Malik bagi memulihara hubungan diplomatik antara

Malaysia-Indonesia dan menjelang bulan Ogos 1966, berakhirlah

konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.

23