DEWAN NEGARA - Parlimen Malaysia

84
Bil. 6 Selasa 16 Mei 2006 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA

Transcript of DEWAN NEGARA - Parlimen Malaysia

Bil. 6 Selasa 16 Mei 2006

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KETIGA

MESYUARAT PERTAMA

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2006

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Halaman 17)

DN 16.5.2006 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh,

P.S.M., S.P.M.P. (Dilantik)

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Ir. Wong Foon Meng, D.P.M.T. (Dilantik)

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman (Dilantik)

4. “ Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah (Dilantik)

5. “ Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah)

6. “ Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad (Dilantik)

7. “ Tuan Ahmad bin Husin (Perlis)

8. “ Datuk Chew Vun Ming (Dilantik)

9. “ Tuan Chiam Yong Tee (Perak)

10. “ Dato’ Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang)

11. “ Tuan Chiw Tiang Chai (Dilantik)

12. “ Datin Naomi Chong Set Mui (Dilantik)

13. “ Tuan Chua Kim Chuan (Kedah)

14. “ Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Ahmad Raffae (Dilantik)

15. “ Dato Sri Empiang Jabu (Sarawak)

16. “ Tuan Fatanah bin Datuk Haji Ahmad (Dilantik)

17. “ Dato’ Hamzah bin Zainudin (Perak)

18. “ Tuan Ir. Hiang A Li (Pahang)

19. “ Tuan Hii Tiong Kuoh (Dilantik)

20. “ Dato’ Haji Idris bin Haji Buang (Sarawak)

21. “ Dato’ Ikhwan Salim bin Dato’ Sujak (Selangor)

22. “ Tuan Ismail Kasim (Perlis)

23. “ Datuk Jins Shamsudin (Dilantik)

24. “ Datuk Kalakau bin Untol (Sabah)

25. “ Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok (Dilantik)

26. “ Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato’ N.S. Maniam (Dilantik)

27. “ Tuan Lee Chee Keong (Negeri Sembilan)

28. “ Datuk Dr. Lee Chong Meng (Dilantik)

29. “ Tuan Lee Sing Chooi (W. Persekutuan KL)

30. “ Dato’ Sri Mohd. Effendi bin Norwawi (Dilantik) – Menteri Di JPM

31. “ Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi (Johor)

32. “ Dato’ Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik)

33. “ Tuan M. Munusamy (Dilantik)

34. “ Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir (Dilantik)

35. “ Datuk M. Ratnam (Dilantik)

ii DN16.5.2006

36. Yang Berhormat Tuan M. Saravanan (Dilantik)

37. “ Che Puan Sri Kelana D’Raja Datin (Dr.) Hajah Nik Azizah binti Haji Nik Yahya (Dilantik)

38. “ Puan Nordiana binti Datuk Haji Shafie (Terengganu)

39. “ Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Dilantik)

40. “ Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop (Dilantik) - Menteri Kewangan Kedua

41. “ Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad (Dilantik)

42. “ Dato’ Omar bin Faudzar (Pulau Pinang)

43. “ Tuan Osman bin Bungsu (Dilantik)

44. “ Dr. Raja Ram a/l K. Nadayson (Dilantik)

45. “ Dato’ Rhina Bhar (Dilantik)

46. “ Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid (W. Persekutuan KL)

47. “ Datuk Haji Roslan bin Awang Chik (Dilantik)

48. “ Datuk Soon Tian Szu (Melaka)

49. “ Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed (Dilantik)

50. “ Puan Hajah Samsiah binti Samsudin (Negeri Sembilan)

51. “ Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain

52. “ Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan)

53. “ Puan Hajah Siti Rokiah binti Mohd. Zabidin

54. “ Puan Siw Chun a/p Eam (Perlis)

55. “ Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee (Dilantik)

56. “ Tuan Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zain (Dilantik)

57. “ Tuan Tan Bon You (Dilantik)

58. “ Tuan Tay Puay Chuan (Johor)

59. “ Dato’ Dr. Vijayaratnam a/l S. Seevaratnam (Dilantik)

60. “ Puan Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor (Dilantik)

61. “ Dato’ Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh (Terengganu)

62. “ Tuan Wan Nordin bin Che Murat (Perlis)

63. “ Puan Hajah Wan Ramlah binti Ahmad (Dilantik)

64. “ Puan Wan Ubaidah binti Omar (Kelantan)

65. “ Tuan Wilson Sagamani a/l Paul Devasagayam (Selangor)

66. “ Datuk Yaakob bin Haji Mohammad (Kedah)

DN 16.5.2006 iii

DEWAN NEGARA

Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Dewan)

Roosme binti Hamzah

PETUGAS-PETUGAS PENERBITAN PENYATA RASMI (HANSARD)

Azhari bin Hamzah

Hajah Paizah binti Haji Salehuddin

Supiah binti Dewak Abd. Talip bin Hasim Hadzirah binti Ibrahim

Saadiah binti Jamaludin Jamilah Intan binti Haji Bohari

Hairan bin Mohtar Nurziana binti Ismail Marzila binti Muslim

Habibunisah binti Mohd. Azir Aisyah binti Razki

Nor Liyana binti Ahmad Yoogeswari a/p Muniandy Zatul Hijanah binti Yahya Nurul Asma binti Zulkepli Suriyani binti Mohd. Noh

Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Mohd. Hanafi bin Abdul Mutalib

Azmir bin Mohd. Salleh

Nur Azilah binti Ahmad Ibrahim Norasmawati binti Mohamed Nor

Zaidazuriani binti Mohd. Zamli Nor Hamizah binti Hassan

Azanariah binti Mohd. Yunan

DN 16.5.2006 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, 16 Mei 2006

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta Menteri Pelajaran menyatakan, adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan peperiksaan di sekolah dengan berasaskan tahap kebolehan pelajar seperti cemerlang, sederhana dan lemah mengikut kertas peperiksaan yang berbeza.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran [Puan Komala Devi]: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini, izinkan saya mewakili Kementerian Pelajaran mengucapkan kepada semua warga pendidik di bandar dan luar bandar, Selamat Hari Guru, yang jatuh pada hari ini... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, kertas soalan peperiksaan yang digubal adalah berasaskan sukatan pelajaran dan huraian sukatan mata pelajaran supaya dapat memenuhi dan menepati hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan Kebangsaan. Penggubalan kertas peperiksaan turut mengambil kira beberapa aspek penting bagi menjamin kualiti kesetaraan, kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian. Antara aspek penting tersebut ialah kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan, penjaminan kualiti dan keserasian dengan kehendak kurikulum.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan anjakan ke arah sistem pendidikan yang kurang berorientasikan peperiksaan melalui dua langkah iaitu:

(i) menggunakan pendekatan baru dalam laporan keputusan semua peperiksaan awam dengan hanya melaporkan pencapaian setiap mata pelajaran dan prestasi cemerlang para calon selain menghebahkan kecemerlangan pelajar dalam aktiviti kokurikulum; dan

(ii) menetapkan penglibatan pelajar dalam kokurikulum sebagai salah satu merit bagi kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau SPP, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Teknik, program matrikulasi dan maktab perguruan. Terima kasih.

Puan Hajah Samsiah binti Samsudin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah apakah halangan-halangan yang akan didapati apabila sistem pendidikan yang kurang berorientasikan peperiksaan ini dijalankan. Terima kasih.

Puan Komala Devi: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kementerian sedang mengkaji sistem pendekatan yang kita akan ambil kira tidak lama lagi dan beberapa kajian sedang dan telah diambil dan halangannya akan diumumkan kemudian. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru dan belum terlambat Selamat Hari Ibu, maaf zahir dan batin... [Disampuk] Soalan tambahan saya ialah, dalam isu peperiksaan ini apakah

2 DN16.5.2006

pelajar-pelajar sebenarnya akan menjawab dengan lebih baik kertas soalan dalam bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa Malaysia. Terima kasih.

Puan Komala Devi: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah berkenaan dengan satu topik yang spesifik iaitu pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya perlukan notis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Ismail Kassim.

Tuan Ismail Kasim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Tidakkah sistem ini akan menimbulkan penilaian yang berbeza-beza di antara bandar dan luar bandar?

Puan Komala Devi: Tuan Yang di-Pertua, memang ada perbezaan pencapaian dalam tahap pelajaran di antara kalangan pelajar di bandar dan juga di luar bandar, tetapi ini bukanlah tertakluk sama ada sistem ini memberi tekanan kepada satu sistem yang memberi keutamaan kepada sistem peperiksaan ataupun sistem penilaian secara work base. Perbezaan yang wujud adalah disebabkan punca lain seperti latar belakang sosial ibu bapa, juga akses pelajar-pelajar kepada bahan-bahan rujukan dan sebagainya.

Jadi, ada kemungkinan tidak kira apakah sistem penilaian yang diguna pakai, memang ketidaksamaan di antara pencapaian pelajar-pelajar di kawasan bandar dan juga luar bandar. Mungkin tetap ada, tetapi di kementerian beberapa langkah telah pun diambil untuk mengurangkan jurang ini. Dan, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, peruntukan akan diberi khususnya untuk mengurangkan lagi perbezaan pencapaian pelajar-pelajar di bandar dan juga di luar bandar.

Dari segi keperluan infrastruktur yang fizikal dan juga keperluan dari segi kualiti guru-guru yang dihantar ke kawasan-kawasan luar bandar. Terima kasih.

2. Dato’ Dr. Chin Fook Weng minta Menteri Pengangkutan menyatakan, sejak pembukaan LCCT iaitu Terminal Tambang Murah oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Mac 2006, apakah masalah yang telah wujud kepada para pengguna, khasnya implikasi kos untuk menghubungkan LCCT dan KLIA dan apakah tindakan yang diambil untuk mengatasinya.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin Fook Weng yang mengemukakan soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini para penumpang tidak menghadapi masalah, khasnya dari segi kos untuk menghubungkan LCCT dan KLIA. Dalam hubungan ini, perkhidmatan bas dan teksi telah pun disediakan oleh kerajaan dengan harga tambang yang murah. Bagi perkhidmatan bas sebanyak 3 buah syarikat bas telah diberi permit untuk menjalankan operasi mulai jam 5 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari, dengan kekerapan perjalanan setiap 15 minit. Kadar tambang yang dikenakan adalah sebanyak RM1.50 sehala seorang. Manakala bagi perkhidmatan teksi pula terdapat 18 buah syarikat perkhidmatan teksi yang diberi permit untuk beroperasi di antara LCCT dan KLIA. Kadar tambang yang dikenakan adalah sebanyak RM18.50 sehala sebuah teksi. Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa hendak ke kapal terbang. Sekarang mereka kena jalan dari terminal ke kapal terbang yang mungkin terletak 200, 300 meter daripada terminal itu dan sekarang tidak ada apa-apa perlindungan. Mereka menghadapi bahaya kerana kenderaan-kenderaan pun menggunakan kawasan itu dan apabila hujan tidak ada perlindungan langsung, bagi warga emas sukar bagi mereka. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah yang pada saya paling besar di kawasan ini? Terima kasih.

Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar: Tuan Yang di-Pertua terima kasih dan terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat itu. Ini adalah satu daripada kelemahan yang saya sendiri nampak, apa yang

DN 16.5.2006 3

telah dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi. Saya rasa kerajaan pada hari ini memang tengah mengkaji apakah cara-cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini terutamanya dari segi apabila penumpang itu menaiki kapal terbang ataupun turun daripada kapal terbang dalam waktu hujan dan ribut dan sebagainya.

Saya rasa perkara ini akan saya kemukakan kepada pihak kementerian sekali lagi untuk kita menyelesaikan masalah ini dengan selanjutnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Jawapannya cukup ikhlas, ya. Silakan soalan tambahan.

Ir. Hiang A Li: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Saya ingin tahu adakah LCCT ini akan dijadikan hab LCCT di rantau ini? Dan, apakah keuntungan atau kebaikan yang kita dapat daripada menjadikan hab LCCT itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tadi masalah, ini tentang kebaikan dan faedahnya. Sila.

Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Setakat hari ini nampaknya perjalanan LCCT ini amat baik dan kalau kita bandingkan LCCT yang berada di KLIA ini dengan Singapura nampaknya menunjukkan perbezaan dari segi penumpang. Penumpang pada hari ini di LCCT kita dalam tempoh dua bulan ini tidak kurang daripada 3 juta penumpang yang keluar masuk menggunakan LCCT. Ini adalah sesuatu perkembangan yang amat menggalakkan.

Jadi, banyak lagi perkara yang perlu kita pertingkatkan dan beberapa kelemahan yang kita ada di situ, tetapi pada keseluruhannya nampaknya LCCT dan juga AirAsia itu menjadi satu airline, dengan izin, di rantau ini yang terkemuka pada hari ini. Sama juga dengan LCCT kita pada hari ini menggambarkan suatu LCCT yang begitu berpotensi dan boleh dibanggakan. Terima kasih.

Tuan Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zain: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Tidakkah pembukaan LCCT ini satu lagi projek pembaziran. Ini kerana KLIA yang sedia ada masih belum, dengan izin, di utilize. Terima kasih.

Dato' Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini menengok keadaan KLIA kita telah pada tahun lepas kalau tidak silap saya tidak kurang daripada hampir 25 juta penumpang-penumpang daripada terutamanya dari luar negara. Pada hari ini dengan adanya LCCT kita telah bertanya kepada pihak MAS ataupun MAB adakah kemerosotan berlaku dari segi kegunaan penumpang-penumpang tetapi nampaknya hari ini tidak begitu menjejaskan kedudukan KLIA sebagai lapangan terbang utama di dalam negara kita ini.

Jadi pada saya ia bukanlah satu pembaziran bahkan kerana KLIA itu adalah kemudahan untuk dengan izin, full service passenger yang datang daripada negara ataupun penumpang-penumpang yang menggunakan full service daripada luar negara dan walau bagaimanapun LCCT itu adalah sesuatu yang telah kita sediakan untuk bagi penumpang-penumpang yang menggunakan kemudahan dalam segi low cost carrier airline. Jadi saya rasa setakat hari ini memang tidak adanya terjejas KLIA dari segi penumpang yang datang dari luar ibu negara menerusi KLIA ini.

3. Datuk Jins Shamsudin minta Menteri Kewangan menyatakan, tidakkah kerajaan bercadang untuk menyelaraskan cukai jalan kepada kereta jenama Malaysia yang berkuasa kuda antara 1000cc dan 2000cc dikurangkan kepada 50%.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat satu kajian ke atas struktur cukai jalan kenderaan di negara ini sedang dijalankan Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan. Kajian tersebut tidak tertumpu kepada jenama Malaysia dan berkuasa kuda antara 1000cc dan 2000cc sahaja tetapi meliputi cukai jalan bagi semua jenis dan kapasiti enjin kenderaan di negara ini.

4 DN16.5.2006

Datuk Jins Shamsudin: Terima kasih sekali lagi. Soalan tambahan saya ialah untuk mengurangkan beban kenaikan harga petrol dan juga menggalakkan orang ramai menggunakan kereta buatan Malaysia tidakkah kerajaan bercadang untuk mengkaji semual cukai jalan berpandukan kepada saiz dan berat kenderaan dan bukannya pada kuasa kuda. Terima kasih.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut tadi kajian sedang dibuat jadi boleh diberikan kepada Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pengangkutan sama ada kita hendak mengikut cara lama ikut cc ataupun ikut berat kenderaan itu masih dalam kajian.

Tuan Lee Chee Keong: Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua ialah adakah kementerian bercadang untuk menyerap cukai jalan ini masuk dalam kita mengira harga minyak ertinya kita hapuskan cukai jalan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ini ada terkeluar sikit. Terpulang kepada Yang Berhormatlah.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut angka-angka yang ada kutipan cukai jalan lebih kurang RM2 bilion setahun tetapi subsidi minyak kalau ikut perangkaan yang ada jangkaan walaupun ada saving oleh sebab sudah ada pengurangan subsidi maka sudah ada saving dengan izin, beberapa bilion tetapi bila nampaknya harga cukai naik sehingga hari ini sudah 70 dolar satu tong saving pun sudah tidak ada lagi dah. Kemungkinan subsidi sampai kepada kerajaan terpaksa bagi subsidi sebanyak RM20 bilion pada tahun ini. Mungkinlah saya kata, mungkin sampai ke angka itu. Jadi hari ini kutipan RM2 juta setahun kutipan cukai jalan lebih kurang RM20 bilion.

Jadi kalau kerajaan hapuskan semua subsidi, hapuskan cukai jalan maka kerajaan akan selamatkan lebih kurang RM20 bilion dan kita forgo, tidak ambil dan tak kutip cukai jalan. Ini satu pertimbangan yang harus dilihat kedua-duanya tentang kebaikan. Kita juga mesti melihat kesan daripada pengguna pemilik kenderaan. Ini perkara-perkara yang saya tidak boleh jawab pada hari ini.

Ini ada kena-mengena dengan dasar tetapi apa yang sebut tadi adalah perangkaan yang kita lihat, subsidi lebih kurang RM20 bilion tahun ini dijangka. Kalau harga minyak terus kekal di paras yang tinggi dan kutipan masih takat itu lebih kurang RM2 bilion. Saya tidak boleh bagi jaminan sama ada pihak kerajaan akan kaji tidak. Ini satu perkara yang amat besar yang saya tidak boleh beritahu hari ini. Terima kasih.

4. Tuan Chua Kim Chuan minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan sejauh manakah kementerian menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang seni dan budaya kaum bukan Melayu di negara ini. Sila senaraikan.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan [Dato' Wong Kam Hoong]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pendidikan seni dan budaya bukan Melayu yang dikeluarkan dalam bentuk dokumentasi, fotografi, audio visual, penerbitan buku dan pameran telah dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah kementerian iaitu Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta Jabatan Warisan Negara. Penyelidikan akan dipertingkatkan lagi di bawah peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Pada tahun 2005 sebanyak empat penyelidikan telah diadakan melalui Majlis Kenduri Rakyat untuk etnik peribumi Sabah bukan Melayu diikuti dengan sembilan projek yang sama tahun ini. Di negeri Sarawak pula dua Majlis Kenduri Rakyat untuk peribumi bukan Melayu telah diselesaikan diikuti tiga lagi pada tahun ini. Suku kaum yang terlibat ialah orang Hulu, Melanau, Iban, Bidayuh, Tidong, Orang Sungai, Kedayan, Suluk, Bisayan dan Lungus.

Program Rakan Seni dan Citra Budaya yang diadakan seluruh negara, melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian memberikan ruang dan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kebudayaan lain-lain kaum bukan Melayu. Pada tahun ini iaitu tahun 2006 sebanyak 26 Program Rakan Seni bakal

DN 16.5.2006 5

dilangsungkan di seluruh negara. Kementerian ini juga telah mengadakan dua kali Program Citra Budaya yang memuatkan persembahan seni pementasan etnik China, India dan peribumi Sabah dan Sarawak di samping seni budaya Melayu.

Selain daripada itu terdapat juga persembahan kesenian berbagai kaum sempena Program Rumah Terbuka Peringkat Kebangsaan meliputi perayaan-perayaan Gong Xi Fa Chai, Deepavali, Krismas, Hari Gawai, Tadau Keamatan dan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan sejak tahun 2000. Persembahan-persembahan ini juga dapat membantu meningkatkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai seni budaya bukan Melayu. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Chua Kim Chuan.

Tuan Chua Kim Chuan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setahu saya Akademi Seni Kebangsaan akan ditingkatkan ke taraf universiti dengan nama Akademi Seni Budaya dan Warisan. Soalan tambahan saya ialah adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan sebuah Jabatan khusus bagi penyelidikan seni budaya kaum Tionghoa dan India memandangkan orang China dan India adalah golongan penduduk yang kedua dan ketiga besar di negara kita. Terima kasih.

Dato' Wong Kam Hoong: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Ini satu soalan yang baik. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menafikan iaitu setakat ini kementerian saya lebih menumpukan kepada pelaksanaan aktiviti, maka kementerian menyedari pentingnya aspek penyelidikan dan pembangunan dalam bidang seni budaya dan warisan. Justeru dengan penubuhan Jabatan Warisan Negara dan kenaikan taraf Akademi Seni Kebangsaan bertaraf universiti dengan bertukar nama Akademi Seni Budaya dan Warisan dengan ini akan menyemarakkan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan seni dan budaya negara termasuk semua kaum.

Tentang cadangan Yang Berhormat ini adalah satu cadangan yang kena pada masanya. Maka saya akan merujuk cadangan Yang Berhormat untuk penyelidikan dan pertimbangan oleh pihak-pihak pelaksanaan sebab baru-baru ini kita telah menubuhkan dua agensi iaitu Jabatan Warisan Negara dan ini bakal dinaikkan taraf universiti iaitu Akademi Seni Budaya dan Warisan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dato’ Dr. Lee Chong Meng.

Dato’ Dr. Lee Chong Meng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah adakah kementerian Yang Berhormat bercadang untuk mengecat bangunan-bangunan warisan yang bersejarah di Wilayah Persekutuan atau negeri-negeri lain kerana kebanyakan pentadbiran bangunan-bangunan itu tidak ada bajet untuk mengindahkan bangunan-bangunan dengan mengecat dan pembangunan semula bumbung atau rooftop, dengan izin, yang rosak. Jadi bolehkah kementerian Yang Berhormat semak isu ini dan memperuntukkan wang untuk tujuan ini kerana ini akan memperkasakan imej bandar-bandar bersejarah dan menarik lebih pelancong yang berminat tentang bangunan berwarisan. Sekian, terima kasih.

Dato' Wong Kam Hoong: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Lee Chong Meng. Satu soalan yang baik iaitu menjaga warisan ketara atau tangible - warisan berupa bangunan-bangunan, tapak-tapak bersejarah dan monumen-monumen dan sebagainya. Maka dengan kelulusan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, kita telah menubuhkan Suruhanjaya Warisan dan dengan ini kementerian juga menubuhkan iaitu Jabatan Warisan Negara untuk memelihara semua warisan ketara atau tidak ketara.

Maka dalam program-program ini kita ada peruntukan untuk memelihara bangunan-bangunan berwarisan seumpama ini. Ini adalah di bawah agensi Muzium dan peruntukan untuk bangunan-bangunan ada dua jenis. Satu yang dimiliki oleh kerajaan dan yang lain dimiliki oleh pihak swasta. Swasta juga ada dua kategori, satu yang dimiliki oleh komuniti semata-mata seperti Tan kongsi kah atau Lee kongsi kah, semua kaum Tan dan yang ada perseorangan. Maka kita tertumpu kepada harta benda kerajaan dan juga kepada harta benda komuniti bukan perseorangan. Sekian, terima kasih.

6 DN16.5.2006

5. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan modul agama kepada pelajar-pelajar di peringkat IPTA dan IPTS bagi membendung gejala sosial yang kian menular di kalangan pelajar-pelajar tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi [Datuk Dr. Adham bin Baba]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bahawa kementerian ini memandang berat kepada gejala sosial yang semakin menular dalam masyarakat khususnya yang melibatkan pelajar IPT. Oleh itu, kementerian telah memperkenalkan dan terus memantapkan kursus-kursus yang memberi pendedahan kepada peradaban serta nilai-nilai murni yang menjadi tunjang kepada agama seperti Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang digelar TITAS di IPTA dan Kursus Agama Islam dan Moral IPTS yang mana diwajibkan diambil ke atas semua pelajar.

Kementerian berpandangan bahawa pelajar-pelajar IPT sudah mempunyai pengetahuan asas agama dan moral memandangkan mereka telah mengambil mata pelajaran Agama Islam dan Pendidikan Moral yang diwajibkan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Atas keprihatinan ini, IPT mempunyai pelbagai program dan aktiviti bagi pendedahan dan pengukuhan dalam aspek agama dan moral di mana IPTA mempunyai Pusat Islam dan pegawai-pegawai agama bagi menganjurkan aktiviti-aktiviti keagamaan seharian. Pusat ini juga mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat memantapkan pengetahuan dan amalan dalam agama seperti forum, bengkel, pendakwah muda, debat, ceramah-ceramah Islam Hadhari dengan menjemput tokoh-tokoh agama bertaraf nasional serta penubuhan Kelab Islam Hadhari yang menjalankan aktiviti di kalangan pelajar itu sendiri.

IPT juga mengambil beberapa pendekatan pencegahan dan tindakan tatatertib bagi mengelakkan pelajar terlibat dalam gejala kurang sihat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Puan Siti Zailah.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, setakat program tatatertib yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian dan universiti, berapakah kes yang telah dibuat tangkapan setakat ini?

Datuk Dr. Adham bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, semenjak tahun 1971 hingga 2006 kita mempunyai banyak jenis kesalahan yang telah dilakukan oleh para pelajar yang kita ambil tindakan di atas Rang Undang-undang AUKU atau Akta Universiti Kolej Universiti dan kita dapati kes khalwat dan berdua-duaan ini adalah kes yang tertinggi daripada jenis kesalahan yang dilakukan sebanyak 3,818 daripadanya 735 merupakan kes yang telah saya sebutkan tadi.

Salah moral lain seperti penyelewengan, mencuri dan lain-lain kesalahan seperti membawa nota masuk ke dalam dewan peperiksaan merupakan isu moral seperti meniru juga kita hadapkan mereka ke Lembaga Tatatertib. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Lee Sing Chooi.

Tuan Lee Sing Chooi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan saya....

Timbalan Yang di-Pertua: Tidakkah ada hendak mengucapkan selamat kepada pensyarah-pensyarah semua?

Tuan Lee Sing Chooi: Semua, pendidikan itu termasuk pensyarah semua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Lee Sing Chooi: Adakah kementerian bercadang untuk mengadakan satu modul atau mengubahsuai modul yang sedia ada di IPTA untuk memupuk persefahaman agama di dalam pelbagai agama dan budaya. Di mana kandungannya meliputi berbagai-bagai agama dan budaya yang kaya, yang wujud di Malaysia dan pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS itu boleh menyertainya untuk menjauhi gejala sosial itu. Terima kasih.

DN 16.5.2006 7

Datuk Dr. Adham bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, memang pun kita telah ubahsuai kurikulum atau modul berkenaan dengan moral dan agama Islam ini, yang pertama kita telah adakan TITAS ataupun Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang merupakan kursus wajib dan mengandungi lima modul yang mereka ambil sebanyak dua kredit dan yang terbaru ialah program hubungan etnik yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi di mana mereka mengambil sekali gus dua kredit. Kedua-dua kursus ini telah pun dilaksanakan. Kita rangkumkan sebagai kursus yang ada kaitan dengan mengatasi gejala-gejala sosial dan juga yang berkaitan dengan mengeratkan hubungan di antara etnik.

6. Datuk Dr. Lee Chong Meng minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan, apakah pihak kementerian tidak bercadang untuk menggunakan sistem lampu isyarat atau traffic light, secara digital di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur memandangkan sistem ini secara tidak langsung lebih mesra pengguna dan dapat mengurangkan jumlah kemalangan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan [Tuan Yew Teong Look]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya pihak DBKL telah mempunyai sistem lampu isyarat secara digital. Sehingga kini sebanyak 114 unit lampu isyarat lintasan pejalan kaki dan 12 unit lampu isyarat trafik telah pun dipasang dengan sistem count down digital.

Memandangkan sistem lampu isyarat berdigital yang telah diguna pakai oleh DBKL didapati adalah selamat, efisien dan berkesan. Oleh itu DBKL merancang untuk memasang...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh Yang Berhormat dekat sedikit dengan mic.

Tuan Yew Teong Look: ...Sistem count down berdigital bagi semua lampu isyarat pejalan kaki dan lampu isyarat trafik di persimpangan jalan untuk kepentingan pengguna jalan raya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Datuk Dr. Lee Chong Meng dan selepas itu Datuk Ridzuan.

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memandangkan bahawa sistem trafik Kuala Lumpur belum disempurnakan kerana selepas hujan berlaku, keseluruhannya jalan-jalan berlaku kesesakan. Kita sedar bahawa kesesakan lalu lintas ini akan membazirkan masa dan petrol dan lain-lain lagi. Akibatnya wang pun dibazirkan. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa memandangkan pembaziran yang telah dilakukan, betulkah lebih baik kita memperuntukkan lebih wang untuk mencari cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Soalnya apakah tindakan sewajarnya telah dirancang. Kalau ada pelan untuk jalan baru atau jalan bertingkat akan dibina dan kalau rancangan untuk membina jalan-jalan janganlah dikenakan tol kerana ini akan menyesakkan jalan-jalan yang sedia ada di Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.

Tuan Yew Teong Look: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya soalan ini telah terkeluar sedikit dari soalan asal, sebab Yang Berhormat bertanya berkenaan tentang sistem lampu isyarat berdigital.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh pilih untuk tidak menjawab kalau terkeluar.

Tuan Yew Teong Look: Saya hanya hendak memberi untuk maklumat Yang Berhormat Datuk Dr. Lee. Memang kerajaan melalui Kementerian Kewangan sudah ada rancangan untuk membuat suatu sistem pengangkutan bersepadu di Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur. Ingin saya maklumkan bahawa sebenarnya DBKL pun sangat berharap dengan sistem ini supaya segala masalah yang dihadapi oleh warga kota, termasuk kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Sekian, terima kasih.

8 DN16.5.2006

Datuk Haji Ridzuan bin Abd Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, mengapakah apabila sering kali berlaku hujan lebat dan angin kencang, pokok-pokok yang ditanam di sepanjang jalan di Kuala Lumpur sering tumbang dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas, dan kenapakah DBKL tidak menggantikan dengan pokok-pokok yang liat dan tidak mudah tumbang apabila dipukul oleh angin kencang.

Perkara ini telah saya kemukakan 10 tahun bersama Yang Berhormat ketika menjadi Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya tetapi sampai sekarang tindakannya begitu lambat. Terima kasih.

Tuan Yew Teong Look: Kawan lama. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberitahu Yang Berhormat, ini adalah memang suatu perkara yang sudah lama di Kuala Lumpur dan saya tidak dapat bagi jawapan yang tepat hari ini. Mungkin saya akan beritahu jawapan secara bertulis dan juga kita boleh melalui perbincangan di luar Dewan juga bagi mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah yang disebu oleh Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Norraesah binti Mohamad: Satu lagi soalan tambahan Yang Berhormat ialah banjir kilat yang sering melanda Kuala Lumpur. Apakah tindakan khusus dan tegas yang akan diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini.

Tuan Yew Teong Look: Banjir kilat memang bukan soalan utama hari ini tetapi walau bagaimanapun saya dapati ada satu atau Ahli Yang Berhormat telah menyentuh tentang perkara ini semasa membahaskan Titah Ucapan Diraja dan saya akan memberi jawapan esok semasa saya menggulung Titah Ucapan Diraja.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya setuju Yang Berhormat kerana soalan tambahan itu terkeluar daripada soalan asal. Silakan Yang Berhormat Datuk Armani binti Haji Mahiruddin.

Datuk Armani binti Haji Mahiruddin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh Malaysia.

7. Datuk Armani binti Haji Mahiruddin minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, permasalahan sosial di kalangan wanita sama ada di bandar dan di luar bandar kini semakin mendapat perhatian masyarakat. Walaupun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun kejadian jenayah seksual kebanyakannya membabitkan golongan wanita semakin menjadi-jadi. Adakah perlu undang-undang sedia ada diteliti semula bagi memastikan jenayah seksual dapat dibendung.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan amat prihatin terhadap kejadian keganasan terhadap wanita yang berleluasa pada masa ini terutamanya yang melibatkan jenayah seksual seperti rogol.

Berdasarkan perangkaan tahun 2005, jenayah seksual melibatkan rogol telah meningkat kepada 1,931 orang berbanding seramai 1,765 pada tahun 2004. Untuk menangani kejadian jenayah seksual, kerajaan telah mengambil tindakan mengkaji semula undang-undang sedia ada khususnya yang melibatkan keganasan seksual terhadap wanita.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang ditubuhkan pada 20 Julai 2004 telah pun membuat kajian semula ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah bagi meningkatkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan berkaitan jenayah seksual seperti rogol dan rogol muhrim.

Selain mengkaji semula undang-undang sedia ada, program mencegah jenayah banyak dilaksanakan oleh berbagai-bagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Antaranya ialah seperti seminar, menangani keganasan khususnya literasi undang-undang, program sukarelawan organisasi wanita membanteras keganasan atau OMBAK yang dilaksanakan

DN 16.5.2006 9

oleh Jabatan Pembangunan Wanita. Program Rakan Cop oleh Polis Diraja Malaysia serta kempen kesedaran jenayah peringkat kebangsaan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah. Sekian, terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya apakah kementerian sebenarnya sudah mempunyai definisi khusus yang dimaksudkan sebagai jenayah seksual ini. Maksud saya, kalau kita bergurau, gurauan seks apakah itu jenayah seksual? Ataupun tersentuh, terpegang dengan tidak sengaja, apakah itu jenayah seksual. Dalam soal rogol ini, apakah kerajaan tidak mahu mempromosikan penggunaan suatu alat yang dipakai oleh wanita yang menyebabkan perogol akan tersepit dan tidak boleh lari dan sebagainya.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Okey, untuk definisi jenayah seksual atau rogol ini kita boleh rujuk kepada Akta Kanun Keseksaan dan saya tidak dapat beri satu definisi yang tepat di sini. Oleh itu sila rujuk kepada Akta Kanun Keseksaan dan untuk menggalakkan wanita menggunakan alat untuk mencegah atau avoid dari dirogol, saya rasa kalau kita menggunakan alat itu kalau tidak tahu macam mana kita handle it, nanti akan digunakan oleh penjenayah. Oleh itu, sebelum kita menggalakkan penggunaannya, kita mesti menjalankan suatu kajian yang teliti. Terima kasih.

Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah memandangkan kursus-kursus yang diadakan oleh kementerian selalunya jarang dihadiri oleh kaum lelaki. Apakah kementerian tidak bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, contohnya supaya pendidikan awal dapat diberikan terutama kaum lelaki supaya dapat mengawal diri dan menghormati kaum wanita. Terima kasih.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Kita tidak dapat menafikan ke atas apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat dan ini adalah masalah yang dihadapi oleh kementerian kita. Walaupun berapa banyak kita menganjurkan program atau kursus tetapi kaum lelaki mereka tidak mahu menghadirinya. Untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran, sebenarnya di bawah LPPKN iaitu Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara, kita telah sediakan modul-modul yang boleh kita jalankan program atau kursus-kursus untuk remaja yang mana kita dapat menyampaikan pengetahuan-pengetahuan mengenai kes jenayah seksual ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya tengok Dato’ Rhina Bhar sudah banyak kali bangun. Silakan Dato’, sila kemukakan soalan tambahan.

Dato’ Rhina Bhar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah adakah kementerian akan mengkaji, membuat satu senarai memberitahu rakyat iaitu kediaman penjenayah yang merogol wanita dan kanak-kanak selepas penjenayah-penjenayah itu menjalani hukuman penjara sebagai contoh terdapat di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Terima kasih.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya ini adalah di bawah kuasa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun kita untuk mempekakan semua anggota polis, kita akan menjalankan kursus-kursus untuk anggota polis supaya apabila mereka mengendalikan masalah-masalah kes jenayah ini mereka lebih peka terhadap apakah masalah yang dihadapi oleh wanita.

Oleh itu, saya tidak dapat memberi jawapan mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Walau bagaimanapun ini adalah suatu cadangan yang baik yang mana kita boleh mencadangkan kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Terima kasih.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru dan pada Yang Berhormat Dr. Puad minta maaf, sudah dicuitnya lagi wanita. Terima kasih Yang Berhormat.

10 DN16.5.2006

8. Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, apakah rancangan kerajaan untuk memastikan sustainability industri biodiesel sekiranya harga minyak sawit melampaui RM2400.00/MT atau metrik tan, seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Dato' Dr. S. Vijayaratnam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat, sustainability ataupun kemapanan industri biodiesel bergantung kepada beberapa faktor dan faktor yang utama ialah pergerakan harga minyak mentah dunia.

Banyak negara telah menunjukkan minat untuk menceburi bidang biodiesel ekoran daripada kenaikan harga minyak mentah yang mendadak semenjak tahun 2005. Kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia akan memberi kesan kepada peningkatan harga produk petroleum seperti diesel dan petrol di negara-negara pengguna.

Bagi industri biodiesel, jenis bahan mentah minyak sayuran yang digunakan adalah penting kerana kos bahan mentah minyak sayuran merangkumi kira-kira 70% daripada jumlah kos pengeluaran biodiesel. Harga minyak sawit yang rendah menjadikan kos pengeluaran biodiesel berasaskan minyak sawit lebih kompetitif berbanding minyak rape seed dan minyak kacang soya.

Sebagai contoh, pada tahun 2005, harga minyak sawit mentah ataupun CPO berada di paras diskaun sebanyak USD123 berbanding minyak kacang soya dan USD247 berbanding minyak sawit adalah lebih cerah dan mempunyai daya kemapanan ataupun sustainabilities serta daya saing yang lebih baik berbanding industri biodiesel yang berasaskan minyak sayuran rape seed dan minyak kacang.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini harga CPO tempatan berada di antara RM1400 ke RM1450 se tan dan ianya lebih rendah berbanding harga minyak mentah di pasaran dunia iaitu RM108,055 se tan bersama USD70 setong minyak mentah. Ini bermakna industri biodiesel akan masih lagi sustainable atau mapan jika harga CPO meningkat ke paras RM108,000 se tan dengan andaian harga minyak mentah berada di paras yang sama atau lebih tinggi.

Berdasarkan kepada laporan-laporan pakar-pakar dunia berpendapat bahawa harga minyak mentah akan meningkat lagi pada masa hadapan berikutan daripada permintaan yang meningkat dan bekalan yang tidak menentu. Jika harga minyak mentah di pasaran dunia mencapai paras ringgit Amerika atau USD90 se tong, ini adalah bersamaan dengan harga CPO iaitu minyak sawit pada paras RM2385 se tan. Industri biodiesel berasaskan minyak sawit dijangka akan masih lagi sustainable jika harga CPO meningkat ke paras RM2400 sekiranya harga minyak mentah berada di paras lebih USD90 se tong.

Tuan Yang di-Pertua, prospek industri biodiesel adalah cerah kerana jurang perbezaan harga minyak mentah dan harga CPO adalah masih besar. Ini adalah satu faktor yang penting yang harus diambil perhatian.

Sehubung ini Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan sentiasa mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk memastikan bekalan minyak sawit mencukupi bagi memastikan harganya sentiasa berada di paras yang stabil dan sustainability atau kemapanan industri biodiesel terjamin dalam masa panjang. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Dato’ Dr. Chin Fook Weng.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah kajian dibuat di kementerian ini tentang paras ketulenan purity minyak sawit itu. Mungkin dalam diguna sebagai minyak biodiesel ini mungkin tidak perlu begitu tulen kalau dibandingkan dengan diguna untuk dimakan. Jadi adakah kajian dibuat dan adakah ini boleh membantu dalam menurunkan harga supaya ia banyak lagi digunakan dalam industri biodiesel itu. Terima kasih.

Dato’ Dr. S. Vijayaratnam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Datuk Dr. Chin atas soalan tadi. Sebenarnya biodiesel tersebut ialah satu adunan 5%

DN 16.5.2006 11

minyak sawit iaitu RPD palm oil dicampur dengan 90% diesel petroleum dan produk tersebut harus mengikuti spesifikasi piawaian Malaysia untuk minyak diesel iaitu MS1231993. Namun demikian, ketulenan ataupun purity minyak kelapa sawit yang dipakai mesti ikut spesifikasi ini dan jika ada perbezaan dengan minyak kelapa sawit diguna pakai untuk bahan makanan seperti minyak masak dan juga marjerin perbezaannya sangat tipis.

Timbalan Yang di-Pertua: Datuk Hajah Azizah Abd. Samad.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita difahamkan bahawa beberapa NGO alam sekitar di luar negara yang sedang mengadakan kempen anti minyak kelapa sawit. Apakah rancangan kerajaan bagi memastikan bahawa segala tuduhan dari pihak-pihak luar ini terutamanya mengenai sustainable production of Malaysian palm oil, dengan izin, dapat dipertahankan. Cukupkah dengan hanya meletakkan faktor jawapan kepada segala tuduhan dalam laman web sahaja dan apakah strategi kita bagi memastikan bahawa usaha kita tidak disalahanggapkan oleh pihak luar. Terima kasih.

Dato’ Dr. S. Vijayaratnam: Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah. Memang benar ada kempen oleh pihak-pihak tertentu termasuk NGO membuat tuduhan bahawa kita tidak memelihara hutan dan di negara kita oleh sebab kita hendak meluaskan hektar atau tempat tanaman pokok kelapa sawit. Tuduhan ini Tuan Yang di-Pertua tidak benar oleh sebab hasrat kementerian dan hasrat kerajaan ialah untuk menanam kelapa sawit di kawasan yang sedia ada sekarang iaitu tanaman semula ataupun tempat rimba yang sudah di mana semua pokok sudah dipotong ataupun di tempat pokok getah lama, pokok kelapa lama, kita tidak akan sentuh hutan yang ada atau rainforest yang ada.

Negara kita masih ada keluasan lebih daripada 66% kawasan hutan dan apa yang kementerian sedang menggalakkan sekarang kepada syarikat-syarikat bukan sahaja kepada syarikat-syarikat besar kelapa sawit, tetapi kepada pekebun-pekebun kecil juga ialah meningkatkan pengeluaran minyak kelapa sawit daripada keluasan yang sedia ada dengan izin, to improve the yield with the same hectare dan semua ini pun kita ada buat kempen, kerajaan pun telah bertemu dengan pihak-pihak seperti WWF iaitu World Wild Life Fund dan ada juga projek di Sarawak dan Sabah yang dinamakan…, saya tidak ingat namanya tetapi memeliharakan Borneo.

So, saya harap dengan langkah-langkah sebagai ini dan publisiti yang diberi oleh kita, golongan antarabangsa ataupun international community, dengan izin akan faham hasrat ikhlas kerajaan untuk memelihara hutan dan kita ini kawasan ini, tidak akan dipakai untuk tanaman kelapa sawit.

9. Datuk Ratnam a/l Muthiah minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, dengan kewujudan kampung-kampung baru yang telah hampir 60 tahun dan wujud di dalam kawasan Majlis Bandar Raya masih menggunakan jalan-jalan tidak berturap di sebahagian kampung itu. Contohnya Kampung Baru Sg. Buluh di Selangor. Bilakah kesemua jalan-jalan di sini akan diturap oleh pihak Berkuasa Tempatan MBSA.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dr. S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat kementerian mempunyai peruntukan pembangunan untuk melaksanakan projek-projek kecil di kawasan kampung baru termasuk bagi kerja-kerja membaiki dan menurap jalan-jalan. Walau bagaimanapun memandangkan peruntukan adalah terhad berbanding bilangan kampung baru sebanyak 450 buah, maka bukan kesemua jalan-jalan di kampung-kampung baru dapat diturapkan. Walau bagaimanapun kementerian akan terus berusaha untuk memberi peruntukan yang diperlukan bagi membangunkan kampung-kampung baru di Semenanjung Malaysia mengikut keutamaan bagi menjadikan kampung-kampung baru sebagai penempatan yang dapat menjamin mutu kehidupan yang sempurna melalui menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial.

Di samping itu terdapat agensi-agensi kerajaan yang lain yang turut terlibat dalam penurapan jalan seperti JKR dan pihak berkuasa tempatan, untuk makluman Yang Berhormat untuk ke Kampung Baru Sri Sg. Buluh, tahun 2005 kementerian telah memberi

12 DN16.5.2006

peruntukan RM130,000 untuk menurap jalan dan untuk tahun 2006, RM160,000 untuk menurap jalan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Datuk Haji Rizuan.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, mengapakah keadaan rumah di kampung-kampung baru yang telah dilanjutkan TOL seperti di Jinjang Utara New Village masih berkeadaan usang. Tidakkah kementerian bercadang untuk menyalurkan peruntukan atau bantuan kepada mereka untuk memperbaiki masalah rumah tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua: Ini masalah tanah ini, adakah Yang Berhormat hendak menjawab?

Dr. S. Subramaniam: Saya tidak mahu sentuh tentang masalah tanah tetapi peruntukan yang diberi ialah untuk kebaikan masyarakat pada keseluruhannya dan bukan untuk satu-satu orang yang tersendiri. Oleh demikian peruntukan tidak disalurkan untuk orang-orang individu untuk membaiki rumah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Dato’ Omar Faudzar.

10. Dato’ Omar bin Faudzar minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan:

(a) jumlah pinjaman TEKUN yang masih belum berbayar bagi tahun 2005; dan

(b) apakah tindakan yang pernah dan akan diambil bagi mendapat kembali pinjaman yang telah diberikan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato' Khamsiyah binti Yeop]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Sejak program pinjaman TEKUN dilancarkan pada 25 Mei 1999 sehingga 31 Mac 2006, TEKUN telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM580.9 juta kepada seramai 116,390 usahawan kecil bumiputera di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM323.1 juta iaitu merupakan 55.6% telah berjaya dikutip semula sementara bakinya sebanyak RM257.8 juta ataupun 44.38% belum dibayar balik oleh peminjam.

(b) Tindakan-tindakan yang pernah dan akan diambil oleh TEKUN bagi mengutip kembali pinjaman yang diberikan adalah seperti berikut:-

(i) melakukan kutipan setiap minggu di premis perniagaan peminjam;

(ii) mengeluarkan peringatan dan amaran;

(iii) berbincang dan memujuk dengan peminjam untuk membuat pembayaran;

(iv) menjadualkan semula pinjaman;

(v) mempamerkan gambar-gambar peminjam yang ingkar dan gagal membuat bayaran di pejabat-pejabat TEKUN;

(vi) melantik ejen-ejen kutipan untuk menuntut balik pinjaman yang telah diberikan; dan

DN 16.5.2006 13

(vii) mengambil tindakan undang-undang ke atas peminjam yang ingkar dan enggan membuat sebarang bayaran.

Timbalan Yang di-Pertua: Dato’ Omar Faudzar.

Dato’ Omar bin Faudzar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dapati ramai yang tidak bayar pinjaman TEKUN disebabkan mereka merasakan bahawa ini adalah wang kerajaan. Hampir tiga tahun tidak bayar dan tindakan undang-undang tidak diambil. Jadi, saya hendak tahu kenapa setelah Yang Berhormat beritahu tadi cara-cara tindakan yang hendak diambil, sehingga tiga tahun tindakan undang-undang masih belum diambil ke atas mereka ini.

Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Terima kasih Yang Berhormat. Walaupun duit kerajaan, kita memang berusaha untuk mengutip semula supaya pusingan duit yang kita beri ke setiap peminjam di Parlimen itu supaya dapat berkembang dan beralih kepada peminjam-peminjam lain. Berkait dengan jangka panjang, kadang-kadang peminjam yang tidak bayar hanya meminjam sebanyak RM1,000 dan RM2,000, jadi kita ada sedikit fleksibel kerana melihatkan kesungguhannya dalam niaga kecil-kecilan yang dilakukan. Namun begitu, kita akan terus mengutip hutang supaya dia tidak adil kalau pinjaman itu tidak dibayar kepada orang lain atau orang baru yang ingin meminjam untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Tay Puay Chuan.

Tuan Tay Puay Chuan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu skim pinjaman mirip TEKUN kepada semua usahawan kecil negara. Terima kasih.

Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Kita sememangnya ada usaha untuk melebarkan pinjaman kepada lain-lain ataupun bukan bumiputera tetapi setakat ini, kaum bukan bumiputera mempunyai modal banyak dan mereka tidak memerlukan pinjaman-pinjaman, malahan mereka ada pinjaman keluarga sebanyak RM1,000, RM,2000 memang dipinjamkan oleh keluarga masing-masing untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Datuk Haji Roslan.

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah sebabnya yang peminjam-peminjam ini gagal menunaikan tanggungjawabnya untuk membayar balik pinjaman-pinjaman ini, dan berapa peratuskah penyalahgunaan oleh pemungut-pemungut daripada kementerian ini yang mengambil wang ini yang dibayar oleh peminjam-peminjam tidak dimasukkan ke dalam bank peminjam yang berkenaan? Terima kasih.

Dato’ Khamsiyah binti Yeop: Yang Berhormat, ini lebih kepada sikap sama ada peminjam atau pengutip pinjaman. Walau bagaimanapun, angka yang menyalahgunakan tidaklah seberapa banyak yang kita kesan dan dalam hal ini pengutip yang menyalahgunakan kutipannya, adalah dalam tindakan kementerian. Terima kasih.

11. Dato’ Ikhwan Salim bin Dato’ Sujak minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah usaha-usaha tertentu yang diambil oleh kementerian di dalam mengatasi masalah vandalisme lebih-lebih lagi di kawasan projek-projek rumah kos rendah yang sedang pesat membangun sebagai contoh masalah penggunaan lif, conteng, merosakkan alat penggera, mengotorkan tangga kecemasan dan sebagainya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dr. S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab mengatasi atau mencegah masalah vandalisme terutama di kawasan projek-projek rumah kos rendah adalah merupakan tanggungjawab bersama yang melibatkan pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan juga pihak swasta serta penduduk setempat. Bagi rumah-rumah di bawah Program

14 DN16.5.2006

Perumahan Rakyat, kerajaan dengan kerjasama pihak kerajaan negeri dan PBT telah mengambil beberapa tindakan bagi mengatasi masalah berkenaan seperti:

(i) PBT menempatkan kakitangan mereka di setiap PPR di bawah pentadbirannya bagi memastikan pengurusan dan pengendalian kerja-kerja penyelenggaraan berjalan dengan baik dan teratur serta bertanggungjawab bagi pemantau bagi mengatasi daripada berlakunya masalah vandalisme di kawasan PPR berkenaan;

(ii) PBT mengadakan kursus induksi kepada bakal penghuni yang akan ditempatkan ke rumah-rumah PPR seperti yang dilakukan oleh pihak DBKL. Ianya adalah bertujuan bagi mengubah sikap dan memberi pendedahan mengenai cara hidup di kawasan perumahan pangsa;

(iii) PBT membantu penduduk di rumah-rumah PPR menubuhkan jawatankuasa penduduk untuk menguruskan kawasan perumahan mereka dengan baik dan teratur; dan

(iv) rumah-rumah kos rendah yang dimilik persendirian, perbadanan pengurusan ataupun management corporation yang ditubuhkan, memainkan peranan penting kerana mereka lazimnya akan menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan yang turut memantau aktiviti-aktiviti kurang sihat dalam kawasan rumah kos rendah tersebut. Sekiranya perkhidmatan yang disediakan memuaskan, maka masalah gejala vandalisme di rumah-rumah kos rendah mampu ditangani dengan berkesan. Kementerian juga menggalakkan penglibatan aktif persatuan penduduk bagi menjalankan program untuk faedah bersama termasuk program bagi mencegah gejala vandalisme.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dato’ Ikhwan Salim.

Dato’ Ikhwan Salim bin Dato’ Sujak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, memandangkan macam di Selangor, memanglah kita ada polisi setinggan sifar dan berpuluh ribu rumah kos rendah telah dibina. Buat masa kini, ramai penduduk yang masuk kira adalah cara hidup yang baru. Jadi, adakah kementerian bercadang untuk mengadakan satu sistem grading dan juga menentukan bahawa setakat dasar, itu satu, tapi mengimplementasikan cara-cara untuk menentukan gejala vandalisme itu tidak menjadi lebih serius seperti yang berlaku sekarang di beberapa tempat. Terima kasih.

Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Yang Berhormat. Walaupun seperti yang saya telah terangkan tadi, kita telah mengadakan beberapa langkah untuk menangani masalah ini, saya menerima pandangan bahawa ini tidak berapa cukup dan masih masalah vandalisme turut berlaku di dalam rumah-rumah pangsa kita. Punca-punca ialah beberapa, salah satu daripada itu ialah yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat. Bahawa orang-orang penduduk daripada setinggan masa dipindah kepada satu sekitar yang berbeza di mana budaya yang berbeza, mereka tidak berapa bersedia untuk ke cara macam mana menangani tempat dan kawasan yang berbeza itu.

Itulah tujuan kita telah memberi program induksi. Untuk memberi sedikit pendedahan kepada mereka dan pengetahuan kepada mereka untuk ubah cara kehidupan di dalam suasana yang baru itu dan baru-baru ini kita telah pun mengenal pasti bahawa kepadatan unit di dalam rumah-rumah pangsa, ini menjadi satu punca di mana vandalisme berlaku. Iaitu kalau ada rumah-rumah pangsa yang ada unit macam ada RM2,000 ke RM3,000, dan itu akan meninggikan jumlah penduduk di situ dan itu jadi satu penyumbang kepada jumlah kes-kes vandalisme yang berlaku dan sekarang untuk unit-unit yang dibina baru, kepadatan itu diturunkan supaya jumlah penduduk itu kurang ada tempat lapang yang lebih banyak dan sebagainya.

DN 16.5.2006 15

Selain daripada itu, kita pun sedang kaji kemungkinan untuk menggalakkan penduduk mewujudkan sistem macam RELA dan pasukan volunteer police dan sebagainya. Yang boleh mengambil bahagian di dalam peranan mengawal keselamatan di dalam kawasan mereka sendiri. Inilah langkah-langkah yang dicadangkan bahawa dengan ini kita berharap dengan penukaran sikap di kalangan penduduk-penduduk melalui pendidikan, maka masalah ini boleh dihadapi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Datuk Yaakob Haji Mohammad. 12. Datuk Yaakob bin Haji Mohammad minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan, jumlah warganegara Malaysia mengikut kaum yang telah berurusan di luar negara (tidak termasuk mengerjakan Haji dan Umrah) bagi semua urusan melalui jalan udara, laut dan darat dari tahun 2001 hingga 2005 dan jumlah mereka yang sehingga kini masih berada di luar negara atas sebab urusan masing-masing.

Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri [Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Imigresen Malaysia tidak merekodkan pergerakan keluar masuk rakyat Malaysia mengikut kaum tetapi lebih menumpukan kepada penyemakan nama di dalam sistem senarai syak jabatan semasa mereka melalui pintu-pintu masuk dan keluar imigresen. Melalui semakan ini, dapat merekodkan pergerakan masuk atau keluar sahaja.

Jabatan Imigresen Malaysia tidak dapat memberi jumlah mereka yang masih berada di luar negara atas sebab-sebab urusan masing-masing dan jabatan hanya dapat memberi statistik jumlah rakyat Malaysia yang berurusan di luar negara sahaja. Mengikut statistik Jabatan Imigresen Malaysia, rakyat Malaysia yang berlepas dan tiba antara tahun 2001 hingga tahun 2005, adalah seperti berikut:

Tahun

Warganegara Berlepas

Keluar Negara

Warganegara Pulang

Kembali ke Malaysia

2001 4,357,414 4,840,597

2002 5,257,407 5,625,275

2003 5,045,093 5,170,257

2004 6,684,447 6,552,157

2005 8,639,962 8,256,154

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Datuk Yaakob.

Datuk Yaakob bin Haji Mohammad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Dato’ Setiausaha Parlimen di atas jawapan yang begitu baik. Soalan tambahan saya, daripada fakta ataupun angka yang telah dinyatakan tadi, saya dapat lihat ada di antara mereka yang tidak pulang dan bolehkah secara jawapan berhemah Yang Berhormat Dato’ menyatakan, berapakah mereka yang tinggal di luar negara melebihi hadnya apabila mereka pulang, menjuruskan menyebabkan pasport mereka terpaksa ditahan? Yang kedua, sekiranya boleh, dalam tahun ini sahaja, berapakah jumlah pasport antarabangsa yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Dato’ Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Yaakob. Tuan Yang di-Pertua, jumlah rakyat Malaysia yang ditahan pasport antarabangsa, setibanya di Malaysia kerana overstay di sesebuah negara pada tahun 2005 ialah 250. Sehingga April pada tahun ini, sejumlah 93 Pasport Antarabangsa Malaysia ditahan kerana pemegangnya overstay di sesebuah negara. Jabatan Imigresen tidak menahan pasport kerana kes tinggal lebih masa di luar negara atau overstay, kerana pasport mereka masih laku tetapi yang ditahan ini ialah yang pasport mereka telah tamat tempoh.

16 DN16.5.2006

Dalam tempoh 5 tahun terakhir bagi menjawab soalan kedua Yang Berhormat Datuk Yaakob, suka saya jelaskan pada tahun 2001, Jabatan Imigresen telah mengeluarkan 715,907 Pasport Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 2002, 773,826 dan pada tahun 2003, 645,255. Pada tahun 2004, 881,785 Pasport Antarabangsa Malaysia dikeluarkan. Dan pada tahun 2005 - 1,042,293 Pasport Antarabangsa Malaysia dikeluarkan dan sehingga 15 Mei tahun 2006, sejumlah 445,502 Pasport Antarabangsa Malaysia dikeluarkan. Terima kasih.

13. Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta Menteri Kewangan menyatakan, mengenai apakah keuntungan dan kelebihan yang diperolehi oleh rakyat dengan penggabungan bank-bank.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2001 terdapat 54 buah bank di Malaysia ini. Pada tahun itu bank-bank telah mulai bergabung menjadi 10 kumpulan dan apabila menjadi 10 kumpulan, maknanya kumpulan yang lebih besar dan mereka dapat menjadi kukuh dan mereka telah pun dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan-pelanggan memandangkan cawangan-cawangan lebih banyak dan kemampuan kewangan mereka, dan juga mereka dapat bersaing dengan bank-bank asing yang terdapat di Malaysia ini. Sebenarnya ini satu kebaikan apabila ada penggabungan seperti ini, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya, di atas gabungan bank-bank tersebut berapakah jumlah kakitangan bank yang berhenti ataupun diberhentikan dan jumlah bumiputera dan bukan bumiputera. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini jumlah kakitangan bank yang sedia ada sekarang ini lebih kurang 91,000 orang di semua bank di seluruh Malaysia. Jumlah kakitangan yang telah menerima VSS pada peringkat penggabungan institusi perbankan domestik pada masa itu daripada 54 buah kepada sepuluh buah, cuma 5,500 orang. Cuma enam kumpulan bank sahaja yang terlibat dengan VSS ini dan yang terima VSS ialah 5,500 orang. Kemudian pada tahun 2004 dan 2005 berlaku lagi penggabungan bank-bank perdagangan dan syarikat kewangan. Masa itu cuma 700 sahaja kakitangan yang telah pun menerima VSS. Maknanya tidak ramailah peratusannya.

Setakat ini, Tuan Yang di-Pertua, kakitangan Bank Bumiputera keseluruhannya adalah lebih kurang 57% bumiputera dan di peringkat pengurusan lebih kurang 47%, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekarang kita ada sepuluh, tidak lama lagi ada sembilan. Jadi apakah angka yang paling sesuai seperti yang dirancang oleh kerajaan supaya bank-bank kita dapat memainkan peranan yang efektif dalam negara kita? Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, selepas penggabungan pada tahun 2001 itu, kerajaan tidak lagi memaksa. Masa itu kerajaan memaksa bank untuk bergabung tetapi selepas itu kerajaan tidak lagi memaksa bank-bank untuk bergabung. Jadi yang hendak bergabung antara BCB dengan HBB itu adalah kehendak mereka sendiri. Jadi tidak ada angka kalau Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin bertanya, apakah jumlah bank yang optimum untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Di Malaysia ini tidak ada jawapan yang tepat tetapi cuma ini adalah usaha kerajaan.

Sementara itu, Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan juga menggalakkan bank-

bank Islam ditubuhkan. Setakat ini bank-bank yang sedia ada itu telah pun diwujudkan enam buah bank Islam. Ini tidak termasuk Bank Islam dan Bank Muamalat. Kerajaan juga menggalakkan bank perbankan Islam.

DN 16.5.2006 17

14. Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan, langkah-langkah yang diambil untuk menukarkan istilah-istilah atau nama tempat yang sekarang menggunakan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu di Putrajaya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan [Tuan Yew Teong Look]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tujuan menyelaras penggunaan istilah-istilah yang tepat di Putrajaya sejajar dengan langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, satu Jawatankuasa Istilah dan Penamaan, Perbadanan Putrajaya telah ditubuhkan. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Landskap dan Taman, Perbadanan Putrajaya dan pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka, teraju utama pembangunan Putrajaya iaitu Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. dengan lain-lain anggota jawatankuasa yang terdiri daripada jabatan-jabatan di bawah Perbadanan Putrajaya sendiri termasuk Jabatan Undang-undang.

Setelah pengesahan dibuat oleh jawatankuasa ini, ianya akan diajukan kepada Pengurusan Perbadanan Putrajaya yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden Putrajaya. Sekiranya Pengurusan Perbadanan Putrajaya telah setuju, maka ia akan dikemukakan kepada Menteri Wilayah Persekutuan untuk membuat keputusan terakhir sebelum dikemukakan kepada Kabinet. Sekian.

Tuan Tan Bon You: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah sebab dan prinsip yang telah mendorong dan menggalakkan kegunaan bahasa Melayu dalam menamakan tempat-tempat di Putrajaya, dan apakah prinsip-prinsip yang bakal diguna pakai bagi menukarkan istilah-istilah itu kepada Bahasa Kebangsaan? Terima kasih.

Tuan Yew Teong Look: Tuan Yang di-Pertua, memanglah istilah-istilah yang diguna pakai dalam bahasa Melayu adalah satu langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Istilah-istilah yang sedang dikaji oleh Perbadanan Putrajaya dan juga Kementerian Wilayah Persekutuan adalah berdasarkan dengan kesesuaiannya dengan perkara-perkara berikut iaitu, ciri geografi, kawasan tempat atau tapak itu, tarif teknikal sesuatu bangunan atau konsep pembangunan, penggunaan jangkaan kawasan pembangunan setelah ia siap dibina dan juga tarif istilah nama dari sudut bahasa.

Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini beberapa istilah atau nama asing di Putrajaya telah pun ditukar kepada nama bahasa Malaysia iaitu Western Terminal Transport dinamakan Putrajaya Sentral; Millennium Monument dinamakan Monumen Alaf Baru; Perdana Walk dinamakan Laman Perdana; Linear Park dinamakan Laman Putra; Lake Recreation Center dinamakan Pusat Rekreasi Air; dan Morocco Pavilion dinamakan Astaka Morocco. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan telah pun cukup.

[Masa bagi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

USUL

USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

18 DN16.5.2006

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara

Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Kesebelas.” [15 Mei 2006]

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita telah berbahas Titah

Ucapan Diraja selama lima hari dan hari ini sampailah giliran Yang Berhormat Menteri-menteri untuk memberi jawapan. Saya mulakan dengan Jabatan Perdana Menteri dan saya dimaklumkan Jabatan Perdana Menteri ada dua Yang Berhormat akan mewakili jabatan ini, akan memberi jawapan di Dewan Negara ini dan saya menjemput Yang Berhormat Menteri dahulu untuk memberi jawapan.

11.23 pagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja yang telah menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai segala pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab isu-isu dan persoalan yang telah ditimbulkan. Ramai Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja ini. Antara isu yang telah dibangkitkan ialah pertama, Yang Berhormat Datuk Jins Shamsudin dan juga Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff telah menimbulkan dan membangkitkan isu mengenai gejala sosial yang menyebabkan keruntuhan institusi keluarga serta gejala sosial di kalangan remaja dan tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM, dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri atau JAIN sentiasa memberi perhatian khusus mengenai masalah sosial yang melanda keluarga umat Islam dari semasa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut:

(i) memberi khidmat nasihat dan bimbingan melalui Pusat Pembangunan Keluarga (PPKI) untuk pasangan suami isteri yang bermasalah dan Pusat Pembangunan Sosial (PPS) untuk golongan remaja di masjid-masjid di seluruh negeri;

(ii) mengadakan forum, ceramah, motivasi, seminar dan menyebarkan maklumat melalui khutbah;

(iii) menyampaikan maklumat berkaitan hal-hal kekeluargaan dan kemasyarakatan melalui media cetak dan media elektronik;

(iv) mengadakan ceramah dan kelas-kelas pengajian di masjid dan surau di seluruh negara; dan

(v) menempatkan golongan-golongan yang bermasalah yang terdiri daripada belia di rumah-rumah pemulihan.

Selain daripada yang tersebut di atas, aktiviti-aktiviti pemulihan juga diadakan dari semasa ke semasa.

Mengenai isu gejala sosial seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Siti Zailah iaitu gejala sosial Black Metal, misalnya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-72, pada 23 Januari 2006 telah bersetuju supaya semua jabatan mufti mewartakan keputusan bahawa amalan dan perbuatan kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yang

DN 16.5.2006 19

sebenar. Oleh itu umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam.

Bagi menangani secara khusus masalah sosial di kalangan remaja, JAKIM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa seminar, bengkel dan kursus menangani gejala sosial di seluruh Malaysia mengikut zon iaitu dengan diadakan zon utara, zon timur, zon selatan dan zon tengah.

Isu yang kedua yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah. Beliau telah membangkitkan isu supaya mempercepatkan atau menyegerakan perbicaraan ke atas pengikut-pengikut ajaran sesat Ayah Pin. Sebenarnya Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil mempunyai prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi dalam pengendalian perbicaraan sesuatu kes jenayah. Dalam membuat keputusan sesuatu kes, mahkamah perlu melihat beberapa faktor.

Antaranya ialah pertama, pembuktian sesuatu dakwaan itu melepasi tahap keraguan yang munasabah, kehadiran saksi-saksi yang meyakinkan mahkamah, dokumen-dokumen yang berkaitan, seterusnya ialah kehadiran pihak pendakwa syarie, kehadiran tertuduh, kehadiran peguam bela tertuduh. Dalam kes pendakwaan Ayah Pin, pengikut-pengikut Ayah Pin, faktor-faktor di atas perlu diambil perhatian dan pertimbangan oleh pihak-pihak yang berkaitan terutama Mahkamah Syariah kerana ianya melibatkan keadilan.

Isu ketiga yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad. Beliau telah membangkitkan masalah ibu-ibu tunggal dan isteri-isteri yang digantung tidak bertali. Beliau menegaskan bahawa kelewatan dan kesukaran golongan ini berurusan dengan Mahkamah Syariah hingga menyebabkan permohonan untuk mendapatkan bantuan kebajikan dan pembelaan daripada agensi berkaitan terlalu sukar diperolehi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada amnya kelewatan kes di Mahkamah Syariah pada masa ini telah dapat dikurangkan dan boleh dikatakan telah dapat diatasi sebab menurut takrif yang dipakai, iaitu kes tertunggak itu ialah kes yang telah didaftarkan dan tidak dibicarakan lebih daripada setahun. Maka apabila dilihat kepada perjalanan Mahkamah Syariah sekarang ini maka kes-kes yang tertunggak dengan takrif ini tidaklah begitu membimbangkan.

Jadi kes-kes ini kalau nak dibandingkan juga dengan mahkamah-mahkamah sivil, saya rasa dalam suatu penilaian baru-baru ini maknanya Mahkamah Syariah tidaklah terlalu membimbangkan. Tidaklah saya mengatakan lebih baik kerana saya menjaga Mahkamah Syariah ataupun Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Kerana kes yang paling lama pernah menggegarkan dulu masyarakat Islam ialah kes Aida Moly ataupun kes yang berlaku di Selangor iaitu di sekitar 2 sehingga 3 tahun begitu tapi kes di mahkamah sivil, ada yang sampai 10 dan ada sampai 15 tahun tertunggak. Jadi bukan saya nak mengatakan bahawa tidak berlaku tapi dengan adanya JKSM iaitu suatu agensi pusat yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia beberapa tahun yang lepas, telah mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah-masalah dalam pentadbiran Mahkamah Syariah.

Mengeluarkan dan melaksanakan Arahan Amalan JKSM, penyelesaian kes-kes secara suluh iaitu cara pendamaian makna tidak perlu di bawa ke mahkamah. Di sini ternyata memberi kesan yang begitu baik. Pelaksanaan e-syariah, telah mendahului Mahkamah Sivil iaitu telah pun diperakui. Dan juga selain daripada itu, Majlis Mahabbah telah diambil, Mahabbah ini ialah program JKSM, Mahkamah Syariah negeri-negeri bersama masyarakat untuk menerangkan kepada masyarakat keadaan yang sebenar yang berlaku di Mahkamah Syariah dan juga hak-hak yang diperolehi keistimewaan-keistimewaan yang diperolehi oleh orang ramai, masyarakat Islam di Mahkamah Syariah.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Isu yang berikutnya ialah isu keempat. Iaitu Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff melahirkan rasa cemas beliau mengenai isu murtad di kalangan umat Islam. Dan menggesa pihak kerajaan menggubal suatu akta untuk mempertahankan akidah umat

20 DN16.5.2006

Islam terutamanya di kalangan pelajar IPTA, IPTS yang sering didampingi oleh, dan dipujuk rayu oleh pendakwah Kristian dan sebagainya.

Beliau ingin tahu apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap pendiayah-pendiayah tersebut. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat yang sensitif dan peka kepada keadaan semasa. Suka saya menyatakan di sini bahawa kepada Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan amat mengambil berat mengenai perkara ini dan sudah tentulah ini memerlukan kerjasama semua pihak supaya kita dapat mengatasinya dengan lebih berkesan lagi. Sebab tugas mencegah kemungkaran itu adalah tugas bersama. Siapa yang melihat kemungkaran, kata Nabi, maka hendaklah di tegah dengan tangannya, siapa yang tak mampu dengan tangan, dengan lidahnya, nasihatnya saya tidak mampu, bolehlah dengan satu kesedaran, kebencian kita kepada unsur-unsur kemungkaran itu, maksud hadis.

Jadi, dalam tindakan kerajaan dalam peruntukan yang sedia ada, saya rasa cukup jelas. Misalnya, berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, negeri-negeri telah menggubal undang-undang bagi menangani isu yang dibangkitkan. Undang-undang yang diwujudkan adalah bertujuan mengawal, menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Isu seterusnya iaitu isu yang kelima yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir. Beliau telah membangkitkan rasa bimbang mengenai daging import yang dibawa dari China. Beliau menggesa agar diwujudkan kerjasama yang lebih erat antara JAKIM dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau KPDNHEP.

Dalam menangani masalah yang dikatakan tidak memenuhi syarat daging halal. Kedua-dua pihak harus duduk berbincang bersama untuk menangani masalah ini. Suka saya memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa pengimportan daging halal daripada luar negara adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Haiwan iaitu JPH dan JAKIM. Bukan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kerjasama antara JAKIM dan JPH, Jabatan Perkhidmatan Haiwan amat baik. Perbincangan sentiasa diadakan dari masa ke semasa bagi menyelesaikan isu pengimportan daging halal dan lain-lain isu yang berkaitan dengan makanan halal. Manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pula bertanggungjawab ke atas penguatkuasaan penggunaan logo dan perbahasan halal. Penguatkuasaan dijalankan secara bersama dengan JAKIM dan pada masa ini tiada masalah mengenai hubungan antara KPDNHEP dan JAKIM. Perbincangan sentiasa diadakan dari masa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua: Saya tertarik dengan lawatan yang Yang Berhormat buat mengenai kebebasan beragama tadi dengan dikaitkan kawalan-kawalan yang boleh dikenakan oleh negeri-negeri. Dan suka saya ambil kesempatan di sini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai Perkara 11(4) yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Perkara 11 di bawah tajuk Kebebasan Beragama dalam Perlembagaan Negara kita berbunyi;

“11(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya”

Dan 11 (4) berbunyi:

“Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam”.

Terima kasih kerana Yang Berhormat beri peluang saya menjelaskan.

DN 16.5.2006 21

Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membantu saya untuk menjelaskan aspek yang telah saya tidak memperincikan. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat minta laluan. Merujuk kepada yang dibangkitkan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi, saya ingin bertanya.

Tuan Yang di-Pertua: Saya tak bangkitkan, saya cuma baca Perlembagaan Negara, Persekutuan.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Ya, izin saya untuk menyentuh perkara tersebut. Apakah kebebasan beragama ini juga boleh diguna pakai oleh orang Islam yang ingin menukar agama. Saya terbaca dalam surat khabar di Titan, di California. Seorang pelajar Malaysia bernama Sarah binti Endot, menukar agamanya kepada agama Kristian dan dia kata dia tak mahu kembali ke Malaysia kerana dia mengatakan tidak ada kebebasan beragama di Malaysia. Dan apakah sebenarnya perkara ini ada dalam undang-undang untuk mengambil tindakan sebenarnya. Terima kasih.

Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin: Apabila seseorang itu memeluk agama Islam ataupun telah sedia memeluk agama Islam. Hendaklah terlebih dahulu dari segi prosedur yang berlaku di enakmen pentadbiran Islam di seluruh Malaysia. Mereka hendaklah dengan rela hati, tidak ada paksaan. Dan dalam doktrin Islam yang sebenarnya ialah cukup jelas iaitu tidak ada paksaan dalam beragama... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Itu cukup maklum, cukup arif tersebar luas doktrin itu.

Ada dalam Quran, tidak ada paksaan. Kemudian sangat menghormati kebebasan beragama iaitu... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, “...kamu agama kamu, dan aku agama aku”. Jadi ini merupakan satu prinsip umum yang merupakan di antara rahsia kenapa masyarakat di Madinah, masyarakat majmuk di Madinah, di zaman Rasulullah S.A.W boleh hidup bersama. Tidak ada masalah, hormat-menghormati di antara satu sama lain dan Rasulullah sendiri pun kalau boleh saya panjangkan. Iaitu mengadakan ...

Tuan Yang di-Pertua: Ini perkara penting, Yang Berhormat mengambil masa sepanjang mungkin.

Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin: Mengadakan mua’khar, iaitu persaudaraan di antara sesama Islam, itu yang pertama. Di antara apa yang dibuat oleh Rasulullah apabila berada di Madinah. Yang keduanya ialah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Iaitu mengadakan kerjasama di antara orang Islam dan bukan Islam. Sebab di Madinah pada masa itu ada Kristian, ada Yahudi, ada penganut-penganut Wasani, penyembah berhala ataupun Pagan daripada orang-orang Arab dan sebaliknya. Jadi dasar kebebasan beragama itu cukup dikenali. Dan ini dijamin hak mereka hidup dalam sebuah negara. Dan apa yang berlaku di Malaysia sudah tentulah Malaysia sebagai negara contoh, negara yang apabila saya balik dalam satu seminar di Kaherah baru-baru ini. Iaitu menyebut bahawa di antara lapan negara Islam yang maju di kalangan negara-negara OIC, Malaysia adalah paling maju.

Tuan Yang di-Pertua: Makna Perkara 11, di bawah Perlembagaan kita itu cukup Islamic lah.

Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin: Ya, cukup memberi laluan yang cukup baik kepada semua agama. Kebebasan beragama... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Freedom of religion, dengan izin, maknanya kebebasan beragama adalah dijamin untuk semua.

Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah: [Bangun]

Dato’ Omar bin Faudzar: Yang Berhormat, minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Dato’ Omar, lepas ini Dato’ Rashid.

Dato’ Omar bin Faudzar: Yang Berhormat kata kebebasan beragama jadi orang Islam ini boleh jadi murtad ya? Kalau kita dah katakan ada kebebasan dalam agama.

22 DN16.5.2006

Tuan Yang di-Pertua: Soalan tu tak patut, below the belt nanti Yang Berhormat buat silap jawab, nianya Yang Berhormat. Boleh ungkapkan semula pertanyaan itu?

Dato’ Omar bin Faudzar: Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa ...

Tuan Yang di-Pertua: Bila Yang Berhormat kata, bermakna Yang Berhormat orang Islam boleh murtad, itu very decey orang kata.

Dato’ Omar bin Faudzar: ...Sebab penjelasan tadi seolah-olah...

Tuan Yang di-Pertua: Ungkapkan semula, susun perkataan supaya tak bahaya Yang Berhormat nak jawab.

Dato’ Omar bin Faudzar: ...Seolah-olah kalau macam sekarang, kalau seseorang Islam, kalau dia dah jadi murtad, jadi kita tak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap dia sebab kebebasan beragama.

Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin: Ini soalnya begini iaitu kebebasan kalau yang bukan Islam itu untuk memeluk agama Islam itu ditapis terlebih dahulu, tidak ada paksaan. Kemudian ada satu penyaksian dalam borang prosedur di Mahkamah Syariah. Kalau hendak memeluk agama Islam dengan rela hati dan sebagainya, dengan disaksikan dan sebagainya, itu adalah prosedurnya tetapi soal hendak keluar itu tidak boleh sebab dalam Perlembagaan kita Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu setelah dia didaftarkan sebagai Islam, kemudian tidak boleh keluar kerana ada kaitannya dengan orang Melayu mesti beragama Islam. Itu merupakan Perlembagaan, kita menghormati Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi, ia memang menarik minat perkara ini. Bermakna boleh tak boleh tertakluk kepada undang-undang. Boleh tak boleh, muktamad subject to the rule of law. The laws in place, Federal Law atau State Law. Dato’ Rashid.

Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya hendak timbulkan ini ada hubungannya dengan apa yang telah diterangkan sekejap tadi dan baru sekejap berhubungan dengan apa yang ditimbulkan oleh Tuan Yang di-Pertua.

Kita berbalik berhubung dengan yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri di dalam kes Ayah Pin. Jadi salah satu daripada perkara yang timbul di situ ialah pendakwaan terhadap seorang daripada pengikutnya. Tidakkah ini menunjukkan bahawa pengikut yang minta supaya dia diisytiharkan tidak beragama Islam itu mengambil manfaat daripada... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ertinya tidak ada paksaan dalam agama. Bagaimana kedudukan yang sebenarnya?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Menteri boleh jawab dan selesai. Dan selepas itu bolehlah beralih sekali gus saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana menjelaskan sejelas mungkin mengenai perkara-perkara berkaitan dalam hal ini. Terima kasih.

Prof. Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin: Saya faham apa isu yang diperbincangkan ini dengan kaitan dan huraian apa yang telah ditimbulkan oleh saya tidak ada paksaan dalam beragama, iaitu sebelum dan selepas. Dan saya telah mengaitkan dengan kebebasan beragama dalam Perlembagaan Malaysia iaitu boleh menganut agama-agama lain, agama Islam, agama Persekutuan, penganut-penganut agama lain boleh mengamalkannya dan kebebasan beragama tapi apabila dia memeluk agama Islam tertakluk kepada Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu apabila didaftarkan. Sebab itu setiap yang hendak memeluk agama Islam itu perlu fikir habis-habisan. Jangan terus seronok begitu pakai ikut-ikut. Kita nasihatkan mereka supaya yakin dan percaya. Kalau yakin sudah masuk ini dan mungkin akan terlibat dengan peruntukan Perlembagaan dan undang-undang sebagaimana yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Dan tidak boleh dikaitkan dengan kes khusus, kes spesifik yang disebutkan Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah sebab ianya sub judice.

Prof. Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin: Boleh saya teruskan?

DN 16.5.2006 23

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Prof. Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi soal yang telah dibangkitkan iaitu soal pengimportan iaitu import daging halal ini saya telah menjelaskan tadi iaitu bukan tugas daripada KPDNHEP iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, tapi ia adalah merupakan tugas JPH iaitu Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Jadi kerjasama cukup baiklah. Tidak timbul lagi tuduh-menuduh, saling mengelak diri daripada bertanggungjawab dan sebagainya.

Saya suka menyatakan kepada Dewan yang mulia ini kerjasama adalah cukup baik. Juga ditimbulkan dalam soalan yang telah dibangkitkan oleh Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir iaitu KPDNHEP. KPDNHEP adalah suatu kementerian yang diberi kuasa oleh Akta Hal Perihal Dagangan untuk menguatkuasakan perihal makanan dan sebagainya termasuk makanan halal ini. Jadi kuasa itu masih ada padanya dan diadakan kerjasama yang baik dengan JAKIM iaitu pegawai-pegawainya yang membantu penguatkuasaan tapi kuasa mendakwa ada pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Tidak ada pada JAKIM. Jadi kerjasama juga baik.

Suka saya nyatakan di sini mengenai kebimbangan Yang Berhormat terhadap status halal daging import dari China. Sukacita saya memaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam atau JAKIM, dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau JPH, telah membuat lawatan pemeriksaan dan telah meluluskan pengeksportan sebanyak 12 buah rumah sembelih di China. 12 buah rumah sembelih di China telah diluluskan oleh JAKIM dan yang telah pun memenuhi suatu standard. Kita sudah perkenalkan standard halal Malaysia MAS1500 2004. Jadi telah kita melihat bagaimana operasi rumah sembelih itu apabila lawatan demi lawatan diadakan dari masa ke semasa, kita telah memperakukan dengan memberi sijil halal kepada mereka boleh iaitu mengeksport daging ke Malaysia ini.

Seterusnya isu yang keenam yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Lee Chee Keong iaitu strategi baru produk halal. Beliau membangkitkan tentang isu pemasaran produk halal di pasaran luar negara. Beliau mencadangkan pendekatan-pendekatan seperti berikut iaitu G to G iaitu kerajaan kepada kerajaan, hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam yang lain dari segi pengeluaran, pengedaran produk halal di pasaran antarabangsa dan juga usaha sama antara sektor-sektor swasta di kalangan negara-negara Islam. Yang Berhormat juga telah menimbulkan masalah bahasa, pihak kerajaan untuk mendapatkan bantuan daripada badan-banda organisasi dan individu yang berkaitan yang fasih dengan bahasa-bahasa di negara-negara OIC.

Sukacita saya maklumkan kepada Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini bahawa tanggungjawab pengeluaran dan pemasaran produk halal di luar negara adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI, dan agensi-agensi di bawahnya. JAKIM hanya bertanggungjawab khusus dalam pengesahan halal dan pengeluaran Sijil Halal. Itu merupakan pengkhususan bagi JAKIM tapi soal untuk mempromosi dan sebagainya adalah agensi yang lain terutama MITI.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh MITI dalam mempromosi produk halal di luar negara termasuk dengan mengadakan rombongan galakan perdagangan dan pelaburan, menyertai pameran-pameran perdagangan antarabangsa anjuran negara-negara Islam. Di samping itu kerajaan dan juga pihak swasta turut menganjurkan pameran-pameran peringkat antarabangsa di dalam negara ini seperti di Malaysia seperti MIHAS sebagai mana yang kita ketahui iaitu Malaysia International Halal Showcase iaitu dari segi bahasa saya rasa tidak timbul masalah. Kerajaan tidak menghadapi sebarang masalah kerana kita mempunyai ramai kelulusan daripada timur tengah yang mahir dan fasih bercakap bahasa Arab.

Isu yang ketujuh telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff. Beliau membangkitkan mengenai pendekatan Islam Hadhari dan ingin tahu berapa kos telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk kempen di dalam dan di luar negara. Sejauh manakah pula penghayatan Islam Hadhari dalam pelaksanaan dasar negara dan pentadbiran kerajaan serta pelaksanaan oleh agensi-agensi kerajaan di semua peringkat.

Dalam melaksanakan penjelasan Islam Hadhari kerajaan telah meminta JAKIM untuk menjadi urus setia dengan dibantu oleh beberapa agensi yang lain seperti JASA,

24 DN16.5.2006

IKIM, JADIM, KAGAT, YAPIM dan lain-lain. Perbelanjaan untuk majlis penjelasan Islam Hadhari tidak diperuntukkan secara khusus tetapi menggunakan peruntukan-peruntukan semasa dan peruntukan-peruntukan yang sedia ada di agensi-agensi yang berkenaan sama ada di peringkat pusat ataupun juga di peringkat negeri yang telah di urusetiakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri-negeri atau JAIN.

Tahun 2005 adalah tahun penjelasan Islam Hadhari. Ini bererti tahun 2005 langsung tidak ada pelaksanaan Islam Hadhari tapi fokus utamanya ialah penjelasan Islam Hadhari dan menurut Perdana Menteri meminta pihak JAKIM dan juga badan-badan yang bergabung dengannya dalam penjelasan Islam Hadhari iaitu supaya tahun 2006 adalah merupakan tahun pelaksanaan. Bagi agenda pengisian pendekatan Islam Hadhari pihak kerajaan telah menyediakan pelan strategik lima tahun 2006 sampai 2010, iaitu selari dengan Rancangan Malaysia Kesembilan untuk dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahajalah penjelasan saya terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini mengenai isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam. Mana-mana perkara yang telah dibangkitkan yang tidak sempat saya jawab ataupun perkara itu telah pun dibincangkan semasa perbahasan, perdebatan, perkara tersebut telah pun dicatatkan dan saya akan mengambil tindakan sewajarnya bagi pihak Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal agama Islam. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta maaf kerana sampuk tadi semata-mata niatnya untuk Dewan perolehi lebih manfaat daripada kehadiran Yang Berhormat dan ilmu yang ada pada Yang Berhormat. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

11.53 pagi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk M. Kayveas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang aktif mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja yang menyentuh pelbagai perkara. Setiap kementerian akan memberi penjelasan terhadap isu-isu yang berkaitan kementerian masing-masing. Bagi Jabatan Perdana Menteri, saya menghargai pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat itu. Saya akan beri penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan.

Terlebih dahulu saya ingin membuat penjelasan berhubung cadangan Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee supaya pihak kerajaan menghantar wakil untuk berjumpa dan berbincang dengan Yang Amat berbahagia Tun Dr. Mahathir mengenai pembatalan membina jambatan indah bagi menggantikan tambak Johor. Kerajaan mengambil maklum cadangan Yang Berhormat untuk menghantar wakil untuk berjumpa dan berbincang dengan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan. Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee juga telah memberi pandangan mengenai pelaksanaan RMK-9 bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Yang Berhormat menyarankan supaya diwujudkan kerjasama antara Ahli-ahli Parlimen dengan pegawai-pegawai kerajaan. Dimaklumkan sememangnya hubungan antara Ahli Parlimen dengan pegawai-pegawai kerajaan adalah rapat dan saling bantu-membantu dalam mempercepatkan pelaksanaan projek umpamanya bagi projek-projek tertentu di kawasan Parlimen masing-masing. Sehubungan ini kerajaan menggalakkan setiap kementerian supaya mengadakan taklimat dari masa ke semasa kepada Ahli-ahli Parlimen berhubung dengan perancangan dan pelaksanaan projek di bawah kementerian masing-masing.

Bagi mengelakkan aliran peruntukan untuk projek-projek pembangunan yang tidak sepatutnya, kerajaan akan memastikan supaya semua peruntukan di bawah RMK-9 digunakan secara berhemah bagi memastikan projek yang akan dilaksanakan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan pada masa yang sama memberi impak langsung kepada golongan sasar.

DN 16.5.2006 25

Dalam RMK-9 kerajaan juga akan dipergiatkan usaha ke arah menghapuskan ruang dan peluang berlakunya amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam sektor awam dan swasta seperti dicadangkan oleh Yang Berhormat itu. Dalam sektor awam, tumpuan akan diberikan kepada usaha mempertingkatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti dalam perkhidmatan yang mudah terdedah kepada gejala berkenaan.

Di samping itu, BPR akan mempelbagaikan inisiatif mendidik masyarakat dan meningkatkan kempen melalui media massa mengenai gejala rasuah. BPR juga akan menggunakan pendekatan jangka panjang menyasarkan program pendidikan kepada pelajar-pelajar sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Di samping itu, BPR akan dilengkapkan dengan kaedah dan teknik terkini untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuannya dalam bidang pencegahan, pengawasan dan sains forensik.

Ke arah pembangunan insan yang bermoral dan beretika, kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional atau PIN bermula pada bulan April tahun 2004 bagi meningkatkan tahap etika dan integriti serta memastikannya menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat dan Institut Integriti Malaysia atau IIM juga telah ditubuhkan untuk meneras dan memantau pelaksanaan PIN. Di samping itu, kira-kira 100,000 penjawat awam telah menjalani latihan penerapan nilai murni dan etika dalam tugas harian.

Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee juga mencadangkan supaya badan pemantauan seperti Badan Pemantauan dan Penyelarasan Negara atau BPPN, diwujudkan di peringkat kementerian bagi memantau projek-projek dalam RMK-9. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek RMK-9, semua kementerian telah disarankan supaya memperkemaskan lagi unit pemantauan dan perancangan di kementerian masing-masing. Ini supaya setiap projek yang dicadangkan dapat dirancang dengan rapi dan teliti dan pemantauan dapat dibuat setiap peringkat dan proses pelaksanaan.

Kerajaan juga telah menubuhkan badan bertindak pelaksanaan negara di Jabatan Perdana Menteri yang mengawasi dan memantau pelaksanaan projek berimpak besar pembangunan koridor, hub halal, daya saing negara dan sebagainya yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi. Ia juga akan mempelopori kegiatan rancangan dan pengurusan projek yang lebih berkesan bagi setiap kementerian.

RMK-9 telah pun menggunakan takrifan terbaru mengenai kemiskinan dan miskin tegar sebagaimana saranan Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Husin dan Yang Berhormat Puan Siw Chun a/p Eam. Ukuran kemiskinan yang digunakan adalah berasaskan kepada pendapatan garis kemiskinan atau PGK. PGK terdiri daripada dua komponen iaitu PGK bagi makanan dan PGK bukan makanan. Berdasarkan kepada takrifan terkini yang diguna pakai dalam RMK-9, miskin adalah merujuk kepada isi rumah yang mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada PGK.

Manakala miskin tegar pula didefinisikan sebagai isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada PGK bagi makanan yang berdasarkan penyiasatan isi rumah, isi rumah miskin adalah seramai tiga ratus sebelas ribu tiga ratus isi rumah. Daripada jumlah tersebut seramai 91,600 adalah di bandar dan selebihnya atau dua ratus sembilan belas ribu tujuh ratus isi rumah di luar bandar dan bilangan isi rumah miskin tegar pula dianggarkan 67,300 iaitu seramai 14,100 adalah di bandar dan 53,200 di luar bandar.

Mengenai saranan Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Hussin, supaya dipertingkatkan penyertaan bumiputera dalam RMK-9 sesungguhnya kerajaan akan terus komited untuk merealisasikan pencapaian pemilikan modal saham bumiputera adalah sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan matlamat tersebut dalam tempoh RMK-9 usaha akan diteruskan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera ke arah memperseimbangkan pengagihan kekayaan di kalangan semua lapisan masyarakat di negara ini.

Selain daripada pembangunan usahawan dalam sektor utama ekonomi seperti pembuatan, pertanian dan perkhidmatan usaha meningkatkan pemilikan ekuiti sektor korporat dan pemilikan hak tanah bumiputera di kawasan bandar melalui penubuhan Perbadanan UDA dan perwujudan masyarakat sains dan teknologi di kalangan bumiputera akan terus diberi penekanan oleh kerajaan di bawah RMK-9.

26 DN16.5.2006

Tuan Yang di-Pertua, pencapaian Rancangan Malaysia Kelapan. Berhubung dengan pencapaian RMK-8, prestasi perbelanjaan yang dicapai adalah sebanyak RM169.1 bilion atau 99.5% dari peruntukan yang disalurkan sebanyak RM170 bilion. Prestasi fizikal pelaksanaan projek adalah membanggakan dengan 77,457 projek dapat disiapkan di seluruh negara. Ini membuktikan pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMK-8 telah dapat dilaksanakan mengikut rancangan seperti yang ditetapkan dan pelbagai isu serta masalah pelaksanaan telah dapat ditangani. Baki projek sebanyak 2,326 yang berada di pelbagai peringkat pelaksanaan akan disambung pelaksanaannya dalam RMK-9.

Di bawah RMK-9 proses pemantauan dan pelaksanaan akan dipertingkatkan lagi bagi memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan mengikut jadual yang tetapkan. Ahli-ahli Yang Berhormat akan mendapat penjelasan yang lebih terperinci apabila RMK-9 dibentangkan di Dewan yang mulia pada hari Khamis 18 Mei, 2006 dan seterusnya peluang untuk membahaskannya.

Tuan Yang di-Pertua, penggalakan penggunaan gas asli untuk kenderaan ataupun NGV, Yang Berhormat Datuk Dr. Lee Chong Meng mencadangkan supaya ditambah stesen-stesen NGV sebagai alternatif kepada kenaikan harga petrol. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada masa ini terdapat 45 buah stesen NGV di Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka dan Pulau Pinang. Bagi menggalakkan lebih banyak penggunaan NGV dalam sektor pengangkutan 54 stesen baru NGV akan dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan menjadikan keseluruhannya 94 pada hari tempoh rancangan. Langkah akan diambil untuk menggalakkan penggunaan NGV secara lebih meluas termasuk membangunkan stesen NGV khusus pakej pembiayaan bagi pengubahsuaian kenderaan kepada NGV serta mempergiatkan program penyelidikan dan pembangunan atau R&D. Di samping itu insentif akan dikaji semula untuk menggalakkan pengusaha pengangkutan mengubahsuai kenderaan bagi menggunakan NGV.

Tuan Yang di-Pertua, Sistem Penyampaian Kerajaan. Yang Berhormat Tuan Tay Puay Chuan ingin tahu rasional di sebalik pelantikan Universiti Harvard mengadakan kajian berkaitan sistem penyampaian kerajaan. Dimaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan cadangan supaya Universiti Harvard menjalin kerjasama dengan pihak-pihak di Malaysia bagi mengadakan latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan ini akan membolehkan lebih ramai pegawai kerajaan menjalani latihan yang ditawarkan oleh Universiti Harvard.

Walau bagaimanapun sebelum program-program latihan dijalankan kerajaan telah bersetuju supaya universiti berkenaan menghantar ahli-ahli akademiknya membuat kajian mengenai latihan yang diperlukan bagi meningkatkan kompetensi pegawai sektor awam. Kerajaan mengambil maklum pandangan Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah supaya pihak MAMPU melibatkan sama dalam kajian tersebut, konsultan yang terlibat dengan kajian ini ialah seramai tiga pensyarah dari Harvard University yang diketuai oleh Profesor Duiet H. Parkins.

Dalam menjalankan kajian tersebut jawatankuasa pemandu kajian telah membimbing dan memantau kajian berkenaan. Wakil dari MAMPU agensi-agensi kerajaan yang lain dan pensyarah-pensyarah dari universiti tempatan telah menganggotai jawatankuasa tersebut. Dengan itu beberapa perbincangan dan perkongsian pandangan serta idea di antara pihak konsultan dan agensi telah dilaksanakan.

Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi menyarankan supaya ditubuhkan segera sistem ombudsmen sebagai suruhanjaya bebas dan diletakkan di bawah Parlimen bagi menyelesaikan masalah sistem penyampaian dan integriti perkhidmatan awam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Biro Pengaduan Awam, JPA sedang mengambil langkah-langkah yang boleh memantapkan sistem penyampaian dan perkhidmatan awam termasuk mengkaji penubuhan sistem ombudsmen yang diguna pakai di beberapa buah negara sekarang.

Kajian yang teliti perlu dibuat bagi menilai sejauh mana penubuhan sistem ombudsmen benar-benar memberi manfaat dalam meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan integriti perkhidmatan di negara ini sebelum penubuhannya dapat dilaksanakan. Bagi menangani karenah, karenah birokrasi pula seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshe dan beberapa

DN 16.5.2006 27

Ahli Yang Berhormat di maklumkan bahawa pada tahun 2003 pasukan petugas menangani karenah birokrasi PPMKB telah ditubuhkan di setiap kementerian dan jabatan.

Pasukan petugas ini telah menambah baik sistem prosedur kerja sedia ada bagi memastikan perkhidmatan yang cekap dan mencegah penyelewengan dan amalan rasuah. Sehingga tahun 2005 pasukan petugas telah mengkaji semula 335 sistem dan prosedur kerja. Kajian semula ini telah membolehkan penambak baik penyampaian perkhidmatan dilakukan terutamanya untuk mempercepatkan proses sesuatu urusan misalnya proses pengeluaran pasport telah berjaya dipercepatkan daripada seminggu kepada tiga hari sahaja dan masa pembaharuan pasport dikeluarkan dalam tempoh 24 jam. Mengenai saranan Dato’ Dr. Chin Fook Weng supaya..

Tuan Lee Sing Chooi: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan. Terima kasih atas penubuhan di setiap kementerian itu. Jawatankuasa untuk menangani di mana birokrasi itu dapat di simplify itu. Dengan saya ucap tahniah atas Jabatan Imigresen yang mana tempoh mohon pasport itu dipendekkan, itu salah satu kerja yang sangat baik. Saya nak tahu kita dah tubuh 1,000, 2,000 kertas kerja dan juga proses-proses dikaji. Apa yang lain, perkara lain perkara yang diperbaikan yang ditambah baik dengan adanya jawatankuasa itu melainkan pasport. Ada yang lain yang berjaya dalam kajian itu dan dilaksanakan untuk melicinkan lagi sistem penyampaian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat telah beri satu contoh tadi bahawa sebagai contoh jangka masa memproses pasport telah jadi jauh lebih singkat, pertanyaannya adakah contoh-contoh lain yang menampakkan banyak ada kejayaan di sebalik usaha-usaha kerajaan.

Datuk M. Kayveas: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk menjawab Yang Berhormat mesti ada contoh-contoh lain tapi on the spot kalau minta saya..

Tuan Yang di-Pertua: Tak teringat.

Datuk M. Kayveas: Tak teringatlah tapi ada banyak di tempat-tempat yang kita perlulah, di seluruh tempat-tempat di mana ada front desk, pegawai-pegawai front desk umpamanya , pegawai-pegawai di front desk selain daripada imigresen ada banyak tempat lain, dia ada pegawai-pegawai front desk dan juga lain-lain tempat di mana kita perlu berkhidmat kepada rakyat dan kepada sesiapa-sesiapa yang datang kepada kerajaan, agensi-agensi kerajaan. So ada banyak di kawasan-kawasan banyak tempat, banyak tetapi ini adalah satu contohlah.

Kalau Yang Berhormat hendak spesifik di mana satu agensi kerajaan di mana satu jabatan yang, Yang Berhormat perlu boleh tulis satu surat ataupun beri satu notis kita akan jawablah. Banyak-banyak kementerian pun, kita ada banyak kementerian, so dari kementerian-kementerian pun kita akan licinkan proses seumpamanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pemprosesan lesen, pemprosesan lain-lain perkara yang melibatkan penguat kuasa dan selain daripada kementerian itu juga kita akan mempertingkatkan dan juga di seluruh negara 146 kerajaan tempatan kita ada. Kerajaan tempatan juga sebagai satu agensi kerajaan di mana tiap-tiap hari mereka berjumpa dengan rakyat, ini semua proses ini akan melicinkan.

Tuan Lee Siang Chooi: Terima kasih, saya minta kalau boleh ada contoh-contoh yang berjaya itu menggalakkan boleh saya minta dengan bertulis, jawab dengan bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, telah menjemput Yang Berhormat untuk menulis surat, Yang Berhormat sekarang menyatakan beliau akan tulis surat.

Datuk M. Kayveas: Terima kasih, saya teruskan..

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Datuk M. Kayveas: Tuan Yang di-Pertua, mengenai saranan Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin Fook Weng supaya diadakan latihan kepada kakitangan yang berkhidmat di kaunter-kaunter di jabatan kerajaan. Sukacita dimaklumkan kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 2005 telah memperkenalkan Skim Perkhidmatan Pegawai

28 DN16.5.2006

Khidmat Pelanggan yang bertujuan untuk meningkatkan dan menambah baik kualiti perkhidmatan telefonis dan petugas-petugas kaunter.

Langkah ini turut disokong dengan pengendalian kursus khas oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pegawai-pegawai khidmat pelanggan. Kursus ini meliputi tiga elemen iaitu khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan. Kemahiran yang ingin diterapkan adalah seperti berikut:

(i) mengendalikan semua panggilan telefon dengan cekap dan berkualiti ini mungkin juga jawapan berkaitan dengan Yang Berhormat tadi;

(ii) melayani pelanggan yang berurusan sama ada melalui telefon atau bersemuka;

(iii) memastikan pelanggan mendapat layanan dan perkhidmatan yang memuaskan;

(iv) memberikan penerangan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi;

(v) membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelanggan yang berurusan dengan agensi-agensi;

(vi) menerima dan mengendali aduan atau maklum balas mengenai perkhidmatan agensi dari pelanggan; dan

(vii) mengumpul dan menyelenggara dan menggunakan maklumat pelanggan untuk mencadangkan menambahbaikkan ke atas penyampaian perkhidmatan pelanggan.

Kerajaan juga telah banyak menerbitkan laporan, buku, majalah buletin dan lain-lain terbitan berkala mengenai kejayaan dan kecemerlangan sektor awam dalam meningkatkan urusan penyampaian perkhidmatan kerajaan seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Tuan Lee Sing Chooi..

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan tentang apa yang telah dijawab itu boleh ke kita diberitahu dari segi membantu mereka yang datang untuk ..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat ada beberapa hari lagi berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara?

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Err.. enam hari.

Tuan Yang di-Pertua: Enam hari saja. Jadi, kita bagi banyak masa untuk Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan dalam perkara ini bolehkah kita diberitahu dari segi membantu mereka yang datang dan menghadapi masalah dari segi bahasa untuk berdialog dengan orang yang mengendalikan kaunter ini dari segi bahasa mungkin, seorang warga tua, warga emas itu menghadapi masalah. Bagaimana ia diuruskan dan apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa masalah sedemikian tidak wujud dan orang yang datang itu ada keyakinan dan juga kemesraan semasa mendapat bantuan daripada orang yang mengendalikan kaunter itu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saranan tersebut ditujukan kepada kerajaan tetapi bagi saya ini agak sedikit tidak patut kerana kalau ada seseorang itu dia tidak pernah diajar cakap terima kasih daripada kecil, dia tidak pernah diajar, “Bolehkah saya tolong tuan?”, dari kecil, bila dia mula kerja baru kerajaan hendak ajar dia, susah sedikit. Silakan Yang Berhormat.

Datuk M. Kayveas: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kalau saya faham apa Yang Berhormat kata itu, saya rasa soalan itu berkaitan dengan kalau ada siapa-siapa

DN 16.5.2006 29

datang di hadapan kaunter-kaunter dan di belakang kaunter ini kita cakap dalam bahasa Malaysia sahaja dan orang yang datang itu tidak fahamlah bahasa Malaysia, kita harap semua orang di Malaysia, semua rakyat Malaysia pada masa ini boleh faham sedikitlah bahasa Malaysia.

Selain daripada itu, kalau contohnya kalau kita kira mahkamah, kalau kita ambil mahkamah, di mahkamah kita sedia ada jurubahasa, interpreter sedia ada dengan izin, tetapi di hadapan kaunter-kaunter ini mungkin kita tidak ada seorang jurubahasa yang bekerja sepenuh masa, tetapi mungkin kalau ada masalah, ada pegawai-pegawai yang boleh jadi jurubahasa pada masa itu ataupun kita boleh mengguna pakai seorang lain di hadapan kaunter yang boleh menolong mana-mana pegawai untuk membuat secara sukarelalah untuk menjadi jurubahasa, tetapi saya ambil ini sebagai satu cadangan di mana kita boleh bagi tahu kepada agensi-agensi kerajaan di mana ada pelanggan-pelanggan yang datang kita dapati banyak daripada warga-warga emas yang masih ataupun jauh daripada mereka untuk menguasai bahasa, kita mungkin akan buat cadangan untuk adalah seorang jurubahasa standby untuk tolong mereka ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Saya teruskan dengan tadi daripada yang saya lepas itu, misalnya tadi MAMPU telah menerbitkan pelbagai bentuk terbitan seperti laporan kajian, buku, majalah dan buletin bagi merealisasikan hasrat ini. Sehingga kini terdapat lebih seribu naskhah laporan kajian berkaitan pentadbiran awam yang telah diterbitkan. Selain itu, MAMPU juga menerbitkan buletin khusus mengenai pencapaian agensi-agensi kerajaan yang menerima anugerah-anugerah kualiti sektor awam. Buletin-buletin ini diterbitkan sebagai usaha untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan agar agensi-agensi kerajaan dapat mencontohi usaha-usaha penambahbaikan yang telah dilaksanakan. Dan bahan-bahan terbitan ini juga diharap dapat dihebah dan dikongsi bersama oleh agensi-agensi kerajaan di samping menjadi bahan rujukan generasi pelapis agensi-agensi kerajaan yang lain dan mereka untuk mendalami usaha-usaha pembaharuan perkhidmatan awam Malaysia.

Ada soalan berkaitan isu akauntabiliti. Akauntabiliti ini, soalan ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Husin. Beliau menyeru Pegawai Tadbir dan Diplomatik meningkatkan akauntabiliti dan komitmen masing-masing dengan ikhlas serta lebih beramanah supaya sistem penyampaian lebih baik dan sampai kepada masyarakat. Sebagai jentera pentadbiran kerajaan di barisan hadapan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik sentiasa komited untuk melaksana dan menjayakan segala dasar yang digariskan kerajaan dengan penuh jujur, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab bagi memastikan matlamat sesuatu dasar itu dicapai sepenuhnya.

Program bagi meningkatkan integriti merupakan program berterusan bagi memastikan pelaksanaan tanggungjawab dijalankan dengan berkesan. Ia dilaksanakan melalui pelbagai program seperti mesyuarat, kursus, ceramah, bengkel dan sebagainya yang dijalankan di institusi latihan awam atau forum-forum tertentu. Pemantauan juga dibuat secara berterusan bagi memastikan sistem penyampaian sentiasa ditambahbaikkan.

Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Husin juga samalah, saya ingat lebih kurang soalan itu. Beliau menyentuh mengenai persediaan dan kelengkapan pegawai-pegawai baru dalam PTD. Beliau mencadangkan agar tempoh kursus DPA, INTAN dikaji semula untuk dipanjangkan. Tempoh kursus sehingga satu tahun dalam mendapatkan DPA sebelum dilantik sebagai PTD dalam perkhidmatan awam. Ini harus dilakukan agar kadet-kadet PTD berasa lebih bersedia dan yakin dengan pelbagai pendedahan dan pengalaman sebelum menyertai sektor awam dan sebagai satu syarat pelantikan ke dalam perkhidmatan tersebut.

Kursus DPA pada masa ini adalah selama enam bulan walaupun kursus ini dilaksanakan dalam tempoh enam bulan, namun modul-modul penting berkaitan tugas PTD diberi penekanan sebagai persediaan dan pendedahan kepada pegawai-pegawai PTD yang baru dilantik. Kursus DPA merupakan latihan asas kepada pegawai-pegawai PTD yang baru dilantik.

Di dalam kursus ini, pegawai-pegawai telah didedahkan kepada pelbagai aspek yang berkaitan dengan kejayaan PTD agar mereka bersedia dengan tugas masing-masing apabila ditempatkan di kementerian, jabatan atau agensi masing-masing. Selain itu, untuk

30 DN16.5.2006

menjadi seorang PTD yang berkeupayaan dan cemerlang dalam bidang kerja masing-masing, latihan sebenar yang boleh diperolehi adalah melalui pembelajaran berterusan di tempat kerja masing-masing. Tempat kerja merupakan latihan...

Tuan Yang di-Pertua: Dalam pengetahuan Yang Berhormat, kiranya ada dalam pengetahuan Yang Berhormatlah. Berapakah keseluruhan anggota yang dikatakan PTD tadi? Berapa ribu agaknya anggota PTD, kalau ada dalam pengetahuan Yang Berhormat, kalau tiada pun tidak mengapalah. Saja untuk demi jawapan Yang Berhormat lebih jelas.

Datuk M. Kayveas: Saya ingat pegawai-pegawai PTD hampir 800 ribu lebihnya.

Tuan Yang di-Pertua: Itu pegawai awam? Bukan pegawai tadbir, kader PTD?

Datuk M. Kayveas: Kader PTD saya tidak pastilah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak mengapa, saja cuma untuk ahli-ahli dapat gambaran makhluk yang dikatakan PTD ini, apa rupa bentuknya.

Datuk M. Kayveas: Kalau ada peluang, lain kali saya ada di sini saya boleh mungkin...

Tuan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih. Saya minta maaf ganggu Yang Berhormat.

Datuk M. Kayveas: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat ada sekarang ada jawapan.

Datuk M. Kayveas: Ha, ada jawapan. Tuan Yang di-Pertua, jawapan adalah tujuh ribu orang.

Tuan Yang di-Pertua: Tujuh ribu ya? Tadi Yang Berhormat bercakap itu mengenai tujuh ribu insan yang dibebankan untuk bekerja supaya negara kita jadi sempurna. Terima kasih.

Datuk M. Kayveas: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tempat kerja merupakan latihan praktikal yang lebih berkesan iaitu melalui mentoring, coaching, kursus, ceramah dan sebagainya. Perpaduan Nasional. Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali membangkitkan isu perpaduan negara dan meminta Panel Penasihat Perpaduan Negara atau PANEL, menunaikan peranannya dengan lebih efektif. Sebagaimana yang kita sedari, sesungguhnya perpaduan merupakan satu perkara yang subjektif.

Tidak dinafikan bahawa tahap perpaduan di Malaysia adalah baik. Walau bagaimanapun rakyat perlu menyedari hakikat bahawa masih terdapat isu-isu perpaduan yang sensitif yang perlu diatasi. Dalam konteks ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah menyusun pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat untuk memperkukuhkan perpaduan kaum. Di antara program-program tersebut ialah:-

(i) program promosi perpaduan yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti Sambutan Bulan Perpaduan, Sambutan Hari Kebesaran dan Perayaan Kaum, Kempen Mengibar Jalur Gemilang, Program Kembar Padu yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil;

(ii) mengeratkan hubungan antara kaum dengan menganjurkan program-program kemasyarakatan melalui institusi Rukun Tetangga, program-program kemasyarakatan ini meliputi sepuluh bidang iaitu bidang sosial, sukan, pendidikan, rekreasi, kebudayaan, kebajikan, kesihatan, alam sekitar, agama dan keselamatan; dan

(iii) Program Integrasi Negara yang melibatkan masyarakat Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan masyarakat negeri-negeri di Semenanjung. Antara aktiviti-aktiviti di bawah

DN 16.5.2006 31

program ini ialah lawatan sempena dengan Persidangan Penggal Parlimen, Majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sambutan Hari Gawai di Sarawak, sambutan Pesta Kaamatan di Sabah, sambutan Hari Kebangsaan dan lain-lain.

Panel Penasihat Perpaduan Negara merupakan sebuah badan yang membincangkan isu-isu berhubungan dengan perpaduan, menggalak perhubungan kaum secara positif dan mencegah perasaan perkauman yang boleh menimbulkan konflik. Dan bagi memantapkan lagi sumbangan mereka sebanyak sembilan Jawatankuasa Kerja di bawah PANEL telah ditubuhkan.

Jawatankuasa Kerja ini akan membincangkan hal-hal promosi dan perhubungan, rukun tetangga, integrasi ekonomi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, pendidikan belia dan sukan, hal ehwal suku kaum minoriti, keagamaan, dasar serta penyelidikan. Hasil perbincangan dan penemuan ke atas isu-isu dan masalah yang berkaitan dengan perpaduan akan dibentangkan di dalam mesyuarat panel. Seterusnya panel akan membuat perakuan kepada kerajaan tentang langkah-langkah yang patut dan perlu diambil bagi menyelesaikan sesuatu isu dan masalah yang timbul. Sehingga kini, beberapa program telah dianjurkan di antaranya ialah Majlis Dialog Keagamaan bersama Yang Berhormat Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah diadakan pada 27 Oktober 2005 dan Bengkel Keagamaan yang telah diadakan pada 28 Mac 2006 yang lalu. Penganjuran dua program di atas telah banyak memberi input ke arah memperkukuhkan perpaduan dan integrasi masyarakat di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, peranan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Yang Berhormat Tuan ‘Lay’ Puay Chuan dan Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin Fook Weng menyeru supaya agensi penguatkuasaan...

Tuan Yang di-Pertua: Tay Puay Chuan ya? Tay Puay Chuan.

Datuk M. Kayveas: Tay Puay Chuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sebab saya apabila bunyi ‘Lay’ itu macam perempuan. ‘Lay’ Puay Chuan.

Datuk M. Kayveas: Akan tetapi sini ada tulis Lay. Kita ubahsuailah. Tay Puay, minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua: Kerana Tay Puay boleh ubah jantina. Sebab itu saya berseloroh. Silakan Yang Berhormat.

Datuk M. Kayveas: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Supaya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia atau APMM melaksanakan tugas penguatkuasaan dengan lebih berkesan dan cekap.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan yang terbaik untuk faedah rakyat dan komuniti maritim secara keseluruhannya dalam aspek keselamatan kawasan maritim negara. Sehubungan ini, aset-aset APMM sentiasa berada di kawasan operasi dan melaksanakan tanggungjawab memelihara keselamatan dan kesejahteraan kawasan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, hal ehwal Parlimen. Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi menggesa usaha-usaha diambil untuk mengembalikan kredibiliti dan integriti Dewan Negara demi menjamin perjalanan sistem Parlimen yang lancar, dihormati dan penuh kedaulatan. Sesungguhnya imej dan kedaulatan Parlimen amat bergantung pada cara laku dan kewibawaan Ahli-ahli Parlimen. Parlimen akan dihormati sekiranya Ahli-ahli Parlimen dilihat sebagai berkualiti dan berintegriti sama ada dalam perbahasan atau di luar Parlimen. Parlimen Malaysia tetap berfungsi di atas landasan Perlembagaan Persekutuan. Lantikan Yang di-Pertua Dewan pula adalah berdasarkan keupayaan dan pengalaman.

Berhubung dengan saranan Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Husin supaya terdapat perbezaan yang jelas antara tugas dan kuasa badan Eksekutif dan Legislatif, sesungguhnya Badan Eksekutif dan Badan Perundangan di negara ini masing-masing

32 DN16.5.2006

mempunyai bidang kuasa yang jelas. Sistem yang ada telah berjalan lancar semenjak merdeka, sebagaimana yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Tuan Lee Sing Chooi dan Yang Berhormat Tuan Wan Nordin bin Che Murat supaya ditambah peruntukan Ahli-ahli Dewan Negara, sukacita dimaklumkan bahawa peruntukan Ahli Dewan Negara diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh itu sebarang pertambahan kepada peruntukan yang diluluskan bergantung kepada pertimbangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja penjelasan saya dengan good news itulah, dengan izin, saya ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri dan mana-mana perkara yang tidak sempat tidak dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Jadi pihak kerajaan telah menjawab isu-isu mengenai keagamaan, ekonomi dan sosial, pentadbiran termasuk jentera keanggotaan, prosedur, rasuah, integriti, delivery system, birokrasi, kerenah perkhidmatan kaunter kawalan dan seterusnya juga isu-isu mengenai asas kenegaraan, keselamatan maritim dan Parlimen.

Sekarang saya jemput wakil Kementerian Kewangan untuk menjawab mengenai isu-isu yang dibangkitkan mengenai fiscal financial dan monetary. Terima kasih.

12.02 tgh.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Tuan Yang di-Pertua, terdahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Titah Diraja di Dewan yang mulia ini, khususnya yang telah pun membangkitkan perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Ini meliputi Perbankan, dana IKS, Saham Amanah, GLC dan MAS dan lain-lain. Saya ingin menegaskan bahawa semua pandangan bagi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan telah diambil maklum dan akan diberi pertimbangan sewajarnya. Saya ingin mengambil peluang ini untuk memberi penjelasan kepada beberapa perkara yang ditimbulkan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kadar faedah simpanan tetap, semasa perbahasan tentang Perbankan, Ahli Yang Berhormat Senator Munusamy a/l Marimuthu telah pun mencadangkan supaya Kementerian Kewangan mengkaji untuk menaikkan kadar faedah simpanan tetap agar selaras dengan kenaikan kadar berian pinjaman asas ataupun BLR.

Tuan Yang di-Pertua: Saya harap Yang Berhormat tidak rasa ralat kalau ada pihak yang tahu tanya tapi tidak tahu hendak duduk hendak dengar jawapan. Silakan.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar faedah bagi pinjaman dan simpanan yang ditawarkan oleh institusi perbankan bergantung kepada struktur kos dana dan strategi perniagaan institusi perbankan masing-masing, dan bukannya telah ditetapkan oleh Bank Negara. Institusi perbankan telah pun menaikkan kadar faedah bagi simpanan tetap di samping BLR selaras dengan kadar semalaman ataupun OPR baru-baru ini.

Secara agregat, kadar faedah simpanan tetap bagi tempoh matang antara 1 dan 12 bulan, dengan simpanan 1 juta ke bawah telah meningkat dalam lingkungan 5 hingga 70 mata asas sejak kenaikan OPR dalam bulan November 2005. Memandangkan penawaran kadar faedah yang berbeza bagi akaun simpanan tetap, pelanggan institusi perbankan adalah dinasihatkan untuk membuat perbandingan apabila institusi perbankan menawarkan kadar faedah yang terbaik.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai syarat pinjaman kepada PKS. Ahli Yang Berhormat Senator Munusamy juga menyarankan supaya kerajaan memastikan institusi kewangan tidak mengenakan syarat tambahan ke atas pinjaman kepada pengusaha kecil dan sederhana ataupun PKS selain daripada syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

DN 16.5.2006 33

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, terdapat dua jenis skim pinjaman untuk PKS iaitu skim pinjaman anjuran agensi kerajaan seperti di bawah MIDF, Bank SME, Bank Pertanian dan juga di bawah bank-bank komersial yang tidak dianjurkan oleh kerajaan.

Bagi skim pinjaman anjuran agensi kerajaan, pengusaha boleh membuat pinjaman melalui Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad ataupun MIDF, iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI, yang mempunyai tiga skim terbesar, iaitu skim pinjaman mudah untuk PKS, skim pinjaman mudah untuk penerapan ICT dan skim pinjaman soft loan for factory relocation dengan izin.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat kerajaan juga menyalurkan dana pinjaman melalui bank-bank kerajaan iaitu seperti Bank SME, misalnya Tabung Khas Pelancongan dan di bawah Bank Pertanian yang menawarkan pinjaman-pinjaman berdasarkan asas pertanian seperti tabung untuk makanan. Pinjaman di bawah program atau skim anjuran kerajaan mestilah mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Usaha pemantauan ke atas pinjaman berkenaan adalah dilaksanakan oleh agensi kerajaan yang berkenaan. Sebahagian besar pinjaman kepada pengusaha kecil dan sederhana adalah disalurkan oleh institusi perbankan menerusi pelbagai skim pembiayaan tersendiri dengan kriterianya yang ditetapkan oleh institusi perbankan berkenaan.

Mengenai perkara yang sama Ahli Yang Berhormat Senator Tay Puay Chuan telah meminta dikaji semula syarat pinjaman yang telah dikenakan pihak bank-bank kepada industri kecil dan sederhana. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarat-syarat pinjaman dana-dana sentiasa dikaji bagi meningkatkan keberkesanannya, sebagai contoh mulai 24 April 2006 beberapa kriteria kelayakan baru telah diperkenalkan untuk memastikan dana khas, Tabung Industri Kecil dan Sederhana Kedua, TIKS 2, dan Tabung Usahawan Baru ataupun TUB 2, disalur kepada syarikat yang benar-benar menghadapi masalah access kepada pembiayaan.

Antara kriteria baru ialah dana pemegang saham syarikat PKS hendaklah tidak melebihi RM2 juta dan pemegangan saham oleh syarikat awam yang tersenarai atau syarikat yang berkaitan dengan kerajaan dalam PKS sekiranya ada hendaklah tidak melebihi 20%, pinjaman di buka kepada semua sektor ekonomi. Tempoh pinjaman maksimum dipanjangkan daripada tiga tahun kepada 5 tahun untuk TIKS 2, manakala tempoh pinjaman maksimum TUB 2 dipinda dari 8 tahun kepada 5 tahun. Bank-bank pelaksana dibenar mengenakan kadar berian pinjaman boleh ubah iaitu antara 4% hingga 6% dengan mengamalkan skor kredit mudah berdasarkan profil risiko PKS tersebut. Sebelum ini, kadar faedah ditetapkan pada 5%.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai publisiti kemudahan pinjaman IKS, Ahli Yang Berhormat Senator Tay Puay Chuan juga meminta penjelasan sama ada publisiti atau promosi yang mencukupi dilakukan berhubung dengan kemudahan-kemudahan pinjaman untuk IKS.

Untuk makluman terdapat pelbagai publisiti melalui seminar, forum, hebahan dalam media cetak dan elektronik mengenai kemudahan pinjaman, dana-dana dan skim tertentu yang disediakan oleh PKS..., untuk PKS yang dilakukan oleh bank-bank perdagangan, Institusi Kewangan Pembangunan, Bank Negara Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta beberapa agensi yang lain. Publisiti yang terkini sekali ialah portal info PKS, iaitu maklumat dalam talian berpusat mengenai PKS dan direktori PKS. Portal ini menyediakan maklumat yang comprehensive tentang pembiayaan, latihan khidmat nasihat, serta program sokongan kerajaan dan program pembangunan usahawan dan PKS. Semua maklumat ini boleh dapat melalui www.smeinfo.com.my.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kuasa melulus pinjaman bank. Berkaitan dengan kemudahan yang disediakan oleh institusi perbankan Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir...

Tuan Yang di-Pertua: Senator Tay Puay Chuan tadi puas hati dengan jawapan yang diberi?

Tuan Tay Puay Chuan: Puas hati.

34 DN16.5.2006

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tahniah Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Berkaitan dengan kemudahan yang disediakan oleh institusi perbankan Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir membangkitkan bahawa pelanggan bank hanya boleh memohon kad kredit dan pinjaman di cawangan-cawangan bank yang digabungkan. Manakala kuasa melulus masih berpusat di Kuala Lumpur.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat struktur dan prosedur operasi institusi perbankan adalah tertakluk kepada dasar dalaman berdasarkan segmen pasaran, modal perniagaan, dan struktur organisasi institusi perbankan masing-masing. Sehubungan dengan itu, memang terdapat perbezaan dari segi pelaksanaan operasi di kalangan institusi perbankan, di mana bagi sesetengahnya kuasa melulus kredit dipusatkan di peringkat cawangan utama atau regional hub ataupun di ibu pejabat.

Ahli Yang Berhormat juga ingin mengetahui sama ada dasar pengambilan 30% kakitangan bumiputera di bank-bank masih wujud dan dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, dasar pengambilan 30% kakitangan bumiputera di institusi perbankan masih dilaksanakan. Dan masa ini terdapat seramai 54,748 orang kakitangan bumiputera atau pun 56.7% daripada bilangan kakitangan industri perbankan.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, minta laluan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat tadi. Jawapan tambahan saya iaitu penggabungan bank ini, itu soalan saya penggabungan bank ini adakah menguntungkan rakyat?

Jadi kalaulah peniaga-peniaga kecil hari ini tidak boleh memohon pinjaman di bank-bank berdekatan, jadi bagaimana kita mahu membangunkan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan adakah kerajaan hendak bangunkan peniaga-peniaga bumiputera di tahap yang tinggi tetapi kalaulah penggabungan bank ini, bank ini sudah pun kecil, kalau hendak buat permohonan pun birokrasinya begitu menyusahkan peniaga-peniaga ini, bagaimana peniaga-peniaga ini hendak membuat pinjaman, sebab itu Yang Berhormat kata tadi ada yang tidak boleh membuat pinjaman di kawasan masing-masing, terpaksa dibuat di Kuala Lumpur. Kalau daripada Pulau Pinang, hendak datang ke Kuala Lumpur, bukankah ini akan menyusahkan peniaga-peniaga. Inilah saya kata, penggabungan bank ini merugikan rakyat. Terima kasih Yang Berhormat, apa pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ada soalan selepas ini tentang penggabungan bank ini. Dan saya pun dalam jawapan soalan lisan tadi pun sudah jawab tentang kebaikan penggabungan bank-bank ini, untuk mengukuhkan kedudukan bank dan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kerana sistem..., kerana kos-kos untuk menyediakan sistem IT misalnya mahal. Jadi kalau bank itu kecil dia tidak dapat menyediakan, bila bank itu besar maka, dana dia kuat, tinggi jadi boleh menyediakan segala sistem yang canggih dan juga kita tahu bahawa tiap-tiap bank dia ada piawaian dia sendiri macam contohnya bank SME, kalau pinjaman kurang daripada RM250,000 dia kena lulus dalam masa tujuh hari, kalau lebih daripada itu dia ada jangka 14 hari, 40 hari dan sebagainya.

Jadi ada piawaian masing-masing, cara masing-masing, sistem masing-masing Tuan Yang di-Pertua, untuk memudahkan pinjaman kepada peniaga-peniaga kecil kerana bank juga hendak bisnes, jadi dia hendaklah kreatif dalam hal menyelesaikan masalah peniaga-peniaga kecil yang hendak pinjam duit ini Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Bermakna walaupun di sana sini terdapat kelemahan-kelemahan yang mungkin timbul anggapan penggabungan bank tidak menguntungkan rakyat namun kerajaan masih yakin bahawa pada keseluruhannya penggabungan bank lebih menguntungkan rakyat. Adakah itu maksud Yang Berhormat?

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Ya, memang tepat Tuan Yang di-Pertua. Bila bank itu sudah kuat, kukuh, modal dia banyak, maka dia boleh memberi pinjaman yang lebih banyak kepada pelanggan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai penggabungan bank-bank

DN 16.5.2006 35

dan pemberhentian pekerja, jadi tentang Pegawai Bank saya sudah jawab tadi dalam soal jawab tadi..., sesi soal jawab.

Berkenaan VSS Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya berhubung dengan berkaitan bank yang digabungkan, dimaklumkan bahawa tiada kakitangan yang diberhentikan secara paksa, tiada paksaan. Rasionalisasi pekerjaan pekerja telah dilaksanakan melalui Skim Pemisah Sukarela ataupun VSS.

Bagi Program Penggabungan Institusi Perbankan Domestik, hanya enam kumpulan perbankan telah melaksanakan VSS yang melibatkan lebih kurang 5,500 kakitangan dan bagi penggabungan bank perdagangan dan syarikat kewangan pula, kurang daripada 700 kakitangan telah memilih VSS. Pekerja yang memilih untuk menyertai VSS telah pun diberi pampasan yang sewajarnya dan diberi peluang untuk menyertai program latihan semula ataupun rescaling secara percuma yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran dalam bidang alternatif bagi memastikan peralihan yang teratur ke bidang pekerjaan di industri yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan penubuhan bank asing, Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lee Chong Meng telah mencadangkan supaya...

Tuan Yang di-Pertua: Senator Dato' Musa puas hati atas jawapan?

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Penggabungan bank ini bukan menguntungkan rakyat Tuan Yang di-Pertua. Saya masih tidak puas hati kerana ia hanya menguntungkan segelintir orang korporat. Orang korporat akan ambil untung bukan rakyat. Itu saya.... kerana bagi saya kalau bank susah, kerajaan membantu bank, tetapi kalau rakyat susah, kenapa bank tidak boleh tolong rakyat. Jadi penggabungan bank ini bagi saya Tuan Yang di-Pertua adalah menguntungkan orang-orang korporat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi terdapat satu persepsi di kalangan sebilangan rakyat kita tidak tahu banyak mana seperti mana yang dianggap oleh Dato’ Musa. Mungkin saya satu perkara yang kerajaan harus beri perhatian untuk membuat penyebaran. Kalau tidak benar, maka kerajaan harus address atau beri perhatian terhadap perkara ini membuktikan bahawa penggabungan bank adalah sebenarnya menguntungkan negara dan rakyat, silakan Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh teruskan.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, Dato' Musa adalah seorang ahli peniaga yang saya tahu yang amat berjaya di Pulau Pinang dan bukan di Pulau Pinang sahaja, di merata tempat ada perniagaan dia, dan dia faham benar tetapi kalau kita lihat senario tadi, berkenaan dengan kenapa pergabungan ini berlaku. Tahun 1997, 1998 berlaku satu krisis kewangan yang hebat dan selepas itu banyak bank kecil ini dia kalau tidak dijaga kalau di biar begitu sahaja, mungkin tutup banyak bank. Sebab itu kerajaan pada tahun 2001 mengarahkan supaya mereka bergabung supaya menjadi....

Tuan Yang di-Pertua: Sebab itu baru-baru ini Dewan lulus rang undang-undang mengenai jaminan pendeposit dalam sistem bank kita.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Ya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi itulah, kerajaan cuba....

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya...., Yang Berhormat, saya hendak memperbetulkan...

Tuan Yang di-Pertua: Lagi sekali bagi laluan.....

Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih. Saya hendak memperbetulkan saya bercakap tadi, bukan bagi pihak diri saya Tuan Yang di-Pertua, sekejap lagi dia salah anggap pula, terima kasih.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Itu pandangan ahli perniagaan, saya tidak.... kebetulan Dato’ Musa...

Tuan Yang di-Pertua:Cukuplah, kalau tidak saya pula menggalakkan pertelingkahan.

36 DN16.5.2006

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Jadi tujuan kerajaan untuk menjaga, kalau bank sudah tutup semua, kita hendak pinjam duit di mana. Jadi, tentulah kerajaan juga bertanggungjawab ke atas survival bank-bank tersebut Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu kita menggalakkan supaya mereka digabungkan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai penubuhan bank asing, Ahli Yang Berhormat Senator Lee Chong Meng telah pun mencadangkan supaya kerajaan membenarkan pelabur-pelabur dari Asia Barat menubuhkan Bank asing selain daripada Bank Islam di Malaysia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, para pelabur asing yang berminat untuk melabur dalam sektor perbankan Malaysia, boleh melabur sehingga 30% pegangan ekuiti dalam mana-mana institusi perbankan domestik dan sehingga 49% pegangan ekuiti di dalam bank pelaburan yang bakal ditubuhkan. Pada masa ini jumlah pegangan ekuiti asing di dalam bank perdagangan domestik berada di tahap 12%. Malaysia baru sahaja selesai melaksanakan program Penggabungan Institusi Perbankan Domestik dan bilangan perbankan yang beroperasi pada masa sekarang adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan negara. Namun demikian, penubuhan institusi perbankan baru asing akan dipertimbangkan dalam fasal ketiga pelaksanaan pelan Induk Sektor Perbankan iaitu selepas 2007.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pelaburan Amanah Saham Malaysia, baru-baru ini kerajaan telah pun melancarkan Amanah Saham Malaysia dan sambutannya amat menggalakkan. Mengenai perkara ini, Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Jins Shamsudin bertanyakan bilangan pelabur bumiputera dan bukan bumiputera yang berjaya melabur dalam Amanah Saham Malaysia tersebut. Yang Berhormat Senator juga berpendapat kerajaan perlu menyediakan peruntukan khas untuk mengagihkan saham kepada bumiputera supaya bumiputera tidak terus ketinggalan dalam pengagihan ekuiti.

Untuk makluman Yang Berhormat, lebih daripada 32 ribu pelabur telah berjaya melabur dalam tambahan RM1 bilion ASM yang diumumkan baru-baru ini. Daripada jumlah tersebut, 23% merupakan pelabur bumiputera manakala 77% merupakan pelabur bukan bumiputera. Isu peruntukan khas untuk saham bumiputera tidak berbangkit buat masa ini memandangkan masih terdapat banyak lagi unit-unit yang boleh dilanggan dalam tabung-tabung unit yang lain, amanah yang lain yang dikhususkan untuk bumiputera seperti Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Nasional Kedua atau ASN2. Di samping itu tabung-tabung unit amanah ini yang lain, yang dibuka kepada bumiputera dan bukan bumiputera juga masih lagi dibuka untuk langganan.

Berikutan daripada sambutan yang menggalakkan itu Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Tay Puay Chuan mencadangkan supaya ditetapkan siling bagi pelabur individu dan syarikat untuk membeli saham amanah yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Sebenarnya masih terdapat peluang untuk melabur dalam unit Amanah Saham di bawah kelolaan permodalan PNB. Setakat ini hanya pelaburan dalam ASB dihadkan kepada maksimum RM200,000, manakala masing-masing unit amanah lain yang diuruskan oleh PNB tidak dikenakan had pelaburan maksimum. Masih terdapat satu sejumlah lebih satu bilion unit, amanah yang masih lagi dibuka untuk langganan iaitu dalam tabung-tabung Amanah Saham Nasional Tiga imbang ASN3; Amanah Saham Gemilang Pendidikan atau ASG Didik; Amanah Saham Gemilang Persaraan atau ASG Sara; dan Amanah Saham Gemilang Kesihatan atau ASG Sihat. Tabung-tabung tersebut juga dibuka kepada semua rakyat Malaysia sama ada bumiputera atau bukan bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pampasan pekerja MAS, semasa membahas Titah Diraja, beberapa perkara mengenai MAS telah dibangkitkan. Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir ingin mengetahui pihak yang akan menanggung kos pembayaran Skim Pemberhentian secara sukarela VSS pekerja-pekerja MAS.

Untuk makluman, pada masa ini penerbangan Malaysia berhad PMB dan MAS sedang mengkaji domestik Business Unboundary Agreement, dengan izin yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak sebelum ini untuk memastikan pihak yang akan

DN 16.5.2006 37

bertanggungjawab untuk menanggung segala kos berkaitan VSS pekerja MAS. Jumlah pekerja dan pampasan VSS yang terlibat masih belum diutamakan.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi Yang Berhormat jawab ini sebagai mewakili pemegang saham terbesar dalam syarikat penerbangan Malaysia berhad dan MAS ya? Saya sahajalah untuk gambarkan mengapa Yang Berhormat menjawab dan mengapa tidak kementerian Pengangkutan yang menjawab.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Sebagai pemegang saham.

Tuan Yang di-Pertua: Sebagai pemegang saham terbesar, sila.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, mengenai tindakan terhadap pegawai MAS, Ahli Yang Berhormat Senator Dato' Musa juga ingin mengetahui tindakan terhadap pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian MAS.

Untuk makluman, kerugian yang dialami oleh MAS sebanyak RM1.3 bilion bagi tahun kewangan bermula 1 April 2005 sehingga 31 Disember 2005 bukanlah disebabkan oleh kecuaian atau ketidakcekapan pegawai-pegawainya tetapi disebabkan oleh faktor-faktor luaran yang tidak boleh dikawal oleh MAS seperti peningkatan kos operasi kesan daripada kenaikan harga minyak, yuran pengendalian dan pendaratan, penyelenggaraan pesawat dan charge membaik pulih, air-craft maintenance dan overhaul charges, kos kakitangan serta bayaran sewa dan pajakan pesawat.

Bagi membaiki prestasinya, MAS kini sedang melaksanakan Business Turn Around Plan atau BTP di mana pegawai BTP ini prestasi MAS dijangka akan bertambah baik dengan pengurangan kerugian kepada sebanyak RM620 juta. MAS juga turut dijangka untuk menjana keuntungan sebanyak RM50 juta pada tahun 2007 dan kepada RM500 juta pada tahun 2008.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja perkara-perkara yang utama yang dibangkitkan dalam berkaitan bidang kuasa Kementerian Kewangan. Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan pandangan-pandangan serta saranan untuk perhatian Kementerian kewangan. Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya jemput wakil Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

12.55 tgh.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Dato' Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Bagi isu-isu yang telah disentuh saya akan cuba memberikan penjelasan yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat bagi Datuk Wira Syed Ali yang meminta penjelasan tentang penyiaran iklan arak Tiger Beer di muka......

Tuan Yang di-Pertua: Datuk Wira Syed Ali ini dia bagus, dia tahu tanya dan dia tahu masuk duduk dengar jawapan.... [Tepuk]

Dato' Fu Ah Kiow: ...Penjelasan tentang penyiaran iklan arak Tiger Beer di muka surat bersebelahan gambar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam surat khabar The Star.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa mengingati akhbar-akhbar tempatan supaya dalam penyiaran iklan-iklan perlu mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum dari segi budaya agama dan adat resam masyarakat majmuk. Ini termasuklah muka surat iklan perkataan cogan kata dan gambar yang digunakan. Kementerian akan mendapatkan kerjasama dan menasihatkan surat akhbar harian harus perdana dalam perkara ini. Tuan Yang di-Pertua,......

38 DN16.5.2006

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Minta laluan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Belum habis lagi satu ayat pun sudah hendak tanya?

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Mengenai iklan arak dalam surat khabar.....

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat sudah beri laluan.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Tuan Yang di-Pertua, kita difahamkan bahawa iklan merokok tidak dibenarkan dalam akhbar. Saya tidak pernah nampak iklan merokok, tetapi kita nampak iklan arak. Adakah ini dibenarkan ataupun kementerian terlepas pandang sehinggakan akhbar tempatan boleh menyiarkan iklan arak?

Tuan Yang di-Pertua: Jadi, Yang Berhormat menjelaskan persoalan Yang Berhormat tempoh hari, bukan hendak pertikaikan jawapan.

Dato' Fu Ah Kiow: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dasar kerajaan ialah melarang segala iklan rokok, tetapi untuk iklan arak memang memandangkan keperluan masyarakat majmuk tidak ada dasar untuk melarangkan, tetapi kita memang tidak membenarkan mana-mana akhbar bahasa Malaysia mengadakan iklan arak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat juga membangkitkan sikap keterbukaan dan keterlaluan oleh pihak media di mana isu-isu sensitif seperti agama dan perkauman ditimbulkan berbandingkan dengan isu-isu yang lebih penting kepada pembangunan negara seperti isu RMK-9.

Beliau juga mempersoalkan kemungkinan akhbar-akhbar ini mempunyai agenda tertentu. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri amalkan dasar terbuka liberal dan bergantung dan bertanggungjawab bagi menjamin kebebasan media, khususnya media cetak di negara ini sejajar dengan prinsip-prinsip demokrasi dan struktur masyarakat Malaysia yang majmuk.

Di samping itu juga, kementerian juga sentiasa menggalakkan akhbar-akhbar supaya menyalurkan berita dan maklumat secara dinamik, telus dan bertanggungjawab khususnya dalam aspek pembangunan negara dan tidak mempermainkan isu-isu sensitif. Kementerian sentiasa memantau dan memberi perhatian supaya tiada berita-berita dan isu sensitif serta agenda tertentu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam atau menggugat keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain telah mencadangkan agar...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa cukup. Yang Berhormat boleh sambung selepas Dewan bersidang semula pada pukul 2.30 petang.

Dato' Fu Ah Kiow: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan, Dewan akan bersidang semula pada pukul 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang saya menjemput Yang Berhormat mewakili Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk menyambung ucapan.

2.32 ptg.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Datuk Fu Ah Kiow]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya meneruskan penggulungan bagi pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain telah mencadangkan agar pejabat polis daerah...

DN 16.5.2006 39

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta laluan sebelum Yang Berhormat pergi ke topik yang lain.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebentar tadi Yang Berhormat telah memberi penjelasan mengenai dengan pengiklanan tentang minuman keras di dalam akhbar New Straits Times. Saya hendak penjelasan, saya tidak begitu jelas dengan jawapan Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat boleh maklumkan dalam Dewan ini sama ada pengiklanan ini dibolehkan, sebab saya tahu rokok tidak boleh, Tuan Yang di-Pertua, dan hanya saya melihat Tiger Beer sahaja yang lain-lain brand saya tidak tengok dalam akhbar-akhbar.

Jadi, saya hendak penjelasan sama ada boleh atau tidak iklan minuman arak diiklankan dalam surat khabar dan saya hendak minta kementerian memantau kalau sekiranya boleh, saya hendak minta memantau supaya apabila membuat pengiklanan jangan bersebelahan dengan muka Perdana Menteri kita. Ini sebab Perdana Menteri kita, Tuan Yang di-Pertua, melaung-laungkan Islam Hadhari, dan mereka seolah-olah mempersendakan Perdana Menteri. Jadi, saya harap dapat penjelasan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Terima kasih.

Datuk Fu Ah Kiow: Terima kasih. Tadi, saya fikir sudah jelas iaitu dasar kerajaan sekarang memang tidak melarang iklan minuman arak tetapi kita nasihatkan, khususnya akhbar bahasa Malaysia tidak ada apa-apa iklan arak yang disiarkan. Untuk akhbar bahasa lain, tidak ada larangan untuk tujuan tersebut, tetapi untuk rokok memang tidak dibenarkan langsung. Jadi, untuk tujuan itu kita akan nasihatkan dan dapatkan kerjasama daripada semua pihak akhbar tempatan supaya semasa mereka menyerahkan iklan arak, mereka perlu berhati-hati supaya mengambil kira muka surat dan juga perkataan yang digunakan kena mengambil sensitiviti terhadap pelbagai...

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Mohon, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Hajah Sharipah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sudah habis jelaskan tadi? Yang Berhormat, sudah habis jelas, kah? Silakan, Yang Berhormat bagi Dato’ Musa.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan tadi iaitu tentang iklan minuman arak. Saya ingat di dalam Dewan ini kita sudah bercakap seminggu dahulu, tetapi selepas itu masih lagi ada. Saya hendak tahu adakah kementerian ini sudah tidak boleh mengawasi media masa di Malaysia ini? Adakah media masa ini lebih hebat lagi daripada kerajaan hari ini? Terima kasih. Apa penjelasan, Yang Berhormat?

Datuk Fu Ah Kiow: Isu kementerian tidak dapat mengawal media masa memang tidak wujud. Kita memang sentiasa memberi teguran, amaran dan kalau ia telah melanggar syarat dan peraturan, maka kita boleh ambil langkah termasuk menggantungkan permit penerbitan. Itu pun pernah dilakukan tetapi dalam kes ini, seperti yang saya katakan, kita memberi nasihat dan kita dapatkan kerjasama supaya bila menyiarkan iklan arak, ia perlu mengambil lebih sensitif terhadap pilihan muka surat dan sebagainya...

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Tuan Yang di-Pertua, pohon laluan.

Tuan Ismail bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, pohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada dua Ahli Yang Berhormat bangun. Silakan Yang Berhormat Puan Hajah Sharifah Azizah dahulu.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya setuju dengan Yang Berhormat Dato’ Musa tadi. Perkara tentang akhbar ini telah dibangkitkan oleh pencadang kepada usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda pada pagi 8 hari bulan, tetapi sehingga hari ini, maknanya masih lagi dibuat, disiar dalam akhbar 12 Mei 2006. Apakah permasalahan yang dihadapi oleh kementerian sehingga perkara ini tidak dapat dipantau.

40 DN16.5.2006

Adakah ini kerana, kalau kita tengok percakapan ataupun perbahasan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat Dewan Negara ini kalau di dalam akhbar-akhbar, di media-media ini, hanya kata orang dahulu secuit sahaja, sedikit sahaja disiarkan. Adakah ini yang menyebabkan media tidak peka dalam perkara perbincangan atau perbahasan ini sehinggakan menyebabkan kementerian terlepas pandang untuk memantau perkara ini. Terima kasih.

Datuk Fu Ah Kiow: Isu itu tidak timbul langsung. Walau bagaimanapun, kita akan beri nasihat kepada pihak-pihak akhbar yang berkaitan supaya bila mereka adakan iklan, mereka perlu memilih muka surat yang lebih sesuai tetapi pada dasarnya ia tidak melanggar syarat.

Tuan Ismail bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, pohon laluan.

Dato’ Hajah Sharipah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, mohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, habiskan jawapan dahulu.

Datuk Fu Ah Kiow: Saya fikir perkara ini cukuplah, sebab sudah beberapa kali saya jelaskan ia tidak melanggar syarat, ia tidak melanggar dasar kerajaan sekarang. Dasar cuma melarang pengiklanan rokok sahaja, jadi dalam aspek ini kita akan beri nasihat dan dapatkan kerjasama supaya ia lebih sensitif. Itu sahaja.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat!

Datuk Fu Ah Kiow: Saya ingat cukuplah, lebih kurang sama sahajalah. Sudah jelas.

Tuan Ismail bin Kassim: Pohon laluan, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Fu Ah Kiow: Walau bagaimanapun, apa yang dikatakan, kita ambil tindakan. Sebab banyak lagi perkara.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat telah pun jelas.

Datuk Fu Ah Kiow: Cukuplah untuk isu ini, ya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila teruskan, Yang Berhormat.

Datuk Fu Ah Kiow: Yang Berhormat Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain telah mencadangkan agar Ibu Pejabat Polis Daerah tidak memperlekehkan kes-kes yang dianggap ringan dan ia perlulah diambil laporan walaupun ia dianggap kes ringan.

Tuan Yang di-Pertua, PDRM sentiasa mempertingkatkan perkhidmatannya dan telah membuat arahan kepada semua IPK, termasuk ibu pejabat kontinjen, ibu pejabat daerah dan balai polis, di mana setiap laporan dan aduan orang awam mestilah dilayan dan diambil tindakan.

Kerajaan juga telah melaksanakan sistem laporan polis berkomputer atau PRS, bagi memudahkan orang ramai membuat aduan dan laporan melalui usaha-usaha yang dijalankan bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan anggota-anggota PDRM sebagaimana yang dicadangkan dalam laporan suruhanjaya, penambahbaikan polis.

Tuan Yang di-Pertua, Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain juga meminta kementerian memantau aktiviti PEMADAM. Ini kerana tidak ada sebarang peningkatan dalam membanteras gejala dadah. Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai 3,000 orang kanak-kanak di bawah umur menghidu gam dan dikatakan bahawa 50% daripada itu adalah penagih dadah.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang memantau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PEMADAM atas dasar kementerian memberi sumbangan kepadanya. Pemantauan ini dilaksanakan melalui laporan berkala yang dikemukakan kepada pihak kementerian. Selain

DN 16.5.2006 41

itu, pegawai-pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan atau ADK, ada menganggotai biro-biro yang ditubuhkan oleh PEMADAM. Adalah tidak tepat menyatakan bahawa tiada sebarang peningkatan di dalam membanteras gejala dadah.

PEMADAM sebagai agensi bukan kerajaan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya dadah dan membantu mereka yang telah terjebah dalam penagihan dadah dengan menyediakan khidmat sokongan dan kaunseling. Jika dilihat dari segi statistik pula, sepanjang tahun 2005, seramai 32,808 orang penagih telah dikesan. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 15.2% berbanding bilangan yang telah ada pada tahun 2004 iaitu 38,670 orang.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai penagih yang terlibat dalam kegiatan menghidu gam bagi tahun 2000 hingga 2005 adalah seramai 83 orang. Daripada jumlah ini, kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah atau baru keluar daripada alam persekolahan adalah 12 orang. Mengenai angka 3,000 kanak-kanak bawah umur yang menjadi penagih dadah, saya ingin memperbetulkan persepsi yang tidak tepat ini sebab apa yang dinyatakan dalam statistik ialah seramai 3,112 orang dalam pelbagai lingkungan umur telah mengaku mula mengambil atau pernah menggunakan ketika berumur 13 tahun. Ini tidak bermakna buat masa kini ada 3,000 orang yang berumur kurang daripada 13 tahun menjadi penagih dadah.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Mohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Puan Hajah Sharifah Azizah.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendakkan kepastian, kalau tidak silap pendengaran tadi 83 orang sahajakah yang menghidu gam di Malaysia?

Datuk Fu Ah Kiow: Ya, memang. Itu adalah angka saya yang ada tetapi apa yang dikatakan tadi menyatakan 83 untuk mereka bawah umur, bukan jumlah 83 orang. Okey! Jadi, untuk angka 3,000 itu ada sedikit yang kurang jelas, ya.

Tuan Ismail bin Kassim: Mohon laluan, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ismail bin Kassim.

Datuk Fu Ah Kiow: Baik.

Tuan Ismail bin Kassim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat, angka yang diberikan pada pandangan saya agak mengelirukan. Ini kerana angka yang kita perolehi ini, bilangan yang dapat ditangkap ataupun menerusi kajian-kajian tertentu yang dibuat. Adakah pihak kementerian sedar yang masih ramai lagi kita tidak dapat kesan tetapi perkara ini masih berleluasa dan berlaku dengan banyaknya. Kita rasa mungkin dua tiga kali ganda lebih daripada itu. Ini kerana Yang Berhormat, di negeri saya ada satu lagi gejala iaitu penyalahgunaan daun biak, yang saya bercakap dalam Titah Ucapan pada tahun yang lepas, kalau tidak silap saya iaitu penyalahgunaan daun biak. Daun biak tidak termasuk di dalam Akta Dadah Berbahaya, tetapi dimasukkan dalam Akta Racun. Saya ingat dari segi cara pembuatannya, cuma sekarang ini penggunaannya merupakan gejala baru dan dari segi kemudaratannya dalam masa jangka panjang sama dengan dadah. Ini kerana ia melibatkan ketagihan yang agak teruk dan sebagainya.

Jadi apakah tindakan kementerian selain daripada menghidu gam, gejala daun biak ini sepatutnya juga gejala yang perlu ditangani secara bijaksana dengan kadar yang segera.

Dato' Fu Ah Kiow: Terima kasih. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa dengan angka yang ada yang diperolehi biasanya itu adalah angka untuk penagih-penagih yang telah dikesan. Yang tidak dapat dikesan mungkin dua atau tiga kali ganda tetapi kita tidak ada data rasmi terhadap mereka yang tidak dapat dikesan. Jadi oleh sebab itu kementerian melalui ADK memang telah mempertingkatkan lagi pelbagai usaha untuk membanteras gejala dadah ini. Dan dalam peringkat kebangsaan satu Jawatankuasa Kabinet pun telah ditubuhkan dan selain daripada ada juga Majlis Tindakan

42 DN16.5.2006

Membanteras Dadah dalam peringkat Kebangsaan pun telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga dalam peringkat negeri dan peringkat daerah pelbagai jawatankuasa telah ditubuhkan. Dan ini adalah semata-mata untuk membanteras dan memerangi gejala dadah.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini Pusat Serenti memang telah menyediakan pelbagai program pemulihan secara komprehensif untuk merawat dan memulihkan penagih-penagih dadah secara intensif menggabungkan berbagai-bagai input pemulihan yang mengandungi empat komponen utama dan saling berkaitan iaitu spiritual, emosional, fizikal dan mental kepada penagih-penagih dadah. Namun begitu keberkesanan pemulihan tidak bergantung semata-mata kepada program pemulihan yang disediakan oleh Pusat Serenti. Dalam hubungan ini peranan penglibatan dan sokongan sosial amat diperlukan untuk membantu pemulihan penagih-penagih dadah terutama semasa menjalankan pemulihan dalam komuniti.

Kerajaan sedang menjalankan pelbagai program seperti memberi latihan dalam pelbagai bidang kemahiran seperti automobil, elektrikal, pembaikan alat penyaman udara, jahitan dengan kerjasama Giat MARA semasa menjalani program rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti. Selain daripada itu program After Care dengan izin, di Pusat Khidmat AADK Daerah juga sama penting. Dan ini adalah bertujuan untuk ke arah pembentukan gaya hidup sihat tanpa dadah di kalangan bekas-bekas penagih. Manakala sokongan keluarga dan masyarakat sangat dialu-alukan.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya dengan berat hati ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Yang Berbahagia Dato’ Idris Ibrahim, Naib Yang di Pertua PEMADAM Kebangsaan, seorang tokoh utama dalam penggerakan PEMADAM telah meninggal dunia pada 14hb Mei 2006 jam 7.30 petang kerana sakit barah hati. Saya bagi pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wan Ubaidah binti Omar yang ingin tahu berapa lamakah seseorang tahanan ISA perlu ditahan dan beliau bertanya mengapakah kes Nik Adli tidak dapat diselesaikan kini dan ia telah mencapai 5 tahun. Tuan Yang di-Pertua, semua tangkapan dan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 telah dilakukan mengikut lunas-lunas undang-undang dan kepentingan keselamatan negara. Di bawah Seksyen 73 Akta ini pihak polis diberi kuasa untuk menangkap dan menahan tidak melebihi daripada 60 hari bagi tujuan soal siasat dan selepas itu kita membuat cadangan sama ada seseorang itu perlu dikenakan perintah tahanan atau perintah sekatan.

Sekiranya Yang Amat Berhormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri berpuas hati bahawa wujud alasan-alasan yang munasabah untuk menahan dan mencegah seseorang itu daripada bertindak dalam apa jua cara yang boleh memudaratkan keselamatan Malaysia perkhidmatan-perkhidmatan perlu atau dengan izin essential services ataupun kehidupan ekonomi, maka Menteri Keselamatan Dalam Negeri boleh mengeluarkan perintah tahanan atau perintah sekatan tidak melebihi tempoh dua tahun. Perintah ini boleh dilanjutkan selama dua tahun lagi di bawah Seksyen 8(7) Akta yang sama dan sekiranya Menteri Keselamatan Dalam Negeri berpuas hati orang tahanan masih belum insaf di atas perbuatan yang lampau dan pembebasannya masih akan mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara. Dalam kes Nik Adli ini pihak kerajaan mendapati Nik Adli perlu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana masih mengancam keselamatan negara dan perlu mengikuti program-program pemulihan yang dijalankan. Buat masa ini beliau masih belum sesuai untuk dibebaskan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wan Ubaidah binti Omar juga ingin mengetahui berapa peratus pelaksanaan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM. Tuan Yang di-Pertua, laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis di-Raja Malaysia telah menggariskan sebanyak 125 cadangan penambahbaikan PDRM. Sehingga kini 81 cadangan atau 65% telah dilaksanakan dan 19 cadangan atau 15% lagi akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Bakinya sebanyak 25 cadangan atau 20% masih dalam perbincangan dan kajian lanjut lima jawatankuasa kecil. Kesimpulannya ialah....

DN 16.5.2006 43

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Dato’ Dr. Chin.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih. Berkenaan dengan 125 perakuan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya itu, saya difahamkan ada beberapa yang berkaitan dengan prosedur polis itu. Bagaimana isu yang berlaku pada hari ahad di Pulau Pinang itu boleh dijelaskan supaya polis itu memang ada prosedur yang tepat. Dalam apa yang terjadi di Pulau Pinang sesuatu forum yang telah dapat permit daripada polis itu dinasihatkan berhenti oleh polis kerana ada mereka yang tidak dapat permit itu mengganggu apa yang telah berlaku. Jadi dari segi prosedur polis yang telah diperakukan oleh suruhanjaya itu mesti ia mengambil kira kes-kes sedemikian dan adakah polis itu bertindak secara tepat dalam contoh yang saya sebutkan itu. Terima kasih.

Dato' Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ini mungkin tidak ada kaitan dengan prosedur yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM. Prosedur yang dicadangkan adalah berkaitan dengan prosedur penangkapan pemeriksaan dalam lokap, dalam siasatan dan sebagainya. Dan ini ada terkeluar sedikit daripada yang dikaitkan dalam 125 cadangan tersebut. Walau bagaimanapun, dalam kes yang disebut kalau mereka telah mendapatkan permit dia perlu diberi kebenaran untuk meneruskan kecuali isu-isu yang sensitif yang telah disebutkan ada kaitan dengan Akta Hasutan. Apabila polis bertindak kita kena faham tugas polis ialah menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Kalau situasi memerlukan tindakan polis untuk membuat sesuatu termasuk memberhentikan seminar untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku maka polis boleh bertindak atas kes-kes tersebut. Pada masa yang sama saya juga ingin menasihatkan kita kena menghormati hak-hak rakyat untuk menyuarakan dan mengadakan seminar. Begitu juga sesiapa yang ingin mengadakan perhimpunan mereka juga perlu mendapatkan permit untuk mengadakannya. Ini adalah cara kita memastikan negara kita sentiasa dalam keadaan yang aman dan tidak ada mana-mana pihak akan rasa ketakutan dalam mengikut lunas undang-undang. Sekian, terima kasih. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sambung....

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tambah sedikit kepada penjelasan itu. Saya amat....

Dato' Fu Ah Kiow: Kalau ada kaitan dengan penggulungan saya. Kalau isu yang baru ia bukan dalam penggulungan saya rasanya kita tidak mahu berpanjangan. Kalau tambah isu baru dalam penggulungan jadi penggulungan saya boleh mengambil masa tiga atau empat jam pun tidak boleh habis. Jadi peraturan biasa ialah kita cuma minta penjelasan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan semasa perbahasan dan saya akan memberi penjelasan tetapi kalau isu baru saya harap Yang Berhormat faham bahawa biasanya kita tidak boleh beri layanan kalau tidak mungkin masa tidak mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya hampir 80% cadangan penambahbaikan sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Namun bukan semua 125 cadangan tersebut akan dilaksanakan kerana ia bergantung kepada kesesuaian dan kemampuan kerajaan. Manakala sejumlah 25 cadangan atau 20% masih dalam perbincangan dan kajian lanjut kerana ia melibatkan pindaan akta dan peraturan seperti Undang-undang Pencegahan, Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Polis 1957. Manakala terdapat juga cadangan penambahbaikan yang melibatkan peruntukan kewangan yang besar seperti pembelian peralatan dan kelengkapan moden untuk PDRM penambahan perjawatan baru dan proses pengawaman atau civilianization di dalam organisasi PDRM.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Tay Puay Chuan menyarankan agar semua ketua siasatan jenayah, pegawai penyiasat dan ketua balai polis PDRM menghadiri kursus Hak Asasi Manusia yang berkait rapat dengan penyiasatan penangkapan dan pendakwaan.

Tuan Yang di-Pertua, latihan asas pegawai penyiasat mengandungi syllabus yang merangkumi prosedur tangkapan, penggeledahan dan rampasan. In service training, dengan izin, juga diadakan dari masa ke semasa bagi pegawai penyiasat yang sedang

44 DN16.5.2006

berkhidmat manakala subjek berkaitan hak asasi telah pun dimasukkan ke dalam syllabus latihan asas bagi konstabel, inspektor dan kadet Assistant Supertendent Police atau ASP, dan juga syllabus latihan dalam perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Tay Puay Chuan dan juga Yang Berhormat Puan Hajah Syarifah Azizah binti Dato’ Syed Zain juga membangkitkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan salah laku polis IPCMC. Untuk makluman Dewan yang mulia ini mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Penambahbaikan PDRM pada 24hbJanuari 2006 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengambil keputusan bahawa secara prinsipnya cadangan penubuhan badan penyemakan bebas ini adalah dipersetujui. Walau bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara yang akan membuat perancangan dan cadangan lengkap mengenai penubuhan badan bebas ini. Kertas perancangan dan cadangan akan diangkat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam masa terdekat dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri untuk diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datin Paduka Nor Hayati ingin mengetahui mengenai langkah kerajaan bagi memantapkan kebajikan para anggota PDRM serta pesara-pesara PDRM. Dan beliau juga menanya sama ada tabung seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera akan diwujudkan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengambil langkah memperbaiki skim perkhidmatan anggota PDRM dan juga pesara-pesara PDRM termasuk menambah baik faedah kebajikan anggota PDRM dan pesara PDRM. Skim perkhidmatan polis adalah merupakan skim yang sama dengan perkhidmatan awam bagi kakitangan kerajaan yang lain tetapi dalam skim perkhidmatan polis, selain daripada gaji-gaji yang termaktub di dalam skim perkhidmatan polis, kerajaan juga telah menyediakan berbagai-bagai faedah dan tabung untuk kebajikan anggota polis dan pesara PDRM.

Misalnya kini kerajaan telah memberi lapan jenis elaun kepada PDRM ini termasuk:

(i) upah jahit pakaian seragam untuk APR dan konstabel tambahan;

(ii) elaun kenaikan bayaran insentif detektif;

(iii) elaun kenaikan bayaran insentif untuk pasukan gerakan khas atau 69 komando;

(iv) elaun kenaikan bayaran insentif teknikal;

(v) elaun kenaikan bayaran pakaian seragam pegawai kanan;

(vi) elaun telefon bimbit bagi pegawai dan anggota PDRM;

(vii) elaun bayaran insentif pemusnah bom; dan

(viii) elaun bayaran insentif penyelam PDRM.

Selain daripada itu, pihak PDRM juga telah mengemukakan 14 lagi cadangan elaun yang sedang dalam pertimbangan dan kajian pihak JPA. Ini belum ada sesuatu keputusan lagi. Selain daripada elaun-elaun, kerajaan juga dengan PDRM telah menubuhkan empat jenis tabung untuk kebajikan PDRM.

Tabung-tabung tersebut termasuk:

(i) kumpulan wang polis;

(ii) tabung kebajikan PDRM;

(iii) tabung amanah perwira; dan

(iv) pertahanan negara dan juga tabung pegawai kanan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Jins Shamsudin membangkitkan mengenai kadar jenayah telah menurun tetapi masih banyak perkara jenayah berlaku

DN 16.5.2006 45

seperti penyeludupan mercun dan senjata api, pembunuhan kejam serta terdapat rakyat Malaysia ditahan di Dubai kerana kesalahan klon kad kredit dan MyKad.

Yang Berhormat Dato’ Senator juga mencadangkan agar polis diberi kuasa untuk menutup premis hiburan yang didapati melanggar peraturan seperti beroperasi melebihi masa dan penggunaan dadah di premisnya.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya memandang serius kejadian jenayah seperti pembunuhan kejam, penyeludupan mercun, senjata api, pemalsuan kad kredit dan lain-lain lagi kegiatan jenayah kerana ia boleh memudaratkan keselamatan dan menggugat ketenteraman awam, jika tidak ditangani dengan segera.

Bagi menangani kes-kes pembunuhan kejam, PDRM telah dan akan terus menjalankan siasatan dengan lebih teliti dan telus dalam memastikan penjenayah-penjenayah bagi kes bunuh tersebut dapat ditangkap dan didakwa dan seterusnya dijatuhkan hukuman yang setimpal oleh mahkamah. Dalam konteks ini, PDRM telah meningkatkan lagi kepakaran Unit Bantuan Teknikal dan Bahagian Forensik PDRM supaya bahan bukti yang dikumpulkan dapat menyabitkan penjenayah tersebut dengan kesalahan yang telah dilakukan.

Hasilnya PDRM telah berjaya mencatat kadar penyelesaian kes bunuh dengan kadar peratusan sebanyak 60% bagi tiga tahun berturut-turut iaitu untuk tahun 2003, 2004 dan 2005. Bagi menangani kes-kes penyeludupan mercun dan senjata api, PDRM serta Unit Pencegahan Penyeludupan akan terus menjalankan risikan, pemeriksaan dan penguatkuasaan di sempadan-sempadan dan pintu masuk-pintu masuk khususnya menjelang musim perayaan untuk membanteras penyeludupan mercun dan bunga api ke dalam negara.

Dalam konteks ini, sebanyak 260 kes berkaitan tangkapan dan rampasan mercun serta bunga api telah diambil tindakan di seksyen 4(2) atau 7(A)(i) atau seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 pada tahun 2005 sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian menafikan fakta yang mengatakan bahawa terdapat rakyat Malaysia ditahan di Dubai kerana kesalahan pengklonan kad kredit. Walau bagaimanapun kementerian sedar akan kewujudan kes-kes pengklonan kad-kad kredit yang melibatkan rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dalam konteks ini, PDRM telah berusaha meningkatkan keupayaan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan dalam mengendali kes-kes berkenaan. Ini termasuklah meningkatkan bilangan anggota pegawai penyiasat, kerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri serta memberikan lebih banyak pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai-pegawai penyiasat melalui in service training supaya penyiasatan yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul.

Tuan Yang di-Pertua, pihak yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen dan menutup premis hiburan adalah Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam konteks ini PDRM hanya bertindak memberi cadangan dan pandangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam proses permohonan kelulusan pembaharuan dan pembatalan serta penutupan premis-premis hiburan yang bermasalah...

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Yang Berhormat, mohon laluan.

Dato' Fu Ah Kiow: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Sharifah Azizah.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak tahu kepada Yang Berhormat sama ada kementerian sedar atau tidak kerana ada juga anggota-anggota PDRM yang berada di pusat-pusat hiburan dalam waktu yang maknanya sudah lebih waktu. Ada tidak tindakan yang telah diambil kepada anggota-anggota PDRM ini. Terima kasih.

Dato' Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua. Bilangan anggota PDRM ialah seramai 98,000 orang iaitu hampir 100,000. Dengan bilangan seramai begitu sudah tentu ada

46 DN16.5.2006

segelintir kecil yang mungkin telah melanggar syarat-syarat termasuk berada di dalam premis-premis yang tidak sepatutnya berada di situ pada masa-masa yang tertentu. Kalau ada anggota polis yang terlibat dan telah melanggari undang-undang mereka akan menghadapi tindakan undang-undang sama dengan rakyat biasa. Pihak PDRM amat memandang berat jika ada anggota polis yang terlibat dalam kegiatan tersebut dan tidak teragak-agak akan mengambil tindakan terhadap mereka.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datin Dr. Hajah Nik Azizah telah membangkitkan berbagai-bagai serbuan yang telah dilakukan oleh pihak polis ke atas premis peniaga kesihatan di seluruh negara yang bertukar menjadi rumah urut dan pusat spa haram yang menjalankan kegiatan maksiat dilihat masih mampu membanteras kegiatan tidak bermoral ini.

Tuan Yang di-Pertua, pihak PDRM mengakui bahawa walaupun banyak serbuan telah dibuat ke atas pusat spa dan pusat kesihatan di seluruh negara yang bertukar menjadi rumah urut namun usaha ini belum dapat dibanteras sepenuhnya. Usaha dan tindakan berterusan akan dipertingkatkan melalui kerjasama agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen premis berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan sekiranya terdapat perkara-perkara lain yang tidak sentuh dalam jawapan saya tadi, pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang

Berhormat yang mewakili Kementerian Pertahanan Malaysia.

3.25 ptg.

Timbalan Menteri Pertahanan [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Senator-senator. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dua Ahli Yang Berhormat iaitu Datuk Soon Tian Szu dan Yang Berhormat Tuan Munusamy a/l Mareemuthu. Kedua-dua ini membangkitkan mengenai PLKN. Satu tentang keselamatan PLKN Siri 1, Tahun 2004 lagi tetapi walau bagaimanapun bagi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di dalam kem. JLKN akan melaksanakan tindakan-tindakan berikut:

(i) memantau pelatih yang bermasalah;

(ii) membuat pemeriksaan yang lebih ketat ke atas pelatih-pelatih terutamanya apabila pelatih keluar masuk semasa menjalankan aktiviti di luar ataupun balik bercuti;

(iii) pelaksanaan pegawai warden ke tempat-tempat strategik di luar waktu latihan; dan

(iv) mewujudkan peraturan, sistem yang terdapat membantu interaksi berkesan di antara jurulatih dan pelatih.

Ini membolehkan pelatih senang menyampaikan maklumat tertentu kepada jurulatih. Perkara ini juga kita menentukan supaya interaksi ini tidak berlaku di luar daripada kem. Dalam masa yang sama kita menjalankan pemeriksaan mengejut sekerap mungkin sama ada pada tempat tinggal dan pakaian serta beg-beg mereka dan memastikan peti-peti cadangan yang disediakan di tempat yang strategik dan mengambil tindakan susulan ke atas semua cadangan dan aduan yang dikemukakan termasuk aduan cadangan oleh pelatih, ibu bapa dan individu yang peka dengan kedudukan PLKN yang berjalan di dalam seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan M. Munusamy tidak dapat mengetahui apakah keperluan yang mesti disediakan supaya lebih ramai iaitu sekurang-kurangnya 4,000 orang yang patutnya layak menyertai PLKN dimasukkan. Saya ingin

DN 16.5.2006 47

menegaskan bahawa sehingga kini bilangan pelatih-pelatih yang dipanggil mengikut PLKN adalah seperti berikut:

Tahun 2004 - 85,000 orang

Tahun 2005 - 85,000 orang

Mulai Tahun 2006 - 95,000 orang

Kemungkinan siri ketiga dalam PLKN ini kita akan tambah. Sejak daripada tahun 2004 dan 2005, kita adakan siri 1, 2, 3. Pada siri yang pertama, kita dapat response daripada pelatih yang kita pilih kehadirannya berkurangan oleh sebab mereka baru mendapat pelepasan daripada SPM tetapi apabila siri ketiga, mereka ini pula telah mendapat pekerjaan ataupun mengikuti keluarga ataupun berpindah tempat menjadikan siri ketiga ini berkurangan dan belajar daripada siri ketiga tahun 2004 dan 2005, siri ketiga dalam tahun 2006 ini kita akan membuat tinjauan dan pilihan daripada pelatih-pelatih yang kita rasa boleh kita ambil terutama yang diminta oleh keluarga mereka yang tidak termasuk dalam pilihan.

Oleh itu Yang Berhormat, saya sangat berterima kasih di atas hasrat untuk menjadikan pelatih ini lebih ramai. Pada hari ini kita hampir mengambil keseluruhan pada setiap tahun dekat 100,000. Tahun 2006 ini kita tingkatkan menjadi 95,000 dan kita juga berhasrat untuk tahun 2007 ini meningkat menjadi 100,000.

Insya-Allah daripada segi kemudahan dalam kem kita mampu adakan. Cuma yang kita tidak dapat adakan ialah peruntukan yang mesti diberi kerana anak-anak pelatih ini selain kita berikan kemudahan tempat tinggal, makan, pakai, keselamatan, kesihatan kita juga beri elaun kepada pelatih-pelatih ini RM100 sebulan. Datang berlatih kita beri elaun RM100. Ini kalau hendak dinilai kepada 85,000 atau 95,000 dan 100,000 ia memakan masa dan kewangan yang agak banyak.

Sekiranya keadaannya baik dan pandangan daripada Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini kemungkinan kerajaan dapat menilai kesungguhan dan prestasi daripada pelatih yang kita telah bawa berlatih dan komitmen ibu bapa serta pemimpin tempatan, sejauh mana investment yang kita hendak berikan kepada anak-anak ini bahawa mereka boleh memberi khidmat ini secara langsung atau tidak langsung kepada kemajuan negara pada masa yang akan datang.

Insya-Allah kalau di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini, planning yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan respons daripada rakyat untuk melihat ada pihak yang boleh mendapat keuntungan, sudah tentu Tuan Yang di-Pertua, PLKN ini adalah investment yang baik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat sedikit pindaan ke atas susunan giliran menjawab. Sepatutnya selepas ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetapi oleh kerana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah pun bersetuju untuk bertukar dengan Kementerian Belia dan Sukan di atas sebab-sebab tertentu dan selepas itu Kementerian Belia dan Sukan bersetuju untuk memberi laluan kepada Kementerian Kerja Raya untuk mendahului kementeriannya di atas sebab-sebab tertentu juga dan sekarang saya menjemput Yang Berhormat yang mewakili Kementerian Kerja Raya untuk memberi jawapan dan selepas ini wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan.

3.17 ptg.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana bagi saya laluan dengan tiada halangan. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyentuh satu perkara mengenai bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Kerja Raya semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Negara Yang Kesebelas. Ahli Yang Berhormat Senator Ir. Hiang A Li telah membangkitkan mengenai keadaan jalan raya dan lebuh raya di sekitar Kuala Lumpur yang sering dilanda banjir kilat.

48 DN16.5.2006

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, berdasarkan daripada laporan kaji cuaca didapati kadar penurunan hujan pada tahun ini adalah tinggi berbanding dengan pada tahun-tahun yang lepas. Sehubungan dengan itu apabila terjadi hujan lebat yang berterusan dalam masa yang agak lama, beberapa batang jalan raya dan lebuh raya akan mengalami banjir kilat di tempat-tempat yang rendah yang menjadi tempat laluan air dan menyebabkan kesesakan lalu-lintas.

Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya senantiasa memantau dan mengambil langkah segera bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan banjir kilat yang berlaku dengan sebaik mungkin dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Parit dan Saliran serta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, sebagai langkah jangka panjang pihak Kementerian Kerja Raya dan JPS telah mengadakan mesyuarat serta memutuskan agar JPS mengemukakan memorandum kepada Jemaah Menteri bagi mendapatkan peruntukan sebanyak RM28 juta untuk pembinaan sekatan, dengan izin, iaitu bund dan kolam takungan air bagi mengelakkan kejadian banjir kilat di kawasan-kawasan yang rendah jika hujan lebat.

Sekatan dan kolam takungan air akan dibina di Shah Alam Interchange, di NKVE, di Lebuh Raya Lembah Klang Utara dan di Laluan Persekutuan 2, di Batu Tiga, Shah Alam. Pembinaannya akan dibuat secepat mungkin sebaik sahaja peruntukan diterima. Itu sahaja makluman daripada pihak Kementerian Kerja Raya yang menyentuh perkara yang berbangkit tentang kementerian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Jawapan daripada seorang jurutera kepada jurutera yang lain... [Ketawa] Terima kasih. Silakan Yang Berhormat yang mewakili Kementerian Belia dan Sukan.

3.20 ptg.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Dato’ Liow Tiong Lai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir dan Yang Berhormat Senator Tuan Wan Nordin bin Che Murat yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan pembangunan belia dan pembangunan sukan semasa membahaskan Usul Titah Diraja.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Musa ingin mendapatkan kepastian kenapa Kementerian Belia dan Sukan tidak menyediakan peruntukan secukupnya untuk Program Belia Benci Dadah di luar bandar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Belia dan Sukan memang telah melancarkan Kempen Belia Benci Dadah secara besar-besaran dengan kerjasama banyak agensi.

Adalah kurang tepat untuk menyatakan bahawa belia-belia di luar bandar ditinggalkan dalam program-program Belia Benci Dadah sama ada dari segi penglibatan dalam program dan juga peruntukan kepada Persatuan Belia Luar Bandar. Peruntukan program-program dan aktiviti Belia Benci Dadah ini diselaraskan melalui Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Daerah. Persatuan-persatuan belia di luar bandar juga bernaung di bawah Majlis Belia Daerah.

Pihak kementerian pada peringkat permulaan pelaksanaan Program Belia Benci Dadah pada tahun 2005 telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Majlis Belia Malaysia atau MBM. Pihak MBM seterusnya menyelaras dan mengagihkan peruntukan kewangan tersebut kepada semua Majlis Belia Daerah bagi membolehkan program tersebut dilaksanakan di peringkat daerah masing-masing.

Fokus pelaksanaan program ini sudah tentunya melibatkan kawasan luar bandar di daerah yang berkenaan, khususnya di kawasan atau kampung yang berisiko tinggi yang telah dikenal pasti. Pada tahun 2006 kementerian ini juga memperuntukkan RM1 juta kepada Institusi Pengajian Tinggi atau IPT yang terlibat dalam pelaksanaan komponen Belia Benci Dadah iaitu “Anda Pilih Bahagia Atau Sengsara”.

Program yang digerakkan oleh pelajar-pelajar IPT ini juga akan memberi tumpuan kepada golongan muda termasuk mereka yang berada di kawasan luar bandar. Selain itu

DN 16.5.2006 49

juga sempena sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2006 baru-baru ini yang berlangsung dua, tiga hari yang lalu, program khidmat masyarakat Belia Benci Dadah dilaksanakan di peringkat negeri masing-masing yang juga melibatkan kawasan luar bandar yang telah dikenal pasti.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, memang dari segi sasaran untuk memastikan belia tidak terjebak dalam masalah dadah, Kementerian Belia dan Sukan amat memerlukan bantuan dan kerjasama pihak berkuasa tempatan kerana kita tahu bahawa pihak berkuasa tempatan dapat mengenal pasti dengan lebih strategik sasarannya dan tempat-tempat atau sarang-sarang dadah ini agar kita dapat menghapuskan dadah dengan habis-habisan. Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, bagi laluan.

Dato’ Liow Tiong Lai: Ya, terima kasih.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Dato’ Musa.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas penjelasan Yang Berhormat tadi tetapi saya ingin tekankan di sini bahawa peruntukan yang lebih untuk diberi kepada persatuan sebab kita lihat pada hari ini Belia Benci Dadah yang dikempenkan oleh kementerian, kita tengok billboard dan pelancaran, saya rasa berjuta-juta ringgit yang dibelanjakan tetapi adakah akan berkesan. Kalau setakat ada billboard dan setakat kita melancarkan secara besar-besaran, padahal kita tinggalkan belia-belia di luar bandar.

Maksud saya itu, banyakan peruntukan sebab kalau kita kata kita melancar, dua, tiga hari lepas satu pelancaran diadakan, berapa ramai belia dari luar bandar boleh datang ke Kuala Lumpur. Mungkin satu bas, mungkin dua bas tetapi alangkah baiknya kita kurangkan peruntukan untuk billboard dan untuk pelancaran secara besar-besaran, tetapi tidak ada guna kalau tunjuk Belia Benci Dadah sebagai satu program besar-besaran, billboard yang begitu banyak tetapi belia-belia di luar bandar tidak akan berkesan. Itu maksud saya. Banyakan peruntukan, banyakan aktiviti. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Liow Tiong Lai: Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Senator berhubung dengan kaedah bagaimana kita hendak memastikan bahawa pencegahan dadah ini dapat dibuat dengan lebih berkesan. Kementerian kami akan mengambil langkah-langkah yang cepat.

Dalam konteks pencegahan penyalahgunaan dadah ini, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa mendapat kerjasama erat daripada Agensi Antidadah Kebangsaan dan juga pelbagai lagi agensi yang lain untuk memastikan kita dapat bergerak dengan lebih baik lagi. Saya akan memastikan bahawa kita akan mendapatkan lebih lagi peruntukan untuk pastikan ia sampai ke akar umbi.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan soalan daripada Yang Berhormat Senator Tuan Wan Nordin bin Che Murat yang ingin mendapatkan kepastian kenapa BAM izinkan dua pemain perseorangan Skuad Piala Thomas Negara yang berlatih secara berasingan daripada lain-lain pemain. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pemain-pemain pasukan badminton negara telah menjalani latihan selama dua minggu sebagai persediaan ke Kejohanan Piala Thomas 2006. Latihan selama dua minggu ini berpusat di Kuching, Sarawak bermula dari 6 hingga 20 April 2006.

Dalam tempoh latihan pusat ini, kesemua pemain negara termasuk dua pemain dari Nusa Mahsuri, Mohd Hafiz Hashim dan Kuan Beng Hong telah menjalani latihan pusat bersama-sama pemain lain di Kuching, Sarawak. Kedua-dua pemain berkenaan sering hadir dan tidak ketinggalan sekiranya dipanggil untuk menjalani latihan pusat dan telah memberi komitmen yang tinggi semasa menjalani latihan dengan pemain-pemain lain di bawah kendalian Persatuan Badminton Malaysia.

Memang benar selain daripada latihan pusat ini, kedua-dua pemain ini memang berlatih secara berasingan. Kementerian memang mengambil berat strategi latihan yang

50 DN16.5.2006

digunakan dan akan mengambil langkah untuk memastikan pemain-pemain badminton kebangsaan kita dapat menggunakan kemudahan latihan yang disediakan oleh Institut Sukan Negara. Kita rasakan bahawa program conditioning perlu dijalankan dengan lebih awal untuk memastikan bahawa pasukan kita memang dapat menghadapi mana-mana cabaran.

Kali ini Thomas Cup memang kita membuat persiapan yang baik. Kita telah pun mempunyai pemain-pemain yang cukup cergas dan juga mahir tetapi tuah tidak berada dengan kita apabila Wong Choong Hann cedera semasa pertandingan suku akhir sehinggakan kita menjejaskan prestasi kita semasa bertanding di peringkat separuh akhir.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan soalan Yang Berhormat Senator Wan Nordin, FAM telah menjemput Singapura dan Brunei untuk turut serta bertanding dalam Liga Bola Sepak Negara dan kenapa pihak FAM bersetuju dengan pihak Singapura yang menetapkan perlawanan di negara itu diadakan di atas padang rumput sintetik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak FAM telah bersetuju dengan Singapura yang menetapkan perlawanan Piala Malaysia di negara itu diadakan atas padang rumput sintetik kerana semua padang rumput asli atau sintetik yang mengikuti spesifikasi FIFA adalah dibenarkan untuk digunakan dalam sesuatu perlawanan rasmi anjuran FAM ataupun FIFA seperti mana yang termaktub dalam peraturan pertandingan FAM/FIFA. Dalam kes ini, padang yang digunakan oleh pasukan Singapura telah disahkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator...

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang Berhormat, minta laluan sedikit.

Dato’ Liow Tiong Lai: Ya, jemput.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Saya hendak berbalik tentang prestasi atlet ataupun ahli-ahi sukan negara kita yang tidak menentu ini, sekejap baik, sekejap tidak baik. Saya hairanlah bila melihat pasukan paralimpik kita ini selalu dapat emas, yang cacat ini selalu dapat emas tetapi yang sihat tubuh badan, yang lengkap, yang ini...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang tidak cacat.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Ya?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang tidak cacat.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang tidak cacat susah hendak dapat emas. Apakah bila patahkan kaki mereka, baru mereka dapat emas... [Ketawa] Saya rasa isunya ialah daya saing. Berlatih macam mana pun kalau team ini tidak diberikan daya saing, dia tidak akan ke mana. Jadi saya hendak tahu sebenarnya apa program daya saing yang diterapkan kepada ahli-ahli sukan negara ini supaya jangan jadi macam yoyo, sekejap naik sekejap turun, sekejap naik sekejap turun. Minta penjelasan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Dato’ Liow Tiong Lai]: Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat tadi. Memang kita tahu bahawa pertandingan di peringkat antarabangsa ini cukup sengit. Kalau kita lihat dari segi kemahiran ataupun kebolehan, kebanyakan pemain ataupun atlet mempunyai kemahiran dan kebolehan yang agak serupa tetapi dari segi pertandingan yang kita jalani sekarang, kebanyakan mereka menggunakan sport science. Menggunakan alat-alat yang canggih, latihan yang cukup canggih dan juga dari segi mental.

Bagi Kementerian Belia dan Sukan, kita mempunyai satu pusat latihan. Institut Sukan Negara yang cukup canggih. Yang mempunyai alat-alat yang cukup baik dan kita memang telah pun memastikan dan juga menggariskan strategi-strategi yang lebih sempurna dari segi mental dan psikologi, dari segi sport science dan juga alat-alat yang dapat membantu atlet kita untuk lebih canggih dan lebih mantap bersaing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, saya yakin dan sekiranya kita maju, memang negara-negara lain yang berlatih juga maju tetapi kita perlu maju dengan lebih cepat lagi. Kita berharap dengan

DN 16.5.2006 51

komitmen daripada semua persatuan atlet dalam negara kita bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan, dan kita yakin sukan negara kita akan lebih mantap lagi.

Tuan Ismail bin Kasim: Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Liow Tiong Lai: Ya, jemput.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Ismail bin Kasim.

Tuan Ismail bin Kasim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat, di atas laluan yang diberikan. Saya bersama dengan sahabat saya Dr. Puad bersetuju bahawa kalau kita lihat kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri, saya ingat semalam atau dua hari yang lepas, kegagalan single kita adalah disebabkan tidak menggunakan pakar psikologi daripada Institut Sukan Negara dan sebagainya.

Jadi, Yang Berhormat kebetulan sepanjang perlawanan Piala Thomas berada di Tokyo bersama-sama dengan skuad negara, kita lihat kalaulah single negara tidak menggunakan atau membuat perkara yang bertentangan seperti yang diarahkan oleh menteri, kita berharap pada masa-masa yang akan datang, pemilihan jurulatih yang kita bawa masuk untuk melatih single biar berada dalam keadaan seimbang.

Kita lihat, single yang ketiga, walaupun kita ada masalah kecederaan yang berlaku, menyebabkan single kedua negara tetapi single ketiga negara yang diturunkan seolah-olah tidak ada preparation dari segi mental dan juga smart fighting spirit, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Seolah-olah masuk hanya untuk memperlengkapkan jadual perlawanan.

Rata-rata rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung pada masa berkenaan, merasakan seolah-olah kita menurunkan seorang yang pengecut bertarung di dalam gelanggang. Semua orang rasa frust. Budak-budak menangis. Rakyat Malaysia berminat yang dalam hati, kalau kita ada semangat juang yang tinggi, kita tidak ada masalah untuk kita menerima sebarang kekalahan. Kalau itu yang memang ditakdirkan.

Saya rasa Yang Berhormat boleh bagi penjelasan kepada peminat-peminat badminton yang sememangnya amat mengharapkan satu suasana, satu keadaan yang walaupun kita kalah, kita berlawan dengan semangat juang yang tinggi, kita tidak ada masalah tetapi ini seolah-olah masuk gelanggang, Kuan Beng Hong kita sudah nampak dia akan kalah. Nampak sangat akan kalah. Sebab itulah, Denmark dari segi strateginya, cukup hebat. Dia menurunkan single yang boleh memenangi perlawanan. Adakah kerana kontinjen kita tidak membuat persiapan dari segi tactical ketika kita berada dalam saat-saat kritikal seperti itu. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini?

Dato’ Liow Tiong Lai: Terima kasih Yang Berhormat. Memang mengikuti dengan begitu tepat sekali perlawatan Piala Thomas. Memang peminat badminton negara. Saya memang mengikuti perlawanan ini di peringkat suku akhir dan juga separuh akhir dan berada bersama-sama dengan pemain di Jepun pada masa itu. Pada masa itu, apabila Chun Han cedera, kita memang sangat mengharapkan Beng Hong yang ketika ini dapat bermain dengan baik dan pada hari itu, pertunjukan Beng Hong memang tidak dapat menunjukkan tahap yang sebenarnya.

Permainan Beng Hong sepatutnya lebih aktif, lebih cepat. Bukan seperti yang ditunjukkan pada masa itu. Terlalu defensive dan dipermainkan oleh pihak lawan. Beng Hong yang kita letakkan itu memang sebagai seorang pemain ketiga yang dianggap kurang berpengalaman dari segi pendedahan, dan pada masa itu perlu menyerap tekanan yang begitu besar untuk memenangi sukan negara. Saya rasa, dia tidak dapat menahan tekanan tersebut, dan saya setujulah bahawa dari segi psikologi dan mental pemain-pemain kita ini perlu dipertingkatkan.

Salah satu lagi, juga dari segi stamina. Apabila saya berada di sana, saya lihat pemain-pemain Denmark yang umurnya jauh lebih tinggi daripada pemain kita yang muda, 23, 24 tahun tetapi mereka sudah dekat 30 tahun, masih lagi stamina pemain lawan itu lebih baik daripada stamina pemain-pemain kita. Ini memang kita rasa banyak perlu kita

52 DN16.5.2006

buat apabila kita berlatih dalam negara kita. Saya dan Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan beberapa perundingan, dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina....

Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta laluan?

Dato’ Liow Tiong Lai: Boleh. Kejap ya... Datuk Azalina juga telah mengambil langkah-langkah mengambil coache, jurulatih dan juga pemain, untuk kita menganalisa bagaimana untuk memperbaiki persiapan kita kali ini. Sila.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’ Hajah Saripah.

Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Terima kasih Timbalan Menteri. Setujukah kalau saya kata, pemain-pemain Thomas Cup yang telah memberi kita satu gambaran yang hebat sebelum bertolak, cuma mampu untuk tahu, setakat quarter final sahaja mereka boleh masuk. Mereka tidak jangka mereka nak masuk semi final. Sebab itulah pertunjukan semi final itu, was one of the worst that kita boleh dapati daripada kita punya pemain tetapi dia punya quarter final, walaupun kita takut Hafiz kalah, tetapi alhamdulillah, Hafiz menang. Setuju tak tentang perkara ini?

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, Yang Berhormat, tolong jawab. Boleh saya tambah. Sekali ya Tuan Yang di-Pertua? Boleh ya?

Timbalan Yang di-Pertua: Boleh Yang Berhormat, beri laluan?

Dato’ Liow Tiong Lai: Kira boleh, sekali.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Baik, terima kasih. Yang Berhormat, selalunya biar Piala Thomaskah, apa sahajalah? Kalau kita kalah. Baru-baru ini, Piala Thomaslah kita tak boleh masuk final. Maka kementerian akan mengatakan bahawa kita akan memperbaiki, maka kita akan mengadakan latihan yang baik. Saya dok dengar cerita ini, dah lama dah. Sebenarnya kita tidak ada, kementerian ini tidak ada satu program yang betul-betul mencari pelapis.

Kita lihat hari ini, kalau Piala Thomas, kalau seorang sakit, kita sudah kelam-kabut. Kenapa kementerian tidak ada satu program cari pelapis? Pelapis biar datang, biar dari luar bandar. Bukan dari Kuala Lumpur sahaja. Boleh jadi, dari seluruh Malaysia kita ada. Mungkin di Terengganu, mungkin di Kelantan tetapi, tidak ada pelapis. Inilah masalah kita. Dan apabila kita kalah Piala Thomas ini, menteri akan membuat alasan bahawa, akan menyalahkan BAM, akan menyalahkan orang itu, akan menyalahkan orang ini. Sepatutnya, kementerian salahkan diri sendiri kerana tidak ada pelapis dalam pemain di Malaysia... [Tepuk]

Tuan Chiam Yong Tee: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.

Tuan Ismail Kasim: Okey, sekali, tiga sekali Yang Berhormat? Selepas itu Yang Berhormat jawab sekali.

Timbalan Yang di-Pertua: Empat sekarang Yang Berhormat. Ada dua lagi.

Dato’ Liow Tiong Lai: Empat.

Timbalan Yang di-Pertua: Adakah Yang Berhormat benarkan laluan? Sila.

Tuan Ismail Kasim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Selain daripada badminton, Yang Berhormat juga bangkitkan soal bola sepak tadi. Saya rasakan, kalau terlalu banyak alasan kita berikan, termasuk Yang Berhormat Menteri Datuk Azalina pun bentang di Dewan yang mulia ini, kita mahu melahirkan acuan pemain yang daripada rakyat negara kita ini. Kita kata, kalau kita lahir striker, striker kita yang handal daripada rakyat Malaysia tetapi, kita merasakan, saya lihat skuad Singapura bawah 23, yang baru ditewaskan oleh Perlis baru-baru ini, di Kangar dalam separuh akhir Piala F.A. Bukan saya nak eksyen Tuan Yang di-Pertua, tetapi nak bagi tahu, tiga pemain import.

Pemain yang ada, yang diberi taraf kerakyatan. Bukan daripada rakyat Singapura. Saya sempat berbual dengan saudara Fandi Ahmad, coach yang kebetulan sahabat lama

DN 16.5.2006 53

dahulu. Striker dia kelahiran China, dua orang kelahiran negara Afrika yang diambil menjadi warga Singapura ketika berumur 16 tahun. Dia pergi pasukan FAS. Persatuan Pasukan Bola Sepak Singapura ini, pergi ke Afrika cari pemain yang berbakat yang berada di peringkat remaja. Kemudian dia bagi kerakyatan, dia bawa balik menjadi skuad pelapis Singapura dan kita lihat mereka semakin meningkat, semakin meningkat.

Dalam jangka masa yang pendek, kita juga perlukan kejayaan. Janganlah setiap kali kita kalah, kita bagi pelbagai alasan, saiz, fizikal dan sebagainya. Kita lihat pertandingan Piala UEFA yang baru-baru ini kelab daripada Sepanyol, yang lawan dengan Middlesbrough daripada England, kecil-kecil sahaja pemain dia. Tidak besar saiz. Middlesbrough semua saiz fizikal yang tinggi, hebat, besar, tetapi dengan skil yang ada, dia kita nampak, permainan itu dikuasai sepenuhnya daripada kelab Sepanyol.

Jadi jangan kata saiz bukan halangan dalam kita membentuk satu pasukan yang mantap. Jadi, alasan-alasan ini, untuk kejayaan sementara jangka pendek dan jangka panjang kita perlu juga ambil pemain luar yang kita bagi pemastautin tetap, yang boleh mewakili negara. Saya sudah bercakap berkali-kali, tetapi kita, memang kita takut tak ada sense of belonging, dengan izin, sense of participation. Dan banyak sense lagi Tuan Yang di-Pertua tetapi bila kita nak tunggu kejayaan, kecemerlangan, kegemilangan kita dalam dunia bola sepak ini?

Kementerian harus berbuat sesuatu untuk kita dapat kejayaan dalam jangka masa pendek yang kita semua nak tengok. Jangka masa panjang ada, tapi biar berterusan program ini dan tak putus. Walaupun kita berjaya sekali menjadi juara dunia, mungkin disebabkan masalah tertentu, kemudian kita akan hilang, hilang, hilang, hilang seperti yang berlaku dalam sukan squash dan sebagainya...

Tuan Chiam Yong Tee: Minta laluan.

Dato’ Liow Tiong Lai: Akhirlah ya, kerana nak kena..

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Chiam.

Tuan Chiam Yong Tee: Okey, baik terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sebelum daripada itu, ini pertama kali Yang Berhormat memberi jawapan di Dewan Negara?

Dato’ Liow Tiong Lai: Ya, pertama kali.

Timbalan Yang di-Pertua: Kali pertama ya? Silakan Yang Berhormat.

Tuan Chiam Yong Tee: Baiklah. Inilah perkara kekalahan Korea Selatan. Jadi kekalahan teruk kita, saya nampak mungkin kerana BAM itu terlalu yakin pada persembahan pemain-pemain perseorangan kita. Jadi sampailah latihan, dari segi latihan, dari segi persediaan, tidak cukup. Jadi, kita nampak keputusannya terbalik. Kita kalah semua pertandingan perseorangan tetapi pertandingan beregu itu, kita menang. Jadi, kenapa? Inilah kerana kita over confident. Jadi, persediaan itu tidak cukup. Setujukan Yang Berhormat tentang pandangan saya itu?

Dato’ Liow Tiong Lai: Terima kasihlah kepada semua Ahli Yang Berhormat yang amat prihatin terhadap pembangunan sukan dalam negara kita. Kerajaan, terutama sekali kementerian, bukan kita nak berdolak-dalik, menuding jari, apabila kita kalah tetapi yang penting, kita telah belajar dari kekalahan apabila kita kalah teruk semasa di Olimpik.

Kerajaan telah mengambil iktibar dan telah mewujudkan Jawatankuasa Kabinet Sukan, pembangunan sukan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri, dan daripada itulah kita lihat pembangunan sukan dalam negeri itu lebih sistematik, pembangunan sukan dalam negara itu lebih mempunyai peruntukan yang besar dan juga mendapat sokongan yang lebih ramai dan kita juga mempunyai banyak, memang mempunyai banyak program untuk kita adakan dari segi strategi jangka panjang dan juga jangka pendek.

Kita telah mengadakan program cari champion, mengadakan pasukan-pasukan pelapis dan saya yakin melalui wujudnya lapan sukan teras yang telah diwujudkan kita telah

54 DN16.5.2006

mewujudkan, membantu permainan sukan di peringkat-peringkat negeri. Kalau dulu sukan di peringkat negeri dikendalikan oleh kerajaan negeri dan selalunya kementerian pusat jarang dapat berkoordinasi dan mengambil langkah yang efektif untuk membantu negeri tetapi dengan adanya Jawatankuasa Kabinet yang diwujudkan, maka kita sudah dapat selaraskan seluruh negara termasuk Sabah Sarawak dan kita dapat kerjasama yang erat daripada kerajaan negeri dan juga mengadakan lapan sukan teras sekretariat yang ini semua negeri untuk membantu memastikan atlet-atlet kita dan juga pemain kita itu di peringkat akar umbi lagi diberi pendedahan dan juga latihan yang secukupnya.

Oleh itu Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak balik kepada Piala Thomas ini. Memang sasaran kita kalau tahun 2004 kita kalah teruk, suku akhir pun kita sudah kalah. Kita tidak masuk suku akhir tetapi kali ini kita memang telah membuat persiapan yang baik dan kita memang berazam hendak masuk ke final untuk mendapatkan piala tersebut dan kali ini kita masuk semi final. Saya rasa pemain kita memang mempunyai kemahiran dan juga kebolehan yang cukup baik, sama baik dengan negara China kalau kita boleh bandingkan. Oleh itu, persembahan perseorangan yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi memang kita di luar jangka, orang kata di luar jangka dan tidak tahu apa silapnya dan kementerian telah pun mengambil langkah untuk memastikan bahawa kalau boleh kita mengadakan latihan yang sekali, yang bersekali bukan berasingan yang telah ditanyakan.

Soalan pokok asalnya, soalan asalnya iaitu mengapa pemain kita mempunyai latihan yang berasingan dan memang kita telah pun berbincang mengambil langkah-langkah yang drastik untuk mencari jalan bagaimana untuk memastikan latihan-latihan berpasukan itu akan lebih efektif untuk membantu atlet-atlet kita. Saya ucap terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah pun...

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Yang Berhormat, minta laluan sedikit.

Dato' Liow Tiong Lai: Ada lagi?

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Sedikit sahaja.

Dato' Liow Tiong Lai: Akhir, last one?

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Ya, terima kasih. Saya ingin memberi pandangan sedikit serta mendapat komen serta pandangan daripada Yang Berhormat bahawa dalam mana-mana pertandingan khusus kepada kali ini, kita mengambil pertandingan ini di peringkat Piala Thomas. Atlet-atlet kita bukan sekadar pergi lawan ataupun membawa perlawanan badminton sahajakah, bola sahajakah, bowling sahajakah, tenis skuasy dan sebagainya. Ia membawa satu imej bendera Malaysia, nama Malaysia itu yang penting. Apabila dia tewas di sana, di atas komen yang telah diberi oleh Yang Berhormat Menteri sendiri bahawa sikap dan teladan yang ditunjuk kepada masyarakat di negara kita ini tidak membawa satu semangat Malaysia boleh.

Dia membawa satu pandangan bahawa sebagaimana yang dikatakan oleh rakan Yang Berhormat Tuan Ismail Kasim tadi bahawa masuk dalam gelanggang sahaja sudah nampak kalahnya. Ini jangan kita fikirkan bahawa dia mewakili band ataupun persatuan badminton, dia mewakili dan membawa semangat rakyat Malaysia dan bukan sekadar itu sahaja, dia merupakan idola kepada pertumbuhan atlet-atlet yang baru. Dia membawa satu program kepada rakyat kita bahawa mereka adalah idola kepada budak-budak yang akan bertumbuh untuk menubuh memberikan bakat-bakat yang baru. Dan juga selain daripada itu, ianya boleh membawa satu program yang baik kepada keseluruhan belia-belia yang akan datang iaitu program kesihatan.

Dari segi sudut itu juga, kita telah menjimatkan budaya-budaya kesihatan, budaya-budaya yang mencemarkan penyakit-penyakit yang datang akibat tanpa bersukan ini. Jadi kita kena lihat dari segi menyeluruh program yang telah dibentuk oleh kementerian ini. Adakah mereka gagal di dalam membentuk program ini, bukan sekadar memasuki pertandingan sahaja yang membawa bendera tetapi keseluruhannya yang membawa satu masyarakat yang bersukan, yang baik di peringkat antarabangsa. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Liow Tiong Lai: Terima kasih Yang Berhormat, memang sukan ini merupakan maruah bangsa dan negara. Kita apabila bertanding bukan untuk diri kita

DN 16.5.2006 55

adalah untuk negara kita dan memang saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat kita perlu mengambil langkah yang drastik untuk memastikan kecemerlangan dalam bidang sukan di negara kita dapat ditingkatkan lagi.

Untuk makluman Yang Berhormat, memang dari Kementerian Belia dan Sukan kita akan pastikan melalui Majlis Sukan Negara dan juga Institut Sukan Negara yang diwujudkan ini, kita harap dapat mewujudkan lebih banyak lagi pusat-pusat latihan dan juga mengadakan lebih banyak lagi kursus-kursus latihan jurulatih. Dari segi Thomas Cup ataupun jurulatih badminton kita, kita mempunyai jurulatih yang terbaik dalam dunia. Oleh itu, saya rasa sistem kejurulatihan kita memang baik dan juga diikuti oleh banyak negara. Saya harap dengan langkah-langkah drastik yang akan diambil, kita dapat terus memantapkan lagi sukan dalam negara kita.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan serta memberi pandangan dan nasihat atas isu-isu berkenaan belia dan sukan dalam sesi perbahasan Usul Titah Diraja kali ini. Kementerian ini amat komited dengan tindakan dan usaha untuk mendapatkan belia di arus pembangunan perdana dan juga ingin menaikkan prestasi sukan negara ke tahap yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat yang mewakili Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

3.52 ptg.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi [Dato' Shaziman bin Abu Mansor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada tiga orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Senator Tuan Lee Sing Chooi, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Yang Berhormat Senator Dato’ Musa bin Sheikh Fadzir yang sudi berkongsi pandangan dan cadangan menyentuh bidang tugas Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sepanjang sesi Usul Menjunjung Kasih dan perbahasan Titah Diraja 2006.

Mengikuti sesi perbahasan yang telah berlangsung dari 8 hingga 15 Mei, berbagai-bagai isu penting dan cadangan bernas telah diutarakan yang akan diberi perhatian serius oleh kementerian ini. Secara keseluruhannya, antara isu-isu berkaitan kementerian yang telah menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau boleh saya rumuskan adalah merangkumi isu kenaikan tarif elektrik, bayaran kepada IPP, liputan telefon bimbit, perkhidmatan jalur lebar, iklan televisyen dan pemantauan kandungan filem.

Dari segi pertamanya, saya ingin menyentuh tenaga, kenaikan tarif elektrik dan bayaran kepada IPP. Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Senator Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir telah membangkitkan dua isu iaitu mengenai kenaikan tarif elektrik dan bayaran TNB kepada syarikat penjana bebas, IPP Independent Power Producer, dengan izin.

Sukacita saya memaklumkan bahawa kenaikan tarif elektrik yang bakal dicadangkan kelak akan mengambil kira kesan ke atas golongan berpendapatan rendah. Struktur tarif elektrik akan ditetapkan dengan cara mana di mana minimum life time band, dengan izin, akan mengambil kira penggunaan elektrik untuk keperluan asas bagi golongan berpendapatan rendah. Pengguna-pengguna yang berada dalam golongan minimum life time band tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif dan tarif elektrik yang sedia ada iaitu 21.8 sen kilowatt akan dikekalkan dan sekiranya ada kenaikan pun kenaikannya adalah begitu minimum sekali.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pembayaran kepada IPP saya ingin memaklumkan bahawa sebanyak lebih kurang RM6.04 bilion telah dibelanjakan oleh TNB sebagai pembayaran kapasiti dan pembayaran tenaga kepada IPP pada tahun 2005. Dalam hubungan berkaitan, sukacita saya maklumkan bahawa kementerian juga sedang menjalankan kajian terhadap harga jualan elektrik oleh IPP kepada Tenaga Nasional Berhad. Isu komunikasi, liputan telefon bimbit. Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Senator Tuan Lee Sing Chooi...

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, boleh?

56 DN16.5.2006

Dato' Shaziman bin Abu Mansor: Sila.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya Dato’ Musa.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terima kasih atas jawapan Yang Berhormat tadi, tetapi kenaikan tarif elektrik ini, kalaulah ada perbincangan dengan pihak pembekal tenaga iaitu IPP kalau apakah kalau kementerian boleh kurangkan bayaran mereka ini mungkin dengan bijaksana kementerian Yang Berhormat supaya IPP ini dapat mengurangkan bayaran ataupun tenaga yang hendak mereka juga kepada TNB ini dikurangkan sebab kita baca akhbar baru-baru ini tenaga sudah berlebihan menteri sendiri kata tetapi kalau boleh kurangkan ini maknanya saya rasa kita jangan bebankan rakyat, maknanya tarif elektrik ini tidak patut naik. Jadi kalau kita boleh, jangan kita hendak jaga kepentingan beberapa orang korporat, maka kita hendak bebankan rakyat, itu maksud saya. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat sebagaimana Yang Berhormat membaca sendiri dalam surat khabar bahawa reserve margin kita adalah agak tinggi, 40% dan sebagaimana yang Yang Berhormat Menteri telah menyatakan dia akan cuba menurunkan rizab margin tenaga kita kepada peringkat 20% dan berhubung dengan perjanjian pembelian tenaga dengan IPP, Independent Power Producer ini, kita sebagai sebuah negara yang berdaulat kita perlu menghormati perjanjian yang telah dimeterai antara Tenaga Nasional dengan pihak IPP. Walau bagaimanapun pihak kementerian berusaha berjumpa dengan IPP ini, Independent Power Producer ini supaya memikirkan bagaimana mereka boleh mengurangkan harga kapasiti caj yang mereka kenakan dengan Tenaga Nasional.

Salah satu cara yang kita fikirkan adalah mungkin memanjangkan lagi tempoh PPA mereka. Kalau tempoh PPA mereka selama ini 21 tahun, kita boleh fikir apa terjadi selepas 21 tahun apabila tamat PPA itu, apakah mereka hendak tutup IPP mereka. Kita fikir kita boleh panjangkan lesen mereka tetapi kita minta mereka turunkan harga yang mereka jual kepada tenaga. Inilah langkah-langkah yang cuba dilakukan oleh kementerian ini untuk memastikan bahawa tenaga tarif di negara kita ini kekal pada tahap yang kompetitif.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Lee Sing Chooi telah menyentuh isu liputan telefon bimbit dan perkhidmatan jalur lebar yang masih kurang memuaskan di beberapa kawasan di seluruh negara. Kementerian menyedari bahawa liputan telefon bimbit di beberapa kawasan terutamanya kawasan luar bandar agak kurang memuaskan. Bagi menangani masalah ini, kerajaan telah menetapkan supaya liputan perkhidmatan telefon bimbit diperluaskan ke seluruh negara. Dalam melaksanakan matlamat ini, satu program yang dikenali sebagai ’Time to E2’ telah diperkenalkan untuk dilaksanakan pada tahun 2005 dan 2006. Di bawah program ini, sebanyak 1650 menara telekomunikasi ataupun struktur telekomunikasi baru akan dibina di seluruh negara untuk penggunaan bersama, shared infrastructure oleh ketiga-tiga syarikat pemberian perkhidmatan.

Berhubung dengan perkhidmatan jalur lebar, Tuan Yang di-Pertua bagi isu perkhidmatan jalur lebar yang turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Lee Sing Chooi, sukacita saya jelaskan bahawa kementerian amat peka mengenai keperluan menyediakan rangkaian jalur lebar telekomunikasi secara menyeluruh ke seluruh negara, baik di bandar mahupun di luar bandar. Berdasarkan keperluan tersebut, pelan jalur lebar negara yang telah diperkenalkan pada akhir tahun 2004 merupakan satu strategi untuk meningkatkan penyediaan infrastruktur, internet berkapasiti tinggi atau jalur lebar di negara ini.

Tumpuan utama pelan tersebut adalah untuk mewujudkan paras kritikal, critical mass dengan kadar penatrasi isi rumah bagi jalur lebar sebanyak 23% pada tahun 2006 dan 50% pada tahun 2008. Sehingga Mac 2006, jumlah pelanggan perkhidmatan jalur lebar di negara ini adalah seramai 576,000 yang bersamaan dengan penembusan isi rumah sebanyak 10%. Di bawah pelan tersebut, usaha akan ditumpukan kepada dua inisiatif utama iaitu:

(i) penglibatan kerajaan bagi menghubungkan komuniti terpilih untuk menggalakkan permintaan. Antara komuniti yang

DN 16.5.2006 57

disediakan untuk kemudahan internet ialah jabatan-jabatan kerajaan, sekolah-sekolah, universiti dan institusi penyelidikan, hospital dan klinik, perpustakaan dan pusat internet komuniti; dan

(ii) penglibatan sektor swasta bagi menawarkan perkhidmatan internet. Antara strateginya ialah memperkenalkan rangka kerja regulatory yang bersesuaian dan menyediakan insentif-insentif kewangan sebagai rangsangan untuk menggalakkan penyediaan infrastruktur jalur lebar untuk pihak swasta.

Dalam hubungan ini, antara tindakan yang sedang diambil oleh kementerian ialah meminda peraturan-peraturan komunikasi dan multimedia, pemberian perkhidmatan sejagat 2002 bagi membolehkan penyediaan infrastruktur jalur lebar dibiayai oleh dana pemberian perkhidmatan sejagat, universal service provision fund atau dengan kata ringkasnya USP. Dengan pindaan peraturan tersebut, penyediaan infrastruktur jalur lebar di kawasan luar bandar akan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, mengenai masalah connectivity yang tidak memuaskan. Sememangnya kementerian sentiasa berusaha bagi memastikan penyediaan perkhidmatan, memantapkan lagi kualiti perkhidmatan jalur lebar yang dikekalkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti sambungan bagi perkhidmatan internet jalur lebar seperti jumlah trafik internet dalam sesuatu masa dan juga kualiti kabel talian di kawasan-kawasan tertentu. Selain daripada itu, spesifikasi komputer pengguna dan peralatannya juga turut mempengaruhi prestasi capaian internet jalur lebar di premis pengguna.

Iklan televisyen Tuan Yang di-Pertua. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Senator Datuk Jins Shamsudin mengenai penghasilan iklan televisyen pada hari ini yang dikatakan tidak lagi melalui proses made in Malaysia atau MIM. Saya ingin memaklumkan bahawa iklan televisyen masih lagi tertakluk kepada made in Malaysia seperti diperuntukkan di bawah Akta FINAS 1981. Soalan ini perlu dirujuk kepada FINAS, badan yang bertanggungjawab ke atas made in Malaysia. Kementerian yang terlibat dengan penapisan iklan terutamanya yang disiarkan di stesen TV swasta pula ialah Lembaga Penapisan Filem dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Pemantauan kandungan filem...

Datuk Jins Shamsudin: Yang Berhormat, saya minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maksud saya, bila mengatakan ada beberapa iklan yang tidak lagi mengikut peraturan MIM kerana ada di antaranya tidak melalui proses yang sedia ada. Kebanyakan mereka terus pergi kepada kondisi. Oleh kerana itu, mereka membuat iklan yang datang daripada luar negara termasuk daripada Thailand, Hong Kong, Indonesia dan sebagainya. Membuat iklan di dalam kawasan MDC. Jadi oleh kerana itu mereka tidak memerlukan mendapatkan kelulusan daripada MIM. Ini di antara sebabnya. Kalau mereka buat iklan itu di luar daripada kawasan ini, memang melalui MIM.

Jadi oleh kerana itu, kita harus ada satu peraturan iklan. Hendaklah menggunakan peraturan MIM, kerana di dalam banyak iklan yang kita lihat di televisyen hari ini tidak melalui MIM kerana ada di antara iklan yang tidak melalui MIM FINAS. Terima kasih.

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih. Sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat ini, saya ingin nyatakan bahawa bagi pihak kementerian ini. Kementerian ini walaupun dipertanggungjawabkan terhadap TV swasta, kementerian ini memastikan bahawa segala siaran yang hendak disiarkan oleh TV swasta memiliki atau mempunyai sijil ‘B’ yang dikeluarkan oleh FINAS ataupun Kementerian Dalam Negeri. Bila syarikat-syarikat TV swasta ini ada sijil ‘B’ ini, maka mereka dibenarkan menyiarkan program mereka tetapi bagi mereka memiliki sijil ‘B’ untuk membuat sebarang siaran filem, mereka perlu melalui proses yang diluluskan oleh FINAS ataupun Kementerian Dalam Negeri. Jadi sebab itu dari segi iklan itu sama ada luar negeri atau dalam negeri, saya tidak dapat menjawabnya.

58 DN16.5.2006

Tuan Yang di-Pertua: Bukan bidang tanggungjawab kementerian Yang Berhormat?

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Ya, saya tidak dapat menjawabnya Tuan Yang di-Pertua, kerana bagi pihak kami, kementerian, asalkan setiap siaran filem ataupun iklan yang mereka keluarkan itu, mereka mempunyai sijil ‘B’, maka kami akan benarkan. Jadi bagaimana kaedah mereka dapat sijil ‘B’ itu, saya tidak pasti cuma saya difahamkan sijil ‘B’ itu mereka dapati daripada FINAS dan Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Bila Yang Berhormat berpeluang berucap semula, khususkan persoalan itu kepada perkara sijil ‘B’.

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Sijil ‘B’ tetapi walau bagaimanapun suka juga saya maklumkan kepada Dewan Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang ada siaran secara langsung dari luar negeri. Katakanlah English League Premier, siaran bola sepak. Siaran itu siaran langsung, tapi dalam itu ada slot selama 30 saat, 20 saat, dah termasuk sekali iklan luar negeri itu dalam slot itu. Jadi kadang-kadang pihak TV tidak mampu untuk membuat pemotongan dalam kadar yang begitu cepat sebab online. So ini perkara-perkara yang kadang boleh menjejaskan siaran TV yang berlakunya iklan yang mungkin merupakan iklan daripada luar negara. Pemantauan kandungan filem Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Jins Shamsudin, ini orang lama, sebab itu dia tanya banyak pasal filem. Juga telah membangkitkan isu mengapa aktiviti pemantauan kandungan dan penapisan filem oleh Jawatankuasa Pemantau...

Tuan Yang di-Pertua: Bermakna lamanya era analog, bukan era digital.

Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Dia zaman James Bond dulu-dulu. Memantau dan LPN begitu lemah sehingga boleh meluluskan beberapa iklan dan filem yang tidak selari dengan nilai-nilai budaya dan bangsa Malaysia seperti filem Sepet, dan filem Lelaki Komunis Terakhir.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, setiap filem, drama, dokumentari dan iklan yang disiarkan di stesen televisyen swasta yang perlu melalui proses penapisan kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem. Ini yang seperti mana saya nyatakan tadi. Mereka terpaksa melalui proses penapisan dari Lembaga Penapisan Filem sebelum disiarkan.

Jawatankuasa Penyelarasan Pemantauan siaran televisyen dan radio awam dan swasta di bawah kementerian ini tidak terlibat dalam meluluskan iklan dan filem untuk tayangan. Jawatankuasa ini bertindak sebagai saluran dua hala untuk memastikan pematuhan terhadap dasar kerajaan dan juga mendengar pendapat industri untuk pertimbangan kerajaan.

Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat inilah sahaja penerangan yang dapat saya berikan untuk sesi kali ini. Kementerian mengambil maklum segala isu dan cadangan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan tindakan susulan akan diambil dengan kadar yang segera. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

4.07 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Tuan Ng Lip Yong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terdapat dua persoalan sahaja bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa perbahasan Titah Ucapan Diraja.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Jins Shamsudin yang telah mencadangkan supaya Malaysia mencontohi langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Emeriah Arab Bersatu di dalam membangunkan kawasan perindustrian di Dubai yang nyata telah berkembang dengan pesatnya. Izinkan saya berikan jawapan ke atas perkara yang telah dibangkitkan itu.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan bersedia untuk mempelajari dari pengalaman negara-negara lain termasuk Emeriah Arab Bersatu. Dalam usaha membangunkan sektor

DN 16.5.2006 59

perindustrian negara. Kerajaan sedar akan pembangunan di negara Emeriah Arab Bersatu yang menawarkan peluang-peluang pelaburan yang menarik melalui penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan yang moden. Selain itu, Kerajaan Emeriah Arab Bersatu menawarkan pelbagai insentif bagi menarik pelaburan di zon bebas. Galakan yang diberikan oleh Malaysia merangkumi pelaburan dalam sektor-sektor perkilangan, pertanian, pelancongan, termasuk perhotelan, perkhidmatan diluluskan serta aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan, latihan dan pemeliharaan alam sekitar.

Antara galakan yang diberikan dalam sektor perkilangan adalah insentif cukai bagi projek perkilangan. Insentif untuk menempatkan semula aktiviti perkilangan ke kawasan-kawasan yang digalakkan. Insentif bagi projek perkilangan berskala kecil, insentif bagi projek berteknologi tinggi, insentif bagi projek strategi, insentif khas bagi industri terpilih dan insentif-insentif tambahan lain seperti elaun infrastruktur, potongan bagi penggalakan eksport dan elaun pelarasan perindustrian. Insentif yang diberi oleh Malaysia adalah setanding atau lebih menarik berbandingan yang diberikan oleh Dubai untuk menarik pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Walau bagaimanapun kerajaan sentiasa bersedia, mengkaji dan memperbaiki pakej galakan yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai saranan dan cadangan Yang Berhormat Senator Tuan Lee Chee Keong tentang...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya tertarik dengan perkara menarik minta dan penggalakan ini. Sebab umumnya kalau kita henak tarik minat orang, kalau kita hendak galakan orang datang, dia adalah imbangan di antara banyak mana yang boleh, banyak mana yang tidak boleh. Kalau lebih banyak, ini tidak boleh, itu tidak boleh, siapa nak datang? Dan kalau itu boleh, ini boleh, lagi banyak boleh, lagi orang minat datang. Jadi kalau menyusun dasar, kita asyik dengan hendak kenakan yang tidak boleh, saya ingat boleh laung-laungkan sahaja nak tarik minat atau nak galakkan orang.

Tuan Ng Lip Yong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetujulah. Dan selain daripada itu, ..

Tuan Yang di-Pertua: Sebab itu dikatakan liberalisasi.

Tuan Ng Lip Yong: Kita ada juga infrastruktur undang-undang yang begitu baik dan tenaga manusia yang berkualiti dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai saranan dan cadangan Yang Berhormat Senator Tuan Lee Chee Keong tentang usaha-usaha untuk mempromosi produk halal Malaysia di pasaran luar negeri serta kerjasama dengan kerajaan negara rakan perdagangan. MITI dan agensi mengadakan program-program promosi di luar negara terutama pameran antarabangsa seperti Euro Halal, MIHAS dan misi pemasaran khas termasuk OIC Trade Exhibition pada bulan Jun 2005 yang berjaya menghasilkan nilai jualan sebanyak RM65.6 juta. Pameran di Euro, Euro Halal Trade Exhibition di Paris pada Jun 2005 juga dan MIHAS, Matrade Trade Matching Proggramme pada Julai 2005 yang telah menghasilkan jualan bernilai RM217 juta yang berjaya menarik penglibatan 332 syarikat asing. Dan misi pemasaran khas ke negara China yang telah menghasilkan jualan sebanyak RM52.19 juta.

Antara program-program galakan tahun 2006 pula ialah misi pelaburan khas ke Eropah dan Australia. Misi pemasaran khas ke Asia Barat, Eropah dan China. Dan baru-baru ini, minggu lepas kita ada MIHAS 2006, anjuran bersama MITI, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Di mana kempen dan promosi untuk menggalakkan penyertaan dalam MIHAS sebagai acara antarabangsa tahunan di Malaysia. Dan misi pembelian dalaman dengan izin, incoming buying mission bagi menarik lebih ramai lagi pengusaha asing mendapatkan sumber bahan untuk keluaran produk halal daripada Malaysia. Usaha juga diambil untuk meningkatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap logo dan persijilan halal Malaysia di mana standard halal Malaysia MS1500 tahun 2004, di promosi secara lebih luas. Umpamanya di kalangan negara anggota OIC.

Forum perdagangan dua hala seperti Joint Trade Commission umpamanya dengan Turki pada 21 Mac tahun ini, dan Iran pada 22 Jun tahun ini. Serta semasa rundingan free trade area seperti dengan Australia dan New Zealand merupakan peluang

60 DN16.5.2006

untuk kerajaan mempromosi kepentingan pemasaran Malaysia serta mengadakan program kerjasama teknikal.

Selain daripada itu kerajaan negeri juga mengambil inisiatif menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi menarik pelaburan di dalam industri halal seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, kawasan perdagangan bebas di Pulau Indah dan Kerajaan Negeri Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Tuan Yang di-Pertua: Saya minat mengikuti ucapan Yang Berhormat tapi saya ada sedikit hendak tanya kalau Yang Berhormat boleh bantu saya memahami perkara ini. Apakah ada kesan struktur cukai khususnya VAT terhadap perdagangan antarabangsa sama ada produk halal ataupun produk yang lain.

Tuan Ng Lip Yong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sedang berbincang dengan beberapa negara-negara berkenaan dengan FTA dan sebagainya. Tujuannya adalah kita hendak membuka lebih banyak pasaran di negara lain dan dalam perundingan itu kita pun akan selaraskan kadar cukai yang kita kenakan.

Tuan Yang di-Pertua: Saya dimaklumkan bahawa VAT di negara China 17% tapi perdagangan mereka begitu berkembang hebat. Sebab itu saya cuba cari kaitan di antara perkara ini.

Tuan Ng Lip Yong: Negara kita belum kena VAT. Itu GST sudah postpone.

Tuan Yang di-Pertua: Bermakna VAT itu baik atau tidak baik bagi perdagangan antarabangsa.

Tuan Ng Lip Yong: Itu adalah satu trend antarabangsa di mana banyak negara sudah keluar dari sistem cukai yang dahulu tradisional kepada sistem cukai vat.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penjelasan yang saya ingin berikan kepada beberapa isu penting yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Luar Negeri. Orang baru ya?

4.17 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri [Tuan Ahmad Shabey Cheek]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja di Dewan ini dari 8 Mei hingga 15 Mei 2006 yang lepas.

Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk memberikan penjelasan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Seramai empat Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu-isu yang menyentuh berkaitan dengan kementerian kami.

Antara Ahli-ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini ialah Yang Berhormat Senator Tuan Ahmad bin Husin, Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Norraesah binti Mohamad, Yang Berhormat Senator Tuan Ismail bin Kasim dan Yang Berhormat Senator Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Ahmad bin Husin telah menyentuh isu berkaitan laman web beberapa kementerian yang tidak dikemaskinikan termasuk kementerian kami. Tuan Yang di-Pertua, tidak dinafikan media internet adalah kaedah perhubungan dan pencarian maklumat yang paling cepat dan relevan pada masa ini. Menyedari hakikat ini kementerian kami sentiasa mengambil tindakan untuk membaik pulih laman web tersebut. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, laman web Kementerian Luar Negeri yang berwajah baru dengan maklumat yang terkini telah pun dilancarkan untuk rujukan umum pada 18 April 2006 baru-baru ini. Laman web Kementerian Luar Negeri negara ini akan sentiasa dikemas kini dari masa ke semasa.

DN 16.5.2006 61

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Norraesah binti Mohamad telah membangkitkan isu mengenai impak dasar luar Amerika Syarikat dalam isu Iran terhadap Malaysia. Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum isu nuklear Iran di Timur Tengah telah pun dirujuk pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB, atas desakan daripada Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang keputusan muktamad telah dibuat.

Kementerian Luar Negeri berpendapat bahawa sekiranya Amerika Syarikat meneruskan dasar sekarang terhadap negara Iran sehingga tercetusnya peperangan akibatnya akan dirasai oleh seluruh dunia baik dari segi geopolitik mahupun ekonomi. Seterusnya kemungkinan kenaikan mendadak harga minyak memandangkan Negara Iran adalah pengeluar minyak keempat terbesar dunia.

Sebaliknya Malaysia dilihat oleh Amerika Syarikat sebagai saluran yang mungkin sesuai bagi mencari jalan penyelesaian untuk menangani isu ini. Ini adalah kerana Iran merupakan negara anggota dua buah pertubuhan antarabangsa iaitu Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM, dan Pertubuhan Negara-negara Islam atau OIC, yang mana Malaysia menjadi pengerusinya. Ditegaskan di sini juga bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menyarankan agar isu ini ditangani melalui rundingan diplomatik.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Ismail bin Kasim membangkitkan isu tuduhan negara-negara luar terhadap Malaysia sebagai punca atau penyumbang kepada masalah dalaman negara mereka sekali gus ianya memperlekehkan kedaulatan Malaysia. Sebagai contoh, keganasan yang masih berlarutan di selatan Thailand di mana pihak kerajaan Thailand mendakwa kawalan keselamatan Malaysia yang longgar di sempadan telah menjadi punca kepada bolosnya elemen subversif ke dalam negara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai negara sahabat dan jiran kepada Thailand Malaysia sentiasa prihatin akan perkembangan di selatan negara tersebut yang berkongsi sempadan dengan negeri-negeri di bahagian utara Malaysia. Keadaan yang selamat dan aman di kawasan persempadanan akan membolehkan aktiviti-aktiviti perniagaan, perdagangan, pelancongan dan lain-lain aktiviti ekonomi yang mendatangkan faedah bersama pada kedua-dua kawasan sempadan tersebut. Oleh yang demikian, keamanan dan ketenteraman di selatan Thailand bukan sahaja penting pada Thailand tetapi juga pada Malaysia.

Sejak tercetusnya kekacauan dan keganasan di selatan Thailand, Malaysia telah mempertingkatkan kerjasama dengan Thailand. Ini termasuk mengadakan rondaan bersama, menubuhkan perintah medan bersama atau dengan izin, join field command dan menggiatkan lagi kerjasama pertukaran maklumat khususnya dalam usaha menjejak dan menahan penjenayah-penjenayah warga Thai yang berada di wilayah Malaysia. Malaysia juga telah berkongsi pengalaman dengan Thailand dalam hal menangani ancaman puak-puak pelampau agama dan pengganas serta mengenai pengurusan sekolah-sekolah agama di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sentiasa menghormati kedaulatan wilayah Thailand dan tidak menyokong apa jua bentuk perjuangan pemisahan ataupun mana-mana individu yang menjadi kaitan dengan pejuang pemisah. Malaysia tidak pernah dan tidak akan membenarkan wilayahnya digunakan sebagai tempat latihan atau perlindungan elemen-elemen berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dan Thailand telah menubuhkan Jawatankuasa Malaysia Thailand bagi strategi pembangunan bersama di kawasan sempadan kedua-dua negara dengan izin, Joint Development Strategy atau JDS dengan tujuan untuk mengatasi keadaan kemiskinan dan kurangnya pembangunan ekonomi di kawasan tersebut merupakan penyebab utama masalah keselamatan di selatan Thailand.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi telah menyentuh isu-isu seperti berikut. Pertama, apakah sebenarnya implikasi undang-undang ke atas pembatalan pembinaan jambatan yang menghubungi Johor dan Singapura. Kedua, mengapa tidak diperjelaskan secara terperinci mengenai kepentingan jambatan tersebut kepada ekonomi negara. Ketiga, menyarankan agar kes ini dijadikan sebagai

62 DN16.5.2006

pengajaran supaya kita tidak tunduk kepada Singapura yang mana tujuan asal cadangan pembinaan tersebut untuk meningkatkan daya saing kita dengan negara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, pembatalan pembinaan sebarang jambatan sama ada jambatan lurus yang penuh ataupun jambatan separuh yang indah perlu ditegaskan lagi oleh kerajaan kita tidak membawa sebarang implikasi undang-undang. Sebaliknya implikasi undang-undang dan pelbagai kesukaran dari segi politik, ekonomi dan diplomasi hanya akan timbul sekiranya pembinaan jambatan separuh diteruskan tanpa persetujuan dan kerjasama Singapura seperti yang telah dijelaskan secara terperinci sebelum ini.

Tuan Yang di-Pertua, pemimpin-pemimpin negara pula telah banyak kali menjelaskan secara terperinci mengenai kepentingan jambatan kepada ekonomi negara sejak tahun 1996 lagi apabila pembinaan jambatan ini mula dicadangkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir. Walau bagaimanapun, jambatan yang diperkatakan pada masa itu ialah sebuah jambatan yang lurus yang penuh yang akan dibina bersama-sama dengan Singapura. Sekiranya Malaysia meneruskan pembinaan jambatan separuh di bahagian Malaysia sahaja tanpa persetujuan dan kerjasama Singapura, implikasi yang akan timbul dari segi politik, ekonomi dan diplomasi serta undang-undang akan jauh mengatasi manfaat kepada negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, isu Malaysia tunduk kepada Singapura tidak timbul sama sekali kerana keputusan kerajaan untuk membatalkan pembinaan jambatan ini adalah satu keputusan politik yang telah diambil oleh Jemaah Menteri sebulat suara untuk memelihara kepentingan dan kedaulatan negara. Berdasarkan pandangan dan sentimen rakyat yang secara umunya tidak menyokong pemberian penggunaan ruang udara Malaysia kepada tentera udara Singapura dan pengeksportan pasir ke Singapura sebagai pertukaran bagi mendapatkan jambatan yang lurus dan penuh. Jemaah Menteri juga telah membatalkan pembinaan jambatan separuh yang indah kerana ia akan membawa implikasi politik, ekonomi diplomasi sebagai mana yang disebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, setakat inilah penjelasan yang dapat saya berikan. Mengenai....

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Minta laluan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih. Saya sebenarnya ingin membangkitkan tentang pembinaan jambatan separuh ini yang dikatakan ada implikasi undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, pendirian mudah iaitu kita menyokong keputusan yang sudah pun dibuat oleh kerajaan tetapi yang kurang jelas di sini ialah yang menyebabkan akhirnya kita merasakan seolah-olah kita ini macam tidak boleh berdaya saing, kompetitif dengan Singapura. Sebab bila kita bina jambatan separuh, kita akan membina jambatan itu ialah 20 meter sebelum sempadan kita sampai ke Singapura. Maksudnya 20 meter. Kita buat itu sambung itu di tempat kita sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Saya faham maksud Yang Berhormat. Bermakna buat jambatan separuh tidak payah sambung.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Tidak, tidak. Sambung. Maksudnya kita buat jambatan separuh...

Tuan Yang di-Pertua: Kalau hendak sambung kena persetujuan orang.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Tidak. Sebab kita sambung itu di tempat kita sendiri. Maksudnya kita akan robohkan tambak ini 20 meter sebelum sampai ke sempadan Singapura.

Tuan Yang di-Pertua: Tinggal tambak itu sedikit?

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Ya, tinggalkan tambak 20 meter dan kita sambung di situ. Tuan Yang di-Pertua, bukan maksudnya kita sambung terus ke sempadan Singapura.

DN 16.5.2006 63

Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat banyak orang baru sekarang faham maksud Yang Berhormat.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih. Itu yang pertama. Maksudnya kita bina itu sambung di tempat kita sendiri. Yang kedua, tentang paip itu memang dalam perjanjian dua negara kita kena notified dengan izin, enam bulan sebelum kita mengubah paip dan ini kita boleh lakukan. Sebab itu saya kata dalam pembinaan CIQ yang ada sekarang yang sudah pun siap dan kita takut jadi gajah putih ini, kita memang ada mengalihkan paip dan wakil daripada Singapura pun datang tengok. Tidak ada masalah. Soalnya sekarang ini kenapa kita tidak buat perkara ini.

Kita mengandaikan Singapura akan bawa ke Mahkamah Antarabangsa sedangkan kita berhujah kita buat ini ialah untuk battlement, dengan izin alam sekitar. Malah dalam isu dia menambak Pulau Tekong yang menyebabkan Tanjung Perlis semakin sempit ialah kerana membawa kesan ekosistem dan alam sekitar. Sebab itu Mahkamah Antarabangsa kata Singapura kena berhenti. Kita ini pula hendak pecahkan Tambak Johor untuk alam sekitar lebih baik.

Sebab itu saya kata tidakkah ini hujah bahawa sebenarnya ialah untuk kebaikan. Yang ini yang saya kata bahawa kita tidak nampak hujah implikasi undang-undang yang menyebabkan kita mengandaikan bahawa kita mesti berhenti dan akhirnya seolah-olah kita tidak boleh hendak bersaing dengan Singapura dalam soal ekonomi. Seperti kita buat PTP, tujuan kita untuk bersaing dengan Singapura dan memang kita bersaing dan Singapura merasa kita cuba mengatasi mereka dan bila kita ambil Airport Senai satu-satunya airport yang diambil daripada MAB diberikan pada satu syarikat yang dimiliki oleh Syed Mokhtar. Tujuannya untuk menjadikan Airport Senai sebagai kargo hub yang akan disambung dengan CIP yang baru disambung dengan second link dan kita ingin supaya ianya akhirnya pelabur yang ada di Singapura itu akan berpindah ke Johor. Tujuannya untuk ekonomi negara bukan untuk Johor.

Sebab itu saya berhujah Tuan Yang di-Pertua bahawa bila kita bangunkan Langkawi bukan untuk orang Kedah untuk negara. Bila kita bangunkan PTP bukan untuk orang Johor, untuk negara. Bila kita hendak buat jambatan ini untuk negara bukan untuk Johor. Sebab itu saya kata kenapa tidak diperjelaskan kepentingan jambatan. Yang ini akhirnya orang keliru dan ini yang menyebabkan akhirnya saya merasakan bahawa seolah-olah kerana hendak menghormati pilihan raya Singapura itu kita buat keputusan ini maka akhirnya tujuannya hendak menolong mereka yang menyebabkan akhirnya kita rasa tertekan Tuan Yang di-Pertua. Tertekan dari segi seolah-olah kita ini dengan Singapura apa kita buat semua tidak boleh. Dan kita tertekan untuk berdaya saing dengan mereka. Ini yang saya minta tolong perjelaskan. Bukan kita mempertikaikan keputusan yang sudah dibuat. Seolah-olah ini mencabar patriotisme kita.

Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, bahawa jambatan ini. jambatan....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sekarang sudah berucap berulang apa Yang Berhormat ucap tempoh hari.

Dr. Haji Puad bin Zarkashi: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Jadi, sebelum Yang Berhormat respons ada dua andaian di sini yang Yang Berhormat buat andaian kemudian Yang Berhormat binakan hujah di atas andaian itu nak bantu tolong pilihan raya Singapura. Ini saya kira, saya boleh arahkan Yang Berhormat tidak perlu jawablah.

Seorang Ahli: [Ketawa].

Tuan Yang di-Pertua: Dan yang satu lagi berasaskan general competitiveness, yang itu terserahlah kepada Yang Berhormat nak olahkan. Walau bagaimanapun saya sedar hakikatnya keputusan untuk tidak membinakan jambatan itu ialah keputusan Kabinet. Keputusan Kabinet bermakna keputusan 33 orang menteri daripada 28 kementerian. Sila Yang Berhormat jawab, jaga baik-baik. Jangan jawab bagi pihak 33 menteri, 28 kementerian kerana bidang kuasa-bidang kuasa mereka. Silakan.

64 DN16.5.2006

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat-Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak buat penjelasan sedikit. Tuan Yang di-Pertua, kita dalam Dewan sekarang, saya ingat apa yang ditanya oleh rakan kita itu walaupun tentang pilihan raya di Singapura, saya ingat Tuan Yang di-Pertua patut beri peluang. Kita dengar apa penjelasan daripada pihak kementerian. Jadi, kalau Tuan Yang di-Pertua, itu boleh, ini tak boleh bermakna kita menyekatkan kebebasan kita bersuara di Dewan ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Kerana negara mewujudkan satu buku merah ini yang nama Peraturan Mesyuarat. Memang niat negara nak sekat lah tu... [Ketawa] Sila Yang Berhormat.

Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya pohon izin supaya Yang Berhormat yang menjawab boleh menjawab sekali gus. Jadi, daripada apa yang ditimbulkan Tuan Yang di-Pertua, adakah ini mengingatkan kita bahawa sesungguhnya dalam memberi penerangan tentang pembatalan pembinaan jambatan ini sebenarnya ada sesuatu yang belum lagi dijelaskan. Jadi, inilah saya rasa sesuatu yang belum dijelaskan inilah sepatutnya dijelaskan sehingga tidak ada lagi yang hendak bertanya apakah sebab musababnya. Saya rasa ini yang perlu, sesuai dengan apa yang disebut yang didakwa oleh Yang Berbahagia Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini ada sesuatu sebenarnya yang belum diterangkan dengan jelas kepada rakyat negara ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Menjadi..., mengapa walaupun bertubi-tubi dijelaskan nampak seolah-olah masih kurang jelas. Adakah itu maksud Yang Berhormat.

Dato’ Abdul Rashid bin Ngah: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Ahmad Shahbery Cheek: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terlebih dahulu jawab apa yang dikemukakan Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid Ngah sebentar tadi tentang menjawab apa yang tidak jelas. Saya pun sendiri tidak pasti apa yang sebenarnya perkara yang dimaksudkan tidak jelas itu kerana telah berulang kali kita mengeluarkan kenyataan ataupun di Dewan yang mulia ini telah saya menjelaskan kecuali ada beberapa perkara yang spesifik Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rashid Ngah ingin kemukakan secara spesifik kalau saya mampu

Seorang Ahli: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Ahmad Shahbery Cheek: Insya-Allah saya akan jawab..

Tuan Yang di-Pertua: Biar, biar Yang Berhormat selesaikan hujah..

Seorang Ahli: Boleh dak.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti, tak boleh. Sebab cakap tak habis lagi, belum dengar cakap habis lagi tak boleh sampuklah. Lepas tu Yang Berhormat bagi selesai bulatkan point tu kemudian Yang Berhormat pula.

Tuan Ahmad Shahbery Cheek: Yang Berhormat, saya patuh kepada saranan Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi tentang apa ni, saya tidak perlu jawab tentang soal isu pilihan raya kerana tidak ada kena-mengena dengan isu pilihan raya jawablah tu ya kedua..

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang Yang Berhormat boleh... [Ketawa] Nak beri laluan, nak beri laluan tak?

Tuan Ahmad Shahbery Cheek: Sila.

Tuan Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zain: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat. Persoalan yang ditanya oleh orang ramai satu perkara iaitu secara bersungguh dan tergesa-gesa kerajaan membuat keputusan untuk membuat jambatan itu. Apabila keputusan untuk membuat jambatan itu dibuat dengan konfiden dengan serta-merta dan tergesa-gesa membuktikan bahawa perundingan awal dengan Singapura itu sudah mendapat kata sepakat. Tiba-tiba batal maka timbul lagi persoalan iaitu wakil Malaysia yang merunding soal jambatan ini pada peringkat awal pada peringkat

DN 16.5.2006 65

pertamanya telah membuat laporan yang tidak betul kepada Kabinet yang menyebabkan Kabinet membuat keputusan untuk membuat jambatan itu. Jadi, inilah perkara-perkara kabur yang menjadi tanda tanya rakyat Malaysia di atas keputusan buat tak buat itu. Adakah ini betul Yang Berhormat?

Tuan Yang di-Pertua: Ada satu perkara yang kesahihannya kita belum pasti iaitu ada wakil Malaysia yang buat laporan tak betul, sahih atau tidak maklumat ini kita belum pasti.

Tuan Ahmad Shahbery Cheek: Tuan Yang di-Pertua, perlu saya maklumkan di Dewan yang mulia ini, ini tidak benar sama sekali laporan yang tidak betul ya dimaklumkan kepada Kabinet kerana sehingga keputusan membatalkan rancangan untuk membina jambatan saya rasa sama ada secara lurus ataupun jambatan indah yang dimaksudkan itu sebenarnya proses perundingan belum lagi selesai walaupun perundingan masih dicari ya. Tetapi dari masa ke semasa dimaklumkan..

Tuan Yang di-Pertua: Lekeh sangat Kabinet Malaysia kalau dapat di manipulasi begitu.

Tuan Ahmad Shahbery Cheek: Ya. Jadi, tidak benar sama sekali ya, saya jelaskan di sini bahawa pihak yang mengadakan rundingan telah membuat laporan yang tidak benar adalah tidak benar sama sekali ini saya rasa adalah satu tanggapan ataupun pandangan yang tidak perlu kita menganggap ia adalah satu yang sahih ataupun kita mengambil serius tentang perkara tersebut.

Tentang kenapa dan tergesa-gesa dan sebagainya saya rasa tidak tergesa-gesa kerana kisah kita membina jambatan dan sebagainya adalah sejak tahun 1992 lagi ya. Saya telah maklumkan di Dewan yang mulia di dalam jawapan pada soalan lisan yang sebelum ini iaitu ia dulunya ada kaitan dengan beberapa perundingan secara pakej dengan pihak Singapura termasuk tentang isu-isu yang lain seperti isu air, isu POA kastam dan sebagainya di mana jambatan itu adalah satu perundingan yang dibuat secara pakej sehinggalah 1996 sehingga 2002. Di mana akhirnya perundingan secara pakej didapati oleh pihak kita tidak boleh mencapai kemajuan dan akhirnya Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir pada waktu sebagai Perdana Menteri telah mengutus surat mengatakan..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat pun mula berulang-ulang apa yang dijelaskan..

Tuan Ahmad Shahbery Cheek: Terima kasih, saya tidak perlu jelaskan. Jadi, isu yang mengatakan bahawa ini secara mendadak adalah..., saya terus menjawab pada soalan yang telah dibangkitkan dan yang ditegaskan sekali lagi oleh Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi iaitu tentang isu competitiveness Malaysia yang sekarang ini kita rasa begitu terhambat sekali bila sudah tidak ada jambatan ini yang sepatutnya dialat untuk menambahkan competitiveness kita atau daya saing kita berbanding dengan Singapura rasa terhalang.

Saya rasa izinkan saya mengambil sedikit analogi di sini tentang faktor hubungan kita dengan Singapura, ada faktor yang mesti dilihat dari segi historical, sejarah dengan izin, Tuan Yang di-Pertua dari segi undang-undang dan yang ketiganya dari segi psikologikal ya, soal psikologi emosi dan sebagainya. Sejarahnya kita dulu satu ya, keduanya kita berpisah dan berpisah itulah menimbulkan banyak implikasi undang-undang yang ada yang dapat diselesaikan serta-merta dan ada yang tidak dapat diselesaikan bila sudah berpisah.

Dan yang ketiganya ia bila suami isteri yang berpisah yang bercerai ya, ia memberi kesan psikologi yang mendalam tentang apakah sikap kita kalau seorang suami berpisah isteri, isteri berpisah dengan suami itu apakah pendekatan yang diambil, apakah akan terus bermusuh dan memikirkan apakah jalan yang terbaik untuk menunjukkan pada bekas pasangan dia hilang yang sebentar tadi bahawa tanpa aku kamu tidak boleh hidup dan begitulah seterusnya bagi pihak yang satu lagi dan bersaing untuk seboleh-bolehnya merendahkan ataupun mengatasi antara satu sama lain.

Akan tetapi ada juga penceraian, walaupun bercerai mereka boleh hidup dengan baik, boleh bekerjasama dan mencari jalan yang terbaik untuk membesarkan anak ataupun

66 DN16.5.2006

hidup dalam masyarakat. Sebab itulah kita rasakan bahawa, pada pandangan kita, dari segi pemikiran kita ataupun mindset yang patut kita bina untuk lari daripada bebanan sejarah tadi Tuan Yang di-Pertua, ialah memikirkan cara, bukanlah membuat jambatan itu untuk mematikan, bila kita sebut supaya kita lebih berdaya saing, mengatasi yang satu lagi. Itu adalah pilihan yang pertama tadi iaitu kesan psikologi untuk menunjukkan bahawa tanpa aku, kamu tidak boleh hidup dan kami boleh buat lebih baik daripada kamu.

Niat asalnya ialah jambatan ini sepatutnya ialah menjadi penghubung bagaimana untuk kedua-dua orang yang bercerai ini, pasangan yang bercerai ini bagaimana untuk hidup bersama. Itu asalnya. Sebab itulah dikatakan yang terbaik ialah membina jambatan lurus. Dan apabila jambatan lurus, ianya perlu dikongsi bersama. Kosnya di sebelah kita, kita akan membiayai kos kita dan di sebelah sana...

Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa cukuplah, Yang Berhormat pun sudah...

Tuan Ahmad Shabery Cheek: Saya sebutkan di sini, jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tegaskan di sini. Boleh saya habiskan? Maksud saya di sini ialah...

Tuan Yang di-Pertua: Sebentar.

Tuan Ahmad Shabery Cheek: Maksud saya di sini ialah bagaimana kita hendak berhujah dengan pihak yang satu lagi, kami hendak mengatasi kamu tetapi kamu sama-sama mesti membiayai kos. Sebab itulah ada fikiran bahawa tentang jambatan separuh dan menyambung di sana. Menyambung separuh itu dirasakan bahawa ia akan memberi kesan yang...

Tuan Yang di-Pertua: Itulah saya kata, Yang Berhormat sudah mula itu, tidak habis-habis ini. Dia balik kepada lurus, bengkok, lurus, bengkok. Kemudian balik, pulang balik, pulang dia tidak habis.

Tuan Ahmad Shabery Cheek: Terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya...

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid.

Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid: Terima kasih, Yang Berhormat, saya hendak tanya, sebagai seorang rakyat biasalah, layman bukan politician. Saya baru-baru ini, lepas Perayaan 60 tahun UMNO, saya pergi ke Singapura, naik bas, dan saya dapat bercakap dengan beberapa orang rakyat Singapura. Mereka ini layman. Dan bila saya balik, saya balik jalan kaki daripada check point Singapura ke check point Malaysia kerana jam.

Bagi pandangan saya, saya ketepikan saya sebagai politician. Elokkah kita bina jambatan satu bengkok, satu lurus. Maknanya jambatan itu kalau bina, mesti lurus. Atau kalau hendak bengkok, bengkok kedua-duanya bengkok.

Sebagai rakyat biasa, orang Singapura berkata, rakyat ataupun kerajaan kita degil. Kerana hendak bina jambatan satu bengkok, satu lurus. Kenapa kita tidak selesaikan perundingan ini sebelum kita bina jambatan. Kalau hendak bina, dua-dua setuju bina yang lurus. Dua-dua untung. Jangan satu untung, satu tidak untung. Sebab itu, saya berpendapat, pergi tanya siapa punlah. Bina jambatan pelik ini orang akan bercakap daripada sekarang sampailah ke anak cucu, cucu kita akan datang nanti. Jadi adalah lebih baik saya setujulah kerajaan kita, Pak Lah kata batalkan kerana kita perlu ada rundingan seterusnya.

Jadi, masalahnya sekarang ini, saya ingin mencadangkan akan datang ini, kalaulah kita bersetuju hendak membina jambatan lurus, kita bina jambatan lurus. Kalau Singapura tidak setuju, kita ada alternatif lain. Kita bukan tidak ada alternatif lain, kita ada jambatan walaupun jauh satu jam pergi, kita ada alternatif lain dan kita boleh bina kawasan penempatan baru dekat dengan jambatan yang baru dekat dengan Pontian. Jadi kita ada pilihan lain. Kenapa kita harus tergesa-gesa sehingga orang akan ingat, jadi sejarah pula 10 tahun, 20 tahun kita ada jambatan Singapura dan Malaysia, jambatan satu lurus, satu bengkok. Apa pandangan Yang Berhormat?

Tuan Ahmad Shabery Cheek: Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Saya kira berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat Datuk Haji Rizuan sebentar tadi. Yang itulah

DN 16.5.2006 67

saya hendak habiskan jawapan saya. Kita ada bebanan sejarah. Kalau kita buat jambatan separuh bengkok, kita akan memanjangkan sejarah yang lama itu sampai bila-bila dan generasi akan datang mungkin akan mempersalahkan kita kerana perkara yang sebegini pun kita tidak dapat selesaikan. Saya rasa itu antara perkara yang kita rasakan tidak boleh kita meneruskan jambatan bengkok itu dan kita rasa pun ia tidak akan dapat menyelesaikan banyak perkara. Kesesakan akan berterusan kerana di sebelah sana tetap yang sama. Jadi dalam soal ini, Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Tuan Yang di-Pertua, boleh minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Itulah saya katakan, Datuk silakan tetapi saya ingin maklum, saya terpaksa potong kerana kalau tidak ada berapa puluh lagi kementerian hendak menjawab. Sila Datuk Roslan.

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Tuan Yang di-Pertua, saya ada sedikit sahaja. Dari segi psikologi sejarah yang hendak diterangkan iaitu pada pandangan saya, iaitu bahawa konsep iaitu pandangan kita rakyat Malaysia, mungkin terasa inferiority complex terhadap rakyat Singapura. Dalam erti kata konsep bina jambatan ini merupakan salah satu faktor sahaja yang menjadi pandangan daripada rakyat bahawa dalam setiap rundingan, kita sentiasa mengalah. Dan ini merupakan satu pandangan rasa rendah diri terhadap keseluruhan rakyat Malaysia. Mungkin itu betul atau tidak, wallahualam. Saya minta pandangan.

Tuan Ahmad Shabery Cheek: Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak timbul soal kita membatalkannya ada kaitan dengan inferiority complex. Ini menunjukkan bahawa kita mempunyai kekuatan diri kita, kita tidak bergantung pada orang lain, kita tidak perlu tunduk pada apa-apa yang di mahu. Dalam soal ini, kita lebih sensitif kepada sentimen rakyat kita. Kenapa tidak diteruskan akibat daripada sekiranya penerusan jambatan lurus itu menyebabkan kita terpaksa memberi ruang udara dan juga penjualan pasir yang sentimen rakyat tidak bersetuju.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat teruskan, Yang Berhormat akan apa yang dikatakan feeding the polemic.

Tuan Ahmad Shabery Cheek: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya akhiri kata-kata dengan ini, walaupun ada luka kita dalam soal penceraian tersebut, kita penuh ada keyakinan bahawa mungkin masa akan mengubati dan satu masa nanti, perkara yang pada hari ini kita menganggap satu perkara yang besar tidak dapat diselesaikan, insya-Allah satu masa nanti kita akan dapat menyelesaikannya dengan baik. Sebab itulah kita mengharapkan time will heal, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Setakat inilah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan ini. Saya berharap daripada penjelasan tersebut, ianya dapat menjawab semua soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa Kementerian Luar Negeri akan sentiasa mengambil perhatian di atas pandangan, cadangan, usul yang bernas yang telah diutarakan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat-Yang Berhormat telah menyaksikan sepanjang beberapa minit yang telah berlalu, sesuatu yang dinamakan polemik. Kalau dulu sehingga sekarang terdapat polemik mengenai pemisahan Singapura yang belum lagi ada kata penutupnya. Maka kini aspek baru dalam saga tersebut, jambatan yang mencetuskan polemik yang tidak habis-habis akan diperbahaskan. Sebab itu, akhirnya kerajaan buat keputusan politik. Ditekankan, keputusan politik. Ada 33 orang yang diamanahkan untuk mengendalikan pemerintahan, buat keputusan kata sebulat suara, hentikan. Kerana kalau hendak cari hujah mengikut polemic, tidak akan ada, tidak akan berkeputusan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

4.50 ptg.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Mah Siew Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Tay Puay Chuan, Yang Berhormat Datuk Hajah Saripah Aminah binti

68 DN16.5.2006

Haji Syed Mohamed, Yang Berhormat Tuan Chua Kim Chuan, Yang Berhormat Datuk Dr. Lee Chong Meng yang telah menyentuh sepuluh isu-isu berkaitan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Di-Raja baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Tay Puay Chuan telah membangkitkan mengenai subsidi diesel yang diberikan kepada nelayan adalah satu usaha yang amat baik untuk mengurangkan beban nelayan. Dengan itu beliau mencadangkan supaya diwajibkan semua nelayan mendaftar hasil tangkapan masing-masing supaya sejajar dengan jumlah diesel yang diberi.

Sukalah saya menjelaskan di sini bahawa LKIM akan membangunkan sistem e-pendaratan bagi memantau penggunaan diesel bersubsidi benar-benar digunakan untuk menangkap ikan. Melalui sistem e-pendaratan, semua nelayan yang membeli diesel bersubsidi diwajibkan untuk mendaratkan atau mengisytihar hasil tangkapan mereka kepada PNK sebaik sahaja pulang daripada menangkap ikan. LKIM akan menarik balik kemudahan bekalan diesel bersubsidi kepada nelayan sekiranya mereka tidak mengisytiharkan hasil penangkapan mereka atau hasil pendaratan ikan mereka atau hasil mereka meragukan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Tay Puay Chuan juga telah membangkitkan mengenai masalah tanah yang terhad dalam membangunkan sektor pertanian. Selain daripada itu beliau ingin penjelasan berkaitan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan pendapatan para petani khususnya peserta-peserta TKPM.

Tuan Yang di-Pertua, langkah yang telah diambil oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Pertanian untuk meningkat pendapatan para petani, khususnya peserta-peserta projek TKPM dan projek kelompok ialah kerajaan telah menyediakan sejumlah peruntukan iaitu 20 ribu satu hektar bagi projek TKMP dan enam ribu satu hektar untuk projek kelompok. Peruntukan tersebut adalah untuk pembersihan kawasan, menaikkan infrastruktur ladang seperti sistem perairan, perparitan dan di samping itu bagi menjayakan program ini, beberapa aktiviti dilaksanakan iaitu:-

(i) melatih peserta projek dalam semua aspek pengeluaran;

(ii) menempatkan bakal-bakal pengusaha di pusat inkubator,

di mana mereka diberi latihan;

(iii) membantu peserta mendapat kemudahan pinjaman bank dan juga menggalakkan peserta mengeluarkan tanaman makanan sayuran dan buah-buahan dengan menggunakan pakej teknologi.

Yang Berhormat Tuan Tay Puay Chuan juga membangkitkan mengenai masalah kelewatan kerajaan memberi pampasan kepada penternak ayam itik yang dimusnahkan akibat wabak selesema burung.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator Tuan Tay Puay Chuan kejadian wabak penyakit selesema burung highly pathogenic avian influenza, dengan izin di negeri Perak dikesan pada 15 dan 21 Mac 2006 yang melibatkan kawasan Eko Park Bukit Merah Laketown Resort, Kampung Changkat Tualang, Changkat Legong, Titi Gantung dan Kampung Kubu Gajah. Sehingga 5 April 2006, sejumlah 18,770 ekor ayam, 31,000 ekor itik, 1,530 ekor pelbagai burung dan 5,780 biji telur telah dimusnahkan. Ini melibatkan seramai 408 penternak, dua syarikat swasta dan sebuah institut pertanian.

Bayaran yang pertama bagi negeri Perak telah dilakukan pada 29 Mac 2006, iaitu dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kejadian wabak berlaku yang melibatkan 81 pengusaha di kampung Changkat Tualang, dengan jumlah pampasan sebanyak RM15,145. Sehingga 25 April Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah menyempurnakan bayaran kepada seramai 327 pengusaha dengan jumlah pampasan sebanyak RM108,109. Bayaran pampasan kepada Vialta Enterprise Company yang berjumlah RM150,000 dan Institut Pertanian Titi Gantung berjumlah RM5,400 sedang diproses. Manakala bayaran bagi Eko

DN 16.5.2006 69

Park Bukit Merah Resort berjumlah RM14,000 akan dibayar dalam tempoh terdekat. Berdasarkan penjelasan...

Tuan Tay Puay Chuan: Minta laluan Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang menjawab soalan saya dengan penuh berhemah. Cuma saya ingin menjelaskan bahawa, pertanyaan saya ataupun isu yang saya bangkitkan ialah bukan pampasan ke atas household dengan izin, cuma kepada syarikat swasta yang tersebut yang agak lewat sedikit. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Isunya pampasan kepada syarikat lewat.

Datuk Mah Siew Keong: Biasanya kita akan mengendalikan kepada individu dulu. Walau bagaimanapun kepada Vialta Enterprise Company iaitu syarikat yang disebut jumlah telah dikenal pasti. Kerana sedikit masalah teknikal dan saya yakin wang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Berdasarkan penjelasan di atas sebenarnya tidak ada banyak masalah...

Tuan Yang di-Pertua: Pastikan Yang Berhormat tidak ada kepentingan kewangan bila tanya hal tersebut.

Datuk Mah Siew Keong: Masalah kelewatan dalam pembayaran sagu hati akan diselesaikan dan oleh itu kerajaan tidak akan mengadakan satu komiti. Kita harap tidak ada kes baru dan kita harap industri ternakan ayam kita akan sembuh dengan cepat.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat baru hendak duduk. Silakan.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Dalam kes pampasan itu, itu kerana jangkitan selesema burung pada bulan Februari yang lalu tetapi baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, juga ada ayam itik yang telah dimusnahkan dengan cara membakar dan memusnahkan tetapi sekarang tidak ada jangkitan. Kenapa ini berlaku? Dan saya lihat dalam minggu yang lalu harga ayam sudah naik 40 sen sekilo. Adakah ini kerana dibakar tanpa apa sebab dan adakah pampasan akan diberi oleh kementerian kepada pihak-pihak ini, boleh kita dapat sedikit penjelasan tentang perkara ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Mungkin sama ada itu isu baru atau tidak, saya pun tidak ingat, saya pulangkan kepada Yang Berhormat untuk mengulas. Silakan sekali gus Yang Berhormat.

Datuk Mah Siew Keong: Sebab isu bakar anak ayam ini dikeluarkan di surat khabar beberapa hari yang lalu. Dan saya juga ambil kesempatan memberi sedikit penerangan. Sebenarnya...

Tuan Yang di-Pertua: Sebelum itu adakah Yang Berhormat hendak memberikan laluan supaya Yang Berhormat jawab sekali.

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan wabak selesema burung yang dikatakan tadi, yang beritahu tadi. Adakah Malaysia kini diisytihar sebagai sudah tidak ada wabak ini pada masa kini, sudah habis free dengan wabak selesema burung? Terima kasih.

Datuk Mah Siew Keong: Terima kasih Yang Berhormat. Saya jawab itu kes selesema burung, sebenarnya kita tidak ada kes yang baru, tetapi mengikut protokol kita memerlukan tiga bulan tidak ada kes, baru secara rasmi kita dapat mengisytiharkan seperti negara Singapore, dia tidak akan membeli ayam-ayam dan itik kita dari negeri Perak, dan Penang selepas tiga bulan mereka akan membeli. Walau bagaimanapun saya hendak memberi jaminan bahawa ayam itik adalah selamat dimakan. Sekarang sudah tidak ada kes, sudah dua bulan lebih, dan kembali balik kepada isu bakar anak ayam di surat khabar.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat belum lagi jawab yang dua lagi tadi.

Datuk Mah Siew Keong: Sebenarnya kes ini di surat khabar, Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah berkata bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah mendapat maklumat mungkin ada kes yang hendak bakar

70 DN16.5.2006

ayam supaya meningkatkan harga. Itu maklumat yang dia dapati dan dia telah memberi keterangan kepada surat khabar supaya satu amaran sahaja bahawa ia tidak dilakukan.

Saya hendak memberitahu Yang Berhormat bahawa pemusnahan anak ayam untuk tujuan menaikkan pasaran ayam adalah tidak dibenarkan dan kesalahan ini boleh didenda atau penjara enam bulan. Jabatan Perkhidmatan Awam telah memberitahu saya mereka akan terus memantau perkara agar ini tidak berlaku.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Tuan Lee.

Tuan Lee Chee Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila wabak selesema burung berlaku, jadi pihak Kabinet telah beri arahan bahawa Kerajaan Tempatan akan membina pusat penyembelihan ayam di negeri-negeri yang dikenal pasti. Jadi jikalau di pasar basah kita masih benar penjual ayam itu sembelih ayam di tempat pasar basah, jadi ini akan membahayakan orang ramai kerana virus Avian Flu ini akan dipindah daripada pusat ladang ke bandar raya.

Perkara berlaku di Hong Kong, beberapa orang telah mati disebabkan oleh isu ini. Jadi sekarang selesema burung ini telah diselesaikan. Jadi adakah kementerian masih berminat untuk mengarahkan kerajaan tempatan membina pusat ini kerana janganlah tunggu sampai wabak ini berlaku lagi, kita ambil tindakan. Ini bahaya, jadi virus tidak akan nampak secara mata biasa. Sekian terima kasih.

Datuk Mah Siew Keong: Terima kasih. Pihak kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah memberi cadangan dan nasihat kepada semua Majlis Perbandaran dan Tempatan supaya pusat penyembelihan tidak diadakan di pasar dan apa yang saya dimaklumkan, kebanyakan Majlis Perbandaran telah mula dalam mengambil tindakan untuk memisahkan untuk keselamatan orang ramai.

Walau bagaimanapun, mungkin ada beberapa yang belum dan jika Yang Berhormat kita boleh beritahu mana-mana kita akan memberi nasihat kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Tay Puay Chuan juga telah menyarankan kepada kerajaan supaya diubah Akta Makanan supaya negara tidak bergantung kepada barangan luar negara dan ini akan dapat mengurangkan due import barang makanan.

Mengenai saranan tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyambut baik cadangan Yang Berhormat, tetapi saya ingin maklumkan bahawa kita telah pun mempunyai Akta Makanan 1983 yang di gubal oleh Kementerian Kesihatan. Saya ingin menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada bahan makanan yang diimport adalah bahan makanan yang tidak dapat dihasilkan oleh negara kita seperti hasil tenusu, bijirin dan makanan bagi haiwan terdiri daripada jagung dan kacang soya. Di samping itu, terdapat juga bahan makanan yang perlu diimport kerana kita tidak mempunyai faedah perbandingan atau iklim negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed telah menyarankan agar Lembaga Pertubuhan Peladang mewujudkan Program Usahawan Tani dengan menggalakkan siswazah menganggur menyertai bidang pertanian.

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Disember 2005, seramai 5705 usahawan tani telah diwujudkan di bawah Program pembangunan Usahawan Peladang dan usahawan peladang juga telah berjaya mewujudkan 20 orang siswazah di bawah Program PUP dan akan dilaksanakan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, program ini akan diteruskan dan dianggar sebanyak 10 ribu usahawan peladang akan diwujudkan sebagai pemangkin kepada projek pemodenan dan transformasi sektor pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Chua Kim Chuan ada menyentuh mengenai pampasan kepada negeri Kedah di mana sebilangan tanah telah dibangunkan untuk pembangunan infra atas projek pertanian khasnya dalam jelapang padi.

Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan kawasan jelapang padi di negeri Kedah dibuat berasaskan kepada kesesuaian kawasan berkenaan untuk diusahakan dengan tanaman padi. Pembangunan infrastruktur diperlukan bagi memastikan hasil pengeluaran dan peruntukan yang besar telah disediakan oleh kerajaan. Pembinaan

DN 16.5.2006 71

kemudahan-kemudahan tersebut telah berjaya meningkatkan pengeluaran hasil padi dan pendapatan petani di MADA.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Dr. Lee Chong Meng membangkitkan berkenaan industrial penternakan khinzir, di mana perlu dikhaskan satu tempat atau kawasan untuk penternakan khinzir bagi menampung permintaan yang tinggi dari orang-orang yang memakan daging ini.

Untuk maklumat Yang Berhormat, PFA telah dicadangkan di beberapa negeri Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak di mana pelaksanaannya dijangka bermula pada 1 Januari 2007. Sehingga kini, hanya Negeri Sembilan sahaja yang memberikan kelulusan untuk PFA. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Sabah telah mengenal pasti kawasan lembah di Kampung Pimpok, Telipok sebagai PFA, manakala kerajaan negeri Sarawak telah meluluskan tiga kawasan iaitu Samarahan, Sibu dan Miri. Lain-lain negeri belum lagi memberi sebarang keputusan mengenai pembangunan PFA. PFA akan dilaksanakan sepenuhnya setelah kerajaan-kerajaan negeri berkenaan mengenal pasti...

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Minta laluan....

Datuk Mah Siew Keong: ....Dan meluluskan kawasan yang lebih sesuai.

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa PFA di Negeri Sembilan telah diluluskan selama tujuh tahun oleh Kabinet tetapi pada masa kini, projek ini belum bermula lagi. Jadi masalahnya 293 unit untuk tanah untuk petani telah dijualkan dan kebanyakannya telah dijualkan bukan penternak, lebih kurang 60% lot-lot itu dijualkan kepada orang untuk spekulasi.

Jadi ini akan timbul masalah. Orang yang berminat hendak jadi penternak khinzir tidak dapat lot itu dan lot itu selepas dijualkan pada masa kini, hanya harganya naik dua kali ganda. Jadi saya harap, kalau kerajaan betul-betul berminat hendak membangunkan industri khinzir dan untuk menambah bekalan daging khinzir, jadi kita mestilah kena pastikan orang-orang yang berminat. Bukan jual lot-lot kepada orang yang tidak berminat. Jadi inilah satu masalah, saya harap kerajaan boleh ambil perhatian dan saya harap Yang Berhormat boleh jelaskan tentang dasar-dasar yang baru selepas PFA di negeri lain diluluskan. Janganlah buat kesalahan lagi , ini akan jadi satu isu, sekian terima kasih.

Tuan Haji Tajul Urus bn Haji Mat Zain: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan sambungan kepada Yang Berhormat saya ingin mendapat kepastian bahawa Malaysia adalah pengeksport daging khinzir yang terbesar di dunia dan dimaklumkan bahawa kualiti daging khinzir Malaysia adalah yang terbaik. Minta penjelasan terima kasih.

Datuk Mah Siew Keong: Yang pertama tadi adalah cadangan yang baik supaya memastikan bahawa tanah PFA dijual kepada pengusaha yang genuine dan bukan spekulator. Kita akan mengambil kira pandangan Yang Berhormat.

Sebenarnya Malaysia tidak mengeksport daging khinzir ke mana-mana negara. Kita hanya tahap sara diri sahaja. Dahulu Malaysia mengeksport daging khinzir yang banyak ke negara Singapore. Selepa kes Nipah itu telah berhenti dan sekarang kita tidak mengeksport daging ke mana-mana negara, untuk makluman Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Dr. Lee Chong Meng juga membahaskan berkenaan industri daging lembu di negara kita. Mengenai industri daging lembu di negara kita, industri ini mempunyai permintaan yang tinggi dan meningkatkan hasil pengeluaran dalam bidang penternakan. Di samping itu juga kita mempunyai due import daging yang tinggi. Sebenarnya RMK-9 beberapa program dan strategi telah dirangka untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu.

Antara program yang dikenal pasti yang akan diambil ialah:

(i) mentransformasikan penternak kecil ke tahap komersial;

(ii) menggalakkan penglibatan sektor perladangan swasta menyertai program integrasi ternakan di dalam ladang-ladang kelapa sawit; dan

72 DN16.5.2006

(iii) merasionalisasikan penggunaan tanah secara optimum dan memangkinkan pengeluaran berskala besar.

Yang Berhormat Datuk Dr. Lee Chong Meng juga telah membangkitkan agar caj perkhidmatan LKIM ke atas setiap metrik tan tangkapan ikan atau udang dinaikkan, jika saya tidak salah.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui LKIM hanya melaksanakan kutipan caj perkhidmatan ke atas ikan...

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Tuan Yang di-Pertua, tidak betul jawapan itu. Isu yang saya bangkitkan ialah untuk menaikkan caj perkhidmatan oleh LKIM bukan atas tangkapan ikan tetapi atas dedak makanan udang yang diimport dari Taiwan, Thailand dan Indonesia. Bukan tangkapan ikan. Prawn feed which are imported from over sea, dengan izin, not the tangkapan ikan. Ini salah.

Jadi, cadangan saya ialah we don’t want Malaysia to be a dumping ground, dengan izin, sekarang kita berusaha untuk menaikkan industri akuakulturnya atau prawn culture selama 20 tahun, tetapi kita gagal kerana Malaysia tidak ada kilang untuk membuat dedak prawn feed. Kalau ada pun kualitinya tidak baik. Dan, peniaga-peniaga mengimport makanan udang dari Taiwan. Dahulu Taiwan pakar dalam bidang akuakultur tetapi selepas Taiwan gagal kerana alam sekitarnya kotor, jadi mereka masih ada kilang dan masih membuat makanan udang dan dijualkan...

Tuan Yang di-Pertua: Sebelum Yang Berhormat teruskan..., kerana saya sedia maklum, pertamanya Yang Berhormat seorang doktor veterinar ...

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Sekarang akuakultur pula.

Tuan Yang di-Pertua: Kemudian Yang Berhormat adalah orang kuat CP, yang merupakan mungkin di antara agribusiness yang terbesar di dunia. Jadi, sebelum Yang Berhormat teruskan kalau Yang Berhormat ada kepentingan kewangan di mana-mana maklumkan sahaja, bukan tidak boleh kalau maklum kepada Dewan.

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Tidak, tidak. Ini untuk kepentingan negara kita. Ini kerana di Thailand kalau ia boleh eksport 300 metrik tan udang ke luar negara dan dengan hasilnya lebih kurang USD3 bilion. Jadi, ini menjadi satu peluang yang besar untuk kita hendak membangunkan industri akuakultur dan coastal line kita, dengan izin, dua kali ganda panjang daripada Thailand. Jadi, ...

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat, sudah jelas.

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Jelas, okey! Jadi, Tuan Yang di-Pertua, caj perkhidmatan oleh LKIM untuk menggalakkan orang tempatan membuat kilang makanan udang kerana makanan udang memerlukan 50% feed meal di dalam dedak udang dan ini akan menggalakkan industri deep sea fishing, dengan izin. Jadi, para nelayan di Malaysia akan dapat faedah.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup, sudah jelas.

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Jadi, cadangan saya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah salah faham. Jadi, masa kini LKIM caj RM50 satu metrik tan.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah jelas, saya cakap, kan. Ia prawn feed.

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Yes.

Tuan Yang di-Pertua: Bukan fish meal.

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Bukan tangkapan ikan. Jadi, kalau kita naikkan barangan yang diimport akan lebih mahal.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah jelas, Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah faham.

Datuk Dr. Lee Chong Meng: Jadi boleh galakan local production, dengan izin.

DN 16.5.2006 73

Datuk Mah Siew Keong: Saya faham, actually ikan atau udang, prawn feed yang sekarang kita caj RM50 satu tan metrik, dan cadangan Ahli Yang Berhormat supaya kita tingkatkan ini. Di dalam undang-undang pada masa ini, yang digazet kita boleh caj sampai RM100 tetapi kita hanya caj RM50. LKIM akan mengambil pandangan supaya meningkatkan caj untuk mengurangkan discourage import, dengan izin, cadangan ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Datuk Dr. Lee Chong Meng juga bangkitkan industri perusahaan udang perlu diberi perhatian. Sebenarnya kementerian ini memberi tumpuan terhadap pembangunan perusahaan ternakan udang di negara ini dan komoditi udang merupakan salah satu daripada 9 komponen utama pelan tindakan imbangan dagangan dan perikanan.

Jabatan Perikanan telah mensasarkan pengeluaran sebanyak 180 ribu metrik tan pada tahun 2010 berbanding pengeluaran pada tahun 2004 sebanyak 30 ribu sahaja. Seluas kawasan 24,950 hektar kawasan baru telah dikhaskan untuk ternakan udang berbanding keluasan kawasan ternakan udang sedia ada seluas 7,555 hektar.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, untuk memelihara daya saing penternak-penternak udang di negara ini, jabatan berusaha membekalkan benih-benih bermutu tinggi kepada penternak pada masa hadapan dan kini sedang menjalinkan usaha sama bersama dengan pihak swasta untuk melaksanakan projek pembangunan induk udang harimau. Bermula dari 1 April 2005, kita telah membenarkan penternak-penternak di negara ini menternak udang putih bertujuan untuk mempelbagaikan spesies ternakan di negara ini. Dan, kita harap ini akan meningkatkan kualiti dan sumber ikan kepada negara.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai industri ikan air tawar yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Lee Chong Meng, Jabatan Perikanan telah mengambil langkah untuk memajukan industri ini dan telah mensasarkan pengeluaran akuakultur kepada 662 ribu metrik tan menjelang 2010, di mana 200 ribu tan metrik adalah dari akuakultur air tawar dan 110 ribu tan metrik adalah daripada spesies talapia merah. Beberapa strategi telah disusun seperti mengenal pasti kawasan pembangunan zon industri akuakultur, meningkatkan produktiviti sedia ada dan juga mewujudkan insentif akuakultur.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator telah saya jawab dan sekiranya ada perkara yang tidak disentuh atau diperjelaskan pegawai-pegawai akan diminta mencatat kesemuanya dan akan memberi maklum balas segera. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Kementerian Sumber Manusia.

5.18 ptg.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Datuk Abdul Rahman bin Bakar]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan isu-isu mengenai dengan Kementerian Sumber Manusia.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat boleh habiskan dalam masa 25 minit, saya akan buat keputusan untuk kita tambah 15 minit lagi sidang pada petang ini.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Insya-Allah, saya akan cuba yang terbaik.

Tuan Yang di-Pertua: Bila sudah saya putuskan tidak boleh cuba lagi. Kalau Yang Berhormat tidak habis maka saya akan tangguhkan pada pukul 5.30 untuk Yang Berhormat sambung esok.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Maknanya habis 5.45.

Tuan Yang di-Pertua: Sebelum 5.45.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: 5.44 begitu... [Ketawa] Insya-Allah, saya akan buat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ini lawyer agaknya, ya... [Ketawa]

74 DN16.5.2006

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tidak ada, saya cerita yang betul, Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Ada orang kampung dia kata, lawyer, lepas itu dia ada lawyer baru dan lawyer sebaliknya... [Ketawa]

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Senator Hajah Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain meminta supaya Kementerian Sumber Manusia menyiasat kes-kes di mana majikan gagal membayar gaji pekerja mereka. Beliau juga ingin mengetahui bagaimana cara mengatasi masalah tersebut.

Bagi makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja menangani isu-isu perburuhan terutamanya yang melibatkan hal-hal mengenai gaji dengan menguatkuasakan Akta Kerja 1955 selain daripada mengawasi pengajian pekerja tempatan dan pekerja asing di dalam negara bagi memastikan mereka mendapat gaji dan layanan yang adil serta mengelakkan mereka dieksploitasi oleh majikan.

Pekerja-pekerja yang dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955 dan pekerja-pekerja yang termaktub di bawah seksyen 69(b) Akta tersebut adalah berhak untuk memfailkan tuntutan berkaitan gaji seperti kelewatan dan kegagalan membayar gaji, kegagalan membayar elaun lebih masa dan sebarang emolumen yang layak diterima di mana-mana pejabat tenaga kerja yang berhampiran. Dari masa ke semasa Jabatan Tenaga Kerja Sumber Manusia menerima aduan daripada pekerja-pekerja yang terlibat mengenai tuntutan gaji dan sedaya-upaya segera menanganinya melalui khidmat nasihat kepada majikan. Perbicaraan kes-kes buruh di Mahkamah Buruh dan tindakan pendakwaan di Mahkamah Sivil.

Tuan Yang di-Pertua, bagi makluman Dewan yang mulia ini sehingga tahun ini Jabatan Tenaga Kerja Sumber Manusia mengendalikan 12,484 kes-kes buruh yang difailkan oleh 23,660 pekerja di mana sebanyak 6,022 kes ataupun 48% telah berjaya diselesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Saripah Aminah Haji Syed Mohamed ingin mengetahui mengenai masalah pengangguran di kalangan lebih daripada 50,000 siswazah dan sama ada masalah ini timbul apabila kadar lepasan universiti melebihi tahap kemampuan ekonomi untuk menyerap graduan ini. Di samping itu beliau juga ingin tahu punca masalah pengangguran yang tinggi ini. Beliau meminta supaya tempoh pengangguran dipendekkan dengan peningkatan mobiliti buruh. Beliau juga mencadangkan supaya dikurangkan kadar cukai bagi syarikat-syarikat yang mengambil siswazah menganggur yang berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi makluman Dewan ini pendaftaran graduan yang dijalankan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara bagi tempoh 24 September hingga 7 Oktober 2005 mendapati seramai 59,315 graduan telah mendaftar dengan 4l.5% masih menganggur dan 58.5% sedang bekerja. Walau bagaimanapun bagi graduan yang berdaftar melalui Job Clearing System atau JCS, Kementerian Sumber Manusia ia menunjukkan bilangan siswazah yang mendaftar adalah tinggi pada pertengahan tahun dan menurun pada penghujung dan juga awal tahun.

Tuan Yang di-Pertua, trend kadar pengangguran graduan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat tetapi tidak seiring dengan kewujudan peluang-peluang pekerjaan. Juga terdapat siswazah yang terlalu memilih pekerjaan. Pengeluaran graduan output daripada institusi pengajian tinggi pada bulan Julai dan juga bulan Jun yang semakin meningkat setiap tahun. Wujud masalah ketidaksecocokan, mismatch dari segi kelulusan dan kemahiran yang diperlukan oleh majikan industri. Terdapat juga majikan yang terlalu memilih untuk mendapat calon pekerja yang berpengalaman serta mempunyai kemahiran-kemahiran khusus seperti kebolehan menguasai bahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi dan sebagainya.

Di samping itu lepasan IPTA dan IPTS iaitu pemegang diploma dan ke atas juga semakin meningkat setiap tahun dengan bilangan graduan pada tahun 2003 sahaja

DN 16.5.2006 75

menjangkau melebihi 200 ribu orang manakala kewujudan peluang-peluang pekerjaan pula lebih tertumpu di negeri-negeri utama yang terdapat kawasan perindustrian. Sepanjang tahun 2005 sebanyak 29,873 kekosongan jawatan telah dilaporkan di JCS di mana 21.9% kekosongan yang berada di Selangor, 19.3% di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 6% di Pulau Pinang.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin dengan isu pengangguran di kalangan lepasan graduan dan terdapat di negara ini. Sehubungan dengan itu kementerian melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah memperkenalkan Skim Latihan Graduan sejak tahun 2001 sebagai langkah untuk melengkapkan para penganggur dengan pelbagai latihan kemahiran dan memperluaskan peluang mereka mendapat pekerjaan. Sebanyak 13 program latihan yang memberi penekanan kepada kemahiran bekerja seperti komunikasi, menganalisis, keterampilan diri dan aspek-aspek pengurusan lain yang membolehkan graduan menganggur mendapatkan pekerjaan kelak telah ditawarkan.

Setiap program latihan yang ditawarkan di bawah skim ini telah dibangunkan oleh satu kumpulan kerja yang mana ahlinya terdiri daripada wakil-wakil persatuan majikan, penyedia latihan dan majikan bagi memastikan program yang ditawarkan bersesuaian dengan kebolehan mereka. Sejak dilaksanakan pada tahun 2001 hingga 15 Mei 2006 seramai 35,030 orang graduan telah diluluskan untuk mengikuti latihan di bawah skim ini. Selain daripada program latihan kemahiran kritikal seperti bahasa Inggeris, pembangunan eksekutif dan program-program berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi pihak kerajaan juga turut menyediakan program keusahawanan bagi melatih graduan yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan memandangkan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan swasta adalah terhad.

Program latihan selama lima bulan ini akan mendedahkan graduan dengan teknik-teknik perniagaan seperti penyediaan pelan perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran jualan dan seumpamanya yang menjadi asas yang perlu dimiliki oleh seorang usahawan untuk berjaya. Di bawah skim ini juga semua pelatih yang berjaya dipilih akan diwajibkan menjalani latihan praktikal di premis majikan di sektor swasta yang akan mendedahkan mereka dengan pengalaman pengurusan perniagaan sebenar yang amat berguna untuk menguruskan perniagaan mereka nanti. Setakat ini seramai 410 graduan sedang mengikuti latihan dalam bidang keusahawanan ini.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan Yang Berhormat Senator Dato’ Sharifah supaya kerajaan meningkatkan kualiti buruh...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan kepada Yang Berhormat sama ada hendak sambung esok atau hendak 18 minit lagi untuk dihabiskan.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: 18 minit lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Sekali gus saya mohon maaf kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang hadir pada petang ini untuk menjawab tetapi mungkin saya tidak dapat memberi peluang kepada beliau untuk menjawab pada hari ini. Terima kasih. Maka Dewan akan ditangguhkan pada pukul 5.45 petang. Sila teruskan.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Insya-Allah. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di luar bandar dan membimbing siswazah menjadi usahawan dalam usaha menangani masalah pengangguran yang berlaku sebenarnya telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan di bawah perbagai program dan strategi yang diadakan bagi menangani masalah siswazah yang menganggur.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Azizah binti Abdul Samad ingin mengetahui apakah program yang dilakukan oleh Tabung Pembangunan Kemahiran dan apakah jumlah pihak yang telah mendapatkan bantuan mengikut negeri dan tahun. Di samping itu beliau ingin mengetahui siapakah ahli-ahli Lembaga Pengarah Tabung Pembangunan Kemahiran.

Tuan Yang di-Pertua, bagi makluman Dewan yang mulia ini Tabung Pembangunan Kemahiran di bawah kementerian ini memberi pinjaman kepada lepasan sekolah untuk mempelajari satu kemahiran untuk mengurniakan sijil kemahiran Malaysia

76 DN16.5.2006

sahaja. Di antara kemahiran yang dibiayai ialah ICT, automotif, mekanik industri, kimpalan, buatan acuan, jahitan, kecantikan dan lain-lain. Sijil ini dikeluarkan oleh MLVK. Jumlah pembiayaan mengikut negeri dari tahun 2001 hingga 15 Mei 2006 adalah peminjamnya 137,643 orang manakala amaun dalam jutanya ialah sebanyak RM652.6 juta.

Tuan Yang di-Pertua, bagi makluman Dewan yang mulia ini ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan adalah sembilan orang yang terdiri dari seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia. Kedua, Ketua Eksekutif Perbadanan. Ketiga, Pengarah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, seorang wakil dari Kementerian Kewangan, seorang wakil dari Jabatan Perdana Menteri, seorang mewakili penyedia latihan yang dilantik oleh menteri dua orang yang mempunyai pengetahuan khas atau pengalaman dalam hal kewangan atau perdagangan yang dilantik oleh menteri.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Azizah juga membangkitkan tentang benar atau tidak telah memberhentikan 6,500 pekerja dan memberi pampasan satu bulan gaji kepada pekerja baru dan 1.5 bulan gaji kepada pekerja lama. Di samping itu beliau ingin tahu usaha-usaha yang telah dilakukan oleh MAS untuk mengenal pasti bakat-bakat pekerjanya sebelum ditamatkan kerja dan apakah insentif bagi pekerja yang ingin meninggalkan MAS.

Di samping itu Yang Berhormat Senator Datin Paduka Nor Hayati juga ingin tahu apakah MAS mengambil kira ....

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Minta laluan.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Boleh tak saya habiskan sikit lagi? Ingin mengetahui tentang kedudukan MAS juga. Jawapannya tidak dapat dinafikan bahawa penyusunan semula lawan domestik MAS sebagai mana yang telah diputuskan oleh kerajaan akan menyebabkan penyusunan semula syarikat penerbangan berkenaan.

Ekoran dari itu, pihak MAS telah merancang untuk melaksanakan Mutual Separation Scheme atau MSS, dan bukan menamatkan perkhidmatan kakitangannya. Melalui skim yang dilaksanakan kelak hanya kakitangan yang memohon untuk menyertai skim ini sahaja yang akan dipertimbangkan di dalam pengurangan kakitangan dalam syarikat tersebut.

Jumlah sebenar kakitangan yang akan terlibat dalam penyusunan semula ini dan jumlah pampasan yang akan dibayar masih belum diketahui kerana setakat skim ini, belum lagi dilaksanakan. Pihak MAS telah mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan lain seperti AirAsia Berhad dan Quata Airlines bagi memulihkan kakitangan yang terlibat diserapkan ke dalam syarikat berkenaan.

Dalam melaksanakan mutual separation scheme, pihak MAS telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan penerangan kepada kesatuan pekerja, pekerja-pekerja berkenaan bagi membolehkan semua kakitangan memahami hasrat dan keputusan kerajaan. Memandangkan syarikat berkenaan mempunyai perjanjian kolektif ataupun collective agreement atau CA yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak majikan dan pekerja maka skim yang ditawarkan adalah sebagaimana yang telah dipersetujui dalam perjanjian kolektif berkenaan. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Adakah pihak kementerian memberi perhatian kepada para pekerja MAS yang akan VSS atau MSS seramai 6,500. Apakah tindakan Yang Berhormat terhadap collective agreement antara majikan dan pekerja MAS dan juga pandangan Yang Berhormat terhadap mereka yang berhenti dan ada di antara mereka yang berminat untuk bekerja. Apakah ada usaha untuk memberi ruang pekerjaan kepada mereka dan berapa ramaikah pekerja yang saya difahamkan akan diserap kepada syarikat penerbangan lain. Terima kasih

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di dalam perjanjian bersama di antara pekerja dengan juga pihak majikan memang didasarkan kepada pemberian satu bulan gaji iaitu di bawah collective agreement tetapi pihak pekerja MAS telah menuntut lebih daripada itu.

DN 16.5.2006 77

Maka berlakulah perbincangan sebanyak empat kali antara majikan dengan pekerja maka perkara yang telah dipersetujui adalah seperti berikut, itu pun dengan campurtangan daripada pihak Kementerian Sumber Manusia:

(i) memberikan pampasan kurang lima tahun berkhidmat sebanyak 1.5 bulan gaji kali jumlah tahun berkhidmat;

Bil Tempoh (Tahun) Gaji (Bulan)

1. 5 – 10 1.75

2. 10 – 15 2

3. 15 – 20 2.25

4. 20 – 25 2.5

5. 25 – 30 2.75

6. lebih 30 3

(ii) MAS bersetuju menanggung kos hospital untuk tempoh satu

tahun sahaja dari tarikh penerimaan persaraan ataupun MSS;

(iii) bayaran sagu hati lama berkhidmat juga diberi iaitu kurang daripada 20 tahun sebanyak RM3,000 dan lebih daripada 20 tahun sebanyak RM5,000;

(iv) Bayar Faedah Perubatan – MAS bersetuju dengan bayaran ini mengikut CA sebanyak RM2,000 bagi setiap pekerja untuk satu kali.

Tuntutan yang belum diselesaikan iaitu tuntutan tiket penerbangan di mana kesatuan menuntut empat tiket penerbangan tetapi pada masa sekarang MAS hanya bersetuju menawarkan satu tiket percuma. Keseluruhannya apa yang telah dirundingkan begitu baik sekali dan manakala tentang jumlah yang terlibat daripada 23,000 kakitangan MAS yang akan ditawarkan untuk berhenti, iaitu sebanyak 6,500 yang mampu diserapkan oleh syarikat penerbangan AirAsia sebanyak 1,000 jadi yang bakinya sebanyak 5,500 akan diusahakan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk menyerapkan dalam Sistem JCS ataupun ELX untuk ditawar dan ditempatkan di dalam syarikat-syarikat lain. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Kalau tidak ada soalan, saya hendak simpulkanlah. Sebagai kesimpulan, ingin saya nyatakan ......

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, mohon laluan sedikit.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Silakan.

Dato’ Muda bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Tuan Yang di-Pertua: Memang boleh.

Dato' Musa bin Sheigh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa pandangan Yang Berhormat sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia tentang kakitangan MAS yang akan diberhentikan ini. Bukankah ini suatu penganiayaan terhadap mereka yang mana mereka telah bekerja selama 20 tahun atau 30 tahun tetapi kerana ada beberapa orang manusia yang telah menjahanamkan MAS ini, maka yang menjadi mangsa ialah 6,500 orang kakitangan. Apa pandangan Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ya, memang .....

Tuan Yang di-Pertua: Jahanam itu terjemahan dia hell, jadi menjahanamkan ialah to make hell of.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Memang kita bersimpati dengan kakitangan MAS yang terpaksa diberhentikan ataupun memilih untuk berhenti sebanyak 5,000 orang ini tetapi pemberhentian ini didukung oleh pampasan dan juga pembayar pelbagai faedah sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi. Secara kasarnya buat masa sekarang

78 DN16.5.2006

kerajaan terpaksa dan memberikan sejumlah lebih kurang RM700 juta kepada mereka yang terlibat ini tetapi bukan melibatkan semua kakitangan cuma melibatkan dalam 5,000 orang dan untuk itu pihak Kementerian Sumber Manusia akan memainkan peranan bagi memberikan mereka kerja-kerja yang lain. Simpati memang kita simpati, tanggungjawab pun kita berikan. Terima kasih.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Minta laluan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah habis Yang Berhormat?

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ada lagi tujuh atau lapan minit.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah, sila.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya sedikit hendak minta dijelaskan tentang pekerja asing di negara kita ini kalau boleh Yang Berhormat dapat sebutkan bilangan pekerja asing yang terkini di negara kita dan juga negara yang paling tinggi pekerja asing yang ada di negara kita dan saya juga ingin tahu jenis pekerjaan yang mana banyak diceburi oleh pekerja asing ini dan apakah sumbangan pekerja-pekerja asing ini dalam sumber pendapatan negara kita dari segi KDNK. Terima kasih.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Jumlah pekerja asing setakat hari ini ......

Tuan Lee Sing Chooi: Minta laluan Yang Berhormat. Boleh saya sambungkan yang tadi?

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Sekali sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Adakah Yang Berhormat hendak beri peluang kepada Yang Berhormat supaya menjawab sekali harung?

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Boleh, sila.

Tuan Lee Sing Chooi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sambung yang tadi itu yang CEO yang dilantik di GLC itu begitu penting pemimpinnya. Kalau tidak, tengok berapa ramai orang telah..., kehidupan mereka sudah terganggu. Adakah pengajaran itu kerajaan ada belajar dengan kes-kes macam ini supaya pelantikan kepada pemimpin-pemimpin GLC itu pasti berhati-hati dan memilih orang yang sesuai dan berkebolehan. Terima kasih.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya kira Yang Berhormat boleh bangkitkan perkara ini apabila giliran Kementerian Pengangkutan. Sekarang Yang Berhormat boleh menjawab soalan yang ..

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya setuju. Tuan Yang di-Pertua, bagus. Bagi .....

Tuan Yang di-Pertua: Eh! Puji kita pulak... [Dewan riuh]

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Memang bagus Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa]

Kepada Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali, saya ingin jelaskan bahawa jumlah pekerja asing yang bekerja di negara kita sekarang ialah seramai 1.8 juta orang. Negara yang pertama yang mendudukinya ialah:

DN 16.5.2006 79

Bil. Lima negara teratas Jumlah

1. Indonesia 1.2 juta

2. Nepal 200,000

3. India 139,000

4. Myanmar 90,000

5. Vietnam 85,000

Bil. Lima negara paling bawah Jumlah

1. Russia 1

2. Morocco 1

3. Fiji 1

4. Taiwan 2

5. Syria 2

Jumlah semua negara yang terlibat ialah 20 buah negara. Mengenai dengan sumbangan, mereka memberikan sumbangan kepada KDNK sebanyak RM17.5 bilion manakala mereka juga membawa pulang ke negara masing-masing untuk setahun RM5.6 bilion. Saya kira telah menjawab soalan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah bertanya kepada Kementerian Sumber Manusia dan kita mana-mana yang lain yang tidak sempat dijawab, kita akan layan jawapan itu pada masa-masa yang akan datang dengan lebih cermat dan juga lebih knowledge lagi. Terima kasih, assalamualaikum.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat masa cukup. Mesyuarat ditangguhkan sekarang. Dewan bersidang semula pada pukul 10.00 pagi esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.40 petang.