KANDUNGAN - Parlimen Malaysia

81
Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2003 Jawatankuasa :- Jadual :- Maksud B.19 (Halaman 17) Maksud B.20 (Halaman 58) USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2003 Jawatankuasa :- Maksud P.19 (Halaman 17) Maksud P.20 (Halaman 58)

Transcript of KANDUNGAN - Parlimen Malaysia

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2003 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.19 (Halaman 17) Maksud B.20 (Halaman 58) USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2003 Jawatankuasa:- Maksud P.19 (Halaman 17) Maksud P.20 (Halaman 58)

DR.16.10.2002 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin

Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu)

“ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas)

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis)

“ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput)

“ Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Beruas)

“ Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit)

“ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar)

“ Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan)

“ Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)

“ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi)

“ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh)

“ Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P, S.M.J, P.I.S. (Bakri)

” Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar)

“ Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan)

“ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu)

“ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar)

“ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian)

“ Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)

ii DR.16.10.2002

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)

“ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Kinabalu)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu)

“ Menteri Pertanian, Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi, S.I.M.P., P.G.B.K., D.P.M.S., J.S.M., J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Kuala Rajang)

“ Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, DGPN., D.I.M.P. (Lembah Pantai)

“ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)

“ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai)

“ Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol)

“ Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah)

“ Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A (Titiwangsa)

“ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri)

“ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Kerk Choo Ting, D.P.M.P., D.G.P.N. (Taiping)

“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Chan Kong Choy, D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang)

“ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat)

“ Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna)

“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Douglas Uggah Embas, P.G.B.K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong)

“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat)

“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar)

“ Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak)

“ Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor)

“ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya)

“ Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak)

“ Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor)

DR.16.10.2002 iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam)

“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai)

“ Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut)

“ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin, DSPN., P.I.S. (Johor Bahru)

“ Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort)

“ Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut)

“ Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading)

“ Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen (Raub)

“ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing)

“ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin)

“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik)

“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom)

iv DR.16.10.2002

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B. (Santubong)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Fu Ah Kiow, D.I.M.P. (Mentakab)

“ Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun)

“ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang)

“ Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam)

“ Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, D.S.S.S.M.T. (Marang)

“ Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman, P.J.N. (Sungai Benut)

“ Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar)

“ Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai)

“ Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman)

“ Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C, D.P. (Kota Samarahan)

“ Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang)

“ Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah)

“ Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun)

“ Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok)

“ Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, D.S.A.P. (Larut)

“ Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit)

“ Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh)

“ Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis)

“ Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu)

“ Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, D.P.M.S., A.S.A. (Hulu Langat)

“ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang)

“ Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan)

“ Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah)

“ Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu)

“ Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara)

“ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)

“ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)

DR.16.10.2002 v

Yang Berhormat Tun Dato’ Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok)

“ Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

“ Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)

“ Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal)

“ Dato Goh Siow Huat (Rasah)

“ Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar)

“ Tuan Hassan bin Mohamed (Besut)

“ Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas)

“ Tan Sri Dato’ Hew See Tong, P.S.M., D.P.M.P., J.P. (Kampar)

“ Dato’ Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh Barat)

“ Tuan Hoo Seong Chang (Kluang)

“ Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian)

“ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas)

“ Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram)

“ Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P. (Rompin)

“ Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong)

“ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu)

“ Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman)

“ Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau)

“ Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau)

“ Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau)

“ Datuk Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran)

“ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M, D.S.N.S. (Tumpat)

“ Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka)

“ Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang)

“ Tuan Kong Cho Ha (Lumut)

“ Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan)

“ Tuan Lee Kah Choon (Jelutong)

“ Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai)

“ Tuan Lim Hock Seng (Bagan)

“ Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong)

“ Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim)

“ Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan)

“ Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena)

“ Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau)

“ Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit)

“ Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)

vi DR.16.10.2002

Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading)

“ Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah)

“ Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai)

“ Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor)

“ Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau)

“ Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa)

“ Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli)

“ Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said, P.G.D.K. (Kota Belud)

“ Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh)

“ Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang)

“ Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K, P.J.M., (Balik Pulau)

“ Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam)

“ Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus)

“ Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat)

“ Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu)

“ Dato' Mustafa bin Ali, D.P.M.T. (Dungun)

“ Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah)

“ Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan)

“ Tuan Ng Lip Yong (Batu)

“ Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar)

“ Dato’ Othman bin Abdul (Pendang)

“ Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok)

“ Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang)

“ Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar)

“ Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam)

“ Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu)

“ Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)

“ Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian)

“ Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S. (Sibu)

“ Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran)

“ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong)

“ Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah)

“ Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A (Sepang)

“ Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik)

“ Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin)

“ Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau)

“ Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat)

“ Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching)

DR.16.10.2002 vii

Yang Berhormat Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan)

“ Puan Sukinam Domo (Batang Sadong)

“ Tan Sri Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)

“ Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu)

“ Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling)

“ Tuan Tan Kok Wai (Cheras)

“ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

“ Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang)

“ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

“ Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur)

“ Dato’ Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng)

“ Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu)

“ Dato’ Tiong Thai King (Lanang)

“ Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)

“ Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Batang Lupar)

“ Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok)

“ Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran)

“ Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang)

“ Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru)

“ Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang)

“ Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, S.S.S.A., D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gombak)

“ Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap)

“ Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin, K.M.N., P.A.T., D.P.M.P., J.S.M., P.J.N.

“ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M.

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia

“ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M.

“ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S.

“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, K.M.N., D.S.D.K., D.I.M.P., D.S.A.P., P.J.N.

“ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Kayveas, P.J.N.

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, P.J.N., J.M.N., S.M.S., A.M.K.

viii DR.16.10.2002

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat

Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah

Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Ruhana binti Abdullah

Riduan bin Rahmat Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Hajah Supiah binti Dewak Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Zaiton binti Yaacob Abd. Talip bin Hasim Noorhazmah binti Hamzah Jamilah Intan binti Haji Bohari Syed Azuddin bin Syed Othman Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Habibunisah Mohd. Azir Abu Bakar bin Hasan PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Kamal bin Oyub Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

JURUBAHASA SERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed Hajah Paizah binti Haji Salehuddin BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Ropiah binti Tambi Alias bin Mohd. Nor

DR.16.10.2002 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Rabu, 16 Oktober 2002

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Shaziman bin Abu Mansor [Tampin] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan:-

(a) apakah kriteria yang digunakan untuk mengklasifikasikan sesebuah syarikat yang “tidak aktif”, serta berapakah jumlahnya sehingga 31 Julai 2002; dan

(b) apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian terhadap syarikat-syarikat yang tidak aktif ini, yang majoritinya dahulu didaftarkan semata-mata atas tujuan untuk memohon saham daripada kementerian yang berkaitan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Wong Kam Hoong]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kriteria yang digunakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia iaitu SSM bagi mengklasifikasikan sesebuah syarikat sebagai tidak aktif ialah syarikat itu tidak memajukan penyata tahunan dan apa-apa dokumen kepada SSM atau pihak syarikat sendiri memaklumkan kepada SSM bahawa syarikat tidak lagi menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi. Sehingga 31 Julai 2002, jumlah syarikat yang tidak memfailkan apa-apa dokumen untuk tempoh lebih dari enam tahun ialah 64,266 syarikat.

(b) Langkah yang diambil oleh Pendaftar Syarikat jika didapati sesebuah syarikat itu tidak memfailkan apa-apa dokumen yang dikehendaki diserah simpan ke SSM dalam tempoh lebih daripada enam tahun berturut-turut adalah mengambil tindakan untuk membatalkan nama syarikat itu daripada daftar mengikut kuasa yang diberi di bawah seksyen 308, Akta Syarikat 1965. Dalam hal ini, Pendaftar Syarikat akan mengeluarkan notis kepada syarikat meminta pihak syarikat menyatakan sama ada syarikat masih menjalankan perniagaan. Setelah tamat tempoh sebulan jika tiada bantahan atau apa-apa jawapan daripada syarikat terhadap notis ini, notis pembatalan nama syarikat akan disiarkan melalui warta. Setelah tamat tempoh tiga bulan dari notis ini, Pendaftar Syarikat akan memotong nama syarikat daripada daftar, seterusnya syarikat berkenaan dibubarkan setelah diwartakan di dalam Warta Kerajaan.

Syarikat yang tidak beroperasi atau tidak aktif juga boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Pendaftar Syarikat memohon Pendaftar Syarikat menjalankan kuasanya di bawah seksyen 308 atas sebab syarikat telah berhenti menjalankan perniagaan atau belum pernah berniaga, dengan syarat syarikat itu tidak mempunyai aset atau tanggungan. Permohonan

2 DR.16.10.2002

pemotongan nama syarikat hendaklah disertakan dengan akuan berkanun. Sekian.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Tampin, ini satu soalan yang baik. Intisari daripada jawapan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi bahawa banyak syarikat yang tidak aktif. Saya hendak bertanya, yang sebenarnya ada, ini berlaku kerana banyak didaftarkan lebih awal sebagai shell company kerana memandangkan masa yang panjang untuk mendaftarkan syarikat-syarikat ini. Oleh kerana itu, kadang-kadang ada orang tengah macam syarikat-syarikat peguam yang sengaja mendaftarkan 30, 40 kompani untuk dijual sampai RM2,000, RM3,000 satu syarikat yang kosong shell company ini. Ini akan menjadi beban kepada pengusaha-pengusaha kecil luar bandar Kelas F yang sole proprietor dapat kerja untuk jadikan syarikat sendirian berhad, kalau tidak susah mendapat pinjaman daripada bank.

Adakah kerajaan bercadang untuk memotong red tape ini, mungkin membuat pendaftar secara Internet, secara IT, almost kita bagi 24 jam dua hari dapat pendaftaran. Oleh kerana itu, tidak perlu lagi seperti Petaling Jaya Selatan, dia tahu dia berniaga dahulu, mungkin dia pun tahu hal ini, kerajaan untuk memastikan tidak ada timbul lagi ini orang mendapat keuntungan atas angin. Minta pandangan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.

Tuan Wong Kam Hoong: Terima kasih Yang Berhormat bagi Rompin. Sebenarnya kelewatan menubuhkan syarikat bukan kerana karenah birokrasi, sebab tiap-tiap permintaan, search name mesti dijawab di dalam 30 hari. Sebab banyak pengarah atau mereka yang menubuhkan syarikat itu mereka sukai nama mereka, iaitu mereka suka satu nama, ingin satu nama tetapi di dalam daftar-daftar kita ada lebih daripada 600,000 syarikat dan mereka tidak dapat nama yang mereka sukai, maka mereka try dengan search untuk dapat nama yang mereka sukai, iaitu mereka bermain dengan nama, iaitu misal kata mereka suka nama 'Rompin Sdn. Bhd.', jika Rompin tak boleh dapat maka mereka sebut 'Rompin baru' atau 'Rompin Asia' dan sebagainya sampai mereka dapat nama itu.

Itu masalah kita. Mereka ingin nama yang mereka sukai…..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Rompin tak dapat jadi Tampin. [Ketawa]

Tuan Wong Kam Hoong: Boleh jugalah. Sebab Rompin rapat dengan Tampin, tempat yang ong ya, feng shui yang baik [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, ya ganggu sikit.… [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah jawab, Yang Berhormat.

Tuan Wong Kam Hoong: Ya search name boleh dibuat melalui komputer sekarang. Sekian, terima kasih.

Dato' Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya ingin bertanya memandangkan terlalu banyak bilangan syarikat yang tidak aktif digambarkan lebih kurang 64,000 kalau tidak silap saya, kadang-kadang ada di kalangan peniaga-peniaga baru, contohnya katakanlah Sri Gading, dia hendak berniaga buah-buahan seperti duku langsat, dia hendak gunakan nama syarikat yang pernah dibatalkan, setelah enam tahun tidak hantar akaun telah dibatalkan. Bagaimana cara Sri Gading untuk mengaktifkan semula syarikat itu dan untuk memastikan bahawa syarikat yang pernah didaftarkan dahulu ini tidak ada tanggungan-tanggungan. Saya tidak hendak nanti tiba-tiba Sri Gading mula berniaga sahaja sudah berhutang. Itu susah. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan perkara ini tidak berlaku, tidak ada liability yang tertanggung.

Tuan Wong Kam Hoong: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tampin. Kalau misal kata Yang Berhormat bagi Sri Gading ingin sebuah syarikat, Yang Berhormat boleh mengatur dengan pemegang-pemegang saham syarikat yang sedia ada untuk mengambil alih pemegang itu. Itu satu caralah yang banyak dibuat ikut cara itu, atau selepas syarikat itu dibatalkan, nama itu boleh digunakan semula. Kalau tidak Yang Berhormat bagi Sri Gading tunggu 15 tahun untuk nama ini digunakan semula. Sekian, terima kasih.

DR.16.10.2002 3

2. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak [Setiu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, jumlah pekerja asing yang telah dihantar pulang di bawah program Pengampunan Pekerja Asing dan berapa ramai lagi yang tinggal secara haram. Berapa banyakkah syarikat yang terlibat mengambil pekerja tanpa izin yang telah ditangkap dan diambil tindakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat bagi Setiu itu, seramai 322,180 orang pendatang tanpa izin atau PTI telah pulang ke negara asal secara sukarela di bawah Program Pengampunan yang berakhir pada 31 Julai 2002. Kementerian tidak mempunyai bilangan sebenar PTI yang masih berada dalam negara ini kerana mereka masuk tanpa melalui pintu-pintu masuk yang sah dan yang diwartakan. Walau bagaimanapun, bilangan pendatang tanpa izin yang ditangkap bagi tahun 2002 sehingga 31 Ogos 2002 adalah seramai 48,572 orang.

Yang kedua, kerajaan tidak mempunyai maklumat mengenai beberapa banyak syarikat yang mengambil pendatang tanpa izin yang telah membantu pekebun kecil lada kerana mereka tidak berdaftar. Sekiranya kes-kes begini diketahui dan Yang Berhormat ingin memanjangkan hal berkaitan dengan pekebun kecil lada ini, silalah kemukakan kepada kementerian untuk tindakan undang-undang yang akan diambill terhadap mereka yang didapati melanggar undang-undang negara kita. Terima kasih.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya rasa tidak ada kena mengena jawapan yang saya kehendaki kerana “lada” saya tidak timbulkan pun.

Walau bagaimanapun, saya ingin menimbulkan soalan tambahan iaitu daripada jawapan yang diberi tadi menggambarkan kelemahan sistem kawalan negara kita terutama sempadan kita daripada dicerobohi oleh pendatang-pendatang tanpa izin ini dengan menggunakan pasport ataupun IC kita yang begitu mudah diperolehi. Samalah kesnya seperti yang berlaku apabila Perdana Menteri Malaysia meminta supaya Kerajaan Filipina menarik balik atau memohon maaf dalam kes rogol baru-baru ini yang menggambarkan bahawa di dalam pusat tahanan kita boleh berlaku kes-kes perogolan ini, tidak kira sama ada yang berlaku itu rakyat Filipina ataupun rakyat Malaysia. Maknanya, kes rogol itu berlaku.

Soalannya ialah kerajaan sedar bahawa kesan ekonomi akibat daripada lembapnya pemprosesan permit masuk dan pengeluaran visa pekerja asing oleh KDN dan oleh Jabatan Imigresen akibat daripada kekurangan kakitangan, bila mana workload bertambah, kakitangan tidak ditambah dan sistem pemprosesan masih lagi menggunakan sistem manual, pakai isi borang yang sudah ketinggalan dengan ICT. [Disampuk]

Beberapa Ahli: Soalanlah!

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Soalannya ialah apakah kerajaan sedar bahawa dengan bertambahnya workload dan tidak bertambahnya kakitangan kerajaan di dalam KDN dan di dalam Jabatan Imigresen, menyebabkan pemprosesan pengeluaran permit kerja dan visa lambat dan penggunaan ICT dalam jabatan-jabatan berkenaan pun masih lagi lembap, adakah kerajaan sedar perkara itu dan bagaimana mengatasinya. Terima kasih.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasihlah kepada Ahli Yang Berhormat bagi Setiu atas pandangan itu, tetapi dia kata saya punya jawapan tadi tidak melambangkan apa yang disoal, saya rasa itulah soalannya yang ditanya, dan itulah juga jawapan yang dijawab, iaitu kata dia, jumlah pekerja asing yang telah dihantar pulang, saya jawab seramai 322,180 orang yang telah dihantar, itu yang kita ketahui, yang kita telah dapat kenal pasti.

Jadi, dia kata jawab tidak tepat tadi, saya pun tidak tahu macam Setiu hendak saya jawab.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Diam-diamlah dahulu, biar saya jawab. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, minta maaflah ya, saya ini mudah sedikit itulah, tetapi saya tidak ada darah tinggi, saya cakap betul-betullah. [Ketawa]

4 DR.16.10.2002

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kena sabarlah Yang Berhormat.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Terima kasihlah sebab saya menjawab itu, dan saya sudah beritahu, dia tanya pula berapa pendatang haram yang masuk ke dalam negara kita, kita kata kita tidak dapat pasti, sebab dia masuk secara pintu haram, pintu belakang juga. Tetapi walau macam manapun, saya jawab kita yang sudah tangkap, 48,572 orang, sehingga bulan Ogos ini.

Jadi, berkaitan dengan kelemahan, berkaitan dengan sektor pembangunan, sektor perladangan yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Setiu tadi, saya rasa kita sedang memproses secepat mungkin, kita ada green lane iaitu memproses pekerja-pekerja untuk sektor perindustrian, sektor perumahan, kita sudah banyak dapat dan kita pun sudah banyak luluskan, tetapi yang malangnya, Tuan Yang di-Pertua, ialah bila orang ini sudah dapat pekerja itu, tanggungjawab merekalah untuk mengimport pekerja ini, bukan kerajaan lagi. Jadi yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat bagi Setiu tadi bahawa kita ada mempunyai kelemahan, itu tidak benar. Saya akur kepada Kementerian Dalam Negeri bahawa kita memproses secepat mungkin, pegawai Imigresen kita pun sungguh cepat, very smart people, terima kasih kepada mereka, Tuan Yang di-Pertua, cepat, tidak ada yang melambat-lambatkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cepat dan tepat.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Itu polis punya moto, dan terus tangkap, kalau polis.

Jadi, saya harap janganlah kita membuat tuduhan-tuduhan yang tanpa asas, tanpa kita tahu yang sebenarnya. Kalau hendak mencari kelemahan orang memang banyak, kelemahan kita pun banyak juga, Yang Berhormat bagi Setiu ya tak?

Saya pasti jugalah Terengganu, dia dahulu orang UMNO ini, dia cabut lari pergi PAS, pasal dia dalam UMNO dia tidak dapat bertanding, jadi dia larilah pergi PAS, jadi dapatlah peluang bertanding. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tolong senyap, Ahli Yang Berhormat tolong senyap, saya hendak berucap. [Ketawa]

Seorang Ahli: Allah!

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menjawab, yang dihantar pulang itu seramai 48,000 lebih, salah seorang yang dihantar pulang itu seorang gadis yang berumur 13 tahun yang dituduh merogol.

Beberapa Ahli: Dirogol! [Ketawa]

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Allah, susah juga saya manusia memang ada silap sedikit. Leceh betullah rakan-rakan ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Siapa leceh Yang Berhormat, siapa leceh?

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Yang lain-lain Ahli yang menyentuh saya itu hah. Dia berhubung dengan menuduh, dia kena rogol. Saya hendak tahu, baru-baru ini statement Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri sudah suruh minta maaf. Sekarang ini dia tidak hendak minta maaf, apakah tindakan selanjutnya oleh Kerajaan Malaysia terhadap Kerajaan Filipina, ini menjejaskan nama baik negara Malaysia, satu dunia tuduh betul, pada hal perkara itu tidak betul, Presiden pun sebut. Sekarang kita minta kementerian panggil Duta, suruh Presiden atau Kerajaan Filipina minta maaf, ini menjaga nama baik, dahulu parti pembangkang asal cerita macam ini dia yang nombor satu tuduh, hah sekarang bila sudah tidak benar, dia diam, ini sebab saya katakan yang sana dia mengambil kesempatan sahaja, sudah teruk polis kita, Imigresen kita dia tuduh, jadi apa tindakan selanjutnya Yang Berhormat?

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan Ahli Yang Berhormat bagi Tebrau. Dia sememang suka baguslah menyoal perkara-perkara yang kontroversi itu, saya pun menjawab kontroversial juga ya tak?

DR.16.10.2002 5

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan apa tuduhan yang telah dibuat oleh Filipina terhadap kita, kita telah menjalankan siasatan, yang akhirnya budak yang membuatkan perkara yang boleh mengganggu perhubungan dua negara ini ialah seorang yang saya sudah sebutkan dahulu seorang yang of not a good character, dan apabila dia ditangkap, dia diletakkan dalam pusat serenti atau pusat apakah, dia tidak ada mempunyai dokumen, lepas itu kita masukkan dia balik, dia pula mengadu sana konon dia kena rogol dengan pegawai penguat kuasa atau apa-apa yang lainlah, tetapi apabila perkara ini telah disiasat dan akhirnya perkara ini tidak benar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat tadi Ahli Yang Berhormat bagi Tebrau bertanya tindakan selanjutnya.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, ya saya tahu, itu rangkaian saya hendak menceritakan perkara ini tadi, Tuan Yang di-Pertua, berilah saya peluang bercakap sedikit, ya tak, saya pun memang tidak selalu bercakap, kecuali saya dikehendaki bercakap, tetapi bila saya sudah bercakap, jangan ada orang larang, kecuali Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi, bukan saya tegur di sinikah, Yang Berhormat?

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Jadi, macam ini, itu adalah yang telah diperkatakan oleh pemimpin kita, kesilapan yang telah dilakukan oleh Filipina. Perdana Menteri kita pun telah minta supaya Kerajaan Filipina minta maaf, sama ada mereka ini hendak minta maaf atau tidak, itu terpulanglah kepada mereka, kalau mereka misal kata sudah tidak mahu minta maaf, membuat tuduhan yang melulu, itu terpulanglah, kita fahamlah apa yang dilakukan oleh pihak-pihak luar negeri. Itu sebab saya ingatkan janganlah parti pembangkang ini bila kata orang luar negeri besar-besarkan perkara-perkara yang kecil di Malaysia, janganlah kita pula mengambil kesempatan pula, terutama PAS, KeADILan dan lain-lain lagi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tuan Richard Riot anak Jaem.

Tuan Richard Riot anak Jaem: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, sebelum itu ada pembetulan sedikit. Selepas perkataan “lada hitam” ditambah “dan lada putih”. Soalan saya soalan nombor 3.

3. Tuan Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Pertanian menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu para pekebun kecil lada hitam dan lada putih yang menghadapi masalah kewangan yang kritikal akibat kemerosotan harga komoditi tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato’ Abu Bakar bin Taib]: Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Pertanian melalui Jabatan Pertanian Sarawak dan Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) telah dan sedang mengambil langkah-langkah untuk membantu para pekebun kecil lada hitam yang menghadapi masalah kewangan akibat kemerosotan harga komoditi tersebut. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:-

(i) menyediakan bantuan untuk pekebun kecil melalui Program Pengeluaran Lada (Pepper Production Programme) yang melibatkan penanaman baru dan penyelenggaraan pokok lada matang pada masa harga rendah di mana bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk kemudahan infrastruktur dan input pertanian;

(ii) menyediakan pilihan-pilihan pemasaran seperti Pasaran Hadapan Fizikal dan Skim Penyimpanan dan Pemilikan Lada di mana pekebun-pekebun kecil digalakkan menjual lada pada harga tinggi dan menyimpannya apabila harga rendah;

(iii) menyediakan kemudahan pemprosesan peringkat asas untuk menggalakkan pekebun mengeluarkan lada berkualiti eksport dan produk-produk tambahan nilai seperti lada putih

6 DR.16.10.2002

krim dan lada hitam bersih asli yang menawarkan harga premium;

(iv) meningkatkan persaingan dan menambahkan luang pasaran kepada para petani melalui aktiviti pembelian secara langsung di peringkat ladang. Ini dapat menggalakkan amalan perdagangan yang sihat di kalangan perantaraan supaya petani mendapat pulangan yang lebih setimpal;

(v) memberi bantuan kepada pekebun kecil lada bagi menjalankan aktiviti kepelbagaian tanaman agar mereka dapat mengusahakan aktiviti pertanian yang lain sebagai menambah punca mata pencarian.

Baru-baru ini, kerajaan telah meluluskan bantuan khas kepada pekebun kecil lada hitam berjumlah RM23.2 juta bagi membantu mereka yang terjejas teruk akibat kejatuhan harga komoditi tersebut termasuk bantuan bagi input pertanian dan peralatan.

Tuan Richard Riot anak Jaem: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Jadi, sebelum itu saya ingin bagi pihak para pekebun kecil lada di seluruh Sarawak, lebih-lebih lagi di kawasan saya Serian, ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan di atas usahanya [Tepuk] membantu para pekebun kecil kita. Walaupun beberapa usaha telah dan sedang diambil oleh kementerian untuk membantu para pekebun kecil lada kita, mereka masih menghadapi masalah kewangan yang kritikal. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, melalui program Satu Kampung Satu Industri yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, selaku Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2003, adakah kementerian mempunyai rancangan untuk menubuhkan industri atau kilang bersangkutan dengan komoditi lada di kawasan-kawasan Parlimen yang mengeluarkan banyak lada hitam seperti di kawasan saya iaitu di kawasan Parlimen P.173 Serian, kalau ya, bilakah ianya dijangka dilaksanakan, kalau tidak adakah kementerian bersedia untuk memasukkannya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan atau sekurang-kurangnya dalam Bajet 2004. Sekian, terima kasih.

Dato’ Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Apa yang kita lakukan ialah kita cuba memberi atau mengadakan kemudahan pemprosesan di peringkat ladang khususnya seperti yang disediakan oleh JPLH di Sri Aman dan Bitanggor dan memproses lada hijau segar supaya penghasilan lada hitam di bawah bantuan kita terkawal dan bersih bagi mengurangkan pencemaran mikrobiologi tanpa menggunakan bahan kimia dahulu.

Dalam perkara ini 1K1P ataupun satu kampung satu perindustrian, kita macam inilah kiranya, kadangkala kita mengadakan program ternakan lembu, kambing yang kita boleh campur adukkan dalam kawasan tersebut. Mungkin kawasan Ahli Yang Berhormat saya pun tidak pasti disebabkan kawasan itu saya tidak pernah pergi dan dalam hal ini, pada waktu ini kita belum ada lagi rancangan untuk kawasan Serian dan apa yang kita lakukan sekarang ialah di bawah kawasan Sri Aman dan Bitanggor dan saya harap perkara ini kalau boleh Yang Berhormat sendiri mengemukakan permasalahan ini di peringkat negeri dan insya-Allah kita akan tackle kemudian. Terima kasih.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin masalah harga lada ini memang turun naik, turun naik sentiasa dan dia tidak pernah menurun terus dan tidak pernah menaik terus. Jadi persoalannya, macam manakah kerajaan membantu pihak ini, kalau dengan mengeluarkan duit tiap-tiap tahun apabila masalah berlaku mungkin tidak juga berterusan.

Jadi soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan stok penimbal atau stok simpanan untuk membeli lada, mencari harga yang average cost, lepas itu membeli lada semasa harga lada ini menurun dan menjual, kerajaan menjual lada itu semasa lada naik harganya dan dalam keadaan sedemikian, supaya pekebun lada ini tidak akan merasa fluctuation dengan izin, harga lada di pasaran terbuka dunia. Terima kasih.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengadakan, kita tahulah harga ini akan turun naik dan dilihat dari segi pasaran dunia, kadang-kadang itu boleh dikatakan dalam setahun harga boleh meningkat kepada RM2,000

DR.16.10.2002 7

ataupun sehabis bawahnya RM1,100 dan kita tahu bahawasanya perkara ini akan berlaku, sebab itulah maka kita telah mengadakan satu program di pihak JPLS telah mengadakan satu program untuk membeli lada hitam, mengadakan stok simpanan supaya apabila harga turun kita simpan dan kita adakan di kawasan tertentu untuk mengunci harga pada tahap jualan harga ataupun contract price. Jadi itulah yang dilakukan, insya-Allah kita akan teruskan usaha ini. Terima kasih.

Puan Chong Eng: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan saya, sebagai ahli di dalam Dewan ini, saya ingin merakamkan bantahan saya terhadap apa yang telah dicakapkan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri tadi, yang mengatakan bahawa budak yang dirogol di pusat tahanan, kemudian dihantar ke Filipina itu adalah seorang is not of a good character. Saya ingin memperingatkan Dewan ini….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Chong Eng: ….bahawa karakter seorang….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat patut kemukakan tadi. Cukuplah, cukup.

Puan Chong Eng: Mangsa rogol tidak boleh dipersoalkan..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Patut tadi kemukakan, cukuplah, cukup. Cukuplah, cukup.

Puan Chong Eng: Jadi….

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup, cukup. Sila duduk Yang Berhormat, cukup, cukup.

Puan Chong Eng: Saya rasa…..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat elok tadi kemukakan.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Jangan hendak tuduh saya tidak tentu arah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Elok juga tadi kemukakan.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Hendak beritahu soalan, soalanlah, apa pasal pula.

Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Kalau hendak berceramah, tidak usah begitu Tuan Yang di-Pertua.

Puan Chong Eng: Kalau Setiausaha Parlimen merasakan ini tidak betul, kenapa hendak buat bantahan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Puan Chong Eng: Ya.

Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Ini, orang luar ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat soalan apa?

Puan Chong Eng: Soalan saya No. 4 tapi tidak apa, kita akan pursue matter ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada soalan ya.

[Dewan riuh] [Disampuk]

8 DR.16.10.2002

4. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah sebabnya para pelajar sekarang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan apakah langkah yang akan diambil untuk mengatasinya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd Khir]: Oh, tadi saya ingat apa, sebab saya tengok blok itu sekarang ini makin lama makin jadi biru, dah tambah dua dah [Dewan riuh]. Tidak apalah, saya akan jawablah.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti beberapa sebab mengapa pelajar-pelajar lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Antaranya ialah:

(i) kebanyakan pelajar terutama sekali di luar bandar tidak mempunyai peluang menggunakan bahasa berkenaan dalam realiti kehidupan sebenar. Keluarga, rakan sebaya serta komuniti tidak menggunakan bahasa Inggeris bagi membolehkan pelajar mendapat pendedahan untuk menggunakan bahasa berkenaan;

(ii) tidak wujud keperluan untuk pelajar menggunakan bahasa Inggeris kerana mereka yang mempunyai kaitan dengan pelajar tidak menggunakan bahasa berkenaan;

(iii) pelajar mempunyai bahasa ibunda mereka sendiri dan mereka boleh gunakan dengan sebaik-baiknya untuk berkomunikasi; dan

(iv) tiada motivasi intrinsik dan ekstrinsik bagi membantu pelajar untuk berusaha untuk menguasai bahasa berkenaan.

Antara usaha yang telah dijalankan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa berkenaan ialah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti dalam bahasa Inggeris seperti bahas, drama, pidato, syarahan, permainan bahasa dan bercerita.

Kementerian Pendidikan juga telah dan sedang melaksanakan cadangan yang dikemukakan dalam laporan jawatankuasa khas mengkaji strategi-strategi bagi mempertingkatkan prestasi bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah. Di antara cadangan-cadangan tersebut ialah:

(i) program bacaan awal berstruktur yang dilaksanakan di 1,760 buah sekolah rendah luar bandar yang telah dikenal pasti;

(ii) program perisian pendidikan bahasa Inggeris;

(iii) kursus strategi pengajaran bahasa Inggeris juga telah dan sedang dijalankan dengan kerjasama agensi luar seperti British Council;

(iv) kursus peningkatan profesionalisme dengan izin, striving for success untuk guru-guru bahasa Inggeris di luar bandar;

(v) program penutur jati bahasa Inggeris dari luar negara yang juga dijalankan bagi membantu meningkatkan bahasa Inggeris di kalangan pelajar di luar bandar. Program ini terdiri daripada;

(a) DELC ataupun dengan ini District English Language Coordinators;

(b) PET ataupun dengan izin Practicing English Teachers; dan

(c) gap atau sukarelawan.

Tuan Chang See Ten: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen memberikan penerangan tentang pada masa sekarang, masih ada para ibu bapa di kawasan luar bandar yang mana bila guru-guru memberikan tuisyen percuma untuk murid-murid sekolah di sebelah petang selepas sekolah tetapi para ibu bapa di luar bandar masih tidak menggalakkan anak mereka menghadiri tuisyen itu dan ini akan mendatangkan satu masalah kepada kerajaan melalui Kementerian Pendidikan untuk membimbing generasi muda kita supaya mereka fasih dalam bahasa Inggeris.

DR.16.10.2002 9

Apakah langkah-langkah yang mana Kementerian Pendidikan akan ambil untuk menggalakkan para ibu bapa supaya memahami kepentingan bahasa Inggeris kepada anak-anak mereka? Sekian, terima kasih.

Dato' Mahadzir bin Mohd Khir: Terima kasih Yang Berhormat bagi Gelang Patah. Pertama sekali perlu saya ingatkan di sini kepada Ahli-ahli di dalam Dewan yang mulia ini, bahawa jangan kita campur adukkan persoalan pengajaran pembelajaran bahasa Inggeris sebagai satu mata pelajaran. Satu lagi ialah mengenai pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris. Itu adalah dua perkara yang berbeza sama sekali.

Saya tahu Yang Berhormat bagi Pokok Sena memandang kepada saya, dia akan tuduh kepada saya nanti, saya tidak tahu apa yang saya bercakap tapi saya tahu Yang Berhormat bagi Pokok Sena tidak tahu apa yang Pokok Sena bercakap [Ketawa] Dan saya juga tahu apa yang Pokok Sena tidak tahu….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Dato' Mahadzir bin Mohd Khir: Saya teruskan, mengenai dengan pelajar-pelajar di luar bandar ini seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Gelang Patah tadi, ialah kita memang menggalakkan setiap guru ataupun di sekolah yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris untuk menggunakan kekreatifan mereka, bagaimana hendak memotivasikan anak-anak ini tadi untuk mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih baik dan bagaimanakah hendak menggunakannya supaya mereka dapat memahirkan mata pelajaran bahasa Inggeris itu.

Oleh itu rasa saya macam cadangan, kita akan memberitahu kepada guru-guru tuisyen tadi bagaimana hendak menggalakkan lebih ramai anak-anak tadi menghadirinya itu. Perkara yang lagi satu ialah mengenai guru-guru bahasa Inggeris dan memang kita akui tidak mencukupi guru-guru bahasa Inggeris dan kita sedang mengambil langkah untuk bagaimana mengisi kekosongan guru-guru berkenaan.

Oleh itu saya percaya daripada segi pengajaran bahasa Inggeris, walaupun kita sudah mencapai satu tahap tetapi masih kita tidak berpuas hati daripada segi pencapaian pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris sebagai satu mata pelajaran. Terima kasih.

Tuan Saupi bin Daud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Setiausaha Parlimen. Saya bersetuju kalau Yang Berhormat mengatakan dua perkara yang berbeza di dalam menghadapi masalah bahasa Inggeris dan juga penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik dan di sini juga kementerian mungkin menghadapi masalah yang sama. Pertama masalah guru yang tidak mencukupi dalam mengajar bahasa Inggeris kemudian ditambah lagi guru yang tidak mencukupi untuk mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, dua masalah yang ditimpa serentak.

Kementerian ada mengatakan bahawa mungkin pada tahun ini melibatkan 40,000 pertukaran guru-guru yang tidak perlu campur tangan politik dalam menerima pertukaran untuk menyelesaikan perkara ini. Adakah, saya ingin mendapat penjelasan adakah 40,000 orang guru-guru yang akan ditukarkan ini, kenyataan Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan, adakah dapat menyelesaikan segala masalah daripada segi dua perkara yang berbeza tadi, iaitu menyelesaikan masalah guru yang tidak mencukupi bahasa Inggeris dan juga untuk menyelesaikan masalah pengajaran bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dato' Mahadzir bin Mohd Khir: Baik, terima kasih. Mengenai pertama saya cuba nyatakan di sini mengenai dengan ketidakcukupan guru-guru yang mengajar dalam bahasa Inggeris, maksud saya ialah opsyen bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran. Misalnya dalam ini kita dapati di sekolah rendah sahaja, kita memerlukan seramai 24,326 orang guru yang terlatih tetapi yang terlatih dalam opsyen itu sudah kita dapati seramai 19,579 ini bermakna kita berkurang seramai 4,747. Begitu juga dengan Matematik kita ada guru seramai 18,000 kita perlu tetapi yang kita ada ialah 13,000 tetapi kita akan tambah itu. Maksud saya kekurangan 4,783. Begitu juga dengan Sains kita juga kekurangan seramai 677, itu di peringkat rendah.

Begitu juga di sekolah menengah kita kekurangan guru seramai 1,271 orang, itu daripada segi opsyen maksud saya. Tetapi dalam masa yang sama Yang

10 DR.16.10.2002

Berhormat saya ingin nyatakan juga langkah-langkah yang telah kita lakukan ialah untuk mengambil lebih ramai lagi dan ini sedang kita lakukan untuk bagi mengatasi masalah kekurangan guru dalam opsyen bahasa Inggeris.

Nah, sekarang Yang Berhormat kata Yang Berhormat bersetuju dengan saya mengenai pengajaran Sains dan Matematik, itu satu perkara yang berasingan dan bahasa Inggeris perkara itu, sebab saya timbul mengenai dengan itu ialah di sini kita mengajar Sains dan Matematik yang cadangan kita itu dalam bahasa Inggeris ialah untuk memahirkan anak-anak kita itu dengan izin, saya nyatakan itu scientific literacy ataupun literacy science dalam erti kata bahawa istilah-istilah yang kita kata itu di mana kita hendak memahirkan mereka ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai alat bagi menimba ilmu dan dalam hal ini sudah pun kita mengambil langkah-langkah tertentu untuk melatih guru-guru Sains dan Matematik ini untuk dalam pengajaran.

Sebab itu saya katakan jangan kita mengatakan bahawa di sini kita hendak mengesampingkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, itu tidak timbul dan saya kira Yang Berhormat telah bersetuju dengan saya, bahawa hari ini kita hendak memahirkan anak-anak kita menggunakan bahasa Inggeris sebagai alat untuk menimba ilmu dalam Sains dan Matematik. Akhir kata kalau dahulu sudah disebut, saya terus terang mengatakan apa, killing two birds with one stone, dengan izin, kepada Yang Berhormat bagi Pokok Sena.

Mengenai dengan pertukaran guru-guru, ini adalah perkara biasa, perkara biasa yang kita sebut. Tidak ada kaitan dengan politik seperti mana kata Yang Berhormat. Jadi misalnya kalau sekolah itu tidak mencukupi guru-guru dalam bidang-bidang tertentu kita cuba sesuaikan perkara ini. Begitu juga kita selalu menyeru guru-guru yang baru terlatih supaya mereka bersedia untuk ditukar keluar bandar. Apabila mereka sudah terlatih, kalau kita anggap keperluan itu begitu mendesak di luar bandar, kita hantar guru-guru ini di luar bandar dan kita juga telah menyediakan segala macam kemudahan kepada guru-guru untuk bertukar dan berkhidmat di luar bandar.

Jadi saya berharaplah kepada guru-guru supaya mereka sanggup untuk dapat dihantar ke luar bandar jika mereka diperlukan perkhidmatannya. Terima kasih.

5. Tuan Hassan bin Mohamed [Besut] minta Perdana Menteri menyatakan kenapakah Kerajaan Persekutuan beria-ia benar menentang dan menghalang kerajaan mengemaskinikan dasar-dasar perundangan di Mahkamah Syariah.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan tidak pernah menentang dan menghalang usaha mengemaskinikan dasar-dasar perundangan di Mahkamah Syariah bahkan berusaha menyusun kembali sistem pentadbiran dan perundangan tersebut.

Pihak kerajaan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah memainkan peranan khusus menyelia proses pentadbiran organisasi dan mengemas kini dasar-dasar perundangan dan kehakiman di Mahkamah-mahkamah Syariah seluruh negara di mana melaluinya arahan-arahan amalan ataupun practice direction dapat dikeluarkan dari masa ke semasa untuk di terima pakai di Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri. Terima kasih.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, apakah benar undang-undang seseorang Islam yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 2001 banyak ditiru dari Undang-undang Wilayah Persekutuan. Jika benar, apakah hebatnya undang-undang Islam yang cuba hendak ditunjukkan oleh PAS. Terima kasih.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Daripada maklumat yang kita dapat dan dari kajian yang kita buat bahawa, undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 2001, boleh dikatakan hampir semuanya di ceduk daripada Undang-undang Wilayah Persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Terengganu juga jangan mendakwa menubuhkan negara Islam, akhirnya mereka terpaksa meniru Undang-undang Wilayah Persekutuan. Antara enakmen-enakmen yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu yang diambil dari enakmen-enakmen yang diguna pakai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan ialah:

DR.16.10.2002 11

(i) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001;

(ii) Enakmen Syariah Terengganu 2001;

(iii) Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah 2001;

(iv) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Terengganu 2001; dan

(v) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001.

Jadi jelas menunjukkan bahawa Terengganu memang tidak ada idea untuk membuat undang-undang Islam, semuanya cedok daripada Wilayah Persekutuan. Terima kasih.

Tuan Hassan bin Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Undang-undang yang tidak bertentangan dengan kehendak Islam tidak jadi masalah. Cuma beberapa perkara yang menjadi persoalan dan perbincangan. Di antaranya ialah Undang-undang Jenayah Syariah yang dikatakan Kanun Jenayah Syariah yang dilaksanakan di negeri-negeri yang diperintah oleh Kerajaan Persekutuan tidak mengklasifikasikan benda itu dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam Islam.

Pertamanya dalam perkara hudud. Perkara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. yang mana tidak ada perbincangan, tidak ada campur tangan PAS ataupun UMNO, dan perkara ini kita minta ianya dijelaskan dan dilaksanakan.

Saya bagi contoh, persoalan umpamanya murtad. Murtad tidak ada persoalan lagi. Hukumannya dalam Islam minta supaya dibunuh. Penzina dirotan ataupun direjam. Kemudian hukum qisas (bunuh dibalas bunuh) tetapi dalam Islam yang dibuat oleh Terengganu, Badan Pengampun ialah kepada keluarga mangsa. Tetapi yang dilakukan oleh Persekutuan - Board of Pardon yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi kita mahu ketengahkan benda ini dan kembali kepada kehendak Islam yang sebenar.

Kemudian perkara takzir, perkara yang tidak dipersoalkan kerana keputusan, kesalahan dan hukumannya dijatuhkan oleh Hakim. Jadi,…..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Soalan Yang Berhormat.

Tuan Hassan bin Mohamed: …..tujuan kita ialah supaya benda ini dikembalikan kepada yang asal. Saya minta pandangan.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun tidak berapa jelas soalan Yang Berhormat ini. Sama ada Yang Berhormat hendak mengatakan bahawa undang-undang sivil kita ini tidak mengikut undang-undang Islam mungkin itu yang dimaksudkan ataupun mengapa kerajaan tidak terima hudud dan sebagainya. Ini saya tidak boleh jawab tetapi walau bagaimanapun, saya ingin nyatakan di sini bahawa negara kita mempunyai Perlembagaan. Kita di sini bila angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, kita telah angkat sumpah menghormati dan menyanjungi Perlembagaan kita, sebagai undang-undang yang tertinggi termasuklah Yang Berhormat sendiri.

Jadi di dalam pembahagian kuasa dalam Perlembagaan ini, Perkara 73 dan 75 khususnya Jadual Kesembilan, Perkara 74, kita perlu rujuk bagi kita mengesahkan sesuatu penggubalan undang-undang terutamanya mengenai jenayah. Jadi kita sudah pun memberikan kuasa dan kalau kita lihat Undang-undang Sivil pun memanglah dalam Kanun Keseksaan, kalau orang membunuh, kita juga kalau didapati bersalah, juga dihukum bunuh.

Tetapi mungkin Yang Berhormat tidak bersetujulah barangkali, sebab mengikutnya, keluarganyalah yang memberikan pengampunan. Tetapi kita undang-undang yang kita amalkan bahawa jika dia didapati bersalah bahawa selalunya keluarganyalah macam kes baru-baru ini dalam surat khabar famili mana-mana keluarga pun kalau dia tengok keluarganya dibunuh secara kejam dia minta supaya yang membunuh itu mesti juga dihukum. Ini memang kita laksanakan dalam Kanun Jenayah Syariah.

12 DR.16.10.2002

Mengenai undang-undang hudud Yang Berhormat nyatakan tadi, kita lihat bahawa perbezaan yang ada di dalam hudud yang dibuat oleh PAS ini pun banyak perbezaannya. Kalau kita lihat di sini ada tiga edisi. Saya hendak nyatakan:

(i) Enakmen Jenayah Syariah II 1993 PAS Kelantan;

(ii) Draf Undang-undang Jenayah Syariah Hudud dan Kisas Terengganu untuk yang diseminarkan pada bulan Mei 2002; dan

(iii) Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Hudud dan Kisas Terengganu 2002 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Kita lihat ketiga-tiganya ini berlainanlah Yang Berhormat antara satu sama lain. Kalau kita lihat dalam Enakmen Jenayah Syariah II 1993 Kelantan, ia ada 72 fasal. Ia tidak ada bughah dan tidak ada rogol. Tetapi kalau kita lihat dalam draf cadangan untuk seminar ada 74 Fasal. Dia bertambah pula 2 fasal lagi.

Ada bughah dan ada rogol. Berbeza lagi. Dan akhirnya kalau kita lihat Rang Enakmen Terengganu yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu ada 67 Fasal pula. Kurang pula lagi. Dengan tiada bughah tetapi meninggalkan rogol seperti yang ada di dalam seminar. Kalau kita lihat undang-undang yang dibuat pun tidak sama dengan apa yang ditakrifkan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri.

Saya ambil contoh dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Hudud dan Kisas Negeri Terengganu dalam Seksyen 49(2). Dia menyatakan bahawa dalam perkara zina – kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi kenyataan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan dengan yang demikian, hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dia mendapat bukti atau sebaliknya.

Tetapi kalau kita lihat kenyataan Menteri Besar Terengganu dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 9 Jun 2002, dia tidak datang, nanti dia kata, bila saya jawab nanti, dia kata saya jawab tidak betul pula. Macam Menteri Besar Kelantan, dia kata saya memberikan jawapan secara yang bercelaru di Parlimen berbeza dengan apa yang ada di dalam surat khabar.

Tetapi saya jawab, kalau saya bagi jawapan bercelaru, ertinya semua Ahli Parlimen yang ada di hadapan ini tidurlah terutama PAS, tidak bantah. Hari ini saya hendak baca pula apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Terengganu. Kalau tidak betul kena bangun bantah, jangan besok buat statement surat khabar lain pula kata, saya buat pembohongan dalam Parlimen.

Menteri Besar Terengganu menyatakan ‘Islam menitikberatkan pembelaan ke atas wanita bahkan Al-Quran dalam Surah An-Nur mengenakan kesalahan qazaf (sebat 20 kali) kepada orang yang menuduh wanita yang tidak bersalah melakukan zina. Ini menunjukkan Islam membela wanita yang dianggap lemah dan menjadi mangsa kezaliman. Wanita hamil yang mendakwa telah dirogol tidak boleh dihukum sewenang-wenangnya dan mestilah disiasat’.

Jadi kita tengok ada percanggahan. Kalau dalam seksyen itu kata, bila wanita yang tidak berkahwin ini hamil dia melakukan zina. Tetapi Menteri Besar ini berkata pula tidak semudah itu untuk mengenakan zina. Okey, terima kasih.

Tuan Muhamad bin Mustafa: [Bangun]

Tuan Hassan bin Mohamed: Saya, saya......

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat .

Tuan Hassan bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, saya membantah kenyataan dia itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah, cukuplah.

Tuan Hassan bin Mohamed: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

DR.16.10.2002 13

6. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah apa-apa keistimewaan diberikan kepada anggota-anggota badan sukarela beruniform seperti RELA, Bulan Sabit Merah, St. John Ambulans dan sebagainya bagi mendapatkan rawatan istimewa di hospital-hospital atau pusat kesihatan Kerajaan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S.G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, anggota-anggota badan sukarela beruniform seperti RELA, Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance yang berdaftar dengan sah sekiranya mengalami bencana semasa menjalankan tugas-tugas mereka, maka mereka adalah layak mendapat kemudahan pesakit luar dan rawatan wad kelas percuma di hospital-hospital dan klinik kesihatan di Kementerian Kesihatan.

Ini adalah mengikut peruntukan di bawah perenggan 16(13) Perintah Fi Perubatan 1982 oleh pihak berkuasa Perbendaharaan iaitu Ketua Setiausaha Perbendaharaan boleh mengecualikan mana-mana kelas serta kumpulan orang dari membayar kesemua atau mana-mana bahagian daripada caj yang dikenakan di bawah perintah ini. Terima kasih.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ada pantun Melayu berbunyi.....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Soalan tambahan Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa”. Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Itu masa mereka bertugas tetapi ada kala mereka bersara. Jasa mereka ini bukan kepalang. Masa bencana alam, bah, kebakaran dan waktu tabung darah sesuatu hospital itu dalam keadaan genting, merekalah yang datang membantu untuk menyelamatkan nyawa-nyawa yang terancam kerana kekurangan darah.

Bolehkah atau tidak pihak kementerian sudah pun ada pertimbangan yang begitu baik dilanjutkan kepada mereka yang mungkin telah bersara daripada pasukan beruniform ini dengan mengeluarkan kad-kad yang tertentu, yang sahih, yang mendapat persetujuan, pengiktirafan daripada badan induk mereka yang akan disahkan oleh pihak hospital dan mereka akan mendapat layanan yang istimewa, rawatan, ubat-ubatan dan kalaupun tidak secara percuma 100%, agaknya mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian separuh harga. Just kerana hendak membalas.....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, cukuplah Yang Berhormat. Setiausaha Parlimen faham.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tergantung Dato’. Merbahaya kalau tergantung ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Faham, faham.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Biarlah lengkap sampai ke hujung.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak perlulah. Faham.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Faham dah? Dato’ faham dan Setiausaha Parlimen pun faham.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Semua faham di sini.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya pun faham. Terima kasih Dato’.

Tuan S.G. Sothinathan: Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat. Buat masa ini kita cuma memberi rawatan semasa mereka bertugas tidak kira umur mereka. Tetapi bagi orang-orang yang telah bersara itu, memang harapan mereka adalah kemudahan-kemudahan Kementerian Kesihatan. Bila mereka bersara, tidak ada duit, ataupun kurang duit pada masa itu, kesemua mereka yang bersara itu pergi kepada kemudahan fasiliti Kementerian Kesihatan.

Jadi tidak eloklah kerana ini adalah suatu perkhidmatan secara sukarela. Tidak elok kita membeza-bezakan perkhidmatan yang diberikan kepada mana-mana pihak kecuali semasa mereka menjalankan tugas itu. Itulah dasar kita buat masa ini.

14 DR.16.10.2002

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bagaimana Yang Berhormat menentukan siapa yang akan menerima layanan, keistimewaan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Maksud saya apakah kriteria yang digunakan.

Bolehkah Yang Berhormat terangkan bagaimana RELA memainkan peranan di dalam kesihatan. Biasanya saya nampak RELA ada jaga keselamatan untuk jamuan makan malam dan sebagainya tetapi saya tidak pernah melihat RELA yang memainkan peranan di dalam kesihatan rakyat kita ini. Bolehkah Yang Berhormat terangkan sebab saya tidak tahu dari mana fahaman Yang Berhormat bagi Sri Gading mengenai RELA. Dia kelirulah…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mungkin RELA di Sri Gading ada buat demikianlah.

Dr. Tan Seng Giaw: Ya, dia ada buat demikiankah? Setahu saya hanya Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans yang memainkan peranan yang penting yang memberi sumbangan yang banyak tetapi RELA kuranglah. Bolehkah Yang Berhormat terangkan?

Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ini tidak kena mengena dengan kesihatan. Ini badan-badan sukarela yang menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepada pertubuhan-pertubuhan tertentu. Kalau RELA menjalankan tugas yang berpandukan prinsip-prinsip RELA ditubuhkan maka mereka terlindung di bawah dasar ini. Bukan sahaja ini untuk badan-badan yang menjalankan tugas-tugas kesihatan. Ini bermakna RELA bermaksud mereka menjalankan tugas-tugas keselamatan untuk satu majlis itu atau satu upacara maka mereka menjalankan tugas membantu kerajaan dan membantu badan-badan kerajaan dalam menjaga keselamatan. Jadi, mereka terlindung semasa mereka menjalankan tugas mereka.

7. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad [Padang Terap] minta Menteri Pertanian menyatakan, apakah langkah-langkah yang lebih agresif yang telah dilakukan bagi membantu para petani mengatasi masalah lambakan hasil pertanian mereka pada setiap musim.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato’ Abu Bakar bin Taib]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, sebagai usaha menangani masalah pemasaran hasil-hasil pertanian akibat pengeluaran berlebihan, Kementerian Pertanian melalui FAMA telah mengatur beberapa langkah seperti berikut:-

(i) menyediakan khidmat pemasaran, di mana FAMA membeli hasil-hasil pertanian dengan harga pasaran dan memasarkannya di peringkat borong, institusi dan runcit yang bertujuan membantu petani memasarkan hasil pertanian mereka supaya petani dan pengguna mendapat harga yang berpatutan;

(ii) penjualan di peringkat runcit dipergiatkan terutama semasa lebihan pengeluaran iaitu melalui jualan istimewa atau pesta-pesta yang diwujudkan di pasar tani, di mana petani atau pengeluar diberi peluang menjual hasil-hasil pertanian terus kepada pengguna-pengguna. FAMA akan membantu dalam mempromosikan pesta-pesta yang diadakan di pasar tani;

(iii) meningkatkan lagi program pasaran sama ada dari segi pengeluaran dan pemasaran dengan mewujudkan sistem pengesanan dan pemantauan supaya pengeluaran dan pemasaran dapat dirancang dengan berkesan dan masalah lebihan pengeluaran dapat dikurangkan. Di antara program yang ditekankan ialah memperkukuh sistem maklumat pasaran dengan menyediakan panduan dalam pengeluaran hasil pertanian yang akan dikeluarkan oleh pengeluar;

(iv) mempergiatkan usaha-usaha di kalangan pengeluar-pengeluar bagi kegiatan memproses hasil pertanian. Pendekatan ini akan dapat mengurangkan masalah

DR.16.10.2002 15

lambakan hasil pertanian dan juga dapat mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian yang mudah rosak; dan

(v) menawarkan skim Ladang Kontrak Pemasaran kepada petani-petani bagi membolehkan hasil keluaran mereka dipasarkan melalui saluran alternatif seperti pasar tani serta ruang pasaran FAMA yang lain termasuk untuk dieksport.

Terima kasih.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Setiausaha Parlimen. Saya nampak FAMA di Padang Terap tidak berfungsi sebab itu kebanyakan hasil yang dikeluarkan oleh para petani selalu terlambat dan tidak ada FAMA yang cuba mengutipnya dan sebagainya. Jadi, oleh sebab itu saya ingin meminta penjelasan, apakah langkah yang perlu diambil secara agresif oleh pihak Kementerian Pertanian untuk memastikan FAMA berperanan supaya lambakan itu tidak akan berlaku seperti sekarang ini tiap-tiap tahun berlaku perkara itu. Terima kasih.

Dato’ Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya amat bersimpati dengan keadaan sekarang ini. Bayangkan Yang Berhormat, durian, cempedak, rambutan, manggis, rambai, dokong keluar sekali. Kalau kita ada duitlah, katalah RM100 yang mana hendak beli, durian, manggis ataupun lain-lain barangan? Tentulah kita akan memilih sesuatu yang kita sedap makan. Kadang-kadang itu terdapat misalnya cempedak. Lambakan berlaku disebabkan kurang permintaan, hasil itu serentak turun. Inilah yang kita hadapi.

Hendak mengatakan FAMA kurang agresif saya tidak fikir begitu. Kita sekarang ini sedang menyediakan atau menggalakkan tanaman seperti belimbing yang keluar sepanjang tahun, ciku sepanjang tahun keluar, mangga. Sebelum ini kita ada harum manis dan kita hanya mengeluarkan pada musim tertentu di utara. Bukan sahaja harum manis kita hanya keluar bulan April tetapi banyak keluar, sebulan dua bulan keluar. Jadi, kita sedang mencari jalan untuk mengeluarkan buah-buahan seperti nangka, kita ada tembikai madu dan markisa dan juga ciku, tembikai, itu boleh kita tanam. Pihak FAMA hanya dapat mengadakan pemasaran antarabangsa dan insya-Allah akan dipergiatkan lagi pasaran antarabangsa dengan adanya penjualan lebih kurang RM350 juta ke luar negara. Saya kira dengan adanya program ini kita dapat mengatasi masalah. Nangka misalnya walaupun ia besar, hasilnya telah dihantar ke Los Angeles oleh individu tertentu. Benda ini akan kita teruskan dengan kerjasama MARDI dan universiti-universiti untuk mengadakan benih tanaman-tanaman yang dapat kita gunakan sepanjang tahun. Terima kasih.

Tuan Fong Kui Lun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, apakah persiapan kerajaan untuk membantu golongan petani kita selepas AFTA dilaksanakan pada tahun depan yang menyebabkan hasil pertanian negara lain memasuki pasaran Malaysia pada harga yang lebih murah. Apakah langkah-langkah yang kementerian Yang Berhormat akan ambil untuk menangani masalah ini. Terima kasih.

Dato’ Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan terus membantu rakyat walaupun datang AFTA dengan program-program tertentu. Yang kita tumpukan sekarang ini ialah dengan peningkatan hasil berbanding kos per kilogram. Sekarang ini katalah padi misalnya, Malaysia amat berbangga sekali kerana kos per kilogram adalah yang terendah ataupun sederhana. Kalau dibandingkan dengan Amerika dan kawasan-kawasan lain kita masih lagi peringkat sederhana walaupun kita tidak dapat menandingi misalnya Thailand dan Indonesia dan seterusnya lain-lain kawasan. Dari segi kita mengadakan penyelidikan yang lebih untuk membeli bahan-bahan ataupun benih-benih yang bermutu tinggi untuk pengeluaran yang lebih banyak. Terima kasih.

8. Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah program-program dan tindakan proaktif yang akan diperkenalkan bagi menangani amalan rasuah seperti mana yang dilaporkan oleh pihak akhbar baru-baru ini yang melibatkan ramai pegawai muda di sektor awam dan swasta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Douglas Uggah Embas]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab

16 DR.16.10.2002

serentak soalan ini bersama-sama dengan soalan pada 30 Oktober yang menyentuh mengenai perkara yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.

Datuk Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, untuk menangani gejala rasuah yang melibatkan pegawai muda, tindakan pencegahan, penyelidikan dan pemupukan nilai-nilai murni perlu dilaksanakan di peringkat sekolah lagi. Ini bertujuan untuk melahirkan kesedaran di kalangan pelajar berkenaan berhubung kesan buruk dan kejinya jenayah rasuah di samping dapat memupuk nilai-nilai membenci rasuah. Adalah diharapkan kesedaran yang telah disemai di peringkat persekolahan akan menjadi pedoman hidup apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak di samping membantu membentuk generasi pemimpin yang peka kepada permasalahan rasuah di masa hadapan.

Ke arah itu berbagai program telah dilaksanakan oleh Badan Pencegah Rasuah khususnya untuk membanteras gejala tersebut. Program-program tersebut adalah;

(i) memberi ceramah dan penerangan kepada hampir 5,470 pelajar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara antara bulan Januari hingga Mei 2002;

(ii) mengadakan dua seminar pendidikan pencegah rasuah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah diadakan di Subang Jaya, Selangor dan Kota Kinabalu, Sabah. Seminar dihadiri seramai 564 guru kaunseling dari seluruh negara. Satu lagi seminar yang sama akan diadakan di Kuantan, Pahang dalam bulan Oktober. Guru-guru kaunseling ini dilatih sebagai pakar rujuk bagi memberi kefahaman dan bimbingan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar mengenai kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di samping menggerakkan aktiviti penerapan nilai murni, etika, integriti dan anti rasuah di peringkat sekolah;

(iii) mengadakan program jati diri Rakan Muda BPR dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebanyak dua kali yang melibatkan remaja berumur dari 18 hingga 26 tahun. Tiga lagi program yang sama telah dirancang sebelum akhir tahun 2002; dan

(iv) mengadakan pertandingan pidato peringkat sekolah menengah di setiap negeri. Pertandingan akhir pidato peringkat kebangsaan telah diadakan pada 19 September 2002 yang lepas.

Bagi pegawai-pegawai baru yang berkhidmat di sektor awam mereka diwajibkan untuk menghadiri Modul Pengurusan Integriti dalam usaha peningkatan taraf integriti mereka. Di samping itu aktiviti-aktiviti penggalakan, penerapan serta penghayatan nilai-nilai murni dan etika yang dilaksanakan secara berterusan di jabatan-jabatan akan dapat membantu memperkukuh tahap integriti pegawai dan staf di jabatan berkenaan atas keyakinan bahawa pengaruh etika yang disepadukan dengan pengaruh undang-undang akan lebih berjaya dan berkesan dalam usaha mengekang hawa nafsu daripada melakukan segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masa cukup.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah selesai]

DR.16.10.2002 17

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2003

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 2003

Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2003 dan Anggaran Pembangunan 2003 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa] Maksud B. 19 [Jadual] – Maksud P. 19 [Anggaran Pembangunan 2003] –

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Saya jemput Yang Berhormat bagi Padang Terap menyambung ucapan. Ada lima minit lagi.

11.12 pagi.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad [Padang Terap]: Saya baru berucap seminit sahaja. Ada sembilan minit Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ada berapa minit?

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Sembilan minit.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyambung ucapan saya.

Semalam saya telah menyatakan bahawa para petani di Padang Sanai rela menyerahkan tanah yang mereka terokai sejak berpuluh-puluh tahun itu semata-mata kerana percaya kepada janji Kerajaan Negeri Kedah untuk memperbaiki taraf hidup mereka selain berjanji untuk memberikan enam ekar kebun getah dan empat ekar sawah sebagai ganti kepada tanah yang diambil oleh kerajaan untuk dijadikan ladang tebu.

Kerajaan juga berjanji akan menyediakan padang ragut yang sesuai bagi membolehkan mereka menternak haiwan kerana padang rumput yang sedia ada itu diambil oleh kerajaan atas tujuan yang sama. Saya telah menemui para petani ini dan saya bertanya mereka, apakah perlunya mereka meneruskan kerja menternak. Mereka menjawab, itulah bank kami kerana saya tidak mempunyai wang untuk disimpan dalam bank. Kalau sekiranya ada keadaan-keadaan tergempar maka itulah yang akan kami jual dan dapatlah kami menggunakan wang itu untuk tujuan tertentu.

Contohnya, anak saya hendak pergi universiti, saya tidak ada wang. Maka saya dapat menjualkan tiga ekor lembu, dan dapatlah mereka masuk ke universiti. Jadi, apabila keadaan ini berlaku, maka mereka merasakan bahawa itu adalah suatu daripada kekurangan yang mereka rasai. “Jangan bimbang, ini projek kerajaan. Tuan-tuan boleh bekerja di kilang tebu selagi terdaya. Bukan sahaja tuan-tuan, malah anak-cucu tuan-tuan pun boleh terus bekerja di situ selagi kilang itu masih wujud. Kerajaan berjanji setelah ladang berusia 14 tahun, tuan-tuan akan diberi hak milik ladang sebanyak 10 ekar seorang”. Demikian janji Menteri Besar Kedah di hadapan 1,200 orang penduduk Padang Sanai ketika hendak mengambil tanah-tanah mereka dahulu.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi, mereka orang kampung. Mereka tidak mempunyai pelajaran. Mereka berpegang kepada janji, tidak kiralah sama ada janji itu janji bersurat ataupun janji mulut. Mereka percaya kepada pepatah, binatang berpegang kepada tali dan

18 DR.16.10.2002

manusia berpegang kepada janji. Berasaskan janji-janji yang dibuat kepada mereka, mereka rela menyerahkan tanah-tanah yang telah diusahakan itu dan tanah-tanah yang telah mereka warisi itu kepada Kerajaan Negeri dan rela menerima pampasan paling rendah serta rela menjadi buruh dengan gaji sebanyak RM4 sehari.

Malangnya setelah 18 tahun Kilang Gula Padang Terap beroperasi, iaitu sekitar tahun 1992, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan permintaan Syarikat Gula Padang Terap Berhad terhadap semua tanah-tanah yang dijadikan ladang. Kini semua tanah di kawasan Padang Sanai menjadi hak milik Syarikat Gula Padang Terap. Menyedari hakikat itu, penduduk cuba membantah keputusan tersebut. Malangnya mereka dituduh sebagai peneroka haram.

Yang lebih malang lagi ialah, projek yang mulanya ditubuhkan atas nama Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) itu telah dipindah milik sahamnya kepada satu syarikat kepada syarikat yang lain. Apabila ini berlaku, strukturnya tentu berubah. Atas matlamat untuk mencapai keuntungan, pihak syarikat bertindak menurut lunas-lunas perniagaan yang boleh membawa keuntungan. Kini mereka mendakwa bahawa syarikat banyak menanggung kerugian.

Oleh itu syarikat bertindak memberhentikan pekerja. Pada 16 Oktober 2001, seramai 16 orang telah diberhentikan kerja; pada akhir Januari 2002, seramai 39 orang diberhentikan kerja; pada April 2002, seramai 84 orang lagi telah diberhentikan kerja, dan kini masih ramai lagi yang sedang menunggu masa untuk diberhentikan kerja. Walaupun ada banyak bantahan, namun Syarikat Gula Padang Terap tetap berpegang kepada dasar perniagaan untuk mencari keuntungan. Maka untuk mengeluarkan penduduk-penduduk yang menduduki tanah yang sudah menjadi milik mereka, mereka menggunakan mahkamah. Kini beberapa orang telah menerima notis mahkamah supaya segera berpindah. Jika tidak, mereka akan diambil tindakan.

Kita tahu bahawa tindakan-tindakan untuk menghalau orang yang dianggap seperti setinggan ini tentulah tindakan-tindakan yang kasar. Jadi oleh kerana itu, mereka bertanya, “Ke manakah kami akan pergi setelah rumah kami dirobohkan, setelah kami dihalau daripada tempat yang dahulunya kami terokai? Tetapi oleh kerana percaya kepada janji kerajaan, maka kami menyerahkan, dan sekarang ini kami menjadi pelarian. Bagaimana kami hendak hidup, kerja tidak ada? Mahu menternak, padang rumput sudah tidak ada.”

Tuan Pengerusi tentu mengetahui keadaan orang di kampung seperti mana apa yang telah Tuan Pengerusi jelaskan di dalam novel Tuan Pengerusi, “Bukit Tembaga”. Jadi, oleh sebab itu kita berharap supaya pihak Kementerian Pertanian cuba melihat masalah ini sebagai satu masalah yang perlu dibantu dengan apa cara sekalipun. Jadi oleh sebab itu, saya berharap Menteri Pertanian yang baik hati akan memberi apa juga langkah bagi membela masyarakat yang seumpama ini.

Saya amat sedih pada dua minggu lepas apabila saya pulang ke kawasan saya, saya melihat ada orang yang membeli beras dua kilo. Sekarang musim hujan. Dulu mereka dapat gaji tetap daripada kilang tetapi apabila dibuang kerja, musim hujan, tempat bekerja tidak ada, anak ramai, jadi mereka ini merayau-rayau – apakah nasib mereka ini? Jadi, oleh sebab itu saya amat sedih melihat keadaan yang tersebut. Ada juga kalangan yang membeli beras hancur tiga kilo, beli beras yang elok satu kilo, dicampur oleh kerana anaknya ada sembilan orang. Ada yang saya temui bawa telur sebiji, dan kata, “Inilah lauk kami untuk hari ini”. Inilah hakikat yang ada di Padang Terap, dan tidak gerhana pula di sana – yang gerhana di Kelantan. Inilah yang menyebabkan sesuatu yang kita rasa aneh.

Jadi saya berharap kepada Setiausaha Parlimen, Kementerian Penerangan pergi melihat di Padang Terap. Memang mereka telah pergi, tetapi pemergian mereka itu ialah untuk menjatuhkan wakil rakyat, kerana mereka katakan wakil rakyat tidak peduli. Hendak peduli apa? Semua peruntukan yang sepatutnya diberi kepada wakil rakyat untuk meluluskan itu diambil oleh Ketua Bahagian UMNO dan Ketua Bahagian UMNO inilah yang mengagihkan. Dia tengok pula, kalau orang PAS tidak boleh. Ini keadaan yang berlaku. Jadi oleh sebab itu, Tuan Pengerusi, saya berharaplah untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat ini, kita ketepikanlah masalah politik.

Begitu juga yang berlaku di KEDA umpamanya, kebanyakannya petani dan mereka tidak mempunyai pekerjaan lain selain daripada menternak itik dan sebagainya itu. Jadi, pihak Pengurus KEDA terlalu berpolitik sehingga kita hendak masuk ke dalam

DR.16.10.2002 19

kawasan PPRT ini pun dilarang, dan kalau sekiranya ada pihak yang berani menerima kami masuk ke rumah-rumah mereka untuk memberi bimbingan umpamanya, orang itu diugut – diugut. Jadi sampai bilakah keadaan ini kita dapat selesaikan kalau sekiranya politik itu dimasukkan dalam keadaan yang tidak menentu.

Oleh yang demikian, Tuan Pengerusi, saya sekali lagi ingin menarik perhatian, bukan hanya keadaan itu sahaja yang berlaku, akan tetapi juga anak-anak mereka. Masa depan mereka untuk menghadapi pelajaran adalah terbengkalai oleh kerana ada kalangan yang terpaksa memberhentikan anaknya kerana tidak ada duit. Satu ketika saya diminta pergi melihat satu keluarga yang anaknya tidak boleh pergi ke sekolah. Saya pergi. “Kenapa tidak pergi sekolah?”. Dia kata, “Tidak ada baju hendak pakai”. Tidak ada baju hendak pakai – baju hendak pergi sekolah pun tidak ada.

Dan guru memberi tahu saya bahawa keadaan ini bukan hanya seorang dua, tetapi terlalu ramai, dan oleh sebab itu, kita belikanlah apa yang patut – kasut dan sebagainya, dan mereka dapatlah pergi ke sekolah. Tetapi sejauh mana kita boleh bantu? Kami daripada pembangkang ini semuanya menggunakan duit poket. Tuan Pengerusi tahulah elaun banyak mana – habis di tengah jalan sahaja. Jadi oleh sebab itu, saya rasa dalam masalah ini kita ketepikanlah masalah politik. Marilah sama-sama kita melihat keadaan ini sebagai keadaan kita semua, bukan hanya perlu diselesaikan oleh wakil Kerajaan Barisan Nasional sahaja tetapi juga kami pembangkang sebagai wakil rakyat – perlu bekerjasama.

Ini kalau kita hendak buat program, dia tanya dahulu, “PASkah atau UMNO?” Kalau sekiranya UMNO, memang pegawai-pegawai kerajaan tidak akan berserta dengan kami kerana dia pembangkang. Saya telah menjemput beberapa orang pegawai dalam beberapa rancangan yang kita buatkan untuk rakyat, tetapi seorang pun tidak berani pergi kerana mereka itu ada “Aku Janji” dan tengok, menyokong pembangkang atau tidak menyokong. Saya pergi ke sekolah dan Guru Besar sekolah itu mendapat panggilan telefon daripada Jabatan Pendidikan, mengapa menerima pembangkang masuk ke sekolah, padahal sebelum daripada itu, Ketua Bahagian UMNO telah mengadakan mesyuarat di sekolah itu. Atas kapasiti apa dia pergi ke sekolah itu? Saya pergi atas kapasiti sebagai Wakil Rakyat – saya menyerahkan buku ensiklopedia. Tetapi itu menjadi isu, sehingga sekarang ini pihak-pihak sekolah tidak berani hendak menerima kami masuk ke sekolah walaupun hasrat kita adalah untuk kebaikan.

Tuan Pengerusi: Ya, masa Yang Berhormat sudah cukup, Yang Berhormat.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Ya. Hanya sekadar itu Tuan Pengerusi. Terima kasih. Sekian.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Belakang sana. Ya, ya. [Beberapa Ahli Yang Berhormat di barisan belakang memandang antara satu sama lain]

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Siapa Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Kapit. Oh, bukan Kapit. Err, Yang Berhormat bagi Tuaran.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ingat Tebrau tadi. [Ketawa]

11.24 pagi.

Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini bagi B.19 – Kementerian Pertanian, Butiran 010200 – Bahagian Perancangan dan Pembangunan Ibu Pejabat – Pentadbiran Ibu Pejabat Kementerian Pertanian.

Tuan Pengerusi, dalam Bajet Tahun 2003 ini, hasrat kerajaan ialah menjadikan sektor pertanian sebagai jentera ketiga dalam pertumbuhan ekonomi. Dan dalam bajet ini juga, kerajaan telah memperkenalkan beberapa insentif cukai untuk menggalakkan, memastikan untuk mencapai matlamat menjadikan sektor pertanian ini sebagai jentera ketiga pertumbuhan ekonomi. Persoalan saya di sini, hanya saya ingin tahu daripada pihak kementerian, apakah sebenarnya peranan kementerian untuk mencapai matlamat yang telah disarankan dalam bajet ini?

20 DR.16.10.2002

Dalam hal ini Tuan Pengerusi, saya ingin tahu, kalau kita lihat dari segi keluasan tanah seluruh Malaysia ini, 60% daripada tanah Malaysia ini ialah di Sabah dan Sarawak. Dalam soal ini kita lihat bahawa sektor pertanian – agensi-agensi yang terlibat dalam Kementerian Pertanian ini masih ada lagi agensi yang belum beroperasi di Sabah dan Sarawak. Saya mengambil contoh, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, masih lagi belum beroperasi di negeri Sabah.

Dan dalam bajet kita lihat telah ditekankan bahawa kerajaan akan menggalakkan penerokaan perikanan ini, khususnya perikanan di laut dalam dan sebagainya. Di negeri Sabah ini Tuan Pengerusi, kita mempunyai sebuah agensi kerajaan negeri yang dipanggil Kor Nelayan, yang bolehlah dianggapkan sebuah agensi yang ‘hidup segan mati tidak mahu’, dan khidmat agensi ini kepada para nelayan kita lihat sudah begitu sukar, sebab barangkali masalah peruntukan daripada kerajaan negeri kepada agensi ini.

Oleh sebab itu, saya ingin bertanya sama ada pihak kementerian, pihak Kerajaan Persekutuan bercadang untuk memperluaskan kegiatan LKIM ke negeri Sabah dan Sarawak. Saya menyokong dan bercadang memberi cadangan kepada kementerian jika sekiranya ini dapat diperluaskan, memandangkan potensi yang begitu luas di negeri Sabah dan Sarawak untuk memanfaatkan lagi sumber-sumber perikanan yang ada di kedua-dua negeri tersebut.

Dalam soal ini juga Tuan Pengerusi, kita lihat bahawa dua agensi yang terdapat di kementerian ini, iaitu MARDI dan FAMA sahaja yang setakat ini bergiat di negeri Sabah. Walau bagaimanapun, kita lihat masih lagi boleh dipertingkatkan kerjasama di antara MARDI dan FAMA ini, agensi Persekutuan ini dengan agensi-agensi kerajaan negeri. Kadang-kadang kita merasakan bahawa Kementerian Pertanian Persekutuan ini kita fikirkan adakah ia kementerian untuk Semenanjung sahaja.

Barangkali dalam perkara ini, masih ada ruang yang begitu besar yang perlu difikirkan, dirancang oleh kementerian ini, bagaimana dapat menyelaraskan kegiatan di antara Kementerian Pertanian Persekutuan dengan Kementerian Pertanian Negeri di Sabah dan Sarawak dan saya fikir jika sekiranya ini dapat diselaraskan, banyak perkara-perkara teras ataupun matlamat yang telah disarankan dalam bajet ini, untuk menjadikan pertanian sebagai jentera tiga pertumbuhan, mudah-mudahan dapat dicapai.

Tuan Pengerusi, saya ingin beralih kepada Butiran 090000 - FAMA. Semalam Yang Berhormat bagi Kinabatangan juga sedikit-sebanyak telah menyentuh tentang kegiatan-kegiatan FAMA di Negeri Sabah. Kita berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah memperluaskan kegiatan FAMA di Negeri Sabah, dan bagi saya sendiri Tuan Pengerusi, saya berterima kasih kepada FAMA sebab beberapa kegiatan FAMA telah dijalankan di kawasan saya di Tuaran, khususnya mempromosikan penanaman halia dan sebagainya.

Walau bagaimanapun Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya, kalau kita lihat dari segi beberapa aktiviti yang saya lihat dalam laporan belanjawan ini dinyatakan terdapat sembilan kegiatan FAMA, iaitu pembaikan pemasaran, penyediaan dan pembangunan kemudahan infrastruktur pemasaran, memudahkan masyarakat bumiputera dalam perniagaan perusahaan pertanian, pembangunan punca bekalan dalam negeri bagi pertanian komersial, koperasi dan syarikat dan sebagainya. Banyak aktiviti-aktiviti.

Saya ingin tahu, sejauh manakah daripada sembilan aktiviti telah dijalankan di negeri Sabah. Saya bukanlah sangat menekankan di Sabah ini kerana saya berasal dari negeri Sabah tetapi oleh sebab Sabah itu masih luas, tanah untuk dibangunkan untuk pertanian masih luas, jadi kita ingin tahu, apakah sebenarnya peranan FAMA dalam soal misalnya, tadi menyediakan marketing network ataupun infrastruktur pemasaran dan dalam soal ini Tuan Pengerusi, apabila kita menceritakan tentang pertanian di negeri Sabah, ya, kita mempunyai syarikat-syarikat yang telah pun lama bergiat dalam pertanian tetapi di negeri Sabah ini masih luas, masih ramai petani-petani tradisi yang bergiat dan sekarang mereka sudah mula bertindak atau dengan izin, gradually changing to commercial agriculture untuk menanam tanaman seperti nanas, halia dan sebagainya.

DR.16.10.2002 21

Pertanyaan saya di sini adalah, bagaimanakah sebenarnya FAMA ini bergiat dalam soal ini? Saya tahu dalam soal halia misalnya FAMA boleh memberi sedikit bantuan untuk menggredkan hasil-hasil halia dan juga menyediakan pasaran dan sebagainya tetapi sejauh mana keperluan, sejauh manakah kuantiti misalnya halia dari negeri Sabah itu telah dipasarkan ke Semenanjung ataupun ke negara luar.

Begitu juga dalam soal pemasaran nanas. Kita tahu bahawa di negeri Sabah beberapa tempat penanaman nanas yang amat sesuai dan saya ingin tahu bagaimanakah sebenarnya FAMA ini berperanan dengan menjalankan program-program untuk mendapatkan penyertaan para petani di kawasan luar bandar. Kalau kita lihat dalam Bajet 2003 ini, kerajaan telah memberi insentif kepada syarikat-syarikat yang meng’organize’kan para petani untuk terlibat dalam pekebun-pekebun kecil.

Dalam soal ini saya ingin tahu, apakah peranan pihak Kementerian Pertanian dengan menggunakan mana-mana agensi yang ada untuk meng’organize’kan farmers ini. Katakanlah ada sebuah syarikat yang ingin mempromosikan atau terlibat dalam perniagaan katakan nanas dan sebagainya dan kita mempunyai petani-petani yang memang sudah lama bergiat dan berpotensi untuk meningkatkan lagi pengeluaran mereka, hanya tinggal lagi masalah pemasaran. Apakah peranan kementerian ini dalam soal ini?

Tuan Pengerusi, seterusnya saya beralih ke Butiran 070000 iaitu Pemberian Subsidi Baja Padi. Dalam soal ini saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan yang memperuntukkan sebanyak RM171 juta untuk tujuan ini. Saya masih ingat dalam sesi belanjawan tahun 2000 dahulu pernah saya menyatakan tentang cadangan supaya kerajaan juga mempertimbangkan memberi subsidi baja padi untuk penanaman padi bukit. Padi bukit ini bukan semestinya di tempat-tempat di mana tanah-tanah yang tidak bergeran. Ini adalah tanah-tanah yang bergeran khususnya di negeri Sabah dan saya masih ingat lagi Yang Berhormat Menteri telah menyatakan bahawa dia akan memberi jaminan tentang hal ini.

Sekarang sudah hampir tiga tahun, saya ingin tahu sama ada perkara ini sudah dijalankan? Yang saya tahu, di kawasan saya belum tahu ada mana-mana petani yang telah bertemu dengan saya yang mereka telah mendapat bantuan ini. Saya ingin mencadangkan supaya ini dipertimbangkan sebab seperti mana yang saya katakan dahulu, di seluruh negeri Sabah dianggarkan lebih kurang 14,000 keluarga yang terlibat dalam penanaman padi bukit dan bukan pula menurun jumlahnya tetapi semakin banyak bilangannya. Jadi sekiranya kita boleh memberi subsidi baja ini ataupun apa juga bentuk galakan kepada mereka ini, saya fikir mereka ini berpotensi untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran mereka.

Tuan Pengerusi, saya ingin beralih pula ke Kementerian….

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup. Minta gulung ya.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Okey, saya hendak gulung, saya gulung sekarang.

Tuan Pengerusi: Ya, ya.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Dalam hal ini Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya sebenarnya, ini sudah di tahap terakhir Tuan Pengerusi iaitu Pusat Penyelidikan Pertanian di Tuaran. Dalam bajet ini diberi peruntukan hanya RM10 diturunkan lagi, saya ingin tahu apakah sebenarnya peranan, apakah kegiatan-kegiatan penyelidikan yang dibuat di Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran ini dan dalam hal ini, saya ingin tahu sama ada pihak penyelidik di pusat ini membuat penyelidikan dalam perkara yang saya sentuh tadi iaitu masalah-masalah dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para petani padi bukit sebab di kawasan Tuaran ini ramai petani-petani padi bukit dan malah di seluruh negeri Sabah.

Tuan Pengerusi, dengan kata-kata demikian, saya ingin menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Batu Pahat.

11.35 pagi.

Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Pengerusi Sebelum meneruskan ucapan, saya ingin jam itu dibetulkan masanya. [Sambil

22 DR.16.10.2002

menunjukkan ke arah jam digital di dinding Dewan Rakyat] Saya ingin menyentuh Kepala B.19 Butiran 02100 di bawah Kementerian Pertanian.

Tuan Pengerusi, pertanian merupakan industri yang besar yang juga disasarkan sebagai penjana ketiga Keluaran Dalam Negara Kasar. Dunia pertanian global hari ini mengalami tingkat revolusi yang membanggakan. Daripada pertanian secara konvensional ataupun pertanian sara diri, beranjak kepada aktiviti pertanian secara komersial. Peralatan yang digunakan turut berkembang dengan kaedah manual dengan menggunakan tulang empat kerat kepada mesin dan jentera.

Di negara kita pertanian secara bio-teknologi merupakan salah satu harapan kepada negara untuk menyelesaikan keperluan makanan ketika dunia mempunyai 6 bilion penduduk dan dijangka meningkat 9 bilion dalam jangka masa 30 hingga 50 tahun lagi.

Di Malaysia walaupun bidang bio-teknologi masih baru diterokai tetapi berupaya dikomersialkan dan bukan setakat menjadi bahan penyelidikan di makmal-makmal dalam lapangan masing-masing dan seperti yang kita maklum Malaysia mempunyai khazanah sumber hidup iaitu biologi yang sangat banyak. Malaysia merupakan negara kesembilan daripada 12 buah negara yang mempunyai simpanan sumber-sumber biologi.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 03600. Pengeluaran makanan negara bagi tahun 2000 bernilai RM12 bilion dan meningkat pada tahun 2001 kepada RM14 bilion sedangkan import makanan negara bagi tahun 2000 bernilai RM11 bilion dan meningkat pada tahun 2001 kepada RM12.3 bilion. Angka-angka yang disebut tadi memperlihatkan kepada kita bahawa pertanian merupakan industri terbesar negara. Usahawan tani perlu diperbanyakkan bagi menyahut cabaran yang ada dengan penggunaan teknologi terkini di samping produk pasaran tersedia seperti landskap dan pembekalan bahan-bahan tanaman hiasan, pengeluaran makanan, ternakan binatang seperti lembu, biri-biri, kambing, kerbau, ayam daging, ikan hiasan dan ikan sangkar.

Pada masa-masa yang lalu banyak usahawan tani melaksanakan perusahaan mereka bersifat tradisional yang dilihat tidak berpotensi dan sering gagal. Kini sudah tiba masanya Kementerian Pertanian merangsang golongan muda diberi penekanan supaya menjadi sasaran utama kementerian kerana mereka adalah penggerak kepada pertanian berteknologi tinggi. Anak-anak muda harus diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai ilmu-ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pasaran pengeluaran, mekanisasi ladang, pekebun kecil dan estet. Pengenalan teknologi moden dalam bidang tertentu perlu ditekankan seperti penanaman makanan secara ’petigasi’, hidroponik dan struktur kalis hujan, mesin menuai cili dan kebun organik.

Dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga kerajaan menyasarkan supaya dipertingkatkan pengeluaran makanan negara walaupun kita boleh mempertingkatkan pengeluaran dan produktiviti tetapi jika sistem pemasaran dan pengedaran tidak berubah, bagaimana petani boleh bertahan. Infrastruktur pemasaran tidak banyak berubah sejak 50 tahun yang lalu kecuali penggunaan bakul rotan kepada bakul plastik sahaja. Antara sistem pemasaran efektif yang telah dilaksanakan ialah pasar tani yang dikelolakan oleh FAMA. Baru-baru ini konsep Pasar Rakyat juga telah diwujudkan. Pasar Rakyat yang wujud di Jalan Melati Off Jalan Imbi Kuala Lumpur dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 31 Januari 2002 boleh dipraktikkan di pusat-pusat bandar yang lain di seluruh negara. Pusat pengedaran dan pemasaran makanan alternatif harus dibentuk di mana petani dan pengusaha dapat memasarkan produk mereka manakala rakyat mendapat harga yang berpatutan.

Tuan Pengerusi, saya berharap Kementerian Pertanian di samping telah melahirkan graduan-graduan seramai 8,948 orang melalui Institut Pertanian Semenanjung Malaysia atau IPSM sebanyak tujuh buah di seluruh negara sejak tahun 1999 hingga Ogos 2002, diharapkan IPSM yang ada dapat membantu para petani di persekitaran yang menjadi pekebun-pekebun kecil selama ini yang masih menggunakan sistem konvensional dalam mengusahakan kebun-kebun pertanian mereka.

Bersebelah di kawasan Parlimen saya dalam daerah yang sama terdapat IPSM di Ayer Hitam, Johor tetapi sehingga hari ini tiada mana-mana anggota kerja IPSM turun ke padang melihat kebun-kebun pertanian yang wujud di kawasan Parlimen

DR.16.10.2002 23

saya. Sewajarnya pegawai IPSM bersama penuntut-penuntut diberi pendedahan kepada petani-petani konvensional di luar bandar supaya pendedahan ilmu pertanian moden dapat didedahkan kepada petani-petani luar bandar yang ada di samping melahirkan graduan-graduan di bidang pertanian sekali gus memajukan petani luar bandar agar mengetahui transisi dunia pertanian global. Kementerian Pertanian hendaklah memastikan supaya tidak mengimport hasil-hasil pertanian daripada negara-negara jiran bagi memastikan kestabilan harga hasilan pertanian yang dikeluarkan oleh petani-petani dalam negara.

Saya ingin menyentuh Butiran 13900, 14800, 15100. Dalam kawasan Parlimen saya mempunyai pantai sejauh hampir 45 kilometer, kawasan yang satu ketika dahulu terkenal dengan pendaratan pendatang-pendatang tanpa izin Indonesia. Persoalan yang dihadapi ialah hakisan pantai yang masih berlaku kerana kekuatan benteng atau ban yang dibina runtuh. Kawasan kritikal sepanjang Pantai Senggarang ke Rengit sejauh 18 kilometer yang mana ada di antara pantainya telah dibina benteng tetapi pembinaan secara tidak menyeluruh dan saya berharap kementerian membuat kajian dan memberi peruntukan bagi membina keseluruhan kawasan pantai yang terlibat. Saya juga berharap supaya kementerian dapat memberi peruntukan bagi kerja-kerja mengorek kuala Sungai Banang yang terletak di kuala Sungai Batu Pahat dan Kuala Senggarang yang telah buntu dengan lumpur. Nelayan-nelayan pantai yang terdiri daripada masyarakat Melayu Asli tidak dapat menggunakan kedua-dua kuala sungai ini dan terpaksa melalui laluan berhampiran yang sukar untuk mendaratkan hasil-hasil tangkapan.

Saya ingin menyentuh Butiran 10700 dan 10970. Dalam kawasan Parlimen saya terdapat lebih 300 ladang ternakan ayam secara terbuka yang kebanyakannya beroperasi tidak lebih 200 meter daripada kediaman masyarakat yang ada di kawasan saya. Masalah yang dihadapi ialah pembiakan lalat yang memilukan seluruh penduduk di kawasan saya. Saya telah membawa perkara ini beberapa kali dalam mesyuarat bulanan pembangunan daerah tetapi segala aduan nampaknya hambar sahaja dan respons dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan nampaknya kurang menggalakkan. Ladang-ladang yang ada sentiasa diberikan kebenaran beroperasi apabila kebenarannya telah tamat.

Oleh yang demikian, saya berharap kementerian dapat menguatkuasakan serta-merta bagi ladang ternakan ayam yang terletak 200 meter daripada rumah kediaman hendaklah menggunakan konsep reban tertutup iaitu reban yang berhawa dingin.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin: Ya, Sri Gading.

Tuan Pengerusi: Ya, sila, sila.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Pengerusi, pencemaran dan ganggu-kacau lalat ini benar-benar menyeksakan. 200 meter itu sebenarnya bukan satu anggaran jauh yang saya rasa sesuai. Saya difahamkan lalat ini boleh terbang sampai 6 kilometer. Sebab itu di kawasan-kawasan di mana ada ternakan ayam ini, seluruh kampung sekeliling itu, kadang kala dalam majlis perkahwinan, tuan rumah jadi segan Tuan Pengerusi. Hitam atas meja itu dihurung oleh lalat walaupun agaknya makanan itu ditutup dengan surat khabar umpamanya, ada minyak diletakkan di situ dihurung oleh lalat, penuh, hitam sehingga naik biru muka tuan rumah segan kepada jemputan.

Jadi saya rasa kena kaji, 200 meter itu sebenarnya terlalu dekat dengan perumahan dan saya harap kementerian mengambil perhatian yang berat tentang masalah yang dihadapi oleh orang-orang kampung di mana ternakan ayam ini dijalankan secara yang lama seperti itu.

Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin: Terima kasih Yang Berhormat bagi Sri Gading. Saya rasa permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan Parlimen saya samalah yang dihadapi oleh masyarakat Parlimen Sri Gading. Itulah sebabnya saya mengharapkan Yang Berhormat Menteri Pertanian dapat mengambil tindakan yang tegas dan akhirnya Tuan Pengerusi, mengenai reban ayam ini, saya berharap perkara ini perlulah diambil tindakan yang segera daripada kementerian kerana pengundi-pengundi di kawasan saya telah begitu meluat dan akhirnya memberi impak yang kurang baik kepada pilihan raya yang akan datang.

24 DR.16.10.2002

Sekian terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Ya, Tanjong.

11.45 pagi.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Maksud Bekalan B.19, Butiran 010200 – Perancangan dan Pembangunan.

Tuan Pengerusi, walaupun Malaysia mengeluarkan pelbagai jenis makanan kita masih perlu membelanjakan sebanyak RM13 bilion dalam satu tahun untuk mengimport makanan dan produk-produk makanan. Perbelanjaan makanan import ini dijangka akan naik sehingga RM20 bilion menjelang tahun 2005. Kedudukan ini amat tidak sihat kepada ekonomi negara dan perhatian perlu ditingkatkan untuk mengatasi masalah perbelanjaan makanan import yang kian menambah.

Tuan Pengerusi, masalah hari ini berakar umbi dengan pengabaian sektor pertanian apabila negara ini kuat mengejar perindustrian pada tahun 1970-an dan 1980-an apabila sektor pembuatan mendahului proses pembangunan negara. Tuan Pengerusi, kita perlu mempelajari satu ajaran yang penting iaitu di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Australia. Sektor pertanian mereka amat maju dan terus berkembang, walaupun negara-negara ini mengalami proses perindustrian yang begitu cepat. Kita perlu menggugurkan pemikiran lama bahawa sektor pertanian dilihat sebagai aktiviti ekonomi sambilan sahaja dan bukan aktiviti mainstream. Jelasnya, kita perlu memberi penekanan yang sewajarnya kepada sektor pertanian sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang penting.

Tuan Pengerusi, saya memerhatikan usaha kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan atas import makanan dan juga berhasrat untuk menjadi sebuah negara yang menjadi net exporter makanan menjelang tahun 2010. Tetapi saya ingin menegaskan bahawa wujudnya kemungkinan dua matlamat ini bercanggah kerana peningkatan dalam pengeluaran haruslah diberi keutamaan kepada local consumption dan bukan untuk eksport seperti strategi import substitution dalam sektor pembuatan.

Untuk memastikan kita dapat menstabilkan harga makanan, kita harus mengharamkan pengeksportan barang makanan di mana bekalannya tidak mencukupi. Di samping menunggu usaha untuk meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara, kita harus memastikan harga-harga bagi bahan makanan yang diimport patut distabilkan dan diturunkan menerusi persaingan yang sihat. Dan, bagi mencapai matlamat ini, permit-permit import harus dimansuhkan. Sehubungan dengan ini, saya ingin menyeru kerajaan menimbang semula dasar permit import supaya tidak wujud satu monopoli atas pengimportan barangan makanan yang tertentu seperti beras. Dalam Belanjawan 2002, Tuan Pengerusi, kerajaan telah memberi penekanan semula kepada sektor pertanian khususnya kepada usaha meningkatkan pengeluaran makanan. Saya ingin kementerian dan Menteri melaporkan kepada Dewan ini apakah kemajuan yang telah dicapai setakat ini, apakah matlamat khusus dalam rancangan ini dan berapa banyak dijangka import food bill ini akan dapat diturunkan dalam beberapa tahun yang akan datang. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita sedang menghadapi kekurangan tanah-tanah premium untuk tujuan mengeluarkan makanan kerana kebanyakan tanah ini dimiliki oleh syarikat-syarikat perladangan yang besar. Tambahan pula tanah-tanah yang sesuai juga diambil alih dan ditukar milik dari pertanian kepada pembangunan, perindustrian, bandar baru, perumahan, padang golf dan sebagainya. Tuan Pengerusi, sukar dipercayai negara kita mempunyai kekurangan tanah untuk tujuan mengeluarkan makanan apabila kita mendapati kerajaan masih belum ada satu rancangan yang komprehensif untuk memulih sebanyak satu juta hektar tanah yang terbiar di seluruh negara untuk dimajukan sebagai tanah mengeluarkan makanan. Kerajaan-kerajaan negeri pun harus memikul tanggungjawab bersama kerana gagal mengurustadbirkan tanah dengan baik.

Tuan Pengerusi, kerajaan telah memohon kerjasama syarikat-syarikat perladangan yang besar untuk menggunakan tanah ladang mereka untuk menjalankan aktiviti mengeluarkan makanan sama ada tanaman akuakultur ataupun penternakan secara komersial. Saya ingin kementerian menjelaskan setakat ini apakah kemajuan yang sudah dicapai? Berapa buahkah syarikat perladangan ini telah menyahut seruan kerajaan untuk melibatkan diri dalam bidang pengeluaran makan.

DR.16.10.2002 25

Tuan Pengerusi, pada Belanjawan 2002, kerajaan juga berkata bahawa ia berhasrat mencapai self-sufficiency dalam poultry dan bercadang memberi status perintis kepada pengusaha menternak ayam dan itik di koridor Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Saya ingin kementerian memberi butir tentang perkara ini dan apakah sambutan yang telah diberikan setakat ini.

Saya juga ingin kementerian memaklumkan kepada Dewan ini apakah kemajuan yang telah dicapai tentang penubuhan permanent food production parks, dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri. Berapakah taman pengeluaran makanan ini telah pun mula berfungsi setakat ini. Saya juga ingin kementerian memberi perhatian serta pemantauan kepada industri kecil dan sederhana yang mengusahakan pengeluaran makanan yang pada masa ini masih belum mencapai prestasi yang menggalakkan dari segi penetration pasaran dan kualiti produk.

Saya mencadangkan kementerian memantau operasi mereka dan memastikan mereka yang belum sedar tentang wujudnya pelbagai intensif yang disediakan oleh kerajaan mahupun institut kewangan dapat dipimpin untuk meningkatkan pengeluaran dan kualiti produk mereka selaras dengan kehendak pasaran, di samping mengintegrasikan operasi mereka dengan IT, dengan Sains dan Teknologi.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 17100 – Perparitan dan Tebatan Banjir. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyoalkan Jabatan Pengairan dan Saliran, mengapa mengambil masa yang begitu lama untuk menyiapkan projek tebatan banjir di kawasan Bandaraya George Town khususnya Projek S10 dan S12 di sekitar kawasan Pengkalan Kota. Projek ini telah dilancarkan pada tahun 1994 dan telah ambil masa yang agak panjang tetapi masih belum terlaksana segala fasa di bawah projek ini. Sepanjang satu tahun kebelakangan ini, kelewatan menyiapkan kerja-kerja di Parit Prangin telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di Bandaraya George Town serta pencemaran alam sekitar. Para penduduk telah membuat aduan melalui wakil rakyat tetapi pihak JPS negeri masih tidak dapat mengatasi masalah yang berbangkit. Saya berharap kementerian dapat memantau pelaksanaan projek tebatan banjir ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Tambun.

11.54 pagi.

Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Pertama saya ingin menyentuh di bawah tajuk Kawal Selia Padi dan Beras. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai dengan sektor ini. Ada beberapa perkara yang saya perolehi daripada perbincangan saya dengan penanam padi di Perlis dan di Kedah.

Pertama sekali mereka mengatakan bahawa kualiti beras yang diproses oleh kita tidak begitu baik, pecah, manakala kualiti daripada Thailand, ia dipanggil sebagai macam telur semut iaitu elok. Kemudian, jika yang diseludup masuk ke Malaysia harganya 60 sen segantang, manakala yang dihasilkan oleh penanam padi di Perlis dan Kedah, RM1.20 segantang. Saya cuba melihat masalah ini daripada sudut apabila WTO melaksanakan sistem ekonomi terbuka. Bermakna kemasukan beras daripada Siam yang sekarang ini ada import duti, harga lebih tinggi daripada yang kita keluarkan pada masa itu 60 sen.

Manakala oleh kerana kerajaan memberi subsidi sebanyak lebih daripada RM400 juta, maka kos pengeluaran padi kita kurang. Apabila subsidi ini ditarik balik di bawah WTO maka beras kita besar kemungkinan akan berharga antara RM1.60 hingga RM2.00. Jadi, dalam situasi ini apa akan terjadi kepada beras kita dalam persaingan itu dan di samping itu apa akan terjadi kepada nasib penanam padi kita. Ini adalah satu gambaran dalam satu sektor padi sahaja, bagaimana jika kita ambil kira sektor-sektor lain dalam industri pertanian.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga, meletakkan pelbagai perkara yang hendak dilaksanakan. Ada 19 produk hendak dilaksanakan, kemudian hendak melahirkan sektor industri pertanian moden, gunakan teknologi bioteknologi, selepas itu melahirkan pula petani moden.

26 DR.16.10.2002

Sebenarnya adakah impian ini dapat direalisasikan. Cuba kita study betul-betul, kerana apa, kalau tidak dapat direalisasikan, kita perlu kaji balik Dasar Pertanian Negara buat perkara yang kita boleh realisasikan, daripada hendak menghasilkan 19 produk biar kita hasilkan 5 produk tetapi yang kompetitif di peringkat dunia. Macam mana kita hendak bersaing apabila WTO melaksanakan sistem ekonomi terbuka. Kita boleh bercakap kita hendak supaya WTO jangan laksanakan sektor pertanian dan sebagainya tetapi akhirnya kita tidak mempunyai kuasa. Ini harus kita terima hakikatnya, kuasa besar sudah menguasai WTO dan yang lainnya akan tunduk kepada kehendak kuasa besar.

Kedua, mengenai dengan Bank Pertanian. Saya selalu sentuh tentang Bank Pertanian, Tuan Pengerusi kerana Bank Pertanian adalah institusi kewangan yang membiayai sektor ataupun industri pertanian dan saya sudah tiga kali, banyak kalilah saya sentuk mengenai dengan Bank Pertanian ini. Pertama saya merasa, mengapa Bank Pertanian ini sentiasa di belakang. Saya rasa sebagai Ahli Parlimen kita diperbudakkan.

Apabila kita memperolehi penyata kewangan terkini, yang baru dikemukakan pada 31 Disember 2002, tidak bolehkah kita serius, kita hormat Parlimen, hormat kepada saya sebagai Ahli Parlimen. Orang lain boleh menghasilkan penyata kewangan pada 31 Disember 2001, mengapa masih lagi 31 Disember 2000, jadi saya rasa macam kita diperbudakkan dan tidak bermaknalah Parlimen ini meluluskan Akta untuk mewujudkan Bank Pertanian dan kemudian Bank Pertanian tidak serius dalam soal untuk report balik kepada Parlimen.

Ketiga, mengenai dengan penyata kewangan itu sendiri. Saya tengok bank-bank lain tidak macam Bank Pertanian, dia punya laporan tahun 1999-2000, tahun 2000 kerugian RM124 juta. Bila ini dipindahkan kepada ekuiti, tidak ada satu bank pun yang mempunyai ekuiti yang negatif sebanyak RM442 juta pada 31 Disember 2000.

Jika Bank Pertanian ini bukan agensi kerajaan, memang sudah lama tutup kerana tidak mempunyai modal, tidak mempunyai ekuiti, tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh negara bagi sektor pembankan, ekuitinya negatif RM442 juta. Tidakkah boleh perkara ini diperbetulkan kerana apabila tiap-tiap kali kita tengok, menggambarkan kedudukan bank ini tidak dijalankan dengan baik. Maknanya melambangkan kakitangan kerajaan yang diletakkan di dalam bank ini tidak tahu buat kerja dan saya percaya inilah gambaran yang ada di dalam dan tidakkah boleh pihak menteri betulkan. Apakah kelemahan Bank Pertanian ini?

Kalau daripada segi staffing, staffing. Kalau dari segi sistem, sistem. Kalau operation, operation. Tidak cukup dana, letak dana. Kalau tidak betul pelaburan, dibetulkan. Kalau ada individu yang tidak betul, dibuang. Tidakkah kita boleh wujudkan satu institusi Bank Pertanian yang betul-betul profesional, yang boleh sektor pertanian atau industri pertanian bergantung kepada pembiayaan daripada bank ini.

Kemudian kita lihat daripada segi pelaburan, RM1.78 bilion daripada dana keseluruhannya, RM5 bilion. Ini jumlah yang begitu banyak dan apabila dilihat di Nota 21, pelaburan ini pula mempunyai nilai rosot sebanyak RM17 juta. Bermakna lebih kurang 10% daripada pelaburan yang telah dibuat oleh pihak bank. Yang ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, macam mana kedudukan sebenar pelaburan ini. 10% baru peringkat rosot nilai tetapi daripada segi sebenarnya, pelaburannya macam mana. Pelaburan dalam saham amanah RM563 juta. Adakah nilainya sekarang RM563 juta. Bon korporat RM648 juta, apakah nilainya?

Kalau berdasarkan kepada rosot nilai 10%, bermakna bahawa nilai saham ini masih lagi tinggi, RM1.7 bilion tetapi kalau dilihat daripada segi kedudukan sebenarnya, saya percaya bahawa nilainya telah banyak berkurang. Bermakna bahawa betullah Bank Pertanian mengalami kerugian kerana nilai aset pelaburannya tidak begitu tinggi. Ia tidak menghasilkan pendapatan yang baik kepada Bank Pertanian.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Jawatankuasa]

Kemudian daripada segi pinjaman. Pinjaman di bawah Nota 22. Pinjaman keseluruhan yang diberi sebanyak RM2 bilion. Selepas itu, peruntukan hutang ragu dan lapuk khusus, RM330 juta. Peruntukan hutang ragu dan lapuk am, RM30 juta. Faedah tergantung, RM238 juta. Jadi, nilai pinjaman sebanyak RM2 bilion telah tinggal hanya RM1.4 bilion. Betulkah?

DR.16.10.2002 27

Tuan Pengerusi, saya tengok dalam bank ini, dua aset yang akan menjana keuntungan. Pertama, pelaburan. Saya sudah sentuh banyak kali. Sepatutnya bank ini tidak masuk dalam pelaburan amanah saham. Ini bukan standard bank hendak buat amanah saham tetapi bank ini dah masuk dan sebahagian besar daripada aset telah terikat dengan pelaburan. Pelaburan ini berkualiti rendah.

Kemudian, sebahagian besarnya pula dalam pinjaman, RM1 bilion lebih daripada RM2 bilion, kualitinya pun rendah. Jadi, kedua-dua aset ini menjana pendapatan yang kecil. Itu yang diperolehi lebih kurang RM282 juta setelah ditolak dan sebagainya. Begitu kecil berbanding dengan aset bank sebanyak RM5 bilion. Sepatutnya aset bank sebanyak RM5 bilion, kalau diambil 10% keuntungan, sekurang-kurangnya RM500 juta. Ini RM282 juta…..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.

Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Ya?

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa sudah cukup.

Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Jadi, saya berharap kepada Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan dan apakah usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan supaya kita dapat lihat Bank Pertanian yang bersih. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, saya bagi Serdang dahulu.

12.04 tgh.

Dato' Yap Pian Hon [Serdang]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Sukacita saya menyentuh Butiran 17100 – Perparitan dan Tebatan Banjir.

Tuan Pengerusi, satu program yang telah dilancarkan oleh ibu pejabat JPS Malaysia berkaitan dengan banjir di kawasan sepanjang Sungai Klang iaitu projeknya mereka bentuk, membina dan menyiapkan kerja-kerja tebatan banjir Sungai Klang daripada jambatan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur ke jambatan Kota di bandar Klang, Selangor.

Kerja-kerja sudah dijalankan beberapa tahun. Apa yang sebenarnya berlaku kini, saya minta penjelasan daripada pihak kementerian, sampai bilakah projek ini akan selesai dan kos yang sebenarnya yang telah dibelanjakan dan kesan-kesan sepanjang kerja-kerja dijalankan. Saya bangkitkan perkara ini kerana ia ada kaitan dengan, sebab projek ini begitu besar untuk mencegah banjir sepanjang Sungai Klang, bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi terlibat dengan negeri Selangor termasuk kawasan saya.

Salah satu kawasan itu ialah Kampung Sri Puchong yang dekat dengan Puchong Trop di mana kawasan ini terlibat dengan kerja-kerja program ini tetapi saya rasa kecewa kerana jalan di Kampung Sri Puchong terlibat dengan kerja-kerja ini mengorek tanah, mendalamkan Sungai Klang di kawasan tersebut tetapi dibiarkan jalan itu. Jalan itu tidak lagi boleh dipakai oleh para penduduk kampung itu.

Maka, Mesyuarat Jawatankuasa Daerah Petaling telah bangkitkan perkara ini dan minta apa yang sebenarnya berlaku atas kerja-kerja yang dijalankan oleh pemborong sepanjang masa ini. Apa sebab biarkan kawasan yang terlibat itu tidak akan membolehkan untuk memudahkan lalu lintas Kampung Sri Puchong. Minta pandangan daripada pihak kementerian, apakah sebab berlakunya sedemikian dan minta butir-butir lanjut berkaitan dengan kerja-kerja ini hingga ke Bandar Klang.

Satu perkara lagi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang begitu prihatin terhadap kampung Sungai Ramal, daerah Hulu Langat, Selangor kerana Kampung Sungai Ramal Luar dan Kampung Sungai Ramal Baru ini sentiasa dilanda banjir dengan dua, tiga kaki selepas hujan lebat di mana menyebabkan kepahitan yang dirasai oleh para penduduk yang bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi sentiasa mengancam keselamatan kanak-kanak dan warga tua di kampung tersebut.

Ibu pejabat JPS telah mengemukakan cadangan kepada pihak kementerian. Sukacita saya ingin mendapatkan maklumat daripada Yang Berhormat Menteri kerana anggapan bahawa banjir yang berlaku di Kampung Sungai Ramal sebagai projek ‘must

28 DR.16.10.2002

do project’, dengan izin. Saya dapat maklumat ini pada bulan Ogos tahun lalu dan tahun ini juga, maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tempatan.

Para penduduk di kawasan tersebut gembira kerana perhatian daripada pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini tetapi projek ini masih belum dijalankan. Walaupun projek ini telah dikenal pasti sebagai ‘must do project’, dengan tajuk begitu, maka projek ini mesti dijalankan tetapi bila? Itu sebab pemimpin-pemimpin masyarakat kampung tersebut meminta saya menegaskan perkara ini dalam Dewan yang mulia ini untuk mendapatkan jawapan daripada pihak kementerian supaya komitmen pihak kerajaan dan juga Yang Berhormat Menteri itu dapat dijalankan supaya program ini, bukan satu tahun selesai, mungkin akan memakan masa tiga tahun.

Walau apa pun, permulaan projek ini akan memberi kesan supaya rakyat di situ rasa perhatian khas daripada pihak kementerian. Oleh itu, saya minta, bolehkah Yang Berhormat Menteri supaya memaklumkan, bilakah projek ini benar-benar akan dijalankan supaya dapat mengatasi kepahitan hidup yang sentiasa dirasai oleh para penduduk di kawasan tersebut.

Tuan Pengerusi, satu perkara lain ialah Butiran 10740 – Pembangunan Industri Babi. Tuan Pengerusi, masyarakat keturunan Cina khasnya penternak-penternak khinzir negara sering bertanya, bilakah konsep kawasan penternakan khinzir bersepadu akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana selepas kejadian nipah virus sehingga empat tahun ini, mereka sentiasa menunggu keputusan supaya dapat satu kehidupan baru untuk penternak-penternak khinzir di negara ini. Ini satu perkara penting kerana kerajaan memang telah menyediakan peruntukan khas untuk pembangunan kawasan penternakan khinzir bersepadu sebanyak RM45 juta dalam Rancangan Malaysia Keenam an juga RM20 juta dalam Rancangan Malaysia Ketujuh untuk program ini.

Sepanjang masa ini, peruntukan RM45 juta dan RM20 juta ini, macam mana cara untuk mengenal pasti program atau konsep kawasan penternakan khinzir bersepadu ini kerana peruntukan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Keenam dan Rancangan Malaysia Ketujuh dan apa sebabnya sehingga kini tidak ada keputusan akhir. Saya juga minta jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan untuk membangunkan semula program penternakan khinzir bersepadu ini. Berapa jumlah kosnya? Sejumlah peruntukan telah disediakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.

Saya bangkitkan perkara ini kerana ia terlibat dengan sosioekonomi negara. Ini bukan berkaitan dengan satu perkauman. Saya menegaskan kerana industri khinzir ini merupakan sosioekonomi negara kita. Saya mengikuti laporan kementerian yang telah dibentangkan di Dewan ini tidak lama dahulu berkaitan dengan bilangan khinzir yang dikeluarkan untuk sembelihan.

Pada tahun 1996 ialah 4.04 juta ekor. Pada tahun 1997, jumlahnya ialah 4.03 juta ekor dan pada tahun 1998, 3.88 juta ekor telah dikeluarkan di ladang-ladang khinzir di Malaysia ini. Manakala nilai di ladang bagi ketiga-tiga tahun tersebut iaitu tahun 1996, jumlahnya ialah RM99I juta telah diperuntukkan. Pada tahun 1997, sebanyak RM993 juta telah diperuntukkan dan pada tahun 1998, sejumlah RM948 juta dengan nilai tersebut. Itu besar angkanya.

Dengan demikian, mengikut laporan berikut, jumlah eksport ialah pada tahun 1996, sejumlah 1.09 juta ekor. Pada tahun 1997, sejumlah 1.03 juta ekor. Pada tahun 1998, sebelum Nipah virus itu, hanya 0.99 juta ekor. Nilai eksport masing-masing ialah pada tahun 1996 ialah RM289 juta. Pada tahun 1997 ialah RM257 juta. Pada tahun 1998 sebelum Nipah virus itu ialah RM299 juta. Dengan begitu nilai keuntungan tadi hasil daripada eksport khinzir ini, ertinya ini ada kaitan dengan sosioekonomi negara kita. Kita tidak boleh biarkan industri khinzir ini hanya untuk satu kaum Cina sahaja.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup Yang Berhormat.

Dato' Yap Pian Hon: Ini menunjukkan bahawa begitu penting untuk sosioekonomi kita di mana ada kaitan dengan hasil negara kita. Jadi, Tuan Pengerusi, kesan wabak J.E atau Nipah virus ke atas industri khinzir adalah sangat ketara.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup, Yang Berhormat.

DR.16.10.2002 29

Dato' Yap Pian Hon: Ya, satu perkataan. Kehilangan nilai daripada eksport yang telah dihentikan, dianggarkan sebanyak RM250 juta berdasarkan harga khinzir itu bagi tahun 1998.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Dato' Yap Pian Hon: Dengan demikian itu, saya minta pihak kementerian untuk memberi satu keputusan muktamad, bilakah program kawasan penternakan khinzir bersepadu dapat diumumkan supaya penternak-penternak khinzir ini dapat menikmati kehidupan baru…..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Dato' Yap Pian Hon: ….untuk masa depan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, saya bagi Pasir Mas.

12.15 tgh.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya akan menyentuh Bekalan 19, Kementerian Pertanian, Butiran 03000 – Pengairan dan Saliran. Tuan Pengerusi, bahawa saya melihat Malaysia adalah sebuah negara pertanian yang begitu subur sekiranya ia dimajukan mengikut kaedah ataupun peraturan-peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh sebuah negara. Tetapi malangnya, oleh kerana ianya tidak diguna ataupun tidak diambil perhatian yang serius, maka negara kita walaupun ianya negara yang dikira sebagai negara pertanian, tetapi kita melihat bahawa ianya banyak bergantung kepada bahan-bahan yang diimport daripada luar negara.

Beras misalnya, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat kita sekejap tadi di mana beras diimport begitu banyak daripada negara jiran kita Thailand. Sekiranya kita mengambil sesuatu andaian, kalaulah ada krisis sempadan misalnya, minta dijauhkan oleh Allah S.W.T. ke atas negara kita. Kalaulah berlaku krisis sempadan di antara Malaysia dengan Thailand, di mana kita rasakan bahawa beras daripada Thailand yang dibawa masuk sama ada secara halal ataupun secara haram, kita dapat melihat begitu banyak sekali khususnya di perbatasan di antara Malaysia -Kelantan dengan Thailand.

Kalaulah berlaku apa-apa sahaja pergaduhan sempadan dan Thailand tidak membenarkan masuknya beras ke negara kita, maka sudah tentu negara kita barangkali boleh bertahan dalam masa tiga hari sahaja, tidak lebih daripada tiga hari. Ini adalah kerana, kita tidak cukup banyak stok beras ataupun padi di negara kita, sedangkan ladang ataupun tanah padi, tanah tani kita begitu subur untuk kita laksanakan.

Yang kedua pula, saya melihat kepada sistem pengairan dan saliran yang tidak baik. Pertama sekali, saya melihat bahawa kerajaan tidak membuat suatu kaji selidik yang terperinci kepada saliran air di mana kerajaan terpaksa mengambil tanah yang begitu luas untuk mengalirkan air daripada sungai ke sawah dengan pengambilan tanah beribu-ribu ekar ataupun hektar untuk penyaliran air ini, sedangkan kalau diteliti bahawa kerajaan tidak perlu mengambil tanah yang begitu luas sehingga merugikan rakyat dan sekali gus merugikan air itu sendiri.

Sepatutnya, kerajaan mengambil had yang sepatutnya, kemudian dengan membuat benteng ataupun konkrit sebagaimana yang saya lihat di beberapa buah negara di negeri Saudi Arabia misalnya, kita melihat bagaimana di Saudi Arabia berjaya daripada sebuah padang pasir yang begitu kontang, kering airnya tetapi oleh kerana saliran air begitu baik dibuat, dengan pengambilan tanah yang tidak begitu banyak, tidak begitu luas dan airnya dijaga. Saliran-saliran airnya di konkrit daripada bawahnya, disimen, kemudian sampai ke padang pasir dan airnya terjaga.

Saya melihat airnya jernih, satu kawasan 'Esaq' misalnya. Barangkali boleh Pengarah-pengarah Pertanian ataupun kementerian kita buat satu lawatan ke Saudi Arabia. Jangan kita melihat bahawa dia banyak duit, tetapi kita melihat bagaimana dia menyelenggarakan sesuatu. Kadang-kadang wang banyak pun, kalau tidak kena

30 DR.16.10.2002

daripada segi penyelenggaraan, saya kira tidak betul juga. Jadi, di 'Esaq' ini, satu padang pasir yang kontang dulu.

Dalam beberapa tahun sahaja, dengan saliran airnya yang begitu baik sehingga padang pasir itu ditumbuhi dengan pokok-pokok yang menghijau, dengan pokok-pokok tamar, dengan lain-lain pokok, lain-lain tumbuhan ataupun sayur-sayuran, yang sekarang ini Saudi Arabia barangkali sudah tidak banyak bergantung kepada import makanan daripada luar negara, cukup dengan bekalan-bekalan yang diusahakan oleh petani-petani mereka.

Tetapi, di negara kita ini sepanjang tahun yang sepatutnya makin hari makin baik tetapi makin hari makin tidak baik. Kemudian, selain daripada saliran itu sendiri, yang kedua pula, daripada segi pengawasannya. Daripada segi penjagaannya, tidak dijaga. Contohnya, saliran air di kawasan saya misalnya dalam kawasan Pasir Mas, Projek 'Lemal' misalnya yang masuk dalam kawasan Rantau Panjang, kemudian terus ke kawasan Pasir Mas, mengambil tanah yang begitu luas tetapi dalam keadaan begitu, tidak dikawal, tidak dijaga dengan baik, ditumbuhi dengan hutan sekarang ini. Airnya tidak dapat berjalan dengan baik dan sekali gus tidak masuk ke kawasan-kawasan pertanian dengan kadar yang sepatutnya. Air masuk terus ke dalam bumi, kemudian penjagaan di mana kiri, kanan batas saliran air ini tidak dijaga, tidak dikawal tidak diselia dengan sebaik-baiknya sehingga menjadikan semak-samun.

Pada permulaannya, begitu dijaga dengan baik tetapi sekarang ini saya melihat tidak dijaga, sedangkan kalau kita melihat di negara yang dekat dengan kita, di selatan Thailand, bagaimana saliran-saliran air mereka, paip-paip air mereka, di tebing kiri kanannya, ditanam dengan pokok-pokok. Petani-petani mereka mengambil kesempatan ini dan sekali gus memberi keuntungan kepada petani-petani mereka. Paling kurangnya, belia-belia mereka dapat mengikuti sama dalam sektor pertanian ini.

Dalam Butiran 040000 - Perkhidmatan Haiwan. Kita melihat juga sekali gus bahawa bumi kita begitu luas dan ia terbiar. Baik bumi ladangnya ataupun bumi-bumi biasanya, kita nampak terbiar sangat kalau dibandingkan dengan negara-negara lain. Kita melihat juga bahawa negara kita yang mempunyai penduduk sebanyak 22 juta ke atas, barangkali 26 juta sekarang ini, memerlukan kepada daging-daging lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan lain-lain lagi.

Tetapi, sebahagian besar daripada daging-daging ini diimport daripada India, daripada Australia. Kadang-kadang kita tidak tahu halal haramnya kepada orang Islam. Kepada orang bukan Islam, satu halnya, kepada orang Islam daging-daging yang diimport, yang dibawa masuk, sedangkan negara kita ini kalau diselia, dilakukan dengan sewenang-wenangnya, dengan sebaik-baiknya, sudah tentu bahawa negara kita dapat menampung keperluan-keperluan ini. Yang saya lihat bahawa di Kelantan, barangkali ternakan lembu ini yang paling banyak sekali di Kelantan, dalam keadaan orang menuduh bahawa Kelantan gerhana dan sebagainya, bahawa lembu banyak di Kelantan. Kambing biri-biri banyak di Kelantan kalau berbanding dengan negeri-negeri lain.

Setakat ini, kita melihat kembali kepada negara kita tidak menyediakan asas-asas untuk penternak-penternak kita sehingga kita terpaksa mengambil daging daripada luar sedangkan negara kita perlu kepada daging-daging untuk pemakanan khususnya kepada orang Islam dan seterusnya. Jadi, saya melihat di sini, kerana tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh inilah, maka kita terpaksa membayar dengan kos yang paling tinggi, dengan harga yang mahal untuk mengimport daging-daging masuk ke negara kita sedangkan kita mempunyai tanah ladang yang begitu luas dan tenaga kerja yang banyak.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhammad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup, Yang Berhormat.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Satu lagi Tuan Pengerusi kepada 07000 - Pemberian Subsidi Baja. Saya melihat juga ada hubung kait dengan petani-petani kita. Negeri-negeri yang dikira negeri yang dapat mengeluarkan hasil padi yang banyak iaitu Kedah, Kelantan dan Perak. Saya melihat mengapa….

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhammad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.

DR.16.10.2002 31

Tuan Haji Ismail bin Noh: …..subsidi baja ini tidak diberi mengikut cara yang baik.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhammad bin Abdullah]: Ya.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Saya minta kerajaan supaya menurunkan daripada enam ekar tanah kepada tiga ekar tanah sahaja.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhammad bin Abdullah]: Ya.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Kalau enam ekar tanah ini barangkali.…

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhammad bin Abdullah]: Masa cukup Yang Berhormat.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Ya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhammad bin Abdullah]: Saya bagi Baram dahulu.

12.25 tgh.

Tuan Jacob Dungau Sagan [Baram]: Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri dan Kementerian Pertanian oleh kerana sangat proaktif dalam usaha untuk menjalankan tugas-tugas mereka dalam apa sahaja bidang di bawah Kementerian Pertanian. Jadi, dalam perbahasan ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang Butiran 04700 - Pembangunan Industri Padi bersama-sama dengan Butiran 12800 - Pemodenan Sistem Pengairan Padi.

Tuan Pengerusi, di Baram ataupun di negeri Sarawak, kita mempunyai lebih kurang 150,000 pekebun-pekebun kecil khasnya penanam-penanam padi bukit. Jadi, mereka ini mempunyai masalah yang besar sekali oleh kerana pendapatan mereka dari usaha padi bukit ini memang sangat rendah sekali. Daripada statistik yang kita dapat, jika kita lihat daripada segi pendapatan sehari itu, lebih kurang RM2 sampai RM3 sahaja sehari. Jadi, jika dibandingkan dengan gaji-gaji di luar bidang pertanian, memang terlalu rendahlah. Oleh sebab itulah, ada pihak selalu berkata bahawa apabila kita menanam padi bukit ini, memang kita sentiasa digelar sebagai orang miskin.

Jadi, oleh sebab itu, ini menjadi satu masalah yang besar sekali. Oleh kerana setakat ini, kita belum lagi mempunyai alternatif bagi mereka di mana mereka boleh dapat pendapatan yang lebih tinggi selain daripada menanam padi bukit. Jadi, mereka ini memang mempunyai tanah-tanah yang sesuai untuk tanam wet paddy ataupun padi sawah tetapi tanah yang mereka ada ini memang tidak besar, secara kecil-kecilan, ada dua, tiga ekar satu tempat ataupun sampai 10 ekar di satu tempat. Masalah mereka ialah masalah untuk membangunkan kawasan-kawasan padi yang seperti ini. Bagaimana kita dapat menukarkan cara mereka menanam padi supaya pendapatan mereka boleh ditingkatkan lagi ke satu tahap yang boleh dianggap baik. Saya ingin tahu, daripada peruntukan pembangunan industri padi dan begitu juga daripada pemodenan sistem pengairan padi, adakah kementerian mempunyai peruntukan untuk disalurkan kepada pekebun padi bukit ini supaya mereka juga berpeluang untuk membangunkan kawasan-kawasan di mana mereka boleh tanam padi sawah.

Masalah yang besar bagi mereka ialah oleh kerana kos untuk membangunkan kawasan itu adalah sangat besar sekali. Jadi, kalau bolehlah saya minta supaya kementerian mempertimbangkan peruntukan bagi mereka menjalankan infrastruktur pengairan, drainage dan irrigation bagi sawah-sawah mereka. Yang kedua, saya ingin sentuh Butiran 01000 - Projek-projek Pembangunan Pertanian Bersepadu.

Saya nampak program ini adalah satu program yang sangat penting sekali untuk membangunkan satu kawasan di mana penduduk-penduduk, petani-petani ataupun peladang-peladang di kawasan tersebut dapat membangunkan tanah-tanah mereka yang terbiar termasuk juga tanah-tanah kerajaan yang dimasukkan dalam kawasan tersebut. Saya lihat di kawasan saya di Baram memang kawasan yang luas sekali dan juga tanahnya juga baik untuk beberapa tanaman seperti nanas, lada, kelapa sawit, tanaman kontan dan pelbagai lagi tanaman. Oleh kerana kawasan tersebut adalah besar maka penduduk di kawasan tersebut susah untuk membangunkan kawasan itu oleh kerana harga untuk pembangunannya adalah besar

32 DR.16.10.2002

sekali. Ini adalah kerana ia termasuk untuk membangunkan kawasan pengairan dan juga dari segi irrigation.

Oleh sebab itu saya nampak program-program yang telah dijalankan di beberapa kawasan seperti di Seberang, Perak, Kerian, Kota Samarahan dan juga di Terengganu Utara dan juga di Barat Laut Selangor ada menampakkan kesan yang berjaya untuk menaikkan pendapatan penduduk-penduduk di sana. Oleh sebab kawasan kami di Baram adalah luas dan penduduk-penduduk di sana pun masih belum mempunyai tanaman yang boleh membawa keuntungan bagi mereka, saya ingin meminta supaya kementerian membuat satu kajian bagaimana kita boleh membangunkan kawasan di Hiliran Baram supaya kita dapat melaksanakan satu projek pembangunan pertanian bersepadu di kawasan tersebut.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 00700 Lembaga Pertubuhan Peladang atau LPP. Dahulu saya memang mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugas di LPP ini di negeri Sarawak dan saya nampak inilah satu pendekatan yang amat baik sekali bagi petani-petani kita dan juga peladang-peladang kita bukan hanya di negeri Sarawak tetapi di seluruh Malaysia. Masalah yang kita nampak sekarang ialah bagaimana kita boleh mempergiatkan lagi kegiatan LPP ini supaya semua kawasan yang terlibat termasuk di peringkat kampung dan di peringkat petani-petani itu sendiri dapat mengambil bahagian dalam pertubuhan-pertubuhan peladang ini. Kerana mereka mempunyai tujuan yang baik sekali di mana mereka menjalankan perkhidmatan pengembangan, extension service begitu juga daripada segi pemberian kemudahan pemasaran pinjaman, bekalan jentera untuk peladang-peladang itu sendiri dan begitu juga untuk menjalankan projek industri kampung di kawasan-kawasan mereka.

Jadi, yang penting saya nampak supaya kementerian perlu dengan izin, intensify lagi kegiatan latihan supaya peladang-peladang ini diberi kursus supaya mereka dapat mempergiatkan lagi kegiatan mereka dalam bidang pertubuhan peladang ini.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup Yang Berhormat.

Tuan Jacob Dungau Sagan: Begitu juga saya rasa jika bolehlah, kementerian memberi peruntukan supaya pertubuhan peladang di setiap kawasan itu mempunyai kewangan untuk memberikan pinjaman kepada ahli-ahli mereka.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Jacob Dungau Sagan: Jadi, dengan ucapan demikian, saya mengucapkan terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Kota Melaka.

12.34 tgh.

Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]: Terima kasih. Saya merujuk kepada Butiran 040000 Perkhidmatan Haiwan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Kabinet terutama sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, oleh kerana telah menyelesaikan satu isu yang telah banyak kali saya memperjuangkan dalam Dewan dan juga di luar Dewan, termasuk membuat banyak panggilan telefon kepada pihak kerajaan. Iaitu isu baki Wang Tabung Amanah JE dan juga saya memuji Menteri Pertanian yang telah begitu baik dan membekalkan dengan senang senarai penuh penerima dan juga penderma tabung itu. Ini adalah berbeza dengan sikap MCA yang begitu memalukan. [Tepuk] Walaupun saya telah membongkar dengan senarai pertama yang saya dapat daripada MCA begitu banyak penyelewengan dalam MCA Humanitarian Fund tetapi senarai kedua, ketiga mereka enggan membekalkan kepada saya walaupun saya ada bukti yang menunjukkan begitu banyak penyelewengan.

Pada bulan Mac apabila saya pergi ke Pejabat MCA untuk mendapatkan senarai yang terakhir, Presiden MCA mengutus surat kepada saya dan menyatakan bahawa seorang pemimpin MCA akan bertanggungjawab untuk membekalkan senarai kepada saya tetapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan. Orang yang dipertanggungjawabkan ialah Timbalan Speaker, Datuk Lim Si Cheng. Nasib beliau tidak ada di sini. Apabila saya pergi ke MCA..

DR.16.10.2002 33

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang lain pula Yang Berhormat cukuplah.

Tuan Kerk Kim Hock: …..ada panggilan telefon daripada pejabat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung mengarahkan supaya semua editor jangan mengeluarkan berita saya. Inilah sikap yang memalukan, kita masuk ke tajuk pertanian tetapi masalah yang dihadapi oleh penternak khinzir belum habis dan saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh memberikan satu jawapan yang begitu jelas, apakah kedudukan berkenaan dengan aktiviti penternakan khinzir di Bukit Pelanduk.

Saya tahu bahawa pada 27 Mei 2001 semasa Pilihan Raya Kecil Telok Kemang, Menteri Pertanian telah mengumumkan bahawa aktiviti penternakan khinzir akan dibenarkan di Bukit Pelanduk. Saya baru masuk pagi ini satu website antarabangsa dan mereka memetik apa yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian. Saya bacakan ini satu petikan daripada website antarabangsa.

”Nipah control area resume pig farming....” dengan izin, “The Malaysian government has lifted the ban on pig farming in what was one of the Malaysia bigger pig producing region Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. Nipah virus kills over 100 people there two years ago. Announcing the lifting of the ban, the Agriculture Minister said the alternative was to incur great expense importing pork to meet the high domestic consumption…..” Yang lain tidak payah baca sehingga website antarabangsa memetik pengumuman Yang Berhormat Menteri Pertanian tetapi sehingga ke hari ini dua masalah besar yang belum selesai ialah pig farm yang sedia ada dan juga integrated pig farming area terutama sekali pig farming yang sedia ada.

Kerajaan telah menyatakan bahawa sekarang Malaysia bebas daripada ancaman nipah virus tetapi sehingga hari ini tidak ada laporan rasmi mengatakan bagaimana nipah virus telah berlaku. Apakah yang harus dicegah, apakah tindakan pencegahan yang harus diambil.

Saya tahu susah, kalau kerajaan hendak memberitahu kebenaran tetapi kita harus menghadapi kebenaran. Kalau betul-betul ada orang membawa kuda masuk tidak menjalankan rawatan sehingga kuda mati, kemudian kuda membawa kuman kepada khinzir kemudian lain-lain khinzir terlibat, kita katakan. Jangan kita salahkan bahawa pig farming. Kalau betul nipah virus begitu teruk dan boleh datang balik mengapa kita biarkan aktiviti menternak khinzir di tempat lain dan bukan di Bukit Pelanduk. Jadi, ini tidak adil kalau kita telah bebas daripada ancaman nipah virus, penternak khinzir di Bukit Pelanduk haruslah dibenarkan untuk menternak khinzir.

Yang satu lagi isu ialah integrated pig farming area. Tadi sudah mengatakan kerajaan tidak ada membuat. Memang ada tetapi dalam tahun 1993 rancangan telah dibuat dan tahun 1995 orang-orang di Bukit Pelanduk telah membeli tanah satu lot, dua ekar, satu ekar berharga RM165,000. Orang-orang semua membeli satu lot dua ekar, itu untuk economic skill. Saya difahamkan sebanyak 170 lot telah dijual tetapi hari ini walaupun begitu banyak sekali saya menanya di Parlimen, bila jawapan tidak boleh diberi tidak ada jawapan bila akan dibuka walaupun janji telah dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Telok Kemang.

Bukan sahaja itu, ada fasa dua di mana di sekitar Jima pig farming area, tanah juga dijual dengan tiada infrastruktur, dijual dengan harga, kalau saya tidak silap satu ekar atau satu lot RM100,000. Kontraktor di mana saya difahamkan membeli tanah itu daripada Syarikat Guthrie dengan harga RM18,000 sahaja. Orang tidak boleh tahan oleh kerana sejak tahun 1995 mereka meminjam wang daripada bank untuk membeli tanah-tanah itu. Jadi, apakah jawapan sehingga ke hari ini tidak boleh memberi satu jawapan sama ada boleh dijalankan aktiviti tidak, walaupun janji telah dibuat. Apakah sebabnya, adakah disebabkan bahawa seperti saya difahamkan bahawa oleh kerana KLIA telah didirikan, oleh kerana pig farming area ini telah diluluskan sebelum KLIA diluluskan.

Jadi kalau itulah yang sebetulnya ini bermakna bahawa ini adalah rancangan yang salah di pihak kerajaan. Jadi, kerajaan haruslah memainkan tanggungjawabnya dan menyelesaikan masalah ini. Kalau tidak boleh beritahu dengan jelas kepada para penternak khinzir yang telah membeli tanah-tanah di Jima pig farming area dan membolehkan kontraktor pig farming area itu membayar pampasan kepada mereka. Tetapi kalau kerajaan enggan memberikan satu jawapan yang muktamad tetapi

34 DR.16.10.2002

mengatakan kita akan membenarkan, susah bagi mereka untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap kontraktor tetapi kontraktor bagaimana hendak menunaikan tanggungjawabnya, obligasinya kalau kerajaan tidak memberi jawapan yang betul.

Jadi, ini adalah satu ketidakadilan yang begitu teruk sekali yang telah kerajaan saya rasa lakukan kepada para penternak khinzir. Saya berharap kerajaan akan memandang serius perkara ini dan oleh kerana lebih 100 orang telah mati dalam kes nipah virus, saya meminta supaya kerajaan dengan berani mengeluarkan satu laporan rasmi, apakah sebenarnya yang menyebabkan nipah virus telah berlaku?

Oleh kerana ada kebimbangan di kalangan para penternak khinzir bahawa kerajaan telah mengambil kesempatan ini untuk melarang aktiviti penternakan khinzir. Saya bukan mengatakan saya menyokong pendapat itu tetapi kerajaan harus meyakinkan mereka bahawa memang kalau betul ancaman nipah virus yang telah menjadikan kerajaan begitu berlengah-lengah hendak meluluskan projek Jima pig farming area beritahu mereka. Mereka begitu susah sehingga mereka pada tahun lalu telah menjalankan aktiviti menternak khinzir secara haram di kawasan Tanah Merah Site ‘A’ tetapi akhirnya penguat kuasa telah masuk dan telah menembak semua khinzir yang haram itu.

Saya juga difahamkan bahawa di tempat Tanah Merah Site ‘A’ para penternak khinzir diberitahu bahawa mereka boleh menjalankan aktiviti menternak khinzir sekiranya mereka membayar untuk menyambungkan paip daripada ladang mereka sehingga ke pig farming area dan dekat 100 orang telah membayar kalau tidak silap dekat average RM60,000 seorang. Jadi, kalau kita kira wang yang telah mereka laburkan, faedah yang mereka terpaksa membayar kepada bank sedangkan mereka sekarang tidak dapat menjalankan apa-apa perniagaan…..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup.

Tuan Kerk Kim Hock: Itulah kesusahan mereka. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Arau.

12.44 tgh.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin [Arau]: Terima kasih Tuan Pengerusi, kerana saya juga diberi peluang untuk membahaskan Maksud Bekalan B.19 – Kementerian Pertanian.

Saya pertamanya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang ada bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini yang begitu bersungguh-sungguh mengetuai Kementerian Pertanian untuk memajukan sektor pertanian. Saya rasa inilah masanya untuk kita melihat sektor pertanian dapat maju setanding dengan sektor-sektor yang lain dalam negara kita.

Saya percaya semasa negara kita masuk di dalam sektor perusahaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sering mengingatkan bahawa sektor pertanian juga harus diberi penumpuan tetapi malangnya sekian lama kita melihat pengimportan makanan meningkat dari masa ke semasa. Saya percaya dengan kepimpinan Yang Berhormat Menteri yang ada dan juga dengan penekanan yang diberikan di dalam Belanjawan 2003 mengenai pembangunan luar bandar khususnya di sektor pertanian akan memberi peluang kepada sektor pertanian untuk maju dan masyarakat luar bandar untuk maju. Saya harap benar-benarlah apa yang telah pun dibekalkan kepada kita di dalam maksud bekalan B.19 Kementerian Pertanian ini akan dilaksanakan oleh semua agensi-agensi pertanian, kita harap janganlah ada agensi-agensi yang memulangkan balik peruntukan, malahan saya berharap kalau boleh pohonlah lagi peruntukan menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh dalam usaha kita membangunkan sektor pertanian.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh perkara 040600 penyelidikan kita tahu bahawa dunia hari ini melalui ICT, information technology telah pun merubah keadaan dunia hari ini dan Malaysia tidak ketinggalan di dalam ICT di negara kita di mana kita kalaupun tidak ke hadapan tetapi kita bersama-sama dengan pembangunan ataupun mengikuti arus pembangunan dunia. Di dalam dunia teknologi ini perkara baru yang sekarang ini diperbincangkan dengan begitu hangat mengenai dengan bio-teknologi, saya tahu di dalam bio-teknologi ada dua kumpulan. Ada setengah pihak yang

DR.16.10.2002 35

menerima perubahan-perubahan di dalam genetically modification yang berlaku dalam dunia ini, ada pihak yang menerima ada pihak yang tidak menerima. Masih lagi ada pihak yang ragu-ragu mengenai pengeluaran makanan yang menggunakan modify genetic ini adakah ia boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada manusia dan sebagainya.

Walaupun demikian saya percaya jika kita menjauhkan diri daripada perubahan teknologi baru ini saya bimbang Malaysia akan ketinggalan sekali lagi dalam arus pembangunan. Kalau kita lihat dari segi kejayaan negara di dalam pembangunan teknologi, baru-baru ini apabila saya ke UN saya membeli satu buku, ‘Making New Technology’s Work For Human Development’. Kita bangga melihat dalam buku ini dicatatkan bahawa Malaysia bukanlah negara yang ketinggalan di dalam teknologi di seluruh dunia. 191 negara-negara yang bergabung dengan Bangsa-Bangsa Bersatu kajian dibuat dan diteliti negara-negara yang terlibat dalam pembangunan teknologi, the geography of technological innovation and achievement, kita lihat Malaysia berada di tempat yang 30, Yang Berhormat Kuala Kedah. [Sambil memandang ke arah Yang Berhormat bagi Kuala Kedah] 30.

Tuan Mohamad bin Sabu: Jauh tu!

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Daripada seluruh dunia, saya rasa ini sesuatu yang boleh kita banggakan. Kalau 18 buah negara masuk dalam leaders, kita adalah termasuk dalam potential leaders, sebab itu saya mengambil peluang ini Tuan Pengerusi untuk bercakap soal bio-teknologi di negara kita. Apabila saya kembali kerana saya ketinggalan sebulan dalam persidangan Parlimen, saya melihat dalam surat khabar di Malaysia juga tidak ketinggalan membincangkan mengenai bio-teknologi.

Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Pertanian kerana dalam MAHA baru-baru ini, inilah kali pertama saya ketinggalan tidak dapat mengikuti pameran-pameran yang dibuat yang melibatkan pembangunan pertanian di negara kita tetapi saya membaca di dada-dada akhbar bahawa negara kita juga tidak ketinggalan dalam bio-teknologi. Saya mengucapkan tahniah dan ingin menggesa supaya pihak kerajaan dan juga pihak kementerian untuk kita mempergiatkan lagi penglibatan kita di dalam bio-teknologi ini.

Kalau kita lihat surat khabar New Sunday Times, 13 Oktober kita dapati pakar-pakar kita yang berasal daripada negara kita hari ini berada di luar negara dan mereka menjadi ketua-ketua jabatan di agensi-agensi dan juga di kumpulan-kumpulan korporat di luar negara. Di negara-negara yang begitu maju bererti dari segi sumber manusia, kita mempunyai kepakaran-kepakaran yang mencukupi walaupun mereka hari ini tidak ada dalam negara, mungkin kerana tidak ada peluang untuk mereka menggunakan kepakaran dan juga keupayaan mereka di negara kita. Melalui seminar-seminar yang saya hadir semasa di UN saya dapati bahawa pencapaian GM di peringkat dunia hari ini dikatakan bahawa dari segi pengeluaran penghasilan padi, kerana saya dari kawasan MADA yang terlibat dengan padi, dikatakan bahawa di negeri China dengan technology genetically modified rice telah pun memberikan 15% hasil lebih tinggi daripada tanpa ada modification di dalam genetik ini di mana dalam keadaan tidak ada tambahan baja dan lain-lain. Ini boleh memberikan satu sumber pendapatan yang lebih kepada petani-petani kita dan kita berupaya untuk mengeluarkan variety yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa, malahan dikatakan bahawa golden rice yang dikeluarkan oleh pihak Jepun telah pun dikongsi teknologinya dengan mereka-mereka yang berada di Afrika, satu kumpulan daripada negara-negara yang boleh dianggap tidak membangun.

Adakah nanti jika semua pihak yang melihat bio-teknologi sebagai satu inovasi baru yang mereka beri perhatian kepada bio-teknologi ini akan menimbulkan satu saingan yang besar kepada kita jika kita tidak terlibat dalam soal ini. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian apakah usaha-usaha, rancangan-rancangan kita untuk menentukan supaya kemunculan teknologi melalui inovasi baru bio-teknologi ini dilaksanakan di negara kita, adakah kita cuma bergantung dengan MARDI kerana kita ada satu-satunya institusi penyelidikan yang ada di negara kita dan sudah tentu beban untuk MARDI saya rasa begitu besar.

Kalau mengikut kajian juga diberitahu bahawa melalui teknologi yang berkenaan pengeluaran kapas telah boleh dikurangkan penggunaan racun daripada 30 kali kepada tiga kali maknanya pihak-pihak yang membuat kajian ini berjaya untuk

36 DR.16.10.2002

menghasilkan kapas di mana serangga-serangga tidak dapat penetrate ataupun tidak dapat menyerang kapas berkenaan kerana ia mempunyai satu ketahanan, internal yang dapat dibentuk melalui bio-teknologi.

Jadi daripada dua contoh dan banyak lagi sebenarnya contoh-contoh yang diberikan, saya dapati bahawa bio-teknologi adalah merupakan sama ada kita boleh lihat dari segi inovasi baru ataupun ada setengah pihak menganggap bahawa ia sebagai satu ancaman kepada manusia. Walau bagaimanapun dalam seminar yang berkenaan di Amerika Syarikat mereka telah menubuhkan badan-badan yang tertentu yang terdiri daripada consumer, badan-badan yang melibatkan pengguna-pengguna awam yang membuat kajian-kajian mengenai modification genetik ini, didapati bahawa mengikut apa yang disebutkan dan yang dibentangkan di peringkat United Nations bahawa tiga orang penceramah yang hadir mengatakan tidak ada ataupun yang mewakili badan masing-masing mengatakan bahawa tidak ada terbukti bahawa GM menghasilkan sesuatu yang boleh menjejaskan kehidupan. Ini adalah satu perkara yang baru, yang saya berharap kepada pihak kementerian dapat mengkaji malahan saya juga berharap kepada pihak kerajaan supaya …

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: ..…kalau ini merupakan inovasi yang baru tidakkah perlu bagi kita untuk mewujudkan foundations ataupun menggalakkan pihak-pihak swasta untuk turut sama terlibat supaya kita dapat mewujudkan sebagaimana kita memajukan penggunaan komputer kita dengan mengadakan MSC…..

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa sudah cukup Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Misalnya kita mengadakan satu kawasan ataupun mewujudkan pusat penyelidikan berperingkat yang bertaraf kebangsaan yang diberikan peruntukan dan juga diberikan dukungan dan sokongan sepatutnya.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, masa Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Akhirnya Tuan Pengerusi kalau dapat izinkan saya….

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Cuma satu sahajalah yang hendak saya sampaikan, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Yang Berhormat, buat dalam masa soal jawab nanti dalam masa Menteri menjawab.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Saya harap nanti dalam soal jawab saya harap saya dapat peluang, Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat oleh kerana kita mesti menghabiskan dua kementerian lagi pada hari ini, saya hanya membenarkan seorang sahaja lagi bercakap, selepas itu menteri akan menjawab. Saya jemput Kuala Terengganu, saya minta maaflah banyak-banyak.

Beberapa Ahli Yang Berhormat: Tidak apa, tidak apa.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Kuala Terengganu selepas itu kita sambung 4 minit selepas itu Menteri akan menjawab.

12.57 tgh.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi[Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Pengerusi, masa saya 4 minit sahaja?

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Sambung selepas itu..

DR.16.10.2002 37

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Okey, okey, sambung. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk terus kepada 01200 Rancangan dan Pembangunan. Dalam konteks negara kita yang mana, tadi disebut oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat tentang bergantung dengan kita kepada bahan makanan import yang mana ini menjadi suatu faktor yang perlu dilihat dengan lebih serius oleh kerajaan kerana kalau kita melihat dari tahun ke tahun. Pergantungan kita bertambah sebagai contohnya dari tahun 1985 import bahan makanan kita adalah RM3.5 bilion meningkat kepada tahun 1997 kepada RM10 bilion dan 2001 kepada 12 bilion.

Jadi kalau kita melihat dari segi pertambahan-pertambahan ini kerajaan perlulah melihat dengan lebih serius bagaimana kita harus mengatasi pergantungan bahan-bahan makanan import yang menjadi makanan asasi terutamanya. Dari segi tahap sara diri kebanyakan penduduk, makanan dari segi kebanyakan produk makanan dari segi tahap sara diri adalah rendah khususnya pengeluaran susu, daging dan bahan-bahan pengeluaran yang lain yang mungkin di bawah 20% makanan-makanan utama juga terus diimport dengan bilangan jumlah yang banyak terutamanya beras, gandum, gula termasuk juga sayur-sayuran dan buah-buahan.

Apa yang menjadi kemusykilan saya adalah kajian telah pun dibuat bahawa 2/3 daripada bahan makanan yang diimport ini sebenarnya dapat dikeluarkan di negara kita sendiri, hanya 1/3 sahaja daripada bahan-bahan makanan import ini tidak dapat kita keluarkan dalam negara kita kerana mungkin masalah ataupun faktor-faktor termasuk mungkin faktor iklim yang ada di negara kita. Jadi bagi saya peluang untuk kita mempertingkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara kita ini adalah amat tinggi dan dengan pasaran yang kita kira 2/3 itulah, pasaran yang besar dengan kalau 2/3 daripada RM12 bilion adalah satu jumlah yang begitu besar yang perlu diteroka kembali ataupun dilihat dengan lebih serius oleh kementerian dan kerajaan sendiri.

Tetapi apa yang menjadi masalah kepada kita adalah oleh kerana pergantungan kepada makanan import ini sebagaimana yang disebut oleh Pasir Mas tadi, saya amat bersetuju kerana kesan kalau berlakunya krisis politik, kalau berlakunya krisis ekonomi kesannya begitu besar dan yang menjadi dan yang bergantung ataupun bebanan kepada end user, kepada pengguna dengan izin adalah rakyat kita sendiri yang memang terlalu bergantung kepada bahan-bahan makanan yang diimport daripada negara-negara luar sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat dari sudut keutamaan yang ada dalam kementerian sendiri atau kerajaan sendiri perlu ada privilege investment yang perlu dibuat oleh kerajaan terutamanya dalam bentuk R&D pergantungan yang ada sekarang ini kerana kelemahan yang dalam R&D dalam bidang pertanian itu adalah terlalu ketara dan walaupun kita ada pusat-pusat penyelidikan pertanian dan sebagainya tetapi peruntukan yang diberikan kepada R&D dalam bidang pertanian ini mungkin terlalu sedikit, tahap teknologi yang ada di negara kita juga adalah terlalu rendah untuk kita meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan yang ada.

Begitu juga kalau kita melihat dalam hal pergantungan kita kepada buruh-buruh asing ini meletakkan keadaan yang begitu tidak menguntungkan kepada kita dari sudut masa depan yang ada diri sendiri. Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh yang tadi juga disebut oleh rakan-rakan saya pergantungan kita kepada makanan import beras adalah merupakan yang …..

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat kita sambung petang.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Okey, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat ada 5 minit lagi belah petang. Kemudian selepas Kuala Terengganu menghabiskan 5 minit saya minta menteri menjawab.

Majlis mesyuarat bersidang semula.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

38 DR.16.10.2002

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

Mesyuarat bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sila. Yang Berhormat ada lima minit lagi ya.

2.32 ptg.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu]: Tuan Pengerusi, terima kasih.

Saya ingin terus pergi kepada permasalahan padi dan beras di negara kita. Di negara kita lapan kawasan utama tanaman padi termasuklah kawasan di MADA dan juga di KADA. Cuma yang menjadi persoalan besar kepada kita, kenapa kita terlalu bergantung kepada beras-beras import, kerana beras merupakan makanan asasi bagi negara kita.

Pergantungan kita kepada beras daripada Thailand dan Vietnam dan dianggarkan lebih daripada setengah juta tan beras diimport setiap tahun daripada negara-negara luar. Jadi kalau kita melihat kepada import ini, jumlah aliran keluar wang negara kita adalah begitu banyak, import beras kita. Saya ingin berikan bandingan tahun 1992 kita mengimport lebih daripada RM346 juta beras, tahun 1997 meningkat kepada RM704 juta dan tahun 2000 dianggarkan lebih daripada RM1 bilion beras, nilaian beras yang diimport.

Jadi, permasalahan yang ada ini perlulah pihak kementerian dan kerajaan sendiri mengambil langkah-langkah yang lebih bersepadu walaupun kita menuju kepada negara industri tetapi sektor pertanian ini perlu diberi perhatian. Kenalah dilihat faktor-faktor memberi insentif kepada penanam-penanam padi dan juga melihat kepada cara pengeluaran ataupun penanaman yang lebih sistematik dengan mengambil pengalaman-pengalaman negara-negara yang telah jauh lebih maju daripada kita daripada segi pengeluaran padi dan beras di negara mereka.

Begitu juga, kita perlu melihat dasar kerajaan dalam konteks secara berleluasa menjadikan tanah-tanah pertanian dijadikan tapak-tapak industri yang secara indiscriminate nya, dengan izin, meletakkan industri ataupun meletakkan sektor pertanian di negara kita sebagai sektor yang dikesampingkan.

Tuan Pengerusi, saya ingin juga mendapat penjelasan daripada menteri dan juga kementerian kerana isu monopoli import bahan-bahan makanan oleh syarikat-syarikat tertentu, terutamanya makanan asasi juga menjadi penyebab kepada harga. Walaupun ada kawalan harga daripada kerajaan, saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan, yang pertamanya lima syarikat utama yang diberikan permit untuk mengimport yang pertamanya, mengimport beras, yang kedua, mengimport gula dan yang ketiganya, mengimport gandum.

Saya ingin mengetahui jumlah dan nilai import bahan-bahan ini daripada tahun 1995 hingga tahun 2001 dan apakah kriteria yang digunakan bagi memilih syarikat-syarikat yang dibenarkan untuk mengimport bahan-bahan makanan asasi ini, kerana sebagaimana yang saya sebut tadi, nilaiannya adalah begitu tinggi dan oleh kerana berlakunya monopoli oleh syarikat-syarikat tertentu, tidak dapat tidak ianya memberi kesan kepada harga ataupun turun naik bahan-bahan ini walaupun ada kawalan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kita perlulah memahami bahawa sektor pertanian tidak boleh diabaikan kerana ia menyediakan bahan makanan kepada penduduk dalam sesebuah negara, termasuk negara kita Malaysia. Walaupun kita menjadi negara perindustrian, sektor pertanian mestilah menjadi sebagai satu-satunya sektor yang perlu kerajaan melihat kembali sebagai satu-satunya sektor yang penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada walaupun dianggap sebagai satu sektor yang tidak berdaya saing, walaupun dianggap sebagai sektor yang tidak boleh meningkatkan ekonomi di negara kita tetapi sebenarnya ianya merupakan satu-satunya sektor yang penting dalam konteks pembangunan negara kita sendiri.

Janganlah kerana kita ingin mengejar status negara maju, kita menidakkan sumbangan sektor pertanian, terutamanya dalam menyediakan bahan makanan

DR.16.10.2002 39

kepada penduduk di negara kita. Ketidakprihatinan kita kepada sumbangan sektor pertanian ini tentunya akan meletakkan negara kita berada dalam keadaan yang amat sukar, sebagaimana yang saya sebut kalau berlaku krisis politik ataupun krisis ekonomi di negara-negara yang berjiran dengan kita yang mana kita bergantung kepada bahan-bahan mentah ataupun bahan-bahan makanan asasi ini sendiri.

Jadi, kalau berlaku sedemikian, sudah barang tentu rakyat akan menjadi mangsa kepada apa yang ada ataupun kepada pergantungan kita kepada makanan import kerana perlu membayar harga yang tinggi dalam konteks pembangunan ataupun dalam konteks kehidupan mereka ini sendiri.

Tuan Pengerusi, jadi, saya sekali lagilah saya memohon agar pihak kementerian walaupun telah digubal Dasar Pertanian Negara Ketiga iaitu daripada tahun 1998 hingga 2010 tetapi setakat ini masih kita tidak nampak hala tuju ataupun haluan Dasar Pertanian Negara dan di manakah kita mahu meletakkan kepentingan pertanian di negara kita ini dalam keadaan kita terlalu memberikan fokus kepada industri sehinggakan tanah-tanah pertanian terbiar, terbengkalai begitu sahaja dan sebagaimana yang saya sebut di awal tadi, bahawa sesungguhnya…..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: …..kita sebenarnya mempunyai potensi untuk mengukuhkan dan mengembalikan sektor-sektor makanan asasi kita ini dengan potensi-potensi yang ada di negara kita sendiri. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri sila jawab.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Keputusan sudah dibuat Yang Berhormat.

Tuan Husam bin Haji Musa: Tidak boleh dipinda keputusan?

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sedikit atau banyak ini tidak timbullah, tidak bolehlah, cukuplah. Sila Menteri.

2.43 ptg.

Menteri Pertanian [Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi]: Tuan Pengerusi, saya pertama sekali ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah banyak memberi pandangan, soalan-soalan.

Saya menghargai pandangan-pandangan ini termasuklah teguran-teguran kerana saya kira, saya anggapkan ini perlu daripada segi kementerian kami membuat perubahan-perubahan yang kalau perlu dibuat dan juga daripada segi mempertingkatkan lagi perkhidmatan kami untuk memberi perkhidmatan yang sebaik-baiknya kepada kumpulan sasaran kami, iaitu kepada penternak, nelayan dan petani negara ini yang kebanyakannya ialah penduduk-penduduk di kawasan-kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Saya begitu tertarik dengan banyak yang telah dikemukakan di sini kerana saya dapati banyak soalan, pandangan itu adalah relevan. Walaupun teguran-teguran, saya sendiri telah meneliti dan saya dapati banyak teguran ini adalah relevan dan berasas dan saya ingin mengesyorkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang kita akan mengkaji semua perkara yang telah timbulkan secara terperinci di antara saya dan pegawai-pegawai saya.

Saya juga ingin, sebelum saya menjawab dengan detail, saya ingin menjawab soalan yang terakhir tadi, iaitu negara kita sekarang ini mempunyai satu rancangan yang baru mengenai mempertingkatkan sektor pertanian, sebagai sektor yang ketiga terpenting sebagai penyumbang ekonomi negara kita.

Dengan demikian, kementerian selama dua, tiga tahun ini telah sibuk dengan melaksanakan Dasar Pertanian Negara Ketiga dan kita telah melaksanakan pelbagai rancangan khususnya daripada segi mentransformasikan, memodenkan pertanian negara kita.

40 DR.16.10.2002

Walaupun demikian, kita sudah tentu masih banyak lagi kelemahan kerana ini masih di peringkat permulaan dan dari itu, saya amat mengalu-alukan maklum balas dan kalau tidak sempat di sini, saya sangat menggalakkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau perlu tolong berhubung saya secara direct, secara bertulis ataupun telefon saya supaya perkara-perkara yang merunsingkan, kita akan cuba sama-sama atasi.

Saya tidak pasti saya boleh jawab semua soalan yang telah dikemukakan tetapi kalau ada yang ketinggalan, saya galakkan tolong berhubung dengan saya sendiri.

Mengenai soalan daripada Ahli Yang Berhormat bagi Petaling Jaya Utara, masalah dan isu banjir di Kampung Chempaka dan projek menaik taraf Sungai Kayu Ara, saya dapati pandangan beliau memang fair dan saya telah pun meminta Jabatan Parit dan Tali Air JPS untuk mengkaji pandangan beliau khususnya berkaitan dengan kelewatan melaksanakan projek ini, saya harap mendapat laporan ini, saya akan beritahu beliau dan kalau sesuatu kita dapati tidak memuaskan, kita akan baiki.

Tetapi yang saya boleh laporkan di sini ialah masalah banjir di Kampung Chempaka adalah disebabkan jambatan yang sedia ada terlalu sempit dan air tidak dapat mengalir dengan lancar. Jambatan ini akan diganti dan pembinaannya dijangka akan bermula bulan November tahun ini iaitu pada bulan hadapan ini.

Projek menaik taraf Sungai Kayu Ara sedang dilaksanakan secara berperingkat, disebabkan peruntukan yang terhad dan masalah setinggan yang terdapat di kawasan tersebut, sehingga kini projek menaikkan taraf Sungai Kayu Ara peringkat dua telah mencapai kemajuan 72% dan tarikh dijangka siap ialah pada bulan Februari 2003, beberapa bulan lagi.

Permohonan untuk meninggikan concrete lining ini akan dikaji dan dipertimbangkan.

Ahli Yang Berhormat bagi Klang mendakwa bahawa LKIM tidak menghiraukan tentang kepentingan penternak udang laut dan ikan sangkar, maka saya ingin melaporkan kementerian kami melalui Jabatan Perikanan telah dan akan memantau setiap kejadian kematian ikan yang berlaku di negara ini, apabila mendapat maklumat dan daripada laporan yang dibuat melalui pusat-pusat pengurusan kesihatan ikan dan kuarantin ikan. Pusat ini terdapat di Pulau Pinang, KLIM Kedah dan Link II di Johor. Berkaitan dengan cadangan untuk memfokuskan kepada penyelidikan, Kementerian Pertanian melalui Jabatan Perikanan Malaysia, telah menubuhkan Pusat Penyelidikan Kesihatan Ikan Kebangsaan atau PPKIK di Batu Maung, Pulau Pinang. Pusat ini telah beroperasi dan perasmiannya telah dibuat. Dalam bidang kesihatan ikan dan organism culture lain dalam bidang biologi, bakteriologi, parasitologi, histipetologi, epidemiologi, saya tidak tahu ini semua tetapi saya baca tentang immunize.

Program R&D yang dijalankan ini adalah untuk menyokong aktiviti pengembangan dan pencegahan penyakit. Sebagai jawapan keseluruhannya sebenarnya baru-baru ini kementerian telah mengumumkan satu program baru untuk mempertingkatkan program akuakultur negara. Pada masa ini akuakultur negara mengeluarkan 150,000 tan akuakultur dan ini kita ingin mempertingkatkan kepada 600,000 tan sebelum tahun 2010, ini akan membawa nilai RM4 bilion atau RM5 bilion setahun kepada negara kita.

Untuk memajukan program akuakultur ini kita telah mengemukakan dan dapat mendapat kelulusan dari Ahli Jemaah Menteri dan hari kelmarin daripada Majlis Tanah Negara, di mana kita akan membangunkan program akuakultur mengikut akuakultur industri zon. Zon-zon perindustrian, industri akuakultur. Ini bermakna kawasan-kawasan sedang dikenal pasti dan kita ada 50,000 hektar yang sedang dikenal pasti dan ia akan dikaji dengan teliti dari segi akua iklimnya dan kemudian kawasan-kawasan dibangunkan secara bersepadu di mana kerajaan kembar infrastruktur dan kita akan promosi kepada pihak swasta untuk melabur dalam kawasan-kawasan ini.

Maknanya industri akuakultur ini akan dijalankan dengan lebih teratur, tersusun dengan kawasan-kawasan AIZ ini kita akan mempunyai kawalan yang lebih rapi khususnya daripada kawalan penyakit. Saya berharap di masa hadapan ini kita akan.....

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

DR.16.10.2002 41

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: …..mengurangkan masalah yang dihadapi oleh penternak-penternak akuakultur.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun]

Tuan Chang See Ten: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Rantau Panjang, Gelang Patah yang mana satu.

Tuan Chang See Ten: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang usaha untuk membangunkan industri akuakultur, yang mana saya dapati di kawasan Parlimen saya Gelang Patah ada Sungai Pulai dan Sungai Gelang Patah, di mana ada 50 nelayan di sana yang ada terlibat dalam industri akuakultur. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian telah pun buat lawatan, saya ingin dapat penjelasan sama ada kawasan itu telah dizonkan sebagai zon kawasan akuakultur dan tentang pinjaman wang daripada Bank Pertanian kerana kita ada Fund For Food sebanyak RM300 juta yang diagihkan melalui Bank Pertanian. Baru-baru ini banyak, ramai nelayan sudah buat permohonan untuk melibatkan dalam industri ini, saya ingin dapat penjelasan sama ada permohonan mereka telah diluluskan dan sama ada kawasan ini telah dizonkan sebagai kawasan zon akuakultur, kerana kita faham usaha Kementerian Pertanian…..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Cukuplah.

Tuan Chang See Ten: ..…ialah faham bahawa negara kita tidak boleh bergantung kepada tanggapan liar, kita perlu melipatgandakan usaha dalam penternakan ikan. Sekian, terima kasih.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli-ahli Dewan, masa ini kita telah hampir kepada sampai maksimum sistem yang diberi iaitu tahap maksimum kita boleh menangkap ikan liar iaitu hampir kepada 1.3 juta tan. Jadi maknanya sekarang ini, kalau negara ingin memajukan sektor perikanan kita mesti mempertingkatkan sumber alternatif iaitu akuakultur, maka itulah program akuakultur tapi kita ingin melaksanakan program akuakultur ini secara teratur, sistematik dan cara moden dengan menggunakan kaedah-kaedah teknologi planning system paling terkini.

Maka ini kita anjurkan AIZ ini dan saya tidak pasti masa ini, sama ada Gelang Patah ini dalam kawasan yang telah dikenal pasti dan kita telah mengenal pasti 50,000 hektar tapi selalunya kalau kawasan ini telah pun ada aktiviti akuakultur yang banyak kita boleh masukkan kawasan ini dan saya akan kaji soalan saudara tadi.

Yang Berhormat saya juga ingin menjawab soal kerang yang merupakan komoditi yang makin kurang di Sungai Klang. Inilah masalah pencemaran dan kita akan bagaimana mengatasi masalah ini.

Saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bukit Mertajam mengenai pengawasan ramalan dan pengawalan perosak di negara kita, memang kita mempunyai satu sistem yang mengesan kehadiran perosak-perosak dan dengan ini kita dapat mengelakkan kejadian serangan serius. Tapi saya ingin menjawab soalan beliau yang saya kira relevan iaitu adakah kita menggunakan racun-racun yang telah dilarang penggunaannya di negara maju seperti di Amerika Syarikat, jawapannya ialah kita ada jawatankuasa di bawah Seksyen Pelindungan Tanaman Kuarantin Tumbuhan dan mereka ini sebagai kebiasaannya mereka mendapat laporan jika sesuatu bahan kimia itu diharamkan dan kebiasaannya ianya diharamkan juga sama di negara kita.

Walaupun demikian kita membuat risk assessment kita sendiri di mana kita dapati yang bahan-bahan yang telah diharamkan itu tiada danger kepada negara kita, kita dan ada sebab-sebab yang tertentu kita boleh membenarkan. Jadi walaupun sebagai kebiasaannya kita memberhentikan penggunaan racun-racun yang dilarang itu tapi tidak semestinya ini kita jalankan secara automatik.

Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam juga mengenai peruntukan perparitan dan tebatan banjir di Pulau Pinang, saya ingin maklum beliau yang jumlah RM 79 juta telah diperuntukkan untuk Pulau Pinang.

Tuan Fong Kui Lun: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya tentang banjir. Tentang perparitan dan tebatan banjir peruntukan sebanyak RM450,338,300 bagi tahun 2003. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri berapa jumlah peruntukan kementerian untuk tebatan banjir di Kuala Lumpur sebab Kuala

42 DR.16.10.2002

Lumpur sering diancam banjir kilat, mengakibatkan Datuk Bandar turun padang menjadi anggota penyelamat banjir Kuala Lumpur.

Saya berasa kagum perbuatan Datuk Bandar kerana beliau membantu meleraikan kesesakan lalu lintas. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, jika berlaku banjir lagi di Kuala Lumpur adakah Yang Berhormat Menteri pula akan turun padang untuk mengharung banjir dan membantu meleraikan lalu lintas seperti Datuk Bandar melakukannya. Terima kasih.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Masalah banjir di Kuala Lumpur khususnya di Klang Valley, saya tidak ada figure yang definite di sini. Saya akan berikan kepada Yang Berhormat tapi saya boleh menyatakan di sini kita punya tumpuan ialah satu kawasan priority dan daripada peruntukan yang kita dapat di bawah kementerian kami hampir 50% peruntukan diberi kepada kami ialah untuk tebatan banjir.

Jadi maknanya kerajaan dan kementerian kami memberi perhatian yang serius di atas tebatan banjir dan kita telah mengenal pasti di seluruh negara kawasan-kawasan paling tinggi risiko banjir dan kita telah membuat satu cadangan kepada kerajaan dan Ahli Jemaah Menteri telah meluluskan peruntukan tambahan dalam Rancangan Malaysia Kelapan.

Sebenarnya untuk maklumat Yang Berhormat dalam Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan, kementerian kami, JPS hanya diberi peruntukan untuk menyambung projek-projek lama kerana ia terlalu makan belanja yang banyak, terbesar. Walaupun demikian kita telah mendapat kelulusan untuk RM700 juta lagi yang akan dilaksanakan khususnya untuk kawasan-kawasan yang priority, yang penting dan satunya ialah Pulau Pinang.

Mengenai Lembah Klang tadi saya tahu yang pada masa ini, kita mempunyai satu program yang radikal bagaimana untuk mengatasi masalah banjir di Lembah Klang iaitu satu sistem bypass yang sedang di kaji oleh kerajaan dan insya-Allah pada tahun hadapan kita mungkin dapat memutuskan projek ini,

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: …..jadi saya hanya cuba memaklumkan kepada Yang Berhormat yang perkara ini sangatlah mendapat perhatian yang serius kepada kementerian kami dan sebenarnya program yang kita ada satu master plan untuk mengatasi untuk mengatasi masalah banjir di Klang Valley ini sampai tahun 2007 tapi kita telah mempercepatkan program ini supaya program ini dipercepatkan kita dapat mengatasi masalah banjir di Klang Valley saya harap sebelum tahun 2005.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Gelang Patah.

Tuan Chang See Ten: Tuan Pengerusi, masalah banjir yang selalu menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas, adakah pihak Kementerian Pertanian dengan rancangan bersepadu dengan kerjasama daripada kementerian lain kerana kalau hendak salahkan Kementerian Pertanian, satu sahaja pun tidak adil kerana ini masalah yang datang, kerana ada projek-projek pembangunan kerja tanah sampai sungai-sungai jadi tohor. Ini masalah yang dihadapi di kawasan daerah Johor Bharu, sentiasa menghadapi masalah ini.

Kawasan saya pun sama, kawasan Tuan Pengerusi, kawasan Senai pun sama. Bila hujan sikit banjir sudah menyebabkan masalah lalu lintas dan selalu kita ada rancangan ad-hoc untuk menyelesaikan satu kawasan sahaja.

Ini kemungkinan akan mendatangkan pembaziran wang. Adakah pihak kementerian – kerana tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan Jemaah Menteri, Kabinet sudah luluskan satu peruntukan yang besar, berapa kementerian yang telah dinasihatkan supaya bersama-sama Kementerian Pertanian supaya ada rancangan yang bersepadu, supaya dapat menyelesaikan masalah banjir dan kesesakan lalu lintas kerana ini satu imej buruk kepada pelancong luar negara bila mereka datang ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru menghadapi masalah banjir kilat.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Minta melalui Yang Berhormat minta peruntukan untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan saya.

Tuan Chang See Ten: Ya, ya, saya harap di Johor Bahru, di Kulai, di kawasan Gelang Patah seperti semua sentiasa masalah ini.

DR.16.10.2002 43

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Chang See Ten: Ya, semua sekali, saya minta rancangan bersepadu untuk seluruh negara. Sekian, terima kasih.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya kira semua kawasan-kawasan yang priority saya harap Yang Berhormat tersebut dalam - kalau dia priority memang projek yang RM700 juta ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri termasuk kawasan Senai.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Senai. [Ketawa] Saya ingat soalan Yang Berhormat tadi memang relevan kerana saya dapati masalah banjir ini, selama ini kerana kita perlu mempertingkatkan lagi koordinasi di antara agensi-agensi kementerian-kementerian yang terlibat dalam mengatasi masalah banjir.

Jadi pada masa ini saya sukacita memaklumkan yang Jabatan Perairan dan Saliran, JPS kita, sedang mengemukakan cadangan-cadangan bagaimana kita buat Integrated River Basin Management di mana kawasan-kawasan river basin ini akan dibuat kajian menyeluruh dan pembangunan yang kita harapkan supaya pembangunan-pembangunan yang dirancang untuk kawasan-kawasan yang selalu kena banjir ini akan mengikut satu regulation yang lebih coordinated supaya semua perancangan ini mengambil kira masalah banjir.

So, pada masa ini kita sedang membuat cadangan untuk membuat kajian Integrated River Basin Management ini, bila siap ianya akan secara pentadbiran sesuatu kelulusan untuk satu pembangunan di satu kawasan, akan mengambil kira semua aspek pembangunan termasuk masalah banjir, saya harap ini akan mengatasi masalah koordinasi di antara kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan kerajaan pusat dan agensi-agensi yang terlibat.

Soalan Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam tadi, iaitu bagi projek tebatan banjir di Pulau Pinang, sejumlah RM79 juta telah diluluskan untuk Rancangan Malaysia Kelapan dan kira-kira RM30 juta akan dibelanjakan bagi tahun 2002 ini. Bagi Bukit Mertajam pula pada awalnya sejumlah RM14 juta telah dipohon tetapi telah tidak diluluskan. Kami sedang berusaha untuk memohon peruntukan RM6.3 juta dalam kajian semula separuh penggal Rancangan Malaysia Kelapan.

Bagi soalan daripada Yang Berhormat bagi Kinabatangan, saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas pandangan beliau. Ini yang saya menjadi perhatian saya selama tiga tahun ini iaitu bagaimana kita mengubah nasib dan status petani, nelayan dan penternak di negara kita ini. Sebenarnya saya ingin memaklumkan di sini yang usaha transformasi kita sudah bermula walaupun di peringkat awal.

Setakat ini kita boleh melihat kejayaan yang telah kita dapat dan diusahakan di peringkat awal di banyak kawasan, misalnya untuk pengetahuan Yang Berhormat, skim kelompok kita. Skim kelompok di mana masalah kita dahulu ialah petani-petani kita mempunyai tanah yang kecil-kecil. Bila tanah kecil, mereka susah dimodenkan, membawa teknologi mechanization dan sebagainya.

Kementerian kami telah berjaya setakat ini mengelompokkan 200,000 hektar tanah kelompok yang melibatkan 160,000 petani-petani yang memasuki skim kelompok. Apabila mereka memasuki skim kelompok, mereka menjalankan usaha pertanian mereka secara moden. Mereka memakai manual yang menunjuk ajar mereka menggunakan cara-cara teknologi terkini dengan Good Agricultural Practices mereka diberi tunjuk ajar dari segi business plan dan juga dengan ini kita dapati mereka telah mendapat pendapatan yang lebih dan pengeluaran yang lebih. Saya juga suka memaklumkan yang daripada 200,000 hektar ini, kurang lebih 4,200 projek yang terlibat.

Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya akui usaha-usaha gigih yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri untuk membuat perubahan-perubahan yang radikal di Kementerian Pertanian sebagai usaha untuk meningkatkan pendapatan petani terutamanya di luar bandar. Saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat, secara mudah saya berfikir satu daripada cara kita boleh meningkatkan pendapatan petani kita terutamanya di luar bandar, kalau kita boleh kurangkan import bahan-bahan makanan.

44 DR.16.10.2002

Saya kira Yang Berhormat bersetuju dengan saya buat ketika ini negara mengimport begitu banyak sekali RM14 bilion lebih makanan daripada luar. Ambil contoh lada kering sahaja Yang Berhormat. Lada kering daripada India sahaja hampir RM2 bilion satu tahun. Bawang, kalau ini dapat kita kurangkan, tak payah banyaklah, kalau Yang Berhormat boleh set dengan izin vision target katalah 20% satu tahun kita kurangkan, berapa banyak opportunity cost ini ataupun alternatif ini boleh disalurkan kepada petani-petani.

Saya nampak ini boleh dilakukan Yang Berhormat. Saya ambil contoh di kawasan FELDA sekarang. Kita ada 500,000 hektar kawasan perladangan FELDA di seluruh negara. Ini satu ekar yang begitu luas dan yang menariknya Yang Berhormat, kawasan FELDA ini dikelilingi oleh sumber-sumber pengeluaran yang tidak terhad. Penawaran buruhnya, machinery, benih, kepakaran semuanya ada di kawasan FELDA.

Tetapi buat ketika ini, ini tidak dimanfaatkan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara. Saya kira kalau ini boleh difikirkan Yang Berhormat, tentu dapat membantu petani kita di luar bandar. Terima kasih.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Terima kasih. Memanglah satu daripada priority kementerian kami ialah bagaimana untuk mengurangkan. Kita ada tujuh objektif utama di bawah kementerian kami sekarang ini, dan satu daripadanya ialah bagaimana untuk mengurangkan import dan kita dapati kita sedang kebanyakan projek-projek kami macam projek kelompok 200,000 hektar itu, tanaman mereka ialah mereka yang telah dianjurkan oleh kementerian kami dan jabatan-jabatan kami dan tujuannya ialah mengurangkan import.

Jadi di mana kita dapati barang-barang itu boleh kita keluarkan dengan lebih kompetitif. Kita akan adakan rancangan-rancangan yang akan dipertingkatkan dan sekarang ini kita telah mengenal pasti RM13 bilion itu berapa banyakkah boleh digantikan dan kita boleh mengeluarkan dengan mutu yang lebih tinggi dan harga yang lebih rendah. Itu yang paling penting sekali. Ini boleh kita capai dengan penggunaan teknologi.

Saya ingin meyakinkan Yang Berhormat yang soalan ini memang dalam perhatian kami dan kami mempunyai satu rancangan strategi bagaimana untuk mengimport substitute import yang RM13 bilion ini dan kami telah pun mengenal pasti komoditi-komoditi yang boleh dikeluarkan secara lebih kompetitif.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Saya juga ingin menyentuh mengenai FELDA tadi. Saya setuju dengan Yang Berhormat tadi.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Rantau Panjang.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Saya boleh jawab FELDA sekejap. Mengenai FELDA itu memang cadangan yang baik. Kerajaan sedang mengkaji sekarang bersama-sama dengan Kementerian Pembangunan Tanah dengan Kementerian Pertanian. Kami membuat satu kajian ke atas FELDA sekarang ini bagaimana tanah-tanah di kawasan FELDA boleh juga digunakan untuk pengeluaran makanan. Terima kasih.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih. Saya cukup puas hati mendengar jawapan oleh menteri. Barangkali oleh kerana menteri kita bukan dari kalangan UMNO, ucapan dia nampak telus daripada menteri-menteri yang lain. Saya ingin mengetahui.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Yang Berhormat, saya tidak berapa faham nanti saya tidak boleh menjawab.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Yang Berhormat..... Saya kata menteri ini saya lebih mempercayai kerana Menteri Pertanian bukan dari kalangan UMNO. Kalau menteri UMNO menjawab, saya tidak berapa percaya. Jadi menteri ini saya percaya sedikit.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

DR.16.10.2002 45

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Haaaa..... macam itu. [Tepuk] Dan kesungguhan menteri ini memang ternyata. Saya ingin tahu sejauh manakah pihak Menteri Pertanian ini boleh komen terhadap satu saranan ataupun satu ucapan pendedahan oleh seorang bekas menteri yang mengatakan Kelantan ini hanya omong-omong kosong sahaja untuk menjadi jelapang makanan dan saya ingin mengetahui adakah Menteri Pertanian telah bagi tahu kepada bekas menteri tersebut yang kita Kelantan dengan Menteri Pertanian ini telah membuat MoU sebanyak 10,000 hektar sebagai kawasan tanaman kekal pengeluaran makanan.

Jadi itu maksud saya dan kalau sekiranya tidak keberatan boleh pihak menteri memberi sedikit komen sejauh mana Kelantan respond terhadap seruan-seruan dan harapan pihak Menteri Pertanian dalam keadaan ini. Terima kasih.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Pembangunan taman kekal makanan ialah satu strategi yang penting. Itulah sebab saya sendiri telah pergi ke negeri-negeri untuk menandatangani MoU dengan kerajaan-kerajaan negeri. Setakat ini telah menandatangani tanah sebanyak 50,000 hektar yang telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri. Kementerian kami membangunkan sebagai tanah pengeluaran makanan di mana Kerajaan Persekutuan, kementerian kami membawa infrastruktur jalan raya dan kemudahan awam dan kerajaan negeri memperuntukkan tanah dan kami akan datang dengan agensi-agensi kami untuk membangunkan tanah tersebut.

Setakat ini kita sudah bermula dengan 1,000 hektar telah dimulakan. Ini kerana kita hendak memastikan projek ini boleh dijalankan dengan jaya mengikut modus operandi kita. Saya gembira menyatakan di sini dalam permulaan pilot project 1,000 hektar ini, kita telah mendapat kejayaan yang besar dan selepas ini mulai tahun 2003, kita akan aggressively pergi ke tiap-tiap negeri di mana mereka telah memperuntukkan tanah untuk tanah-tanah ini dibangunkan. Termasuklah negeri Kelantan. Saya ingin menyambung.

Tuan Jimmy Lim Donald: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sri Aman.

Tuan Jimmy Lim Donald: Sebelum itu Tuan Pengerusi, satu pembetulan. Semua menteri kita bertanding atas tiket Barisan Nasional. Bukan seperti pembangkang yang mengatakan diri mereka BA tetapi satu bertanding atas KeADILan, satu lagi atas nama DAP.

Pertanyaan saya Datuk Menteri, terima kasih atas keprihatinan Dato’ Menteri yang hendak meninggikan taraf hidup petani-petani kita. Tetapi di sini saya nampak bantuan untuk penanaman lada, satu siri program industri lada, anggaran dipinda RM2.6 juta secara langsung hanya RM900,000.

Yang kedua, program pembangunan industri lada di sini ada yang RM10 dan secara langsung kosong. Ini hanya menunjukkan satu hasrat sahaja. Walaupun begitu saya mengucapkan terima kasih kepada menteri oleh kerana baru sekarang kita mendengar ada usaha untuk membantu petani-petani kita dari Lundu hingga ke Limbang yang menanam lada. Tetapi sebelum ini tidak begitu ketara pertolongan kita tetapi apakah usaha kementerian ini untuk membantu petani kita yang solely dengan izin dependent upon pepper farming. Oleh kerana sekarang apabila harga lada jatuh, kita nampak badan mereka pun kurus kerana semua kerja tidak dapat dijalankan. Rumah pajang pun terbengkalai. Anak yang di sekolah pun tidak dapat dihantar ke sekolah. Jadi apakah rancangan yang terperinci yang akan dijalankan oleh Kementerian Yang Berhormat Menteri?

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Terima kasih Yang Berhormat. Kita dapati yang industri lada hitam ini boleh dipertingkatkan lagi dan kita sekarang telah merasa tidak berapa senang kerana industri lada hitam ini telah turun kita punya market share kita sebagai market leader di dunia, kita telah turun ke peringkat keenam daripada peringkat yang lebih tinggi dahulu dan ini kerana negara-negara lain telah mengatasi kita. Jadi kita sedang mengkaji sekarang ini apa yang perlu dilakukan dan fokus kita ialah kepada nilai tambah lada hitam iaitu untuk kegunaan kosmetik dan sebagainya.

Perkara ini sedang aktif di dalam kajian kami dan sebagai permulaan kita simpati dengan keadaan penanam lada di Sarawak yang berpuluh ribu sekarang ini yang menghadapi masalah turun harga yang ketara. Jadi, saya gembira menyatakan di

46 DR.16.10.2002

sini yang kementerian kami telah mendapat peruntukan sebanyak RM21 juta untuk membantu penanam lada untuk penanam lada di Sarawak dan akan diagihkan pada awal tahun hadapan.

Tetapi saya dengan rakan-rakan saya sedang review semua bagaimana kita mempertingkatkan lada hitam khususnya di negeri Sarawak kerana dia merupakan pengeluar lada hitam terbesar di negara kita.

Saya ingin meneruskan penerangan mengenai apakah rancangan-rancangan kami mengenai mentransformasikan petani-petani, nelayan dan penternak di negara kita. Seperti saya katakan tadi pertama sekali ialah skim kelompok yang melibatkan 200,000 hektar dan 160,000 petani-petani. Saya gembira mengatakan di sini dalam kumpulan ini dalam 4,600 projek, hampir 660 projek yang terlibat dalam 21,000 hektar ataupun 16,000 peserta, 17,000 petani-petani kita telah pun masuk dalam skim mendapatkan perkhidmatan extension services yang telah diberi ISO9002 dan rancangan kami ialah untuk mempertingkatkan ini kerana kita dapati di mana mereka memasuki skim ISO ini mereka telah mengikut data-data kami dan profail peserta. Purata mereka telah menikmati pendapatan hasil lebih daripada 30% peningkatan. Dengan itu kita akan mempertingkatkan pelan ini dan sampai 2005 kami mengharapkan membawa skim ISO ini kepada 145,000 hektar yang akan melibatkan 115,000 petani-petani di negara ini. Saya kira ramai mereka ini daripada kawasan-kawasan Yang Berhormat-Yang Berhormat maka saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat akan memantau dan memberitahu saya kalau ada masalah-masalah di peringkat pelaksanaan.

Saya ingin menerangkan di sini juga kita mempunyai satu skim bagi mereka yang menanam buah-buahan, kita panggil Skim Dusun Nukleus iaitu kita pergi ke kawasan-kawasan dan kita bekerjasama dengan peladang-peladang yang dipilih untuk membina model farm di kawasan-kawasan itu. Setakat ini kita telah membuka 4,800 hektar yang melibatkan 3,600 peladang-peladang buah-buahan ini dalam Skim Dusun Nukleus. Rancangan kami kerana program ini nampak jelas sekali kami berjaya, sebelum tahun 2005 kita mengharapkan membuka 20,500 hektar tanah dusun kelompok ini dan mungkin akan melibatkan hampir 14,000 petani-petani.

Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak sentuh tentang ladang kelompok ini, di kawasan saya di Temerloh. Pertama, saya hendak berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya bukan hendak puji di depan-depan ini tetapi dua kali Yang Berhormat Menteri pergi tengok ladang kelompok di kawasan saya di Temerloh. Bantuan diberi Yang Berhormat, saya tidak nafikan oleh Kementerian Pertanian, jabatan dan sebagainya. Tetapi follow through ini tidak ada Yang Berhormat, dengan izin, follow through tidak ada. Mereka tanam, produce dengan izin, keluarkan tetapi bila sampai hendak jual, tidak boleh. FAMA pun tidak mampu hendak beli. FAMA pun Yang Berhormat, saya ingat sekarang ini tidak ubah macam pembeli-pembeli, pemborong yang lain jugalah Yang Berhormat. Saya harapkan FAMA ini sepatutnya peranannya harus dimainkan FAMA lebih tinggi daripada pemborong-pemborong biasa ini, tetapi nampaknya sekarang ini FAMA beli dan jual pula kepada pemborong-pemborong ini. Jadi, saya ingat ini bukan objektif FAMA. Jadi, follow through ini tidak ada Yang Berhormat. Saya ingat ini yang harus difikirkan oleh kementerian bagaimana boleh – mereka di luar bandar, petani ini, dia boleh produce, dia boleh tanam, dia boleh keluar, tetapi hendak jual tidak boleh. Saya minta penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cuma ringkaskan.

Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh: Ya, terima kasih.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Projek-projek di bawah kita katakan projek-projek berkelompok, projek-projek yang dianjurkan oleh kementerian, kita panggil sekarang ini operasi ini ialah operasi Ministry of Agriculture Incorporated. Maknanya, apabila kita datang ke satu kawasan termasuk di kawasan berkelompok ini, kawasan ini akan dibuka dengan 13 agensi kami bekerja sebagai satu pasukan. Inilah perubahan yang telah kita buat. Sebelum satu kawasan itu dibangunkan boleh kata the first thing, perkara pertama yang mereka akan lihat ialah dari segi pemasaran, apakah yang patut dikeluarkan di kawasan ini, dan pihak FAMA sebenarnya mengikut modus operandi kami saya ingat jawapannya masalah follow through ini ialah masalah pelaksanaannya. Saya sedar yang rancangan kita yang cantik tetapi bila sampai melaksanakannya di peringkat kawasan ia tidak berapa seindah yang kita harapkan.

DR.16.10.2002 47

Jadi, caranya kita mengatasi masalahnya dengan ada satu modus operandi yang sebagai template, dengan izin, yang benda ini kalau ada modus operandi check list ia akan berlaku secara automatik. Jadi, satu daripada program kami ialah modus operandi di mana satu kawasan dibangunkan, FAMA akan datang dulu. Dia akan datang mengkaji apakah tanaman atau pengeluaran yang patut ditanam oleh petani-petani ini mengikut keadaan pemasaran dan mengikut market intelligent mereka. Jadi, sepatutnya kita tidak boleh meminta petani-petani untuk menanam sesuatu melainkan ada satu market plan untuk mereka. Ini modus operandi baru saya sedar yang masa ini mungkin belum perfect lagi tetapi rancangannya daripada sekarang ialah apabila kita masuk satu kawasan, 13 agensi ini masuk termasuk FAMA yang pertama sekali, mereka akan membuat kajian dan membuat perakuan kepada petani-petani supaya mereka membuat apa yang patut ditanam. Dengan demikian mereka boleh jaminkan supaya hasilnya akan dapat dipasarkan.

Sebenarnya lebih baiklah kawasan itu kita rancang dia punya contract farming daripada awal-awal lagi. Maknanya pihak FAMA sekarang sudah pun membuat MoU collaboration dengan Makro, Carrefour, Tesco dan sebagainya di mana FAMA telah mendapat orders daripada supermarket ini dan FAMA akan pergi ke satu kawasan mengatakan kami memerlukan sekian-sekian banyak dan maknanya kalau petani itu mengeluarkan mengikut garis panduan FAMA, kita boleh jamin dia pengeluaran mereka. Walaupun demikian, saya kata tidak perfect kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat masih ada masalah tolong berikan kepada kami tetapi inilah rancangan baru kami. Saya juga…..

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, Sri Gading. Yang Berhormat jimatkan masa terus kepada soalan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Pengerusi. Tetapi saya tidak dapat hendak elak ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian walaupun ada Cabinet Meeting, sebagai Menteri bertanggungjawab dia hadir menjawab. [Tepuk] Ini bagi contohlah boleh diikuti oleh Menteri. Saya sangat menyokong dan bersetuju dengan usaha-usaha yang dibuat oleh kementerian seperti ladang buah-buahan berkelompok ini. Cuma saya ingin bertanya peranan MARDI ini dalam R&D dia itu kerana ambil contoh, kalau buah-buahan…

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Contoh tidak payah banyak Yang Berhormat ya.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak banyak Tuan Pengerusi. Tadi saya tidak dapat hendak bercakap Tuan Pengerusi, bagilah saya peluang. [Ketawa] Kalau buah-buah atau barang-barang daripada Siam semua molek-molek. Saya tidak faham, semua cantik-cantik. Jadi, bagaimana agaknya MARDI boleh memainkan peranan sebagai badan yang ditubuhkan oleh kerajaan mengkaji dan membuat penyelidikan tentang bukan sahaja hendak memperbanyakkan hasil buah-buahan itu tetapi mutu. Suatu ketika dahulu pisang montel kita ambil contoh, boleh kita eksport kerana buahnya cantik, molek, tetapi bagaimana agaknya boleh kita manfaatkan kepada petani-petani yang di luar-luar bandar, di kampung-kampung ini bagi meningkatkan kualiti bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi untuk dieksport ke luar.

Saya ambil contoh, bagaimana mangga India, satu kilo boleh RM30, dia besar, halus, wangi, manis. Macam mana agaknya? Pada suatu ketika dahulu saya bangga kerana MARDI mengeluarkan pulasan yang boleh jadi lebih besar. Jadi, kalau kualiti macam itu dia akan boleh dibuat eksport. Jadi, macam mana peranan MARDI ini hendak kita turunkan ke peringkat petani-petani atau pekebun-pekebun kita yang di luar-luar bandar supaya mereka benar-benar dapat daripada hasil penyelidikan ini bagi menambahkan pendapatan mereka kerana pengeluaran yang lebih dan kualiti yang lebih baik. Saya minta sedikit penjelasan.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Saya gembira menyatakan di sini yang MARDI pun sedang menyemak semula peranan mereka di mana hasrat sekarang ialah supaya MARDI lebih rapat dengan peladang-peladang dan tiap-tiap stesen MARDI sekarang mereka ada satu cara baru di mana mereka akan menjemput petani-petani datang ke stesen mereka. Mereka juga akan adakan regular jadual pergi melawat supaya lebih interaksi dengan petani-petani kita. MARDI daripada sekarang akan

48 DR.16.10.2002

memainkan peranan lebih penting khususnya dari segi memahami masalah dan yang penting membawa teknologi-teknologi baru kepada petani-petani kita.

Jawapannya mengenai mempertingkatkan pengeluaran petani-petani kita di masa hadapan ialah kebolehan kita memindah teknologi-teknologi terbaik kepada petani-petani kita supaya kita dapat mengeluarkan buah-buahan dan produk-produk yang bermutu tinggi dan harganya kurang iaitu dengan menggunakan teknologi. Di sinilah peranan MARDI akan diubahsuaikan untuk menentukan kita mencapai hasrat ini.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyambungkan mengenai soalan adakah kita membawa perubahan kepada nasib penternak, nelayan dan petani. Jadi, yang saya juga ingin sambungkan di sini mungkin yang paling baik ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada kawasan yang banyak kelapa. Kita ada hampir 160,000 hektar kawasan kelapa di seluruh negara ini yang melibatkan mungkin 130,000 orang petani yang terlibat dengan kelapa. Kita dapati industri kelapa ini telah merosot. Jadi, saya gembira memaklumkan di sini dari segi memodenkan dan mentransformasikan, kita ada satu program pemulihan kelapa. Yang Berhormat-Yang Berhormat yang datang daripada kawasan kelapa boleh menyemak program ini dan kalau berminat memberitahu saya. Programnya ialah kita akan menggantikan kerana kita dapati umur purata (average age) kelapa-kelapa sekarang ini ialah lebih daripada 55 tahun. Jadi, sudah terlalu tua dan hasilnya, ia hanya mengeluarkan 3000 biji sahaja satu hektar lebih kurang. Kita dapati satu variety yang baru iaitu MATEC yang boleh mengeluarkan sampai 25,000 ke 30,000 biji satu hektar perbezaannya dengan menggunakan variety baru ini. Jadi, kami sedang merancang pergi ke kawasan-kawasan yang besar-besar dahulu untuk memulihkan semula tanaman kelapa. Setakat ini kita telah mula dengan 5,000 hektar. Saya mengharapkan sampai 2005 ini kita akan sampai ke 10,000 hektar.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Jeli.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertanian. Pada satu ketika bekas Menteri Pertanian telah mengemukakan cadangan supaya tanaman kelapa ditukar kepada kelapa muda. Kita lihat kesannya banyak kelapa muda yang dapat dijual dan mewujudkan banyak peniaga-peniaga kecil terutama di jalan-jalan utama. Jadi, saya hendak tanya, oleh kerana kelapa yang kita tanam ini sentiasa subjected to Indonesian market, pasaran Indonesia dan juga saingan daripada Indonesia yang mana kita lihat bahawa kita kurang mampu bersaing dengan harga yang dikeluarkan daripada Indonesia. Apakah kementerian sudah membuat satu kajian yang mendalam supaya daripada kita menunggu sampai pokok berusia 50 tahun kita menggantikan dengan jenis-jenis kelapa yang muda yang mana dapat mewujudkan spill over effect kepada ekonomi itu sendiri. Saya difahamkan ada satu jenis lagi kelapa iaitu kelapa wangi. Setakat mana kajian telah dijalankan kelapa wangi ini kerana ia mempunyai nilai perfume dan juga nilai ubat yang tinggi. Minta penjelasan. Sekian, terima kasih.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Dalam mengkaji semula industri kelapa ini kita akan – yang itu yang saya katakan tadi pertama sekali kita memperkenalkan satu variety baru MATEC yang pengeluarannya sampai ke 30,000 biji satu hektar. Kita juga sedang mengkaji lain tanaman termasuklah kelapa muda, kelapa pandan dan juga kelapa wangi ini. Kita juga dapati separuh daripada kawasan ini tidak sesuai lagi ditanam dengan kelapa. Kita akan cuba kepada aquaculture. Apa yang saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat yang mengatakan adakah kita buat perubahan, saya ingin menyatakan di sini yang dulunya pendapatan kelapa yang lama ini mereka mendapat lebih kurang bila harga jatuh, pendapatan mereka hanya RM83 satu hektar kelapa, seorang petani. Tetapi dengan MATEC ini mereka boleh mendapat pendapatan RM415 satu hektar satu bulan. Sekarang kita cuba galakkan mereka supaya buat tanaman selingan …

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, bolehkah saya cadangkan supaya Yang Berhormat teruskan jawapan dan lepas itu..…

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Kalau tidak panjang okeylah.

DR.16.10.2002 49

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat menyebut bahawa kerajaan mengenal pasti variety baru, yang akan menghasilkan jumlah buah yang lebih dan sekali gus katanya akan menambahkan pendapatan. Tetapi permasalahan yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kelapa selama ini ialah, seperti mana yang disebutkan oleh rakan saya, persaingan harga, kerana satu ketika dahulu berlaku lambakan kelapa daripada Indonesia, ekoran daripada pihak kerajaan sendiri, sama ada melalui Kementerian Pertanian ataupun lain-lain, saya pun tidak pasti, iaitu mengeluarkan AP untuk membolehkan kemasukan kelapa daripada Indonesia yang begitu banyak.

Jadi ini menyebabkan kelapa kita akan tersadai, tidak laku lagi kerana orang akan boleh mendapat kelapa yang lebih murah di pasaran. Jadi, adakah sekarang ini kemasukan kelapa daripada luar itu berterusan? Kalau berterusan sudah tentulah bahawa walaupun ada variety baru, ada jenis baru dan sebagainya, ia tidak akan dapat membantu. Walaupun mendapat jumlah yang banyak tetapi penambahan, peningkatan taraf hidup itu tidak akan dapat meningkat juga sebab ia akan bersaing dengan kelapa murah. Saya percaya Yang Berhormat sendiri pun, kalau pilih sudah tentu hendak kelapa murah, buat apa hendak kelapa mahal, bukan? Saya percaya orang yang tanam kelapa pun, dia hendak masak dia akan beli kelapa yang lebih murah.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Sebagai dasarnya, sebenarnya kita melihat, kita kawal, kita monitor pengimportan kelapa ini. Bila kita dapati yang pengimportan kelapa ini tidak perlu ataupun cukup bekalan daripada tempatan, kita memberhentikan. Kita hanya membenarkan pengimportan kelapa apabila ada syarikat-syarikat yang tertentu, mereka membuat kes kepada kami yang mereka memerlukan dan tidak dapat daripada bekalan tempatan. Hanya dalam kes-kes demikian, kita membenarkan tetapi kita menjaganya dengan ketat. Dan saya mengambil pandangan Yang Berhormat.

Saya ingin sambungkan jawapan saya. Yang saya hendak tekankan di sini ialah kita telah menjalankan berbagai-bagai program untuk mengubahkan nasib petani seperti Yang Berhormat tanya tadi. Saya hendak sambung tadi mengenai coconut – kelapa tadi, kita ada program inter-cropping. Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat mungkin ingin menggalakkan ini juga di kalangan penduduk-penduduk Yang Berhormat. Kita dapati dengan inter-cropping mereka boleh mendapat daripada RM80 tadi kepada RM1000 sebulan satu hektar, dan kerana mereka punya holding average ialah 1.2 hingga 1.8 hektar seorang, mereka boleh mendapat pendapatan RM1,200 - RM1,800 sebulan.

Begitu juga mengenai Persatuan Peladang Kawasan, saya ingin memaklumkan di sini yang daripada 268 Persatuan Peladang Kawasan di seluruh negara, kita telah mulakan projek perintis atau model project di 41 kawasan – di 41 PPK, dan mereka semua ini telah berjalan dengan baiknya. Jadi, saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat dapat melihat di kawasan-kawasan ini, di mana kita telah melihat program-program seperti projek 10 tan padi, projek-projek cili yang daripada dahulu mengeluarkan 5 tan satu hektar kini boleh menghasilkan sampai 10 tan ataupun 12 tan satu hektar, dan juga program-program akuakultur yang berjaya di PPK. Ini ialah tanda-tanda yang transformasi kita telah pun bermula.

Dan akhirnya, mengenai nelayan. Yang Berhormat-Yang Berhormat yang mempunyai nelayan-nelayan di kawasan-kawasan, kita ada 71 Persatuan Nelayan Kawasan di seluruh negara. Kementerian kami telah pun memulakan satu projek baru – Projek Dana Nelayan Moden dengan 25 Persatuan Nelayan Kawasan, di mana kita dapati mereka dengan menggunakan alat-alat baru dan cara-cara pemasaran yang lebih direct, dengan bantuan kementerian, mereka telah dapat melipatgandakan pendapatan mereka.

Satu contohnya di Melaka Barat, dahulunya mereka mendapat pendapatan kurang daripada RM500 sebulan, maka sekarang pendapatan mereka telah mencapai kepada RM2,000 dan lebih sebulan. Jadi inilah separuh sahaja daripada program-program yang saya dapat terangkan. Tetapi yang saya hendak terangkan di sini ialah, kita sedang sibuk di kementerian sekarang menjalankan berbagai-bagai program memodenkan pertanian walaupun separuh ini belum sampai ke semua kawasan, tetapi saya mengharapkan dalam masa lima, sepuluh tahun ini kita dapat menjayakan transformasi di seluruh negara.

50 DR.16.10.2002

Mengenai soalan daripada Yang Berhormat bagi Kinabatangan, juga mengenai daging lembu, kerbau, saya ingin menyatakan di sini yang kita sedang sibuk untuk cuba mengurangkan pengimportan kerbau. Kita dapati sekarang ini kita ada satu juta hektar ladang kelapa sawit yang boleh kita bela lembu dan kita membuat promosi dengan syarikat-syarikat besar perladangan supaya mereka memulakan program-program ini dan ini akan mengurangkan pergantungan kita kepada import daripada luar negara.

Mengenai soalan daripada Yang Berhormat bagi Padang Terap tadi, kepakaran pegawai - inilah masalah besar kami kerana masa dahulu kita punya front-liners adalah mereka-mereka yang tidak berkelayakan tinggi, tetapi untuk memodenkan pertanian, mungkin Yang Berhormat-Yang Berhormat faham yang kita memerlukan front-liners yang graduates, yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi dan ini sedang mendapat perhatian kami. Dan kami juga telah mendapat simpati daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang telah meluluskan beberapa reorganization di bawah kementerian kami untuk meningkatkan lagi extension services kami.

Saya juga ingin menjawab masalah yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Padang Terap tadi mengenai Empangan Aning dan Empangan Pedu yang tidak membekalkan air ke kawasan beliau. Empangan Aning dan Empangan Pedu ini dibina bertujuan untuk membekalkan air ke kawasan MADA. Walau bagaimanapun, memandangkan kawasan padi di kawasan Padang Terap adalah bertompok-tompok, pihak JPS telah mewujudkan skim-skim kecil untuk mengairi kawasan padi daerah Padang Terap, di mana sumber airnya adalah daripada Sungai Padang Terap. MADA sentiasa bekerjasama dengan JPS Kedah bagi membekalkan air untuk kawasan tersebut.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dapati usaha mengairkan sawah-sawah melalui, ada yang pakai enjin dibekalkan di sana, tetapi sekarang ini enjin itu sudah rosak. Maknanya di sini, pemantauan telah tidak dibuat secara serius dan pemuliharaan enjin itu tidak dilakukan. Jadi oleh sebab itu, hal ini tidak menyelesaikan masalah. Apa yang ada sekarang ini, petani di sana hanya mengharapkan hujan – kalau hujan turun, okey, kalau tidak turun, mereka merana. Jadi, bagaimanakah langkah-langkah yang seterusnya? Terima kasih.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Terima kasih Yang Berhormat bagi Padang Terap. Saya mengambil nota masalah ini dan saya akan meminta pihak JPS mengkaji – kalau enjin-enjin ini masih rosak dan patut diperbaiki. Insya-Allah saya sendiri akan pergi turun ke Padang Terap untuk melihat masalah ini dan juga masalah yang Yang Berhormat timbulkan tadi mengenai Syarikat Gula Padang Terap. Mengenai.....

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Pokok Sena bangun.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan soal air untuk tujuan penanaman padi, saya melihat kementerian dan juga agensi-agensi lain yang terlibat dalam pertanian padi ini, hanya melihat kepada soal pertumbuhan dari sudut 10 tan satu hektar dan sebagainya. Itu saya pujilah. Memang baiklah. Maknanya, ini usaha ke arah untuk menambah pendapatan. Tetapi bagi saya bahawa perkara-perkara yang lain semacam tidak diberikan satu tumpuan, untuk melihat kepentingan-kepentingan yang menyeluruh, kerana kita tidak hanya melihat untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan dari sudut hendak menambahkan pendapatan dalam konteks benih dan sebagainya, tetapi kita harus juga melihat dari segi ancaman.

Ancaman dari sudut air sekarang ini, seperti yang saya sebut dalam perbahasan berkaitan perhutanan semalam, ialah apabila keputusan negeri Kedah untuk meluluskan pembalakan kepada hutan simpanan dan hutan tadahan air ini di kawasan Empangan Muda, yang membekalkan air kepada empat empangan – Aning, Pedu, Beris dan juga Empangan Muda. Mengikut kajian yang dibuat oleh CAP dan

DR.16.10.2002 51

juga Sahabat Alam Malaysia, mendapati bahawa ianya akan menjejaskan kepada pembekalan air, sama ada sumber untuk minuman atau tanaman padi itu sendiri.

Jadi, saya melihat bahawa macam Kementerian Pertanian tidak melihat kepada ancaman ini yang akan dihadapi oleh pak tani. Sebab itu saya minta supaya Kementerian Pertanian melalui agensi-agensi, seharusnya melihat ancaman-ancaman ini. Malah termasuk juga ancaman pembinaan pembangunan kawasan-kawasan sawah ini dengan pembangunan perumahan yang begitu meluas, yang memberikan kesan kepada soal sistem perparitan, saliran dan sebagainya yang boleh menjejaskan. Termasuk juga pembinaan airport baru dalam kawasan Pokok Sena, iaitu lapangan terbang yang akan dibuat, yang mengikut kajian yang dibuat bahawa akan menyebabkan kawasan tanah bendang itu akan menjadi semacam kolam akibat daripada pembangunan yang tidak terancang.

Pembangunan itu tidak terancang sebab apa? Sebab saya lihat kementerian semacam tidak mengambil tahu soal kesan-kesan yang akan dihadapi oleh pak tani. Termasuk juga dengan kawasan Kepala Batas – kawasan Timbalan Perdana Menteri. Lebuh raya merentasi kawasan bendang. Bila buat lebuh raya, lebuh raya itu tenggelam dekat dengan tol Kepala Batas. Bila ia tenggelam, hendak selesaikan masalah lebuh raya yang ditenggelami air, ditinggikan lebuh raya. Bila ditinggikan lebuh raya, akhirnya kesan kepada orang yang membuat bendang. Pembinaan itu tidak dirancang bersama dengan Kementerian Pertanian. Jadi Yang Berhormat bagi Tasek Gelugor pun ada sebab dekat dengan kawasan dia. [Memandang ke arah Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar] Dia pun tidak tengok masalah-masalah yang berlaku di Kepala Batas, tidak bantu langsung Timbalan Perdana Menteri. Terima kasih. [Ketawa]

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Kerajaan telah melabur tidak kurang daripada RM3 bilion selama 20 tahun ini dalam pembangunan MADA dan sudah tentu kami akan memastikan yang kawasan MADA mengeluarkan hampir 50% daripada keperluan beras di negara kita. Jadi sudah tentu semua perancangan akan mengambil kira supaya kebolehan MADA untuk mengeluarkan beras yang negara ini perlukan, tidak akan terjejas. Jadi saya ambil perhatian pandangan-pandangan Yang Berhormat tadi supaya saya akan lihat apakah masalah-masalah yang berkaitan ataupun ancaman-ancaman lain yang berkaitan.

Saya juga ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat bagi Tuaran tadi, mengenai penubuhan LKIM di Sabah, dan di sini saya ingin memaklumkan sebenarnya kita telah pun menubuhkan LKIM – telah pun beroperasi di Sabah daripada tahun 1995 dahulu. Kita telah pun menubuhkan enam PNK di Sabah dan PNN, dan saya harap mereka telah pun menjadi Ahli Kebangsaan NIKMAT. Dan saya berharap dengan ini kita dapat menjalankan program-program pemodenan nelayan melalui PNK-PNK ini seperti yang telah kita laksanakan di PNK-PNK yang lain.

Saya ada masalah sedikit mengenai subsidi baja padi, yakni diperluaskan kepada padi bukit kerana pada masa ini, dasar setakat ini ialah bahawa pemberian subsidi baja hanyalah diberi kepada penanaman padi sawah dan tidak termasuk padi bukit.

Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah pihak kementerian ingin menjalankan kajian tentang hal ini sebab seperti mana yang saya nyatakan dalam ucapan saya, ini melibatkan lebih 10,000 para petani di Negeri Sabah sahaja. Di Sarawak saya tidak tahu. Adakah pihak kementerian mengkaji perkara ini? Terima kasih.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Saya hendak sambung sebenarnya kerana melihatkan banyak petani yang terlibat dalam padi bukit ini, saya akan mengkaji keadaan ini supaya perkara ini dapat dipertimbangkan.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya.

52 DR.16.10.2002

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat. Tadi pasal subsidi padi bukit, tetapi Yang Berhormat sendiri pun umumkan bahawa menjelang tahun dua ribu berapakah, selepas ini tidak ada lagi subsidi bukan? Tidak ada subsidi – sawahkah, bukitkah, gunungkah, guakah, tidak ada. [Ketawa] Cuma saya hendak tanya, apakah alternatif penyelesaian kepada hendak mengatasi masalah kekurangan bantuan daripada pihak kerajaan ini kepada pak tani, sebab kalau dalam keadaan bagi subsidi pun, hasilnya pun tidak banyak, tambahlah pula bila tidak bagi subsidi.

Bila beri subsidi pun taraf hidupnya masih rendah, bila tidak bagi subsidi, perkiraannya mudah. Maknanya, kita akan lihat bahawa pak tani kita akan menghadapi lebih banyak masalah selepas daripada ini, dan inilah yang menjadi kebimbangan masyarakat pak tani sekarang ini. Dalam keadaan depa sendiri pun tidak tahu AFTA itu binatang apa, kepala ekor apa? WTO itu apa dia? Kurakah apa, depa pun tidak tahu. Jadi sudah tentu tidak ada persiapan untuk mereka hendak menghadapi AFTA dan WTO itu.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Kita ada masalah yang besar kerana padi ini akan termasuk dalam senarai WTO sampai 2010 ini. kita tidak boleh lagi protect paddy industry kita dan ada masa yang singkat bagaimana kita menyusun semula industri padi negara kita. Pada masa ini kementerian kami sedang membuat satu kajian, satu kajian telah pun kita commission dan saya harap pada hujung tahun ini kita akan sediakan satu laporan untuk kita mengenal pasti strategi-strategi yang kita harus laksanakan supaya kita dapat menghadapi masalah WTO di mana kita tidak boleh diberi subsidi dan juga kita tidak boleh sekat lagi kemasukan padi-padi luar negara tetapi….

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa isu tanaman padi ini ialah merupakan isu yang besar dan melibatkan bilangan petani yang agak besar. Pertamanya dari segi pemasaran, kita ada BERNAS sebagai badan pemasaran, dulunya di bawah kerajaan walaupun sekarang ini telah pun dikorporatkan, adakah kementerian bercadang untuk menerajui BERNAS supaya mereka terlibat dengan pemasaran di peringkat antarabangsa bukan mengimport beras masuk ke negara kita tetapi mereka sebagai player di peringkat antarabangsa supaya dapat membantu kita memasarkan beras kita daripada Malaysia ke luar kerana saya percaya keperluan beras di seluruh dunia kemungkinan ada ruang dan peluang untuk kita melihat bagaimana kita allocate dengan izin, menempatkan pemasaran beras kita walaupun mungkin kita masih lagi perlu menerima beras daripada luar.

Keduanya, Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin bertanya mengenai subsidi baja padi, kawasan MADA dibekalkan subsidi baja padi tetapi pembekalannya melalui NAFAS. Sedangkan dalam kawasan MADA kita ada Syarikat Perniagaan Peladang MADA yang saya difahamkan bahawa keadaannya kebelakangan ini agak tenat. Kalau tidak dibantu Syarikat Perniagaan Peladang MADA, mungkin ia akan tutup dan mengecewakan 27 buah persatuan peladang. Dahulu NAFAS semasa menghadapi masalah cash flow, dengan izin, dibantu oleh pihak kerajaan. Tidakkah boleh pihak kerajaan memikirkan supaya pembekalan baja padi untuk kawasan MADA dibekalkan oleh syarikat yang dimiliki oleh Pertubuhan-Pertubuhan Peladang MADA. Saya harap pihak kementerian dapat memberikan perhatian kerana dari segi pengurusan, tahniah kepada kementerian kerana telah ada pengurusan baru di MADA itu sendiri dan saya percaya pengurusan baru di kalangan pegawai-pegawai kita yang muda dan dedikasi ini, satu team yang begitu baik harus diberi sokongan. Saya harap pihak kementerian akan dapat memberikan perhatian. Terima kasih.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Terima kasih Yang Berhormat bagi Arau. Saya ingin menyambung tadi masa hadapan industri padi bergantung kepada kebolehan kita mengeluarkan padi, meningkatkan produktiviti kita supaya kita boleh mengeluarkan padi yang mutunya lebih tinggi atau boleh bertanding dengan mutu-mutu padi yang diimport dan dengan harga yang lebih rendah. Jadi kita dapati program 10 tan ini ialah kritikal di mana kita telah mengkaji satu sistem menanam 10 tan di Australia dan kita telah membawa sistem ini kepada peladang dan pesawah-pesawah kita di beberapa buah negeri dan kita dapati pada masa ini kita mendapat kejayaan yang baik

DR.16.10.2002 53

di kawasan-kawasan iaitu 10 ribu hektar kita sudah cuba, hampir 4 ribu peserta-peserta yang terlibat dan kita dapati mereka telah berjaya dalam mencapai 10 tan ini. Saya harap dengan kejayaan ini kita dapat membesarkan lagi skim ini kerana apabila mereka boleh mengeluarkan 10 tan satu hektar maknanya kos pengeluaran tiap-tiap tan akan turun dan jangkaan kami kalau dapat 10 tan satu hektar kita punya pengeluaran boleh rendah daripada harga kos padi di Thailand.

Saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Arau tadi mengenai sepatutnya kita beri keutamaan kepada NAFAS dan syarikat-syarikat kepunyaan kerajaan khususnya kepunyaan Persatuan Peladang untuk diberi keutamaan dalam pembekalan input-input dan saya akan memperlihatkan perkara ini. Kerjasama MARDI dengan agensi Kerajaan Negeri Sabah dan Yang Berhormat bagi Tuaran tadi saya ingin menerangkan di sini kita ada satu kerjasama yang baik dengan Kerajaan Negeri Sabah, kita ada beberapa projek-projek seperti Projek Café PPRT di semua daerah di Sabah dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, projek tanaman padi berhasil tinggi MR219, projek tanaman Nanas Josephine, melatih usahawan IKS mengenai pemprosesan makanan di Kementerian Industri Sabah.

Dan juga mengenai soalan beliau, sejauh manakah kegiatan agensi FAMA di Sabah, di sini saya ingin dengan secara terbuka mengatakan kita belum lagi sampai ke tahap yang kita boleh rasa puas hati dengan peranan FAMA di Sabah dan di Sarawak khususnya walaupun di Semenanjung pada masa ini banyak lagi yang boleh diperbaiki tetapi soalan-soalan mengenai FAMA tadi…..

Tuan Haji Ismail bin Noh: [Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Saya ingin memaklumkan di sini FAMA sekarang sedang menjalani satu review mengenai peranan mereka dan mereka akan disusun semula supaya peranan utama mereka sekarang ini patutnya ialah memastikan semua pengeluaran petani-petani kita mendapat pemasaran. Ini akan membawa kembali kepada tujuan asas FAMA ditubuhkan 30 tahun dahulu ialah untuk memasarkan barangan pengeluaran petani-petani, kita akan mengkaji semula dan memastikan ini akan dilaksanakan.

Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Awal tadi Yang Berhormat telah menyatakan tentang projek berkelompok dan menyatakan bahawa FAMA ini adalah milik agensi. Jadi, pertanyaan saya di sini ialah seperti kita akui, saya pun bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa di Sabah memang kelihatan kegiatan FAMA ini belum lagi menyerlah dan ruang untuk memperbaikinya begitu besar. Pertanyaan saya di sini ialah apakah peranan FAMA ini sebagai lead agency di Sabah, adakah projek berkelompok itu sudah dimulakan di Sabah dan yang ratusan ribu hektar dan ratusan ribu petani yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri awal tadi adakah petani-petani dari Sabah dan Sarawak ini terlibat? Terima kasih.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Saya kurang pasti di Sabah, saya tahu di Sarawak belum ada program berkelompok ini kerana mereka menjalankan program-program di bawah Jabatan Pertanian mereka sendiri, tetapi saya akan selidik dan kalau ada peluang kita akan berhubung dengan Kementerian Pertanian di Sabah bagaimana kita boleh membawa program-program kelompok ini ke negeri Sabah.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya, Pokok Sena bangun Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Menteri. Saya hendak berbalik kepada padi tadi, dari tadi saya bangun tetapi Datuk tidak nampak. Saya setuju dengan pendapat dan pandangan Datuk tadi bahawa kita perlu mempertingkatkan mutu padi yang baik dan jumlah yang tinggi tetapi saya masih melihat bahawa soal ancaman itu merupakan satu benda yang penting yang harus dilihat secara lebih menyeluruh. Mungkin kita kata tadi bahawa di tempat-tempat tadi yang pilot project itu menghasilkan kerana mungkin tidak terlibat dengan ancaman yang besar, tetapi di kawasan MADA ini sebahagian besarnya ia berhadapan dengan

54 DR.16.10.2002

ancaman pembangunan yang dirancang tetapi tidak mengambil kira soal kepentingan golongan petani.

Yang keduanya, yang saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat, adakah kerajaan akan mengambil kira soal supaya hendak memastikan soal padi ini akan menjadi satu sumber yang penting dalam soal hendak menjadikan pertanian ini sebagai enjin ketiga kepada hendak generate economy dalam negara kita, apatah lagi padi ini juga yang akan menghasilkan beras yang akan jadi food security kepada negara kita. Jadi adakah kerajaan bercadang untuk hendak pastikan supaya tiada perubahan, tidak ditukarkan tanah-tanah pertanian ini tidak akan diubah kepada tanah-tanah yang lain khususnya kepada saya bercakap dalam konteks padi ini, satu.

Yang keduanya ialah kerajaan akan pastikan tanah-tanah gred A itu akan didevelopkan sebaik-baiknya di samping untuk didevelopkan tanah-tanah padi yang lain. Sebab saya lihat bahawa ada kerajaan sebelum ini umpamanya di kawasan Seberang Prai di Bandar Perda. Saya difahamkan Bandar Perda itu dahulu adalah kawasan bendang dan tanahnya gred A, maknanya tanah yang terbaik. Tetapi malangnya kerajaan negeri mungkin pada waktu itu Timbalan Menteri ini jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kalau tidak silap saya, telah pun diberikan kepada Perda, Perda ambil walaupun hanya bayar dengan RM3 kepada pak tani, kemudian jual pula Perda ini kepada Aseanea yang dikuasai oleh keluarga Menteri Pelancongan kemudian Aseanea pula agaknya Perda pun rugi kena tipu dengan Aseanea.

Akhirnya kita kehilangan, yang saya hendak jelaskan ini kita kehilangan tanah gred A yang baik untuk tadi. Ini menunjukkan bahawa seolah-olah kementerian dan kerajaan tidak melihat kepada pengawalan tanah-tanah yang baik, yang boleh memberikan kesuburan dan menambahkan hasil penanam padi sebab bagi saya tanah juga memainkan peranan yang penting. Sebab itu penting kepada kerajaan untuk melihat kepada proses pembajaan tanah yang perlu dibuat secara menyeluruh untuk diproses semula supaya memastikan tanah itu tanah yang berkualiti.

Tuan Chow Kon Yeow: Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat.

Tuan Pengerusi: Ya.

Tuan Chow Kon Yeow: Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 10(1), saya ingin menarik perhatian Tuan Pengerusi bahawa Penyata Rasmi Parlimen pada persidangan Rabu yang lalu, 9 Oktober masih belum dapat dikeluarkan. Saya berharap Tuan Pengerusi akan….

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat, itu bukanlah Peraturan Mesyuarat, barangkali ada kesilapan di mana-mana. Baiklah saya akan siasat tengok. Sila, sila teruskan. Kita telah pun ketinggalan satu hari, minta supaya kita segerakan sedikit kalau tidak kita akan terpaksa bermesyuarat sampai jauh malam pada akhir-akhir masa. Saya mintalah Yang Berhormat, dan saya rasa telah banyak pertanyaan dan penjelasan yang telah dibuat. Maka demikian, mintalah Yang Berhormat Menteri teruskan dengan tidak ada penjelasan lagi.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ambil kira pandangan Yang Berhormat bagi Pokok Sena ini yang kita akan memastikan supaya khususnya jelapang padi kita ini tidak akan terjejas dan kita akan mengawasi penggunaan-penggunaan yang lain yang mungkin mengancam kawasan jelapang padi ini.

Saya juga ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat bagi Tuaran tadi mengenai penanaman nanas di Sabah. Kita telah pun memulakan sekarang ini dengan beberapa consignment dan kita harap ini berjaya dan akan dipertingkatkan lagi.

Saya juga ingin memberi sedikit penerangan kepada sesuatu soalan yang penting daripada Yang Berhormat bagi Batu Pahat tadi mengenai masalah lalat dari ladang ayam terbuka. Saya kira ini masalah kita semua dan di sini saya ingin memberitahu yang masalah ini dalam perhatian kami dan mendapat perhatian yang serius. Sebenarnya kami sekarang membuat satu promosi dengan semua penternak ayam secara voluntary dahulu untuk mengubah kepada membela ayam secara bertutup. Walaupun demikian, kalau dalam 12 bulan atau 24 bulan ini kalau mereka masih tidak berubah, kita mungkin akan melaksanakan ini melalui undang-undang tetapi kita memang mahu mengatasi masalah lalat daripada ladang ayam ini.

DR.16.10.2002 55

Saya juga mengambil perhatian Yang Berhormat bagi Batu Pahat mengenai membaiki ban pantai di kawasan beliau dan kita ada sedikit peruntukan baru-baru ini yang diluluskan oleh Jemaah Menteri dan saya akan cuba melihat bagaimana projek ini dapat kita pertimbangkan.

Kepada Yang Berhormat bagi Tanjong, rancangan tebatan banjir di George Town, projek ini telah dilaksanakan dalam beberapa peringkat dan pelaksanaan projek adalah mengikut priority dan bergantung kepada peruntukan yang diluluskan dan ia juga bergantung kepada kelulusan pengambilan balik tanah.

Mengenai nilai import sekarang mencecah RM13 bilion, beliau mencadangkan supaya kementerian menggalakkan pengeluaran makanan untuk kegunaan dalam negeri, ini cadangan yang baik. Yang sebenarnya ini adalah satu daripada rancangan kami di mana kita sedang mengkaji dua kategori pengeluaran makanan. Satu, kategori pengeluaran makanan buah-buahan di mana kita ada competitive edge yang kita boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Setakat ini kita telah mengenal pasti sembilan buah-buahan yang boleh kita keluarkan dengan kita pertingkatkan teknologi, pemasaran dan buah-buahan ini boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Keduanya, kita sedang mengkaji seperti saya katakan tadi, barang-barang pengeluaran makanan yang boleh kita keluarkan di dalam negara kita sendiri yang boleh bersaing dengan harga barangan import untuk mengurangkan import. Pada masa ini, kita ada kawalan mengenai pandangan beliau melarang eksport bahan makanan yang pengeluarannya tidak cukup untuk kegunaan dalam negeri dan mengawal import.

Sebenarnya daripada melarang import, kita tidak mahu terlalu bergantung kepada pelarangan import kerana mulai tahun depan ini, kita akan mulakan senarai yang pertama iaitu AFTA. Jadi, masa depan kita banyak bergantung bukan kepada menyekatkan import tetapi ialah meningkatkan pengeluaran kita supaya barang-barang kita boleh bersaing.

Beliau juga ingin mengetahui bagaimanakah matlamat pencapaian mengurangkan import. Saya ingat ukuran yang lebih relevan ialah bukan pengurangan import walaupun itu ialah satu daripada hasrat dan tujuan kementerian kami, tetapi ialah ukuran daripada segi mengurangkan deficit balance of trade.

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini kita mengimport lebih kurang RM13 bilion dan kita mengeksport hanya RM7 bilion. Maknanya, kita mempunyai deficit trade dalam RM6 bilion, maka hasrat kementerian kami satu daripada performance measurement kementerian kami ialah untuk mengurangkan defisit ini, kami mengharapkan kita dapat mengurangkan ke tahap 50% iaitu RM3 bilion sahaja dalam tahun 2005 dan kami mengharapkan sasaran kami dalam 2010 kita akan menjadi next exporter.

Mengenai Yang Berhormat bagi Tanjung, berapa banyakkah jumlah taman kekal pengeluaran makanan yang telah dibangunkan. Saya telah pun jawab soalan ini iaitu setakat ini kita telah diperuntukkan 50 ribu hektar dan setakat ini kita telah pun membangunkan 1,759 hektar, tetapi kita mengharapkan supaya program ini akan di pertingkatkan mulai tahun hadapan.

Yang Berhormat bagi Tambun bertanya apakah terjadi kepada pembangunan industri padi dan pesawah-pesawah apabila WTO dilaksanakan dan kementerian subsidi di tarik balik. Ini juga telah saya jawab tadi iaitu kita mempunyai satu industry review di mana hasrat kita ialah mengeluarkan padi dengan produktiviti yang lebih tinggi supaya harga padi kita lebih bermutu tinggi dengan harga yang lebih rendah iaitu dengan mengeluarkan lebih banyak padi tiap-tiap satu hektar.

Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Tambun atas teguran beliau mengenai Bank Pertanian, kelewatan menyediakan pembentangan Laporan Tahunan. Saya ingat pandangan beliau memang betul, saya terima pandangan ini, saya telah mengkaji masalah ini dan saya sendiri pun tidak puas hati mengapa baru masa ini diedarkan, tetapi saya dapati Bank Pertanian telah pun menyiapkan akaun mereka untuk diaudit dan audit telah pun diselesaikan pada bulan Ogos 2001 tetapi ianya memakan proses selama sampai ke sini. Ini keluar daripada kuasa kementerian ataupun Bank Pertanian.

56 DR.16.10.2002

Saya juga mengambil berat pandangan-pandangan beliau mengenai kesusutan erosion value nilai pelaburan Bank Pertanian. Dan di sini sukacita saya memaklumkan, saya faham masalah yang sedang dihadapi oleh Bank Pertanian dan mereka telah mengalami kerugian yang besar pada tahun 2002. Tetapi pada tahun ini mereka telah turn around, mereka akan membuat sedikit keuntungan, tetapi yang lebih penting ialah bank ini perlu distrukturkan semula.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita sekarang sudah pun mendapat persetujuan daripada Kabinet dan daripada Bank Negara supaya bank ini dikorporatkan kerana bank ini sebenarnya is unrealistic. Inilah satu bank yang saya dapati cuba jadi bank tetapi dia bukan satu bank, dia hanya mempunyai modal RM42 juta. Dalam keadaan sekarang di mana first year bank ialah modalnya RM1 bilion, ini sudah tentu tidak mencukupi.

Bank ini sedang distrukturkan semula dengan bantuan daripada Bank Negara yang telah pun menubuhkan satu pasukan untuk membuat satu kajian mendalam bagaimana Bank Pertanian akan dipertingkatkan semula. Insya-Allah, di tahun-tahun yang ke hadapan ini, Yang Berhormat bagi Tambun akan melihat prestasi yang lebih baik daripada Bank Pertanian.

Saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat bagi Serdang dan juga Yang Berhormat bagi Kota Melaka mengenai PFA tadi. Di sini jawapannya ialah Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan yang masalah ini telah dikaji dengan begitu terperinci sekali dan untuk mengatasinya, kita telah berunding dengan semua stakeholders supaya apa juga yang kita keluarkan, garis panduan baru dapat diterima oleh semua yang terlibat. Jadi, memakan sedikit masa.

Tetapi saya gembira memaklumkan di sini yang perundingan kita telah pun hampir selesai dan satu kertas memorandum telah pun disiapkan, sedang dicirculate kepada ahli-ahli jemaah Menteri dan tidak lama lagi saya harap PFA ini akan dapat diumumkan dan ianya akan juga mengatasi masalah penternak-penternak khinzir di Negeri Sembilan. Lupa namanya di Negeri Sembilan itu.

Seorang Ahli: Di Bukit Pelanduk.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwasi: Bukit Pelanduk, ya. Cuma saya ingin memaklumkan bahawa memang betul kementerian dan saya sendiri telah memberi jaminan yang kita mahu memulihkan semula industri khinzir ini kerana bukan sahaja ia mempunyai satu nilai eksport yang besar, sampai RM 200 juta pada suatu tahun dahulu. Tetapi juga kalau industri ini hapus, negara kita akan mengimport sekurang-kurangnya RM800 juta bahan khinzir. Ini akan merosakkan rancangan kita untuk mengurangkan import.

Jadi, memang hasrat kerajaan untuk membina balik industri ini tetapi ianya dibina dengan secara yang lebih moden dan sistematik. Dan ini bukan sahaja untuk keselamatan negara tetapi juga keselamatan keluarga penternak-penternak yang terlibat. Jadi, kita telah mengeluarkan, membuat satu garis panduan yang baru yang akan kita umumkan dengan PFA ini, tetapi saya kira ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama semua yang terlibat.

Dr. James Dawos Mamit: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat saya bagi ruling tadi mintalah jangan bangun membuat penjelasan kerana kesuntukan masa, di bawah Peraturan Mesyuarat 37(2). Sila,sila teruskan Yang Berhormat Menteri.

Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwasi: Oh, Yang Berhormat, terima kasih. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat bagi Pasir Mas mengenai pengeluaran daging lembu. Kita mempunyai pelbagai skim, satu skim integrasi dengan ladang-ladang kelapa sawit di mana kita akan memberi bantuan kepada penternak-penternak yang berminat untuk mereka menternak di ladang-ladang kelapa sawit. Dan, kami mempunyai satu skim baru iaitu skim transformasi usahawan penternakan di mana kalau seorang penternak itu mempunyai 10 ekor lembu, kita mungkin memberinya 10 ekor lagi secara pinjaman supaya beliau ini boleh mencapai ke 100 ekor iaitu seorang penternak komersial.

Saya mengambil perhatian, pandangan daripada Yang Berhormat bagi Pasir Mas tadi mengenai pengambilan tanah yang terlalu besar untuk skim perairan dan kita akan kaji dan memang saya bersetuju dan kita patut ambil tanah hanya yang perlu.

DR.16.10.2002 57

Mengenai isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat bagi Pasir Mas iaitu membangkitkan begitu banyak sekali beras diimport dari Thailand. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini negara kita mengeluarkan sara diri dalam 70% dan kita mengimport 30% daripada bekalan padi kita.

Saya mengharapkan supaya dengan program 10 tan ini, kita boleh mengurangkan import. Walaupun demikian, kita telah mengkaji isu food security, sebenarnya Thailand bukanlah sahaja satu negara yang membekalkan beras pada negara kita, kita mempunyai banyak lagi negara-negara lain yang membekalkan beras kepada negara kita. Jadi, kalau kita tidak berperang dengan semua negara-negara ini, bekalan beras kita tidak akan terjejas.

Saya berterima kasih kepada soalan rakan saya daripada Yang Berhormat bagi Baram, bagaimanakah cara kaedah tanaman padi bukit boleh diperbaiki, sama ada peruntukan untuk membantu pesawah-pesawah padi bukit kerana kos pengeluarannya tinggi. Dan, di sini saya sukacita memaklumkan yang kita sedang mengkaji masalah ini dan untuk negeri Sarawak khususnya, kita sedang membuat beberapa cadangan kepada kerajaan negeri bagaimana untuk membangunkan program-program kelompok sawah padi supaya pesawah-pesawah padi dapat dikelompokkan dan menjalankan usaha pesawah padi secara moden dan juga untuk menggalakkan pengeluaran padi secara komersial dan dengan kawasan-kawasan berskala besar.

Soalan daripada Yang Berhormat bagi Baram iaitu bagaimanakah pertubuhan peladang di Sarawak boleh meningkatkan kegiatan mereka untuk memberi manfaat kepada peladang-peladang, jawapannya ialah mereka mestilah dan kita akan membantu mereka dengan memberi bekerjasama. Ini telah saya sarankan kepada mereka iaitu bagaimana persatuan-persatuan peladang sekarang ini memberi tumpuan kepada memudahkan ahli-ahli mereka dalam program pemindahan teknologi kepada mereka dalam penanaman-penanaman mereka. Kementerian kami akan bekerja rapat dengan pertubuhan peladang di Sarawak supaya di negeri-negeri lain.

Saya rasa saya sudah jawab soalan daripada Yang Berhormat bagi Kota Melaka mengenai penternakan babi di Bukit Pelanduk dan yang saya janjikan ialah kita akan memulihkan semula PFA ini. Masalahnya, kita mesti mengikut garis panduan yang baru supaya masalah virus nipah ini tidak akan berulang lagi. Saya berterima kasih atas cadangan Yang Berhormat bagi Arau mengenai penyelidikan bioteknologi. Inilah menjadi satu tumpuan yang penting sekarang ini dan sebenarnya dalam perancangan Bio Valley pada masa ini, ia satu daripada tiga program Bio Valley ialah agro biotechnology.

MARDI akan mengambil peranan yang penting dalam hal ini dan ianya akan mengambil kira isu-isu mengenai GMO. Pada masa ini negara kita masih mengkaji apakah dasar yang paling sesuai untuk negara kita yang belum kita putuskan lagi tetapi kita sedang mengkaji pergolakan ini di peringkat antarabangsa.

Saya harap saya telah menjawab soalan daripada Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu. Beliau juga menimbulkan isu yang sama mengenai bil import makanan yang tinggi dan saya ingin meyakinkan beliau bahawa ini adalah satu perkara yang diberi perhatian yang serius oleh kementerian kami dan satu daripada misi utama kami ialah bagaimana kita akan mengurangkan import ini dengan import substitution di mana ianya dua barang, satu barang kita boleh keluarkan dari negara kita yang patut kita tidak payah import lagi. Ini kita sedang mengkaji bagaimana kita boleh mengeluarkan dengan harga yang lebih baik, lebih murah dan mutu lebih tinggi, dan keduanya di mana kita tidak boleh substitute, kita akan terpaksa masih mengimport.

Kita sedang melihat strategi-strategi seperti reverse investment, tetapi yang lebih penting ialah kita mempertingkatkan program eksport kita supaya negara kita suatu hari nanti menjadi pengeksport dan kita akan menghapuskan defisit balance of trade yang sekarang ini adalah satu daripada masalah negara kita untuk pengeluaran makanan.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya harap inilah soalan-soalan yang saya dapat jawab. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan soalan dan saya ingin sekali lagi menyatakan di sini, kalau ada masalah-masalah yang spesifik di kawasan-kawasan

58 DR.16.10.2002

Yang Berhormat, saya sedia menerima secara direct, secara bertulis atau telefon beritahu saya. Insya-Allah, kita akan cuba atasi masalah ini bersama. Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,377,834,830 untuk Maksud B.19 di bawah Kementerian Pertanian jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM1,377,834,830 untuk Maksud B.19 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,085,954,840 untuk Maksud P.19 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2003 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM1,085,954,840 untuk Maksud P.19 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2003. Maksud B.20 [Jadual] – Maksud P.20 [Anggaran Pembangunan 2003] –

Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.20 dan Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbuka untuk dibahas. Ya, Gelang Patah.

4.18 ptg.

Tuan Chang See Ten [Gelang Patah]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya ingin sentuh Butiran 070000 tentang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).

Tuan Pengerusi, industri kecil dan sederhana di negara kita memainkan peranan industri sokongan kepada industri yang besar dalam negara kita. Mereka boleh dikatakan menyumbang kepada lebih kurang 20% total manufacturing output, dengan izin, dan lebih kurang 30% peluang pekerjaan.

Oleh yang demikian, saya menyeru pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar dapat mengadakan strategi-strategi yang lebih efektif untuk membantu SMI kerana mereka masih menghadapi masalah-masalah seperti berikut:

Pertama, premis industri SMI terutama mereka yang di kawasan backyard industry, mereka menghadapi masalah untuk memperolehi lesen premis daripada pihak berkuasa tempatan. SMI di premis kedai sentiasa diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk berpindah dan biasanya mereka jumpa wakil rakyat. Kita sentiasa perlu berdialog dengan mereka, bersama dengan pegawai di pihak berkuasa tempatan supaya kes perpindahan ini boleh diselesaikan secara case by case kerana jika tidak, pihak SMI akan menghadapi masalah terutama dari segi kewangan.

Oleh yang demikian, saya harap pihak kementerian akan sentiasa dapat kursus atau dialog dengan pihak pengusaha SMI supaya bila mereka menghadapi masalah tentang kes perpindahan atau perlesenan, dengan sokongan daripada kementerian, sokongan daripada wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan agar kita dapat mencari satu solution yang mana dapat menolong pihak pengusaha-pengusaha SMI supaya satu hari nanti mereka dapat beroperasi di satu premis industri yang baru, yang selesa dan dapat mengadakan lesen untuk meneruskan perniagaan.

Tuan Pengerusi, baru-baru ini, saya pun pernah berjumpa dengan pengusaha SMI yang mana mereka kata mereka sekarang menghadapi masalah persaingan dengan industri daripada negara asing terutama negara China yang mana misalannya, seorang pengusaha buat kasut di kawasan saya beritahu saya, dia terpaksa menghentikan membuat kasut di kawasan kilangnya. Sekarang kilang itu cuma dijadikan stor dan tempat pengurusan. Industrinya telah berpindah ke Guangzhou, negeri China kerana harga kasut di sana lebih murah daripada apa yang dia buat di sini.

DR.16.10.2002 59

Daripada kos, dia terpaksa berhentikan industrinya di Malaysia, semua pembuatan di Guangzhou dan semua barang yang mana ada di outlet dan di supermarket, dia dapat semua daripada Guangzhou, import dari negeri China. Ini satu misalan.

Ada seorang lagi buat beg. Dia kata kos untuk buat beg dia adalah lebih kurang RM100 tetapi yang import dari negeri China cuma RM60. Sebab itu dia pun berhentikan pengusaha industrinya dan ini ada dua misalan. Bagaimana pihak kementerian dapat tolong pelabur dalaman kita kerana dalam Bajet baru-baru ini seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, dia kata kita mesti menggalakkan pelaburan dalaman. Bagaimana kita dapat menggalakkan pelaburan dalaman jika pengusaha-pengusaha SMI menghadapi masalah-masalah yang saya ceritakan tadi iaitu produk-produk mereka, kos pengeluaran adalah lebih tinggi daripada barang-barang yang diimport daripada negeri China, Vietnam dan lain-lain negara yang berhampiran dengan kita.

Apabila AFTA dilaksanakan, kemungkinan mereka akan menghadapi persaingan yang lebih hebat. Ini satu masalah yang kita mesti menggemblengkan usaha kita bagaimana kita dapat menolong pihak SMI.

Yang kedua, masalah mereka iaitu sebahagian besar SMI menghadapi kelemahan dalam pengetahuan pengurusan perindustrian dan ini telah membantut peningkatan produktiviti dan kecekapan iaitu efficiency mereka.

Yang ketiga, masalah mereka sebahagian besar SMI menghadapi kekurangan dalam makluman pemasaran, kelemahan dalam marketing skill iaitu kemahiran dalam pemasaran dan kekurangan pengetahuan tentang keadaan perindustrian dan perniagaan di negara lain.

Pengedar produk industri - kebanyakan SMI tidak mengeksport barang-barang pengeluaran mereka. Mereka masih bergantung kepada pasaran domestik dan menjadi pembekal kepada industri yang besar dalam negara kita. SMI perlu menyesuaikan diri penukaran cara operasi dan sikap sejajar dengan cabaran dalam era globalisasi dan liberalisasi ini. Mereka perlu mempunyai keupayaan menyerap teknologi baru yang sering berubah, kelemahan yang disebabkan oleh kekurangan kemahiran teknologi baru, kemahiran sumber manusia akan menjadi batu penghalang kepada usaha peningkatan peranan SMI dalam perindustrian, jurang digital di kalangan SMI perlu diambil perhatian supaya mereka dapat lebihan yang perlu untuk mengadakan access internet dan menceburkan diri dalam e-commerce.

Tuan Pengerusi, dalam Butiran 030000 tentang Pembangunan Perindustrian. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian, sejauh manakah persediaan Malaysia untuk melakukan proses pengintegrasian secara selective dan strategik ke dalam liga global dan dapat mengoptimumkan faedah yang dibawa oleh proses globalisasi.

Yang kedua, cabaran untuk merangka pendekatan untuk menyesuaikan diri dengan konsep baru kedaulatan negara.

Yang ketiga, sejauh manakah dasar-dasar sedia ada berjaya meningkatkan daya saing global Malaysia dalam menghadapi cabaran liberalisasi seperti AFTA pada tahun 2003 dan WTO pada tahun 2005.

Tuan Pengerusi, dengan tahap teknologi yang ada, mampukah Malaysia menempatkan dirinya ke dalam landskap IT global. Apakah Malaysia mampu memenuhi permintaan IT global seperti India yang mampu memenuhi keperluan sumber manusia dan perkhidmatan IT yang memenuhi piawaian Amerika Syarikat dan German. Apakah dasar sedia ada termasuklah pendidikan, teknologi sumber manusia, bahasa dan pembangunan luar bandar mengambil kira kemampuan masa kini dan potensi masa depan Malaysia sebagai pemain global dan menangani jurang digital Malaysia baik di peringkat global mahupun tempatan?

Dan akhir sekali, bagaimanakah Malaysia boleh menangani cabaran globalisasi mengikut cara Malaysia dalam bidang perindustrian yang mana dengan cara mengoptimumkan aspek positif proses globalisasi dan dalam masa yang sama meminimumkan aspek negatif proses globalisasi.

Dengan kata-kata demikian, saya harap dapat penjelasan daripada pihak kementerian. Sekian, terima kasih.

60 DR.16.10.2002

Tuan Pengerusi: Ya, Tambun.

4.29 ptg.

Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ringkas sahaja.

Kita dapati negara-negara maju, syarikat-syarikatnya dapat menembusi pasaran antarabangsa kerana wujudnya kajian pasaran ataupun Market Intelligence Study. Kita lihat di negara seperti Amerika Syarikat, ini dilakukan secara divergence di mana universiti, pihak association, syarikat, institut dan sebagainya membuat Market Intelligence Study (MIS) dan semua rakyat boleh menggunakan maklumat tersebut. Manakala Jepun menggunakan secara centralized, melalui MITI dan juga JETRO untuk mengadakan kajian MIS ini yang digunakan oleh syarikat-syarikat untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Sekarang ini, orang Jepun sudah pergi lebih jauh lagi. Mereka sedang membuat kajian mengenai dengan civil society dalam satu-satu negara. Oleh kerana dunia perdagangan dan ekonomi makin kompetitif, maka negara Jepun pergi lebih jauh, buat kajian tentang civil society dan bagaimana syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di negara-negara berkenaan dapat melakukan sesuatu untuk membantu masyarakat seperti dikatakan mengadakan sekolah handicap dan sebagainya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhammad bin Abdullah) mempengerusikan Jawatankuasa]

Ini supaya bukan sahaja untuk mewujudkan niche kepada negara Jepun tetapi terutama untuk mewujudkan hubungan jangka panjang di antara syarikat-syarikat negara Jepun dengan negara-negara host. Yang kita dapati sekarang ini, walaupun negara China daripada segi maklumat masih lagi raw saya anggar kerana teknologi tidak begitu hebat, tetapi mereka juga mempunyai kajian yang cukup komprehensif berdasarkan kepada regional umpamanya Academic of Sosial Studies, membuat kajian daripada segi antropologi, sosiologi, ekonomi, trade, undang-undang, culture dan sebagainya untuk digunakan oleh syarikat-syarikat daripada negara China.

Saya dapati bahawa Market Intelligence Study (MIS) ini tidak begitu berkembang di negara kita. Saya berbincang dengan ramai usahawan negara kita terutama yang terlibat daripada segi eksport. Mereka tidak dapat banyak pertolongan daripada kerajaan, daripada MITI mengenai dengan MIS ini. Saya ambil contoh penglibatan usahawan kita di dalam industri, dalam bidang plantation di Indonesia, sekarang ini dikatakan berhadapan dengan problem. Apabila mereka memasuki negara tersebut dan melabur, tidak banyak sebenarnya maklumat diperolehi daripada kerajaan kita. Kerajaan bergantung kepada syarikat masing-masing untuk membuat study dan study yang begitu komprehensif ini tidak mampu dibuat oleh syarikat. Dengan itu, syarikat kita memasuki Indonesia dengan cara tidak mempunyai maklumat yang sepenuhnya, akhirnya berhadapan dengan masalah yang paling asas iaitu pemilikan tanah.

Begitu juga sekarang kita sibuk pergi ke China. Di China, ada yang baik dan ada yang tidak baik. Yang paling baik adalah pasaran yang besar tetapi sistem undang-undang tidak begitu matured dan juga sistem kewangan tidak begitu steady lagi dan ada permasalahan di antara kerajaan pusat dengan kerajaan di peringkat regional. Maklumat-maklumat MIS ini yang meliputi soal kajian ekonomi, risiko dan sebagainya, amat perlu dan saya berpendapat bahawa kerajaan kita perlu mengadakan maklumat-maklumat ini. Sekarang ini, persaingan bukan antara syarikat semata-mata tetapi persaingan daripada segi MIS, mana yang lebih ke hadapan lagi untuk membolehkan syarikat-syarikat negara-negara tertentu untuk memasuki pasaran antarabangsa. Kita lihat di dalam belanjawan baru ini, mana-mana syarikat yang mendapat pertambahan eksport tersebut dikecualikan daripada cukai, bermakna bahawa kerajaan kita begitu serius untuk syarikat kita terlibat dalam soal ini. Di samping itu, saya percaya kalau MIS ini begitu komprehensif, kita dapat menggunakannya daripada sudut untuk menetapkan legislative dan juga dasar-dasar kita terutama dalam berhadapan dengan AFTA dan WTO. Bagaimanakah kita boleh menggunakan maklumat ini untuk melindungi pasaran kita di samping kita mempromosikan barangan kita di luar negara selain daripada digunakan sendiri oleh syarikat-syarikat untuk membuat keputusan. Saya berharap selain daripada memberi perhatian kepada perkara ini, mungkin di dalam kita melaksanakan agenda IT negara, ini boleh disynchronizekan sekali

DR.16.10.2002 61

termasuklah daripada Jabatan Statistik. Semua ini dicantumkan supaya dapat diaccess oleh mana-mana pihak baik syarikat mahupun industri dan individu untuk kegunaan mereka masing-masing.

Yang kedua Tuan Pengerusi, mengenai dengan syarikat-syarikat kita di luar negara. Saya bertanya dengan pihak di dalam MITI, kita tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai dengan syarikat-syarikat kita di luar negara. Di China, dikatakan ada 300 lebih syarikat. Di tempat-tempat lain ada. Di seluruh dunia, berapa banyakkah syarikat kita yang ada.

Saya berpendapat maklumat ini penting kerana jikalau kita lihat daripada sudut semata-mata untuk membantu syarikat kita yang berada dalam sempadan negara kita, itu tidak mencukupi. Saya berpendapat syarikat yang telah beroperasi di luar, di pasaran luar, itu juga perlukan kepada pertolongan dan kedudukan mereka lebih baik daripada banyak syarikat negara ini yang baru mahu mengeksport ke luar. Jadi, saya berpendapat kita perlu mempunyai maklumat komprehensif tentang syarikat-syarikat kita yang beroperasi di luar dan bentuk-bentuk pertolongan yang boleh kita berikan kerana asas kedudukan mereka itu sudah baik. Sekarang ini, kita mempromosi syarikat kita beroperasi di luar negara supaya akhirnya, kita dapat mewujudkan multinasional seperti mana negara-negara maju telah mewujudkan multinasional.

Saya berpendapat dalam dunia akan datang ini, persaingan antara multinasional ini begitu penting dan kita perlu wujudkan multinasional kita dan syarikat-syarikat yang telah beroperasi di luar negara kita, sudah duduk dalam environment, sudah tegap di luar negara ini adalah merupakan syarikat-syarikat yang lebih baik, yang telah mempunyai asas yang kukuh untuk kita bantu. Di samping itu, mengenai dengan individu rakyat kita yang beroperasi di luar, beroperasi dalam erti kata, yang mempunyai kepakaran, yang bekerja di luar. Di UK umpamanya, ramai rakyat kita menjadi pakar dalam bidang perubatan, pembedahan, IT, marketing, accountancy dan sebagainya.

Begitu juga di US, ramai individu kita yang bekerja dalam bidang IT dan sebagainya dan saya percaya sekiranya kita dapat mengenal pasti individu-individu tersebut dan kita dapat membantu mereka daripada segi dana seat fund yang kita ada ini, dipindahkan kepada mereka. Individu yang telah berada dalam environment, di tempat tersebut yang sudah masak dengan suasana di situ, masa ini bekerja dan membantu syarikat luar untuk mendapat keuntungan dengan pertolongan kita, boleh meminjam modal dan boleh membuka perniagaan.

Saya ingin mengingatkan di sini bahawa bukan mudah untuk kita pergi ke pasaran antarabangsa kalau kita merupakan entry yang baru, di mana orang yang memang sudah ada dalam environment tersebut mempunyai kedudukan yang baik. Saya ada bertemu ramai rakyat kita terutama yang bekerja di UK. Mereka memang mengharapkan pertolongan daripada kerajaan dan pernah mereka menulis kepada kerajaan bagaimanakah bentuk pertolongan yang harus diberikan. Sekiranya kita tidak mempunyai statistik ini, kita tidak tahu aset rakyat kita yang sebenarnya bernilai tinggi di luar negara kita, kita biarkan begitu, satu potensi yang besar tidak kita gunakan dan ini merugikan kita. Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa kita mesti mempunyai orang kita menjelajah di seluruh dunia ini, duduk di tempat-tempat di negara lain dan establish business di negara lain dan mempunyai root dan link dengan kita. Itulah caranya kita hendak bersaing dengan syarikat-syarikat lain dan negara-negara lain dan bangsa-bangsa lain…..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhammad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Ya?

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhammad bin Abdullah]: Masa sudah cukup.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Di pasaran antarabangsa. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhammad bin Abdullah]: Saya bagi ini Kubang Kerian.

62 DR.16.10.2002

4.40 ptg.

Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada MITI 00303 - Ubahsuai Pejabat Penasihat Ekonomi Cawangan MITI dan juga Pembinaan Bangunan Baru MITI, Jalan Duta, Kuala Lumpur yang masing-masing untuk tahun ini diperuntukkan sebanyak RM58.5 juta. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian adakah RM58.5 juta ini adalah untuk membina bilik bagi penasihat MITI ataupun ia membawa maksud yang lebih besar tetapi mengikut kepala yang disebutkan di sini ialah ubahsuai pejabat penasihat. Itu baru ubahsuai bukan pejabat betul lagi iaitu pejabat yang sedia ada kalau mengikut fahaman saya akan di renovate dengan izin dan kosnya ialah RM58 juta.

Apakah fikiran penasihat ini begitu mahal sehingga kita memerlukan ubahsuai yang demikian besar dan berapa ramaikah pula penasihat-penasihat MITI yang hendak ditempatkan di bilik yang hendak di ubahsuai ini. Pada masa yang sama, peruntukan bagi membina bangunan MITI di Jalan Duta masih lagi diperuntukkan pada tahun ini RM7.5 juta dan kita semua tahu dalam Dewan ini juga kementerian pernah memberitahu bahawa bangunan MITI di Jalan Duta mengikut jadual harus siap pada tahun 1997, lima tahun yang lalu. Tetapi pada hari ini bangunan ini masih belum diduduki, apakah masalah yang telah menyebabkan keadaan ini? Adakah kerana reka bentuk arkiteknya adalah salah ataupun kontraktor yang telah diberikan tugas membina bangunan ini tidak menjalankan kerja-kerja mereka dengan baik?

Sehubungan dengan itu, adalah baik jika sekiranya kementerian boleh memberitahu Dewan ini siapakah arkitek yang telah mereka bentuk bangunan ini dan siapakah pula kontraktor awal yang telah di lantik dan oleh kerana bangunan yang tidak siap ini telah mengalami juga ubahsuai dan pembaikan-pembaikan, saya ingin tahu berapakah kos bagi pembaikan-pembaikan yang telah ditanggung oleh MITI sejak daripada tahun 1997? Selain daripada itu, kerana bangunan ini tidak memperolehi CF, maka dengan sendirinya MITI telah terpaksa menyewa bangunan lain dalam tempoh lima tahun tersebut dan jika sekiranya kementerian mempunyai angka-angkanya, saya ingin mendapatkan penjelasan berapakah kos yang telah ditanggung dalam lima tahun yang lepas untuk sewaan bangunan oleh kerana bangunan ini tertangguh daripada disiapkan.

Kemudian saya berpindah kepada…., petang ini Menteri pun tidak datang, Timbalan pun tidak datang, barangkali perbincangan kita tidak penting sangat bagi kementerian ini, 030100 - Dasar Industri berkenaan dengan Industri Automobil di negara kita. Kita telah melihat bahawa negara jiran kita yang kadang-kadang kita mempersendakan mereka iaitu Thailand telah pun mengembangkan industri automobil mereka untuk dijadikan satu contoh kemajuan serantau di mana untuk FDI dalam automobil sahaja bagi lima tahun yang lepas sejak daripada 1997 iaitu kemelesetan ekonomi serantau, Thailand telah bangkit untuk menerima USD1 bilion FDI dalam industri automobil.

Ini jauh lebih besar daripada apa yang kita besar-besarkan bahawa kita adalah lebih anggun daripada Thailand dalam menguruskan ekonomi iaitu kita hanya memperolehi FDI dalam industri automobil dalam tempoh yang sama lebih kurang USD80 juta. Ini tentulah bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana Thailand telah membuka pasaran automobil mereka secara yang sistematik lama sebelum ini. Ini juga akan memberikan kesan kepada ekonomi negara oleh kerana sebahagian daripada ekonomi kita digerakkan oleh industri automobil tempatan termasuk para vendor, tetapi sehingga hari ini saya berpendapat bahawa kementerian ini agak membisu dalam banyak isu. Kementerian ini tidak memberikan kenyataan-kenyataan yang boleh menghapuskan perasaan uncertainty dalam industri ini dan perasaan tidak tentu ini bukan sahaja wujud kepada para vendor tetapi juga kepada badan-badan kewangan yang akan membiayai pembelian kenderaan.

Saya difahamkan kebelakangan ini, mereka sudah agak sukar untuk memberikan pinjaman penuh kenderaan-kenderaan kerana mungkin apabila AFTA terpaksa dilaksanakan menjelang 2005, nilai pinjaman yang mereka berikan akan menjadi lebih besar daripada nilai barangan yang dibeli ataupun kenderaan yang dibeli. Uncertainty ini wujud kerana kementerian ini tidak memainkan peranan proaktif memberikan penjelasan-penjelasan, sedangkan ini adalah satu perubahan structural yang sangat besar kepada ekonomi kita. Saya ingin penjelasan, iaitu saya difahamkan bahawa perubahan tarif akan dilakukan seperti yang kita fahami sebanyak dua kali dan

DR.16.10.2002 63

bermula pada tahun 2005, kita akan menurunkan 20% tarif kita dan ini tentulah jika ia dilaksanakan sedemikian, akan memberikan kesan kepada industri ini.

Oleh kerana itu, saya berharap kementerian ini menjadi lebih terbuka dan terus terang memberi kenyataan-kenyataan yang boleh menjelaskan kekeliruan dan juga perasaan kurang bermaklumat di kalangan pemain-pemain di dalam industri ini. Sehubungan dengan itu, kita lihat bahawa dalam industri automobil sendiri, selain daripada Proton sebagai pengeluar dan juga terlibat dalam R&D dalam industri kereta dan menghasilkan model-model kereta mereka sendiri, Petronas juga telah dipaksa untuk terlibat dalam industri ini selain daripada menjadi pemegang saham. Dalam Proton, Petronas juga telah terlibat dalam kaji selidik untuk memajukan enjin kereta dengan Sauber dan saya difahamkan kosnya menelan belanja beratus-ratus juta ringgit tetapi sehingga hari ini Petronas tidak dapat memasarkan enjin ini. Proton sendiri tidak mahu menerima enjin yang dihasilkan oleh Petronas kerana mereka mempunyai rakan-rakan penyelidik yang lain yang mereka telah lantik sebelum daripada ini.

Ini sudah tentu jika tidak ada penyelarasan dilakukan, merupakan satu pembaziran kepada sumber-sumber negara bagi menghasilkan satu enjin jika belanjanya RM300 juta, RM400 juta, dan kemudian enjin ini tidak dapat dijual, hanya tinggal sebagai satu bahan yang tidak dapat dihasilkan secara komersial, ia akan merugikan Petronas dan juga merugikan negara. Saya berharap penjelasan mengenai perkara ini dapat dilakukan oleh kementerian ini kerana ia merupakan satu perkara yang sangat penting di masa depan.

Jika sekiranya satu penyelarasan tidak dapat dilakukan di antara Petronas dengan Proton, adalah wajar Petronas menarik diri daripada terus terlibat dalam penghasilan enjin-enjin baru yang tidak dapat dipasarkan dan tidak dapat dikilangkan sebagai satu produk. Demikian juga baru-baru ini kementerian ini telah memberikan penjelasan tentang dasar industri petroleum negara kita tidak berubah iaitu pendaratan hendak dilakukan di Songkhla Thailand. Pada hari itu, pihak kementerian telah memberitahu terdapat faktor-faktor lain yang membawa kerajaan membuat keputusan ini. Pada hari ini saya memohon penjelasan, apakah faktor-faktor lain yang telah memaksa kerajaan untuk menggadai patriotisme negara kita dan kepentingan ekonomi negara kita dan juga kebaikan-kebaikan lain untuk kita terus mendaratkan gas kita ke Songkhla.

Sehubungan dengan itu, saya difahamkan bahawa bagi kedua-dua telaga ini iaitu dalam cakerawala dan juga PM.301, 302, mereka telah pun menyiapkan satu platform bagi mengeluarkan dan keseluruhan daripada kedua-dua telaga ini didaratkan di Songkhla. Saya telah membangkitkan berapakah mengikut perjanjian di antara Petronas dengan pihak-pihak yang terbabit, penalti yang dikenakan jika sekiranya kita lambat menghasilkan pendaratan ini. Saya difahamkan bermula daripada Julai tahun ini, penalti ini sudah pun terpaksa dikenakan kecuali Petronas dapat meminta penangguhan daripada pihak-pihak terbabit. Oleh yang demikian…..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup.

Tuan Husam bin Haji Musa: .….saya berharap kes….. dan berharap kementerian boleh memberikan penjelasan berapakah penalti yang dikenakan setakat ini oleh pihak-pihak lain ke atas Petronas. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya berikan kepada Yang Berhormat bagi Parit Sulong.

4.49 ptg.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menjurus kepada B.20 Pecahan 020000 - Penggalakan Perdagangan Antarabangsa, 020100 - Hubungan Perdagangan Pelbagai Hala, 020400 - Kerjasama Ekonomi ASEAN, 0300000 dan 060000 - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia MATRADE. Saya minta bercakap secara serentak.

Tuan Pengerusi, MITI adalah agensi kerajaan yang terbabit secara langsung dengan WTO. Pada 2001 terdapat 148 mesyuarat MITI dengan WTO, tahun ini 150 dan tahun depan dijangkakan juga 150 mesyuarat dengan WTO. Oleh itu Tuan Pengerusi saya mahu mendapatkan beberapa penjelasan di Dewan yang mulia ini. Di dalam mesyuarat-mesyuarat WTO yang telah dihadiri oleh wakil-wakil MITI ataupun

64 DR.16.10.2002

termasuk menterinya, pernah atau tidak Malaysia menyuarakan beberapa kelemahan, hipokrasi dan juga kepura-puraan WTO di dalam menangani proses globalisasi dan liberalisasi perdagangan dan kewangan dunia mutakhir.

Soal ini relevan kerana WTO bersama-sama IMF dan juga Bank Dunia adalah tiga agensi dunia yang menguasai proses globalisasi dan liberalisasi perdagangan dan kewangan antarabangsa. Kini terdapat banyak pihak Tuan Pengerusi, termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, yang menyatakan bahawa WTO, IMF dan Bank Dunia sebenarnya gagal di dalam mewujudkan kesaksamaan dan juga keseimbangan di dalam perdagangan antarabangsa, di dalam menyelesaikan masalah market penetration dengan izin dari negara membangun ke negara maju, dan di dalam meruntuhkan trade barriers ataupun halangan-halangan perdagangan yang diwujudkan oleh superpowers ataupun hyperpower dunia ke atas negara-negara membangun. Contohnya Tuan Pengerusi, seorang Nobel Prize winner di bidang ekonomi, iaitu Joseph E Stiglitz, di dalam buku terbarunya tahun 2002 berjudul “Globalization And Its Discontents” menyatakan bahawa:

“To many in the developing world, globalization has not brought the promise of economic benefits. A growing divide between the haves and the have-nots left increasing numbers in the Third World in dire poverty, living on less than a dollar a day. Despite repeated promise of poverty reduction made over the last decade of the twentieth century, the actual number of people living in poverty has actually increased by almost 100 millions. This occurred at the same time that total world income actually increased by an average of 2.5 percent annually”.

Maksudnya, walaupun terdapat pertambahan pendapatan manusia di seluruh dunia, tetapi kemiskinan juga semakin meningkat. Ini menunjukkan bahawa janji-janji yang dipakejkan menerusi globalisasi untuk mewujudkan keamanan, kesaksamaan, pembahagian kekayaan yang sama rata telah pun gagal. Oleh itu, saya harap Tuan Pengerusi, perwakilan Malaysia yang menghadiri mana-mana mesyuarat WTO termasuklah menterinya, mesyuarat IMF ataupun Bank Dunia, mestilah memainkan peranan merubah atau mengatasi kelemahan-kelemahan di dalam WTO, khususnya soal terikatnya WTO dengan telunjuk kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Saya percaya sikap, pendirian serta usaha Malaysia yang tegas ke arah matlamat ini pastinya suatu hari nanti dapat membela nasib 1.2 bilion warga dunia yang sekarang ini hidup atas biaya US$1 satu hari ataupun 2.8 bilion warga dunia yang hanya hidup bergantung kepada US$2 sehari. Ini bermakna hari ini, Tuan Pengerusi, jumlah rakyat yang miskin makin bertambah, hidup dengan nilai lebih kurang RM3 satu hari atau RM5 satu hari. Inikah kesan yang diharap-harapkan menerusi globalisasi?

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya berpindah kepada P.20 mengenai MTDC di bawah perolehan teknologi, iaitu kepala 00503. Saya ingin tahu apakah jenis teknologi yang telah dan akan diperolehi oleh MTDC? Adakah MTDC kini memfokuskan aktivitinya memperolehi seberapa banyak yang mungkin soal-soal teknologi ataupun bio-teknologi yang berkaitan dengan makanan, berkaitan dengan pertanian ataupun berkaitan dengan perubatan.

Di bawah kepala 00504 Commercialization of Technology, saya ingin tahu berapa banyakkah teknologi tempatan, khususnya bio-teknologi yang telah dikomersialkan dan apakah impak serta kejayaannya? Siapakah yang menerima faedah dari proses commercialization ini? Saya dapat tahu MTDC mengendalikan beberapa syarikat dan telah pun memberi pinjaman kepada beberapa syarikat di dalam membangunkan pengusaha-pengusaha bio-teknologi. Jadi, saya harap diperincikan perkara ini.

Di bawah Program Jalinan Rangkaian Teknologi Global iaitu di bawah kepala 00512 yang mendapat peruntukan RM30 juta tahun ini, saya ingin mendapat penjelasan apakah aktiviti sebenar program ini dan bagaimanakah ianya akan memberi manfaat kepada Malaysia di dalam mengkomersialkan bioteknologi di masa akan datang dan apakah potensi Malaysia di bidang perniagaan bioteknologi di masa akan datang?

Tuan Pengerusi, perkara-perkara ini saya minta diperincikan supaya di samping kita memesatkan diri kita untuk mewujudkan industri information communication technology, kita juga tidak akan tertinggal di dalam perkembangan dan

DR.16.10.2002 65

mengkomersialkan teknologi yang lebih juga pantas lariannya, iaitu bio-teknologi. Dengan itu Tuan Pengerusi, saya menyokong.

4.57 ptg.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada butiran 020000 - Penggalakan Perdagangan Antarabangsa. Tuan Pengerusi, FDI amat penting kepada Malaysia kerana beberapa sebab khasnya sebagai penggerak pertubuhan ekonomi dan mewujudkan beratus ribu peluang pekerjaan dalam negara ini bukan sahaja dalam sektor pembuatan tetapi juga dalam sektor-sektor ekonomi yang lain. Tambahan pula Malaysia selama ini telah memberi tumpuan kepada FDI yang berorientasikan kepada eksport. Oleh kerana itu, pengaliran masuk FDI yang boleh dikekalkan menjadi satu matlamat yang penting dalam usaha kita memulihkan ekonomi negara kita. Kita harus menyedari hakikat bahawa FDI telah mula merosot sejak quarter kedua tahun 2000 dan tidak dijangkakan FDI kita telah menjadi negatif pada quarter keempat tahun 2001.

Walaupun dalam menggulung perbahasan dalam peringkat dasar Setiausaha Parlimen cuba mempertikaikan angka-angka yang saya gunakan dalam menggambarkan kedudukan FDI di negara ini. Kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa apa juga statistik dari badan yang mana pun kita tidak dapat melarikan bahawa FDI sudah merosot di negara ini dalam tempoh ini.

Pada tempoh ini juga Tuan Pengerusi, kita juga dihadapi dengan berita-berita mengenai syarikat-syarikat asing dan juga pelabur-pelabur tempatan yang mula menempatkan semula operasi mereka kepada lokasi-lokasi yang kononnya lebih competitive dan murah khasnya di negara China.

Saya ingin kementerian menjelaskan apakah langkah yang akan dan telah diambil untuk mencegah kejatuhan pengaliran masuk FDI dari menjejaskan pembangunan ekonomi negara. Kita sudah masuk ke satu era pembangunan ekonomi se dunia yang sudah berubah dan kita perlu menyediakan polisi penggalakan FDI yang bergenerasi baru yang berlainan dengan apa yang lazim digunakan.

Selama ini, Tuan Pengerusi, kita telah menawarkan insentif-insentif yang amat menarik untuk menggalakkan FDI seperti cuti, cukai, elaun pelaburan semula, dan 100% ekuiti pemilikan bagi sektor pembuatan yang berorientasikan eksport.

Sudah sampai masanya bagi kementerian untuk mengkaji semula sama ada pakej ini insentif ini mencukupi dalam era yang mencabar ini, sebab apa yang ditawarkan merupakan insentif yang lazim diberikan atau dicontohi oleh negara-negara yang lain, yang juga pada masa yang sama mengejar FDI yang datang ke rantau ini. Kita mula melihat bahawa persaingan menarik FDI akan bergantung kepada sama ada negara itu dapat menawarkan pakej insentif generasi baru yang berlainan dari insentif-insentif biasa yang ditawarkan.

Tuan Pengerusi, kita perlu menimbang untuk menawarkan insentif-insentif yang spesifik kepada FDI yang kita ingin menarik ekonomi kita. Dalam hubungan ini, MIDA harus diberi lebih kuasa untuk menguruskan penarikan pelaburan asing dan menjadi sebuah agensi one-stop, bagi FDI. Ini bermakna syarikat-syarikat asing hanya perlu mengurus dengan MIDA untuk mendapat semua permit dan kelulusan untuk beroperasi di negara ini dan tidak perlu menghadapi karenah birokrasi di beberapa peringkat kerajaan. MIDA juga harus diberi fleksibiliti untuk customize pakej-pakej insentif hasil dari maklum balas dan kehendak MNC berkenaan. Kita juga perlu mula menjana kelompok industri utama untuk menerima manfaat dari trend global networking dan outsourcing.

Tuan Pengerusi, kita dapat perhatikan bahawa tekanan persaingan yang hebat telah menyebabkan MNC untuk mengambil langkah-langkah mengurangkan kos dan menambah profit dengan memfokus kepada cost-efficiency mereka. Dan juga aktiviti-aktiviti yang mempunyai tambah nilai yang tinggi. Ini bermakna dalam proses ini, syarikat-syarikat asing ini akan perlu bergantung kepada rakan-rakan di tempatan, pembekal-pembekal tempatan untuk mengisi ruang bagi aktiviti-aktiviti yang bukan core dan juga aktiviti-aktiviti lower end, yang dalam proses ini akan mewujudkan satu global networking dan outsourcing. Syarikat-syarikat asing dan pelaburan asing, boleh digalakkan untuk memulakan operasi berdekatan dengan kelompok kilang-kilang yang saling berkaitan.

66 DR.16.10.2002

Tuan Pengerusi, Malaysia kini telah ada beberapa kelompok industri yang boleh dimajukan dan kita perlu mempromosikan dengan lebih agresif lagi bagi menarik MNC dan FDI, misalnya dalam bidang elektronik, teknologi, pengetahuan dan komunikasi, ICT, petrokimia dan automobil, di samping mempromosikan bidang-bidang baru yang berpotensi, seperti bio-teknologi dan pemprosesan makanan. Pembangunan kelompok industri ini harus juga melibatkan industri perkhidmatan kerana aktiviti-aktiviti ini kian menjadi penting dalam global supplying network and management chain, dengan izin.

Tuan Pengerusi, kita juga perlu menggalakkan strategic tie-up, di antara firma-firma tempatan dengan MNC dalam sektor utama dan sensitif seperti bidang automobil, penerbangan, pelaburan dan perkhidmatan telekomunikasi. Ini bukan sahaja dapat membantu pengaliran masuk FDI, tetapi juga dapat membantu firma-firma tempatan mendapat suatu landasan bagi tujuan integrasi global dan membuka access kepada pasaran antarabangsa. Melalui jalinan kerjasama ini kita dapat memastikan objektif untuk mengekalkan pemilikan Malaysia dalam industri-industri yang strategik.

Dalam era yang begitu mencabar ini, Tuan Pengerusi, kita perlu menangani isu mengenai produktiviti dan sumber manusia di negara ini. Oleh kerana kita menggunakan Ringgit peg sebagai satu dasar, Malaysia tidak dapat menggunakan kadar penukaran asing lagi sebagai suatu strategi utama dalam meningkatkan competitiveness negara kita. Kita perlu memandang kepada langkah-langkah struktur yang lain untuk menggalakkan competitiveness kita. Isu sumber manusia dan kadar produktiviti menjadi penting kerana kita telah menghadapi masalah berbanding dengan negara jiran yang dapat menawarkan sumber buruh yang lebih murah. Kita perlu memberi perhatian untuk meningkatkan kualiti sumber manusia kita yang lebih kecil bekalannya.

Oleh kerana negara kita berhasrat menarik FDI kepada aktiviti-aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan berlandaskan kepada ICT, kita perlu mampu menyediakan sumber manusia dan yang mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh MNC ini. Kita perlu menangani isu seperti sistem pendidikan dan sistem latihan kita, dan juga usaha mengeluarkan pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran yang diperlukan.

Saya juga meminta kementerian menjelaskan apakah usaha yang telah diambil oleh MITI di samping masalah yang saya bangkitkan tadi, juga terdapat masalah imej negara kita ini ekoran blacklisting negara Malaysia oleh Amerika Syarikat, sebagai salah sebuah negara yang mempunyai terrorist risk dan juga pendakwaan bahawa Kuala Lumpur adalah launching pad kepada kejadian 11 September di Amerika Syarikat.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup.

Tuan Chow Kon Yeow: Ya, ini memang satu masalah imej yang sungguh berat, yang harus diatasi oleh negara ini supaya dapat meyakinkan FDI untuk datang ke Malaysia.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Tuan Chow Kon Yeow: Dengan ini, saya mengucapkan terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jeli, selepas Jeli, Padang Terap, selepas itu kementerian menjawab. Ada yang hendak bergilir, okey, saya ikut yang berdiri sahaja. Sila.

5.07 ptg.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Dewan sekalian, bagi membincangkan di bawah Bekalan B.20 dan Pembangunan P.20, saya mengajak kita semua untuk melihat kepada Butiran 010200 yakni Bahagian Dasar dan Penyelidikan.

Kalau dahulunya dalam barisan Kabinet yang dikemukakan oleh kerajaan, kerajaan meletakkan Menteri Perdagangan dan Perindustrian tetapi dalam masa sepuluh tahun kebelakangan ini, kerajaan telah memisahkan untuk memberi penekanan kepada pasaran eksport itu sendiri, di mana kerajaan telah memecahkan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada Kementerian

DR.16.10.2002 67

Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ini memberikan penekanan kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan hasil-hasil eksport itu sendiri, tetapi dalam hal yang sama, saya melihat bahawa dalam kesungguhan, dalam retorik yang begitu hebat, yang dilakukan oleh kerajaan, untuk mempromosikan, untuk memperhebatkan eksport barangan-barangan dan produk-produk daripada negara kita, tetapi dalam negeri sendiri, saya melihat bahawa sudah berlaku satu perkara yang aneh, lucu tetapi benar, di mana saya pernah mengikuti Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu beberapa kali, dalam siri-siri menjemput dan mempelawa pelabur-pelabur asing datang untuk melabur dalam negara kita terutama di Terengganu, di mana kita telah bertemu dengan beberapa jutawan-jutawan Arab dan juga pihak-pihak industrialist, dengan izin, daripada negara-negara Timur Tengah, khususnya negara-negara Teluk, tetapi satu kenyataan yang menghairankan saya, saya minta kementerian benar-benar menyemak kerana daripada sepanjang pertemuan boleh dikatakan setiap negara Teluk tersebut, mereka mengatakan bahawa pihak kementerian memberi berbagai alasan untuk supaya tidak mereka ini melabur di negeri Terengganu.

Mereka telah menyatakan bahawa kita menghadapi kesukaran, sekiranya kita ingin melabur terutama di negeri Terengganu. Inilah alasan-alasan yang dikemukakan oleh para-para industrialis yang kita berjumpa, bersemuka, dalam pertemuan-pertemuan yang diatur di dalam siri-siri lawatan kita dengan para-para industrialis daripada negara-negara Teluk.

Ini seolah-olah meyakinkan saya kerana dalam beberapa siri pertemuan terutama dengan pihak-pihak bank, kita dapati bank ada mengiakan seolah-olah satu trend untuk menganaktirikan daripada pelabur-pelabur untuk datang ke Terengganu, malahan juga kalau Terengganu sudah dibuat begitu, Kelantan pun sudah semestinya dibuat begitu juga oleh pihak kementerian itu sendiri.

Sebagai bukti, kita lihat di mana industri-industri berintensif modal tinggi yang terlibat dengan petrokimia, kalau dahulu banyak dibina sama ada secara usaha sama Petronas dengan syarikat Jepun, syarikat German dan sebagainya, di bina di kawasan Kerteh dan juga kawasan Paka, di mana di situlah sumber-sumber pendaratan gas, petroleum dan sebagainya, tetapi sekarang ini sudah ada satu trend bahawa cuba dialihkan daripada Negeri Terengganu kepada Kuantan – kawasan Gebeng, walhal Terengganu masih mempunyai tanah yang cukup luas dan related industry yang cukup banyak, tapi kenapa kerajaan lebih cenderung untuk mengalihkan industri-industri berintensif tinggi ini daripada Terengganu pergi ke Kuantan sehingga terpaksa di bina jalan jalan kereta api khusus daripada Kerteh ke Gebeng, ke Kuantan dan pada masa yang sama cuba mematikan export terminal yang mana merupakan pelabuhan petroleum.

Sepatutnya digiatkan lagi kerana ditakdirkan oleh Allah S.W.T, eksport terminal Tanjong Berhala, Kemaman pelabuhannya merupakan, pelabuhan yang asli dari segi kedalamannya, sebab itu saya mahu melihat kementerian supaya jangan sama sekali, ada sikap sebegini rupa kerana kita sekarang, negara kita menghadapi satu suasana cukup sukar, kerana apa saya mengatakan cukup sukar, Perdana Menteri pada kali inilah sudah membuat satu kenyataan pre-empt, di mana tidak pernah timbul, tidak pernah sebelum-sebelum ini Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan menyebut bahawa kita akan bergantung kepada FDI, kita akan bergantung kepada eksport. Seolah-olah sudah ada satu gambaran Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan Perdana Menteri bahawa FDI kita merosot dengan besar sekali.

Maknanya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah pre-empt. Kalau rakyat tanya tahun hadapan, tahun 2006, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sudah memberi jawapan pada belanjawan yang terbaharu.

Begitu juga dari sudut eksport, kita kena ingat, sekarang ini, semua orang, kalau dua tahun dulu di mana-mana persidangan perdagangan antarabangsa mengatakan China ini sesuai untuk industri labour intensive. Ya, labour intensive – cheap labour, dengan izin, tetapi rupa-rupanya hujah ini merupakan hujah yang sangat silap sekarang ini.

Bila mana kita lihat China bukan hanya merupakan negara yang sesuai untuk industri yang labour intensive, tetapi juga industri yang mempunyai teknologi yang

68 DR.16.10.2002

tinggi, di mana yang terbaru ini satu laporan, makalah-makalah perdagangan dan juga kewangan terbaharu menyatakan bahawa dalam masa dua tahun lagi, industri berteknologi tinggi terutama dalam ICT, China akan mendahului India dalam masa dua atau tiga tahun lagi. Ini bermakna, alasan untuk mengatakan China sebagai satu tempat yang sesuai untuk industri labour intensive sudah tidak benar sama sekali, kerana makalah-makalah sudah banyak mengatakan bahawa Cina akan mengatasi India dalam sudut sektor ICT dalam masa dua atau tiga tahun lagi.

Ini dapat dibuktikan bila mana banyak syarikat-syarikat yang berteknologi tinggi daripada Taiwan terutama TSMC dan berbagai-bagai syarikat teknologi Taiwan telah mula memindahkan teknologi-teknologi tinggi mereka ke negara China itu sendiri kerana pada negara China sudah ada sumber-sumber manusia yang cukup terlatih dan cukup mampu untuk menangani industri-industri berteknologi tinggi.

Sebab itulah saya minta kalau boleh pihak kementerian, supaya pada kali ini jangan mempunyai sikap sebegitu rupa kerana saya sedih di Dewan yang mulia ini bila mana saya membuat satu pertanyaan, pertanyaan yang bertulis, ‘kenapa Negeri Kelantan dikecualikan daripada IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle)’. Alasan yang diberikan, Bank Pembangunan Asia mengetepikan Negeri Kelantan dari Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle – pembangunan segi tiga, Indonesia, Malaysia, Thailand.

Saya fikir ini satu alasan yang tidak selayaknya diberitahu dalam Dewan ini, seolah-olah menggambarkan Ahli-ahli Parlimen kita mempunyai intelektual yang rendah. Daripada makalah mana jawapan ini boleh diberi kerana kita juga banyak membaca makalah-makalah dan tidak pernah timbul sama sekali mengatakan bahawa Kelantan tidak mempunyai infrastruktur yang cukup, tidak mempunyai kriteria-kriteria cukup untuk dimasukkan ke dalam kategori pembangunan IMT-GT, walhal apa lebihnya Perlis, apa lebihnya Kedah, tetapi pada masa yang sama, kerajaan tidak nampak bahawa selepas ini Kerajaan Thailand sudah tidak ada alasan lagi untuk tidak meneruskan projek Terusan Kra, Kra Canal yang mana panjangnya hanya 40 kilometer.

Bayangkanlah kalau Pelabuhan Terusan Kra itu diteruskan, di mana belanjanya hanya RM10 bilion dan sudah pun dikomited, dengan izin, sebelah utara oleh Kerajaan China, sebelah selatan oleh Kerajaan Jepun, sudah tentu Perdana Menteri Thailand yang baru, yang seorang industrialis, walaupun industrialis dari sudut telekomunikasi – Mr. Thaksin Shinawatra sudah tentu Mr. Thaksin dengan imejnya, dengan backgroundnya daripada seorang industrialis akan meneruskan projek ini.

Bayangkan apa akan jadi kepada Pelabuhan Tanjong Pelepas, Pelabuhan Kelang, West Port, South Port dan all port, port itu, termasuk daripada Kuantan, apa akan jadi? Kita kena fikir, kerana mana-mana produk dan barangan yang hendak dieksport daripada Eropah pergi ke East Asia dan ke Amerika Syarikat, sudah tentu mereka akan melalui Terusan Kra itu tadi. Walaupun sekarang ini kita tidak menafikan bahawa Malaysia sedikit sebanyak telah mengurangkan dari sudut defisit perkhidmatan di mana banyak pelabuhan-pelabuhan telah mula lari, telah mula lari daripada Singapura ke Tanjung Pelepas ke Pelabuhan Kelang…

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup Yang Berhormat.

Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamed: Allah, jadi saya minta, ya, sikit lagi, saya minta kalau boleh lepas pada ini pastikan bahawa sudah tidak ada timbul lagi soal-soal menganaktirikan mana-mana negeri…..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: ….terutama Kelantan yang sememangnya berada pada kedudukan yang cukup baik untuk tapping sekiranya Terusan Kra itu diteruskan. Sekian, terima kasih

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Padang Terap.

5.17 ptg.

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Butiran 020400 bagi mendapat penjelasan lanjut

DR.16.10.2002 69

mengenai dengan AFTA dan jaminannya terhadap ekonomi negara. Sebagaimana yang kita semua maklum bahawa pada bulan Januari tahun 2003, akan bermulalah era baru bagi dunia perdagangan di negara-negara ASEAN kerana Asian Free Trade Area (AFTA) akan dilaksanakan di semua negara ASEAN. AFTA ditubuhkan atas tujuan untuk memaksimumkan penggunaan pasaran ASEAN secara meluas oleh pengeluar dan pedagang-pedagang menawarkan pelbagai pilihan barangan bermutu kepada kira-kira 513 juta pengguna.

Selain itu, AFTA juga ditubuhkan atas tujuan untuk mempromosikan di wilayah ASEAN sebagai pusat keluaran antarabangsa setanding dengan kesatuan dagangan yang lain seperti Kesatuan Eropah (EU) dan seterusnya ia juga bertujuan untuk menarik lebih banyak pelabur asing ke rantau ini. Kerajaan tentu beranggapan bahawa AFTA adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, selain merupakan tuntutan serantau alaf baru. Sementelah pula ASEAN adalah rakan dagang Malaysia yang terbesar berasaskan jumlah dagangan tahun 2000 yang dicatat sebanyak RM173.28 bilion, atau 25.5% dari jumlah keseluruhan dagangan global negara sebanyak RM685.9 bilion.

Namun hakikat ini memperlihatkan pelbagai cabaran yang harus di tempoh oleh semua negara terlibat khususnya negara kita kerana ia terdedah kepada era globalisasi dan liberalisasi serta persaingan dengan pertubuhan perdagangan sedunia WTO yang menjadi saingan kuat kepada produk tempatan.

Berasaskan perjanjian AFTA, Malaysia telah memasukkan 96.6% produknya ke dalam senarai kemasukan atau inclusion list (IL) 90.8% produk dikenakan cukai tidak lebih daripada 5% tarif pada tahun 2003, sementara 60.3% produk asing sifar tarif menjelang tahun 2010.

Berasaskan Perjanjian Keberkesanan Keutamaan Taraf Bersama atau Common Effective Preferential Tariff (CEPT) yang meletakkan jadual untuk mengurang atau menghapuskan tarif bagi barang yang diletakkan di bawah senarai tertentu. Oleh itu saya mencadangkan supaya perkara ini dibincangkan dengan lebih teliti di dalam Dewan ini agar apa yang akan dilaksanakan kelak tidak meninggalkan kesan buruk terhadap produk Malaysia yang terpaksa menghadapi saingan hebat dengan produk-produk luar yang akan masuk ke negara ini dengan lebih mudah kelak.

Faktor kos pengeluaran yang lebih mahal kerana kos sara hidup pekerja industri yang tinggi berbanding Thailand, Indonesia dan China menjadi antara penyebab utama barang keluaran negara kita akan menghadapi masalah setelah AFTA dijalankan. Kesan yang paling teruk nampaknya akan menimpa sektor perindustrian kecil dan sederhana (IKS), industri tekstil dan barang-barang logam khususnya hasil pertanian dan automobil kerana setakat ini barang-barang yang dihasilkan itu masih belum ada jaminan kualiti tertentu.

Kebanyakan barangan-barangan yang dikeluarkan di negara ini seperti perabot yang dihasilkan secara kecil-kecilan. Barang-barang logam dan industri membuat pakaian belum lagi mencapai piawaian kualiti antarabangsa. Soalnya di sini ialah selepas tarif dihapuskan kelak, adakah barang-barang keluaran tempatan itu mampu menyaingi barang-barang yang sama kualitinya yang dikeluarkan di negara Thailand, Indonesia atau China.

Barang-barang tersebut akan memasuki pasaran di negara ini dengan kuantiti yang besar. Apakah yang akan terjadi kepada ekonomi kita sekiranya pengguna tempatan lebih suka membeli barang-barang keluaran luar kerana harganya lebih murah mungkin hingga ke paras harga modal pengeluaran di kilang-kilang pengeluaran tempatan. Adakah para pengguna luar negara sanggup membeli barang-barang keluaran Malaysia yang dieksport ke negara mereka jika pun kualitinya sama tetapi harga lebih mahal.

Selepas pelaksanaan AFTA, barangan elektrik dan elektronik yang dicukai lindung atau ditarifkan untuk mengekalkan harganya lebih murah daripada keluaran dalam negara tidak boleh lagi dikenakan tarif. Begitu juga hasil-hasil yang lain seperti pertanian, perkhidmatan atau kenderaan. Hal ini tentu akan menjejaskan industri kecil dan sederhana (IKS). Contohnya industri perabot Malaysia yang berasaskan kayu getah berbanding keluaran Indonesia yang berasaskan kayu-kayu yang lebih bermutu seperti kayu jati dan seumpamanya.

Begitu juga sektor pembuatan barangan plastik keluaran kita. Ia akan menghadapi saingan dengan barang-barang plastik buatan Thailand. Walaupun ia

70 DR.16.10.2002

diandaikan kurang bermutu berbanding buatan Malaysia, namun harganya dua kali lebih murah daripada buatan tempatan yang mana tentunya akan mendapat sambutan yang lebih daripada pengguna yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Begitu juga sayur-sayuran. Kini sayur-sayuran keluaran Cameron Highlands semakin meningkat harganya akibat peningkatan harga baja dan racun makhluk perosak. Sebab itu harga 10 kilogram tomato Cameron Highlands adalah sebanyak RM20 sedangkan harga 10 kilogram tomato daripada Thailand cuma RM7 hingga RM10 sahaja.

Begitu juga harga kubis Indonesia, ia dijual sekali ganda lebih murah daripada harga kubis Cameron Highlands, sementara harga ikan bagi pasaran Pantai Barat Semenanjung seperti Perak, Selangor dan Negeri Sembilan nampaknya pada waktu ini semakin didominasikan oleh hasil tangkapan dari Selatan Thailand. Apakah jaminan kita supaya selepas AFTA, ikan-ikan berkenaan tidak akan menguasai pasaran di seluruh negara?

Bagaimanakah pula dengan industri automobil. Malaysia telah menangguhkan pembukaan pasaran automobil tempatan kepada produk sehingga tahun 2005. Namun selepas itu, adakah kita mampu menyaingi harga pasaran mengikut perjanjian AFTA? Inilah persoalan-persoalan dan yang dinantikan jawapannya oleh rakyat mengenai perjanjian AFTA itu. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Permatang Pauh.

5.25 ptg.

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Kepala B.20 dan P.20 di bawah kementerian ini. Butiran 00510 - Skim Bantuan Khas Usahawan Wanita di mana RM50 juta telah diperuntukkan tetapi hanya RM5 juta telah dibelanjakan. Apakah tindakan menteri untuk memperbetulkan dan kenapakah ini berlaku? Adakah ini menggambarkan bahawa peluang perniagaan untuk usahawan wanita sedikit ataupun efficiency MITI sendiri dalam menjayakan projek ini? Apakah daripada wang yang telah dibelanjakan itu (RM5 juta) berapa usahawan wanita yang telah berjaya dibantu?

Saya pergi kepada Butiran 00303 – pengubahsuaian Pejabat Penasihat Ekonomi Cawangan MITI yang telah disentuh oleh Ahli Yang Berhormat bagi Kubang Kerian tadi. Apakah di sini anggaran perbelanjaan sebanyak RM58,500,000 telah dianggarkan untuk tahun 2003. Di manakah cawangan-cawangan yang akan di ubahsuai ini dan berapakah pecahan perbelanjannya dan bolehkah Yang Berhormat ataupun MITI sendiri ataupun kementerian memberi penjelasan perbandingan daripada segi jumlah yang diperuntukkan untuk ubahsuai pejabat berbanding dengan perbelanjaan khusus untuk aktiviti-aktiviti mempromosi pelaburan dan perdagangan.

Ini disebabkan bahawa negara kita mengikut World Competitiveness Year Book 2002, dengan izin, daripada Institute of Management Development di Louisianne, Switzerland. Pencapaian daya saing negara masih belum lagi pulih ke tahap tangga yang ke 14 seperti pada tahun 1996. Mengapakan prestasi Malaysia merosot dengan begitu ketara sekali ke tangga 26 pada tahun 2002?

Jika diteliti, didapati kemerosotan ini berpunca daripada kemerosotan pembangunan ekonomi dan efficiency kerajaan. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh MITI untuk menangani masalah ini? Ini adalah kerana saya bimbang masa depan ekonomi negara semakin tergugat. Hari ini Malaysia telah jatuh sama sekali daripada 25 negara teratas untuk FDI atau pelaburan asing. Ini adalah daripada sumber akhbar The Star pada 26 September 2002 yang lalu.

Fakta ini dikeluarkan dalam laporan FDI Confidence Index yang diukur oleh syarikat perunding AT Kearney, menggunakan servis seribu buah syarikat terbesar dunia. Jadi dengan itu, salah satu daripada fakta yang disebutkan adalah komplikasi perhubungan politik dan perniagaan.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: Jadi apakah tindakan kementerian untuk memperbetulkan keadaan ini kerana masalah komplikasi perhubungan politik dan perniagaan ini, persepsi ini, telah menimbulkan kesangsian

DR.16.10.2002 71

untuk melabur dalam negara kita. Saya juga pergi kepada Butiran 00501 – Tabung Khas Projek......

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Jeli berdiri. Ya, minta penjelasan. Sila.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat bagi Permatang Pauh. Apakah Yang Berhormat bagi Permatang Pauh sedar bahawa oleh kerana komplikasi politik kroni dengan business inilah, maka menyebabkan negara kita Malaysia hanya ada satu sahaja syarikat yang diiktiraf sebagai multinational corporation walhal baik Taiwan, baik Korea, baik Jepun, mereka mempunyai lebih daripada 50 bertaraf multinational corporation.

Oleh kerana kita ada satu itulah, maka SMI kita berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan pada masa akan datang. Setuju atau pun tidak?

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: Saya setuju [Ketawa] dan kita kalau kita ada democratization untuk apa-apa yang ataupun kita boleh distribution of wealth, dengan izin, dalam negara kita yang tercinta yang ini, negara kita yang kaya ini, itu lebih menimbulkan banyak lagi rakyat mendapat faedah daripada kekayaan negara.

Saya balik kepada Butiran 00501 – Tabung Khas Projek Fabrikasi Wafer yang diperuntukkan RM1 bilion.….

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat boleh sambung besok, ada empat minit lagi.

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: Besok sambung?

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: Sedikit lagi, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Esok ada empat minit lagi ya. Dewan bersidang semula.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga jam10.00 pagi besok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.