DEWAN NEGARA YANG KELAPAN - Parlimen Malaysia

22
C±i DEWAN NEGARA YANG KELAPAN MALAYSIA PENGGAL YANG PERTAMA ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI RABU, 24HB JULAI, 1991, PUKUL 2.30 PETANG Bil. 17 1 MENGANGKATSUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT *1. Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan: (a) bilakah tarikh Loteri Kebajikan Masyarakat dihapuskan; dan (b) jika tidak, mengapa. *2. Tuan Isli Haji Siput minta Menteri Pengangkutan menyatakan: (a) adakah cadangan pembinaan Terminal Baru Lapangan Terbang Wilayah Persekutuan Labuan nanti akan diberi taraf antarabangsa seperti Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan Kuching; dan (b) adakah cadangan "Open Sky Policy" untuk Lapangan Terbang Wilayah Persekutuan Labuan akan dilaksanakan bagi menarik lebih ramai pelabur antarabangsa ke Wilayah Persekutuan Labuan. *3. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah jenis-jenis kesalahan pemandu di jalanraya yang banyak dilakukan dan adakah kesalahan-kesalahan yang dilakukan itu telah menurun dari masa ke semasa. *4. Datuk Tan Tiew Bock minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan reaksi-reaksi antarabangsa terhadap penubuhan KUMPULAN EKONOMI ASIA TIMUR (EAEG ), dan apa tindakan akan diambil untuk menjayakan penubuhan kumpulan yang diilhamkan oleh Malaysia. *5. Dato ' Azumu bin Tak minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah keuntungan Kerajaan Malaysia terhadap penjualan kawasan Stesyen Keretapi Singapura dan tanah di kawasan tersebut dari segi faedah kepada rakyat negara ini. *6. Puan Hajjah Rosnah bt. Haji Mohd . Salleh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah kegiatan kumpulan penyeludup yang dikenali sebagai "Tentera

Transcript of DEWAN NEGARA YANG KELAPAN - Parlimen Malaysia

C±i

DEWAN NEGARA YANG KELAPAN

MALAYSIA

PENGGAL YANG PERTAMA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI RABU, 24HB JULAI, 1991, PUKUL 2.30 PETANG

Bil. 17 1

MENGANGKATSUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

*1. Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Perpaduan Negara danPembangunan Masyarakat menyatakan:

(a) bilakah tarikh Loteri Kebajikan Masyarakat dihapuskan; dan

(b) jika tidak, mengapa.

*2. Tuan Isli Haji Siput minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) adakah cadangan pembinaan Terminal Baru Lapangan Terbang WilayahPersekutuan Labuan nanti akan diberi taraf antarabangsa seperti LapanganTerbang Kota Kinabalu dan Kuching; dan

(b) adakah cadangan "Open Sky Policy" untuk Lapangan Terbang WilayahPersekutuan Labuan akan dilaksanakan bagi menarik lebih ramai pelaburantarabangsa ke Wilayah Persekutuan Labuan.

*3. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakahjenis-jenis kesalahan pemandu di jalanraya yang banyak dilakukan dan adakahkesalahan-kesalahan yang dilakukan itu telah menurun dari masa ke semasa.

*4. Datuk Tan Tiew Bock minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industrimenyatakan reaksi-reaksi antarabangsa terhadap penubuhan KUMPULAN EKONOMIASIA TIMUR (EAEG ), dan apa tindakan akan diambil untuk menjayakan penubuhankumpulan yang diilhamkan oleh Malaysia.

*5. Dato ' Azumu bin Tak minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakahkeuntungan Kerajaan Malaysia terhadap penjualan kawasan Stesyen KeretapiSingapura dan tanah di kawasan tersebut dari segi faedah kepada rakyat negara ini.

*6. Puan Hajjah Rosnah bt. Haji Mohd . Salleh minta Menteri Dalam Negerimenyatakan apakah kegiatan kumpulan penyeludup yang dikenali sebagai "Tentera

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box

2

Semut" masih berjalan khususnya di Sempadan Malaysia-Thai dan kumpulan-kumpulan lain di Sempadan Malaysia-Indonesia, Malaysia-Filipina dan apakahtindakan yang dilakukan oleh Kerajaan untuk menghalang kegiatan-kegiatan mereka.

*7. Tuan Haji Dol bin Dolah minta Menteri Pertahanan menyatakan berapa banyakkes kecurian senjata api sejak kebelakangan ini dan apakah tindakan Kementerianuntuk mengatasi masalah ini.

*8. Puan Hajjah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) sama ada pihak Kerajaan telah bersedia dengan segala kepakaran yang akanbersaingan dalam bidang industri di negara ini-pada abad yang ke-21 nanti.

(b) adakah usaha-usaha di antara semua pihak yang terlibat-Industri, Universitidan Kerajaan membentuk satu kurikulum yang akan memberi manfaat bagikeperluan industri negara ini-pada abad yang ke-21 nanti.

*9. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) jumlah penduduk Malaysia ditakrif tergulung sebagai rakyat termiskin; dan

(b) daripada jumlah yang dikenalpasti itu, berapa ramai Orang Asli.

*10. Tuan Johan Ghani @ Christopher minta Menteri Pembangunan Luar Bandarmenyatakan apakah rancangan untuk mengatasi kemiskinan di kawasan luar bandarkhasnya di Sabah.

*11. Tuan Haji Abd. Majid bin Haji Abdullah minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri inenyatakan:

(a) adakah dasar Perindustrian Negara akan dipinda atau diubahsuai bagimenghadapi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Wawasan 2020; dan

(b) apakah pencapaian dan penglibatan rakyat negara ini khasnya Bumiputeramelalui dasar Perindustrian yang ada.

*12. Tuan K. Munisamy minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakansama ada di kawasan yang terdapat penduduk kaum India dan China, wakil kaum Chinadan India dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa Keselamatan dan KemajuanKampung (JKKK) yang ditubuhkan. Sekiranya tidak, adakah Kementerian bercadanguntuk berbuat demikian pada masa hadapan kelak.

*13. Tuan Mohd . Wajdi bin Dato Hj Ishak minta Menteri Dalam Negerimenyatakan:

(a) sejauhmana langkah-langkah telah diatur bagi memastikan pendatang tanpaizin terutamanya dari Indonesia tidak lagi berminat untuk datang lagi keMalaysia;

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box

3

(b) berapakah jumlah mereka yang telah dihantar pulang untuk tempoh 3 tahunkebelakangan ini; dan

(c) siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas menghantarpulang pendatang tanpa izin tersebut.

*14. Tuan K. Vijayanathan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlahpermohonan-permohonan bagi Kewarganegaraan Malaysia yang masih belumdiluluskan dalam mana pemohon-pemohon telah pun lulus ujian Bahasa Malaysia; danapakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk mempercepatkanproses meluluskan permohonan-permohonan ini.

*15. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Perdana Menteri menyatakan apakahkos untuk mencapai Wawasan 2020, dan apakah risikonya.

*16. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Luar Negeri menyatakan bagaimanalawatan ke Amerika Selatan baru-baru ini menafaatkan negara kita:

(a) apakah hasil lawatan tersebut;

(b) adakah lawatan tersebut berjaya membawa masuk pelaburan asing danberapakah nilai pelaburannya; dan

(c) apakah potensi pelaburan di negeri Amerika Selatan dan adakah Kerajaan kitamenggalakkan usahawan kita berlabur di sana. Jika ya, apakah insentif yangakan diberi oleh Kerajaan.

*17. Puan Hajjah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Kerja Raya

menyatakan:

(a) mengapakah masih terdapat keadaan lebuhraya yang masih tidak rata danmerbahaya kepada pengguna lebuh raya;

(b) apakah tindakan yang akan diambil terhadap sesiapa yang memotong pagarlebuhraya dan mengapakah masih terdapat pagar lebuhraya yang dipotongtidak dibaiki; dan

(c) apakah masalah-masalah yang ujud di antara Kerajaan Pusat dan negeriberkaitan dengan ambil alih penggunaan air oleh Kerajan Pusat.

*18. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasimenyatakan:

(a) sama ada kita mempunyai sebarang undang-undang untuk menghentikanpemaju perumahan dari menggadai semula (menggadai janji; cagaran)bangunan yang telah dibayar penuh/separuh oleh pembeli tanpa mendapatkebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Kalautidak, sama ada Kementerian bercadang menggubal satu undang-undang untukmelindungi kepentingan pembeli-pembeli kini dan pembeli-pembeli akandatang;

(b) sewaktu menunggu undang-undang itu untuk dilaksanakan, bolehkah pembelimemohon perintah mahkamah untuk menghalang pemaju perumahan darimenggadai bangunan yang telah dibeli itu; dan

4

(c) kalau seorang pembeli tidak boleh kaveat bangunan yang telah diselesaikanbayarannya, apakah perlindungan yang ada pada pembeli demi memastikansupaya pemaju perumahan itu tidak mempergunakan keadaan tersebut denganmenggunakan wang yang diterima dari pembeli dan menggadaikan hakmilikbangunan itu untuk meminjam wang dari bank demi tujuan lain.

*19. Jen . (B) Tan Sri Dato ' Mohd . Ghazali Seth minta Menteri Sumber Manusiamenyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi kekurangan sumbermanusia yang dihadapi oleh industri-industri dalam Lembah Kelang di Selangor, PasirGudang di Johor dan yang lain-lain akibat dari pembukaan kilang-kilang barn dua atautiga tahun ini. Keadaan ini telah mengakibatkan kos gaji semakin meningkat danmungkin menjadikan kos pengeluaran di masa hadapan hilang daya bersaingannya.Keadaan ini amat meruncing sekali dalam jawatan-jawatan "skilled" dan "semi-skilled".

*20. Puan Hajjah Habidah binti Jusoh @ Yusof minta Perdana Menterimenyatakan bolehkah mana-mana kerajaan negeri mengisytiharkan keluar dari

Malaysia.

*21. Tuan Abdul Rashid bin Ismail minta Menteri Tenaga, Telekom dan Posmenyatakan:

(a) sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaan Sekim Bekalan Elektrik yangsedang dilaksanakan di estet-estet di seluruh negara; dan

(b) apakah tindakan Kementerian terhadap majikan-majikan Ladang yang tidakmahu menyertai Sekim Bekalan Elektrik untuk membekalkan Elektrik bagirumah-rumah yang didiami oleh pekerja-pekerja ladang.

*22. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapa ramaikah orang awam yang terlibat dalam Skim Cepat Kaya serta wangyang terkumpul oleh skim ini;

(b) apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap sindikit SkimCepat Kaya ini khasnya harta benda skim itu; dan

(c) adakah kakitangan Kerajaan terlibat dalam sindikit Skim Cepat Kaya.

*23. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Kewangan menyatakan mengenaibeberapa aduan yang telah dibuat oleh rakyat tentang pemalsuan kad kredit baru-baruini.

(a) tindakan yang diambil untuk membenteras jenayah ini;

(b) setakat kini (i) berapa pemegang kad kredit yang menjadi mangsa dan (ii)jumlah wang yang hilang atau ditipukan;

(c) jumlah kad kredit palsu yang telah dikesan;

(d) punca-punca pemalsuan kad kredit dan sindiket-sindiket yang terlibat;

(e) tindakan-tindakan yang diambil untuk melindungi hak-hak pemegang kad-kadkredit; dan

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box

5

(f) berapa jenis kad kredit yang digunakan di negara kita dan apakah gunanyasetiap jenis.

*24. Tuan Haji Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad minta Menteri Tenaga,Telekom dan Pos menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang dibuat olehSyarikat Telekom Malaysia Berhad untuk melatih para pekerja Bumiputeramemahirkan diri dengan tahap "hi-tech" dalam bidang telekomunikasi di syarikatberkenaan.

*25. Puan Kalthom binti Haji Othman minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) bilangan anggota rombongan Perdana Menteri ke Argentina, Brazil dan Chilepada hujung Jun lalu. Sila butirkan mengikut kakitangan Kerajaan dan swasta;

(b) bilangan anggota rombongan atas kapasiti peribadi dan siapa mereka. Apakahpertimbangan yang dibuat maka mereka disertakan;

(c) sila huraikan kedudukan anggota rombongan yang mewakili swasta, daripertubuhan mana dan sebab-sebab mereka disertakan;

(d) siapakah yang menanggung perbelanjaan mereka;

(e) berapakah jumlah perbelanjaan rombongan itu; dan

(f) apakah hasil dan persetujuan yang dicapai dari kunjungan itu.

*26. Tuan Azman Attar bin Othman minta Perdana Menteri menyatakan sama adausaha-usaha berbentuk kebajikan seperti memberi hadiah-hadiah menunaikan fardhuhaji percuma kepada rakyat termiskin di Malaysia dan memberi biasiswa khas kepadapelajar-pelajar miskin tanpa mengira agama di institusi pengajian rendah, menengahdan tinggi sebagai usaha untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia menyimpan wangdi Tabung Haji. Jika bersetuju, bilakah tindakan positif ini dapat dijalankan

*27. Tuan V. K. Sellappan minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) berapakah guru-guru yang sedang berkhidmat di S.R.J.K. (Tamil);

(b) bilangan guru tidak terlatih yang masih berkhidmat pada 31.3.1991 di S.R.J.K.(Tamil); dan

(c) apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untukmengatasi masalah kekurangan guru-guru terlatih di S.R.J.K. (Tamil) di manaperkara ini telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu.

*28. Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) adakah lagi lesen judi TOTO beroperasi di seluruh negara;

(b) kalau ada, berapa banyak Lesen Jual TOTO yang telah dikeluarkan seluruhnegara; dan

(c) adakah Kerajaan bercadang hendak mengharamkan Lesen Judi TOTO.

6

*29. Tuan Isli Haji Siput minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) sama ada akan membenarkan lebih banyak pengusaha-pengusaha Ferimenambah jumlah kapal-kapal bagi menampong penambahan pengguna diWilayah Persekutuan Labuan; dan

(b) adakah Kerajaan Pusat bercadang untuk mengambil alih Perkhidmatan FeriSabah ke Wilayah Persekutuan Labuan yang dibawah Pentadbiran KerajaanNegeri sekarang ini bagi meningkatkan perkhidmatan.

*30. Dato ' Tan Tiew Bock minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apatindakan telah dan akan diambil terhadap gejala kurang sihat dan kian teruk dalampasaran buruh, di mana pendatang haram berpusu-pusu masuk dan merebut peluangpekerjaan di negeri kita, sedangkan warganegara kita berebut-rebut merantauke negeri orang untuk mencari nafkah.

*31. Dato ' Azumu bin Tak minta Menteri Pengangkutan menyatakan tentang alatpendaratan kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, apabila di-dapati tidak berfungsi setelah baru dipasang oleh pembekalnya.

*32. Puan Hajjah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri Dalam Negerimenyatakan - adakah seorang pemimpin pelajar dari Malaysia iaitu - Hishamuddin Raistelah membuat permohonan untuk balik ke Malaysia. Jika ada, apakah pihak Kerajaanakan memberi kebenaran itu atau tidak.

*33. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Perdana Menteri menyatakan, bilangan(jumlah) Orang Ash telah menerima bantuan-bantuan dan kemudahan asas rakyattermiskin, mengikutNegeri di seluruh Semenanjung, semenjakprogram ini dilancarkanhingga kini.

*34. Tuan Haji Abd. Majid bin Haji Abdullah minta Menteri kehakimanmenyatakan apakah perlunya juri digunakan dalam sesuatu perbicaraan kes bunuh danadakah Kerajaan bercadang untuk memansuhkan sistem ini; dan

(a) apakah kriteria yang diperlukan bagi melantik seseorang menjadi ahli juri;

(b) berapa lama tempoh khidmat seseorang juri; dan

(c) kes bunuh yang bagaimana yang memerlukan juri dalam sesuatu perbicaraan.

*35. Tuan K . Munisamy minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sama adabeliau sedar bahawa majikan di estet-estet dan kilang-kilang yang mengambil pekerjaatas dasar kontrak tidak memberi kemudahan perubatan dan perumahan, carumanKWSP dan SOCSO kepada pekerja-pekerja ini. Jika ya, adakah Kementerian Buruhbercadang untuk mengambil tindakan supaya pekerja kontrak juga diberi kemudahan-kemudahan tersebut.

*36. Tuan Mohd . Wajdi bin Dato Hj. Ishak minta Menteri Perdagangan

Antarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) selepas tamat Dasar Ekonomi Baru berapa peratus jumlah Saham Bumiputeradalam syarikat-syarikat yang berdaftar di Pasaran Saham. Sebutkan peratusanyang dipegang oleh Bumiputera secara persendirian dan pemilikan oleh agensi-agensi Kerajaan;

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box

7

(b) apakah langkah-langkah yang dicadangkan oleh Kementerian untukmemastikan pada setiap masa dan ketika ekuiti Bumiputera di dalam syarikatyang berdaftar di Pasaran Saham sentiasa mencapai taraf 30%; dan

(c) memandangkan telah banyak Bumiputera yang telah berkesanggupan untukmemegang ekuiti dan aktif di bidang korperat, maka adakah menjadi hasratkerajaan untuk mengutamakan pemberian hak saham Bumiputera kepadaindividu dan tidak hanya kepada agensi Bumiputera Kerajaan dan Perbadanan-Perbadanan Kerajaan sepertimana yang dilakukan ketika ini.

*37. Tuan K . Vijayanathan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan selarasdengan keputusan Kerajaan untuk membenarkan bekas Ahli-ahli Parti Komunis Malayayang tak wujud lagi untuk mengambil bahagian dalam politik adakah Kerajaan yakinbahawa walaupun mereka telah menghentikan perjuangan peperangan senjata merekauntuk menwujudkan suatu negara Komunis, mereka tidak akan memulakan sesuatu atasperlanjutan politik baru dalam negara ini berdasarkan kepada polisi-polisi, idealogi-idealogi dan prinsip mereka yang asal.

*38. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) apakah masalah Kota Shahbandar di Pahang hinggakan perkampungan tersebutdidapati seolah-olah ditinggal seperti `Ghost Town' dan

(b) apakah tindakan Kerajaan untuk mengelakkan kejadian seperti ini menjalar keperkampungan lain anjuran Kerajaan, lama ada Kerajaan Negeri atau KerajaanPusat.

*39. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi

menyatakan:

(a) samada kondominium-kondominum dan lot komersial berikut telahdikeluarkan hakmilik strata:

Bangunan Apera ULG, Crescent Court, Cuepacs Apartment, Faber Ria, FaberHeights, Wangsa Ria, O.G.Heights, Fortuna Court, Desa Kudalari, TivoliVillas, Bangsar Puteri, Wisma Damansara Heights; Kalau tidak, nyatakansebab-sebab di atas kelewatan pemberian hakmilik strata kepada pemilik-pemilik kondomium-kondomium dan lot komersial.

(b) lama ada Kerajaan akan menguatkuasakan Seksyen 8 Akta Hakmilik Strata1985 dengan tegasnya demi memastikan supaya pemaju perumahan memohonhakmilik strata dalam tempoh 6 bulan selepas bangunan itu siap dibina.

*40. Jen . (B) Tan Sri Dato ' Mohd . Ghazali Seth mintaPerdana Menteri menyatakan

bagaimanakah Kerajaan memastikan dalam menyusun semula guna tenaga manusiasupaya adil, saksama dan tidak timbul di mana golongan Bumiputra hanya menjadihiasan "quantity" sahaja sedangkan segmen-segmen "quality" masih lagi nampaknyadimonopoli oleh golongan bukan Bumiputra, dengan melebihi quota yang sepatutnya.Hakikat ini barns diberi perhatian oleh kerana strategi Kerajaan dalam DPB akanmengurangkan penglibatan Bumiputra dalam bidang pertanian dari 37.4% pada tahun1990 ke 26.6% pada tahun 2000. Ini bermakna penghijrahan pasti berlaku dari kampungke bandar untuk memenuhi "quantity" yang diadakan.

8

*41. Tuan Abdul Rashid bin Ismail minta Menteri Kehakiman menyatakan adakahpihak Kementerian bercadang untuk mengambil Jurubahasa bagi mengatasi masalahbanyaknya kes-kes tertangguh di Mahkamah terutama di negeri-negeri Pantai Barat.

*42. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) apakah sekatan-sekatan yang dikenakan kepada bekas ahli komunis yang inginpulang ke Malaysia; dan

(h) adakah ahli-ahli komunis ini dibenarkan membawa harta-benda mereka pulangke Malaysia.

*43. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatanmenyatakan berhubung dengan mengkaji semula lokasi semua jenis kilang terutamayang dibina 10 tahun dahulu dari segi keselamatan dan kesihatan penduduk-pendudukdi persekitarannya.

(a) jumlah kilang dan jenisnya yadg telah dipindahkan;

(h) sebab-sebab masih ada kilang yang menjejaskan kesihatan penduduk sepertikilang papan beroperasi berhampiran beberapa buah kawasan perumahan dibandaraya; dan

(c) apakah bahaya yang mungkin menimpa pada penduduk-penduduk yang tinggalberdekatan sebuah kilang papan, kilang getah atau kilang simen.

*44. Tuan Haji Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad minta Menteri KerjaRaya menyatakan perkembangan lanjut mengenai kerja-kerja memperbaiki, menurapdan melebarkan jalanraya-jalanraya di Sarawak oleh beberapa kontraktor barn yangdiberikan tugas untuk menggantikan kontraktor-kontraktor lama yang gagalmenjalankan kerja mereka.

*45. Tuan V. K. Sellappan minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi mengatasi masalah kekurangan guru-guruBahasa Tamil pada peringkat sekolah menengah. Walaupun terdapat cukup bilanganpelajar-pelajar yang mengambil Bahasa Tamil, mengapakah Kementerian Pendidikanmasih belum menghantar guru-guru Bahasa Tamil sepenuh masa ke sekolah menengahyang memenuhi syaratnya.

*46. Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) masih adakah lagi lesen Judi Empat Nombor Ekor diluluskan;

(h) beberapa bilangan lesen itu telah diluluskan seluruh negara; dan

(c) berapa banyak lesen itu diberikan kepada ejen-ejen di Bandar dan berapa puladiberi ke luar Bandar.

*47. Dato' Tan Tiew Bock minta Menteri Penerangan menyatakan sama ada beliausedar bahawa rakyat Malaysia termasuk bukan kaum Cina kebanyakannya gemar akanfilem-filem Cina yang disiarkan oleh RTM dan TV3, jika ia:

(a) kenapa kadar tayangan filem Cina dikurangkan;

(b) adakah tayangan tersebut akan digantikan dengan filem-filem tempatan; dan

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box

9

(c) apa langkah telah diambil untuk menjayakan pencapaian matlamat di mana80% dari siaran televisyen Malaysia adalah program-program tempatanmenjelang tahun 2000.

*48. Dato ' William Chek Lin Kwai minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) sama ada Kerajaan bercadang untuk membantu kaum bukan Bumiputera dalambidang-bidang tertentu dimana mereka masih ketinggalan seperti yang tercatatdalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2); dan

(b) jika ya, bagaimana.

*49. Tuan Ng Peng Hay minta Perdana Menteri menyatakan apakah objektif utamaDasar Pembangunan Baru:

(a) bagaimana DPB akan menafaatkan rakyat dan membawakan kemajuan danpembangunan negara; dan

(b) apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian supaya memastikan DPBdilaksanakan dengan berjaya dan di samping itu menarik lebih ramai pelaburasing ke negara kita.

10

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL

1. Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini,

menyedari kemajuan pesat yang telah dicapai dalam pembangunan sosio-ekonomi negara bagi tempoh dua puluh tahun yang lalu di bawah RangkaRancangan jangka Panjang Pertama, 1971-90 dan Dasar Ekonomi Baru;

mengambil maklum dan merestui usaha-usaha Kerajaan yang berterusan dalammelaksanakan dasar-dasar, strategi-strategi, dan program-program untukmencapai matlamat Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama, menerusiDasar Ekonomi Baru, bagi mencapai perpaduan negara serta mengekalkanpembangunan yang stabil dan berterusan di dalam persekitaran yang aman,stabil dan selamat;

melulus dan menyetujui Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, 1991-2000 dan Dasar Pembangunan Nasional, yang menetapkan matlamatpembangunan negara dan dasar-dasar yang akan diikuti di dalam usaha negaramencapai matlamat yang dirancangkan untuk dekad akan datang seperti yangditetapkan di dalam Kertas Perintah Bil. 8 Tahun 1991;

Bahawa, dalam meluluskan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua danDasar Pembangunan Nasional, Dewan ini menyeru semua rakyat Malaysia dariberbagai lapisan masyarakat bekerja dengan lebih gigih dan bersediamenghadapi cabaran-cabaran sosio-ekonomi dan politik masa depan selarasdengan semangat Rukunegara dan bersama-sama bersatupadu dalam usaha yangberterusan untuk membangunkan sebuah negara yang adil, progresif - danberdayatahan.

2.* (DR. 12/90) Rang Undang-undang PerbekalanTambahan (1990 dan 1991)

Bacaan KaliYang Kedua

3.* (DR. 16/91) Rang Undang-undang BankNegara Malaysia (Pindaan)

Bacaan KaliYang Kedua

4.* (DR. 19/91) Rang Undang-undang KelabLumba Kuda (AmbiltanganAwam) (Pindaan dan Perluasan)

Bacaan KaliYang Kedua

5.* (DR. 10/91) Rang Undang-undangMahkamah-Mahkamah AnakNegeri (Bidang KuasaJenayah)

Bacaan KaliYang Kedua

6.* (DR. 13/9 1) Rang Undang-undangPenerbangan Awam(Pindaan)

Bacaan KaliYang Kedua

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box

11

7.* (DR.14/91) Rang Undang-undang Perkhidmatan-Perkhidmatan Lapangan Terbang danPenerbangan (Syarikat Pengendali)

Bacaan KaliYang Kedua

8.* (DR.21/91) Rang Undang-undang Keretapi Bacaan KaliYang Kedua

9.* (DR. 22/91) Rang Undang-undang Keretapi(Syarikat Pengganti)

Bacaan KaliYang Kedua

10.* (DR. 17/91) Rang Undang-undang Optik Bacaan KaliYang Kedua

11.* (DR.11/91) Rang Undang-undang KerajaanTempatan (Pindaan)

Bacaan KaliYang Kedua

12.* (DR. 23/91) Rang Undang-undang PerkhidmatanPos

Bacaan KaliYang Kedua

13.* (DR. 24/91) Rang Undang-undang PerkhidmatanPos (Syarikat Pengganti)

Bacaan KaliYang Kedua

14.* (DR. 8/91) Rang Undang-undang PerlindunganKanak-kanak

Bacaan KaliYang Kedua

15.* (DR. 18/91) Rang Undang-undang LembagaLoteri Perkhidmatan Masyarakatdan Kebajikan (Pembubaran)

Bacaan KaliYang Kedua

16.* (DR. 9/91) Rang Undang-undang PengambilanTanah (Pindaan)

Bacaan KaliYang Kedua

17.* (DR. 25/91) Rang Undang-undang Petroleum(langkah-langkah Keselamatan)(Pindaan)

Bacaan KaliYang Kedua

18.* (DR. 15/91) Rang Undang-undang Ahli Parlimen(Saraan) (Pindaan)

Bacaan KaliYang Kedua

*Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dipertimbangkan pada semua peringkat oleh DewanNegara tertakluk kepada Rang Undang-undang tersebut diserahkan oleh Dewan Rakyat

12

PEMBERITAHU USUL

Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini

menyedari pertumbuhan pesat ekonomi negara dan pencapaian yang ketara kearah matlamat sosio-ekonomi dalam tempoh perlaksanaan Rancangan MalaysiaKelima;

merestui usaha-usaha Kerajaan melaksanakan Dasar Pembangunan Nasionalbagi mencapai pembangunan seimbang berasaskan kepada pertumbuhan denganpengagihan yang saksama dan matlamat yang terkandung di dalam RangkaRancangan Jangka Panjang Kedua;

meluluskan Rancangan Malaysia Keenam yang dirangka untuk melaksanakanstrategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi mencapai matlamat danmemenuhi tanggungjawab kita dalam Dasar Pembangunan Nasional, seperti yangdibentangkan dalam Kertas Perintah Bil. 9 Tahun 1991;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Keenam, Dewan ini menyerusemua rakyat Malaysia dari segenap lapisan untuk terus berusaha dengan lebihgigih dan penuh keazaman selaras dengan hasrat Rukunegara, ke arahmewujudkan masyarakat yang bersatupadu dan adil serta membentuk sebuahnegara yang progresif dan teguh.

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box

13

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAMMESYUARAT

Tahun 1991

ST.12 Laporan Tahunan 1988

PERDA (Penang Regional DevelopmentAuthority)

Tarikh dibentang

24hb. Julai, 1991

ST. 19

ST. 24

ST. 28

ST. 31

ST. 36

ST. 42

ST. 44

ST. 48

ST. 48A

ST. 49

Laporan Tahunan LKIM 1988Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

Laporan Tahunan 1988Lembaga Pelabuhan Bintulu

Laporan Tahunan 1989Maktab Kerjasama Malaysia

Laporan Tahunan 1989Lembaga Kemajuan PertanianKemubu (KADA)

Laporan Tahunan 1988Lembaga Pertubuhan Peladang

Laporan Perusahaan

Nanas Tanah Melayu -

Laporan Tahunan 1989

Lembaga BuruhPelabuhan Pulau PinangLaporan Tahunan danAkaun 1989

Laporan Tahunan 1988

Port Klang

Penyata Kewangan 1988Port Klang

Laporan Tahunan 1988Kumpulan Wang PusatPerdagangan Laut

24hb. Julai, 1991.

24hb. Julai, 1991.

24hb. Julai, 1991

24hb. Julai, 1991

24hb. Julai, 1991

24hb. Julai, 1991

24hb. Julai, 1991

24hb. Julai, 1991

24hb. Julai, 1991

24hb. Julai, 1991

ST. 50 Laporan Tahunan 1988 24hb. Julai, 1991KTM - Keretapi TanahMelayu

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box

14

CMD. 8 Rangka RancanganJangka Panjang Kedua/TheSecond Outline PerspectivePlan (1991 - 2000)

CMD. 9 Rancangan MalaysiaPlan/Sixth MalaysiaPlan (1991 - 1995)

24hb. Julai, 1991

24hb. Julai, 1991

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box

15

PERTANYAAN-PERTANYAAN BUKAN BAGI JAWAB MULUT

1. Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Penerangan menyatakan

adakah Kementerian Penerangan akan menghapuskan tayangan filem-filem dan iklan-iklan yang merosakkan akhlak dan Budaya Rakyat Negara ini.

2. Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Pengangkutan menyatakanadakah Kerajaan Persekutuan bercadang hendak membesarkan Lapangan Terbang BatuBerendam untuk membolehkan Pesawat Boeing turun di situ.

3. Tuan Haji Abd. Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Belia dan Sukan

menyatakan: '

(a) kenapakah Kementerian tidak bertindak lebih awal terhadap KOBENA yangtidak mengadakan mesyuarat Agong beberapa tahun dan mengalami kerugianterkumpul sebanyak 100 juta ringgit; dan

(b) selain dari Kementerian Belia dan Sukan apakah Jabatan yang terlibatmengawasi KOBENA.

4. Tuan Haji Abd . Majid bin Haji Abdullah minta Perdana Menteri menyatakanapakah langkah yang diambil bagi menyekat 200 orang pelajar setiap bulan cubamengambil dadah menurut kenyataan Pengarah Pasukan Petugas Anti Dadah Jabatan

Perdana Menteri.

5. Tuan Haji Abd. Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pendidikan

menyatakan, tidakkah Kementerian bercadang untuk membantu tokoh-tokoh sasteradan pendidik tanah air melalui badan badan penulis di negara ini di mana terdapattokoh-tokoh yang pada satu masa di sanjung tetapi masa ini dalam kesempitan hidupseperti Che'gu Ahmad Kutot di Negeri Pahang Darulmakmur.

6. Tuan Haji Abd. Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Tenaga Telekom dan

Pos menyatakan:

(a) bilakah Kerajaan akan mengkaji tarif bayaran Talipon Luar Bandar yang tinggi

sekarang ini; dan

(h) bayaran sambong talipon yang dipotong $50.00 hendaklah dikurangkan kepada

$20.00 sahaja.

7. Tuan Haji Abd. Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) apakah Kementerian sedar bahawa Nelayan Bubu di Tg. Genting MersingJohor terancam hidup mereka kerana dilarang membubu di sekitar pulau diMersing, sedangkan pekerjaan itu telah turun temurun di lakukan; dan

(b) adakah Kerajaan memberikan ganti rugi atau subsidi kepada nelayan tersebutlebih 40 keluarga yang terlibat yang telah mengeluarkan modal lebih

$10,000.00 setiap seorang nelayan.

16

8. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan daripada421 permohonan Warga Negara Malaysia bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM)yang ingin kembali ke Malaysia, berapa ramai dikenalpasti terdiri daripada Orang Ash(jika ada).

9. Tuan K. Munisamy minta Menteri Pertahanan menyatakan helikopter Nuriterhempas baru-baru ini di Banting, Perak yang mengakibatkan kematian beberapaorang, apakah langkah yang diambil untuk mengelakkan perkara begini berulang lagi.

10. Tuan K . Munisamy minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakansamada Tenaga National Berhad (TNS) boleh membekal elektrik ke kawasan setinggandan ke rumah-rumah di tanah hakmilik secara kumpulan. Jika tidak kenapa.

11. Tuan K . Munisamy minta Menteri Pendidikan menyatakan prestasi murid-murid yang belajar di SK/SRK dan SRJK(C) dan SRJK(T) mengikut matapelajarandalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 1988, 1989 dan 1990.

12. Tuan K. Munisamy minta Menteri Sumber Manusia menyatakan samadaamalan di mana estet yang luasnya 500 ekar dengan mendapat bekalan elektrik secarapercuma dari Kerajaan manakala estet yang luasnya lebih dari 500 hingga 1,000 ekar,bekalan elektrik dikongsi oleh Kementerian, Tenaga Nasional dan pengurusan estatemasih diteruskan. Jika tidak kenapa.

13. Tuan K. Munisamy minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yangdiambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki posisi ekonomi keseluruhan rakyatketurunan India di negara ini memandangkan 'OPP' telah mengenalpasti kumpulan inisebagai kumpulan yang kurang maju dari segi ekonomi.

14. Tuan K . Munisamy minta Menteri Pendidikan menyatakan kemajuan yangtelah dicapai dalam bidang pembelajaran Komputer. Nyatakan juga jumlah sekolahyang mempunyai pelajaran Komputer dan apakah tahapnya.

15. Tuan K . Munisamy minta Menteri Sumber Manusia menyatakan samadabeliau sedar masih terdapat majikan-majikan di estet-estet dan juga kilang-kilang yangtidak membuat caruman kepada KWSP dan SOCSO bagi pekerja-pekerjanya. Pekerja-pekerja juga tidak diberi lain-lain kemudahan seperti perubatan dan perumahan.Adakah Kementerian Sumber Manusia bercadang mengadakan satu operasi di seluruhnegara untuk mengesan majikan-majikan yang mengabaikan tanggungjawab mereka.

16. Tuan K. Munisamy minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) sama ada benar atau tidak Universiti Sains Malaysia telah mereka suatu`software' yang boleh membantu dalam penterjemahan Bahasa Malaysia keBahasa Inggeris dan sebaliknya; dan

(b) jika benar, bilakah `software' itu dipasarkan untuk kegunaan awam.

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box

17

17. Tuan K. Munisamy minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada benaratau tidak prestasi pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi telah merosotdibandingkan dengan prestasi pendidikan tahun 80an. Jika benar, apakah sebabnya.Jika tidak benar, nyatakan buktinya.

18. Tuan K. Munisamy minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada beliausedar sekolah sekolah Tamil di negara ini amat kekurangan guru dan apakah nisbahguru sandaran di sekolah-sekolah tersebut. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaanuntuk mengatasi masalah ini.

19. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) bilangan meter tempat meletak kereta di bandaraya utama khasnya KualaLumpur yang dirosakkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab padatahun 1990 dan jumlah kerugiannya;

(b)

(c)

langkah-langkah yang diambil oleh pihak yang berkuasa untuk mengatasimasalah ini; dan

adakah benar bahawa penagih-penagih dadah telah memanipulasikan meter-meter meletak kereta dan menuntut wang yang tidak sah di sisi undang-undangdari pemandu kereta yang meletak kereta. Kalau benar, nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini.

20. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Kewangan menyatakan lama adaKerajaan bercadang mengambil langkah untuk memperbaiki amalan yang kinidipraktikkan oleh kebanyakan bank komersial mengenai penggunaan kad Mesin TellerAutomatik memandangkan bahawa banyak aduan telah dibuat mengenai kehilanganwang pemegang akaun tanpa pengetahun mereka biarpun tindakan berjaga-jaga diambiloleh mereka.

21. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan

(a) bilangan peserta yang sedang mengikuti kursus di Pusat Latihan KemahiranTinggi Sepang sejak pembukaannya;

(b) kriteria pemilihan yang digunakan untuk peserta-peserta yang ingin mengikutikursus di sang; dan

(c) jenis kursus yang ditawarkan sehingga hari ini.

22. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Belia dan Sukan menyatakanmenyedari bahawa belia hari ini adalah pemimpin masa depan negara:

(a) setakat manakah seriusnya masalah pengaliran belia ke luar negeri; dan

(b) apakah langkah yang diambil untuk menyekat pengaliran belia demimendorong mereka menetap serta bekerja di negara ini.

18

23. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Perdagangan Antarabangsa danIndustri menyatakan setakat manakah progress konsep Nusa Tiga yang melibatkannegara Singapura, Johor dan Pulau Batam di Indonesia. Apakah masalah yang dijangkaakan mungkin akan dihadapi oleh negara kita setelah konsep ini direalisasikan.

24. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Pendidikan memandangkan usahakerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju pada tahun2020, dan menyedari bahawa pendidikan memainkan satu peranan yang penting untukmencapai matlamat ini:

(a) apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikanmasalah kekurangan serius guru-guru terlatih di SR(J)K Cina di negara inimemandangkan bahawa sekolah-sekolah ini sekarang kekurangan lebih dari4,000 orang guru terlatih; dan

(b) adakah kerajaan bercadang untuk mengesahkan perkhidmatan lebih dari 4,000orang guru sementara yang tidak berpeluang mengikuti latihan di MaktabPerguruan.

25. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatanmenyatakan lama ada:

(a) cara-cara pembuangan sampah-sarap yang betul dan bersih telah dipraktikkanoleh pihak-pihak berkenaan yang mengutip sampah-sarap dari rumah kerumah;

(b) kerajaan telah mengamalkan satu cara moden untuk membuang sampah;

(c) cara yang dipraktikkan sekarang mengakibatkan pencemaran udara ataumenimbulkan sebarang ancaman kepada kesihatan orang ramai; dan

(d) kerajaan bercadang mengamalkan cara moden untuk memproses semulasampah-sarap supaya menjadi bahan-bahan yang berguna contohnya bajauntuk peladang kita mempertingkatkan produktiviti pertanian sebagaimanayang dilakukan oleh negara-negara maju.

26. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Kerjaraya menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan sejak 5 tahun yang lepas untuk membinaempangan air demi mengekalkan bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan orangramai. Kenapakah Malaysia, sebagai sebuah negara yang beriklim tropika danmempunyai cuaca lembap boleh menghadapi masalah kekurangan air di setengahkawasan.

27. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan

(a) jumlah pengawas peperiksaan yang terlibat dalam:

(i) Peperiksaan SRP

(ii) Peperiksaan SPM

(iii) Peperiksaan STPM pada 1990;

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box

19

(b) adakah peperiksaan-peperiksaan SRP, SPM dan STPM dijalankan pada haripersekolahan atau cuti sekolah; dan

(c) adakah sesuatu garis panduan untuk memilih pengawas-pengawas peperiksaansupaya setiap guru diberi tugas pengawasan yang adil terutamanya untukpeperiksaan yang diadakan pada cuti sekolah.

28. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) setakat sekarang:

(i) jumlah sekolah Kerajaan;

(ii) Institusi pengkajan swasta di negara kita;

(b) jumlah sekolah atau institusi yang berada di bangunan yang sangat buruk; dan

(c) tindakan-tindakan yang diambil terhadap sekolah-sekolah atau institusi-institusi yang berada di bangunan-bangunan yang tidak selamat.

29. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Perpaduan Negara dan PembangunanMasyarakat menyatakan:

(a) kini, berapa rumah kebajikan untuk kanak-kanak dan orang tua:

(i) diuruskan oleh Kerajaan;

(ii) diuruskan oleh swasta yang

(1) berlesen;

(2) tidak berlesen atau haram di Malaysia;

(b) tindakan-tindakan diambil terhadap pihak rumah-rumah kebajikan yangharam; dan

(c) tindakan-tindakan yang diambil untuk memperbaiki pentadbiran yang lemahdi rumah-rumah kebajikan tertentu.

30. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan sejakimplimentasi Dua Skim untuk guru-guru, banyak usaha telah dijalankan untukmeningkatkan profesion itu iaitu menghadiri seberapa banyak kursus yang boleh:

(a) sehingga kini berapa jumlah kursus (sehari hingga 3 bulan) yang telahdijalankan dan jumlah guru yang telah menghadiri kursus-kursus itu;

(b) apakah syarat-syaratnya untuk pemilihan guru; dan

(c) adakah guru-guru yang ditolak kerana umurnya.

31. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berhubungdengan kawalan Sistem Salleh pada 60an yang telah lengkap. Sistem itu menggunakan`pondok' atau pusat kawalan yang dibina di tempat strategik atau di tempat yang selaluberlaku kesalahan jenayah:

(a) sebab-sebab Sistem Salleh itu lenyap pada 70 an sedangkan sistem itu amatberkesan untuk merapatkan perhubungan antara orang awam dengan pihakpolis;

20

(b) adakah rancangan-rancangan untuk memulihkan Sistem Salleh atau sistemyang mirip padanya;

(c) apakah fakta-fakta yang perlu ditimbangkan untuk mendirikan sebuah balaipolis di sesuatu kawasan;

(d) apakah kadar anggota polis kepada orang awam;

(e) apakah kadar yang paling memuaskan demi keselamatan rakyat; dan

(f) cara-cara untuk mencapai kadar yang ideal itu.

32. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Pengangkutan menyatakan perkembanganpenswastaan Jeti Tanjung Bruas Melaka:

(a) siapakah syarikat yang berjaya mendapat kontrak penswastaan tersebut danapakah pengalaman syarikat dalam bidang ini;

(h) berapakah nilai pelaburan yang dicadangkan oleh syarikat penswastaan untukmeningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan Jeti tersebut; dan

(c) adakah is akan dibesarkan untuk perkhidmatan kontena dan jika ya, bilakahboleh digunakan.

33. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan samadabeliau sedar bahawa ramai pekilang-pekilang menghadapi kekurangan perkhidmatanlori awam untuk mengangkut barang mereka;

(a) jika ya, apakah tindakan yang sedang/akan diambil untuk mengatasinya supayapara pekilang terutamanya pelabur asing tidak dipengaruhi; dan

(b) adakah permohonan permit C untuk lori-lori telah dibekukan; jika benar,

kenapa.

34. Tuan Ng Peng Hay minty Menteri Kerja Raya menyatakan bila LebuhrayaPagoh-Johor Baharu akan siap dibuka kepada lalulintas:

(a) adakah projek ini terlewat jika berbanding dengan cadangan jadual asal. Jikaterlewat apakah sebabnya; dan

(b) apa tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Kerja Raya terhadapsyarikat penswastaan PLUS kerana projek telah tergendala.

35. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelanconganmenyatakan berapa ramai pelancong-pelancong asing telah melawat ke Malaysia dalamtempoh separuh tahun pertama, 1991 berbanding dengan 1990, tahun melawatMalaysia. Di antara mereka daripada negara asing mana yang paling ramai melawat kenegara kita.

36. Tuan Ng Peng Hay minta Perdana Menteri menyatakan bilakah projek kilangpenapis minyak Petronas yang sedang dilaksanakan di Tangga Batu Melaka, akandisiapkan dan apakah langkah yang akan diambil oleh Jabatan Perdana Menteri supayamenjamin keselamatan dan kebajikan penduduk-penduduk di Melaka dari segi social,ekonomi dan fizikal.

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box

21

37. Tuan V. K. Sellappan minta Menteri Pendidikan menyatakan berapakah jumlahpengambilan guru-guru pelatih bagi latihan perguruan pada tahun 1991 bagi pendidikansekolah-sekolah rendah; dan apakah jumlah bilangan pengambilan guru-guru pelatihdalam kursus-kursus berikut:

(a) Pendidikan Bahasa Malaysia;

(b) Pendidikan Bahasa Inggeris;

(c) Pendidikan Bahasa Cina; dan

(d) Pendidikan Bahasa Tamil.

38. Tuan V. K. Sellappan minta Menteri Pendidikan menyatakan

(a) bilakah Pra sekolah akan dimulakan;

(b) adakah Pra sekolah ini akan dimulakan di S.R.J.K.(Tamil)dan S.R.J.K.(Cina).

39. Tuan V. K. Sellappan minta Menteri Pendidikan mengapa keputusan kabinetuntuk menempatkan `desk-officer' di Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengawasisekolah-sekolah Tamil dan Cina setakat ini masih belum dilaksanakan.

40. Tuan V. K. Sellappan minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk meningkatkan taraf Bahasa Inggeris diS.R.J.K. (Tamil).

41. Tuan V. K. Sellappan minta Menteri Pendidikan menyatakan dalamjangkamasa lima tahun dari sekarang:

(a) berapakah sekolah-sekolah S.R.J.K. (Tamil) yang akan mendapat bangunanbaru;

(b) berapakah bangunan sekolah sekolah S.R.J.K.(Tamil) yang akan diperbaharuiataupun diubahsuaikan; dan

(c) mengapakah kementerian kurang berhasrat untuk mempercepatkan proses

pembinaan, pembaharuan atau pun pengubahsuaian bangunan-bangunan

sekolah yang benar-benar memerlukannya pada tahun-tahun yang lepas.

42. Tuan V. K. Sellappan minta Menteri Pendidikan menyatakan dalam lawatanrasmi Menteri Pendidikan ke Daerah Sepang pada tahun 1990 Y.B. Dato' Sri AnuarIbrahim, Menteri Pendidikan pada masa itu, telah mengumumkan bahawa beliau akanmembina sebuah sekolah menengah asrama penuh didaerah Sepang, Selangor DarulEhsan. Apakah perkembangan terbaru mengenai pengumuman itu.

43. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakanmengapakah perkhidmatan pengedaran pos untuk Taman Teluk Merbau, DaerahSepang, Selangor Darul Ehsan belum diadakan. Taman Perumahan ini diletak dalamkawasan Majlis Daerah Sepang. Penduduk disini telah memohon beberapa kali sejaklima tahun dahulu tetapi masih tidak diberikan.

22

44. Tuan V. K. Sellappan minta Menteri Sumber Manusia menyatakan samadakementerian ingin membuat pindaan dalam syarat-syarat didalam Akta Buruh untukmenikmati kemudahan-kemudahan KWSP dan SOCSO kepada pekerja-pekerjakontrek, sekiranya tidak. Mengapa.

45. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Pendidikan menyatakan terdapat ramaiguru-guru sementara terlatih yang dilantik kedalam jawatan tetap setelah diberikelonggaran syarat lulus Bahasa Malaysia:

(a) mengapa gaji masuk mereka tidak diberi melangkah sekatan percubaan; dan

(b) mengapa Pesuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan tidak mematuhiperbekalan-perbekalan tertakluk dalam Perintah perintah Am untukmengambil kira pengalaman mereka untuk ditimbangkan kenaikan mata gaji`Notional' seperti yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikanbersiswa pada tahun-tahun lalu.

46. Tuan V. K. Sellappan minta Menteri Penerangan menyatakan apakah tindakankementerian untuk mengelakkan penayangan filem-filem Tamil dalam waktu yangserentak menerusi TV2 dan TV3.

*47. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Perdana Menteri menyatakanPernas Construction adalah sebuah anak syarikat Pernas. Pada masa ini PernasConstruction banyak melaksanakan projek-projek awam dan swasta sama ada secarasendiri ataupun berusahasama dengan syarikat-syarikat lain. Sila nyatakan berapakahjumlah projek-projek yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Pernas Constructiondaripada tahun 1989, 1990 dan 1991 mengikut ketentuan seperti berikut:

(a) jenis-jenis projek;

(b) jumlah Nilai projek;

(c) nama-nama syarikat yang menjadi rakan kongsi Pernas Construction; dan

apakah usaha-usaha Kementerian ini untuk memberi peluang kepada Kontraktor-kontraktor Bumiputra berusahasama dengan syarikat Pernas Construction ini.

Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box
Iziey
Text Box