kandungan - NTUC

76

Transcript of kandungan - NTUC

Persidangan Wakil-Wakil Biasa NTUC 2017

LAPORAN SETIAUSAHA AGUNG

KANDUNGAN

04 KATA PENDAHULUAN

08 MENJAGA - Sekitaran Positif dan Selamat - Kerjasama Tiga Pihak - Daya Penghasilan - Model Gaji Progresif - Keusahawanan Sosial

33 ADIL - Perlindungan dan Perwakilan - Penyelesaian Pertikaian

38 BERKEMBANG - Keanggotaan - U Associate - U Startup - U Creative - U PME - U SME - U FSE - Komuniti 3-Gen - Kemahiran Bersedia Bagi Masa Hadapan

3

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Saudari-Saudari dan Saudara-Saudara Yang Dihormati,

Pergerakan Buruh (LM) kita telah mencapai kemajuan baik sejak Persidangan Wakil-Wakil Nasional (NDC) kita pada tahun 2015. Kita telah berusaha dengan gigih dalam bidang-bidang Menjaga, Adil dan Berkembang apabila berkhidmat untuk orang kita yang bekerja. Butir-butir khusus tentang pencapaian itu disenaraikan di sini dalam Laporan Setiausaha Agung bagi Persidangan Wakil-Wakil Biasa (ODC) NTUC 2017.

Sebagai pemimpin Pergerakan Buruh, kita harus sentiasa berwaspada dengan kuasa-kuasa lebih besar yang menjejas orang kita yang bekerja. Kemajuan teknologi menganggu model-model perniagaan tradisional, mewujudkan aturan pekerjaan yang baharu, menggantikan pekerjaan lama dan mencipta pekerjaan baharu dengan semakin cepat. Berbanding sebelum ini, Pergerakan Buruh kita harus lebih berusaha untuk membantu orang kita yang bekerja untuk memenuhi dan melebihi tuntutan ekonomi baharu yang pesat berubah. Selain menyediakan keistimewaan dan perlindungan untuk para pekerja kita, Pergerakan Buruh kita

harus melipatgandakan usaha kita untuk menempatkan para pekerja di dalam pekerjaan yang lebih baik dan mencapai kemajuan sosial dan ekonomi untuk tenaga kerja kita.

Kumpulan Syarikat Sosial (SE) NTUC menghadapi gangguan serupa ke atas model-model perniagaan mereka sekarang. Sebagai jentera sumber yang penting kepada Pergerakan Buruh kita, pihak kumpulan Syarikat Sosial sedang gigih bekerjasama untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu, dan bersaing sebagai satu rangkaian bersepadu untuk memenuhi keperluan para pekerja kita yang kian berubah.

Secara keseluruhannya, misi kita adalah untuk memastikan Pergerakan Buruh kita terus mewakili dan relevan kepada orang yang bekerja di Singapura. Kita mesti sentiasa menjalani perubahan, bersikap progresif dan tidak gentar melakukan sesuatu yang baharu dan mencuba kaedah baharu untuk memberi khidmat lebih baik kepada para pekerja kita.

5

Ke Arah NDC 2019 – Relevan dan MewakiliDalam perjalanan menuju ke ODC 2017, kita berbincang secara meluas tentang bagaimana Pergerakan Buruh boleh terus kekal relevan dan mewakili orang yang bekerja di Singapura. Saya akan terangkan lima bidang tumpuan utama di sini.

Evolusi Kesatuan Sekerja kita yang BerterusanMemandangkan sekitaran ekonomi kita akan menjadi lebih bergolak dan tidak menentu, pihak kesatuan sekerja kita harus memegang teraju, dan memimpin orang kita yang bekerja untuk melengkapi diri mereka dengan kemahiran hari esok. Meskipun kita terus memastikan bahawa keadilan wujud dalam terma dan syarat pekerjaan untuk semua orang yang bekerja, tidak kira samada mereka pekerja biasa atau karyawan, pengurus dan eksekutif (PME), kita harus mendahului perubahan ekonomi dan gigih berusaha untuk meluaskan dan meningkatkan nilai kita kepada mereka. Kita harus tahu apakah pekerjaan baharu yang diwujudkan, dan apakah latihan yang diperlukan. Kita harus menghasilkan kaedah-kaedah baharu untuk melatih orang kita yang bekerja.

Mengubah Pergerakan Buruh kita agar Berkhidmat untuk Lebih Banyak Segmen PekerjaDengan model-model pekerjaan dan perniagaan menjadi semakin rencam, Pergerakan Buruh kita harus merekabentuk sarana yang berlainan untuk mendekati semua orang yang bekerja. Pada masa lalu, kita menggunakan strategi merapati pekerja mengikut “kolar” (emas, perak, tanpa kolar misalnya). Hari ini, kita ada U Associate (UA) untuk golongan PME, U SME untuk para pekerja di syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dan U FSE bagi para pekerja bebas dan bekerja sendiri (FSE). Bersama-sama, kita membentuk Rangkaian Pergerakan Buruh. Rangkaian Pergerakan Buruh perlu berusaha bersama-sama untuk mewakili pelbagai segmen pekerja dengan satu suara yang bersatu padu.

Secara tradisi, kesemua 60 kesatuan sekerja kerabat dan persatuan kerabat kita adalah tunggak Pergerakan Buruh. Kini kita mempunyai peluang untuk menambah lagi usaha itu menerusi kerjasama dengan seluruh Rangkaian Pergerakan Buruh. Pihak Kesatuan Sekerja dan UA, misalnya, akan berganding bahu mengikut sektor untuk membantu mengesan sentimen dan memadankan para pekerja dengan kemahiran baharu yang diperlukan bagi pekerjaan-pekerjaan baharu di Singapura. Kita telah melihat beberapa kejayaan awal di dalam sektor-sektor marin, elektronik dan pengeluaran jitu, dan pengangkutan darat, dan kita pasti lebih banyak lagi akan berjaya, lebih-lebih lagi apabila kita melibatkan seluruh Rangkaian Pergerakan Buruh.

Mengembangkan Rangkaian Latihan kitaDalam ekonomi baharu, Pergerakan Buruh kita harus mengikuti perkembangan dan dasar terkini, dan menggunakannya untuk

menghasilkan kemahiran dan pekerjaan baharu untuk para pekerja kita. Inilah yang yang kita lakukan pada masa lalu apabila kita menerajui usaha bagi Pendidikan Asas bagi Latihan Kemahiran (BEST), melengkapi para pekerja kita dalam Bahasa Inggeris dan kebolehan matematik; dan Peningkatan Pekerja melalui kursus-kursus Pendidikan Menengah (WISE) yang memberi para pekerja laluan langsung untuk meraih kelulusan peringkat GCE N.

Kini, cabarannya adalah seseorang itu perlu sentiasa menjalani latihan, bermula dari ketika rakyat Singapura masih bersekolah, sehingga saat mereka mula bekerja, menukar kerja dan diambil bekerja semula pada usia 62 tahun ke atas. Kita telah mencipta Rangkaian U Career yang mahu menjadi wadah tunggal bagi para pekerja masa hadapan dan sekarang, tidak kira samada mereka mempunyai pekerjaan sekarang atau masa hadapan. Bersama-sama para penyedia latihan kita sendiri, iaitu Hab Pembelajaran NTUC dan Institut Kepimpinan Buruh OTC, kita bertekad untuk mencapai kejayaan dalam usaha mempersiapkan orang kita yang bekerja bagi cabaran-cabaran hari esok.

Sebagai tumpuan bagi masa terdekat, kita bermatlamat membantu melaksanakan 23 Perancangan Perubahan Industri (ITM) supaya para pekerja boleh meraih faedah sepenuhnya daripada perancangan-perancangan ini.

Pembangunan Kepimpinan bagi generasi akan datangPekerja bertukar kerja. Begitu juga bagi pemimpin. Memandangkan model-model kerja dan pekerjaan semakin pesat berubah, model pembangunan kepimpinan Pergerakan Buruh kita juga harus terus berubah. Pergerakan Buruh kita semakin berkembang tahun demi tahun sejak NTUC dibentuk pada tahun 1961. Para pemimpin kesatuan sekerja kita merupakan tunggak perkembangan ini. Kita perlu mengekalkan perkara ini, dan pada masa yang sama, sentiasa berusaha mengukuhkan teras kepimpinan kita.

Kita mesti meneruskan usaha 3-Pengaliran kita. Kita mesti mencari jalan untuk memastikan bahawa pengalaman dan kebolehan para pemimpin kita tidak lenyap daripada Rangkaian Pergerakan Buruh apabila mereka bertukar kerja atau meninggalkan pekerjaan. Kita mesti mencari jalan untuk memastikan pucuk pimpinan kita meliputi semua jenis pekerja dan berada di semua sektor.

Pergerakan Buruh adalah rakan usaha penting dalam kisah Singapura. Kita melakukannya menerusi hubungan utuh kita dengan rakan-rakan tiga pihak kita – Pemerintah dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (SNEF). Hubungan utuh ini mesti terus diperkukuhkan dan para pemimpin baru mesti terus mengambil manfaat daripada senjata sulit Singapura ini.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Kuasa daripada Rangkaian Kita – Syarikat-Syarikat Sosial untuk Berkhidmat untuk Semua Orang Yang BekerjaDunia hari ini amat berbeza berbanding tahun 1969, apabila di seminar ‘Pemodenan Pergerakan Buruh”, golongan pendahulu kita berikrar untuk melancarkan syarikat-syarikat sosial (SE) untuk mengukuhkan sumber kesatuan-kesatuan sekerja kita.

Kumpulan Syarikat Sosial kita hari ini menghadapi cabaran daripada perniagaan tradisional yang mempunyai kedai atau pejabat, dan syarikat baharu yang menggunakan internet dan keupayaan data. Perubahan dasar dan kawal selia harus sentiasa dijangkakan dalam sekitaran operasi kita. Kita akan terus berusaha sedaya upaya untuk membantu para pekerja kita menjimatkan wang hasil titik peluh mereka. Keluarga Syarikat Sosial kita bekerjasama secara lebih rapat berbanding sebelumnya, meneroka usaha sinergi dalam segala hal, daripada pengetahuan data besar, kepada kerjasama silang kategori seperti apa yang dapat kita lihat di Kampung Admiralty. Apabila kita berusaha bersama-sama sebagai Pergerakan Buruh yang bersatu padu, kita boleh memastikan bahawa kita akan mencapai lebih banyak kebaikan untuk orang kita yang bekerja.

48 tahun lalu, pada tahun 1969, Pergerakan Buruh kita berkumpul untuk membincangkan masa depan kita yang dikongsi di seminar “Pemodenan Pergerakan Buruh”.

Kita menghadapi cabaran hebat dalam pekerjaan dan periuk nasi kita. Setahun sebelumnya, hanya tiga tahun selepas kita merdeka, rakyat Singapura tiba-tiba diberitahu bahawa pihak

British akan mula berundur dari Singapura mulai tahun itu. Ribuan pekerjaan akan lenyap, 15 peratus GDP akan hilang.

Pemerintah pimpinan PAP meminta sokongan Pergerakan Buruh untuk menggubal Akta Pekerjaan dan membuat pindaan kepada Akta Hubungan Industri. Semua perubahan ini, seiringan dengan penubuhan sistem tiga pihak, membantu mendirikan satu era baharu dalam hubungan buruh-pengurusan yang progresif untuk menarik pelaburan asing yang sangat-sangat diperlukan untuk mewujudkan pekerjaan.

Orang kita yang bekerja dan pihak pengurusan faham bahawa kita semua perlu bekerjasama secara rapat untuk mencipta kelebihan kita sendiri yang unik dari segi persaingan, untuk sebuah negara muda yang tidak memiliki sumber semula jadi.

Kita sekarang berada di persimpangan dalam perjalanan kemajuan Singapura. Perubahan teknologi, persaingan ekonomi, perkembangan serantau dan antarabangsa sekali lagi menyeru kita agar memainkan peranan kita sebagai rakan sosial penting untuk mencapai pembangunan dan kemakmuran yang berterusan bagi Singapura.

Bagi pihak Pergerakan Buruh kita, marilah kita beriltizam untuk menjaga orang kita yang bekerja dengan menjadi rakan tiga pihak progresif yang berbakti kepada negara kita.

Ke arah pekerjaan lebih baik dan kehidupan lebih baik untuk para pekerja kita!

Perpaduan Untuk Selama-lamanya!

7

MENJAGAKita mahu menjadi Pergerakan Buruh yang Menjaga Anggota dengan membantu orang yang bekerja untuk menjalani hidup lebih baik melalui pekerjaan lebih baik dan pertumbuhan gaji lebih baik. Kita juga mahu membantu golongan keluarga mengatasi kos barangan keperluan asas dan mencapai keseimbangan kerja-kehidupan.

Pergerakan U FlexWAF memanfaatkan kerjasama dengan pelbagai rakan usaha dalam rangkaian Pergerakan Buruh (LM) termasuk U Associate, U SME dan kelompok-kelompok untuk menggalakkan sikap fl eksibel dan amalan kerja-kehidupan di kalangan lebih ramai majikan. Wadah-wadah seperti Pertukaran Amalan Kerja-Kehidupan Progresif dianjurkan sejak April 2017 untuk menghimpunkan pihak pengurusan dan para pengamal Sumber Manusia (HR) bagi mengongsi amalan-amalan terbaik untuk mewujudkan tempat-tempat kerja progresif.

Rangkaian U WomenForum kemajuan dan sembang secara langsung di Facebook dianjurkan untuk golongan wanita dalam sektor berkembang seperti penjagaan kesihatan dan infokom, serta sektor-sektor yang dikuasai kaum lelaki seperti sains dan kejuruteraan. Melalui program dan usaha merapati mereka, para karyawan wanita dan individu atau pertubuhan yang berfi kiran sehaluan bertemu untuk menghulurkan sokongan kepada kemajuan golongan wanita dalam kerjaya mereka. Rakan-rakan yang terlibat termasuk anggota U Associate seperti Institut Jurutera, Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik, Persatuan Wanita Bidang Kewangan Singapura, dan kumpulan-kumpulan wanita seperti Cawangan Lean In Singapura dan Jawatankuasa Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Program PengembaliSatu ciri utama di bawah Program Pengembali adalah skim Percubaan Kerja Pengembali yang menyediakan peluang pekerjaan bagi para pengembali PMET tempatan, yang secara sukarela meninggalkan kerjaya sekurang-kurangnya selama dua tahun, untuk kembali bekerja, dan agar pihak

SEKITARAN POSITIF DAN SELAMAT

PENJAGAAN BAGI WANITA BEKERJA DAN KELUARGA

Singapura telah menyaksikan peningkatan kadar pengambilan kerja wanita, yang mencapai paras 72.1 peratus pada tahun 2016 bagi golongan wanita berusia 25 hingga 62 tahun. Demi memastikan trend positif ini dikekalkan melalui pelbagai amalan dan dasar di tempat kerja, Unit Wanita dan Keluarga (WAF) giat mendekati pihak syarikat untuk membantu dan menggalak mereka melaksanakan Aturan Kerja Fleksibel (FWA), cuti penjagaan keluarga dan skim-skim sokongan keluarga, memanfaatkan sokongan dana Pemerintah bagi WorkPro menerusi Geran Kerja-Kehidupan dan Geran Mesra Keluarga U Flex.

Bagi menyokong penyertaan wanita untuk pekerjaan masa depan, WAF menubuhkan Rangkaian U Women pada Mac 2016 dan terus menganjurkan program-program bagi perkembangan diri dan kemajuan kerjaya termasuk pelbagai forum, lawatan sambil belajar dan pembinaan rangkaian bagi karyawan wanita. Tambahan lagi, dalam usaha menangani cabaran-cabaran yang dihadapi kaum wanita yang kembali bekerja, sebuah Program Pengembali dirintis pada awal 2017 untuk membantu memudahkan para Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET) golongan wanita menyertai semula tenaga kerja.

PENCAPAIAN • Membantu 183 syarikat merintis dan melaksanakan

FWAs, membawa manfaat kepada 5,777 pekerja

• Menggalak 24.3 peratus syarikat berkesatuan sekerja untuk menerajui usaha memperuntukkan kelayakan cuti yang mesra keluarga, selain daripada cuti yang diperuntukkan di bawah undang-undang

• Bekerjasama dengan 44 syarikat untuk melaksanakan cuti penjagaan keluarga dan skim sokongan keluarga, membawa manfaat kepada 13,126 pekerja menerusi Geran Mesra Keluarga U Flex

• Rangkaian U Family dan U Women merapati lebih 50,000 individu dan 11,000 pertubuhan di komuniti laman Facebooknya

Pengembali-Majikan Menjalin Hubungan.

9

majikan dapat menggunakan bakat-bakat terpendam ini. Melalui skim ini, WAF bekerjasama dengan pihak majikan untuk menawarkan percubaan kerja jangka pendek untuk para pengembali dan menggalak pihak majikan agar mengadakan amalan-amalan kerja-kehidupan yang dapat memberi sokongan seperti FWA.

Program Pengembali juga membantu para pengembali menyegarkan semula tahap kemahiran mereka melalui latihan relevan dalam usahanya bersama e2i (Institut Pekerjaan dan Daya Kerja) di bawah NTUC dan kerjasama dengan pakar-pakar kandungan lain untuk menyampaikan kursus penitian bagi kerjaya tertentu seperti Sumber Manusia dan Perakaunan. Terdapat juga acara-acara membina rangkaian yang menyediakan peluang bagi para pengembali untuk bertemu bakal majikan yang mahu menggajikan golongan pengembali.

LANGKAH SETERUSNYA Penyokongan dan kerjasama dengan pihak majikan untuk mewujudkan sekitaran positif dan selamat bagi semua pekerja adalah strategi utama WAF. Sebagai langkah seterusnya, penekanan akan diberi kepada usaha kerjasama rapat dengan pihak majikan untuk memastikan bahawa piawai minimum dalam pekerjaan dan amalan tempat kerja akan dicapai. Sumber latihan akan disediakan untuk pihak syarikat supaya para penyelia dan pengurus lini dilengkapi dengan pengetahuan bagi menguruskan tenaga kerja yang kian berkembang.

Selain daripada menambah jumlah majikan yang menawarkan amalan kerja-kehidupan peringkat asas, terdapat juga usaha yang disasarkan kepada para majikan progresif yang cemerlang dalam kerja-kehidupan. WAF akan melengkapi seluruh usaha Pergerakan Buruh untuk menggalakkan para majikan sebegini agar lebih menonjolkan diri mereka sebagai majikan pilihan melalui satu rangka kerja tiga pihak bersama yang mempunyai laluan ke arah Program Kerjasama Modal Manusia.

Usaha membantu golongan wanita kekal bekerja dan kembali bekerja adalah keutamaan penting bagi WAF. Dengan memanfaatkan Program Pengembali, usaha akan dipertingkatkan untuk memudahkan penyertaan semula PMET ke dalam tenaga kerja melalui bantuan penempatan kerja melalui skim Percubaan Kerja Pengembali dan program latihan yang disusun secara khusus. Kerjasama dengan Institut-Institut Pengajian Tinggi untuk menempatkan dan melatih para pengembali akan diteroka bagi meluaskan lagi laluan bagi mereka untuk kembali bekerja.

Perluasan usaha mendekati rakyat melalui rangkaian dan wadah Persatuan Rakyat seperti Pergerakan Menerima Keibubapaan, bagi mencipta kesedaran dan keyakinan lebih tinggi di kalangan wanita yang bekerja dan ibu bapa demi memenuhi keperluan kerja-kehidupan mereka, akan membolehkan lebih ramai daripada mereka berjaya dalam pengurusan pekerjaan dan keluarga.

Sesi mendekati pekerja bagi skim Percubaan Kerja Pengembali.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

PENCAPAIAN • Mengusahakan pengemaskinian Garis Pandu Tiga

Pihak bagi Pengambilan Semula Pekerja Lanjut Usia, termasuk semakan kepada kuantum Bayaran Bantuan Pekerjaan.

• Mengusahakan kenaikan usia pengambilan semula bekerja semula daripada 65 tahun kepada 67 tahun, yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2017 dengan RRA yang disemak. Semakan itu juga menyertakan satu lagi perubahan penting yakni pemansuhan potongan gaji sebanyak 10 peratus pada usia 60 tahun. Melalui rundingan bersama para pemimpin kesatuan sekerja, U Live turut memastikan bahawa perlindungan secukupnya disediakan bagi para pekerja matang berhubung pilihan baru bagi majikan untuk memindahkan tanggungjawab mereka dalam pengambilan bekerja semula kepada majikan lain.

• Melancarkan “Memahami Pengambilan Bekerja Semula”, satu panduan praktikal untuk pihak kesatuan sekerja, syarikat dan pekerja untuk memahami garis-garis pandu pengambilan bekerja semula yang baru. Sejauh ini, 88 peratus syarikat berkesatuan sekerja yang memberi komitmen telah mengambil semula pekerja pada usia 67 tahun ke atas, dan 26 peratus telah membubuh dasar-dasar pengambilan bekerja semula dalam perjanjian kolektif, memorandum persefahaman dan buku panduan kakitangan masing-masing. U Live juga berbincang dengan 1,653 pemimpin kesatuan sekerja, anggota dan pihak pengurusan berhubung perubahan kepada RRA demi memastikan lagi peralihan yang licin.

• Menyeru agar insentif disediakan apabila pekerja matang digajikan untuk membantu pihak syarikat membiayai kos. Antara insentif lain termasuk

langkah Pemerintah memberi tambahan tiga peratus di bawah Skim Kredit Pekerjaan Khas.

• Melobi bagi pemulihan kadar sumbangan CPF bagi para pekerja matang. Pemerintah menaikkan kadar sumbangan CPF majikan bagi para pekerja berusia 50 tahun ke 60 tahun sebanyak satu peratus, dan sebanyak 0.5 peratus bagi yang berusia 60 tahun ke atas.

• Melobi bagi peningkatan kepada skim WorkPro, khususnya perlaksanaan reka bentuk semula kerja dan amalan pengurusan usia bagi para pekerja lanjut usia, yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016. U Live juga giat mendekati pihak syarikat untuk menjalankan reka bentuk semula tempat kerja, amalan kerja dan proses mereka untuk mencipta sekitaran pekerjaan lebih baik bagi para pekerja malar segar.

• Sebanyak 72 syarikat memulakan Geran Pengurusan Usia yang dirombak yang berpotensi mempunyai kesan ke atas 482 pekerja berusia 50 tahun ke atas. Bagi Geran Reka Bentuk Semula Kerja yang dirombak, sejumlah 32 projek telah dimulakan di bawah U Live, yang berpotensi mempunyai kesan ke atas 477 pekerja berusia 50 tahun ke atas, di mana 225 daripada mereka berusia lebih 60 tahun. Ini menandakan peningkatan besar berbanding 16 projek semasa tiga tahun pertama WorkPro (1 April 2013 hingga 31 Mar 2016)

• Bekerjasama dengan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) untuk membangunkan Geran Penggalak Kesihatan Kesatuan Sekerja supaya pihak kesatuan sekerja dapat memainkan peranan aktif bagi meningkatkan kesihatan para pekerja. Pada tahun 2017, geran itu dirombak untuk menjadi Program Health and U bagi memudahkan pihak kesatuan sekerja, komuniti dan unit untuk

PENJAGAAN BAGI PEKERJA MATANG

U Live terus: • bekerja rapat dengan rakan-rakan tiga pihak untuk

meningkatkan usaha reka bentuk semula kerja dan proses di tempat kerja, bagi memastikan bahawa tempat-tempat kerja menjadi mesra usia dan pekerjaan-pekerjaan tidak hilang ditelan zaman

• bekerjasama dengan pihak syarikat untuk memastikan peralihan licin kepada Akta Persaraan dan Pengambilan Bekerja Semula (RRA). U Live akan juga bekerjasama dengan rakan-rakan tiga pihak untuk memastikan bahawa para pekerja matang dilatih dan menerima maklumat terkini secara kerap melalui pelbagai program.

Mendekati warga emas yang aktif di pameran bergerak.

• bekerja rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan NTUC, kesatuan sekerja dan Cawangan-Cawangan U Live, dan e2i (Institut Pekerjaan dan Daya Kerja) di bawah NTUC untuk membantu pekerja matang agar kekal bekerja; dan bagi yang tidak bekerja, agar kembali bekerja.

11

mendapatkan akses secara licin kepada pameran kesihatan/panel pameran/intervensi bimbingan kesihatan. Pada Julai 2017, 4,893 pekerja telah menerima manfaat inisiatif-inisiatif kesihatan percuma itu.

• Menganjurkan ceramah dwibulanan bagi para pekerja matang mengenai topik-topik seperti kecukupan persaraan, CPF dan kencing manis. Sejauh ini, 3,430 anggota telah menghadiri ceramah-ceramah ini.

• Mendekati 2.400 warga emas aktif melalui pameran bergerak sebanyak dua siri pada tahun 2016 untuk meningkatkan kesedaran, mempersiapkan dan mendidik para anggota kesatuan sekerja dan orang awam mengenai perubahan kepada RRA dan peningkatan kepada skim WorkPro, serta betapa pentingnya para pekerja matang dihargai. Untuk meningkatkan lagi kesedaran awam, U Live telah menambah jumlah artikel dalam majalah NTUC This Week dan laman Facebook yang disampaikan kepada sekitar 370,000 orang.

• Bekerjasama dengan agensi-agensi luar untuk merapati para anggota kesatuan sekerja dalam hal-hal yang menjejas pekerja matang seperti semakan ElderShield, ekonomi masa hadapan dan memerangi kencing manis. Sebanyak 321 orang dirapati.

U Live bekerjasama dengan pihak kesatuan sekerja untuk memastikan bahawa para pekerja yang dapat bekerja selagi mereka masih berupaya melakukannya dan mahu melakukannya, akan diberi terma pekerjaan adil dan peluang saksama. Ini dilakukan melalui gabungan undang-undang dan penggalakkan amalan-amalan terbaik. U Live telah berjaya mendorong semakan kepada RRA dan sedang merapati pihak kesatuan sekerja dan para pemimpinnya tentang semakan tersebut. Sejauh ini, 628 pemimpin kesatuan sekerja telah dirapati. U Live juga mengumpul maklumat tentang amalan-amalan pengambilan semula pekerja daripada pelbagai syarikat berkesatuan sekerja untuk mengenalpasti trend dan amalan terbaik.

U Live juga mahu memperjuangkan keprihatinan para pekerja matang tentang dasar-dasar negara dan hal-hal berkaitan pekerjaan dengan merapati pihak syarikat dan pekerja melalui pelbagai perbincangan kumpulan fokus, acara dan projek penyelidikan. Sejauh ini, kami telah bekerjasama dengan HPB untuk menganjurkan perbincangan kumpulan fokus tentang semakan ElderShield, yang dihadiri 37 anggota matang.

U Live mahu memperkasakan para pekerja agar menguruskan sendiri kehidupan mereka semasa usia lanjut melalui ceramah dan bengkel mengenai isu-isu berkaitan

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

usia seperti kesihatan dan kecukupan persaraan. Sejauh ini, keseluruhannya lapan ceramah telah dianjurkan di mana 1,548 anggota matang dirapati. Pelbagai artikel mengenai pengambilan bekerja semula, pengurusan usia, reka bentuk semula kerja dan profi l para pekerja matang/pemimpin kesatuan sekerja telah dipaparkan di wadah-wadah NTUC This Week dan Facebook, yang berjaya mendekati lebih 370,000 orang secara keseluruhan.

LANGKAH SETERUSNYA U Live akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan tiga pihak untuk memastikan bahawa sesiapa sahaja ingin bekerja akan dapat bekerja seberapa lama yang mereka mahu. Sebuah sekitaran undang-undang dan pekerjaan yang sesuai bagi pekerja matang akan banyak membantu untuk memastikannya. Dalam hal ini, kami akan terus mendorong penggunaan dan perlaksanaan amalan-amalan pengurusan usia dan reka bentuk semula kerja di kalangan pihak syarikat, supaya pihak syarikat berubah menjadi tempat-tempat kerja yang tidak mengenal usia dan bersedia mengambil pekerja matang.

U Live akan juga mengusahakan program-program bagi mempersiapkan para pekerja untuk bekerja dengan lebih lama. Ini bukan sekadar mengadakan program-program latihan tentang daya kerja dan perubahan minda, tetapi juga program-program kesihatan untuk melengkapi para pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memastikan diri mereka sentiasa sihat. Ini akan membantu para pekerja kekal dalam pekerjaan berbaloi dengan lebih lama, dan membantu mereka kekal berdaya saing dan bersiap sedia bagi cabaran-cabaran hari ini dan hari esok.

PENCAPAIAN UTAMA • Melalui pergerakan ‘Appreciating U’, UCC telah

menyeru agar pihak syarikat menunjukkan penghargaan kepada para pekerja mereka untuk mengiktiraf sumbangan para pekerja yang tidak disanjung di tempat-tempat kerja mereka. Daripada tahun 2015 hingga tahun 2017, kira-kira 49,000 pekerja telah menerima penghargaan melalui pergerakan itu.

• Pada tahun 2015 dan tahun 2016, UCC merapati hampir 60,000 pekerja melalui talian hotlinenya dan 55,000 pekerja menerusi acara terkenalnya seperti pameran bergerak U Care dan seminar U Care. Acara-acara ini diadakan sepanjang tahun, di pelbagai kawasan perumahan.

• Pada tahun 2015, UCC juga meluaskan khidmatnya untuk mendidik para penuntut pengajian tinggi tentang hak-hak mereka berhubung pekerjaan sambilan. Melalui kerjasama dengan tiga maktab ITE, lima politeknik dan enam universiti, UCC mendekati sekitar 2,300 penuntut tentang hak-hak mereka sebagai pekerja sambilan dalam tahun perintisnya pada tahun 2015, dan ini bertambah kepada sekitar 10,000 penuntut pada tahun 2016.

PENJAGAAN BAGI PEKERJA BERGAJI RENDAH

Pusat U CarePusat U Care (UCC) ditubuhkan oleh NTUC untuk menyokong para pekerja bergaji rendah di Singapura. Sebagai sebuah pusat sehenti, UCC menyediakan bimbingan kepada para pekerja ini tentang isu dan peluang berkaitan kerja demi membantu mereka menerima gaji yang lebih baik. Dengan menyokong usaha bagi Pekerjaan Lebih Baik, Gaji Lebih Tinggi dan Rasa Hormat Lebih Tinggi kepada para pekerja bergaji rendah, UCC mahu menjadi suara penting yang membawa perubahan untuk membina masyarakat lebih inklusif.

13

Dana NTUC-U CareDana U Care adalah cawangan amal Pergerakan Buruh (LM). Ia ditubuhkan untuk membantu mempertingkatkan kehidupan para anggota berpendapatan rendah dan anggota keluarga mereka; menyokong kanak-kanak dan belia memerlukan dalam usaha mereka memburu kejayaan; dan menyediakan bantuan kepada warga emas dengan cara yang bermakna.

Demi membantu lebih ramai anggota yang memerlukan, kriteria pendapatan bagi dua inisiatif utama – U Stretch

dan Program Baucar Kembali Ke Sekolah U Care – dinaikkan pada tahun 2017 kepada Pendapatan Kasar Keluarga Bulanan sekitar $3,400 atau Pendapatan Per Kapita sekitar $850 bagi anggota yang mempunyai tanggungan di Singapura; dan Pendapatan Kasar Peribadi sebanyak $1,500 bagi anggota yang tidak mempunyai tanggungan di Singapura.

Daripada tahun 2015 hingga tahun 2016, bantuan bernilai lebih $17.74 juta diagihkan kepada para penerima melalui pelbagai program bantuan U Care seperti berikut:

2015 2016

MENYOKONG ANGGOTA KESATUAN SEKERJA BERPENDAPATAN RENDAH

• Lebih $2.17 juta diagihkan melalui baucar U Stretch untuk membawa manfaat kepada lebih 24,900 anggota berpendapatan rendah.

• Lebih 9,700 anggota dan keluarga mereka menghadiri Karnival Riadah dan Keseronokan Untuk Keluarga yang bernilai $1.46 juta, sebuah program yang dianjurkan dan disokong sepenuhnya oleh Kelab NTUC.

• Sekitar $1.93 juta dalam bentuk baucar U Stretch diagihkan kepada lebih 21,800 anggota untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

• Hampir 8,000 anggota dan keluarga mereka menerima manfaat daripada Fiesta Keseronokan Untuk Keluarga yang telah dinamakan semula dan menerima tajaan bernilai $1.19 juta.

MEMPERJUANGKAN KANAK-KANAK DAN BELIA

• Sebanyak $3.34 juta diagihkan untuk membantu 26,750 kanak-kanak untuk membeli barangan keperluan sekolah melalui program Baucar Kembali Ke Sekolah U Care

• Hampir $719,000 dalam bentuk Dana Bersama Pendidikan U Care diagihkan kepada pihak kesatuan sekerja/persatuan untuk menyokong anugerah pendidikan kepada lebih 6,400 anak para anggota.

• Derma sebanyak $520,000 kepada Dana Bright Horizons telah membawa manfaat kepada lebih 1,400 kanak-kanak prasekolah.

• Lebih $3 juta dalam bentuk baucar Kembali Ke Sekolah U Care diagihkan kepada sekitar 24,400 anak para anggota untuk membantu membiayai perbelanjaan mereka yang berkaitan dengan persekolahan

• Sekitar $754,000 diagihkan kepada pihak kesatuan sekerja/persatuan untuk menyokong dermasiswa pendidikan bagi 6,993 anak para anggota, melalui Skim Dana Bersama Pendidikan U Care.

• Lagi $520,000 didermakan kepada Dana Bright Horizons menyokong keperluan pendidikan bagi 1,564 kanak-kanak prasekolah.

2015 2016

PENJAGAAN BAGI WARGA EMAS

• Derma sebanyak $1 juta dibuat kepada Dana Amanah Penjagaan Warga Emas telah membantu menyokong keperluan warga emas di 11 pusat penjagaan warga emas dan sebuah rumah rawatan di bawah NTUC Health.

• $1 juta didermakan kepada Dana Amanah Penjagaan Warga Emas untuk menyokong 14 pusat penjagaan warga emas, sebuah rumah rawatan dan Perkhidmatan Penjagaan Di Rumah.

MEMUPUK SEMANGAT MEMBERI DAN KERELAWANAN

• Di bawah Skim Pembiayaan bersama Penjagaan Perkongsian

• Mendekati (CSR) U Care, 33 projek perkhidmatan masyarakat yang mendekati 2,890 penerima bantuan telah dianjurkan oleh pihak kesatuan sekerja/persatuan dengan sokongan dana bersama bernilai lebih $30,100.

Pada tahun 2016, pembiayaan bersama itu dipertingkatkan untuk menjadi Geran CSR U Care, untuk menggalak pihak kesatuan sekerja dan persatuan agar membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anggota masyarakat yang kurang bernasib baik. Hampir $41,500 digunakan untuk menyokong 22 projek yang membawa manfaat kepada 2,055 penerima bantuan.

JUMLAH DANA YANG DIAGIHKAN SECARA KESELURUHAN

Lebih $9.26 juta Lebih $8.48 juta

U Stretch vouchers help beneficiaries stretch their dollar on the purchase of daily necessities.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Para penerima bantuan membeli buku-buku teks dan sepatu sekolah menggunakan baucar Kembali Ke Sekolah.

Baucar-baucar U Stretch membantu para penerima bantuan berjimat semasa membeli barangan keperluan harian.

Selain bantuan kewangan, Dana U Care telah memulakan satu inisiatif baru bergelar LIFT-UP (Keluarga Berpendapatan Rendah Beralih-Ke Atas) yang bertujuan memajukan mobiliti sosial dengan menyediakan peluang kepada para penerima bantuan untuk mempertingkatkan keberkesanan diri. Dengan sokongan pihak kesatuan sekerja dan persatuan, LIFT-UP akan membolehkan para anggota dan anak-anak mereka belajar melalui pelbagai bengkel, ceramah dan kembara ilmu.

Dengan matlamat menyediakan PENJAGAAN lebih baik untuk para pekerja, Dana U Care menerajui program Duta U Care untuk menyokong usaha para pemimpin kesatuan sekerja mendekati para anggota yang memerlukan. Sebagai titik perhubungan pertama untuk pihak pekerja, para pemimpin kesatuan sekerja berhadapan dengan pelbagai jenis isu yang dialami para anggota. Program itu akan memperkaya kemahiran dan pengalaman sedia ada di kalangan pemimpin kesatuan sekerja agar mereka dapat mengesan tanda-tanda penderitaan dan memberi bantuan sepatutnya.

LANGKAH SETERUSNYABerpandukan misinya, Dana U Care akan terus membantu memperkasakan para anggota berpendapatan rendah dan keluarga mereka untuk menjalani kehidupan lebih baik dan lebih bermakna melalui program bantuan U Care. Tambahan lagi, ia akan meluaskan lagi salah

15

Encik Tang Chin Siong bekerja sebagai kapten bas dan telah menganggotai Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Nasional sejak tahun 2001. Isteri beliau menghidapi angin ahmar beberapa tahun lalu dan tidak boleh bekerja, lantas menjadikan beliau satu-satunya pencari nafkah untuk keluarganya yang seramai lima orang. Dengan ketiga-tiga anaknya masih bersekolah, Encik Tang perlu bekerja lebih lama untuk menyara keluarganya.

Program-program bantuan U Care yang termasuk baucar U Stretch dan baucar Kembali Ke Sekolah membawa sedikit kelegaan kepada Encik Tang. Dengan baucar U Stretch, beliau dapat menjimatkan wangnya apabila membeli barangan keperluan harian. Baucar Kembali Ke Sekolah pula membantu beliau membiayai perbelanjaan barangan persekolahan untuk pendidikan anak-anaknya.

Para Penerima Bantuan Kami

satu matlamat dana tersebut iaitu memajukan mobiliti sosial dengan mencipta lebih banyak peluang dan memanfaatkan rangkaian LM, misalnya usaha niaga untuk para penerima bantuannya agar mereka lebih mampu berdikari dan membina lebih banyak keyakinan. Demi membolehkan lebih ramai penerima bantuan melibatkan diri dalam usaha Buat Baik Bersama-sama, lebih banyak laluan akan dicipta untuk mereka agar mereka boleh menyumbang semula kepada dana tersebut dan masyarakat.

Menjelang ulang tahun ke-10 Dana U Care pada tahun 2019, ia berharap akan dapat meraikan kelahiran kumpulan teras Duta U Care yang diperkasakan untuk membantu para anggota memerlukan untuk mengatasi masa-masa sukar dan cabaran hidup. Dengan tadbir urus lebih baik dan lebih banyak ketelusan dalam pentadbirannya, dana itu beraspirasi untuk mencapai pengiktirafan lebih tinggi sebagai sebuah Badan Amal dan Institusi Bertaraf Awam, dan meraih sokongan lebih kuat daripada para penderma, rakan-rakan usaha dan pihak berkepentingannya.

Para penerima bantuan di Fiesta Keseronokan Untuk Keluarga.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

PENCAPAIAN UTAMA • Berjaya melobi bagi pindaan kepada Akta Pekerjaan

pada April 2016 yang mensyaratkan peruntukan wajib bagi surat gaji dan terma-terma penting pekerjaan bagi semua pekerja.

• Mendekati lebih 270,000 pekerja asing berhubung isu perlindungan pekerjaan dan integrasi sosial daripada tahun 2015 hingga Jun 2017.

• Menubuhkan rangkaian akar umbi di asrama pekerja untuk merapati dan menghulurkan bantuan secara langung bagi ruang kehidupan dan pekerjaan pekerja asing.

• Merapati hampir 12,500 belia dan pelajar warga Singapura berhubung isu penyokongan dan perlindungan pekerja asing melalui pelbagai program sejak tahun 2015.

• Membantu lebih 10,000 pekerja asing secara langsung daripada 2015 hingga Jun 2017

• Peraturan bagi asrama pekerja yang diubahsuai daripada bangunan kilang (FCD) telah dipinda untuk menyertakan syarat-syarat baharu mulai Januari 2017 hasil usaha Pusat Pekerja Asing (MWC), yang meraih maklum balas daripada para pekerja dan mendokumentasi kemudahan-kemudahan itu pada tahun 2016. Ini membawa kepada pembaikan berterusan bagi keadaan perumahan FCD dan menaikkan taraf bangunan perumahan bagi asrama-asrama tersebut.

PENJAGAAN BAGI PEKERJA ASING

Pusat Pekerja Asing

MWC menyediakan pertolongan langsung dan perkhidmatan bantuan kemanusiaan melalui Pusat Bantuannya di Serangoon Road, Kios Bantuan di lima Pusat Riadah untuk pekerja asing, Pejabat Bergerak, Talian Hotline 24-jam, wadah-wadah media sosial (Facebook, WeChat, YouTube dan Instagram) dan pejabat satelit terbarunya di Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian (TADM) (Pusat Perkhidmatan Bendemeer) bagi kes-kes rujukan daripada TADM, dari mana seluruh perkhidmatan MWC disampaikan dengan cepat kepada semua pihak menuntut yang memerlukan. Pelbagai saluran bantuan yang ditawarkan MWC untuk pekerja, khususnya mereka yang tinggal dan bekerja di kawasan terpencil Singapura, bertujuan menyampaikan isu mereka kepada kita.

Selain daripada usaha bantuan langsung, MWC terus menjadi suara lantang bagi para pekerja asing dan seringkali menyeru agar perlindungan pekerja asing terus diperbaiki, serta peningkatan dibuat dari segi keadaan tempat kerja dan kediaman mereka. Penyokongan bagi keadaan perumahan, bayaran gaji secara elektronik dan seruan agar denda pentadbiran lebih berat dikenakan jika tidak mematuhi Perintah Tribunal Tuntutan Pekerjaan, adalah antara contoh baru-baru ini di mana MWC bertekad dan tidak gentar apabila ia mewakili pekerja asing.

MWC menerima sekitar 4,000 kes setahun di mana 60 peratus hingga 65 peratus kes berkaitan dengan tuntutan gaji. Penyokongan bagi bayaran gaji secara elektronik untuk peringkat Permit Kerja bertujuan mewujudkan keadaan adil untuk semua dalam isu tuntutan pekerjaan dan menyamaratakan ketidakseimbangan kuasa antara majikan dan pekerja semasa prosiding berlangsung. Melalui mandat bayaran secara elektronik, surat-surat elektronik akan menjadi bukti yang tidak dapat dipertikaikan semasa pengantaraan dan penentuan sesi tuntutan gaji.

Bersiar-siar dengan “teman-teman” MWC – para relawan yang memantau keadaan bagi pihak MWC

17

Untuk terus menggabungkan dan merasmikan ‘Rangkaian Akar Umbi’, MWC akan memulakan program keanggotaan bersekutu bagi para pekerja asing mulai 2018. Keanggotaannya, yang dijangka mencapai antara 150,000 hingga 200,000 anggota pada tahun pertama, akan mengiktiraf secara rasmi hubungan antara MWC dan para anggota asingnya, serta menyediakan wadah bagi faedah-faedah khusus keanggotaan yang menyasarkan keperluan tertentu pekerja asing.

Selain daripada menyediakan faedah keanggotaan bagi para pekerja asing secara percuma, rangkaian itu mencipta wadah komuniti dan perhubungan antara MWC dan pekerja asing untuk berkongsi maklumat tentang hak-hak pekerjaan dan menyediakan akses langsung untuk mendapatkan bantuan pekerjaan. Kerjasama dengan Bank POSB untuk mengeluarkan kad ATM merangkap keanggotaan mempamerkan strategi jangka panjang MWC untuk memudahkan penukaran kepada bayaran gaji elektronik bagi pekerja asing, yang telah dan akan terus menjadi hala tuju penyokongan yang ingin dilakukan MWC.

A help kiosk session.

Pejabat bergerak MWC menyediakan bantuan secara langsung kepada para pekerja asing.

LANGKAH SETERUSNYASebagai pejuang kebajikan dan integrasi sosial pekerja asing ke dalam masyarakat kita, MWC terus membina sendiri “Rangkaian Akar Umbi” pekerja asingnya di tempat mereka, memberikan ai keupayaan masa nyata untuk mengesan isu di kalangan pekerja, menggalak integrasi di tempat kerja dan kediaman, membaiki proses komunikasi dengan para pelanggannya, dan membolehkan respons dibuat dengan cepat sewaktu kecemasan atau semasa kejadian besar-besaran. Rangkaian itu dijangka melebihi 1,000 anggota menjelang akhir 2017.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Pusat Pembantu RumahPusat Pembantu Rumah (CDE) ditubuhkan pada Januari 2016 untuk memberi sokongan kepada para pembantu rumah untuk menangani cabaran-cabaran berkaitan pekerjaan dan memperjuangkan usaha agar mereka dilayani secara adil melalui pendekatan yang seimbang dan pragmatik. Ia akan berusaha menyediakan penyelesaian isu, bantuan kemanusiaan, integrasi sosial dan sokongan.

PENCAPAIAN UTAMA • Sebuah pusat jumpa terus dan talian bantuan 24-jam

untuk menyediakan perkhidmatan nasihat dan memberi bantuan kepada pembantu rumah dan juga majikan

• Menangani lebih 500 kes dan membantu menyediakan tempat perlindungan bagi 110 pembantu rumah asing (FDW) pada tahun 2016. Pada tahun 2017, CDE menangani sekitar 400 kes dan menyediakan tempat perlindungan kepada 85 FDW sejauh ini.

• Bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menjadikan struktur kos lebih telus supaya para FDW dan majikan boleh membuat keputusan berdasarkan fakta sebelum menandatangani kontrak pekerjaan.

ex-gratia dan elaun sara hidup, CDE menubuhkan sebuah dana amal pada lewat tahun 2016 dan menganjurkan majlis pungutan derma sulungnya di Raffl es Country Club pada September 2017. CDE juga menguruskan sebuah rumah perlindungan untuk menempatkan para pekerja menderita dan kami bekerjasama dengan rakan-rakan usaha untuk mengadakan pelbagai program dan bengkel untuk merapati mereka secara bermakna ketika mereka tinggal bersama kami.

Bagi memperbaiki usaha mendekati dan merapati mereka, CDE akan menubuhkan pejabat-pejabat satelit di tempat-tempat mereka berkumpul seperti Peninsula Plaza dan City Plaza. Melalui pejabat-pejabat ini, kami menyediakan satu lagi laluan untuk mereka mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukannya.

LANGKAH SETERUSNYACDE juga mahu mengukuhan usaha merapati dan menjalin hubungan dengan FDW melalui Keanggotaan Bersekutu CDE. Kami akan bekerjasama dengan POSB untuk bersama-sama mencipta jenama bagi kad keanggotaan CDE. Keanggotaan itu percuma dan para anggota boleh menikmati faedah seperti diskaun khas bagi perkhidmatan kiriman wang dan pelbagai lagi faedah daripada pihak syarikat yang menyediakan perkhidmatan relevan kepada para FDW. Para anggota juga boleh menerima maklumat secara langsung mengenai pelbagai kegiatan/program/inisiatif penting oleh CDE. Ini juga seiriingan dengan usaha penyokongan kami untuk menggalak para FDW membuka akaun bank bagi menerima gaji mereka melalui pindahan bank. Dengan pembayaran elektronik, kami harap kes-kes pertikaian gaji akan berkurangan.

CDE akan mengambil alih fungsi First-Time-Interview (FTI)daripada Kementerian Tenaga Manusia. Matlamat FTI ini adalah untuk menentukan sama ada para FDW itu dapat menyesuaikan diri dengan tugas mereka, mempunyai sebarang masalah kesejahteraan, serta memberitahu mereka sekali lagi tentang hak dan tanggungjawab mereka serta makna keadaan kerja yang selamat. Ini merupakan satu lagi wadah bagi CDE untuk mendekati lebih ramai FDW dan kami mempunyai sasaran untuk memulakan FTI tersebut pada akhir tahun ini.

CDE telah menyokong pelakaran rangka kerja pensijilan kemahiran yang mengikuti mengikuti piawai Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja Singapura. Latihan untuk FDW dilakukan di bawah piawai berbeza di negara asal masing-masing, dan apabila kecekapan kemahiran FDW tidak memenuhi jangkaan majikan, pertikaian boleh tercetus. Latihan sesuai untuk para FDW adalah penting demi memastikan bahawa mereka cekap melakukan tugas. CDE telah bekerjasama dengan SkillsFuture Singapore dan Hab Pembelajaran NTUC untuk menghasilkan piawai penilaian.

Bagi menyediakan bantuan kemanusiaan kepada pembantu rumah yang menderita, misalnya dalam bentuk bayaran

19

masyarakat tentang WSH bagi tahun tersebut. Mendekati lebih 10,000 pekerja dan majikan daripada pelbagai industri, kempen itu dijalankan dalam bentuk sebuah carnival keluarga di mana para peserta belajar tentang peri pentingnya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui kegiatan-kegiatan seronok dan interaktif.

Pelancaran kempen dan karnival keluarga itu diadakan pada 22 April 2017 di OCBC Square di Hab Sukan daripada 9 pagi hingga 7 malam.

LANGKAH SETERUSNYAUrus Setia WSH akan bekerja lebih rapat dengan rakan-rakan tiga pihak untuk terus merapati pekerja untuk mengenalpasti perkara-perkara bahaya yang berkaitan dengan punca-punca utama kemalangan. Ia akan menumpukan perhatian kepada sektor-sektor binaan, pengilangan, pengangkutan dan penyimpanan.

Pergerakan Buruh beriltizam untuk menjadikan tempat-tempat kerja lebih selamat untuk para pekerja kita. Bersama-sama pihak kesatuan sekerja kita, kami akan Mengupayakan pihak syarikat dan persatuan perdagangan untuk menggunakan laporan-laporan tentang kemalangan yang hampir-hampir berlaku sebagai sebahagian daripada sistem pengurusan keselamatan bagi meningkatkan lagi pencegahan kemalangan di tempat kerja. Selain daripada mencuba sedaya upaya untuk mencegah kemalangan di tempat kerja, kami akan juga bekerja rapat dengan rakan-rakan tiga pihak kita untuk membantu para pekerja yang cedera agar lebih cepat sembuh sekiranya kemalangan berlaku, agar mereka dapat pulih dan kembali bekerja.

PENCAPAIAN UTAMA Bersama-sama rakan-rakan tiga pihak kita, Pergerakan Buruh telah, sepanjang tahun ini, mendekati para majikan dan pekerja secara langsung. Melalui pihak kesatuan sekerja kita, kami terus Memperkasa pihak syarikat dan persatuan perdagangan untuk membina keupayaan WSH mereka; dan mendekati pelbagai kumpulan pekerja mudah terjejas untuk meningkatkan kesedaran tentang WSH dan Menyedarkan mereka tentang cara-cara praktikal yang mereka boleh lakukan untuk melindungi diri masing-masing. Kami juga melakarkan garis-garis pandu bagi pelbagai punca utama dan cara mengelakkan kemalangan supaya setiap individu dilengkapi dengan pengetahuan yang diperlukan untuk bertanggungjawab sendiri bagi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja masing-masing.

Salah satu pencapaian utama pada tahun 2017 adalah Pelancaran Kempen WSH Kebangsaan. Dianjurkan bersama oleh Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja, NTUC dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura, dan disokong oleh Kementerian Tenaga Manusia, Institut Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja dan banyak lagi rakan-rakan industri, kempen itu mewujudkan suasana bagi usaha-usaha mendekati

Pelancaran Kempen WSH Kebangsaan.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA

Melalui usaha tiga pihak, Urus Setia Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) mahu mencipta sekitaran kerja yang selamat di mana setiap pekerja pulang ke rumah dengan selamat pada akhir setiap hari kerja mereka. Ini dijalankan melalui pendekatan 3E: Menyedarkan, Mengupayakan dan Memperkasakan.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

PENCAPAIAN UTAMA • Program penempatan di mana para pegawai

NTUC dan perkhidmatan awam bertukar tempat selama dua tahun untuk menyertai projek-projek penting yang menggabungkan penggubalan dasar dengan pengalaman bertugas secara langsung dengan pekerja bawahan. Pada masa ini, terdapat tiga pegawai yang sedang menyertai program pertukaran tugas ini.

• Menerima para pegawai perkhidmatan awam selama enam bulan melalui Program Kepimpinan Sektor Awam (PSLP) untuk meraih pengetahuan tentang cara Pergerakan Buruh dijalankan. Seorang pegawai PSLP melengkapi program penempatan perintis pada tahun 2016, dengan lebih banyak lagi dirancang pada tahun 2017.

• Setiap tahun, 20 pegawai awam menghadiri pelbagai kembara ilmu dalam bentuk program penempatan selama 12 bulan melalui Program Penempatan Pergerakan Buruh.

• Setiap tahun, sekitar 200 pegawai perkhidmatan awam yang menghadiri program-program penting Maktab Perkhidmatan Awam menghadiri kembara ilmu anjuran NTUC untuk meraih pengetahuan tentang sumbangan para pekerja kepada Singapura, menghargai keprihatinan ekonomi-sosio-politik Singapura, serta mengenali cabaran-cabaran mencari nafkah yang dihadapi pelbagai lapisan tenaga kerja.

Pergerakan Buruh telah melaksanakan Program Pertukaran Kakitangan Tiga Pihak (TSEP) untuk membolehkan para pegawai daripada perkhidmatan awam, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura dan NTUC lebih memahami dan mengetahui sudut pandangan setiap pihak berkepentingan.

LANGKAH SETERUSNYAPara pemimpin di kalangan Pergerakan Buruh akan terus memainkan peranan penting dalam usaha menyokong perjuangan Pergerakan Buruh dan mewakili kepentingan tenaga kerja Singapura. Mereka akan menyertai jawatankuasa-jawatankuasa pelbagai badan berkaitan Pemerintah dan badan berkanun, dan para Menteri dan Anggota Parlimen dijemput untuk menjawat peranan penasihat kesatuan sekerja, demi memastikan bahawa Pergerakan Buruh diwakili secukupnya di pelbagai agensi pemerintah dan badan berkanun.

Kerjasama tiga pihak kekal sebagai asas penting bagi keharmonian industri dan kemajuan ekonomi. Kami akan terus memupuk usaha merapati semua pihak dan kerjasama secara kerap di kalangan rakan-rakan tiga pihak di peringkat sektoral dan juga nasional, supaya kita boleh bersama-sama mencipta masa depan ekonomi Singapura dan mendorong pembangunan dan kemajuan tenaga kerja Singapura dalam ekonomi baru.

KERJASAMA TIGA PIHAK

Kerjasama tiga pihak adalah asas bagi keamanan industri dan pembangunan ekonomi, dengan pihak Pemerintah, majikan dan kesatuan sekerja bekerja rapat untuk membaiki lagi kehidupan orang yang bekerja. Pelbagai Jawatankuasa Tiga Pihak Sektoral (STC) akan terus memainkan peranan penting untuk mendorong usaha-usaha khusus kepada sesuatu sektor, terutamanya pembangunan Perancangan Perubahan Industri dan inisiatif SkillsFuture.

21

PENCAPAIAN UTAMA Pergerakan Buruh berjalin dengan ITM melalui pasukan Perubahan Industri dan Daya Penghasilan NTUC. Melalui kerjasama dengan rangkaian kelompok kesatuan sekerja, U Associates, SME dan rangkaian pekerja bebas, pasukan itu mengusahakan pelbagai inisiatif daya penghasilan, inovasi, reka bentuk semula kerja dan peningkatan kemahiran kepada pihak tenaga kerja dan syarikat. Antara kemuncak usaha kelompok-kelompok NTUC termasuk:

Kelompok Aeroangkasa dan Penerbangan Kelompok Aeroangkasa dan Penerbangan bekerja rapat dengan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) untuk mencipta kandungan bersaiz kecil mengenai ITM Pengangkutan Udara bagi pihak kesatuan sekerja dan pekerja dalam Sektor Pengangkutan Udara. Kelompok itu akan juga bekerja rapat dengan CAAS dan pihak syarikat pengangkutan udara untuk mengenalpasti kemahiran masa hadapan dan latihan relevan untuk mempersiapkan para pekerja bagi perubahan-perubahan itu.

Kelompok Penjagaan Kesihatan Kelompok Penjagaan Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memberi taklimat kepada para pekerja penjagaan kesihatan tentang pelbagai trend industri dan mendapatkan maklum balas tentang sentimen pekerja. Perbincangan kumpulan fokus akan diadakan bersama para pengamal sumber manusia bagi penjagaan kesihatan untuk lebih memahami trend pekerjaan yang berubah-ubah dan kemahiran masa hadapan.

Kelompok Hospitaliti dan Perniagaan PenggunaKelompok Hospitaliti dan Perniagaan Pengguna

bekerjasama dengan Pertukaran Inovasi Makanan untuk menyatukan syarikat-syarikat pengilangan dan perkhidmatan makanan untuk menggalak inovasi. Ini membuka saluran bagi kerjasama silang sektor untuk menambah nilai kepada pihak perniagaan dan meningkatkan daya kerja pekerja.

Kelompok Pengilangan (A&A, EPME, OPEC, Kejuruteraan Marin)Kelompok-kelompok itu bekerja rapat dengan Lembaga Kemajuan Ekonomi untuk menggembleng pihak syarikat dan pekerja agar dilatih dalam bidang Pengilangan Lanjut. Ini adalah sebahagian usaha mereka untuk membangunkan tenaga kerja pengilangan yang yakin dengan bidang digital pada ketika pihak syarikat berubah dan bergerak ke arah kegiatan-kegiatan nilai lebih tinggi seperti robotik, berkenaan dengan industri, kecerdasan buatan, pekilangan bahan tambahan dan realiti luasan.

DAYA PENGHASILANPerancangan Perubahan Industri (ITM), yang dilakarkan secara bersama oleh rakan-rakan tiga pihak daripada pelbagai industri, menggabungkan peningkatan daya penghasilan dengan pembangunan kemahiran, inovasi dan usaha-usaha pengantarabangsaan. Sebanyak 23 industri akan diberi sokongan hebat sepanjang tempoh dua tahun untuk membawa ekonomi negara ke masa hadapan. Setiap ITM disokong oleh kerjasama kuat antara pihak industri, agensi pemerintah dan kesatuan sekerja.

LANGKAH SETERUSNYAPergerakan Buruh akan terus meluaskan dan mendalamkan kerjasama kita dengan rakan-rakan usaha dalam rangkaian itu untuk menggerakkan ITM, demi memastikan bahawa orang yang bekerja boleh mendapatkan akses atau bertukar kepada pekerjaan-pekerjaan baik dalam pelbagai sektor yang berkembang, berlatih dan meningkatkan kemahiran untuk berpindah di dalam sektor dan ke sektor lain, serta bekerjasama dengan pihak syarikat untuk mereka bentuk semula atau menggunakan proses kerja baru untuk mencapai nilai lebih tinggi.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Sektor Landskap• Pada Jun 2016, PWM menjadi syarat wajib bagi

syarikat-syarikat landskap yang mahu mendaftar di bawah Daftar Syarikat Landskap.

• Di bawah PWM bidang landskap, gaji pokok bulanan bagi sekitar 3,000 pekerja landskap pemastautin telah naik sekurang-kurangnya 30 peratus, daripada gaji bulanan kasar secara purata sebanyak $1,000 kepada gaji pokok bulanan sebanyak $1,300.

Seiringan dengan sektor pembersihan, sektor-sektor keselamatan dan landskap juga menyasarkan untuk melakukan semakan serupa bagi PWM masing-masing.

PENCAPAIAN UTAMA Sektor pembersihan• Sejak ia dilaksanakan pada September 2015, sekitar

40,000 pekerja pembersihan pemastautin telah menerima manfaat PWM. Gaji pokok bulanan bagi para pekerja pembersihan ini telah naik sebanyak 22 peratus daripada purata $820 pada Jun 2012 kepada $1,000 pada tahun 2015.

• Demi memastikan agar PWM industri pembersihan kekal relevan, satu semakan ke atas PWM bagi enam tahun seterusnya dijalankan pada tahun 2016. Pada 1 Julai 2017, gaji pokok bulanan para pekerja pembersihan ini telah naik daripada purata $1,000 pada tahun 2015 kepada $1,060. (hanya bagi pekerja pembersihan yang bekerja di bawah kontrak perniagaan pembersihan baharu).

• Menjelang 1 Julai 2018 dan 2019, semua pekerja pembersihan pemastautin akan menerima gaji pokok bulanan $1,120 dan kemudiannya $1,200. Bagi tiga tahun selepas itu, mereka akan menerima kenaikan gaji yang dijadual iaitu sebanyak tiga peratus gaji pokok bulanan mereka.

• Selain itu, mulai tahun 2020, semua pekerja pembersihan pemastautin akan menerima bonus tahunan yang diwajibkan (sebanyak dua minggu daripada jumlah gaji bulanan pekerja pembersihan itu)

Sektor Keselamatan• PWM diwajibkan sebagai syarat perlesenan bagi

semua agensi keselamatan mulai 1 September 2016.• Sejak tahun 2017, lebih daripada 32,000 pegawai

keselamatan pemastautin telah menerima manfaat daripada PWM, memandangkan gaji pokok bulanan mereka telah naik daripada $800 kepada $1,100.

MODEL GAJI PROGRESIF

NTUC pertama kalinya memperkenalkan Model Gaji Progresif (PWM) pada Jun 2012 untuk membantu para pekerja di pelbagai sektor untuk mencapai kenaikan gaji sebenar yang mampan menerusi peningkatan kemahiran dan pembaikan daya penghasilan. Sejak itu, lebih 75,000 pekerja dalam sektor-sektor pembersihan, keselamatan dan landskap telah menerima manfaat PWM.

Inisiatif Penyumberan Bijak (SSI) • Satu skim insentif perintis sedang dilakarkan untuk

mendidik pembeli khidmat agar menggunakan amalan-amalan pemerolehan yang lebih progresif.

23

LANGKAH SETERUSNYA Pergerakan Buruh akan meneruskan usahanya untuk giat merapati semua pihak relevan untuk berkongsi dengan mereka tentang perubahan-perubahan ke atas PWM industri pembersihan. Bagi industri-industri keselamatan dan landskap, usaha merapati pelbagai pihak berkepentingan akan dipertingkatkan di mana matlamatnya adalah melakukan semakan ke atas PWM masing-masing demi memastikan ianya kekal relevan.

Selain itu, satu inisiatif perintis akan diadakan untuk mendorong kontrak berdasarkan hasil oleh para pembeli khidmat dengan matlamat meningkatkan daya penghasilan di kalangan para pekerja bergaji rendah yang disumber luar dalam sektor-sektor pembersihan, landskap dan keselamatan.

Melalui SSI, para pembeli khidmat akan digalak agar menumpukan perhatian kepada hasil perkhidmatan dan bukan hanya menetapkan jumlah pekerja dalam syarat-syarat tender, menggunakan penyelesaian yang diupayakan oleh teknologi untuk mendorong daya penghasilan lebih tinggi, dan meningkatkan piawai pekerjaan bagi para pekerja yang disumber luar dengan memastikan bahawa para pembeli khidmat mematuhi terma dan amalan pekerjaan adil.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

MEWUJUDKAN KESAN: MEMBAWA KEBAIKAN

Bagi tahun 2016 dan tahun 2017, kos sara hidup kekal sebagai satu keprihatinan besar. Untuk terus menangani keprihatinan ini, kesemua SE NTUC menyediakan nilai baik kepada para pelanggan setiap hari melalui pelbagai keusahawanan sosial kita yang membawa barangan keperluan asas harian penting kepada orang Singapura. Bagi menangani keprihatinan tentang penuaan, kesemua SE NTUC menyediakan sokongan dan jaminan kepada

warga emas untuk mengupayakan dan memperkasa mereka agar dapat meniti usia lanjut di kawasan yang sama. Bagi menangani keprihatinan tentang kos penjagaan kesihatan, kesemua SE NTUC bekerjasama untuk mengupayakan dan memperkasa orang Singapura agar membuat pilihan lebih sihat, agar mereka menjadi lebih sihat dan mempunyai mutu hidup lebih baik apabila usia mereka kian meningkat. Berhubung keprihatinan tentang kurangnya mobiliti sosial, kesemua SE NTUC menyediakan laluan dan sumber untuk mengupayakan golongan paling muda dan juga dewasa untuk mencatat kemajuan lebih baik dalam kehidupan.

Dalam hal-hal ini, kesemua SE NTUC bekerjasama dengan satu sama lain untuk menyediakan sekumpulan perkhidmatan bersepadu untuk memenuhi keperluan orang Singapura pada setiap peringkat kitaran hidup mereka, khususnya golongan murid prasekolah, kanak-kanak bersekolah, orang dewasa yang bekerja dan warga emas, serta keperluan-keperluan lebih am untuk semua peringkat.

Sebuah FairPrice Shop untuk para pembeli-belah yang mahu berjimat.

KEUSAHAWANAN SOSIAL MEMENUHI KEPERLUAN SEMUA ORANG PADA SETIAP PERINGKAT DALAM KITARAN HIDUP MEREKA

TUJUAN DAN SEMANGAT

Keusahawanan-keusahawanan sosial (SE) NTUC mempunyai komitmen kepada misi mereka untuk memenuhi keperluan orang Singapura dan mewujudkan kesan sosial. Sejak tahun 70-an, apabila kumpulan pertama SE ditubuhkan, kesemua SE NTUC telah memaksimumkan faedah untuk anggota serta masyarakat am Singapura. Tidak seperti syarikat-syarikat komersil, koperatif NTUC tidak memaksimumkan keuntungan hanya untuk mengkayakan para pemegang saham mereka.

Mereka sungguh bersemangat untuk memenuhi tujuan mereka yakni menyampaikan barangan dan perkhidmatan yang relevan kepada orang Singapura, sehinggakan kesemua SE NTUC berazam untuk sentiasa berinovasi dalam tawaran perniagaan mereka. Lantaran itu, mereka telah meluaskan perkhidmatan dan barangan mereka, daripada menangani satu keprihatinan utama iaitu “menangani kos sara hidup”, kepada menangani empat keprihatinan besar untuk 10 tahun akan datang, iaitu kos sara hidup, penuaan, kesihatan dan mobiliti sosial.

Sebagai sebuah kumpulan, kesemua SE NTUC akan mengubah diri masing-masing demi memanfaatkan peluang yang datang daripada perubahan dan gangguan teknologi untuk meneruskan lagi usaha-usaha sosial mereka. Bersama-sama, kesemua SE NTUC akan dapat menyatukan segala aset dan sumber mereka untuk menyediakan sekumpulan perkhidmatan bersepadu untuk menangani keprihatinan-keprihatinan besar kepada orang Singapura ini pada setiap peringkat kitaran hidup mereka secara lebih menyeluruh.

25

Pusat Penjaja Bukit Panjang akan menawarkan masakan termampu, sedap NTUC Foodfare membuka Pusat Penjaja dan Pasar Bukit Panjang untuk menawarkan masakan termampu, mudah didapatkan dan sedap kepada para penduduk agar mereka dapat menguruskan kos sara hidup dengan lebih baik.

NTUC Foodfare dapat melakukan ini dengan meletakkan harga berpatutan bagi makanan di pusat penjaja. Amalan ini melindung para pelanggan daripada penjaja yang mungkin menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya dan secara tidak wajar sehinggakan isu kemampuan menjadi satu masalah.

Selain itu, satu batasan harga juga dikenakan ke atas dua hidangan makanan asas bagi setiap gerai di pusat itu untuk memastikan bahawa semua pelanggan, termasuk golongan yang mementingkan harga dan golongan berpendapatan rendah, mendapat akses kepada pelbagai makanan yang dijual di pusat penjaja itu.

Rekod cemerlang NTUC Foodfare, dalam menguruskan pusat penjaja ini serta Pusat Penjaja di Pusat Pertukaran Bas Bedok, mendorong Agensi Sekitaran Kebangsaan untuk melantik keusahawan sosial itu bagi menguruskan tujuh lagi pusat penjaja mulai Julai 2017.

Kos sara hidupMenyampaikan barangan dan perkhidmatan termampu dan berbaloi dengan harga.

FairPrice Shop memenuhi keperluan para pembeli-belah yang mahu berjimatNTUC FairPrice membuka FairPrice Shops di estet-estet perumahan HDB matang yang mempunyai lebih banyak flat-flat satu bilik hingga tiga bilik, seperti Eunos Crescent dan Circuit Road, khususnya untuk memenuhi keinginan para pelanggan yang mahu berjimat serta mereka daripada keluarga lebih kecil.

Kesemua FairPrice Shop ini bersifat unik melalui campuran barangan mereka – sekitar separuh kedai dibekalkan dengan barangan jenama FairPrice, barangan Harga Rendah Setiap Hari dan barangan Titik Kuning. Kesemua barangan ini memberi para pembeli pilihan harga paling rendah untuk membantu mereka berjimat. Kesemua FairPrice Shop juga mengandungi hasil keluaran yang eksklusif, “Nilai Segar” yang membolehkan para pembeli menjimatkan lebih banyak wang lagi apabila membeli hasil keluaran segar.

Menjelang akhir Disember 2016, enam FairPrice Shop sudah ada di Singapura. Enam lagi FairPrice Shop akan dibuka pada tahun 2017.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Penuaan Menyediakan sokongan dan jaminan bagi warga emas kita agar meniti usia lanjut di kawasan yang sama.

Menjaga warga emas yang lemahRumah rawatan pertama NTUC Health dibuka di Jurong West untuk menyediakan penjagaan dan pemulihan yang bermutu dan termampu kepada warga emas, yang tidak dapat menerima penjagaan setiap hari dan waktu di rumah masing-masing. Ini merupakan satu lagi kejayaan memenuhi impian yang tercetus hampir 20 tahun lalu untuk menyediakan penjagaan rumah rawatan yang baik dan termampu bagi warga emas, demi mengurangkan beban kewangan, emosi dan psikologi ke atas keluarga mereka yang mungkin tidak layak menerima subsidi.

Rumah rawatan itu menggunakan peralatan berteknologi maju seperti mesin pengisar injakan antigraviti, sistem sokongan beratan dan peranti berjalan robotik boleh pakai bagi membantu warga emas lemah untuk meningkatkan lagi usaha mereka semasa terapi secara selamat dan membantu mereka menjalani pemulihan.

Dua lagi rumah rawatan di Chai Chee dan Geylang akan beroperasi pada tahun 2017 untuk menyediakan khidmat bagi lebih ramai warga emas kawasan itu. Jika beroperasi sepenuhnya, ketiga-tiga rumah rawatan itu akan dapat menjaga hampir 900 warga emas secara keseluruhannya, lantas menjadikannya salah sebuah pengendali rumah rawatan terbesar di Singapura.

Program antara generasi melibatkan murid prasekolah dan warga emasNTUC First Campus dan NTUC Health melancarkan tahap lanjut bagi program antara generasi mereka bagi memudahkan interaksi tersusun antara para murid prasekolah dan warga emas di Braddell Heights-Serangoon Central.

Program ini memanfaatkan lokasi sama yang menempatkan kedua-dua pusat itu dan adalah hasil kerjasama rapat antara My First Skool (MFS) di bawah NTUC First Campus dan Pusat Penjagaan Warga Emas Silver Care di bawah NTUC

Health untuk membolehkan anak-anak kecil dan warga emas menyertai kegiatan bersama-sama, agar mereka boleh belajar daripada satu sama lain dan belajar tentang satu sama lain.

Program tersebut berjaya sejauh ini kerana ia memperkasakan para peserta warga emas agar mereka lebih merasakan bahawa mereka ada tujuan, dengan membimbing kanak-kanak itu semasa melakukan kegiatan tersebut. Ia juga memupuk nilai-nilai empati dan belas ihsan di kalangan murid prasekolah itu, serta sikap menghormati warga emas.

Membolehkan warga emas yang boleh bergerak untuk membeli-belah secara berdikari NTUC FairPrice membuka lapan kedai mesra warga emas di kawasan-kawasan yang mempunyai lebih ramai penduduk warga emas, seperti Lengkok Bahru dan Redhill. Kedai-kedai ini menggabungkan prinsip reka bentuk universal dengan ciri-ciri dan barangan khas untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyenangkan, dan menyokong mereka semasa mereka menjalankan tugas seharian mereka secara berdikari.

Para pembeli-belah juga boleh menggunakan kaca pembesar di rak-rak barangan untuk membantu mereka membaca label barangan dengan lebih mudah. Mereka juga dapat mencapai dan mengambil barangan dengan lebih mudah kerana ketinggian rak-rak barangan telah disesuaikan kepada

27

Memberi ketenangan jiwa kepada warga emasNTUC Income juga telah menghasilkan satu pelan insurans istimewa, Silver Protect, khusus bagi warga emas untuk memberi mereka ketenangan jiwa, dan membebaskan mereka daripada sebarang kebimbangan tentang bil perubatan yang tinggi sekiranya mereka jatuh sakit. Polisi insurans itu meliputi penyakit barah peringkat awal, penyakit barah peringkat lanjut dan juga kematian akibat kemalangan, di samping ciri-ciri lain sehingga usia maksimum 84 tahun. Dengan pelan ini, warga emas tidak perlu bimbang tentang bil perubatan tinggi sekirannya menghidapi penyakit barah.

KesihatanMenggalak dan mengupaya semua orang agar hidup dan makan secara sihat

Inisiatif Makan dan Hidup Secara SihatKesemua keusahawanan Sosial NTUC bergabung untuk membangunkan “Inisiatif Makan dan Hidup Secara Sihat”, yang dilancarkan oleh Encik Gan Kim Yong, Menteri Kesihatan, pada Jun 2016. Di bawah inisiatif ini, semua keusahawanan sosial menjadikan pilihan makanan sihat lebih mudah didapatkan dan termampu untuk semua rakyat Singapura, demi memberi insentif kepada semua orang agar memilih gaya hidup lebih sihat. Inisiatif ini dijalankan melalui kerjasama dengan Lembaga Penggalak Kesihatan, bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan memerangi kencing manis.

Bagi tempoh enam bulan daripada Jun hingga Disember 2016, satu siri minyak masak sihat jenama FairPrice HouseBrand yang pelbagai jenis, yang diiktiraf dengan Lambang Pilihan Lebih Sihat, telah ditawarkan pada harga diskaun sebanyak 15 peratus. Ia juga menjual bijrin tulen jenama Housebrand pada harga diskaun 5 peratus selama tiga bulan antara Jun hingga September.

NTUC Foodfare juga mengikrarkan agar semua gerai makanan di pusat-pusat penjajanya dan kedai-kedai kopinya menggunakan minyak masak lebih sihat dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. NTUC Foodfare juga mengadakan pilihan makanan 500 kalori di gerai-gerai makanannya sebagai sebahagian daripada Program Makan Lebih Sihat HPB, untuk menggalak para pelanggan supaya memilih makanan dengan kalori lebih rendah. Ia juga meneruskan amalannya menjual minuman tanpa gula pada harga lebih murah berbanding minuman biasa lain untuk memberi lebih banyak insentif kepada para pelanggannya agar memilih pilihan lebih sihat.

Seiringan dengan langkah pihak Keusahawanan Sosial NTUC untuk memperkasakan rakyat Singapura agar memilih pilihan makanan lebih sihat, My First Skool (MFS) di bawah NTUC First Campus menghasilkan buku pelekat kecil untuk kanak-kanak di pusat-pusat prasekolahnya pada tahun 2016, untuk menggalak tabiat memilih pilihan makanan lebih sihat dari kecil. Kanak-kanak yang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang secukupnya setiap hari boleh menerima sebuah buku kecil mengandungi pelekat-pelekat cantik. Kebanyakan pusat prasekolah MFS telah pun diiktiraf oleh “Program Makanan Sihat di Pusat Jagaan Kanak-Kanak” HPB.

mereka. Kedai-kedai itu juga mempunyai troli membeli-belah yang mesra kerusi roda untuk membolehkan para pengguna kerusi roda membeli-belah secara berdikari di kedai-kedai itu. Untuk memenuhi keperluan pelanggan warga emas dengan lebih baik, mereka boleh memicit butang meminta bantuan yang terletak di pintu masuk dan sepanjang tempat laluan di antara rak-rak barangan. Kedai-kedai mesra warga emas itu juga dibekalkan dengan pelbagai macam makanan pelengkap, barangan dengan Lambang Pilihan Lebih Sihat, dan barangan bantu seperti alat bantu berjalan yang dikhususkan untuk keperluan warga emas.

Kakitangan barisan hadapan di kedai-kedai ini juga dilatih tentang cara melayani pelanggan warga emas dengan lebih baik. Program latihan yang disusun khas – anjuran bersama Hab Pembelajaran NTUC, Pusat Warga Emas dan Dana Amanah Dr Oon Chiew Seng – melengkapi kakitangan dengan kemahiran dan pengetahuan untuk lebih memahami dan menjangka keperluan pelanggan warga emas.

Mereka kini dapat mengenalpasti penyakit berkaitan dengan usia tua seperti nyanyuk dan dapat menunjukkan empati kepada kesukaran-kesukaran yang mungkin dialami warga emas, supaya mereka dapat berkomunikasi dengan warga emas secara lebih baik dan memberi respons yang lebih baik kepada mereka.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Mobiliti SosialMemperkasakan semua orang agar mencapai seluruh potensi mereka

Model Sokongan Anak memastikan bahawa setiap anak memulakan kehidupan dengan baikModel Sokongan Anak di pusat-pusat prasekolah My First Skool (MFS) kita bertujuan memenuhi keperluan sosial, pembangunan dan kewangan setiap anak secara menyeluruh dan bersepadu.

Memenuhi keperluan sosial dan pembangunanProgram-program intervensi awal diadakan untuk membantu kanak-kanak yang mempamerkan tanda-tanda kelewatan perkembangan yang ringan, agar mempunyai ruang untuk belajar bahasa yang sesuai pada usia, literasi dan kemahiran sosial berdasarkan keupayaan mereka. Selain daripada subsidi pemerintah, MFS juga menyediakan subsidi tambahan untuk yuran jagaan kanak-kanak untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Misalnya, seorang anak daripada keluarga yang menghadapi masalah kewangan yang berat mungkin hanya perlu membayar kurang daripada $4 sebulan selepas diberi subsidi daripada Dana Bright Horizon di bawah NTUC First Campus. Dana itu juga membiayai kelas pengayaan, sambutan hari lahir, lawatan lapangan, rombongan sekolah, pakaian seragam dan beg sekolah untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, agar mereka tidak rasa serba kekurangan dan dapat

menikmati kegembiraan zaman kanak-kanak, yang sama seperti apa yang dialami rakan-rakan sekolah mereka di pusat-pusat MFS.

Memenuhi keperluan sosial dan kewanganModel Sokongan Anak juga memastikan bahawa kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah diberi keutamaan tempat di pusat-pusatnya. Eksekutif Pengupayaan Anak (CEE) juga bertugas di pusat-pusat MFS yang mempunyai lebih ramai kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk memantau kesejahteraan kanak-kanak tersebut. Para CEE itu bekerjasama dengan rakan-rakan masyarakat seperti pihak Pusat Khidmat Keluarga dan Pejabat Khidmat Sosial untuk memberi sokongan sosial kepada golongan keluarga rentan. Selain itu, demi membantu para ibu bapa menangani cabaran keibubapaan yang kian hebat pada zaman moden ini, MFS juga memperkenalkan satu siri bengkel bertajuk “Tahun-Tahun Keibubapaan” untuk melengkapi para ibu bapa dengan kemahiran keibubapaan yang boleh diamalkan.

Mendidik dan membangunkan lebih ramai kanak-kanak Menjelang tahun hadapan, enam lagi pusat MFS besar yang mempunyai reka bentuk lebih baik dan dibina khas akan didirikan, dan kesemuanya boleh menampung 250 kanak-kanak atau lebih di setiap pusat. Pusat terbesar di Punggol akan menampung sehingga 1,000 kanak-kanak.

29

Program Pembangunan Masa Hadapan Income OrangeAid memperkasa beliaProgram Pembangunan Masa Hadapan Income OrangeAid (FDP) bermatlamat menyediakan peluang kepada para belia memerlukan dan memperkasa mereka untuk mencipta masa hadapan lebih baik untuk diri mereka melalui pendidikan. Para pelajar yang wajar daripada latarbelakang kurang bernasib baik dan menuntut di Institut Pendidikan Teknikal dan politeknik, yang mungkin terpaksa berhenti sekolah akibat masalah kewangan, boleh menerima bantuan kewangan dalam bentuk dermasiswa daripada FDP.

Dermasiswa itu, yang membiayai yuran sekolah dan menyumbang kepada perbelanjaan sara hidup mereka, juga menyediakan peluang kepada para penuntut itu untuk belajar tentang perancangan dan pengurusan kewangan. Selain itu, para pelajar yang menerima dermasiswa juga menerima tawaran program kerjaya dan pembangunan peribadi, berserta latihan amali dan jawatan berkontrak, yang bertujuan membolehkan mereka mengecapi sedikit kehidupan bekerja, bukan hanya dalam institusi kewangan seperti Income, tetapi juga dalam pelbagai keusahawanan sosial NTUC yang lain.

Secara keseluruhan, 1,000 dermasiswa bernilai $2.5 juta telah diketepikan bagi program ini sepanjang tempoh tiga tahun mulai tahun 2015.

Pendidikan dan Latihan BerterusanOrang-orang dewasa, baik yang bekerja atau menganggur, boleh meningkatkan kemahiran atau meraih kemahiran baru di Hab Pembelajaran NTUC. Sejak tahun 2004, Hab Pembelajaran NTUC telah melengkapi lebih 1.9 juta pelajar dewasa dengan kemahiran baru dan relevan, yang membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan ataupun maju dalam kerjaya mereka. Lebih 600 kursus yang ditawarkan di Hab Pembelajaran NTUC pada masa ini adalah kursus siap sedia SkillsFuture dan rakyat Singapura boleh menggunakan Kredit SkillsFuture mereka dalam kursus-kursus ini.

Seorang penerima bantuan daripada Program Pembangunan Masa Hadapan Income OrangeAid

Para pelajar dewasa di kursus Hab Pembelajaran NTUC.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

KELAB NTUC

Downtown EastTahun 2015 hingga tahun 2017 menyaksikan penyelesaian Fasa 1 dan 2A bagi projek Penyegaran Semula Downtown East (DE) bernilai $200 juta.

Sebagai sebahagian daripada projek Penyegaran Semula DE, D’Resort baru selesai didirikan dan dibuka kepada awam pada separuh kedua tahun 2015. Sejauh ini, ia telah menyambut hampir satu juta tetamu yang memberi pujian tinggi kepada bilik-biliknya yang mempunyai tema khas, kemudahan dalam biliknya dan kemudahan berbekunya. Memanfaatkan landskap semula jadinya, D’Resort juga merapati para tetamunya melalui program-program baharu seperti berkayak, berbasikal dan denai tinjau alam.

Perluasan Wild Wild Wet (WWW) juga selesai dan ia kini mempunyai kawasan dua kali lebih luas berbanding sebelumnya. Dibuka kepada awam sejak 1 November 2016, tujuh tarikan taman air baru telah ditambah kepada taman itu. Kemudahan-kemudahan baru seperti kabana, kios F&B, dan tempat berteduh dan tempat rehat tambahan juga didirikan. Respons terhadap taman yang baru diperluas itu amat positif, dengan jumlah pengunjung meningkat seganda sejak pembukaannya.

Satu lagi komponen Penyegaran Semula DE, iaitu E!Avenue baharu yang dibuka pada 30 November 2016, menyaksikan pembinaan lebih banyak kedai F&B dan runcit. Ia melengkapi kemudahan-kemudahan lain seperti D’Resort dan WWW untuk memberi para anggota kita pengalaman hiburan yang tidak tergendala.

Fasa terakhir projek Penyegaran Semula DE masih mengikut jadual dan akan selesai menjelang suku pertama 2018. Fasa terakhir akan menambah lebih banyak lagi pilihan F&B dan runcit bagi para anggota dan tetamu kita.

Selain Downtown East, tahun 2017 menyaksikan pembukaan cawangan Orchid Bowl yang ketujuh di Hab Tampines Kita. Menyusuli pembukaan tempat boling berpusatkan keluarga di SAFRA Punggol, yang dinobatkan sebagai Pusat Baru Terbaik (Tradisional) oleh Jurnal Boling Antarabangsa pada tahun 2016, cawangan Tampines itu bersiap sedia untuk menawarkan pengalaman bermain boling yang istimewa, dengan sistem permarkahan Switch yang serba baru dan mudah disesuaikan. Orchid Bowl terus memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menggiatkan semula industri boling, dan memulakan usaha itu dengan kadar bayaran setiap jam bagi lorong boling, serta program Mengambil Sebuah Lorong Boling, yang menyediakan sebuah wadah untuk rakan-rakan korporat menganjurkan acara-acara unik.

Untuk kekal berdaya saing, Padang Kelab Golf Marina Bay menawarkan pelbagai pengalaman kepada pengguna, dengan memperkenal beberapa inisiatif seperti pertandingan berpasukan (flight) enam bola, tempahan masa ti yang fleksibel dan khidmat istimewa. Tawaran khidmatnya yang lebih baik telah diiktiraf dengan limpahan anugerah sejak beberapa tahun lalu, termasuk Anugerah Antara Tiga Pengalaman Terbaik Yang Berbaloi Dengan Harga dan Padang Golf Awam Terbaik di Asia Pasifik.

Untuk meluaskan usaha mendekati anggota dan menyediakan kegiatan menyeronokkan yang lebih baik untuk mereka, pusat-pusat satelit Kelab untuk mendekati anggota, iaitu Rumah-Rumah Kelab, yang juga dirombak

31

dengan konsep baru, misalnya pembinaan dewan pool yang juga sebuah kafe. Rumah-rumah kelab merupakan tempat pilihan bagi acara-acara kesatuan sekerja seperti Majlis Malam Anggota bagi Kesatuan Jurutera dan Eksekutif SIA Engineering Company, serta satu sesi dialog kesatuan sekerja oleh Kesatuan Sekerja Kakitangan Latihan ITE.

Komuniti-komuniti kelab juga terus mengeratkan hubungan antara para anggota NTUC, tanpa mengira demografi. Keanggotaan secara keseluruhan mengekalkan kenaikan yang menggalakkan. nEbO, yang menyambut ulang tahun ke-10nya pada tahun 2017, mencapai jumlah keanggotaan yang menyerlah iaitu 102,000 anggota, manakala U Live mendekati lebih 200,000 anggota berusia 55 tahun ke atas. U Sports terus menyaksikan penyertaan merangsangkan iaitu sekitar 27,000 anggota setiap tahun. Sementara itu, U Club, wadah pemegangan dan merapati para anggota dan pihak kesatuan sekerja, telah menjalin hubungan dengan 48,000 anggota.

Baru-baru ini, satu kejayaan besar dilihat melalui perlaksanaan satu kelas baru bagi Keanggotaan Korporat untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME). Kelab NTUC berharap ia dapat menarik 13,000 SME menyertainya sebagai rakan U SME secara berperingkat sepanjang tiga tahun akan datang. Ia telah mengemaskini tawaran keanggotaannya yang sedia ada agar ianya seiringan dengan tenaga kerja yang sentiasa berkembang, dan berharap ia dapat merapati lebih ramai pihak pada tahun-tahun mendatang.

Kelab NTUC memastikan hiburan riadah tetap termampu dengan menawarkan penjimatan besar kepada para anggota. Kelab itu tertumpu kepada usaha melakukan kebaikan, dengan acara tahunan Fiesta Keseronokan Untuk Keluarga (sebelumnya Riadah Keluarga FUN), menjemput sekitar 25,000 anggota berpendapatan rendah untuk menikmati kemudahan-kemudahan Kelab dengan keluarga mereka secara percuma.

Presiden NTUC Mary Liew menyambut para anggota semasa acara tahunan Fiesta Keseronokan Untuk Keluarga.

Tahun ini, penjimatan para anggota secara purata mencapai hampir $10 juta dalam bentuk penentuan harga istimewa dan promosi khas, faedah istimewa sempena hari lahir, dan pengeluaran LinkPoints bagi segala jenis tawaran Kelab NTUC. Kesemua tawaran dan faedah istimewa kami yang beraneka telah menarik 10.5 juta pengunjung pada tahun 2016 sahaja, dan kami menanti-nantikan kedatangan lebih ramai lagi pengunjung pada tahun-tahun akan datang.

LANGKAH SETERUSNYAKelab NTUC akan berpegang teguh kepada misinya - untuk merapati lebih ramai lagi tenaga kerja, dan pada masa yang sama, menyediakan perkhidmatan riadah yang bermutu dan termampu kepada mereka. Keseronokan di Wild Wild Wet baru sahaja bermula - tarikan baharu seperti Vortex dan Kraken Racers baru sahaja dibuka pada suku terakhir tahun 2017. Wild Wild Wet juga mempelbagaikan tawarannya, dengan festival muzik taman air yang pertama di Singapura dijadualkan berlangsung pada Oktober 2017. Taman air yang disegarkan semula itu bukan sahaja mempunyai kenderaan permainan (ride) baru, tetapi juga ruang acara serba baru yang boleh digunakan untuk acara korporat dan juga acara awam, misalnya kegiatan pembinaan pasukan dan penubuhan rangkaian, lantas membolehkannya menawarkan lebih banyak pilihan kepada para anggota.

Memasuki fasa terakhir pembinaannya untuk menawarkan pilihan makanan dan membeli-belah yang secukupnya, projek penyegaran semula DE dijangka mula beroperasi menjelang suku kedua 2018.

Memanfaatkan perubahan perkakasan dan keupayaan pengurusan acara, tahun-tahun akan datang bakal menyaksikan Kelab NTUC berusaha menyentuh kehidupan para anggota dengan menjadi sebahagian daripada detik-detik kehidupan yang mereka mahu raikan. Para anggota dan pengunjung boleh menjangkakan program dan acara yang sentiasa bertambah, yang akan membuat para pengunjung terus kembali lagi.

Selain merapati anggota, komuniti-komuniti Kelab NTUC mahu memupuk dan membangunkan lebih ramai pemimpin bagi mencipta satu ekosistem terjamin sendiri di mana para anggota boleh meneroka dan berkongsi bidang kepakaran masing-masing dengan semua orang. Kelab NTUC akan memastikan para anggota kekal relevan dan mengetahui maklumat terkini menerusi program dan kelasnya yang sentiasa berkembang, disesuaikan secara khas agar ia mengikuti sekitaran yang sentiasa berubah pada hari ini.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

ADILPergerakan Buruh telah bekerjasama dengan para majikan untuk mencipta sekitaran kerja lebih baik untuk orang kita yang bekerja. Kita akan terus menjaga kepentingan mereka melalui kerjasama dengan para majikan untuk memastikan bahawa keadilan dan kebajikan diadakan.

PERLINDUNGAN

• Pada tahun 2015 dan tahun 2016, terdapat 2.922 kes pertikaian pekerjaan di syarikat-syarikat berkesatuan sekerja. Pada separuh pertama tahun 2017, 741 kes dibawa ke peringkat kesatuan sekerja.

• Sepanjang dua tahun itu, 2009 anggota di syarikat-syarikat tidak berkesatuan sekerja, yang kebanyakannya menghadapi isu pemberhentian kerja, pemecatan dan gaji, telah dibantu.

BANTUAN BAGI PEMBERHENTIAN KERJA

• 4,760 pekerja di 88 syarikat berkesatuan sekerja diberhentikan pada tahun 2016. Ini membentuk 28.3% daripada semua pekerja yang diberhentikan di peringkat nasional pada tahun 2016. Ini merupakan satu kenaikan berbanding 2,361 pada tahun 2015, membentuk 17.6%

daripada jumlah keseluruhan pekerja yang diberhentikan di peringkat nasional.

• Pada separuh pertama tahun 2017, 1,222 pekerja di 66 syarikat telah diberhentikan. Ini membentuk 18.9% daripada semua pekerja yang diberhentikan di peringkat nasional pada separuh pertama tahun 2017.

• Pihak kesatuan sekerja berunding untuk mendapatkan faedah pemberhentian kerja bagi para pekerja yang terjejas dan menjamin faedah pemberhentian kerja sebanyak 2 minggu hingga 1 bulan bagi setiap tahun perkhidmatan.

• Melalui kerjasama dengan e2i, ITP dan usaha bersama pelbagai kelompok, bantuan penempatan kerja disediakan kepada para anggota yang diberhentikan.

LANGKAH SETERUSNYA Pergerakan Buruh akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan tiga pihak untuk memastikan bahawa undang-undang buruh Singapura kekal relevan dan mencerminkan demografi tenaga kerja yang sentiasa berubah. Ini termasuk usaha memajukan kepentingan pekerja bebas melalui Kumpulan Kerja Tiga Pihak, khususnya dalam hal-hal kecukupan persaraan, penyelesaian pertikaian dan keselamatan di tempat kerja. Pergerakan Buruh akan terus meningkatkan usaha kita untuk meluaskan tahap perwakilan PME untuk mewakili mereka dengan lebih baik dalam hal-hal seperti perlindungan di tempat kerja dan kemajuan kerjaya.

Pada masa yang sama, Pergerakan Buruh akan bekerjasama dengan pihak syarikat berkesatuan sekerja dan pihak lain dalam U Network untuk menggunakan amalan pekerjaan yang adil dan progresif dengan mengamalkan Piawai Tiga Pihak dan anugerah-anugerah lain yang berkaitan dengannya. Memandangkan keperluan tenaga kerja telah berubah, Pergerakan Buruh akan terus mengenalpasti kemahiran-kemahiran relevan dan baru untuk para pemimpin kesatuan sekerja kita agar mereka bersiap sedia bagi masa hadapan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif nasional seperti ITM.

PERLINDUNGAN DAN PERWAKILAN

Sektor berkesatuan sekerja

Pekerja Biasa di Peringkat Nasional

Perubahan Gaji Pokok 2015 – 2016

(Setiap Tahun)4.5% 3.75%

Perubahan Gaji Pokok

Keseluruhan 2015 – 2016 (Setiap

Tahun)

4.4% 3.65%

GAJI

Trend gaji bagi pihak syarikat berkesatuan sekerja mencerminkan prestasi ekonomi yang lebih lembab secara amnya dan mencatat trend merosot antara tahun 2015 dan tahun 2016. Namun, di sebalik ketidaktentuan dan penyusunan semula ekonomi ini, para pekerja di syarikat-syarikat berkesatuan sekerja menikmati kenaikan gaji pokok lebih tinggi sebanyak 4.4%. Ini dirangsang oleh pelbagai inisiatif daya penghasilan dan PWM yang dilaksanakan di pelbagai sektor, yang membantu menaikkan gaji para pekerja di syarikat-syarikat berkesatuan sekerja.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

• Rangka Kerja Pengantaraan Tiga Pihak dipertingkatkan, untuk membolehkan golongan pekerja biasa dan golongan pekerja bergaji lebih $4,500 yang merupakan anggota kesatuan sekerja yang bekerja dalam syarikat-syarikat tidak berkesatuan sekerja, untuk mendapat akses kepada pengantaraan tiga pihak yang wajib jika mereka menghadapi isu-isu di tempat kerja dalam 5 perkara, khususnya, gaji yang tidak dibayar, faedah statutori, pengambilan bekerja semula, faedah pemberhentian kerja dan pelanggaran kontrak.

• Tribunal Tuntutan Pekerjaan ditubuhkan untuk mendengar semua tuntutan berkaitan gaji statutori daripada para pekerja yang dilindungi Akta Pekerjaan, Akta Persaraan dan Pengambilan Bekerja Semula dan Akta Simpanan Bersama Pembangunan Anak dan tuntutan gaji berkaitan dengan kontrak daripada semua pekerja, termasuk golongan PME yang bergaji lebih $4,500 sebulan.

Di TADM, terdapat ruang-ruang nasihat yang khusus untuk berkhidmat kepada para anggota kesatuan sekerja dan golongan bukan anggota dalam U Network, lantas membolehkan mereka menerima perkhidmatan dan bantuan yang diberi keutamaan. Mereka akan menikmati khidmat-khidmat istimewa berikut:• Bantuan segera – para anggota U Network (kesatuan sekerja

dan bukan kesatuan sekerja) dapat menikmati bantuan pada hari sama bagi kes-kes pertikaian pekerjaan mereka. Para pekerja lain perlu membuat janji temu yang mungkin mempunyai senarai menunggu selama dua minggu.

• Akses kepada Rangka Kerja Pengantaraan Tiga Pihak (TMF)• Perwakilan – para anggota kesatuan sekerja mungkin

boleh diwakili oleh pihak kesatuan sekerja mereka di sesi pengantaraan dan di sidang Tribunal Tuntutan Pekerjaan. Para anggota bukan kesatuan sekerja perlu membentangkan kes masing-masing sendiri.

Sejak permulaan TADM, jumlah anggota yang mendekati Pergerakan Buruh untuk mendapatkan nasihat dan bantuan bagi pertikaian di tempat kerja telah naik seganda, daripada 100 kes secara purata setiap bulan bagi suku pertama tahun ini, kepada 200 kes sebulan. Bilangan kes Pengantaraan Tiga Pihak juga telah meningkat dengan banyaknya hasil peningkatan TMF. Hampir 60 kes difail untuk menjalani pengantaraan tiga pihak daripada April hingga Julai 2017. Sejauh ini, sekitar separuh kes-kes itu telah diselesaikan dan tuntutan bernilai $122,000 untuk tunggakan gaji, faedah statutori dan faedah persaraan telah didapatkan untuk para anggotanya.

PENYELESAIAN PERTIKAIAN

Pada tahun 2015, terdapat kenaikan 15 peratus bagi kes-kes pertikaian dalam sektor berkesatuan sekerja, berbanding tahun 2014. Jumlah kes menjadi mantap pada tahun 2016. Secara keseluruhan, terdapat 2,922 kes pertikaian pekerjaan dalam syarikat-syarikat berkesatuan sekerja sepanjang dua tahun itu. Kebanyakan kes ini diselesaikan di peringkat kesatuan sekerja, dengan 6.8% dirujuk ke MOM dan 3 kes dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Perusahaan (IAC). Kes-kes tersebut lazimnya adalah mengenai aduan individu, gaji dan pertikaian CA.

Bagi para anggota di syarikat tidak berkesatuan sekerja, NTUC menyediakan perkhidmatan nasihat tentang isu-isu di tempat kerja dan hal-hal lain berkaitan isu pekerjaan. Terdapat sejumlah 2009 kes sepanjang dua tahun itu. Jumlah itu melonjak dengan banyaknya pada tahun 2017. Pada 31 Julai 2017, 1141 anggota GB telah mendekati NTUC untuk meminta bantuan bagi pertikaian pekerjaan mereka. Tahun ke tahun, jumlah pertanyaan daripada para karyawan, pengurus dan eksekutif (PMET) juga bertambah, yang membentuk antara 50% hingga 60% jumlah keseluruhan kes yang ditangani.

Pada April 2017, inisiatif-inisiatif di bawah ini dilancarkan untuk menyediakan cara lebih termampu dan cepat untuk menyelesaikan pertikaian pekerjaan bagi orang-orang bekerja:• Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian (TADM)

ditubuhkan secara bersama oleh rakan-rakan tiga pihak - Kementerian Tenaga Manusia, NTUC dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura untuk menyediakan perkhidmatan nasihat dan perkhidmatan pengantaraan bahi pertikaian pekerjaan.

35

PENCAPAIAN UTAMA • Usaha-usaha melobi telah membawa hasil positif

dengan perlaksanaan Rangka Kerja Pertimbangan Adil dan pengenalan Bank Pekerjaan Nasional untuk membantu mewujudkan ketelusan dalam penempatan kerja dan peluang naik pangkat.

• Untuk meluaskan lagi usaha melobi Pergerakan Buruh, satu senarai tiga kelemahan telah dibuat oleh Kementerian Tenaga Manusia. 150 syarikat berada dalam senarai itu kerana tidak menunjukkan komitmen kuat untuk menggajikan warga tempatan.

• Seruan agar nisbah penggantungan bagi golongan karyawan, pengurus dan eksekutif dilaksanakan untuk syarikat-syarikat yang mempunyai Teras Singapura yang tidak kukuh dan komitmen yang lemah untuk menghasilkan Teras Singapura, telah berhasil menaikkan gaji minimum bagi Pas Pekerjaan daripada $3,300 kepada $3,600.

LANGKAH SETERUSNYAKumpulan kerja Tiga Pihak telah ditubuhkan untuk menyemak Akta Pekerjaan, Akta Tuntutan Pekerjaan dan Akta Perhubungan Industri untuk memastikan bahawa undang-undang buruh sentiasa relevan dengan keperluan orang-orang bekerja, Selain itu, terbit daripada maklum balas rakan-rakan tiga pihak, termasuk kesatuan sekerja dan GB@TADM, Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian akan melicinkan lagi proses agar para pekerja tidak menghadapi kesukaran semasa melaporkan kes masing-masing di Tribunal Tuntutan Pekerjaan.

TERAS SINGAPURAPENCAPAIAN UTAMA • Menyarankan 24 saranan bagi Belanjawan 2017

yang diterima dan disentuh dalam laporan Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan.

• Kajian-kajian tentang “Kemahiran dan Pekerjaan Yang Berubah” dan “Kecukupan Persaraan” membolehkan Pergerakan Buruh menghasilkan lebih banyak intervensi dan program yang disasarkan kepada orang-orang kita yang bekerja

• Kajian ke atas guna tenaga tidak penuh yang tidak berkaitan dengan masa, telah menyediakan panduan lebih tepat kepada Pergerakan Buruh untuk menggembleng orang-orang yang bekerja melalui U Network untuk meningkatkan kemahiran, meraih kemahiran baharu dan menyesuaikan diri dengan perubahan kepada permintaan untuk kemahiran

• Kajian-kajian ke atas pekerjaan-pekerjaan baharu membolehkan Pergerakan Buruh menyuarakan penyokongan bagi aturan pekerjaan lebih sesuai dan perlindungan lebih baik untuk semua orang yang bekerja.

LANGKAH SETERUSNYAPergerakan Buruh akan terus melobi agar pihak syarikat mengekalkan Teras Singapura yang kukuh dan bekerjasama dengan agensi-agensi sektor dalam pelbagai Program dan inisiatif dalam hal ini. Kami akan juga bekerja rapat dengan rakan-rakan tiga pihak kita serta TAFEP untuk mengukuhkan usaha ke arah Program Kerjasama Modal Manusia, penggunaan Piawai Tiga Pihak dan meningkatkan pemantauan ke atas 5 sektor yang diutamakan, iaitu Perdagangan Runcit, Infokom dan Media, Penjagaan Kesihatan, Perkhidmatan Kewangan dan Perkhidmatan Profesional.

PENYOKONGAN DAN KAJIAN

Pergerakan Buruh menggunakan kajian untuk meraih pandangan lebih mendalam tentang trend dan perubahan yang menjejas semua segmen tenaga kerja dan untuk membangunkan kepimpinan pemikiran dalam isu-isu buruh. Menggunakan bukti yang boleh dipercayai, Pergerakan Buruh membangunkan pelbagai strategi dan penyelesaian yang sesuai untuk menangani isu-isu buruh yang menghasilkan kelebihan daya saing yang mampan untuk Singapura dan orang-orang kita yang bekerja.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

EHWAL ANTARABANGSA

Sejak tahun 1960an, NTUC dan kesatuan-kesatuan sekerja kita yang menjadi anggota kerabatnya telah giat berusaha dalam pergerakan buruh antarabangsa. Ini diperkukuhkan pada tahun 1988 apabila NTUC mula menjadi tuan rumah kepada pejabat Persekutuan Antarabangsa Bagi Kesatuan Sekerja Bebas – Pertubuhan Serantau Asia Pasifik, yang kini dikenali sebagai Persekutuan Kesatuan Sekerja Antarabangsa – Asia Pasifik (ITUC-Asia Pasifik). Kami terus memainkan peranan aktif di peringkat global untuk memajukan dan melindungi kepentingan orang-orang bekerja berdasarkan semangat perpaduan antarabangsa.

NTUC sering mengambil bahagian dalam Persidangan Buruh Antarabangsa tahunan dan pelbagai persidangan buruh antarabangsa dan serantau. Pada tahun 2016 dan tahun 2017, NTUC mengongsi dengan para pemimpin kesatuan sekerja antarabangsa tentang usaha kita melindungi kepentingan para pekerja asing di Singapura, dan usaha-usaha tiga pihak kita untuk mengupayakan pihak kesatuan sekerja dan orang bekerja agar mereka mempunyai suara dalam Perancangan Perubahan Industri (ITM) untuk memenuhi cabaran-cabaran digitalisasi, Masa Hadapan Pekerjaan dan Industri 4.0.

Banyak kesatuan sekerja di peringkat antarabangsa terus menghadapi cabaran untuk membina rangka kerja tiga pihak yang boleh dijalankan dengan rakan-rakan sosial mereka untuk menangani isu-isu berkaitan perhubungan industri dan pengaturan rundingan kolektif, rantai bekalan global, Masa Hadapan Pekerjaan dan Industri 4.0. Di Singapura, rangka

kerja tiga pihak progresif telah membolehkan kita memenuhi cabaran dalam hal-hal ini.

Sepanjang dua tahun lalu, lebih 100 kesatuan sekerja, pegawai pemerintah dan akademik daripada pelbagai pelusuk dunia, khususnya daripada Asia Timur dan Asia Selatan, mengunjungi kita. Menerusi pertemuan sedemikian, usaha ini telah mengukuhkan rangkaian sokongan antarabangsa kita.

MENDUDUKI JAWATAN KEPIMPINAN DI PERINGKAT GLOBAL

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengadakan pilihan raya bagi Badan Pentadbirannya pada Jun 2017 dan Mary Liew, Presiden NTUC dan Setiausaha Agung Kesatuan Pegawai Maritim Singapura, dipilih semula sebagai Timbalan Anggota bagi Kumpulan Pekerja.

Beberapa pemimpin kesatuan sekerja kita terus giat melibatkan diri dalam pergerakan buruh antarabangsa di peringkat kepimpinan global, seperti John De Payva (ITUC dan UNI Global), Mary Liew (Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa), Yeo Chun Fing (Perkhidmatan Awam Antarabangsa), dan Sharon Li (Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa).

Dengan melibatkan diri di peringkat kepimpinan global, Pergerakan Buruh dapat terus mengukuhkan lingkungan pengaruh kita di arena antarabangsa.

Para anggota perwakilan Singapura di Persidangan Buruh Antarabangsa.

37

BERKEMBANGPergerakan Buruh mahu membantu orang yang bekerja dengan meningkatkan daya kerja mereka supaya mereka dapat melakukan pekerjaan yang baik untuk mencapai kemajuan kerjaya yang lebih baik. Pada masa yang sama, kita mahu berkembang bersama-sama orang kita yang bekerja dengan meluaskan usaha kita mendekati pekerja dan skop kita supaya ia meliputi lebih ramai tenaga kerja kita.

PENCAPAIAN UTAMA • Kadar penyertaan dalam kesatuan sekerja di

kalangan pemastautin telah meningkat daripada 22.3% pada tahun 2005 kepada 29.1% pada tahun 2016.

• Pertumbuhan keangggotaan semakin bertambah dengan kenaikan 3% daripada 896,000 anggota pada tahun 2015 kepada 924,000 anggota pada Julai 2017.

• Pihak kesatuan sekerja bekerjasama dengan 1,800 syarikat berkesatuan sekerja demi mewakili lebih ramai orang yang bekerja.

MEMBERSHIP

termasuk perekrutan di 87 lokasi FairPrice, 50,000 kiriman pos langsung kepada para penduduk Punggol dan Sengkang, dan sebuah program rujukan bersama FairPrice. Saluran-saluran perekrutan termasuk pemasaran melalui Facebook yang dilancarkan pada tahun 2016 dan pendaftaran dalam talian yang responsif dengan alat mudah alih yang dilancarkan pada Julai 2017. Perekrutan GB membuat sumbangan purata sebanyak 21,000 anggota secara purata setiap tahun kepada OB.

PEREKRUTAN

Pusat Pengaturan SumberMED ORC terus menyediakan sokongan sumber kukuh pada ketika pihak kesatuan sekerja meningkatkan usaha mereka untuk meningkatkan kadar penyertaan dalam kesatuan sekerja dan mengaturkan kegiatan-kegiatan dalam pelbagai sektor dan syarikat baharu.

Usaha perekrutan diteruskan dengan sokongan kukuh diberi kepada pihak kesatuan sekerja yang menjadi kerabat kita dan persatuan kita dengan sebanyak 227 hari pameran bergerak diadakan secara purata bagi tempoh 2015 - Julai 2017. Seramai 46,150 anggota OB direkrut secara purata setiap tahun.

Daripada Ogos 2015 hingga Julai 2017, 118 syarikat telah diatur.

Daripada 2011 hingga Disember 2016, 454 syarikat telah mempunyai kesatuan sekerja (Borang B dan MOU), lantas menjadikan jumlah keseluruhan syarikat berkesatuan sekerja sebanyak 1,749 syarikat pada Disember 2016. Sebanyak 21 lagi syarikat baharu diatur pada Julai 2017.

Perekrutan Cawangan Umum Usaha perekrutan Cawangan Umum (GB) telah mendekati orang yang bekerja melalui pelbagai saluran luar talian dan dalam talian. Saluran-saluran luar talian

80

70

60

50

40

30

20

10

0Jan - Jun

2012 2013 2014 2015 2016 2017

47 57 50 52 49 23

17

21

2121

24

13

Jumlah OB (tidak termasuk sumbangan GB)

Sumbangan GB

Perekrutan dalam talian

39

PENGEKALAN

Program U65+ Dilancarkan semasa U Summit 2012, dan dilaksanakan pada 1 Januari 2013, skim U65+ adalah sebuah program kesetiaan yang kini membawa manfaat kepada lebih 24,000 anggota kesatuan sekerja setiap tahun. Program U65+ direka bentuk untuk memberi ganjaran dan mengekalkan para anggota yang berusia 65 tahun ke atas, yang telah mejadi anggota kesatuan sekerja selama 10 tahun atau lebih, di lebih 38 kesatuan sekerja yang mengambil bahagian dan U Club.

Pada tahun 2015 dan tahun 2016, jumlah rebat yang diberikan kepada para anggota adalah:

*Rebat yang terkumpul akan diberikan pada tahun seterusnya (tahun

2014 pada tahun 2015 & tahun 2015 pada tahun 2016)

Rebat-rebat ini memainkan peranan memupuk hubungan berterusan

antara pihak kesatuan sekerja dengan para anggota kesatuan sekerja

masing-masing, dan pada masa yang sama, membantu usaha kita untuk

mengekalkan keanggotaan sepanjang hayat.

Faedah KeanggotaanPara anggota kesatuan sekerja menikmati penjimatan LinkPoints sebanyak $21.4 juta pada tahun 2016, berbanding

$20.4 juta pada tahun 2015. Para anggota kesatuan sekerja juga menikmati penjimatan sebanyak $15 juta daripada peruncit-peruncit bukan LinkPoints pada tahun 2016, berbanding $6 juta pada tahun 2014 melalui kerjasama dengan rakan-rakan usaha di kalangan peruncit.

Antara kerjasama strategik baharu yang dibentuk termasuk Raffles Medical, AsiaMalls, Sentosa, Korn Ferry dan Singapore Press Holdings. Rakan-rakan usaha ini mengukuhkan tawaran nilai kita untuk memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup dan kerjaya para anggota kita.

HUBUNGAN

Menganjurkan Program Utama Bersama-sama Dengan Pihak Kesatuan Sekerja Sebagai suara relevan yang mewakili orang yang bekerja, pihak kesatuan sekerja membantu para karyawan bekerja untuk maju dan bersiap sedia bagi masa hadapan dengan menganjurkan program utama bersama-sama dengan rangkaian Pergerakan Buruh yang diperluaskan.

Misalnya, untuk membolehkan para pendidik menjadi kalis masa hadapan dan bersiap sedia bagi masa hadapan, Simposium Pemimpin Pendidikan Masa Hadapan STU 2017 mewujudkan sebuah wadah bagi para pendidik untuk membincangkan isu-isu seperti gangguan global dan kesannya terhadap pendidikan. Simposium itu juga menokok tambah pengetahuan dan anjakan minda di kalangan Pemimpin Pendidikan kini dan masa hadapan, agar mereka dapat memahami keperluan ekonomi masa hadapan.

Tahun Jumlah anggota yang menerima manfaat*

Jumlah keseluruhan rebat yang diberi

2015 19,897 $489,555

2016 24,405 $633,725

150 pendidik telah membina rangkaian dengan para pemimpin pelbagai bidang yang dinamik dan berpengaruh, serta rakan-rakan sejawat yang berfikiran serupa untuk berbincang tentang trend pendidikan masa hadapan dan sudut pandangan progresif.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Lawatan Sambil Belajar KeanggotaanSeramai 70 wakil keanggotaan kesatuan sekerja daripada 39 kesatuan sekerja menghadiri Lawatan Sambil Belajar Keanggotaan ke bandar Ho Chi Minh daripada 27 hingga 30 Julai dan mengunjungi VSIP, II-VI, Wiseline, serta bertemu 2 Syarikat Permulaan Vietnam, CrewFire dan Mimosatek. Dengan landskap tempat kerja yang kian berubah, para wakil keanggotaan kesatuan sekerja berfikir secara mendalam tentang isu penciptaan nilai dan kegiatan merapati anggota yang diperlukan untuk mendekati para anggota itu.

Mereka juga mengenalpasti cara-cara untuk mengembangkan lagi rangkaian Pergerakan Buruh dan mengukuhkan hubungan dua pihak dengan memanfaatkan wadah-wadah U HR seperti Dialog Semasa Sarapan dan Forum Pemimpin U HR untuk mengaturkan syarikat-syarikat baharu dan memupuk LMR yang baik menggunakan HR dan Pengurusan yang sedia ada.

Conduit for Unions to Engage Union Members and PMEs through LM NetworkSaluran bagi pihak kesatuan sekerja untuk merapati para anggota kesatuan sekerja dan PME melalui Rangkaian Pergerakan Buruh

Bekerjasama dengan hampir 20 kesatuan sekerja: AESU, AUSBE, AUPE, BATU, CMPU, FDAWU, HSEU, IRASSU, PUBEU, MIWU, NPASU, NTWU, SCTU, SIEU, SPWU, STTU, SSSU, UWEEI untuk menggabungkan ciri-ciri baharu bagi mendekati dan merapati para anggota melalui:• Bazar Kesatuan Sekerja dengan para peruncit LM,

misalnya M1, Wildlife Reserves• Ceramah Semasa Makan Tengahari oleh UA Partners

tentang isu-isu gaya hidup dan Kemajuan, misalnya FPAS mengenai Kecelikan Kewangan dan penulisan wasiat, Persatuan Ahli Psikoterapi dan Kaunselor (Singapura) tentang kesejahteraan anggota, dan Persatuan Internet tentang Keselamatan Siber, Penulisan Wasiat

• Ceramah bertemakan tempat kerja dan bengkel berkaitan tempat kerja, misalnya WSH, hak pekerjaan PME

• Hari/ Fiesta Pembelajaran bersama rakan pameran, misalnya UPME, Program Pemimpin U Future, Unit Pembangunan Belia

• Minggu PME mengenai Kemajuan – topik-topik tema, misalnya SkillsFuture, e2i tentang Program Bantuan Latihan Kesatuan Sekerja dan pindaan kepada Akta Perhubungan Industri

Program Perkembangan Kesatuan Sekerja Untuk berhubungan dan merapati para anggota kesatuan sekerja dengan lebih baik, ORC menyatukan pelbagai inisiatif membina keupayaan untuk menyediakan sokongan sumber optimum kepada pihak kesatuan sekerja sedang mereka beriltizam untuk kekal relevan bagi orang yang bekerja: • Pembimbingan – Memanfaatkan kepakaran para penasihat

ORC untuk memberi komunikasi kepada pihak kesatuan sekerja/anggota tentang bidang-bidang yang berpotensi untuk berkembang.

41

• Latihan – program latihan U Advocate melengkapi para pemimpin kesatuan sekerja dan pegawai cawangan tentang tawaran mendekati PME dan pelbagai inisiatif Pergerakan Buruh. Program ini menyampaikan pengetahuan tentang perkembangan rangkaian dan rakan-rakan usaha Pergerakan Buruh yang luar biasa .

Sejak April 2016, 327 pemimpin kesatuan sekerja dan pegawai cawangan daripada 11 kesatuan sekerja telah dilengkapi dengan pengetahuan tentang cara untuk membantu orang-orang yang mungkin menjadi anggota, termasuk PME, untuk memajukan kerjaya masing-masing menerusi 23 sesi latihan.

Komuniti dan Wadah Pemimpin U HRU HR ditubuhkan untuk memajukan kepentingan para pengamal U HR dan menggalakkan semangat tiga pihak. Ia dikenalpasti sebagai salah satu produk atau perkhidmatan terjamin sendiri untuk mengembangkan Rangkaian Pergerakan Buruh bagi mengatur syarikat-syarikat baharu serta memupuk LMR baik dengan HR dan Pengurusan yang sedia ada.

Sejak tahun 2016, terdapat perhubungan kukuh antara komuniti HR dengan rakan-rakan ilmu Pergerakan Buruh melalui acara-acara utama seperti Dialog U HR suku tahunan dan Forum Pemimpin U HR tahunan. Sejauh ini, terdapat lebih 600 ketua HR yang terus membina hubungan.

Untuk membangunkan ekosistem komuniti HR yang lebih bertenaga agar para pemimpin dan pengamal HR mempunyai suara kuat yang mewakili semua pihak di wadah-wadah nasional, Pergerakan Buruh perlu bekerja rapat dengan rakan-rakan ilmu, para penyedia khidmat Sumber Manusia dan pihak institusi akan membangunkan produk dan perkhidmatan dan saluran komunikasi dinamik secara berperingkat, yang boleh menarik para anggota komuniti HR agar terus berhubungan dengan kita.

Dialog Pemimpin U HR.

Pemimpin U Future Program Pemimpin U Future bertujuan memupuk minda mahu belajar dan memperkasakan para PME kita dengan kelebihan untuk bersiap sedia bagi masa hadapan agar mereka dapat menyesuaikan diri secara lebih mudah dengan gangguan yang kerap dialami tenaga kerja.

Sejak tahun 2015, Pemimpin U Future telah menjalankan 86 seminar dan persidangan melalui kerjasama dengan U Associate, penyedia latihan serta syarikat-syarikat dengan reputasi baik untuk mengongsi trend terkini, pandangan dan teknologi dan inovasi tercanggih untuk mempersiapkan para PME kita dengan pengetahuan dan kemahiran untuk kekal relevan. Program ini telah merapati lebih 11,220 PME daripada pelbagai jenis industri sejak tiga tahun kebelakangan ini.

LANGKAH SETERUSNYAJabatan Keanggotaan akan terus meningkatkan sokongannya terhadap pihak kesatuan sekerja untuk meningkatkan kadar penyertaan dalam kesatuan sekerja di peringkat nasional. Bersama-sama, kami berusaha mendekati orang yang bekerja melalui cawangan-cawangan baharu di sektor-sektor memuncul, serta melalui saluran-saluran perekrutan dalam talian yang baharu.

MED berharap ia dapat menyertakan rakan-rakan peruncit baharu untuk menyediakan lebih banyak penjimatan bagi para Anggota Kesatuan Sekerja melalui pelbagai Keistimewaan kita. Kami bermatlamat membantu para anggota kita maju dalam kerjaya mereka melalui kerjasama kita dengan rakan-rakan usaha seperti e2i, LHub dan U Associate dalam peningkatan kemahiran untuk menawarkan program-program seperti Pemimpin U Future dan Persidangan dan Bengkel Pemimpin U HR. MED akan juga terus menyokong Program Perkembangan Kesatuan Sekerja dan menganjurkan program-program Utama dengan pihak kesatuan sekerja, seperti Simposium Pemimpin Pendidikan U Future bersama Kesatuan Guru-Guru Singapura (STU).

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

industri keselamatan lebih menarik. Sebanyak 53 peserta WSHLP daripada kumpulan sulung telah menerima manfaatnya dan lulus, di mana satu majlis diadakan pada November 2016.

Di majlis yang sama, U Associate melancarkan piwai profesionalnya yang pertama dengan SISO. Piawai itu bermatlamat membantu para pekerja yang sedang bertugas untuk membangunkan kerjaya mereka dengan lebih baik dan meningkatkan kecekapan mereka. Ia juga membantu menangani keadaan di mana kemahiran karyawan dan keperluan majikan tidak serasi, dengan membantu pihak syarikat mencari pekerja dengan kemahiran yang sesuai secara lebih mudah.

Inisiatif ini merupakan contoh baik yang menunjukkan kuasa rangkaian Pergerakan Buruh Luar Biasa yang dianggotai oleh pelbagai persatuan karyawan, syarikat dan kesatuan sekerja, termasuk FDAWU, NEU, POU, SMEEU, SEEU, SPWU, SRCEU, SMMWU dan UWEEI, dengan sokongan MOM.

PENCAPAIAN UTAMA • Mendekati para PME daripada lebih 60 U Associate

sehingga Ogos 2017

• NTUC bekerjasama dengan Institut Pegawai Keselamatan Singapura (SISO) untuk melancarkan Program Kepimpinan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WHSLP) yang pertama pada Mac 2016, sebagai sebahagian daripada usaha kolektif kami untuk menyiapkan para pengurus WSH bagi jawatan kepimpinan dan menjadikan pekerjaan dalam

U ASSOCIATE

U Associate adalah insiatif B2B penting oleh Pergerakan Buruh untuk mendekati para karyawan bekerja melalui persatuan dan komuniti karyawan. Dengan ekosistem yang kian meluas, NTUC membantu orang yang bekerja melalui pelbagai U Associate dalam hal-hal peningkatan kemahiran dan kemajuan kerjaya, untuk melengkapi mereka dengan kemahiran-kemahiran yang bersiap sedia bagi masa hadapan untuk digunakan dalam pekerjaan hari esok.

U Associate juga menyediakan peluang membina rangkaian yang bernilai di dalam dan di merata pelbagai sektor berlainan untuk para karyawan bekerja, mencipta laluan bagi pertukaran idea dan penggunaan kemahiran secara bersilang. NTUC, bersama-sama rakan-rakan tiga pihaknya, menyokong pihak U Associate untuk membangunkan piawai profesional untuk pihak industri. Perlaksanaan piawai-piawai ini akan membantu orang kita yang bekerja untuk merancang kerjaya mereka dengan lebih baik, meningkatkan kecekapan dan menangani keadaan apabila kemahiran karyawan dan keperluan majikan tidak serasi.

Wadah-wadah utama U Associate termasuk Lingkaran Pemimpin U Associate (UALC) – satu kumpulan Kepimpinan yang dipengerusikan oleh Ketua Buruh, Menteri Chan Chun Sing dan dianggotai oleh para Presiden daripada 60 U Associate, di samping Konvensyen U Associate – satu acara kepimpinan pemikiran tahunan yang bukan sahaja menghimpunkan para anggota jawatankuasa eksekutif U Associate bagi pertukaran idea yang merentasi semua sektor, tetapi juga mengadakan perbincangan dengan para pemimpin Pergerakan Buruh dan Pemerintah.

Upacara Penyampaian Sijil WSHLP

43

pekerja yang masih dijalankan PIVOT dan akan terus dibangunkan olehnya, melalui kerjasama dengan ekosistem U Associate kita. Antara kesatuan sekerja yang telah menerima manfaatnya termasuk: AREU, AUPE, BATU, CIEU, ESU, HSEU, NTA, SBOA, SISEU, SMEEU, SMMWU, STU, UCLUB, USE, UTES dan UWEEI.

• Salah satu U Associate di bawah NTUC, APACS telah menyokong pihak kesatuan sekerja dan anggota kesatuan sekerja melalui bengkel-bengkel percuma. Pada Disember 2016, APACS telah menganjurkan 7 ceramah dalam tempoh 8 bulan secara percuma, memberi bimbingan kepada para anggota kesatuan sekerja kita dalam pelbagai profesion tentang cara menguruskan tekanan dan meraih kesejahteraan emosi di tempat-tempat kerja mereka. Sejauh ini, lebih 300 anggota kesatuan sekerja daripada HSEU, AUSBE, AUPE dan ESU telah menerima manfaat daripada ceramah-ceramah itu.

APACS juga telah bekerja rapat dengan HSEU untuk menyokong pelbagai insiatif bagi membantu para anggota mereka dan bagi mencipta kesedaran dan meraih pengiktikrafan bagi para pengamal kesihatan mental di Singapura.

• Bagi menyiapkan bakat masa hadapan dengan lebih awal, Pergerakan Buruh menyokong Institut Arkitek Landskap Singapura (SILA) untuk melancarkan inisiatif Masa Hadapan Arkitek Landskap (LA Future) yang bermatlamat membantu mendidik, menyediakan peluang membina rangkaian, menyumbang kepada dan meningkatkan kesedaran tentang profesion itu dan menyokong perkembangan profesional bagi arkitek landskap.

• U Associate telah melancarkan sebanyak 8 program sektoral sejauh ini yang meliputi pelbagai sektor termasuk perakaunan, kejuruteraan, pemasaran, tempat kerja, keselamatan dan kesihatan (WSH), rantai bekalan dan keselamatan internet, hasil kerjasama dengan para U Associate kita untuk menangani jurang kemahiran dan keperluan pasaran.

Lebih 1,500 PME telah menerima manfaat daripada program sektoral berikut – Program Kepimpinan Jurutera Muda (YEL) & Program Kepimpinan Jurutera Lanjutan (AEL), Program Induksi Keselamatan Siber, Program Kepimpinan Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja, Program Pembangunan Operasi Kewangan, Kelebihan Perniagaan dan Kewangan Anda, Program Pemimpin Muda Logistik (YL2P) dan Program Pemimpin Pemasaran 2030.

• Selain latihan kemahiran dan inisiatif peningkatan, Pergerakan Buruh juga memanfaatkan rangkaian relawan U Associate melalui program PIVOT. PIVOT adalah versi yang diluaskan yang menambah kepada Program Pengaktifan Kerjaya untuk menyertakan sokongan rakan sejawat seluruh profesion untuk membantu karyawan yang bekerja agar lebih berpengetahuan dan lebih bersedia bagi langkah seterusnya dalam kerjaya.

PIVOT menghimpunkan 26 U Associate secara keseluruhan, bersama sejumlah 70 relawan; mereka mengambil berat dan mahu mengongsi pengetahuan mereka sebagai pengamal dengan para pekerja. Sejak pelancarannya pada Mac 2017, lebih 350 pekerja telah menerima manfaat daripada 6 ceramah dan bengkel PIVOT, dan lebih ramai lagi dijangka meraih faedah daripada pelbagai kegiatan merapati

Para pemimpin industri berkongsi pengetahuan mereka bersama para peserta PIVOT.

Para peserta di ceramah PIVOT.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Dengan sokongan e2i, U Associate NTUC telah melancarkan satu siri kelas tahap pakar bersama SILA, meliputi topik-topik seperti Program Air Aktif, Cantik dan Bersih (ABC) (dilancarkan oleh Lembaga Perbekalan Awam), biodiversiti dan pemuliharaan melalui reka bentuk seni bina landskap; Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) bagi para arkitek landskap dan penggunaan teknologi geospatial gangguan (misalnya penggunaan dron). Kelas Tahap Pakar pertama dalam siri itu diadakan pada Mac 2017 dan hampir 20 arkitek landskap telah dilatih termasuk para anggota kesatuan sekerja daripada HDBSSU.

• Sebagai sebahagian daripada Laluan Kemajuan Kerjaya Jurutera, kedua-dua Program Kepimpinan Jurutera Muda (YEL) & Program Kepimpinan Jurutera Lanjutan (AEL), masing-masing dilancarkan pada tahun 2014 dan 2016, bermatlamat membantu para jurutera menaiki tangga kemajuan kerjaya dengan melengkapi mereka dengan kemahiran dan kepakaran kepimpinan yang diperlukan dalam pengurusan teknologi. Kedua-dua program itu sejauh ini telah melatih lebih 500 jurutera daripada 86 pertubuhan dan kesatuan sekerja seperti UWEEI, BATU & AUSBE telah menunjukkan sokongan mereka dengan menghantar para peserta melalui cawangan-cawangan mereka.

• Projek kerjasama berbilang agensi yang pertama oleh UA, U SME, FDAWU, SIFST, WSG, SFMA dan SP untuk menyokong para ahli teknologi makanan dan SME pengeluaran makanan tempatan untuk memanfaatkan sumber yang dikongsi bagi melakukan inovasi untuk menghasilkan produk makanan lebih sihat dan meningkatkan VA setiap pekerja. NTUC mengikrarkan sokongan terhadap inisiatif projek LED untuk membangunkan sekumpulan ahli teknologi makanan tempatan dalam pelbagai bidang pembangunan produk makanan. UA, SIFST dan WSG akan bersama-sama membangunkan satu siri kelas tahap pakar dalam bidang inovasi makanan pada tahun 2017.

• Bagi menangani jurang kemahiran kepakaran pemasaran digital, UA bekerjasama dengan Institut Pengiklanan (IAS) untuk membangunkan Program Pemimpin Pemasaran 2030. Program sektoral yang dipimpin pengamal ini disokong oleh e2i dan WSG, dan menampilkan sesi perkongsian pengalaman pegawai C-Suite (berpangkat Ketua Pegawai) daripada jenama-jenama seperti Lazada, Starhub, Google dan Hyper Island.

UA juga bekerjasama dengan Persatuan Pemasaran Berpandukan Data Singapura (DMAS) untuk mengadakan perbincangan meja bundar untuk eksekutif dan bengkel latihan yang disokong SMMWU, ESU, SISEU, SUN, dan rakan-rakan sekerja daripada NTUC Enterprises. Tahun ini, UA juga melancarkan Siri Pemasaran Gangguan, iaitu satu siri bengkel separuh hari yang menggalak pemindahan ilmu antara para anggota kesatuan sekerja kita dengan para pemimpin teknologi yang terkemuka seperti Google, Microsoft, Amobee, HubSpot, FutureMarketer dan sebagainya.

Majlis Penyampaian Sijil Program AEL

Pelancaran projek LED – Ke Arah Inovasi Produk Makanan Lebih Sihat.

45

PENCAPAIAN UTAMA • Sebagai sebahagian daripada Siri Pertukaran

U Startup untuk sektor kesihatan, U Startup bekerjasama dengan HSEU untuk menganjurkan perbincangan meja bundar bagi menghubungkan syarikat permulaan Teknologi Kesihatan dan rakan-rakan usaha HSEU dan pihak syarikat. Hasilnya adalah satu perbincangan rancak tentang gangguan dalam sektor penjagaan kesihatan, bagaimana pelbagai pihak berkepentingan boleh membawa nilai kepada industri dan kerjasama perniagaan yang boleh diwujudkan antara mereka.

• Siri Pertukaran U Startup kemudiannya diperkenalkan kepada komuniti U HR, di mana lebih 80 pemimpin HR daripada syarikat-syarikat berkesatuan sekerja dan pihak SME dihubungkan dengan pihak HR daripada syarikat-syarikat permulaan teknologi, dalam usaha yang mungkin boleh membantu mereka mengatasi pelbagai cabaran berkaitan isu pampasan dan faedah, merapati pekerja dan pembelajaran dan perkembangan, secara lebih cekap dan lebih menepati sasaran.

U STARTUP

U Startup dilancarkan pada bulan Mac untuk menyokong komuniti syarikat permulaan di Singapura, yang dibentuk oleh para pengasas syarikat permulaan dan para pekerja dalam syarikat permulaan atau mereka yang berminat menceburi kerjaya dalam syarikat permulaan. Ia berniat menyokong pihak syarikat permulaan dalam usaha mereka berkembang menjadi SME/MNC, untuk menjadi majikan masa hadapan untuk orang kita yang bekerja. Bagi syarikat permulaan yang tidak mengecapi kejayaan, kami akan tetap dapat mendekati mereka melalui inisiatif-inisiatif lain yang tertumpu kepada PME.

Kami telah mendekati lebih daripada 3,000 anggota komuniti syarikat permulaan melalui pelbagai acara dan bengkel dengan rakan-rakan usaha. Lebih penting lagi, kami juga membawa masuk syarikat-syarikat permulaan untuk mengukuhkan lagi rangkaian/ekosistem NTUC.

LANGKAH SETERUSNYAU Startup akan meluaskan Siri Pertukaran untuk menghubungkan pihak kesatuan sekerja, syarikat dan SME untuk memupuk inovasi. Kami mahu meluaskannya kepada sektor-sektor seperti Logistik dan Tumpuan HR bagi memenuhi keperluan bakat syarikat-syarikat permulaan untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan pekerjaan lebih baik untuk orang kita yang bekerja.

Para peserta di pelancaran U Startup.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

U CREATIVE

U Creative adalah komuniti bagi para karyawan dan pekerja bebas dalam bidang kreatif. Ia bermatlamat mencipta sebuah wadah bagi pengongsian ilmu progresif, sokongan untuk satu sama lain dan mewujudkan pembinaan rangkaian. Inilah inisiatif Pergerakan Buruh untuk maju bersama-sama dengan orang kita yang bekerja bagi menyertai ekonomi gig.

PENCAPAIAN UTAMA • U Creative bekerjasama dengan CMPU untuk

menganjurkan kelas tahap pakar bagi menyunting video secara amali bagi para wartawan SPH, sebagai sebahagian usaha meluaskan kemahiran para wartawannya. SUBE juga bekerjasama dengan U Creative bagi ceramah kemajuan kerjaya seperti Kerjaya dalam Bidang Kamera untuk menyampaikan pandangan tentang pelbagai profesion kamera dan bagaimana bidang kamera menjadi relevan dalam era gangguan ini.

Para karyawan bidang kreatif semasa sesi berkongsi pengetahuan U Creative.

47

Acara merapati para anggota kesatuan sekerja PMEU.

BEKERJASAMA DENGAN PIHAK KESATUAN SEKERJA UNTUK MELUASKAN SKOP PERWAKILAN

Akta (Pindaan) Perhubungan Industri berkuatkuasa pada 1 April 2015 dan ini membolehkan pihak kesatuan sekerja bagi pekerja biasa mewakili golongan PME secara kolektif. Sebagai respons kepada maklum balas oleh pihak kesatuan sekerja semasa Persidangan Wakil-Wakil Nasional 2015, UPME bekerja rapat dengan pihak kesatuan sekerja untuk melengkapi mereka dengan pengetahuan yang diperlukan dengan menghasilkan sumber bagi perisian untuk meluaskan skop perwakilan kepada lebih ramai PME. Pada Disember 2015, UPME bersama-sama kumpulan Sumber PME1 melancarkan set sumber bagi perisian PME untuk pihak kesatuan sekerja merapati para PME dan melatih para pemimpin cawangan baharu.

1 Sebuah kumpulan yang dianggotai para wakil kelompok industri, wakil unit PME, Jabatan Perhubungan Industri, Jabatan Keanggotaan, Jabatan Perkhidmatan Guaman, yang dipengerusikan ASG Patrick Tay dan ADG Vivek Kumar, akan menyediakan kepakaran dan bimbingan kepada pihak Kesatuan Sekerja dalam hal-hal perekrutan, pengaturan dan merapati golongan PME.

U PME

Unit Karyawan, Pengurus dan Eksekutif (PMEU) NTUC ditubuhkan pada September 2011 dengan tujuan mengukuhkan asas keanggotaan PME Pergerakan Buruh dan membina hubungan emosi dengan golongan pekerja PME di Singapura. Selain menyuarakan keprihatinan mereka, PMEU mahu menguruskan 4P untuk mereka, iaitu Perlindungan (Protection), Kemajuan (Progression), Penempatan (Placement) and Keistimewaan (Privileges). Antara usahanya termasuk melengkapi PME dengan pengetahuan tentang hak dan tanggungjawab mereka di tempat kerja, memantau perwakilan mereka di tempat kerja dan terma-terma pekerjaan mereka, membantu mereka menjadi siap sedia untuk masa hadapan dan kalis masa hadapan dengan menghadiri program perkembangan profesional yang sesuai, menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan daya kerja untuk mereka dan menawarkan faedah-faedah yang memenuhi keperluan gaya hidup mereka. Pada tahun 2014, ia menubuhkan Pusat U PME untuk membantu para PME dalam kesemua 4P, sebagai pusat pertama yang juga pusat sehenti bagi para PME, dan sejak itu, ia telah dinamakan semula sebagai U PME pada tahun 2017.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Pembentukan Perikatan Kesatuan Sekerja-UA antara FDAWU dan SIFST.

Sejak pelancaran sumber-sumber PME, UPME menganjurkan secara bersama sebuah sesi perkongsian untuk UPAGE, AUPE, AESU, AREU dengan hampir 300 pemimpin kesatuan sekerja menghadiri pelbagai sesi termasuk majlis pelancarannya.

PERBINCANGAN DENGAN PARA PME DI CAWANGAN-CAWANGAN KESATUAN SEKERJA

Melalui kerjasama rapat dengan pihak kesatuan sekerja (misalnya AUPE, AUSBE, SIEU, HDBSU, UWEEI, NPASU, RLEU, SISEU, pihak kesatuan sekerja kelompok kewangan), para pengurus akaun daripada UPME dapat memberitahu para PME daripada pelbagai cawangan tentang sajian perkhidmatan yang disediakan untuk mereka serta mendidik mereka tentang bagaimana perubahan undang-undang pekerjaan akan menjejas mereka dan bahawa mereka perlu menjadi anggota kesatuan sekerja.

Kami berjaya mendekati 1,543 PME melalui kerjasama dengan pihak kesatuan sekerja. Sebelum penubuhan badan Penasihat Kerjaya Industri Kewangan (FiCAC) pada 1 April 2016, U PME beruntung kerana dapat bekerjasama dengan pihak kesatuan sekerja bagi kelompok kewangan seperti SIEU, SBOA, SBEU untuk menganjurkan satu siri perbincangan kumpulan fokus untuk memahami cabaran-cabaran yang dihadapi industri kewangan. Sesi-sesi ini membolehkan para anggota NTUC daripada sektor itu mengongsi pandangan peribadi mereka dari

sudut pandangan para pekerja. Menerusi FiCAC, ia telah membantu 1,600 PME melalui siri pakar, bimbingan kerjaya, taklimat untuk kakitangan dan bengkel pengurusan perubahan.

LANGKAH SETERUSNYAJabatan Rangkaian Profesional (PND) mahu menjalin hubungan lebih mendalam dengan rangkaian-rangkaian profesional dan menjadikan mereka sebagai satu bahagian penting Pergerakan Buruh melalui pelbagai inisiatif seperti:

• Hubungan Pergerakan Buruh dengan para pemimpin. Untuk menjadikan para pemimpin UA bersatu hati dengan NTUC supaya mereka pula boleh mempengaruhi komuniti atau rangkaian mereka. Ini akan menjadi mekanisme baik untuk mengesan sentimen yang boleh meraih maklum balas pekerja apabila dasar-dasar tertentu sedang dipertimbangkan.

• Program untuk menyokong golongan karyawan. Menerusi Perikatan Kesatuan Sekerja-UA, kami berharap dapat membina sebuah ekosistem Pergerakan Buruh antara pihak Kesatuan Sekerja dan UA di sektor itu untuk mewakili Pergerakan Buruh di kesemua ITM dan mengadakan latihan untuk pekerja melalui program-program sektoral kami dan mencapai matlamat penempatan.

• Kemampanan rangkaian-rangkaian. PND akan bekerjasama dengan pihak UA untuk menjana hasil atau menambah nilai kepada Pergerakan Buruh dengan mencipta kandungan unik dan bernilai untuk pihak Kesatuan Sekerja dan anggota UA.

49

Syarikat-Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) membentuk 99% perniagaan Singapura dan menggajikan 70% tenaga kerja Singapura. Untuk mewakili orang kita yang bekerja, Pergerakan Buruh melindungi kepentingan para pekerja SME dan memanfaatkan rangkaian majikan SME dan pengurus sumber manusia di bawahnya untuk menjadi rakan usaha sebenar kepada Pergerakan Buruh untuk menjaga para pekerja kita di SME.

Demi memastikan bahawa pihak SME terus berkembang dan maju, dan agar orang kita yang bekerja di SME kekal bekerja dan diberi gaji yang adil, U SME ditubuhkan pada tahun 2014 dalam usaha mendekati majoriti pekerja yang bekerja di SME.Dirangkakan semasa NDC 2015, U SME telah terus:

- mengukuhkan usaha merapati SME dengan memperkenalkan pelbagai bengkel tentang amalan-amalan terbaik seperti hubungan buruh-pengurusan dan Model Gaji Progresif;

- bekerjasama dengan pihak SME untuk meningkatkan kesedaran tentang piawai buruh dan pematuhan perundangan bagi Akta Pekerjaan, Akta Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja dan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja.

U SME

PENCAPAIAN UTAMA • Dalam usaha mendekati dua pertiga tenaga kerja,

U SME bekerjasama dan berganding bahu dengan semua pihak berkepentingan dalam Pergerakan Buruh untuk merapati dan mendapat sokongan pihak SME. Pada 31 Julai 2017, U SME telah memeterai 130 MOU, mendekati lebih 13,600 SME, dan oleh itu, membawa kesan ke atas sekitar 338,160 pekerja.

UKERJASAMA U SME DENGAN KESATUAN SEKERJA

U SME adalah wadah tambahan bagi pihak kesatuan sekerja untuk merapati pihak SME. U SME bekerjasama dengan MIWU untuk mendekati Perikatan Perdagangan Khusus Singapura (STAS), Persatuan Kejuruteraan Jitu dan Teknologi Singapura (SPETA) dan para anggota korporatnya. MIWU telah menubuhkan sebuah cawangan SME untuk menghubungi pihak SME di kedua-dua sektor itu. MIWU akan berkhidmat untuk persatuan-persatuan itu dan para anggotanya, mengantarakan kes-kes aduan antara para anggota Persatuan-Persatuan itu dengan pihak majikan mereka; U SME akan menganjurkan pelbagai acara, bengkel dan sesi membina rangkaian bagi para anggota ini.

U SME juga bekerjasama dengan FDAWU, U Associate dan e2i untuk menganjuran Pertukaran Inovasi Makanan yang pertama pada 12 Mei 2017 untuk meneroka projek-projek inovasi yang mungkin boleh dijalankan antara pihak hotel, pihak sektor perkhidmatan makanan dan pengilangan makanan, dan melatih para pekerja yang terlibat agar bersiap sedia bagi masa hadapan.

U SME akan juga bekerja rapat dengan pihak kesatuan sekerja dalam Keanggotaan Korporat U SME. Keanggotaan Korporat ini bertindak sebagai saluran untuk pihak kesatuan sekerja mengaturkan golongan SME, dan pihak kesatuan sekerja pula boleh merapati golongan SME untuk membangunkan hubungan. Pihak kesatuan sekerja akan melaporkan Keanggotaan di bawah bab SME.

Para anggota panel di Simposium U SME.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

PIHAK BERKEPENTINGAN DALAMAN

U SME yakin dengan kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam kami dan memanfaatkan kekuatan satu sama lain semasa kami merapati pihak SME.

Berhubung latihan bagi para majikan dan pengamal HR di SME, U SME memulakan Siri Bengkel Undang-Undang Pekerjaan dengan Institut Kepimpinan Buruh Ong Teng Cheong untuk melatih rakan-rakan usaha U SME tentang Akta Pekerjaan, Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing, Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja dan Akta Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja. Sekitar 183 majikan dan karyawan sumber manusia SME meraih manfaat daripada sebanyak 7 sesi. U SME bekerjasama dengan LHub NTUC untuk melancarkan Program Pembelajaran Lanjut untuk Para Pemimpin SME yang menampilkan kelas-kelas tahap pakar mengenai beberapa topik.

U SME bekerjasama dengan e2i, U Live, U Family untuk memberi inspirasi kepada pihak SME bagi merubah operasi mereka dan mencipta pekerjaan lebih baik dan bernilai lebih tinggi untuk para pekerja SME melalui pelbagai sumber pembiayaan, misalnya IGP dan WorkPro. Untuk menggalak sekitaran kerja yang positif dan selamat, U SME berganding bahu dengan urus setia WSH untuk menggalak pihak SME agar mereka memulakan usaha untuk bekerja dengan selamat.

U SME menyatukan pelbagai rakan usaha misalnya e2i, IRD, WSH untuk menganjurkan acara-acara berlainan bagi para rakan usaha SME kita seperti Simposium SME, Sesi Minum Kopi tentang Amalan-Amalan Pekerjaan.

LANGKAH SETERUSNYAUSME akan:- meningkatkan usaha untuk mendekati lebih ramai rakan

usaha SME dan bekerja rapat dengan pihak persatuan dan kumpulan

- meneroka saluran komunikasi, misalnya media sosial untuk giat merapati pihak SME dan pekerja

- bekerja rapat dengan pihak kesatuan sekerja dan Kelab NTUC untuk menawarkan Keanggotaan Korporat U SME kepada lebih banyak SME agar lebih ramai majikan SME boleh memanfaatkan faedah-faedah NTUC

- bekerjasama dengan para rakan usaha SME dan persatuan untuk memahami keperluan latihan mereka dan berganding bahu dengan mereka mengenai latihan yang diperlukan

- membantu pihak SME merubah dan meningkatkan pekerjaan SME

- terus menganjurkan acara-acara membina rangkaian yang relevan, kembara ilmu dan sesi taklimat agar pihak SME dapat mengikuti perkembangan teknologi terkini, peraturan pekerjaan dan amalan terbaik

- membantu pihak SME merekrut dan mengekalkan para PMET melalui program P-Max

Para peserta di Simposium U SME.

51

U FSE

Pergerakan Buruh sudah bersedia dan berusaha untuk mengukuhkan jaminan pendapatan, penguasaan kemahiran dan kepentingan kolektif para pekerja bebas dan orang bekerja sendiri kita.

Ia bermatlamat menubuhkan satu piawai tiga pihak bagi mendapatkan khidmat dan amalan mengambil pekerja yang baik, dengan pihak agensi pemerintah menerajui usaha itu di sektor masing-masing di mana terdapat para pekerja bebas, yang samada telah diberi lesen atau sudah bertugas di dalam sektor tersebut. Para pemandu teksi menjalani latihan tempat kerja digital.

• Satu pasukan bertindak tiga pihak telah mengenalpasti pilihan-pilihan termasuk perundangan untuk memberi perlindungan lebih baik kepada para pekerja bebas dari segi Medisave atau kecukupan persaraan, perlindungan apabila berlaku kemalangan seperti WICA dan penyelesaian pertikaian.

• Selepas satu rundingan meluas dengan NTA dan Rakan-Rakan Usaha tentang langkah mengawal selia para pemandu PHV pada tahun 2016, LTA memperkenalkan undang-undang PHV baharu pada 1 Julai 2017 untuk menjamin keselamatan para pemandu dan penumpang. Ini akan juga memastikan persaingan lebih adil di antara para pemandu teksi dan PHV.

• Perlindungan insurans berkumpulan bagi para pekerja FSE: NTUC Income dan Jabatan Mengambil Berat & Kongsi telah membangunkan “ICON” untuk menyediakan insurans tempoh yang termampu yang meliputi kematian/PTD dan “hilang pendapatan” akibat kemalangan/penyakit untuk para pekerja FSE

PENCAPAIAN UTAMA Mendapatkan penglibatan kumpulan-kumpulan baharu • Pembentukan Persatuan Kenderaan Sewa Privet

Nasional (NPHVA); NPHVA didaftarkan sebagai sebuah Persatuan dan mula bekerjasama dengan Grab/Uber dan kumpulan-kumpulan pemandu lain serta masyarakat untuk mendekati para pemandu agar mereka menjadi anggota.

• UFSE meluaskan usahanya mendekati pelbagai kumpulan pekerja bebas dalam bidang muzik, tarian, seni persembahan, OLAE, Filem & TV dan Persatuan STAR untuk memperkenalkan mereka kepada Pergerakan Buruh dan meneroka kerjasama yang boleh dijalankan.

• Persatuan Teksi Nasional (NTA): Skim Pandu & Jimat: NTA, LTA dan pihak pengendali Teksi bersetuju meningkatkan Skim Pandu & Jimat untuk membantu para pemandu teksi berjimat untuk Medisave daripada $15 sebulan sekarang kepada $20 sebulan. Lebih 20,000 pemandu akan menerima manfaat daripada peningkatan ini.

• Terma-terma kontrak dan pengurusan pertikaian yang lebih baik antara para pekerja bebas dan sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan: Usaha dilakukan untuk memperbaiki terma-terma membeli khidmat pekerja bebas. Persatuan Jurulatih Sukan yang disokong UFSE sedang berunding dengan cawangan CCA MOE untuk menyemak terma-terma kontrak yang ditawarkan kepada para jurulatih sukan bebas. Para jurulatih telah meminta agar hubungan antara jurulatih dan sekolah diperkukuhkan berbanding tahap urus niaga sekarang; misalnya melanjutkan tempoh kontrak, dan memberi jaminan kepada para jurulatih bahawa satu tempoh waktu asas yang khusus diperuntukkan untuk menjalankan tugas jurulatih.

ENT ACTIVITIESSkillsFuture untuk Tempat Kerja Digital bagi Pemandu TeksiNTA telah mendapatkan khidmat LHub NTUC untuk melakarkan kurikulum bagi membantu para pemandu teksi memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan daya penghasilan dan meluaskan peluang perniagaan. Sebahagian besar kursus itu dibiayai oleh SkillsFuture Singapura (SSG) & para anggota UTAP. Kelas perintis akan berlangsung pada September dan bakal diperluaskan lagi pada tahun 2018.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Program Mendalamkan Kemahiran UFSE dan rakan-rakan usaha seperti e2i, LHub NTUC dan para pengumpul perkhidmatan telah menawarkan program yang disasarkan kepada para pekerja bebas untuk mendalamkan kemahiran dalam bidang mereka. Kelas-kelas tahap pakar telah dijalankan untuk para karyawan Teknologi dan IT, perancang acara, artis hiburan/pengacara, jurulatih bersekutu dan jurulatih tambahan. Sekitar 120 karyawan bebas telah menerima manfaat daripada program-program ini menggunakan model bayaran-bagi-setiap-penggunaan.

Pengenalan kepada Siri Pekerjaan BebasSejauh ini, UFSE telah menjalankan 5 sesi “Siri Pengenalan kepada Pekerjaan Bebas”. Para individu, terutama sekali para pekerja pertengahan kerjaya, mendapati bahawa siri itu berguna dari segi menerangkan selok belok pekerjaan bebas, peluang serta cabarannya, dan membuat persiapan bagi menceburi bidang itu. Lebih 150 individu pertengahan kerjaya diperkenalkan kepada peluang-peluang pekerjaan bebas.

Pameran Untuk Pekerja Bebas“Pameran Untuk Pekerja Bebas” yang pertama telah menghimpunkan hampir 500 pekerja bebas, penyedia penyelesaian perniagaan dan pengumpul perkhidmatan yang datang untuk membina rangkaian dan meneroka peluang perniagaan. Para pekerja bebas juga menyertai ceramah dan sesi dialog tentang bagaimana inovasi gangguan menjejas masa hadapan pekerjaan dan tenaga kerja kita, dan sesi perkongsian kecil-kecilan dengan pihak berkepentingan. Dalam usaha kami menggalak lebih ramai peserta ke pameran itu, konsep bayaran-bagi-setiap-penggunaan diperkenalkan. Satu kadar bayaran bertingkat dilaksanakan dengan para anggota kesatuan sekerja menikmati diskaun terbesar, disusuli dengan U Network dan kemudiannya kadar awam.

Pameran Perdagangan Pekerja Bebas: Garis Pandu Pemerolehan Oleh Pemerintah Bagi Khidmat Pekerja Bebas Yang Diterajui MOFUFSE menganjurkan satu lagi pameran Perdagangan Pekerja Bebas dengan pendekatan lebih berani untuk mengukuhkan keupayaan para pekerja bebas dan mengakui mereka sebagai

Bertukar-tukar idea semasa Pameran Untuk Pekerja Bebas.

Sebuah acara sains data.

53

• Sekitaran Positif & Selamat: Meneroka perlindungan insurans tempat kerja yang untuk para pekerja FSE yang menawarkan perlindungan insurans yang termampu dan cukup.

• Teras Singapura: Meneroka mekanisme berkesan untuk menyokong para pekerja FSE agar berjimat bagi perancangan jangka panjang seperti perumahan, persaraan dan keperluan perubatan.

Usaha Merapati Pihak Komuniti dan KumpulanMeneruskan usaha untuk mengukuhkan kerjasama sekarang dengan kumpulan-kumpulan yang ada dan giat mencari peluang untuk bekerjasama dengan segmen-segmen baharu dalam komuniti-komuniti FSE. UFSE akan melakukan penjenamaan bersama rakan-rakan usaha FSE dengan menganjurkan acara bagi menerajui usaha pergerakan buruh merapati dan menggalak pendaftaran anggota baharu dalam U Network.

Kemahiran-kemahiran Siap Sedia Untuk Masa HadapanDengan penggunaan latihan SkillsFuture bagi Tempat Kerja Digital, UFSE bermatlamat membangunkan program berkaitan industri untuk membantu para pekerja FSE memenuhi keperluan mereka dan menangani gangguan. Program perintis tersusun akan dilaksanakan bagi perkhidmatan teksi di mana para pemandu dapat memanfaatkan kuasa teknologi untuk meningkatkan daya penghasilan dalam tugas harian mereka seperti meletak kereta, memungut tambang dan juga menambah peluang perniagaan melalu pemadanan permintaan dan bekalan yang berkesan.

KepimpinanUFSE menyokong kepimpinan dan kemahiran tadbir urus para pemimpin masyarakat untuk memupuk penjajaran pergerakan buruh yang lebih kukuh, dengan melatih sekitar 100 pemimpin masyarakat yang juga pekerja bebas dalam pelbagai sektor seperti Sukan, TV & Filem, Acara dan Hiburan, Tarian dan Kreatif & Media

bakat profesional. Pameran perdagangan itu bertindak sebagai wadah bagi para pekerja bebas, pembeli perkhidmatan dan pengumpul yang mempunyai sumber dan hubungan yang diperlukan untuk meningkatkan lagi perniagaan dan peluang kerjasama. Pemerintah dan pihak lain diberi taklimat tentang “perdagangan adil” dan cara lebih baik untuk memanfaatkan sumber bakat yang semakin ramai ini. Pameran perdagangan itu menarik lebih 300 peserta, merangkumi para pekerja bebas, pembeli perkhidmatan dan pengumpul perkhidmatan.

Pameran Pekerja Bebas: Untuk Mengulangi Usaha dengan Pembeli SwastaDemi mendorong pembelian perkhidmatan pekerja bebas yang bertanggungjawab dan adil, di mana para pekerja bebas dilihat sebagai sumber yang berdaya maju, cekap dan profesional. Ia bermatlamat mengongsi Piawaian Tiga Pihak yang bakal diadakan dari segi menandatangani kontrak dengan pekerja bebas dan memberi contoh baik tentang amalan HR dan perniagaan yang baik semasa mendapatkan khidmat pekerja bebas, lantas membawa lebih banyak komuniti pekerja bebas ke dalam U Network. Satu pameran pekerja bebas yang bakal diadakan, hasil kerjasama dengan Dewan Perdagangan Antarabangsa Singapura, akan mendekati kira-kira 700 pemimpin perniagaan.

LANGKAH SETERUSNYAInisiatif-Inisiatif Tiga Pihak dengan TWG• Penyelesaian Pertikaian: Meneroka wadah-wadah tiga

pihak untuk melakukan pengantaraan terlebih dahulu bagi pertikaian kontrak dan gaji para pekerja FSE. LTA-NTA-pengendali teksi telah menyediakan rangka kerja pengantaraan terlebih dahulu bagi para pemandu teksi; perbincangan masih dijalankan bersama IMDA dan MOE untuk memperkenalkan rangka kerja serupa bagi menyokong para pekerja bebas yang beroperasi di bawah bidang-bidang kuasa mereka.

• Perlindungan & Perwakilan: Memperkenalkan Kontrak Piawai Tiga Pihak tentang terma-terma dan bayaran yang adil dan telus.

Bengkel Teknologi dan Rundingan Permulaan bagi para pekerja bebas.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

KOMUNITI 3-GENMelalui komuniti-komuniti 3-generasi kita, Pergerakan Buruh berharap dapat mengukuhkan usaha merapati semua pekerja dan anggota daripada setiap lapisan usia.

NEBO

nEbO – cabang keanggotaan muda NTUC – adalah inisiatif strategik bagi mempersiapkan belia sebagai pekerja hari esok. nEbO merapati dan membangunkan belia, di samping mendedahkan mereka kepada NTUC dan peranan sosialnya.

Keanggotaan nEbO mencapai 102,000 orang hasil usaha merekrut yang hebat bersama-sama pihak sekolah, rakan-rakan strategik dan inisiatif pengekalan yang tersusun.

Jumlah pucuk pimpinan nEbO terus bertambah dan nEbO memindahkan para pemimpinnya yang sudah lulus ke dalam Lingkaran Rendah NTUC Muda, satu kerjasama antara nEbO dan NTUC Muda, yang memupuk para pemimpin tersebut ke dalam rangkaian Pergerakan Buruh dan meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka.

nEbO menumpukan sumber-sumber kepada program berkaitan Siap Sedia Untuk Bekerja, dengan lebih banyak kerjasama dan inisiatif pimpinan belia dari segi program Siap Sedia untuk Kehidupan dan program Siap Sedia Untuk Dunia, bagi memenuhi keperluan kerjaya yang sentiasa berubah.

PENCAPAIAN UTAMA • nEbO meraikan ulang tahunnya yang ke-10

dengan jumlah keanggotaan 102,000 orang

• Menyiapkan 347 pemimpin belia untuk menjadi duta-duta penting

• Kini dalam tahun ke-10nya, Simposium Keusahawanan Belia nEbO menyaksikan sejumlah 350 belia yang tampil untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka agar mereka bersedia bagi memasuki industri syarikat permulaan.

Kembara ilmu nEbO ke Hospital Besar Ng Teng Fong.Para belia menimba ilmu keusahawanan di Simposium Keusahawanan Belia.

55

LANGKAH SETERUSNYA Keanggotaan nEbO telah mengubah kedudukannya daripada keanggotaan berpandukan faedah kepada keanggotaan berpandukan gaya hidup dan pengalaman, lantas menjadikan kehidupan para anggotanya lebih baik lagi.

Demi menyiapkan para belia agar bersiap sedia bagi kerjaya dan masa hadapan, nEbO menyemak dan mengukuhkan program-program berkaitan Siap Sedia Untuk Bekerja, bukan sahaja dengan pihak kesatuan sekerja, malah juga dari segi kerjasama dengan rangkaian Pergerakan Buruh lain seperti pihak persatuan, SME dan juga pekerja bebas untuk melakarkan program lebih utuh bagi bengkel asas kemahiran, Kembara Ilmu yang relevan dan Penempatan Kerja.

Selain itu, nEbO bermatlamat melengkapi para belia dengan pengetahuan tentang peluang bermutu untuk menjadi intern dan mengukuhkan usaha untuk memadankan para belia melalui skim Pekerjaan Yang Tersedia oleh nEbO yang mempunyai peluang menjadi intern dan penempatan secara sambilan untuk meningkatkan pengalaman kerja praktikal mereka sebelum mereka mula bekerja. Skim Pekerjaan Yang Tersedia yang dipertingkatkan bukan hanya sekadar wadah dalam talian bagi mendedahkan para belia kepada pihak pertubuhan, malah juga mempersiapkan mereka agar menjadi lebih lengkap dengan ilmu secukupnya.

NTUC MUDA

NTUC Muda mewakili lebih 190,000 pekerja dewasa yang muda berusia 35 tahun ke bawah. Ia berusaha memperkasakan keperluan dan aspirasi para belia dan membolehkan mereka bersiap sedia bagi cabaran-cabaran hari ini dan hari esok.

Usaha dan Inisiatif Utama Menyokong Kemahiran Siap Sedia Untuk Masa Hadapan• Todo Todo adalah inisiatif bersama sepanjang 3 tahun

antara NTUC dan Persatuan Rakyat (PA) untuk menyatukan sebuah rangkaian Pergerakan Buruh, perniagaan, akar umbi

dan karyawan industri agar para belia dapat mengharungi tempoh kerjaya mereka dengan lebih baik. Todo Todo bermatlamat menyediakan rangkaian bimbingan kerjaya yang utuh yang mengandungi para karyawan berorientasi belia daripada pelbagai sektor berbeza, lebih banyak peluang bagi para belia menyumbang kembali dan pelbagai jenis nasihat kerjaya dan maklumat gaya hidup.

Sepanjang 3 tahun, kerjasama ini bermatlamat merekrut dan melatih lebih 400 pembimbing kerjaya relawan dan merapati 10,000 belia secara keseluruhannya daripada 9 Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC). Sejauh ini, kami telah

merekrut sekumpulan 70 pembimbing kerjaya dan merapati 320 penerima tunjuk ajar melalui pelbagai program berkaitan kerjaya yang berjenamakan Todo Todo. Kisah-kisah kejayaan awal dari Todo Todo @ GRC Tampines boleh dilihat di Lampiran A.

• Selain itu, Pasar Kemahiran Todo Todo selama 2 hari dianjurkan pada 30 April 2017 hingga 1 Mei 2017 di Our Tampines Hub untuk melancarkan kerjasama antara NTUC dan PA. Acara itu mendekati dan merapati 1,400 belia yang masih bersekolah dan pekerja dewasa yang muda melalui satu siri program berkaitan kerjaya yang diadakan di sana.

• Rangkaian Kerjaya Belia di Kampus menyediakan maklumat industri mengikut masa nyata dan bimbingan yang mereka perlukan untuk berpindah dan berjaya di alam pekerjaan. Kerjasama NTUC Muda dengan Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) telah menyepadukan rangkaian dan bimbingan kerjaya dan bimbingan mengenai laluan pembangunan kerjaya para pelajar itu. Rangkaian sokongan ini menyediakan maklumat industri yang disasarkan, sokongan dan galakan untuk membolehkan warga muda Singapura merancang dan membangunkan kerjaya mereka pada peringkat lebih awal dan berusaha mencapai aspirasi kerjaya masing-masing.

Pelancaran inisiatif Todo Todo.

Bimbingan Kerjaya di Pasar Kemahiran Todo Todo.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

NTUC Muda memeterai MOU dengan SIT dan SUSS pada 22 Ogos 2017 dan mempunyai matlamat untuk merekrut dan melatih lebih 600 relawan yang akan membantu 500 pelajar dalam tempoh setahun.

•. Melalui kempen U Heart yang sulung pada tahun 2016, NTUC Muda mengukuhkan kerjasama dengan cawangan-cawangan belia pihak kesatuan sekerja untuk mendekati dan merapati para anggota muda kesatuan sekerja melalui pelbagai projek relawan yang dimulakan para belia. U Heart dimulakan dengan matlamat menyatukan orang-orang berfikiran serupa di kalangan masyarakat untuk berbakti kepada masyarakat dan meraikan Hari Kebangsaan dengan cara yang penuh bermakna.

Antara tahun 2016 dan tahun 2017, sebanyak 127 projek relawan yang membawa manfaat kepada 14,700 pemerima

telah dijalankan oleh 300 pemimpin relawan muda daripada pihak kesatuan sekerja, kumpulan setia kawan NTUC Muda, para pelajar daripada institut-institut pengajian tinggi (IHL), Kumpulan Syarikat Sosial Pergerakan Buruh dan komuniti-komuniti.

• NTUC Muda terus mengenalpasti dan memupuk generasi pemimpin kesatuan sekerja yang seterusnya melalui program Makmal Belia, iaitu inkubator pembangunan kepimpinan NTUC Muda. Antara tahun 2016 dan tahun 2017, Dana Pembangunan Peribadi telah diperkenalkan untuk melengkapi para aktivis dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan di bawah peta arah tuju kepimpinan NTUC Muda. Dana Pembangunan Organisasi dan Pembinaan Pasukan menyokong cawangan-cawangan belia yang ada untuk menganjurkan sesi pembinaan pasukan mereka sendiri dengan matlamat menjalin ikatan dengan para anggota jawatankuasa kecil mereka dan memupuk rasa setia kepada Pergerakan Buruh.

NTUC Muda melancarkan Sesi Pengkayaan Bulanan untuk menjajarkan pemikiran para aktivis dan mendalamkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang Pergerakan Buruh. Kampus Belia NTUC Muda juga diperkenalkan semula ke dalam kalendar program Makmal Belia pada tahun 2016 dengan format yang berlainan untuk memupuk dan menjajarkan para aktivis belia kepada visi dan nilai-nilai Pergerakan Buruh. Seramai 65 pemimpin muda kesatuan sekerja menyertai kem kediaman selama 2 hari dan memasuki Pergerakan Buruh melalui permainan Escape Room yang disesuaikan khas untuk Pergerakan Buruh.

Para relawan ‘menyegarkan semula’ rumah seorang penerima bantuan.

57

Kai Jie Hui, seorang Penasihat Kemampanan Kanan daripada Forum untuk Masa Hadapan, membimbing Melissa Choi, seorang pelajar Maktab Rendah Raffles berusia 18 tahun yang bercita-cita untuk belajar tentang perancangan bandar di universiti. Beliau berharap bahawa melalui bimbingan ini, beliau boleh mendapatkan gambaran lebih jelas tentang arah tuju kerjayanya, iaitu memikirkan tentang rancangannya selepas tamat pengajian universiti. Ini akan membantu beliau berfikir tentang bagaimana beliau mahu meluangkan masa di universiti. Jie Hui membimbingnya dalam permohonan biasiswa Penguasa Pembangunan Semula Bandar dan pilihan-pilihan yang tersedia untuknya jika beliau tidak berjaya mendapat biasiswa Pemerintah.

Melissa juga bertanya tentang perbezaan antara pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta, di mana Jie Hui dapat berkongsi tentang pengalaman luasnya dalam menangani dan memahami perniagaan, di Forum Untuk Masa Hadapan, Lembaga Kemajuan Ekonomi dan di universiti. Melissa juga menjemput Jie Hui untuk menyertai bengkel penyokongan sekitaran, SEAL (Program Tindakan Sekitaran dan Kepimpinan Singapura) oleh I’dECO, sebuah Pergerakan Kemampanan Yale-NUS, serta berkongsi tentang tugasnya dan nasihatnya tentang penyokongan sekitaran bersama-sama para pencinta alam sekitar lain dengan para pelajar. Program bimbingan ini membolehkan Melissa memperhalusi matlamat kerjayanya dan meraih pengetahuan dalam bidang perancangan bandar dan kemampanan.

Kisah kejayaan 2

Tan Huimin, seorang Pengurus Perkhidmatan Kewangan daripada AIA Singapura, membimbing Timothy Tan yang lulus dari SIM Global Education – RMIT dengan ijazah Pengurusan Perniagaan. Timothy memilih Huimin sebagai pemandu kerjayanya kerana beliau merasakan bahawa mereka boleh menjalin persahabatan berdasarkan pertemuan pertama mereka di perpustakaan manusia. Timothy amat berminat dalam bidang penjualan, dan beliau juga menjalankan projek sampingan iaitu penyiaran podcast – dalam usaha membantu orang lain mencari makna kehidupan melalui kisah-kisah peribadi. Huimin berkongsi dengan Timothy tentang cara berkomunikasi dan mempengaruhi orang lain dengan lebih berkesan, dan menjadikannya lebih yakin diri dalam bidang pidato umum. Secara peribadi, beliau juga menggalak Timothy dalam projek podcastnya dan memberi pandangan bernilai untuk memperbaiki lagi usaha beliau. Timothy kini bekerja sebagai pakar gadai janji di OCBC.

Kisah kejayaan 1

LANGKAH SETERUSNYA • Membantu pekerja dewasa yang muda agar kekal bekerja,

maju dan merealisasikan aspirasi kerjaya mereka melalui program-program berpusatkan kerjaya dan membolehkan para belia menyumbang semula kepada masyarakat melalui usaha relawan dalam pelbagai program berasaskan tujuan yang berlainan akan terus memimpin usaha NTUC Muda merapati dan mendekati mereka pada masa hadapan. NTUC Muda akan mendalamkan usaha program merapati peserta dan meluaskan saluran pengedaran program dengan bekerjasama dengan pihak IHL baharu dan Kawasanundi agar program-program NTUC Muda mudah didatangi oleh lebih ramai belia.

• Selain itu, langkah menyokong usaha pihak kesatuan sekerja merapati dan mendekati para anggota muda kesatuan sekerja serta membangunkan generasi pemimpin kesatuan sekerja yang memiliki nilai-nilai dan kecekapan Pergerakan Buruh yang betul adalah perkara penting dalam usaha Makmal Belia NTUC Muda.

Program Bimbingan Rangkaian Kerjaya Belia telah menyokong para belia Tampines agar mempunyai pandangan lebih jelas terhadap arah tuju kerjaya mereka dan menyelesaikan sebahagian daripada cabaran kerja mereka. Di bawah ini terdapat beberapa kisah kejayaan:

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

U LIVE

U Live, komuniti bertenaga yang dianggotai para anggota NTUC berusia 55 tahun ke atas, dilancarkan pada Julai 2009 sebagai sebuah jentera yang bersepadu untuk merapati anggota. U Live terus berkembang untuk menangani keperluan dan aspirasi yang kian bertambah di kalangan para pekerja matang dan pesara melalui pelbagai sajiannya. Melalui pengalaman menyeronokkan dan kegiatan relevan, U Live berusaha untuk membuat warga emas aktif menerima pembelajaran, kekal relevan dan memberi inspirasi kepada yang lain. Komuniti U Live telah bertambah daripada 70,000 anggota pada tahun 2009 kepada lebih 210,000 anggota pada tahun 2017.

Berhubungan melalui Teknologi Dengan usaha tertumpu U Live untuk memenuhi kesejahteraan peribadi dan perkembangan demografi nya, U Live telah melicinkan programnya untuk memastikan bahawa ianya relevan kepada usaha memperkasakan para anggota agar kekal aktif dan meniti usia tua secara positif. Dengan penggunaan teknologi di kalangan masyarakat menjadi semakin penting, U Live meningkatkan peluang bagi para anggota untuk belajar dan menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian mereka, kekal relevan dalam masyarakat dan meningkatkan kemahiran daya kerja yang mungkin ada. U Live bekerjasama rakan-rakan industri strategik untuk mempertingkatkan pelbagai program berkaitan teknologi dan bengkel peningkatan kemahiran agar para anggota dapat kekal relevan dalam dunia teknologi.

Pengalaman melalui Program Berlandaskan PembelajaranU Live mengekalkan dan meningkatkan sajian program berlandaskan pembelajaran melalui wadah-wadah merapati anggota yang utama seperti Simposium U Live dan Acara Berjalan Untuk Kesejahteraan. Khususnya, Simposium U Live mengandungi budaya pembelajaran berterusan untuk membantu para anggota kekal produktif dalam pekerjaan dan mempunyai tujuan sewaktu persaraan. Acara Berjalan Untuk Kesejahteraan sebaliknya, menggalak para anggota agar kekal aktif dan meniti usia dengan sihat melalui senaman-senaman berjalan yang mudah dan pada masa yang sama, mereka tetap mempunyai hubungan sosial dengan rakan-rakan sebaya kerana mereka mempunyai minat yang serupa. Melalui program-program yang menerima sambutan baik ini, U Live dapat mengusahakan penyokongan bagi semua anggota agar mereka kekal aktif dan meniti usia tua dengan positif.

PENCAPAIAN UTAMA • Mendekati lebih 200,000 anggota berusia

matang pada tahun 2016, lebih tinggi berbanding 150,000 anggota pada tahun 2015

• Mendalamkan hubungannya dengan 46,000 anggota dan 48 kesatuan sekerja melalui program bermutu dan relevan dalam bidang-bidang seperti pembelajaran teknologi dan penuaan positif.

• Mengekalkan dan meningkatkan sajian program berlandaskan pembelajaran melalui wadah-wadah utama untuk merapati anggota seperti Simposium U Live dan Acara Berjalan Untuk Kesejahteraan.

• Menyediakan wadah dan peluang bagi para pemimpin terlatih untuk memikul tanggungjawab dan memulakan sendiri acara untuk meluaskan keupayaan mereka dan memberi inspirasi kepada rakan-rakan seusia mereka. Jumlah pemimpin masyarakat bertambah kepada lebih 1,400 orang, di mana 348 pemimpin menerima tugas penting untuk membawa kesan ke atas kehidupan rakan-rakan sebaya mereka.

59

Membangunkan Pemimpin dan Meningkatkan PenyokonganDengan tumpuan diteruskan kepada usaha memupuk pemimpin melalui kepimpinan sebaya, U Live meluaskan keupayaan dalam kepimpinan dan menyediakan wadah bagi para pemimpin supaya mereka boleh memulakan sendiri kegiatan dalam pelbagai bidang berdasarkan minat seperti media sosial, fotografi , latihan dan banyak lagi. Melalui bidang-bidang yang mereka minati, para pemimpin terus mempunyai pengaruh positif ke atas rakan-rakan sebaya agar mereka meniti usia tua dengan baik dan positif, dan pada masa yang sama, membimbing mereka agar sentiasa kekal relevan dan terus bekerja. Melalui ini, U Live dapat membangunkan kumpulan pemimpin yang mampan dan memiliki kemahuan untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan memberi nasihat dan bimbingan. Para pemimpin yang menjadi model peranan akan berupaya memberi inspirasi kepada anggota komuniti yang lain dan mempamerkan U Live sebagai wadah yang bukan sahaja untuk merapati anggota, malah juga untuk membangunkan pemimpin.

LANGKAH SETERUSNYA U Live akan terus merapati anggota dan mengekalkan ketersambungan melalui program berdasarkan minat yang disasarkan, menumpukan tenaga dan sumbernya untuk menambah jumlah anggota yang tahu menggunakan teknologi agar mereka sentiasa relevan dan kekal bekerja. U Live akan juga terus meluaskan keupayaannya dalam kepimpinan, menyediakan peluang dan wadah bagi para pemimpin memulakan sendiri acara dan memberi inspirasi kepada rakan-rakan sebaya mereka untuk meneroka segala kemungkinan untuk mereka sewaktu usia persaraan.

Menjelang tahun 2019, U Live mempunyai sasaran untuk menjadi komuniti yang menyokong pengambilan semula pekerja secara produktif dan persaraan yang bermakna, serta menggalak warga emas yang aktif agar menjalani hidup dengan sepenuhnya.

U SPORTS

U Sports telah meletakkan dirinya sebagai pengupaya penting bagi pihak kesatuan sekerja dan komuniti untuk menjalin ikatan dan membina keakraban menerusi minat mendalam terhadap sukan.

Pencapaian Utama • Mendekati lebih 29,000 anggota dan 55 kesatuan

sekerja setiap tahun.• U Games telah berkembang dengan hebat

daripada 3,500 anggota yang bertanding pada tahun 2010, kepada lebih 8,000 anggota daripada lebih 40 kesatuan sekerja dan 50 syarikat korporat, yang merebut gelaran dalam 13 acara sukan.

• Meluaskan rangka kerja Pembangunan Keupayaan U Sports untuk menyertakan kursus-kursus baharu tentang pemakanan, tenaga dan pelaziman, dan pencegahan kecederaan.

Ceramah kesihatan dan kesejahteraan bagi warga emas aktif.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Kesatuan Sekerja Mendekati Anggota Melalui SukanU GamesU Games adalah pertandingan sukan Pergerakan Buruh yang penting untuk meningkatkan usaha kesatuan sekerja mendekati anggota dan menggalak pembinaan komuniti yang lebih utuh melalui persaingan sukan di kalangan para anggota kesatuan sekerja. U Games dijadikan lebih inklusif dengan penyertaan Kategori Korporat dalam 6 sukan, lantas membolehkan pihak kesatuan sekerja merapati lebih banyak cawangannya untuk menghantar pasukan yang mengambil bahagian. U Games tahun 16/17 menyaksikan lebih 8,000 ahli sukan daripada 46 kesatuan sekerja dan 50 syarikat korporat. Pencapaian pihak kesatuan sekerja dan anggota diraikan melalui majlis Malam Anugerah U Sports.

Kelab-Kelab Sukan Kesatuan SekerjaDalam usaha meneruskan kejayaan U Games, Kelab-Kelab Sukan Kesatuan Sekerja dimulakan pada tahun 2014 untuk menyediakan sumber dan membantu pihak kesatuan sekerja meningkatkan usaha mendekati dan merapati para anggota mereka melalui sukan. Sejauh ini, 40 Kelab Sukan Kesatuan Sekerja telah didirikan di mana banyak kegiatan sukan dianjurkan, dengan beberapa pasukan dibentuk untuk bertanding di U Games.

61

Berhubungan dengan Anggota dan Membangunkan Aktivis TerasU Sports mendorong 8 Kumpulan Berkepentingan dalam sukan-sukan tertentu yang terus merapati para anggota dengan bersukan secara kerap, dan menyediakan sajian-sajian tambah nilai lain melalui gabungan dengan rakan-rakan usaha seperti pihak kelab sukan, Persatuan Sukan Nasional dan penyedia khidmat sukan. Kumpulan Berkepentingan U Sports juga bertindak sebagai tempat yang baik untuk melahirkan dan mengenalpasti orang-orang yang berpotensi menjadi pemimpin sukan dalam Pergerakan Buruh.

Para pemimpin sukan yang dikenalpasti akan menjalani strategi Pembangunan Keupayaan. Sejauh ini, 209 anggota telah dipersiapkan untuk menjadi Pemimpin Sukan yang akan memegang teraju dalam komuniti sukan Pergerakan Buruh dengan menganjurkan pelbagai acara sukan dan memimpin hampir 80 peratus kegiatan Kumpulan Berkepentingan U Sports.

Melalui U Games dan Kumpulan-Kumpulan Berkepentingan, U Sports merapati para anggota daripada 55 kesatuan sekerja setiap tahun.

LANGKAH SETERUSNYA Dalam tahun ke-10nya yang bersejarah, U Sports akan terus meningkatkan mutu acara-acara U Games untuk merapati anggota dengan lebih baik dan menjadi lebih inklusif dengan penyertaan Kategori Korporat bagi merapati pihak korporat dalam kesemua 10 sukan. Ini akan membolehkan lebih ramai anggota keluarga Pergerakan Buruh mengambil bahagian

buat pertama kalinya, termasuk anggota dari U Associate, U SME dan U FSE. Selain itu, satu kategori sosial baharu akan diperkenalkan di Pesta Sukan tertentu untuk membolehkan para peserta belajar sukan baharu dan bermain secara riadah.

Perubahan kepada musim U Games terbaharu adalah sebahagian daripada langkah strategik U Sports untuk menggalak pekerjaan lebih baik melalui sukan. U Sports mengiktiraf bahawa sukan boleh dijadikan wadah berguna untuk membina perwatakan dan menjalin ikatan sesama anggota melalui pengalaman yang dikongsi, dan oleh itu ia akan melancarkan sebuah Program Pembinaan Pasukan Sukan baharu sebagai sebahagian daripada sajiannya yang dipertingkatkan. Pihak kesatuan sekerja dan korporat akan berpeluang menyesuaikan kegiatan-kegiatan pembinaan pasukan sukan untuk merapati dan menjalin ikatan pekerja dalam sekitaran yang menyeronokkan dan berciri riadah.

Melalui Rangka Kerja Pembangunan Keupayaan, U Sports akan terus mengenalpasti dan membangunkan lebih ramai pemimpin sukan. Lebih banyak usaha akan dirancang untuk terus membangunkan para pemimpin teras untuk menjawat tugas-tugas penting bagi mendorong lebih banyak kegiatan swakekal dan menghasilkan usaha merapati anggota yang lebih mendalam melalui kegiatan-kegiatan ini. U Sports akan juga menawarkan bengkel-bengkel kepimpinan sukan yang disesuaikan untuk mempersiapkan dan membangunkan pemimpin sukan kesatuan sekerja, yang akan dilengkapi dengan lebih baik untuk menganjurkan kegiatan-kegiatan sukan bagi mendekati dan merapati para anggota kesatuan sekerja mereka melalui Kelab-Kelab Sukan Kesatuan Sekerja.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

U CLUB

U Club merekrut dan merapati individu-individu yang tidak layak menganggotai kesatuan sekerja NTUC, khususnya para surirumah, kakitangan pasukan berseragam dan pesara. Ia bertindak sebagai wadah pemegang dan merapati anggota bagi para anggota yang mahu mengekalkan hubungan dengan Pergerakan Buruh sehinggalah mereka memutuskan untuk kembali bekerja.

U Club memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan program-program pengekalan yang sedia ada dan menyediakan program-program peningkatan kemahiran yang relevan untuk para anggotanya agar bantuan lebih baik boleh diberi supaya mereka dapat menentukan laluan untuk diambil bekerja semula.

LANGKAH SETERUSNYA U Club akan terus menumpukan perhatian kepada usaha mengukuhkan program pengekalan anggotanya serta program kesetiaan bagi para anggota yang tiada tunggakan bayaran. Menerusinya, U Club mempunyai sasaran untuk terus mengurangkan kadar keciciran kepada paras sembilan peratus dan akan meneruskan program peningkatan kemahiran untuk memastikan para anggota lebih bersedia bagi peluang kembali bekerja.

PENCAPAIAN UTAMA • Mendekati 48,000 anggota yang tidak layak

menganggotai kesatuan sekerja.• Memperkenalkan program peningkatan kemahiran

dalam pendidikan awal kanak-kanak, makanan dan minuman, pentadbiran dan kemahiran berkaitan ketukangan (misalnya gubahan bunga dan menjahit) untuk sekitar 500 peserta.

• Berhubung dengan 8,000 anggota setiap tahun melalui program, peraduan dan pelbagai usaha pengekalan anggota.

Sebuah bengkel bidang runcit dan fesyen.

63

KEMAHIRAN BERSEDIA BAGI MASA HADAPAN

pertumbuhan atau diramalkan menjalani pengembangan keperluan.

Menggunakan pendekatan seluruh Pergerakan Buruh, FJST telah memanfaatkan rangkaian Pergerakan Buruh yang diperluas dan rakan-rakan tiga pihak, untuk mengesan peluang-peluang baharu dan memuncul supaya tindakan strategik dapat diambil untuk membolehkan orang kita yang bekerja untuk mendapatkan kemahiran, pekerjaan dan gaji lebih baik. FJST mahu menyediakan maklumat terkini tentang pekerjaan yang mungkin diganti, pekerjaan yang mempunyai permintaan tinggi dan mengenalpasti para majikan yang amat giat menggajikan pekerja untuk memudahkan penerokaan peluang-peluang penempatan kerja. Dengan mengenalpasti kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi dalam sektor-sektor ini, FJST juga berusaha mempimpin pembentukan program latihan relevan untuk membolehkan orang kita yang bekerja memanfaatkan peluang-peluang baharu.

Sejak permulaan tahun ini, FJST telah bekerja rapat dengan pelbagai agensi Pemerintah, IHL dan kumpulan pemikir untuk mengadakan sinergi dan memperkemas usaha mengenalpasti latihan dan peluang penempatan kerja untuk orang kita yang bekerja.

PEKERJAAN, KEMAHIRAN DAN LATIHAN MASA HADAPAN

Pergerakan Buruh beriltizam membantu orang kita yang bekerja agar kekal relevan dan memiliki daya kerja lebih lama dalam dunia pekerjaan yang sentiasa berubah, dan ia tidak harus hanya dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan lebih baik hari ini, malah terus meningkatkan kemahiran dan mendapatkan persediaan baharu untuk merebut pekerjaan lebih baik hari esok. Berlandaskan matlamat ini, Pergerakan Buruh menubuhkan satu jabatan baharu dan keupayaan baharu pada 1 Januari 2017 – keupayaan Pekerjaan, Kemahiran dan Latihan Masa Hadapan (FJST) yang berfungsi sebagai pusat nadi strategik untuk mengukuhkan usaha bagi mempersiapkan para pekerja untuk mengatasi pelbagai cabaran dan peluang hari ini dan hari esok, dan menangani isu salah padan antara pekerjaan dan kemahiran dalam tenaga kerja. Usaha dan Inisiatif UtamaPada tahun 2017, FJST memulakan kajian perintis ke atas lima industri yang telah dipilih kerana mereka menjalani transformasi pesat, dijangka mempunyai potensi

Acara Kewangan Bijak ACCA.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Sektor KewanganFJST bertemu para pemimpin Pergerakan Buruh untuk menggembleng tenaga kerja agar menyertai program Pusat Penasihat Kerjaya Industri Kewangan (FiCAC), Program Penukaran Profesional (PCP), ceramah industri, asuhan kerjaya dan bimbingan. Satu sesi perbincangan meja bundar dianjurkan bersama para ketua HR dalam sektor kewangan sebagai sebahagian daripada Minggu Perkhidmatan Kewangan untuk berkongsi hasil dapatan FJST dan mendapatkan pengesahan pihak industri tentang hasil dapatan tersebut.

Sektor Teknologi InfokomFJST mengenalpasti kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi bagi sektor itu dengan mengkaji trend pengambilan pekerja di industri itu dan mengenalpasti peluang-peluang dalam sektor infokom. Pekerjaan dalam sektor-sektor serupa, yang memerlukan kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi yang sama, juga dikenalpasti bagi tujuan latihan dan penempatan kerja. Satu semakan juga dijalankan.ke atas sajian latihan yang ada dan program yang dalam perancangan.

FJST juga bekerjasama dengan Kelompok Infokom dan Media (ICM) Pergerakan Buruh, rakan-rakan U Associate serta fungsi Perubahan dan Daya Penghasilan Industri di bawah jabatan Hubungan Industri NTUC sebagai sebahagian daripada proses pengesanan dan pengesahannya untuk merapati para pemimpin kesatuan sekerja (misalnya CMPU, SUBE, SISEU dan sebagainya), para pengamal HR dan pemimpin perniagaan daripada SingTel, MediaCorp, SPH, IBM, Persatuan Komputer Singapura (SCS), Ubisoft,

ST Electronics (Sistem Infokom), Netlink Trust, ISACA Cawangan Singapura (keselamatan siber) dan Persatuan Internet tentang sudut pandangan mereka mengenai pekerjaan, kemahiran dan latihan masa hadapan dalam sektor tersebut.

Sektor Penjagaan KesihatanMelalui usaha merapati titik-titik perhubungan dalam rangkaian Pergerakan Buruh – iaitu pihak kesatuan sekerja, U Associate dan U FSE, FJST mengenalpasti pelbagai peluang bagi para pekerja dalam bidang-bidang seperti penjagaan masyarakat, perkhidmatan penjagaan warga emas, dan malah peluang-peluang pekerjaan bebas yang terbit daripada penggunaan applikasi dan wadah mudah alih yang semakin bertambah, untuk memadankan penyedia penjagaan dengan pesakit bagi membolehkan warga emas meniti usia lanjut di kawasan yang sama. Satu kumpulan fokus tiga pihak melibatkan para pemimpin HR daripada pelbagai penyedia penjagaan kesihatan di Singapura juga dijalankan untuk meraih pandangan tentang trend pekerjaan, kemahiran dan latihan di sektor tersebut. Perbincangan tersebut menghasilkan persetujuan bahawa teknologi penjagaan kesihatan dan langkah-langkah daya penghasilan lain akan membolehkan para pekerja menumpukan perhatian kepada aspek pekerjaan mereka yang lebih rumit dan memerlukan mereka berdekat dengan pesakit, yang memanfaatkan sepenuhnya bakat mereka, dan latihan dan sokongan kerjaya yang perlu harus disediakan agar perubahan ini boleh dilakukan.

Memimpin persidangan industri HR.

65

Sektor Kejuruteraan (Pengeluaran)Satu siri lima infografik dihasilkan FJST, yang berunding rapat dengan rangkaian dan rakan-rakan usaha Pergerakan Buruh untuk menonjolkan trend-trend pekerjaan dan kemahiran dalam pengeluaran lanjut dan kejuruteraan di pelbagai sektor pengeluaran, khususnya, sektor-sektor aeroangkasa, elektronik, kejuruteraan jitu dan tenaga dan kimia. Infografik itu diterbitkan seiringan dengan sambutan Bulan Kejuruteraan Elektronik & Jitu & Mesin oleh Pergerakan Buruh dan merupakan sumber tambahan untuk dijadikan oleh orang kita yang bekerja sebagai bahan rujukan dan mengambil langkah untuk melengkapi diri mereka agar dapat mendahului para pesaing lain. Sektor Perdagangan BorongMelalui kerjasama rapat dengan agensi Pemerintah yang memimpin dan pihak kesatuan sekerja, FJST menjalankan kajian ke atas sektor perdagangan borong yang menunjukkan banyak potensi untuk penciptaan pekerjaan. Sektor itu diramalkan mencipta 10,000 lagi pekerjaan menjelang 2020, dengan memanfaatkan ekosistem perdagangan rancak dan prasarana utuh di Singapura. Sektor perdagangan borong dijangka berkembang maju memandangkan rantau Asia menjadi semakin mewah dan terus menjalani proses pembandaran. Pelbagai peluang pekerjaan dan pembangunan kerjaya menantikan mereka yang mempunyai kemahiran yang sesuai. Pergerakan Buruh giat membangunkan program latihan dalam sektor memuncul ini untuk melengkapi orang yang bekerja yang berminat dengan kemahiran untuk melakukan pekerjaan dalam sektor ini.

Bagi setiap sektor ini, FJST telah menyeru agar para pemimpin Pergerakan Buruh agar menggembleng tenaga kerja untuk menyertai pelbagai inisiatif latihan dan penempatan kerja dalam sektor-sektor yang dikaji. Salah satu program yang sesuai bagi semua sektor adalah SkillsFuture bagi Tempat Kerja Digital yang membantu rakyat Singapura mengikuti perkembangan teknologi memuncul dan trend data, dan dilengkapi dengan kemahiran dan ilmu untuk bersiap sedia bagi masa hadapan.

LANGKAH SETERUSNYATumpuan FJST daripada tahun 2018 dan seterusnya adalah bagi Pergerakan Buruh mengisyaratkan dan menyediakan mukadimah kepada orang yang bekerja dan pihak berkepentingan bagi trend-trend pekerjaan dan kemahiran, dan menyediakan maklumat tentang laluan untuk orang kita yang bekerja melengkapi diri mereka dengan kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi untuk merancang perjalanan kerjaya mereka. FJST juga akan terus mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi untuk memimpin pembentukan program latihan yang akan ditawarkan kepada orang kita yang bekerja.

FJST juga mahu meningkatkan lagi usaha pengesanan dan pengesahan hasil dapatannya dengan tumpuan kepada usaha mengenalpasti pekerjaan yang menghadapi risiko melalui semakan ke atas sektor-sektor perintis dengan pelbagai kumpulan pihak berkepentingan, khususnya kesatuan sekerja dan kelompok relevan untuk membolehkan pembangunan sokongan dan sumber untuk orang kita yang bekerja. Terdapat juga rancangan untuk menjalankan analisa ke atas sektor-sektor baharu di samping perkara yang dikaji tahun ini.

Berkongsi maklumat tentang pekerjaan dan kemahiran masa hadapan dalam sektor tenaga dan kimia semasa sebuah bengkel ITM.

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

NTUC LEARNINGHUB

NTUC LearningHub (LHub) adalah salah satu penyedia Pendidikan dan Latihan Berterusan terbesar di Singapura. Visinya adalah untuk mengubah tenaga kerja rakyat sepanjang hayat di Singapura dengan menyediakan pembelajaran yang mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk semua kolar, umur dan kebangsaan. Sejak 1982, ia telah menyediakan lebih daripada dua juta tempat latihan kepada tenaga kerja Singapura dan lebih daripada 16,700 organisasi dalam pelbagai industri. Bekerjasama dengan kedua-dua pelanggan korporat dan individu, LHub kini mengira latihan dalam bidang utama seperti teknologi infokom (ICT), kemahiran lembut dan celik huruf, fl eksibiliti dan kesihatan di tempat kerja, keselamatan, sumber manusia, kepimpinan dan kecemerlangan perkhidmatan di kalangan portfolionya. Singapura menghadapi perubahan pesat di mana digitalisasi dan teknologi memberi kesan kepada pengguna, perniagaan dan industri. Oleh itu, rakyat Singapura perlu terus meningkatkan kemahiran dan memperoleh pengetahuan baru. Untuk menyokong warga Singapura dalam kerjaya profesional mereka dengan kemahiran yang relevan, LHub memberi tumpuan kepada menawarkan pilihan latihan ICT yang berkaitan sebagai sebahagian daripada inisiatif Smart Nation, di atas pelbagai kursusnya. Ia juga bekerja lebih rapat dengan rakan-rakan LMnya untuk memanfaatkan dan menyampaikan impak sosial yang lebih besar di Rangkaian LM.

• Untuk menyokong sektor penjagaan kesihatan warga emas dan melalui kerjasama dengan NTUC Health, LHub memperkenalkan sekumpulan sijil Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) Untuk Penjaga yang lengkap, yang bertujuan membantu rakyat Singapura mendapatkan pekerjaan dalam industri penjagaan warga emas.

Menjana Kesedaran Lebih Tinggi dan Membangunkan Keselamatan & Kesihatan Tempat Kerja (WSH)• Respons amat positif diterima dengan lebih banyak

syarikat akan menghubungi LHub dan menghantar para pekerja mereka untuk dilatih. Sepanjang 10 tahun yang lalu dan sejauh ini, LHub mencapai lebih 900,000 tempat latihan dalam bidang WSH dan ia terus merapati pihak kesatuan sekerja dan syarikat berkesatuan sekerja dengan Urus Setia WSH NTUC berkongsi amalan terbaik WSH, sesi pembelajaran dan penyelesaian menyeluruh.

• Dengan kredit SkillsFuture, LHub menggalakkan peningkatan kemahiran secara sendiri dalam sektor WSH di samping penyelesaian pembelajaran lain untuk pihak individu dan pertubuhan.

Bekerjasama dengan U PME semasa Minggu PME • Sejak tahun 2016, LHub meneruskan kerjasama

kuatnya bersama pihak U PME, U Associate dan unit-unit Pergerakan Buruh yang lain dengan tumpuan kepada usaha membantu PME. Kini, ia adalah rakan usaha kerap dalam sambutan tahunan Minggu PME, Sidang Puncak Pemimpin Masa Hadapan dan acara-acara lain yang bertujuan merapati PME.

• LHub giat merapati pelbagai U Associate, termasuk memeterai MOU bersama Institut Pengurusan Projek Cawangan Singapura (SPMI), ISACA dan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)

PENCAPAIAN UTAMA Meningkatkan Jaminan Kewangan• Selepas melatih hampir 900,000 orang dalam

kursus-kursus berkaitan WSH, LHub kekal sebagai salah satu penyedia utama bagi kursus-kursus Profesional WSH bagi rakyat Singapura yang beraspirasi untuk membina sebuah kerjaya yang mantap dalam WSH dan ia telah dikenalpasti oleh SSG/MOM sebagai salah satu pihak utama yang menyumbang kepada keselamatan dalam sektor binaan.

• Untuk menyokong sektor logistik, LHub telah melatih lebih 5,500 pemandu forklift. Untuk menyokong sektor keselamatan, LHub telah melatih lebih 9,500 individu dan lebih 2,500 syarikat berkaitan keselamatan di bawah PWM.

• Untuk menyokong sektor keselamatan, LHub telah melatih lebih 9,500 individu dan lebih 2,500 syarikat yang berkaitan dengan bidang keselamatan di bawah PWM.

67

Mengukuhkan Keupayaan Kepimpinan Kesatuan Sekerja • Pada tahun 2017, dalam usaha menyokong

perlaksanaan ITM, LHub melakukan Taklimat Bersedia Bagi Masa Hadapan bagi pelbagai kelompok Pergerakan Buruh. Sejauh ini, LHub telah bekerjasama dengan Institut Kepimpinan Buruh Ong Teng Cheong (OTCi) untuk merapati Kelompok Logistik Pergerakan Buruh, dengan rancangan susulan untuk merapati Kelompok Tenaga dan Kimia Pergerakan Buruh.

• LHub akan mengadakan taklimat bagi lebih banyak kelompok seiringan dengan perlaksanaan ITM.

Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula• Sejak tahun 2004 sehingga sekarang, LHub telah

melatih lebih 2.1 juta orang. Sejak permulaan inisiatif SkillsFuture, ia juga membantu sekitar 20,000 rakyat Singapura menggunakan Kredit SkillsFuture mereka untuk peningkatan kemahiran.

Kerjasama dengan MED dan U SME

• LHub membantu meluaskan penggunaan UTAP dengan memastikan bahawa kebanyakan daripada 600 kursusnya yang sedia ada akan layak bagi para anggota NTUC untuk menggunakan pembiayaan UTAP mereka bersama-sama dengan Kredit SkillsFuture mereka.

• Selain menggalakkan penggunaan UTAP, LHub bekerjasama dengan MED dalam pelbagai acara yang dianjurkan bersama, mempromosikan keanggotaan NTUC dan peningkatan kemahiran secara bersama. Misalnya, kedua-duanya bekerjasama dengan U HR untuk mewakili NTUC semasa MOM mendedahkan Pelan Tenaga Manusia Industri HR pada tahun 2017.

• Sejauh ini, hampir 40 SME telah mendaftar dan meraih manfaat daripada Program Pembelajaran Lanjutan (ALP) dengan lebih 100 lagi dijangka menjalani latihan pada tahun 2017.

• Selain ALP. LHub bekerjasama dengan U SME dalam pelbagai hal. Ia membantu pihak SME memanfaatkan program P-Max oleh U SME serta bekerjasama dengan U SME dan NTUC Foodfare untuk melatih para pemilik perniagaan makanan

dan penjaja yang beraspirasi tentang amalan-amalan memasak dan pengurusan perniagaan yang baik.

Penglibatan dalam Usaha dan Inisiatif Utama FJST • LHub menjadi rakan PCP Teknologi Infokom (ICT)

pada tahun 2016, menawarkan peluang bagi rakyat Singapura yang mahu menukar kerjaya ke sektor ICT dan memadankan mereka dengan syarikat-syarikat yang mahu mengambil pekerja.

• Skim itu menyediakan latihan WSQ bertauliah bagi individu dan subsidi gaji bagi syarikat yang mengambil pekerja itu apabila mereka didapati serasi. Sejak lewat tahun 2016, LHub telah membantu 30 individu menukar kerjaya ke sektor IT dan meluaskan peranan pekerjaan PCPnya daripada 2 kepada 10 pada tahun 2017.

• Selain dilatih menggunakan kursus-kursus daripada 37 kursus IT Rangka Kerja Kecekapan Infokom Nasional (NCIF), LHub membantu melatih 12,000 individu dan pelatih korporat pada tahun 2017.

Kerjasama tambahan dengan OTCi • Selain kerjasama dengan OTCi untuk menawarkan

latihan kemahiran dan kepimpinan bagi para pemimpin kesatuan sekerja, kedua-dua pihak juga bekerjasama dalam pemasaran digital dan kegiatan media sosial untuk meningkatkan kesedaran tentang kedua-dua pertubuhan.

Membina Lebih Banyak Kerjasama dengan U Associate • LHub telah memulakan kerjasama dengan pihak

U Associate seperti SPMI, ISACA and ACCA

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Membangunkan Industri Karyawan HR • LHub melaksanakan satu siri kelas-kelas tahap

pakar dan kelayakan yang relevan bagi rakyat Singapura yang mahu bekerja dalam bidang HR dan bagi para karyawan HR meningkatkan kemahiran dengan rakan usahanya, Institut Berkanun Kakitangan dan Perkembangan.

• LHub bekerjasama dengan SPRING Singapore untuk melaksanakan sebuah laman Portal Sumber HR untuk membantu para karyawan HR, khususnya mereka yang berada di SME, menjelang akhir 2017.

Meletakkan LHub sebagai Akademi Latihan Disumber Luar Yang Terpilih• Menyediakan penyelesaian pembelajaran hujung

ke hujung kepada pelbagai pertubuhan seperti United Overseas Bank, DBS, SMRT dan Maktab Perkhidmatan Awam.

• Menjadi jabatan latihan bagi NTUC Fairprice melalui LHub@Fairprice pada September 2017.

LANGKAH SETERUSNYAMeningkatkan kesan sosial LHub menjelang 2021• Untuk memastikan LHub kekal sebagai penyumbang

relevan dan penting kepada tenaga kerja, LHub bermatlamat meningkatkan kedudukan sebagai pemimpin pasaran dengan menawarkan lebih banyak latihan dalam bidang-bidang seperti WSH, keselamatan, ICT, IT dan juga kemahiran insani. Ia mahu membuat peningkatan daripada 150,000 tempat latihan sekarang kepada 250,000 menjelang tahun 2021.

• LHub akan juga diperluaskan untuk menawar latihan dalam bidang-bidang berkembang lain yang ada permintaan tinggi seperti penjagaan warga emas, daya penghasilan, reka bentuk pemikiran bagi inovasi serta HR.

Meletakkan LHub sebagai Pusat Literasi Digital di Singapura• LHub akan terus mencari kerjasama baharu dengan

para penyedia utama seperti Oracle, CISCO, Microsoft, ICDL, SAP dan Apple, dan menjalin kerjasama baharu dengan rakan-rakan usaha memuncul yang baharu seperti IBM, Google dan Perkhidmatan Web Amazon untuk memastikan bahawa LHub dapat menyumbang kepada pembangunan negara BIJAK dan teknologi digital baharu dengan pensijilan yang baharu dan relevan.

• LHub akan terus membantu rakyat Singapura menukar kerjaya ke sektor IT dan membantu pihak syarikat merekrut karyawan IT melalui 10 skim pekerjaan ICT PCP di bawahnya.

• LHub akan terus membuat uji kaji dan mencuba lebih banyak kursus pembelajaran adunan (40 peratus menjelang tahun 2021) dengan pembelajaran mikro dan pembelajaran rakan ke rakan.

Menjadikan LHub sebagai Pasaran Pembelajaran• LHub akan juga mewujudkan sebuah “Kotak Hitam”

yang boleh memantau trend pembelajaran bagi rakyat Singapura, mengkaji keperluan mereka dan meningkatkan usaha mendekati mereka dan memadankannya secara tepat dengan pilihan pembelajaran mereka.

• Ini bertujuan menjadikan LHub sebagai sebuah pengumpul di mana teknologi digital digunakan untuk memadankan kandungan daripada rakan-rakan usaha dengan pasaran.

Membantu SME Menjadi Digital dan Pergi Ke Peringkat Global• Selain bekerjasama dengan unit Pergerakan Buruh seperti

U SME, dan menawarkan perkhidmatan dan kandungan

untuk menawarkan perkhidmatan dan bantuan khusus kepada para anggota masing-masing. Misalnya, LHub bekerjasama dengan SPMI untuk meningkatkan keanggotaan dan peningkatan kemahiran bagi para karyawan pengurusan projek, dan menawarkan diskaun bagi peperiksaan dan penajaan dengan ACCA bagi para akauntan dan rakyat Singapura yang mahu menjadi karyawan akauntan.

69

bahawa mereka memiliki kemahiran masa hadapan untuk melakukan pekerjaan masa hadapan dan mempunyai kerjaya masa hadapan, e2i akan terus menambah dan memanfaatkan pihak Rangkaian U Career, persatuan industri, IHL, rakan-rakan masyarakat dan karyawan untuk membentuk cara latihan baharu untuk menyokong inisiatif SkillsFuture.

Bagi meningkatkan saluran pemadanan dalam pasaran kerja yang mencabar dalam tahun 2016, e2i memulakan pameran kerjaya maya dan adunan untuk meningkatkan usaha mendekati dan berhubungan dengan rakyat Singapura dengan pekerjaan baik. Pengenalan ciri-ciri maya (seperti seminar dalam web, perkakas penyaringan dalam talian seperti penggunaan ciri permainan dan bengkel menyiapkan keterangan diri menggunakan video) membuka lebih banyak laluan, khususnya bagi SME yang mempunyai pekerjaan sesuai tetapi tiada masa dan sumber untuk menyertai pameran kerjaya biasa. Pendekatan pameran kerjaya adunan meningkatkan peluang mencari kerja dan memberi lebih banyak bantuan daya kerja bagi mereka yang mencari kerja. e2i adalah penggerak pertama yang merintis usaha ini dan akan terus meluaskan pendekatan ini ke lebih banyak sektor. Hari Perkhidmatan Kerjaya Pemacu Kemahiran Teknologi (TeSA) adalah salah satu acara sedemikian untuk menyatukan golongan pencari kerja dan majikan dengan matlamat membawa kerjaya ICT ke peringkat seterusnya dalam pembangunan kemahiran dan persiapan kerjaya untuk ekonomi masa hadapan.

lain seperti penyelesaian pembelajaran daya penghasilan dan set sumber bagi perisian HR SME dengan SPRING Singapore, LHub mahu menyediakan perkhidmatan pembelajaran dan pembangunan dan bekerjasama dengan Google dan Alibaba untuk membantu pihak SME menjadi digital dan pergi ke peringkat global menggunakan e-perdagangan.

• LHub akan juga meluaskan konsep Akademi Latihan Disumber Luar kepada lebih banyak SME untuk membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada perniagaan mereka manakala LHub menyediakan penyelesaian pembelajaran dari mula hingga ke akhir.

• Ini membantu pihak SME dengan meraih kemahiran dan ilmu yang diperlukan agar ia kekal relevan dan pergi ke peringkat antarabangsa.

e2i (INSTITUT PEKERJAAN DAN DAYA KERJA)

e2i (Institut Pekerjaan dan Daya Kerja) NTUC adalah pihak tengah yang penting dalam penciptaan penyelesaian pekerjaan dan daya kerja bagi pihak syarikat dan setiap lapisan orang yang bekerja daripada peringkat pekerja biasa hinggalah PMET. Untuk membantu orang yang bekerja meraih kemahiran dan pekerjaan lebih baik di setiap peringkat dalam keperluan kerjaya mereka, dan memastikan

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

Pada tahun 2016, e2i telah meluaskan titik-titik perhubungannya dengan penyertaan sebuah pusat perkhidmatan kerjaya di Hab HDB Toa Payoh. Bersama-sama sebuah pusat yang sedia ada di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Devan Nair, e2i kini boleh mendekati lebih ramai pencari kerja, orang yang bekerja, majikan dan rakan usaha. Pada tahun 2016, e2i telah membawa kesan ke atas 84,000 pekerja dalam hal penempatan kerja, perkembangan professional dan peningkatan daya penghasilan.

Daya Penghasilan dan Meningkatkan Pekerjaan Dalam usaha meningkatkan pekerjaan dan gaji, e2i beriltizam untuk menyokong pihak syarikat dalam peningkatan daya penghasilan dan mencapai penyelesaian yang kurang bergantung kepada tenaga manusia. Sejak tahun 2010, ia beriltizam untuk membawa kesan ke atas 107, 9222 pekerja dalam 2,916 projek yang merentasi pelbagai sektor. Pada tahun 2016, e2i berjaya memperbaharui IGP dan WorkPro untuk terus berusaha mewujudkan keadaan kerja lebih baik dan gaji lebih baik. Untuk mendorong perolehan gaji yang dipimpin daya penghasilan, e2i menyokong penyatuan atau paduan program seperti penyusunan IGP yang ditambah dengan skim Reka Bentuk Semula Kerja WorkPro.

Penggembleng Utama bagi Pergerakan SkillsFuture untuk Menyiapkan Diri bagi Tenaga Kerja Yang Bersedia untuk Masa HadapanDengan rangkaian di kalangan pekerja yang kukuh dan

luas, NTUC dan e2i berada dalam kedudukan baik untuk menyokong usaha Pemerintah bagi pekerjaan, kemahiran dan latihan masa hadapan. Salah satu contoh bagaimana e2i menyokong pergerakan SkillsFuture yang dilancarkan pada tahun 2015 ialah dengan merintis program Hubungan Kredit SkillsFuture (SFCC) melalui rakan-rakan masyarakat dan kesatuan-kesatuan sekerja untuk memberi bimbingan lebih baik kepada rakyat Singapura kepada pelbagai kursus latihan yang boleh meningkatkan pekerjaan dan daya kerja mereka dengan sejumlah besar kursus sudah pun tersedia. Ini berakhir dengan pelancaran inisiatif nasional, Nasihat SkillsFuture (SFA) pada tahun 2017, yang bermatlamat meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya perancangan kerjaya dan kemahiran, menyediakan nasihat asas untuk masyarakat, dan menggalak penggunaan program-program SkillsFuture di kalangan rakyat Singapura. Di bawah inisiatif SFA, e2i akan bekerjasama dengan pihak Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), PA, SSG dan WSG, untuk mengendalikan dan menyampaikan bengkel-bengkel SFA dan menyediakan pelbagai khidmat kerjaya dan latihan yang saling melengkapi untuk membawa kesan ke atas 80,000 rakyat Singapura sepanjang tiga tahun akan datang.

Satu lagi bidang sokongan bagi pergerakan SkillsFuture adalah kerjasama e2i dengan SSG dan pelbagai penyedia latihan untuk melancarkan modul asas SkillFuture untuk Tempat Kerja Digital (SFDW) untuk bersiap sedia bagi sebuah tenaga kerja yang celik digital dalam semua bidang bagi ekonomi yang digital sepenuhnya pada masa hadapan.

Hong Seafood adalah salah sebuah syarikat daripada sekumpulan besar syarikat yang menyertai Program Pertumbuhan Inklusif e2i.

71

Bagi memastikan SFDW berjaya dilaksanakan, e2i akan memanfaatkan Rangkaian U Career, pihak kesatuan sekerja dan para rakan masyarakat untuk menggembleng dan menyelaraskan usaha mendekati pihak syarikat, kesatuan sekerja dan individu untuk meningkatkan keupayaan orang yang bekerja supaya mereka dapat menyesuaikan diri kepada perubahan tempat kerja, mempunyai kesedaran tentang trend-trend teknologi kini dan yang memuncul, membina keyakinan untuk mengemudi laluan pembelajaran dan kerjaya dalam pelbagai peringkat hidup.

Mendorong Perkembangan Profesional Tenaga Kerja Singapura sebagai Persiapan bagi Cabaran Masa HadapanSejak suntikan dana baharu ke Dana Pendidikan dan Latihan NTUC (NETF) pada tahun 2016, e2i telah bekerjasama dengan semua IHL dan penyedia latihan lain untuk menyediakan kursus-kursus relevan untuk semua orang yang bekerja dengan menawarkan kursus modular dalam talian yang bersaiz kecil yang boleh dijalani mengikut rentak pelajar sendiri dan membolehkan karyawan bekerja untuk mengemaskini pengetahuan mereka dan meraih kemahiran relevan. Pada tahun 2016, e2i menerima 18,960 permohonan bagi pelbagai kursus yang disokong UTAP di bawah NETF. Memanfaatkan pihak kesatuan sekerja dan Rangkaian U Career sebagai penggerak, kaedah latihan yang baharu sebegini adalah penting bagi memenuhi keperluan dan aspirasi yang kian berubah di kalangan orang kita yang bekerja untuk memburu peluang pembangunan kerjaya.

Pengupaya dan Penyedia PenyelesaianUntuk membolehkan pihak industri mengikuti landskap ekonomi yang sentiasa berubah dan bagi menyokong pihak pekerja dan juga syarikat, e2i menyediakan sokongan dengan memainkan peranan sebagai pihak tengah antara Pemerintah, majikan dan pekerja. Misalnya, apabila e2i melihat bahawa industri bas dan kereta api perlu berubah dan menjadi professional, e2i melancarkan Akademi Bas

Singapura (SBA) pada tahun 2016 dan Akademi Kereta Api Singapura (SRA) pada tahun 2017. Dengan penubuhan akademi-akademi latihan berpusat, para karyawan bas dan kereta api dapat menikmati latihan yang serupa dan sumber kerjaya khusus untuk meningkatkan tahap professional dalam industri bas dan kereta api. Akademi-akademi itu akan membantu usaha menarik dan mengekalkan pekerja tempatan, membentuk Teras Singapura dan membantu mereka membangunkan kerjaya supaya bersiap sedia bagi masa hadapan.

LANGKAH SETERUSNYAMeluaskan Peranan sebagai Pengupaya dan Penyedia PenyelesaianMenyusuli kejayaan dalam pelancaran SBA dan SRA, e2i akan terus memainkan peranan sebagai pihak tengah untuk bersama-sama memimpin pembangunan Pelan Tenaga Manusia Sektor Kewangan dengan pihak NTUC, Pemerintah, perniagaan dan kesatuan sekerja. Pihak Tengah Kewangan, FinCareer, akan mendekati para PME dengan peluang-peluang latihan, bimbingan industri dan kemajuan kerjaya untuk membantu membangunkan saluran bakat yang mengandungi karyawan sektor kewangan.

Pendorong bagi Rangkaian U CareerDilancarkan pada April 2017, Rangkaian U Career mahu membina sebuah rangkaian karyawan, pemimpin masyarakat dan rakan usaha untuk menyediakan sokongan bagi membantu orang yang bekerja meningkatkan pekerjaan dan daya kerja mereka. Ini dilakukan melalui Rangka Kerja Pembimbing Daya Kerja Amalan (PEC) yang menyediakan laluan tersusun untuk memperbaiki dan mengiktiraf kecekapan para pembimbing daya kerja agar orang yang bekerja diberi sokongan lebih baik, dari peringkat sebelum bekerja kepada peringkat selepas persaraan. Empat pengupaya utama bagi Rangkaian U Career termasuk para Pembimbing Daya Kerja, Pembimbing Bersekutu, Duta Daya Kerja dan Penasihat Industri yang menyediakan bimbingan dan latihan kerjaya,

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

PENCAPAIAN UTAMA • Lebih 600 rakan pengurusan dan pengamal HR

menghadiri pelbagai program latihan IR dua pihak dan modul Hubungan Industri WSQ.

• OTCi telah meluaskan campuran program dan tempat latihannya untuk menyertakan latihan berdasarkan sektor yang disesuaikan dalam bidang-bidang seperti menangani kegawatan ekonomi dan SkillsFuture. Lebih 4,000 tempat latihan diisi pada tahun 2016 dengan nisbah 1 pemimpin PME/SME/FSE bagi setiap 4 pemimpin kesatuan sekerja yang dilatih.

• Wadah-wadah pembelajaran yang diupayakan teknologi diperkenalkan untuk menawarkan interaksi bertahap lebih tinggi bagi para pelajar dengan menggunakan animasi, simulasi serta pembelajaran berdasarkan senario dan berdasarkan permainan.

• OTCi juga menganjurkan sesi dialog dan perbincangan kumpulan fokus untuk merapati para pemimpin Pergerakan Buruh di luar bilik darjah. Wadah-wadah sedemikian memudahkan pertukaran sudut pandangan, keprihatinan dan idea.

• Untuk memastikan para pemimpin Pergerakan Buruh dari generasi masa hadapan benar-benar memahami dan menerima simbiosis antara NTUC dan Partai Tindakan Rakyat, hubungan simbiotik mereka akan terus digabungkan dalam kursus-kursus terpilih, khususnya bagi kursus yang dikhaskan untuk para pemimpin baharu.

meningkatkan kesedaran tentang sumber, dan mengongsi pengetahuan tentang industri. Sejak pelancaran Rangkaian U Career, e2i berjaya melatih seramai 386 Duta Daya Kerja daripada pelbagai GRC dan Kawasanundi pada Julai 2017. e2i juga mendapatkan seramai 184 Pembimbing Bersekutu dan Penasihat Industri daripada SCS, MAS dan IES di bawah program PIVOT. Dengan adanya kesemua usaha ini, NTUC dan e2i akan terus memanfaatkan rangkaian ini untuk memberi khidmat lebih baik kepada para pencari kerja dan karyawan bekerja menerusi semua titik hubungan itu.

Kemahiran dan Latihan Siap Sedia untuk Masa HadapanBagi menyokong usaha Pemerintah untuk melakukan perubahan industri, Pergerakan Buruh akan melaksanakan 23 ITM dengan bekerjasama dengan pihak yang terlibat untuk memanfaatkan dan menganalisa pekerjaan-pekerjaan paling utama dan kemahiran-kemahiran paling penting yang diperlukan untuk industri-industri dan telah dikenalpasti oleh pihak ITM. Mengiktiraf bahawa landskap pembelajaran telah banyak berubah akibat kedatangan gangguan teknologi, keperluan dan kaedah pembelajaran juga telah berubah. e2i bekerjasama dengan pihak IHL dan persatuan karyawan untuk membangunkan model latihan baharu bagi memastikan para pekerja dapat memperolehi kemahiran dan ilmu dengan cepat dan tepat pada masanya. Tidak lama lagi, para pelajar dewasa dapat belajar sambil menjalani jadual sibuk mereka, serta menjana dan berkongsi kandungan di kalangan masyarakat pelajar. Masa depan pembelajaran akan bersifat kecepatan-ke-pasaran, tepat-pada-masanya dan bersaiz-kecil. e2i akan memanfaatkan para Kakitangan NTUC dan pihak kesatuan sekerja, di samping Rangkaian U Career, untuk menggembleng dan mendidik para pekerja tentang peri pentingnya langkah memastikan kemahiran mereka kekal relevan di setiap peringkat kerjaya mereka.

KEPIMPINAN DAN PENGAWASAN

Setiap lapisan pemimpin Pergerakan Buruh memainkan peranan penting untuk menyatukan orang yang bekerja agar memberi respons proaktif dan positif terhadap cabaran-cabaran dan mempertahankan kepentingan dan kebajikan mereka di tempat kerja, dan lantaran itu, kemampanan dan kesinambungan kepimpinan masih tetap penting.

Kemampanan dan kesinambungan kepimpinan adalah antara keutamaan penting bagi Pergerakan Buruh untuk membantu memastikan bahawa ia terus melengkapkan misinya untuk menolong orang yang bekerja. Dalam hal ini, OTCi, dengan sokongan Yayasan Buruh Singapura, memainkan peranan penting untuk membantu mengukuhkan kepimpinan dalam Pergerakan Buruh serta mempromosi prinsip dan amalan

tiga pihak demi mencapai hubungan industri yang baik. Sepanjang tahun lalu, OTCi telah menyediakan sokongan untuk mengukuhkan kepimpinan - baik dari segi perjuangan mahupun keupayaan.

LANGKAH SETERUSNYA• OTCi akan terus mengukuhkan sajiannya untuk membantu

para pemimpin beredar daripada usaha perundingan kolektif dan menyertakan ‘Peningkatan Kemahiran dan Kemajuan Kerjaya Kolektif” untuk membantu para pekerja bersiap sedia untuk ekonomi masa hadapan.

• Terus mengubah wadah dan struktur pembelajaran untuk membangunkan satu kumpulan utuh yang mengandungi para pemimpin yang seiringan, cekap dan komited kepada perjuangan-perjuangan Pergerakan Buruh dalam bidang kerja masing-masing.

73

NTUC-AFFILIATED UNIONS AND ASSOCIATIONS

AESU Air Transport Executive Staff Union

AUPDRW Amalgamated Union of Public Daily Rated Workers

AUPE Amalgamated Union of Public Employees

AUSBE Amalgamated Union of Statutory Board Employees

AREU Attractions, Resorts & Entertainment Union

BATU Building Construction And Timber Industries Employees’ Union

CIEU Chemical Industries Employees’ Union

CMPU Creative Media and Publishing Union

DBSSU DBS Staff Union

DSSU dnata Singapore Staff Union

ESU Education Services Union

EMSEU ExxonMobil Singapore Employees Union

FDAWU Food, Drinks and Allied Workers Union

HSEU Healthcare Services Employees’ Union

HDBSU Housing and Development Board Staff Union

IRASSU Inland Revenue Authority of Singapore Staff Union

KEU Keppel Employees Union

KFEU Keppel FELS Employees’ Union

MIWU Metal Industries Workers’ Union

NPHVA National Private Hire Vehicles Association

NTA National Taxi Association

NTWU National Transport Workers’ Union

NEU NatSteel Employees’ Union

NPASU Ngee Ann Polytechnic Academic Staff Union

POU Port Officers’ Union

PUBEU Public Utilities Board Employees’ Union

RLEU Reuters Local Employees Union

STSU Scoot Tigerair Staff Union

SMEEU Shipbuilding and Marine Engineering Employees’ Union

SEEU SIA Engineering Company Engineers and Executives Union

SIASU Singapore Airlines Staff Union

SATSWU Singapore Airport Terminal Services Workers’ Union

SBEU Singapore Bank Employees’ Union

SBOA Singapore Bank Officers’ Association

SCTU Singapore Chinese Teachers’ Union

SISEU Singapore Industrial & Services Employees’ Union

SIEU Singapore Insurance Employees’ Union

SITU Singapore Interpreters’ and Translators’ Union

INDEX

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung

SMTU Singapore Malay Teachers’ Union

SMMWU The Singapore Manual & Mercantile Workers’ Union

SMOU Singapore Maritime Officers’ Union

SOS Singapore Organisation of Seamen

SPWU Singapore Port Workers Union

SRCEU Singapore Refining Company Employees’ Union

SSEU-Shell Singapore Shell Employees’ Union

SSU Singapore Stevedores’ Union

STTU Singapore Tamil Teachers’ Union

STU Singapore Teachers’ Union

STEEU Singapore Technologies Electronics Employees’ Union

SUBE Singapore Union of Broadcasting Employees

SURAWU Singapore Urban Redevelopment Authority Workers’ Union

SSSU SPRING Singapore Staff Union

SUN Staff Union of NTUC-ARU

TPGEU Times Publishing Group Employees’ Union

UITS Union of ITE Training Staff

UPAGE Union of Power and Gas Employees

USE Union of Security Employees

UTES Union of Telecoms Employees of Singapore

UWEEI United Workers of Electronics & Electrical Industries

UWPI United Workers of Petroleum Industry

NTUC SOCIAL ENTERPRISES

NTUC Enterprise Co-operative Limited

NTUC Club

NTUC Fairprice Co-operative Limited

NTUC First Campus Co-operative Limited

NTUC Foodfare Co-operative Limited

NTUC Health Co-operative Limited

NTUC Income Insurance Co-operative Limited

NTUC LearningHub Private Limited

NTUC Link Private Limited

Mercatus Co-operative Limited

NTUC-RELATED ORGANISATIONS

CDE Centre for Domestic Employees

CASE Consumers Association of Singapore

e2i Employment and Employability Institute Private Limited

MWC Migrant Workers’ Centre

OTC INSTITUTE Ong Teng Cheong Labour Leadership Institute

SLF Singapore Labour Foundation

75

© Copyright 2017

Published by Majority Media for and on behalf of the National Trades Union Congress, Singapore. The publisher owns the copyright to all photographs and articles in this book. No part of the book may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopying, recording, or by any information storage, or retrieval sysem, without permission in writing from the copyright owner.

Information in this publication is accurate as at time of printing. If you have any feedback on the publication, please email [email protected].

KHL Printing Co Pte Ltd

PERSIDANGAN WAKIL-WAKIL BIASA NTUC 2017 - Laporan Setiausaha Agung