HARI SELASA : 26 MAC 2019 - Parlimen Malaysia

171
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2019 HARI SELASA : 26 MAC 2019

Transcript of HARI SELASA : 26 MAC 2019 - Parlimen Malaysia

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUAPARLIMEN KEEMPAT BELAS

2019

HARI SELASA : 26 MAC 2019

NO SOALAN : 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR

[PERMATANG PAUH]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 1

Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

i. data dan statistik kadar penghidap penyakit diabetes dan

obesiti; dan

ii. jangkaan impak cukai minuman bergula yang ingin

dikuatkuasakan kepada sektor ekonomi dan kesihatan negara.

NO SOALAN : 1

2

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Pihak Kementerian Kesihatan telah melaksanakan Kajian

Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity

Survey, NHMS) bermula tahun 1986, yang mana antara lain bertujuan

mengkaji trend penyakit diabetes dan obesiti di Malaysia. Prevalen

Diabetes di Malaysia adalah sebanyak 8.3% pada tahun 1986 dan

terdapat peningkatan sebanyak dua (2) kali ganda pada tahun 2015

iaitu sebanyak 17.5%. Manakala, prevalen obesiti telah meningkat

empat (4) kali ganda dari 4.4% pada tahun 1996 kepada 17.7% pada

tahun 2015.

Kerajaan sangat prihatin terhadap peningkatan prevalen obesiti

dan diabetes di kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan itu, beberapa

pelan tindakan jangka panjang telah dibentuk bagi menangani masalah

ini. Ia termasuklah Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak

Berjangkit (2016-2025), Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan

Malaysia III (National Plan of Action for Nutrition Malaysia, NPANM III)

(2016-2025) dan Pelan Strategik Aktiviti Fizikal Kebangsaan (2017-

2025). Salah satu polisi bagi menangani masalah obesiti dan diabetes

adalah melalui pelaksanaan cukai eksais ke atas minuman manis

bergula yang telah diumumkan YAB Perdana Menteri dalam ucapan

Bajet 2019.

Pengenaan cukai eksais bagi minuman bergula ini bertujuan

menurunkan prevalens masalah obesiti di Malaysia. Ini selari dengan

saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mencadangkan

strategi pengenaan cukai sebagai salah satu langkah efektif bagi

mengurangkan pengambilan gula dan seterusnya dapat

mengurangkan masalah obesiti. Dengan mengenakan cukai terhadap

minuman bergula yang seterusnya dapat meningkatkan harga

minuman tersebut, akan dapat menurunkan pengambilan minuman

bergula di kalangan rakyat Malaysia. Tindakan ini akan dapat mendidik

masyarakat secara “berhemah” untuk memilih “minuman yang lebih

sihat” yang lebih murah. Perubahan corak amalan pemakanan yang

NO SOALAN : 1

3

sihat ini akan memberi impak kepada penurunan berat badan dan

seterusnya mengurangkan risiko kepada obesiti dan penyakit kronik

seperti diabetes. Inisiatif ini juga akan menggalakkan reformulasi

produk bagi pengurangan kandungan gula di dalam minuman. Sebagai

contoh, negara Mexico telah memperkenalkan cukai minuman bergula

(SSB) ini pada tahun 2014, dan kajian menunjukkan pengurangan

pengambilan minuman bergula sebanyak 10-12% selepas setahun

pelaksanaannya.

Yang di-Pertua,

Satu Kajian Keanjalan Permintaan Sugar-Sweetened Beverages

di Malaysia (The Study of Price Elasticity for Sugar - Sweetened

Beverages in Malaysia) akan dijalankan oleh pihak UPM pada tahun

2019. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan kenaikan cukai

ke atas permintaan atau pengambilan minuman manis khususnya bagi

rakyat Malaysia dan seterusnya untuk memperolehi anggaran hasil

kepada negara setelah cukai ini dilaksanakan. Di samping itu, data

trend penurunan pengambilan minuman manis akan dapat diperolehi

daripada hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang

akan dijalankan secara berkala oleh pihak Institut Kesihatan Umum.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO : 2

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' HAJI CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI

[ TUMPAT ]

TARIKH :

26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 2

Minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

menyatakan nilai hasil tangkapan laut dalam mengikut negeri dari

2015-2018.

SOALAN NO : 2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada

perangkaan Jabatan Perikanan Malaysia, pengeluaran perikanan

tangkapan marin dari tahun 2015 hingga 2018 adalah seperti berikut:

TAHUN KUANTITI

(MT)

NILAI

(RM Juta)

2015 1.49 juta 9,321

2016 1.57 juta 10,176

2017 1.47 juta 10,818

2018* 1.47 juta 11,385

Perikanan tangkapan laut dalam menyumbang purata 20.67%

daripada keseluruhan tangkapan marin. Nilai hasil tangkapan laut

dalam mengikut negeri dari tahun 2015 hingga 2018 adalah seperti

berikut:

NEGERI

NILAI HASIL TANGKAPAN LAUT DALAM

(RM Juta)

2015 2016 2017 2018*

Perlis 78.30 76.10 186.11 197.62

Kedah 21.78 35.02 23.49 20.07

Pulau Pinang - 1.84 43.07 14.07

Perak 325.38 354.24 256.51 332.09

Selangor - - - -

Negeri Sembilan - - - -

Melaka - - - -

Kelantan 524.92 671.35 620.91 270.29

Terengganu 26.01 19.61 28.87 35.05

Pahang 341.86 286.27 199.41 206.39

Johor 191.07 163.37 105.45 149.33

Sarawak 104.12 103.56 92.38 198.94

Sabah 33.41 36.44 34.19 35.94

WP Labuan 15.38 11.23 8.10 5.50

JUMLAH 1,662.23 1,759.03 1,598.50 1,474.29 * data awalan

Sekian, terima kasih.

1

SOALAN NO. 3

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : DATUK ROZMAN BIN ISLI [LABUAN]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA) SOALAN NO. 3

DATUK ROZMAN BIN ISLI minta MENTERI AIR, TANAH DAN

SUMBER ASLI menyatakan sampai tahun bilakah kapasiti bekalan air

dari Sabah ke Labuan yang ada sekarang mencukupi dan apakah

perancangan masa depan.

2

SOALAN NO. 3

JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua,

Kapasiti loji-loji sedia ada berupaya untuk memenuhi permintaan bekalan

air ke Labuan sehingga tahun 2030 yang berkapasiti 75 MLD.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat pada tahun 2017, satu projek telah

diluluskan sebagai perancangan jangka masa pendek iaitu pembinaan

Kolam Takungan Air atau Off River Storage (ORS) Kina Benua dengan

izin bagi memastikan sumber air mencukupi. Selain itu, terdapat juga

kerja-kerja menaiktaraf loji-loji sedia ada di Labuan sedang dilaksanakan.

Manakala untuk perancangan jangka masa panjang, terdapat dua projek

yang masih dalam proses pertimbangan iaitu pembinaan Ganggarak

Coastal Resevior dengan izin dan juga Loji Rawatan Air (LRA) Kina

Benua

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN : 4

1

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS

JOHNITY ONGKILI [ KOTA MARUDU ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN : 4

minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan

apakah pendekatan dan program-program baru Kementerian untuk

membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan rakyat di luar

bandar demi mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020.

Adakah program-program yang telah terbukti berkesan seperti Projek

Jalan Kampung/Desa, BELB, BALB, PPRT, PIA, PIAS, dll akan

diteruskan dan apakah sasaran pencapaian yang ditetapkan, khas

untuk Sabah.

NO SOALAN : 4

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian masih lagi memainkan

peranan yang penting dalam pembangunan kawasan luar bandar

terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak. Program-program di bawah

Kementerian masih lagi memberi fokus kepada penyediaan

infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak seperti Projek Jalan

Luar Bandar, Bekalan Air dan Elektrik Luar Bandar, Jalan Perhubungan

Desa serta Pembinaan Rumah PPRT.

Kementerian juga bertanggungjawab dalam pelaksanaan

program-program pembangunan ekonomi luar bandar yang melibatkan

pembangunan usahawan, pembiayaan dan modal insan seperti

Program Wanita Inspirasi Ekonomi (WISE) di bawah MARA, Program

Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), dan Program Peningkatan

Pendapatan (PPP).

Di bawah Belanjawan 2019, Kementerian telah diperuntukkan

sebanyak RM1.135 billion bagi pembangunan projek/program

Kementerian bagi negeri Sabah. Ini merupakan peningkatan yang

ketara iaitu sebanyak 40.1% berbanding peruntukan yang diterima

pada tahun 2018.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kementerian telah

melancarkan Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar pada 29

Oktober 2018 yang bertemakan ‘Luar Bandar Sejahtera’. Pelan ini

merupakan perancangan dan hala tuju pembangunan luar bandar bagi

5 tahun yang akan datang iaitu 2018 hingga 2023 berdasarkan aspirasi

rakyat seperti mana yang terkandung dalam Manifesto Pakatan

Harapan. Pelan ini meliputi 6 Teras iaitu:

1) Prasarana yang lengkap dan berkualiti;

2) Ekonomi luar bandar yang berdaya saing;

3) Keusahawanan yang melibatkan pemerkasaan usahawan luar

bandar dan mewujudkan sumber pendapatan alternatif;

4) Modal Insan bagi melahirkan masyarakat luar bandar yang

berilmu, mahir dan cemerlang;

NO SOALAN : 4

3

5) Memperkasakan Wanita luar bandar; dan

6) Sistem Penyampaian yang mengutamakan keperluan rakyat.

6 Teras ini meliputi 29 Strategi dan 94 Program yang akan

dilaksanakan bagi memenuhi hasrat dan aspirasi tema ‘Luar Bandar

Sejahtera’ tersebut.

Di bawah Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar ini juga,

Kementerian akan memberi tumpuan untuk membangunkan 28 daerah

di Malaysia dengan purata pendapatan bulanan terendah termasuk 7

daerah di negeri Sabah.

Sehubungan dengan itu, Kementerian berkeyakinan bahawa

pelaksanaan segala perancangan dan program di bawah Pelan

Harapan Pembangunan Luar Bandar ini akan dapat menaik taraf dan

meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dengan memenuhi

keperluan sosioekonomi, fizikal, rohani dan sahsiah.

SOALAN NO : 5

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ SRI’ DR. SANTHARA [ SEGAMAT ]

TARIKH : 26 MAC 2019 ( SELASA )

SOALAN NO. 5

Minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian

mempunyai sebarang rancangan untuk melahirkan pemain-pemain catur

yang bertaraf “Grand Master” sebelum tahun 2022.

SOALAN NO : 5

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian

menyokong program pembangunan yang telah dirancang dan

diusahakan oleh Persekutuan Catur Malaysia (PCM) bersama ahli

gabungannya. Sasaran untuk PCM adalah untuk melahirkan atlet

bertaraf “Grand Master” menjelang tahun 2022 nanti.

2. Pihak Kementerian menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) sentiasa

bekerjasama dengan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dalam

merencanakan program latihan atlet khususnya bagi persiapan

kontinjen negara ke arah temasya-temasya utama.

3. Bagi tahun ini, atlet sukan catur perlu melepasi syarat kelayakan

pemilihan di bawah Kategori A Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke

temasya Sukan SEA Filipina 2019. Prestasi atlet-atlet ini akan dinilai

di temasya tersebut dan pihak MSN akan membuat perancangan

pelan program latihan atlet jangka panjang ke arah temasya Sukan

SEA Hanoi 2021, Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan

Asia Hangzhou 2022. Ini juga tertakluk kepada penyenaraian sukan

catur ini jika disenaraikan pada ketiga–tiga temasya utama tersebut.

4. Sebarang perancangan program pembangunan atlet bagi tempoh

jangka panjang yang dirangka di peringkat Kementerian adalah

berdasarkan kepada penilaian taraf prestasi semasa atlet di

temasya utama seperti Sukan SEA, Filipina 2019.

Sekian, terima kasih.

1

NO. SOALAN : 6

DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2019)

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID

[PENGERANG]

TARIKH

MENJAWAB

: 26 MAC 2019

SOALAN : 6

YB DATO' SRI AZALINA OTHMAN SAID [PENGERANG] minta

PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan akan meminda

Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Tafsiran

1948/1967 bagi memisahkan kuasa Pendakwa Raya dan kuasa Peguam

Negara bagi memastikan Pendakwa Raya bebas dan berkecuali sekali

gus mengelakkan persepsi negatif mahupun sebarang campur tangan

pihak Kerajaan dalam pendakwaan.

2

JAWAPAN: YB DATUK LIEW VUI KEONG

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

1. Soalan yang berikut akan dijawab bersekali:

(i) soalan nombor 53 oleh Yang Berhormat Kuala Nerus untuk

dijawab pada 1 April 2019; dan

(ii) soalan nombor 41 oleh Yang Berhormat Sungai Petani untuk

dijawab pada 4 April 2019.

2. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pengasingan

peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan salah satu

janji manifesto Pakatan Harapan dan juga strategi yang ditetapkan di

bawah Tonggak 1, KPI Nasional (ii) dalam Kajian Separuh Penggal

Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020. Selaras dengan perkara-

perkara tersebut, tindakan sedang diambil oleh Jabatan Peguam

Negara sebagai Agensi Penyelaras Inisiatif dan Agensi Pelaksana

untuk menyediakan laporan kajian pengasingan peranan Pendakwa

Raya dan Peguam Negara untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri

pada pertengahan tahun akan datang.

3. Suatu Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan di Jabatan Peguam

Negara untuk menyediakan laporan kajian dan mengemukakan syor

untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

3

4. Keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593], Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]

dan undang-undang berkaitan akan diliputi dalam kajian tersebut.

Terima kasih.

SOALAN : 7

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYATMESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS_________________________________________________________

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATUK ZAKARIA BIN MOHD. EDRIS @ TUBAU [ LIBARAN ]

TARIKH : 26 MAC 2019

SOALAN : 7

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah dan tindakan diambil untuk

menambah baik kemudahan balai-balai polis serta kemudahan lojistik

untuk anggota polis di kawasan pulau-pulau perairan pantai timur Sabah

untuk mengharungi cabaran tugas yang kritikal berikutan ancaman

jenayah rentas sempadan.

SOALAN : 7

JAWAPAN:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat

Libaran. Penubuhan ESSCOM adalah ekoran pencerobohan

sekumpulan pengganas daripada Selatan Filipina yang mendakwa

sebagai tentera Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada

12 Februari 2013. Kesan daripada pencerobohan tersebut beberapa

cadangan projek telah diutarakan bagi memperketat kawalan

keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah iaitu Daerah Kuda thingga

Tawau sepanjang hampir 1,400 kilometer. Balai-balai polis barisan

hadapan yang telah diwujudkan untuk memastikan kedaulatan kawasan

Pantai Timur Sabah terpelihara adalah seperti berikut:

(i) Balai Polis Tambisan, Lahad Datu;

(ii) Balai Polis Desa Kencana,Lahad Datu;

(iii) Bangunan sokongan dan kuarters Balai Polis Cenderawasih,

Lahad Datu;

(iv) Balai Polis Bum Bum, Semporna;

(v) Bangunan sokongan dan kuarters Balai Polis Kerakit, Pulau

Banggi, Kudat;

(vi) Balai Polis Pangi, Kunak;

(vii) Balai Polis Pulau Gaya, Kota Kinabalu; dan

(viii) Balai Polis Mabul, Semporna–kini berperanan sebagai forward-

based dengan izin.

Untuk tempoh jangka masa panjang, beberapa cadangan pembangunan

prasarana Polis Diraja Malaysia di barisan hadapan bagi kawasan

keselamatan Pantai Timur Sabah telah mendapat kelulusan secara

prinsip dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Antara

projek yang tersenarai dalam kelulusan ini adalah:

SOALAN : 7

(i) pembinaan perumahan Balai Polis Cenderawasih,Lahad Datu

dengan cadangan kos projek berjumlah RM10 juta;

(ii) pembinaan balai polis dan perumahan Balai Polis Tambisan,

Lahad Datu dengan cadangan kos projek bernilai RM35 juta; dan

(iii) pembinaan balai polis dan perumahan Balai Polis Pulau Bum

Bum, Semporna dengan cadangan kos projek berjumlah RM35

juta.

Selain keperluan prasarana jangka masa panjang, PDRM juga telah

memohon peruntukan di bawah kerja-kerja pembaikan dan

penyelenggaraan melalui peruntukan perbelanjaan mengurus tahun

2019. Terutamanya melibatkan kerja-kerjamenaik taraf infrastruktur air

terawat di Pulau Mabul dan Pulau Tambisan berjumlah RM300,000.

PDRM akan menyarankan agar tiga projek yang telah mendapat

kelulusan tersebut dapat diteruskan proses pelaksanaannya dan

memohon kerajaan memberikan keutamaan dan kelulusan projek-projek

baru yang dicadangkan oleh PDRM seperti berikut:

(i) Balai Polis Desa Kencana, Lahad Datu;

(ii) Bangunan sokongan dan kuarters Balai Polis Kerakit, Pulau

Banggi;

(iii) Balai Polis Pulau Gaya, Kota Kinabalu; dan

(iv) Balai Polis Pangi, Kunak.

Kementerian sentiasa memberi fokus yang khusus dalam aspek untuk

menambah baik kemudahan logistik, prasarana dan juga keselesaan

kepada kakitangan terutamanya kepada anggota polis yang bertugas di

pulau-pulau di perairan Pantai Timur Sabah. Walau bagaimanapun,

SOALAN : 7

pada waktu yang sama kementerian terpaksa juga memberi tumpuan

untuk penyelenggaraan bangunan dan kemudahan logistik yang daif

dan kritikal di seluruh negara.

Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN : 8

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI BUNG MOKTAR BIN RADIN

[ KINABATANGAN ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN NO. 8

Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kementerian berhasrat untuk

melawat sendiri sekolah-sekolah daif di negeri Sabah dan kawasan

Parlimen Kinabatangan khususnya agar dapat melihat sendiri keadaan

sekolah-sekolah daif ini dan seterusnya merancang untuk menaik taraf

bangunan-bangunan sekolah tersebut.

NO. SOALAN : 8

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk

menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif untuk murid dan guru

di sekolah di seluruh negara termasuklah di negeri Sabah. Sehingga

Februari 2019 naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di negeri

Sabah telah melibatkan 153 buah sekolah dengan kos berjumlah

RM552.1 juta melalui peruntukan pembangunan dan juga Private

Finance Initiative (PFI).

Untuk tahun 2018 sahaja, kelulusan untuk menaik taraf 120 buah sekolah

daif telah dibuat dengan kos sebanyak RM429 juta. Sehingga Februari

2019 sebanyak 73 buah sekolah telah pun siap dan telah digunakan

manakala baki 47 sekolah lagi masih dalam peringkat pelaksanaan dan

dijangka akan siap pada April 2019. Satu berita baik untuk rakyat negeri

Sabah.

Saya yakin YB Kinabatangan juga telah membaca laporan di media

tentang proses libat urus bersama-sama Ketua Menteri Sabah dan juga

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah yang sentiasa diadakan. Malah

pertemuan secara kerap diadakan antara pihak KPM, saya sendiri

dengan pihak Ketua Menteri dan juga Menteri Pelajaran dan Inovasi

Sabah. Saya ucapkan tahniah kepada rakyat negeri Sabah kerana telah

memilih mereka, pilhan yang amat tepat dan mereka menunjukkan

kesungguhan di dalam bidang pendidikan.

KPM juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah atas

inisiatif dan usaha berterusan berkomunikasi dengan pihak Kementerian

untuk menyelesaikan isu pembangunan pendidikan di Negeri Sabah.

Saya nampak cahaya di hujung terowong untuk pendidikan di negeri

Sabah dan saya yakin dalam tempoh yang tidak lama lagi Sabah akan

cemerlang di dalam bidang pendidikan. Ini telah saya zahirkan melalui siri

lawatan kerja ke Sabah. Contohnya, pada bulan Mac yang lalu saya

sendiri telah mengadakan lawatan selama dua (2) hari ke Parlimen

Tawau dan Parlimen Semporna bagi melihat sendiri projek sekolah daif

dan melawat sekolah-sekolah di kawasan pedalaman di pulau-pulau

NO. SOALAN : 8

3

Pedalaman 3. Suka ingin saya nyatakan bahawa Menteri Pelajaran dan

Inovasi Sabah bersama-sama saya sepanjang lawatan tersebut.

Lawatan sebegini akan saya dan YB Timbalan Menteri Pendidikan

teruskan pada masa akan datang.

Lawatan ke sekolah-sekolah daif juga dilakukan oleh Pengurusan

tertinggi KPM pelbagai peringkat seperti Ketua Setiausaha KPM, Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Timbalan-Timbalan Ketua

Setiausaha, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

dan Pengarah dan Setiausaha Bahagian di KPM.

Selain itu, saya sendiri secara peribadi membuat pemantauan sekolah

daif melalui dashboard di pejabat saya. Perkembangan kemajuan

pembangunan sekolah daif juga diteliti oleh Pengurusan Tertinggi KPM

dalam Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri pada setiap minggu.

Selain pemantauan ke sekolah-sekolah daif, antara Januari hingga Mac

2019 KPM juga telah mengadakan pemantauan ke sekolah-sekolah yang

memerlukan penyelenggaraan di Sabah iaitu tiga (3) buah sekolah di

Tawau, dua (2) buah sekolah di Kota Kinabalu, dan lapan (8) buah

sekolah di Semporna.

Sekian, terima kasih.

RJM 79

NO. SOALAN : 9

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA TARIKH

: :

TUAN AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL [ LEMBAH PANTAI ] 26 MAC 2019 (KHAMIS)

SOALAN NO. 9

Minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan kedudukan

kewangan terkini FELDA, FGV serta semua anak-anak syarikat berkaitan

serta langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memulihkan

institusi ini.

NO. SOALAN : 9

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sewaktu Pakatan Harapan

mengambilalih kerajaan, kita dapati tunai dalam akaun FELDA

hampir kosong dan liabiliti FELDA berjumlah RM8.025 bilion.

Kerajaan melantik Pengerusi, ahli Lembaga dan pengurusan

tertinggi FELDA yang baharu terdiri daripada kalangan professional

yang berintegriti dan berpengalaman luas untuk melihat semula

peranan FELDA sepertimana matlamat asal penubuhannya dahulu.

2. Menyedari kemelut kewangan yang dihadapi FELDA, sebagai

langkah interim, Kerajaan telah menyediakan peruntukan khas

mulai tahun 2018 berjumlah RM 577 juta bagi membantu FELDA.

Peruntukan tersebut disediakan bagi melunaskan bayaran-bayaran

tertunggak dan memenuhi obligasi FELDA kepada peneroka

sehingga penyelesaian menyeluruh isu kewangan FELDA dapat

dilaksanakan.

3. Kerajaan ketika ini sedang meneliti secara menyeluruh isu berkaitan

FELDA untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Perincian isu dan

langkah penyelesaian akan dicerakinkan dalam pembentangan

Kertas Putih “Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

(FELDA) yang akan dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini.

4. Berkaitan FGV Holdings Berhad (FGV); syarikat telah

mengumumkan kerugian sebelum diaudit pada tahun 2018

sebanyak RM1.02 bilion. Sebahagian besarnya adalah kesan

daripada rosot nilai (“impairment”) pelaburan-pelaburan yang

lampau yang tidak menguntungkan malah mengakibatkan kerugian

yang besar kepada syarikat. Rosot nilai ini adalah selaras dengan

piawaian perakaunan yang diterimapakai.

5. Kerugian ini turut dipengaruhi oleh kesan kejatuhan harga pasaran

dunia Minyak Sawit Mentah (MSM) bagi tahun 2018 yang berada

pada kadar purata RM2,282 per tan metrik (MT), iaitu 19.3% lebih

NO. SOALAN : 9

3

rendah berbanding RM2,723 MT pada tahun sebelumnya. Operasi

perladangan juga mengalami kemerosotan dengan pengeluaran

Minyak Sawit Mentah (MSM) yang lebih rendah.

7. Mulai pertengahan 2018, Syarikat telah memulakan pelan

pemulihan (“turnaround”) FGV melalui tiga fasa utama iaitu

rombakan ahli-ahli Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan,

pelaksanaan pelan transformasi operasi dan rasionalisasi

perniagaan-perniagaan bukan teras.

8. Ahli-ahli Lembaga Pengarah FGV dan pasukan pengurusan yang

baharu adalah terdiri daripada golongan-golongan professional, dan

pakar-pakar industri yang berpengalaman luas di dalam bidang

tadbir-urus korporat dan industri peladangan.

9. Demi mengembalikan semula keyakinan para pemegang saham,

Lembaga Pengarah telah meluluskan Pelan Transformasi FGV

pada bulan Oktober 2018. Menerusi program transformasi ini,

beberapa aspek pengurusan operasi perladangan di berikan

penekanan iaitu melaksanakan program tanam semula bagi

memperbaiki semula profil umur pokok sawit, memperketatkan

sistem perolehan kumpulan (“procurement”) dan meningkatkan

amalan “good agricultural practices” termasuk aktiviti penuaian

buah sawit, dan memperkemaskan proses-proses di ladang melalui

penubuhan “estet-estet contoh”.

11. Melalui program tanam semula ini, syarikat telah menyasarkan

tanaman semula sebanyak 15,000 hektar setahun. Inisiatif-inisiatif

tersebut akan menunjukkan hasil penambahbaikan yang lebih

ketara lagi pada tahun kewangan 2019 ini.

12. Bagi memastikan aliran tunai syarikat terus berada di tahap yang

baik, Syarikat juga turut mengambil langkah strategik dengan

melupuskan perniagaan-perniagaan bukan teras dan tidak strategik

pada anggaran nilai RM350 juta.

NO. SOALAN : 9

4

Sekian, terima kasih.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

26 Mac 2019

SOALAN NO : 10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

__________________________________________________________

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK

ABDUL AZIZ [BACHOK - PAS]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 10

Minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah konsep yang

akan diperkenalkan dalam program Sekolah Pemimpin Masa Hadapan

dan apakah yang membezakan program ini dengan PLKN yang

dianggap merugikan.

SOALAN NO : 10

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Perbezaan antara Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan Program

Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah seperti berikut:

a. Daripada segi modul, MFLS lebih menumpukan kepada aspek

kepimpinan, pembinaan karater dan jati diri, kenegaraan,

kesukarelawanan, keusahawanan dan nilai-nilai murni. Manakala bagi

PLKN pula, ia lebih menumpukan kepada Modul Fizikal, Modul

Kenegaraan, Modul Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat Komuniti.

b. Dalam aspek tempoh masa pelaksanaanya pula, kem MFLS

dilaksanakan dalam tempoh 10 hari dalam tier 2 dan 14 hari bagi tier 3.

Manakala tempoh pelaksanaan PLKN pula adalah lebih panjang iaitu

sekurang-kurangnya 2 bulan.

c. Daripada segi implikasi kewangan pula, MFLS mengguna pakai

aset kerajaan sedia ada dan kem-kem Biro Tata Negara (BTN) yang

terdahulu. Manakala PLKN dilaksanakan di kem-kem yang disewa

daripada pihak swasta.

d. Pihak kerajaan juga dapat menjimatkan kos kerana kerajaan tidak

melaksanakan perolehan pakaian seragam untuk peserta MFLS,

manakala kos perolehan pakaian seragam untuk peserta PLKN adalah

antara kos tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO: 11

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN KASTHURIRAANI A/P PATTO

(BATU KAWAN)

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 11

Minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah faktor-

faktor penyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran

graduan dan belia dan apakah langkah-langkah yang akan diambil

oleh pihak Kerajaan bagi mengatasi masalah pengangguran di

negara terutama sekali antara belia dan OKU.

PN-1412- L03837

SOALAN NO: 11

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Berdasarkan kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh oleh

Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran belia pada suku

tahun keempat 2018 mencatatkan kadar 10.5% peratus (293,700

orang), menurun sedikit berbanding 11.5% (309,700) pada suku

tahun keempat 2017. Kadar pengangguran graduan pula

mencatatkan 4.3% (158,000 orang) pada suku tahun keempat 2018,

meningkat sedikit berbanding 4.0% (137,400 orang) pada tahun

2017.

2. Kadar pengangguran di kalangan belia berumur 15 hingga 24

tahun adalah fenomena biasa yang dihadapi oleh kebanyakan

negara membangun dan maju di dunia. Golongan ini berada di dalam

proses transisi daripada alam pembelajaran kepada pasaran

pekerjaan juga akan melalui proses untuk mendapatkan pekerjaan.

3. Sebagai perbandingan, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)

menerusi penerbitan Global Employment Trends for Youth 2017

menganggarkan kadar pengangguran belia di peringkat global

berada pada paras 13.1% pada tahun 2017 dan 2018, meningkat

berbanding 13.0% pada tahun 2016. Jumlah ini mewakili seramai 71

SOALAN NO: 11

3

juta belia menganggur di seluruh dunia. Kadar pengangguran belia di

negara membangun dan maju, antaranya, adalah seperti berikut:

Negara Kadar Pengangguran Belia

China 12.4%

India 9.7%

New Zealand 14.4%

Norway 10.1%

Australia 13.5%

Sumber: Global Employment Trends for Youth 2017

Kadar pengangguran di atas menunjukkan keadaan yang lebih tinggi

atau setara dengan kadar pengangguran belia di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Bagi membantu belia dan graduan mendapatkan pekerjaan,

Kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha berikut:-

(i) Menyediakan perkhidmatan pekerjaan JobsMalaysia

yang memberi kemudahan kepada pencari kerja

termasuk belia dan graduan untuk mendapatkan kerja

yang bersesuaian melalui pendekatan pemadanan kerja.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), menaik

taraf sistem portal pekerjaan JobsMalaysia merupakan

salah satu projek pembangunan Kementerian Sumber

Manusia;

SOALAN NO: 11

4

(ii) Menganjurkan program penempatan pekerjaan yang

merangkumi Karnival Kerjaya dan temuduga terbuka

telah diadakan dari semasa ke semasa bagi menemukan

pencari kerja dengan majikan yang sepadan. Bagi

tempoh Januari – Disember 2018, Program Penempatan

Pekerjaan telah berjaya menempatkan seramai 168,677

orang pencari kerja merangkumi belia dan graduan;

(iii) Mewujudkan pusat sehenti menggabungkan agensi

seperti JobsMalaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial

(PERKESO), Pembangunan Sumber Manusia Berhad

(PSMB) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera

(TERAJU) di UTC bagi menyediakan khidmat nasihat

profesional untuk mendapatkan pekerjaan dan latihan;

dan

Tuan Yang di-Pertua,

5. Berhubung penggajian OKU di sektor swasta, Kementerian

Sumber Manusia melalui Jawatankuasa Pekerjaan, Majlis

Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) melaksanakan

pelbagai inisiatif membantu golongan OKU dari aspek penawaran

peluang-peluang pekerjaan dan latihan kemahiran yang bersesuaian.

Peranan ini dilaksanakan secara kolektif oleh KSM melalui jabatan

dan agensi di bawah Kementerian dengan program dan aktiviti

SOALAN NO: 11

5

meliputi aspek pekerjaan sepenuh masa dan separa masa serta

keusahawanan dan peningkatan kompetensi seperti berikut:

(i) Program Karnival Kerjaya OKU dan oleh Skim Bantuan

Galakan Perniagaan Bagi OKU (SBGPOKU) Jabatan

Tenaga Kerja (JTK);

(ii) Program Return To Work (RTW) oleh Pertubuhan

Keselamatan Sosial (PERKESO);

(iii) Skim OKU Talent Enhancement Program (OTEP) oleh

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF); dan

(iv) Program latihan kemahiran di Institut Latihan

Perindustrian & Pusat Bertauliah oleh Jabatan Tenaga

Manusia (JTM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran

(JPK).

NO. SOALAN: 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN HAJI AWANG BIN HASHIM [ PENDANG ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA )

SOALAN :

TUAN HAJI AWANG BIN HASHIM [ PENDANG ] minta MENTERI

KEWANGAN menyatakan:-

(a) Adakah aset anak syarikat Tabung Haji telah dicairkan (sold) melalui

SPV yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan; dan

(b) Sekiranya ada, beri penjelasan aset yang mana dan berapakah

perolehannya.

JAWAPAN : (MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI )

Tuan Yang Dipertua,

Sehingga kini, tiada sebarang aset yang telah dipindahkan daripada Lembaga

Tabung Haji kepada SPV telah dicairkan. Untuk makluman, tujuan dan

peranan SPV adalah seperti berikut :

menjalankan proses rehabilitasi aset-aset melalui strategi pengudangan

(warehousing strategy) dan penstrukturan semula;

meneruskan kelangsungan operasi aset-aset yang diambilalih;

memaksimumkan nilai ambil pulih (asset recovery value); dan

menebus kesemua intrumen kewangan yang telah diterbitkan oleh SPV

dan dilanggan oleh Lembaga Tabung Haji.

NO. SOALAN: 13

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN KESAVAN A/L SUBRAMANIAM

[ SUNGAI SIPUT ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN NO. 13

Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah Kementerian akan

mempromosikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)

untuk menarik lebih ramai pelajar, dengan menghapuskan persepsi ibu

bapa dan bakal pelajar kononnya pendidikan ini adalah “bertahap rendah”

dan “untuk mereka yang gagal dalam pembelajaran".

NO. SOALAN: 13

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

(Usaha Promosi TVET Untuk Menarik Lebih Ramai Pelajar)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dan sedang berusaha

mengemudi semula pandangan sarwa masyarakat terhadap kebolehan

manusiawi itu sendiri. Manusia mempunyai bakat dan kebolehan yang

berbeza berdasarkan lahiriah, ada yang mempunyai kecenderungan

dalam sukan, kesenian dan sebagainya. TVET memberi peluang kepada

bidang selain akademik untuk menyumbang kepada negara. Pencapaian

akademik bukanlah kayu ukur tunggal dalam menentukan kejayaan

seseorang.

Usaha bersepadu untuk mengubah persepsi masyarakat telah

dilaksanakan oleh sembilan (9) kementerian penyedia TVET.

Antara strategi yang telah dilaksanakan oleh KPM adalah seperti berikut:

1. Menguar-uarkan lulusan TVET yang telah berjaya di alam

pekerjaan atau menjadi usahawan berjaya dengan pendapatan

yang tinggi. Mereka boleh dijadikan sebagai role model dan duta

TVET di sekolah-sekolah sebagai motivasi kepada pelajar untuk

memilih laluan TVET;

2. Menyelaras artikulasi lepasan TVET di KPM sehingga kepada

peringkat yang lebih tinggi sama ada ke peringkat ijazah atau dalam

bidang persijilan profesional TVET;

3. Menyediakan program pengajian yang menepati keperluan industri

- pendekatan konsep industry-led training seperti konsep Work-

Based Learning (WBL) dan program perantisan untuk penempatan

pelajar di industri bagi memperolehi pengalaman di industri;

NO. SOALAN: 13

3

4. Menggalakkan pelajar berdaftar dengan Malaysia Board of

Technologies (MBOT) bagi menaik taraf TVET sebagai profesional

kelas pertama yang mempunyai kepakaran dalam bidang mereka

tersendiri. MBOT berperanan mendaftar dan memberi pengiktirafan

kepada Teknologis Profesional (Professional Technologist) serta

Juruteknik Bertauliah (Certified Technician);

5. Mendapatkan pengiktirafan antarabangsa bagi institusi TVET

seperti Asia Pasific Accreditation and Certification Commission

(APACC) bagi memastikan kualiti pendidikan setara dengan

kemahiran yang diajari di institusi TVET rantau Asia Pasifik. Ini

membolehkan mobiliti pekerja di Asia Pasifik;

6. Mendapatkan kerjasama industri melalui perkongsian strategik

penggunaan sumber seperti peralatan atau membawa masuk

industri ke institusi. Contohnya kolej Vokasional (KV) telah

menandatangani MoU sebanyak 825 dan politeknik sebanyak 350

MoU dengan pihak industri. Antara syarikat yang telah bekerjasama

dengan KPM adalah Federation of Malaysian Manufacturers (FFM),

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Prasarana

Malaysia, Malaysia Airport Berhad, Honda Malaysia, Panasonic

Malaysia Berhad, Hong Leong Motors, Royal Selangor Pewter,

MMC Gamuda, CIDB, Shell Berhad dan banyak lagi; dan

7. Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran terkini

melalui Program Finishing School agar selari dengan keperluan

industri terutamanya berteraskan industri 4.0.

Sekian, terima kasih

RJM 72

NO SOALAN : 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ SRI DR HJ ISMAIL BIN HAJI ABD.

MUTALIB [MARAN]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 14

Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah status dan

perancangan Kementerian dalam menyiapkan pembinaan Hospital

Maran yang telah diluluskan dalam RMK-11 bagi memberi kemudahan

dan keselesaan masyarakat di daerah Maran khasnya.

NO SOALAN : 14

2

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Cadangan asal pembinaan Hospital Maran yang telah diluluskan

melalui Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-11) adalah di tapak Lot 8439

HSD 1032 Mukim Luit, Daerah Maran. Kerja-kerja awalan (kerja ukur

dan kajian tanah) telah dilaksanakan pada 2016 oleh Jabatan Kerja

Raya (JKR) mendapati keadaan bentuk muka bumi yang berbukit dan

cerun telah mengakibatkan kos pembinaan bagi projek ini dianggarkan

hampir tiga (3) kali ganda berbanding kos pembinaan sebuah hospital.

Lanjutan daripada itu, pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah

mengarahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari

tapak baharu yang lebih sesuai dengan mengambil kira siling

peruntukan yang telah diluluskan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, cadangan projek ini telah

dipersetujui untuk dilaksanakan di tapak baharu iaitu di Lot PT2951

HSD 680 Mukim Luit, Daerah Maran dengan keluasan 50 ekar. Walau

bagaimanapun, cadangan pembinaan Hospital Maran ditangguhkan

atas faktor kedudukan kewangan negara. Namun begitu, Kementerian

akan memastikan bahawa perkhidmatan kesihatan di Maran akan terus

ditingkatkan dan KKM akan memastikan permohonan semula dibuat

agar cadangan pembinaan ini dapat diteruskan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN : 15

1

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN WILLIE ANAK MONGIN

[ PUNCAK BORNEO ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN : 15

minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan

status permohonan dan perlaksanaan Projek Jalan Desa menghubungi

Kpg Biya Jabber yang telah dipohon oleh Pejabat Parlimen Puncak

Borneo melalui JKR Sarawak dan Salinan kepada Kementerian

Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan pelaksanaan Projek Jalan

Desa menghubungi Kpg Biya Jabber tidak tersenarai di dalam Senarai

Keutamaan Kerajaan Negeri yang telah diterima oleh Kementerian.

Namun begitu, sekiranya terdapat keperluan mendesak, dipohon Yang

Berhormat untuk mengemukakan cadangan jalan tersebut kepada

Kerajaan Negeri untuk dimasukkan ke dalam senarai keutamaan dan

pihak Kementerian akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan

Pejabat KPLB Negeri Sarawak untuk menjalankan siasatan tapak dan

semakan kos sebelum dikemukakan kepada pihak Unit Perancang

Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (UPE, MEA), untuk

dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11),

Rolling Plan akan datang. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek

ini adalah tertakluk kepada kelulusan oleh pihak UPE, MEA dan

kedudukan semasa kewangan kerajaan.

NO SOALAN : 16

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN RAMLI BIN MOHD NOR

KAWASAN : CAMERON HIGHLANDS

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 16

Minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha Kerajaan untuk

meningkatkan serta mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan

masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Sebagaimana kita sedia maklum, meskipun PRU14 telah berlalu

dan Kerajaan baharu telah pun dibentuk, masih terdapat desas-desus

bahawa Malaysia di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan

akan mendepani pelbagai isu dan insiden yang sukar dijangka rupa

bentuknya terutama di dalam mengurus kerumitan masyarakat pelbagai

kaum dan agama.

Kesatuan dan perpaduan rakyat adalah kepentingan bersama

yang mesti dipelihara bersama dalam apa juga situasi yang muncul dan

berkembang. Masa depan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa

yang berjaya bergantung sepenuhnya pada keupayaan masyarakatnya

berfikiran terbuka, bersikap saling menghormati dan bersatu padu

secara harmoni mendepani cabaran baru kehidupan.

NO SOALAN : 16

2

Kerajaan akan mengambil beberapa langkah strategik memupuk dan

memperteguh perpaduan kaum di Malaysia seperti berikut:

a) Menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR)

bagi memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional. Langkah

penubuhan MPKR bertujuan mempromosikan Malaysia di

peringkat global sebagai model negara moderat yang berjaya

menjaga keharmonian antara kaum dan agama dan berfungsi

sebagai platform untuk percambahan fikiran dan rekonsiliasi

antara kaum dan agama.

b) Memperkasakan kepimpinan lebih 8,000 Jawatankuasa Rukun

Tetangga di seluruh negara agar peka dan sensitif terhadap isu-

isu atau gerakan-gerakan yang sengaja mengancam untuk

memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat.

c) Melaksanakan program dan aktiviti mempromosikan

persefahaman dan keharmonian dalam kalangan penganut

pelbagai agama seperti Sambutan World Interfaith Harmony

Week, International Day for Tolerance, Dialog Harmoni dan lain-

lain.

d) Mencari penyelesaian terhadap isu-isu perkauman dan agama

yang boleh menyebabkan perpecahan kaum dan memupuk

pendamaian di peringkat akar umbi melalui khidmat 1,130 orang

Mediator Komuniti di seluruh negara.

e) Meningkatkan penghayatan dan pengamalan prinsip-prinsip

Rukun Negara kepada pelajar-pelajar sekolah di 6,458 Kelab

Rukun Negara (KRN) di sekolah rendah dan menengah dan 164

Sekretariat Rukun Negara (SRN) di peringkat institusi pengajian

tinggi di seluruh negara.

f) Menggalakkan silang kerjaya dan kefahaman budaya di syarikat-

syarikat milik bumiputera dan bukan bumiputera melalui

penyertaan mahasiswa bumiputera dan bukan bumiputera melalui

Program Latihan Industri Perpaduan (PLIP).

NO SOALAN : 16

3

g) Menyemai nilai-nilai murni kepada lebih 35,000 orang kanak-

kanak di bawah umur 6 tahun melalui 1,781 buah Tabika

Perpaduan di seluruh negara agar mereka dididik mengenai

kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat negara ini sejak kecil

lagi agar mereka lebih memahami dan menghayatinya apabila

dewasa kelak supaya perpaduan masyarakat dan keharmonian

negara terus terpelihara.

h) Menyebarluaskan mesej dan slogan perpaduan agar

membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian melalui

penglibatan syarikat-syarikat swasta, GLCs dan badan bukan

kerajaan (NGO).

i) Menganjurkan program dan aktiviti perpaduan dan kebudayaan

pelbagai kaum secara berterusan yang bertujuan membentuk

sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dengan memberi

penekanan untuk meningkatkan kesedaran, penghayatan dan

amalan nilai-nilai murni kepada kumpulan sasar seperti kanak-

kanak, pelajar, belia, wanita dan akhirnya merangkumi semua

lapisan masyarakat.

Terbentuknya kerajaan baharu sudah pasti membawa harapan dan

aspirasi baharu. Namun, kita perlu memberikan masa untuk

pentadbiran baru melaksanakannya. Apa yang penting adalah kita

sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotik perlu

melindungi keamanan dan keharmonian negara dengan mengelak

daripada melakukan provokasi dan keganasan yang boleh

menimbulkan konflik dan kekacauan. Justeru, tugas paling mendesak

untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan

gabungan politik pada masa ini adalah untuk memastikan keharmonian

kaum dan agama terus dipelihara dan dipertahankan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN : 17

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATUK WONG TIEN FATT @ WONG

NYUK FOH [ SANDAKAN ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 17

Minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah

perancangan Kementerian untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan

broadband dan internet di seluruh Sabah memandangkan banyak

kawasan perumahan di bandar masih tidak dilengkapi perkhidmatan

‘fibre optic’.

NO SOALAN : 17

2

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara perancangan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia adalah menyokong

perancangan oleh Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah untuk

menaiktaraf kemudahan-kemudahan broadband dan internet di seluruh

Sabah adalah tertakluk ketersediaan sumber kerajaan negeri melalui

Sabah State ICT Blueprint.

2. Bagi HSBB, sehingga kini, sebanyak lebih 101 ribu sambungan

telah tersedia yang melibatkan penaiktarafan 10 ibusawat di Sabah.

Bagi projek SUBB dan RBB lebih dari 39 ribu sambungan telah tersedia

melibatkan penaiktarafan 40 ibusawat di Sabah, manakala lebih 8 ribu

sambungan masih dalam peringkat pelaksanaan yang dijangka siap

secara berperingkat pada tahun 2019.

3. Kerajaan juga turut melaksanakan inisiatif Peluasan Liputan Jalur

Lebar Mudah Alih yang melibatkan pembinaan menara komunikasi

baharu dan penaiktarafan menara komunikasi sedia ada di Sabah.

Sehingga kini, sebanyak 355 menara komunikasi baharu telah dibina

manakala 37 menara komunikasi baharu masih dalam peringkat

pelaksanaan di Sabah. Selain itu, sebanyak 1.092 menara komunikasi

sedia ada telah dinaiktaraf kepada perkhidmatan 3G/4G manakala 129

menara komunikasi sedia ada masih dalam peringkat penaiktarafan di

Sabah.

NO. SOALAN : 18

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN YUSOF

[ PETRAJAYA ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN NO. 18

Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof [ Petrajaya ] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil

oleh pihak Kementerian bagi memastikan bekalan diesel ke sekolah-

sekolah di pedalaman mencukupi dan apakah penyelesaian jangka masa

panjang bagi mengatasi masalah tersebut.

NO. SOALAN : 18

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

dalam Anjakan 6 menggariskan bahawa setiap sekolah di Malaysia,

tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis, perlu mencapai tahap keperluan

infrastruktur yang minimum bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran

yang selamat, bersih, dan kondusif. Keperluan ini termasuklah akses

kepada air bersih yang terawat, bekalan elektrik sekurang-kurangnya 12

jam sehari, serta kemudahan-kemudahan asas yang lain.

Bagi menyediakan infrastruktur bekalan elektrik kepada sekolah-sekolah

luar bandar, antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah penyediaan

set janakuasa diesel sebagai penyelesaian sementara sebelum sekolah-

sekolah tersebut menerima bekalan elektrik daripada talian grid. Pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam memastikan

bekalan diesel ke sekolah-sekolah mencukupi dan tidak terputus dengan

menurunkan peruntukan sebanyak RM30juta bagi keperluan Januari

hingga April 2019 yang diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri

Sarawak.

Di samping itu, Kerajaan Negeri Sarawak juga melalui agensinya iaitu

Sarawak Energy Berhad (SEB) berhasrat untuk membiayai kos dan

melaksanakan projek penyambungan grid bekalan utama elektrik ini

kepada sekolah-sekolah yang terlibat. Namun begitu, pelaksanaan projek

ini akan dilaksanakan sebaik sahaja kontrak Projek Bersepadu Sistem

Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi

Genset/Diesel 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak sedia ada tamat.

Sekian, terima kasih

RJM 73

NO SOALAN : 19

1

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : PUAN RUSNAH BINTI ALUAI

[ TANGGA BATU ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN : 19

minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan

perancangan Kementerian bagi menaik taraf ekonomi kampung-

kampung yang tidak terpilih bagi Program Kampung Desa Lestari.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, selain Program Desa Lestari,

Kementerian Pembangunan Luar Bandar turut melaksanakan pelbagai

program yang bertujuan untuk membangunkan taraf ekonomi

masyarakat di luar bandar.

Di bawah Teras Ekonomi Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar

(2018-2023), terdapat 6 strategi iaitu:

1. Menambah baik mekanisme bantuan;

2. Meningkatkan kerjasama strategi dengan sektor swasta;

3. Merancakkan pelancongan desa (Rural Tourism@KPLB);

4. Meningkatkan penglibatan belia;

5. Membangunkan semula kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan

Wilayah (LKW) yang telah dibubarkan; dan

6. Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif.

NO SOALAN : 19

2

Program-program yang terlibat di bawah strategi ini antaranya ialah

Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK),

Desa Lestari, Rural Tourism@KPLB, Gerakan Desa Harapan, dan

Rural Business Outlet (RBO).

Selain itu juga, bagi meningkatkan ekonomi di luar bandar,

pemerkasaan keusahawanan luar bandar juga perlu untuk mewujudkan

sumber pendapatan yang pelbagai serta peluang pekerjaan yang lebih

luas di kawasan luar bandar. Di bawah Teras Keusahawanan Pelan

Harapan Pembangunan Luar Bandar (2018-2023), terdapat 5 strategi

iaitu:

1. Mewujudkan bank data usahawan KPLB;

2. Mewujudkan Road Map Pembangunan Usahawan Luar Bandar;

3. Mewujudkan usahawan rantaian;

4. Mewujudkan usahawan luar bandar berteraskan teknologi dan

inovasi; dan

5. Mempromosikan program-program keusahawanan luar bandar.

Antara program-program yang memacu strategi-strategi ni adalah

seperti DesaMall@Online, Rural Business Challenge (RBC), Karnival

Usahawan Desa (KUD) dan banyak lagi.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar semestinya sentiasa

mengambil berat tentang keadaan ekonomi di kawasan luar bandar.

Dengan inisiatif yang telah dinyatakan tersebut serta inisiatif yang lain

termasuk juga memperkasakan modal insan dan golongan wanita di

luar bandar, perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan

ekonomi di luar bandar akan dilaksanakan secara holistik dengan

kerjasama pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap kawasan luar

bandar diberi perhatian sewajarnya.

SOALAN NO. 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN KHAIRY JAMALUDDIN [ REMBAU ]

TARIKH : 26 MAC 2019

SOALAN NO. 20

Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan berapakah jumlah peruntukan serta geran yang telah dan

akan disalurkan pihak Kementerian bagi penyelidikan dan pembangunan

(R&D) serta tujuan-tujuan lain berkaitan projek kereta nasional ketiga.

JAWAPAN: YB DATUK WIRA DR. MD FARID BIN MD RAFIK

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi memanfaatkan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), aktiviti

Penyelidikan dan pembangunan untuk projek kereta nasional baharu juga

adalah amat penting bagi meningkatkan kualiti produk, memenuhi citarasa

pengguna, memendekkan tempoh pembangunan kenderaan baru dan

untuk menjimatkan kos pembangunan. Hasil Penyelidikan dan

Pembangunan secara tidak langsung dapat merangsang pertumbuhan

ekonomi negara disamping memberi manfaat kepada industri, ahli

akademik, kerajaan dan paling penting sekali masyarakat. Selaras dengan

hasrat ini, kerajaan akan memperuntukkan peruntukan untuk penyelidikan

dan pembangunan (R&D) bagi membangunkan prototaip kereta nasional

baharu.

Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh YAB

Perdana Menteri pada 28 November 2018 telah memperuntukkan siling

sebanyak RM20 juta bagi membangunkan prototaip NNCP. Setakat ini

sejumlah RM 8 juta telah disalurkan kepada agensi pelaksana bagi NNCP

iaitu MIGHT bagi membangunkan prototaip tersebut. Sekian, terima kasih.

SOALAN : 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

_________________________________________________________

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN CHAN MING KAI [ ALOR SETAR ]

TARIKH : 26 MAC 2019

SOALAN : 21

Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan siapa anggota yang terlibat dalam Jawatankuasa Panel

Kewarganegaraan dan berapa kes permohonan diproses setiap bulan

serta kriteria-kriteria yang layak disyorkan sokong oleh panel.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Jawatankuasa Panel Kewarganegaraan adalah dianggotai oleh

Pengurusan Tertinggi Kementerian dan Jabatan Pendaftaran Negara

(JPN) yang mana jawatankuasa berkenaan berfungsi untuk meneliti

fakta-fakta kes bagi setiap permohonan kewarganegaraan Malaysia.

Seterusnya, setiap keputusan ke atas permohonan kewarganegaraan

adalah di bawah bidang kuasa YB Menteri Dalam Negeri selaras dengan

ketetapan dalam Jadual Kedua, Bahagian III, Perlembagaan

Persekutuan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara puratanya pada

setiap bulan sejumlah 600 fail permohonan kewarganegaraan di bawah

semua Perkara akan diteliti oleh Jawatankuasa Panel Kewarganegaraan.

Manakala, kriteria-kriteria sesuatu permohonan kewarganegaraan yang

layak disyorkan sokong itu tidak dimaklumkan adalah atas tujuan

keselamatan maklumat yang sulit dan terperingkat selaras dengan Akta

Rahsia Rasmi Kerajaan 1972. Kementerian Dalam Negeri ingin

menegaskan bahawa pemberian kewarganegaraan adalah anugerah

tertinggi kerajaan dan hak eksklusif yang tidak ditawarkan serta diberikan

dengan sewenang-wenangnya.

NO. SOALAN: 22

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KE-EMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATO' SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ

SYED ABDUL FASAL

[ BUKIT GANTANG ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 22

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah jaminan

Kerajaan bahawa industri Teksi Tradisional tidak akan terjejas dengan

kutipan hasil pendapatan akibat wujudnya sistem e-hailing yang tidak

mengikut peraturan dan langkahlangkah penguatkuasaan sistem e-

hailing kepada Industri Teksi Tradisional dan Grab yang dijadualkan

bermula pada 12 Julai 2019 ini. Apakah bentuk tindakan yang akan

dikenakan kepada mereka yang gagal mendaftar untuk mendapatkan

lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan lain-lain syarat yang

telah ditetapkan dan digariskan oleh pihak berkuasa.

NO. SOALAN: 22

2

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Berdasarkan anggaran terkini, terdapat lebih kurang 300 ribu

pemandu e-hailing yang berdaftar dengan syarikat penyedia

perkhidmatan Grab, manakala Uber pula sudah tidak beroperasi

lagi kerana syarikat tersebut telah menjual perniagaannya di rantau

Asia Tenggara kepada Grab.

2. Walaupun Kerajaan telah mengawal selia perkhidmatan e-hailing

melalui Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan 2017) dan

undang-undang yang berkaitan yang telah dikuatkuasakan bermula

pada 12 Julai 2018, Kerajaan masih komited dalam memastikan

kebajikan pemandu teksi terbela dan mereka tidak rugi dengan

wujudnya perkhidmatan Grab.

3. Bagi menjayakan tanggungjawab ini, Suruhanjaya Pengangkutan

Awam Darat (SPAD) telah menetapkan syarat-syarat kepada

penyedia Perkhidmatan Pengantaraan bagi memastikan “level

playing field” yang akan memberi kesaksamaan kepada pemandu

teksi dan pemandu e-hailing untuk bersaing secara sihat dalam

memberi perkhidmatan kepada penumpang. Antara syarat-syarat

yang telah dikenakan kepada perkhidmatan e-hailing supaya selari

dengan perkhidmatan teksi adalah seperti berikut:

(i) syarat-syarat kelayakan permohonan lesen syarikat e

hailing

NO. SOALAN: 22

3

Syarikat e-hailing dikehendaki untuk berdaftar dengan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya

Koperasi Malaysia (SKM).

(ii) syarat-syarat kelayakan pemandu

warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 21

tahun; tiada sabitan kesalahan jenayah berdaftar; lulus

pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital yang diiktiraf

oleh Kementerian Kesihatan; dan hadir dan lulus program

latihan pemandu modul baharu selama enam (6) jam.

(iii) syarat-syarat kenderaan

terbuka kepada semua jenama dan model kenderaan yang

mempunyai taraf tiga (3) bintang tahap piawaian ASEAN

NCAP atau setara dengannya; menjalani pemeriksaan

berkala di PUSPAKOM sekali dalam setahun apabila

kenderaan melebihi usia tiga (3) tahun dari tarikh didaftarkan

di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

(iv) syarat-syarat operasi

mempunyai perlindungan insurans bagi pemandu, kenderaan,

penumpang dan pihak ketiga sebelum mana-mana pemandu

e-hailing dibenarkan untuk beroperasi.

4. Dalam masa yang sama, SPAD juga sedang melaksanakan

langkah-langkah penting menerusi Program Transformasi Industri

Teksi (TITP) termasuk:

NO. SOALAN: 22

4

i. Pemberian Lesen Individu dan Geran Tunai Kerajaan

berjumlah RM5,000 bagi pemandu yang telah tamat kontrak

dalam Sistem Pajak sebagai rebat untuk membeli kenderaan

baharu. Kini, SPAD telah meluluskan sebanyak 2,493 lesen

individu dan 582 Geran Tunai Kerajaan;

ii. Membuka semua jenama kenderaan dan pilihan model bagi

kegunaan teksi yang mencapai penarafan keselamatan tiga

(3) bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baharu

ASEAN (NCAP) atau setaraf dengannya;

iii. Pengurangan kos kepada pemandu kerana tempoh untuk

pemeriksaan berkala Pusat Pemeriksaan Kenderaan

Berkomputer (PUSPAKOM) dilanjutkan:

a. Pemeriksaan berkala kenderaan hanya bagi kenderaan

yang melebihi usia tiga (3) tahun dari tarikh didaftarkan di

JPJ;

b. Pemeriksaan berkala meter bagi kelas lesen teksi hanya

perlu dilakukan satu (1) kali setahun berbanding dua (2)

kali setahun sebelumnya.

iv. Pemandu teksi bermeter turut diberi kesempatan untuk

mengenakan tambang dinamik (tambang e-hailing) apabila

membawa penumpang melalui tempahan e-hailing selain dari

mengenakan tambang meter apabila membawa penumpang

secara “street hail”;

NO. SOALAN: 22

5

v. Menetapkan kadar komisen maksima yang boleh dikenakan

oleh syarikat e-hailing ke atas pemandu teksi sebanyak 10%

sahaja bagi setiap perjalanan;

vi. Memperkenalkan modul latihan yang baharu kepada

pemandu teksi yang ingin memohon lesen vokasional. Modul

baharu ini menitikberatkan keusahawanan dan teknologi,

khidmat pelanggan cemerlang dan undang-undang yang

berkaitan. Ia dijangka akan membantu pemandu teksi

meningkat keupayaan untuk memberi perkhidmatan yang

cemerlang selain turut menggalakkan mereka meningkatkan

pendapatan apabila membawa penumpang melalui tempahan

e-hailing; dan

vii. Menggalakkan pemandu teksi untuk mencarum di dalam Skim

Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri anjuran Pertubuhan

Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memastikan kebajikan

mereka terbela jika berlaku sesuatu kemalangan yang

menjejaskan pekerjaan mereka.

5. Kerajaan percaya langkah-langkah ini dapat menaik taraf

perkhidmatan teksi untuk terus berkembang maju seiring dengan

perkembangan teknologi dan memastikan mereka tidak rugi dengan

wujudnya perkhidmatan e-hailing. Pengusaha dan pemandu teksi

persendirian juga amat digalakkan untuk menyertai perkhidmatan

e-hailing agar dapat bersaing dan menjadi lebih kompetitif dengan

pemandu-pemandu perkhidmatan e-hailing sedia ada.

6. Penguatkuasaan pengawal seliaan e-hailing akan dilaksanakan

NO. SOALAN: 22

6

sepenuhnya pada 12 Julai 2019 dan mana-mana pemandu yang

didapati tidak mempunyai Lesen Perkhidmatan Awam (PSV)

selepas tarikh pelaksanaan tersebut boleh dikenakan tindakan

mengikut Akta semasa yang berkuatkuasa. Penguatkuasaan akan

dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

ke atas semua kenderaan perkhidmatan awam dan perdagangan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN : 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT

PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI

[ JELUTONG ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 23

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI AIR,

TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah projek-projek tebatan banjir

di Sungai Pinang dan Sungai Jelutong di Jelutong Pulau Pinang dijangka

disiapkan.

NO SOALAN : 23

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Projek tebatan banjir di kawasan Jelutong adalah projek Rancangan Tebatan

Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang di Daerah Timur Laut. Projek ini

merupakan projek RTB yang diluluskan ddalam Rolling Plan-2 (2017) RMKe-11

dengan kos siling projek sebanyak RM150 Juta.

Projek ini meliputi lembangan Sungai Pinang seluas 51 km persegi yang

meliputi 40 peratus kawasan dalam Daerah Timur Laut serta merangkumi enam

cabang anak sungai iaitu Sungai Jelutong, Sungai Air Itam, Sungai Air Terjun,

Sungai Dondang, Sungai Air Putih dan Sungai Kecil.

Pelaksanaan kerja-kerja fizikal bagi projek ini dijangka akan siap dilaksanakan

pada tahun 2024.

Sekian, terima kasih

SOALAN NO. 24

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI

[ SIBUTI ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO.24

Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

menyatakan adakah pihak Kerajaan telah mendapatkan input

sepenuhnya daripada masyarakat berbilang kaum, kumpulan

agamawan serta masyarakat Orang Asal di Sabah dan Sarawak

mengenai isu perkahwinan bawah umur 18 tahun.

SOALAN NO. 24

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam usaha Kerajaan menangani isu perkahwinan bawah umur,

Kerajaan telah mendapat input daripada beberapa siri sesi konsultasi dan

perbincangan yang diadakan dengan pelbagai pihak seperti

kementerian/jabatan Kerajaan, ahli akademik, pakar hak asasi kanak-

kanak, NGO, ahli agamawan dan wakil Kerajaan negeri Sabah dan

Sarawak bagi memberikan gambaran situasi perkahwinan orang Islam,

orang bukan Islam, orang asli dan perkahwinan adat di negeri masing-

masing.

Pada tahun 2018, hasil konsultasi-konsultasi tersebut telah dibentangkan

sebagai kertas cadangan menaikkan umur minimum perkahwinan kepada

18 tahun dalam perundangan sedia ada kepada Mesyuarat Jemaah

Menteri pada 26 September 2018, Pre-Council Majlis Raja-Raja dan

Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 16 Oktober 2018.

Kerajaan-kerajaan negeri sedang meneliti cadangan tersebut dan

sehingga kini, 5 negeri bersetuju untuk menaikkan umur minimum kepada

18 tahun (Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak), 5 negeri tidak

bersetuju (Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan),

2 negeri sedang meneliti cadangan (Kedah dan Kelantan), 1 negeri

sedang membuat pindaan (Wilayah Persekutuan) dan 1 negeri telah

membuat pindaan kepada 18 tahun (Selangor).

Tuan Yang di-Pertua,

Selain usaha dalam membuat pindaan ke atas perundangan sedia ada,

pada tahun ini, Kerajaan akan menumpukan kepada usaha menangani

punca-punca perkahwinan bawah umur seperti kemiskinan, ketiadaan

kemahiran keibubapaan, keciciran daripada sistem pendidikan, ketiadaan

atau kekurangan ilmu pendidikan kesihatan reproduktif dan stigma

masyarakat terhadap kehamilan luar nikah atau budaya kahwin di bawah

umur. Sehubungan itu, satu sesi meja bulat bersama stakeholders

(pemegang taruh) yang terdiri daripada pelbagai disiplin telah diadakan

SOALAN NO. 24

3

pada 25 Februari 2019 bagi membincangkan punca-punca tersebut serta

langkah-langkah untuk mengatasinya.

Tuan Yang di-Pertua,

Justeru, saya ingin menyeru supaya ahli-ahli Yang Berhormat berserta

NGO dan jabatan Kerajaan di negeri untuk sama-sama mengenal pasti

kewujudan punca-punca tersebut dan merangka program atau aktiviti

bersesuaian bagi mengelakkan peningkatan perkahwinan bawah umur di

negeri masing-masing.

NO SOALAN : 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DR. KELVIN YII LEE WUEN

[ BANDAR KUCHING ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 25

Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sebab-sebab kenaikan

harga beberapa ubat yang banyak digunakan di hospital-hospital dan

KK termasuk Paracetamol dan Hydrochlorothiazide. Adakah revisi

harga terkini tersebut termasuk dalam kontrak bersama Pharmaniaga

atau syarikat pengeluar yang berkaitan.

NO SOALAN : 25

2

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Secara amnya, kenaikan harga produk ubat-ubatan termasuklah

produk Paracetamol dan Hydrochlorothiazide, dipengaruhi oleh faktor-

faktor berikut:

i. kadar pertukaran mata wang asing;

ii. kenaikan harga bahan mentah atau Active Pharmaceutical

Ingredients (API);

iii. kos-kos berkaitan regulatori sebagai contoh Good

Manufacturing Practice (GMP), kajian Bioequivalance (BE)

dan kajian- kajian lain yang berkaitan;

iv. Consumer Price Index (CPI);

v. Pembekal tunggal atau produk ‘innovator’ yang masih dalam

tempoh paten; dan

vi. Kadar gaji minimum.

Untuk makluman, secara keseluruhannya sebanyak 35% produk ubat

yang diperoleh oleh KKM merupakan produk tempatan dan 65% lagi

adalah merupakan produk import. Dalam melaksanakan perolehan

ubat-ubatan samada ubat ‘innovator’ atau generik, kaedah perolehan

yang digunakan adalah seperti berikut:

i. Perolehan melalui tender terbuka;

ii. Perolehan melalui konsesi; dan

iii. Perolehan melalui sebut harga atau pembelian terus.

Perjanjian Konsesi di antara Kerajaan dan Pharmaniaga membenarkan

semakan harga dibuat setiap tiga (3) tahun. Melalui semakan harga ini,

KKM mendapati sekiranya berlaku kenaikan harga ubat, ia adalah

berdasarkan kepada faktor-faktor seperti yang telah dijelaskan. Di

bawah perjanjian konsesi ini, proses penilaian produk dan rundingan

harga yang ditawarkan oleh pihak pembekal kontrak akan dilaksanakan

dan seterusnya dimuktamadkan oleh KKM dan Kementerian

Kewangan.

NO SOALAN : 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

_________________________________________________________

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : DATO' SRI HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL

RAHMAN [ PASIR SALAK ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 26

Minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan mengapa

pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini dijangka hanya 4.5%.

NO SOALAN : 26

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ekonomi Malaysia telah

berkembang sebanyak 4.7% pada tahun 2018, iaitu masih dalam

lingkungan pertumbuhan yang disasarkan. Bagi tahun 2019,

Kerajaan menyasarkan pertumbuhan ekonomi meningkat pada

kadar 4.9% terutamanya disokong oleh permintaan domestik. Di

bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas

(KSP RMKe-11) pula, Kerajaan turut menyasarkan ekonomi akan

berkembang pada kadar 4.5% hingga 5.5% setahun dalam tempoh

2018 hingga 2020. Sasaran pertumbuhan ini adalah selari dengan

unjuran pertumbuhan Malaysia oleh agensi-agensi antarabangsa

seperti Bank Dunia sebanyak 4.7%, Tabung Kewangan

Antarabangsa (4.6%) dan Asian Development Bank (5.0%). Agensi

penarafan seperti Fitch Ratings dan Moody’s serta penganalisis

tempatan seperti MIER dan RAM juga menjangkakan pertumbuhan

Malaysia di antara 4.5% hingga 4.7%, jauh melebihi unjuran

pertumbuhan ekonomi dunia pada 3.5%.

2. Pertumbuhan yang disasarkan pada tahun ini telah mengambil kira

jangkaan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan dunia serta

persekitaran luaran yang lebih mencabar. Antara cabaran utama

adalah situasi ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat

(AS) dan Republik Rakyat China (PRC) yang masih berterusan,

penutupan sementara operasi (shutdown) pentadbiran AS yang

akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia pada

suku tahun pertama 2019 serta dasar monetari AS yang lebih ketat.

Di samping itu, harga minyak mentah yang tidak menentu walaupun

semakin stabil dijangka mempengaruhi pasaran komoditi.

3. Beberapa strategi ekonomi makro telah dikenal pasti di bawah KSP

RMKe-11 untuk menghadapi cabaran ekonomi luaran mahupun

domestik, antaranya:

NO SOALAN : 26

3

(i) Memacu produktiviti pada peringkat nasional, sektor dan

perusahaan bagi memastikan pertumbuhan yang mampan

dan inklusif;

(ii) Menggalakkan pelaburan berkualiti bagi menerajui

pertumbuhan ekonomi;

(iii) Melaksana inisiatif untuk beralih kepada rantaian nilai yang

lebih tinggi;

(iv) Mengukuhkan eksport dan mengurus import bagi menambah

baik imbangan pembayaran; dan

(v) Memberi penekanan kepada langkah pengukuhan fiskal untuk

memastikan kemampanan dalam jangka sederhana.

Sekian, terima kasih. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi 26 Mac 2019

NO SOALAN : 27

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN LARRY SOON @ LARRY SNG WEI

SHIEN [ JULAU]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN NO. 27

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan oleh

Kementerian untuk menyambung sekolah-sekolah luar bandar di

Sarawak kepada grid bekalan elektrik. Jelaskan juga jumlah sekolah yang

terlibat dan lokasi sekolah-sekolah tersebut

NO SOALAN : 27

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha

menyediakan prasarana terbaik termasuklah bekalan elektrik kepada

sekolah-sekolah di seluruh negara. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, terdapat sejumlah 113 buah sekolah-sekolah luar bandar di

Sarawak yang akan dan telah disambungkan kepada grid bekalan elektrik

mulai tahun 2018 hingga 2020. Kerja-kerja penyambungan ini akan

dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui agensinya iaitu

Sarawak Energy Berhad (SEB).

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berbesar hati dan

berterima kasih atas hasrat Kerajaan Negeri Sarawak untuk membiayai

kos projek penyambungan grid bekalan utama elektrik ini kepada

sekolah-sekolah yang terlibat dengan anggaran kos sebanyak RM50juta.

Namun begitu, pelaksanaan projek ini akan dilaksanakan sebaik sahaja

Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan

Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel 369 Sekolah Luar Bandar

Sarawak sedia ada tamat.

Sekian, terima kasih.

RJM 70

NO SOALAN : 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN YUSUF BIN ABD. WAHAB

[ TANJONG MANIS ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 28

Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan untuk membina atau

menambah pusat dialisis di kawasan Tanjong Manis atau Pulau Bruit

memandangkan hospital yang ada di Daro, Sarikei dan Sibu adalah

terlalu jauh untuk pesakit buah pinggang untuk mendapatkan rawatan

tersebut.

NO SOALAN : 28

2

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Data Preliminary Report Malaysian Dialysis and Transplant

Registry 2016 menunjukkan bahawa pada tahun 2016 terdapat 26 buah

pusat hemodialisis awam, 13 buah pusat hemodialisis swasta dan 7

buah pusat hemodialisis NGO di Negeri Sarawak. Pada tahun 2016

terdapat sejumlah 2,679 orang pesakit yang menjalani rawatan dialisis

di Negeri Sarawak di mana 2,477 orang pesakit menjalani rawatan

hemodialisis dan 202 orang pesakit menjalani rawatan Continuous

Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD). Daripada jumlah ini, 47%

menerima rawatan di pusat awam, 23% di pusat swasta dan 30 % di

pusat NGO. Registry tersebut hanya mengumpul data keseluruhan

Negeri Sarawak dan tiada data mengikut pecahan lokasi.

Sehingga kini tiada perancangan KKM untuk membina

perkhidmatan haemodialisis di Klinik Kesihatan Tg Manis atau di Pulau

Bruit memandangkan pada masa kini, hanya 5 orang pesakit yang

memerlukan perkhidmatan dialisis dari kawasan Tanjung Manis di

mana mereka menerima perkhidmatan dialisis di Hospital Sibu.

Manakala hanya 2 orang pesakit yang memerlukan perkhidmatan

dialisis dari kawasan Pulau Bruit di mana mereka menerima

perkhidmatan dialisis di Hospital Daro. Buat masa ini, 2 buah hospital

tersebut mampu menampung pesakit yang memerlukan dialisis dari

kawasan Tanjung Manis dan Pulau Bruit.

Dengan pertambahan pesakit yang memerlukan rawatan dialisis

di seluruh negara yang semakin meningkat, KKM sedang berusaha

memperluaskan kaedah rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal

Dialysis (CAPD). Kaedah rawatan CAPD dapat dilakukan di rumah oleh

pesakit sendiri dan dapat mengurangkan keperluan kemudahan

hemodialisis.

Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN : 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2019)

_________________________________________________________

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ BIN TUN

DR. MAHATHIR [ JERLUN ]

TARIKH : 26 MAC 2019

SOALAN :

Minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan

kesan pelancongan sukan atas industri pelancongan negara. Pohon

dinyatakan:

(a) jumlah pelancongan sukan yang diadakan di negara ini pada tahun

lalu dan apakah perancangan aktiviti pelancongan sukan pada tahun

ini; dan

(b) promosi untuk menggalakkan pelancongan sukan terutamanya

melibatkan acara ‘non-conventional sport’ seperti acara sukan lasak.

NO. SOALAN : 29

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sentiasa bekerjasama

dengan agensi kerajaan dan sektor swasta dalam mempromosikan

program acara sukan dan produk pelancongan sukan kepada para

pelancong di dalam dan di luar negara bagi meningkatkan lagi pengalaman

pelancong semasa bercuti di Malaysia.

Malaysia telah menerima seramai 25.8 juta pelancong pada tahun

2018 dan hasil pendapatan pelancongan adalah sebanyak RM 84.1 billion.

Daripada jumlah kedatangan pelancong tersebut, sebanyak RM 252.4 juta

telah dibelanjakan oleh pelancongan untuk aktiviti sukan. Jumlah ini

menunjukkan peningkatan sebanyak 2.4% daripada tahun sebelumnya.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui agensi promosi

Tourism Malaysia sentiasa bergiat aktif dalam mempromosikan aktiviti

pelancongan sukan di luar negara melalui penyertaan pameran

pelancongan atau aktiviti-aktiviti promosi oleh pejabat Tourism Malaysia

luar negeri. Antara program acara sukan yang dipromosikan adalah seperti

Le Tour de Langkawi, ASEAN Football Federation Suzuki Cup (AFF),

MotoGP, Ironman Langkawi, Penang Bridge Marathon dan pelbagai lagi.

Kerjasama seperti mempromosikan acara sukan di laman web dan

media sosial selain serta penghasilan pakej khas sukan seperti

pertandingan bola sepak ASEAN Football Federation Suzuki Cup (AFF)

pada tahun 2018 telah menarik minat pengusaha pelancongan khasnya di

pasaran ASEAN untuk menghasilkan pakej khas kepada peminat bola

sepak. Selain itu, acara sukan bermotor seperti MotoGP turut mendapat

perhatian daripada peminat sukan bermotor di luar negara untuk

menyaksikan sukan tersebut di Litar Antarabangsa Sepang.

NO. SOALAN : 29

Pada tahun 2019, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

melalui agensi promosi Tourism Malaysia akan menggiatkan lagi promosi

program dan acara sukan bagi menambah nilai pengalaman melancong

bagi pelancong luar negara.

Tuan Yang di-Pertua

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui agensi promosi

Tourism Malaysia sentiasa komited dalam mempromosikan Malaysia

sebagai destinasi yang unggul di rantau ini. Tourism Malaysia juga

mengambil kira perubahan, kehendak dan trend pasaran masa kini agar

sentiasa kompetitif dengan negara pesaing.

Oleh yang demikian, program sukan ‘non-conventional sport’ seperti

acara larian marathon, aktiviti sukan lasak permotoran ATV, tower base

jump dan sebagainya turut diberi penekanan dari segi perkongsian

maklumat program di laman web dan media sosial kepada peminat-

peminat aktiviti sukan tersebut.

Selain itu, pejabat Tourism Malaysia di dalam dan luar negara akan

bekerjasama dengan pengusaha pelancongan luar negara untuk

mewujudkan pakej-pakej khas aktiviti sukan ini serta mempromosikan

pakej tersebut melalui pejabat Tourism Malaysia di luar negara dan pusat

informasi pelancongan di dalam negeri.

Sekian, terima kasih.

NO RUJUKAN : PR-1421-L04104

SOALAN NO : 30

1

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUAPARLIMEN KEEMPAT BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAANDEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB USTAZ TARMIZI BIN SULAIMAN

KAWASAN : SIK

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN :

YB USTAZ TARMIZI BIN SULAIMAN minta MENTERI KERJA

RAYA menyatakan menjelaskan langkah dan usaha untuk mengurangkan

kemalangan di lebuh raya Utara Selatan (PLUS) dan langkah mengurangkan

kesesakan lalulintas ketika berlaku kemalangan dan ketika musim perayaan.

NO RUJUKAN : PR-1421-L04104

SOALAN NO : 30

2

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian Kerja Raya

melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa memastikan lebuhraya

dalam keadaan selamat dan selasa untuk pengguna menggunakannya.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak LLM dan PLUS di dalam

mengurangkan kemalangan yang berlaku adalah seperti berikut:

1. Mengadakan kolaborasi dan operasi bersepadu bersama agensi-agensi

yang berkaitan secara berterusan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kolaborasi ini memberi pengkhususan

menangani isu kenderaan berat yang menggunakan tayar celup yang tidak

berkualiti serta membawa muatan secara berlebihan. Selain daripada itu,

PLUS juga telah menyediakan Stesen-Stesen JPJ di R&R Dengkil (Arah

Selatan) serta R&R Gunung Semanggol (Arah Selatan). PLUS juga sedang

merancang untuk membuka sebuah lagi Stesen JPJ di R&R Pagoh dan

mewujudkan Pasukan Penguatkuasa JPJ di bekas tapak Plaza Tol Jelapang

bagi memudahkan pihak JPJ melaksanakan pelbagai intervensi,

penguatkuasaan dan advokasi keselamatan di lebuhraya;

2. Melaksanakan langkah-langkah intervensi di lokasi-lokasi titik hitam (black

sports) seperti memasang lampu-lampu LED, meletakkan turapan porous

asphalt, memasang lampu berkelip (flashing amber lights), menambah

pelekat pemantulan cahaya, papan tanda keselamatan, memprofil semula

jalan dan lain-lain. Langkah-langkah ini juga telah menyaksikan penurunan

jumlah lokasi titik hitam di Lebuhraya Utara-Selatan daripada 8 lokasi pada

tahun 2017 kepada 4 lokasi pada tahun 2018; dan

3. Menambahbaik lokasi-lokasi kritikal sebagai contoh, di Terowong Menora

dengan memasang lebih banyak lampu LED, meletakkan jalur gegar (Rumble

Strips) dan sebagainya.

NO RUJUKAN : PR-1421-L04104

SOALAN NO : 30

3

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tujuan mengurangkan

kesesakan akibat kemalangan yang berlaku di musim perayaan, pihak PLUS

telah melaksanakan perkara berikut:

1. Menetapkan Emergency Response Team (ERT) yang terdiri daripada

pihak Ambulan, Bomba, PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam (APAM)

telah siap sedia di lokasi-lokasi yang strategik bagi mempercepatkan proses

menyelamat;

2. Memastikan pasukan ronda serta kren kembalik dalam keadaan siap siaga

(standby) di lokasi-lokasi yang sering berlaku kemalangan untuk bantuan

kecemasan atau kerja pengalihan kemalangan; dan

3. Memaklumkan kepada pengguna melalui Variable Message Sign (VMS),

laman sesawang dan media sosial serta melalui aplikasi LLM Traffic saluran

radio dan televisyen utama untuk menasihatkan pemandu menggunakan

laluan alternatif sekiranya terdapat kemalangan yang menyebabkan

kesesakan.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO. 31

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : PUAN MARIA CHIN BINTI ABDULLAH

[ PETALING JAYA ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO.31

Puan Maria Chin Binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

menyatakan sama ada modul "consent" akan diperkenalkan dalam

kursus kahwin di seluruh negara dan langkah Kementerian untuk

menggalakkan wanita untuk melaporkan kejadian rogol dalam

perkahwinan.

SOALAN NO. 31

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian tidak menyokong kepada mana-mana tindakan keganasan

yang dilakukan terhadap mana-mana individu terutama kepada golongan

rentan yang melibatkan wanita, kanak-kanak dan warga emas. Bagi isu

‘rogol’ dalam perkahwinan, seseorang suami seharusnya tidak menyakiti

isteri secara fizikal mahupun mental. Justeru, amatlah penting kepada

semua pasangan untuk diberi pengetahuan dan advokasi secukupnya

dalam mendirikan rumah tangga.

Kementerian melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan

Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan

SMARTSTART. Kursus ini merupakan usaha pengukuhan institusi

keluarga bermula di peringkat permulaan khususnya kepada yang akan

berkahwin dan kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga

dalam tempoh lima tahun. Modul dalam kursus ini disampaikan melalui

empat bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,

Mandarin dan Tamil. Modul ini dibangunkan bagi memberi pengetahuan

dan kemahiran kepada pasangan yang baharu serta yang akan

berkahwin tentang pelbagai aspek perkahwinan dan peranan

keibubapaan bagi memberi sokongan psikososial kepada mereka yang

akan menempuhi alam perkahwinan dan berumah tangga dengan

sejahtera.

Kursus ini akan dijalankan dalam selama dua hari dan maksimum 25

pasangan diperlukan dalam satu kursus bagi membolehkan pasangan

berinteraksi dengan lebih baik dan mendapat manfaat daripada kursus

ini. Kursus ini mempunyai tujuh sesi termasuklah sesi membina

kemesraan seksual.

Dalam konteks ini, pasangan akan diberi kemahiran bagaimana

memupuk hubungan mesra (intimacy) antara pasangan secara

berterusan seperti pelukan setiap kali bangun tidur, ciuman sebelum ke

pejabat, pemberian kad ucapan dari semasa ke semasa, panggilan

telefon, berpegangan tangan ketika menonton televisyen dan lain-lain.

SOALAN NO. 31

3

Dalam keadaan sedemikian, kemesraan memainkan peranan sebagai

sebahagian daripada hubungan seks itu sendiri. Sehingga tahun 2018

sebanyak 20 program telah dilaksanakan kepada 1,000 pasangan

pelbagai etnik.

Kementerian ini juga turut melaksanakan beberapa program

penghapusan keganasan terhadap wanita (violence against women) bagi

tujuan memberi pendedahan dan advokasi kepada wanita untuk

melaporkan sebarang bentuk keganasan seperti rogol agar tindakan

perundangan dapat dilaksanakan.

NO RUJUKAN : PR-1421-L02893

SOALAN NO : 32

1

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUAPARLIMEN KEEMPAT BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAANDEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR

KAWASAN : TANJONG KARANG

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN :

YB TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan perkembangan terkini Projek Lebuh Raya Persisiran Pantai

Barat terutamanya di Kawasan Tanjong Karang dan berapakah kadar tol

yang akan dikenakan kepada pengguna apabila siap kelak.

NO RUJUKAN : PR-1421-L02893

SOALAN NO : 32

2

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, status terkini bagi projek Lebuh Raya

Pesisiran Pantai Barat (Banting Ke Changkat Jering, Taiping) sehingga 15

Februari 2019 telah mencapai kemajuan 61%. Aktiviti pembinaan lebuh raya

kini sedang giat dilaksanakan yang melibatkan seperti kerja- kerja

pembersihan tanah, kerja-kerja penambakan tanah, kerja pembinaan struktur

jambatan, kerja penurapan jalan dan kerja pemasangan perabot jalan.

Status kemajuan pembinaan jajaran di kawasan Tanjong Karang pula adalah

sebanyak 13.99%. Jajaran daripada Persimpangan Assam Jawa sehingga

sekitar Estet Sungai Terap sepanjang 19.5km kini sedang dalam pembinaan

manakala jajaran daripada Estet Sungai Terap ke Persimpangan Tanjong

Karang sepanjang 10km telah dimulakan dan dalam peringkat pengambilan

tanah.

Berhubung kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna lebuh raya,

seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa kadar tol telah pun

ditetapkan berdasarkan Perjanjian Konsesi oleh Kerajaan terdahulu.

Sehingga kini kadar tol bagi lebuhraya ini masih belum diputuskan

oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan Pakatan Harapan akan

memastikan semua aspek diambil kira khususnya impak terhadap kos sara

hidup pengguna, sosio ekonomi serta implikasi kewangan kepada Kerajaan

dan syarikat konsesi sebelum sebarang keputusan mengenai kadar tol di

lebuh raya ini dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO : 33

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN

PERTANYAAN : PUAN ALICE LAU KIONG YIENG

TARIKH : 26.03.2019 (SELASA)

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan langkah-langkah susulan untuk mengawal harga barangan

setelah GST dimansuhkan dan SST dilaksanakan memandangkan

banyak aduan menyatakan harga barang naik selepas pelaksanaan SST.

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Sejak Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dilaksanakan

1 September 2018, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa mengambil perhatian terhadap

aduan-aduan pengguna bagi memastikan peniaga mematuhi

perundangan yang dikuatkuasakan.

Kementerian telah mengatur beberapa langkah susulan di bawah

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 bagi

menangani isu harga barang seperti berikut:

a) penguatkuasaan terhadap pencatutan atau pengambilan untung

secara tidak munasabah oleh peniaga di bawah Peraturan-Peraturan

Kawalan Harga dan Antipencatutan 2018 yang mula berkuatkuasa

pada 6 Jun 2018;

b) pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih agresif meliputi

seluruh rantaian pengedaran barangan dan perkhidmatan di seluruh

negara di bawah Operasi Catut 5.0 bermula pada 8 Ogos 2018;

c) pengeluaran Notis bertulis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 ke

atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak

SOALAN NO : 33

2

dan ketara untuk mendapatkan maklum balas dan penjelasan secara

bertulis mengenai kenaikan harga bagi menentukan berlakunya elemen

pencatutan; dan

d) penguatkuasaan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga

oleh Penjual Runcit) 1993 yang mewajibkan peniaga meletak tanda

harga ke atas barangan yang dijual atau mempamerkan senarai harga.

Justeru itu, dengan pelaksanaan langkah-langkah tersebut

matlamat Kerajaan untuk menangani isu harga barangan pada masa ini

dapat dicapai. Kementerian berharap, usaha-usaha ini akan dapat

membantu memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang dengan

sewenang-wenangnya dan seterusnya menangani isu harga barangan

dengan lebih baik demi menjaga kepentingan rakyat.

NO SOALAN : 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYATMESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS_______________________________________________________________________________

PERTANYAAN : LISANDARIPADA : Y.B. PUAN RUBIAH BINTI WANG [KOTA SAMARAHAN]TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 34

Y.B. PUAN RUBIAH BINTI WANG [ KOTA SAMARAHAN ] minta MENTERIKEWANGAN menyatakan sejauh mana usaha pihak kerajaan dalammemudahkan proses pengemaskinian maklumat permohonan penerimaBantuan Sara Hidup (BSH) di kawasan luar bandar dan pedalaman.

NO SOALAN : 34JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, 1. Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan salah satu bantuan bersasar bagigolongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka disamping membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadapgolongan yang memerlukan dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepadarakyat.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, tempoh pendaftaran/pengemaskinianBSH tahun 2019 telah dibuka mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019.Sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan, BSH 2019 dijangkamemanfaatkan lebih daripada 4 juta isi rumah dan melibatkan peruntukanhampir RM5 bilion. Sehingga 3 Mac 2019, lebih daripada 1.5 juta permohonanBSH 2019 telah diterima merangkumi 310,000 permohonan baharu dan 1.19juta permohonan kemas kini. Demi memastikan BSH 2019 berjalan denganlancar, Kerajaan telah memudahkan lagi proses pendaftaran/pengemaskinianBSH 2019 seperti berikut:

Borang permohonan BSH 2019 boleh diterima walaupun pemohon tidaki.mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasapenghantaran. Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumatyang dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohonsahaja;Pemohon juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secaraii.dalam talian di mana muat naik dokumen bukan lagi syarat wajib; danBagi pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas),iii.pemohon tidak perlu mengemaskini maklumat kerana Kerajaan akanmenggunakan data BSH 2018.

3. Walau bagaimanapun, maklumat permohonan yang diterima daripadapemohon akan dipadankan dengan data agensi Kerajaan bagi menentukankelayakan setiap permohonan. Kerajaan akan terus mengambil langkah

NO SOALAN : 34proaktif dalam menangani masalah pemohon, khususnya jika terdapat kesulitandalam menyempurnakan permohonan untuk BSH 2019. 4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan akan memastikan semuabantuan Kerajaan adalah berkesan dan menepati kumpulan sasar yangditetapkan terutamanya golongan B40.

SOALAN NO : 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KE-14,

MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SIVAKUMAR VARATHARAJU NAIDU

KAWASAN : BATU GAJAH

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 35

Minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci

tentang peruntukan kerajaan sejumlah RM100 juta untuk

pembangunan kaum India. Berapakah jumlah wang tersebut yang

telah digunakan oleh MITRA dan apakah pecahan bagi penggunaan

peruntukan tersebut sehingga 1 Mac 2019.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, MITRA telah

melancarkan Sistem Pengurusan Geran (GMS) pada 28 Januari 2019

melalui laman web www.mitra.gov.my. Sistem Pengurusan Geran

(GMS) Fasa 1 ini baru sahaja ditutup pada 15 Mac 2019. Objektif

utama sistem GMS ini adalah membolehkan pihak-pihak pemegang

taruh (stakeholders) membuat permohonan kepada MITRA bagi

mengadakan / menganjurkan aktiviti-aktiviti / program-program

berkepentingan awam yang melibatkan pembangunan sosioekonomi

masyarakat India. Peruntukan bagi aktiviti / program ini akan diambil

daripada peruntukan RM100 juta yang diberikan kepada MITRA.

Setakat 15 Mac 2019, MITRA telah menerima sejumlah 414

permohonan dengan jumlah permohonan peruntukan sebanyak kira-

SOALAN NO : 35

2

kira RM362,888,153.83. Daripada jumlah keseluruhan permohonan

tersebut, bagi peringkat pertama, sebanyak 50 permohonan telah

dipertimbangkan untuk kelulusan dan 12 permohonan telah diluluskan

dengan jumlah peruntukan sebanyak RM18,421,587.00. Kesemua

program yang diluluskan dalam peringkat pertama ini adalah program

berimpak tinggi di mana program latihan yang dipilih berakhir dengan

penempatan pelatih dalam pekerjaan.

Selanjutnya, bagi memastikan peruntukan yang diberikan kepada

pihak pemegang taruh dapat digunakan dengan sebaiknya,

penyaluran akan dibuat secara berperingkat (3 peringkat secara

keseluruhan).

Peringkat pertama saluran kewangan melibatkan 50% daripada

jumlah keseluruhan peruntukan yang diluluskan kepada pemegang

taruh yang berkaitan setelah pihak pemegang taruh tersebut (sebagai

pemohon) menandatangani perjanjian bersama MITRA sebagai wakil

Kerajaan.

Peringkat kedua dan ketiga masing-masing melibatkan saluran

kewangan berdasarkan kepada pecahan 40% dan baki 10% tertakluk

kepada laporan berkala yang diterima daripada pihak pemegang taruh

(pemohon).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat selanjutnya, MITRA bersama-

sama pusat kos Jabatan Perdana Menteri sedang dalam proses

memanggil pemegang taruh yang berjaya untuk memperoleh geran

MITRA yang bermula pada minggu ini (25 Mac 2019). Peringkat

pertama pemprosesan ini dijangka selesai pada bulan April 2019.

Ketika ini, MITRA telah mula meneliti dan menilai permohonan-

permohonan untuk peringkat kedua dan juga peringkat seterusnya.

Selanjutnya, sekiranya Ahli Yang Berhormat mempunyai sebarang

cadangan berhubung perkara-perkara bagi meningkatkan taraf

sosioekonomi masyarakat India di negara ini, saya bersedia

mendengar idea-idea Yang Berhormat untuk dibawa ke tindakan

MITRA. Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN : 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2019)

_________________________________________________________

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB. DATO' SRI HAJAH NANCY SHUKRI

[ BATANG SADONG ]

TARIKH : 26 MAC 2019

SOALAN :

Minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan

langkah yang diambil untuk mempromosi industri pelancongan negara

terutamanya Sarawak di luar negara.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui

Tourism Malaysia sentiasa bekerjasama dengan Sarawak Tourism

Board dalam mempromosi pelancongan ke Sarawak. Bersesuaian

dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, acara-acara

pelancongan akan diadakan di Sarawak dan dipromosikan di pasaran

antarabangsa dan domestik. Program-program promosi sentiasa

diadakan bagi menggalakan kedatangan pelancong asing ke Negeri

Sarawak melalui:

1. Penyertaan (Sarawak Tourism Board) dan penggiat industri

pelancongan Negeri Sarawak di pameran-pameran galakan

pelancongan dan misi galakkan yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia

mahupun pihak swasta. Antara pameran-pameran galakan pelancongan

yang turut disertai oleh Sarawak Tourism Board termasuklah

International Tourism Bourse (ITB)-Berlin, World Travel Market (WTM)-

London, Destination Show-London, Vakantiebeurs-Amsterdam, Matka-

Helsinki, Sabah Roadshow-Australia, Sabah Roadshow-Tokyo, Sabah

Roadshow-Korea dan International Travel Fair (ITF)-Taipei;

NO. SOALAN : 36

2. Perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines dan penerbangan

tambah murah seperti Air Asia dan Malindo Air menghubungkan

Semenanjung Malaysia daripada Kuala Lumpur ke Kuching, manakala

perkhidmatan penerbangan MASWings yang menghubungkan beberapa

daerah utama di Sabah dan Sarawak, telah memudahkan lagi lebih

ramai orang untuk berkunjung ke Sarawak;

3. Tourism Malaysia dan Sarawak Tourism Board dengan kerjasama

syarikat penerbangan juga turut menaja lawatan suaikenal pihak media

dan penggiat industri pelancongan (mega fam) seluruh dunia bertujuan

untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik di Sarawak;

4. Tourism Malaysia juga menerbitkan risalah negeri Sarawak yang

mengandungi maklumat tarikan-tarikan pelancongan di Sarawak.

Risalah ini diedarkan melalui pejabat-pejabat TM dalam dan luar negeri,

pameran-pameran pelancongan domestik dan antarabangsa. Risalah

juga boleh diakses secara digital di serata dunia. Selain daripada itu,

Tourism Malaysia juga telah menghasilkan risalah A Guide To Sarawak

yang menonjolkan keunikan budaya dan tradisi pelbagai kaum yang

terdapat di Sarawak. Risalah tersebut secara tidak langsung

mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan yang terdapat di

populasi sesuatu kaum yang terdapat di dalam risalah tersebut;

5. Tourism Malaysia juga telah membawa kumpulan kebudayaan

Sarawak yang terdiri dari penari dan pemuzik (sape) ke WTM London

pada November 2018. Pada acara yang sama, Sarawak Tourism Board

juga telah melancarkan kempen Visit Sarawak Campaign (VSC) 2019;

6. Melalui pameran seperti WTM 2018 juga, Sarawak Tourism Board

juga telah menandatangani memorandum persefahaman dengan

Syarikat Penerbangan Malaysia, bagi membawa pelancong dari United

Kingdom ke Sarawak.

Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN : 37

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN STEVEN CHOONG SHIAU YOON

[ TEBRAU ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN NO. 37

Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan senarai statistik sekolah-sekolah yang dalam

keadaan daif di seluruh Semenanjung Malaysia mengikut negeri dan

adakah peruntukan khas telah disediakan bagi membaik pulih segala

kerosakan yang telah dikenal pasti.

NO. SOALAN : 37

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pelaksanaan projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah yang

mempunyai bangunan daif di Semenanjung Malaysia telah diluluskan

dengan peruntukan khusus pada rolling plan 4 Rancangan Malaysia Ke-

11 2019 mengguna pakai peruntukan pembangunan. Peruntukan ini

telah disediakan di bawah program baharu iaitu Pembinaan Semula

Bangunan Sekolah Daif dan Lain-lain Kemudahan Di Semenanjung

Malaysia dengan peruntukan pada tahun 2019 sebanyak RM18juta.

Peuntukan yang disalurkan merupakan peruntukan Pembangunan RMKe

11 dan PFI yang melibatkan RM351 juta bagi tahun 2017 hingga 2019

Lapan (8) buah sekolah telah dikenal pasti untuk projek naik taraf dan

pembangunan semula seperti berikut:

1. SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka

2. SK Seri Paya, Ayer Hitam, Johor

3. SK Parit Markom, Pontian, Johor

4. SK Telok Jamat, Pokok Sena, Kedah

5. SK Sungai Dua, Tasek Gelugor, Penang

6. SK LB Johnson, Rasah, Negeri Sembilan

7. SK Parit Tok Ngah, Parit Buntar, Perak

8. SMK Geting, Tumpat, Kelantan

Sekian, terima kasih

RJM 71

NO SOALAN : 38

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK HAJI AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB [ MACHANG ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (Selasa)

SOALAN NO. 38

Minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan berapakah kadar miskin tegar di negeri Kelantan dan apakah perancangan terperinci pihak Kementerian dalam mengatasi masalah ini.

NO SOALAN : 38

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah 2016 (PPIR 2016) insiden kemiskinan mutlak negeri Kelantan untuk isi rumah miskin adalah 0.4% manakala isi rumah miskin tegar adalah 0.1%. Berdasarkan data eKasih jumlah isi rumah miskin bagi negeri Kelantan adalah 30,472 manakala isi rumah miskin tegar adalah 8,193.

2. Sehubungan itu, dalam mengatasi masalah ini, Kerajaan telah

menggariskan beberapa strategi dan inisiatif untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli isi rumah B40, termasuk golongan miskin dan berpendapatan rendah. Sejumlah 137 projek dengan anggaran peruntukan RM584 juta bagi tahun 2019 telah diperuntukkan bagi negeri Kelantan.

3. Antara keutamaan, strategi dan inisiatif yang digariskan termasuk program peningkatan pendapatan serta penyediaan keperluan asas perumahan, pendidikan dan kesihatan. Usaha juga akan dipergiat untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan isi rumah bagi menambahbaik kebolehpasaran dan produktiviti, menyediakan program pembangunan keusahawanan bersepadu serta mengalakkan penerima gunaan teknologi moden dan amalan terbaik oleh para petani, pekebun kecil dan nelayan dengan aktiviti ekonomi tambahan.

4. Kerajaan percaya aktiviti ekonomi negeri Kelantan akan dapat dirancakkan dan meningkatkan pendapatan rakyat Kelantan seterusnya mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.

NO SOALAN : 38

3

5. Bagi menuju ke arah pembangunan yang seimbang serta meningkatkan dan merapatkan jurang pendapatan antara wilayah, negeri, bandar dan luar bandar, Kerajaan di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) antaranya telah membangunkan Projek Agropolitan Kelantan Selatan dan Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas serta Taman Industri Tok Bali dan Pelabuhan Tok Bali.

6. Selain itu, YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam lawatan kerja ke Kelantan pada 7 Mac 2019 telah mengumumkan pelaksanaan lima projek utama dalam masa terdekat di negeri Kelantan oleh Kerajaan Persekutuan dijangka akan dapat meningkatkan pembangunan di negeri Kelantan. Antara projek tersebut adalah;

(i) pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3); (ii) pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail

Petra; (iii) pembinaan Jalan Raya yang menghubungkan Pasir Puteh-

Machang-Jeli; (iv) pembinaan Lebuh Central Spine Road (CSR) sepanjang

123 kilometer; dan (v) pembinaan Jambatan Palekbang di Kota Bharu;

Sekian, terima kasih.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi 26 Mac 2019

1

SOALAN NO. 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : DATO' NGEH KOO HAM [BERUAS] TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 39

Dato' Ngeh Koo Ham minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER

ASLI menyatakan kenapa Indah Water Konsortium masih mengeluarkan

surat tuntutan kepada pemilik-pemilik premis sungguhpun bayaran yang

dituntut itu telah melebihi 6 tahun dan tidak boleh dituntut lagi (time

barred).

2

SOALAN NO. 39

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) ialah salah seorang yang

diberi kuasa di bawah seksyen 191 (Akta 655) untuk menjalankan

perkhidmatan dan aktiviti pembetungan. Berdasarkan seksyen 88

(Akta 655) mengkehendaki orang yang diberi kuasa untuk mengutip

caj perkhidmatan pembetungan yang disediakan kepada para

pengguna. Melalui Akta ini, setiap pengguna mempunyai

tanggungjawab statutori untuk membayar perkhidmatan

pembetungan IWK dalam tempoh 30 hari dari tarikh bil dikeluarkan

dan jika jumlah caj perkhidmatan itu tidak dibayar, jumlah tersebut

boleh didapatkan melalui tindakan sivil di mahkamah.

2. Bagi akaun-akaun yang tertunggak lebih dari 9 bulan atau

tertunggak sebanyak RM1,500.00, usaha pengutipan bayaran

hutang dilakukan dengan segera oleh IWK di peringkat awal lagi

dengan memberi notis berterusan dan mengeluarkan surat-surat

peringatan pembayaran, melawat premis pengguna-pengguna

berkaitan, mengeluarkan surat tuntutan dan memfailkan saman

3

serta penyataan tuntutan kepada mana-mana pengguna yang

masih belum menyelesaikan bayaran hutang tertunggak.

3. Justeru, memandangkan tindakan telah diambil dalam tempoh 6

tahun untuk menuntut caj pembetungan yang tertunggak, isu had

masa tidak berbangkit.

Sekian, terima kasih.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

_________________________________________________________

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATUK DR. JEFFREY GAPARI KITINGAN

[KENINGAU]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 40 Minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan:-

(a) memandangkan kemiskinan dan jurang kemiskinan yang

meruncing di Sabah dan Sarawak, adakah Kerajaan melalui

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Pembangunan

Luar Bandar serta Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

akan merancangkan apa-apa program khas untuk Sabah dan

Sarawak untuk membasmi kemiskinan tersebut dan

mengurangkan jurang perbezaan dengan kadar segara

memandangkan Sabah dan Sarawak sudah berada dalam

Malaysia selama 56 tahun dan masih miskin papa kedana dan

serba berkurangan dari segala aspek termasuk kemudahan asas;

dan

(b) adakah Kerajaan bercadang membuat satu siasatan dan banci

berkecuali untuk menentukan tahap kemiskinan yang sebenarnya

khasnya di Sabah dan Sarawak.

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Usaha untuk mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah

dan negeri telah diberi penekanan khusus oleh MEA semasa

merangka Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia

Kesebelas (KSP RMKe-11) yang telah diperincikan dalam Tonggak

Ke-3, iaitu Menuju ke arah Pembangunan Wilayah yang

Seimbang. Selaras dengan hasrat tersebut, peruntukan

pembangunan Kerajaan akan memberi keutamaan kepada enam

negeri yang kurang membangun, termasuk negeri Sabah dan

Sarawak dalam tempoh dua tahun terakhir RMKe-11.

2. Di bawah Rolling Plan 4 (2019), negeri Sabah dan Sarawak telah

diperuntukkan sejumlah RM9.36 billion atau 17.1% daripada

jumlah peruntukan pembangunan keseluruhan. Peruntukan

pembangunan kepada kedua-dua negeri tersebut merupakan

antara tertinggi berbanding negeri-negeri lain. Jumlah peruntukan

ini juga telah meningkat 10.5%, iaitu sebanyak RM889 juta

daripada tahun sebelumnya (RM8.47 billion pada 2018).

Peruntukan tersebut adalah bagi melaksanakan sebanyak 187

projek baharu dan 1,014 projek sambungan melalui pelbagai

kementerian.

3. Di samping penentuan dasar pengagihan peruntukan yang lebih

besar kepada negeri Sabah dan Sarawak, MEA juga melalui

agensi-agensi di bawahnya turut melaksanakan projek-projek

sosioekonomi, iaitu projek-projek tanaman komoditi dan projek-

projek sokongan berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua,

4. Di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, antara

program dan projek pembasmian kemiskinan dan peningkatan

pendapatan yang dilaksanakan adalah Projek Pemajuan Kawasan,

3

Projek Agropolitan dan Program Bantuan Rumah. Dalam

hubungan ini, sejumlah RM123.8 juta telah diluluskan bagi tahun

2019 untuk meneruskan projek-projek tersebut.

5. Seterusnya, bagi mengurangkan jurang pembangunan, Kerajaan

melalui KPLB akan terus memberi penekanan dalam penyediaan

infrastruktur dan perkhidmatan asas seperti Jalan Luar Bandar

(JALB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar

Bandar (BELB) dan Jalan Perhubungan Desa. Bagi pelaksanaan

projek-projek ini, sebanyak RM2.05 bilion telah diluluskan di

bawah peruntukan RP4 (2019) bagi Sabah dan Sarawak. Jumlah

peruntukan ini telah meningkat 9.56%, iaitu sebanyak RM178.51

juta daripada tahun sebelumnya (RM1.87 bilion pada 2018).

Tuan Yang di-Pertua,

6. Bagi membantu golongan petani dan nelayan untuk meningkatkan

pendapatan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah

melaksanakan program pembangunan dalam subsektor agro

makanan di Sabah dan Sarawak seperti pemulihan infrastruktur

pengairan dan saliran kawasan penanaman padi, tanaman

makanan, penternakan, perikanan dan industri asas tani dengan

jumlah peruntukan sebanyak RM251 juta pada tahun 2019. Bagi

subsektor komoditi pula sebanyak RM346 juta telah diperuntukkan

pada tahun 2019 yang dilaksanakan oleh agensi di bawah

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Industri Utama dan

Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Program yang

dilaksanakan adalah penanaman baru/semula sawit dan getah,

pembangunan tanaman komoditi seperti koko dan lada serta

program aktiviti ekonomi tambahan kepada pekebun kecil getah

dan sawit.

7. Selain daripada tiga kementerian tersebut, usaha untuk

membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang perbezaan turut

dilaksanakan oleh Kementerian\Jabatan meliputi aspek

pendidikan, latihan kemahiran, kesihatan, pinjaman mikro kredit,

program bimbingan usahawan dan pemberian hak milik tanah.

4

Tuan Yang di-Pertua,

8. Kerajaan menyambut baik cadangan yang diberikan oleh Yang

Berhormat Keningau supaya dapat dilaksanakan siasatan dan

banci berkecuali bagi Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Yang

Berhormat, buat masa ini pihak Unit Penyelarasan Perlaksanaan

(ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab

mengendalikan pangkalan data eKasih memang telah

melaksanakan pendaftaran warga miskin dan miskin tegar melalui

pelbagai saluran, seterusnya membolehkan Kerajaan

mengenalpasti tahap kemiskinan yang sebenarnya. Ini kerana

pihak ICU akan bekerjasama dengan Kerajaan negeri dan pihak

berkuasa tempatan dalam mengenalpasti warga miskin di setiap

kawasan bagi memastikan tiada warga miskin yang tertinggal dari

menerima bantuan.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

21 Mac 2019

SOALAN NO: 41

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO' ABDULLAH SANI BIN ABDUL

HAMID

(KAPAR)

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 41

Minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pelan pindaan

Akta Kesatuan.

PN-1412- L02996

SOALAN NO: 41

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Sumber Manusia kini dalam proses melakukan

pindaan Akta KesatuanSekerja 1959 [Akta 262]. Draf cadangan

pindaan Akta 262 tersebut telah dimuatnaik ke laman sesawang

(website) Kementerian Sumber Manusia iaitu www.mohr.gov.my

pada 22 November 2018 bagi tujuan mendapatkan maklumbalas

daripada orang awam.

2. Draf cadangan pindaan Akta 262 tersebut telah dibentangkan

sebanyak dua (2) kali di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal

National Labour Advisory Council (NLAC) yang mana keahliannya

terdiri dari wakil Malaysian Trade Union Congress (MTUC),

Malaysian Employers Federation (MEF) dan Kongress Kesatuan

Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) iaitu pada

bulan Januari dan Februari 2019.

3. Draf cadangan tersebut kini di peringkat perincian dan

pengemaskinian berdasarkan input-input yang diperolehi semasa

pembentangan di Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal National Labour

Advisory Council (NLAC).

SOALAN NO: 41

3

Tuan Yang Dipertua,

4. Selepas perincian dan pengemaskinian, cadangan pindaan

Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262] akan diangkat kepada

Jabatan Peguam Negara bagi tujuan semakan sebelum

dibentangkan di Parlimen. Pindaan kepada Akta 262 ini dijangka

dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun atau penghujung

tahun ini.

NO. SOALAN : 42

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA TARIKH

: :

DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN MOHAMED SAID [ KUALA KRAU ] 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 42

Minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan bilakah Kerajaan

Pakatan Harapan akan menunaikan janji bagi menghapuskan hutang

peneroka FELDA dan adakah sebarang inisiatif bagi membantu golongan

peneroka.

NO. SOALAN : 42

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hutang peneroka

dikategorikan kepada tiga kategori iaitu hutang Pembangunan

Kebun (terdiri daripada hutang Pembangunan Asal dan

Pembangunan Tanam Semula), hutang Sosio Ekonomi (terdiri

daripada hutang Pinjaman Pembesaran Rumah, Pinjaman Saham

FGV, Skim Insentif Usahawan, Pinjaman Pelajaran Tinggi dan

Pinjaman Komputer) dan hutang Baja.

2. Berdasarkan hutang peneroka di ketiga-tiga kategori di atas, hutang

Pinjaman Pembangunan Tanam Semula adalah penyumbang

terbesar kepada hutang peneroka. Pembangunan tanam semula

perlu dilaksanakan apabila ladang tidak lagi ekonomik iaitu

pengeluaran hasil rendah dan perbelanjaan kos operasi tinggi.

Daripada aspek fizikal tanaman, pokok sawit telah berusia 25 tahun

di mana ketinggian pokok melebihi 40 kaki. Majoriti peneroka

memerlukan bantuan FELDA untuk menanam semula disebabkan

faktor kewangan, kemahiran dan tenaga untuk melaksanakan kerja

penanaman semula. Namun, tidak dinafikan terdapat juga

sebahagian kecil peneroka yang berkemampuan untuk membuat

penanaman semula dengan dana mereka sendiri.

3. Hutang Pinjaman Pembangunan Tanam Semula ini dipecahkan

kepada dua komponen iaitu kos operasi ladang dan pembiayaan

peneroka. Kos operasi ladang adalah kerja-kerja pertanian

sebelum, semasa dan selepas menanam sehingga pokok berhasil

sampai titik pulang modal. Manakala komponen pembiayaan

peneroka pula adalah Pinjaman Sara Hidup dan Pinjaman

Pendahuluan Hasil. Ia diberikan kepada peneroka sejak tahun 1994

bagi membiayai pendapatan peneroka ketika tempoh tanam

semula.

NO. SOALAN : 42

3

4. Kementerian mengambil maklum berkaitan hutang Pembangunan

Tanam Semula ini juga dikenakan faedah pada kadar efektif 3.8%

setahun. Selain itu, peneroka FELDA terpaksa menanggung kos

penyelenggaraan jalan pertanian yang turut menyumbang kepada

hutang mereka. Selain itu, isu berkaitan bekalan baja dan lain-lain

input pertanian bagi kebun-kebun peneroka juga memberi kesan

kepada hutang peneroka.

5. Justeru, Kerajaan meneliti secara menyeluruh isu hutang tidak

wajar untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Perkara ini menjadi

sebahagian daripada hala tuju dalam menangani isu-isu yang

dibebankan kepada peneroka FELDA. Perincian isu dan langkah

penyelesaian akan dicerakinkan dalam pembentangan Kertas Putih

FELDA yang akan dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

26 Mac 2019

NO SOALAN : 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYATMESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS_______________________________________________________________________________

PERTANYAAN : LISANDARIPADA : Y.B. TUAN WONG CHEN [SUBANG]TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 43

Y.B. TUAN WONG CHEN [ SUBANG ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan senarai 30 syarikat-syarikat teratas dan senarai 30 individu teratasyang bakal menerima bayaran balik RM18 bilion cukai pendapatan yang telahdiperuntukkan dalam Bajet 2019.

NO SOALAN : 43JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan(ACP) 1967 melindungi kerahsiaan maklumat cukai bagi setiap pembayar cukai.Peruntukan kerahsiaan ini juga menghalang Kerajaan daripada mendedahkanmaklumat pembayar cukai kepada mana-mana pihak bagi menjagakepentingan pembayar cukai. Oleh yang demikian, maklumat yang diminta oleh Ahli Yang Berhormat daripadaSubang berhubung senarai 30 syarikat dan individu teratas yang bakalmenerima bayaran balik cukai pendapatan tersebut adalah dikategorikansebagai maklumat terkelas dan tertakluk kepada peruntukan di bawah Seksyen138 ACP 1967. Aspek kerahsiaan tersebut bukan sahaja bertujuan menjaga kepentinganpembayar cukai, malah sangat penting bagi menzahirkan komitmen Kerajaandalam meningkatkan keyakinan mereka, khususnya kepada Lembaga HasilDalam Negeri Malaysia (LHDNM) bahawa maklumat peribadi mereka sentiasadisimpan dan dilindungi dengan rapi. Aspek kerahsiaan ini juga menunjukkantahap integriti tertinggi di pihak Kerajaan dan LHDNM yang mengiktirafpembayar cukai yang patuh kepada undang-undang cukai serta menyumbangkepada pembangunan negara. Kerajaan terus komited untuk membuat bayaran balik cukai yang telah terlebihbayar oleh pembayar cukai sebagaimana yang diumumkan semasapembentangan Belanjawan 2019 yang lalu.

SOALAN NO. 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT MALAYSIA

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

KAWASAN : JELI

TARIKH : 26 MAC 2019

SOALAN NO. 44

Minta MENTERI PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan status

terkini pelaburan PETRONAS dan Saudi Aramco di Pengerang. Bilakah

projek ini akan mula beroperasi sepenuhnya dan apakah kesannya

kepada ekonomi termasuklah peluang pekerjaan, peluang perniagaan

kepada syarikat PKS dan eksport.

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Saudi Aramco telah

memuktamadkan Perjanjian Pembelian Saham (SPA) berjumlah AS$7

bilion (RM27.4 bilion) untuk hak pemilikan ekuiti dan penglibatan sama

rata (50/50) bagi operasi kilang penapisan minyak, perekah naphtha

(“naphtha cracker”) dan kemudahan petrokimia terpilih di Kompleks

Bersepadu Pengerang (PIC), Johor pada bulan Mac 2018.

2. Seterusnya, kedua-dua syarikat tersebut telah melancarkan identiti

korporat bagi usahasama ini yang dijenamakan sebagai PRefChem,

iaitu gabungan Pengerang Refining Company Sdn. Bhd. dan

*Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd pada bulan Mei 2018.

Produk petrokimia yang berasaskan polipropilena dan polietilina

merupakan antara produk yang akan dihasilkan oleh syarikat gabungan

ini untuk pasaran tempatan dan eksport.

SOALAN NO. 44

2

3. Pembangunan projek PIC adalah seperti yang dijadualkan, di

mana kilang penapisan minyak dan perekah naphtha (“naphtha

cracker”) telah memulakan proses pentauliahan (“commissioning”) pada

bulan Januari 2019. Bagi pengeluaran secara komersil pula, ianya

dijangkakan bermula pada suku keempat 2019.

4. Sehingga kini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

(MIDA) telah meluluskan sebanyak lapan (8) projek di Pembangunan

Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), iaitu sebahagian

daripada PIC dengan kawasan seluas 6,242 ekar yang dibangunkan

oleh PETRONAS. Kelapan-lapan projek tersebut membabitkan jumlah

pelaburan terkumpul sebanyak RM69.53 bilion dengan peluang

pekerjaan seramai 2,466 orang.

5. Usahasama di antara PETRONAS dan Saudi Aramco ini dijangka

dapat meningkatkan nilai eksport negara disamping akan melengkapkan

ekosistem industri plastik di Malaysia yang secara amnya dimonopoli

oleh syarikat-syarikat PKS. Ini adalah kerana produk petrokimia yang

akan dihasilkan merupakan bahan mentah utama bagi industri plastik.

6. Selain itu, syarikat-syarikat PKS turut akan mendapat manfaat

daripada kos operasi dan bahan mentah yang rendah, seterusnya

dapat bersaing dengan syarikat-syarikat besar lain di pasaran global.

Sekian, terima kasih.

Nota

* Pengerang Refining Company Sdn Bhd dahulunya dikenali sebagai

PRPC Refinery and Cracker Sdn Bhd.

* Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd dahulunya dikenali

sebagai PRPC Polymers Sdn Bhd.

NO SOALAN : 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYATMESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS_______________________________________________________________________________

PERTANYAAN : LISANDARIPADA : Y.B. DATUK RONALD KIANDEE [BELURAN]TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 45

Y.B. DATUK RONALD KIANDEE [ BELURAN ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan:-(a) apakah tahap kemampuan Kerajaan dalam melaksanakan Bajet 2019; dan(b) adakah Kerajaan akan membentangkan semula penyesuaian bajetberdasarkan kepada kedudukan ekonomi dan harga pasaran minyak duniasemasa.

NO SOALAN : 45JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, 1. Kerajaan Persekutuan menyediakan Belanjawan Tahun 2019 berdasarkankepada unjuran hasil yang telah ditetapkan di mana kutipan hasil ini akandigunakan untuk membiayai Perbelanjaan Mengurus Kerajaan. BagiPerbelanjaan Pembangunan, sumber pembiayaan adalah daripada pinjamanKerajaan. Oleh yang demikian, Kerajaan akan melaksanakan program danprojek yang telah ditentukan berdasarkan kepada hasil dan pinjaman yangtelah diambil kira semasa menyediakan Belanjawan 2019 melalui strategi danlangkah yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan untuk meningkatkan hasil danmemastikan kemampanan fiskal jangka panjang, Kerajaan yakin bahawaBelanjawan 2019 boleh dilaksanakan dalam usaha untuk mencapai sasaran danoutcome nasional yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, 2. Bagi menjawab soalan kedua, setakat ini tiada langkah penyesuaian bajetakan diambil memandangkan Kerajaan masih mampu untuk melaksanakansemua inisiatif, program dan projek seperti yang dirancang berdasarkankeadaan ekonomi semasa. 3. Walau bagaimanapun, Kerajaan bersedia melaksanakan langkah inisekiranya terdapat keperluan. Ini adalah selaras dengan fungsi KementerianKewangan dalam mengendalikan dasar fiskal negara. Perkara ini bukan suatuperkara baharu dan dilaksanakan di seluruh dunia. Oleh itu, sebarang keperluanuntuk penyesuaian semula bajet akan diteliti jika perlu bagi memastikan rakyatterus terbela selaras dengan manifesto Kerajaan.

NO SOALAN : 46

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : PUAN JUNE LEOW HSIAD HUI [ HULU

SELANGOR ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 46

Minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sama

ada Kementerian atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)

akan menggalakkan pembinaan lebih banyak menara telekomunikasi di

kawasan luar bandar, terutamanya di kawasan Orang Asli.

NO SOALAN : 46

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa

menggalakkan pembinaan menara komunikasi untuk

meningkatkan liputan telekomunikasi di kawasan luar bandar

termasuklah di kawasan perkampungan Orang Asli.

2. Setakat ini, pihak Kerajaan telah membina 91 menara komunikasi

baharu yang beroperasi di sekitar kawasan perkampungan Orang

Asli di seluruh negara.

3. Selain itu, tambahan 7 menara masih dalam peringkat

pelaksanaan yang dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat

2019 terletak di sekitar perkampungan Orang Asli.

4. Proses penambahbaikan kualiti perkhidmatan komunikasi di

kawasan luar bandar termasuklah perkampungan Orang Asli

adalah proses yang berterusan dari semasa ke semasa.

NO. SOALAN : 47

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 26 MAC 2019 [ SELASA ]

DARIPADA : DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM

[ ARAU ]

SOALAN :

DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM [ Arau ] minta

PERDANA MENTERI menyatakan apakah pihak Kerajaan akan

menyediakan tapak (melalui pengambilan tanah) bagi projek sosial

seperti tapak surau, tapak dewan, tapak tadika dan lain-lain lagi

tanpa menganggu kawasan lapang. Apakah pihak Kerajaan

bercadang untuk membenarkan Wakaf Bertempoh (20 tahun atau

30 tahun) bagi tapak kepunyaan individu.

JAWAPAN: (YB DATO’ DR. MUJAHID BIN YUSOF, MENTERI DI

JABATAN PERDANA MENTERI)

Tuan Yang di-Pertua,

Pelaksanaan projek sosial seperti tapak surau, tapak dewan, tapak

tadika dan lain-lain lagi yang memerlukan penyediaan tapak melalui

pengambilan tanah hendaklah dirancang dengan teliti dengan mengambil

kira peruntukan kewangan oleh Kementerian/agensi yang terlibat.

Pelaksanaan sebarang bentuk projek pembangunan perlulah mematuhi

Akta 172 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 yang jelas memberi

perhatian kepada pengekalan kawasan lapang seperti yang dinyatakan di

bawah Seksyen 12, Seksyen 21B(i)(a) dan Seksyen 22(2B)(5) Akta 172

Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976.

NO. SOALAN : 47

2

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan tidak mempunyai halangan untuk mana-mana pihak dalam

melaksanakan pelbagai jenis wakaf termasuklah wakaf bertempoh atau

“wakaf muaqqat”. Wakaf bertempoh bukanlah suatu jenis wakaf yang baru

di Malaysia. Terdapat beberapa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang

telah memasukkan wakaf ini ke dalam enakmen wakaf seperti di bawah

Seksyen 18, Bahagian V, Pewujudan Wakaf, Enakmen Wakaf

(Terengganu) 2016.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai sebuah Kerajaan Persekutuan dan menerusi pembahagian kuasa

perundangan antara persekutuan dengan negeri dalam Perlembagaan

Persekutuan, undang-undang wakaf di Malaysia adalah di bawah bidang

kuasa negeri dan pentadbirannya diperuntukkan dalam enakmen

pentadbiran agama

Islam atau enakmen undang-undang Islam di setiap negeri seperti mana

yang dinyatakan di dalam Butiran 1, Senarai 2, Jadual Kesembilan,

Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, MAIN selaku pemegang amanah

tunggal bagi semua harta wakaf sama ada berbentuk harta alih atau harta

tak alih di negeri masing-masing dan bertanggungjawab untuk

memastikan harta wakaf diuruskan dengan sebaiknya. Oleh yang

demikian, sebarang bentuk dan jenis wakaf yang hendak dilaksanakan

perlulah mendapat kebenaran dari MAIN negeri yang terlibat sepertimana

yang dinyatakan di dalam enakmen wakaf dan Enakmen Pentadbiran

Agama Islam Negeri.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO. 48

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN

[ SELAYANG ]

TARIKH : 26 MAC 2019

SOALAN : Tuan William Leong Jee Keen

[ Selayang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimana

dengan hubungan luar Malaysia dengan Singapura pada masa ini

susulan isu pertikaian ruang udara dan sempadan perairan dengan

Singapura serta komitmen Kerajaan bagi merapatkan lagi hubungan

baik dengan Singapura.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Selayang

atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Kerajaan Malaysia sentiasa berpegang teguh dengan prinsip

jalinan persahabatan yang baik dengan semua negara, termasuk

Singapura. Sudah pasti Kerajaan Malaysia akan terus komited untuk

memperkasakan hubungan dua hala, mempertingkatkan kerjasama

ekonomi dan menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertunggak demi

kepentingan bersama.

3. Sebagai negara di sebuah rantau yang saling mempunyai hubung

kait, Malaysia mahu jiran-jirannya maju dan berjaya kerana sebarang

kejayaan mereka akan melimpah ke rantau ini, manakala sebarang

kesukaran mereka pastinya akan membawa kesan buruk ke rantau ini,

SOALAN NO. 48

2

termasuk Malaysia. Malaysia dan Singapura mempunyai jalinan

hubungan dua hala yang rapat berasaskan pertalian sejarah dan

perikatan hubungan diplomatik selama 53 tahun.

4. Keakraban antara Malaysia dan Singapura terserlah dengan

pertukaran lawatan di antara pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura

yang dijalankan dengan baik sejak Pakatan Harapan mengambil alih

tampuk pemerintahan pada 9 Mei 2018. Mengekalkan momentum positif

ini, antara lawatan yang telah diladakan termasuk Lawatan Kerja YB

Menteri Luar Negeri (saya) ke Singapura pada 8 Januari 2019; Lawatan

Kerja YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada 13-14 Januari 2019;

Lawatan Kerja YB Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan

Perubahan Iklim pada 23-25 Januari 2019; dan Lawatan Kerja YB

Menteri Pengangkutan pada 23 Januari 2019. Interaksi aktif ini akan

diteruskan oleh Kerajaan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua,

5. YAB Perdana Menteri akan bertemu dengan Perdana Menteri

Singapura pada 8-9 April 2019 bersempena Sesi Pemukiman

Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-9 yang akan diadakan di

Putrajaya dan julung kalinya dihoskan di bawah tampuk kepimpinan

Pakatan Harapan. Sesi Pemukiman ini merupakan satu mekanisme dua

hala yang penting dan akan dijadikan sebagai landasan bagi

memantapkan kerjasama dan mencari penyelesaian bersama untuk isu

dua hala Malaysia-Singapura.

6. Kerajaan akan sentiasa mencari dan meneroka bidang kerjasama

baru untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia-

Singapura. Pada masa yang sama, keutamaan akan diberikan untuk

menyelesaikan isu-isu dua hala secara aman, melalui perbincangan dan

proses rundingan. Usaha-usaha diplomatik yang sedang dijalankan kini

mempamerkan komitmen kedua-dua kerajaan bagi mengekalkan jalinan

hubungan sedia ada yang baik dan persefahaman yang wujud untuk

menyelesaikan isu-isu dua hala demi kepentingan bersama.

Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN : 49

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO’ ROSOL BIN WAHID

[HULU TERENGGANU]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO.49 :

Minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN

PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah-langkah yang diperkenalkan

Kementerian dalam menggalakkan penglibatan sektor swasta menceburi

Industri Tenaga Boleh Diperbaharui terutamanya tenaga solar khasnya di

negeri Terengganu.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Dalam menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam bidang

tenaga boleh baharu (TBB), Kerajaan telah memperkenalkan

inisiatif-inisiatif di seluruh negara tanpa memberi tumpuan khusus

kepada negeri-negeri tertentu. Antara inisiatif tersebut adalah

seperti berikut:

(i) pembelian elektrik pada kadar tarif premium oleh utiliti melalui

mekanisme Feed-in Tariff (FiT) bagi TBB yang dijana dan

dieksport ke grid nasional;

(ii) pelaksanaan Net Energy Metering (NEM) yang membolehkan

pengguna menjana tenaga melalui pemasangan solar

NO. SOALAN : 49

2

photovoltaic (PV) untuk kegunaan sendiri bagi menjimatkan

bil elektrik. Melalui NEM, lebihan tenaga elektrik yang

dihasilkan akan dieksport ke grid dan dikreditkan dalam

bentuk kredit tenaga dalam bil pengguna berdasarkan kadar

tarif semasa;

(iii) pelaksanaan Large Scale Solar (LSS) melalui proses

pembidaan kompetitif dan terbuka bagi mendapatkan bekalan

tenaga solar pada kadar tarif yang paling kompetitif;

(iv) pengenalan insentif fiskal Green Investment Tax Allowance

(GITA) serta Green Income Tax Exemption (GITE) pada tahun

2016 dan diteruskan sehingga tahun 2020; dan

(v) pelaksanaan insentif pembiayaan Green Technology

Financing Scheme (GTFS) bawah Bajet 2019 di mana

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi

menampung 2% daripada kadar faedah pinjaman untuk lima

tahun pertama pelaksanaan projek-projek TBB.

2. Sehingga kini, jumlah kapasiti terpasang bagi TBB di Negeri

Terengganu di bawah program FiT ialah sebanyak 10.78 Megawatt

(MW) dan sebanyak 18.5MW adalah di bawah Program LSS.

Daripada jumlah tersebut, 29.3MW adalah daripada sumber tenaga

solar. Ini menunjukkan bahawa program-program yang telah

dilaksanakan Kerajaan telah mewujudkan dan menggalakkan

penglibatan sektor swasta menceburi Industri TBB terutamanya

dalam bidang tenaga solar di Negeri Terengganu.

Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN: 50

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KE-EMPAT BELAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN HAJI WAN HASSAN BIN MOHD

RAMLI

[ DUNGUN ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 50

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan lokasi – lokasi

pemasangan AES tambahan dan perbandingan data kes kemalangan di

lokasi – lokasi kemalangan setelah AES beroperasi.

NO. SOALAN: 50

2

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 1 Mac 2019, sebanyak

empat puluh lima (45) kamera Automated Enforcement System

(AES) telah beroperasi iaitu empat (4) lokasi di negeri Johor, empat

(4) lokasi di negeri Melaka, enam (6) lokasi di negeri Selangor, tujuh

(7) lokasi di negeri Kedah, satu (1) lokasi di negeri Pulau Pinang,

lima belas (15) lokasi di negeri Perak, dua (2) lokasi di Negeri

Sembilan, dua (2) lokasi di negeri Terengganu, satu (1) lokasi di

negeri Kelantan, dua (2) lokasi di negeri WPKL dan satu (1) lokasi

di Putrajaya.

2. Pada masa ini, belum ada pemasangan kamera baharu dilakukan.

Kerajaan sedang dalam peringkat kajian dan penentuan semula

lokasi bagi membuat penambahbaikan dengan mengemaskini

kawasan kerap kemalangan berasaskan data-data terkini. Walau

bagaimanapun, penambahan kamera ini akan dilaksanakan kelak

mengambilkira keperluan semasa serta peruntukan kewangan yang

ada.

3. Berhubung dengan perbandingan data kes kemalangan di lokasi-

lokai AwAS beroperasi, satu kajian keberkesanan sistem AwAS

bagi tempoh lapan (8) bulan pertama pelaksanaan AwAS mulai 23

September 2012, menunjukkan pengurangan kes kemalangan

maut iaitu dua belas (12) kemalangan maut direkodkan di empat

belas (14) lokasi kamera AES berbanding sembilan belas (19) kes

bagi tempoh yang sama sebelum pelaksanaan AwAS. Ini bermakna

AwAS telah berjaya mengurangkan sebanyak tujuh (7) kes

kemalangan maut atau 36.84 % berdasarkan statistik yang

diperolehi daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

4. Selain itu, analisis pada tahun 2017 yang dijalankan oleh Institut

Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) semasa Operasi

Tahun Baru Cina 2017 (OPS TBC 2017) di tujuh (7) lokasi baharu

AwAS menunjukkan tiada kematian yang direkodkan bagi tempoh

NO. SOALAN: 50

3

OPS TBC 2017 berbanding dua (2) kematian yang dicatatkan pada

tahun 2016 bagi tempoh yang sama. Bilangan kemalangan juga

telah menurun sebanyak 18 kes (90%) kemalangan iaitu daripada

dua puluh (20) kes pada tahun 2016 kepada dua (2) kes pada tahun

2017.

5. Analisis pihak MIROS menggunakan data kemalangan dari PDRM

dan Lembaga Lebuhraya Malaysia menunjukkan terdapat

pengurangan 25% kes kemalangan di 21 lokasi kamera had laju

AES di lebuhraya pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 sebelum

kamera AES beroperasi. Berikut merupakan senarai lokasi AES

yang ditambah pada tahun 2017 dan 2018.

6. Melalui statistik-statistik tersebut, adalah dapat dibuktikan

keberkesanan pelaksanaan AwAS dalam meningkatkan tahap

keselamatan jalan raya melalui penurunan angka kemalangan maut

dan kes kematian seperti yang telah dinyatakan.

Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN: 51

DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2019)

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

DARIPADA : Dato' Johari bin Abdul

[ Sungai Petani ]

SOALAN : 51

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan bilakah Kerajaan akan memulakan proses perlantikan Ahli-ahli

Suruhanjaya seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM),

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Malaysia akan

dikemukakan dan disahkan oleh Parlimen.

NO. SOALAN: 51

JAWAPAN: YB Datuk Liew Vui Keong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan dalam proses mengkaji cadangan ini dengan lebih mendalam bagi

memastikan ianya selaras dengan kerangka Perlembagaan Persekutuan

dan undang-undang yang berkuatkuasa. Kajian berterusan juga perlu dibuat

terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan tersebut. Ini

mengambil kira sesetengah jawatan mempunyai akta-akta dan undang-

undang sendiri mengenai pelantikan ahli-ahlinya.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO: 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI M. SARAVANAN [ TAPAH ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 52

Minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan

apakah keputusan yang Kerajaan Pakatan Harapan boleh maklumkan hasil

daripada Kajian Separuh Penggal Dasar Agromakanan Negara dan adakah

telah mewujudkan satu dasar yang lebih baik dengan cara memanfaatkan

teknologi pertanian moden yang terkini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Dasar

Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 bermatlamat untuk menjamin

bekalan makanan yang mencukupi dan selamat, menjadikan sektor

agromakanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan, dan

meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani akan berakhir pada

tahun 2020.

Kajian Separuh Penggal DAN telah dilaksanakan pada tahun 2016.

Secara keseluruhan, analisis kajian tersebut mendapati bahawa

5 daripada 15 industri khusus yang telah dikenal pasti di bawah DAN

adalah berada dalam landasan (on track) bagi mencapai sasaran

yang telah ditetapkan.

SOALAN NO: 52

Manakala prestasi beberapa industri khusus seperti buah-buahan,

kelapa, akuakultur, ikan hiasan, rumpai laut, herba dan cendawan

perlu dipertingkatkan lagi untuk mencapai sasaran pengeluaran

sebagaimana yang telah ditetapkan.

Bagi memastikan matlamat DAN tercapai dalam tempoh dua tahun

terakhir, ‘Hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

(MOA): Prioriti dan Strategi 2019-2020’ telah dilancarkan pada 14

Februari 2019. Hala Tuju ini dirangka berasaskan tiga dimensi sektor

agromakanan, iaitu sekuriti makanan negara, pembangunan ekonomi

luar bandar serta pelaburan swasta dan perdagangan antarabangsa.

Bagi memanfaatkan teknologi pertanian moden yang terkini, Hala Tuju

Kementerian ini akan menumpukan pemodenan amalan pertanian

melalui peningkatan penerimagunaan teknologi melalui tiga insentif,

iaitu menyebarluaskan penggunaan teknologi pertanian (mekanisasi

dan automasi), membangunkan model pertanian moden dan

membangunkan pangkalan data agromakanan negara (AgF).

Selain itu, Hala Tuju MOA ini juga mengandungi inisiatif bagi

menjadikan petani Malaysia mampu beroperasi dan menikmati

“economy of scale”. Peralihan daripada pertanian berskala kecil

kepada berskala besar dan komersial akan dilaksanakan secara

inklusif dan bertumpu kepada peningkatan pendapatan petani,

penternak dan nelayan kecil.

Bagi tempoh jangka panjang, Kementerian sedang menyediakan

Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) yang akan dilaksanakan

dari tempoh 2021 sehingga 2030. Sejajar dengan perkembangan

Revolusi Perindustrian 4 (4IR), DAN 2.0 akan terus memastikan

jaminan bekalan makanan negara yang mencukupi dan selamat

menerusi pemodenan sektor agromakanan. Selain itu, komoditi

pertanian bernilai tinggi juga akan dibangunkan sebagai sumber

kekayaan baharu negara.

NO SOALAN : 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN KHOO POAY TIONG

[ KOTA MELAKA ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 53

Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pelaksanaan Skim

Perlindungan Nasional B40 (MySalam) dan Skim Perlindungan

Kesihatan (Peka), dan apakah strategi jangka masa panjang

Kementerian untuk skim -skim ini.

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan

Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 pada April 2019 dan

objektif utama Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau

dikenali sebagai PeKa B40 adalah untuk mempertingkatkan saringan

kesihatan penyakit tidak berjangkit di mana empat pakej manfaat utama

PeKa B40 terdiri daripada Saringan Kesihatan, Bantuan Alat

Perubatan, Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser dan Insentif

Tambang Pengangkutan.

PeKa B40 akan dilaksanakan sebagai projek perintis bermula

dalam kalangan kumpulan B40 yang berumur 50 tahun dan ke atas.

KKM sedang memuktamadkan perincian pelaksanaan termasuk

mengoptimakan peruntukan RM100 juta yang diluluskan dalam Bajet

2019, di samping mengadakan perbincangan melalui sesi libat urus

atau sesi engagement (dengan izin) bersama para pengamal

NO SOALAN : 53

2

perubatan swasta, Exco Kesihatan Negeri, ADUN serta anggota KKM

di setiap negeri untuk memberikan pemahaman tentang pelaksanaan

PeKa B40 serta mendapatkan maklumbalas dan cadangan

penambahbaikan.

Rakyat yang layak mendapat manfaat PeKa B40 adalah

kumpulan B40 yang berdaftar dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan

pasangan mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas. Merujuk kepada

data BSH 2018, terdapat seramai 3.94 juta jumlah penerima manfaat

PeKa B40 di Malaysia. Berdasarkan peruntukan permulaan sebanyak

RM100 juta, adalah dianggarkan seramai 800,000 penerima akan

mendapat manfaat projek perintis PeKa B40 melalui konsep first come,

first serve basis (dengan izin).

Pakej pertama manfaat PeKa B40 ialah saringan kesihatan yang

akan dilakukan di klinik swasta yang berdaftar sebagai Klinik PeKa B40.

Selain itu, bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai klinik swasta,

saringan kesihatan boleh dibuat di Klinik Kesihatan KKM. Individu yang

mempunyai keputusan saringan tidak normal, akan dirujuk ke klinik

kesihatan atau hospital KKM untuk rawatan lanjut.

Pelaksanaan projek perintis PeKa B40 tidak akan menambahkan

kesesakan di fasiliti KKM kerana kebanyakan saringan dibuat di klinik

swasta. Kes rujukan pula adalah daripada 800,000 penerima yang

keputusan saringannya tidak normal sahaja. Penambahan pesakit di

fasiliti KKM ini tidak akan membebankan perkhidmatan KKM secara

keseluruhan.

Kementerian Kesihatan akan berusaha memastikan projek

perintis PeKa B40 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya,

untuk strategi jangka masa panjang, apabila peruntukan tambahan

diberikan, KKM akan memperluaskan PeKa B40 secara berfasa,

hingga merangkumi kesemua golongan B40 yang berdaftar, agar dapat

mengurangkan bebanan penyakit tidak berjangkit khususnya dalam

kalangan kumpulan B40.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN : 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO

[KLANG]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 54

Minta MENTERI KESIHATAN menyatakan cadangan dan rancangan

kerajaan untuk memperkenalkan ‘plain packaging’ bagi rokok dan

menyatakan ‘road map’ untuk menyedarkan rakyat Malaysia mengenai

kepentingan dasar ini untuk mencegah kanser.

JAWAPAN

Yang di-Pertua,

Kementerian Kesihatan Malaysia komited untuk melaksanakan

plain packaging bagi rokok selaras dengan Artikel 11 perjanjian WHO

Framework Convention on Tobacco Control. Pihak Kementerian

Kesihatan masih mengkaji peruntukan yang boleh digunakan bagi

melaksanakan plain packaging di kotak rokok. Peruntukan sedia ada

adalah seperti berikut:

a) Dua peraturan berkaitan pembungkusan kotak rokok iaitu

Peraturan 15 berkenaan amaran kesihatan pada bungkusan rokok dan

Peraturan 16 berkenaan pembungkusan rokok. Pelaksanaan plain

packaging memerlukan peruntukan baru diwujudkan di bawah

peruntukan-peruntukan sedia ada; dan

b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau adalah terletak di

bawah Akta Makanan seksyen 36 "Pemakaian Mengenai Tembakau"

di mana ia adalah terhad. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang

NO SOALAN : 54

2

mengkaji agar pelaksanaan plain packaging ini dapat dilaksanakan di

bawah Akta baru yang sedang dibangunkan selaras dengan keputusan

kabinet pada November 2016 agar Akta baru bagi kawalan tembakau

diwujudkan.

Berikut adalah Road Map Kementerian Kesihatan Malaysia bagi

menyedarkan rakyat Malaysia mengenai kepentingan dasar ini untuk

mencegah kanser :

a) Mengadakan satu bengkel berkaitan Plain Packaging pada 17

Disember 2018 dan telah melibatkan pelbagai agensi dan

kementerian. Pihak KKM juga telah menjemput wakil daripada

McCabe Centre for Law and Cancer, Australia untuk berkongsi

pengalaman yang telah dilalui oleh negara Australia di dalam

melaksanakan plain packaging terutama berkaitan isu perundangan

yang melibatkan perdagangan produk rokok;

b) Mengkaji kaedah implementasi negara–negara lain yang telah

menguatkuasakan peraturan Plain Packaging terutama melibatkan

peruntukan undang-undang yang digunakan;

c) Mengkaji kaedah untuk mengukur dan memperolehi impak

penurunan peratus merokok susulan implementasi Plain Packaging

sebagai contoh kejayaan kerajaan Australia dalam menurunkan

prevalens merokok di negara mereka;

d) Menyiapkan satu kertas cadangan pelaksanaan Plain Pacakging di

Malaysia dan mendapatkan kebenaran Jemaah Menteri;

e) Melaksanakan sesi taklimat dan konsultasi serta Penilaian Impak

Risiko (Risk Impak Assessment) susulan cadangan pelaksanaan

Plain Packaging; dan

f) Membuat pindaan yang perlu kepada undang-undang dan peraturan

sedia ada.

NO. SOALAN : 55

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2019)

_________________________________________________________

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN WONG HON WAI

[ BUKIT BENDERA ]

TARIKH : 26 MAC 2019

SOALAN :

Minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan

apakah usaha Kerajaan untuk mengawal selia aktiviti Airbnb yang

tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan sama ada Kementerian

berhasrat mengenakan cukai terhadapnya seperti yang dikenakan ke

atas hotel-hotel.

NO. SOALAN : 55

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,

perkara berkaitan rumah tumpangan atau rumah pemalam dengan izin,

(boarding houses or lodging houses) adalah di bawah bidang kuasa

kerajaan negeri yang berciri tempatan. Sehubungan dengan itu,

pelesenan dan pengawalseliaan premis penginapan seperti Airbnb

adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kerajaan sedar akan isu-isu yang menggusarkan pihak industri

hotel khususnya hotel-hotel bajet yang mendakwa operasi mereka

terjejas dengan kewujudan Airbnb. Maka kerajaan sedang mengkaji isu

pengawalseliaan operasi premis penginapan jangka pendek seperti

Airbnb melalui penubuhan Working Group On Home Sharing Economy

di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di

peringkat nasional. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil daripada

pihak swasta dan sektor awam termasuk MOTAC yang bertujuan untuk

membangunkan cadangan Roadmap for Regulatory Framework on

Short Term Accomodations.

Kementerian berpandangan sebarang premis penginapan yang

memenuhi syarat pengenaan cukai sama ada oleh PBT atau

Persekutuan harus dikenakan cukai yang selayaknya. Walau

bagaimanapun, perkara berkaitan pengenaan cukai ini adalah tertakluk

kepada Undang-Undang Kerajaan Negeri dan Kementerian Kewangan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN : 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYATMESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS_______________________________________________________________________________

PERTANYAAN : LISANDARIPADA : Y.B. TUAN OSCAR LING CHAI YEW [SIBU]TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 56

Y.B. TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ] minta MENTERI KEWANGANmenyatakan mengapa fi “Sufferance Whaft” telah meningkat kepada RM150. Iniadalah tidak adil kepada kapal yang berlayar dari Sibu ke Limbang dan Lawas,kerana meraka akan memasuki perairan Negara Brunei, di mana ia akandianggap eksport ke Brunei dan import lagi balik ke Sarawak apabila melintasiperairan Brunei. Kementerian Kewangan harus memberi pengecualian kepadakapal-kapal yang berlayar melintasi perairan Brunei di dalam Sarawak.

NO SOALAN : 56JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967,Sufferance Wharf atau Dermaga yang Dibenarkan ditakrifkan sebagai mana-mana tempat selain daripada suatu tempat yang diluluskan bagi memuat ataumemunggah, yang pegawai kanan kastam menurut budi bicaranya, dan denganapa-apa syarat dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkannya,sama ada secara am atau dalam sesuatu hal tertentu, boleh membenarkan apa-apa barang-barang dimuatkan atau dipunggah. Kemudahan Sufferance Wharfini hanya diwujudkan di Sabah dan Sarawak atas faktor kekurangan akseskepada jalan darat serta kedudukan pelabuhan yang jauh dari sesetengahkawasan pedalaman. Di bawah seksyen 23 Akta yang sama, tiada barang yang diimport melalui lautatau diangkut melalui air dari mana-mana tempat di Malaysia boleh didaratkankecuali di sesuatu tempat mendarat yang sah di sisi undang-undang dengansyarat bahawa di Sabah dan Sarawak barang itu bolehlah didaratkan di sesuatuDermaga Yang Dibenarkan. Manakala di bawah seksyen 26 Akta, tiada barangboleh dimuatkan atau diangkut melalui air bagi pengeksportan melalui laut ataubagi pengangkutan melalui air dari mana-mana tempat ke suatu tempat laindalam Malaysia kecuali di sesuatu tempat mendarat yang sah di sisi undang-undang dengan syarat bahawa di Sabah dan Sarawak barang itu bolehdimuatkan atau diangkut melalui air dieksport melalui laut di sesuatu DermagaYang Dibenarkan. Berdasarkan peruntukan seksyen 144 Akta Kastam 1967 juga, Ketua PengarahKastam boleh mengenakan apa-apa fi yang difikirkan munasabah berkenaandengan apa-apa perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Kastam DirajaMalaysia yang tidak dikehendaki untuk diberikan di bawah Akta tersebut dantidak ada fi yang ditetapkan baginya di bawah mana-mana undang-undang.Berdasarkan peruntukan ini, Ketua Pengarah pada masa ini mengenakan fisebanyak RM50 ke atas perkhidmatan Kastam yang diberikan di Sufferance

NO SOALAN : 56Wharf di Sabah dan Sarawak. Fi yang sama juga telah dikenakan ke atas perkhidmatan Kastam di JetiPersendirian. Namun mulai 1 September 2018, Ketua Pengarah Kastam telahmenaikkan fi perkhidmatan Kastam tersebut kepada RM150. Bagaimanapun,kenaikan fi ini hanya terpakai kepada perkhidmatan Kastam di Jeti Persendiriandi bawah seksyen 30 dan 33 Akta Kastam 1967 dan tidak melibatkanSufferance Wharf di bawah seksyen 23. Sehubungan itu, fi perkhidmatanKastam di Sufferance Wharf pada masa ini adalah kekal sebanyak RM50.Dengan yang demikian, cadangan Yang Berhormat supaya KementerianKewangan memberi pengecualian fi Sufferance Wharf kepada kapal-kapal yangbelayar melintasi perairan Brunei di dalam Sarawak adalah tidak berbangkit.

NO SOALAN : 57

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH

[ PAYA BESAR ]

TARIKH : 26 MAC 2019 [ SELASA ]

SOALAN NO. 57

Minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perancangan khusus Kementerian untuk mewujudkan skim atau projek perumahan berkelompok khusus untuk anak muda sahaja supaya golongan ini dapat membeli rumah dan dapat memiliki rumah pada harga yang berpatutan dengan situasi, citarasa dan kemampuan kewangan anak muda.

NO SOALAN : 57

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, antara perancangan khusus

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk

penyediaan perumahan kepada golongan belia ialah melalui

pelaksanaan Program Rumah Transit. Program ini disediakan oleh

Kerajaan untuk memberi kemudahan penyewaan rumah secara

sementara kepada pasangan muda yang baru berkahwin bagi

mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah dan

sederhana di kawasan bandar.

2. Syarat permohonan bagi Program Rumah Transit adalah:

a) Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;

b) Berumur 18 hingga 30 tahun;

c) Pemohon bekerja di kawasan/negeri rumah transit yang

dimohon;

d) Tidak memiliki rumah di kawasan/negeri yang dimohon;

e) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan; dan

f) Tiada rekod jenayah.

NO SOALAN : 57

3

3. Sehingga kini, KPKT telah menyediakan 2 program Rumah Transit

di lokasi seperti berikut:

4. Melalui Program Rumah Transit ini, pemohon yang layak akan

ditawarkan satu unit rumah untuk disewa bagi tempoh permulaan selama

3 tahun dengan opsyen lanjutan maksimum selama 2 tahun

(1 + 1) dengan kadar sewaan RM250.00 sebulan termasuk yuran

penyelenggaraan.

5. Untuk makluman Yang Berhormat, selain daripada Program Rumah

Transit, KPKT juga telah melancarkan Program Rumah Transit Belia.

Program ini adalah khusus untuk membantu golongan muda di kawasan

bandar bagi mendapatkan kemudahan kediaman. Melalui program ini

dijangkakan sebanyak 3,648 unit Rumah Transit Belia akan dibina di 3

kawasan iaitu di Mukim Kepong, Mukim Batu dan Pekan Kuang, Daerah

Gombak. Program ini mempunyai 2 jenis spesifikasi rumah iaitu

pangsapuri jenis studio (400kps) dan pangsapuri jenis 2 bilik (550kps).

6. Melalui program ini juga, Kerajaan memperkenalkan kaedah ‘Force

Saving’ yang akan memberi pulangan wang simpanan kepada penyewa

setelah tamat tempoh sewaan. Wang simpanan ini akan digunakan

sebagai deposit oleh penyewa untuk membeli rumah. Selain itu juga,

kadar sewaan unit rumah adalah 30% lebih rendah berbanding harga

pasaran. Sekian, terima kasih.

BIL. PROGRAM UNIT PIHAK

PENGURUSAN

1. Rumah Transit Bukit Jalil,

Kuala Lumpur 632 JPN

2. Rumah Transit Sg. Melana,

Johor Bahru, Johor 390 SUK Johor

NO SOALAN : 58

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2019)

_________________________________________________________

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR

[ PERMATANG PAUH ]

TARIKH : 26 MAC 2019

SOALAN :

Minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan :-

(a) perancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah

rantaian bekalan untuk industri batik negara; dan

(b) usaha meluluskan penggunaan kemeja batik Malaysia di Dewan

Rakyat pada setiap hari Khamis.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia)

sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah rantaian bekalan bagi

industri batik negara dengan melaksanakan pelbagai langkah seperti

berikut:

a) Kraftangan Malaysia telah bekerjasama dengan persatuan

pembatik di negara ini bagi mengatasi masalah bekalan bahan mentah.

Persatuan Pembatik membuat pembelian bahan mentah seperti kain

putih dan bahan pewarna dari luar negara untuk dibekalkan kepada

NO SOALAN : 58

2

usahawan batik di negara ini. Kraftangan Malaysia juga merangka

inisiatif untuk mempelbagaikan sumber import bahan mentah

terutamanya kain putih dari negara lain seperti India, Thailand dan

Indonesia dalam usaha mengurangkan kebergantungan daripada satu

negara;

b) mengadakan kajian penggunaan warna bagi meningkatkan kualiti

dari segi penyerapan, ketahanan dan kesesuaian warna pada pelbagai

jenis kain putih. Kraftangan Malaysia juga turut mengenal pasti jenis-

jenis kain di pasaran yang sesuai untuk dijadikan bahan asas dalam

penghasilan batik.

c) mempromosikan produk batik melalui penganjuran program-

program seperti Hari Kraf Kebangsaan, Festival Tekstil Pantai Timur,

Festival Kraf Melaka, Festival Kraf Malaysia dan Festival Kraf Johor;

d) melaksanakan program Kraf Komuniti Ku (KKK) yang melibatkan

komuniti setempat dalam usaha menambah bilangan usahawan dan

seterusnya meningkatkan pengeluaran batik agar dapat memenuhi

permintaan pasaran. Antara program KKK yang telah dan akan

dilaksanakan adalah di Lahad Datu, Sabah (2018), Kota Bharu,

Kelantan (2019) dan Kuala Terengganu (2019); dan

e) Institut Kraf Negara (IKN) telah menawarkan pengajian peringkat

Sijil dan Diploma Seni Kraf Batik kepada pelajar lepasan SPM bagi

memastikan industri ini mempunyai tenaga mahir yang mencukupi.

Selain itu, usaha turut dilaksanakan untuk memperkasakan

pengetahuan mereka tentang kelestarian dan rantaian bekalan berkaitan

industri batik. Sejak tahun 2001 sehingga 2018 seramai 1,099 graduan

telah menamatkan pengajian dan daripada jumlah tersebut seramai 732

orang adalah graduan dari bidang batik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian ini masih

tiada perancangan untuk mengemukakan cadangan penggunaan

kemeja batik Malaysia di Dewan Rakyat pada setiap Khamis.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO. 59

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN HASSAN BIN ABDUL KARIM

[ PASIR GUDANG ]

TARIKH : 26 MAC 2019

SOALAN NO. 59

Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta PERDANA

MENTERI menyatakan kenapakah amalan lantikan ahli-ahli politik

menjadi ahli-ahli Lembaga pengarah GLC, GLIC dan agensi-agensi

Kerajaan seperti YADIM masih lagi diteruskan yang jelas bercanggah

dengan janji Menifesto Pilihan Raya PRU-14 Pakatan Harapan.

JAWAPAN: YB DATUK WIRA DR. MD FARID BIN MD RAFIK

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebarang pelantikan ahli-ahli

Lembaga pengarah GLC, GLIC dan agensi-agensi dibuat adalah

berdasarkan merit, yang akan mengambil kira faktor kelayakan profesional,

pengalaman serta kemahiran yang bersesuaian dengan operasi dan

bidang yang berkaitan.

Oleh yang demikian, selaras dengan prinsip ini, sekiranya berlaku

keadaan tertentu atau terdapat keperluan yang munasabah demi

memelihara kepentingan Kerajaan dalam badan tersebut, maka pelantikan

politik berasaskan merit akan dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN: 60

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID

[ PADANG TERAP ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN NO. 60

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan adakah keseluruhan daripada jumlah RM1

bilion atau hanya sebahagian sahaja akan digunakan untuk membaik

pulih sekolah daif di Sarawak. Dan berapa banyak sekolah daif yang akan

menerima manfaat daripada peruntukan tersebut.

NO. SOALAN: 60

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk

menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif di sekolah-sekolah di

negara ini termasuklah di negeri Sarawak. Berhubung tawaran dana

pembiayaan berjumlah RM1 bilion oleh Kerajaan Sarawak kepada

Kerajaan Persekutuan bagi membantu Kerajaan Persekutuan untuk

menaik taraf bangunan sekolah daif di Sarawak, perkara ini masih dalam

perbincangan. Kerajaan masih meneliti tawaran terbabit daripada

pelbagai aspek termasuk menentukan mekanisme pembiayaan sama

ada secara pinjaman atau hapus kira hutang. Sebagai persediaan awal

perbincangan antara KPM dan Kementerian Kewangan telah diadakan

untuk merangka hala tuju tawaran daripada Kerajaan Sarawak tersebut.

KPM pada umumnya mengalu-alukan tawaran terbabit

memandangkan keperluan untuk menaik taraf sekolah-sekolah di

Sarawak yang mempunyai bangunan daif adalah amat tinggi. Cadangan

ini dilihat dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dan selaras

dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang

menetapkan penyediaan persekitaran pembelajaran yang selamat serta

kondusif bagi Pengajaran dan Pembelajaran. Bilangan dan senarai

bangunan sekolah yang akan dinaik taraf telah dikenal pasti dan akan

dinyatakan setelah mekanisme pembiayaan dimuktamadkan.

Sekian, terima kasih

RJM 75

SOALAN NO : 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SU KEONG SIONG [ KAMPAR]

TARIKH : 26 MAC 2019

Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan inisiatif-

inisiatif dan program-program yang telah dijalankan untuk menggalakkan

pembelian barangan buatan tempatan untuk merangsang pertumbuhan

ekonomi domestik dan juga membantu pengusaha tempatan terutamanya

industri kecil dan sederhana.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian telah merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif

dalam menggalakkan pembelian barangan buatan tempatan dan

merangsang pertumbuhan ekonomi domestik bagi membantu pengusaha-

pengusaha tempatan terutamanya industri kecil dan sederhana.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah membangun dan

mempromosikan produk-produk keluaran pengusaha tempatan menerusi

kerjasama strategik dengan pelbagai pihak dalam sektor peruncitan di

Malaysia terutamanya melalui program-program seperti Program Citarasa

Malaysia, Kempen Jualan Terus Dari Kilang, Karnival Jualan Mega dan

ekspo serta karnival jualan yang lain. Program-program ini diadakan

bertujuan untuk meningkatkan kualiti produk dan mewujudkan platform

untuk mengangkat jenama tempatan ke peringkat yang lebih tinggi serta

membantu merancakkan ekonomi domestik. Selain mampu

SOALAN NO : 61

mengetengahkan barangan tempatan, program ini turut menjadi platform

untuk membantu pengguna di Malaysia mendapatkan barangan keperluan

asas dan keperluan harian pada harga yang lebih rendah.

Bagi meneruskan usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat

untuk mengutamakan produk-produk buatan Malaysia serta meningkatkan

pembelian barangan tempatan di kalangan para pengguna di negara ini,

Kementerian pada tahun ini akan memperkenalkan pelbagai inisiatif

strategik yang baharu melalui Kempen Beli Barangan Malaysia, selaras

dengan strategi yang telah digariskan dalam ucapan Belanjawan 2019 yang

memperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi menyokong produk-produk dan

perkhidmatan tempatan dengan mewujudkan platform kepada pengilang

dan penyedia perkhidmatan tempatan untuk mendapatkan akses ke

hypermarket, pasar raya, gedung membeli-belah dan ekspo-ekspo

perdagangan.

Kementerian akan memastikan pelaksanaan Kempen Beli Barangan

Malaysia ini dilaksanakan secara komprehensif, inklusif dan berimpak tinggi

melalui pelaksanaan inisiatif seperti penembusan produk-produk tempatan

ke dalam sektor peruncitan melalui penajaan yuran penyenaraian (listing

fee), jualan dan pemasaran produk buatan Malaysia melalui medium digital

(new media marketing), pelaksanaan ekspo dan karnival jualan, misi

perdagangan luar negara di mana matlamat akhirnya adalah untuk

meningkatkan penggunaan barangan tempatan di kalangan rakyat Malaysia.

Kementerian akan bekerjasama erat dengan semua Kementerian,

Jabatan dan Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dengan pembangunan usahawan dan produk bagi memastikan supaya lebih

banyak produk buatan Malaysia yang berpotensi dapat dikenalpasti dan

diketengahkan kepada orang ramai.

1

SOALAN NO. 62

DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2019)

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATUK SERI HAJI AHMAD BIN MASLAN

[PONTIAN]

TARIKH : 26 MAC 2019

SOALAN : 62

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta PERDANA

MENTERI menyatakan mengapa pendaftaran automatik untuk menjadi

pengundi belum dilaksanakan lagi, bila akan dilaksana dan berapakah

jumlah rakyat yang sepatutnya mendaftar tapi belum mendaftar menjadi

pengundi mengikut pecahan kaum.

2

JAWAPAN: YB DATUK LIEW VUI KEONG

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

dalam menjalankan fungsi pendaftaran pemilih sentiasa mensasarkan

matlamat menghasilkan daftar pemilih yang berwibawa dan diyakini oleh

semua pihak untuk diguna pakai dalam suatu pilihan raya umum atau

kecil. Justeru, SPR sentiasa terbuka untuk menerima cadangan-

cadangan penambahbaikan daripada pelbagai pihak terhadap sistem

pendaftaran pemilih termasuklah sistem pendaftaran pemilih secara

automatik.

Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya

Malaysia (ERC) dengan kerjasama SPR sedang meneliti dan

menjalankan kajian lanjut berhubung pelaksanaan cadangan tersebut

yang melibatkan pindaan kepada undang-undang sedia ada, penyediaan

proses dan prosedur kerja urusan pendaftaran pemilih serta keperluan

sistem dan peralatan untuk pelaksanaan sistem pendaftaran pemilih

secara automatik.

Sehingga 31 Disember 2018, jumlah warganegara yang berumur

21 tahun dan ke atas yang belum mendaftar sebagai pemilih ialah

seramai 3.89 juta orang. Walau bagaimanapun, SPR tidak menyediakan

perincian maklumat tersebut mengikut pecahan kaum.

Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN : 63

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN WONG CHEN [ SUBANG ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN NO. 63

Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan :-

a) apakah pembiayaan yang Kementerian telah peruntukan bagi tahun

2019 untuk tujuan membaiki sekolah Kerajaan yang usang di

Malaysia ; dan

b) sila kemukakan jadual ( plan in action ) bagi proses membaik pulih

tersebut

NO. SOALAN : 63

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Jawapan (a) dan (b)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam

memastikan sekolah-sekolah mencapai keperluan infrastruktur yang

selamat dan kondusif untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Sehubungan

dengan itu, di bawah rolling plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-

11tahun 2019, KPM telah meluluskan sejumlah RM128 juta khusus untuk

pelaksanaan naik taraf dan pembangunan semula sekolah yang

mempunyai bangunan daif di seluruh negara.

Selain daripada itu, melalui RP4 ini juga, KPM telah diluluskan sejumlah

289 projek dengan kos berjumlah RM278.38 juta melalui pelaksanaan

program Ubah Suai Naik Taraf Sokongan Pendidikan. Pelaksanaan

projek ini adalah melibatkan sekolah-sekolah yang mempunyai keperluan

ditingkatkan kualiti infrastruktur pendidikan bagi mewujudkan

pembelajaran yang lebih kondusif.

Melalui inisiatif belanjawan tahun 2019 juga, Kerajaan telah meluluskan

sejumlah RM300 juta kepada KPM bagi penyelenggaraan Sekolah

Kebangsaan dengan peruntukan sebanyak RM250 juta dan sebanyak

RM50juta untuk Sekolah Berasrama Penuh.

Sekian, terima kasih

RJM 76

SOALAN NO: 64

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD

[ LIPIS ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN NO. 64

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan tindakan kepada segelintir pihak yang cuba

memalsukan sijil akademik dan memanipulasikan kelulusan dari IPTA

dan IPTS.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selaku badan jaminan kualiti tunggal

pendidikan tinggi Malaysia memandang serius isu ini dan akan memberi

kerjasama kepada Kementerian dalam usaha menangani kegiatan ini.

Justeru, MQA sentiasa menasihati orang awam terutamanya ibu bapa,

pelajar, majikan, pihak berkuasa melantik untuk merujuk kepada Daftar

Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) bagi

mendapatkan maklumat tepat berkaitan dengan kelayakan akademik

daripada program-program pengajian yang telah dinilai dan diberi

akreditasi.

MQA turut memberi penerangan kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)

melalui sesi dialog bersama Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang

diadakan secara berkala mengikut zon. Setiap PPT dinasihat untuk

memastikan semakan dibuat terhadap kesahihan sesuatu kelayakan

SOALAN NO: 64

2

pelajar yang memohon untuk menyambung pengajian dan kesahihan

maklumat calon staf akademik sebelum dilantik.

Dalam konteks penilaian akreditasi, jika mana-mana IPT memalsukan

maklumat permohonan termasuk maklumat kelayakan staf akademik,

maka ia boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 99 Akta Agensi

Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679) jika disabitkan boleh didenda tidak

melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu

tahun atau kedua-duanya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam konteks pengurusan

pendidikan tinggi swasta, pihak Kementerian sentiasa menjalankan

pemantauan dan penguatkuasaan ke atas Institusi Pendidikan Tinggi

Swasta (IPTS) bagi memastikan IPTS sentiasa mematuhi akta dan

peraturan di bawah Akta 555 (Akta IPTS 1996).

Kawalan Akta 555 merangkumi aspek integriti dan profesionalisme

tenaga pengajar akademik di IPTS. Akta 555 memperuntukkan bahawa

Ketua Eksekutif perlu didaftarkan dengan kelulusan Ketua Pendaftar dan

tenaga pengajar IPTS perlu mendapatkan permit mengajar yang

dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar sebelum dibenarkan mengajar di

mana-mana IPTS.

Sekiranya didapati Ketua Eksekutif atau tenaga pengajar membuat

penyataan yang palsu atau mengelirukan berkaitan dengan

permohonannya bagi mendapatkan permit mengajar atau telah dengan

sengaja menyembunyikan suatu fakta material; maka IPTS atau Ketua

Eksekutif telah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak

melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi

satu bulan atau kedua-duanya sekali di bawah Sek 81(C) Akta 555. Sijil

kelulusan juga boleh dibatalkan oleh Ketua Pendaftar. Walau

bagaimanapun, bagi kes-kes pemalsuan ijazah yang pernah dilaporkan,

ianya disiasat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 465

Kanun Keseksaan.

Sekian, terima kasih.

RJM77

NO. SOALAN : 65

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : PUAN HAJAH NATRAH BINTI ISMAIL

[ SEKIJANG ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN NO. 65

Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI

PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk

memartabatkan semula penggunaan tulisan jawi dalam sukatan mata

pelajaran Bahasa Melayu seperti mana yang pernah diimplimentasikan

penggunaannya secara meluas pada awal tahun 1970 dalam Sistem

Pendidikan Negara.

NO. SOALAN : 65

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah

mengetepikan tulisan jawi yang telah menjadi warisan budaya

masyarakat Melayu, malahan sentiasa menjalankan usaha

memperkasakan penggunaan tulisan jawi. Walaupun Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Menengah

(KSSM) tidak memasukkan tulisan jawi sebagai satu kemahiran khusus

dalam kurikulum mata pelajaran bahasa Melayu, namun elemen tulisan

jawi iaitu tulisan khat dimasukkan dalam kurikulum bahasa Melayu mulai

tahap II dalam KSSR.

Selain daripada itu, Kemahiran tulisan jawi juga diajarkan dalam

mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah mulai Tahun Satu

hingga Tahun Enam yang merupakan salah satu bidang daripada tujuh

(7) bidang yang diajarkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di

sekolah rendah.

Untuk makluman, dalam Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahap II, terdapat kurikulum yang

menyatakan murid akan mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan

unsur keindahan melalui seni khat. Oleh hal yang demikian, murid akan

mula diperkenalkan dengan seni khat jawi. Kaedah ini adalah sebahagian

usaha memartabatkan tulisan jawi dalam kalangan murid. Buat masa

sekarang, KPM masih tidak bercadang untuk

Sekian, terima kasih.

RJM 78

NO SOALAN : 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN AHMAD FADHLI BIN SHAARI [PASIR MAS]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

SOALAN NO. 66

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI AIR,

TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan tentang industri bauksit yang

telah mencemarkan alam sekitar di Kuantan suatu ketika dahulu dan telah

dibuka semula oleh Kerajaan pada tahun ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sebagai agensi yang

dipertanggungjawabkan untuk membangunkan industri mineral, telah

mengambilkira pelbagai faktor dalam menggubal SOP aktiviti

perlombongan dan pengekspotan bauksit. Ini termasuklah kemampanan

dan hala tuju industri mineral, kelestarian alam sekitar, keselamatan dan

kesihatan awam, kesan limpahan ekonomi (economic spill over) dan lain-

lain.

Penyelarasan fungsi dan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri turut diambilkira dalam menangani perkara ini.

Kelulusan bagi sebarang pajakan melombong dan lesen melombong tuan

punya adalah terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri

(PBN), manakala pihak kerajaan Persekutuan pula bertanggungjawab

untuk memastikan pembangunan mineral dilaksanakan secara mampan

dan lestari melalui penambahbaikan peraturan, prosedur, garis panduan

yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit.

Pematuhan terhadap SOP ini oleh semua penggiat industri akan

menjadikan industri perlombongan lebih teratur, berkesan dan

memberikan penekanan terhadap kesejahteraan penduduk serta alam

sekitar.

Secara asasnya, SOP baharu berkaitan aktiviti perlombongan bauksit

telah menekankan prosedur-prosedur peringkat sebelum perlombongan

(pre-mining), semasa perlombongan (during mining) dan selepas

perlombongan (post-mining). Keperluan kelulusan laporan EIA bagi

setiap permohonan perlombongan adalah merupakan syarat utama yang

akan diwajibkan.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO. 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' MOHD. NIZAR BIN HAJI ZAKARIA

[ PARIT ]

TARIKH : 26 MAC 2019 (SELASA)

RUJUKAN : L10 [PR-1421-L03273]

SOALAN NO. 67

Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI WILAYAH

PERSEKUTUAN menyatakan :-

(a) adakah Kementerian berhasrat untuk menghasilkan straw alternatif

menggunakan bahan-bahan bukan plastik bagi menggantikan

penggunaan straw plastik; dan

(b) adakah terdapat sebarang kajian yang telah dibuat oleh Kementerian

bagi menghasilkan straw alternatif ini.

SOALAN NO. 67

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Parit, penguatkuasaan penggunaan

produk biodegradasi telah dimulakan oleh Kementerian Wilayah

Persekutuan (KWP) mulai 1 September 2017 manakala penggalakan

penggunaan straw dari bahan bukan plastik dan biodegradasi bermula

pada awal tahun 2019. Penguatkuasaan penggunaan straw biodegradasi

akan bermula pada 1 Januari 2020 di seluruh Wilayah Persekutuan.

Semenjak kempen melaksanakan penggunaan bahan-bahan biodegradasi

dilaksanakan, pihak pengeluar telah pun melaksanakan kajian dan

penyelidikan untuk mengeluarkan straw alternatif dengan menghasilkan

straw daripada produk biodegradasi.

KWP tidak menghasilkan atau mengeluarkan bahan-bahan plastik

termasuk straw plastik. Pihak pengeluar sedia ada berupaya untuk

mengeluarkan straw berasaskan biodegradasi. Isu berhubung ketiadaan

bekalan sebenarnya tidak timbul kerana pengeluar straw dari bahan

biodegradasi sentiasa ada sekiranya terdapat permintaan di pasaran.

Pihak industri perlu kreatif dalam usaha mengenal pasti penggantian straw

plastik supaya larangan penggunaan bahan itu di Wilayah Persekutuan

mulai 1 Januari 2020 tidak menimbulkan masalah kepada pengguna. KWP

membuka peluang kepada semua pihak industri untuk menghasilkan straw

alternatif.

Tuan Yang DiPertua,

Bagi menjaga kualiti, pengeluar bahan-bahan biodegradasi dikehendaki

mendapatkan pensijilan SIRIM bagi produk-produk mereka. KWP dengan

kerjasama MESTECC akan menyelaras program-program yang berkaitan

pelaksanaan penggunaan produk biodegradasi ini supaya lebih berkesan

untuk jangka masa panjang.

NO. SOALAN : 68

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN

TUANKU JAAFAR [ SANTUBONG ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN NO. 68

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta

MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perubahan dasar,

perundangan, peraturan dan perlaksanaan ketara atau rancangan ke

arah itu dalam sistem pendidikan Negara yang telah dibuat, sedang dikaji

dan bila tarikh-tarikh dijangka boleh siap dilaksanakan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) meneruskan dasar-dasar pendidikan sedia

ada dan turut memperkenalkan beberapa penambahbaikan. Antara

penambahbaikan sistem pendidikan yang diambil oleh KPM bagi tahun

2019 adalah seperti berikut:

1. Pemansuhan Peperiksaan Bagi Murid Tahap 1: Pemansuhan

amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun bagi murid Tahap

I (Tahun 1, 2 dan 3) di sekolah rendah termasuk Murid Berkeperluan

Khas (MBK).

2. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) : Pentaksiran bagi murid Tahap I

akan melihat perkembangan murid secara menyeluruh, termasuk

penerapan nilai-nilai murni khususnya yang berbentuk rutin harian.

NO. SOALAN : 68

2

3. Sifar Penolakan Kemasukan ke Sekolah (Zero Reject Policy) :

Dasar penempatan persekolahan murid berkeperluan khas (MBK) di

sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan tanpa menafikan

hak MBK untuk menerima pendidikan. Dasar sedia ada ini

dimantapkan dari segi pelaksanaannya bagi memastikan murid

berkeperluan khas (MBK) menerima pendidikan yang relevan

dengan keupayaan mereka selaras dengan Peraturan-Peraturan

Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian sentiasa

berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan sistem pendidikan negara

seiring dengan perkembangan dunia hari ini. Kementerian percaya

bahawa sebarang perubahan dan penambahbaikan melibatkan dasar

pendidikan perlu diteliti secara terperinci dan tidak dilakukan secara

tergesa-gesa bagi memastikan hasrat dan objektif utama dasar tersebut

terlaksana dan bermanfaat untuk semua.

Oleh itu, antara usaha yang telah dilaksanakan oleh KPM ialah

menubuhkan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKDPN)

yang dianggotai oleh pakar daripada kalangan ahli pendidik, badan bukan

kerajaan dan pakar agama bagi meneliti dasar pendidikan negara secara

holistik dan komprehensif. Jawatankuasa ini bertujuan untuk mengkaji

semula dan mengemukakan laporan perakuan dasar untuk

menambahbaik sistem pendidikan negara di peringkat prasekolah hingga

ke peringkat universiti. Laporan akhir JKDPN akan diserahkan kepada

KPM pada akhir bulan April 2019.

Sekian, terima kasih

RJM 80

NO SOALAN : 69

1

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : DATUK HAJAH AZIZAH BINTI DATUK

SERI PANGLIMA HAJI MOHD DUN

[ BEAUFORT ]

TARIKH : 26.3.2019 (SELASA)

SOALAN : 69

minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan

apakah perancangan tekini untuk tempoh 5 tahun bagi membangunkan

dan mempertingkatkan keupayaan dan bilangan wanita luar bandar

dalam bidang keusahawanan.

NO SOALAN : 69

2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian telah

melancarkan Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar pada 29

Oktober 2018 yang bertemakan ‘Luar Bandar Sejahtera’. Pelan ini

merupakan perancangan dan hala tuju pembangunan luar bandar bagi

5 tahun yang akan datang iaitu 2018 hingga 2023 berdasarkan aspirasi

rakyat seperti mana yang terkandung dalam Manifesto Pakatan

Harapan. Pelan ini meliputi 6 Teras iaitu:

1) Prasarana yang lengkap dan berkualiti;

2) Ekonomi luar bandar yang berdaya saing;

3) Keusahawanan yang melibatkan pemerkasaan usahawan luar

bandar dan mewujudkan sumber pendapatan alternatif;

4) Modal Insan bagi melahirkan masyarakat luar bandar yang

berilmu, mahir dan cemerlang;

5) Memperkasakan Wanita luar bandar; dan

6) Sistem Penyampaian yang mengutamakan keperluan rakyat.

6 Teras ini meliputi 29 Strategi dan 94 Program yang akan

dilaksanakan bagi memenuhi hasrat dan aspirasi tema ‘Luar Bandar

Sejahtera’ tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, di bawah Teras 5 iaitu

memperkasakan Wanita luar bandar, Kementerian telah menggariskan

strategi untuk mempertingkatkan keupayaan wanita luar bandar dalam

bidang keusahawanan yang melibatkan Strategi 1 iaitu untuk

mengoptimumkan kapasiti dan kadar guna tenaga wanita melalui

program yang memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan

wanita dan latihan kemahiran untuk wanita.

Ini adalah termasuk melalui program-program sedia ada seperti

pembiayaan DANANITA dan Program Wanita Inspirasi Ekonomi

(WISE) di bawah MARA, Kursus Kemahiran Quick Win di bawah

KEMAS serta program-program keusahawanan di bawah KPLB seperti

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Rural Business Challenge

dan lain-lain program keusahawanan di bawah agensi KPLB.

NO SOALAN : 69

3

Manakala di bawah Teras 3 untuk Keusahawanan pula,

Kementerian telah menggariskan Strategi 3 iaitu mewujudkan

usahawan rantaian seperti program yang berbentuk Anchor Company

dan small franchisor, small franchisee. Di samping itu, Teras ini juga

merangkumi Strategi 4 iaitu mewujudkan usahawan luar bandar

berteraskan teknologi dan inovasi yang akan melibatkan program

seperti Desamall@online, dan Skim Pembiayaan Usahawan Tekno.

Program-program ini turut akan melibatkan sebilangan besar

usahawan-usahawan wanita di luar bandar. Sebagai contoh, untuk

program Desamall@Online, 80% daripada 740 peserta program ini

adalah usahawan wanita dan untuk tahun 2019 KPLB merancang untuk

melatih 250 orang usahawan di bawah program ini.

Kesemua program keusahawanan ini akan turut dilaksanakan

oleh Kementerian dan Agensi di bawah Kementerian seperti KEMAS,

MARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) seperti KEDA,

KEJORA, KESEDAR, KETENGAH dan PERDA yang meliputi program

berbentuk latihan keusahawanan, kemahiran, bantuan untuk

memulakan atau mengembangkan perniagaan.

NO. SOALAN: 70

1

DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS (2019)

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 25 MAC 2019 (ISNIN)

DARIPADA : TUAN LIM KIT SIANG [ISKANDAR PUTERI]

SOALAN : 70

Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri] minta PERDANA MENTERI

menyatakan perkembangan terbaru mengenai kegiatan dan pencapaian

Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang

menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

dalam segi mempertingkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja

Malaysia (PDRM).

NO. SOALAN: 70

2

JAWAPAN: YB DATUK LIEW VUI KEONG

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang mengkaji

dan menggubal draf Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan

dan Salah Laku Polis (IPCMC). Rang Undang-undang tersebut akan

dibentangkan di Parlimen sebaik sahaja kesemua isu dan perkara dasar

dimuktamadkan dalam merangka penubuhan IPCMC melalui

pemerkasaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, IPCMC yang akan

ditubuhkan akan memberi perhatian khusus kepada isu salah laku dan

integriti anggota dan pegawai PDRM. Bagi menangani masalah rasuah

dan salah guna kuasa, IPCMC akan bekerjasama dengan pihak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

3. Kerajaan juga berharap melalui penubuhan IPCMC ini, isu-isu salah

laku dalam kalangan anggota PDRM dapat diberi perhatian serius

sekaligus meningkatkan lagi tahap integriti anggota PDRM dalam

menjadikannya sebuah badan bebas yang cekap dan efisien.

Sekian, terima kasih.

NO. SOALAN: 70

3