Minggu 1 Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Perhubungan Interpersonal

21
1 PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB) MODUL 1 Kesantunan Berbahasa Dan Kemahiran Perhubungan Interpersonal Objektif Pengajaran/Pembelajaran: Mendedahkan kepada pelajar tentang konsep kesantunan dan kepentingan aplikasinya dalam komunikasi dan perhubungan. Mendedahkan aspek sistem sapaan dan rujukan hormat untuk memberi kefahaman dalam penggunaan kata panggilan yang sesuai dengan konteks budaya dan kedudukan individu dalam masyarakat. Kandungan Modul 1. Konsep kesantunan 2. Kesantunan berbahasa dalam konteks sosial dan lingkungan penggunaannya 3. Sistem sapaan dan rujukan hormat Pengenalan Tingkah laku berkomunikasi berkait rapat dengan martabat kehidupan manusia. Ketiadaan kemahiran berkomunikasi merupakan satu kecacatan sosial yang boleh merencatkan perhubungan sesama manusia. Kemahiran perhubungan interpersonal amat penting dikuasai kerana kita sentiasa berdepan dengan manusia yang terdiri daripada individu yang berbeza; mempunyai keunikan peribadi; mempunyai keegoan dan harga diri yang pelbagai; serta prinsip hidup dan world view yang tersendiri. Lazimnya proses berkomunikasi boleh mewujudkan kesan seperti berikut: a. membebaskan/mengongkong kegiatan manusia b. merapatkan/merenggangkan perhubungan manusia c. mencipta/memusnahkan keharmonian dan kemanusiaan sejagat d. mencipta/melenyapkan mutu kehidupan insan e. mengangkat/merosakkan martabat hidup serta ketamadunan manusia Sebaliknya, komunikasi berkesan boleh dimanfaatkan untuk mengurus diri peribadi dan sebagai asas untuk berkerjasama serta mewujudkan keselarasan sosial sejagat. Konsep Kesantunan Bahasa Kata santun merujuk kepada „halus (budi bahasa dan budi pekerti), beradab dan sopan, maka kesantunan berkait rapat dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti atau kesopanan. Kesantunan bahasa pula merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya (Awang Sariyan, 2007).

Transcript of Minggu 1 Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Perhubungan Interpersonal

1

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

MODUL 1

Kesantunan Berbahasa Dan

Kemahiran Perhubungan Interpersonal

Objektif Pengajaran/Pembelajaran:

Mendedahkan kepada pelajar tentang konsep kesantunan dan kepentingan aplikasinya

dalam komunikasi dan perhubungan.

Mendedahkan aspek sistem sapaan dan rujukan hormat untuk memberi kefahaman

dalam penggunaan kata panggilan yang sesuai dengan konteks budaya dan kedudukan

individu dalam masyarakat.

Kandungan Modul

1. Konsep kesantunan

2. Kesantunan berbahasa dalam konteks sosial dan lingkungan penggunaannya

3. Sistem sapaan dan rujukan hormat

Pengenalan

Tingkah laku berkomunikasi berkait rapat dengan martabat kehidupan manusia. Ketiadaan

kemahiran berkomunikasi merupakan satu kecacatan sosial yang boleh merencatkan

perhubungan sesama manusia. Kemahiran perhubungan interpersonal amat penting dikuasai

kerana kita sentiasa berdepan dengan manusia yang terdiri daripada individu yang berbeza;

mempunyai keunikan peribadi; mempunyai keegoan dan harga diri yang pelbagai; serta

prinsip hidup dan world view yang tersendiri. Lazimnya proses berkomunikasi boleh

mewujudkan kesan seperti berikut:

a. membebaskan/mengongkong kegiatan manusia

b. merapatkan/merenggangkan perhubungan manusia

c. mencipta/memusnahkan keharmonian dan kemanusiaan sejagat

d. mencipta/melenyapkan mutu kehidupan insan

e. mengangkat/merosakkan martabat hidup serta ketamadunan manusia

Sebaliknya, komunikasi berkesan boleh dimanfaatkan untuk mengurus diri peribadi dan

sebagai asas untuk berkerjasama serta mewujudkan keselarasan sosial sejagat.

Konsep Kesantunan Bahasa

Kata santun merujuk kepada „halus (budi bahasa dan budi pekerti), beradab dan sopan, maka

kesantunan berkait rapat dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti atau

kesopanan. Kesantunan bahasa pula merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan,

beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang

menjadi teman bicaranya (Awang Sariyan, 2007).

2

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Peraturan Asas Berbahasa

Kesantunan berbahasa dan kemahiran perhubungan interpersonal mempunyai objektif bagi

mengurangkan sikap saling tidak mengenali dan tidak mempercayai antara sesama manusia.

Ketika berkomunikasi, beberapa peraturan berbahasa perlu dipatuhi supaya tidak

menyebabkan sesiapa berasa tersinggung dan seterusnya merencat suasana perhubungan.

Antara peraturan asas yang perlu diketahui dan diamalkan adalah seperti berikut:

1. Bahasa yang Baik, Sopan dan Beradab

untuk mencerminkan peribadi yang mulia dan menunjukkan rasa hormat kepada

teman berinteraksi atau berbicara

mencirikan perlakuan manusia yang bertamadun

merupakan norma berbahasa dalam sesuatu masyarakat

2. Komunikasi Mata

i. digunakan untuk membantu mendapatkan persepsi dan fahaman yang lebih tepat

mengenai „mesej‟ yang cuba disampaikan oleh teman berbicara.

ii. boleh membantu mengekalkan ritma perbualan.

iii. boleh mengesan minat atau daya tumpuan teman berbicara.

iv. komunikasi yang tidak membabitkan pertembungan mata biasanya ditafsirkan sama

ada kurangnya rasa keyakinan diri atau tiada rasa hormat kepada teman berbicara.

Misalnya:

mata bergerak ke sana ke mari dan pandangan tidak menumpu kepada teman

berbicara, tandanya penutur itu tidak berminat untuk berbicara dengan kita

atau tentang topik yang dibicarakan

mendengar dengan penuh minat, tetapi mata disempitkan dan dahi berkerut,

tandanya dia berminat, tetapi tidak menaruh kepercayaan

ketika berbicara mata berkelip-kelip lebih pantas daripada biasa, kemungkinan

besar dia sedang berdusta

ketika berbicara mata memandang ke arah lain, atau melihat dagu, hidung,

bibir, dahi atau leher, tandanya seseorang itu berminat, tetapi malu atau berasa

tidak tenteram

3. Kedudukan Tubuh dan Pergerakan Badan Kedudukan tubuh dan pergerakan badan biasanya membayangkan tanggapan terhadap

diri. Bagi menggambarkan keyakinan diri, sebaik-baiknya kita berdiri atau duduk dalam

posisi positif (tegak), bersedia, bertenaga serta bergerak secara natural.

Contoh

berpeluk tubuh menggambarkan ketegasan atau tidak mahu mengubah

pendirian/keputusan, serta tidak bersedia menerima pandangan/pendapat

orang lain

badan condong ke hadapan dalam keadaan santai sambil tersenyum,

menandakan sifat mesra, bersikap terbuka, bersedia mendengar atau

menerima pendapat orang lain

berpeluk tubuh dan bersilang kaki, menggambarkan sifat agresif, defensif dan

tidak berminat untuk bertolak ansur

berdiri sambil mencekak pinggang dan sering menarik seluar ke atas, kaki

terbuka luas, dan ketika duduk tangan diletakkan di atas paha dengan badan

3

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

condong ke hadapan, menandakan keadaan siap sedia/tidak sabar untuk

bertindak

berdiri sambil mencekak pinggang, lambat menjawab dengan tangan bertaut

di hadapan dan sering menyuarakan ‘mm..mm.’,‘oh ya!’,‘aa…aa’, dan

sebagainya, bermakna seseorang itu berasa dirinya lebih berkuasa dan

berkedudukan lebih tinggi daripada teman berbicara

menutup mulut dengan tanggan sambil berkata-kata, menggambarkan rasa

tidak berkeyakinan, mungkin berdusta, ragu-ragu dan berkecenderungan

untuk memutar belit kenyataan/fakta

4. Mimik Muka/Ekspresi Muka

Mimik muka atau ekspresi muka sememangnya menggambarkan perasaan seseorang

ketika berkomunikasi. Senyuman amat besar peranannya dalam hubungan interpersonal,

khususnya ketika menghampiri atau dihampiri orang lain. Umumnya manusia terdiri

daripada 3 golongan, iaitu:

i. golongan yang selalu senyum

dikurniakan dengan wajah manis dan sentiasa senyum walaupun dalam keadaan

biasa

ii. golongan yang seimbang antara senyum dan serius

berkemahiran mengendalikan emosinya, walaupun dalam keadaan tertekan

iii. golongan yang sentiasa kelihatan serius

dikurniakan dengan air muka yang serius, sentiasa berfikiran serius atau mungkin

kurang mahir mengendalikan emosinya.

Senyuman atau sentiasa kelihatan tersenyum menandakan sifat seseorang manusia yang

berfikiran terbuka dan mesra serta berupaya mewujudkan suasana perhubungan interpersonal

yang positif dan berkesan. Di samping itu, mimik muka seperti berikut amat penting untuk

menjaga keharmonian semasa berkomunikasi;

tunjukkan rasa ceria/seronok pada raut wajah anda

elakkan pancaran wajah letih, tidak tenang dan tergesa-gesa

pandang wajah teman bicara buat seketika sebelum memulakan atau

menamatkan bicara bicara

5. Sifat Suara

Sifat suara yang menarik boleh membantu meneruskan minat atau keinginan orang lain

untuk berinteraksi dengan anda. Sifat suara juga dapat menggambarkan kesungguhan,

kegembiraan dan kesedihan dan seterusnya mempengaruhi penghantaran dan penerimaan

mesej.

Anda harus belajar mengawal nada, sebutan dan lenggok suara (intonasi). Menggunakan

pelbagai nada suara merupakan asas bagi menarik minat dan mewujudkan keselesaan

perasaan orang lain. Lontaran suara yang jelas dan berbaur dengan perasaan yang ikhlas

akan memberi impak kepada percakapan anda. Dengan lontaran suara dan vokal yang

jelas, bertenaga dan nada yang sesuai serta diiringi dengan perasaan bersahaja, keyakinan

anda akan tergambar dengan jelas dan menjadi asas kepercayaan orang lain terhadap anda.

4

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Perkara berikut boleh dijadikan panduan ketika kita melontarkan suara:

intonasi harus berubah-ubah mengikut tujuan dan perkara yang diperkatakan

intonasi yang mendatar boleh menimbulkan rasa bosan

mutu suara harus diselang-seli kenyaringannya

vokaliser sepert ‘ok’, ‘ya’, ‘umm’, ‘eer’, ‘aee’ dan sebagainya yang terlalu

kerap boleh mengganggu kelancaran pertuturan anda dan boleh mengganggu

kejelasan mesej anda

6. Menimbulkan Minat Orang Lain

Minat seseorang terhadap kita atau perkara yang dibicara perlu diwujudkan jika ingin

terus berkomunikasi secara aktif dan berkesan. Antara petua yang boleh diaplikasikan

termasuklah:

melibatkan pendengaran aktif

gaya dan isi perbualan boleh menghibur

mengenal pasti keistimewaan orang lain untuk merapatkan hubungan

membicarakan topik perbualan yang anda mahir

7. Memberi Perhatian

Perhatian yang wajar sejak bermulanya perbualan dapat memberi dorongan kepada teman

bicara untuk terus berkomunikasi. Amalkan petua-petua berikut:

wujudkan pertembungan mata

betulkan kedudukan badan

berikan maklum balas yang wajar

bertanya untuk mendapatkan penjelasan

8. Menggarap Soalan Tepat dengan Situasi Perbualan

Soalan yang tepat boleh mewujudkan pengetahuan dan persefahaman dengan teman

bicara. Ada 3 jenis soalan/gaya mengemukakan soalan;

Soalan tertutup/ringkas

Soalan terpimpin untuk mempengaruhi pendapat/perasaan

Soalan terbuka

9. Memberi Maklum Balas yang Jelas dan Eksplisit

Maklum balas yang dilakukan oleh kedua-dua teman bicara dapat membaiki dan

mewujudkan ketepatan mesej yang diterima. Antara petua memberi maklum balas yang

berkesan termasuklah;

jelas dan tepat

tidak terlalu abstrak dan meleret-leret

tidak „menghentam‟/menyentuh peribadi

tidak menghukum (bersifat judgemental)

positif dan terbuka

berbincang/bukan mencapai keputusan secara meluru

5

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

10. Memahami Tabu/Larangan dalam Berbahasa

Kebanyakan masyarakat masih mengenakan tabu/larang terhadap penggunaan beberapa

bentuk bahasa/perkataan yang berkaitan dengan;

anggota badan manusia

fungsi anggota badan khususnya yang berkaitan dengan seks dan perkumuhan

kepercayaan tradisional yang berkaitan dengan konsep ketuhanan, dewa-

dewi, kuasa magis/ghaib pada haiwan dan orang yang berwibawa

Pengetahuan dalam perkara ini merupakan refleksi kesopanan seseorang yang berkait

rapat dengan sistem nilai/norma masyarakat yang terterap dalam sesuatu bahasa. Ada

dua cara/bentuk bahasa yang dianggap sopan untuk menyebut perkara-perkara yang

menjadi tabu dalam berbahasa;

i. Eufemisme/Kiasan Halus

Eufemisme merupakan bentuk bahasa yang lebih halus dan manis untuk

menggantikan perkataan asal yang dianggap kasar/kesat. Eufemisme juga digunakan

sebagai pemanis bahasa untuk menjaga hati dan perasaan seseorang yang

mendengar/teman bicara. Berikut merupakan contoh penggunaan eufemisme dalam

masyarakat Melayu:

Buang air besar (berak)

Buang angin (kentut)

Panjang tangan (pencuri)

Anak itik (anak angkat)

Bulan kesiangan (anak dara tua)

Tempat keras (ada puaka/penunggu)

Anak gajah (terlalu gemuk)

Menurut kepercayaan tradisional golongan tertentu, nama haiwan berbisa, ganas dan

perosak tanaman khususnya, tidak boleh disebut dengan nama asal untuk mengelak

kesan buruk atau keaiban yang boleh didatangkan oleh haiwan-haiwan berkenaan.

Misalnya:

Nama Haiwan Gelaran dalam bentuk bahasa tabu

Buaya Sang bedal, bujang senang

Harimau Pak belang/sang belang

Singa Raja Rimba

Tikus Cek Ti, permaisuri, suri, seri dewi

Ular Akar/pak belit

Empangau (serangga perosak

batang padi)

Tokngo, Pakngo, sang api

Bentuk bahasa berikut pula digunakan agar tidak menambah berat lagi suasana sedih,

sakit, marah dan sebagainya.

Contoh:

Ayah sudah pergi mendahului kita.

Ibu sedang uzur.

Abas naik angin mendengar sindiran ibu mertuanya.

6

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Kami mengalas perut dengan biskut selama seminggu.

Saya berat hati untuk meninggal ayah seorang di kampung.

Isteri Cok Mat enggan bersalin di hospital, walaupun keadaannya lemah.

Bentuk bahasa ini juga digunakan untuk mengungkapkan tentang kematian dengan

perkataan yang berbeza dan khusus.

Kata-kata sopan tentang

kematian

Khusus untuk status orang meninggal

dunia

Wafat Nabi-nabi dan para Rasul

Mangkat Raja-Raja Melayu

Berlindung Kerabat Diraja Negara Brunei Darusalam

Meninggal Dunia Manusia/orang biasa

Mati Haiwan dan tumbuhan sahaja

Kembali ke Rahmatullah Orang Islam sahaja

Orang yang sudah meninggal dunia diberi perkataan khusus mengikut status/golongan

dalam masyarakat. Misalnya;

Panggilan

sopan/hormat

Khusus untuk status/golongan tertentu

Al-marhum Kerabat Diraja lelaki

Al-marhumah Kerabat Diraja perempuan

Allahyarham Lelaki beragama Islam

Allahyarhamah Perempuan beragama Islam

Arwah Secara umum untuk lelaki dan perempuan beragama

Islam

Mendiang Lelaki dan perempuan bagi orang bukan Islam

ii. Sirkumlokusi (berbelit dan berkias)

Sirkumlokusi merupakan perbahsaan yang panjang, berbelit-belit dan berkias untuk

melembutkan suasana dan perasaan orang yang mendengar atau dibawa berbicara.

Bentuk bahasa ini lazimnya digunakan untuk menyembunyikan kekerasan atau

perasaan sebenar sebalik perkataan/ungkapan yang digunakan.

Contoh:

“Lelaki…apabila kita sudah dianu-anu, sila-silap badan kita pula yang

menjadi anu-anu, apabila sudah jadi anu-anu, malu kita sekeluarga, berdosa

besar pula tu!” (Ibu berbahasa dengan anak yang mengandung anak luar

nikah)

“Iya!...inilah pohon kehidupan sejati, pasti tumbuh di pinggir kota, kejujuran

tidak akan tergugat tercela, pasti seribu tahun tumbuhnya berbunga.”

7

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Larangan berbahasa dalam bentuk mulut celupar/jahat/sombong/cabul masih dipatuhi

dalam masyarakat tertentu. Dipercayai bahawa orang yang melanggar tabu ini akan

ditimpa malang/sesuatu yang tidak diingini.

Contoh:

“Berhati-hati masuk ke hutan tu. Pak Belang (harimau) tengah mengganas

sekarang!”

“Benih padi di tapak semaian Pak Uda habis dimakan cek ti (tikus)”.

11. Mempunyai Empati Terhadap Orang Lain

Kita perlu ada kebolehan dan kemahuan untuk memahami pandangan, kelakuan, sikap

dan perasaan seseorang dari sudut pandangannya. Untuk memiliki empati, kita terlebih

dahulu perlu;

menghapuskan pemikiran (prejudis), perasaan dan keunggulan diri

memupuk keyakinan orang tentang keikhlasan kita

memupuk kepercayaan orang terhadap kemahiran dan ketrampilan kita yang

diharapkan oleh rakan berbicara

memupuk kemesraan atau rapport semasa berinteraksi

12. Bijak Memilih Perlakuan/Tindakan yang Sesuai dengan Matlamat

Kita seharusnya berupaya menyatakan perasaan, pandangan serta hak dengan jelas dan

tegas tanpa mengganggu perasaan atau hak orang lain. Dalam komunikasi terdapat tiga

perlakuan/tindakan yang wajar diperlihatkan kepada teman bicara, iaitu;

Agresif - kelakuan dan tindakan yang berupaya mencapai matlamat dengan

cepat. Perlakuan dan tindakan ini perlu dimanfaatkan sekiranya matlamat lebih

penting daripada perhubungan dengan orang lain.

Pasif - kelakuan dan tindakan yang tidak bertujuan untuk menegakkan hak

dan pandangan kita. Kelakuan dan tindakan ini dilakukan demi menjaga dan

memelihara perhubungan kita dengan orang, walaupun kita mungkin

diperalatkan.

Asertif - kelakuan dan tindakan orang yang yakin pada diri dan haknya

sebagai seorang indidvidu. Orang begini percaya kepada kesaksamaan dan hak

asasi setiap individu, dan berupaya membuat keputusan sendiri berasaakan

pandangan dan pendiriannya. Dia berani menyuarakan pandangannya dengan

baik dan tegas tanpa menjejaskan hak dan perasaan orang lain. Sikap terbuka

menyebabkan orang begini berani menghadapi cabaran dan isu dengan yakin

dan positif. Matlamatnya ialah „Win-Win Situation”.

13. Mewujudkan Komunikasi Berkesan

Komunikasi berkesan memerlukan teknik berbahasa dan perlakuan bahasa yang sesuai

dengan konteks situasi, dengan tujuan berkomunikasi, dan dengan apa-apa yang

hendak diperkatakan. Komunikasi berkesan boleh dicapai sekiranya kategori berbahasa

yang berikut ditekankan semasa berinteraksi.

8

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Kesesuaian bentuk penggunaaan bahasa yang sesuai dari segi skop yang diperkatakan,

persekitaran, tahap pengetahuan, penerimaan dan bentuk hubungan antara

penutur berkenaan.

Nilai sikap terhadap sesuatu bentuk penggunaan bahasa

i. Positif - santun dan sempurna

ii. Negatif - kasar/menyinggung kewibawaan orang lain

iii Neutral - pada tahap biasa/tidak menggugat perasaan orang lain

Pertautan (koheren) penggunaan bahasa yang yang mewujudkan pemahaman yang baik dan rapi serta

mudah difahami oleh penerima (wujud kesinambungan antara idea/ayat).

Kesantunan Berbahasa Dalam Urusan Rasmi/Pejabat

1. Ketika Melayan Tetamu

Kita sebagai pegawai yang bertugas di kaunter harus bertanya dan melayan tetamu dalam

bahasa sopan, serta tidak berdiam diri dan membiarkan tetamu terpingga-pingga

sendirian.

Misalnya:

“ Maafkan saya Encik. Encik nak jumpa siapa? Boleh saya tolong?”

“ Cik Suriani…saudari perlu isikan borang ini dengan lengkap sebelum

membuat pembayaran di kaunter nanti.”

2. Sebagai Tetamu Yang Berkunjung ke Sesebuah Organisasi

Sebagai tetamu kita juga perlu menggunakan bahasa sopan apabila berurusan dengan

pihak-pihak yang bertugas di organisasi tersebut.

Misalnya:

“Maafkan saya puan/cik/saudara/saudari…boleh saya berjumpa dengan Puan

Adeline?

“Encik…saya nak tumpang tanya. Pukul berapa kami dikehendaki berkumpul

di Padang Merdeka esok?”

3. Ketika Menjawab Panggilan Telefon

“ Hello…Pusat Pengajian Bahasa di sini. Boleh saya bantu?”

“ Baiklah…saudari tunggu sebentar ya. Jangan letakkan telefon.”

“Maaf Encik…pegawai berkenaan masih sibuk. Boleh tak Encik telefon sekali

lagi dalam masa 15 minit lagi?”

9

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Sistem Sapaan: Kata Ganti Nama Diri

Setiap bahasa mempunyai sistem sapaan, yakni merangkumi kata ganti nama diri pertama, kedua

dan ketiga. Bentuk panggilan atau sapaan yang tidak sesuai digunakan dalam sesuatu suasana

komunikasi boleh menimbulkan masalah dan gejala-gejala negatif.

Amat Juhari Moain (1985) telah membahagikan sistem sapaan kepada empat bentuk yang

utama, iaitu;

1. Sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang

disandang dan nama peribadi yang lengkap.

2. Sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan pangkat dengan atau tanpa

nama peribadi.

3. Sebutan senarai orang yang disapa dari pangkat yang paling kanan hingga

pangkat paling bawah.

4. Penggunaan kata ganti nama diri.

Dalam bahasa Melayu, beberapa angkubah sosial harus dipertimbangkan ketika hendak

menggunakan kata ganti nama diri untuk menyapa seseorang. Antara angkubah tersebut ialah

umur/generasi, pangkat/darjat (panggilan hormat), status dan jarak sosial. Berikut disenaraikan

beberapa kata ganti nama diri yang sering kita gunakan.

a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (KGND I)

KGND I ialah kata yang digunakan oleh orang yang bertutur atau menulis sebagai ganti

namanya. KGND ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu tunggal dan jamak. Bentuk

tunggal digunakan untuk merujuk dirinya, sementara bentuk jamak digunakan untuk

merujuk dirinya dan pihak lain juga.

Penggunaan ini perlu dilihat kepada kesesuaian faktor suasana dan hubungan antara

penutur, misalnya saya untuk situasi rasmi, manakala aku untuk situasi tidak rasmi.

KGND I

tunggal

Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara

Formal, Hormat atau Bersahaja

Saya kata ganti nama diri pertama yang digunakan untuk merujuk diri secara

halus dan hormat/formal semasa berbicara dengan semua

golongan/status/usia manusia (kecuali dalam komunikasi dengan

raja/sultan, gunakan patik) boleh digunakan dalam konteks penulisan seperti surat, memo, laporan,

pengakuan, dan perakuan/pengesahan.

Aku kata ganti nama diri pertama yang digunakan dalam situasi tidak formal

dan bersahaja terhadap rakan karib digunakan terhadap orang lebih rendah kedudukan daripada si penutur dalam masyarakat Sarawak, „aku‟ digantikan dengan „kamek/mek‟ untuk

menunjukkan rasa hormat kepada teman berbicara biasanya digunakan sewaktu berdoa kepada tuhan

KGND I

jamak

Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara

Formal, Hormat atau Bersahaja

Kami kata ganti nama pertama (jamak) khusus untuk merujuk dan

10

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

merangkumkan sebilangan golongan pertama, termasuk penutur sendiri,

tetapi tidak merangkumi teman berbicara yang lain

Kita kata ganti nama pertama (jamak) untuk merujuk dan merangkumkan

semua manusia yang hadir dalam sesuatu interaksi, termasuk penutur

sendiri digunakan juga untuk menyatakan adanya unsur persamaan keanggotaan

atau kekerabatan menurut jurai etnik/kaum/bangsa

b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (KGND II)

Dalam komunikasi rasmi, KGND II tunggal yang umum digunakan bagi orang yang

tidak mempunyai gelar ialah tuan, encik, puan, cik, saudara, dan saudari. KGND tuan

dan puan khusus digunakan dalam laras surat atau memorandum.

Untuk menyapa orang yang bergelar pula KGND yang digunakan perlu diselaraskan

dengan gelar yang dimiliki oleh orang berkenaan. Contohnya tuanku, Tun, Tengku dsb.

KGND II seperti awak, engkau dan kamu pula sering digunakan dalam konteks biasa,

yang bukan rasmi atau formal. Penggunaan ini perlu dilihat kepada kesesuaian faktor

suasana dan hubungan antara penutur.

KGND II

tunggal

Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara

Formal, Hormat atau Bersahaja

Tuan panggilan halus bagi kaum lelaki yang berwibawa sapaan hormat terhadap lelaki yang lebih berumur, sebaya, baru/belum

dikenali sapaan hormat untuk pemilik harta yang ada kaitan dengan penutur

Encik sapaan hormat terhadap lelaki yang lebih tinggi statusnya daripada penutur sapaan untuk lelaki yang sebaya dengan penutur tidak digunakan untuk merujuk diri penutur seelok-eloknya sebut nama diri sahaja

Puan panggilan khas untuk perempuan yang sudah berkahwin sapaan hormat terhadap wanita yang lebih berumur, sebaya atau belum

dikenali sapaan hormat untuk ketua jabatan/organisasi

Cik rujukan hormat kepada golongan wanita yang belum/tidak berkahwin panggilan hormat kepada wanita yang berjawatan lebih tinggi daripada

penutur lazimnya digunakan dalam bentuk lisan atau tulisan terhadap golongan

wanita yang belum dikenali

Saudara panggilan yang bersifat rasmi untuk lelaki sebaya atau lebih muda sapaan untuk lelaki yang baru dikenali, kakitangan bawahan atau setaraf

dengan penutur sapaan untuk lelaki yang masih muda dan dimuliakan

Saudari panggilan yang bersifat rasmi/formal untuk wanita yang sebaya atau lebih

muda

11

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

sapaan untuk wanita yang baru dikenali, kakitangan bawahan atau setaraf

dengan penutur sapaan untuk wanita yang masih muda dan dimuliakan

Tuanku panggilan kepada raja/sultan dan raja permaisuri/raja perempuan

Tun, Toh,

Tan Sri,

Puan Sri,

Datuk, Dato’,

Dato’ Seri

panggilan kepada orang yang mempunyai gelar yang dianugerahkan oleh

ketua negara (Yang di-Pertuan Agong) dan ketua negeri (Raja, Sultan dan

Yang Dipertua Negeri)

Tengku panggilan kepada orang yang mempunyai gelar disebabkan keturunannya

(khususnya keturunan raja yang bergelar tengku)

Awak kata ganti nama diri kedua yang digunakan dalam kalangan penutur yang

sama status/kedudukan digunakan dalam perhubungan yang akrab/rapat dalam masyarakat Sarawak, „awak‟ digantikan dengan „kitak‟ untuk

menunjukkan rasa hormat kepada teman berbicara

Engkau kata ganti nama diri kedua yang boleh digunakan terhadap seseorang yang

lebih rendah umur/status daripada penutur sendiri sapaan pemesra terhadap rakan karib digunakan dalam situasi bersahaja

Kamu kata ganti nama kedua (jamak) khusus untuk merujuk sebilangan manusia

yang hadir semasa berinteraksi digunakan oleh golongan yang berada pada status/kedudukan/usia yang

lebih tinggi untuk menyapa teman berbicara tidak sesuai untuk menyapa seseorang secara individu, walaupun dia

berada pada status/kedudukan/usia yang lebih rendah

KGND II jamak pula merujuk kepada pihak yang menjadi fokus komunikasi yang

jumlahnya lebih daripada seorang. Bentuk-bentuknya ialah:

KGND II

jamak

Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara

Formal, Hormat atau Bersahaja

Tuan-tuan,

Puan-puan,

Hadirin,

Hadirat

panggilan yang sesuai untuk khalayak dalam konteks rasmi

Dato’-Dato’,

Tan Sri-Tan

Sri

panggilan yang sesuai untuk khalayak dalam konteks rasmi

12

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Kalian panggilan untuk khalayak dalam konteks tidak rasmi

c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (KGND III)

i. KGND III Tunggal

Kata umum yang digunakan seperti dia tidak terikat oleh sifat jantina, status atau

usia orang yang disapa.

Bentuk singkatan –nya boleh digunakan di hujung kata lain, contoh: ...bukunya.

Sapaan beliau digunakan secara khusus untuk merujuk kepada orang yang berumur

dan berwibawa seperti pemimpin, guru, ketua masyarakat, pegawai, ibu bapa, dan

warga tua yang dihormati dalam masyarakat.

Harus difahami bahawa sapaan beliau tidak digunakan untuk menyapa golongan

pesalah, penjenayah atau musuh masyarakat/negara. Sapaan beliau tidak sesuai

digunakan untuk kanak-kanak dan golongan remaja kerana mereka masih berada

pada tahap yang rendah dalam masyarakat.

Sapaan baginda digunakan secara khusus untuk merujuk golongan seperti raja,

sultan, permaisuri raja serta pemangku raja.

ii. KGND III Jamak

Kata sapaan mereka digunakan secara umum untuk merujuk sekumpulan

manusia tanpa terikat oleh sifat jantina, status atau usia pihak yang dirujuk.

Sistem Sapaan: Panggilan Hormat

Gelaran atau darjat merupakan unsur budaya warisan yang masih dipentingkan dalam

pembentukan keperibadian bangsa. Setiap gelaran/darjat diberi panggilan hormat mengikut

Sistem Protokol Negara. Berikut disenaraikan beberapa kata ganti nama yang digunakan

sebagai panggilan hormat yang sesuai dengan gelaran/darjat/jawatan, khususnya dalam

urusan rasmi/formal.

Sistem Protokol (Panggilan Hormat)

Gelaran/Pangkat/Darjat Rujukan/Panggilan Hormat

Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong

Tuanku

Raja Permaisuri Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri

Paduka Baginda Raja Permaisuri

Agong

Tuanku

13

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku

Ampuan, Raja Permaisuri Duli Yang Maha Mulia

Tuanku

Balu Raja Yang Maha Mulia

Raja Muda, Tengku Mahkota, Raja

Di-Hilir Perak Duli Yang Teramat Mulia Tuanku

Yang Teramat Mulia Tuanku

1. Yang Dipertua Negeri

(Melaka, Sabah, Sarawak,

Pulau Pinang)

2. Duta Besar, Duta,

Pesuruhjaya Tinggi &

Perwakilan Negara-negara

Asing

Tuan Yang Terutama

Perdana Menteri, Timbalan Perdana

Menteri, Menteri Besar, Ketua

Menteri

Yang Amat Berhormat (Rakyat biasa)

Yang Amat Berhormat Mulia (Kerabat

Diraja)

Menteri, Timbalan Menteri, Ahli

Parlimen, Ahli Dewan Undangan

Negeri (wakil rakyat)

Yang Berhormat (Rakyat Biasa)

Yang Berhormat Mulia (Kerabat

Diraja)

Bekas Perdana Menteri, Isteri

Perdana Menteri, Tun, Toh (tidak

menjadi wakil rakyat/senator)

Yang Amat Berbahagia

Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan

Negeri:

1. Setiausaha Kerajaan Negeri

2. Pegawai Kewangan Negeri

3. Penasihat Undang-undang

Negeri

Yang Berhormat

Gelaran Kurniaan Kerajaan:

Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin

Seri, Datuk Patinggi, Datin Patinggi,

Datuk Amar, Datin Paduka, Datuk,

Datin (tidak menjadi wakil

rakyat/senator)

Yang Berbahagia

Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif

14

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Hakim Besar atau Hakim Yang Arif

Ketua Polis Negara Yang Amat Setia

Yang Berbahagia Ketua Polis Negara

Mufti Yang Berbahagia Tuan Mufti

Sahibul Samahah

Kadi Yang Arif Tuan Kadi

Sahibul Fadilah Tuan Kadi

Ketua-ketua Jabatan, Pengarah,

Ketua Pengarah, Setiausaha,

Pengurus Besar, Pengurus, Pegawai

Daerah, Prof., Prof Madya, Dekan,

Pemangku Ketua, Penghulu

Yang Berbahagia

Yang Berusaha

Ustaz, Ustazaf, Imam Yang Berbahagia Ustaz/Ustazah

Yang Berbahagia Tuan Imam

1. Pengerusi Majlis

2. Haji, Hajah

Yang Mulia

Tuan/Puan/Saudara/Saudari Pengerusi

Majlis

Yang Mulia Tuan Haji/Puan Hajah

Peraturan Berbahasa

Asmah Hj. Omar (2007) merumuskan bahawa terdapat 3 peraturan berbahasa, iaitu:

i. Peraturan Linguistik - menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa

- bentuk dan binaan tersebut termasuklah sebutan, intonasi dan tatabahasa

- kepatuhan terhadap peraturan-peraturan bahasa bertujuan untuk menjaga kejelasan dan

kesempurnaan mesej atau maklumat yang disampaikan, demi mencapai persefahaman

pada tahap paling tinggi (terutamanya dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan

urusan dan majlis rasmi)

ii. Peraturan Sosiolinguistik

- menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (konteks lisan),

dan antara penulis dengan pembaca (konteks tulisan)

- contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, yakni kata ganti diri atau kata

panggilan hormat menurut sistem dalam masyarakat

15

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

- dalam peraturan ini, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan faktor hubungan

(antara pembicara dengan khalayak), faktor suasana (rasmi atau tidak rasmi), faktor

bidang dan faktor media (lisan atau bukan lisan).

iii Peraturan Pragmatik

- menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi

- peraturan ini berkait rapat dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan

- dalam penggunaan bahasa, misalnya konteks perundingan, jual beli, ceramah, dialog

dan lain-lain memerlukan peraturan pragmatik agar tujuan atau matmalat komunikasi

tercapai dan pada masa yang sama kesopanan berbahasa terjaga. Penutur juga tidak

menyakiti perasaan orang lain dalam berbicara.

- Dalam bidang ilmiah, ilmu yang berkait dengan peraturan pragmatik disebut retorik.

Gaya bahasa retorik biasanya ditemui dalam wacana politik dan perniagaan.

Kesantunan Berbahasa dari Perspektif Agama

Manusia dikaitkan dengan ciri insan yang berakal dan berbahasa, yang memungkinkan tindakan

berkomunikasi untuk mewujudkan persefahaman, perpaduan dan bekerjasama ke arah kebaikan

sejagat.

Peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan dan ketamadunan manusia dapat diringkaskan

sebagai:

media pemerolehan dan pengembangan ilmu

alat pendidikan dan pemasyarakatan (sosialisasi)

pengikat persefahaman dan perpaduan

Kesantunan Berbahasa menjadi prasyarat yang amat penting difahami dan diamalkan demi

membolehkan pelaksanaan dua peranan utama manusia di muka bumi, iaitu

menyeru ke arah kebaikan (amar ma‟ruf)

mencegah kemungkaran (nahi mungkar)

Lingkungan Penggunaan Kesantunan Berbahasa

a. Suasana dan Urusan Rasmi (majlis dan urusan rasmi)

Majlis perasmian (pembukaan/penutupan)

Majlis pelancaran

Majlis menandatangani perjanjian

Majlis pengisytiharan

Majlis konvokesyen

Surat-menyurat rasmi

Pemakluman dan taklimat

Seminar dan persidangan

Ceramah/dialog

Mesyuarat

Kuliah/pengajaran

16

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Dalam situasi ini bahasa standard (High Culture Language) digunakan dengan ragam

bahasa yang memaksimumkan pematuhan kepada peraturan-peraturan bahasa dari sudut

linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik.

b. Suasana dan Urusan Tidak Rasmi

Perbincangan biasa dalam keluarga/sesama rakan sekerja

Perbualan (bersemuka/melalui telefon)

Majlis pertunangan dan perkahwinan

Promosi produk

Jual beli biasa

Gurau senda

Catatan peribadi

Dalam situasi ini dialek/bahasa daerah (Low Culture Language) digunakan kerana

mudah difahami dan lazimnya boleh menimbulkan suasana mesra dan intim. Aktiviti

perbahasaan lebih bersifat persendirian, peribadi/persahabatan. Justeru, situasi ini

tidak tertakluk kepada peraturan linguistik. Walau bagaimanapun, peraturan

sosiolinguistik dan pragmatik masih perlu dipatuhi.

Konsep Budi Bahasa Dalam Kesantunan Berbahasa Terdapat pelbagai ungkapan dalam bahasa Melayu yang menggambarkan tingkah laku yang

diingini oleh masyarakat, khususnya semasa berbicara. Antaranya ialah;

Budi Bahasa - adab tertib dalam hubungan interpersonal yang merangkumi gerak laku, penggunaan

bahasa yang sopan dan situasi mental semasa berbicara

Adab Tertib - merujuk kepada perlakuan yang menggambarkan akhlak yang baik dan terpuji

Budi Pekerti - merujuk kepada perlakuan seseorang yang berlandaskan peraturan dan norma yang

dipandang mulia oleh masyarakat

Sopan santun - membawa makna halus atau refined dari segi tingkah laku

Etika - berkaitan dengan kepatuhan terhadap prinsip moral atau akhlak dalam hubungan

interpersonal

Etiket - menunjukkan tingkah laku yang sopan santun semasa menampilkan diri dalam

hubungan interpersonal

17

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Rujukan Amat Juhari Moain. (1985). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis

Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. (2007). Kesantunan Berbahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan

Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziz Salleh. (2005). Teknik Berkomunikasi dan Berinteraksi Yang Efektif. Shah Alam:

Karisma Publication Sdn. Bhd.

Maimunah Osman. (2000). Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal. Kuala Lumpur:

Institut Tadbiran Awam Negara.

Abd. Rahim Abd. Rashid & Yap Kim Fat. (1995). Bahasa Melayu: Komunikasi Berkesan

dan Pengucapan Umum. Selangor: Siri Pendidikan Longman.

Abdul Halim A. Karim. (1992). Pengucapan Awam. Sungai Petani: Institut Tadbiran Awam

Negara.

18

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Latihan Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Perhubungan Interpersonal

Latihan 1

Arahan: Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Pilih satu pernyataan yang kurang tepat tentang pengertian Kesantunan

Berbahasa.

A Kehalusan budi bahasa ketika berkomunikasi dengan individu lain atau

khalayak.

B Tatacara sapaan lisan atau bertulis dengan sopan santun bagi majlis-majlis

istiadat dalam kalangan aristokrat Melayu.

C Kehalusan berbahasa yang terserlah melalui penggunaan penanda-penanda

sopan santun, berbudi bahasa dan beradab ketika berkomunikasi.

D Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,

kemarahan, dan rasa tersinggung pada kedua-dua belah pihak yang

berinteraksi.

2. Dalam pengertian bahasa dan budaya Melayu, Kesantunan Berbahasa membawa

maksud

I Ketertiban berbahasa harus sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu

masyarakat.

II Bahasa yang diguna dan diamalkan oleh individu atau sesuatu bangsa akan

memancarkan kekuatan atau kelemahan individu atau bangsanya.

III Kesantunan Berbahasa merupakan wahana dan korpus berkomunikasi dengan

sopan santun supaya tidak dianggap biadab dan tidak pandai berbudi bahasa.

IV Kesantunan Berbahasa tidak mempunyai kaitan dengan konsep Komunikasi

Berkesan yang memerlukan teknik dan perlakuan bahasa yang sesuai dengan

konteks situasi, dengan siapa kita berkomunikasi, dengan tujuan dan bidang

yang hendak diparkatakan.

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, II dan IV

D II, III dan IV

3. Gaya bahasa yang digunakan dalam suasana intim bisasanya mempunyai unsur-unsur

senda gurau yang boleh mewujudkan rasa hormat dan kemesraan, seperti

A “Encik, tumpang Tanya. Pukul berapa bas ini bertolak?

B “ Maafkan saya Encik. Boleh saya tolong? Encik nak jumpa siapa?”

C “Adik tak payah ikut abang. Nanti abang balik, abang belikan makanan

kesukaan adik, nak tak? Adik baik kan..!!”

D “Saya ingan mendapat tandatangan dan pengesahan daripada Prof sebagai

menyokong permohonan saya.”

19

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

4. Salah satu pernyataan yang berikut tidak benar tentang penggunaan Kata Ganti

Nama (KGN) Diri dalam sistem sapaan dan panggilan hormat dalam bahasa dan

budaya Melayu.

A Tujuan penggunaan KGN yang bersesuaian dengan konteksnya adalah untuk

menunjukkan tanda hormat dan sopan santun kita kepada pihak yang diajak

bercakap.

B Penggunaan KGN yang tidak bersesuaian dengan konteksnya boleh

menimbulkan salah faham dan perasaan kecil hati kepada pihak yang

menerima panggilan tersebut.

C Sistem panggilan dalam bahasa Melayu berbeza dengan situasi di negara barat

kerana dalam budaya mereka, penggunaan nama sahaja ketika berkomunikasi

dengan orang lain tidak dianggap biadab.

D Masyarakat Melayu menganggap KGN “aku”, “awak”, dan “engkau” sebagai

bentuk panggilan biasa dan sopan jika digunakan dalam interaksi dengan

orang yang lebih berumur, berstatus atau orang yang baru dikenali.

5. Penyataan-penyataan yang boleh diterima sebagai sopan dan tanda hormat

semasa melaksanakan urusan rasmi di pejabat adalah seperti

I “Maafkan saya Puan/Encik, boleh saya berjumpa dengan Dr. Siti?”

II “Encik Ahmad, saudara perlu isikan borang ini dengan lengkap sebelum

membuat bayaran di kaunter.”

III “Encik, siapa boleh saya jumpa? Saya mahu baharui lesen memandu saya.

sudah lama saya duduk dan menunggu di sini!”

IV “Kamu boleh datang jumpa saya esok. Sekarang sudah lambat. Kamu mesti

datang awal. Sebelum datang kamu mesti telefon saya duhulu”

A I dan II sahaja

B I dan III sahaja

C I dan IV sahaja

D II dan IV sahaja

6. Pilih satu pernyataan yang benar mengenai peraturaturan-peraturan berbahasa

A Tidak semua masyarakat mempunyai peraturan bahasa dalam komunikasi.

B Peraturan linguistik menekankan pengguna bahasa agar menitik beratkan

kepada ketepatan bentuk dan binaan bahasa.

C Peraturan sosiolinguistik menekankan penggunaan bahasa yang perlu

disesuaikan pemilihan kata, ungkapan dan wacana dengan tujuan bicara.

D Peraturan pragmatik berkait rapat dengan peraturan dan norma sesuatu

masyarakat yang melibatkan penggunaan kata sapaan dan panggilan hormat

yang ditentukan menurut sistem masyarakat.

20

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

Latihan 2 Arahan: Tuliskan rujukan hormat yang sesuai digunakan untuk setiap gelaran/jawatan yang

berikut.

a. Perdana Menteri (rakyat biasa) :

b. Bekas/Mantan Perdana Menteri :

c. Pesuruhjaya Tinggi :

d. Timbalan Menteri (kerabat Diraja) :

e. Mufti : _______________________

f. Hakim Besar atau Hakim :

g. Pengerusi Majlis : ____________

h. Setiausaha Kerajaan Negeri : ____________

i. Ketua Pengarah : ____________

j. Raja Muda : ____________

Latihan 3

1. Berikan tiga contoh penggunaan eufemisme dalam penggunaan tabu bahasa. (Anda

boleh merujuk kepada tabu bahasa dalam masyarakat anda sendiri)

a.

b.

c.

d.

e.

f.

g. __________________

2. Berikan dua contoh penggunaan Sirkumlokusi dalam tabu bahasa. Sila tulis dalam

ayat lengkap.(Anda boleh merujuk kepada tabu bahasa dalam masyarakat anda

sendiri).

a.

b.

c.

d.

e.

21

PBM2022 Salinan Pelajar Sem 2, Sesi 2012/2013 (PPB)

3. Nyatakan tiga kesan komunikasi/perhubungan interpersonal.

a.

b.

c.

d.

e.

f.

g. __________________

Latihan 4 (Pilihan – jika sesuai dengan konteks kelas)

Arahan: Bentukkan kumpulan seramai 3-4 orang dan pilih salah satu daripada situasi-situasi

berikut. Lakonkan watak-watak yang terdapat dalam situasi yang anda pilih dalam masa lebih

kurang 10 minit. Rakan-rakan anda perlu memberi ulasan/komen tentang bentuk bahasa yang

digunakan oleh watak-watak berkenaan selepas lakonan tersebut diadakan.

Situasi 1

Anda bersama rakan anda berada di Pusat Pengajian Bahasa, UNIMAS. Anda ingin

bertemu dengan pensyarah kursus untuk memohon menukar slot kelas generik kerana

terdapat pertindihan jadual dengan kursus teras yang anda tidak sengajakan.

Situasi 2

Anda dan dua orang rakan anda berada di pejabat kolej kediaman. Anda dan rakan anda

ingin berjumpa dengan pengetua kolej untuk membincangkan beberapa masalah

penempatan pelajar di kolej yang anda duduki.

Situasi 3

Anda berada di kampus Barat. Anda ketinggalan bas kerana terlewat bangun dan sedang

berjalan tergesa-gesa menuju ke depo bas. Anda ingin segera ke kampus Timur untuk

menghadiri kelas pada pagi tersebut. Terdapat 2 orang pemandu bas yang berada di situ.

Bagaimanakah cara anda untuk menangani situasi ini?