Tahap Penerapan Kemahiran Insaniah Dalam Pengajaran

25
Tahap Penerapan Kemahiran Insaniah Dalam Pengajaran Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik , Politeknik Merlimau, Melaka Norzilah Binti Hussin 1 Rodzah Binti Haji Yahya 1 Merhayati Binti Sipon 2 1 Politeknik Merlimau Melaka, Kementerian Pelajaran Malaysia 2 Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Abstrak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mensasarkan keberhasilan pendidikan yang mampu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualnya (JERI). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menyambung kesinambungan ini dengan memperkenalkan dasar, program dan modul baharu seperti Dasar Keusahawanan IPT, Program Kebolehpasaran Graduan dan Modul Kemahiran Insaniah untuk diterapkan di semua IPT. Ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mampu berfikiran kritis dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Laporan Hasil Pembelajaran Program (PLORR) bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), pada sesi Disember 2012 dan Jun 2013 menunjukkan peratusan pencapaian yang berkaitan dengan kemahiran adalah pada kategori sederhana. Satu kajian tinjauan telah dijalankan untuk mengkaji tahap penerapan kemahiran insaniah dalam pengajaran di kalangan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) di dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Responden Kajian melibatkan seramai 50 orang pensyarah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan tahap persediaan, pengetahuan dan kemahiran individu berkenaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah berada pada sederhana dengan min 3.67. Hasil kajian juga mendapati pelaksanaan penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik adalah tinggi dengan mencatat 98% dan respon pelajar terhadap pelaksanaan KI juga tinggi, 88%. Namun begitu terdapat sebilangan pensyarah menyatakan bahawa mereka menghadapai masalah kekurangan bahan rujukan, kurang mahir melaksana dan menilai KI serta tidak cukup masa untuk menerapkan KI di dalam P&P. Justeru itu, hasil kajian ini diharap dapat membantu jabatan menambahbaik dan membuat tindakan susulan yang bersesuaian. Kata Kunci : Kemahiran Insaniah, Kebolehpasaran graduan Politeknik 1.0 PENGENALAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), sejak diperkenalkan pada tahun 1988 kepada khalayak, mensasarkan keberhasilan pendidikan yang mampu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualnya (JERI). Falsafah pendidikan ini terus diperlengkapkan dengan kewujudan pelbagai misi, visi dan pelan strategik, baik di peringkat pendidikan rendah mahupun di peringkat pendidikan tinggi. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 misalnya, mensasarkan peningkatan kecemerlangan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran pendidikan di peringkat rendah dan menengah yang mendokong hasrat FPK khususnya (MEB, 2014). Pengenalan dan perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2013, telah memperkukuhkan lagi usaha bagi mencapai matlamat FPK. Di peringkat pengajian tinggi pula, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menyambung kesinambungan ini dengan memperkenalkan pelbagai dasar dan program baharu ke arah melahirkan modal insan kelas pertama negara. Dasar, program dan modul baharu seperti Dasar Keusahawanan IPT, Program Kebolehpasaran Graduan dan Modul Kemahiran

Transcript of Tahap Penerapan Kemahiran Insaniah Dalam Pengajaran

Tahap Penerapan Kemahiran Insaniah Dalam Pengajaran Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik , Politeknik Merlimau, Melaka

Norzilah Binti Hussin

1

Rodzah Binti Haji Yahya1

Merhayati Binti Sipon2

1Politeknik Merlimau Melaka, Kementerian Pelajaran Malaysia

2Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Abstrak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mensasarkan keberhasilan pendidikan yang mampu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualnya (JERI). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menyambung kesinambungan ini dengan memperkenalkan dasar, program dan modul baharu seperti Dasar Keusahawanan IPT, Program Kebolehpasaran Graduan dan Modul Kemahiran Insaniah untuk diterapkan di semua IPT. Ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mampu berfikiran kritis dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Laporan Hasil Pembelajaran Program (PLORR) bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), pada sesi Disember 2012 dan Jun 2013 menunjukkan peratusan pencapaian yang berkaitan dengan kemahiran adalah pada kategori sederhana. Satu kajian tinjauan telah dijalankan untuk mengkaji tahap penerapan kemahiran insaniah dalam pengajaran di kalangan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) di dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Responden Kajian melibatkan seramai 50 orang pensyarah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan tahap persediaan, pengetahuan dan kemahiran individu berkenaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah berada pada sederhana dengan min 3.67. Hasil kajian juga mendapati pelaksanaan penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik adalah tinggi dengan mencatat 98% dan respon pelajar terhadap pelaksanaan KI juga tinggi, 88%. Namun begitu terdapat sebilangan pensyarah menyatakan bahawa mereka menghadapai masalah kekurangan bahan rujukan, kurang mahir melaksana dan menilai KI serta tidak cukup masa untuk menerapkan KI di dalam P&P. Justeru itu, hasil kajian ini diharap dapat membantu jabatan menambahbaik dan membuat tindakan susulan yang bersesuaian. Kata Kunci : Kemahiran Insaniah, Kebolehpasaran graduan Politeknik

1.0 PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), sejak diperkenalkan pada tahun 1988 kepada khalayak, mensasarkan keberhasilan pendidikan yang mampu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualnya (JERI). Falsafah pendidikan ini terus diperlengkapkan dengan kewujudan pelbagai misi, visi dan pelan strategik, baik di peringkat pendidikan rendah mahupun di peringkat pendidikan tinggi. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 misalnya, mensasarkan peningkatan kecemerlangan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran pendidikan di peringkat rendah dan menengah yang mendokong hasrat FPK khususnya (MEB, 2014). Pengenalan dan perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2013, telah memperkukuhkan lagi usaha bagi mencapai matlamat FPK. Di peringkat pengajian tinggi pula, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) menyambung kesinambungan ini dengan memperkenalkan pelbagai dasar dan program baharu ke arah melahirkan modal insan kelas pertama negara. Dasar, program dan modul baharu seperti Dasar Keusahawanan IPT, Program Kebolehpasaran Graduan dan Modul Kemahiran

Insaniah telah diterapkan di semua IPT selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mampu berfikiran kritis dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan (HEDMOE, 2014 ). Malah daya saing sesuatu negara secara total bergantung kepada keupayaan negara untuk membangunkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai mentaliti kelas pertama. Kemahiran insaniah atau soft-skills merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan (Md. Tahir, Mohammad Yasin dan Mustapha, 2014). Kemahiran Insaniah (KI) merupakan suatu pendekatan bagi membangunkan modal insan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti yang telah digariskan sebagai satu daripada agenda utama negara dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RM Ke-9) yang diterjemahkan ke dalam Agenda Kritikal PSPTN. Ini juga secara tidak langsung berkait rapat dengan isu kualiti produk IPT dalam persaingan mendapatkan pekerjaan di pasaran kerja yang kompetitif apabila pelajar menamatkan pengajian mereka. Terdapat tujuh (7) elemen KI yang telah digariskan oleh KPTM iaitu:

Kemahiran komunikasi Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran kerja berpasukan Pembelajaran berkesan dan pengurusan maklumat Kemahiran keusahawanan Etika dan moral profesional Kemahiran kepimpinan

Dalam menelusuri segala usaha, dasar dan program yang digembeling oleh semua pihak yang berkepentingan dalam bidang pendidikan negara ini tidak dinafikan, idea, usaha dan gagasan ke arah merealisasikan FPK tidak pernah putus. Namun begitu, kesan kritis ekonomi global memberikan kesan impak negatif yang besar kepada para graduan (Berita Harian, 2012). Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dalam sesi perbahasan di Dewan Negara pada Mei 2012 daripada kajian Kamarudin (2014), ”...kira-kira 76,200 siswazah masih menganggur kerana tiada kemahiran mencari pekerjaan...”. Isu ini turut disokong oleh Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran yang berpandangan bahawa graduan masa kini menghadapi persaingan yang sengit dalam dunia pekerjaan dan tanpa kemahiran generik dan komunikasi, para graduan ini akan terlepas banyak peluang-peluang pekerjaan (Berita Harian, 2012). Kajian oleh Md. Tahir (dalam Md. Tahir dan rakan-rakan, 2014, pp56) mendapati pula bahawa pensyarah-pensyarah di Kolej Komuniti tidak berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran menyebabkan perkembangan pembelajaran kemahiran generik tidak berlaku secara menyeluruh. 2.0 LATARBELAKANG MASALAH

Persekitaran kerjaya hari ini adalah berbeza dengan masa lalu (MacArdle, Walters, Briscoe dan Hall, 2007). Perkembangan kerjaya yang dahulunya bergerak secara vertikal telah berubah kepada pergerakan secara lateral. Ini bukan sahaja mengundang ketidakstabilan malah juga meningkatkan kadar pengangguran. MacArdle da rakan-rakan (2007) juga bersetuju bahawa situasi goyah di alam pekerjaan seperti ini menampakkan lagi keperluan kemahiran insaniah dalam sektor pekerjaan. Di Malaysia, sentimen umum majikan menunjukkan perspesi bahawa graduan gagal memenuhi jangkaan pasaran dan dengan itu ramai graduan yang ketinggalan dalam pasaran pekerjaan (Seetha, 2014). Krisis kewangan selepas tahun 1997, menyaksikan peningkatan struktur ekonomi daripada industri pembuatan kepada industri perkhidmatan (Seetha, 2014). Pertumbuhan industri perkhidmatan sebahagian besarnya telah didorong oleh percambahan Syarikat Multinasional (Multinational Company - MNC). Walaupun ekonomi Malaysia telah berkembang setiap tahun pada kadar 6.6% dalam tempoh tiga dekad yang lalu, namun ironinya, kadar pengangguran juga meningkat daripada 2.6% pada

tahun 1996 kepada 3.6% pada tahun 2003 (Baharudin, 2003). Menurut Wong (2010), terdapat antara 80,000 hingga 100,000 siswazah menganggur di Malaysia pada tahun 2009. 2.1 Definisi Kemahiran Generik Kemahiran insaniah atau soft-skills merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan Kamarudin et al.(2014). Kemahiran Insaniah (KI) merupakan suatu pendekatan bagi membangunkan modal insan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti yang telah digariskan sebagai satu daripada agenda utama negara dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RM Ke-9) yang diterjemahkan ke dalam Agenda Kritikal PSPTN. Ini juga secara tidak langsung berkait rapat dengan isu kualiti produk IPT dalam persaingan mendapatkan pekerjaan di pasaran kerja yang kompetitif apabila pelajar menamatkan pengajian mereka. Memandangkan betapa pentingnya penguasaan kemahiran insaniah di kalangan graduan di Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mewujudkan Kerangka Kualiti Malaysia (KKM) pada tahun 2004 yang merangkumi konsep hasil pembelajaran mengikut aras kelayakan, penamaan kelayakan dan sistem kredit. Kerangka Kualiti Malaysia telah mengenalpasti domain-domain kemahiran insaniah yang perlu ada pada setiap graduan dari institusi pengajian di Malaysia iaitu Keprofesionalisme, nilai, sikap, perlilaku dan etika,Kebertanggungjawapan dan keprihatinan sosial, Kemahiran berkomunikasi dan Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepangjang hayat serta Kemahiran keusahawanan dan pengurusan(Kerangka Kelayakan Malaysia, 2004). Kemahiran insaniah (soft skills) adalah adalah sesuatu yang tidak nampak, lebih merupakan ciri interpersonal seseorang dan bukan berbentuk teknikal. Ia lebih mengkhusus kepada kemahiran personaliti yang dapat membantu menentukan kekuatan seseorang dalam kepimpinan, memudahcara, pengantara dan perundingan. Dalam mendefinisikan kemahiran insaniah, Sutton (2002) menganggap kemahiran insaniah sebagai satu tanda aras penting kepada kebanyakan majikan untuk mengasingkan pemohon kerja dalam kebanyakan industri. James dan James (2004) juga menyatakan bahawa seseorang yang mampu berkomunikasi dengan berkesan, menyesuaikan diri dengan baik dengan orang lain, berfungsi dengan baik dalam satu pasukan, mengambil inisiatif dan mempunyai etika kerja yang mantap dianggap sebagai mempunyai tahap set kemahiran insaniah yang diperlukan. Glenn (2008) pula berpendapat bahawa menggaji seseorang yang mempunyai kemahiran insaniah amat penting kerana ia menggalakkan daya saing dalam organisasi yang berprestij tinggi. Menurut Deepa dan Seth (2013) kemahiran insaniah juga merujuk kepada sifat-sifat personaliti, sifat, tahap komitmen dengan pekerjaan yang akan membuat pemohon lebih menonjol berbanding rakan-rakannya. Satu lagi elemen yang sering dikaitkan bersama dengan kemahiran insaniah adalah kemahiran teras atau teknikal (hardskills). Berbanding dengan kemahiran insaniah, kemahiran teras atau teknikal biasanya mudah untuk diperhati dan dinilai kerana ia melibatkan kemahiran khusus yang berkaitan dengan jenis pekerjaan tertentu pekerja (Pool & Sewell, 2007). Sebagai perbandingan, kemahiran insaniah secara puratanya lebih sukar untuk diperhati dan dinilai. Kemahiran ini boleh dikatakan sebagai kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan sehari-hari, untuk menunjukkan sebanyak mana yang seseorang itu adalah berguna di tempat kerja. Ini adalah kemahiran yang mana setiap kakitangan perlu berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain, bekerjasama untuk mencapai tugas-tugas yang ditetapkan, dan mampu untuk memberikan maklum balas apabila mereka melibatkan diri dalam dialog, menyelesaikan masalah dan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan isu-isu semasa atau adhoc (Rainsbury, Hodges, Burchell & Lay, 2002).

Kepentingan Kemahiran Generik Dalam Kebolehpasaran Graduan

Banyak kajian literatur menekankan empat terma utama berhubung dengan graduan: menganggur kerana tidak diambil bekerja (unemployed), menganggur kerana tiada kerja yang layak (unemployable), kebolehkerjaan (workability), dan kebolehpasaran (employability) (MacArdle dan rakan-rakan, 2007). Kamus Merriam Webster Online (2014) mendefinisikan menganggur atau penganggur (kata sifat) sebagai “(seseorang) tidak mempunyai pekerjaan berbayar tetapi boleh bekerja disebabkan oleh beberapa perkara: menganggur, tiada kerja ditawarkan pada ketika itu, menunggu pekerjaan baharu, lebihan pekerja atau diberhentikan. Manakala menganggur kerana tiada kerja yang layak (kata sifat) adalah “(seseorang) tidak dapat atau mungkin mendapat pekerjaan yang dibayar, terutamanya kerana kekurangan kemahiran atau kelayakan”. Kebolehkerjaan pula merujuk “seseorang yang boleh melakukan kerja bersesuaian dengan jenis tugas atau beban kerja yang diarahkan” manakala kebolehpasaran adalah “seseorang yang mampu melaksanakan kerja dalam tugas tertentu serta mempunyai ciri-ciri atau sifat tambahan seperti kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran berunding dan kemahiran menyelesaikan masalah yang mana dapat menarik majikan untuk mengambil mereka bekerja”. Statistik Graduan2u (2010) menunjukkan jurang kemahiran insaniah sebagai sebab utama untuk statistik pengangguran yang tinggi di kalangan graduan muda. Kemahiran insaniah muncul sebagai fokus baharu di seluruh dunia sejak kebelakangan ini kerana ia disifatkan sebagai penting bagi meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi (Nealy, 2005). Walaupun kemahiran ini diajar di universiti-universiti dan institusi-institusi pengajian tinggi, realitinya, sektor pekerjaan melihat elemen kemahiran ini masih ada kekurangan (Sparks & Waits, 2011). Di United Kingdom, satu kajian mendapati bahawa organisasi perlu menghabiskan lebih banyak wang untuk melatih pengurus baharu mereka dengan kemahiran insaniah (Garwood, 2012). Ini memberikan prestasi buruk terhadap kualiti tahap pengajaran kemahiran insaniah di institusi pengajian tinggi serta menunjukkan graduan yang dihasilkan adalah tidak terlatih dan bersedia untuk dunia kerja (Garwood, 2012). Peralihan paradigma dalam abad ke-21 pula telah menekankan kepentingan kemahiran insaniah dan ia telah menjadi kritikal walaupun dalam industri teknikal. Ini mengesahkan sentimen bahawa melengkapkan graduan dengan kemahiran insaniah boleh membantu graduan dalam mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan mereka (James & James, 2004). Menggaji graduan baru yang mempunyai kemahiran interpersonal adalah penting dan satu kelebihan bagi organisasi untuk terus berjaya mengekalkan daya saing (Sparks & Waits, 2011). Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Minnesota State College, Amerika Syarikat, terdapat tiga jenis kemahiran yang amat diperlukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan daripada para pekerja mereka iaitu; kemahiran teknologi, kemahiran insaniah dan kemahiran perniagaan, terutamanya dalam bidang baharu berasaskan teknologi hijau (Sparks & Waits, 2011).

2.2 PENYATAAN MASALAH Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) merupakan sebuah jabatan yang menawarkan peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan komputer di politeknik Merlimau Melaka (PMM). Tiga program yang ditawarkan ialah Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET), Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP) dan mempunyai seramai 1341 orang pelajar. Jabatan ini komited untuk menghasilkan graduan-graduan berkualiti yang berupaya memenuhi keperluan teknologi terkini dan menjana perkembangan industri negara. PMM bervisi untuk menjadi pusat kecemerlangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang unggul dalam menjana modal insan berkualiti, transformatif dan berdaya saing di peringkat global dengan mensasarkan misi mentransformasikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional untuk melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Md Abdullah (2012) menyebut dalam kajian beliau bahawa pendidikan institusi hendaklah mengemukakan satu pengalaman pembelajaran yang perlu diperolehi dan dikuasai bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah. Kaedah yang tepat adalah dengan meletakkan kemahiran insaniah sebagai satu modul teras di mana kemahiran insaniah perlu dimasukkan secara sepadu (integrated) atau bersendiri (stand-alone) dalam proses kurikulum. Kamsah, Abu dan Razzaly (2008) mendapati masalah yang dihadapi oleh responden dalam/untuk menerap KI dalam P&P telah dikenal pasti iaitu kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menerap dan menilai KI dalam P&P, kekangan masa (akibat perlu menghabiskan silibus kursus yang dikendalikan) serta kekurangan bahan/dokumen rujukan yang boleh membantu mereka melaksanakan aktiviti. Sewajarnya dalam hal ini, Kamsah, Abu dan Razzaly (2008) berpandangan pihak IPTA harus mempertingkatkan usaha bagi melatih kumpulan pakar yang boleh membimbing rakan sejawat atau merangka program latihan yang lebih berkesan. Usaha juga harus ditingkatkan bagi menambah bahan rujukan dan dokumen bagi aktiviti penerapan kerana sumber yang sering di perolehi kebanyakannya dari sumber luar negara yang mempunyai suasana dan mengamalkan budaya pembelajaran yang berbeza. Yahya, Sidek dan Jano (2011) mendapati bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan masalah dan berpusatkan pelajar pembelajaran perlu lebih dilaksanakan kerana pendekatan ini membolehkan pelajar untuk mempunyai platform yang mencukupi untuk membangunkan kemahiran insaniah mereka kerana mereka mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran. Namun begitu, senario yang dihadapi oleh Politeknik Merlimau (PMM) ketika ini tidak memberikan impak dan perspektif yang memuaskan. Analisa Laporan Kebolehpasaran Graduat Sesi Jun 2013 melaporkan bahawa daripada jumlah keseluruhan graduan seramai 723 orang, 82% (600) graduan telah berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan dan selebihnya masih belum bekerja 17% (116) dan tidak dapat dihubung 1% (1) (PMM, 2013). Selain daripada itu, Laporan Hasil Pembelajaran Program (Program Learning OutcomeReview Report- PLORR) bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK), Politeknik Merlimau Melaka pada sesi Disember 2012 dan Jun 2013 (PMM, 2014) menunjukkan peratusan pencapaian Hasil Pembelajaran Program yang berkaitan dengan kemahiran insaniah adalah pada kategori sederhana. Jadual 1 adalah PLORR bagi sesi Dis 2012 bagi Kohort 1 (Pelajar Ambilan Julai 2010) dan sesi Jun 2013 bagi Kohort 2 (Pelajar Ambilan Disember 2010) dimana PLO3 dan ke atas adalah melibatkan penilaian pelajar dalam elemen-elemen kemahiran insaniah.Dapatan ini kurang menyokong misi dan visi PMM serta mampu menjadi duri dalam usaha PMM melahirkan graduan yang bersifat kebolehpasaran.

Jadual 1: Laporan Pencapaian PLORR bagi kohort Dis 2012 dan Jun 2013

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING OUTCOME- PLO)

Pencapaian Kumpulan (%)

Dis 2012 Jun 2013

PLO3 Berkomunikasi dengan berkesan di kalangan komuniti kejuruteraan dan masyarakat amnya

72.3 73.8

PLO4

Menunjukkankan pemikiran yang kritis dalam menyediakan penyelesaian yang berkesan terhadap masalah berkaitan kejuruteraan elektronik dan komputer

72.8 69.9

PLO5

Menunjukkan kesedaran dan pertimbangan untuk isu-isu berkaitan masyarakat, kesihatan, keselamatan, perundangan dan budaya serta tanggungjawab yang berbangkit, dengan mengambil kira pembanguna lestari

80.0 73.0

PLO6 Melibatkan diri dalam pembangunan profesional dan kebolehupayaan menguasai pengetahuan dan kemahiran baru

77.3 76.7

PLO7 Mengiktiraf keperluan untuk keusahawanan 79.0 81.0

PLO8 Menunjukkan pemahaman terhadap etika profesional, tanggungjawab dan norma dalam amalan kejuruteraan elektrik dan elektronik

58.5 58.5

PLO9 Berupaya bekerja secara perseorangan ataupun secara berkumpulan dengan jayanya, serta berkebolehan menjadi pemimpin

84.1 62.9

Bagi melihat sejauh mana tahap penerapan kemahiran insaniah diterapkan di PMM, satu kajian akan dijalankan dan ditumpukan kepada satu jabatan dahulu di PMM iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penerapan kemahiran insaniah dalam pengajaran di kalangan pensyarah semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).

2.3 KERANGKA KAJIAN

Satu kerangka kajian yang merujuk kepada kajian terdahulu oleh Kamsah, Abu dan Razzaly (2008) telah diadaptasi untuk melaksanakan kajian ini. Model kajian diilustrasikan seperti tertera di rajah 1 di bawah. Pemboleh ubah yang terlibat adalah terdiri daripada tiga proses utama dalam penerapan KI semasa P&P iaitu persediaan awal, pelaksanaan KI dan permasalahan KI yang ingin dikaji oleh pengkaji. Dapatan kajian akan dilaporkan dalam bentuk frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai bagi menggambarkan tahap keseluruhan penerapan dan perlaksanaan KI dalam P&P di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka.

Rajah 1:Adaptasi : Kamsah et al.(2008)

2.4 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah seperti berikut: 1. Mengenalpasti tahap persediaan, pengetahuan dan kemahiran individu

berkenaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah. 2. Mengenalpasti pelaksanaan penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan

pensyarah. 3. Mengenalpasti permasalahan yang dihadapi bagi penerapan kemahiran insaniah

dalam kalangan pensyarah.

PERSEDIAAN, PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN INDIVIDU

Kesediaan pensyarah

Pengetahuan dan Kemahiran pensyarah

Sokongan Institusi

PELAKSANAAN PENERAPAN KI

Pelaksanaan KI

Elemen-elemen KI yang diterapkan

Kekerapan penerapan KI

Elemen-elemen KI yang dilaksanakan

Kaedah-kaedah penilaian KI

Kekerapan mencatat KI dalam dokumen perancangan pengajaran

Peratusan KI bagi gred kursus

Kekerapan pemantauan oleh institusi

Tindakan susulan oleh institusi

Respon pelajar terhadap KI

PERMASALAHAN KI

Kesediaan pensyarah

Pengetahuan dan Kemahiran pensyarah

Sokongan Institusi

Insentif

Respon pelajar

PENERAPAN

KEMAHIRAN INSANIAH DALAM P&P

2.5 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan berikut: 1. Apakah tahap persediaan, pengetahuan dan kemahiran individu berkenaan

kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah? 2. Apakah pelaksanaan penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan

pensyarah? 3. Apakah permasalahan yang dihadapi bagi penerapan kemahiran insaniah dalam

kalangan pensyarah?

2.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini terhad kepada perkara berikut: 1. Populasi kajian melibatkan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik

Merlimau Melaka. 2. Kajian yang dijalankan melibatkan Pensyarah Program Diploma Kejuruteraan

Elektronik (Komputer), Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik untuk mengumpulkan maklumat kuantitatif asas berkaitan aktiviti penerapan KI yang diamalkan oleh pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka. Fokus kajian ialah untuk mendapatkan maklumat asas yang boleh digunakan untuk mengenalpasti dan menambahbaik sistem pentaksiran yang sediaada dengan tujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan penerapan KI di kalangan pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan. Jadual 2 di bawah menerangkan tentang kaedah yang digunakan untuk menganalisa dapatan bagi menjawab objektif dan persoalan kajian. Dapatan kajian akan dianalisa secara pendekatan deskriptif dengan menggunakan frekuensi, peratusan dan min.

Jadual 2 : Jadual Analisis dapatan kajian

Objekif Persoalan Kajian

Analisis Instrumen

1 1 Deskriptif Soalselidik

2 2 Deskriptif Soal Selidik

3 3 Deskriptif Soal Selidik

3.1 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian adalah di kalangan pensyarah Politeknik Merlimau Melaka. Sampel kajian melibatkan 70 pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Politeknik Merlimau Melaka dan responden kajian terdiri daripada 50 orang Pensyarah Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka.

3.2 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan soal selidik yang telah adaptasi dari Mohd Salleh dan rakan-rakan(2008) bagi mengumpulkan maklumat berkaitan tahap penerapan KI dalam pengajaran di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu:

Bahagian A (Latar Belakang Responden)

Bahagian B (Kesediaan, Pengetahuan & Kemahiran Individu Serta Sokongan Institusi dalam menerapkan KI)

Bahagian C (Pelaksanaan Penerapan KI Dalam P&P)

Bahagian D (Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Staf Akademik Dalam Menerapkan KI Dalam P&P)

3.3 PENGUMPULAN DATA

Set soalselidik telah diedarkan kepada 50 orang pensyarah JKE yang telah dipilih secara rawak. Pensyarah-pensyarah tersebut merupakan pensyarah dari Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka.

4.0 ANALISA DAN INTERPRETASI DATA

Data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 dengan menggunakan statistik deskriptif begi menilai seperti min dan sisihan piawai bagi menyatakan ciri pemboleh ubah. Penggunaan nilai min adalah kaedah yang digunakan secara meluas untuk menggambarkan respons kesemua responden terhadap item di dalam sesuatu instrumen (Creswell, 2005). Kajian ini telah menggunakan interpretasi nilai min yang telah diubah suai daripada Zuraidah Abdullah (2009). Interpretasi nilai min tersebut adalah seperti mana ditunjukkan dalam jadual 3.

Jadual 3 : Interpretasi Nilai Min

Nilai Min Tahap Pelaksanaan

Interpretasi

1.00 hingga 2.33 Rendah Kurang memuaskan

2.34 hingga 3.67 Sederhana Sederhana memuaskan

3.68 hingga 5.00 Tinggi Memuaskan

4.1 Maklumat Demografi

Item ini berkenaan Latarbelakang Responden berkaitan Jantina, Tempoh perkhidmatan, Kelulusan akademik dan Major program pengkhususan.

Responden yang terlibat adalah 50 pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Merlimau Melaka (PMM) daripada bidang Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka.

Jadual 4: Jantina responden

Jantina Responden Frekuensi Peratusan

Lelaki 7 14.0

Perempuan 43 86.0

Berdasarkan dapatan yang diperolehi didapati responden perempuan sebanyak 86 peratus dan responden lelaki adalah 14 peratus.

Jadual 5: Tempoh perkhidmatan responden di JKE, PMM

Tempoh Berkhidmat di Politeknik Frekuensi Peratusan

1 – 3 tahun 1 2.0

3 – 5 tahun 14 28.0

6 dan ke atas 35 70.0

Kebanyakan responden merupakan pensyarah yang telah berkhidmat di JKE lebih dari 6 tahun (70%), diikuti denga seramai 14 pensyarah yang telah berkhidmat dalam tempoh 3 hingga 5 tahun (28%) dan hanya seorang pensyarah yang baru brkhidmat selama 1 hingga 3 tahun (2%). Dapatan ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden merupakan pensyarah yang berpengalaman.

Jadual 6: Latar belakang akademik responden

Latarbelakang Akademik Frekuensi Peratusan

Ijazah Sarjana Muda 16 32.0

Sarjana 33 66.0

Lain-lain 1 2.0

Responden yang terlibat majoriti mempunyai latarbelakang akademik sarjana iaitu 66 peratus, diikuti Ijazah Sarjana Muda 32 peratus dan lain-lain bidang 2 peratus. Dapatan ini juga menunjukkan kebanyakan pensyarah mempunyai latar belakang akademik yang baik dan seharusnya memberi nilai tambah positif dalam penerapan dan perlaksanaan KI dalam P&P.

Jadual 7: Bidang major responden di JKE

Bidang Major Frekuensi Peratusan

Kej. Elektrik 21 42.0

Kej. Elektronik (Komputer) 13 26.0

Kej. Elektronik (Komunikasi) 12 24.0

Lain-lain 4 8.0

Kajian ini melibatkan 42 peratus pensyarah dari program Kejuruteraan Elektrik, 26 peratus pensyarah program Kejuruteraan Elektronik (Komputer) dan 24 peratus dari program Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi).

4.2 Tahap Kesediaan, Pengetahuan dan Kemahiran Individu serta Sokogan Institusi dalam kalangan pensyarah

Soalselidik bagi setiap item adalah untuk mengetahui tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran individu serta sokongan institusi berkenaan kemahiran insaniah dalam kalangan

pensyarah. Item 1:

Jadual 8: Bila responden mengetahui keperluan melaksanakan KI dalam P&P

Kesediaan tahu Frekuensi Peratusan

Kurang 6 bulan yang lalu 3 6.0

6-12 bulan yang lalu 3 6.0

1-2 tahun yang lalu 9 18.0

Lebih 2 tahun yang lalu 35 70.0

Dapatan kajian bagi item ini menunjukkan 70 peratus pensyarah mempunyai kesediaan dan mengetahui keperluan dalam melaksanakan kemahiran Insaniah di dalam P&P lebih 2 tahun yang lalu. Manakala 18 peratus mengetahuinya pada 1-2 tahun yang lalu, 6 peratus baru mengetahuinya pada 6-12 bulan yang lalu dan 6 peratus hanya mengetahuinya lebih kurang 6 bulan yang lalu.

Item 2:

Jadual 9: Tahap persetujuan responden terhadap perlaksanaan KI dalam P&P

Kesediaan setuju Purata Sisihan Piawai Varians

Kesediaan setuju laksana KI 3.48 .505 .255

Kesediaan setuju terap KI dalam PnP 4.06 .550 .302

Berdasarkan dapatan kajian, kebanyakan responden mendapat (purata = 3.48, sisihan piawai = .505) bagi item kesediaan setuju melaksanakan Kemahiran Insaniah dan ini menunjukkan responden bersetuju dalam melaksanakan kemahiran Insaniah di dalam P&P. Responden juga menunjukkan kesediaan yang tinggi dalam menerapkan kemahiran Insaniah dalam P&P dengan (purata = 4.06, sisihan piawai = .550).

Item 3 hingga 9:

Jadual 10 : Purata bagi item 3 hingga 9

Bil Item Purata

3 Kesediaan anda untuk menerapkan KI di kalangan pelajar dalam

P&P

4.06

4 Sokongan yang diberi oleh institusi anda bagi menerapkan KI 3.84

5 Sokongan yang diberi oleh rakan sejawat anda bagi menerapkan KI

dalam P&P

3.92

6 Keberkesanan bahan/dokumen rujukan yang disediakan oleh institusi

anda bagi membantu anda bagi menerapkan KI dalam P&P

3.50

7 Keberkesanan infrastruktur bagi menerapkan KI dalam institusi anda 3.32

8 Keberkesanan kursus/latihan yang pernah diikuti bagi menerapkan KI

dalam P&P

3.56

9 Keberkesanan kursus/latihan yang pernah diikuti bagi menilai KI

dalam P&P

3.54

Purata Keseluruhan 3.67

4.3 Perlaksanaan Kemahiran Insaniah

Item seterusnya adalah soalselidik berkenaan pelaksanaan kemahiran insaniah dalam pengajaran di kalangan pensyarah. Item 10:

Jadual 31: Adakah responden menerapkan KI di dalam P&P

Perlaksanaan KI dalm PnP 1 Frekuensi Peratusan

Ya 49 98.0

Tidak 1 2.0

Dapatan menunjukkan 98 peratus responden melaksanakan Kemahiran Insaniah dan hanya 2 peratus yang tidak melaksanakan Kemahiran Insaniah dalam P&P. Item 11:

Jadual 12: Siapakah pendorong utama responden untuk melaksanakan KI dalam P&P

Perlaksanaan KI dalm PnP 2 Frekuensi Peratusan

Arahan Institusi 25 50.0

Dorongan rakan 3 6.0

Inisiatif sendiri 22 44.0

Hampir separuh dari responden menyatakan pelaksanaan Kemahiran Insaniah adalah berdasarkan arahan institusi iaitu 50 peratus manakala 44 peratus melaksanakan kemahiran insaniah atas inisiatif sendiri dan 6 peratus sahaja melaksanakan kemahiran Insaniah atas dorongan dari rakan. Item 12:Elemen KI yang diterapkan oleh pensyarah dalam P&P

Rajah 2: Carta peratusan Dapatan menunjukkan elemen Kemahiran Insaniah tertinggi yang diterapkan adalah kemahiran berkomunikasi iatu 88 peratus, diikuti kemahiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah sebanyak 60 peratus, kemahiran kerja berpasukan 52 peratus, kemahiran kepimpinan 40 peratus, Etika dan Moral Profesional 34 peratus, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat 22 peratus dan hanya 16 peratus melibatkan elemen kemahiran Keusahawanan.

28%

19% 17% 7%

5%

11% 13%

Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran Kritis dan kemahiran menyelesaikanmasalahKemahiran kerja berpasukan

Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

Ketiga-tiga elemen kemahiran yang mendapat peratusan tertinggi iniadalah merupakan elemen utama yang diperlukan oleh majikan dalam prosesmengenalpasti dan menawarkan pekerjaan kepada para graduan.Walaubagaimanapun, elemen yang juga penting iaitu kemahiran keusahawanan adalah agak kurang dilaksanakan. Ini perlu mendapat perhatian yang sewajarnya memandangkan elemen ini dapat memberikan impak yang positif kepada graduan bagi menghadapi daya saing yang tinggi dalam era pekerjaan masa kini. Item 13:Kekerapan responden melakukan aktiviti menerapkan KI dalam P&P

Jadual 43: Kekerapan responden melakukan aktiviti menerapkan KI dalam P&P

Kekerapan KI dalam PnP Frekuensi Peratusan

Kadang-kadang

10 20.0

Kerap

35 70.0

Amat kerap 2 4.0

Dapatan menunjukkan majoriti responden iaitu 70 peratus kerap menerapkan Kemahiran Insaniah dalam P&P, 20 peratus berada pada status kadang-kadang dan hanya 4 peratus amat kerap menerapkan Kemahiran Insaniah dalam P&P. Item 14:Kaedah P&P yang diterapkan oleh pensyarah

Rajah 3: Kaedah P&P yang diterapkan oleh pensyarah

Item seterusnya memerlukan responden yang menyatakan kaedah/pendekatan P&Pyang sering mereka gunakan dalam menerapkan KI di kalangan pelajar. Analisismenunjukkan bahawa kaedah P&P konvensional (projek, kuliahdan makmal) masih merupakan kaedah/pendekatan utama yang digunakan olehresponden dalam aktiviti penerapan KI di dalam P&P. Kaedah/pendekatan lain,khususnya aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar (student-centered) adadigunakan tetapi pada peratusan yang lebih rendah.

23%

27% 23%

4%

5% 18%

Kaedah P&P Yang Diterapkan

Kuliah

Projek

Makmal

Item 15:ElemenKI yang dinilai dalam P&P

Rajah 4: Elemen KI yang dilaksanakan oleh pensyarah dalam P&P

Item di atas memerlukan responden memberikan maklumat mengenai elemenKI yang dinilai dalam P&P yang mereka kendalikan. Jadual ini memberikan maklumat di mana elemen Kemahiran Berkomunikasi (36 peratus),Pemikiran Kritis & Kemahiran Menyesaikan Masalah (22 peratus) dan Kemahiran KerjaBerpasukan (25 peratus) adalah merupakan tiga elemen kemahiran yang bukan sahaja seringditerapkan tetapi juga dinilai dalam P&P. Item 16:Kaedah penilaian elemen KI yang digunakan pensyarah

Rajah 5: Kaedah penilaian yang digunakan pensyarah dalam P&P Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden menggunakan kaedah pembentangan (24 peratus), diikuti projek (17 peratus) dan lain-lain kaedah sepertipenilaian sahsiah dan kajian kes. (31 peratus) dan yang lain-lain menggunakan kaedah ujian/peperiksaan bertulis, pemerhatian oleh pensyarah dan demonstrasi.

36%

22%

25%

5% 4%

8%

Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran Kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah

Kemahiran kerja berpasukan

Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat

Kemahiran keusahawanan

6%

24%

17% 17%

5%

31%

Ujian/peperiksaan bertulis

Pembentangan

Pemerhatian oleh pensyarah

Projek

Demonstrasi

Item 17:Kekerapan responden mencatat KI dalam dokumen perancangan pengajaran

Jadual 5: Kekerapan responden mencatat KI dalam dokumen perancangan pengajaran Kekerapan mencatat KI dalam Course Outline

Frekuensi Peratusan

Tidak pernah 15 30.0

Kadang-kadang 31 62.0

Sentiasa 4 8.0

Dapatan menunjukkan majoriti respondan iaitu 62 peratus hanya kadang-kadang mencatatkan KI dalam Course Outline, hanya 4 peratus yang sentiasa mencatatkan KI dalam Course Outline dan 15 peratus yang tidak pernah melakukannya. Item 18:Peratus KI yang dimasukkan ke dalam gred kursus pelajar

Jadual 6: Peratus KI yang dimasukkan ke dalam gred kursus pelajar

Peratusan KI bagi gred kursus Frekuensi Peratusan

Kurang dari 5%

14 28.0

5 - 10%

25 50.0

11 - 15%

7 14.0

Lebih daripada 15% 3 6.0

Item di atas menunjukkan 50 peratus responden memberikan gred 5-10%, 28 peratus responden memberikan gred kurang dari 5%, 14 peratus responden memberikan gred 11-15% dan 6 peratus memberikan gred lebih dari 15%. Item 19:Kekerapan institusi memantau penerapan KI

Rajah 6: Kekerapan institusi memantau aktivit penerapan KI dalam P&P

Item seterusnya memerlukan responden memberikan maklumat mengenai kekerapan institusimelakukan aktiviti pemantauan ke atasaktiviti penerapan KI dalam P&P. Analisis menunjukkan bahawa 78 peratus responden menyatakan kekerapan pemantauan yang rendah dan hanya 8 peratus bersetuju institusi selalu memantau aktiviti penerapan KI dalam P&P.

14.0

78.0

8.0

0.0

20.0

40.0

60.0

80.0

100.0

Peratusan

Tidak pernah

Kadang-kadang

Selalu

Item 20:Adakah institusi ada membuat tindakan susulan selepas pemantauan

Rajah7: Adakah institusi ada membuat tindakan susulan selepas pemantauan?

Item di atas pula adalah berkaitan tindakansusulan yang dilakukan di mana 76 peratus responden bersetuju berlakunya tindakan susulan institusi selepas pemantauan KI dilaksanakan. Item 21:Respon positif pelajar terhadap pelaksanaan KI

Jadual 7: Respon positif pelajar terhadap pelaksanaan KI

Respon pelajar terhadap KI Frekuensi Peratusan

Tidak setuju

3 6.0

Setuju

44 88.0

Sangat Setuju 3 6.0

Item seterusnya memerlukan responden memberikan maklumat samada pelajarmemberikan respons yang positif kepada aktiviti penerapan KI dalam P&P. Maklumat dalam menunjukkan bahawa majoriti (88 peratus) pelajar memberikanrespon yang positif ke atas aktiviti penerapan KI dalam P&P.

76.0

24.0

0.0

20.0

40.0

60.0

80.0

Ya Tidak

Peratusan

Peratusan

4.4 Permasalahan Dalam Perlaksanaan Kemahiran Insaniah

Rajah 8: Permasalahan yang dihadapi oleh pensyarah dalam melaksanakan KI

Kajian ini juga mengumpulkan maklumat mengenai kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh responden untuk/dalam melaksanakan aktiviti penerapan KI di dalam P&P. Masalah tertinggi yang dihadapi oleh responden ialah kurang bahan/dokumen rujukan (40 peratus), diikuti tidak cukup masa dan kurang kemahiran menerap KI (32 peratus), Kurang kemahiran menilai KI (28 peratus), kurang sokongan pengurusan institusi (22 peratus), kurang insentif dan penghargaan (20 peratus), respon negatif dari pelajar (18 peratus) dan tidak bersedia (12 peratus).

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Hasil kajian menunjukkan tahap persediaan, pengetahuan dan kemahiran individu berkenaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah berada pada sederhana dengan min 3.67. Hasil kajian juga mendapati pelaksanaan penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik adalah tinggi dengan mencatat 98% dan respon pelajar terhadap pelaksanaan KI juga tinggi, 88%. Namun begitu terdapat sebilangan pensyarah menyatakan bahawa mereka menghadapai masalah kekurangan bahan rujukan, kurang mahir melaksana dan menilai KI serta tidak cukup masa untuk menerapkan KI di dalam P&P. Justeru itu, hasil kajian ini diharap dapat membantu jabatan menambahbaik dan membuat tindakan susulan yang bersesuaian. Secara ringkasnya, kajian ini mendapati: a. Majoriti responden bukan sahaja telah menyedari hasrat institusi untuk menerapkan kemahiran insaniah di kalangan pelajar dalam P&P tetapi juga bersetuju dan bersedia untuk melaksanakannya di institusi.

b. Aktiviti penerapan kemahiran insaniah dalam P&P ini mendapat sokongan dari pihak pengurusan serta rakan staf akademik. Bagaimanapun, sokongan berkenaan masih perlu dipertingkatkan. c. Kesesuaian dan keberkesanan beberapa aspek tertentu berkaitan aktiviti penerapan kemahiran insaniah dalam P&P masih berada di tahap memuaskan dan amat memerlukan penambahbaikan. Ini melibatkan penyediaan dokumen/bahan rujukan yang bersesuaian, kursus/latihan yang berkesan perlu dirancang oleh pihak pengurusan institusi agar dapat membantu pensyarah menguasai pengetahuan dan kemahiran untuk menerap dan menilai kemahiran insaniah dalam P&P. d. Dari segi pelaksanaan, majoriti responden telah melaksanakan aktiviti penerapan kemahiran insaniah dalam P&P dan kebanyakan pensyarah memberi tumpuan kepada elemen utama iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan pemikiran kritis & kemahiran penyelesaian masalah. e. Majoriti responden masih menggunakan kaedah konvensional seperti projek dan perbentangan untuk menerapkan kemahiran insaniah. Pensyarah perlu juga mempelbagaikan kaedah lain yang berasaskan OBE (Outcome Based Education). f. Secara umumnya, aktiviti pemantauan dan tindakan susulan yang dilakukan oleh institusi ke atas aktiviti penerapan kemahiran insaniah dalam P&P perlu dipertingkatkan. g. Beberapa kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh responden dalam menerapkan kemahiran insaniah dalam P&P juga telah dikenalpasti. Di antara kekurangan dan masalah utama ialah kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menerap dan menilai kemahiran insaniah dalam P&P, kekangan masa disebabkan pensyarah perlu menghabiskan silibus dalam tempoh yang ditetapkan serta kekurangan bahan/dokumen rujukan yang boleh membantu mereka melaksanakan aktiviti tersebut. Memandangkan maslah yang dihadapi oleh responden dalam menerapkan kemahiran insaniah dalam P&P telah dikenalpasti maka pihak institusi perlu menjalankan beberapa siri bengkel peningkatan kemahiran penerapan kepada pensyarah bagi memastikan kemahiran insaniah diterapkan secara berkesan dalam pengajaran dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka.

RUJUKAN

Adnan, A. H. M., Ilias, N., Tahir, N. T. M. & Ramalingam, S. (2012). Soft skilling Malaysian technical-technological undergraduates: a study of perceived needs and future preparedness. Refereed proceedings of the 1st International Conference on Behavioural and Social Science Research, 2 November. Kampar: Universiti Tunku Abdul Rahman. Baharuddin, N.(2003). Unemployed Graduates: Pre and Post 1997 Crisis. 27-42. Berita Harian. (2012), [Online], “Pelajar Universiti: lengkapkan diri dengan kemahiran insaniah”,Retrieved from: http://psasir.upm.edu.my/4514/1/0717.pdf [30 Julai 2014] Creswell, J. W. 2005. Educational research - planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Ed. ke-2. New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall. Deepa, S., & Seth, M. (2013). Do Soft Skills Matter ? - Implications for Educators Based on Recruiters ’ Perspective, 7-21. Garwood, R. (2012). Supporting the underperforming manager: Teaching the soft skills that can make all the difference. Human Resource Management International Digest, 20(1), 39-42. Doi : 10.1108/09670731211195963 Glenn, J. L. (2008). The "new" customer service model: Customer advocate, company ambassador. Business Education Forum, 62(4), 7-13. Graduan2U. (2010), “Five reasons why graduates are unemployed”, Retrieved from: www.graduan2u.com/2010/ 02/ 28/ five-reasons-why-graduates-are-unemployed/ (5/07/2014) James, R. F. & James, M. L. (2004, December). Teaching career and technical skills in a “mini” business world. Business Education Forum, 59(2), 39-41 Kerangka Kelayakan Malaysia, 2004 Kamus Merriam Webster Online. (2014)Retrieved from: http://www.merriam-webster.com/ [6 Ogos 2014] Kamsah, MZ, Abu, MS dan Razzaly, W (2008). Penerapan kemahiran insaniah (KI) kepada pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di IPTA. Prosiding SKIKS 08. 491-502. Laporan Business Plan PMM, 2012 Laporan Kebolehpasaran Graduat & 1L5G - Soalselidik kebolehpasaran pelajar, Politeknik Merlimau Melaka. [Sesi Jun 2013] Laporan Hasil Pembelajaran Program bagi Diploma kejuruteraan Elektronik (Komputer) Sesi Disember 2012 dan Jun 2013. (2014) MacArdle, S., Walters, L., Briscoe, J.P., dan Hall, D.T. (20070. Employability during unemployment: adapatability, career identity, and human and social capital. [Online] Retrieved from http://web.education. unimelb.edu.au/assets/pospsych/McArdle, %20S.,%20Waters,%20et%20al%20Employability%20during%20Unemployment.pdf Md Abdullah Al Mamun. (2012). The Soft Skills Education for the Vocational Graduates: Value as Work Readiness Skills. British Journal of Education, Society and Behavioural Science. 2(4), 326-338.

Md. Tahir, K., Mohammad Yasin, R. dan Mustapha, R. (2014). Pemangkin Kebolehpasaran Graduan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ministry of Higher Education (MOHE), Malaysia (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Naidoo, R. & Jamieson, I. (2005). Knowledge in the marketplace: the global commodification of teaching and learning in higher education (pp. 37-51). Dalam P. Ninnes & M. Hellstén (eds.) Internationalizing Higher Nealy, C. (2005). Integrating soft skills through active learning in the management classroom. Journal of College Teaching & Learning, 2(4), 1-6. Pool, L. D. & Sewell, P. (2007). The key to employability: developing a practical model of graduate employability. Education + Training, 49(4),277-289. Rainsbury, E., Hodges, D., Burchell, N. & Lay, M. C. (2002). Ranking workplace competencies: student and graduate perceptions. Asia-Pacific Journal of Cooperative Education, 3(2), 8-18. Seetha, N. (2014). Are soft skills important in the workplace? A preliminary investigation in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 4(4). 44-56. doi: 10.6007/IJARBSS/v4-i4/751, [Online] Retrieved from: http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v4-i4/751 Sparks, E., & Waits, M. J. (2011). Degrees for What Jobs? NGA Center for Best Practices. Sutton, N. (2002). Why can't we all just get along? Computing Canada, 16(28), 20-24. The Malaysia Education Blueprint 2013-2025 (MEB 2013-2025). (2014), [Online], Retrieve from : http://www.moe.gov.my/en/cms/upload_files/ articlefile/2013/ articlefile-file-003108.pdf [15 Julai 2014]. The Higher Education Department, Ministry of Education Malaysia (HEDMOE). (2014), [Online], Retrieved from : http://www.mohe.gov.my/ psptn/index.php?option=com_content&view=article&id=48&Itemid=29 [22 May 2014]. Wong, P.(2010), "Unemployed or unemployable?" [Online]Retrieved from: www.malaysiantoday.com.my/node/1726 [20 Julai 2014] Yahya, A, Sidek, S dan Jano,Z (2011). Critical thinking skills among final year students of Malaysian Technical Universities. Refereed proceedings of Malaysian Technical Universities International Conference on Engineering & Technology.13-15 November 2011. Johor. Zuraidah Abdullah.2009. Pembentukan Komuniti Pembelajaran Profesional: Kajian Terhadap Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal Manajemen Pendidikan UNY Indonesia:79-96 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

Peer Review