Management Information System in Highway Operator

19
FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT SEMESTER MEI 2015 CBMS4303 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN DALAM OPERASI PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN LEBUHRAYA DIMENSI BERHAD (DEX) NO. MATRIKULASI : T536031001 NO. KAD PENGNEALAN : T536031 NO. TELEFON : 0196239720 E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : ONLINE (EN RAMES MARIAPAN) PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

Transcript of Management Information System in Highway Operator

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT

SEMESTER MEI 2015

CBMS4303

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

DALAM OPERASI PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN

LEBUHRAYA DIMENSI BERHAD (DEX)

NO. MATRIKULASI : T536031001

NO. KAD PENGNEALAN : T536031

NO. TELEFON : 0196239720

E-MEL : [email protected]

NAMA TUTOR : ONLINE (EN RAMES

MARIAPAN)

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

1.0 PENDAHULUAN

Keperluan kepada teknologi maklumat pada hari ini

merupakan elemen penting dalam sesebuah organisasi.

Penggunaan Sistem Maklumat yang digunakan dalam organisasi

berfungsi untuk mengumpul maklumat kewangan yang merupakan

sistem pelaporan dan pengendalian kewangan menyeluruh yang

tidak hanya terbatas fungsi-fungsi rutin yang merangkumi

penyelenggaraan akaun sebuah lembaga mahupun maklumat

pelanggan. Selain itu juga, Sistem Maklumat berfungsi untuk

menginput, memproses, menyimpan, mengatur, mengawal dan

melaporkan maklumat tersebut untuk pencapaian tujuan

organisasi. Menurut Sukru Ada, Mohsen Ghaffarzadeh (2015),

“Maklumat telah menjadi sumber paling penting dalam mengurus

sebuah organisasi. Ini kerana persekitaran perniagaan masa

kini sentiasa turun naik, dinamik, tidak terkawal dan

memerlukan permintaan maklumat yang ekonomik, lengkap, relevan

dan tepat pada masanya untuk memacu proses membuat keputusan

dalam usaha menyerlahkan keupayaan organisasi untuk berhadapan

dengan peluang dan ancaman”. Perkembangan Sistem Maklumat

telah mencetuskan Sistem Maklumat Pengurusan (MIS). Konsep

permulaan MIS adalah untuk memproses data dari organisasi dan

menukarkannya ke bentuk laporan. MIS dilihat sebagai peralatan

berkuasa yang menyediakan maklumat yang ringkas dan tersusun

2

untuk pembuat keputusan dan membolehkan membuat keputusan yang

tepat oleh pengurus dalam organisasi.

Untuk masa kini, Syarikat konsesi Lebuh Raya Dimensi

Berhad (DEX) telah menggunakan sebuah Sistem Maklumat bagi

tujuan memudahkan pengurusan dan operasi lebuhraya. Sistem

maklumat sedia ada digunakan untuk membantu pentadbiran,

sumber manusia dan operasi kewangan syarikat. Sejajar dengan

perkembangan teknologi maklumat, tindakan syarikat mengambil

inisiatif menggunakan alatan rangkaian sosial seperti Facebook

dan Twitter di lihat sebagai satu langkah bijak untuk

meningkatkan komunikasi dan penyampaian maklumat di antara

pelanggan mereka yang kebanyakannya terdiri daripada pengguna

lebuh raya. Penggunaan media sosial ini memberi manfaat yang

positif kepada pengurusan Lebuh raya Dimensi Berhad dan juga

pengguna lebuh raya dari aspek penyampaian maklumat. Oleh itu,

untuk mengelakkan Lebuh raya DEX mengalami kesesakan yang

tidak dijangka sistem maklumat yang sedia ada perlu ditambah

baik dan di naiktaraf kepada sebuah Sistem Pengurusan Maklumat

(MIS) bersepadu untuk mengintegrasikan setiap maklumat yang

disalurkan oleh pengguna sama ada melalui media sosial mahupun

melalui panggilan telefon.

1.1 TUJUAN LAPORAN

Sejak di buka kepada pengguna pada 1 Januari 2010,

pengguna Lebuh raya DEX kian meningkat. Di anggarkan 50,000

buah kenderaan menggunakan lebuh raya DEX untuk berulang alik

ke Kuala Lumpur- Sepang setiap hari dan perjalanan hanya

memakan masa 30 minit. Lebuh raya ini semakin mengalami3

kesesakan kerana lebuh raya sepanjang 30 Kilometer yang

menghubungkan Kuala Lumpur -Putrajaya - Sepang menjadi pilihan

mereka yang berulang alik dari Sepang-Kuala Lumpur. Oleh itu,

laporan ini bertujuan mengenal pasti perkara-perkara berikut:

a. Memberi gambaran tentang penggunaan Sistem

Pengurusan Maklumat yang baru yang boleh di integrasikan

dengan sistem maklumat sedia ada serta teknologi terkini

yang boleh digunakan untuk mengintegrasikan pengurusan

dan penyelenggaraan lebuh raya DEX. Selain dari itu MIS

boleh digunakan oleh syarikat seperti input daripada

kakitangan dan pelanggan DEX seperti maklum balas, aduan

dan lain-lain yang telah dikumpulkan melalui borang

bercetak atau dalam talian.

b. Memberi pencerahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif

DEX tentang keperluan dan kepentingan mengintegrasikan

data dari alatan rangkaian sosial syarikat seperti

Facebook dan Twitter ke dalam Sistem Pengurusan Maklumat

yang bakal digunakan. Syarikat konsesi lebuh raya lain

seperti PLUS telah mengintegrasikan laman sosial mereka

iaitu www.twitter.com/plustrafik ke dalam MIS mereka.

c. Di harapkan dengan laporan ini akan memberi akses

kepada pihak berkepentingan DEX memilih untuk menggunakan

teknologi terkini dalam menambahbaik pengurusan dan

penyelenggaraan lebuh raya. Pemilihan teknologi yang

bersesuaian seperti perisian dan perkakasan komputer,

peranti komunikasi dan pengesanan untuk sistem ini amat

4

penting untuk menyokong keperluan operasi DEX sebagai

pengurus dan penyelenggara Lebuh raya.

1.2 DEFINISI SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN (MIS)

MIS turut dikenali sebagai Sistem Maklumat, Sistem

keputusan dan maklumat, Sistem komputer berasaskan maklumat

(Davis & Geist, 2004). Sistem Maklumat Pengurusan di definisi

sebagai sistem yang menyediakan sokongan maklumat untuk

membuat keputusan dalam sesebuah organisasi (Barton & Parolin,

2005). MIS juga turut didefinisikan sebagai sistem integrasi

antara manusia dan mesin untuk menyediakan maklumat untuk

menyokong operasi, pihak pengurusan dan fungsi membuat

keputusan dalam organisasi oleh pihak berkepentingan (Bendoly,

2008). MIS juga di definisikan sebagai sistem yang berasakan

pangkalan data organisasi berkembang bertujuan menyediakan

maklumat kepada individu dalam organisasi. MIS di definisikan

sebagai perkomputeran berasaskan Sistem Maklumat (Bresfelean,

2009). MIS terdiri dari perkakasan perkomputeran dan

perhubungan, perisian sistem operasi, perisian aplikasi untuk

menyokong fungsi perniagaan dan kakitangan khusus untuk

menganalisa dan mereka bentuk sistem untuk membantu mencapai

matlamat dan tujuan organisasi.

5

2.0 MANFAAT PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

MIS memainkan peranan penting dalam pengurusan,

pentadbiran dan operasi sesebuah organisasi. Di antara manfaat

umum yang diperoleh oleh DEX dengan menggunakan Sistem

Maklumat Pengurusan dalam operasi atau fungsi pengurusan dan

penyelenggaraan lebuh raya mereka ialah:

a. MIS memastikan bahawa data yang berkaitan pengurusan

dan penyelenggaraan lebuh raya dikumpulkan dari pelbagai

sumber, diproses dan dihantar ke bahagian yang

memerlukan. Maklumat-maklumat berkaitan boleh diakses

untuk kegunaan individu, kumpulan individu dan pihak

pengurusan seperti pengurus dan pengurusan tertinggi.

b. MIS memenuhi pelbagai keperluan sistem seperti

sistem carian, sistem analisa, sistem sokongan dan sistem

pemodelan. MIS turut membantu dalam perancangan

strategik, kawalan pengurusan, kawalan operasi dan proses

transaksi.

c. MIS turut membantu individu perkeranian dalam

pemprosesan transaksi dan menjawab pertanyaan data

berkaitan dengan transaksi, status rekod tertentu dan

rujukan pelbagai dokumen.

d. MIS juga membantu pengurusan rendah seperti penyelia

dengan menyediakan data operasi untuk perancangan,

pengawalan dan penjadualan dan membantu mereka dalam6

membuat keputusan pada tahap operasi untuk membetulkan

situasi luar kawalan seperti kesesakan trafik dan

kemalangan jalanraya.

e. MIS turut membantu pengurusan pertengahan seperti

pengurus operasi merancang penetapan perancangan jangka

pendek dan mengawal fungsi operasi DEX. Ini disokong oleh

alat pengurusan perancangan dan kawalan seperti Carta

GANTT dan Carta PERT.

f. MIS membantu pengurusan tertinggi dalam menetapkan

matlamat, perancangan strategik dan mengembangkan

perancangan operasi dan pelaksanaannya. MIS memainkan

peranan penting dalam penjanaan maklumat, komunikasi,

pengenalpastian masalah dan proses membuat keputusan.

3.0 CADANGAN PERTAMA

Bagi mengelak berlakunya kesesakan di lebuh raya, DEX

disarankan agar menggunakan Sistem Pengawasan dan Pengawalan

kesesakan trafik kenderaan yang dikenali sebagai Integrated

Transportation System (ITS). ITS merupakan aplikasi termaju yang

dibangunkan bertujuan menyediakan perkhidmatan inovatif

berkaitan pengurusan trafik dan perbezaan mod pengangkutan.

Ini membolehkan pelbagai pengguna jalanraya dimaklumkan,

menjadikan lebih selamat, lebih koordinasi dan penggunaan

rangkaian pengangkutan yang lebih pintar. Bagi melaksanakan

sistem ini beberapa keperluan lain diperlukan bagi menyokong

sistem berjalan dengan baik. Sistem ini memerlukan sebuah

7

pusat kawalan trafik, sistem komputer berpusat (pelayan

sesawang), kamera litar tertutup, sistem pengesan kenderaan,

papan elektronik Variable Messaging System dan subsistem komunikasi

seperti fiber optik atau coaxial.

Sistem ini menggunakan teknologi terkini seperti penderia

dan kamera berkelajuan tinggi sebagai input untuk pengumpulan

masa sebenar, penyelarasan dan penghantaran maklumat untuk

menyediakan anggaran kepadatan trafik yang tepat dan efisien

dan keadaaan cuaca yang boleh dieksploitasi oleh aplikasi peka

trafik. Sistem pengesan kenderaan akan menghantar isyarat

maklumat kepada sistem komputer berpusat yang diletakkan di

pusat kawalan DEX. Penggunaan sistem pengesan kenderaan ini

bertujuan untuk mengesan ciri-ciri persekitarannya dan akan

mengesan sebarang perubahan kuantiti dan akan memberikan

keluaran sepadan. Pengesan kenderaan akan mengukur input

berdasarkan kepadatan trafik pada masa sebenar keadaan cuaca

dan kesesakan trafik yang mungkin berlaku di sepanjang Lebuh

raya DEX terutamanya di 4 persimpangan keluar dan 4 plaza tol.

Secara amnya keluaran penderia adalah dalam bentuk isyarat

elektrik atau optikal. Data yang diterima dari penderia dan

alatan RFID (Radio Frequency Identification) yang digunakan

akan disampaikan dengan pantas ke pusat kawalan maklumat.

Penderia infra merah (IR) mengandungi sepasang phototransistor

dan IR LED. IR LED bertindak memancarkan radiasi infra merah,

menerima kecerahan phototransistor dan menetapkan keluaran

penderia. Ia digunakan untuk mengira bilangan kenderaan yang

menggunakan lebuh raya.8

Selain dari itu, kamera berkelajuan tinggi diletakkan di

sepanjang lebuh raya bagi mengawasi sebarang kesesakan di atas

lebuh raya. Pengecaman semula kenderaan memerlukan pengesan

dipasang sepanjang lebuh raya. Dalam kaedah ini nombor siri

unik peranti dalam kenderaan dikesan pada satu lokasi dan di

cam semula di sepanjang lebuh raya. Masa perjalanan dan

kelajuan di kira dengan membezakan masa peranti khusus

tersebut dikesan oleh penderia. Pengukuran aliran trafik dan

pengesanan insiden automatik menggunakan kamera adalah salah

satu cara pengesanan kenderaan. Sistem pengesanan video

seperti yang digunakan dalam pengenalpastian nombor kenderaan

automatik tidak melibatkan pemasangan sebarang komponen pada

permukaan jalan atau tepi. Video dari kamera di hantar ke

pemproses yang menganalisa ciri-ciri perubahan imej video

apabila kenderaan melepasinya. Kamera dipasang pada tiang atau

struktur atas atau melintasi lebuh raya. Pengesanan video

memerlukan konfigurasi untuk mengajar pemproses tentang latar

belakang imej asas. Ini biasanya melibatkan ukuran yang

diketahui seperti jarak di antara baris garis atau ketinggian

kamera di atas lebuh raya. Pemproses pengesanan boleh mengesan

trafik secara serentak dari satu hingga ke lapan kamera

bergantung pada model dan jenis. Jenis keluaran yang muncul

dari pengesanan video adalah kelajuan kenderaan lorong demi

lorong, mengira dan membaca penghunian baris. Sesetengah

sistem menyediakan keluaran tambahan seperti jarak, halatuju,

pengesanan kenderaan berhenti dan kenderaan salah arah.

Data ini kemudiannya akan di analisa di pusat kawalan

trafik dan ditukarkan ke bentuk maklumat yang berguna untuk

9

disalurkan kepada pengguna lebuh raya DEX melalui Variable

Messaging System (VMS). VMS merupakan papan tanda elektronik yang

memaparkan mesej yang membantu menguruskan trafik dan

memastikan pemandu sentiasa dimaklumkan semasa menggunakan

lebuh raya (Road Transportation Agency, 2010). Ia ditempatkan

di sesetengah lokasi atau di sepanjang lebuh raya. VMS

digunakan secara meluas di Australia bagi menyediakan maklumat

berkaitan kesesakan dan keadaan jalanraya. VMS digunakan di

jalanraya bagi menyampaikan maklumat perjalanan masa sebenar,

insiden dan pengurusan trafik aktif, kejadian yang tidak

dirancang, makluman cuaca, pengurusan peristiwa yang di

rancang, kerja pembaikan jalan, Peristiwa utama kebangsaan dan

Kempen keselamatan (Ireland National Road Authority, 2015).

Penggunaan VMS perlu disepadukan dengan TRAMS. TRAMS merupakan

Integrasi perisian Window yang bekerja dengan pelayan klien,

tablet dan komputer Desktop dengan mudah membolehkan VMS untuk

mengkonfigurasi dan menala menandakan penyelesaian bagi

memenuhi keperluan pengurusan trafik. TRAMS menyediakan

maklumat yang jelas dan ringkas lagi padat untuk membantu

mengoptimumkan kapasiti rangkaian. Selain dari itu, data yang

telah dianalisa boleh dihantar terus melalui media sosial yang

tersedia di syarikat.

10

4.0 CADANGAN KEDUA

Alternatif kedua yang boleh digunakan oleh DEX untuk

mengelakkan kesesakan trafik di lebuh raya kendaliannya adalah

menggunakan kaedah Sistem Maklumat Pengurusan yang dinamakan

Cooperative Intelligent Transportation System yang menumpukan kepada

pengumpulan maklumat trafik berasaskan telefon pintar. Menurut

Astarita et al (2014), “Cooperative ITS merupakan sebuah sistem

yang terdiri dari pengendali lebuh raya, infrastruktur,

kenderaan pemandu dan pengguna lebuh raya lain akan menyumbang

kepada perjalanan yang selesa, selamat dan efisien. Sistem ini

bekerjasama di antara kenderaan ke kenderaan (V2V) dan

kenderaan ke infrastruktur (V2I). Kerjasama sistem ini akan

menyumbang kepada objektif yang boleh dicapai”. Oleh itu

pengguna lebuh raya DEX perlu memuat turun aplikasi yang

dinamakan SafeCityDrive yang menjadi tulang belakang kepada

Sistem Cooperative ITS ini ke dalam telefon pintar mereka.

Sistem Cooperative ITS merupakan sebuah sistem berdasarkan

perkongsian maklumat kenderaan yang di perolehi oleh teknologi

mudah alih dan dihantar oleh pengguna ke sistem komputer

11

berpusat yang memproses dan menyelaraskan maklumat berdasarkan

pelbagai keperluan. Sistem ini mengandungi 2 bahagian iaitu

klien yang terdiri dari peranti komunikasi seperti telefon

pintar atau tablet yang bertindak mengumpul data manakala

sesawang pelayan (sistem komputer berpusat DEX) yang

berasaskan perisian Linux-MySQL-PHP yang digabungkan yang akan

memproses maklumat dan mengembalikan dalam bentuk graf

statistik. Perisian yang di pasang dalam telefon pintar

mengesan pengguna lebuh raya berdasarkan perjalanan harian

yang dilakukan dengan menyimpan maklumat yang diperoleh oleh

cip GPS yang dipasang telefon pintar. Di akhir perjalanan,

aplikasi mudah alih akan menghantar maklumat ke pelayan

komputer berpusat melalui protokol HTTP. Sesawang pelayan akan

memproses data yang disimpan jika diperlukan oleh kakitangan

lebuh raya DEX.

Berikutan pertumbuhan pantas teknologi dan jualan telefon

pintar, aplikasi SafeCityDrive menerima sokongan input data dari

penggunaan pengumpulan data kenderaan. Peranti Global Positioning

System (GPS) yang sedia terbina di dalam telefon pintar boleh

digunakan untuk mengukur masa perjalanan, mendapatkan kelajuan

kenderaan dengan serta-merta, menjangka petunjuk keselamatan

di lebuh raya dan jangkaan pilihan laluan. Herrera et al

(2010), turut menyarankan syarikat pengendali lebuh raya agar

menggunakan kelebihan liputan meluas yang disediakan oleh

penyedia rangkaian komunikasi mudah alih bagi pengawasan

trafik yang berasaskan GPS telefon pintar. Unit klien adalah

berdasarkan telefon pintar yang mempunyai GPS yang digunakan

12

untuk memperolehi kelajuan kenderaan dengan serta-merta

profil pecutan. Profil pecutan dan kelajuan kenderaan

merupakan input data yang dikongsi secara masa sebenar di

pelayan sesawang, disimpan dan dianalisa oleh individu atau

pengendali lebuh raya. Apabila data disimpan, pengendali lebuh

raya boleh menggunakan data dan menganalisa prestasi aliran

lebuh raya terutamanya pada bahagian kritikal seperti di

persimpangan, titik panas dan zon kerja.

Namun begitu, aplikasi SafeCityDrive beroperasi pada peranti

mudah alih Android Google sahaja. Namun begitu, DEX boleh

berbincang dengan pembangun sistem agar aplikasi ini boleh

digunakan dengan kesemua jenis telefon pintar yang ada di

pasaran. Antara Muka Grafik (GUI) yang tersedia pada aplikasi

tersebut memudahkan pengguna menggunakan perisian tersebut.

Pemandu hanya perlu menghidupkan aplikasi dan aplikasi

seterusnya akan menyediakan operasi yang bersesuaian untuk

mengesan kenderaan yang berada di lebuh raya. Aplikasi mudah

alih ini membolehkan pengguna mengumpul kedudukan, halaju dan

pecutan melalui cip GPS yang tertanam dalam telefon mudah

alih. Untuk melengkapkan proses, pemandu perlu memindahkan

data perjalanan ke sesawang pelayan DEX. Sesawang pelayan pula

mempunyai 2 akses iaitu untuk pemandu dan kedua untuk

pengendali lebuh raya. Untuk pengguna lebuh raya, mereka boleh

menentukan bagaimana untuk melihat perjalanan mereka dan peta

perjalanan akan menunjukkan lokasi-lokasi yang mengalami

kesesakan yang dikenal pasti oleh kakitangan lebuh raya DEX.

13

Bagi pengurus pusat kawalan, data yang di muatnaik oleh

pengguna lebuh raya boleh dilihat melalui statistik.

5.0 JUSTIFIKASI PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM MIS DEX

Penggunaan media sosial seperti blog, Facebook, YouTube

dan Twitter tidak sekadar menjadi ruangan sembang kosong atau

hanya untuk meluangkan masa lapang. Media komunikasi ini turut

menjadi satu kaedah untuk organisasi seperti DEX mendekati

pelanggannya. Oleh itu, DEX wajar mengintegrasikan data dari

alatan rangkaian sosial syarikat seperti Twitter dan Facebook

ke dalam Sistem Maklumat Pengurusan mereka untuk

penambahbaikan operasi pengurusan dan penyelenggaraan lebuh

raya. Ini adalah kerana:

Pertama, dalam era teknologi sebegini kepantasan

penghantaran dan capaian maklumat adalah menjadi keutamaan

pengguna. Kajian mendapati 90% pengguna telefon bimbit

sentiasa memegang telefon mereka selama 24 jam 7 hari seminggu

dan sebahagian besar dari pengguna telefon bimbit mengakses

internet melalui telefon bimbit. Oleh itu penggunaan media

sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan medium pantas

yang boleh digunakan oleh pengguna lebuh raya untuk

menyalurkan maklumat terutamanya kesesakan trafik kepada pusat

kawalan trafik DEX. Oleh itu, setiap input berkaitan kesesakan

trafik yang diterima dari pengguna lebuh raya perlu

disepadukan ke dalam Sistem Maklumat Pengurusan. Input-input

ini kemudiannya ditukarkan kepada maklumat yang berguna kepada

pengguna lebuh raya DEX dengan menyalurkan kembali maklumat14

seperti sebarang kemalangan, penyelenggaraan dan kejadian yang

tidak dijangka ke dalam media sosial.

Kedua, peningkatan pengguna telefon bimbit melanggan

perkhidmatan internet jalur lebar turut menggalakkan pengguna

telefon memuat turun aplikasi media sosial seperti Facebook

dan Twitter. Kajian mendapati bahawa 65% pengguna telefon

bimbit membuat carian menggunakan telefon bimbit dan bakinya

akan membuat carian menggunakan komputer peribadi. Media

sosial masa kini menjadi rangkaian komunikasi yang meluas

kepada segenap lapisan masyarakat tidak kira golongan remaja,

dewasa mahu pun pemimpin memilih untuk menggunakannya. Oleh

itu, media sosial membolehkan pengguna berinteraksi dengan

mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat

dengan menggunakan gabungan multimedia yang terdiri dari teks,

gambar, video dan audio. Kewujudan Pusat kawalan trafik DEX

bukan sahaja mengawasi pengurusan dan penyelenggaraan lebuh

raya malah kakitangan DEX yang mempunyai latar belakang dalam

Teknologi Maklumat boleh dilantik menjadi pentadbir laman

sosial. Pentadbir media sosial boleh memuat naik maklumat

berkaitan keadaan trafik dalam pelbagai format seperti video,

audio, gambar dan dokumen.

Ketiga, perkembangan teknologi telefon pintar yang

sentiasa berubah-ubah menggalakkan lagi peningkatan penjualan

telefon pintar yang mempunyai GPS. Jualan telefon pintar

seluruh dunia berjumlah 968 juta unit pada 2013 melebihi

jualan tahunan telefon untuk kali pertama. Ini menunjukkan

bahawa telefon pintar yang mempunyai GPS membolehkan

pergerakan kenderaan individu dikongsi di sesawang pelayan15

untuk kegunaan pengguna dan pengendali lebuh raya (Astarita et

al, 2014). Oleh itu, syarikat perlu mengambil peluang atas

ketersediaan kewujudan teknologi GPS dan liputan meluas

rangkaian komunikasi yang sedia ada bagi tujuan penyaluran

maklumat. Pengguna lebuh raya melalui aplikasi SafeCityDrive akan

menyalurkan sebarang maklumat ke pusat kawalan trafik.

Seterusnya, maklumat yang berkaitan akan dimaklumkan kepada

pengguna lebuh raya melalui papan tanda elektronik VMS dan

media sosial DEX.

6.0 KESIMPULAN

Sistem Maklumat menjadi elemen penting dalam setiap

organisasi. Sistem Maklumat berfungsi untuk menginput,

memproses, menyimpan, mengatur, mengawal dan melaporkan

maklumat tersebut untuk pencapaian tujuan organisasi. MIS

bukan hanya digunakan untuk operasi dan pentadbiran sahaja

malah MIS dilihat sebagai peralatan berkuasa yang menyediakan

maklumat yang ringkas dan tersusun untuk pembuat keputusan dan

membolehkan keputusan yang tepat dibuat oleh pengurus dalam

organisasi. Sistem Maklumat Pengurusan yang digunakan dalam

pengurusan aliran trafik lebuh raya bertujuan agar pengurusan

dan penyelenggaraan lebuh raya sentiasa berjalan dengan

lancar. Kegagalan menyelenggara dan mengurus sesebuah lebuh

raya akan menyebabkan pengguna tidak berpuas hati dengan

perkhidmatan yang diberikan oleh DEX. Oleh itu Sistem

Pengurusan Maklumat yang berkesan diperlukan bagi memastikan

aliran trafik lebuh raya berjalan lancar.

16

Penggunaan Sistem Maklumat Pengurusan seperti Intelligent

Transport System dan penggunaan aplikasi SafecityDrive oleh DEX

dilihat mampu menambah baik pengurusan dan penyelenggaraan

lebuh raya. Penggunaan ITS yang disokong dan diperkukuhkan

lagi oleh penggunaan teknologi terkini seperti sistem

pengesanan kenderaan, kamera berkelajuan tinggi dan Variable

Messaging System adalah bagi memastikan input yang diterima

dari pengguna lebuh raya dapat disalurkan kepada pusat kawalan

trafik DEX. Penggunaan aplikasi SafeCityDrive dilihat sebagai

satu kelebihan kepada DEX menggunakan liputan meluas yang

disediakan oleh penyedia rangkaian telefon mudah alih.

Penubuhan Pusat Kawalan trafik DEX yang bertindak sebagai

pusat kawalan trafik dan pusat pentadbir media sosial syarikat

menunjukkan bahawa DEX serius dengan usaha mengintegrasikan

data dari media sosial ke dalam Sistem Maklumat Pengurusan

mereka.

(2870 patah

perkataan)

Rujukan

1. Sukru Ada & Mohsen Ghaffarzadeh (2015). Decision Making

Based On Management Information System and Decision Support

System, European Researcher . Academic Publishing House

Researcher.

17

2. Barton J., Parolin B., Weiley V., A Spatial Decision

Support System for the Management of Public Housing, in Recent

Advances in Design and Decision Support Systems in

Architecture and Urban Planning, Springer Science and Business

Media, 2005, p. 69 & 84.

3. Bendoly E., Excel Basics to Blackbelt. An Accelerated

Guide to Decision Support Designs, Cambridge University Press

2008.

4. Bresfelean V.P., Ghisoiu N., Lacurezeanu R., Sitar & Taut

D.&A., Towards the Development of Decision Support in Academic

Environments, Proceedings of ITI 2009, Cavtat, Croatia, 2009,

p. 343-348. 7. C.W. Holsapple, A.B.Whinston, Decision support

systems: A knowledge-based approach,

5. RTA (2010). Use of Variable Message Sign. RTA Policy

Technical Direction for Traffic and transport Practitioner

secara atas talian di

http://www.rms.nsw.gov.au/trafficinformation/downloads/td10_07

i.pdf

6. National Road Agency (2015). Network Management and

Traffic Control, Network Management and Maintenance. St Martin

House secara atas talian di www.nra.ie/network-monitoring and

management/national traffic control centre.

7. Astarita V, Guiddo G & Giofre V. P (2014). Cooperative

ITS: Smartphone Based Measurement Systems for Road Safety

Assessment. Procedia Computer Science 37 (2014) 404-409.

18

8. Herrera et al (2010). Evaluation of traffic data obtained

via GPS enabled mobile phones : the mobile century field

experiment. Transportation Research Part C. 18: 568-583.

19