Keyakinan Diri Archived Posts from this Category

25
Keyakinan Diri Archived Posts from this Category Wed 14 Oct 2009 Saya terlupa…saya pun bijak juga… Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri , Motivasi [3] Comments Saya telah pergi ke banyak sekolah, kolej dan juga universiti. Saya telah temui bermacam-macam jenis pelajar. Ada pelajar cemerlang, ada pelajar malas, ada pelajar yakin untuk berjaya, ada pelajar takut mencuba dan mungkin ratusan atau ribuan jenis pelajar lagi. Antara jenis pelajar yang sering menarik perhatian saya ialah pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih memasuki asrama penuh, kolej ternama atau pusat-pusat pengajian tinggi terpilih. Apabila kita dengar seseorang pelajar itu berjaya memasuki mana-mana pusat pengajian yang terkenal dengan kecemerlangannya, apakah tanggapan kita terhadap pelajar tersebut? Kita akan terfikir bahawa betapa hebatnya dan betapa cemerlangnya pelajar ini bukan? Kita juga mungkin terfikir, tidak yakin dengan kebolehan diri, rasa tidak pandai dan rasa seperti orang bodoh tentu tidak pernah terlintas di fikiran pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih ini. Namun, tanggapan itu silap sama sekali.

Transcript of Keyakinan Diri Archived Posts from this Category

Keyakinan DiriArchived Posts from this Category

Wed 14 Oct 2009Saya terlupa…saya pun bijak juga…Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi [3] Comments

 

Saya telah pergi ke banyak sekolah, kolej dan juga universiti. Saya telah temui bermacam-macam jenis pelajar. Ada pelajar cemerlang, ada pelajar malas, ada pelajar yakin untuk berjaya, ada pelajar takut mencuba dan mungkin ratusanatau ribuan jenis pelajar lagi.

Antara jenis pelajar yang sering menarik perhatian saya ialah pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih memasuki asrama penuh, kolej ternama atau pusat-pusat pengajian tinggi terpilih. Apabila kita dengar seseorang pelajar itu berjaya memasuki mana-mana pusat pengajian yang terkenal dengan kecemerlangannya, apakah tanggapan kita terhadap pelajar tersebut? Kita akan terfikir bahawa betapa hebatnya dan betapa cemerlangnya pelajar ini bukan?

Kita juga mungkin terfikir, tidak yakin dengan kebolehan diri, rasa tidak pandai dan rasa seperti orang bodoh tentu tidak pernah terlintas di fikiran pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih ini. Namun, tanggapan itu silap sama sekali.

Kerap kali saya apabila saya bertemu dengan kumpulan pelajar terpilih dan cemerlang, majoriti daripada menghadapi masalah keyakinan diri. Mereka rasa mereka tidak pandai. Mereka rasa cukup tertekan kerana mereka sukar untuk menjadi benar-benar cemerlang. Mereka rasa mereka tidak ada bakat dan kemahiran.

Apa yang membimbangkan, ada antara mereka ini kekal dengan pemikiran tersebut hingga mereka gagal mencapai potensi sebenar yang terpendam di dalam diri mereka. Jika anda sedang belajar di sekolah berasrama penuh, kolej atau universiti yang dikenali, adakah anda menghadapi masalah yang sama? Adakah anda selalu rasa rendah diri dan tidak yakin untuk menjadi lebih berjaya berbanding orang lain?

Jika jawapannya ya, jangan bimbang. Ini adalah perkara normal. Apa yang sedangberlaku ialah.

“Anda sudah terlupa yang anda juga BIJAK dan HEBAT orangnya.”

Jika anda sering bersedih kerana mengenangkan bahawa anda tidak sehebat orang lain, anda sebenarnya sedang membandingkan diri anda dengan

kejayaan orang lain yang belum anda kecapi. kegagalan anda di masa lepas.

 

Ada pelajar di sekolah berasrama penuh yang sering merasa rendah diri kerana mereka membandingkan keputusan peperiksaan mereka dengan pelajar lain yang lebih cemerlang. Padahal, keputusan pelajar lain yang cemerlang itu bukan membuktikan yang mereka lebih hebat daripada diri kita. Mungkin mereka cuma ada lakukan sesuatu dengan cara yang betul dan lebih baik. Jadi mengapa perlu bersedih, merendah diri dan takut untuk terus mencuba?

Ada pelajar di universiti yang bersedih dan hilang keyakinan apabila melihat CGPA yang rendah. Keyakinan diri semakin parah apabila melihat pelajar lain mendapat CGPA yang lebh baik. Padahal, CGPA yang rendah cuma menunjukkan bahawa kita mungkin tidak belajar bersungguh-sungguh atau strategi belajar yang digunakan tidak berkesan. Jadi, mengapa perlu hilang keyakinan diri dan percaya yang diri kita tidak berpotensi untuk berjaya seperti orang lain juga?

Saya percaya, satu perkara yang sedang berlaku ialah kita mudah lupa yang kitaini hebat juga orangnya. Kita mudah lupa kita ini dilihat sebagai hebat oleh orang-orang lain. Kita tidak mudah sedar bahawa ketika kita rasa rendah diri melihat kehebatan orang lain, orang lain juga merasa rendah diri apabila melihat kehebatan diri kita.

Jadi, hari ini, apa kata kita ingat kembali….. apa kata hari ini kita imbas kembali…. ingat semula kejayaan dan kehebatan kita di masa lepas. Kita ingat bukan untuk diceritakan kepada orang lain… tetapi untuk memenuhkan minda kita dengan fakta dan bukti bahawa kita juga hebat dan kita juga mencapai kejayaan seperti orang lain.

Apabila minda sudah penuh dengan bukti kehebatan dan kemampuan diri, semangat dan keyakinan diri akan mula meningkat. Kita akan mula rasa bahawa kita juga layak menjadi hebat dan berjaya seperti orang lain. Kita juga mampu lakukan apa yang mampu dilakukan oleh orang-orang yang selalu membuat kita rasa kecil dan hina.

Saya ucapkan, selamat ingat semula kehebatan dan kekuatan diri kita semua.

 

Tue 9 Sep 2008Sehari bersama pelajar UITM Seri Iskandar, PerakPosted by Osman Affan under Cerita, Keyakinan Diri, Program Motivasi No Comments

 

Sabtu lalu saya berada di Universiti Teknologi Mara, cawangan Seri Iskandar Perak. Program yang saya kendalikan ini bertajuk ‘Bengkel Kecemerlangan Akademik’ untuk fakulti senibina perancangan dan ukur. Ini merupakan kali ketiga saya menjejakkan kaki dan menjalankan program di UITM Perak ini. Seperti biasa, layanan yang saya terima adalah sangat baik dan para penceramahdi sini membuat saya rasa seperti saya sedang pulang ke kampung halaman saya sendiri. Terima kasih saya ucapkan.

Walaupun sedang berada di dalam bulan Ramadhan, ia tidak menghalang pelajar untuk hadir ke program ini. Matlamat utama program ini ialah meningkatkan keyakinan diri pelajar bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan, malah untuk bercakap dikhalayak ramai dan menyuarakan pendapat kepada orang lain.

Puasa seperti tidak terasa bagi saya apabila mendapat kerjasama dan maklumbalas yang sangat baik daripada para pelajar ini. Pada awalnya, saya dapat lihat dan rasakan yang ramai antara pelajar yang hadir ini mempunyai masalah keyakinan diri. Ini berdasarkan cara mereka menjawab soalan saya dan cara mereka memberi maklumbalas kepada aktiviti dan persoalan yang saya berikan. Itu adalah perkara biasa. Mana-mana universiti yang saya pergi, saya boleh perkara ini.

Namun apa yang membuat saya benar-benar gembira ialah selepas rehat tengahari iaitu pada sesi petang, semua pelajar ini seolah-olah telah berubah menjadi sekumpulan pelajar yang lain! Mereka kelihatan lebih bertenaga berbanding waktu pagi dan mereka mula memberikan jawapan dan maklumbalas yang cepat di dalam program ini. Saya turut merasa bertenaga diatas perubahan ini. Apa yang berlaku semasa rehat tadi? Mereka balik ke bilik dan makan tengahari kah? hehe… saya pasti tidak.

Apa yang berlaku ialah para pelajar ini sudah mula merasa selesa dan keyakinandiri mereka sudah mula meningkat. Ini terbukti apabila saya jalankan aktiviti di mana pelajar perlu hadir ke depan untuk bercakap selama beberapa minit, adapelajar yang menawarkan diri untuk tampil tanpa disuruh atau dipaksa.

Seronok melihat pelajar yang berusaha mencabar diri mereka. Seronok saya lihatpelajar bertungkus-lumus melawan rasa takut yang sedang mencengkam diri mereka. Pesan saya kepada mereka, siapa yang berani mencabar rasa takut

mereka, akan wujud rasa berani untuk berjaya dalam bidang apa sahaja suatu hari nanti.

Hasilnya, saya dapat banyak penyertaan pelajar dalam aktiviti bercakap di hadapan khalayak ramai secara spontan ini. Saya bawa bersama beberapa hadiah untuk saya berikan. Pemenangnya ialah dua pelajar perempuan (gambar di bawah) yang kelihatan agak gementar dan resah pada mulanya tetapi dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan memenuhi kehendak dan objektif yang telah saya berikan. Tahniah saya ucapakan.

Saya ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang hadir. Sekali lagi saya ucapkanterima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat terutamanya Cik Asniza dan En Zul yang banyak melayan kerenah saya semasa berada di sana. Semoga kita berjumpa lagi.

 

Wed 13 Aug 2008Maklumbalas peserta program Keyakinan Diri UDMPosted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Program Motivasi No Comments

Di dalam posting 27 Julai lalu saya ada ceritakan program keyakinan diri yang saya jalankan di Universiti Darul Iman Terengganu. Minggu lalu, saya terima kiriman maklumbalas daripada pihak pengurusan UDM. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Hayati dan Puan Rosni di atas kiriman maklumbalas. Maklumbalas peserta adalah sesuatu yang saya perlukan untuk panduan dan juga sebagai pembakar semangat saya untuk jalankan program yang lebih baik.

Di sini saya kongsikan beberapa maklumbalas yang saya terima daripada para peserta program.

“Program ini amat berkesan untuk para pelajar dan program ini betul-betul membuatkan saya cukup berpuas hati dan kalau diberi peluang untuk menyertai program seperti ini lagi, saya akan menghadirinya sekiranya En Osman Affan penceramahnya.” ~Noor Hafiza Othman~

“Program ini telah membuka minda saya bahawa setiap kejayaan mahupun kegagalan berasal daripada kita sendiri. Justeru itu, saya telah buktikan minda yang positif memberi jalan untuk saya capaikejayaan. Syabas En Osman. Anda memang hebat!” ~Nur Iffah Aziz~

“Satu pendekatan yang amat rapat, seperti sudah lama kenal. Mudah diajak berbincang dan satu perjalanan ceramah yang tak pernah buat saya tutup mata atau tertidur.” ~Siti Zubaidah Abdullah~

“Program ini amat bagus kerana memberi kesan untuk lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Di samping itu program ini dapat membantu saya dan rakan-rakan tampil dengan berani dan bersemangat.”~Norziati Juwaini Jusoh~

“Very happening Talk Show. Memberi saya semangat baru dalam mencapai matlamat hidup saya.” ~Nadiah Mohd Razali~

“Program yang membuat saya sangat teruja. Saya suka cara En Osman Affan menarik perhatian audience. Sekali sudah menghadiri program ini pasti akan datang lagi.”~Norsalina Abdullah~

“Program motivasi ini amat seronok dan menggembirakan. Program ini merupakan program yang paling best pernah saya hadiri. Program ini amat berguna bagi saya dan rakan-rakan yang lain.”~SitiNorasiah Awang Su~

“Amat bagus untuk diri saya yang selalu merendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. EXCELLENT!”~Nik Ayuni Nik Aziz~

“Program ini amat memberi kesan kepada diri saya. Melalui program sebegini saya mampu mengembangkan bakat serta potensi diri yang terpendam sekaligus memberi keyakinan dalam setiap tindakan dalam usaha untuk menjadi insan yang cemerlang.”~Nurul Ashikin Basri~

“Sebelum ini saya selalu merasakan diri saya tidak berguna dan berharga tetapi sekarang saya tahu dirisaya sahaja yang boleh merubah dan menjadi yang terbaik. Thanks a lot for giving me more confidence to be successful.” ~Nurul Hazirah Deraman~

“Program yang memberi banyak langkah untuk meningkatkan keyakinan diri dari segi minda, kemahiran dan aktiviti sesuai untuk pelajar terutamanya pelajar universiti yang kurang keyakinan diri.”~Nur Izzatina Abd Ghafar~

“Penceramah motivasi yang amat santai dan pandai menarik perhatian kami untuk terus menyertai bengkel ini sehingga ke akhirnya dengan keadaan yang bersemangat dan perkataan bosan tidak pernahterlintas di fikiran kami… Syabas!” ~Nur Syazana Shanan~

Maklumbalas yang lain daripada kebiasaan dan sedikit mencuit hati saya.

“Kawan-kawan saya selalu mempermainkan saya setiap kali gambar En Osman dipamerkan di setiap tempat kerana saya mempunyai tahi lalat yang sama dengan En Osman. Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi program yang dianjurkan. Apabila saya hadiri program ini saya amat gembira sekali kerana En Osman mengajar saya supaya cintakan diri sendiri. Saya berharap program ini akan diadakan lagi san saya kagum En Osman dan saya berazam untuk menjadi seperti En Osman.” ~Nurmuhsila Md Yusoff~

Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada semua peserta program keyakinan diri anjuran Unit Kaunseling Universiti Darul Iman ini.

 

Tue 1 Jul 20083 Sumber Keyakinan diri - KesimpulanPosted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 1 Comment

Alhamdulillah. Saya telah kongsikan 3 sumber keyakinan diri untukkita semua gunakan bagi meningkatkan tahap keyakinan diri kita.Bagi saya, tanpa keyakinan diri, kita sukar untuk melakukansesuatu terutamanya sesuatu yang baru. Kita akan sukar untukmeletakkan matlamat kejayaan kerana kita bimbang dan tidak yakinbahawa kita boleh berjaya.

3 Sumber keyakinan diri yang telah saya kongsikan itu ialah

1. Kejayaan dan kenangan manis di masa lalu’2. Sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita.

3. Cara kita berfikir dan fokus apabila sesuatu menggugat keyakinan diri kita. Untuk mudah mengingati sumber ketiga ini, ingat 2 perkara 

1. Apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin, bandingkan diri kita kepada orang lain yang kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita.

2. Apabila kita mahu meningkatkan semangat diri kita untuk terus berjaya, kita bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih hebat, lebih berjaya dan lebih bersemangat daripada kita.

Insyaallah saya akan letakkan hasil tulisan ini di dalam ruangan kompilasi tips dan petua dalam masa terdekat ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita yang membaca dan yang mencubanya.

 

Mon 30 Jun 20083 Sumber keyakinan diri - Sumber 3.2Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments

Bagaimanakah ibu bapa boleh gunakan sumber keyakinan diri yang ketiga ini untuk membantu anak-anak mereka? Begini.

Jika bercakap dengan anak-anak, elakkandaripada membandingkan kebolehan anak-anakkita dengan orang lain. Contohnya, kita katakepada anak-anak kita,

‘Belajar la betul-betul. Mak tengok anak jiransebelah tu rajin belajar, keputusan puncemerlang. Bukan macam kau.’

‘Masa abang kau dulu, tak payah suruh, dia belajar sendiri. Sebab tu dia bolehmasuk universiti.’

‘Anak Pak Long kau semua cemerlang. Kenapa la anak-anak abah ni tak boleh jadimacam tu’.

Membandingkan anak-anak kita dengan orang lainyang lebih cemerlang lebih banyak merosakkan daripada membantu sebenarnya. Walaupun niat kita baik untuk meningkatkan semangat mereka, ia lebih memedihkan hati dan semangat mereka kerana mesej yang mereka perolehi ialah

‘Asyik aku je yang tak pandai. Asyik aku je yang bodoh. Orang lain semua pandai, semua bagus.’

Apabila anak-anak dapat mesej begini, semangat dan keyakinan diri mereka akan terus jatuh. Dibimbangi mereka akan membesar dengan pemikiran bahawa semua orang lain lebih baik daripada mereka.

Jadi, kalau mahu meningkatkan keyakinan diri anak-anak untuk kecemerlangan, ada dua langkah. Semasa berbual dengannya

1. Imbas kembali cerita-cerita di mana anak-anak kita hebat, cemerlang, bijak dan yakin. Cerita dengan penuh keyakinan agar anak-anak kita ingatsemula tentang kisah itu semua. Kesannya, kita akan lihat anak kita semakin bersemangat. Cara dia duduk juga akan berubah sedikit seperti mahu kita terus bercerita. Teruskan bercerita dengan ikhlas. (Ikhlas bermaksud tak nampak macam kita bercerita macam terpaksa atau tak bersungguh-sungguh).

2. Apabila wajah anak-anak kita dah nampak mula bercahaya, mula berseri danmula ceria, baru kita masukkan sedikit cerita tentang orang lain yang cemerlang. Dalam keadaan ceria, anak-anak kita akan lebih bersedia untukmenerima cerita-cerita tentang kehebatan orang lain. Kemudian katakan kepada mereka, “Mak/abah rasa, anak-anak mak/abah lebih hebat dari mereka semua ni. Kalau belajar betul-betul sikit, tambah jadi rajin sikit, mesti tak ada orang lain boleh lawan. (Senyum dan kita mesti percaya apa yang kita katakan).

Apa kata kita cuba teknik ini bila berpeluang. Jika kita tidak cuba, kita pasti akan gunakan cara lama yang biasa kita gunakan. Jangan risau jika tidak dapat buat dengan sempurna kerana setelah mencuba, kita akan dapat beberapa idea baru bagaimana mahu melaksanakan teknik ini dengan lebih berkesan. Untuk jangka masa panjang, kita akan mula meningkatkan tahap keyakinan diri anak-anak kita sendiri tanpa bantuan orang lain. Selamat mencuba.

 

Thu 26 Jun 20083 Sumber keyakinan diri - Sumber 3.1Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments

Jika kita asyik membandingkan diri kita dengan orangyang kurang berjaya, tentu kita kelihatan lebih hebatbukan? Bukankah perasaan begini akan menghancurkan danmerosakkan kita di masa akan datang?

Ya, benar, jika kita terlalu bandingkan diri dengan orang yang kurang berjaya,kita akan gagal. Itulah sebabnya sumber ketiga keyakinan diri ini mengatakan bahawa anda perlu ingat 2 perkara iaitu

1. Apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin, bandingkan diri kita kepada orang lain yang kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita.

2. Apabila kita mahu meningkatkan semangat diri kita untuk terus berjaya, kita bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih hebat, lebih berjaya dan lebih bersemangat daripada kita.

Tujuan kita membandingkan diri dengan orang kurang berjaya adalah sekadar untuk menaikkan semula semangatkita daripada bawah. Apabila semangat dan keyakinan diri kita jatuh ke paras terendah, tidak begitu mudah untuk kita mengangkatnya begitu sahaja. Saya dapati antara cara termudah untuk mengangkatnya semula ialah

dengan membandingkan diri dengan kelemahan orang lain.

Namun, kita tidak sepatutnya berhenti di situ. Apabila semangat dan keyakinan diri kita sudah meningkat sedikit akibat aktiviti perkara pertama, kita perlu tingkatkan lagi kejayaan kita dengan membandingkan diri kita dengan orang-orang yang lebih berjaya.

Jika kita sedang lemah semangat dan tidak yakin diri, ia akan jadi lebih terukjika kita bandingkan diri kita dengan orang-orang berjaya. Ini kerana kita akan rasa semakin jauh ketinggalan di belakang. Jadi apa kata kita naikkan dulu sedikit semangat kita. Kemudian, apabila ia sudahmeningkat sedikit, kita pun sudah mula mampu hilangkanrasa sedih dan kecewa akibat rasa tidak yakin diritadi, barulah kita bandingkan diri kita dengan orang-orang berjaya. Ini akan menambahkan dan meningkatkanlagi semangat dan keyakinan diri kita sendiri.

Idea mengenai sumber keyakinan diri ketiga ini sebenarnya datang apabila saya teringat kisah saya semasa di tingkatan lima.  Ketika belajar di Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang, saya dikelilingi oleh pelajar-pelajar cemerlang. Keputusan peperiksaan bulanan saya selalunya tidak sehebat kawan-kawan saya yang lain. Ini membuat saya merasa kecil dengan kebolehan diri saya

terutamanya dalam bidang akademik. Lama-kelamaan, saya seolah-olah telah menerima kenyataan bahawa saya tidak sehebat pelajar lain. Ini adalah satu perkara yang tidak sihat untuk keyakinan diri.

Kemudian, beberapa bulan sebelum peperiksaan SPM, saya pulang ke kampung dan mengambil peluang bermalam di rumah sahabat baik saya daripada sekolah lama (SMKA Tok Jiring). Ketika bermalam di sana, selepas membuat latihan dan sedikit ulangkaji, sahabat saya ini membuka cerita kisah sekolah rendah kami (SK Tok Jiring). Sahabat saya ceritakan tentang ke mana perginya 11 orang pelajar yang berjaya mendapat 5A dulu. Masing-masing ada cerita kejayaan masing-masing. Semasa dia bercerita, saya mula sedar rupa-rupanya saya juga termasuk dalam cerita tersebut kerana saya adalah salah seorang daripada 11 pelajar tadi. Saya juga mula sedar yang saya sebenarnya datang dari kalangan pelajar cemerlang. Lebih hebat lagi, saya mula sedar yang kalau dulu saya boleh cemerlang, kenapa sekarang tidak boleh cemerlang?

Cetusan idea ini terus meningkatkan semangat diri saya untuk bersedia menghadapi peperiksaan SPM pada tahun itu. Sejak hari tersebut, apabila saya lihat sahabat lain yang cemerlang di KISAS, saya akan kenang kembali bagaimanasaya cemerlang suatu masa dahulu. Dalam masa yang sama, saya tekadkan azam untuk capai kejayaan seperti beberapa pelajar cemerlang di dalam kelas saya dan kelas lain. Dua perkara ini berjaya mengekalkan semangat dan keyakinan diri saya hingga hari peperiksaan sebenar.

Saya percaya anda boleh gunakan pendekatan ini. Saya juga percaya bahawa pendekatan ini boleh digunakan oleh ibu bapa untuk meningkatkan semangat anak-anak. Bagaimana ye? Kita tunggu posting seterusnya.

 

Wed 25 Jun 20083 Sumber keyakinan diri - Sumber 3Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments

Sumber keyakinan diri yang ketiga ialah cara kita berfikir dan fokus apabila sesuatu menggugat keyakinan diri kita. Untuk mudah mengingati sumber ketiga ini, ingat 2 perkara 

1. Apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin, bandingkan diri kita kepada orang lain yang kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita.

2. Apabila kita mahu meningkatkan semangat diri kita untuk terus berjaya, kita bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih hebat, lebih berjaya dan lebih bersemangat daripada kita.

Penggunaan perkara pertama adalah lebih kurang seperticara membuat diri kita bersyukur. Apabila kitamerungut tentang sekolah kita yang kurang peralatanatau kurang dewan besar, kita bandingkan sekolah kitadengan sekolah yang lebih mundur. Tentu kita akan rasabersyukur berada di sekolah kita sekarang. Jika kitamerungut tentang banyak masalah di tempat kerja kita sekarang, cuba bandingkannya dengan tempat kerja lain yang lebih teruk. Ini akan menimbulkan rasa bersyukur dan kita sepatutnya akan berhenti merungut.

Begitu juga dengan keyakinan diri, jika kita rasa lemah semangat dan hilang keyakinan diri, ingat kembali kelebihan diri kita dan bandingkan dengan orang lain yang tidak mempunyai kelebihan tersebut. Ini akan mengangkat semangat kita kembali. Saya banyak kali bertemu pelajar di sekolah berasrama penuh dan pelajar diperingkat kolej dan universiti yang mengadu lemah semangat dan tidakada keyakinan diri. Mereka rasa mereka tidak pandai dan tidak kurang potensi untuk berjaya.

Nasihat saya mudah sahaja. Tahukah pelajar ini semua bahawa di luar sana beribu-ribu lagi pelajar yang gagal memasuki asrama penuh, kolej dan universiti? Sedarkah pelajar ini semua bahawa apabila mereka berjaya berada di tempat sekarang, ia bermakna mereka lebih hebat (dalam beberapa perkara terutamanya

pencapaian akademik) berbanding dengan pelajar-pelajar lain di luar sana? Tidakkah ini boleh membuat mereka merasa atau melihat kehebatan dan potensi yang sebenarnya terpendam dalam diri mereka selama ini?

Untuk hari ini, apa kata jika anda merasa rendah diri dan tidak berkebolehan, bandingkan diri anda dengan seseorang yang anda tahu anda lebih hebat daripadanya. Jika anda rasa tidak pandai, apa katabandingkan diri anda dengan seseorang yang mungkinjauh lebih tidak pandai. Aktivti mudah ini sahaja akanmeningkatkan tahap keyakinan diri anda.

Saya faham mungkin ada antara anda yang terfikirbahawa, kalau kita asyik bandingkan diri kita dengan orang kurang berjaya, sampai bila kita akan berubah? Bukankah ia akan menyebabkan kita selesa dan tidak mahu berusaha kerana sangka kita sudah hebat? Bukankah ia akan menimbulkan rasa sombong, bangga diri dan bongkak?

Jika anda terfikit begitu, tahniah. Ia menunjukkan anda benar-benar faham apa yang saya sampaikan di dalam posting ini. Saya akan menjawab persoalan itu dalam posting seterusnya dengan menerangkan tentang perkara kedua (di atas).

 

Fri 20 Jun 20083 Sumber keyakinan diri - Sumber 2.1Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 1 Comment

Sedarkah anda bahawa apabila kita merasa rendah diri, kita akan terlupa sebenarnya ada ramai orang yang menyokong kita dan ada ramai orang yang sebenarnya kagum dengan kehebatan kita.

Ada masanya, kita tidak pandai dalam sesuatubidang dan kita rasa rendah diri. Contohnya kita tidak pandai dalam bidang akademik lalurasa rendah diri terutamanya bila berada diantara kawan-kawan yang cemerlang akademiknya. Tetapi tahukah kita bahawa kitamungkin ada kehebatan lain yang kawan-kawan kita tadi tidak ada? Mungkin kita pandai

bersukan? Mungkin kita pandai berkawan atau pandai bergaya? Itu semua adalah

sesuatu yang patut kita banggakan dan patut rasa yakin dengan diri kita sendiri.

Kita perlu tahu, kita mungkin tidak akan hebat dalam semua bidang. Takkanlah kita nak buat semua perkara di dunia ini. Perkara yang kita tak berapa pandai,biarkan orang lain yang buat. Bagi saya sendiri, saya rasa saya yakin dan cekap dalam teknik belajar. Tetapi bila saya balik ke rumah dan ada kerosakan elektrik, saya angkat tangan (menyerah kalah) dan panggil juru elektrik untuk membaikinya. Perlukah saya rasa rendah diri apabilajuru elektrik itu datang ke rumah saya? Perlukansaya bersedih kerana saya tidak pandai membaikikerosakan itu sendiri? Tentu tidak bukan?

Mesejnya di sini ialah, kita ada kelebihan dankekuatan kita tersendiri. Jangan biarkan kekuatanorang lain membuat kita rasa rendah diri. Jadi,setiap kali kita rasa rendah diri apabila melihatkehebatan orang lain, fikirkan tentang kehebatan kita sendiri. Tetapi dalam masa yang sama, buat keputusan sama ada kita mahu miliki kehebatan seperti orang tadi atau tidak. Contohnya, jika ada kawan pandai main catur dan kita tidak, jangan rasa rendah diri dan fikirkan tentang satu perkara di mana kita lebih hebat daripada kawan tadi. Kemudian, fikirkan, adakah kita mahu jadi pandai main catur? Kalau mahu, fikirkan begini, ‘kalau aku belajar betul-betulpermainan ni, aku pun akan jadi sehebat dia’. Insyaallah perasaan rendah diri itu tidak akan mengganggu.

Selamat meningkatkan keyakinan diri.

 

Fri 13 Jun 20083 Sumber keyakinan diri - Sumber 2

Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments

Sumber keyakinan diri yang kedua ialah sokongan daripada orang-orang yang

mengenali diri kita. Jika anda sedar, kita selalu terlupa untuk melihat kepadakekuatan dan kehebatan diri kita sendiri. Apabila kita berdiri dikalangan orang-orang hebat, kita terlalu asyik memandang ke arah kehebatan orang lain dan terlupa melihat ke arah kehebatan diri sendiri. Akibatnya, kita rasa rendah diri, tidak yakin dan mula mengutuk diri sendiri. “Kenapa la aku tak pandai macam mereka? Kenapa la aku ni lembab sangat? Kenapa la aku ni tak pandai?”……

Salah satu cara terbaik untuk melihat kekuatan diri kita ialah dengan mendapatkan sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita seperti keluarga atau sahabat karib. Keluarga selalunya adalah orang-orang yang selalupercayakan kebolehan dan kekuatan diri kita. Namun, jika mereka tidak begitu, cari orang lain yang boleh menyokong kita.

Menyokong bukan bermaksud orang tersebut sentiasa mengatakan kita hebat. Ada masanya orang yang menyokong kita ini akan memberi komen terhadap kelemahan diri kita. Namun, kita pastu tahu bahawa komen itu adalah untuk lebih memajukan diri kita lagi. Jadi jangan ambil hati atau bersedih terhadap komen membina daripada orang yang menyokong kita ini.

Hari ini, apa kata anda senaraikan orang-orang yang anda rasa selalu menyokonganda. Senaraikan nama-nama orang yang anda rasa setiap kali anda mahu mencuba sesuatu, anda akan rasa lebih bersemangat apabila telah berbincang dengan orang-orang ini. Selamat menulis.

 

Mon 9 Jun 20083 Sumber keyakinan diri - Sumber 1.3Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments

Jika kita benar-benar mahu meningkatkan keyakinan diri untuk melakukan apa sahaja, ada beberapa perkara yang harus kita lakukan berdasarkan tips sumber pertama keyakinan diri ini. Sebelum itu, bayangkan diri kita dalam satu situasi yang selalu membuat kita rasa tidak yakin dan lemah semangat. Contohnya, untuk pelajar, mungkin situasi di mana mereka perlu belajar subjek-subjek yang dikatakan sukar. Bagi mahasiswa dan mahasiswi, mungkin mereka

tidak yakin semasa hendak membentangkan hasil kajian mereka di depan pelajar lain dan juga pensyarah. Bagi pekerja, mungkin mereka tidak yakinuntuk berucap atau meluahkan idea mereka di hadapan orang lainterutamanya orang yang lebih berpangkat.

Langkah pertama, kita patut sedar bahawa rasa berdebar diikutidegupan jantung yang begitu kencang adalah perkara biasa. Janganmerungut dan berharap agar kita tidak rasa berdebar. Jika andatanya saya, saya akan kata bahawa rasa berdebar itu boleh membantukerana ia sebenarnya akan membuat anda lebih berhati-hati dan peka.

Langkah kedua, jika rasa berdebar membuat anda tidak boleh berfikir dengan baik, lakukan dua perkara ini. Satu, tarik nafas sedalam mungkin dan tahan selama beberapa saat. Jangan fikir apa-apa. Lepaskan nafas itu dengan gaya orang merasa lega. (Boleh bayangkan orang rasa lega lepaskan nafas bagaimana?). Kedua, senyum dan bayangkan/imaginasikan anda telah berjaya lakukan apa yang anda mahu lakukan dengan begitu baik sekali. Perkara ini  belum berlaku tetapi ia adalah sumber keyakinan diri yang anda cipta sendiri di dalam minda. Fokuskan minda pada imaginasi ini.

Langkah terakhir, cuba ingat gaya seseorang yang kelihatan yakin dan bersemangat. Ingat gaya mereka itu dan tiru gaya tersebut. Tiru juga bagaimananada suara yang mereka gunakan. Jangan risau jika ia tidak menjadi 100% keranaia tidak perlu. Maksud saya, tidak perlu jadi 100% untuk anda jadi yakin dan bersemangat.

Ini adalah contoh amalan untuk meningkatkan keyakinan diri menggunakan sumber keyakinan diri pertama. Kejayaan teknik ini bergantung kepada usaha dan cubaananda. Jika selama ini anda sentiasa bermasalah dengan keyakinan diri, tidak ada ruginya kalau anda mencuba 3 langkah mudah ini kan?

Selamat mencuba.

 

Fri 9 May 20083 Sumber keyakinan diri - Sumber 1.2

Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills 1 Comment

Apabila kita merasa tidak yakin diri atau lemah semangat, kadangkala agak sukar untuk kita mengimbas kembali saat-saat gembira atau saat-saat di zaman kegemilangan kita di masa lepas. Ini kerana fikiran kita terlalu tertumpu kepada situasi sekarang  dan kita seolah-olah tidak mampu melepaskan diri. Inijuga selalu menyebabkan kita merungut yang kita tidak ada saat-saat gembira atau saat-saat gemilang di masa lepas. Saya percaya ini tidak benar.

Namun, jika ada yang masih percaya itu semua benar(bahawa mereka tidak ada kenangan gembira ataukejayaan di masa lepas), apa yang boleh dilakukan?Saya cadangkan begini. Jika kita rasa kita tidakada kenangan yang boleh menaikkan semangat diriuntuk merasa yakin, kita boleh cipta sendiri satukenangan baru. Apa maksud saya?

Kenangan manis atau saat kegemilangan di masa lalusebenarnya hanyalah satu imej yang dimainkan didalam minda kita. Apabila kita teringat kenanganyang indah, kita kadang-kadang tersenyum dan ketawasendirian walaupun itu tidak berlaku sekarang. Apayang perlu kita tahu ialah minda kita sebenarnya tidakboleh bezakan sama ada apa yang kita kenang itu perkara yangbenar atau rekaan imaginasi sahaja. Maksud saya, bilakita cipta/reka  satu kenangan kejayaan di masalepas di dalam minda, minda kita tidak tahu yang iahanyalah satu imaginasi dan tidak pernah berlaku. Jadi, walaupun ia hanya imaginasi, minda kita boleh memberi arahan kepada tubuh kita untuk ketawa, senyum atau menangis disebabkan imaginasi itu. Hebat bukan?

Ini bermakna, apabila kita bayangkan yang kita seorang yang hebat dan petah berkata-kata di masa lepas, minda kita akan beri arahan kepada seluruh tubuh kita agar berkelakuan, bergerak, berkata-kata seperti seorang yang betul-betulhebat dan petah berkata-kata. Kesannya kita akan menjadi yakin dan benar-benarpercaya kita boleh menjadi hebat dan petah berkata-kata. Namun kita perlu

ingat, yakin dan boleh buat adalah dua perkara berbeza. Ada orang yakin untuk bercakap dikhalayak ramai tetapi tidak boleh bercakap dengan baik. Ada orang yakin boleh menendang bola tetapi menendang seperti kayu memukul bola. Keyakinan perlu diikuti latihan susulan. Apabila kita yakin dan berlatih, kta lebih mudah menguasai sesuatu ilmu.

Jadi hari ini, fikirkan apa kenangan kehebatan di masa lepas yang ingin anda cipta atau reka? Keyakinan diri untuk apa yang anda mahukan. Seterusnya nanti saya akan terangkan apa yang perlu dilakukan bagi melatih keyakinan diri yang baru menggunakan imaginasi kejayaan di masa lepas ini.

Selamat mencuba.

 

Mon 5 May 20083 Sumber keyakinan diri - Sumber 1.1Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments

Sudahkah anda senaraikan sekurang-kurangnya 5 kejayaan atau kenangan manis anda di masa lalu? Jika sudah, bagus. Anda ternyata bersungguh-sungguh mahu meningkatkan tahap keyakinan diri anda.

Langkah seterusnya ialah anda perlu imbas semulakenangan ini. Cari satu tempat yang tenang. Dudukdengan tenang dan imbas kembali kenangan inisemua. Jika anda seorang pelajar, boleh lakukanaktiviti ini sebelum mula belajar. Jika seorangpekerja, boleh lakukan aktiviti ini sebelummelakukan sesuatu yang mencabar keyakinan dirianda. (Jika anda lakukan selepas sembahyang lebihbaik). Lihat semula kenangan ini semua seolah-olahanda sedang melihat satu tayangan gambar di dalamminda anda. Perkara yang paling penting anda haruscapai dalam aktiviti ini ialah ‘anda perlu rasakandengan jelas betapa seronoknya dan betapa hebatnyaperasaan menjadi seorang yang berjaya’.

Semasa mengimbas kenangan itu juga, cuba rasakan betapa keyakinan diri anda sangat tinggi ketika mengecapi kejayaan itu. Contohnya, ketika anda berjaya menjadi pelajar cemerlang dengan mendapat keputusan yang sangat baik di dalam peperiksaan dulu, apakah yang anda rasa? Gembira? Teruja? Yakin? Hebat?

Teruskan berada di dalam perasaan itu semua buat seketika. Kemudian, dalam masa yang sama, cuba fikir begini, ‘kalau dulu boleh berjaya, maknanya aku punorang yang hebat. Kalau dulu boleh berjaya, sekarang pun mesti sama boleh berjaya juga!’

Apa yang berlaku apabila anda lakukan aktiviti ini? Sebenarnya, apabila anda mengimbas kenangan kejayaan ini, anda sedang cuba mengekalkan imej kejayaan didalam minda anda. Dalam satu masa, manusia hanya boleh meletakkan satu imej sahaja di dalam minda mereka untuk difokuskan. Maksudnya, jika anda sedang fokus kepada kegagalan lepas, imej kegagalan akan memenuhi minda anda. Jadi, imej kejayaan tidak akan berada di situ. Akibatnya, anda jadi resah, gelisah, bimbang setiap masa dan hilang keyakinan diri.

Sama juga, apabila anda kekalkan imej kejayaan, ia akan memenuhi minda anda dan imej kegagalan tidak akan ada di situ. Hasilnya, anda rasa lebih tenang, ceria dan yakin dengan kebolehan diri anda.

Seterusnya, saya akan terangkan apa yang boleh anda lakukan jika anda tidak ada banyak kenangan manis atau kejayaan di masa lepas.

 

Fri 2 May 20083 Sumber keyakinan diri - Sumber 1Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments

Sudahkah anda menjawab soalan saya yang lepas iaitu “Biasanya, apabila anda merasa rendah diri atau hilang keyakinan diri, apa yang anda lakukan untuk menaikkan semula semangat dan keyakinan diri anda?”

Hari ini dan beberapa postingsaya seterusnya, saya akankongsikan 3 sumber utamakeyakinan diri yang bolehdigunakan untuk menaikkan tahapkeyakinan diri kita disaat kitamerasa lemah, tidak bermaya,rendah diri dan tidak yakin.Sumber keyakinan diri yangpertama ialah “Kejayaan dankenangan manis di masa lalu’.

Adakah anda pernah mengecapapa-apa kejayaan (walaupunkecil) di masa lalu? Pernahkahanda menang apa-apapertandingan, mendapat apa-apa anugerah atau dihadiahkan dengan sesuatu yang istimewa? Jika pernah (saya percaya tentu anda pernah ada pengalaman sebegini), anda boleh gunakannya sebagai sumber keyakinan diri.

Menurut pemerhatian saya, masalah utama orang-orang atau pelajar yang tidak yakin diri ialah mereka terlalu fokuskan minda mereka kepada kelemahan diri mereka. Mereka sentiasa terlihat akan kelemahan diri mereka setiap hari dan setiap masa. Apabila mereka lihat kecemerlangan pelajar lain, mereka rasa mereka tidak cemerlang. Apabila mereka melihat kehebatan orang lain, mereka terlupa akan kehebatan mereka.

Benarkah ini yang berlaku? Hmm…. jika anda tidak percaya, cuba anda bertanya kepada pelajar di sekolah-sekolah terpilih atau sekolah berasrama penuh. Sekolah-sekolah ini dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang mempunyai rekod akademik yang cemerlangnamun masih ramai juga antara mereka yang merasa tidak pandai, lemah dan tidak cemerlang. Apa yang bahayanya ialah apabila mereka mula percaya bahawa

mereka tidak cemerlang, ia akan menjadi kenyataan.

Jadi, jika anda bersungguh-sungguh untuk meningkatkan tahap keyakinan diri anda, apa kata hari ini anda senaraikan sekurang-kurangnya 5 kejayaan atau kenangan manis (lebih banyak lebih baik) anda di masa lalu yang bisa membuat anda rasa gembira, seronok dan yakin dengan kebolehan diri anda. Setelah anda senaraikan, cuba imbas kembali saat itu, ingat kenangan itu sejelas-jelasnya dan rasakan apa-apa perubahan keyakinan di dalam diri anda.

Selamat mencuba.

 

Wed 30 Apr 20083 sumber keyakinan diriPosted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments

Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang amat-amat berharga. Tanpa keyakinan diri, seorang yang berilmu tidak akan dapat mengamalkan ilmunya. Tanpa keyakinan diri, seorang yang gagah tidak akan mampu menggunakan kekuatannya. Tanpa keyakinan diri, seorang yang hebat tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan dirinya.

Saya juga percaya, walau sehebat mana pun diri kita, ada masanya kita merasa seolah-olah hilang punca dan hilang semua keyakinan diri yang pernah kita miliki. Kita rasa rendah diri dan tidak mampumenghadapi cabaran. Kadangkala dengan hanya melihat kejayaan orang lain sahaja sudah mampu membuat kita rasa sedih, kecewa dan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Banyak sebab mengapa kita boleh mengalami keadaan begitu. Namun, dalam posting kali ini, saya tidak berminat untuk menceritakan itu semua kerana saya percaya anda semua pasti sudah tahu sebab-sebabnya. Apa yang inginsaya kongsikan ialah di saat kita merasa lemah dan tidak yakin diri, dari manakah kita boleh dapatkan setitik atau seteguk keyakinan diri agar kita kembali bertenaga untuk meneruskan cabaran dan rintangan hidup? Di manakah letaknya sumber utama kekuatan dan keyakinan diri kita?

Untuk menjadikan posting ini lebih bermakna dan lebih anda ingati, apa kata anda fikirkan dulu hari ini tentang soalan ini. Biasanya, apabila anda merasa rendah diri atau hilang keyakinan diri, apa yang anda lakukan untuk menaikkan semula semangat dan keyakinan diri anda?

 

Tue 29 Apr 20083 Rahsia keyakinan diriPosted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills No Comments

Alhamdulillah saya telah kongsikan 3 rahsia keyakinan diri untukmeningkatkan tahap keyakinan diri kita semua. 3 Rahsia inibukanlah satu rahsia yang terlalu besar jika kita biasamenghadiri kursus-kursus, seminar atau membaca buku-bukuberbentuk pembangunan diri. Namun, ada juga masanya kita terluparahsia-rahsia ini hingga kita mula merasa kurang yakin dan tidakbersemangat dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan.

Saya telah membuat kompilasi 3 rahsia keyakinan diri ini. Andaboleh membacanya semula di ruangan kompilasi tips dan petua atau klik disini. 

Beberapa minggu ini juga saya masih dihujani oleh soalan-soalan berbentuk keyakinan diri. Risau juga saya melihat masalah keyakinan diri yang melanda diri pelajar dan orang dewasa hingga ke tahap membahayakan diri dan juga mengganggu prestasi diri. Ada yang bijak tetapi merasa bodoh kerana keyakinan diri. Ada yang cemerlang tetapi rasa begitu hina hingga mahu membunuh diri disebabkan keyakinan diri. Ada yang hebat tetapi tidak berani mencuba kerana kurang keyakinan diri.

Jadi, untuk posting seterusnya, saya akan kongsikan pula 3 sumber keyakinan diri. Teruskan membaca.