KAJIAN PERHUBUNGAN ANTARA KESEDARAN ALAM SEKITAR DENGAN TINGKAH LAKU MESRA ALAM SEKITAR

14
KAJIAN PERHUBUNGAN ANTARA KESEDARAN ALAM SEKITAR DENGAN TINGKAH LAKU MESRA ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI; KAJIAN KES: PELAJAR TAHUN SATU UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM). Hafizah Abu Bakar 1 , Nazalina Abd Aziz 2 , Nur Afiqah Mohd Narwawi 3 , Najihah Abd Latif 4 , Norfaryana Mohd Ijas 5 & Amir Hamzah Sharaai 6 Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. Email 1 : [email protected] Tel: +6019-4042320 Email 2 : [email protected] Tel: +6013-3803237 Email 3 : [email protected] Tel: +6011-14483998 Email 4 : [email protected] Tel: +6013-4771080 Email 5 : [email protected] Tel: +6019-3758441 Email 6 : [email protected] Tel: +603-89468031 Abstrak. Masalah alam sekitar seperti pemanasan global, pencemaran udara, pencemaran air dan kepupusan flora dan fauna semakin mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia. Kesedaran alam sekitar bermula dengan keprihatinan masyarakat terhadap masalah alam sekitar yang kian meruncing. Manusia bergantungan secara fizikal dan emosi dengan alam semulajadi dan sebaliknya keadaan ekosistem dan spesies pula bergantung kepada tindakan manusia. Tahap kesedaran dan pengetahuan terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar adalah baik. Pelajar sedar akan peranannya dalam menjaga alam sekitar. Walaubagaimanapun, tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar masih tidak menjadi kebiasaan. Penglibatan pelajar dalam menangani masalah alam sekitar masih rendah. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kesedaran alam sekitar dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti. Kajian dijalankan terhadap pelajar tahun satu universiti iaitu seramai 341. Data kajian dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis melihat perkaitan antara tahap kesedaran. Pekali kolerasi Spearman digunakan untuk menganalisis perhubungan antara tahap kesedaran dengan sikap atau tingkah laku mesra alam sekitar, keputusannya adalah signifikan (r=.241 , p<0.05). Kesimpulannya, terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dengan tingkahlaku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti. Namun, perhubungan yang terhasil adalah sangat lemah. Berdasarkan pada keputusan analisis ini, keputusan menunjukkan bahawa tahap kesedaran yang tinggi dalam diri pelajar tahun satu di UPM tidak memberi impak yang kuat terhadap tingkah laku mesra alam sekitar yang diamalkan. Kata kunci: Kesedaran; Alam Sekitar; Tingkah Laku; Pelajar Universiti; Ujian Spearman’s Rho

Transcript of KAJIAN PERHUBUNGAN ANTARA KESEDARAN ALAM SEKITAR DENGAN TINGKAH LAKU MESRA ALAM SEKITAR

KAJIAN PERHUBUNGAN ANTARA KESEDARAN ALAM SEKITAR DENGAN

TINGKAH LAKU MESRA ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN PELAJAR

UNIVERSITI; KAJIAN KES: PELAJAR TAHUN SATU UNIVERSITI PUTRA

MALAYSIA (UPM).

Hafizah Abu Bakar1, Nazalina Abd Aziz

2, Nur Afiqah Mohd Narwawi

3, Najihah Abd Latif

4,

Norfaryana Mohd Ijas5 & Amir Hamzah Sharaai

6

Jabatan Pengurusan Alam Sekitar,

Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia,

43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.

Email1: [email protected] Tel: +6019-4042320

Email2: [email protected] Tel: +6013-3803237

Email3: [email protected] Tel: +6011-14483998

Email4: [email protected] Tel: +6013-4771080

Email5: [email protected] Tel: +6019-3758441

Email6: [email protected] Tel: +603-89468031

Abstrak. Masalah alam sekitar seperti pemanasan global, pencemaran udara, pencemaran air

dan kepupusan flora dan fauna semakin mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia.

Kesedaran alam sekitar bermula dengan keprihatinan masyarakat terhadap masalah alam

sekitar yang kian meruncing. Manusia bergantungan secara fizikal dan emosi dengan alam

semulajadi dan sebaliknya keadaan ekosistem dan spesies pula bergantung kepada tindakan

manusia. Tahap kesedaran dan pengetahuan terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar

adalah baik. Pelajar sedar akan peranannya dalam menjaga alam sekitar.

Walaubagaimanapun, tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar masih tidak

menjadi kebiasaan. Penglibatan pelajar dalam menangani masalah alam sekitar masih rendah.

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kesedaran alam sekitar dengan tingkah

laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti. Kajian dijalankan terhadap pelajar

tahun satu universiti iaitu seramai 341. Data kajian dikumpul menggunakan borang soal

selidik dan dianalisis melihat perkaitan antara tahap kesedaran. Pekali kolerasi Spearman

digunakan untuk menganalisis perhubungan antara tahap kesedaran dengan sikap atau

tingkah laku mesra alam sekitar, keputusannya adalah signifikan (r=.241 , p<0.05).

Kesimpulannya, terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dengan tingkahlaku mesra

alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti. Namun, perhubungan yang terhasil adalah

sangat lemah. Berdasarkan pada keputusan analisis ini, keputusan menunjukkan bahawa

tahap kesedaran yang tinggi dalam diri pelajar tahun satu di UPM tidak memberi impak yang

kuat terhadap tingkah laku mesra alam sekitar yang diamalkan.

Kata kunci: Kesedaran; Alam Sekitar; Tingkah Laku; Pelajar Universiti; Ujian Spearman’s

Rho

Abstract. Environmental problems such as global warming, air pollution, water pollution and

extinction of flora and fauna is gaining the attention of the Malaysian. Awareness towards

environment starts with community concerns over environmental problems deepened. Human

physical and emotional dependence nature and instead the ecosystem and the species

depends on human action. The level of awareness and knowledge on the environment among

students is good. Student’s mindful on their role in protecting the environment. However,

responsible behavior towards the environment has not been common. Student’s involvements

to tackle environmental problems are still low. This research aims to study the relationship

between environmental awareness and environmentally friendly behavior among university

students. We conducted survey on university students in a total of 341. Data were collected

using a questionnaire and analyzed the correlation between the level of awareness.

Spearman correlation coefficient was used to analyze the relationship between the level of

awareness in attitude or behavior is environmentally friendly, the results were significant (r

= .241, p <0.05). In conclusion, there is a relationship between the level of awareness of

environmentally friendly behavior among university students.. However, the resulting

relationship is very weak. Based on the results of this analysis, the results shows that the high

levels of awareness of university students pose no strong impact on the behavior of

environmentally friendly practices.

Keywords: Awareness; Environment; Behavior; University Student; Spearman’s Rho Test

1.0 PENGENALAN

Kesedaran mengenai masalah yang dihadapi oleh alam sekitar muncul daripada keprihatinan

terhadap perkara-perkara seperti kualiti air minuman, kesan bernafas dalam udara yang

tercemar, kepupusan hidupan liar dan tumbuhan serta pemanasan global. Masalah alam

sekitar yang semakin serius ini telah meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa pentingnya

memelihara alam sekitar dari terus tercemar.

Apa yang pasti, kesan langsung daripada pencemaran alam sekitar lebih mudah difahami

daripada isu-isu alam sekitar yang lain seperti kepelbagaian biologi, ekologi hutan, kesan

rumah hijau atau perkara – perkara yang berkaitan dengan dasar, peraturan dan perundangan.

Masyarakat mempunyai kefahaman yang lebih baik terhadap masalah alam sekitar yang

berlaku di sekeliling mereka berbanding isu sejagat yang rumit.

Pada dekad lalu, kepentingan dalam pendidikan alam sekitar dilihat sebagai medium penting

dalam mengukuhkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia. Pendidikan alam sekitar

diperbaiki dalam kurikulum di sekolah rendah dan menengah. Pada masa yang sama, latihan

dijadualkan untuk guru – guru dan bahan pengajaran yang sesuai disediakan bagi membantu

usaha ini.

Pada masa kini, kemudahan internet telah memberi dimensi baru kepada masyarakat terhadap

kesedaran alam sekitar dan tindakannya. Sebelum ini hanya media tradisional seperti

televisyen, radio dan akhbar yang menyediakan maklumat dan informasi mengenai alam

sekitar kepada masyarakat. Internet membolehkan isu–isu alam sekitar dikumpul,

disampaikan serta dibincangkan. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi kesedaran

masyarakat terhadap masalah alam sekitar.

Terdapat banyak kajian mengenai kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar terutamanya

pada pelajar di institusi tinggi. Tahap kesedaran dan pengetahuan terhadap alam sekitar

dalam kalangan pelajar adalah baik. Pelajar sedar akan peranannya dalam menjaga alam

sekitar. Walaubagaimanapun, tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar

masih tidak menjadi kebiasaan. Penglibatan pelajar dalam menangani masalah alam sekitar

juga masih rendah.

Manusia bergantung secara fizikal dan emosi dengan alam semulajadi dan sebaliknya

keadaan ekosistem dan spesies pula bergantung kepada tindakan manusia. Tidak kira

seseorang itu berasa rapat dengan alam semulajadi atau tidak, mereka adalah saling

bergantungan dengan alam di mana kesejahteraan alam mempengaruhi kesejahteraan hidup

manusia (Tan Pei San & Norzaini 2011).

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti hubungan antara kesedaran alam sekitar

dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Secara khususnya, kajian ini

bertujuan untuk menentukan kaitan korelasi antara tahap kesedaran dengan tingkah laku

mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar. Selain itu, kajian ini untuk meninjau tahap

pengetahuan dan kefahaman alam sekitar dangan tingkah laku mesra alam sekitar dalam

kalangan pelajar. Ini kerana penglibatan masyarakat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar

adalah amat penting terutamanya di kalangan pelajar.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

i) Mengenal pasti hubungan antara kesedaran alam sekitar dengan tingkahlaku mesra alam

sekitar dalam kalangan pelajar.

ii) Mengenal pasti tahap pengetahuan dan kefahaman alam sekitar dangan tingkahlaku mesra

alam sekitar dalam kalangan pelajar.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

i) Sejauh manakah pelajar mempraktikkan tingkah laku alam sekitar dalam kehidupan?

ii) Adakah terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dengan tingkah laku mesra alam

sekitar oleh pelajar?

4.0 KAJIAN LITERATUR

Terdapat beberapa kajian terdahulu mengenai kesedaran dan tingkah laku terhadap alam

sekitar telah dianalisis. (Jadual 1).

Jadual 1: Analisis Tinjauan Literatur

Tajuk

Tahap Keprihatinan

Alam Sekitar dan

Amalan Kepenggunaan

Hijau Pengguna di

Petaling Jaya,

Selangor. (Mohamad

Fazli Sabri & Teoh

Yong Yong. 2006 )

Tingkah Laku

Keprihatinan

Terhadap Alam

Sekitar dalam

Kalangan Pengguna

Malaysia:

Satu Analisis

Empirikal.

(Tan Pei San. 2011)

Pengaruh Alam

Sekitar Terhadap

Sikap, Keprihatinan

Alam Sekitar Dan

Pengaruh Sosial

Dalam Gelagat

Pembelian Hijau.

(Dagher, et.al. S.

2012)

Kesedaran Teknologi

Hijau Dalam Kalangan

Warga Universiti Tun

Hussein Onn

Malaysia. (Siti Rohani

Johar. 2013)

Pengetahuan, Sikap

Dan Amalan

Masyarakat Malaysia

Terhadap Isu Alam

Sekitar ( Jamilah H. A.

et. al. 2011)

Pernyataan

Masalah

Masalah pencemaran

alam sekitar yang

semakin serius telah

mengalihkan gerakan

ekologi daripada

pinggiran dan

meletakkan

keprihatinan alam

sekitar pada aliran

utama. Amalan

kepenggunaan hijau

telah lama berkembang

di negara barat, tetapi

masih lagi asing

dengan rakyat di

Malaysia.

Dalam ekonomi

global, peralihan

fenomena alam sekitar

menunjukkan bahawa

organisasi dan firma-

firma bersaing dengan

berkesan, mereka

perlu jelas

menentukan amalan

perniagaan yang

mencerminkan

kepentingan awam.

Tingkah laku

pembelian hijau

adalah salah satu

tingkah laku yang

disyorkan untuk

membantu

mengekalkan

kelestarian alam

sekitar.

Arus pemodenan yang

berkembang pesat

telah memberi banyak

perubahan dan

implikasi negatif

kepada landskap

negara. Sikap manusia

yang kurang prihatin

dan bertanggungjawab

dalam memelihara

alam sekitar telah

memberi kesan negatif

kepada alam

semulajadi dan kualiti

hidup manusia.

Pembangunan fizikal

member kesan negatif

kepada lanskap

Negara.

Sikap masyarakat

yang tidak

bertanggungjawab

Jadual 1: Analisis Tinjauan Literatur (sambungan)

Objektif

1) Untuk mengetahui

profil pengguna

yang mengamalkan

amalan

kepenggunaan hijau

2) Untuk mengkaji

sejauh manakah

tahap keprihatinan

alam

sekitar dan amalan

kepenggunaan hijau

dipraktiskan dalam

kalangan pengguna

3) Untuk mengkaji

persepsi pengguna

terhadap produk

hijau

1) Untuk mengenal

pasti perbezaan

dalam tingkah laku

dan sikap pengguna

terhadap tingkah

laku alam sekitar

dari segi

pembolehubah

demografi (umur,

jantina, pendapatan

dan pendidikan).

1) Untuk menkaji tiga

faktor utama iaitu

pengaruh sosial,

keprihatinan alam

sekitar dan kuasa

pembelian hijau

yang mana

mempengaruhi

pembelian oleh

pengguna di

Lubnan.

1) Mengenal pasti

tahap kesedaran

terhadap Teknologi

Hijau dalam

kalangan pihak

pengurusan di

UTHM.

2) Mengenal pasti

tahap kesedaran

terhadap Teknologi

Hijau dalam

kalangan tenaga

pengajar di UTHM.

3) Mengenal pasti

tahap kesedaran

terhadap Teknologi

Hijau dalam

kalangan pelajar di

UTHM.

1) Melihat

pengetahuan, sikap

dan amalan alam

sekitar serta

pemuliharaannya.

Metodologi Deskriptif - borang

soal selidik

Deskriptif-tinjauan. Deskriptif-tinjauan. Deskriptif kuantitatif

dan soal selidik

berskala Likert.

Kuantitatif- tinjauan

borang soal selidik.

Jadual 1: Analisis Tinjauan Literatur (sambungan)

Ujian Statistik SPSS – ujian korelasi

Pearson

Korelasi, regresi linear

berganda

Kolerasi dan analisis

regrasi

Analisis deskriptif

menggunakan peratus

dan min

Analisis inferensi

menguji hipotesis

menggunakan analisis

anova sehala.

Analisis deskriptif-

peratus dan min.

Sampel Persampelan sistematik

Persampelan rawak Kuantitatif, 101

responden

Kaedah persampelan

bertujuan (purposive

sampling)

Persampelan

sistematik

Populasi 80 orang

500 soal selidik telah

diedarkan, 319 telah

dikembalikan

135 soal selidik telah

diedarkan

385 responden dari

UTHM terdiri dari

pengurusan (67

orang), tenaga

pengajar (40 orang)

dan pelajar (278

orang)

100 orang

Keputusan Tahap keprihatinan

alam sekitar dalam

kalangan responden

adalah tinggi.

Terdapat perkaitan

yang positif dan

signifikan di antara

tahap keprihatinan

alam sekitar dengan

amalan kepenggunaan

hijau.

Menggunakan

korelasi, analisis awal

menunjukkan

hubungan yang

signifikan dengan

tingkah laku kesedaran

ekologi pengguna.

Umur telah terbukti

mempunyai kolerasi

tertinggi dengan

tingkah laku yang

mementingkan

ekologi.

Keputusan regresi

ditunjukkan dengan

pekali penentuan R ^ 2

= 0,347 yang

menunjukkan bahawa

34.7 % daripada

variasi dalam tingkah

laku membeli hijau

dijelaskan oleh

keprihatinan alam

sekitar

Tahap pengetahuan

bagi pihak pengurusan

adalah tinggi dan bagi

pelajar adalah

sederhana. Ujian

hipotesis anova sehala

menunjukkan bahawa

wujud perbezaan

signifikan antara tahap

pengetahuan dan tahap

amalan kelompok

responden yang dikaji.

Hasil kajian mendapati

tahap pengetahuan

orang awam terhadap

isu-isu alam sekitar

berbeza terhadap isu

yang telah

disenaraikan.

Jadual 1: Analisis Tinjauan Literatur (sambungan)

Cadangan Kurikulum di peringkat

sekolah rendah

mahupun peringkat

sekolah menengah pada

masa hadapan perlu

menerapkan pendidikan

tentang alam sekitar

dalam sistem

pendidikan.

Pihak kerajaan perlu

mempergiatkan lagi

kempen untuk

mendidik masyarakat

umum mengenai

kepentingan amalan

kepenggunaan hijau.

Perkongsian dengan

syarikat-syarikat di

dalam pelbagai

kempen. Sebagai

contoh, 'Tiada Beg

Plastik pada hari

Sabtu' kempen; lebih

reka bentuk alam

sekitar bangunan baru

bagi mengurangkan

pengeluaran tenaga;

adanya tong kitar

semula di setiap

bahagian dalam

syarikat-syarikat dan

membuat penggunaan

produk mesra alam

sekitar.

Kajian masa depan

harus mengkaji

tambahan kesan

tingkah laku membeli

hijau sebagai contoh,

jenis personaliti,

kebimbangan untuk

imej diri dan

tanggungjawab

terhadap alam sekitar.

Mengumpul sampel

yang lebih besar.

Kajian ini

menyarankan usaha

mempertingkatkan

kesedaran dan

penghargaan terhadap

teknologi hijau di

kampus UTHM dalam

usaha memelihara

alam sekitar.

Media massa

memainkan peranan

penting dalam

menyebarkan

maklumat tentang isu

alam sekitar di

kawasan kajian.

Kesimpulan Kajian mendapati

pengguna mempunyai

tahap keprihatinan

alam sekitar yang

tinggi dan mempunyai

tahap amalan

kepenggunaan hijau

yang sederhana.

Berbanding dengan

pengguna di negara-

negara pasaran maju,

pengguna di rantau ini

belum terdedah

sepenuhnya kepada

pendekatan alam

sekitar di dalam

konsumerisme.

Lebih banyak kita

mengambil berat

tentang alam sekitar

kita peningkatan

dalam pembelian

produk hijau.

Kajian ini

merumuskan bahawa

tahap kesedaran dari

aspek pengetahuan

dan amalan berada

pada tahap sederhana.

Amalan orang awam

terhadap pemuliharaan

alam sekitar di

kawasan kajian adalah

rendah.

Kesimpulannya, kajian terdahulu tidak membuat kajian mengenai perhubungan antara kesedaran alam sekitar dengan tingkah laku mesra alam

sekitar dan kajian ini menggunakan ujian Spearman’s Rho di mana berbeza dengan kajian terdahulu.

5.0 METODOLOGI

5.1 Instrumen Kajian

Soal Selidik

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian adalah soal selidik. Borang soal yang telah

dirangka telah dicetak untuk memudahkan para pelajar menjawab borang soal selidik

tersebut. Selain itu juga, borang soal selidik dalam bentuk fizikal memudahkan proses

penyimpanan kelak. Walaupun jumlah responden adalah sebanyak 341 orang, borang soal

selidik telah dicetak sebanyak 350. Ini kerana borang yang selebihnya adalah sebagai langkah

berjaga-jaga sekiranya borang sebenar tercicir atau hilang. Berdasarkan Jadual 2, soalan

dalam borang soal selidik telah dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian A merangkumi

soalan berkaitan profil demografi, Bahagian B merangkumi soalan berkaitan kesedaran

responden terhadap alam sekitar, manakala Bahagian C, merangkumi soalan berkaitan sikap

responden terhadap alam sekitar.

Jadual 2: Pembahagian Soal Selidik Mengikut Seksyen

Seksyen Bilangan Item Penerangan Seksyen

A 3 Dalam seksyen A, soalan yang ditanyakan adalah mengenai

profil demografi responden iaitu umur, jantina dan fakulti.

B 10

Dalam seksyen B, soalan yang ditanyakan adalah mengenai

tahap kesedaran alam sekitar oleh responden seperti

pemanasan global dan perubahan iklim.

C 10

Dalam seksyen C, soalan yang ditanyakan adalah mengenai

tingkah laku responden dalam memulihara alam sekitar

seperti penggunaan tenaga elektrik dan air, penggunaan

kenderaan awam dan pembuangan sisa pepejal.

Ujian Kebolehpercayaan ( Kajian Rintis)

Untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan borang soal selidik, kajian rintis telah

dijalankan. Sebanyak 10 orang responden di beri soalan kajian untuk dijawab. Tujuan kajian

rintis ini adalah untuk mendapatkan respon awal daripada responden mengenai bahasa,

format dan jangka masa yang diperlukan untuk menjawab setiap borang soal selidik apabila

borang soal sedik sebenar diedarkan kemudiannya.

Ujian kebolehpercayaan dalaman telah dilakukan untuk mengetahui nilai kebolehpercayaan

item-item setiap bahagian soalan kajian. Keputusan analisis menunjukkan bahawa bagi

instrumen kajian ini, pekali kebolehpercayaan alfa Cronbach ialah .853. Nilai

kebolehpercayaan ini adalah memuaskan kerana nilai kebolehpercayaan berada dalam skala

.65 hingga .95. Hasil ujian ini menunjukkan bahawa kajian rintis ini adalah sah dan boleh

digunakan semasa sesi tinjauan sebenar dilakukan. Item-item yang telah dinyatakan semasa

kajian rintis juga boleh dikekalkan untuk digunakan dalam borang kaji selidik yang sebenar.

5.2 Persampelan

Populasi dalam kajian ini terdiri daripada 3291 orang pelajar siswazah tahun satu di 15 fakulti

Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Bilangan pelajar yang dicatatkan ini adalah

berdasarkan perangkaan pelajar berdaftar Semester 1 bagi sesi 2013/2014 yang diperolehi

dari Penolong Ketua Pendaftar daripada Bahagian Pengurusan Akademik, UPM. Pemilihan

sampel adalah berdasarkan jadual untuk menentukan bilangan sampel daripada jumlah

populasi (Krejcie & Morgan, 1970) iaitu jika populasi (N) = 3291, saiz sampel (S) = 341.

Pengiraan untuk mendapatkan saiz sampel :

s = X2

÷ d2

(N-1) + X2P(1-P)

s = sampel yang diperlukan

X2 =

nilai jadual khi-kuasa dua untuk 1 darjah kebebasan pada tahap keyakinan yang

dikehendaki (3.841)

N = saiz populasi

P = perkadaran populasi (dianggap sebagai 0.5 kerana ini akan memberikan saiz sampel yang

maksimum

d = tahap ketepatan yang dinyatakan sebagai perkadaran (0.5)

Sumber : Krejcie dan Morgan, 1970

Jadual 3: Pengiraan Untuk Mendapatkan Saiz Sampel Mengikut Krejcie dan Morgan, 1970

Kaedah penyelidikan ini adalah berbentuk kuantitatif dengan pengumpulan maklumat

daripada saiz sampel.

Latar Belakang Responden

Jadual 3 menunjukkan maklumat latar belakang responden. Responden kajian berada dalam

lingkungan umur antara 18 hingga 22 tahun dengan purata umur 20.17 tahun. Kebanyakan

responden adalah berumur 19 tahun iaitu sebanyak 37.1%. Responden kajian terdiri daripada

91 orang adalah lelaki (26.4%) dan 254 orang adalah perempuan (73.6%). Kajian telah

dijalankan ke atas 15 buah fakulti di UPM dengan 23 responden bagi setiap fakulti dengan

peratusan 6.7% bagi setiap fakulti. Jenis persampelan kebarangkalian yang digunakan adalah

persampelan berstrata.

JADUAL 4: Maklumat latar belakang responden (n=345)

Angkubah Kekerapan Peratus (%)

Umur

18

19

20

21

22

Min keseluruhan : 20.17 tahun

2

128

71

96

48

0.6

37.1

20.6

27.8

13.9

Jantina

Lelaki

Perempuan

91

254

26.4

73.6

Fakulti

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Fakulti Pertanian

Fakulti Ekologi Manusia

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

Fakulti Pengajian Alam Sekitar

Fakulti Rekabentuk dan Senibina

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul

Fakulti Kejuruteraan

Fakulti Perubatan Veterinar

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Fakulti Sains

Fakulti Perhutanan

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Fakulti Pendidikan

23

23

23

23

23

23

23

23

23

23

23

23

23

23

23

6.7

6.7

6.7

6.7

6.7

6.7

6.7

6.7

6.7

6.7

6.7

6.7

6.7

6.7

6.7

6.0 PENEMUAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

6.1 Tahap Keprihatinan Alam Sekitar

Jadual 4 menunjukkan respons pelajar dalam kajian ini terhadap 10 items mengenai tahap

kesedaran alam sekitar. Min keseluruhan yang dicatatkan ialah 1.49. Nilai min tertinggi yang

dicatatkan ialah 1.60 dengan kebanyakan responden (49.9%) menyatakan mereka tahu

mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Hampir dua pertiga responden (51.6%)

menyatakan mereka tahu bahawa tindakan yang merekan lakukan akan meninggalkan kesan

kepada alam sekitar dan nilai min bagi item ini ialah 1.58. Nilai min ketiga tertinggi ialah

1.54 dengan terdapat 54.8% responden sangat bersetuju bahawa mereka tahu bahawa pada

masa akan datang, air minuman bersih akan menjadi satu sumber yang susah didapati.

Terdapat lima item atau pernyataan yang mempunyai nilai min kurang daripada nilai min

keseluruhan. Sebanyak 61.2% responden menyatakan mereka tahu bahawa pemanasan global

akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia dan nilai min bagi item ini

ialah 1.48. Hanya sebilangan kecil sahaja responden (2.6%) tidak bersetuju dengan penyataan

‘saya juga tahu bahawa ais di kutub akan menyebabkan paras air laut akan meningkat’. Nilai

min terendah ialah 1.34 dengan peratusan responden sebanyak 75.4% menyatakan alam

sekitar amat penting bagi mereka.

JADUAL 5: Respons terhadap kenyataan tentang kesedaran alam sekitar

Penyataan Sangat

Setuju

Setuju Tidak

Setuju

Sangat

Tidak

Setuju

Min

1. Alam sekitar adalah amat penting bagi

saya.

260

(75.4)

64

(18.6)

8

(2.3)

13

(3.8)

1.34

2. Saya tahu mengenai kepentingan

menjaga alam sekitar.

172

(49.9)

151

(43.8)

11

(3.2)

11

(3.2)

1.60

3. Saya tahu tindakan yang saya lakukan

akan meninggalkan kesan kepada alam

sekitar.

178

(51.6)

144

(41.7)

13

(3.8)

10

(2.9)

1.58

4. Saya tahu bahawa perubahan iklim

dunia adalah desebabkan tindakan

manusia terhadap alam sekitar.

204

(59.1)

117

(33.9)

17

(4.9)

7 (2.0) 1.50

5. Saya tahu bahawa penurunan tahap

kualiti udara akan memberi kesan buruk

kepada kesihatan manusia sejagat.

229

(66.4)

91

(26.4)

16

(4.6)

9 (2.6) 1.43

6. Saya tahu bahawa pada masa akan

datang, air minuman bersih akan

menjadi satu sumber yang susah

didapati.

189

(54.8)

132

(38.3)

16

(4.6)

8 (2.3) 1.54

7. Saya tahu bahawa pemanasan global

akan memberi kesan negatif kepada

alam sekitar dan manusia.

211

(61.2)

111

(32.2)

13

(3.8)

10

(2.9)

1.48

8. Saya tahu bahawa pencairan ais di kutub

adalah akibat daripada aktiviti

pemanasan global.

205

(59.4)

116

(33.6)

13

(3.8)

11

(3.2)

1.51

9. Saya juga tahu bahawa ais di kutub akan

menyebabkan paras air laut akan

meningkat.

214

(62.0)

109

(31.6)

13

(3.8)

9 (2.6) 1.47

10. Saya tahu bahawa peningkatan jumlah

kenderaan bermotor di jalan raya

menyumbang kepada pelepasan asap

kenderaan dan gas yang membahayakan

manusia dan alam sekitar.

214

(62.0)

111

(32.2)

11

(3.2)

9 (2.6) 1.46

Min keseluruhan 1.49

6.2 Tingkahlaku mesra alam sekitar

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, kaedah deskriptif telah digunakan untuk

mendapatkan nilai min dan peratusan respon berkaitan tingkah laku responden terhadap alam

sekitar dalam borang soal selidik yang telah diedarkan. Jadual 5 menunjukkan respons

terhadap sepuluh items berkaitan tingkahlaku mesra alam sekitar. Nilai min keseluruhan yang

dicatatkan ialah 2.00. Terdapat empat item mempunyai min melebihi min keseluruhan. Nilai

min tertinggi ialah 2.33 dengan 36.7% responden bersetuju dengan item “Saya membawa

bekas makanan sendiri semasa membeli makanan di luar”. Nilai min kedua tertinggi ialah

2.30 dengan 40% reponden bersetuju dengan penyataan item keempat. Seterusnya, item

keenam sebanyak 42.6% responden sangat bersetuju dengan penyataan tersebut dengan nilai

min ketiga tertinggi ialah sebanyak 2.25.

Disamping itu, terdapat lima item mempunyai nilai min kurang daripada 2.00. Berdasarkan

dapatan, sebanyak 28.1% responden sangat bersetuju dengan penyataan item kedua dan

25.8% responden sangat bersetuju dengan item ketiga. Nilai min bagi kedua-dua item ini

ialah 1.94. Nilai min terendah ialah 1.64 dengan 48.7% responden sangat bersetuju bahawa

mereka tidak membuang sampah di merata rata tempat.

JADUAL 6: Respons terhadap kenyataan tingkahlaku mesra alam sekitar

Penyataan Sangat

Setuju

Setuju Tidak

Setuju

Sangat

Tidak

Setuju

Min

1. Saya membawa bekas makanan sendiri

semasa membeli makanan di luar.

68

(19.7)

125

(36.2)

123

(35.7)

29

(8.4)

2.33

2. Saya menggunakan pengangkutan awam

untuk bergerak dari satu tempat ke tempat

yang lain.

97

(28.1)

179

(51.9)

63

(18.3)

6 (1.7) 1.94

3. Saya tidak membazir semasa

menggunakan elektrik dan air.

89

(25.8)

191

(55.4)

62

(18.0)

3 (0.9) 1.94

4. Saya menggosok baju saya dalam kuantiti

yang banyak.

64

(18.6)

138

(40.0)

117

(33.9)

26

(7.5)

2.30

5. Saya sentiasa mengamalkan amalan kitar

semula.

76

(22.0)

186

(53.9)

76

(22.0)

7 (2.0) 2.04

6. Saya sentiasa membawa beg plastik saya

sendiri terutamanya semasa membeli

belah.

80

(42.6)

119

(42.3)

127

(11.3)

19

(3.8)

2.25

7. Saya menyokong penjualan produk mesra

alam sekitar.

144

(41.7)

163

(47.2)

30 (8.7) 8 (2.3) 1.72

8. Saya tidak mengamalkan pembakaran

terbuka

147

(42.6)

146

(42.3)

39

(11.3)

13

(3.8)

1.76

JADUAL 6: Respons terhadap kenyataan tingkahlaku mesra alam sekitar (sambungan)

9. Saya sanggup membayar lebih untuk

produk mesra alam.

83

(24.1)

175

(50.7)

77

(22.3)

10

(2.9)

2.04

10. Saya tidak membuang sampah di merata

rata tempat.

168

(48.7)

146

(42.3)

18 (5.2) 13

(3.8)

1.64

Min keseluruhan 2.00

6.3 Perkaitan di antara tahap kesedaran alam sekitar dan tingkahlaku mesra alam

sekitar

Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua, kaedah pekali Kolerasi Spearman telah

digunakan. Keputusan analisis ujian kolerasi Spearman menunjukkan bahawa perhubungan

antara tahap kesedaran dengan sikap atau tingkah laku mesra alam sekitar adalah signifikan.

(r=.241 , p<0.05). Dengan keputusan ini, hipotesis nul ditolak dan hipotesis penyelidikan

diterima .Kesimpulannya,terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dengan sikap atau

tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia.

Walaubagaimanapun, perhubungan yang terhasil adalah sangat lemah (r=.241). Hal ini terjadi

kerana berkemungkinan terdapatnya soalan-soalan yang tidak berkaitan mengenai kajian ini.

Berdasarkan kepada ujian analisis ini, dapat disimpulkan bahawa tahap kesedaran yang tinggi

dalam diri pelajar tahun satu di Universiti Putra Malaysia tidak memberi impak yang kuat

terhadap tingkah laku mesra alam sekitar. Ini bermakna walaupun para pelajar ini mempunyai

pengetahuan yang tinggi mengenai alam sekitar, tidak semestinya mereka akan mengamalkan

tingkah laku mesra alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka.

JADUAL 7: Perkaitan di antara tahap kesedaran alam sekitar dan tingkahlaku mesra alam

sekitar

Spearman's rho

Tahap kesedaran

Pekali Korelasi 1.000 .241**

Sig. (2-hujung) . .000

N 345 345

Tingkah Laku

Pekali Korelasi .241** 1.000

Sig. (2-hujung) .000 .

N 345 345

**. Kolerasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-hujung).

7.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, pelajar Tahun Satu Universiti Putra Malaysia sesi 2013/2014 mempunyai tahap

kesedaran yang tinggi mengenai alam sekitar. Walau bagaimanapun, tindakan mereka

menggambarkan sebaliknya. Dalam erti kata lainnya, mereka mempunyai tahap kesedaran

alam sekitar yang tinggi tetapi tidak mengamalkan apa yang mereka ketahui. Sebagai contoh,

mereka tahu bahawa perbuatan membawa bekas makanan sendiri semasa membeli makanan

dapat menyelamatkan alam sekitar tetapi mereka tidak mempratikkan amalan tersebut. Hal ini

mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya tidak mempunyai bekas makanan

sendiri, tidak mempunyai masa atau malas untuk membawa bekas makanan sendiri semasa

membeli makanan. Keputusan ujian Kolerasi Spearman juga menunjukkan bahawa apabila

seseorang individu itu mempunyai pengetahuan tentang alam sekitar, beliau tidak semestinya

akan bertindak berdasarkan pengetahuannya. Hal ini dibuktikan oleh responden kajian

berdasarkan maklumat daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden.

Daripada keseluruhan kajian, dapat disimpulkan bahawa tahap kesedaran alam sekitar dalam

kalangan pelajar adalah tinggi tetapi tingkah laku mereka masih berada pada tahap yang

rendah.

Terdapat beberapa aktiviti yang dapat menambahkan rasa cinta pelajar kepada alam sekitar.

Contohnya, mempertingkatkan hubungan antara pelajar universiti dengan masyarakat seperti

menganjurkan program-program kesedaran alam sekitar seperti program kesukarelawanan

pelajar terhadap alam sekitar. Selain itu juga, usaha untuk memperkukuh kesedaran alam

sekitar sepatutnya diterapkan sedari kecil lagi. Aktiviti kesedaran alam sekitar yang

direncanakan juga perlulah mampu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri kanak-

kanak dan seterusnya menyemai rasa cinta mereka terhadap alam sekitar dari usia muda lagi.

Pendedahan tentang kesedaran alam sekitar juga perlulah dilakukan secara terus menerus

melalui media massa dan media elektronik. Penyampaian yang berkesan haruslah

diaplikasikan agar mesej yang ingin disampaikan tidak disalah ertikan dan mudah difahami.

8.0 RUJUKAN

Jamilah H. A., Hasrina M., Hamidah A. H., & Juliana A. W. (2011). Pengetahuan, Sikap dan

Amalan Masyarakat terhadap Isu Alam Sekitar. Akademika 81 (3), pp 103-115.

Azizi Muda, Masitah Mohd.Yusof, Nazifah Shaikh Ismail, Khaidir Alias dan Noriati

A.Rashid. (2010), Hubungan antara Tahap Pengetahuan, Sikap, Kesedaran dan

Kepemimpinan Instruksional terhadap Pendidikan Alam Sekitar dalam kalangan

pengetua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang. Pulau Pianang: Fakulti

Pengajian Pendidikan, USM.

Mohamad Fazli Sabri dan Teoh Yong Yong (2006). Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan

Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor: Universiti Putra

Malaysia Press. Vol. 14 (2). pp. 95-109.

Tan Pei San & Norzaini Azman (2011). Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar

dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti, Vol.

14, pp 11-12.

Siti Rohani Johar (2013). Kesedaran Teknologi Hijau Dalam Kalangan Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Dagher, Grace K., Itan, Omar S. (2012). Pengaruh Alam Sekitar Terhadap Sikap,

Keprihatinan Alam Sekitar Dan Pengaruh Sosial Dalam Gelagat Pembelian Hijau.