JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP KEPERLUAN TENAGA KERJA DAN PENAMBAHB AIKAN SISTEM PENDIDIKAN

23
Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 189 JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP KEPERLUAN TENAGA KERJA DAN PENAMBAHB AIKAN SISTEM PENDIDIKAN Saedah Siraj Norhayati Sulaiman Universiti Malaya The objective of this study was to investigate the projection of workforce needed by the country by the year 2020 and to forecast the preferable improvements to be implemented in the education system. Five experts in this field were interviewed. The study revealed that the workforce in 2020 will necessitate emphasis on skill-based jobs, identifying of the type and skills for the future by the ministry of education and employment sector, and introducing ofmulti-skills in the school system to ensure the workforce meets future challenges. Hence, producing a quality workforce for the year 2020 is one of the crucial functions of the educational sector. Pendidikan sentiasa menjadi agenda terpenting dalam pembangunan dan pembentukan masa depan negara di seluruh dunia dan merupakan bidang paling strategik bagi membina generasi yang akan mengisi keperluan dan pembangunan masa hadapan terutamanya dalam abad 21 (Saedah Siraj, 2001). Pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sumber tenaga manusia dan ekonomi negara (Nik Mustapha Nik Hassan & Syed Omar Syed Agil, 1994). Memandangkan betapa pentingnya pendidikan untuk melahirkan tenaga kerja profesional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara, bilangan sekolah, politeknik dan universiti perlu ditambah bagi melatih tenaga kerja dalam perlbagai bidang seperti pentadbir, doktor, jurutera, guru dan golongan profesional yang lain (Atkinson, 1983). Menurut Abdul Shukur Abdullah (1994), terdapat dua isu yang menjadi landasan kepada pembangunan tenaga manusia melalui pendidikan. Pertama ialah jelas dan pasti tentang jenis pekerjaan yang harus dilahirkan, dan kedua ialah menentukan kemahiran yang dibina perlu berhubung kait dengan keperluan kemahiran dalam pasaran pekerjaan. Keperluan kajian berkaitan tenaga kerja akan datang adalah amat penting bagi memastikan negara maju yang disasarkan menjelang tahun 2020 akan tercapai. Artikel ini melaporkan jangkaan masa depan keperluan tenaga kerja berdasarkan pandangan pakar. Definisi Kajian Masa Depan Dalam Kamus Dewan (2002), masa depan adalah masa dan zaman yang akan datang. Collins Essential English Dictionary (2003) pula menterjemahkan masa depan seperti mana yang dinyatakan dalam Kamus Dewan iaitu "To become and happen." Menurut The Collins Essential English Dictionary (2003) "Futuristic" bermaksud berhubung dengan rekaan,

Transcript of JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP KEPERLUAN TENAGA KERJA DAN PENAMBAHB AIKAN SISTEM PENDIDIKAN

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 189

JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP KEPERLUAN TENAGAKERJA DAN PENAMBAHB AIKAN SISTEM PENDIDIKAN

Saedah SirajNorhayati Sulaiman

Universiti Malaya

The objective of this study was to investigate the projection of workforceneeded by the country by the year 2020 and to forecast the preferableimprovements to be implemented in the education system. Five experts inthis field were interviewed. The study revealed that the workforce in 2020will necessitate emphasis on skill-based jobs, identifying of the type andskills for the future by the ministry of education and employment sector,and introducing ofmulti-skills in the school system to ensure the workforcemeets future challenges. Hence, producing a quality workforce for theyear 2020 is one of the crucial functions of the educational sector.

Pendidikan sentiasa menjadi agenda terpenting dalam pembangunan dan pembentukanmasa depan negara di seluruh dunia dan merupakan bidang paling strategik bagi membinagenerasi yang akan mengisi keperluan dan pembangunan masa hadapan terutamanyadalam abad 21 (Saedah Siraj, 2001). Pendidikan juga memainkan peranan yang pentingdalam pembangunan sumber tenaga manusia dan ekonomi negara (Nik Mustapha NikHassan & Syed Omar Syed Agil, 1994). Memandangkan betapa pentingnya pendidikanuntuk melahirkan tenaga kerja profesional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara,bilangan sekolah, politeknik dan universiti perlu ditambah bagi melatih tenaga kerjadalam perlbagai bidang seperti pentadbir, doktor, jurutera, guru dan golongan profesionalyang lain (Atkinson, 1983).

Menurut Abdul Shukur Abdullah (1994), terdapat dua isu yang menjadi landasankepada pembangunan tenaga manusia melalui pendidikan. Pertama ialah jelas dan pastitentang jenis pekerjaan yang harus dilahirkan, dan kedua ialah menentukan kemahiranyang dibina perlu berhubung kait dengan keperluan kemahiran dalam pasaran pekerjaan.

Keperluan kajian berkaitan tenaga kerja akan datang adalah amat penting bagimemastikan negara maju yang disasarkan menjelang tahun 2020 akan tercapai. Artikel inimelaporkan jangkaan masa depan keperluan tenaga kerja berdasarkan pandangan pakar.

Definisi Kajian Masa Depan

Dalam Kamus Dewan (2002), masa depan adalah masa dan zaman yang akan datang.Collins Essential English Dictionary (2003) pula menterjemahkan masa depan seperti manayang dinyatakan dalam Kamus Dewan iaitu "To become and happen." Menurut The CollinsEssential English Dictionary (2003) "Futuristic" bermaksud berhubung dengan rekaan,

190 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

teknologi dan Iain-lain yang mana dianggap sebagai terkini atau boleh diguna pakai padamasa depan.

Slaughter (1997) menterjemahkan masa depan merupakan ruang yang kosongyang mana manusia tidak akan tahu mengenainya, tetapi kita boleh membuat jangkaantentangnya. Slaughter (1997) juga mengatakan bahawa masa depan adalah sebagai satumesin, di mana masa depan dilihat sebagai satu zaman pembangunan dalam bidang sainsdan teknologi. Adalah menjadi lumrah pada ketika itu, manusia hidup dalam satu budayayang dikenali sebagai budaya mesin.

Ziauddin Sardar (1985) menyatakan bahawa masa depan dapat dikawal,diwujudkan serta dibentuk mengikut cita-cita dan keinginan masyarakat. Ini bermakna apayang berlaku pada masa depan adalah bergantung kepada apa yang dilakukan oleh manusiapada masa kini. Segala perubahan yang dilakukan adalah mengikut apa jua perancanganyang dilakukan oleh manusia pada masa kini dan dilaksanakan secara berterusan sehinggake masa depan. Wan Mohamad Zahid Mohd. Nordin (1993) pula melihat masa depansebagai satu perkara yang dikandung masa kini dan kita boleh menelaah apa yang akanterjadi pada masa depan berasaskan kepada perkembangan semasa.

Dalam bukunya, Slaughter (1997, him. 173) pula menyatakan masa depanadalah,

A dimension of human existence which functions as a principle ofpresent action. Without it, the present becomes thin and incapable ofsupporting human activity of any kind. Hence the future is not blank spaceor unknowable realm that it is popularly thought to be. It has tangiblecontent and can be explored, colonized, imagined and created.

Manakala bagi Ornstein dan Hunkins (1998) kajian masa depan adalah memprosesdata untuk melihat kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku, perubahan, peluangdan masalah yang mungkin atau akan berlaku pada masa depan berdasarkan kepadaperkembangan yang berterusan dari masa kini.

Walau apa pun definisi masa depan yang diberikan, kita dapat menyimpulkanbahawa masa depan adalah sesuatu yang masih kosong dan kita tidak pasti apa yangakan berlaku pada masa depan. Namun ini tidak bermakna kita hanya menanti sahajakehadiran masa depan tanpa berusaha untuk menyediakan satu kehidupan yang terbaikuntuk generasi masa depan.

Kita boleh meramal dan merancang sesuatu yang terbaik berdasarkan kepadaperubahan dalam pelbagai bidang yang berlaku di sekeliling kita untuk membantu kitamenjadikan masa depan sesuatu yang bermakna dan lebih baik dari apa yang kita nikmatipada masa kini.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 191

Kaitan Tenaga Kerja Dengan Sistem atau Trend Pendidikan

Tujuan pendidikan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehilmu, kemahiran, kepercayaan dan nilai baik yang diterima dalam masyarakat yangmembolehkan manusia melakukan sesuatu untuk kehidupan dan Iain-lain (Ornstein &Hunkins, 1998). Walaupun sukar untuk meramalkan masa depan, namun pendidikan tetapmemainkan peranan untuk menjangka dan menentukan ilmu pengetahuan, kemahiran,sikap dan nilai yang perlu diterapkan masa depan.

Selaras dengan perkembangan negara bagi mencapai negara maju menjelang tahun2020, keperluan tenaga kerja amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua pihak,terutamanya dari sektor pendidikan di negara ini. Ini adalah kerana sistem pendidikannegara yang akan menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehandalam setiap bidang. Sistem Pendidikan Kebangsaan telah digubal beberapa kali setelahnegara mencapai kemerdekaan melalui Penyata Razak (1956), Akta Pelajaran (1961),Laporan Rahman Talib (1961) dan Laporan Kabinet (1979) menunjukkan kepada kitatujuan pendidikan adalah untuk perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yangmahir.

Perancangan pendidikan yang mengambil kira keperluan masa depan amat pentingkerana pendidikan memberi sumbangan besar ke arah pembangunan sosioekonominegara dalam pelbagai bidang. Tanpa perancangan dan sistem pendidikan yang sejajardengan keperluan tenaga kerja profesional dan separa-profesional akan menyebabkannegara mewujudkan satu ruang kosong untuk pembinaan generasi masa depan yang bolehmenerajui keperluan negara dari semua aspek.

Bila mana ekonomi sesebuah negara berkembang, permintaan terhadap tenagakerja profesional dan mahir akan bertambah bagi memenuhi keperluan permintaandi sektor awam dan juga swasta. Ali Abu Hassan Sulaiman (1993) menyatakan usahapembangunan dan latihan sumber manusia perlu memberi respon yang sewajarnyabagi memastikan keperluan tenaga kerja masa depan dapat dipenuhi. Shahril@ChairilMarzuki dan Habib Mat Som (1999) menyatakan melalui sistem pendidikan, pentadbirdan pengurus yang cekap dan berpengalaman akan dapat dilahirkan dan ditambah bagimengendalikan sumber alam dan sumber manusia untuk pembangunan negara.

Pitts (2003) dalam ulasannya terhadap kandungan buku "Workforce 2020: Work andWorkers in the 21s' Century" mengatakan pada abad ke-21, ekonomi Amerika bergantungsebahagian besarnya kepada apa yang dilakukan dalam sistem pendidikan umum kini.Manakala Wan Mohamad Zahid (1993) mengatakan matlamat yang hendak dicapai di era2020 boleh dilaksanakan melalui pembangunan sumber manusia yang lengkap, seimbangdan sepadu. Pembangunan Sumber Manusia tersebut bergantung sebahagian besarnyakepada pendidikan.

Pendidikan untuk masa depan dianjurkan adalah untuk mempersiapkan generasimasa depan dengan kemahiran dan pengetahuan yang seiring dengan keadaan danmasa pada ketika itu dan generasi wawasan ini akan dapat menggunakannya untukmenyesuaikan diri mereka. Pendidikan tersebut hendaklah menyediakan apakah corakatau bentuk pendidikan masa depan yang sesuai dan berwibawa untuk menanganicabaran-cabaran yang bakal ditempuhi.

192 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Wonacott (1992) mengatakan perubahan kependudukan, teknologi danpertambahan persaingan merupakan tiga serangkai yang menyebabkan persediaantenaga kerja menjadi isu yang kritikal pada masa ini. Oleh itu, perantisan pelajar bagimendapat latihan kemahiran sama ada di Amerika sendiri atau di luar Amerika dirasakanperlu untuk menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran yang diperlukan oleh sektorpekerjaan atau majikan-majikan yang menaja pelajar.

TINJAUAN LITERATUR

Banyak kajian tentang jangkaan tenaga kerja menjelang tahun 2020, malahan terdapatjuga kajian yang melampaui hingga tahun 2059 telah dibuat di luar negara. Kebanyakanjangkaan yang dibuat adalah melihat kepada jumlah atau bilangan tenaga kerja yangdiperlukan bagi negara tertentu secara umum. Namun begitu, hanya sedikit sahaja kajianyang memberi fokus secara spesifik tentang bidang atau pekerjaan yang diperlukan padatahun 2020.

Zimmermann (2000) mengatakan setelah beberapa dekad berlalu jangkaangolongan futuris tentang pekerjaan di rumah tidak menjadi kenyataan, tapi pada masakini menunjukkan bilangan teleworker telah meningkat pada 23.8 juta pada akhir tahun2000. Ini bermakna 18.7% tenaga kerja di Amerika akan bekerja di rumah. Ini menyokongjangkaan yang dibuat oleh Nilles pada tahun 1970-an lagi dan jangkaan beliau tersebut baruditerbitkan pada tahun 1998 menyatakan menjelang tahun 2030 kemungkinan terdapat 51juta rakyat Amerika yang akan melakukan sebahagian daripada kerja mereka di rumah.Ini tidak bermakna pekerja pada masa depan tidak perlu ke pejabat. Sebahagian besar darimasa bekerja mereka akan dilakukan di rumah; pada masa-masa yang tertentu pekerja-pekerja ini akan ke pejabat. Mengikut Nilles, jangkaan ini akan menjadi kenyataan padamasa depan berdasarkan pada beberapa faktor seperti mengelakkan kesesakan jalan raya,pencemaran dan yang lebih penting dengan kewujudan dan penggunaan teknologi canggihseperti akses Internet yang cepat dan perhubungan tanpa wayar akan menggalakkanpekerja melakukan tugas-tugas mereka di rumah. Ini bermakna pekerja masa depan akanmendapat kelebihan dari segi keseimbangan masa untuk kerjaya dan keluarga denganmelakukan kerja-kerja pejabat di rumah.

Manakala Henson (2003) pula melihat tenaga kerja pada tahun 2020 merupakankanak-kanak yang berada dalam lingkungan 6 tahun hingga 10 tahun pada masa kini.Kanak-kanak ini telah membesar dengan teknologi dan telah selesa dengannya. Apabiladewasa mereka juga memerlukan teknologi yang tercanggih yang membolehkan merekabekerja di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Menurut Henson, untuk memastikankejayaan sesebuah syarikat pada tahun 2020, syarikat tersebut perlu menyediakan peralatandan teknologi yang canggih dan pekerja hendaklah boleh mengaplikasikan teknologicanggih dan berkemahiran dalam penggunaan segala peralatan dan teknologi itu.

Min (1999) pula menyatakan bahawa pada tahun 2025, sektor perkhidmatanakan mengambil alih sumbangan sektor pembuatan dalam bidang ekonomi diAmerika Syarikat. Pada ketika itu terdapat 40 juta pekerja merupakan pekerja dalambidang perkhidmatan berbanding dengan bidang pembuatan. Di samping itu, Minjuga menjangkakan pada masa depan keperluan kepada tenaga kerja yang mempunyaikemahiran teknikal adalah tinggi berikutan dengan perkembangan teknologi maklumat

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 193

pada masa kini yang dianggap akan berterusan. Penyataan Jabatan Buruh AmerikaSyarikat seperti yang dipetik dalam Min (1999) telah menjangkakan bahawa pada tahun2025, 90% pertumbuhan dalam bidang kejuruteraan komputer dan 12% dalam bidangpemprograman komputer akan berlaku di negara tersebut.

Apa yang menarik terdapat kajian yang menjangkakan terdapat beberapa jenispekerjaan yang tidak akan disenaraikan oleh ibu bapa untuk masa depan anak-anakmereka pada masa tersebut. Preziosi dan Gooden (2003) mengemukakan pendapatini dengan mengemukakan jenis-jenis pekerjaan yang kurang mendapat tempat dalampasaran kerjaya pada masa depan. Pekerjaan tersebut adalah:

1. Pertanian2. Tukang jahit dan pengendali mesin atau jentera3. Pengasuh kanak-kanak di rumah. Pusat asuhan kanak-kanak lebih mendapat

tempat di kalangan ibu bapa kerana ibu bapa berpendapat di pusat asuhankanak-kanak, anak mereka akan mendapat pendedahan dan pendidikan awal

4. Pembantu pengurus, setiausaha, dan pengkeranian5. Penyimpan kira-kira, akauntan dan kerani auditJudy (1997) menyatakan pada masa depan akan ada teknologi canggih seperti

voice activated software yang akan memudahkan tugas dan kerja dalam bidang pengurusandan pentadbiran yang akan mengurangkan peranan pembantu peribadi, setiausaha danjuga kerani. Di samping itu, penggunaan meluas teknologi jentera dan pneumatik yangboleh meningkatkan hasil pengeluaran serta lebih menguntungkan akan mengurangkanpenggantungan terhadap tenaga manusia dalam bidang-bidang tertentu.

Selain itu, terdapat juga kajian oleh Robson (2001) yang melihat tenaga kerjadari segi umur. Mengikut Robson, pada masa depan lebih banyak tenaga kerja dikalangan golongan veteran. Ini berdasarkan kepada jangkaan kependudukan yang jelasmenunjukkan bahawa salah satu kemahiran yang mesti dikuasai oleh kanak-kanak hari inisebagai persediaan masa depan adalah kemahiran berinteraksi dengan orang yang lebihdewasa. Ini adalah kerana pada masa depan golongan ini yang akan memenuhi sebahagianbesar daripada tenaga kerja. Mengikut jangkaan berdasarkan kepada perkembangankependudukan, umur penengah tenaga kerja pada masa depan akan meningkat sebanyak 5tahun kepada 38 tahun berbanding 33 tahun sekarang. Di samping faktor kependudukan,keadaan ini mungkin disebabkan oleh strategi latihan, pelanjutan umur persaraan, jadualkerja yang fleksibel, bidang kerja dan gaji yang berpatutan, perubahan dalam organisasipekerjaan dan teknologi dan perancangan yang cemerlang.

Di Singapura, Shantakumar (2002) telah memberi jangkaan tenaga kerja diSingapura bukan setakat pada tahun 2020, malahan melangkau ke tahun 2049. Namundemikian dalam kajiannya yang bertajuk Population and Labour Force: Dynamics andPolicy in Singapore Shantakumar telah membuat jangkaan tenaga kerja di Singapuraberasaskan kepada pertumbuhan penduduk menunjukkan kenaikan tahunan tenaga kerjadi Singapura adalah 1.37%. Di samping itu perancangan tenaga kerja di Singapura jugadibuat berasaskan kepada polisi kemasukan tenaga kerja berkemahiran serta kesesuaiannyadengan keperluan ekonomi pada masa depan.

194 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenal pasti jangkaan masa depan oleh pakar (dalam bidangtertentu seperti pendidikan, perancangan ekonomi negara mahupun perancangan danpembangunan sumber manusia) ke atas keperluan tenaga kerja (bidang-bidang pekerjaanyang akan diambil oleh rakyat Malaysia) pada masa depan. Secara khusus kajian ini cubameninjau keperluan tenaga kerja pada tahun 2020 serta membuat jangkaan persediaanbagi memenuhi keperluan tenaga kerja tahun 2020.

METODOLOGI

Di dalam kajian ini pengkaji telah mengadakan temubual bagi mendapatkan pandangandari ahli yang dipilih dalam bidang masing-masing. Pakar yang dipilih terdiri daripadamereka yang telah melibatkan diri dalam bidang masing-masing lebih daripada sepuluhtahun iaitu terdiri daripada lima orang profesional yang berpengalaman lebih sepuluhtahun. Setiap seorang dari pakar-pakar tersebut merupakan pakar-pakar pendidikan,perniagaan, sumber manusia (Unit Sumber Manusia, Kerajaan Negeri), perancang ekonominegara (Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri) dan buruh (pegawai TenagaRakyat). Kesemuanya mempunyai kelulusan sama ada ijazah pertama atau sarjana dalambidang masing-masing. Temubual telah dijalankan sebanyak dua kali dan setiap temubualmengambil masa lebih daripada dua jam. Data di analisis dengan menggunakan analisistematik dan dilaporkan secara naratif.

Analisis Data

Berdasarkan temubual, 2 tema utama telah dikenal pasti seperti berikut:(A) Jangkaan Tenaga Kerja Pada Tahun 2020(B) Implikasi dan Cadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan

Jangkaan Tenaga Kerja Pada Tahun 2020

Hasilan temubual dengan responden, beberapa subtema bagi tema utama Jangkaan TenagaKerja tahun 2020 telah dikenal pasti seperti berikut:

• Bilangan Tenaga Kerja Tahun 2020Ciri-ciri Pekerja Pada Tahun 2020

• Faktor Mempengaruhi Keperluan Tenaga Kerja• Peranan Sistem Pendidikan dalam Membekalkan Tenaga Kerja 2020

Bilangan Tenaga Kerja 2020

Berdasarkan kepada temubual yang telah dibuat, didapati dua daripada responden iaituResponden A dan B telah mengatakan mereka tidak dapat memberi bilangan atau jumlahtenaga kerja yang diperlukan oleh negara pada masa depan. Responden D pula

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 195

tidak menyatakan apa-apa tentang bilangan tenaga kerja pada masa depan. ManakalaResponden B telah membuat jangkaan berdasarkan kepada GDP dari 2 hingga 5 peratusdi mana responden B menyatakan:

kalau kita mengambil kira pembangunan di negara kita, kita dapatibahawa menjelang tahun 2010 kita akan mempunyai 1.5 juta tenagakerja dan menjelang tahun 2020, di Sarawak akan terdapat 2.5 jutatenaga kerja.

Namun demikian bilangan tenaga kerja yang diberikan oleh Responden berfokuskansenario di negeri Sarawak.

Manakala Responden E tidak dapat membuat jangkaan terhadap keperluan tenagakerja masa depan. Ini adalah kerana Responden E mengatakan bahawa masa depan adalahsesuatu yang kita tidak ketahui apa akan berlaku. Lebih-lebih dalam senario di negarakita, di mana politik dan pemimpin memainkan peranan dalam menentukan arah ekonomidan pembangunan negara. Beliau menambah lagi, "Kalau kita hendak membuat jangkaankita mesti ada statistik yang mengandungi maklumat yang berkaitan sepuluh dan duapuluh tahun yang lepas, setelah itu baru kita boleh membuat jangkaan tentang masadepan".

Responden A telah menyatakan bahawa pada masa depan, Sektor Perkhidmatanmerupakan sektor utama dalam keperluan tenaga kerja pada tahun 2020, namun begitusektor pertanian dan pembuatan juga tidak dianaktirikan. Di samping itu Responden Ajuga mengatakan bahawa golongan profesional dan juga teknikal amat diperlukan olehnegara pada tahun 2020.

Bagi Responden B pula, pendapatnya sama dengan Responden A di mana golonganprofesional dan teknikal amat diperlukan negara pada masa depan sekiranya Malaysiamenjadi negara yang maju. Selain itu responden B juga telah mengatakan tentangkewujudan SOHO {Small Office, Home Office) sebagai salah satu cara atau bentukmenjalankan kerja dan ia juga menjangka perubahan peranan Setiausaha. Responden Bjuga menyatakan bahawa ada kemungkinan pekerjaan sebagai Setiausaha tidak lagi wujudkerana kemungkinan besar pada masa depan akan wujud teknologi yang membolehkancomputer memproses arahan melalui suara.

Responden C juga menyetujui pendapat di atas, dan tidak menyatakan pendapatlain tentang keperluan tenaga kerja pada masa depan. Manakala Responden D pulamenyatakan bahawa di samping negara memerlukan pekerja yang berkemahiran untukmemenuhi keperluan dalam bidang pembuatan dan perindustrian negara, K-Workers(Pekerjaan Berasaskan Ilmu Pengetahuan) akan menjadi tunjang kepada ekonomi negara.Namun begitu, golongan profesional juga memainkan peranan penting dalam menerajuikemajuan negara pada masa depan.

Responden E pula berpendapat bahawa pendidikan agama perlu dijadikan asasuntuk membentuk tenaga kerja yang terbaik dalam apa jua bidang.

Jadual 1 memperlihatkan perbezaan jangkaan pakar terhadap bilangan tenaga kerjatahun 2020.

196 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Jadual 1Perbezaan Pandangan Pakar terhadap Jangkaan Tenaga Kerja 2020

Responden Frasa Kenyataan

A • Bilangan tidak dapat dinyatakan• Lebih kepada Sektor Perkhidmatan• Sektor pembuatan dan pertanian diberi perhatian• Memerlukan ramai golongan profesional dan teknikal• Kemunculan teknologi komputer yang boleh menerima

arahan

B • Berdasarkan kepada kepesatan negara membangun• Guna 5% GDP• Ada 2.5 juta pekerja pada 2020 di Sarawak• K-Workers• Peranan setiausaha mungkin berubah atau tidak ada lagi• Memerlukan ramai golongan teknikal dan profesional• Akan wujud SOHO (Small Office Home Office)

C • Tidak dapat nyatakan bilangan• Memerlukan ramai golongan teknikal dan profesional seperti

jurutera

D • Rujuk "The Way Forward"• Pekerja berkemahiran yang mempunyai kelayakan akademik• Tenaga kerja yang berpengetahuan• Pekerjaan berkemahiran dalam bidang lain diperlukan selain

sektor pembuatan• Akan wujud banyak pekerjaan baru

E • Tidak dapat buat jangkaan kerana kita tidak tahu apa akanberlaku pada masa depan

• Pemimpin dan politik tentukan arah ekonomi, politik danpembangunan negara

• Kalau hendak buat jangkaan tenaga kerja mesti ada statistik 10dan 20 tahun lepas

• Walau apa pun jangkaan pendidikan agama sebagai asas untukmelahirkan tenaga kerja yang terbaik dalam apa jua bidang.

Berdasarkan Jadual 1, secara umumnya, pada masa depan dijangka memihak kepadagolongan yang memiliki kemahiran dalam bidang teknikal dan juga golonganprofesional. Manakala seorang responden tidak dapat membuat jangkaan tentang masadepan kerana masa depan adalah perkara yang kita tidak tahu apa akan terjadi.

Di samping itu akan wujud pekerjaan barn yang sesuai dengan perkembangan dankeperluan tenaga pada masa depan dan juga suasana bekerja yang barn yang mungkinlebih kondusif. Begitu juga, akan terdapat pekerjaan yang ada pada hari ini akanterhapus atau berubah peranannya dengan kemunculan teknologi-teknologi yang baru.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 197

Ciri-ciri Pekerja pada Tahun 2020

Berdasarkan rumusan data bagi subtema ciri-ciri pekerja yang diperlukan oleh negarapada masa depan, Responden A telah mengatakan, "pekerja pada tahun 2020 hendaklahmempunyai kelayakan dalam bidang tertentu. Seelok-eloknya mempunyai kemahirantertentu sama ada golongan profesional maupun teknikal." Begitu juga, Responden Aberpendapat pekeria pada masa depan mestilah berkemampuan untuk menggunakanteknologi terkini yang diguna pakai pada masa tersebut untuk mengelakkannya dariketinggalan.

Responden B pula menyatakan pada masa depan pekerja yang diperlukan olehnegara adalah pekerja yang bersedia untuk bersaing dalam dunia globalisasi, termasuklahdari aspek bagaimana dan kepantasan mereka menyiapkan kerja, inovatif, serta bersediauntuk mempelajari ilmi-ilmu yang baru. Di samping itu, Responden B juga menyatakanbahawa penguasaan dalam bahasa Inggeris amat penting kerana menurut beliau, "BahasaInggeris adalah bahasa yang digunakan dalam bidang Sains dan Teknologi, akan tetapitidak mengenepikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan".

Responden B juga menyetujui pendapat Responden A iaitu pekerja pada masadepan hendaklah berkemampuan untuk menguasai teknologi maklumat.

Bagi subtema yang sama, Responden C pula menyatakan di samping mempunyaiciri yang paling asas bagi setiap pekerja ialah bermoral, beretika dan berdisiplin, pekerjamesti bersedia untuk bersaing dengan pekerja mahir bukan setakat pekerja dalam negerimalahan juga pekerja dari luar negara. Ini adalah kerana menurut Rersponden C, "...dalam dunia globalisasi kita terpaksa menerima saingan dari dalam dan luar negara. Inimemerlukan pekerja menguasai pelbagai kemahiran". Responden C juga berpendapatbahawa pekerja pada masa depan mesti mempunyai kelayakan dalam bidang pekerjaantetapi ia hanya melibatkan pekerja dalam sektor swasta sahaja atau sebahagian daripadapekerjaan dalam bidang profesional sepertidoktorjuruteradankerja-kerjayangmelibatkankemahiran. Bagi sektor awam, Responden B menyatakan kadang-kadang pekerja yangdiambil mempunyai kelayakan yang tidak berkaitan dengan bidang tugas.

Sekali lagi Responden D, merujuk kepada buku The Way Forward, berpendapatpekerja masa depan hendaklah bersedia untuk berubah mengikut keperluan kerja, berilmupengetahuan, berkeyakinan untuk mencapai kejayaan dan berdisiplin serta bersediauntuk belajar dan menerima pengetahuan dan kemahiran yang baru. Apa yang palingpenting menurut Responden D ialah "willing to try new approaches and ideas". BagiResponden E pula, asas yang paling penting yang perlu ada pada pekerja ialah pendidikandan pegangan agama yang kukuh. Dari sini bermulanya, pekerja yang baik dalam apabidang sekalipun. Responden E berkata, "..jorang yang beragama will be a good assetto the country". Bertitik tolak dari agama akan melahirkan pekerja yang berjaya yangakan membantu negara kerana mereka memahami peranan dan tanggungjawab merekauntuk membina ketamadunan dan kemajuan Islam dan negara. Selain dari itu, RespondenE juga menyatakan, "Secara umumnya pekerja masa depan mestilah mempunyai dayatahan menghadapi cabaran dan berdisiplin, memiliki knowledge yang diperlukan sertamenguasai Sains dan teknologi seperti yang ditekan oleh Perdana Menteri kita."

Jadual 2 memperlihatkan perbezaan padangan pakar terhadap ciri-ciri pekerjamasa depan.

198 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Jadual 2Perbezaan Pandangan Pakar terhadap Ciri-ciri Pekerja Masa Depan

Responden Frasa Kenyataan

A • Mempunyaikelayakansamaadadalambidangprofesionaldanteknikal

• Berkemampuan menggunakan teknologi maklumat terkiniseperti komputer

• Mampu bersaing

B • Mesti ikut teknologi• Menguasai bahasa Inggeris dan juga bahasa ketiga mengikut

arah perdagangan• Pekerja berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif dan mudah

mempelajari "new knowledge"• Kepantasan menyiapkan tugas• Bersedia menghadapi persaingan

C • Akhlak dan etika sebagai perkara paling asas• Mampu bersaing sama ada di dalam negara atau di peringkat

antarabangsa• Mempunyai kepelbagaian kemahiran bagi sektor industri tetapi

bukan bidang profesional

D • Rujuk kepada "The Way Forward"• Pekerja yang bersedia untuk berubah mengikut keadaan kerja• Berpengetahuan• Berkeyakinan• Mahu mencuba pendekatan dan idea yang baru• Berdisiplin, berkemahiran dan bersedia untuk belajar mengenai

kemahiran yang baru

E • Berpendidikan dan mempunyai pegangan agama yang kukuh• Akan mewujudkan pekerja yang baik termasuk kepada negara• Memahami peranan dan tanggungjawab mereka untuk

membina ketamadunan dan kemajuan Islam dan negara• Mempunyai daya tahan menghadapi cabaran, berdisiplin,

memiliki pengetahuan yang diperlukan• Menguasai bidang Sains dan Teknologi

Berdasarkan kepada Jadual 2, didapati ciri-ciri pekerja yang diperlukan oleh negara padamasa depan ialah akhlak dan disiplin yang menjadi tunjang utama. Selain itu kemahirandalam bidang sama ada profesional mahupun golongan teknikal adalah amat perlu.Persediaan diri untuk bersaing dalam dunia globalisasi juga merupakan ciri penting bagipekerja-pekerja yang diperlukan negara pada masa depan.

Perubahan sikap dan minda terhadap sesuatu teknologi atau idea yang baruamat penting bagi memastikan pekerja masa depan dapat menyesuaikan diri dengankelengkapan dan peralatan teknologi yang disediakan dalam menjalankan tugas ataupekerjaan mereka.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 199

Faktor yang Mempengaruhi Keperluan Tenaga Kerja

Jadual 3 memperlihatkan perbezaan pandangan pakar terhadap faktor-faktor yangmempengaruhi tenaga kerja masa depan. Dalam analisis temubual bagi subtema FaktorMempengaruhi Keperluan Tenaga Kerja, Responden A menyatakan dasar yang digunapakai oleh kerajaan yang menentukan keperluan tenaga kerja. Sebagai contoh menurutbeliau, "Sekiranya kerajaan fokuskan kepada sistem pertanian, maka ramai tenaga kerjaakan diperlukan dalam bidang tersebut."

Responden B juga menyatakan sistem yang diguna pakai oleh kerajaan yangbanyak mempengaruhi keperluan tenaga kerja. Di samping itu, faktor ekonomi juga amatmempengaruhi keperluan ini.

Bagi Responden C pula, faktor globalisasi merupakan faktor utama keperluantenaga kerja. Di samping itu Responden C mengatakan, "Pembangunan fizikal yangberlaku dalam negarajuga memberi sumbangan kepada keperluan tenaga kerja."

Menurut Responden C lagi, "Bila berlaku pembangunan yang baru, kitamemerlukan teknologi yang baru,pengetahuan yang baru dan kepakaran yang baru".

Responden D pula hanya mengatakan penggunaan teknologi dan cara-carapengurusan baru banyak mempengaruhi keperluan tenaga kerja. Manakala Responden Epula berkata, "Apajua yang berlaku dalam negara banyak dipengaruhi oleh politik sertadasar ekonomi yang diperkenalkan oleh negara dan pemimpinnya".

Di samping itu Responden E tidak menolak perubahan yang berlaku di duniasecara global juga menyumbang kepada keperluan tenaga kerja.

JdUUdl

Perbezaan Pandangan Pakar Terhadap Faktor Mempengaruhi Keperluan Tenaga Kerja

Responden Frasa Kenyataan

A • Dasar kerajaan• Contoh, kalau kerajaan tumpukan bidang pertanian, ramai

yang akan pergi ke bidang tersebut

B • Ekonomi• Sistem yang diguna pakai oleh kerajaan

C • Faktor globalisasi• Pembangunan fizikal negara

D • Teknologi• Cara pengurusan yang baru

PolitikApa yang berlaku dalam negara dan dasarnya ditentukanoleh pemimpinPerubahan dunia secara global

200 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Berdasarkan kepada analisis subtema di atas, faktor utama yang mempengaruhi keperluantenaga kerja adalah sistem atau dasar yang diguna pakai oleh kerajaan. Di samping itufaktor ekonomi dan juga perubahan yang berlaku di dunia luar juga menyumbang kepadakeperluan itu.

Peranan Sistem Pendidikan terhadap Penyediaan Tenaga Kerja 2020

Subtema yang kelima berdasarkan analisis temubual ialah Peranan Sistem PendidikanTerhadap Penyediaan Tenaga Kerj a 2020. Responden A meny atakan pendidikan merupakanasas kepada pembelajaran. Menurut beliau peranan pendidikan dalam penyediaan tenagakerja, "... bergantung kepada sejauh mana pendidikan diterima, selepas itu peranan iniakan disambut oleh institusi lain." Tambahan lagi, Responden A berkata, "Pendidikansebenarnya memberi pendedahan kepada pelajar tentang pendidikan asas seperti Sainsdan Matematik kepada pelajar." Kesimpulannya, untuk memastikan kejayaan, parapelajar perlu mendapat pendidikan secara berterusan, dari peringkat sijil sehinggalahke peringkat yang tertinggi. Manakala Responden B berpendapat sistem pendidikanmerupakan langkah pertama kepada pekerjaan dan menyarankan, "Pendidikan perlumempunyai elemen-elemen yang membolehkan kita menghasilkan tenaga kerja yangberkemahiran, inovatifdan berdisiplin."

Responden C pula melihat sistem pendidikan sebagai satu cara untuk mendedahkanpelajar kepada perkara asas sahaja. Beliau menganggap sistem pendidikan sebagai satuagen untuk membentuk sahsiah pelajar dan "Pendidikan kita lebih kepada membentuktenaga kerja profesional sahaja bukannya teknikal." Menurut beliau tenaga kerja teknikallebih banyak dihasilkan oleh institusi-institusi lain yang melatih pelajar selepas PMR,SPM atau peringkat yang lebih tinggi. Manakala Responden D pula berpendapat perananpendidikan amat kritikal bagi menyediakan tenaga kerja kerana, "... tanpa pendidikandan latihan yang relevan, tidak akan melahirkan sebarang tenaga kerja yang sesuai."Namun begitu, Responden D menyatakan pendidikan hanya sebahagian daripada prosespenyediaan tenaga kerja; ia mesti dipenuhi dengan latihan pelbagai kemahiran yangdijalankan oleh institusi-institusi yang bertanggungjawab dari semasa ke semasa. BagiResponden E pula, pendidikan "adalah alat untuk mendidik pelajar. Bukan setakatmencapai kecemerlangan dalam bidang akademik semata-mata, tetapi juga melibatkanakhlak dan didikan agama." Beliau juga berpendapat, dalam senario di Malaysia,kadang-kadang pendidikan tidak diambil kira, kerana terdapat unsur "Know Who bukanKnow How" dalam pengambilan tenaga kerja. Menurut Responden E, pegangan agamayang kukuh hasil dari penekanan pendidikan agama akan dapat mengelakkan situasibegini terus berlaku. Di samping itu, beliau menegaskan, penekanan yang serius dalampendidikan agama, bukan setakat sebagai satu mata pelajaran, dapat memainkan perananpenting untuk melahirkan tenaga kerja profesional yang amat diperlukan negara.

Jadual 4 memperlihatkan perbezaan pandangan pakar terhadap peranan sistempendidikan dalam menyediakan tenaga kerja masa depan.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 201

Jadual 4Perbezaan Pandangan Pakar terhadap Rumusan Terhadap Peranan Sistem Pendidikandalam Penyediaan Tenaga Kerja

Responden Frasa Kenyataan

A • Pendidikan sebagi asas• Bergantung sejauh mana pendidikan diterima• Selepas alam persekolahan, peranan diambil alih oleh institusi lain• Pendedahan kepada mata pelajaran yang asas• Menerapkan minat dalam bidang tertentu• Untuk mencapai kejayaan, pendidikan hendaklah dilakukan secara

berterasan sehingga peringkat tinggi

B • Langkah pertama kepada pekerjaan• Pendidikan perlu ada elemen-elemen bagi menghasilkan tenaga kerja

berkemahiran, inovatif dan berdisiplin• Pendidikan memberi pendedahan tentang apa yang ingin dilakukan

pasa masa depan

C • Mendedahkan tentang perkara asas kepada pelajar• Memberntuk sahsiah pelajar• Lebih kepada pembentukan tenaga kerja profesional• Tenaga kerja teknikal dihasilkan oleh institusi lain mengikut

pendidikan yang diperolehi

D • Peranan yang kritikal menyediakan tenaga kerja• rerlu ada pendidikan dan laiihan yaiif TeTfiVIn• Pendidikan hanya sebahagian daripada proses penyediaan tenaga

kerja dan ia mesti dipenuhi dengan latihan berbagai kemahiran

E • Alat untuk mendidik pelajar dari segi kecemerlangan akademik danakhlak

• Di Malaysia unsur "Know Who bukan Know How" menyebabkanterkadang pendidikan tidak diambil kira untuk memperolehipekerjaan

• Perlunya pendidikan agama ditekankan dalam Sistem Pendidikan

Berdasarkan Jadual 4, pendidikan memainkan peranan sebagai agen untuk mendedahkankepada pelajar tentang perkara-perkara asas dalam kehidupan dan juga pembentukansahsiah pelajar. Melalui pendidikan juga pelajar mendapat pendedahan terhadap apa yangmereka minat dan apa yang mereka ingin lakukan pada masa depan.

Walaupun terdapat sesetengah golongan yang mengamalkan sikap "Know Whobukan Know How" dalam memperoleh pekerjaan, namun pendidikan merupakan satudaripada proses untuk menghasilkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara.

202 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Implikasi dan Cadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan

Hasil analisis temubual tema utama yang kedua ialah Implikasi dan CadanganPenambahbaikan Sistem Pendidikan. Analisis bagi tema utama ini dikategorikan pulakepada dua subtema iaitu:

(A) Implikasi Sistem Pendidikan Yang Tidak Memenuhi Keperluan Tenaga KerjaNegara

(B) Cadangan untuk Menambahbaikkan Sistem Pendidikan

Implikasi Sistem Pendidikan yang Tidak Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja

Negara

Hasilan analisis bagi subtema ini menunjukkan Responden A menekankan kesan yangpaling jelas dari sistem pendidikan yang tidak dapat memenuhi keperluan negara ialahkekurangan tenaga kerja. Sepertimana yang dijelaskan oleh Responden A, "Tenaga kerjayang dimaksudkan di sini ialah yang berkemahiran ". Rentetan dari sini akan menyebabkannegara terpaksa membawa masuk pekerja asing yang berkemahiran. Tambah beliau,"...in return effect, dari import worker akan menyebabkan wang kita mengalir keluar dan iniakan merugikan Negara". Walau bagaimanapun, Responden A melihat satu aspek positifdari kemasukan tenaga kerja mahir dari luar negara ini iaitu pertukaran teknologi yangakan menguntungkan negara.

Manakala Responden B telah menyenaraikan secara ringkas tentang implikasi yangakan dihadapi dari sistem pendidikan yang tidak menepati keperluan tenaga kerja negaraiaitu:

1. Pembangunan negara yang lambat2. Kualiti tenaga kerja akan merosot3. Wawasan negara tidak akan tercapai; kalau tercapai pun akan lambat4. Kekurangan tenaga kerja sebab sumber tenaga kerja adalah dari sekolah. Ini

adalah kerana untuk menjadi negara maju, negara mesti mempunyai tenagakerja profesional dan teknikal dalam jumlah yang besar.

Responden C pula menyatakan peningkatan pengangguran akan berlaku di manabeliau menyatakan, "... it has a change effect". Pandangan beliau dapatlah dirumuskanbahawa kesan sampingan daripada peningkatan kadar pengangguran ini ialah dalamaspek ekonomi dan kestabilan negara. Di samping itu ia juga akan menjadi faktor kepadapeningkatan masalah sosial.

Responden D hanya menyatakakan tidak akan timbul persoalan sekiranya maknapendidikan difahami secara tepat. Manakala Responden E pula menyatakan bahawa iamerupakan satu spekulasi yang hanya boleh kita jangkakan apabila kita mengetahui apakehendak pemimpin pada masa tersebut. Responden E berkata, "No matter how beautifulyour plan, the geo-political society perlu diambilkira". Namun yang jelas sekali menurutbeliau ialah, penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman akan terus ketinggalandari arus perdana memandangkan kemudahan yang terhad bagi mendapatkan maklumattentang sesuatu perkara.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 203

Jadual 5 memperlihatkan perbezaan pandangan pakar terhadap implikasi kepadasistem pendidikan yang tidak dapat memenuhi keperluan tenaga kerja masa kini.

Jadual 5Perbezaan Pandangan Pakar terhadap Rumusan Implikasi Sistem Pendidikan yang TidakMemenuhi Keperluan Tenaga Kerja

Responden Frasa Kenyataan

A • Kekurangan tenaga kerja berkemahiran• Kemasukan tenaga kerja berkemahiran• Pengaliran wang negara keluar• Faedahnya ialah pertukaran teknologi dan kemahiran

B • Pembangunan tergendala• Kualiti tenaga kerja menurun• Wawasan negara lambat tercapai• Kekurangan tenaga kerja berkemahiran• Untuk jadi negara maju memerlukan ramai tenaga kerja teknikal dan

profesional

C • Pengangguran yang meningkat• Kesan sampingan dari aspek:

1. Ekonomi2. Kestabilan Negara3. Sosial

D • Tidak timbul jika makna pendidikan difahami secara tepat

E • la adalah spekulasi• Kita mesti mengetahui keadaan dalam negara• Mengetahui keadaan "geo-political society" sebelum membuat

jangkaan• Penduduk pedalaman akan terus ketinggalan

Berdasarkan kepada Jadual 5, didapati kekurangan tenaga kerja merupakan implikasiyang paling jelas akibat daripada perjalanan sistem pendidikan yang tidak seiring dengankeperluan negara. Bertitik tolak dari masalah inilah yang akan membawa masalah yanglebih teruk lagi dari segi ekonomi, kestabilan negara dan juga sosial.

Cadangan untuk Menambahbaikkan Sistem Pendidikan

Responden A telah mencadangkan agar dalam sistem pendidikan kita perlu melihatkepada pendidikan asas. Responden A telah mengatakan, "sebab banyak berlaku dropout. Ini adalah kerana kita puny a infrastruktur belum bagus di luar bandar". RespondenA telah menekankan di samping kita mengambil berat tentang pendidikan tinggi, sistempendidikan perlu juga melihat kepada golongan yang tidak berkemampuan iaitu golonganyang tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka. Beliau juga berkatabahawa,"... walaupunorang kata, masa ni dah ramai yang literate, tetapi 'there are some people who might

204 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

be..literate in the minimum sense' sahaja, sekadar pandai membaca, sekadar pandaimenulis tetapi kemahiran lebih dari itu".

Respondent A mencadangkan sedemikian kerana sekiranya golongan ini diabaikania akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara. Tambahan lagi, beliau jugamencadangkan agar kerajaan memperbanyakkan sekolah-sekolah teknik bagi memenuhikeperluan negara yang kekurangan pekerja berkemahiran.

Bagi Responden B pula cadangan beliau terhadap sistem pendidikan di negarakita disenaraikan seperti berikut:

a) Sistem pendidikan kita jangan terlalu rigid. Dari semasa ke semasa iaperlukan perubahan yang menjadikan ia peka dengan dunia yang bakaldihadapi oleh pelajar pada masa depan. Macam sekarang ramai siswazahyang menganggur, mesti ada "something wrong" dalam sistem pendidikankita.

b) Sistem pendidikan kita perlu dinamik, bergerak sejajar dengan apa yangberlaku di dunia, kita boleh mengkaji sistem yang diguna pakai oleh negaraluar dan cuba disesuaikan dengan nilai dan budaya masyarakat kita. Kitaboleh mendapatkan expertise dalam bidang pendidikan dari negara majudan berusaha mencari elemen yang ada dalam sistem pendidikan negaramaju dapat menghasilkan pelajar yang proaktif, "enterprising", inovatifdanberdaya saing.

c) Kita mempunyai sukatan atau syllabus yang baik, sesuai dengan apa yangdikehendaki, topi kita mungkin perlu memperbaiki kelemahan perisiannya,seperti penyampaian kepada pelajar dan dari aspek penilaian. Kita perlufikirkan adakah penilaian yang kita buat sesuai atau tidak, sebab sekarang nikita menekankan peperiksaan diakhirnya.

d) Mengubah sikap dan cara pemikiran pelbagai pihak yang terlibat denganpendidikan mesti berubah sejajar dengan perubahan.

e) Saiz kelas perlu dikecilkan. Kelas kita di Malaysia ni terlalu besar. Apasalahnya kita membuat investment yang lebih banyak untuk pendidikandengan tujuan untuk menyediakan fizikal sekolah yang kondusif. Bila kitamerujuk kajian yang dibuat oleh United Nations pun, kebanyakan negaramaju membuat investment yang paling banyak untuk education berbandingdengan bidang yang lain.

f) Memperbanyakkan kaunselor di sekolah juga penting. Bagi membantu pelajarbukan setakat pelajar yang bermasalah disiplin malahan juga membantupelajar untuk melihat apa mereka nak lakukan di masa depan.

g) Disiplin perlu dititik berat. Ini adalah kerana pelajar yang tidak berdisiplinakan masuk dalam pasaran kerja masa depan akan terjejas pembangunankualiti pekerja itu sendiri. Ia juga akan mendatangkan kerugian kepadanegara.

Manakala Responden C pula menyatakan kita sudah mempunyai satu sistem yang baikdan menurut beliau, "I don't think we have to do another thing to our system". Namunbegitu, Responden C mencadangkan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerjadalam bidang kritikal, pengambilan calon dalam bidang berkenaan hendaklah ditambah.Beliau juga meneadangkan supaya ada institusi lain yang menampung kekurangan ini.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 205

Begitu juga, perlu wujud satu jaringan kerjasama antara Institusi Latihan Kemahirandengan sektor pendidikan secara menyeluruh.

Manakala Responden D pula telah mengutarakan pendapatnya iaitu, "Setakatpadapendidikan am tidakperlu diubah". Namun begitu, responden D telah menekankanagar kepelbagaian pilihan kepada pelajar diwujudkan dalam bidang kemahiran padaperingkat persekolahan dan pendidikan tinggi. Beliau juga menekankan tentang sikap,disiplin, kesungguhan dan iradat pada sempadan penemuan, pembaharuan dan ciptaanyang mutakhir.

Responden E pula berkata, "Sebarang perubahan yang dilakukan dalam sistempendidikan haruslah dilakukan kajian yang mendalam sebelum berlakunya perubahan".Di samping itu Responden E juga mencadangkan sistem pendidikan kita agar memberipenekanan kepada pelbagai sektor seperti pertanian, teknologi dan sebagainya. Beliaujuga mencadangkan agar sistem pendidikan kita memberi penekanan kepada usaha untukmenghasilkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara. Ini dapat dilihat melalui kata-kata beliau, "... yang penting, kita mesti produce manusia dari aspek knowledge, notonly in Malaysia, but can be in the international level". Selain daripada itu RespondenE mencadangkan agar pendidikan agama yang betul diterapkan ke dalam pelajar secaratotal dalam sistem pendidikan kita.

Jadual 6 memperlihatkan perbezaan pandangan terhadap CadanganPenambahbaikan Sistem Pendidikan.

Jadual 6Perbezaan Pandangan terhadagjCadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan

Responden Frasa Kenyataan

A • Kembali kepada pendidikan asas• Atasi keciciran pelajar di kawasan luar bandar atau pedalaman• Bukan sekadar boleh membaca, menulis dan mengira tetapi kemahiran

teknikal juga• Tidak hanya fokus kepada golongan yang pandai sahaja tetapi juga

golongan yang tidak berkemampuan

B • Sistem pendidikan tidak terlalu rigid• Menganalisa sistem yang diguna pakai oleh negara maju• Memperbaiki dari segi software atau penyampaian bahan• Memperbaiki sistem dan cara penilaian• Mengecilkan saiz kelas dan membuat lebih pelaburan dalam bidang

pendidikan• Memperbanyakkan kaunselor• Ubah cara berfikir• Titikberatkan soal disiplin

206 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

C • Tidak ada cadangan kerana mempunyai sistem pendidikan yangsudah baik

• Menambah bilangan calon dalam bidang yang kekurangan tenagakerja

• Kerjsama antara sistem pendidikan dan institusi latihan kemahiran

D • Pendidikan am tidak perlu diubah• Mempelbagaikan pilihan pelajar pada peringkat kemahiran dan

pendidikan tinggi• Latihan mencakupi segala ilmu pengetahuan dan kemahiran serta

orientasi sikap, disiplin, kesungguhan dan iradat pada penemuan,pembaharuan dan ciptaan yang mutakhir

E • Sebarang perubahan perlu melalui kajian yang menyeluruh• Penekanan kepada semua bidang seperti pertanian, teknologi, dan

Iain-lain• Melahirkan manusia yang berpengetahuan yang boleh bersaing di

peringkat dalam negara mahupun antarabangsa

Berdasarkan Jadual 6 secara umumnya, kita sudah mempunyai satu sistem yang baik.Namun demikian masih terdapat beberapa ruang yang boleh dibaiki dari peringkatpendidikan yang paling asas hingga ke peringkat tinggi. Ini adalah penting bagi memastikanapabila negara mencapai taraf negara maju, kita tidak lagi terlalu mengharapkan kepadatenaga kerja berkemahiran dari luar bagi meneruskan kemajuan yang telah diasaskan olehpemimpin pada masa kini.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa dalam pendidikan yang dilaksanakandi negara kita, pelajar tidak diberi pendedahan secara langsung terhadap apa yang bakaldihadapi pada masa depan, di mana ia memberi kesan kepada kualiti pekerja apabilakumpulan pelajar ini bekerja. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar kita perlu diberi peluanguntuk melihat sendiri lapangan atau bidang tugas sesuatu pekerjaan yang berkaitandengan apa yang mereka pelajari sejak dari awal lagi, sebagai contoh melalui kajian yangdilakukan di sektor-sektor yang berkaitan.

Penekanan yang lebih terhadap pencapaian akademik bagi pelajar akan mewujudkanmasalah disiplin. Senario ini memberi implikasi yang negatif terhadap pembentukantenaga kerja negara yang mempunyai disiplin dan memenuhi ciri-ciri penting pada masadepan. Oleh itu, penekanan kepada soal disiplin dan akhlak amat perlu diberi perhatian.Tanggungjawab ini bukan terletak di bahu pihak sekolah mahupun ibu bapa sahajatetapi juga semua pihak yang terlibat agar sama-sama menggembelingkan tenaga bagimemulihkan masalah ini.

Merujuk kepada enrolmen pelajar kita pada hari ini, kita dapati keadaan beratsebelah wujud antara pelajar aliran sastera dengan sains dan teknikal. Seandainya keadaanini berterusan ia akan merugikan negara dari segi tenaga kerja yang berkemahiran. Olehkerana itu, bidang pendidikan perlu mencari jalan bagi meningkat bilangan pelajar dalam

Jwnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 207

bidang teknikal dan sains melalui pembinaan lebih banyak lagi sekolah-sekolah teknikyang lengkap dengan keperluan dan peralatan yang boleh memantapkan bakat dankemahiran pelajar secara maksimum.

Bidang teknikal dan kemahiran amat diperlukan negara menjelang tahun 2020,malangnya sistem pendidikan tidak dapat menyediakan latihan teknikal dan mengenalpasti kemahiran yang betul-betul diperlukan oleh sektor pekerjaan khasnya sektorswasta. Kerjasama antara sektor swasta dengan institusi-institusi pendidikan amatperlu diperkukuhkan bagi memastikan kemahiran yang diberikan kepada pelajar adalahsejajar dengan kehendak industri pekerjaan sama ada dalam bentuk latihan mahupunkajian terhadap bentuk kemahiran yang perlu dimiliki oleh tenaga kerja. Ini adalahuntuk mengelakkan pembaziran dalam memberi latihan kemahiran yang tidak sesuaidengan kehendak pekerjaan yang diperlukan oleh industri pembuatan mahupun sektorperkhidmatan.

Pada masa depan, penggunaan teknologi komputer dalam perhubungan dankomunikasi di dalam pelbagai sektor di negara ini akan meningkat. Namun demikian,kita masih lagi kekurangan pakar-pakar dalam bidang tersebut contohnya, pakar dalamkejuruteraan perisian. Bagi mengelakkan penggantungan berterusan kepada perisian-perisian dan pakar dari luar negara, sektor pendidikan dan institusi-institusi latihanVokasional dan Kemahiran di negara juga perlu memberi penekanan kepada bidang kritikalseperti ini. Ini akan membolehkan kita berdikari dalam membangun dan memajukannegara kita tanpa banyak campur tangan dari pihak luar.

KESIMPULAN

Kajian ini berfokus kepada kemahiran yang diperlukan oleh tenaga kerja negara padatahun 2020. la bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kemahiran yang diperlukan padatahun 2020 supaya kurikulum kita akan menjurus kepada penyediaan tenaga kerja yangberkemahiran yang bertepatan dengan keperluan negara. Kajian ini perlu sebagai satucara untuk mengenal pasti kurikulum yang disediakan sejajar dengan kehendak tenagakerja pada tahun 2020 nanti. Daripada dapatan kajian yang diperoleh, adalah menjaditanggungjawab kita untuk memastikan setiap langkah yang kita ambil hari ini tidak akanmerugikan negara pada masa depan. Kurikulum dan sistem pendidikan amat pentingperanannya kerana tenaga kerja negara pada tahun 2020 adalah anak-anak kecil yangberumur tujuh tahun pada masa kini yang akan meneruskan agenda negara sebagai negaramaju pada tahun 2020.

Kajian ini merupakan satu kajian bersifat terlalu umum dan terlalu kecil berbandingdengan kajian yang dibuat oleh pihak lain seperti Unit Perancangan Ekonomi dansebagainya. Namun amat jarang kajian yang dilakukan untuk melihat perkaitan danpersediaan pendidikan dengan tenaga kerja, walaupun disedari pendidikan adalah perintiskepada penyediaan sumber tenaga kerja negara. Kajian lain yang lebih memfokuskankepada masa depan dan tahun 2020 juga amat diperlukan supaya pendidikan yangdiberikan kepada generasi wawasan menyediakan sumber tenaga kerja yang memenuhikeperluan negara.

Sistem pendidikan memang tidak dapat lari dari peranannya sebagai penyumbangutama kepada persediaan negara menghadapi tahun 2020. Tanpa sistem yang mantap,

208 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

sukar untuk memenuhi aspirasi pemimpin negara untuk keperluan tersebut. Justeru itu,akan wujud banyak ruang-ruang kosong dalam lakaran tenaga kerja negara pada masadepan menyebabkan kemasukan tenaga pakar dari luar dalam pelbagai bidang yang akanbanyak mendatangkan kerugian kepada negara dan rakyat Malaysia sendiri.

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid (2000). Wawasan pembangunan: Isu dan cabaran. KualaLumpur: Utusan.

Abdul Shukur Abdullah (1994). Pendidikan kebangsaan dalam mencapai objektifWawasan 2020, pembangunan ummah ke arah Wawasan 2020. Kuala Lumpur:Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Ahmad Sarji (2003). Memahami konsep, implikasi dan cabaran Wawasan 2020. KualaLumpur: Utusan.

Ali Abu Hassan Sulaiman (1993). Labour demand towards 2020. Kertas kerja yangdibentang dim National Employers Conference anjuran Malaysian EmployersFederation dan The Malaysia Strategies Consultancy. Dimuat turun pada 2 November2003 daripada http://www.graduan.com.my/graduan/annuals/1993.articles.taf

Atkinson, A. B. (1983). The economics of education. London: Hodder & Stoughton.Australian Bureau of Statistics (1995). Australian Social Trends 1995: Work-Labour

Force Projections: Projections of Labour Force. Dimut turun pada 2 November2003 daripada http://www.abs.gov.au/Ausstats?abs@nsf

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997).Pendidikan dan tenaga kerja bagi memenuhi keperluan tenaga buruh berpendidikan,1980-2020. Dimuat turun pada 2 November, 2003 daripada http://www.2.moe.gov.my/~bppdp/Kajian%20BPPDP/kajian 1997.htm

Beaumont. G. (2003). Meeting the work force demands of the future market. Dimuatturun pada 4 November 2003 daripadahttp://cnn.hct.ac.ae/events/archive/tend/033beaum.html

Buku Vision 2020: Malaysia: Towards Establishing A Fully Developed Nation (1997).Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Buletin Perangkaan Sosial Malaysia (2001). Putra Jaya: Jabatan Perangkaan Malaysia.Henson, R. (2003). Clarifying the views of Human Resources in Year 2020. PeopleSoft,

Inc. http://www.acs.org.au/nsw/articles/2000075JitmJudy, R. (1997). Workforce 2020: Work & workers for the 21st century. Ohio: Bpi.Kamus Dewan (2002). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mahathir Mohamad (1998a). The way forward. London: Weidenfleld & Nicolson.Mahathir Mohamad (1998b). Mahathir Mohamad on multimedia super corridor. Subang

Jaya, Selangor: Pelanduk.Mahathir Mohammad (2001). Pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Ucapan

Perdana menteri di petik dari Utusan Malaysia, 3 April 2001. Dimuat turun pada 4Disember, 2004, daripada http://members.tripod.com/skypin/ekon56.html

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya 209

Min, B. (1999). Economic and Demographic Trends and Early Childhood Education.Dimuat turun pada 4 Disember, 2004 daripada http://www.nsf.gov/sbe/tcw/events990615w/9.html

Nik Mustapha Nik Hassan, & Syed Omar Syed Agil (1994). Pembangunan ummah kearah wawasan 2020. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Nik Zafari Abdul Majid (2000). Pengurusan dan perancangan sumber manusia. (SiriWawasan 2020, K-Ekonomi, Daya Saing Strategik 1). Dimuat turun pada 4Disember, 2004 daripada http://www.geocities.com/nikzafri/hrd.html

Ornstein, A. C, & Hunkins, F. P. (1998). Curriculum: Foundation, principles and issues.London: Allyn & Bacon.

Oxford Paperback Dictionary and Thesaurus (2003). Dimuat turun pada 4 Disember,2004 daripada http://www.askoxford.com/dictionary/future Preziosi, C, &

Gooden, D. (2003). Machiavelli revisited: MBA Students' Perspectives.Kertaskerja di bentangkan di International Business and Economics Conference,Las Vegas, Nevada. Oktober, 2003. Pitts, P. J. (2003). Education as Key to Work

Force Future. Ulasan kepada Buku Workforce2020: Work and Workers in the 21st Century by the Staff of the Hudson Institute.Dimuat turun pada 4 Disember, 2004 daripadahttp://news.uns.purde.edu/UNS/hot.topics/workforce2020.html

Robert, C. P. (2003). Workforce 2020: Work and Workers of the 21st Century. Dimuatturun pada 4 Disember, 2004 daripada http://www.wf2020broward.org/academies_trends .php.

Robson W. B. P., & A BNAC Statement (2001). Aging populations and the workforce:Challenges for employers. British-North America Committee. Manitoba, Canada:Printcrafters.

Saedah Siraj (Ed.) (2001). Perkembangan kurikulum: Teori dan Amalan. Selangor: AlamPintar.

Saedah Siraj (2005). Kurikulum masa depan: Bolehkah diukur? Dalam Siow Heng Loke,Abu Talib Putih, Lee Siew Eng, Sandiyao Sebestian, & Adelina Asmawi (Peny.),Pedagogi merentas kurikulum (ms. 351-65). Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan,Universiti Malaya.

Shahril @ Charil Marzuki, & Habib Mat Som (1999). Isupendidikan di Malaysia: Sorotandan cabaran. Kuala Lumpur: Utusan.

Shantakumar, G. (2002). Population and labour force: Dynamics and policy in Singapore.Kertaskerja di bentangkan di IUSSP Regional Population Conference, Bangkok,Thailand 10-13 June, 2002. Dimuat turun pada 12 November 2003 daripada http://www.iussp.org/Bangkok2002/S16shantakumar.pdf

Sing, T. (2003). Workforce will be key to survival. Pacific BussinessNews. Dimuat turunpada 12 November 2003 daripadahttp://pasific.bizjournals.com/pasific/stories/2003/06/23/story2.html

210 Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Slaughter, R. A. (1996, November). The knowledge base of futures studies as an evolvingprocess. Futures, 28(9), 799-812. Dimuat turun pada Ogos 15,2005, daripada http://www.sciencedirect.com/science ?_ob=MImg&_imagekey =B6V653VWC55R2&_cdi=5805&_user=3464026&_orig=search&_coverDate=ll%2F30%2F1996&_sk=999719990&view=c&wchp=dGLbVzzzSkWA&d= ff70d3ca2fb4ba2110c9ald6lef32a00&ie=/sdarticle. pdf

Slaughter, R. A. (1997). Implementing foresight for future generations. Dim. R. Slaughter(Ed.), The knowledge base of Futures Studies, Volume 3: Directions and outlooks.Hawthorn, Victoria, Australia: DDM Media.

The Collins Essential English Dictionary (2003). United Kingdom: HarperCollins.Toffler, A. (1990). Kejutan dan gelombang. Kuala Lumpur: DBP.Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2001). Rancangan Malaysia Kelapan.

Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.Wan Liz Wan Omar (2000). Mengurus agenda abad 21: Cabaran dan persiapan dalam

era globalisasi. Kuala Lumpur: Golden Books Centre.Wan Mohamad Zahid Mohd. Nordin (1993). Pengisian Wawasan Pendidikan. Kertaskerja

utama Persidangan Pendidikan Nasional, Institut Aminuddin Baki, Malaysia.Wonacott, M. E. (1992), Apprenticeship and The Future of The Workforce. ERIC

Clearinghouse of Adult, Career and Vocational Education. Dimuat turun pada 15Ogos, 2005, daripada: http://icdl.uncg.edu/ft.082099-03.html

Zimmermann, S. (2000). Home work: After decades of futuristic predictions about work-at-home technology, telecommunicating is finally becoming a reality. Dimuat turunpada Ogos 15,2005, daripada http://www.lib.niu.edu/ipo/2000/ii000930.html

Ziauddin Sardar (1985). Islamic futures: The shape of ideas to come. New York:Mansell.

Ziauddin Sardar (1990). Masa hadapan Islam: Bentuk idea yang akan datang. Terjemahanoleh Mohd Siden Ahmad Ishak. Kuala Lumpur: DBP.