Etika Kaunseling

37
Tajuk Kajian: ETIKA KAUNSELING ISLAM Oleh: NURUL ASMA’ BINTI WAHAP ( P72931 ) NURUL HAYATI BINTI SABRI ( P67923 ) SAKINAH BINTI MOHAMMAD ( P67997 ) MARIYAH BINTI MOHAMAD ( P68680 ) 1.1 PENDAHULUAN Sejak kebelakangan ini, amalan kaunseling dan gelaran kaunselor mudah dilakukan dan digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa dikenalpasti kelulusan dan taraf pengajian kebanyakan mereka. Maka suatu kawalan dan seliaan perlulah diadakan. Suatu akta yang dikenali sebagai Akta Kaunselor 1998 telah diluluskan oleh Parlimen. Akta tersebut telah mewajibkan pendaftaran ke atas setiap kaunselor. (Siti Zalikhah 2002) Dengan ini, etika kaunselor mula digariskan untuk memandu kaunselor dan sesi kaunseling yang akan

Transcript of Etika Kaunseling

Tajuk Kajian:

ETIKA KAUNSELING ISLAM

Oleh:

NURUL ASMA’ BINTI WAHAP ( P72931 )

NURUL HAYATI BINTI SABRI ( P67923 )

SAKINAH BINTI MOHAMMAD ( P67997 )

MARIYAH BINTI MOHAMAD ( P68680 )

1.1 PENDAHULUAN

Sejak kebelakangan ini, amalan kaunseling dan gelaran

kaunselor mudah dilakukan dan digunakan oleh sesiapa

sahaja tanpa dikenalpasti kelulusan dan taraf pengajian

kebanyakan mereka. Maka suatu kawalan dan seliaan

perlulah diadakan. Suatu akta yang dikenali sebagai Akta

Kaunselor 1998 telah diluluskan oleh Parlimen. Akta

tersebut telah mewajibkan pendaftaran ke atas setiap

kaunselor. (Siti Zalikhah 2002)

Dengan ini, etika kaunselor mula digariskan untuk

memandu kaunselor dan sesi kaunseling yang akan

dijalankan. Kod etika kaunselor yang telah digariskan

merupakan etika yang diambil daripada garis panduan

Barat, dan diamalkan oleh seluruh kaunselor muslim dan

bukan muslim. Namun, permasalahannya adalah apabila

sebahagiannya tidak mesra syariat bagi kaunselor muslim

dan beberapa rujukan dan kajian terhadap kaunseling Islam

dilakukan dan mengemukakan etika-etika tambahan menurut

perspektif Islam. Maka, kertas kerja ini akan berfokus

kepada etika kaunselor menurut perspektif Islam yang

dinyatakan oleh pengamal dan sarjana bidang ini.

Maka, di sini dinyatakan objektif kertas kerja ini:

1.1.1 Mengenalpasti definisi kaunselor.

1.1.2 Mengkaji etika kaunselor yang diamalkan

oleh kaunselor masa kini.

1.1.3 Menganalisis etika kaunselor yang disebut

oleh Islam dan Etika Persatuan Kaunseling

Malaysia (PERKAMA).

1.2 METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian deskriptif iaitu secara

kualitatif yang menggunakan kaedah analisis data dan

kandungan. Analisis kandungan atau analisis data

diertikan sebagai upaya mengolah data menjadi informasi,

sehingga karakteristik atau sifat-sifat data tersebut

mudah difahami dan bermanfaat untuk menjawab masalah-

masalah yang berkaitan dengan kegiatan kajian iaitu

berkaitan etika kaunseling Islam. Dengan demikian, teknik

analisis kandungan dapat diertikan sebagai cara

melaksanakan analisis terhadap data dan kandungan teks,

dengan tujuan mengolah data tersebut menjadi informasi,

sehingga karakteristik atau sifat-sifat data mudah

difahami dan bermanfaat untuk menjawab masalah-masalah

yang berkaitan dengan kegiatan penelitian, baik berkaitan

dengan deskripsi data mahupun untuk membuat induksi.

1.3 TINJAUAN LITERATUR

Dalam meneliti konsep etika kaunselor menurut Islam dan

Barat, banyak tokoh yang telah mengemukakan pandangan

mereka berkaitan kaunseling dan penerapannya dalam norma-

norma kehidupan Islam. Dalam masa yang sama, tidak

menolak secara keseluruhan etika kaunseling yang dibawa

oleh Barat, sepertimana menurut Kamal (2000), walaupun

terdapat perbezaan pandangan antara Barat dengan

pandangan Islam tentang tabii manusia, tidak semestinya

semua yang didatangkan dari Barat ditolak begitu sahaja.

Malah kita boleh menerima pandangan-pandangan yang baik

dan sesuai serta melihat secara terbuka mana-mana

pandangan yang kurang sesuai dengan membuat adaptasi yang

sesuai dengan masyarakat Islam di Malaysia.

Etika disinonimkan dengan akhlak sebagaimana yang

dinyatakan di dalam penulisan Noor Arifah (t.th), akhlak

dan etika adalah benda yang sama yang melibatkan tingkah

laku. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi

sumber rujukan akhlak dan etika itu sendiri. Sebagai

contoh, akhlak dirujuk kepada al-Quran dan as-sunnah yang

mana menjadi dasar kepada kaum muslimin dan musimat dan

sesuai untuk sepanjang zaman, manakala etika dicipta oleh

manusia sendiri berdasarkan pengamatan mereka dan

mengikut kesesuaian masa dan tempat ia diperlukan.

Matlamat akhlak adalah ke arah kehidupan akhirat,

manakala etika hanya berfokus kepada kehidupan duniawi.

Begitu juga dalam penulisan-penulisan yang lain

seperti karangan Mizan Adiliah dan rakan-rakan (2011)

berkenaan kaunseling Islam. Dalam penulisan mereka, etika

tidak disebutkan, namun digantikan dengan memaknakannya

dengan adab dan akhlak yang bersandar kepada sifat-sifat

yang patut ada pada seorang kaunselor Muslim dan akhlak

yang perlu diterapkan ketika menjalankan sesi kaunseling

yang berpandukan ajaran al-Quran dan al-Sunah yang

dilihat tiada dalam etika kaunseling yang diperkenalkan

Barat seperti memakai pakaian menutup aurat, menjaga

batas pergaulan berlainan jantina dan menjadikan agama

sebagai sumber panduan utama.

Menurut Mohd Salleh (1994) pula, kaunselor bukan

hanya satu profesion biasa, namun ia adalah juga sebagai

pendakwah yang perlu mengamalkan prinsip-prinsip dan

menggunakan pendekatan kaunseling seperti mana yang

terkandung dalam al-Quran berasaskan kefahaman tentang

rukun Islam dan rukun iman, bagi memberi tunjuk ajar dan

nasihat kepada klien untuk merancang dan membuat

keputusan. Tambahan itu, etika kerahsiaan dalam amalan

kaunseling walau dilihat sama dari konsep Barat dan

Islam, hakikatnya ia berbeza.

Rizal (2009) mengatakan bahawa dalam konteks

kaunseling barat, kerahsiaan haya menjurus kepada hal

etika dan melibatkan hubungan profesional sesama manusia

sedangkan kaunseling dalam perspektif Islam lebih

menitikberatkan perihal hubungan manusia dengan manusia

dalam konteks dosa pahala yang turut menjurus kepada

hubungan vertikal manusia dengan Allah. Apa yang berlaku

dalam sesi kaunseling tidak hanya berakhir di bilik

kaunseling sahaja kerana ia mempunyai hubungan dengan

alam akhirat.

Menelusuri secara umum mengenai etika, menurut

Nordin dan Mohamed Fadzil (2000), kod etika umumnya

mengandungi tiga perkara antaranya ialah satu kitab atau

doktrin yang menggariskan satu bentuk peraturan kepada

ahli-ahlinya untuk bertindak mengikut lunas-lunas dan

peruntukan sistem yang dibenarkan. Ia adalah manual kerja

atau prosedur tugas ahli-ahlinya, dan yang terkandung

nilai-nilai murni di dalamnya untuk diikuti dan dipatuhi

bagi memberikan kebaikan dan keadilan maksimum kepada

semua pihak iaitu kaunselor mahupun klien. Begitulah

kedudukan etika yang sangat penting dalam profesion

khususnya kaunselor bagi memastikan kelancaran dan

keberkesanan sesi yang dijalankan. Etika kaunseling

membatasi tingkahlaku kaunselor supaya tidak bertindak

secara melampau. (Mohammad Aziz Shah dan kawan-kawan,

2009)

1.4 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian adalah hasil kajian yang ditemui oleh

pengkaji berkaitan bidang kajian iaitu Etika Kaunseling.

Dalam dapatan kajian ini akan dimulakan dengan

mengemukakan definisi kaunselor menurut perspektif Barat,

Islam dan menurut Akta Kaunselor 1998. Setelah itu,

pengkaji mendatangkan definisi kod etika kaunselor dan

prinsip-prinsip umum kod etika, seterusnya membawa kepada

analisis kod etika kaunselor berdasarkan garis panduan

yang dibawakan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia

(PERKAMA) dan Islam.

i) Definisi Kaunselor: Menurut Perspektif Barat

Kaunselor adalah salah satu rukun dalam kaunseling yang

mana merupakan individu yang memainkan peranan penting

mengendalikan sesi kaunseling. Individu ini mempunyai

pengalaman, kelayakan yang dikehendaki dan kemahiran-

kemahiran asas kaunseling dalam memberikan perkhidmatan

kaunseling.

Kaunselor juga berperanan sebagai pembimbing,

fasilitator, dan pemudah cara. Ia mempunyai banyak

peranan seperti membimbing klien dalam membuat keputusan,

mengumpul, memilih dan menggunakan sebanyak mungkin

maklumat bagi membolehkan mereka membuat keputusan

sesuatu tindakan dalam menangasi masalah. (Mohamad Aziz

Shah Mohamed Arip et.al 2009: 19)

Menurut (Rogers 1961), kaunselor adalah orang yang

suka menarik, suka bersahabat, dan seseorang yang

memiliki kepercayaan diri serta percaya kepada orang

lain. Kaunselor mempercepatkan kliennya dalam membuat

pilihan yang paling baik dan wajar, untuk kepentingan

masa hadapannya (Tyler 1969). Namun untuk menjadi

kaunselor profesional dalam bidang kaunseling menurut

Jeantte A. Brown & Robert H. Pate (1983: 4) adalah orang

yang menjalani latihan yang khusus, yang berpegang dengan

profesional Code of Ethics of the American Personnel

and Guidance Association atau profesion yang serupa atau

sesiapa yang melihat kaunseling sebagai satu kerjaya.

Menurut Combs (1969) dalam kajiannya, kaunselor

berkesan dan tidak berkesan dibezakan dengan kepercayaan

dan peribadi serta sifat-sifat tersendiri seseorang

kaunselor. Kaunselor merupakan orang yang mempunyai

kepercayaan pada dirinya untuk menolong orang dan

menganggap seseorang individu boleh diharap atau

dipercayai, bersahabat dengan ramai orang dan bersikap

wajar. Situasi ini merujuk kepada kaunselor adalah

pemberi nasihat, petunjuk dan bimbingan malah memberi

maklumat-maklumat pendidikan dan pembelajaran untuk klien

membuat pilihan untuk menentukan keputusan dalam

mengambil tindakan. (Muhd. Mansur Abdullah & S.Nordinar

Mohd Tamin 1996: 120)

Manakala menurut Jeffery & Shepard (2011: 27),

kaunselor merupakan orang yang berpengalaman dalam

pelarasan reaksi, isu-isu pembangunan, dan masalah-

masalah kehidupan harian termasuk kerjaya, pendidikan,

keluarga, peribadi, dan isu-isu harga diri semasa

melakukan intervensi terapi kepada klien.

Melalui pandangan-pandangan tokoh kaunseling barat

mengenai kaunselor dapat dirumuskan bahawa kaunselor

memainkan peranan penting dalam sesi kaunseling dengan

kewibawaan dan personalitinya dapat memberi bimbingan dan

nasihat kepada klien dalam menyelesaikan masalahnya.

Penglibatan kaunselor secara langsung dalam masalah klien

menjadi faktor utama keberkesanan kaunseling tersebut.

ii) Definisi Kaunselor : Menurut Perspektif Islam

Adawiyah Ismail (2008: 32) menerangkan kaunselor muslim

menurut perspektif Islam berdasarkan pandangan Imam al-

Ghazali (1998: 433) dalam bukunya Ihya ‘Ulum al-Din

iaitu, muhtasib dianggap sebagi sebagai kaunselor.

Muhtasib memainkan peranan dalam melaksanakan amar makruf

nahi mungkar yang dilengkapi dengan ciri-ciri sebagai

kaunselor bertujuan memberi bimbingan dan membantu

klien membuat keputusan dalam menyelesaikan masalahnya

dengan mengikut garis panduan syariat Islam bukannya

bersandarkan akal semata-mata. Kaunselor merupakan pihak

yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kaunseling

sama ada ditauliahkan oleh pemerintah atau secara

sukarela (Adawiyah Ismail 2008: 33).

Menurut Aziz Salleh (1996: 23) kaunselor muslim

merupakan sesiapa sahaja yang mempunyai kemampuan,

berilmu, pengalaman dan boleh bersifat sebagai kaunselor

kerana kaunselor bersifat penolong sebagaimana dalam

firman Allah s.w.t dalam surah al-Taubah ayat 71.

:Ertinya: Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan

perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya

yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang

daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan

sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan

RasulNya.

Aziz Salleh (1996: 33) juga menyatakan bahawa

kaunselor memainkan peranan sebagai tempat rujukan orang

bagi mengadu hal dan menyelesaikan masalah dengan

motifnya membawa klien itu ke arah jalan kebaikan dan

keredaan Allah. Sifat-sifat kenabian yang wajib ada dalam

diri kaunselor ialah siddiq, amanah, tabliqh dan fatanah

untuk memainkan peranannya dengan sempurna. Keperluan

utama sebagai seorang kaunselor muslim adalah menghayati

dan mendalami konsep Tasawwur Islam yang mana asasnya

iaitu aqidah, syariah dan akhlak tidak dapat dipisah-

pisahkan antara satu sama lain dan hendaklah dilaksanakan

secara ikhlas dan ihsan (Ishammudin Haji Ismail 1996:

47).

Kaunselor muslim profesional merupakan individu yang

mendapat latihan dari segi teori dan praktikal dalam

bidang kaunseling dengan memenuhi ciri-ciri kaunselor

Islam sebagaimana ciri-ciri kaunseling Rasulullah s.a.w.

Kaunselor dianggap sebagai penolong kepada manusia yang

memerlukan terapi dan memahami tentang konsep insan dan

keinsanan (Ishamuddin Hj Ismail 2000: 7) serta dapat

memenuhi kesihatan, psikologi, dan rohani orang yang

tidak boleh berfungsi dalam masyarakat kita yang semakin

tidak bersifat berperikemanusiaan (Amir Awang 1981: 11).

iii) Definisi Kaunselor: Menurut Akta Kaunselor 1998

Akta Kaunselor 1998 atau telah dikenali Akta 580 di mana

akta ini telah diwartakan pada 19 Mac 1998 yang telah

diluluskan pada 22 Disember 1997 yang membawa penubuhan

Majlis Kaunseling Kebangsaan. Akta 580 ini bertujuan

mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan amalan

kaunselor dan perkara yang berkaitan dengannya (Mohamad

Aziz Shah Mohamed Arip et. al 2009: 225).

Definisi kaunseling diertikan dalam akta sebagai

satu proses sistematik untuk membantu perhubungan

berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan

oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling

untuk mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian

itu berterusan sepanjang hayat klien. Berlaku pertikaian

tentang definisi ini, adakah perubahan, kemajuan dan

penyesuaian berlaku sepanjang hayat klien dalam dunia

realiti dapat dicapai? Definisi ini boleh diubah dengan

memikirkan bahawa fakta pulih itu tetap dan perlakuan

lama tidak berulang tiada jaminan akan tetapi adanya

perubahan, kemajuan dan penyesuaian diri berbanding

dengan masa lampau merupakan fakta yang lebih terjamin.

“Kaunselor” merupakan seseorang yang mengadakan

perkhidmatan kaunseling bagi suatu fee yang ditetapkan

atau apa-apa balasan. Manakala “kaunselor berdaftar”

membawa maksud seseorang yang didaftarkan di bawah

seksyen 26 atau 27 (Akta Kaunselor 1998).

Menurut Seksyen 22 dan 23, Undang-undang Malaysia

AKTA 580 berkaitan dengan disyaratkan seseorang kaunselor

perlu berdaftar. Maka, (1) tiada seorang pun boleh:

(a) Mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan,

atau mengemukan dirinya sebagai mengamalkan atau

menjalankan atau bekerja sebagai kaunselor

rmelainkan jika dia memegang suatu perakuan amalan

yang sah yang dikeluarkan oleh di bawah Akta ini.

(b) Menggunakan gelaran “kaunselor berdaftar ” atau

apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang mungkin

semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan

bahawa dia seorang kaunselor berdaftar; atau

kaunselor menggunakan dan mempamerkan apa-apa tanda,

papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan

atau menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor

melainkan jika didaftarkan di bawah Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

boleh disabitkan kesalahan dengan denda tidak melebihi

tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh

tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bahkan

mereka boleh dikenakan pro siding tatatertib di bawah

Bahagian VI dan tidak berhak mendapat dalam mana-mana

mahkamah sebarang fee, caj atau saraan bagi perkhidmatan

kaunselingnya.

Klausa Seksyen 22 menyatakan tentang pengamalan

kaunseling dan penggunaan istilah kaunselor berdaftar.

Berdasarkan pernyataan ini, Othman Mohamed (2005: 291)

menyatakan bahawa ia memberi kesan yang meluas atas

praktis pertolongan biasa yang wujud antara badan

sukarela bukan kerajaan dan juga keseluruhan perkhidmatan

kaunseling di sekolah dalam perkhidmatan Kementerian

Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kebajikan

Masyarakat, Kementerian Kesihatan, JabatanKemajuan Islam,

Jabatan Perkhidmatan Awam dan semua institusi pengajian

tinggi di Malaysia.

Konklusinya, kaunselor dianggap sebagai orang yang

berupaya menolong klien dalam menjalani kehidupan dengan

lebih berkesan melalui interaksi psikologi dan bimbingan

antara kaunselor dan klien. Namun kaunselor berdaftar

lebih meyakinkan klien, memenuhi etika kaunselor,

mempunyai fee yang ditetapkan serta mematuhi undang-

undang Malaysia berikatan dengan profesion kaunselor.

iv) Definisi Etika dan Akhlak

Dalam membincangkan tentang kod etika kaunseling perlu

dijelaskan terlebih dahulu tentang maksud etika atau

ethics. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, etika membawa

maksud prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai

akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau

sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dan lain-lain

(Noresah Baharom, 2005). Dalam Kamus Dewan edisi baru,

etika membawa maksud kerja etik yang dijadikan pegangan

semasa menjalankan tugas (Sheikh Othman Sheikh Salim

1992).

Menurut Kitchener (2000), ‘Ethics involves systematic judgments

of value regarding (how people ought to act toward one another)’ yang

menjelaskan bahawa etika melibatkan proses membuat

keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi

mereka. Etika menyentuh persoalan berkaitan perkara yang

baik dan buruk, sama ada perlakuan atau nilai. Penetapan

tingkah laku itu perlu berlandaskan agama atau sistem

kepercayaan masyarakat.

Etika melibatkan proses membuat keputusan berkaitan

sifat moral manusia dan interaksi mereka. Etika menyentuh

persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada

perlakuan ataupun nilai Gladding, S.T. (2000). Penetapan

tingkah laku beretika perlulah berlandaskan agama atau

sistem kepercayaan masyarakat tempatan (Maznah Baba &

Zainal Madon (2003).

Etika berbeza dengan moral, di mana etika bersifat

reflektif dan teoritikal, sedangkan moral bersifat

aktiviti dan praktikal. Etika akan mengkaji, menganalisa

serta mengkritik moral yang sedia ada. Etika adalah suatu

penggubalan kod atau peraturan moral yang baru untuk

dijadikan panduan hidup oleh golongan manusia tertentu

(Mohd Nasir Omar, 2010: 22).

Berdasarkan takrifan di atas, maka dapat dirumuskan

bahawa etika adalah prinsip moral atau nilai-nilai baik

dan buruk yang menjadi pegangan seseorang individu atau

sesuatu kumpulan dalam sesebuah interaksi, berlandaskan

agama dan kepercayaan.

Etika dalam Islam dipanggil sebagai akhlak. Akhlak

adalah istilah yang diperkenalkan bersumberkan al-Quran

dan al-Sunnah. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak (khuluq)

yang agung.” (Al-Quran,68: 4). Dari istilah etimologi,

akhlak adalah kata jamal bagi perkataan Arab, khuluq.

Akhlak merujuk kepada tabiat semula jadi, adat, perangai,

susila, kebiasaan dan gaya hidup individu atau kumpulan

manusia (Ibn Manzur t.t. II: 1244-1248). Menurut Ibn

Miskawayh di dalam Mohd Naisr Omar (2010), akhlak adalah

suatu situasi yang terbentuk dalam diri seseorang manusia

yang berfungsi sebagai kuasa ekskutif yang mengarah

individu tersebuat dalam setiap tindakannya (Mohd Nasir

Omar,2010: 24).

Al-Ghazali memberikan takrifan yang sedikit berbeza

dengan Ibn Miskawayh di mana menurut beliau, akhlak

adalah suatu disposisi yang mantap dalam jiwa (al-nafs)

manusia dan segala perbuatannya terhasil dengan mudah

tanpa melibatkan daya pemikiran dan deliberasi. Sekiranya

disposisi tersebut menghasilkan perbuatan yang mulia,

iaitu terpuji menurut akal dan syariat, maka disposisi

tersebut dinamakan sebagai akhlak yang baik. Tetapi jika

sebaliknya, ia dipanggil akhlak buruk (al-Ghazali, 1976

III: 68).

Akhlak bukanlah ilmu atau makrifat tentang sesuatu

kebaikan, kerana ilmu tidak semestinya menjamin seseorang

itu adalah baik atau jahat. Akhlak juga bukan kekuasaan

atau kudrat yang membolehkan seseorang itu melakukan

sesuatu perbuatan, kerana kita tidak boleh menilai

seseorang itu baik atau jahat melalui kudratnya.

Perbuatan seseorang juga tidak boleh dianggap sebagai

akhlak, kerana akhlak itu adalah suatu disposisi kejiwaan

(Mohd Nasir Omar, 2010: 24).

Maka. akhlak adalah suatu unsur dalaman dalam jiwa

yang merupakan dimensi rohaniah yang mendesak seseorang

melakukan sesuatu tindakan atau perbuatan. Akhlak itu

adalah unsur dalaman, manakala perbuatan adalah unsure

luaran yang terhasil daripada akhlak.

v) Kod Etika

Melihat kepada pengertian kod etika pula, ia ditakrifkan sebagai

suatu sistem tingkah laku bagi sesuatu pekerjaan (Maznah Baba &

Zainal Madon,2003 : 22), atau satu set standard, atau piawaian dan

prinsip yang dibentuk oleh sesebuah organisasi bertujuan untukmemberi panduan kepada ahli mengenai tingkah laku berinteraksi

antara ahli dengan orang luar organisasi berkenaan (Gladding,

S.T., 2000).

Kod etika juga boleh ditakrif sebagai tatasusila

yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis

yang dijalankan oleh ahli dalam sesesuatu profession dan

ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan suatu

praktis profesional. Bidang kaunseling juga adalah suatu

profesion yang memiliki kod etikanya yang tersendiri. Kod

etika berfungsi sebagai ingatan kepada ahli dalam

profesion supaya dibimbing dengan peraturan, membina

serta boleh menjaga martabat ahli, hak dan keselamatan

kliennya (Othman Mohamed,2005: 283).

Kod etika juga adalah satu alat bantuan dalam usaha

membuat kata putus berkaitan dengan isu dilema etika.

Antara isu penting ialah yang berkaitan dengan persoalan

menjaga hak klien, hak masyarakat, hak kebebasan,

kerahsiaan, keistimewaan penerimaan maklumat dan luahan

profesional oleh kaunselor (Othman Mohamed,2005: 284).

Dalam erti kata lain, Kod Etika ini bertujuan

menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga

menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul

dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan

kaunselor. Kod Etika ini menggariskan standard perlakuan

kaunselor dalam menjalin perhubungan profesional dengan

klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan

profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. la juga

merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai

tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti

sebagai seorang kaunselor (Ishamudin Ismail,116 : 109).

Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama

perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan kepada

harga diri, digniti, dan keunikan semua individu termasuk

hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan

kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan

nilai-nilai murni. Kod Etika ini tidak menggariskan semua

peraturan mengenai perlakuan kaunselor dalam menghadapi

keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan

tanggungjawab (Persatuan Kaunseling Malaysia (PEKAMA).

1994).

Walaupun kod etika diwujudkan bagi membantu

kaunselor dalam tatasusila profesion, namun sebenarnya

kod etika ini bukanlah suatu kod yang sempurna dan

fleksible untuk semua permasalahan klien. Ada sebahagian

isu-isu yang tidak dapat diselesaikan hanya dengan

berpandukan kepada kod etika sahaja tetapi dengan prinsip

etika yang difahami oleh seseorang kaunselor (Othman

Mohamed,2005: 284).

Kebiasaannya kod etika sesuatu profesion itu

ditentukan berdasarkan nilai-nilai murni tempatan dan

sejagat. Manakala kod etika tersebut akan berubah

mengikut keperluan atau situasi yang mengfokuskan kepada

penghargaan kendiri, digniti dan keunikan individu. Yang

mana kod etika ini ditentukan juga berdasarkan hak dan

peluang individu. Bidang kaunseling adalah seperti

profesion lain juga, mempunyai panduan perlakuan yang

sesuai dan tidak sesuai diamalkan dalam perlaksanaan

tugas secara formal. Kitchener dan Anderson (2011:7)

mencadangkan model yang membentangkan lima prinsip asas

bagi penyelidik, ahli psikologi dan kaunselor. Prinsip-

prinsip ini adalah: authonomy (kebebasan tindakan dan

pilihan), beneficence (berbuat baik), non-maleficience

(mengelakkan bahaya), justice (keadilan), dan fidelity

(menunaikan janji/setia). Sebagaimana yang dinyatakan

dalam Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunseling Malaysia,

prinsip-prinsip yang telah dicadangkan ini menjadi suatu

yang penting bagi pakar psikologi dan kaunselor dalam

kerja mereka. Model-model ini telah menjadi garis panduan

kepada dalam pembentukan kod etika bagi The National

Career Development Association (Persatuan Pembangunan

Kerjaya Kebangsaan).

Seseorang kaunselor yang berdaftar, bukan sahaja

perlu menguasai ilmu dan kemahiran kaunseling, bahkan

perlulah memiliki ciri-ciri personaliti serta nilai-nilai

tertentu. Untuk memastikan kelangsungan proses

kaunseling, maka ia perlu dipandu dan dibimbing oleh

suatu sistem, peraturan, panduan atau tatacara yang

ditetapkan sesuai dengan proses kaunseling.

Bidang kaunseling mempunyai panduan dalam perlakuan

dan tindakan, mengawal sama ada sesuatu tindakan itu

sesuai atau tidak untuk diamalkan dalam perlaksanaan

tugas secara formal. Para kaunselor perlu kepada suatu

panduan dalam profesion kaunseling di Malaysia bagi

melaksanakan tugasnya secara profesional. Maka, kod etika

kaunseling diwujudkan oleh PERKAMA, Persatuan Kaunseling

Malaysia, seterusnya Akta Kaunseling diwartakan pada

tahun 1998 (Maznah Baba & Zainal Madon,2003 : 21).

Kod Etika ini dibentuk berasaskan Kod Etika Persatuan

Kaunseling Amerika dan diubah suai kemudiannya telah disemak

sebanyak lima kali. Ini bagi memastikan ianya kemas kini dan

lengkap. Walau bagaimanapun, tidak ada Kod Etika yang dapat

menyelesaikan semua soalan dan isu dengan selengkap yang

mungkin. Oleh itu, seseorang kaunselor profesional perlu

menggunakan budi bicara dan prinsip moral, autonomy, beneficence,

nonmaleficence, justice, fidelity dan veracity sepertimana yang

digariskan di dalam Kod Etika Persatuan Psikologi Amerika, ketika

seseorang kaunselor perlu membuat keputusan di luar skop Kod

Etika ini (Lembaga Kaunselor. T.t.).

Sebuah Jawatankuasa Kod Etika telah dibentuk oleh Lembaga

Kaunselor yang mana anggotanya terdiri daripada Profesor Emeritus

Dato Abdul Halim Othman, ’ Profesor Emeritus Dato’ Dr. Amir

bin Awang, Profesor Suradi Salim, Profesor See Ching Mey, Profesor

Madya Dr. Mohamad Fadzil Che Din dan Profesor Madya Dr.

Fatimah Yusooff. Kod Etika Kaunselor (KEK) Lembaga Kaunselor

(Malaysia) mempunyai lima tujuan utama, iaitu untuk:

1. menyediakan garis panduan bagi membantu kaunselor untuk

bertindak secara profesional. Dengan yang demikian, mereka

dapat memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik serta

memupuk nilai-nilai profesion kaunseling dengan cara terbaik;

2. mewujudkan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku

beretika serta amalan-amalan yang terbaik;

3. membolehkan Lembaga Kaunselor (Malaysia) menjelaskan

tanggungjawab etika semua kaunselor yang berdaftar dengan

Lembaga Kaunselor (Malaysia);

4. memberi sokongan kepada misi Lembaga Kaunselor

(Malaysia); dan untuk

5. menjadi asas bagi memproses aduan dan pertanyaan

mengenai etika yang ditujukan kepada kaunselor.

Seseorang kaunselor profesional, ketika mana beliau perlu

membuat keputusan di luar skop Kod Etika ini, maka beliau

seharusnya menggunakan budi bicara dan prinsip moral, autonomy,

beneficence, nonmaleficence, justice, fidelity dan veracity sepertimana

yang digariskan di dalam Kod Etika Persatuan Psikologi Amerika

(Lembaga Kaunselor. T.t.).

Autonomi bermaksud, seseorang itu berhak bertindak

mengikut kehendaknya. Prinsip ini melibatkan usaha

seseorang bertindak secara bebas berasaskan nilai dan

kata putusnya. Ini bermaksud, seseorang itu

bertanggungjawab ke atas perlakuannya sendiri. Apabila

seseorang itu bertindak secara autonomi, implikasinya

beliau juga bertanggungjawab pada perlakuannya kerana

beliau sudah menjalankan kebebasan memilih dalam membuat

sesuatu keputusan. Prinsip ini juga bermaksud seseorang

itu mempunyai keistimewaan bersendirian, yang bermaksud

klien berhak menerima layanan yang baik dari kaunselor,

diberi peluang menyatakan hak dan meluahkan sesuatu.

Selain itu, prinsip yang ditekankan dalam kod etika

adalah prinsip membuat kebaikan atau dipanggil sebagai

beneficence. Prinsip ini difahami sebagai membuat kebaikan

dengan menjalankan proses kaunseling secara berkesan dan

berfaedah. Prinsip kerahsiaan maklumat perlu diberi

timbangan untuk menghadapi dilema etika (Othman

Mohamed,2005: 285-286).

Prinsip lain adalah persetujuan termaklum atau

informed consent adalah keadaan di mana klien berhak

mengetahui prosedur asas yang mereka lalui serta

penjelasan tentang tujuan sesuatu proses kaunseling itu

dijalankan. Wajib bagi kaunselor memaklumkan kliennya

tentang prosedur dan klien berhak mengemukakan pertanyaan

tentang prosedur kaunseling. Klien juga mempunyai hak

untuk berundur atau tidak terlibat dengan proses

kaunseling pda bila-bilamasa sahaja. Prinsip keselamatan

klien atau dikenali sebagai non-maleficence juga adalah

sangat penting dalam sesebuah proses kaunseling. Ia juga

membawa maksud tidak memudaratkan klien atau orang lain

dan tidak melakukan kerosakan sepanjang proses kaunseling

berlangsung. Prinsip ini menuntut supaya apa sahaja

aktiviti yang dijalankan tidak akan mendatangkan bahaya.

Oleh itu, seseorang kaunselor perlu prihatin dalam

mengatur sesebuah proses kaunseling agar tidak

mendatangkan sebarang bahaya dan risiko kepada dirinya,

klien dan masyarakat (Othman Mohamed,2005: 287).

Dalam prinsip keadilan, ia membawa mesej bahawa

semua insan adalah sama dan setiap orang diberi peluang

untuk semua orang agar memperolehi sesuatu tanpa ragu-

ragu. Prinsip ini berasaskan dua kriteria, iaitu sama

dari segi keperluan dan sama dari segi merit. Sama dari

segi keperluan bermaksud, setiap insan mendapat peluang

yang tersendiri. Sama dari segi merit pula bermaksud,

setiap individu mendapat layanan yang sama mengikut

masalah yang dialami masing-masing. Seterusnya dalam

fidelity atau prinsip kesetiaan, ianya berasaskan kepada

kesetiaan dan ketaatan dalam hubungan sesam manusia,

iaitu adanya janji untuk melengkapkan sesuatu tindakan

antara kedua-dua pihak. Hubungan antara kaunselor dan

klien melibatkan kepercayaan, kerahsiaan dan perjanjian

(Othman Mohamed,2005: 288).

Berdasarkan prinsip-prinsip asas dalam proses

kaunseling ini, seseorang kaunselor profesional masih

perlu menggunakan budi bicara dan prinsip moral, autonomy,

beneficence, nonmaleficence, justice, fidelity dan veracity sepertimana

semasa membuat keputusan di luar skop Kod Etika ini. Ini

bagi menjamin kelangsungan proses kaunseling dan mencapai

objektif sesebuah proses kaunseling.

vi) Analisis Kod Etika Kaunselor : PERKAMA dan Islam

Kod etika kaunselor yang diwujudkan oleh PERKAMA atau

Persatuan Kaunseling Malaysia adalah lebih lama sebelum

Akta Kaunseling 1998 diwartakan. Di antara standard atau

kod etika perlakuan kaunselor yang digariskan oleh

PERKAMA mengcakupi lima aspek berikut :

1. Hubungan professional dengan klien, rakan-rakan

kaunselor, majikan, individu, dan profesion lain

serta masyarakat.

2. Penyediaan perkhidmatan persendirian yang

merangkumi aspek pengiklanan, pengurusan dan

pembayaran.

3. Penyelidikan dan penerbitan merangkumi etika

persetujuan subjek, dan penerbitan hasil.

4. Program latihan.

5. Penggunaan instrumen pengukuran dan penilaian

melalui kaedah mengendalikan instrumen dan

mentafsir keputusan ujian.

Adapun etika kaunselor yang telah disebut dengan jelas

oleh PERKAMA antaranya seperti berikut :

1- Kaunselor bertanggungjawab mengutamakan

kepentingan klien, samada klien individu atau

klien korporat (organisasi) [Bahagian A (1)].

2- Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati

latar belakang sosiobudaya klien. [Bahagian A

(3)].

3- Semasa perhubungan kaunseling, kaunselor

hendaklah memelihara kesejahteraan fisikal dan

psikologi klien, dan tidak memperalatkan klien

untuk kepentingan diri sendiri sama ada dalam

aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya

atau dalam apa bentuk sekalipun. [Bahagian A

(4)]

4- Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien

mengenai keperluan, proses dan implikasi

perkhidmatan kaunseling. [Bahagian A (6)].

5- Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk

meningkat tahap kecekapan professionalisme

masing-masing. [Bahagian B (1)].

6- Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap

menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan

professionalnya. [Bahagian B (2)].

7- Kaunselor hendaklah bersedia untuk

mempertahankan, membantu serta membela rakan

kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan

tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

[Bahagian B (4)].

8- Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati

unsur sosiobudaya masyarakat di mana dia

berkhidmat. [Bahagian C (1)].

9- Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang

negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan

undang-undang tersebut. [Bahagian C (2)].

10- Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan

komitmen yang ditandatangani dengan organisasi

tempat dia berkhidmat. [Bahagian D (1) ].

11- Kaunselor hendaklah berusaha mengikut polisi dan

prosedur, serta meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

[Bahagian B (11) & (12)].

Ternyata sesetengah etika yang telah digariskan dalam

Etika PERKAMA menyamai apa yang telah dianjurkan oleh

Islam, dan etika yang telah disebutkan itu boleh

disesuaikan dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Tetapi

jika hendak digunakan khusus kepada masyarakat Islam

Malaysia ia perlu dibuat lebih terperinci lagi (Siti

Zalikha, 2002 : 32). Etika kaunseling yang dapat

disaring dari panduang syarak adalah sebagaimana

berikut :

i) Kaunseling merupakan suatu amanah, Kaunselor

hendaklah menghormati privasi klien dan

merahsiakan segala maklumat yang diperolehi

semasa kaunseling melainkan jikalau maklumat itu

akan membahayakan klien atau orang-orang

dipersekitarannya.

ii) Tugas memberi bimbingan kepada orang yang

memerlukan sangat menitik beratkan nilai-nilai

murni dalam tugasannya, oleh itu KaunseIor

hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi,

ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta

kecekapan profesionalismenya.

iii) Sebagaimana Islam menganjurkan itqan

(bersungguh-sunguh dalam melakukakn suatu

pekerjaan) Kaunselor hendaklah berusaha mengikut

polisi dan prosedur, serta meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan

organisasinya serta hendaklah bersama-sama

bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya

untuk diri dan stafnya.

iv) Dalam kehidupan seharian kita Islam menganjurkan

kita memuhasabah diri, dalam etika ini pula

Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai

secara profesional dari masa ke masa.

v) Islam menganjurkan supaya menyuruh kepada yang

ma’ruf dan mencegah perkara yang mungkar, oleh

itu kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah,

mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan

kaunselor yang tidak beretika.

Islam merupakan agama yang bersifat (syumuliyyah)

mengcakupi seluruh sudut kehidupan manusia. Bagi

kaunseling belum ada satu pertubuhan kaunseling

mewartakan etika khusus kepada kaunseling Islam. Oleh

yang demikian “Panduan Bertindak” dijadikan sebagai garis

panduan bagi seorang kaunselor muslim untuk mengenali

perkara-perkara yang dilarang disisi syarak iaitu ‘Haram’

dan perkara yang dibenarkan di sisi syarak iaitu ‘Halal’.

Di samping itu terdapat perkara-perkara yang hukumnya

‘Makruh’ iaitu perkara yang dilarang di sisi syarak

tetapi larangannya tidak mutlak, oleh itu kedudukannya

kurang daripada ‘Haram’, pelakunya tidak dikenakan

balasan seperti perlaku perkara yang diharamkan. (Siti

Zalikha 2002 : 34-37).

i) Prinsip awal yang ditetapkan oleh Islam ialah

asal perkara yang diciptakan oleh Allah s.w.t

ialah halal dan harus, tidak diharamkan kecuali

setelah terdapat nas yang sahihi dan terang

daripada Allah tentang pengharamannya. Sekiranya

tidak terdapat dalil yang mengharamkan sesuatu

perkara itu kekallah perkara tersebut dengan

hokum asalnya iaitu harus. Prinsip ini diperoleh

berdasarkan nas al-Qur’an dan al-Sunnah.

ii) Menghalalkan dan mengharamkan adalah hak Allah

s.w.t. Oleh itu sesiapa yang menghalalkan yang

diharamkan atau sebaliknya telah bertindak

melampaui batas kuasanya sebagai hamba Allah dan

menjadikan diri mereka sekutu Allah, maka

pengikut golongan tersebut adalah syirik.

iii) Menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan

perkara yang halal merupakan rakan syirik dan

telah melampaui batas.

iv) Pengharaman merupakan ekoran keburukan dan

kemudaratan. Oleh itu perkara yang dihalalkan

merupakan perkara yang baik untuk manusia.

v) Perkara yang dihalalkan tidak memerlukan kepada

perkara yang diharamkan. Sebagai contoh,

diharamkan bertenung nasib disebaliknya

digalakkan seorang muslim berdoa dan melakukan

solat istikharah.

vi) Perkara yang membawa kepada haram maka hukumnya

haram. Sebagai contoh, diharam perzinaan maka

sebarang perlakuan yang boleh mendorong kepada

perzinaan adalah haram hukumnya.

vii) Sebarang helah bagi menghalalkan yang haram

hukumnya haram seperti mencipta nama untuk arak

bagi membolehkan manusia tidak menganggapnya

sebagai arak.

viii) Niat baik tidak meluluskan sesuatu yang

haram.

ix) Jauhi perkara yang (syubhat) yang jelas haram

dan halalnya kerana ditakuti terjerumus ke dalam

perbuatan yang haram.

x) Perkara yang haram keseluruhannya (maksudnya

tidak ada pengecualian bagi golongan tertentu)

xi) Darurat membolehkan melakukan perbuatan yang

dilarang (sekadar keperluan)

Buku Kaunseling Islam, 2006 ada mengariskan tentang adab-

adab yang perlu dipatuhi oleh kaunselor muslim dalam

memberi pertolongan, di antaranya:

1. Mengucapkan salam dan bersalaman: Memberi salam

dan bersalaman merupakn identiti Muslim yang

dikenali seluruh dunia. Lebih daripada itu ia

merupakan sunnah mulia yang perlu diamalkan oleh

setiap Muslim. Begitu juga halnya dengan

kaunselor Muslim, seharusnya memulakan sesi

pertemuan dengan salam dan bersalaman bagi yang

bukan ajnabi. Sebagaimana hadis Nabi s.a.w

“Apabila bertemu dua orang muslim, maka

bersalaman (kedua-duanya) mengucapkan puji-

pujian kepada Allah dan memohon keampuan

(Allah), nescaya Allah ampunkan kedua-duanya”

(Hadis riwayat Abu Daud)

2. Tempat dan suasana yang kondusif: Satu-satu sesi

pertemuan sebaiknya diadakan di tempat dan dalam

suasana yang kondusif untuk perbincangan atau

pertemuan. Ini penting bagi menjamin keselesaan

klien sekaligus lebih menjamin kebarangkalian

pertemuan yang Berjaya. Perhatian juga perlu

diberikan kepada mood klien, kaunselor perlu

prihatin dan dapt menyesuaikan metodnya dengan

klien dan persekitaran. Iman al-Ghazali

mengkategorikan tempat dan suasana pertemuan

yang kondusif dalam (Adab as-sima’) adab

mendengar. (al-Ghazali : 266-298)

3. Menggunakan perkataan yang baik dan lembut:

Perkataan yang baik lagi lembut dan lunak akan

menenangkan pendenga apabila mendengarnya. Nada

suara yang bersesuaian juga termasuk dalam adab

ini. Al-Quran banyak menyebut tentang saranan

supaya memilih perkataan yang lebut dan baik

antaranya, Surah al-Isra’ 17: 53, al-Baqarah

2:263.

4. Mengucapkan pertuturan yang teratur, jelas dan

nada yang sesuai: Pertuturan yang teratur dan

jelas amat penting dalam menjamin komunikasi

yang berjaya di semua peringkat samada dalam

akademik, perniagaan, sesi kaunseling atau sesi

pertemuan social biasa. Ia juga adalah salah

satu sunnnah dan adab dalam berkomunikasi.

5. Memilih jarak yang bersesuaian antara kaunselor

dan klien: Jarak yang diperlukan adalah mengikut

kesesuaian dan jangan terlalu jauh. Manakala

pertuturan yang disarankan pula adalah dengan

menggunakan suara yang perlahan, ini bermakna

jarak antara dua orang yang bercakap mestilah

agak rapat sehingga memungkinkan mereka

mendengar dengan baik antara satu sama lain.

Sebagaiman perintah Allah dalam surah Luqman 31:

19 yang bermaksud “…..dan perlahankanlah

suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah

suara keldai”

6. Menjauhi perkara yang sia-sia: Menjauhi perkara

yang sia-sia semasa sesi kaunseling. Perkataan

yang sia-sia yang tiada kaitan dengan teknik dan

prosedur kaunseling tidak akan memberi sebarang

faedah kepada kaunselor atau klien.

7. Mengadap wajah klien dan pandangan yang mesra:

Menghadap wajah seseorang (khususnya Muslim)

serta memandangnya dengan pandangan yang ceria

ketika bercakap dituntut dalam Islam.

8. Senyum dalam sesi pertemuan: Senyuman yang

ikhlas dalam sesi pertemuan akan menghasilkan

suasana tenang dan kondusif. Senyum (dan

bermanis muka) digalakkan dalam Islam apabila

bertemu sesama Muslim (khususnya) tidak kira

pertemuan peribadi ataupun terbuka.

9. Mengekalkan hubungan baik selepas sesi

pertemuan: Hubungan silaturrahim yang baik

hendaklah dikekalkan walaupun selepas tamat sesi

pertemuan terutama sesame saudara Muslim. Ini

kerana dalam Islam perhubungan sesama Muslim

tidak tertakluk secara rasmi sahaja, atau tempat

dan masa tertentu. Firman Allah s.w.t dalam

surah al-Hujurat 49: 10 yang bermaksud

“Sebenanrnya orang-orang yang beriman itu

bersaudara…”

10. Bersangka baik: Bersangka baik bukan sahaja

perlu dalam sesi kaunseling malahan merupakan

satu perintah al-Quran yang perlu diamalkan

sepanjang masa. Sebaliknya sikap prejudis

hendaklah dielakkan kerana ia mungkin membawa

kita kepada kesimpulan yang salah.

11. Menghormati klien dan empati: Dalam Islam

menghormati tetamu dan sesama manusia adalah

satu budi pekerti yang mulia. Muhammad Sa‘id

Mubayyadh dalam Adab al-Muslim fil Adat wal

ibadat wal al-muamalat juga memasukkan prihatin

dan menjaga perasaan orang lain dalam ketagori

hormat. Berbisik (najwa) di hadapan klien juga

akan menimbulkan rasa kurang senang di pihak

klien (seperti dinyatakan dalam al-Quran, al-

Mujadilah 58 :9).

12. Kaunselor juga perlu mengambil kira situasi

psikologi dan emosi klien dan cuba berkongsi

perasaan yang sama dengannya dengan tidak

menghampakan klien yang memerlukan pertolongan:

Seseorang kaunselor hendaklah memenuhi

permintaan klien untuk sesi kaunseling ditahap

maksima yang dia termampu. Membantu klien

memerlukan pertolongan akan dikurniakan ganjaran

yang tidak terhingga oleh Allah s.w.t

berdasarkan prinsip memenuhi hajat seseorang

(saudara sesama Islam). Menolong golongan bukan

Islam (malahan binatang) juga dikira satu

kebajikan kerana Islam itu agama yang penuh

dengan belas kasihan dan kasih sayang.

13. Memanggil klien dengan nama dan cara yang sopan:

Adab memanggil seseorang adalah dengan cara yang

sopan dan tidak memanggilnya dengan gelaran atau

cara yang tidak sopan.

14. Mengambil maklumat klien mengikut keperluan

sahaja. Seorang kaunselor tidak berhak untuk

mengambil maklumat klien yang tidak berkaitan

apatah lagi perkara yang mungkin mengaibkan

klien atau yang tidak direlakan oleh klien.

Mengambil maklumat yang tidak relevan menyalahi

tuntutan hak asasi manusia dalam Islam.

Berdalilkan kepada nas al-Quran, surah al-

Hujurat 49:11.

15. Kerahsiaan: Merahsiakan perkara yang mengaibkan

saudara sesama muslim menjadi tangungjawab kita,

bahkan kerahsiaan itu menjadi hak setiap

individu samada Muslim ataupun tidak. Oleh yang

demikian, setiap butiran maklumat yang didapati

dari kes yang dikendalikan olek kaunselor

menjadi tanggungjawab kaunselor untuk menjaga

kerahsiaan tersebut. Allah s.w.t juga berfirman

dalam surah al-Hujurat 49: 12 yang bermaksud

“….dan janganlah sebahagian kamu mengumpat

sebahagiannya yang lain…”

16. Kod berpakaian yang menepati syarak: Islam

menitik beratkan umatnya dalam penjagaan aurat

serta tatacara pemakaian, sehingga dalam kitab-

kitab akhlak telah dibincangkan khusus tentang

adab-adab berpakaian. Oleh itu, kaunselor

seharusnya menitik beratkan soal pemilihan

pakaian yang menepati syarak apatah lagi apabila

melibatkan pertemuan antara lelaki dan

perempuan.

17. Agama sebagai sumber panduan utama: Setiap

kaunselor muslim seharusnya meletakkan agama

sebagai penyelesai kepada setiap permasalah yang

berlaku, agama merupakan jalan pulang kepada

setiap manusia. Tidak seharusnya tertumpu kepada

teori atau kaedah penyelesaian masalah yang

telah dilontarkan oleh barat. Ini kerana rujukan

Islamik pasti akan memberi petunjuk yang benar

dan jelas bagi memandu kita mendapatkan jalan

penyelesaian bagi suatu masalah. Sebagaimana

firman-Nya dalam surah an-Nisa 4: 65 yang

bermaksud “Maka demi Tuhanmu, mereka tidak

disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan

engkau hakim dalam perselisihan yang timbul di

antara mereka, kemudian merekapula tidak merasa

di hati mereka keberatan dari apa yang telah

engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan

itu dengan sepenuhnya”.

Berdasarkan kepada adab-adab yang telah disebutkan,

jelas kepada kita bahawa kaunselor sangat memainkan

peranannya yang penting bukan sahaja sebagai pembimbing

yang membantu klien menghadapi suatu masalah, bahkan dia

boleh menjadi role model atau contoh ikutan yang baik

kepada setiap kliennya di dalam mahupun di luar sesi

pertemuan mereka.

1.5 KESIMPULAN

Ternyatalah di sini bahawa etika kaunseling merupakan

perkara utama yang perlu dipenuhi oleh para kaunselor

yang ingin menjalankan sesi kaunseling. Ia bukanlah satu

garis panduan yang merupakan pilihan kepada setiap

kaunselor, namun ia melibatkan akta dan perundangan yang

mana menjadikan kewajipan kepada setiap kaunselor untuk

menurutinya.

Merujuk kepada Islam, setiap kaunselor muslim

digariskan beberapa tambahan panduan bertindak bagi

memandu perjalanan sesi yang akan dijalankan, agar

bersesuaian dan mesra syariah dengan berpandukan etika

dan akhlak yang dipandu oleh al-Quran dan al-Sunnah agar

di akhir sesi kaunseling dapat mencapai matlamat

kebajikan dan kebahagiaan kaunselor mahupun klien dunia

dan akhirat.

1.6 RUJUKAN

Al-Quran.

Abu Hamid al-Ghazali. Ihya’ Ulum al-Din. Juzu’ kedua. KiryatPutra: Semarang Indonesia.

Abu Hamid al-Ghazali. 1976. Ihya’ Ulumuddin. 4 vols. Ter:Fzlul Karim. Cairo: Mu’assasa al-Halabi wa sharakali’l-Nash wa al-Tazwi.

Gladding, S.T. 2000. Counseling: A Comprehensive Profession. NewJersey: Prentice Hall.

Ibn Manzur. T.t. Lisan al-‘Arab. Cairo: Dar Ma’arif.

Ishamuddin Ismail. 1996. Persepsi Kaunseling Kontemporari. KualaLumpur: Pusat Ilmu Jelatek.

Kitchener, K. S. (2000). Foundations of Ethical Practice, Research,and Teaching in Psychology. New York: Lawrence ErlbaumAssociates.

Kitchener, K. S. & Anderson, S. K. (2011). Foundations ofethical, practice, research, and teaching in psychology and counseling.New York: Routledge.

Lembaga Kaunselor. T.t. Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor(Malaysia). Kuala Lumpur: Sebarau Enterprise KL.

Rizal Abu Bakar. 2009. Kaunseling daripada Perspektif Islam. Apa,Mengapa dan Bagaimana. Kuala Lumpur: Utusan Publicationand Distributor.

Mizan Adiliah, Wan Mohd Fazrul Azdi & Hanit Osman. 2006.Kaunseling dalam Islam. Nilai: Kolej Universiti IslamMalaysia.

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip dan kawan-kawan.2009.Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: PTSProfessional.

Mohd Nasir Omar. 2010. Falsafah Akhlak. Selangor: UniversitiKebangsaan Malaysia.

Mohd Salleh Lebar. 1993. Bimbingan dan Kaunseling: Tugas Guru danKemahiran Asas. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Noor Arifah Bujang. T.t.h. Akhlak Islam Dalam Kaunseling. T.tpt.

Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan. Edisi ke-4. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nordin Kardi dan Mohamed Fadzil Che Din. 2000. EikaKaunseling. Modul Pembelajaran Jarak Jauh, IDEAL.Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Othman Mohamed. 2005. Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan DalamKaunseling. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Persatuan Kaunseling Malaysia (PEKAMA). 1994. Kod EtikaKaunselor.

http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/polisihr/kodetika/kodetika.htm [25 November 2013].

Sheikh Othman Sheikh Salim. 1992. Kamus Dewan. KualaLumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Siti Zulaikha Md Nor. 2002. Kaunseling Menurut Perspektif Islam.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.