dokumen sebutharga kerja-kerja mengecat bangunan di ppr ...

25
DOKUMEN SEBUTHARGA KERJA-KERJA MENGECAT BANGUNAN DI PPR MERGONG SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK C, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN. NO. SEBUTHARGA : PSU (K) 103/107 - (SH)/P/P/(PEMERKASA)/ 033/2021 Setiausaha Bahagian (Bahagian Perumahan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Transcript of dokumen sebutharga kerja-kerja mengecat bangunan di ppr ...

DOKUMEN SEBUTHARGA

KERJA-KERJA MENGECAT BANGUNAN DI PPR MERGONG

SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK C, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

NO. SEBUTHARGA : PSU (K) 103/107 - (SH)/P/P/(PEMERKASA)/ 033/2021

Setiausaha Bahagian (Bahagian Perumahan)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,

Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar,

Kedah Darul Aman

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

BAHAGIAN PERUMAHAN

No. Sebutharga : PSU (K) 103/107 - (SH)/P/P/(PEMERKASA)/ 033/2021

KERJA-KERJA MENGECAT BANGUNAN DI PPR MERGONG SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK C, ALOR SETAR,

KEDAH DARUL AMAN.

Isi Kandungan

Bil Keterangan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Kenyataan Sebutharga Dokumen A – Arahan Kepada Kontraktor

Dokumen B – Syarat-Syarat Sebutharga/Spesifikasi

- Kehendak Permulaan Dan Syarat-Syarat Am Dokumen C – Borang Sebutharga Lampiran C – Akuan Pembida

Dokumen D – Jadual Kadar Harga

Pelan-Pelan Pembinaan

Dokumen 1(1) - Senarai Kerja Yang Telah Siap

Dokumen 1(2) - Rekod Pengalaman Penyebutharga

Lampiran E – Senarai Semak Sebutharga

DOKUMEN A

DOKUMEN A

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

1.0 HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUTHARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau mana- mana Sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad.

2.0 CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUTHARGA

2.1 Penyediaan Sebutharga

Penyebutharga adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan sepenuhnya:

a) Ringkasan Sebutharga perlu diisi sepenuhnya dan ditandatangani oleh pentender dan saksinya.

b) Borang Sebutharga perlu diisi dengan menyatakan harga secara pukal

(Lump Sum) dan tempoh masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja. Borang ini perlu ditandatangani oleh pentender dan saksinya.

c) Butir-butir Spesifikasi. (jika ada)

d) Senarai kerja dalam tangan.

e) Senarai Pengalaman Kerja.

f) Maklumat kemampuan kewangan dalam bentuk penyata akaun bank untuk 3 bulan yang terkini, deposit tetap, baki nilai kemudahan kredit dan nilai kemudahan kredit yang layak/akan diperolehi oleh penyebutharga daripada institusi kewangan.

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Pentender hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.

2.2 'Integrity Pact'

a) Penyebutharga wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida seperti di Dokumen D1 di mana ia berwaad untuk tidak menawar atau memberi rasuh kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tawaran ini. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat.

b) Surat Akuan Pembida tersebut adalah menjadi salah satu dokumen wajib

dalam penilaian sebutharga peringkat pertama. Sekiranya pembida gagal mengemukakan Surat Akuan tersebut yang telah ditandatangani oleh pegawai Syarikat yang bertauliah, pembida tersebut akan dinilai sebagai gagal dalam penilaian peringkat pertama (gagal mengemukakan dokumen wajib) dan penilaian seterusnya tidak akan dilaksanakan.

A/1

c) Kontraktor yang berjaya wajib mengemukakan Surat Akuan Pembida Berjaya seperti di Dokumen D2 beserta dengan Borang Perjanjian Indent Kerja yang telah ditandatangani di mana ia berwaad tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapat kontark. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida ini hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak Syarikat. Surat Akuan ini akan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Sebutharga.

2.3 Penyerahan Dokumen Sebutharga

a) Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah

dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan

No. Sebutharga : PSU (K) 103/107 - (SH)/P/P/(PEMERKASA)/ 033/2021

Tajuk Sebutharga : KERJA-KERJA MENGECAT BANGUNAN DI PPR

MERGONG SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK C, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebutharga pada masa dan

tempat yang ditetapkan dalam Pemberitahuan Sebutharga.

b) Jika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan tangan, Pentender hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan ditempat yang ditetapkan.

c) Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan atas sebab

apa sekalipun, tidak akan dipertimbangkan.

2.4 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga yang tidak jelas atau bercanggah, Pentender boleh menghubungi Pegawai Indent untuk penjelasan lanjut.

3.0 RINGKASAN SEBUTHARGA

3.1 Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Lampiran F ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebutharga.

3.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penawaran bekalan/perkhidmatan dengan sempurna.

4.0 TEMPOH SIAP KERJA *

4.1 Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 8 minggu.

A/2

5.0 BAYARAN DOKUMEN SEBUTHARGA.

5.1 Dokumen Sebutharga ini dijual dengan harga RM10.00 (Ringgit Malaysia :

Sepuluh Sahaja)

6. 0 TEMPOH SAH SEBUTHARGA

Sebutharga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup Sebutharga. Pentender tidak boleh menarik balik Sebutharganya sebelum tamat tempoh sah. Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Pentender menarik balik Sebutharganya sebelum tamat tempoh Sebutharga.

7.0 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

Semua penyebutharga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu, para penyebutharga diberi ingatan berikut:

7.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

7.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota perkhidmatan awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

7.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

7.4 Mana-mana kontraktor yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini

walaupun tiada kerja dibuat mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mana- mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

A/3

DOKUMEN B

DOKUMEN B

SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA

1.0 PEMERIKSAAN TAPAK BINA

Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti tapakbina dan sekitarnya, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke Tapakbina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebutharganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

2.0 INSURANS

2.1 Kontraktor hendaklah atas nama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insuran

Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-Butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.

2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Indent semua polisi Insuran dan Nombor Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan Kerja. Bagaimanapun untuk tujuan memulakan kerja sahaja, Nota-nota perlindungan dan resit-resit bayaran premuim adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi Insurans selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9 (d) syarat-syarat ini.

3 0 PERATURAN PERLAKSANAN KERJA

3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan,

butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebutharga. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga ini dan arahan Pegawai lnden atau Wakilnya.

3.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di

perenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling, undang-undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh:

(i) Suruhanjaya Tenaga. (ii) Jabatan Keselamatan Pekerja dan Kesihatan. (iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik. (iv) Jabatan Bomba dan Penyelamat. (v) Pihak Berkuasa Tempatan.

4.0 KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA

Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.

B/1

5.0 SUB-SEWA DAN MENYERAHKAN KERJA

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor – kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah lnden Kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan Persetujuan bertulis daripada Pegawai lnden.

6.0 PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN KERJA OLEH PEGAWAI INDEN

6.1 Pegawai lnden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja

dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang mmbuktikan bahawa barang-barang itu mematuhi spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolakhendaklah diganti dan sebarangkos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri..

6.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri

menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.

6.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan Pegawai Indent secara bertulis.

7.0 RINGKASAN SEBUTHARGA

7.1 Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang

Sebutharga ini dan menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.

7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi menyiapkan Kerja dengan seumpamanya..

7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada

perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah sebut harga atau dalam tempoh Kerja.

7.5 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakhluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.

7.6 Apa-apa pelarasan harga dalam ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 7.4

tersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dilaras dan diperbetulkan sebelum inden kerja dikeluarkan. Jumlah amaun dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebutharga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebutharga hendaklah ditetapkan tidak berubah.

7.7 Sekiranya sebutharga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran

semula hendaklah dibuat dan harga sebutharga diselaraskan.

B/2

8.0 PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA

8.1 Dokumen Sebutharga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antra satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebutharga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebutharga itu

8.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebutharga dia hendaklah merujuk kepada Pegawai lnden untuk mendapatkan keputusan.

9.0 KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN

PERLANTIKAN KONTRAKTOR

Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:

a) Sekiranya kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang

ditetapkan. b) Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa alasan munasabah. c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja tanpa apa-apa sebab

munasabah d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah;

dan e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh puihak yang sah.

10.0 BAYARAN PENDAHULUAN (JIKA SEBUTHARGA MELEBIHI RM200,000.00 SEHINGGA RM500,000.00)

Kontraktor boleh memohon Bayaran Pendahuluan sebanyak 25 % atau RM 100,000.00 yang mana lebih rendah jika memenuhi kesemua syarat berikut:-

i) Kerja yang dilaksanakan bernilai melebihi RM200,000.00 sehingga RM500,000.00.

ii) Tempoh siap kerja tidak kurang daripada 3 bulan.

iii) Permohonan daripada kontraktor diterima dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh

Inden dikeluarkan.

iv) Polisi Insurans telah dikemukakan oleh kontraktor.

v) Satu jaminan terhadap Bayaran Pendahuluan dikemukakan oleh kontraktor samada dalam bentuk Jaminan Bank atau Jaminan Syarikat Kewangan atau Jaminan Insurans atau Jaminan Takaful. Nilai jaminan hendaklah sama dengan nilai bayaran pendahuluan yang dipohon.

B/3

11.0 BAYARAN BALIK PENDAHULUAN (JIKA SEBUTHARGA MELEBIHI RM200,000.00 SEHINGGA RM500,000.00)

Bayaran balik pendahuluan akan dibuat melalui potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkat kerja yang telah disempurnakan. Potongan akan mula dibuat setelah kemajuan kerja mencapai 25% dan semua bayaran balik hendaklah selesai semasa projek siap pada tahap 75%.

12.0 BAYARAN KEMAJUAN

Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.

13.0. KERJA PERUBAHAN

13.1 Pegawai lnden boleh mengeluarkan arahan arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai lnden boleh membatalkan Sebutharga ini.

13.2 Semua kerja perubahan danlatau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai lnden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian kadar yang dipersetujui oleh Pegawai lnden dan kontraktor hendaklah digunakan.

14.0 LANJUTAN MASA (JIKA SEBUTHARGA MELEBIHI RM200,000.00 SEHINGGA

RM500,000.00)

14.1 Sekiranya Kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan, Lanjutan Masa boleh diberikan kepada Kontraktor tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Sebutharga dan sebab kelewatan bukan berpunca daripada kelewatan di pihak Kontraktor.

14.2 Tiada lanjutan masa akan diberikan bagi sebutharga yang kurang dari

RM200,000.00 dengan apa jua alasan.

15.0 TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN

I. Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh warantike atas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada enam (6) bulan boleh dikenakan.

II. Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan olehbahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekcutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.

B/4

III. Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tiada tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat Kontraktor untuk menggantung pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan- salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangun Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.

16.0 PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan sempunanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-Borang Inden Kerja Asal iaitu borang Perjanjian Inden Kerja JKR 58 dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja 58A kepada Pegawai Inden.

17.0 PERAKUAN SIAP KERJA

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermula Tempoh Tanggungan Kecacatan

18.0 PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa- apa jua kerosakan lain.

19.0 PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR

19.1 Pegawai lnden berhak membatalkan lnden Kerja sekiranya Kontraktor berada

dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai lnden:

(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;

(b) Sekiranya Kontraktor gagal menyiapkan Kerja pada tarikh siap kerja atau dalam tempoh lanjutan masa yang diberikan.

(c) Kemajuan Kerja terialu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah. (d) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-

apa sebab yang munasabah; (e) Tidak mematuhi arahan Pegawai lnden tanpa apa-apa alasan yang

munasabah; dan (f) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

19.2 Sekiranya perlantikan Kontraktor ditamatkan, tindakan tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor.

20.0 PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-Undang Kecil dan Undang- Undang Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran tambahan akibat pematuhan syarat ini.

B/5

SPESIFIKASI / SYARAT TAMBAHAN

1) Jentera dan peralatan pertanian TIDAK disediakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Bahagian Perumahan) dan di bawah tanggungjawab kontraktor

2) Segala kos perbelanjaan mengenai urusan bayaran insuran keselamatan pekerja dan

liabiliti awam semasa menjalankan kerja kerja dikawasan berkenaan adalah tanggungjawap pihak penender/kontraktor sendiri.

3) Penyebut harga diwajibkan melawat ketapak pada tarikh yang telah ditetapkan. Jika tidak dapat hadir maka borang permohonannya akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

4) Sebarang kos perbelanjaan termasuk mencuci dan servis peralatan pertanian kepada

yang berjaya akan ditanggung oleh penender/kontraktor.

5) Penender / kontraktor yang berjaya perlu menyediaan 9 keping gambar, 3 keping gambar sebelum, 3 keping semasa (semua peringkat kerja kerja yang berkaitan) dan 3 keping selepas projek siap.Pengesahan pembayaran akan dibuat selepas dokumen bergambar diterima dari pihak penender / kontraktor.

6) Sila sertakan bersama salinan Lesen Kontraktor, Sijil Pusat Khidmat Kontraktor dan Sijil

kementerian Kewangan Malaysia. Kegagalan untuk menyertakan perkara perkara yang disebut di nombor 6 , sebut harga penender/kontraktor akan ditolak.

7) Tempoh sah laku 3 (tiga) bulan dari tarikh tutup sebutharga.

8) Segala kerosakan dan kecurian/kehilangan jentera, peralatan

pertanian,barangan,peralatan dan kelengkapan bagi maksud dan tujuan untuk kerja kerja pembangunan kawasan berkenaan adalah diatas tanggungan pihak penender/kontraktor sendiri dan jika melibatkan barangan dan peralatan yang dibekalkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Bahagian Perumahan) pihak penender/kontraktor hendaklah menganti semula.

9) Kerja kerja mesti disiapkan / diselesaikan seperti tempoh yang ditetapkan bermula dari

tarikh yang ditawarkan. Bukti kerja selesai dilaksanakan adalah berdasarkan pengesahan dari SETIAUSAHA BAHAGIAN (BAHAGIAN PERUMAHAN) ATAU WAKILNYA serta berdasarkan TARIKH penerimaan Inden Kerja/Pesanan Kerajaan, Jika gagal menyiapkan kerja pada tempoh masa yang dinyatakan.

10) Sekiranya penender/kontraktor mengunakan khidmat pekerja asing, semua pekerja tersebut hendaklah memiliki dokumen dokumen rasmi yang sah sebagai pekerja yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Jika terdapat pelanggaran undang undang, pihak kontraktor/penender adalah bertangjungjawap sepenuhnya.

11) Semua saki baki sisa sisa bahan - bahan buangan hendaklah dibersihkan dan dibuang

diluar kawasan projek.

12) Kadarharga kerja adalah mengikut jumlah jarak pembinaan jika laluan terputus (belukar dan sebagainya).

B/6

KEHENDAK PERMULAAN DAN SYARAT-SYARAT AM

1. Harta Benda Yang Bersebelahan.

Dimana harta benda yang bersebelahan dangan tapak kerja sentiasa digunakan oleh majikan/tuanpunya-tuanpunya dan penghuni-penghuni yang bersebelahan.Kontraktor hendaklah mengatur dan menjalankan kerja itu dengan gangguan atau halangan yang minimum kepada pengguanaan harta benda yang bersebelahan itu termasuk jalan-jalan, lorong-lorong jalankaki, lain-lain laluan dan sebarang perkhidmatan disitu.Dia hendaklah menurut segala arahan atau petunjuk yang diberikan oleh P.P. di dalam hal ini.

2. Laluan Dan Jalan Sementara

Kontraktor hendaklah mengada dan menyelenggarakan semua jalan masuk sementara ke tapak kerja, pembentung, lorong, jambatan sementara dan lai-lain yang perlu untuk laluan kawasan dan di dalam kawasan tapak kerja sepanjang mana diperlukan mengikut yang diluluskan oleh P.P. Lokasi laluan ke tapak kerja yang akan dibuat hendaklah seperti yang ditandakan di atas pelan tapak kerja atau sepertimana yang diluluskan oleh P.P. dan kontraktor hendaklah membuat segala urusan dan mendapatkan semua kelulusan dan keizinan yang dikehendaki atas perbelanjaannya sendiri.

3. Saliran Tapakbina

Kontraktor hendaklah mengadakan saliran yang sepatutnya untuk air permukaan dari tapak bina termasuk air hujan dari kawasan sekeliling yang mengalir ke tapak bina.

Kontraktor hendaklah dengan perbelanjaannya sendiri, memperuntukan, membentuk, memasang dan menyelenggarakan apa-apa pam, pelungsur, dinding, longkang, batas-batas, perangkap-perangkap lumpur dan lain-lain kerja sementara yang perlu untuk saliran tapakbina yang sepatutnya supaya tidak berlaku banjir atau lain-lain kerosakan atau gangguan kepada kawasan-kawasan disekeliling kerja atau kepada kerja di sepanjang tempoh kontrak.

4. Kerosakan Kepada Jalan-jalan Yang Sediada Dan Lain-Lain.

Kontraktor hendaklah mengatur untuk membawa bahan-bahan, loji-loji dan sebagainya supaya kerosakan kepada jalan-jalan dan pembentung-pembentung yang sediada adalah minimum.Kontraktor hendaklah bertangjawab di atas sebarang kerosakan yang disebabkan loji-loji atau pekerja-pekerjanya k etas mana- mana jalan, pembentung dan sebagainya dan hendaklah menyelenggara dan memperbaiki kerosakan-kerosakan itu mengikut sepertimana yang diluluskan oleh P.P. atau sebaliknya, dia hendaklah menanggung kos penyelenggaraan dan pemulihan tersebut sebagai potongan dari wang yang kena dibayar atau genap masanya dibayar kepada Kontraktor ini.

B/7

5. Pekerja-Pekerja Dibataskan Ditapakbina.

Kontraktor hendaklah bertanggungjawab supaya semua orang di bawah kawalannya, termasuk mereka yang bekerja dengan Kontraktor-Kontraktor kecil, Pembekal-pembekal dan pengangkut-pengangkut dibataskan ditapak kerja dan hendaklah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakan kerosakan dan apa jua gangguan dan hendaklah melepaskan tanggungan Kerajaan terhadap sebarang tuntutan yang timbul darinya.

6. Pengambilan Kerja Buruh Tempatan Sub-Kontraktor.

Semua buruh dan Sub-Kontraktor yang digunakan untuk kerja ini hendaklah diambil dari daerah atau negeri di mana kerja itu terletak.Kontraktor hendaklah sebaik sahaja selepas mengambil pemilikan tapakbina, berurus dengan Pejabat Buruh Tempatan, Pegawai Daerah atau Penghulu untuk pengambilan mereka bekerja.Dalam mana-mana keadaan sekalipun Kontrak tidak dibenarkan menggunakan buruh-buruh dan Sub-Kontraktor yang diimport melainkan P.P. berpuashati bahawa mereka tidak boleh diperolehi didalam daerah atau negeri yang berkenaan.

7. Butir-Butir Pekerja.

Kontraktor hendaklah memberi kepada P.P. menyelenggara dan mengemaskinikan satu senarai mengandungi semua pekerja-pekerjanya termasuk kesemua pekerja yang diambil bekerja oleh Sub-Kontraktor atau kesemua butiran di dalam borang yang dinyatakn di dalam Lampiran yang berkenaan pada Spesifikasi ini.

8. Gambar Foto Kemajuan Kerja.

Kontraktor hendaklah mengambil gambar-gambar kemajuan kerja pada tiap-tiap bahagian dalam bentuk digital pada tiap-tiap sesi kerja pembinaan sangkar batu sepertimana yang diarahkan oleh P.P. Bilangan purata gambar foto yang di ambil tiap-tiap bahagian pada sesi kerja pembinaan sangkar atau batu hendaklah mencukupi bagi menunjukan kemajuan kerja pembinaan hendaklah tidak kurang daripada tiga pemandangan satu bahagian dan Kontraktor hendaklah menyerahkan kepada P.P. dalam bentuk ‘thumbdrive’ yang dipersetujui bersaiz 2GB, bersama- sama dengan tiga keping salinan gambar foto digital berwarna bersaiz poskad bagi setiap pemandangan yang diluluskan.Kesemua gambar foto digital tersebut hendaklah dicatitkan dengan tajuk dan tarikh ianya diambil.Kontraktor hendaklah juga membekalkan album yang sesuai untuk simpanan gambar tersebut dengan selamat.

B/8

DOKUMEN C

DOKUMEN C

BORANG SEBUTHARGA

No. Sebutharga : PSU (K) 103/107 - (SH)/P/P/(PEMERKASA)/ 033/2021

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Bahagian Perumahan

Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman

05503 Alor Setar

Kedah Darul Aman

Tuan,

Sebutharga Untuk :

KERJA-KERJA MENGECAT BANGUNAN DI PPR MERGONG SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK C, ALOR SETAR, KEDAH DARUL

AMAN.

Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Pentender, Syarat-syarat Sebutharga,

Spesifikasi Kerja dan pelan-pelan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini

menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi jumlah harga pukal

sebanyak Ringgit Malaysia :………………………………………………………………………

............................................................................................ (RM ................................................ )

2. Saya bersetuju menyiapkan kerja-kerja ini dengan sempurna dan memuaskan dalam masa

minggu dari tarikh mula kerja seperti yang di tetapkan di bawah Fasal 2

Borang Inden Kerja.

Bertarikh pada …………….. haribulan ............................. 2021.

…………………………… …………………………………….

(Tandatangan Pentender) (Tandatangan Saksi)

Nama Penuh :……………………… Nama Penuh :……………………….

No. K/P : …………………………… No.K/P: ………………...…………....

Alamat : ……………………………. Alamat :………………...…………….

Tarikh :.............................................. Tarikh :………………………………

Atas sifat : …………………………..

Meteri atau Cop Syarikat

LAMPIRAN C

SURAT AKUAN PEMBIDA Bagi

No. Sebutharga : PSU (K) 103/107 - (SH)/P/P/(PEMERKASA)/ 033/2021

KERJA-KERJA MENGECAT BANGUNAN DI PPR MERGONG SERTA KERJA-KERJA

BERKAITAN DI BLOK C, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

Saya, ................................................................. Nombor K.P ................................. yang memiliki .......................................................nombor pendaftaran .................................................. dengan ini mengistiharkan bahawa saya mewakili syarikat ini tidak akan menawarkan rasuah kepada mana-mana individu dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Bahagian Perumahan) atau mana-mana individu lain, sebagai mendapatkan tender/sebut harga* seperti di atas.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawarkan atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Bahagian Perumahan) atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai pemilik syarikat bersetuju bahawa Kerajaan Negeri berhak menambil tindakan-tindakan berikut :

penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/ sebut harga * di atas; atau

penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* yang ditandatangani tanpa bayaran gantirugi sekiranya pembida yang berjaya didapati melaku, memberi atau menawarkan rasuah; dan

lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar, Saksi,

………………………….. ……………………………... Nama : Nama : No. K.P : No. K.P : Tarikh : Tarikh :

Cop Syarikat :

Catatan :* Potong mana yang tidak berkaitan

DOKUMEN D

DOKUMEN D

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perumahan)

Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman,

05503 Alor Setar,

Kedah Darul Aman.

Tarikh :

TAJUK : :

KERJA-KERJA MENGECAT BANGUNAN DI PPR MERGONG SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI BLOK C, ALOR SETAR , KEDAH DARUL AMAN.

JADUAL KUANTITI

BIL PERIHAL KERJA UNIT KUANTITI KADAR ( RM )

HARGA ( RM )

1.0 KERJA-KERJA PERMULAAN DAN SYARAT AM :

1.1 Menyediakan Polisi Insuran Berkaitan :

a) Polisi Pampasan Awam Pukal -

b) Polisi Pampasan Pekerja atau Pukal -

c) PERKESO Pukal -

1.2 Laporan Bergambar :

Menyediakan laporan bergambar bersaiz A4 dalam bentuk 'hardcopy' dan 'Softcopy' mengikut format yang ditetapkan oleh Jabatan.

Bil. 3

1.3

Kerja-kerja permulaan dan sementara termasuk pemeriksaan tapak, penyediaan tapak bina, mobilisasi dan dimobilisasi jentera (Sky lift), pembersihan tapak sebelum dan selepas kerja, pembaikan semula jalan masuk dan infra berkaitan yang rosak semasa perlaksanaan kerja termasuk keselamatan trafik serta kerja-kerja yang berkaitan.

Pukal -

1.4

Kerja-kerja penyediaan peralatan, kelengkapan dan bahan untuk menutup peralatan dan kelengkapan serta penghuni semasa kerja-kerja mengecat dijalankan.

Pukal -

1.5

Kerja-kerja mengemas, membersih dan mencuci selepas kerja mengecat siap dijalankan.

Pukal -

2.0

KERJA-KERJA MENGECAT STRUKTUR BANGUNAN

Menjalankan kerja-kerja mengecat bangunan serta

kerja-kerja yang berkaitan.

2.1 Bangunan Utama

2.1.1 Menyediakan peralatan dan kelengkapan termasuk

mesin, jentera serta lain-lain kelengkapan untuk kerja-kerja mengecat bangunan tinggi.

Pukal -

2.1.2 Kerja-kerja membersih dan mencuci permukaan berlepa menggunakan air yang bertekanan tinggi. Lapisan cat yang lekang hendaklah ditanggalkan.

m² 1450

2.1.3

Kerja-kerja menyapu satu lapis cat asas (sealer) pada permukaan berlepa mengikut spesifikasi pengilang sepenuhnya. Semua permukaan yang retak dan yang cacat hendaklah dibaiki.

m² 1450

2.1.4

Kerja-kerja mengecat dengan dua lapis cat rintangan cuaca (wheathersheild) pada dinding berlepa mengikut spesifikasi pengilang sepenuhnya. . Cat yang disyorkan ialah jenama Jotun (Jotashield ) atau yang setara. setara).

m² 1450

2.2 Bahagian Dalam (Koridor Sahaja).

2.2.1

Kerja-kerja membersih dan mencuci permukaan berlepa serta permukaan siling. Lapisan cat yang lekang hendaklah ditanggalkan.

m² 725

2.2.2 Kerja-kerja mengecat dengan dua lapis cat elmusi

dinding berlepa serta siling. Cat yang disyorkan ialah jenama Jotun (Jotashield atau setara).

m² 725

Nota :

Semua butiran dan kuantiti yang dinyatakan di ringkasan

sebutharga adalah merupakan asas kepada pengiraan.

Penyebutharga dinasihatkan untuk mendapatkan butiran

kerja dan kuantiti sebenar berdasarkan pelan, penentuan

dan keadaan tapak. Melainkan dinyatakan, kuantiti kerja

tidak akan diukur semula dan penyebutharga tidak boleh

menuntut apa-apa kerugian akibat daripadanya.

JUMLAH HARGA SEBENAR

…………………………………………. ……………………………………..

Tandatangan Penyelia Kerja Tandatangan Pegawai Penguasa

Nama : Nama :

Jawatan : Jawatan :

Tarikh : Tarikh :

DOKUMEN 1(1)

Senarai Kerja-kerja Dalam Tangan

Bil.

Nama Projek

Jabatan/Agensi Yang Mengawasi

Projek

Harga (RM)

Tempoh Projek

Tarikh Mula

Tarikh Jadual Siap

Tarikh Siap

Sebenar

Kontraktor perlu mendapat pengesahan dari Jabatan/Agensi yang mengawasi projek bagi setiap kerja yang disenaraikan

DOKUMEN 1(2)

Rekod Pengalaman Kontraktor

Bil.

Nama Projek

Jabatan/Agensi Yang Mengawasi

Projek

Harga (RM)

Tempoh Projek

Tarikh Mula

Tarikh Jadual Siap

Tarikh Siap

Sebenar

Kontraktor perlu mendapat pengesahan dari Jabatan/Agensi yang mengawasi projek bagi setiap kerja yang disenaraikan

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya

telah membaca dan memahami semua syarat-

syarat dan terma yang dinyatakan di dalam

dokumen sebutharga. Semua maklumat yang

dikemukakan adalah benar.

TANDATANGAN :

NAMA:

JAWATAN:

TARIKH:

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Jawatankuasa pembuka sebutharga

mengesahkan penerimaan dokumen bertanda

kecuali bagi perkara

bil… .......................................... (jika ada)

TANDATANGAN :

NAMA:

JAWATAN:

TARIKH:

TANDATANGAN :

NAMA:

JAWATAN:

TARIKH:

SENARAI SEMAKAN SEBUTHARGA Lampiran E

(BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA)

BIL. PERKARA / DOKUMEN UNTUK DI TANDA OLEH SYARIKAT

UNTUK DI TANDA OLEH JAWATANKUASA PEMBUKA

1. Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

(SPKK) Dari Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan Malaysian (CIDB).

2. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Dari

Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia (CIDB).

3. Salinan Sijil Taraf Bumiputra Dari Pusat

Khidmat Kontraktor (PKK).

4. Borang Sebutharga Telah Diisi Dengan

Lengkap (Termasuk Nilai Tawaran Dan

Tempoh Siap) Dan Ditandatangani.

( Dokumen C )

5. Akuan Pembida ( Lampiran C )

6. Bil Kuantiti Sebutharga. ( Dokumen D )

7. Pemantuhan Kepada Spesifikasi.

8. Borang Penyerahan Contoh Dan Katalog

(Jika Berkaitan).

9. Cadangan Penyelenggaraan-

Penyelenggaraan (Jika Berkaitan).

10. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank

Bagi Tiga (3) Bulan Terakhir,

Bagi G2 Keatas (Sebutharga Melebihi

Rm200,000.00 Keatas).

Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disertakan.