BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project

24
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Arus pembangunan yang pesat pada masa kini telah meningkatkan tahap teknologi kepada tahap yang lebih tinggi. Proses coding juga tidak terkecuali. Oleh itu sistem perancangan yang teliti dalam menaik-taraf proses coding menjadi isu yang hangat diperbincangkan. Coding adalah merupakan satu proses menanda atau menekap sesuatu bahan kerja. Coding boleh dilakukan dengan pelbagai jenis warna yang kita hendaki. Para pekerja selalunya mengecat secara manual iaitu dengan menggunakan tangan ataupun dengan menggunakan pistol semburan. Kebiasaannya hampir semua mesin pengecat adalah sama dari segi fungsi tetapi berbezanya adalah dari segi rekabentuk dan kos sesuatu mesin tersebut. Oleh sebab itu, kami mengambil satu inovasi untuk merekabentuk serta menambah baik bagi menghasilkan mesin yang berbeza dari segi rekabentuk mesin yang ada di pasaran sekarang dan lebih mesra pengguna. Mesin Portable Coding Spray juga dapat menjimatkan masa dan tenaga ketika melakukan proses mengecat. Penghasilan mesin Portable Coding Spray ini merupakan satu langkah baru bagi memudahkan para pengguna untuk melakukan kerja mengecat atau coding di samping dapat membantu menjana ekonomi secara kecil-kecilan. Melalui modul ini, kami sebagai pelajar dapat mengaplikasikan segala teori yang dipelajari dengan lebih efektif dan berkesan supaya penghasilan projek dapat dilaksanakan dengan jayanya. Perkembangan dalam bidang kejuruteraan semakin hari semakin bertambah tahap kemajuannya dan ini menggalakkan penggunaan teknologi moden serta pelbagai idea bersatu menghasilkan sesuatu produk yang baik. Pelbagai peralatan baru sedikit sebanyak dapat membantu manusia di masa akan datang.

Transcript of BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Arus pembangunan yang pesat pada masa kini telah meningkatkan tahap

teknologi kepada tahap yang lebih tinggi. Proses coding juga tidak terkecuali. Oleh

itu sistem perancangan yang teliti dalam menaik-taraf proses coding menjadi isu

yang hangat diperbincangkan. Coding adalah merupakan satu proses menanda atau

menekap sesuatu bahan kerja. Coding boleh dilakukan dengan pelbagai jenis warna

yang kita hendaki. Para pekerja selalunya mengecat secara manual iaitu dengan

menggunakan tangan ataupun dengan menggunakan pistol semburan.

Kebiasaannya hampir semua mesin pengecat adalah sama dari segi

fungsi tetapi berbezanya adalah dari segi rekabentuk dan kos sesuatu mesin

tersebut. Oleh sebab itu, kami mengambil satu inovasi untuk merekabentuk

serta menambah baik bagi menghasilkan mesin yang berbeza dari segi

rekabentuk mesin yang ada di pasaran sekarang dan lebih mesra pengguna.

Mesin Portable Coding Spray juga dapat menjimatkan masa dan tenaga ketika

melakukan proses mengecat. Penghasilan mesin Portable Coding Spray ini

merupakan satu langkah baru bagi memudahkan para pengguna untuk melakukan

kerja mengecat atau coding di samping dapat membantu menjana ekonomi secara

kecil-kecilan.

Melalui modul ini, kami sebagai pelajar dapat mengaplikasikan segala teori

yang dipelajari dengan lebih efektif dan berkesan supaya penghasilan projek dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Perkembangan dalam bidang kejuruteraan semakin hari

semakin bertambah tahap kemajuannya dan ini menggalakkan penggunaan teknologi

moden serta pelbagai idea bersatu menghasilkan sesuatu produk yang baik. Pelbagai

peralatan baru sedikit sebanyak dapat membantu manusia di masa akan datang.

2

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam pasaran hari ini, banyak alat-alat atau mesin-mesin yang direka oleh

manusia untuk melakukan proses mengecat di Malaysia atau diluar negara.

Seterusnya, terdapat banyak mesin di Malaysia yang digunakan untuk mengecat

sesuatu permukaan ataupun coding terutamanya di industri-industri kecil ataupun di

bengel-bengkel. Selain itu, kos untuk membeli alat ini agak tinggi dan ini

menyebabkan alat-alat ini kurang popular. Mesin ini bernilai tinggi kerana mesin

mengecat menghasilkan kualiti cat yang sangat cantik dan kemas. Daripada statistik

yang dikaji, ramai orang masih gemar mengecat dengan menggunakan cara yang

manual iaitu dengan menggunakan berus cat. Ini kerana mereka beranggapan dengan

menggunakan cat berus, maka kerja mengecat sesuatu permukaan atau objek akan

menjadi lebih senang. Masalah yang menjadi keutamaan adalah alatan tidak

mempunyai pelbagai kelengkapan dan kebolehan dengan adanya pelbagai fungsi

untuk pengguna untuk menggunakan alatan ini.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Sebelum perlaksanaan projek “Portable Coding Spray” ini dilakukan, proses

mengenal pasti masalah dilaksanakan terlebih dahulu. Dengan ini, masalah yang

timbul dapat diselesaikan dengan lancar. Rekabentuk adalah bertujuan untuk

menyelesaikan sesuatu masalah yang terdapat pada produk atau memberi imej

baru kepadanya. Rekabentuk akan terhasil dari masalah yang dikenal pasti. Hal ini

bertujuan untuk mencari kriteria yang diperlukan pada projek yang akan kami

lakukan bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Antara penyataan masalah

yang kami nyatakan ialah :

i. Tidak dapat mengecat coding di kawasan yang tiada sumber elektrik.

ii. Pekerja mengalami masalah sakit belakang jika melakukan kerja terlalu

lama.

iii. Tiada kekemasan ketika membuat proses pengecatan.

3

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan projek ini kami telah menetapkan beberapa objektif utama

yang ingin dicapai. Ia bertindak sebagai garis panduan bagi tujuan projek dihasilkan,

ia merujuk kepada penyataan masalah yang berlaku untuk mencari penyelesaian

kepada masalah tersebut. Ini bertujuan supaya projek kami mengikut kriteria yang

dikehendaki. Antara objektif yang kami kaji adalah seperti berikut :

i. Merekabentuk Portable Coding Spray yang boleh meringankan beban para

pengguna.

ii. Menghasilkan mesin yang mudah dibawa ke mana-mana.

iii. Menjimatkan masa ketika proses mengecat.

1.5 SKOP KAJIAN

Secara umumnya projek ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada

pengguna dan juga untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti, berinovasi,

canggih dan pastinya ia boleh digunakan dengan selamat. Skop kajian ini meliputi

kaedah dan teori, terutamanya pada aspek fungsi dan keselamatan. Dalam

menghasilkan produk ini, proses penyelidikan harus dijalankan sebelum kerja-kerja

penghasilan produk dijalankan. Ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisa,

membuat kajian dan seterusnya membuat keputusan untuk mewujudkan satu

kronologi yang lengkap dalam menghasilkan sesuatu projek.

Bagi melaksanakan sesuatu projek supaya nampak sempurna dan berjalan dengan

lancar, skop projek atau had-had pelaksanaan projek amat penting bagi menghasilkan

projek yang baik. Ini bertujuan untuk memastikan hasil projek tidak terkeluar dari

skop yang ditetapkan. Antaranya ialah :

i. Projek ini khusus menghasilkan satu penggunaan warna pada satu masa.

ii. Projek ini untuk pekerja yang melakukan proses coding sahaja.

iii. Projek ini hanya untuk kompressor yang menggunakan bateri.

4

1.6 RUMUSAN BAB

Kesimpulannya, daripada pelaksanakan projek ini dapat belajar cara yang

sesuai untuk sesuatu kajian dengan menggunakan topik-topik diatas. Objektif

merupakan satu kajian untuk menetapkan sesuatu matlamat sesebuah projek dan

matlamat itu harus dicapai setelah mesin siap dicipta. Seterusnya penyata masalah

adalah satu kunci untuk mencipta sesebuah projek. Hal ini kerana daripada penyata

masalah boleh mencipta atau memberi kemudahan daripada permasalahan yang

terdapat daripada masalah orang ramai. Selain itu, skop kajian adalah satu kajian yang

membataskan sesuatu projek di mana dengan skop kajian memudahkan mencapai

objektif dan matlamat sesebuah projek.

5

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian yang dijalankan termasuklah dari internet, buku-buku rujukan,

pemerhatian serta pengalaman.

Kajian ini dijalankan dengan mengkaji sistem dan konsep mekanikal

yang pernah dihasilkan sebelum ini. Mesin-mesin yang berada di pasaran pada

ketika ini bagus tetapi masih terdapat kekurangan daripada segi harga serta saiz

yang dihasilkan. Saiz mesin yang terdapat dipasaran sekarang terlalu besar serta

harga yang amat mahal. Saiz sesuatu mesin mestilah bergantung kepada ruang

yang disediakan untuk meletak mesin. Harga juga mestilah berpatutan serta

sesuai dengan fungsi serta kos yang digunakan untuk menghasilkan mesin

tersebut.

Kajian yang telah dijalankan mestilah dibandingkan kesemua datanya

untuk memperoleh maklumat yang benar-benar boleh diguna pakai. Ianya

bertujuan untuk memastikan projek yang akan dihasilkan dapat memberi

manfaat kepada pengguna.

2.2 SEJARAH

Sebelum ciptaan bijak dua rakyat Amerika yang terkenal pada abad ke-19,

semua lukisan di Amerika Syarikat telah dicat dengan menggunakan berus. Berus

digunakan untuk mengecat bangunan, perabot, gerabak kuda dan lain-lain. Ia

mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja, tidak kira apa jenis kerja.

6

Ia hanya menjadi tugas yang mudah apabila Joseph Binks mencipta mesin

untuk cat dinding. Pada tahun 1887, Binks ialah seorang penyelia penyelenggaraan

untuk kedai Jabatan Marshall Field di Chicago. Marshall Field mempunyai dinding di

bawah tanah dan dia perlu memastikan dinding itu berwarna putih. Idea ini timbul

apabila Binks menghantar pekerjanya untuk melakukan kerja dengan berus dan baldi,

dan ia memerlukan beberapa minggu sebelum mereka selesai. Dalam usaha untuk

mempercepatkan tugas, Binks menggabungkan pam kendalian tangan, sebuah bekas

untuk menyimpan cecair di bawah tekanan dengan muncung di hujung, seperti

penyembur pam taman yang digunakan pada masa kini.

Beberapa tahun kemudian, Binks mendapat satu lagi peluang untuk

menggunakan ciptaannya iaitu mesin semburan cat air sejuk, semasa “Colombia

Extravaganza” diadakan pada tahun 1893. Beliau berjaya mengecat sejumlah besar

bangunan dalam tempoh tiga hari. Hasilnya adalah sangat mengagumkan sehingga

akhbar tempatan menamakannya 'The White City. Ini bermula revolusi lukisan

semburan.

Pada tahun 1888, Doktor Allen De Vilbiss mencipta pengabus untuk

pesakitnya. Selepas itu, anaknya membangunkan peranti yang sama, yang digunakan

dalam industri perabot. Pistol penyembur mengandungi pelbagai ciri-ciri canggih yang

membolehkan kandungan cecair mudah keluar daripada bekas. Bekas diisi dengan

udara termampat yang bertindak mengeluarkan (atomised material) bahan terkabus ke

permukaan melalui (atomised material) tiub tenggelam. Ciptaan ini mempunyai hasil

yang sama dengan ketara mengurangkan masa yang diambil untuk bekerja pada

permukaan. Pada masa tertentu, proses pembuatan menggunakan air sebagai bahan

penyejuk, dan ini membawa kepada perkembangan teknologi (nozzle) muncung.

Kemudian, Binks mengubahsuai ciptaannya dengan menggabungkan pelbagai konsep

bentuk dan saiz muncung. Binks membuat kajian tentang teknologi penyejukan air

yang digunakan oleh kilang pembuatan untuk menyejukkan mesin mereka. Proses

penyejukan menukarkan udara air ke dalam bentuk kabus untuk membebaskan haba.

Dia menggunakan konsep ini pada ciptaan pertamanya, iaitu mesin semburan cat air

sejuk. Beliau membangunkan konsep cat semburan dan ia menjadi lebih mudah

apabila beliau melancarkan mesin semburan tangan asal pada tahun 1919. Pistol

semburan (spray gun) ini menggunakan udara termampat untuk melepaskan cat ke

permukaan.

7

2.3 KONSEP

Mesin Portable Coding Spray mempunyai beberapa konsep yang penting

semasa mengecat. Berikut adalah informasi yang diperolehi daripada melayari laman

sesawang :

2.3.1 Mengecat

Dalam proses mengecat, kekemasan yang sempurna selalunya tidak diberikan

keutamaan. Tetapi jika dengan menggunakan peralatan yang betul, proses mengecat

akan menjadi lebih kemas dan cantik. Terdapat beberapa cara dan tips-tips yang boleh

dilakukan sebelum proses mengecat. Antaranya ialah memastikan tempat atau

permukaan yang hendak dicat bersih daripada bendasing seperti karat, sampah,

minyak, gris, air, cat lama dan debu. Gunakan berus dawai, kertas pasir, kain alas,

atau kertas pasir untuk mendapatkan permukaan yang sempurna. Gunakan sedikit

alkohol sekiranya terdapat minyak. Apabila langkah ini selesai, elakkan daripada

memegang permukaan dengan tangan kerana ia boleh meninggalkan kesan terhadap

permukaan.

Seterusnya, lindungilah kawasan-kawasan bagi item yang tidak mahu dicat.

Pita pelekat mungkin sesuai untuk kerja ini bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

Potong pita yang berlebihan dengan menggunakan pisau cukur dan bukannya dengan

pisau mata biasa. Memakai sarung tangan semasa proses ini boleh mengelakkan

permukaan daripada tercemar.

Semburan cat dilakukan dalam persekitaran yang sempurna tanpa gangguan

cahaya matahari terik ataupun angin yang boleh meniup habuk ke tempat kerja.

Magnet berfungsi dengan sempurna ketika mengecat kerja logam. Ini kerana magnet

boleh menukarkan kedudukan bahan kerja tanpa menyentuhnya.

Gunakan warna primer sebelum mengecat. Ini kerana, ia mampu

meningkatkan ketahanan serta jangka hayat sebelum warna menjadi pudar serta

membuatkan proses menjadi lancar. Pakai gear keselamatan iaitu googles atau cermin

mata. Kemudian buka penutup spray gun dan menggoncangkannya selama 45 ke 60

saat. Goncangkan tin cat setiap 1 minit ketika melakukan kerja

8

2.3.2 Kaedah Spray

Menggunakan pistol semburan (spray gun) sebenarnya agak mudah, tetapi

sebelum melakukan proses semburan, baca dahulu buku panduan atau operasi manual

serta mengkaji semua langkah-langkah keselamatan. Ambillah sedikit masa untuk

mempraktikkannya dengan menggunakan air. Pilih kawasan yang selamat atau

permukaan yang lebar untuk menyembur dengan air. Dengan menggunakan air , ikut

semua prosedur yang sama seperti menggunakan cat. Apabila tangki telah dipenuhi

dengan air, tutup balik tangki itu dengan penutupnya.

Rajah 2.1 : Kaedah Spray

Gunakan tombol kawalan tekanan (pressure control knob) untuk menetapkan tekanan

yang dikehendaki untuk menghasilkan corak semburan yang berkualiti. Lihat Rajah

2.1 di atas. Apabila tekanan ditetapkan dengan betul, corak semburan cat tidak akan

lari dan corak akan menjadi cantik. Mulakan dengan tekanan yang rendah dan tekan

pacu spray gun dengan cepat.

Dapatkan keselesaan ketika memegang spray gun dan kekalkan jarak semasa

mengecat. Seeloknya jarak daripada tempat mengecat dengan permukaan yang di cat

sebanyak 12 inci dan bersudut tepat.

2.4 KAJIAN TERDAHULU

i. Menurut kajian terdahulu oleh penyelidik , Air and Energy Engineering

System terhadap peralatan spray gun mengatakan bahawa :

9

A manual mild – range (75 kv )electrostatic air spray gun was selected for used as

electrostatic spray equipment and to represent conventional air spray equipment. The

electrostatic air spray gun was equipped with a 1.2mm ( 0.047) in fluid tip .This was

the same model spray gun used during previous test conducted to determine how

operating and maintenance variable effect transfer efficiency (U.S EPA 1985).It was

considered representative of the manual electrostatic spray guns available from other

manufacturer .

A75 kv adjustable power supply was used to support the electrostatic air spray gun

.This is a mid- range power supply equipped with appropriate cable and

connections.A kv meter and ammeter were build into the the power supply control

panel .Power cable were supplied in 726cm (ft) lengths for each power supply.

Pressure tank were used to supply paint to the gun through 1524cm (50ft) fluid lines

.A dual air regulator pressure tank with agitator (To minimize stratification of the

paint ) was supplied with each electrostatic air spray system. Air hoses were supplied

in 1524cm (50 ft) length for each system .

Air and Energy Engineering

Research Laboratory

Research Triangle Park NC 27711

2.5 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN

Pada masa kini, dipasaran telah mempunyai pelbagai rekaan mesin mengecat

yang telah dicipta.Contohnya,telah ditunjukkan di rajah 2.2, 2.3, 2.4, 2.5, 2,6 dan 2.7

dengan spesifikasinya dalam jadual 2.1, 2.2, 2.3, 2.4, 2.5 dan 2.6 disebelah.

2.5.1 Paint Zoom Sprayer

Gambar pada rajah 2.2 menunjukkan ciptaan yang terdapat di pasaran iaitu “

Paint Zoom Sprayer”. Mesin ini berharga sebanyak RM300. Paint Zoom Sprayer

mempunyai HVLP (High Volume Low Pressure) yang dapat menyembur cat dan

mengawal cat daripada keluar secara berlebihan. Mesin ini juga mempunyai blower

10

dan vakum. Muncung 3 hala pada mesin ini membolehkan ia mengecat di suatu sudut

yang sukar.

Rajah 2.2 : Paint Zoom Sprayer

Mesin ini mampu mengecat sebanyak 7.61 gelen sejam. Semburan mesin ini

juga secara berterusan dan tidak memerlukan penyelenggaraan semasa

menggunakannya. Tekanan yang dikenakan pada mesin ini ialah sebanyak 14.5 psi.

Bahan pada mesin ini diperbuat daripada aluminium dan ia menjadikan mesin ini

ringan dan tahan lama. Reka bentuknya yang menarik membolehkan ia mudah untuk

dibersihkan dengan hanya membilas dengan air sehingga bersih. Ini menyenangkan

para pengguna kerana mereka tidak perlu lagi bertungkus lumus untuk membersih dan

menyental cat setelah selesai menggunakannya. Selain itu, mesin ini dibina daripada

polimer yang tahan lasak dan juga logam. Alat ini mempunyai turbin 650 wat, hos

sepanjang 5 kaki, kord sepanjang 7 kaki dan juga spray gun. Hos pada mesin ini tidak

panjang dan ia merupakan salah satu kelemahan yang terdapat pada mesin ini. Berikut

adalah spesifikasi yang terdapat dalam mesin Paint Zoom Sprayer. Kapasiti bekas

pada mesin ini ialah 800 dan ianya mencukupi dengan saiz pada mesin ini.

Jadual 2.1 : Spesifikasi Paint Zoom Sprayer

Perkara Spesifikasi

Nilai Voltan 220-240

Kuasa 650

Muncung 1.0

Kapasiti Bekas 800

11

Bahan Bekas Aluminium

Panjang Hos 1.5

Dimensi 24 (Panjang) x 19 (Tinggi) 12

(Lebar)

2.5.2 TrueCoat

Penyembur TrueCoat ialah mesin penyembur yang mampu mengecat sesuatu

permukaan atau projek dengan mudah dan cepat. Mesin TrueCoat ini juga dilengkapi

dengan suiz yang boleh dilaras untuk mengawal kelajuan cat ketika menyembur pada

permukaan yang tebal ataupun pada permukaan yang nipis. Gambar mesin TrueCoat

boleh dirujuk pada rajah 2.3 ini.

Rajah 2.3 :Mesin TrueCoat

Mesin ini disertakan sekali dengan Tilt-N-Spray, tiub sedutan fleksibel (flexible

suction tube), penutup dan tali bahu (shoulder strap). Mesin ini menggunakan pam

ProDurance yang membolehkan mesin ini mengecat dengan lebih lama. Antara

kelebihan yang terdapat pada mesin ini ialah mesin ini mampu untuk mengecat pada

sudut 360 °. Seterusnya ia juga mudah untuk dibersihkan dengan hanya

membersihkan bekasnya selepas selesai melakukan kerja.Bekas pada mesin ini mudah

untuk dibuka ketika proses pembersihan. Mesin ini amat ringan dan sesuai untuk

dibawa ke mana-mana dan ia merupakan keistimewaan yang terdapat pada produk ini.

TrueCoat juga disertakan sekali dengan FlexLiner Paint Bag yang berfungsi sebagai

beg kitar semula. Harga mesin ini amat mahal iaitu RM699. Berikut adalah spesifikasi

yang terdapat pada mesin TrueCoat.

12

Jadual 2.2 : Spesifikasi Mesin TrueCoat

Perkara Spesifikasi

Berat 5

Tekanan Boleh Laras

(16N673, 17C810)

1000-2000

Ampere Maksimum 4

Kabel Kuasa 18 AWG, 3wire, 18 in

Dimensi 32 Panjang x 13 Lebar x 15

Tinggi

2.5.3 Gmax II 7900

Dengan 200 cc enjin Honda dan keupayaan untuk menyembur sehingga 2.2 gelen per

minit, Gmax 7900 adalah penyembur mekanikal gas yang terbesar. Semua penyembur

Gmax 7900 dilengkapi dengan pam Graco Xtreme-Duty MaxLife. Harga mesin ini

berharga RM750. Gambar mesin Gmax 7900 boleh dirujuk di rajah 2.4 di bawah.

Rajah 2.4 : GMAX II 7900

Mesin ini tidak mengeluarkan bunyi yang bising semasa membuat kerja. Dengan

adanya enjin 200cc Honda, mesin ini mampu digunakan sehingga ke tahap yang

maksimum. Selain itu, mesin ini tahan lama kerana kebanyakkan komponen telah

dikrom. Para pengguna tidak perlu lagi bersusah payah ketika proses penyelenggaraan

13

kerana penapis pada mesin ini senang untuk dibersihkan. Berikut ialah spesifikasi

padamesin Gmax 7900.

Jadual 2.3 : Spesifikasi Mesin GMAX II 7900

Perkara Spesifikasi

Enjin

Honda GX20

Kuasa @ 3600rpm

6.5 Kuasa Kuda

Tekanan Kerja Maksimum 3300

Penghantaran Maksimum 2.2

Kapasiti bahan api 0.95

Gelen seminit 2.2

Berat 15 kg

Maksimum Panjang Hos 300

Kuasa Bunyi 105 dBa per ISO 3744

2.5.4 Wagner 515034 Pro Coat Airless Paint Sprayer

Mesin Wagner 515034 Pro Coat Airless Paint Sprayer ini mampu untuk menarik cat

keluar daripada bekas sebanyak 1 hingga 5 gelen. Mesin ini mampu melakukan kerja

pada tekanan maksimum sebanyak 2800 psi beserta pam omboh ditambah dengan hos

hos 25' dan pistol semburan logam No. GX-05 yang boleh mengecat projek-projek

atau permukaan yang besar. Hos yang terdapat pada mesin ini amat panjang dan ia

memberi kebaikan kepada pengguna untuk melakukan kerja mengecat. Pemilih

tekanan (pressure selector) membolehkan para pengguna untuk menukar tekanan

daripada 1000 hingga 2800 psi. Fungsi ini penting jika pengguna mahu menukar

tekanan ketika proses mengecat. Kuasa yang digunakan pada mesin Wagner ini ialah

0.75 HP. Kadar aliran cat ialah 0.95 ltr/min. Rajah 2.5 menunjukkan mesin Wagner

515034 Pro Coat Airless Paint Sprayer.

14

Rajah 2.5 : Wagner 515034 Pro Coat Airless Paint Sprayer

Mesin ini direka dengan pemegang yang mudah dibawa serta ringan dan sesuai untuk

dibawa di sekitar tapak kerja. Seterusnya pam ini mempunyai 24 GPM pam omboh.

Mesin ini juga menggunakan kuasa elektrik 120v pada ½ motor HP. Berikut ialah

spesifikasi mesin Wagner 515034 Pro Coat Airless Paint Sprayer.

Jadual 2.4 : Spesifikasi Wagner 515034 Pro Coat Airless Paint Sprayer

Perkara Spesifikasi

Tekanan 2800 psi

Kuasa 0.75HP

Kadar Aliran 0.95 ltr/min

Berat 18kg

Panjang Hos 25 Ft

2.5.5 Milwaukee M491021 Airless-Fine Finish Paint Sprayer

Mesin Milwaukee M491021 Airless-Fine Finish Paint Sprayer menawarkan prestasi

mengecat yang tinggi, daya tahan, kuasa dan juga reka bentuk yang ergonomik.

Mesin ini mampu untuk mengecat dengan Air-Assist yang mampu memberikan

kekemasan yang sempurna. Mesin ini memerlukan tekanan sebanyak 3000 psi pam

omboh ketika melakukan kerja. Rajah 2.6 menunjukkan mesin Milwaukee M491021

Airless-Fine Finish Paint Sprayer.

15

Rajah 2.6 : Milwaukee M491021 Airless-Fine Finish Paint Sprayer

Dengan pistol semburan model Dual Action Pistol Grip Sprayer, para pengguna boleh

menukar kepada cara mengecat yang menggunakan angin. Berat mesin ini ialah 19 kg.

Mesin ini senang dibawa kemana-mana sahaja kerana mesin ini dilengkapi dengan

roda. Berikut ialah spesifikasi mesin Milwaukee M491021 Airless-Fine Finish Paint

Sprayer.

Jadual 2.5 : Spesifikasi Milwaukee M491021 Airless-Fine Finish Paint Sprayer

Perkara Spesifikasi

Kuasa Kuda 0.625

Tekanan Maksimum 3000 psi

Kadar Aliran 0.31 GPM

Berat 19kg

2.5.6 Campbell Hausfeld PS290D 0.44 GPM Airless Paint Sprayer

Mesin Campbell Hausfeld PS290D 0.44 GPM Airless Paint Sprayer ini mempunyai 2

pistol semburan (spray gun) sekaligus tidak memerlukan compressor untuk

menyembur cat. Sesuai digunakan untuk mengecat pada permukaan yang besar dan

lebar. Mudah dibawa ke mana-mana kerana mesin ini mempunyai tayar pneumatik

yang digunakan untuk pelbagai kegunaan. Ia memudahkan para pengguna untuk

menolak mesin ini ke mana-mana sahaja. Gambar rajah 2.7 menunjukkan mesin

Campbell Hausfeld PS290D 0.44 GPM Airless Paint Sprayer.

16

Rajah 2.7 : Campbell Hausfeld PS290D 0.44 GPM Airless Paint Sprayer

Mesin ini mempunyai hos sepanjang 200 kaki, dan mempunyai pam 1 kuasa kuda.

Pistol semburan pada mesin ini sangat fleksible dan mudah digunakan. Berikut ialah

spesifikasi pada mesin Campbell Hausfeld PS290D 0.44 GPM Airless Paint Sprayer.

Jadual 2.6 : Spesifikasi Campbell Hausfeld PS290D 0.44 GPM Airless Paint Sprayer

Perkara Spesifikasi

Voltan AC 115V

Tekanan Maksimum 2000 psi

Kuasa Kuda 1

Saiz Muncung 0.019 in

Jenis Kuasa Elektrik

2.6 TEORI

Terdapat beberapa teori yang diguna pakai dalam projek ini. Teori ialah salah satu

langkah untuk mendapatkan sesuatu ukuran atau membuktikan suatu fakta dengan

jalan kerja serta pengiraan. Berikut adalah teori yang digunakan sepanjang

perlaksanaan projek. Antaranya ialah :

2.6.1 Hukum Boyle

Hukum Boyle (kadang kala dirujuk sebagai Hukum Boyle-Mariotte) adalah

satu daripada beberapa hukum gas dan kes khusus bagi hukum gas ideal (ideal gas

17

law). Hukum Boyle menggambarkan hubungkait kadar songsang antara tekanan dan

isipadu mutlak gas, jika suhu dikekalkan sekata dalam sistem tertutup.

Bagi jumlah tetap gas ideal dikekalkan pada suhu tetap, P [tekanan -

"pressure"] dan V [Isipadu - volume] adalah berkadar songsang (ketika satu

meningkat, yang lain menurun).

Hukum Boyle digunakan untuk meramalkan tekanan gas apabila isipadu

berubah (atau sebaliknya).

Pernyataan Hukum Boyle:

di mana :

p mewakili tekanan pada sistem.

V mewakili isipadu gas.

k mewakili nilai malar mewakili tekanan dan isipadu sistem.

2.6.2 Persamaan Gas Ideal

Persamaan gas ideal adalah persamaan keadaan suatu gas ideal. Persamaan ini

merupakan pendekatan yang baik untuk karakteristik beberapa gas pada keadaan

tertentu. Rumus bagi gas ideal ialah :

dimana :

adalah tekanan mutlak pada gas

adalah isi padu

adalah jumlah partikel pada gas

adalah suhu

adalah gas pemalar

18

2.6.3 Persamaan Bernoulli

Persamaan Bernoulli adalah kesinambungan dari persamaan keselanjaran dengan

keadaan dimana :

i. Kelikatan adalah kosong.

ii. Bendalir tidak boleh dimampatkan

Rumus Bernoulli ialah :

( )

Di mana,

ialah ialah tekanan bendalir

ialah ialah luas keratan rentas

ialah isipadu mengalir bendalir yang mengalir dalam selang masa itu

2.6.4 Hukum Termodinamik

Empat hukum termodinamik menerangkan tentang kuantiti asas fizik (suhu, tenaga

dan entropi) yang menggambarkan sistem termodinamik. Hukum ini menjelaskan

bagaimana kuantiti fizik ini bertindak berdasarkan keadaan-keadaan tertentu.

i. Hukum kosong termodinamik: Jika dua jasad yang setiap satunya berada

dalam keadaan keseimbangan haba dengan jasad yang ketiga, maka suhu

untuk setiap jasad ini adalah dalam keadaan keseimbangan. Dalam erti kata

lain, jika suhu A sama dengan suhu C dan suhu B juga sama dengan suhu C,

maka suhu A adalah sama dengan suhu B.

ii. Hukum pertama termodinamik: Jumlah tenaga dalam satu sistem tertutup

adalah malar. Hukum ini menepati prinsip keabadian tenaga yang

menerangkan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.

19

iii. Hukum kedua termodinamik: Tidak semua tenaga haba boleh ditukar kepada

bentuk tenaga yang lain. Hukum ini memperkenalkan unit termodinamik yang

baru iaitu entropi dan menyatakan bahawa entropi dalam alam semesta

sentiasa meningkat. Terdapat dua kenyataan penting dalam hukum kedua

termodinamik, iaitu kenyataan Clausius dan kenyataan Kelvin.

iv. Hukum ketiga termodinamik: Suhu sifar mutlak adalah mustahil untuk

dicapai. Hal ini juga menjelaskan bahawa entropi suatu sistem pda suhu sifar

mutlak ialah sifar dan ini tidak mungkin berlaku.

2.6.5 Tekanan

Tekanan (simbol: P) ialah sukatan daya yang bertindak ke atas luas permukaan sentuh,

atau daya per unit luas dalam arah yang berserenjang dengan permukaan berkenaan.

Semakin kuat daya yang bertindak ke atas permukaan yang diberikan, semakin tinggi

tekanan. Begitu juga semakin kecil luas permukaan yang disentuh oleh daya

berkenaan, maka lebin tinggi tekanan. Sementara tekanan boleh diukur dalam mana-

mana unit tekanan dibahagi kepada mana-mana unit luas, unit SI bagi tekanan

(newton per meter padu) tetap dipanggil pascal (Pa). Rumus bagi tekanan ialah :

Di mana :

adalah tekanan

adalah daya yang bertindak

adalah luas permukaan sentuh

2.6.6 Arus Elektrik

Arus elektrik bergantung, berdasarkan konteks penggunan, aliran caj elektrik

(fenomena atau kadar aliran caj elektrik ( "quantiti"). Caj elektrik mengalir ini

biasanya dibawa oleh elektron bergerak, dalam pengalir elektrik seperti wayar; dalam

Elektrolit, ia sebaliknya dibawa olehion, dan dalam Plasma, oleh kedua-duanya. Unit

Sistem Antarabangsa bagi mengukur kadar aliran caj elektrik adalah ampere. Arus

20

elektrik diukur menggunakan ammeter. Arus elektrik sebagai aliran merupakan satu

kuantiti dalam sains yang menerangkan kadar pengaliran cas elektrik. Unit SI bagi

arus ialah ampere yang sama dengan coulomb sesaat. Arus, I boleh ditakrifkan

sebagai:

Di mana :

Q ialah cas elektrik

t ialah masa

2.6.7 Hukum Ohm

Menurut Hukum Ohm, arus boleh dikira daripada rintangan dan beza upaya dalam

satu pengalir (konduktor). Rumus bagi hukum Ohm ialah :

Di mana :

V ialah beza upaya

R ialah rintangan elektrik

2.6.8 Kepadatan Arus

Kepadatan arus merupakan ukuran kepadatan arus eletrik. Ia ditakrifkan sebagai

vector di mana ketinggian adalah arus elektrik bagi setiap bahagian keratin lintang.

Bagi unit SI, kepadatan arus diukur dalam ampere setiap meter persegi. Rumusnya

ialah :

21

Di mana :

J merupakan kepadatan arus

A adalah luas keratan lintang

Titik hasil kedua vector menunjukkan arus elektrik dalam bentuk skalar.

2.7 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

Kajian komponen telah dijalankan terhadap projek “Portable Coding Spray”.Setelah

merujuk kepada pelbagai sumber seperti laman sesawang, penyelia, rakan-rakan dan

ibu bapa, besi hollow telah dipilih. Jadual 2.7 menunjukkan komponen-komponen

yang digunakan dalam projek.

Jadual 2.7 : Komponen Yang Digunakan

Spray Gun HVLP

Alat yang digunakan

untuk menyembur cat

pada sesuatu

permukaan dengan

menggunakan udara

bertekanan

Aluminium

Proses mengecat

lebih cepat

Permukaan cat

menjadi sekata

Ringan

Memerlukan

udara bertekanan

semasa

melakukan kerja

Rangka

Untuk menahan

seluruh komponen-

komponen

Untuk menstabilkan

mesin

Besi Hollow

Dapat

mengelakkan besi

dari berkarat

Besi ini tidak

berat

Kos yang murah

Sukar untuk

mengimpal besi

kerana cat perlu

dibuang terlebih

dahulu

22

Kompressor Mini

Untuk meningkatkan

kadar aliran udara

Plastik

Bateri 12

Aluminium

Senang untuk

diselenggara

Ringan dan boleh

dibawa ke mana-

mana

Mahal

Tabung Angin

Digunakan sebagai

tangki untuk

menyimpan angin

Paip besi hitam

Boleh menyimpan

angin yang

dimampatkan

oleh kompressor

Berat

Tapak

Untuk menahan

seluruh komponen-

komponen

Untuk menstabilkan

alat

Plywood

Murah

Tahan lama

walaupun terkena

air

Mudah retak

Bateri 12

Digunakan sebagai

bekalan kuasa kepada

mesin

Magnesium dioksida

Murah

Dapat di cas

semula sekiranya

kuasa habis

Tidak dapat

digunakan dengan

lama kerana

kurang kuasa

23

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi boleh menjadi analisis prinsip-prinsip kaedah dan peraturan yang

berkhidmat dengan disiplin, kajian sistematik pada kaedah yang boleh atau telah

digunakan dalam disiplin atau satu prosedur tertentu atau set prosedur.

Metodologi termasuk koleksi falsafah koheren teori, konsep atau idea kerana

ia berkaitan dengan sesuatu bidang atau bidang siasatan. Kaedah merujuk kepada

lebih daripada satu set mudah kaedah, sebaliknya ia merujuk kepada rasional dan

andaian falsafah bahawa kajian sebagai garis bawah berbanding dengan kaedah

saintifik. Inilah sebabnya mengapa kesusasteraan ilmiah sering mengandungi satu

bahagian pada para penyelidik. Perbincangan dan penghuraian idea kerja perlulah

dilaksanakan kerana ia penting dalam melaksanakan sesuatu projek.

Setiap langkah projek ini adalah satu proses untuk menyiapkan projek itu.

Setiap langkah mesti dirancang dan diikuti satu persatu serta perlu dilakukan dengan

teliti. Jika beberapa kesilapan berlaku ia boleh membuat projek mungkin tidak dapat

beroperasi atau tidak kelihatan kemas dan sempurna. Ia juga akan menyebabkan

projek kita kurang selamat serta kurang menarik.

Projek sebelum penamat, pelbagai proses yang perlu dilakukan mengikut

prosedur yang betul bagi memastikan projek yang tidak mempunyai sebarang

masalah. Antara langkah-langkah kerja yang dilakukan dalam menyediakan projek-

projek ini adalah proses mereka bentuk projek itu, ukuran dan sifat-sifat yang

digunakan.

24

3.2 CARTA ALIR PROSES REKABENTUK

Rajah 3.1 : Carta Alir Perancangan Projek

Permulaan

Penyataan Masalah (P)

Penyelidikan (R)

Rekaan (I)

Pengubahsuaian (M)

Evaluasi (E)

Tamat

YA

TIDAK