ASSIGNMENT AQ AH

13
METHODOLOGI AL-QURAN DAN AL-HADITH ( PPPY 1242 ) TAJUK: IKHTILAF DALAM PERIWAYATAN (KITAB AL-MANHAJ AL-HADITH FI ‘ULUM AL-HADITH) HALAMAN: 127 HINGGA 131 DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ AHMAD FAKHRURRAZI BIN MOHAMMED ZABIDI DISEDIAKAN OLEH: NUR ‘AZIZAH BINTI MOHAMED NAJIB (A127655) SURIANI BT ABU TIAR (A129954) SAKINAH BT MOHAMMAD (A129943) NURUL HAYATI BT SABRI (A128485) KUMPULAN TUTORIAL: HARI KHAMIS (12:00 HINGGA 1:00 TENGAHARI)

Transcript of ASSIGNMENT AQ AH

METHODOLOGI AL-QURAN DAN AL-HADITH

( PPPY 1242 )

TAJUK:

IKHTILAF DALAM PERIWAYATAN

(KITAB AL-MANHAJ AL-HADITH FI ‘ULUM AL-HADITH)

HALAMAN: 127 HINGGA 131

DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZ AHMAD FAKHRURRAZI BIN MOHAMMED ZABIDI

DISEDIAKAN OLEH:

NUR ‘AZIZAH BINTI MOHAMED NAJIB (A127655)

SURIANI BT ABU TIAR (A129954)

SAKINAH BT MOHAMMAD (A129943)

NURUL HAYATI BT SABRI (A128485)

KUMPULAN TUTORIAL:

HARI KHAMIS (12:00 HINGGA 1:00 TENGAHARI)

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

2009/2010

1. PENAMBAHAN THIQQAH

Definisi:

Penambahan thiqqah ini ialah: Apa yang ditambah padanya daripada

lafaz-lafaz oleh seorang yang thiqqah ke atas apa yang telah

diriwayatkan oleh beberapa orang thiqqah yang lain.

Hukumnya:

Kita telah sedia maklum bahawa sebarang penambahan oleh orang

yang dhaif tidak mempunyai sebarang nilai, namun penambahan

daripada orang yang thiqqah adalah diterima. Akan tetapi,

permasalahannya di sini ialah penambahan orang yang thiqqah ke

atas apa yang telah diriwayatkan oleh orang-orang lain yang

thiqqah juga, samada berlaku pada sanad atau matan. Maka, adakah

penambahan ini diterima atau ditolak?

Dan jawapan bagi persoalan ini akan dikemukakan selepas

pembahagian penambahan thiqqah. Ia terbahagi kepada dua bahagian:

I. Bahagian Pertama: Penambahan Thiqqah Pada Sanad.

Maka yang dimaksudkan di sini ialah memarfu’kan hadis yang

mauquf, menyambungkan apa yang terputus. Adapun penambahan

seorang rawi pada sanad yang bersambung maka ia adalah

penambahan pada sanad secara hakiki. Akan tetapi para ahli

hadith mengkelaskannya kepada tajuk yang khusus, iaitu

namanya: Penambahan pada sanad muttasil, yang mana akan

dinyatakan nanti, insyaallah.

Hukum penambahan ini:

Ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam menyatakan hukum

penambahan thiqqah ini:

- Ada di antara mereka yang menerimanya secara mutlak.

- Ada yang menolaknya secara mutlak.

- Yang rajihnya bahawa ianya diterima melainkan wujudnya

bukti-bukti yang menunjukkan kepada ketidakshahihannya.

Maka ia pada majoritinya menerima kerana ianya diriwayatkan oleh

seorang thiqqah. Dan penambahan ini tidak membawa maksud bahawa

ianya bersalahan dengan riwayat thiqqah yang lain, namun

barangkali kedua-dua periwayatan ini benar.

(halaman 128)

Contohnya-contohnya :

Contoh hadis yang mauquf yang dimarfu’kan: “ Apabila ada di sisi

seorang lelaki itu dua orang perempuan, maka dia tidak berlaku

adil di antara keduanya, maka dia akan datang pada hari kiamat

nanti dengan sebelah badannya gugur. ”

Maka hadith ini diriwayatkan marfu’ dan mauquf juga. Dan Imam al-

Tirmizi telah menghukumnya sebagai hadis marfu’.

Contoh hadis mursal yang menjadi muttasil pula sebagaimana sanad

yang dikeluarkan oleh Imam Tarmizi “Daripada Abi Salamah bin

Abdul Rahman daripada Abu Hurairah, sabda Rasululllah s.a.w:

Bahawasanya Allah tidak membangkitkan satu nabi dan tiada satu

khalifah melainkan baginya dua taulan. Taulan yang menyuruh akan

dia berbuat baik dan menegah akan dia daripada kejahatan dan satu

taulan lagi tidak cenderung pada kejahatan. Dan siapa yang

dipeliharakan dari taulan kejahatan, maka sungguhnya

terpeliharalah dia”.

Kemudian riwayat Imam al-Tirmizi daripada Abi Salamah bin Abdul

Rahman, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda……... Dan tidak

disebutkan daripada Abu Hurairah.

Maka riwayat yang awalnya bersambung (mutasilah), dan keduanya

mursalah (terputus). Maka Abu Salamah adalah para tabi’in. Imam

al-Tirmizi telah merajihkan riwayat yang pertama yang bersambung

(mutasilah).

2. Bahagian kedua: Penambahan thiqqah pada matan.

Yang dimaksudkan penambahan pada matan(isi kandungan) iaitu

penambahan sesuatu kalimah atau perkataan dari riwayat yang lain

kepada riwayat yang asal.

Hukum penambahan ini:

Ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam menyatakan hukum

penambahan thiqqah ini:

- Sebahagian dari mereka menerimanya secara mutlak.

- Sebahagian dari mereka menolaknya secara mutlak.

- Yang rajihnya membahagikanya kepada beberapa

bahagian,sebagaimana yang sebenar-benarnya iaitu

penambahan thiqqah pada matan, yang terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu:

(halaman 129)

1. Penambahan yang bercanggah daripada riwayat yang thiqah,

maka ia ditolak sebagaimana penolakan dalam hadis syadh.

percanggahan

daripada satu aspek

tiada percangga

han

2. Penambahan yang tidak bercanggahan daripada riwayat yang

thiqah, dan ini mencakupi dalam kata-kata kami: Terdapat

persamaan dalam riwayat thiqah kerana penambahan itu samada

ianya percanggahan atau persamaan, atau tiada percanggahan

dan tiada persamaan, maka aspek penambahan yang tiada

percanggahan diterima.

3. Penambahan pada percanggahan daripada satu aspek. Dan ia

jadi dengan mentaqyidkan lafaz yang mutlak atau menkhususkan

lafaz yang umum. Sebagaimana contoh hadis: “Diberikan

kepadaku lima hal yang belum pernah diberikan kepada seorang

pun di antara para nabi sebelumku; aku ditolong dengan rasa

takut perjalanan sebulan, dijadikan bumi untukku sebagai

masjid dan untuk bersuci.”

Abu Malik al-Ashja’iy secara individunya menambah satu perkataan:

“ Dan dijadikan untukku tanahnya (debunya) untuk bersuci.”

Penambahan ini bukan percanggahan pada mana-mana aspek kerana

tanah atau debu itu adalah daripada bumi. Namun ianya bercanggah

dengan aspek lain kerana di bumi ada juga unsur lain selain

tanah, seperti batu.

Maka penambahan ini diterima oleh Imam Malik dan Imam Syafi’i,

dan di sisi mereka, ia adalah sebahagian daripada hadis. Dan

tidak dihukumkan tayamum tanpa debu atau tanah. Namun Imam Abu

Hanifah tidak menerima penambahan ini, dan beliau mengharuskan

tayamum tanpa debu iaitu dengan segala apa yang merupakan unsur

alam. Maka, yang rajih di sini ialah menerima penambahan thiqqah

ini pada bahagian ini. Dan tidaklah dianggap bahawa taqyid dan

takhsis itu adalah satu bahagian daripada percanggahan ini.

(halaman 130)

3. PENAMBAHAN PADA SANAD YANG BERSAMBUNG.

Definisi:

Penambahan pada sanad yang bersambung ini ialah: Penambahan

seorang rawi pada sanad yang bersambung.

Dan pastinya, sanad yang tidak ada padanya penambahan itu sanad

yang muttasil. Adapun, jika sanad itu tidak bersambung dan ianya

disambungkan, maka ia bukanlah penambahan, akan tetapi ianya

menyambungkan hadith munqathi’ atau mursal.

Pada keadaan ini, mungkin akan terjadi perawi itu meriwayatkan

hadith daripada perawi yang ditambahkan pada sanad, dan beliau

membicarakan hadith itu dengan bersandar pada perawi yang

ditambah itu, kemudian beliau berjumpa dengan guru kepada perawi

yang ditambah itu dan mendengar hadith daripadanya. Maka jadilah

beliau membicarakan hadith itu daripada guru itu secara langsung

dan jadilah perawinya menjadi dua riwayat. Riwayat pertama

nazilah, dan riwayat kedua ‘aliyah. Dan kedua-duanya shahih.

Contohnya:

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, katanya : Daripada

Abdullah bin Abi Ziad, daripada Zaid bin Hubab, daripada Yunus

bin Abi Ishak, daripada Abi Ishak, daripada Abi Burdah daripada

Abi Musa berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak ada pernikahan,

melainkan dengan adanya wali”.

Kemudian Imam al-Tirmizi berkata : Dan Abu ‘Ubaidah al-

Haddad meriwayatkan daripada Yunus bin Abi Ishak, daripada Abi

Burdah, daripada Abi Musa, diriwayatkan daripada Rasulullah

s.a.w. sebagai contoh, dan tidak disebutkan padanya Abi Ishak.

Maka riwayat yang pertama ditambah padanya Abi Ishak dan

Imam al-Tirmizi telah mentarjihkan di dalam kitabnya.

(halaman 131)

Ulasan Pertama.

Oleh: Sakinah binti Mohammad.

No. Matrik: A129943.

_________________________________________________________________

_____________

Penambahan thiqqah yang telah dibincangkan di atas tadi dapat

difahami dengan mengatakan bahawa ia adalah merupakan suatu

kejadian yang terjadi pada hadith samada pada sanadnya atau pada

matannya, iaitu seorang perawi yang thiqqah menambah pada

periwayatan perawi yang tjiqqah juga pada sanad atau matan dengan

penambahan seorang perawi atau lafaz matan. Beberapa ulama’

muhaddithin menerima penambahan ini, sebahagiannya pula menolak,

namun yang rajihnya mereka menerimanya jika tiada perkara-perkara

yang boleh merosakkan dan membawa keraguan.

Penambahan pada matan ini mempunyai beberapa pecahan.

Pertama, jika penambahan itu didapati bercanggah dengan

periwayatan thiqqah yang lain, penambahan ini sama sekali

ditolak. Kedua, jika penambahan ini tidak terdapat apa-apa

perbezaan dan percanggahan, maka secara automatiknya diterima

penambahannya. Dan terakhir sekali, jika penambahan oleh thiqqah

ini bercanggah pada mana-mana aspek dalam hadis seperti yang

disebut di atas, sebahagian muhaddithin menerima, dan

sebahagiannya menolak dengan mempertahankan hujah mereka masing-

masing.

Di dalam kitab karangan al-Naisaburi; Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith,

dinyatakan bahagian ini (penambahan thiqqah) merupakan sebahagian

daripada ‘Ulum al-Hadith yang dengannya didapati pengetahuan

mengenai penambahan-penambahan lafaz oleh golongan yang faqih pada

hadith dengan penambahan seorang perawi. Namun perkara ini

dikatakan jarang berlaku dan sedikit sahaja ahli yang mahir

dengannya. Sesungguhnya Abu Bakr ‘Abd Allah bin Ziyad al-

Naisaburi ada menyebut tentangnya, begitu juga Abu Nu’im ‘Abd al-

Malik bin Muhammad bin ‘Ada al-Jarjani yang merupakan ulama’

Khurasan dan Syaikh Abu al-Walid radhiayallahu ‘anhum ajma’in.

Terdapat banyak contoh yang dinyatakan di dalam kitab ini

mengenai penambahan perawi pada sanad-sanad hadith. Antara contoh

hadith yang dinyatakan di dalam kitab ini dalam konteks

perbincangan ini ialah:

“Abu ‘Amru ‘Uthman bin Ahmad bin al-Samak telah mengkhabarkan

kepada kami, telah berkata bahawa telah dikhabarkan kepada kami

al-Hasan bin Mukrim, telah berkata ‘Uthman bin ‘Umar telah

berkata Malik bin Mighwal, daripada al-Walid ibn al-‘Aizar

daripada Abi ‘Amru al-Syaibani, daripada ‘Abd Allah bin Mas’ud

telah berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Amal apakah

yang manakah paling afdhal? Baginda bersabda: Solat pada awal

waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa? Sabda baginda: Jihad

di jalan Allah. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Sabda

baginda: Berbakti kepada kedua ibu bapa.”

Maka telah berkata ‘Abd Allah: Ini adalah hadith shahih yang

dipelihara periwayatannya oleh jemaah imam-imam muslimin daripada

Malik bin Mighwal, dan begitu juga daripada ‘Uthman bin ‘Umar.

Tetapi tidak disebutkan pada awal waktunya Ibn Basyar dan Hasan

bin Mukrim yang mana mereka berdua ini ialah orang yang thiqqah

(faqih).

Di bawah perbincangan mengenai penambahan pada sanad yang

bersambung, kitab karangan Imam al-Suyuthi; Tadrib al-Rawi fi Syarh

Taqrib al-Nawawi, dinyatakan contoh apa yang diriwayatkan oleh

Ibn Mubarak katanya: Sufyan telah mengkhabarkan kepada kami,

daripada ‘Abd al-Rahman bin Yazid, Busr bin ‘Ubaid Allah telah

mengkhabarkan kepada kami, katanya: Aku mendengar Abu Idris

berkata: Aku mendengar Wathilah berkata: Aku mendengar Abu

Marthad berkata: Aku mengengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Dilarang duduk di atas kubur.” Maka disebutkan Sufyan dan Abu

Idris sebagai tambahan pada sanad ini, namun dikatakan wujud

keraguan padanya.

Sesungguhnya beliau berkata, penambahan pada sanad oleh

seorang thiqqah ini sememangnya diterima. Samada diriwayatkan

dengan cara mendengar atau perkhabaran, melainkan wujud padanya

bukti-bukti yang membawa kepada keraguan penambahan sanad itu.

Di dalam kitab Ikhtishar ‘Ulum al-Hadith, karangan al-Dimasyqi

pula mendefinisikan penambahan pada sanad yang bersambung ini

sebagai penambahan seorang perawi pada sanad oleh seorang perawi

yang mana perawi lain tiada menyebut perawi tambahan ini. kitab

ini juga menyebutkan contoh yang sama dengan karangan al-Suyuthi

dengan penerangan yang lebih jelas. Diterangkan bahawa perawi-

perawi lain selain Ibn Mubarak meriwayatkan daripada beliau tanpa

menyebut Sufyan. Lalu Abu Hatim al-Razi berkata: Ibn Mubarak

telah menambah Abu Idris juga dalam riwayatnya, maka kedua-dua

mereka ini ialah tambahan sanad.

Maka, dapat dirumuskan mengenai tajuk ini bahawa setiap

majoriti ulama’ ahli hadith menerima penambahan daripada seorang

thiqqah ini di atas riwayat thiqqah yang lain dan juga menerima

penambahan sanad pada sanad yang telah diriwayatkan oleh orang

lain dengan syarat, tiada di sana wujudnya keraguan dan

pertentangan makna dengan sanad dan hadith yang telah

diriwayatkan sebelumnya. Sebab penerimaan ini adalah kerana

kedua-dua periwayat itu adalah seorang thiqqah dan hadith

daripada perawi yang thiqqah tidak ditolak.

RUJUKAN

Al-Naisaburi, Abi ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Abd Allah al-Hafiz.

1977. Ma’rifah ‘Ulum al- Hadith. Al-Maktabah al-‘Ilmiyyah, Madinah.

Al-Suyuthi, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman bin Abu Bakr. 1972. Tadrib

al-Rawi fi Syarh Taqrib al-Nawawi. Al-Maktabah al-‘Ilmiyyah,

MAdinah.

Al-Dimasyqi, Abu al-Fida’ al-Hafiz Ibn Kathir. 1980. Ikhtishar ‘Ulum

al-Hadith. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut.