APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM. BINCANGKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR-PAKAR TENTANG...

35
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM. BINCANGKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR- PAKAR TENTANG KURIKULUM Mohd Asnawi Satdimin Md Shufian Awang Avelyn Siang Nur Atiqah Basri Jabatan Kemahiran Hidup Fakulti Teknik Dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris (18 hb Oktober 2010)

Transcript of APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM. BINCANGKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR-PAKAR TENTANG...

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM. BINCANGKAN PENDAPATDAN PANDANGAN PAKAR- PAKAR TENTANG KURIKULUM

Mohd Asnawi Satdimin

Md Shufian Awang

Avelyn Siang

Nur Atiqah Basri

Jabatan Kemahiran Hidup

Fakulti Teknik Dan Vokasional

Universiti Pendidikan Sultan Idris

(18 hb Oktober 2010)

ABSTRAK

Penulisan ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui apakah

yang dimaksudkan dengan kurikulum. Definisi kurikulum

menurut kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah

kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang

dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi

pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah

suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan,

kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan

dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada

ahli-ahlinya. Menurut pandangan Neagley & Evans, 1992;

kurikulum bermaksud semua pengalaman yang dirancang dan

dikemukakan oleh pihak sekolah. Selain itu, terdapat juga

perbincangan pendapat dan pandangan pakar- pakar mengenai

kurikulum. Penulisan ini juga telah membincangkan mengenai

definisi kurikulum, pendapat dan pandangan pakar berserta

tokoh atau pengkaji berkaitan kurikulum. Antara lain,

kajian ini juga membincangkan tentang kurikulum secara

umum di Malaysia. Terdapat juga perbincangan secara umum

mengenai kurikulum awal kanak- kanak di Malaysia.

PENGENALAN

Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana

anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga

memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang

dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).

Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses

pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu

dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil

pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu

mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran

yang dimiliki dalam kehidupan seharian.

Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat

sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang

serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang

mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya

‘ilmu’ atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan

dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan

sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk

kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and

Science, 1990).

DEFINISI KURIKULUM

Definisi kurikulum oleh kementerian Pendidikan Malaysia ialah

kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang

dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan

untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang

meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan

norma, unsur- unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk

diperturunkan kepada ahli- ahlinya. Semua pengalaman yang

dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah (Neagley & Evans,

1992). Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk

pelajar- pelajar pada setiap peringkat dalam institusi

pendidikan. (Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan, 1992

dalam Zaini B. Abdullah, Falsafah dan Kurukulum Pendidikan).

Terdapat juga pendapat daripada beberapa pakar yang menyatakan

bahawa kurikulum sebagai usaha. Usaha menyeluruh yang dirancang

oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil

pembelajaran yang telah ditentukan. (Inlow, 1976). Menyampaikan

prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam keadaan

yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukakan

dengan berkesan secara praktik. (Stenhouse, 1975).

Terdapat juga pendapat dari sesetengah pakar yang

mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan di peringkat sekolah

dan dalam bidang pendidikan. Kurikulum ialah semua pembelajaran

yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah. (Kerr, 1968 dalam

Zaini B. Abdullah, Falsafah dan Kurikulum Pendidikan).

Kurikulum ialah rancangan yang menyediakan kesempatan

pembelajaran bagi memperoleh pelbagai tujuan menyeluruh dan

objektif spesifik yang berkaitan dengannya. Rancangan ini di

bina oleh pusat persekolahan untuk sesuatu populasi murid

sekolah. (Saylor & Alexander, 1974). Selain itu, terdapat juga

definisi yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai unsur

kebudayaan. Kurikulum ialah pilihan daripada berbagai- bagai

unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat, nilai am dan

aspek khusus sesuatu budaya. (Burtonwood, 1986).

PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR, TOKOH ATAU PENGKAJI BERKAITAN

KURIKULUM

Menurut Robert S. Zais (1976), mengusulkan kurikulum sebagai

kesatuan yang tidak dapat dikesan tetapnya. Kesatuan ini

terdiri daripada integrasi empat komponen iaitu tujuan, isi,

aktiviti dan penilaian. Tiap-tiap komponen kurikulum

berhubungan antara satu dengan yang lain seperti serpihan teka-

teki (puzzle) yang mesti dipadankan dengan tepat untuk

mengeluarkan kurikulum yang tidak dapat dilihat bentuknya.

Model ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa sistem logik

dalaman kurikulum adalah berdasarkan andaian falsafah yang

menapis berbagai-bagai unsur dasar yang lain untuk mempengaruhi

kurikulum dan komponennya.

Menurut J.I Goodlad (1966), memberikan pandangan dengan

mengusulkan bahawa perancangan kurikulum dilakukan menerusi

proses penilaian dan pemerolehan yang bersifat rasional. Budaya

terdiri daripada pengetahuan melalui penyelidikan saintifik dan

juga kebijaksanaan lazim iaitu ilmu pengatahuan yang diketahui

umum kerana telah diwarisi ataupun diperoleh daripada

penyelidikan. Nilai budaya diperoleh dan dinilai untuk

dikemukakan sebagai matlamat pendidikan. Seterusnya matlamat

pendidikan diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai

objektif am pendidikan. Akhirnya objektif am pendidikan

diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif

spesifik pendididkan. Bersama-sama dengan objektif am diadakan

kesempatan pembelajaran (KP) dan bersama-sama dengan objektif

spesifik diwujudkan pusat penyusun (PP). Pengetahuan sentiasa

berkembang sehingga perlu diajarkan kepada kumpulan demi

kumpulan pelajar. Lantaran itu kurikulum bergerak dinamik

merentasi masa.

Berdasarkan pandangan Saylor dan Alexander (1974),

menyatakan bahawa sistem kurikulum bagi memperoleh murid

sebagai input ke dalam kesempatan pembelajaran yang dibina

melalui kurikulum. Kurukulum ialah rancangan tentang kesempatan

pembelajaran untuk mencapai matlamat am pendidikan dan objektif

spesifik yang berkaitan. Rancangan ini dikelaskan menurut

bidang. Tiap-tiap bidang mempunyai rancangan tentang reka

bentuk kurikulum, mod instruksi dan proses penilaian. Rancangan

dalan bidang tersebut menduga wujud kemajuan murid yang dinilai

dan dijadikan maklum balas terhadap murid sebagai unsur input,

matlamat dan objektif serta bidang. Matlamat dan objektif

dibina berdasarkan data tentang ilmu pengetahuan, matlamat dan

nialai social, permintanan murid dan proses pembelajaran.

Seterusnya semua ini dipengaruhi oleh pembolehubah luaran,

contohnya keperluan undang-undang. Saylor & Alexander juga

menghuraikan satu sistem kurikulum yang dinamai subsistem

perancangan kurikulum. Subsistem ini melibatkan pengembangan,

pengesanan dan penilaian rancangan kurikulum sepenuhnya. Sistem

kurikulum mengeluarkan rancangan kesempatan pembelajaran untuk

mencapai tujuan pendidikan yang dilonggokan menjadi berbagai-

bagai bidang. Beberapa pemboleh ubah luaran kurikulum

mempengaruhi pembinaan rancangan untuk setiap bidang. Subsistem

perancangan kurikulum merupakan unsur yqng mengekalkan,

mengembangkan, menilai dan mengesan kurikulum merentasi masa.

Logik dalaman menyeluruh jelas melibatkan urutan proses

pengeluaran dengan input dan output yang terdiri daripada

rancangan dan pelajar.

Manakala menurut Mouritz Johnson (1967), mengusulkan

bahawa kurikulum ialah hasil npembelajaran yang dihasratkan.

Secara keseluruhannya model ini mengukur kefahaman tentang

kurikulum tetapi tidak dapat meninggalkan kesan huraian yang

jelas tentang logik dalaman kurikulum. Wheeler (1967),

mengusulkan bahawa carta aliran ialah proses kurikulum, iaitu

proses pembinaan dan perkembangan kurikulum. Menurutnya, proses

ini perlu berorientasikan masyarakat, individu dan aspek

warisan budaya yang menjadi tugas sekolah untuk memancarkannya

kepada murid. Perkembangan kurikulum mempunyai lima fasa; iaitu

penilaiann pemerolahan tujuan (1), fasa penilaian pemilihan

pengalaman pembelajaran (2), fasa penilaian pemilihan isi (3),

fasa penilaian prinsip dan prosedur untuk menyusun serta

menyepadukan pengalaman (4) dan akhirnya fasa penilaian (5).

Fasa penilaian ini juga sentiasa menyerap fasa lain yang telah

disebutkan (1,2,3 dan 4).

Ini kerana perkembangan kurikulum melibatkan pengumpulan

dan penilaian data dan perumusan hipotesis untuk mengadakan

eksperimen. Eksperimen ini bertujuan untuk menguji penentuan

yang dilakukan dan memperoleh keputusan untuk menegaskan apakah

penentuan tersebut memadai atau tidak. Oleh sebab kurikulum

dibentuk oleh masyarakat, maka hasilnya perlulah sentiasa

sekata dengan nilai, permintaan dan masalah masyarakat. Secara

keseluruhannya, Wheeler (1967) memetakan berbagai-bagai

pembolehubah yang berkait dengan tujuan, isi, pengalaman dan

penilaian serta logik dalaman bagi modelnya juga melibatkan

tindakan, empiris eksperimen. Kurikulum menurut model ini

dinilai juga secara empiris untuk menjadikan hasilnya sekata

dengan nilai, pemintaan dan masalah masyarakat.

Model Kurilukum Tyler (1949), adalah berdasaskan kepada

objektif dan proses. Di dalam bukunya Basic Principles of Curriculum

and Instruction, Tyler member definisi kurikulum sebagai pelajaran

yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah

untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Mengikut

beliau, objektif pelajaran hendaklah merangkumi dua aspek yang

berkaiatan, iaitu:

(a) Perkembangan tingkah laku kendiri pelajar

(b) Isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan

tingkah laku pelajar.

Tyler berpendapat bahawa dengan adanya pernyataan objektif

pelajaran dalam sesuatu kurikulum guru akan dapat merancang dan

pembelajaran berdasarkan obkektif pelajaran yang dinyatakan

dalam kurikulum itu. Maka, Tyler mencadangkan empat perkara

utama yang harus dirangkumi dalam kurikulum sekolah, iaitu:

(a) Perkara dan aktiviti yang harus dilakukan oleh guru.

(b) Topik dan konsep untuk setiap pelajaran hendaklah

disenaraikan.

(c) Tingkahlaku bersama dengan objektif perkembangannya

hendaklah dinyatakan dalam setiap topik pelajaran.

(d) Objektif pelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk

objektif eksplisit agar menjadi panduan guru untuk

menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar.

Berdasarkan huraian tersebut, Tyler mengusulkan suatu Model

Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara berikut:

(a) Matlamat pendidikan yang harus dicapai.

(b) Isi pelajaran yang berdasarkan objektifnya.

(c) Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan

kurikulum berdasrkan objektifnya.

(d) Penilaian untuk mengukur keberkesanaan pengajaran dan

pembelajaran.

Model kurikulum Taba (1945) adalah berlandaskan kepada

Kurilukum Sekolah Dewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa

Kajian Kurikulum (1933-1941) di USA dalam Mok Soon Seng, Kursus

PTK(Pengurusan Kurikulum). Di bawah kurikulum sekolah Dewey,

objektif pelajaran ditentukan berdasarkan falsafah pragmatism

yang mengandungi lagik penyelesaian masalah malalui aktiviti

inkuiri-penemuan. Selepas mengkaji Kurilukun Sekolah Dewey,

Jawatankuasa Kajian Kurilukum (1933-1941) USA, menyenaraikan

empat kompenen utama berikut sebagai garis panduan untuk

melaksanakan sesuatu kurikulum sekolah:

(a) Pengenalpastian objektif-objektif kurikulum.

(b) Penentuan kaedah dan strategi untuk mencapai

objektif-objektif kurikulum.

(c) Organisasi kaedah dan strategi.

(d) Penilaian untuk pencapaian objektif.

Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus

ditentukan berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi

berpusatan pelajar sebagai objektif- objektif utama. Dengan

garis panduan daripada Loporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum,

beliau mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap dan

mantap seperti berikut:

(a) Diagnosis atas permintaan kurikulum.

(b) Ringkasan objektif-objektif kurikulum.

(c) Pemilihan isi kandungan kurikulum.

(d) Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih.

(e) Pemilihan pengalaman pembalajaran.

(f) Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih.

(g) Pengukuran dan penilaian.

Model kurikulum Stenhouse (1975), adalah berlandaskan

kepada model proses dan tidak bermula dengan objektif

pengajaran dan pembelajaran sebagai komponen utama dalam

sesuatu kurikulum. Stenhouse bersetuju dengan Peters (1966)

dalam Mok Soon Seng, Kursus PTK (Pengurusan Dan Kurikulum)

bahawa pemilihan isi kandungan kurikulum harus berdasarkan

nilai justifikasi. Mengikut Peters, aktiviti-aktiviti kurikulum

seperti Sains, Sejarah dan Kesusasteraan mengandungi isi

kandungan kognitif dan boleh membawa banyak sumbangan kepada

kehidupan.

Sehubungan ini, Stenhouse mengusulkan pembentukan

kurikulum berdasarkan prinsip-prinsip pemilihan isi kandungan

dari segi kriteria dan tidak perlu bergantung kepada

objektifnya. Maka, Model Kurikulum Stenhouse merangkumi

aktiviti-aktiviti berikut:

(a) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membuat

keputusan dan refleksinya diri sendiri.

(b) Aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan

diri mereka secara aktif dalam situasi pembelajaran.

(c) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar

menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing.

(d) Aktiviti yang memerlukan pelajar- pelajar menggunakan

pengamatan dan gaya intelek untuk memerhati situasi dan

idea baru serta aplikasi dalam suatu proses intelek.

(e) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru

dalam penanggungan risiko kejayaan atau kegagalan.

(f) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dalam

aplikasi bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan,

piawai atau displin.

Model Kurikulum Stenhouse, jika dikaji banyak bergantung

kepada kemahiran guru untuk melaksanakannya dengan berkesan.

Ini adalah kerana Stenhouse menitikberatkan proses pengajaran

guru lebih daripada pemilihan isi kandungan dalam kurikulum.

Kerjaya perlaksanaan kurikulum amat bergantung kepada kemahiran

guru yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan garis panduan aktiviti-

aktiviti yang disenaraikan dalam model kurikulum tersebut.

Sehubungan ini, Stenhouse mencadangkan bahawa guru memainkan

peranan sebagai penyelidik dan mengkaji masalah pendidikan dari

semasa ke semasa dengan tujuan mempertingkatkan kualiti dan

kemahiran mereka dalam perancangan serta perlaksanaan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

BINCANGKAN KURIKULUM SECARA UMUM DI MALAYSIA

Kurikulum merupakan dokumen bertulis yang melakarkan isi mata

pelajaran yang diajar. Apa sahaja yang diajar di sekolah

merupakan kandungan mata pelajaran yang diajar menerusi

pelbagai mata pelajaran, pelbagai pilihan disiplin ilmu

pengetahuan, pelbagai rumusan masalah berkaitan kehidupan

seharian, dan pelbagai cara penyusunan yang lain. Isi pelajaran

tetap merupakan teras kurikulum walaupun disusun dalam pelbagai

cara dalam kurikulum sebagai mata pelajaran (Beuchamp 1968

dalam Kamarudin & Siti Hajar 2004).

Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum

kebangsaan merupakan suatu wadah program pendidikan yang

melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang

merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur

kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan

seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,

mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan

nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan

(Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Kurikulum

Kebangsaan) Pendidikan 1997 Jadi secara amnya kurikulum juga

boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki

oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi

memenuhi matlamat pendidikan (Buku Laporan Jawatankuasa

Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani, 2005: 144). Oleh

sebab itu, kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah,

matlamat pendidikan, dan wawasan negara.

Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam

arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar

Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah

dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983.

Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun

1989. Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat KBSR dan

KBSM ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat

pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang

terdiri daripada bahasa Cina, Tamil, Arab dan yang terbaru

adalah Bahasa Iban. Hal ini penting bagi memupuk semangat

cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang dek panas dan tak

lapuk dek hujan.

KBSR dan KBSM digubal berasaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). FPK menekankan perkembangan individu secara

menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik

berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada

Tuhan.  FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semua warga

pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan

gigih agar FPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita. Andai

semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan masing-

masing FPK sudah pasti memberi kesan yang positif. Bagi melihat

kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlu menunggu masa satu

atau dua generasi kehidupan.

Reka bentuk kurikulum di Malaysia bermula dengan Laporan

Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan

dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan

Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing.

Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk

merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk

mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran.

Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji

pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek

kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi

keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil

memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan

berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan

(Mohd Daud, 1994 halaman 100).

Kurikulum di Malaysia juga dapat dibahagikan kepada dua

reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang

berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum

yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan

dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.

Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan

yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian

atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul.

(Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).

Oleh yang demikian, Kurikulum Kebangsaan di Malaysia

berasaskan kedua-dua rekabentuk kurikulum tersebut. Tujuan

utama penetapan standard dalam Kurikulum Kebangsaan adalah

untuk ekuiti dan kualiti. Peluang pendidikan yang sama akan

diberikan kepada semua murid untuk tujuan ekuiti bagi penetapan

standard pendidikan. Kualiti pula membawa maksud bahawa semua

murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard

kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang

murid perlu ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh

persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan

nilai. Manakala aspek pembelajaran pula adalah merupakan satu

penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk

objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian

setiap standard kandungan (Kementerian Pelajaran Malaysia

2009). Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua

jenis modul iaitu Modul Asas dan Modul Bertema. Modul Asas pula

terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa

Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) Pendidikan Islam,

Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Modul Bertema

pula merupakan modul bersepadu yang mengandungi unsur-unsur

dalam keenam-enam tunjang dan unsur kreatif, kritis dan

inovatif. Modul Bertema ini juga dibina dengan menggunakan isu

kehidupan seharian kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia

2009).

Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dan

perkembangan bagi membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam

sistem pendidikan negara. Kurikulum sentiasa digubal bagi membentuk

kurikulum yang sesuai selaras dengan pembangunan negara. Di samping

itu, penggubalan kurikulum di lakukan bagi menyeragamkan kurikulum

yang di gunakan dalam sistem pendidikan. Hal ini berlaku apabila

masyarakat mulai sedar tentang kepentingan sistem pendidikan masyarakat

dan negara. Kurikulum digubal agar bersesuaian dengan tahap

perkembangan indidvidu supaya dapat merangsang pemikiran, membina

sikap positif, meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan

optimum. Kurikulum di Malaysia berlandaskan prinsip Rukun Negara dan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan

wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini mengambil

kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan serta cara

pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan

emosi dan konsep e-pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 2003).

Kurikulum di Malaysia adalah bersepadu dan terancang melalui

Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP). ABP ialah

satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri,

kebolehan, bakat serta minat murid. Kurikulum ini berfokus kepada hasil

pembelajaran iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu

faham, tahu dan buat serta amalkan.

Kurikulum standard kebangsaan merupakan kurikulum yang

terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard

kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan

boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam

tahun. Kurikulum ini berfokuskan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan pelajar, menekankan kepada inkuri

penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran

persepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran

kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek (Bahagian

Pembangunan Kurikulum 2009).

BINCANGKAN SECARA UMUM KURIKULUM AWAL KANAK- KANAK YANG

TERDAPAT DI MALAYSIA

Perkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada

kurikulum yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang

riang dan gembira. Belajar sambil bermain dikukuhkan dengan

suasana yang merangsang pembelajaran melalui penerokaan dan

perbincangan bersama orang dewasa yang berpengetahuan, kanak-

kanak dapat mencapai perkembangan yang optimum. Pembangunan

kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak

secara menyeluruh adalah sangat penting kerana ia dapat

meneruskan kesinambungan dalam pedagogi pengasuhan dan

pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi umur dari lahir

sehingga selesai persekolahan. Ia merangkumi semua bidang yang

kritikal dan penting untuk pembangunan kanak-kanak termasuklah

pembangunan untuk kesejahteraan fizikal dan pergerakan motor,

pembangunan sosial dan emosi yang meliputi penggunaan pelbagai

pendekatan untuk pembangunan pembelajaran dan bahasa.

Perkembangan pesat pendidikan prasekolah di Malaysia

bermula pada tahun 1970-an yang pada ketika itu lebih dikenali

dengan kindergarten atau tadika yang dilaksanakan secara lebih

teratur dari tahun-tahun sebelumnya yang pada ketika itu hanya

diceburi oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, NGO's clan

pihak swasta. Pada tahun 2003, Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil:

15/2002, Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua

tadika kerajaan, bantuan kerajaan, NGO's dan swasta mulai 1

Januari 2003 (Laman Sesawang Prasekolah Baling Sik, 2009).

Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah

menjadi satu industri yang bercambah dengan pesatnya sejak

kebelakangan ini namun inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanya bermula di sekitar

tahun 1990-an melalui beberapa peraturan dalam Akta Pendidikan

1996. Inisiatif terkini KPM adalah membangunkan panduan

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) pada tahun 2003 yang

kemudiannya dikemas kinikan pada tahun 2010 untuk menghasilkan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pembaharuan

dalam kurikulum prasekolah kebangsaan ini diadakan bagi

menangani masalah yang dihadapi oleh para pendidik dalam

menterjemahkan teori ke dalam dunia praktikal (Farida Yunus &

Hasnah Toran, 2010).

Garis Panduan Kurikulum Prasekolah merupakan salah satu

kurikulum yang terdapat di Malaysia yang telah digubal buat pertama kali

semasa projek imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Sempena

dengan perlaksanaan program pendidikan prasekolah ‘annex’ iaitu

penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh negara maka garis

panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula mengikut

perkembangan semasa dan keperluan agensi yang menjalankan

pendidikan prasekolah. Garis panduan itu telah diterbitkan pada

tahun 1993. Akta Pendidikan 1996 telah menaikkan martabat

pendidikan prasekolah dengan memasukkan pendidikan prasekolah

ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan dengan itu

satu garis panduan kurikulum prasekolah yang juga dipanggil

kurikulum prasekolah telah diterbitkan pada tahun 1998 dan

dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua

tadika di negara ini. Hal ini, bertujuan untuk menyuburkan

potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai

kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan

masuk ke sekolah rendah (Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di

Malaysia 1993). Komponen kurikulum prasekolah berdasarkan garis

panduan ini ialah komponen bahasa dan komunikasi, komponen

perkembangan kognitif, komponen kerohanian dan moral, komponen

perkembangan sosioekonomi, komponen perkembangan fizikal, serta

komponen kreativiti dan estetika (IPGM Kampus Dato’ Razali

Ismail, 2009).

Kurikulum PERMATA juga merupakan kurikulum yang

digunapakai dalam rujukan pengajaran di prasekolah yang telah

dibentuk oleh pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak dari

kalangan pensyarah-pensyarah universiti. Ia dibentuk bagi

memberi panduan kepada pendidik-pendidik mengenai pengurusan

taska atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) mengenai pedagogi

pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi

meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini

mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak

yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum,

kaedah pegasuhan secara holistik, di samping panduan merancang

aktiviti untuk menaksir perkembangan kanak-kanak, merefleks dan

mengadakan kerjasama pintar dengan ibubapa dan ahli keluarga

serta masyarakat (Aminah Ayob et al. 2008).

Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya memberi penekanan

kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek

kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara

ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA ialah skop kurikulum

PERMATA meliputi perkembangan sosio emosi, sahsiah dan

kerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal,

perkembangan pra-matematik dan pemikiran logik, perkembangan

deria dan pemahaman dunia, perkembangan fizikal dan kemahiran

mengurus diri, serta aspek asuhan meliputi keselamatan,

pemakanan seimbang, penjagaan dan amalan asuhan (PERMATA

Negara, 2010).

Pada masa sekarang, Kurikulum standard prasekolah

kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan

memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard

pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh

kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Kurikulum ini

berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang

berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuri penemuan dan

menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu,

bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan

pembelajaran berasaskan projek. Antara bentuk kurikulum

standard prasekolah kebangsaan adalah meliputi komunikasi,

kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, ketrampilan diri,

fizikal dan estetika, serta lestari dan sains teknologi

(Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009).

Kurikulum kebangsaan adalah berasaskan kepada Kursus Asas

Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) dan kurikulum PERMATA. Kurikulum

PERMATA mengandungi garis panduan kepada pendidik-pendidik dan

pihak yang menguruskan Taska atau Pusat Anak Permata Negara

(PAPN) bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun mengenai

pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi

meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini

mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak

yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum,

kaedah pengasuhan secara holistik, panduan merancang aktiviti

untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak, merefleks dan

mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan ahli keluarga

serta masyarakat. Selain itu, kurikulum ini berkonsepkan

permainan, penerokaan, berfokus dan terancang sesuai dengan

umur kanak-kanak tersebut.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal

dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1970 dengan

memulakan projek rintis sebanyak 13 buah kelas di bawah biayaan

Yayasan Bernard Van Leer. Kementerian Pelajaran Malaysia mula

melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak yang lebih

dikenali sebagai pendidikan prasekolah "annex" 1992,

berdasarkan mesyuarat Jemaah Menteri 18 Disember 1991 bersetuju

mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Bagi

melaksanakan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia

telah mengorak langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam

menggubal kurikulum prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan. Satu program rintis telah dilaksanakan

di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi

memastikan keberkesanan kurikulum tersebut (Laman Sesawang

Prasekolah BalingSik, 2009).

Semenjak dilancarkan Bidang Keberhasilan Utama Nasional

(NKRA) Pendidikan, bermula pada Januari2010, daripada 1353

yang dirancang untuk beroperasi pada tahun 2010, sebanyak 987

buah telahpun beroperasi mengikut pecahan.

Kurikulum PERMATA dirujuk daripada model Pen Green tetapi

telah diperkayakan dengan ciri kebudayaan Malaysia. Kurikulum

PERMATA mempunyai enam bidang pembelajaran iaitu perkembangan

emosi, rohani dan social; perkembangan bahasa, komunikasi dan

literasi awal; perkembangan pra matematik dan pemikiran logik;

perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran;

perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri; dan

perkembangan daya kreativiti dan estetika.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan pula digubal sebagai usaha

untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah

bagi kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun. Ianya menjadi satu

dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika seperti

yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan

Prasekolah). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan merangkumi aspek-

aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang

universal iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi,

perkembangan kognitif, kerohanian dan moral, sosioemosi,

fizikal serta kreativiti dan estetika. Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan memberi penekanan kepada komponen Bahasa dan

Komunikasi sebagai usaha untuk meningkatkan literasi murid

dalam bahasa, kemahiran berinteraksi dan komunikasi serta

membina keyakinan murid menghadapi pelbagai cabaran dalam era

globalisasi dunia.

KESIMPULAN

Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua

sekolah. Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah

jawatankuasa professional yang penting bagi melaksanakan

pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan

falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan

yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak

dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana

terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama

kepada perlaksanaan ini.

Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO,

atau pihak yang tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap

memang signifikan dalam proses pendidikan kanak-kanak, maka

Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang

bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh

memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan proses

pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Oleh itu, kerjasama

pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan

yang timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan

emosi. Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya

memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa

menjadi bualan dalam sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan- peraturan

Terpilih. International Law Book Services, 2001( ms 1-98

dan 129- 1440).

Akta pelajaran (1961), Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada

http://www.scribd.com/doc/18935544/Penyata-Razak

Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai

Nordin dan Mahani Razali (2008), Kurikulum Permata. Tanjong

Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009: Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan (2010). Diperolehi

pada 28 0gos 2010 daripada

http://skguarchempedak.com/v2/wpcontent/uploads/

downloads/2010/07/1275279590.pdf

Burtonwood, N. (1986). The Culture Concept in Educational Studies.

Wisdor: NFER- Nelson

Department of Education and Sciences (DES) (1990), Starting

with Quality, London, HMSO.

Farida Yunus & Hasnah Toran (2010), Kajian Awal Adaptasi Silang Budaya

Ke Atas Instrumen Penaksiran Autentik Untuk Kanak-kanak Berumur 3

Hingga 6 Tahun. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada

http://pkukmweb.ukm.my/~fpendidikan/siswazah/prosiding/jil

id%202%202010/bil%207%20kajian%20adaptasi.pdf

Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia (1996), Diperolehi pada 3 ogos

2010 daripada http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com

Goodlad, J.I. (1966). The Development of a Conceptual System for Dealing

with

Problems of Curriculum and Instruction. Los Angeles: University of

Califoenia

Institute for Development and Educational Activities.

Inlow, G.M (1966). The Emergent In Curriculum. New York: Wiley

IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail. 2009. Pendidikan Prasekolah Di

Malaysia,

http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2009_06_01_archive.

html pada 28 Ogos 2010

Johnson, M. (1967). “ Definitions and Models in Curriculum Theory”.

Educational Theory, 17, hlm. 127-140.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz. (2004). Pedagogi Asas

Pendidikan. Kuala Lumpur : Karyazano Enterprise

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Reka Bentuk Kurikulum . Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009)

Laman Sesawang Prasekolah BalingSik. 2009. Pengurusan Kurikulum.

Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada

http://saabd.net/pra/news.php

Laporan Jawatankuasa Kabinet. (1979). Mengkaji Pelaksanaan Dasar,

Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mastura Bazdis (2008), Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur

Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan

Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan

Sultan Idris. Malaysia.

Diperolehi pada 24 ogos 2010 dari

http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/

Mohd Daud Hamzah (1994). Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Mok Soon Seng (2007), Kursus PTK (Pengurusan Kurikulum).

Multimedia ES Resources Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

Neagley, R.L Dan N.D. Evans. (1967). Handbook For Effective

Curicculum Development. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

PERMATA Negara. 2010. Kurikulum Permata. Diperolehi pada 28 0gos 2010

daripada http://www.permata.jpm.my/kurikulum.asp

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saylor, J.G dan W.M. Alexander (1974). Planning Curriculum for Schools.

New York: Holt.

S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, (1987). Perkembangan

Kurikulum: Satu Panduan Praktis (Terjemahan), Kuala Lumpur:

Dewan Budaya dan Pustaka.

Stenhouse, L. (1975). An Introduction to Curriculum Research and

Development. London: Heinemannn.

Taba, H. (1945). “ General Techniques of Curriculum Planning”

dlm. R.W. Tyler (ed.) American Education in the Postwar Period;

Fourty-fourth Year Book of the National Society for the

Study of Education, pt. 1. Chicago. University of Chicago.

Tyler, E.B.(1949). Basic Principles of Curriculum and Instrusction. Chicago:

University Of Chicago.

Wheeler, D.K. (1967). Curriculum Process. London: University of

London.

Zaini B. Abdullah (2002). Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan:

Petaling Jaya: Prentice Hall.

Zais, R.S. (1976). Curriculum: Principles and Foundations. New York:

Thomas Crowell.