4 - DOMAIN BAHASA KOMUNIKASI

32
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transcript of 4 - DOMAIN BAHASA KOMUNIKASI

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOMAIN BAHASA DOMAIN BAHASA DAN KOMUNIKASIDAN KOMUNIKASI

OBJEKTIF KURSUSOBJEKTIF KURSUS• Mengenal pasti masalah murid

Pendidikan Khas dalam domain bahasa dan komunikasi berdasarkan kes.• Mengenal pasti strategi/kaedah intervensi yang boleh diguna untuk membantu murid meningkatkan kemahiran dalam domain bahasa dan komunikasi.• Merancang dan membentangkan kaedah intervensi

• Domain - Ruang liputan pengetahuan dalam bidang kecerdasan

• Bahasa- satu sistem lambang bunyi suara berfungsi sebagai alat perhubungan antara individu dengan individu yang lain untuk meluahkan fikiran dan perasaan

• Komunikasi - adalah proses pembentukan ,penyampaian, penerimaan dan pengolahan mesej yang berlaku dalam diri seseorang atau lebih dengan tujuan tertentu.

(Kamus Elektronik Dewan Bahasa dan Pustaka 2013)

DEFINISI DOMAIN BAHASA DEFINISI DOMAIN BAHASA DAN KOMUNIKASIDAN KOMUNIKASI

LIHAT DAN CATAT

KEPENTINGAN UNSUR TERAPI PERTUTURAN DALAM AKTIVITI

INTERVENSI• melatih murid menguasai kemahiran tertentu• membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa

• meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu

• meningkatkan tahap keupayaan murid.

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA

1.Bibir atas

2.Bibir bawah

3.Gigi atas

4.Gigi bawah

5.Gusi

6.Lelangit keras

7.Lelangit lembut

8.Anak tekak

9.Hujung lidah

10.Hadapan lidah

11.Tengah lidah

12.Belakang lidah

13.Akar lidah

14.Epiglotis

15.Pita suara

16.Rongga tekak

17.Rongga Hidung

18.Rongga mulut

19.Rahang

20.Tenggorok

KATEGORI MASALAH PERTUTURAN

i. Masalah Artikulasiii. Masalah Suaraiii. Masalah Kelancaran

PUNCA MASALAH….• Masalah pendengaran• Lewat perkembangan• Otot lisan lemah• Kecacatan masa lahir• Masalah pernafasan• Kecederaan otak• Masalah dalam proses penelan makanan

Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya “malan” untuk “makan”” wabbit” untuk “rabbit”. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.

Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya “idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-lain.

MASALAH ARTIKULASIMasalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut:

i. penggantianii. pengguguraniii.pengubahan, daniv.penambahan

Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan “sip” disebut “shlip”. Sekiranya untuk perkataan “susah”, konsonan “s” disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya “sssyusyah”

Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti “bawa” disebut “bawah atau bawuah”, “animal” disebut “ ammanimal” atau “ammaminal”.

DIJALANKAN KEPADA…

• Kanak-kanak lewat pertuturan

• Bibir atau lelangit sumbing• Kanak-kanak dengan masalah pertuturan khusus

• Gagap atau sengau• Pesakit stroke

STRATEGI INTERVENSI

Strategi pemulihan:•Aktiviti intervensi bahasa•Terapi artikulasi•Terapi motor lisan

ANALISIS TUGASAN INTERVENSI DOMAIN BAHASA DAN KOMUNIKASI

Objektif: Murid boleh mengenal dan mengajuk bunyi haiwan yang diperdengarkan Bi

lObjektif Tarikh

mulaMenguasai/tidak

menguasai/ tarikh1. Pra pertuturan

2. Senaman muka

3. Kawalan pernafasan

4. Kawalan suara

5. Mengajuk bunyi kucing .anjing dan kambing

6. Membezakan bunyi kucing, anjing dan kambing

7. Murid mengecam bunyi kucing ,anjing dan

kambing

Cara Pelaksanaan Pada Tahap Pra Pertuturan

Pandang mataLetakkan permainan berdekatan dengan mata klien. Ia bertujuan agar klien melihat ke arah guru. Jika klien tidak memberikan perhatian, berhenti dan panggil namanya sebelum memulakan aktiviti.

Hentikan aktiviti sebelum klien kepenatan dan berikan ganjaran jika berjaya.

Cara Pelaksanaan Pada Tahap Pra Pertuturan

VokalisasiBermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot mulut yang berkaitan dengan pertuturan.Apabila klien mengeluarkan bunyi , ulang semula penghasilan bunyi tersebut atau memanjangkan bunyi tersebut sehingga menjadi satu perkataan.Pengendali terapi harus menggunakan nada yang berbeza supaya dapat menarik minat klien untuk meniru.

Cara Pelaksanaan Terapi Pertuturan

Latihan Senaman Muka1. Lidaha.     Gerakkan lidah ke atas

b.     Gerakkan lidah ke bawah

c.     Gerakkan lidah ke kanan

d.     Gerakkan lidah ke kiri

2. Muluta.    Buka mulut seluas mungkin

b.    Tutup mulut

c.    Buka dan tutup dengan perlahan-lahan

d.    Buka dan tutup mulut dari perlahan dan semakin laju.

3.     Mukaa.   Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.

4.     Kunyah

Kawalan Pernafasan

Cara pernafasan menggunakan perut Tarik nafas kemudian tahan dan hembus

Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.

Latihan hembus kertas Hembus bola kertas ke arah gol

Kawalan Pernafasan

Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw

Tiup buih-buih Meniup peralatan muzik atau

peralatan yang mengeluarkan bunyi Tiup wisel mengikut rentak Tiup belon mengikut tahap

kesukaran

Kawalan Suara

• Letak tangan di hadapan mulut• Letak belakang tangan di bahagian leher

• Sebut fonem /a/i/u/ dalam kiraan masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.

Alatan Terapi Pertuturan

•   Wisel§•   Bola ping pong§•   Straw§•   Peniup hari jadi§•   Lilin§•   Kertas§

lilin kertas Teknik digunakan:

• Meniup belon  dan wisel serta peniup hari jadi• Meniup lilin yang dinyalakan api• Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air• Meniup straw di dalam cawan yang berisi air• Meniup kertas di dalam air.• Meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel.• Menyedut air menggunakan straw.

MENGUNYAH

MENIRU GERAKAN MULUT

PENGGUNAAN KAD IMBASAN

AKTIVITI INTERVENSI DOMAIN BAHASA DAN

KOMUNIKASI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KSSR PENDIDIKAN KHAS MATAPELAJARAN BAHASA

MALAYSIA

MARI MENYANYI