Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

11
10/22/2015 Tugasan EDU3053 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 1/11 Tugasan EDU3053 SOALAN A Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), merupakan merupakan elemen utama yang dijalankan di sekolah. Melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran ini, ilmu pengetahuan dapat disampaikan keada murid murid. Sesuatu perkara yang akan kita laukan perlulah dirancang dengan teliti supaya keberkesanan perjalanan perkara tersebut lancar dan seperti yang kita inginkan. Perkara yang sama diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Proses pengajaran yang akan dijalankan oleh guru pada keesokan harinya perlulah dirancang awal. Bagi merancang proses pengajaran yang berkesan guru boleh menggunakan reka bentuk pengajaran sebagai satu panduan. Pembelajaran Reka bentuk pengajaran merupakan suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer, bahan multimedia dan sebagainya. Proses reka bentuk ini telah bermula daripada proses reka bentuk sehingga membina bahan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dick dan Reiser (1988), reka bentuk pengajaran ialah proses untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang dilakukan secara sistematik dan October 2015 T W T F S S M « Jul 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 INSAN YANG BERMORAL..INSAN YANG BERJAYA... HOME NILAI BERKAITAN ALAM SEKITAR NILAI NILAI MORAL LAMAN INFO MAKLUMAT DIRI TUGASAN EDU3053 TIME IS GOLD CAN YOU SOLVE THIS PUZZLE?

Transcript of Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

Page 1: Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

10/22/2015 Tugasan EDU3053 ­ PENDIDIKAN MORAL ­ TAHUN 5

http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 1/11

Tugasan EDU3053SOALAN A

Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), merupakan

merupakan elemen utama yang dijalankan di sekolah.

Melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran ini, ilmu

pengetahuan dapat disampaikan keada murid­ murid.

Sesuatu perkara yang akan kita laukan perlulah dirancang

dengan teliti supaya keberkesanan perjalanan perkara

tersebut lancar dan seperti yang kita inginkan. Perkara

yang sama diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran. Proses pengajaran yang akan dijalankan

oleh guru pada keesokan harinya perlulah dirancang awal.

Bagi merancang proses pengajaran yang berkesan guru

boleh menggunakan reka bentuk pengajaran sebagai satu

panduan.

Pembelajaran Reka bentuk pengajaran merupakan suatu

proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul

bercetak, video pengajaran, perisian komputer, bahan

multimedia dan sebagainya. Proses reka bentuk ini telah

bermula daripada proses reka bentuk sehingga membina

bahan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dick dan

Reiser (1988), reka bentuk pengajaran ialah proses untuk

mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai

pengajaran yang dilakukan secara sistematik dan

October 2015

T W T F S S M

« Jul    

  1 2 3 4 5

6 7 8 9 10 11 12

13 14 15 16 17 18 19

20 21 22 23 24 25 26

27 28 29 30 31  

       

PENDIDIKAN MORAL ­ TAHUN 5INSAN YANG BERMORAL..INSAN YANG BERJAYA...

HOME NILAI BERKAITAN ALAM SEKITAR NILAI­ NILAI MORAL LAMAN INFO

MAKLUMAT DIRI TUGASAN EDU3053

TIME IS GOLD

CAN YOU SOLVE THIS PUZZLE?

Page 2: Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

10/22/2015 Tugasan EDU3053 ­ PENDIDIKAN MORAL ­ TAHUN 5

http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 2/11

terancang. Menurut Gustafson (1991), pula reka bentuk

pengajaran adalah   proses yang dibuat secara sistematik

untuk mereka bentuk, membina aktiviti dan bahan, menilai

dan menggunakan seluruh proses pengajaran. Antara

faktor yang mempengaruhi hasil pembelajaran melalui

pendekatan reka bentuk ialah menentukan pencapaian

objektif, tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan

objektif tercapai, strategi pengajaran yang dapat memenuhi

kehendak objektif dan pelajar, media dan bahan yang

sesuai dengan peringkat umur pelajar dan sebagainya.

Terdapat beberapa model reka bentuk pengajaran. Model

reka bentuk pengajaran ditakrifkan sebagai kerangka kerja

yang dapat membantu pengaturcara dan pembangunan

perisian dalam melaksanakan pembentukan perisian.

Komponen penting yang perlu ada dalam reka bentuk

pengajaran yang bersistem ialah merancang, mereka

bentuk, melaksana dan menilai. Terdapat tiga fokus utama

model reka bentuk pengajaran iaitu, model berasaskan

sistem, model berasaskan bilik darjah dan model

berasaskan hasil. Berikutnya merupakan model­ model

reka bentuk pengajaran yang sangat terkenal.

Model­ Model Reka Bentuk Pengajaran Model ADDIE,

Model ASSURE, Model Hanaffin dan Peck, Model Robert

Glasea, Model Branson, Model Resier and Dick, Model

Van Pattern, Model Gentry, Model Dick and Carey, Model

Air Terjun, Model Prototyping, Model Smith and Ragan,

Model Jerold Kemp, Model Gerlach and Ely dan Model

Diamon.

Saya telah memilih Model ASSURE sebagai panduanuntuk menghasilkan reka bentuk pengajaran bagimatapelajaran Pendidikan Moral bagi pelajar tahun 5.

MODEL ASSURE

Penggubal bagi Model ASSURE ialah Heinich et al pada

       

       

       

Steps: 0

Page 3: Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

10/22/2015 Tugasan EDU3053 ­ PENDIDIKAN MORAL ­ TAHUN 5

http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 3/11

tahun 1996 bagi tujuan untuk menyediakan panduan

merancang dan mengendalikan pengajaran yang

memerlukan penggunaan  media. Model ini berfokus

kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah

dan bukan merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran

yang luas. Model ini telah mengalami perubahan dan

penambahbaikan pada tahun 2002.

 

Analisis pelajar ialah proses menganalisis semua ciriyang ada pada sekumpulan pelajar. Antara ciri­ ciri umum

yang biasa dianalisis ataupun diambil kira adalah deskripsi

umum tentang umur murid tahap­ tingkatan, latar belakang,

sosio ekonomi dan sebagainya. Menurut aspek ini saya

telah menghasilkan reka bentuk pengajaran saya bagi

pelajar tahun 5. Dalam aspek pemilihan pelajar, saya telah

menghasilkan reka bentuk pengajaran ini bagi murid yang

berada dalam kategori baik dan cemerlang. Saya juga

telah mempertimbangkan latar belakang dan

 sosioekonomi murid. Daripada kajian yang telah saya

buat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dengkil (S.J.K(T)

Dengkil), saya telah dapati bahawa terdapat dua buah

kelas bagi setiap darjah. Pelajar yang baik dan cemerlang

telah dimasukkan dalam darjah pertama iaitu 5 Suriyan

dan bagi pelajar yang sederhana dan lemah pula

dimasukkan dalam darjah 5 Kathirawan. Murid­ murid yang

belajar dalam kelas 5 Suriyan, kebanyakkannya adalah

Page 4: Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

10/22/2015 Tugasan EDU3053 ­ PENDIDIKAN MORAL ­ TAHUN 5

http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 4/11

golongan yang berada. Daripada kajian yang telah buat,

saya dapati bahawa ramai muris yang memiliki komputer

riba berserta dengan talian laman sesawang. Justeru, reka

bentuk pengajaran yang saya hasilkan pasti boleh

digunakan oleh semua murid tahun 5 Suriyan.

Aspek seterusnya ialah Nyatakan Objektif, iaitu guruperlulah menyatakan objektif reka bentuk pengajaran

tersebut dihasilkan. Objektif yang dinyatakan perlulah

berada dalam bentuk eksplisit supaya dapat diukur dan

dan dapat dicapai. Saya telah menyatakan objektif saya

melalui kandungan akademik. Dalam kandungan akademik

tersebut terdapat perkara yang akan dipelajari oleh murid

dalam nilai tersebut. Justeru, para murid tidak akan berasa

keliru dan mereka akan membuat gambaran tentang apa

yang mereka akan belajar dalam nilai tersebut melalui

kandungan akademik yan telah saya nyatakan.

Aspek yang berikutnya ialah, pemilihan kaedah, bahandan media. Pemilihan kaedah merupakan perkara yangpenting sebelum memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran. Saya juga telah menggunakan beberapa

kaedah sewaktu memperkenalkan sesuatu sub tajuk.

Saya akan memperkenalkan tiga nilai dalam reka bentuk

pengajaran ini.justeru, saya akan memperkenalkan definisi

bagi nilai­ nilai tersebut terlebih dahulu. Seterusnya, saya

telah memberi pengenalan bagi setiap topik dan juga

kesimpulan.

Seterusnya bahan yang saya gunakan adalah buku teksPendidikan Moral Tahun 5, buku latihan dan juga nota­

nota dari laman sesawang. Saya telah menggunakan

banyak media dalam penghasilan reka bentuk pengajaran,contohnya video, audio, grafik dan juga lagu.

Seterusnya ialah, dorongan penglibatan pelajar.Aspekini dapat dilihat daripada penilaian formatif yang dijalankan

kepada para murid. Melalui aspek murid akan melibatkan

Page 5: Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

10/22/2015 Tugasan EDU3053 ­ PENDIDIKAN MORAL ­ TAHUN 5

http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 5/11

diri dalam reka bentuk pengajaran tersebut. Justeru, web

reka bentuk pengajaran akan menjadi bahan yang

bermanfaat kepada para murid.

Aspek yang terakhir ialah nilai dan semak iaitu satuproses untuk melihat keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Penilaian berasaskan juga keberkesanan atau kekuatan

bahan dan media yang dipilih serta pencapaian murid

mengikut aras kebolehan. Setelah tamat proses

pengajaran dan pembelajaran, penilaian perlu dilakukan

untuk melihat kekuatan dan kelemahan serta

keberkesanan bahan dan media secara menyeluruh agar

penambah baikan dapat dijalankan supaya penggunaan

media dapat dilaksanakan semaksimum mungkin dalam

pembelajaran. Berikutan daripada reka bentuk pengajaran

yang dilaksanakan setiap murid murid telah diberi soalan

penilain.Murid­ murid akan membuat soalan dan akan

menyemak jawapan mereka dengan merujuk kepada nota

yang diberikan.

 

 

 SOALAN B

Media merupakan alat yang menyampaikan maklumat dan

juga pada ketika dahulu media telah menjadi alat hibur.

Pada waktu sekarang pun media adalah slst hiburan tetapi

dalam pendidikan pula bagi tujuan yang positif. Terdapat

beberapa jenis media antaranya ialah, televisyen, radio,

video, audio, grafik lagu, persembahan Power Point an

lain­ lan lagi. Biasanya sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran guru akan dan mestilah menggunakan salah

satu ataupun 2 atau tiga jenis media. Hal ini kerana, media

dapat menarik perhatian murid. Kalau guru hanya

mengajar secara lisan murid tidak akan memberi perhatian

Page 6: Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

10/22/2015 Tugasan EDU3053 ­ PENDIDIKAN MORAL ­ TAHUN 5

http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 6/11

dana ada juga murid yang akan tidur dalam kelas. Justeru,

penggunaan media dapat memberi impak yang positif

kepada proses PdP.

Salah satu media yang saya gunakan dalam reka bentuk

pengajaran adalah video. Video merupakan teknologi

menangkap, merakam, memproses dan menata ulang

gambar bergerak. Video juga boleh dihasilkan melalui

penggabungan beberapa gambar.  Contohnya, saya telah

memasukkan satu klip video yang saya dapatkan daripada

You Tube, iaitu tentang kesan hujan asid terhadap alam

sekitar. Maklumat yang disampaikan melalui video dapat

difahami oleh murd dengan cepat dan juga berkesan. Saya

telah menayangkan video tersebut kepada murid dalam

kelas 5 Surian iaitu kumpulan sasaran bagi saya. Mereka

dapat memahami video tersebut. Hal ini kerana, mereka

telah belajar tentang tajuk ini dalam matapelajaran yang

lain ataupun mereka mungkin baca dengan sendiri.

Justeru, menurut model ASSURE, saya telah membuat

analisis pelajar dengan betul. Dengan memilih kumpulan

sasaran yang sesuai bagi bahan­ bahan reka bentuk

pengajaran ini.

Seterusnya, saya telah menggunakan bahan audio dalam

web reka bentuk pengajaran saya. Audio merupakan

bahan muzik yang dihasilkan  tanpa adanya apa­ apa

gambar. Saya telah masukka audio dalam web saya

sebagai muzik latar belakang. Bagi menilai bunyi manakah

yang sesuai bagi murid­ murid, saya telah memberi satu

tugasan dan telah memainkan beberapa jenis muzik. Saya

telah apati bahawa ramai murid telah terganggu dengan

jenis­ jenis muzik yang hangat dan juga kuat . Saya juga

telah dapati bahawa mrid­ murid dapat menjawab soalan

dengan betul dan tenang kalau muziknya tenang dan juga

lembut. Justeru, saya telah tetapkan muzik yang lembut

bagi web latar belakang web saya. Apabila web saya

dibuka muzik ini akan dimainkan secara automatik. Hal ini

Page 7: Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

10/22/2015 Tugasan EDU3053 ­ PENDIDIKAN MORAL ­ TAHUN 5

http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 7/11

dapat dikaitkan dengan aspek pemilihan media. Saya telah

menggunakan media yang sesuai bagi murid. Audio

tersebut dapat menenangkan minda murid dan akan

membuat mereka lebih fokus dalam apa yang mereka

lakukan. Bahan audio yang telah saya masukkan juga

dapat diberhentkan denghan menggunakan butang

(pause) ataupun jeda. Oleh itu, para murid dapat

memainkan dan memberhentikan audio tersebut mengikut

kesukaan mereka. justeru, mereka akan rasa lebih tenang

dan juga dengan minda cergas.

Seterusnya adalah bahan grafik dalam web reka bentuk

pengajaran saya. Saya telah menggunakan perisian Smart

Art yang terdapat dalam Microsoft Word. Bahan grafik ini

telah membantu saya untuk memasukkan nota­ nota

penting yang berkaitan dengan tajuk. Hal ini kerana bahan­

bahan yang saya sediakan adalah untuk murid­ murid

sekolah rendah. Kalau saya masukkan kesemua nota

saya dalam bentuk esei ataupun petikan murid­ murid

akan berasa bosan untuk membaca nota yang telah saya

masukkan dan mereka akan berasa keliru. Murid­ murid

yang pandai juga akan berasa lebih susah untuk membaca

apa yang telah saya masukkan dalam web. Justeru

penggunaan grafik adalah cara yang paling sesuai untuk

menarik minat murid membaca dan mendapatkan

maklumat daripada apa­ apa yang kita sampaikan kepada

mereka. Maksud yang lebih mendalam adalah, kita

sebagai guru mestilah mencerakinkan nota­ nota yang

kurang penting dan mestilah lebih berfokus kepada isi­ isi

penting sahaja, terutamanya bagi murid sekolah rendah.

Contoh grafik yang telah saya gunakan ialah seperti

berikut,

Page 8: Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

10/22/2015 Tugasan EDU3053 ­ PENDIDIKAN MORAL ­ TAHUN 5

http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 8/11

Dalam bahan grafik diatas, hanya isi penting sahaja

dimasukkan. Dengan membaca bahan grafik ini murid­

murid akan lebih memahami maklumat yang ingin

disampaikan dengan lebih mudah dan juga cepat. Selain

itu, bahan grafik seperti ini akan lebih menarik minat murid

terhadap proses pembelajaran. Hal ini kerana, kanak­

kanak sentiasa suka benda yang berwarna­ warni. Oleh

itu, bahan grafik ini merupakan bahan yang paling sesuai

bagi memasukkan nota dan ini murid dapat memahami

apa­ apa yang diajar oleh guru tanpa ada apa­ apa

masalah. Aspek ini dapat dikaitkan dengan pemilihan

bahan dan juga media dalam Model ASSURE.

Bahan seterusnya adalah lagu.  Kanak­ kanak secara

biasanta suka untuk menyanyi lagu.. Ini merupakan aspek

kelima dalam model ASSURE iaitu dorong penglibatan

murid. Apabila lagu ditayangkan murid­ murid akan nyanyi

bersama­ sama secara berseronok. Saya telah menulis

lirik lagu dengan sendiri dan memuat turun muzik dari

laman You Tube. Mmula­ mula saya telah menyanyi lagu

tersebut dan merekodkannya dalam telefon bimbit.

Seterusnya, saya pindahkannya ke dalam computer, dan

saya telah gabungkan lagu dengan muzik dalam perisian

Ulead Video Studio 11. Saya juga telah memasukkan lirik

lagu dalam lagu yang saya hasilkan tersebut. Hal ini

kerana, lirik lagu tersebut akan memudahkan murid­ murid

untuk bersama­ sama menyanyi lagu tersebut. Ini

Page 9: Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

10/22/2015 Tugasan EDU3053 ­ PENDIDIKAN MORAL ­ TAHUN 5

http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 9/11

merupakan contoh lagu bersamaan dengan lirik lagu dan

juga gambar yang bersesuaian. Hal ini dapat di kaitkan

dengan aspek gunakan media dan bahan.

 

Bahan seterunya adalah gambar, saya telah masukkan

gambar yang berwarna­ warni dalam saiz yang boleh

dinampak oleh murid­ murid. Gambar­ gambar ini telah

dimuat turun melaui Google Images. Gambar yang

berwarna warni akan menjadi tarikan murid­ murid

sekolah, terutamanya gambar­ gambar animasi. Mereka

akan lebih seronok dan pada masa yang sama meraka

dapat memahami maklumat yang ingin disampaikan

melalui ganbar tersebut dengan lebih cepat dan juga

mudah. Gambar­ gambar yang berwarna­ warni akan

merangsang minda murid dan mereka akan menjadi lebih

aktif dan mereka tidak akan berasa bosan ataupun tidur.

Ini merupakan salah satu aspek dalam Model ASSURE,

iaitu dorong peglibatan murid. Contoh gambar animasi

yang telah saya masukkan adalah seperti berikut,

Page 10: Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

10/22/2015 Tugasan EDU3053 ­ PENDIDIKAN MORAL ­ TAHUN 5

http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 10/11

 

Gambar seperti ini akan difahami oleh murid­ murid dengan

lebih mudah berbanding dengan menulis teks­ teks yang

panjang.

Media yang terakhir adalah teks. Maklumat dan isi yang

disampaikan perlulah melalui teks. Saya telah membuat

nota saya dengan memasukkan teks­ teks yang ringkas

dalam bahan grafik dan juga sebagai lirik dalam lagu.

Sekain itu, saya juga telah menyediakan latihan bagi

murid­ murid pada bahagian bawah setipa tajuk yang yang

dibincangkan. Ini adalah untuk menguji tahap kefahaman

murid terhadap tajuk yang telah dibincangkan. Dengan

adanya penilaian, murid­ murid bukan hanya membaca

tetapi akan membuat latihan yang berkaitannya. Ini

merupakan aspek yang terakhir yang terdapat dalam

Model ASSURE, iaitu nilai dan semak. Murid dapat

membuat latihan dan bleh menyemak jawapan pada nota­

nota yang diberikan.

Kesimpulannya,  model­ model reka bentuk pengajaran

merupakan panduan yang sangat bagus kepada guru­

guru untuk merancang rancangan pengajaran mereka.

Justeru, guru boleh menggunakan model­ model reka

bentuk pengajaran untuk merancangkan proses

pengajaran yang lebih efektif dan juga berkesan.

LEAVE A REPLY

Page 11: Tugasan EDU3053 - PENDIDIKAN MORAL - TAHUN 5.pdf

10/22/2015 Tugasan EDU3053 ­ PENDIDIKAN MORAL ­ TAHUN 5

http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 11/11

This text can be changed from the Miscellaneous section of the settings page. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, cras ut imperdiet augue.

POWERED BY PAЯABOLA & WORDPRESS.

Your email address will not be published. Required fields aremarked *

Name *

Email *

Website

Comment

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""><abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite="">

<cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike>

<strong>

Post Comment