Manual Tugasan Pj Suaian

33
ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGHARGAAN 3 2.0 SOALAN TUGASAN 2.1. Tajuk Pilihan 4 3.0 PENGENALAN 3.1. Kurikulum Pendidikan Khas 3.2. Definisi Pendidikan Khas 3.3. Keperluan Pendidikan Jasmani Suaian 3.4. Pedagogi Pendidikan Jasmani Suaian 5 5 7 8 9 4.0 KONTEN 4.1. Murid Masalah Penglihatan 4.2. Definisi 4.3. Ciri-ciri Masalah Penglihatan 4.4. Keperluan dalam pendidikan 11 11 11 12 13 5.0 PROSEDUR AKTIVITI 15 6.0 PENGGUNAAN ALATAN 21 7.0 CONTOH AKTIVITI DISERTAKAN ILUSTRASI / GAMBAR / RAJAH / JADUAL 7.1. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 22 27 8.0 KESIMPULAN 33

description

Pj Suaian

Transcript of Manual Tugasan Pj Suaian

Page 1: Manual Tugasan Pj Suaian

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN 3

2.0 SOALAN TUGASAN

2.1. Tajuk Pilihan 4

3.0 PENGENALAN

3.1. Kurikulum Pendidikan Khas

3.2. Definisi Pendidikan Khas

3.3. Keperluan Pendidikan Jasmani Suaian

3.4. Pedagogi Pendidikan Jasmani Suaian

5

5

7

8

9

4.0 KONTEN

4.1. Murid Masalah Penglihatan

4.2. Definisi

4.3. Ciri-ciri Masalah Penglihatan

4.4. Keperluan dalam pendidikan

11

11

11

12

13

5.0 PROSEDUR AKTIVITI 15

6.0 PENGGUNAAN ALATAN 21

7.0 CONTOH AKTIVITI DISERTAKAN ILUSTRASI /

GAMBAR / RAJAH / JADUAL

7.1. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

22

27

8.0 KESIMPULAN 33

9.0 RUJUKAN 34

Page 2: Manual Tugasan Pj Suaian

1.0. PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. atas limpah dan hidayahNya, saya

dapat menyempurnakan tugasan ini. Pada kesempatan ini, dengan berbesar hati saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus ini kerana memberi

saya peluang untuk menghasilkan tugasan berkaitan teknik pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah. Tajuk yang saya pilih ialah Teknik

dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (Murid Masalah Penglihatan).

Dalam menjayakan tugasan ini, saya juga memberi setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan kerana turut memberi sumbangan,

sokongan dan dorongan berupa buah fikiran dan pandangan yang bernas. Begitu juga,

terima kasih saya kepada orang perseorangan yang telah memberi komen dan teguran

dalam menjayakan penghasilan tugasan ini. Semoga jasa baik mereka diberi ganjaran

yang sewajarnya oleh Allah S.W.T.

Akhir kata, saya mengharapkan keberkatan dan keredhaan daripada Allah

S.W.T. terhadap usaha yang telah saya laksanakan ini. Saya juga berharap agar

tugasan ini dapat membantu saya merancang aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian

dengan selamat dan berjaya serta mampu mengembangkan bakat dan potensi sedia

ada murid seterusnya memberi keyakinan dan semangat kepada saya dalam

meneruskan kerjaya sebagai pendidik pada masa-masa akan datang..

Sekian, terima kasih.

Page 3: Manual Tugasan Pj Suaian

2.0. SOALAN TUGASAN 2

1. Pelajar dikehendaki menyediakan satu tugasan berkaitan teknik

pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani suaian di sekolah.

2. Dalam tugasan tersebut, pelajar hendaklah berupaya menyediakan

kandungan seperti berikut:

a. Pengenalan

b. Konten

c. Prosedur aktiviti

d. Penggunaan alatan

e. Contoh aktiviti disertakan ilustrasi/gambar/rajah/jadual

f. Kesimpulan

g. Rujukan

2.1. Tajuk Pilihan

d. Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (Murid Masalah

Penglihatan)

Page 4: Manual Tugasan Pj Suaian

3.0. PENGENALAN

Pendidikan Jasmani Suaian adalah bidang khusus dalam pengajaran Pendidikan

Jasmani yang menyediakan kurikulum serta keperluan bagi menyesuaikan bidang

Pendidikan Jasmani dengan keperluan golongan istimewa. Pendidikan Jasmani Suaian

membenarkan pelajar istimewa mengikuti kelas dengan lancar tanpa ada sekatan atau

batasan. Pendidikan Jasmani Suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan Pendidikan

Jasmani yang diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubah suai

bedasarkan kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya.

Pendidikan Jasmani Suaian sama seperti Pendidikan Jasmani yang diajar di

dalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan

Jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada golongan individu

kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat dan

berjaya serta mencapai kepuasan diri. Faktor utama yang perlu diambil kira dalam

melaksanakan pendidikan Jasmani Suaian ialah potensi dan keupayaan individu untuk

melakukan aktiviti tersebut.

Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting

kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas.Pelajar

berkeperluan khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan

fizikal, sosial dan mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian ini penting kepada mereka

kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan

yang dihadapi.

3.1. Kurikulum Pendidikan Khas

Pendidikan untuk semua menegaskan bahawa semua kanak-kanak berhak

diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek

kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-

Page 5: Manual Tugasan Pj Suaian

kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam

masyarakat. Individu berkeperluan khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas

di Malaysia merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom

Dowm, Perkembangan Lewat, Autisme dan Hiperaktif.

Kurikulum Kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid

berkeperluan khas. Hal ini disebabkan tahap pencapaian pendidikan murid-murid

berkeperluan khas ini amat rendah, dan peningkatan pencapaian adalah perlahan dan

minimum. Objektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada pula terlalu tinggi untuk

murid berkeperluan khas menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan

masing-masing.

Oleh itu, terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan

pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik,

berfokus, dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan individu selaras dengan

Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997

Bahagian II 3(2) yang menyatakan:

“Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu

untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan

oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian

Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya

mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program

pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut;

a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk

belajar seperti murid biasa; dan

b) murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat

anggotanya atau yang terencat akal yang berat.”

Sebagai memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran

yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-peraturan Pendidikan

Page 6: Manual Tugasan Pj Suaian

(Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan bahawa “guru-guru boleh mengubah suai

kaedah atau teknik pengajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran

dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

Oleh itu, Kurikulum Pendidikan Khas perlu dibina supaya pembelajaran yang

diperoleh di dalam bilik darjah dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian. Kurikulum

Pendidikan Khas juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum kepada

murid-murid berkeperluan khas supaya mereka dapat berfungsi sebagai individu yang

berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat.

3.2. Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus

untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau

kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan

pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital

dan institusi. Menurut Slavin (1997), mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang

program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada murid-murid yang bermasalah

seperti kecacatan mental, emosi, dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan

kepada pembelajaran biasa dalam kelas. Mereka tidak akan dapat mencapai

pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat

faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa. Kanak-kanak

istimewa yang memerlukan pendidikan khas boleh digolongkan dalam 7 kategori seperti

berikut :

1. Kanak-kanak kerencatan akal

2. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran

3. Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku

4. Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

5. Kanak-kanak cacat penglihatan

6. Kanak-kanak cacat fizikal

7. Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Page 7: Manual Tugasan Pj Suaian

3.3. Keperluan Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian adalah bidang khusus dalam pengajaran Pendidikan

Jasmani yang menyediakan kurikulum serta keperluan bagi menyesuaikan bidang

Pendidikan Jasmani dengan keperluan golongan istimewa. Pendidikan Jasmani Suaian

membenarkan pelajar istimewa mengikuti kelas dengan lancar tanpa ada sekatan atau

batasan. Pendidikan Jasmani Suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan Pendidikan

Jasmani yang diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubah suai

bedasarkan kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya.

Pendidikan Jasmani Suaian sama seperti Pendidikan Jasmani yang diajar di

dalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan

Jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada golongan individu

kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat dan

berjaya serta mencapai kepuasan diri. Faktor utama yang perlu diambil kira dalam

melaksanakan pendidikan Jasmani Suaian ialah potensi dan keupayaan individu untuk

melakukan aktiviti tersebut.

Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan

formal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun matapelajaran pendidikan

jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata signifikan

kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi

jasmani yang tidak disentuh oleh matapelajaran-matapelajaran lain dalam hal berkaitan

dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan

intelektual. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, subjek ini

menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan

amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat.

Aktiviti Pendidkan Jasmani Suaian untuk golongan khas kurang diberikan

perhatian pada masa ini. Di Malaysia tidak banyak tempat yang disediakan sesuai

Page 8: Manual Tugasan Pj Suaian

untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar

kawasan sekolah khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan

persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan

khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga

dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan

jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian

dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-

pelajar biasa.

Oleh itu, aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian merupakan aktiviti yang penting

kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah. Murid-murid khas ini mengalami

pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Justeru

aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian ini bukan sahaja aktiviti fizikal semata-mata malah

merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang

dihadapi oleh murid-murid berkeperluan khas.

3.4. Pedagogi Pendidikan Jasmani Suaian

Elemen yang perlu diberi perhatian semasa melaksanakan pengajaran atau

pedagogi Pendidikan Jasmani Suaian ialah

i. Mengurangkan masa aktiviti bermaksud tempoh masa sesi pengajaran

bergantung kepada rangsangan.

ii. Memaklumkan keputusan untuk mendapatkan maklum balas dan

penghargaan kepada daya usaha dan kejayaan mereka manakala yang

lemah diberikan motivasi.

iii. Membiasakan murid-murid dengan senaman terutamanya aktiviti

memanaskan badan dan gerak kendur sebelum atau selepas sesuatu

aktiviti.

iv. Melibatkan pergerakan yang aktif dan boleh merangsang murid untuk

menyelesaikan masalah.

Page 9: Manual Tugasan Pj Suaian

v. Memasukkan kemahiran verbal dan persembahan grafik untuk

menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

Semasa menyampaikan sesuatu dalam pengajaran dan pembelajaran kita,

teknik penyampaian kita adalah penting di mana ianya merupakan kaedah yang

digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Teknik juga merupakan muslihat yang

digunakan guru untuk menyampaikan bahan dan isi pengajaran kepada murid secara

optimum. Jelasnya, teknik juga adalah suatu kemahiran yang digunakan guru untuk

pengelolaan dan perlaksanaan kaedah pengajaran untuk menjalankan pelbagai

langkah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik yang boleh

digunakan untuk mengajar pendidikan jasmani suaian. Berikut adalah beberapa teknik

dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas iaitu:

a. Teknik main peranan

b. Teknik bercerita

c. Teknik simulasi

d. Teknik sumbangsaran

e. Teknik permainan

f. Teknik syarahan

g. Teknik soal jawab

h. Teknik Kuiz

i. Teknik Sosio-drama

j. Teknik Ajuk Hafaz

k. Teknik Soal jawab

4.0. KONTEN

4.1. Murid Masalah Penglihatan

Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya sukar atau tidak dapat

melakukan tugasan seperti membaca atau menulis tanpa menggunakan alat bantuan

Page 10: Manual Tugasan Pj Suaian

khas. Gangguan penglihatan berlaku apabila penglihatan seseorang individu tidak

dapat dibantu untuk mencapai tahap penglihatan normal. Gangguan penglihatan boleh

disebabkan oleh penyakit yang dialami, trauma, serta masalah kongenital ataupun

keturunan. Terdapat pelbagai takrifan yang digunakan untuk menentukan keterukan

gangguan penglihatan. Antara takrif yang lazim digunakan di Malaysia ialah penglihatan

terhad yang ditakrifkan sebagai “akuiti visual lebih teruk dari 6/18 sehinggalah lebih baik

dari 3/60 manakala buta ditakrifkan sebagai akuitivi visual yang lebih teruk daripada

3/60 (WHO 1997).

Gambar 1 : Kanak-kanak masalah penglihatan

4.2. Definisi

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan

kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah

penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn

keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan

pencapaian mereka.

Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti

oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini

didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi

yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille.

Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa

(bagi program integrasi)

Page 11: Manual Tugasan Pj Suaian

Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind

dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:

Tidak dapat melihat langsung.

Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan

Ujian Snellen.

Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.

4.3. Ciri-ciri Masalah Penglihatan

Ciri-ciri kanak-kanak masalah penglihatan dari segi kognitif:

1. Tidak memahami benda-benda abstrak. Cth : berkenaan warna

2. Pengamatan dan daya anggaran sesuatu jisim amat lemah kerana terbatas

( kecuali melalui pengalaman)

3. Tidak memahami konsep bentuk (cth ; pyramid itu seperti kon, kon itu

seperti segitiga)

Ciri-ciri kanak-kanak masalah dari segi psikomotor

1. Kanak-kanak ini amat takut kepada persekitaran. Tahap keyakinan mereka

amat kurang.

2. Daya untuk membuat keputusan terhadap satu permasalahan amat lemah.

Mereka amat memerlukan bimbingan orang dewasa. Cth : menyentuh

sesuatu.

4.4. Keperluan dalam pendidikan

Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku ‘Manual On The

Management of Children With Visual Impairement’ yang antara lain memberi cadangan

kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap

kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu:

Page 12: Manual Tugasan Pj Suaian

Sentuh

Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak

pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang

kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain,

mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.

Pendengaran

Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-

benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada

kanak-kanak itu tentang perasaan. Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya

dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali. Elakkan

daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan

orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang yang

bertanya , “ Adakah anak anda mahu aiskrim?”, cadangkan kepada orang itu

supaya bertanya terus kepada kanak-kanak.

Bau

Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya

makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi,

bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain.

Rasa

Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini

menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar

serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh

gigi.

Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur

dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan

Page 13: Manual Tugasan Pj Suaian

penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan

terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah

penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti

orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya.

Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan

peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah

tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gamba rajah timbul,

model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat

rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand

held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.

Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai dari segi fungsi visual

bagi menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada dengan bantuan alat khas

ataupun tidak. Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki penglihatan

dengan optimum. Penilaian ini mungkin melibatkan preskripsi dan latihan penggunaan

alat-alat untuk kanak-kanak kategori ini.

5.0. PROSEDUR AKTIVITI

Pendidikan Jasmani melibatkan aktiviti fizikal dikalangan pelajar dan lebih

berisiko berlakunya kecederaan jika guru gagal untuk mengambil langkah keselamatan

yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Kefahaman berkenaan keselamatan dalam

Pendidikan Jasmani amat penting bagi mencegah berlakunya kecederaan terhadap

murid melalui cara pengajaran atau latihan yang lebih baik.

Page 14: Manual Tugasan Pj Suaian

Pengawasan yang cekap merupakan tanggungjawab setiap guru pendiidkan

jamani. Mereka bukan sahaja dijangka cekap dalam setiap aktiviti yang

dikendalikannya, malah mereka diharap berkeupayaan untuk mengawasi murid dalam

tempoh pengajaran dan pembelajaran.

Setiap guru pendidikan jasmani seharusnya mempunyai panduan am yang boleh

dilaksanakan bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. Kecederaan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani sering berlaku disebabkan

guru tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai aktiviti yang dijalankan

ditambah pula kegagalan merancang pengajaran dan latihan dengan berhati-hati. Oleh

itu guru seharusnya menetapkan dan menerangkan peraturan keselamatan untuk

kemudahan pendidikan jasmani kepada pelajar sebelum melakukan akitiviti. Guru juga

seharusnya mempunyai rancangan pengajaran atau program latihan yang teliti.

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi mencegah kemalangan

semasa sesi pendidikan jasmani. Bagi aktiviti yang melibatkan penggunaan alatan

sukan, guru harus memastikan peralatan sukan yang digunakan adalah sentiasa

selamat. Alat-alat pencegah kemalangan mesti diwajibkan kepada pelajar seperti

memakai pad lutut dan siku untuk pelindung lutut dan siku dalam permainan goalball.

Bagi aktiviti tertentu, pelajar tidak dibenarkan melakukannya secara bersendirian

dan perlu kepada pembantu atau penyokong. Seperti aktiviti gimnastik dalam

pendidikan jasmani dan aktiviti angkat berat atau latihan beban mesti menggunakan

penyokong untuk membantu pelajar melakukan aktiviti. Guru boleh mengajar palajar

cara menyokong dan setiap pelajar mesti diajar untuk berbuat demikian. Jika

perlindungan atau langkah keselamatan gagal disediakan, aktiviti perlulah diubah suai

mengikut kreativiti guru agar lebih selamat.

Bagi setiap pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru harus bijak

memilih aktiviti kepada pelajar. Risiko kecederaan dalam pendidikan jasmani akan

meningkat jika guru gagal memilih aktviti yang sesuai dengan pelajar berdasarkan

Page 15: Manual Tugasan Pj Suaian

umur, saiz dan tahap keupayaan atau kemahiran pelajar. Aktiviti mestilah dirancang

dengan rapi dan mengikut perinsip-perinsip ansur maju. Arahan yang diberi mestilah

jelas terutamanya bagi aktiviti yang baru diperkenalkan untuk mengelakkan kesilapan

yang mungkin mendatangkan kecederaan. Guru mesti memastikan semua pelajar

memahami dengan jelas setiap arahan yang diberikan sebelum memulakan aktiviti

fizikal.

Aktiviti yang dipilih mestilah sejajar dengan kebolehan pelajar. Pemilihan aktiviti

yang sesuai amat penting untuk mengekalkan motivasi pelajar untuk belajar dan

memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani tercapai. Guru

tidak boleh memaksa pelajar melakukan aktiviti diluar kemampuan atau keinginan

pelajar tersebut seperti pelajar dengan kaki yang sakit tidak boleh dipaksa untuk

melompat.

Selain itu, aktiviti yang dipilih mestilah mengambil kira perbezaan kebolehan

pelajar dan menyediakan program yang berperingkat demi mementingkan ciri-ciri

individualistik pelajar. Pelajar yang berkebolehan rendah mestilah melakukan aktiviti

yang mengikut tahap kebolehannya.

Apabila seseorang pelajar tercedera semasa aktiviti pendidikan jasmani, adalah

penting untuk guru mendokumentasikan secara terperinci kecederaan yang berlaku itu.

Laporan kecederaan itu akan menjadi rujukan doktor dan mahkamah jika kes itu

menjadi kes mahkamah. Ia juga menolong kita mengenalpasti dan menghapuskan

faktor-faktor yang menyebabkan kecederaan tetapi boleh dicegah.

Dalam kes serius yang memerlukan pelajar dihantar ke hospital, kemudahan

ambulan, kenderaan sekolah dan kenderaan sendiri hendaklah digunakan. Semasa

menggerakkan pelajar yang tercedera, perhatian diberi supaya tidak menambahkan

ketenatan pelajar.

Page 16: Manual Tugasan Pj Suaian

Ringkasnya, Guru perlulah membahagikan slot pengajaran dengan cuba

menggunakan pelbagai strategi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak

boleh hanya memberi arahan dan bercakap sepanjang waktu kerana golongan kurang

upaya ini tidak boleh menerima arahan terlalu banyak dan secara berterusan. Tetapi,

perlu diingatkan, setiap murid mempunyai kecacatan dan masalah yang berbeza.

Justeru, guru boleh menentukan arahan mengikut kesesuaian tahap kecacatan dan

ketidak upayaan murid dengan memberi arahan secara individu.

5.1. PROSEDUR AKTIVITI PERMAINAN GOALBALL

Pendidikan Jasmani Suaian (Murid Masalah Penglihatan)

Fasa Persediaan

Aktiviti 1

i. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan dengan bimbingan

guru.

ii. Murid meneroka kawasan aktiviti / gelanggang goalball.

iii. Secara berpasangan, murid membuat balingan bawah tangan bola berloceng

kepada pasangan masing-masing dengan bimbingan guru.

Cadangan soalan guru:

a. Sebelum melakukan sebarang aktiviti, apakah yang perlu kita lakukan?

b. Apakah anggota badan yang terlibat dalam aktiviti balingan bawah badan?

c. Apakah yang boleh ditemui di permukaan gelanggang?

Aktiviti 2

i. Mengenal pasti ciri-ciri gelanggang goalball.

Cadangan soalan guru:

a. Apakah ciri-ciri gelanggang goalball?

Page 17: Manual Tugasan Pj Suaian

b. Apakah perbezaan gelanggang ini berbanding gelanggang permainan lain?

c. Mengapakah garisan gelanggang perlu ditimbulkan?

d. Apakah yang akan terjadi sekiranya gelanggang ini tidak ditimbulkan?

e. Mengapa perlu ada batasan / garisan kepada ruang aktiviti ( gelanggang )?

f. Adakah setiap ruang dalam gelanggang goalball ini mempunyai saiz yang

sama?

Fasa Imaginasi

Penjanaan dan sintesis idea

Aktiviti 1

i. Guru memberi penerangan tentang permainan goalball.

ii. Secara berkumpulan, murid akan bermain goalball untuk mendapatkan

gambaran dan memahami permainan tersebut.

iii. Murid merancang idea dan strategi permainan secara berkumpulan.

Cadangan Soalan guru

a. Bagaimanakah susunan posisi ahli kumpulan anda dalam meenjaga gawang gol

pasukan dari di bolosi pihak lawan?

b. Bagaimanakah caranya anda berkomunikasi dengan rakan sepasukan semasa

dalam permainan

c. Guru memberi penerangan tentang permainan goalball.

d. Guru memberi penerangan tentang permainan goalball.

e. Guru memberi penerangan tentang permainan goalball.

iv. Setelah merancang strategi murid akan bermain permainan goalball dengan

strategi yang telah dirancang tadi.

v. Murid menentukan kelebihan dan kekurangan strategi permainan yang

digunaakanoleh kumpulan masing-masing.

Cadangan soalan guru

Page 18: Manual Tugasan Pj Suaian

a. Apakah kelebihan dan kekurangan strategi yang yang pasukan kamu gunakan?

b. Bagaimanakah kamu mengesan arah pergerakan bola?

c. Bagaimanakah kamu berkomunikasi bagi menentukan sipa yang perlu

bertindak?

Fasa Perkembangan

Penambahbaikan dan menilai

Aktiviti 1

i. Murid menilai semua strategi yang telah dirancang.

ii. Murid menilai melalui pengalaman pergerakan dan membuat pembetulan melalui

aplikasi ulangan.

Contoh soalan guru

a. Adakah strategi yang kamu rancangkan pada awal tadi sesuai?

b. Mengapa strategi kamu perlu diubah / dikekalkan?

Fasa Tindakan

Pelaksanaan dan amalan berterusan

Aktiviti 1

i. Aktiviti permainan goalball antara pasukan.

Contoh soalan guru

a. Adakah strategi yang digunakan berjaya?

b. Apakah idea lain yang kamu temui semasa permainan?

c. Apakah perasaan kamu setelah bermain permaainan ini?

Aktiviti 2.

i. Refleksi permainan

Page 19: Manual Tugasan Pj Suaian

Contoh soalan guru

a. Apakah masalah, kelemahan/ kelebihan kamu dalaam permainan/ aktiviti tadi?

b. Apakah kelebihan dan kekuatan kamu semasa aktiviti tadi?

c. Apakah idea-idea yang perlu diperbaiki?

Aktiviti 3.

i. Aktiviti menyejukkan badan.

6.0. PENGGUNAAN ALATAN

6.1. PERALATAN

Bola Goalball ( Berloceng )

Pad lutut dan siku

Blindfolds

Wisel

Page 20: Manual Tugasan Pj Suaian

Penggunaan Alatan Secara Berpasangan

i. Secara berpasangan, murid membuat balingan bawah tangan bola

berloceng kepada pasangan masing-masing dengan bimbingan guru.

Penggunaan Alatan Secara Berkumpulan

i. Secara berkumpulan, murid akan bermain goalball untuk mendapatkan

gambaran dan memahami permainan tersebut.

Penggunaan Alatan Secara Berkumpulan

i. Aktiviti permainan goalball antara pasukan.

7.2. CONTOH AKTIVITI DISERTAKAN ILUSTRASI / GAMBAR / RAJAH / JADUAL

Aktiviti 1

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah:

i. meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk meningkatkan prestasi);

ii. meransang aktiviti sistem saraf pusat (meningkatkan fungsi transmisi saraf

Page 21: Manual Tugasan Pj Suaian

iii. kontraksi otot menjadi lebih efisyen);

iv. mengurangkan masa reaksi ;

v. meningkatkan koordinasi;

vi. mengurangkan risiko kecederaan; dan

vii. meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi.

1. Senaman Regangan Statik

2. Senaman Regangan Dinamik

Page 22: Manual Tugasan Pj Suaian

Aktiviti 2

MENEROKA KAWASAN AKTIVITI

i. Murid meneroka kawasan aktiviti / gelanggang goalball.

Aktiviti 3

MURID MEMBUAT BALINGAN BOLA BERLOCENG KEPADA PASANGAN

i. Secara berpasangan, murid membuat balingan bawah tangan bola berloceng

kepada pasangan masing-masing dengan bimbingan guru.

Page 23: Manual Tugasan Pj Suaian

Murid membuat balingan bawah tangan bola berloceng kepada pasangan

Murid menyambut bola berloceng

Aktiviti 4

i. Guru memberi penerangan tentang permainan goalball.

ii. Secara berkumpulan, murid akan bermain goalball untuk mendapatkan

gambaran dan memahami permainan tersebut.

iii. Murid merancang idea dan strategi permainan secara berkumpulan.

Murid bermain goalball secara berkumpulan

Page 24: Manual Tugasan Pj Suaian

Aktiviti 5

i. Aktiviti permainan goalball antara pasukan.

Permainan goalball antara pasukan

Aktiviti 6

AKTIVITI GERAK KENDUR / MENYEJUKKAN BADAN

i. Selepas aktiviti intensiti tinggi (latihan/pertandingan) terdapat jumlah darah yang

banyak menuju ke jantung.

ii. Jangan berhenti bergerak secara tiba-tiba kerana ini akan menyebabkan

pengumpulan darah di vena pada kaki dan tangan. Ianya juga boleh

mengganggu peredaran darah ke jantung, otak dan otot.

iii. Pergerakan perlahan selama 5-10 minit (jalan, aktiviti aerobik intensit rendah)

boleh membantu menggalakkan peredaran darah – elak pening/pengsan. Ini

diikuti dengan senaman regangan (regangan statik).

iv. Masa ini paling baik untuk senaman regangan kerana:

- kebolehan otot memanjang secara maksimum; dan

- dapat membantu mengurangkan pengumpulan asid laktik

Page 25: Manual Tugasan Pj Suaian

Aktiviti-Aktiviti Gerak Kendur / Menyejukkan Badan Secara Berpasangan