Sgdy 4022 aplikasi psikologi pendidikan tugasan 2

20
1

Transcript of Sgdy 4022 aplikasi psikologi pendidikan tugasan 2

1

PENDAHULUAN

FAKTOR-FAKTOR SES

PENUTUP

2

Sosio-ekonomi bermaksud sesuatu yang melibatkan masyarakat, ekonomi

atau kedua-duanya.Selain itu, sosio-ekonomi mesti mempunyai unsur-unsur

ekonomi dan sosial (Hugo F. Reading, 1976). Berdasarkan Kamus Dewan

Edisi Ketiga (1994), sosio-ekonomi dimaksudkan sebagai sesuatu yang

berkaitan dengan masyarakat dan ekonomi yang melibatkan unsur-unsur

atau faktor-faktor yang berhubung dengan kemasyarakatan dan ekonomi.

Faktor-faktor yang menentukan status sosio-ekonomi adalah taraf

pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibubapa pelajar (Rosna Awang

Hashim, et al., 2003). Pada masa yang sama terdapat beberapa faktor lain

yang turut mempengaruhi pencapaian pelajar seperti demografi keluarga,

pemakanan, sikap, latar belakang kerjaya ibu bapa dan persekitaran

masyarakat. Malah, faktor-faktor ini akan memberi kesan ke atas

pembentukan keperibadian pelajar. Perhubungan yang erat di dalam

keluarga, guru dan masyarakat dapat menentukan kecemerlangan terhadap

pelajar itu sendiri.3

4

Gardner (dalam Mohamad Daud, 1994), kanak-kanak yang hidup

bersama ibu bapa akan memperoleh nilai kelas sosial yang

diamalkan oleh keluarga.

Keluarga golongan kelas sosial bawahan - besar, kurang

berkemampuan, dan ibu bapa kurang memberi perhatian serta

harapan yang rendah kepada anak-anak.

Keluarga kelas sosial menengah - kecil, menaruh harapan tinggi

terhadap anak-anak, sentiasa bekerjasama, dan berusaha untuk

memastikan supaya anak-anak mereka mendapat pencapaian yang

lebih tinggi.

5

SAMBUNGAN…

Menurut Ishak dan rakan-rakan (1983) faktor status sosioekonomi

keluarga boleh mempengaruhi pencapaian anak-anak dalam bidang

pelajaran. Status sosioekonomi mempunyai perkaitan dengan

pendidikan ibu bapa.

Menurut Amina (1994), keluarga adalah merupakan faktor terawal

bagi anak-anak. Ini kerana didikan keluarga merupakan faktor utama

yang mempengaruhi perkembangan anak-anak.

6

perkembangan fizikal yang subnormal - kecacatan fizikal dan

badan yang tidak sihat antaranya kekurangan tenaga iaitu lemah

dari segi dorongan dan keazaman untuk berkembang yang

menyebabkan mereka berkembang pada kadar yang perlahan

Burt (1953), didapati 79% daripada murid-murid yang

perkembangan perlahan dalam pelajaran mengalami sejenis

kerencatan perkembangan atau kerencatan fesiologi serta

kerencatan mental.

antaranya ialah genetik keadaan semasa dalam kandungan ibu,

keadaan semasa dilahirkan, keadaan semasa selepas dilahirkan dan

sebab-sebab budaya.

7

SAMBUNGAN…

kecacatan fizikal dan penyakit seperti kecacatan penglihatan,

pendengaran, kekidalan dan juga penyakit seperti penyakit hidung

dan kerongkong, demam panas dan penyakit tonsil.

Kecacatan fizikal pada sesetengah murid mundur bererti

sesetengah pancainderanya tidak berfungsi dengan baik yang

menyebabkan diskriminasi yang salah atau cacat, pertimbangan

yang salah dan lemah pemikiran.

8

oTaraf sosio ekonomi dan pencapaian akademik menunjukkan

hubungan positif iaitu semakin tinggi taraf sosio ekonomi ibu

bapa, semakin tinggi akademik pelajar.

oBerns (1993) menyatakan bahawa faktor pendapatan menghalang

ibu bapa daripada menyediakan keperluan dan kemudahan kepada

anak-anak untuk belajar. Ibu bapa yang menerima pendapatan yang

rendah tidak dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang

baik kepada anak dan ini mempengaruhi pencapaian akademik anak.

9

SAMBUNGAN…

oMenurut Noraini (dalam Zukina Yusuff,2003), anak-anakdaripada keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yangtinggi adalah lebih maju dalam pendidikan dan mempunyai gredyang tinggi berbanding anak-anak yang datang daripada keluargayang mempunyai status sosio ekonomi yang rendah.

oIbu bapa yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramaiserta mempunyai pendapatan yang rendah menjadi punca pelajargagal di dalam pelajaran. Sikap dan tanggungjawab ibu bapaterhadap pelajaran anak-anak mereka akan terabai disebabkanmereka tidak dapat memenuhi kelengkapan yang seharusnyadisediakan di dalam proses pembelajaran anak-anak. MenurutUngku Aziz (Mingguan Malaysia, 31 Ogos 2003) masalahbumiputera adalah kemiskinan dan kemunduran.

10

Noraini (dalam Zukina Yusoff, 2003), anak-anak daripada keluarga

yang mempunyai status sosio-ekonomi yang tinggi adalah lebih maju

dalam pendidikan dan mempunyai gred yang tinggi berbanding anak-

anak yang datang daripada keluarga yang mempunyai status sosio-

ekonomi yang rendah.

Ini kerana dalam keadaan status sosial yang tinggi, ibubapa dapat

menyediakan kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang selesa

kepada anak-anak mereka.

11

SAMBUNGAN…

Latar belakang sosio-ekonomi mempunyai kolerasi terhadap

perangai dan pencapaian akademik pelajar. Pelajar daripada kelas

atasan dan pertengahan tidak menghadapi banyak cabaran dan

dugaan semasa pembelajaran mereka. Ini adalah disebabkan

keluarga mereka berkemampuan untuk memenuhi segala

permintaan dan kehendak yang berkaitan dengan pendidikan anak-

anak mereka.

Suasana yang kondusif amat penting di dalam proses

pembelajaran. Akan tetapi suasana sebegini tidak dapat dikecapi

oleh pelajar daripada keluarga golongan bawahan. Kebanyakan

daripada mereka tinggal di rumah yang sempit dan ada juga pelajar

yang tinggal di rumah yang tidak mempunyai kemudahan asas

seperti bekalan air dan elektrik.

12

Keluarga adalah aset yang penting dalam mempengaruhi emosi

seseorang pelajar. Dalam menentukan taraf pendidikan dan

akademik, emosi adalah permulaan dalam setiap pergerakan dan

pergaulan.

Kepintaran emosi seorang pelajar adalah kebolehan seseorang

untuk memantau perasaan sendiri dan perasaan orang lain serta

membezakan antara perasaan-perasaan tersebut.

Bilangan ahli keluarga yang ramai biasanya akan berlaku

kesesakan di dalam rumah, ini diikuti dengan kebisingan dan

mengakibatkan anak-anak tidak mendapat keselesaan semasa

mengulangkaji pembelajarannya.

13

SAMBUNGAN…

Sikap sesetengah ibu bapa yang kurang berminat untuk mengikuti

perkembangan pembelajaran anaknya dan sibuk untuk menambahkan

pendapatan keluarga, akan mendorong pada kurangnya motivasi pada

anak untuk berjaya dalam pendidikan dan mendorong kepada

gangguan emosi kepada anak-anak tersebut.

Kebanyakan ibu bapa sekarang hanya lebih mementingkan wang

ringgit berbanding dengan meluangkan masa dengan anak-anak. Ibu

bapa berfikiran bahawa anak-anak perlu dilimpahi dengan kekayaan

dan wang ringgit,tetapi mereka lupa bahawa anak-anak yang baru

meningkat dewasa memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada

orang yang dekat dengan anak-anak terutamanya ibu bapa.

14

Hurlock (1993) mengemukakan bahawa minat merupakan hasil

daripada pengalaman belajar dan bukan hasil bawaan seseorang

sejak lahir.

minat menjadi sumber motivasi kuat bagi seseorang untuk belajar,

minat juga mempengaruhi bentuk dan intensitas aspirasi seseorang

dan minat juga menambah kegembiraan pada setiap kegiatan yang

ditekuni seseorang.

Taraf sosioekonomi keluarga ini juga dapat mempengaruhi minat

seseorang pelajar terhadap kursus yang dipilih disekolah mahupun di

institut pengajian tinggi.

15

SAMBUNGAN…

Ibu- bapa yang perpendidikan rendah atau kurang pendedahan

terhadap sistem pendidikan semasa akan mengambil keputusan

menyerahkan bulat-bulat kepada anak.

Ibu-bapa yang berpendidikan tinggi yang sentiasa mengambil

berat terhadap kursus-kursus yang terbaik untuk kerjaya dan masa

hadapan anak-anak mereka. Secara tidak langsung minat seseorang

pelajar terhadap sesuatu kursus yang diambil dapat dipupuk

mengikut dorongan dan motivasi daripada ibu-bapa mereka.

Teori fungsionalis - Peluang pelajar yang mempunyai kelas

sosioekonomi keluarga yang rendah mendapat prestasi yang tinggi

adalah kurang berbanding dengan pelajar kelas atasan. Hal ini

kerana banyak kekangan yang perlu diatasi berbanding pelajar

yang mempunyai taraf sosioekonomi yang baik. (makanan,

kemudahan asas, teknologi dan lain-lain.)

16

Penerapan nilai murni mendefinisikan nilai sebagai peraturan

perlakuan yang menjadi pegangan setiap individu mengikut norma-

norma yang baik dalam kehidupan.

Tujuan penerapan nilai-nilai murni adalah untuk mempengaruhi

diri individu dengan nilai tertentu yang berbentuk universal dan

mutlak, yang difikirkan baik dan sesuai.

Nilai-nilai murni juga perlu diterapkan bagi mewujudkan suasana

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.

17

SAMBUNGAN…

Penerapan nilai-nilai murni haruslah dimulakan dalam diri ibu

bapa terdahulu sebelum diterapkan dalam jiwa anak-anak. Contoh

dan teladan yang baik daripada ibu bapa sangat penting bagi

dipelajari oleh anak-anak.

Penekanan contoh yang terbaik dari pelbagai aspek seperti

budaya hidup, pergaulan dengan orang ramai, cara mengendalikan

masalah dalam kehidupan seharian.

Ibu bapa juga bertanggungjawab menitikberatkan budaya ilmu

dan pendidikan dalam diri anak-anak. Budaya ilmu perlu disemai

dalam diri anak-anak agar mereka sentiasa mencintai ilmu dan

berusaha demi mencapai kejayaan yang cemerlang.

18

Kesimpulannya, dasar pendidikan sekarang adalah bertujuan untuk

mempertingkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat tanpa mengira

kaum atau bangsa. Pencapaian yang baik dalam akademik

mencerminkan kejayaan kepada pelajar. Melalui pencapaian ini juga

akan menentukan hala tuju kehidupan mereka kelak. Melalui

pencapaian ini juga akan menentukan perubahan nasib mereka sama

ada lebih baik daripada ibu bapa mereka atau sebaliknya.

19

20