Refleksi Pengajaran

9
2. Refleksi Pengajaran dan pembelajaran Pendahuluan Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang memperluaskan konsep refleksi di dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu komponen utama di dalam pendidikan guru.Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984). Refleksi saya berdasarkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah Tahun 4. Masa yang ditetapkan ialah 60 minit. Tajuk pengajaran ialah Tokoh – tokoh terbilang dalam kesultanan Melayu Melaka. Walaupun saya telah menjadi seorang guru sementara selama 3 tahun, saya berasa tertekan dengan tugasan ini juga. Setelah melihat semula rakaman dan pendapat daripada rakan- rakan dapatlah saya simpulkan kelebihan dan kelemahan pengajaran saya seperti berikut. Kelebihan : Kelebihan pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah perancangan pengajaran dan pembelajaran saya dapat menimbulkan minat murid untuk belajar terutamanya set induksi. Semasa saya menayangan tayangan video empayer Melaka trailer tentang Melaka murid-murid mula berfikir dan tertarik dengan sesi pembelajaran hari itu sertaslaid power point tentang tokoh –tokoh terbilang serta ciri-cirinya juga tertarik murid – murid dengan gambar-gambar yang saya tayangkan kerana ada unsur-unsur grafik dan menunjukkan minat untuk belajar. Mereka dapat membaca setiap ayat dengan betul. Semasa aktiviti soal jawab, saya berasa gembira melihat penglibatan dan kerjasama mereka yang baik semasa menjawab soalan. Apabila jawapan mereka betul, saya memberi pujian dan dapat melihat kepuasan ditunjukkan di air muka mereka. Apabila mereka dapat menjawab dengan betul, terbukti mereka memahami pengajaran

description

Refleksi Pengajaran

Transcript of Refleksi Pengajaran

Page 1: Refleksi  Pengajaran

2. Refleksi Pengajaran dan pembelajaran

Pendahuluan

Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang memperluaskan konsep refleksi di

dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu komponen utama di dalam

pendidikan guru.Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(Kolb, 1984).

            Refleksi saya berdasarkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah

Tahun 4. Masa yang ditetapkan ialah 60 minit. Tajuk pengajaran ialah Tokoh – tokoh

terbilang dalam kesultanan Melayu Melaka.  Walaupun saya  telah menjadi seorang guru

sementara selama 3 tahun, saya berasa tertekan dengan tugasan ini juga. Setelah melihat

semula rakaman dan pendapat daripada rakan-rakan dapatlah saya simpulkan kelebihan

dan kelemahan pengajaran saya seperti berikut.

Kelebihan:

Kelebihan pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah

perancangan pengajaran dan pembelajaran saya dapat menimbulkan minat murid untuk

belajar terutamanya set induksi. Semasa saya menayangan tayangan video empayer

Melaka trailer tentang Melaka murid-murid mula berfikir dan tertarik dengan sesi

pembelajaran hari itu sertaslaid power point tentang tokoh –tokoh terbilang serta ciri-cirinya

juga tertarik murid – murid dengan gambar-gambar yang saya tayangkan kerana ada unsur-

unsur grafik dan menunjukkan minat untuk belajar. Mereka dapat membaca setiap ayat

dengan betul. Semasa aktiviti soal jawab, saya berasa gembira melihat penglibatan dan

kerjasama mereka yang baik semasa menjawab soalan. Apabila jawapan mereka betul,

saya memberi pujian dan dapat melihat kepuasan ditunjukkan di air muka mereka. Apabila

mereka dapat menjawab dengan betul, terbukti mereka memahami pengajaran yang saya

sampaikan. Saya berasa puas hati kerana murid-murid dapat menikmati pembelajaran

mereka dan objektif saya juga tercapai.

Kelebihan kedua adalah kejelasan saya dalam memberikan arahan dan pengajaran.

Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahan

yang  jelas dan ringkas memudahkan murid memahami kehendak saya dan bagaimana

sesuatu aktiviti itu harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas barulah

murid dapat menjalankan pembelajaran dengan lancar. Seterusnya, mereka dapat

melakukan aktiviti bertulis dengan betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat

mempelajari ilmu yang baru yang diajar pada hari itu.

Page 2: Refleksi  Pengajaran

Kelebihan ketiga pengajaran saya ialah kelantangan suara. Dengan suara yang

lantang,murid dapat mendengar apa yang disampaikan dengan jelas dan seterusnya

membantu pemahaman murid dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga menunjukkan

ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara dapat menarik tumpuan murid

supaya fokus kepada isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.

Apabila saya menanyakan soalan, murid dapat mendengar dengan jelas serta menjawab

dengan betul menunjukkan kefahaman mereka terhadap penyampaian saya. Ketegasan

adalah terkandung dalam kelantangan suara semasa menyampaikan pelajaran. Ini

membuatkan murid-murid lebih hormat kepada guru.

           Kelebihan keempat ialah teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif di bilik

darjah untuk menggalakkan interaksi antara guru dan murid, serta antara murid dengan

murid. Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis, analitis, dan mendapat

maklum balas yang logik dan tepat.Tambahan pula, penyoalan dapat  mengeratkan

hubungan antara guru dengan murid dan menyatukan ahli-ahli kumpulan semasa membuat

perbincangan. Soalan yang saya kemukakan  dapat dijawab oleh  murid-murid secara

spontan. Ini membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan. Semua murid

telah melibatkan diri secara aktif semasa guru menyoal.

Kelemahan:

Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pelaksanaan

tugasan  pengajaran saya ialah penggunaan bahasa baku yang salah. Ada ketikanya saya

menggunakan bahasa dialek. Semasa melihat semula rakaman , di dapati saya menyebut

beberapa perkataan dialek walaupun bertujuan jenaka. Walau bagaimanapun, saya

mengajar sebutan dan ayat betul agar mereka memahami bagaimana membentuk struktur

ayat yang betul. Guru adalah pengajar murid yang pertama. Jika guru sendiri menyebut

salah,  anak murid kita akan keliru. Saya dapati tanpa sedar saya telah dipengaruhi oleh

bahasa pasar atau rojak.. Hal ini saya akan ambil secara berat dan akan lebih berhati-hati

dalam pengajaran.

            Kelemahan yang kedua, ialah ketepatan mengikut masa. Ketepatan masa penting

bagi memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan

rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang

digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan

terdapatnya gangguan-gangguan dan hal- hal lain yang menyebabkan masa yang lebih

diambil untuk melakukan sesuatu langkah tidak seiring. Walau bagaimanapun, masa

keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas dan dapat dijalankan dengan baik. Namun

Page 3: Refleksi  Pengajaran

begitu, guru perlu memastikan murid faham akan isi pembelajaran daripada terikat dengan

masa. Guru perlu fleksibel tentang masa.

Kelemahan yang ketiga ialah tidak dapat mengawal murid ketika aktiviti

kumpulan.Semasa memberi aktiviti kumpulan murid – murid diberi masa untuk membuat

persiapan.Walaupun aktiviti yang diberi adalah dalam kumpulan kecil namun saya tidak

dapat kawal keadaan kelas.Murid –murid bercakap antara satu sama lain dan ingar arahan

saya sehinnga diberi arahan tegas barulah mereka mula diam dan duduk di tempat masing-

masing.

Kelemahan yang keempat ialah penggunaan Bahasa.Saya telah memilih sekolah

jenis kebangsaan tamil untuk melakukan sesi pengajaran ini.Mereka belajar mata pelajaran

sejarah dalam Bahasa tamil dan ketika mengajar saya menggunakan Bahasa melayu.Ini

menyebabkan ada yang segelintir sukar memahami Bahasa melayu.

Penerapan nilai patriotisme dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Nilai kewarganegaraan yang patut diterapkan dalam sesi Pengajaran dan

pembelajaran saya ialah k 5.1.6 iaitu menyatakan kepentingan menghargai tokoh—tokoh

terbilang kesultanan melayu Melaka dalam masyarakat.Dalam aktiviti 1 saya telah

menerangkan tentang maksud dan peranan tokoh terbilang di dalam zaman kesultanan

melayu Melaka sambil menerangkan slaid tadi saya juga menerangkan tentang kepentingan

tokoh –tokoh tersebut pada zaman tersebut bagi mengemilangkan tanah melayu pada masa

itu dan menghargai pengorbanan mereka demi tanah air.Kebetulan rakaman yang saya buat

itu pada bulan ogos saya mengambil kesempatan untuk menerangkan lagi tentang

kemerdekaan dan peranan tokoh-tokoh untuk mencapai kemerdekaan.

Dalam aktiviti 2 pula murid mendeklamasi sajak dengan gaya tokoh-tokoh.Dalam

aktiviti kumpulan murid-murid menghiaskan rakan mereka dengan gaya tokoh yang

mendeklamasi sajak dengan bahan yang saya beri.Di samping itu,saya menerangkan

kepentingan menghargai tokoh dan tugas seorang pemimpin dan kelebihan menjadi

seorang tokoh dan menjaga tanah air.Sebagai seorang warga Malaysia semua orang harus

mempuyai sikap cintakan Negara.

Page 4: Refleksi  Pengajaran

Dalam sesi penutup saya menyatakan balik maksud tokoh terbilang dan peranannya

dalam membina kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.Tambahan pula saya

menyatakan lagi semangat cintakan Negara dan menghargai hidup di Negara Malaysia yang

aman dan damai.

Kesimpulan:

 Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara

fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat mencapai objektif

pengajaran tajuk pada hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang Pengajaran dan

Pembelajaran supaya murid dapat menguasai kemahiran. Guru yang mengetahui

kelemahan dan kekuatan murid. Pandangan dan teguran rakan-rakan dan murid boleh

membantu memperbaiki kelemahan pengajaran guru.

Page 5: Refleksi  Pengajaran

3. Berasaskan kepada pendekatan-pendekatan dalam P&P sejarah yang anda laksanakan

di atas, apakah rasionalnya anda memilih pendekatan dan kaedah berkaitan.

Kaedah Puisidra

- Kaedah Puisidra adalah salah satu kaedah yang bepusatkan murid.Melalui kaedah

ini semua murid berpeluang mengambil bahagian.Penglibatan murid secara aktif

dalam pembelajaran akan menjadikan murid lebih seronok untuk belajar.Murid

membina ilmu melalui proses penerokaan, seterusnya membolehkan mereka dapat

mengingati peranan tokoh-tokoh terbilang dalam kesultanan melayu Melaka.Melalui

kaedah ini saya didapati murid tidak berasa bosan untuk mempelajari sejarah

berbanding kaedah penerangan semata-mata.Melalui kaedah ini dapat melatih murid

menjadi kritis dan keatif semasa mendeklamasikan sajak.selain itu murid dapat

melahirkan perasaan mereka melalui penghayatan terhadap puisi yang

disampaikan.Semangat patriotik dapat diterapkan dan secara tidak langsung dapat

membentuk sahsiah murid.Dengan menggunakan kaedah ini juga murid dapat

mengaplikasikan pelbagai kecerdasan seperti kecerdasan intrapersonal,kecerdasan

interpersonal,kecerdasan vrbal linguistic dan kecerdasan kinestetik.Seterusnya,

murid dapat membina keyakinan dan keberanian diri.

Pengajaran Koperatif

- Murid dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk menyempurnakan

tugasan kumpulan, bertukar pendapat,membuat perancangan dan mencadangkan

penyelesaian kepada masalah. Pengajaran koperatif adalah satu strategi yang

melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran kumpulan kecil dan

menggalakkan interaksi positif.Tambahan kepada hasil positif yang dikenal pasti

adalah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan motivasi murid, menggalakkan

proses kumpulan, memupuk interaksi sosial dan akademik di kalangan murid dan

memberi ganjaran kepada penyertaan kumpulan yang berjaya. Apabila kanak-kanak

mula melaksanakan tugasan kesediaan, kerjasama boleh memberi peluang untuk

berkongsi idea, belajar bagaimana orang lain berfikir dan bertindak balas terhadap

masalah dan berlatih mengguna kemahiran bahasa lisan dalam kumpulan kecil.

Pembelajaran koperatif boleh menghasilkan perasaan positif terhadap sekolah, guru

dan rakan sebaya.Perasaan begini menjadi asas yang penting untuk kejayaan

seterusnya di sekolah. Murid juga digalakkan mempelajari bahan dengan lebih

Page 6: Refleksi  Pengajaran

mendalam untuk membuktikan kepada guru yang mereka telah menguasai bahan

yang diperlukan.Tugasan pembelajaran koperatif yang dibina dengan baik

menggalakkan sifat saling bergantung antara mereka di samping memerlukan

akauntabiliti individu. Walaubagaimanapun, untuk berjaya dalam pembelajaran

kumpulan koperatif, murid juga perlu menguasai kemahiran interpersonal yang

diperlukan oleh kumpulan untuk menyempurnakan tugasan mereka. Untuk bekerja

dengan jayanya dalam pasukan pembelajaran koperatif murid perlu juga menguasai

kemahiran interpersonal untuk melengkapkan tugasan yang diberikan.

Kaedah Kuliah

- Kuliah melibatkan pendedahan formal berterusan  atau perbincangan mengenai beberapa

topik oleh guru. kuliah adalah proses pengajaran dengan memberi penjelasan subjek secara

lisan apa yang akan dibelajari. Kedah kuliah sering diiringi oleh alat bantuan visual untuk

membantu murid menggambarkan objek atau masalah. Kuliah adalah pembentangan lisan

bertujuan untuk menyampaikan maklumat atau mengajar murid-murid mengenai stajuk

yang diajar iaitu tokoh-tokoh terbilang dalam kesultanan melayu Melaka. Kuliah digunakan

untuk menyampaikan maklumat kritikal, sejarah, latar belakang dan teori- Kuliah adalah

sebagai satu cara yang cepat, murah dan berkesan dalam bidang akademik untuk

menyampaikan pengetahuan tertentu kepada sejumlah besar murid.Kuliah mewakili

kesinambungan tradisi lisan berbeza dengan komunikasi teks dalam buku-buku dan media

lain.