REFLEKSI PENGAJARAN

30
REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid yang berlainan adalah penting supaya guru lebih sensitif kepada perbezaan-perbezaan yang wujud antara murid. Aspek gaya pembelajaran adalah penting kerana ia boleh menjadi satu panduan kepada guru supaya mereka cipta pengalaman pembelajaran yang sepadan dengan cara murid-muridnya belajar. Jika guru dapat menyediakan satu pengalaman pembelajaran yang sejajar dengan gaya pembelajaran murid, maka mereka dapat belajar dengan lebih berkesan. Sebaliknya, jika guru tidak dapat memadankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid, ia mungkin menjejaskan prestasi akademik murid. Guru juga perlu mengetahui bahawa gaya pembelajaran murid berubah dengan umur dan mereka suka bekerja dengan kumpulan yang berlainan. Selain daripada itu, leleki dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. Mengikut kajian Dunn (2000), perempuan lebih auditori, memerlukan tempat yang senyap dan satu persekitaran yang formal untuk belajar. Mereka juga mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi daripada lelaki. Murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berbanding dengan murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Satu implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengetahui bagaimana murid-muridnya menunjukkan respon yang berlawanan kepada persekitaran pembelajaran mereka. Satu lagi implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengajar murid-muridnya pelbagai teknik-teknik kemahiran belajar. Guru juga mesti mengajar murud-muridnya untuk mengenal pasti gaya pembelajaran mereka masing-masing. Guru boleh menggunakan inventori-inventori seperti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI), Model Gaya Pembelajaran Kolbs dan Instrumen Herman Brain Dominance (HBDI) untuk mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya. Guru boleh menekankan pada aktiviti- aktiviti untuk melibatkan para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Waktu pembelajaran yang terlalu lama seharusnya diselitkan dengan rehat yang pendek. Pelajar yang mempunyai dominans otak-kanan sukar belajar secara berterusan. Jesteru, penyusunan jadual waktu induk perlu diberi perhatian dan minta dicadangkan supaya masa pengajaran dan pembelajaran semua subjek teras ditetapkan kepada dua atau tiga waktu sehari. Ini supaya dapat memberi ruang dan masa yang cukup untuk proses murid berfikir dengan lebih baik dan menahami keperluan dan kemahiran yang diajar terutama pelajar tadi. Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan idea-idea atau penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka. Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang secara logik dan boleh diterima. Dalam pemikiran divergen, pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin. Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah tajuk kepada unit-unit yang kecil supaya murid-murid dapat menganalisis tajuk utama secara lebih mendalam.

description

REFLEKSI PENGAJARAN

Transcript of REFLEKSI PENGAJARAN

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid yang berlainan adalah penting supaya guru lebih sensitif kepada perbezaan-perbezaan yang wujud antara murid. Aspek gaya pembelajaran adalah penting kerana ia boleh menjadi satu panduan kepada guru supaya mereka cipta pengalaman pembelajaran yang sepadan dengan cara murid-muridnya belajar. Jika guru dapat menyediakan satu pengalaman pembelajaran yang sejajar dengan gaya pembelajaran murid, maka mereka dapat belajar dengan lebih berkesan.

Sebaliknya, jika guru tidak dapat memadankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid, ia mungkin menjejaskan prestasi akademik murid. Guru juga perlu mengetahui bahawa gaya pembelajaran murid berubah dengan umur dan mereka suka bekerja dengan kumpulan yang berlainan. Selain daripada itu, leleki dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. Mengikut kajian Dunn (2000), perempuan lebih auditori, memerlukan tempat yang senyap dan satu persekitaran yang formal untuk belajar. Mereka juga mempunyai motivasi intrinsik yang lebih tinggi daripada lelaki.

Murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berbanding dengan murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah. Satu implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengetahui bagaimana murid-muridnya menunjukkan respon yang berlawanan kepada persekitaran pembelajaran mereka. Satu lagi implikasi gaya pembelajaran ialah guru harus mengajar murid-muridnya pelbagai teknik-teknik kemahiran belajar. Guru juga mesti mengajar murud-muridnya untuk mengenal pasti gaya pembelajaran mereka masing-masing.

Guru boleh menggunakan inventori-inventori seperti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI), Model Gaya Pembelajaran Kolbs dan Instrumen Herman Brain Dominance (HBDI) untuk mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya. Guru boleh menekankan pada aktiviti-aktiviti untuk melibatkan para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Waktu pembelajaran yang terlalu lama seharusnya diselitkan dengan rehat yang pendek. Pelajar yang mempunyai dominans otak-kanan sukar belajar secara berterusan. Jesteru, penyusunan jadual waktu induk perlu diberi perhatian dan minta dicadangkan supaya masa pengajaran dan pembelajaran semua subjek teras ditetapkan kepada dua atau tiga waktu sehari. Ini supaya dapat memberi ruang dan masa yang cukup untuk proses murid berfikir dengan lebih baik dan menahami keperluan dan kemahiran yang diajar terutama pelajar tadi.

Pemikiran Divergen kerap kali dirujuk sebagai keupayaan mencadangkan idea-idea atau penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka. Ia disifatkan oleh beberapa jawapan yang secara logik dan boleh diterima. Dalam pemikiran divergen, pengetahuan/pengalaman dan idea-idea baru digunakan serentak untuk menyelesaikan masalah dengan memberikan pelbagai jawapan yang mungkin. Kemahiran guru dalam membahagikan sebuah tajuk kepada unit-unit yang kecil supaya murid-murid dapat menganalisis tajuk utama secara lebih mendalam.

Seseorang individu yang melibatkan diri dalam pemikiran ini akan menonjolkan idea-idea yang asli. Jenis pemikiran seperti ini turut menggalakkan pemikiran kreatif dan lebih sesuai digunakan dalam bidang bahasa serta humanistik. Beberapa tajuk kendiri yang boleh dikemukakan oleh guru kepada murid untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid-muridnya adalah seperti yang berikut:

a)Apakah yang menganggu saya?

b)Apa yang saya ingin mengubah dalam hidup saya?

c)Apakah kepercayaan, nilai dan falsafah hidup saya?

Tajuk-tajuk pengajaran yang boleh dikemukakan oleh guru dalam pengajarannya untuk menggalakkan pemikiran divergen pula ditunjukkan di bawah:

a)Bagaimana anda menerangkan sesuatu?

b)Apakah yang menyebabkan sesuatu?

c)Apakah yang penting mengenai sesuatu?

Maka, untuk menggalakkan pemikiran divergen, guru harus sentiasa menggunakan soalan-soalan terbuka di dalam bilik darjah.

Contoh: Jika seseorang diminta untuk memberi cadangan tentang penggunaan sebatang pensel, dia berupaya menyenaraikan cadangan-cadangan berikut:

a)Menulis dan melukis

b)Menebuk lubang pada kertas

c)Sebagai senjata

d)Sebagai alat permainan

Contoh di atas menunjukkan bahawa seseorang berupaya memikirkan pelbagai jawapan yang logik. Jawapan yang diberi mungkin terlalu personal atau unik berasaskan keupayaan meneroka mindanya yang kreatif. Guilford telah mengenal pasti 4 ciri pemikiran divergen seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Kelikatan

(Fluidity)

Mampu memberi penjelasan dengan mengemukakan banyak idea dan contoh

Kelenturan

(Flexibility)

Menjana pelbagai idea dan cara bagi menyelesaikan masalah

Keaslian

(Originality)

Mampu memikirkan idea-idea baru yang bernas dan unik

Terperinci

(Detail)

Mampu menjelaskan idea-idea dengan panjang lebar dan terperinci

Jadual 1 Pemikiran Divergen

Kesimpulan, keseluruhan pengajaran yang dilakukan mampu memberi kesan yang baik kepada murid lebih-lebih lagi dengan menggunakan bahan-bahan yang maujud. Jika ruang masaditambah menjadi dua waktu mungkin pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik minat murid seterusnya menguasai kemahiran yang disampaikan guru.

Teori Kecerdasan Pelbagai

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

1.Konsep

Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.

An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting

(Gardner 1983)

Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

2.Pelopor

Howard Gardner

Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui hubungannya dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini berkurangan apabila kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi perhatian kepada kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi berminat untuk berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti melukis.

Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui sumbangannya dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar kemahuannya untuk melepaskan diri daripada ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian dan memandang di sebalik sumber informasi semulajadi tentang bagaimana manusia di dunia memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang penting untuk kehidupan mereka.

Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik permulaan kejutan bagi pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari pelbagai sifat kecerdasan manusia. Beliau menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan manusia yang boleh dibahagikan dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan berdasarkan perkaitan objek yang melibatkan matematik dan logik, kecerdasan tanpa objek yang melibatkan muzik dan bahasa dan kecerdasan personal atau persepsi psikologikal yang kita dan orang lain miliki. Masalah yang diketengahkan oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita tidak bersedia untuk memenuhi keperluan semua kecerdasan manusia dan mengenepikan keperluan perkembangan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan bukan merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna. Gardner mendakwa bahawa teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia wujud dalam satu konteks yang pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya The Unschooled Mind: How Children Think and How Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini beliau membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan menyarankan supaya meninggalkan pendekatan pintas dalam bidang pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak dan melihatnya mudah untuk belajar secara tradisional.

Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di Harvard Universiti. Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat Piaget yang dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap kecerdasan manusia. Gardner menilai semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget sebagai too narrow a notion of how the human mind works. Beliau tidak mempercayai kewujudan satu bentuk kognitif yang menguasai semua bentuk pemikiran manusia. Gardner memerhatikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan manusia dan setiap satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan intelektual yang tersendiri.

Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yang kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan, Rangka Minda yang telah diterbitkan dalam tahun 1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang dicadangkan dalm bukunya telah menjadi pusat perbincangan dan sebagai rangka kerja bagi strategi pendidikan kini yang menjana kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian para pelajar. Gardner menyebut walaupun ia tidak semestinya bergantung sesame sendiri, namun kecerdasan tersebut kerap beroperasi secara berasingan. Setiap individu yang normal memiliki kadar yang berbeza-beza terhadap setiap satu daripada kecerdasan ini, tetapi cara-cara bagaimana kecerdasan itu bergabung dan bercampur adalah berbagai-bagai sama seperti bagaimana muka dan personaliti individu tersebut berbeza-beza.

Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di Sekolah Pendidikan Siswazah Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di Jabatan Neorologi di Universiti Boston di bahagian Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik psikologi Pusat Perubatan Pentadbiran Vateran Boston. Dr. Gardner telah menghasilkan pelbagai penulisan yang berkaitan dengan minda manusia seperti The Minds New Science, To Open Minds, The Unshooled Mind, Multiple Intelligences, Creating Minds dan Leading Minds.

Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau fesyen produk yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan mengkaji bagaimana manusia menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita hanya boleh belajar tentang kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia apabila mereka menyelesaikan masalah budaya yang penting atau mencipta produk budaya yang penting.

Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah dan beliau mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi Gardner, penyelesaian masalah adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten dengan kebanyakkan pengetahuan tradisional terhadap kecerdasan. Bagaimanapun, Gardner menekankan bahawa penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan memerhatikan manusia menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang penting kepada mereka dan bukan dengan memberikan ujian-ujian yang telah distandardkan. Namun pada 1997, Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut Gardner, setiap insan mempunyai bukan satu tetapi lapan kecerdasan yang berbeza. Pada 1999, Gardner menambahkan Existential Intelligence yang berkaitan dengan keadaan kerohanian manusia. Beliau belum bersedia menerima Spiritual Intelligence sebagai kecerdasan kesembilan dalm teorinya.

Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya kecerdasan pelbagai. Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial yang tinggi orang-orang Puluwat yang tinggal di pulau-pulau Caroline yang menggunakan kemahiran-kemahiran ini untuk menjelajahi lautan dengan kenu-kenu mereka. Gardner juga membincangkan keseimbangan kecerdasan personal yang diperlukan dalam masyarakat jepun. Teori Kecerdasan Pelbagai ini berkongsi beberapa idea umum dengan teori-teori lain yang menyentuh kelainan-kelainan individu seperti yang terdapat dalam saranan Carnbach & Snow, Guilford dan Sternberg.

3.Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai

3.1. Logikal Matematik

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan keupayaan umum.

Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.

3.2. Spatial / Visual Ruang

Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalampuzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.

Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah individu yang mengalami gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat.

Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.

3.3. Linguistik

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakan individu.

Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya.

Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah, A.Samad Said dan di luar negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.

3.4. Kinestetik

Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti refleks.

Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan, dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal itu. Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan seolah-olah menggunakan apa yang mungkin diistilahkan sebagai memori otot mereka ingat perkara melalui badan mereka seperti memori lisan.

Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit, juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar. Walaupun kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini. Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong Wei.

3.5. Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yangevergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.

3.6. Interpersonal

Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petandainterpersonaldan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.

Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan.

Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururunding dan imam. Contohnya, Dato Dr. Fadzilah Kamsah.

3.7. Intrapersonal

Kecerdasanintrapersonalmerupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasanintrapersonalyang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasanintrapersonalyang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.

Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasanintrapersonalyang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.

Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.

3.8. Naturalis

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna.

Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan spesis tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula jadi dalam perladangan, perlombongan, dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan ini termasuk alamiah, petani dan tukang kebun.

Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi.

3.9. Spiritual / Eksistensialisme

Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenal dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.

Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.

4.Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanaakn tanggungjawab bagi mendidik anak bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.

Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan peningkatan.

Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.

Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini, guru dapat memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.

Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai dalam pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa lisan , bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya boleh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik?. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktivitihands-on?. Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi?

Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.

Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini, murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan masalah. Melalui muzik. murid memahami ritma, harmoni, mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya. Peningkatn dari segi interpersonal pula, murid mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar. Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

5.Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai .

Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini dilihat adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad atau menjerumus kepada satu-satu mata pelajaran sahaja contohnya terhad kepada mata pelajaran matematik.

Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada manusia,dan ia mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Antara kelebihan dan kepentingan penggunaan kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu dapat melihat potensi yang ada pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk kepada potensi pelajar.Apabila guru dapat mengenalpasti potensi yang ada pada murid itu, maka ia dapat membantu guru untuk memperkembangkan lagi potensi yang ada pada pelajar.

Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar.Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Maka modal insan yang lengkap dengan segala kecerdasan yang ada dapat dilahirkan.

Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.

Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar.Ini kerana,sebagaimana yang kita tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain.

Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar.

Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf. Selain itu, pelajar juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.

Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana, sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan apabila seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka pelajar dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada diri pelajar tidak diberi perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada pelajar.Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti kecerdasan secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh memberi impak ke atas pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam erti kata lain, kegagalan ini oleh mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal insan yang sempurna adalah amat penting untuk masa depan negara. Kegagalan pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke atas Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang memfokuskan untuk membangunkan modal insan.

Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua kecedasan pada manusia, maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar corot untuk merealisasikan kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian disamping penekanan terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi oleh sistem pendidikan pada hari ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang untuk menonjolkan kecerdasan mereka masing-masing. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan lain yang lebih tinggi berbanding rakan lain yang berada dalam kelas yang lebih baik.

Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi peluang kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan berkepentingan. Maka, semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang untuk mambagunkan diri dan negara.

Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia juga dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa yang ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup untuk melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka kerana telah timbul minat untuk menguasainya.

Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem pembelajaran sedia ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran. Ini kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit. Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk dating ke sekolah kerana beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa hadapan mereka dan bukannya sebagai satu bebanan.

Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan kepelbagaian ini, kita dapat memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang diingini malah jika kena dengan cara pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil untuk dapat menguasai kesemua kecerdasan yang diutarakan oleh Howard Gardner ini.

Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu menghadapi kemelut yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika dari dulu kita memahami dan melaksanakan teori kecerdasan pelbagai, kita tentunya tidak akan menukar sistem pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu, adalah sangat jelas dimana ia hanya menekankan kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logikal-matematik. Sedangkan terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai kecerdasan itu dan penekanan terhadap hanya dua jenis asas kecerdasan itu sebenarnya boleh memudaratkan anak bangsa dan tentunya Negara pada masa hadapan. Maka langkah yang diambil untuk tidak meneruskan PPSMI adalah satu langkah yang bijak kerana ia adalah adil untuk semua yang sejajar dengan kecerdasan pelbagai Gardner.

Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil kerana ia tidak menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat dikuasai oleh pelajar atau individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang mempunyai kecerdasan tertentu contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik dan logikal-matematikdibiarkan maju sendiri tanpa perhatian malah mereka ini masih mempunyai peluang yangsama untuk mereka memgembangkan potensi dalam asas-asas kecerdasan ini disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain yang ada dalam diri yang tidak mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi melalui kecerdasan pelbagai.

6.Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai

Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu mengenalpasti kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian guru perlu melakukan kaji selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu juga merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran. Jika guru menggunakan pendekatan secara tradisional seperti linguistik atau logikal sahaja, maka pembelajaran tidak berkesan kerana pelajar merasa bosan. Hal ini di sebabkan pelajar terdiri daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta mempunyai potensi yang berbeza, sekiranya guru hanya menekankan kepada sesuatu aspek sahaja dengan tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran, maka ianya menimbulkan perasaan kurang minat kepada pelajar untuk belajar.

Di samping itu juga, boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih kasih. Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan pelajar lain, maka hal ini menimbulkan diskriminasi kerana potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru yang mudah tertarik kepada potensi seseorang pelajar akan mengganggu proses pembelajaran.

Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu, merupakan salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan sesuatu ilmu dengan berkesan serta mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah pengajaran yang pelbagai juga perlu dilakaukan. Sekiranya guru tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya, hanya bercakap di dalam kelas, tanpa menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini, seperti penggunaan power point, video dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap kecerdasan pelajar tidak dapat berkembang.

7.Kesimpulan

Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik.

Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun manusia dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang-bidang tertentu.

Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan yang menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logkal-matematik.

Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam dewan-dewan kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai masanya kita beralih kepada aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang diperlukan adalah besar, namun kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Refleksi Pengajaran REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas kurnia dan rahmatnya dapatlah saya menyempurnakan tugas yang diamanahkan ini dengan lancar dan baik. Saya juga ingin mengucapkan kepada Pensyarah E-Learning Puan Nadia Akma dan Tutor saya di Perlis serta rakan-rakan yang member tunjuk ajar dan bimbingan semasa proses membuat tugasan ini. Saya memilih bidang ibadah di dalam matapelajaran Pendidikan Islam bertajuk Bersuci Daripada Najis di dalam isi pembelajaran Jenis jenis Najis. Tajuk ini berkait rapat dengan amalan kita seharian iaitu solat kerana jika pelajar tidak faham cara-cara menyuci dan jenis-jenis najis dengan betul menyebabkan solat tidak sah. Makro pengajaran ini saya jalankan dalam kelas tahun 4 Resos yang mempunya 6 orang murid Pendidikan Khas Masalah Penglihatan. Murid yang terlibat terdiri daripada 2 orang murid buta dan 4 orang murid rabun. KEKUATAN Saya merancang untuk mengajar set induksi selama 5 minit dalam makro pengajaran kali ini. Saya memulakan set induksi dengan menggunakan bahan-bahan maujud seperti bunga melor dan belacan bagi murid-murid masalah penglihatan (buta) manakala bagi murid-murid masalah penglihatan (rabun), saya menggunakan laptop bagi mempamerkan gambar bunga ros dan bangkai binatang. Saya menunjukkan bahan tersebut dan bersoalajawab dengan murid dan mengaitkan jawapan murid antara perbezaan dua bahan tersebut dengan bau wangi dan busuk berkaitan dengan isi pengajaran yang di ajar pada hari itu. Perkara ini amat berkesan untuk menarik minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isi pelajaran. Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan set induksi dalam tugasan makro pengajaran kali ini ialah saya telah melaksanakan set induksi yang menarik perhatian dan merangsang minat murid. Di samping itu juga, set induksi yang saya rancangkan menjurus kearah kesediaan minda murid seperti yang dikaitkan dengan pelajaran lepas, isu semasa dan persekitaran. Saya juga menghubungkan pengajaran saya dengan kehidupan seharian murid. Penerangan saya dengan suara yang lantang dan jelas dalam menerangkan jenis jenis najis telah berjaya menarik minat murid terhadap pembelajaran dan berjaya merangsang minda pelajar untuk berfikir tentang isi pelajaran. Contoh-contoh yang saya berikan telah berjaya memikat hati pelajar tentang kewujudan najis di sekitar mereka. Justeru itu, nada suara saya yang lantang memudahkan murid-murid di dalam kelas dapat mendengar dengan jelas seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang saya sampaikan. Hal ini akan memberi kesan yang baik kepada tumpuan dan fokus murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Di samping itu juga , murid akan dapat memberi tumpuan terhadap isi pembelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan isi pembelajaran juga membuatkan murid lebih hormat kepada saya. Bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas Masalah Penglihatan suara guru yang jelas amat penting kerana mereka tidak dapat melihat sekiranya guru banyak menggunakan bahan-bahan bahkan mereka hanya dapat merasa dengan menggunakan tangan bagi murid-murid buta. Penerangan guru dan buku teks braille sangat penting bagi murid-murid seperti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan tercapai objektifnya. Setelah pelajar faham tentang objektif pelajaran, maka tiba masa untuk menguji mereka dengan latihan secara lisan atau braille yang ringkas bagi menguji tahap penguasaan terhadap isi pengajaran dan pembelajaran. Hasil ujian yang diberi, kebanyakkan pelajar berjaya menjawab semua soalan. Manakala dalam aktiviti penutup pula, saya telah berjaya mengukuhkan penguasaan mereka dengan bersoalajawab dengan murid berkaitan tajuk dan agar pelajar dapat mengaplikasikan cara menyucikan najis dengan betul dan mengenal jenis-jenis najis dalam kehidupan kita seharian. Murid-murid diberi pengukuhan dengan membut latihan di dalam lembaran kerja. Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian isi pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan penting dalam pemahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian yang saya berikan berkenaan isi pelajaran. Contohnya pada langkah kedua, saya menyuruh murid secara rawak menyebut apakah jenis najis pada benda yang disebut dan dipamerkan di dalam carta gambar secara dekat. Bukti kefahaman murid terhadap isi pelajaran ialah murid dapat menyebut dengan betul jenis najis mengikut jenis-jenisnya. Seterusnya, motivasi dan pujian dari guru merupakan salah satu kekuatan yang memberi kesan yang mendalam untuk tercapai objektif yang disasarkan. Murid akan lebih bersemangat serta memberi sepenuh tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Oleh yang demikian objektif pengajaran akan tercapai dan proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti yang dirancang.Justeru itu murid akan merasa bangga dan merasa diri mereka diambiil berat oleh guru. Contohnya, pada langkah yang ketiga, guru memuji murid yang dapat menjawab dengan betul atas jawapan yang mereka berikan. Justeru itu, bagi murid yang tidak dapat menjawab dengan betul guru tidak memarahi mereka bahkan guru akan menasihati dengan memberi kata-kata semangat agar mereka tidak putus asa dan mencuba lagi. Seterusnya, sebagai contoh pada penutupan isi pengajaran, guru akan menasihati murid agar sentiasa mengamalkan serta mengaplikasikan isi pengajaran dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T. KELEMAHAN Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti antaranya dalam pelaksanaan set induksi dalam tugasan makro pengajaran kali ini iaitu pada ketepatan mengikut masa yang ditetapkan . Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah saya buat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan set induksi tidak seiring. Masa yang saya rancangkan sebenarnya 5 minit tetapi apabila melihat semula rakaman makro pengajaran tersebut saya hanya menggunakan masa hampir 4 minit sahaja. Kelemahan dan kekurangan yang seterusnya ialah penyampaian saya semasa proses pengajaran pembelajaran dilakukan , adakalanya terkeluar loghat Kedah. Contohnya perkataan mai dan pi. Saya tidak menyedari bahawa saya telah terkeluar daripada penggunaan Bahasa Melayu yang sebenarnya. Setelah saya menilai semula persembahan dalam rakaman video makro pengajaran dan pembelajaran tersebut barulah saya sedar akan kesalahan bahasa yang saya gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kelemahan dan kekurangan saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah saya hanya menggunakan bahan bantu mengajar yang biasa seperti carta gambar. Contohnya pada langkah kedua saya memanggil murid secara individu kehadapan kelas untuk memadankan gambar dengan jenis najis yang betul. Aktiviti ini saya jalankan agar murid nampak jenis najis tersebut secara dekat. bagi mereka yang menghadapai masalah penglihatan .Saya tidak menggunakan LCD, ini disebabkan saya mengajar murid-murid masalah penglihatan.Mereka tidak nampak dengan jelas daripada jarak jauh kerana penglihatan mereka hanya dapat melihat jarak yang dekat sahaja. Oleh yang demikian saya banyak memberi penerangan dengan lisan sahaja berkaitan isi pengajaran yana diajar. Saya juga mengalami masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana saya terpaksa mengambil dua aktiviti dalam satu langkah pengjaran. Contohnya dalam membuat latihan, bagi murid rabun saya akan memberi lembaran kerja manakala murid buta, saya akan membaca dan menyuruh mereka membraille sesuatu latihan tersebut. Oleh yang demikian, saya akan mengalami sedikit masalah terutama disegi masa dan memberi tumpuan kepada murid yang mempunyai dua kategori iaitu buta dan rabun. Antara lain kelemahan dan kekurangan dalam makro pengajaran saya pada kali ini ialah melibatkan pergerakan saya yang tidak boleh bebas bergerak. Saya hanya boleh bergerak ketempat tertentu sahaja. Faktor ini disebabkan saiz kelas yang terlalu sempit dan murid hanya duduk dalam satu kumpulan sahaja. Contohnya, dalam kelas 4 resos, saya hanya boleh bergerak hanya kedepan murid sahaja tidak boleh bergerak kebelakang murid . LANGKAH MENGATASI Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan supaya meningkatkan lagi kualiti pengajaran saya pada masa akan dating. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tuigasan makro pengajaran pada kali ini, perlu dilakukan penambahbaikan dari segi ketepatan penggunaan masa dan bahasa semasa menyampaikan isi pelajaran di dalam kelas tersebut. Saya perlu menepati ketepatan masa seperti yang dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Ketepatan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai orang Kedah dan bercakap bahasa Kedah setiap hari sudah tentu sukar untuk mengubah percakapan loghatnya. Walaubagaimanapun, saya akan cuba sedaya upaya untuk berlatih bercakap bahasa Malaysia terutama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Berkaitan dengan latihan murid yang terpaksa saya jalankan dengan dua aktiviti dalam satu langkah. saya akan memberi lebih sedikit masa bagi tercapai aktiviti yang dirancang agar kedua-dua kategori murid masalah penglihatan tercapai objektif yang disasarkan. Seterusnya bagi masalah Berkaitan dengan saiz kelas yang sempit, saya akan membuat perbincangan dengan pihak pentadbiran agar memohon peruntukan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia supaya memperluaskan saiz kelas Program Pendidikan Khas Masalah Penglihatan di Sekolah Kebangsaan Jabi, Kedah bagi keselesaan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jika kelas berada dalam keadaan zon yang selesa murid akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran dan pembelajaran memandangkan pihak kerajaan terlalu mengambil berat terhadap rakyat seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri kita iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan gagasan Perdana Menteri Malaysia Ke-6, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ini adalah satu gagasan yang baik dan sangat bertepatan dalam suasana sekarang.

Di samping itu juga,proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahan maujud amat menyeronokkan terutama bagi murid masalah penglihatan kerana mereka dapat melihat dan merasa dalam keadaan yang sebenar seperti yang saya gunakan dalam set induksi kerana saya lebih cenderung belajar secara kendiri tanpa gangguan daripada rakan yang lain. Semangat fasililator (guru) serta rakan seperjuangan yang sentiasa membantu jika saya menghadapi masalah member keyakinan kepada saya dalam proses pembelajaran yang saya lalui. Saya akan sentiasa berusaha untuk mencuba pelbagaikan kaedah,startegi dan teknik yang berkesan bagi pemahaman murid ke atas setiap isi pelajaran yang disampaikan dan saya akan membuat refleksi semula apakah kelemahan saya untuk penambahbaikan ke atas setiap pengajaran yang saya lakukan. Justeru itu, saya juga akan berkongsi pandangan dan pendapat daripada rakan-rakan agar tercapai amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai seorang pendidik untuk menyebarkan ilmu kepada anak bangsa kita sendiri. Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

BERMAIN

Maria Montessori

Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajarmelalui bermain. Mengikut beliau dalam keadaan bermain kanak-kanak sebenarnya

bekerja

bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran. Seperti Pestalozzi, beliau jugamenyarankan kanak-kanak menggunakan deria bagi meneroka persekitaran dan menambahpengetahuan mereka.Montessori percaya kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktivitiapabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Guru pun merupakan pemudahcara dalm proses pembelajaran kanak-kanak. Guru menyokong kanak-kanak apabila merekamenunjukkan kesediaan mempelajari sesuatu, secara menjawab soalan dan membantu merekaketika bantuan diperlukan. Bagi Montessori guru adalah pemudah cara sahaja, bukan penentubentuk atau jenis pengajaran yang harus diterima oleh kanak-kanak.Dari kaedah pengajaran beliau menekankan kaedah yang bersesuaian dengan masalahpembelajaran kanak-kanak. Alat mengajar yang disediakan perlu mempunyai cirri-ciri khassupaya kanak-kanak boleh menggunakan deria. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannyamenekankan penggunaan deria dalam pengajaran dan pembelajaran.Mengikut Montessori, guru perlu melayan kanak-kanak dengan baik. Mereka perludilayan seperti kanak-kanak dan bukannya seperti orang dewasa. Guru tidak boleh memaksakanak-kanak menerima idea mereka.

GANJARAN IMAM AL-GHAZALI

Dalam kitab

Ihya

Ulumiddin

anak-anak adalah amanat di tangan ibu bapa. Hatinyayang suci adalah laksana mutiara yang berharga, indah bersih daripada segala garisan danbentuk. Kanak-kanak akan menerima apa sahaja yang dibuat kepadanya dan cenderongkepada apa yang ditarik kepadanya.. Jika kanak-kanak dididik dengan perbuatan yang baik, iaakan membesar dalam persekitaran yang sedemikian dan akan menjadi manusia yang baik.Guru serta pengasuh dan semua orang yang mendidik nya akan mendapat pahala daripadaAllah. Selain itu Imam Al-ghazali banyak menekankan mengenai adab makan. Bagi belai ibubapa dan guru serta pengasuh harus mengingatkan kanak-kanak bahawa banyak makan adalahsifat yang tercela. Imam Al-ghazali mengumpamakan orang yang makan banyak sebagaibinatang.Imam al-Ghazali mementingkan unsur ganjaran kepada kanak-kanak. Beliaumenyatakan apabila kanak-kanak menunjukkan perlakuan atau prestasi yang baik merekaharus diberi ganjaran yang dapat menggembirakan hati mereka. Namun jika kanak-kanak melakukan kesalahan, orang dewasa seperti guru harus mengendahkannya dan tidak sesekalimemalukan kanak-kanak itu dengan memberitahu orang lain. Tetapi sekiranya kesalahantersebut berulang, kanak-kanak tersebut haruslah ditegur secara sembunyi dan menyatakanbahawa kesalahan mereka itu tidak sepatutnya dilakukan. Dalam menegur kanak-kanak guruhendaklah tidak terlalu bnayk memburuk-burukkan kanak-kanak tersebut.Imam al-Ghazali juga sangat menekankan aspek bermainkerana katanya bermain adalahsifat semula jadi kanak-kanak, boleh menyihatkan tubuh yang kecil, menguatkan otot kanak-kanak, mendatangkan kegembiraan dan dapat merehatkan mereka selepas penat belajar.Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa guru harus memandang bahawa mereka telahberbuat sesuatu perbuatan yang baik kerana mendidik jiwa anak-anak supaya hatinya dekatdengan Allah dengan menanamkan pengetahuan kepadanya. Antara nasihat lain imam Al-Ghazali kepada guru adalah:

menjadi pengasuh yang kuat pegangan agama kerana ini memberikan kesankepada kanak-kanak

Perbaiki kelakuan buruk kanak-kanak dengan

rahmah

bukan dengan caramenempelak.

Mengajar sekadar kemampuan mereka.

Jangan mengajar terlalu tinggi sehingga menyusahkan mereka.

Guru hendaklah beramal dengan ilmu yang diajari

KONSEP KESEDIAAN MENGAJAR

Ibnu Khaldun telah memperkatakan konsep-konsep kesediaan belajar, motivasi,pengukuhan, latihan, pemerhatian dan perbezaan individu. Dalam mendidik kanak-kanak beliau melarang guru mendidik dengan menggunakan kekerasan kerana didikan seperti ituakan menjadikan kanak-kanak pemalas, pembohong, dan berpura-pura kerana inginmenyembunyikan perkara sebenar.Dalam buku

Muqaddimah,

Ibnu Khaldun menyebut:

Kekerasan itu boleh menjadikan mereka malas dan mendorong merekaberbohong serta kelicikan. Yakni tindak-tanduk mereka adalah berbezadengan apa yang difikirkan, sebabnya ialah mereka berasa takut diderasekiranya mereka menyatakan sesuatu yang benar.

(Ibnu Khaldun

1993:776)

Dari segi masa belajar, Ibnu Khaldun menyatakan bahawa masa belajar tidak haruspanjang kerana ini menjadikan kanak-kanak lupa. Pengajaran dengan menggunakan waktuyang pendek, betul cara nya mendatangkan hasil yang lebih baik. Dari segi bahasa, beliau berpendapat bahawa bahasa adalah asas kepada pengajaran ilmu. Pengajaran bahasa dimulaidengan menulis dan membaca, kemudian dikait perkataan dan makna.

BERSUCI PADA NAJIS

REFLEKSI Syukur terhadap terhadap Allah atas kurnia dan rahmatnya dapatlah saya menyempurnakan tugas ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap pensyarah pembimbing En. Abd Rahim B. Sharif kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan semasa proses membuat tugasan ini berjalan.Sayamemutuskan untuk mengajar tajuk Bersuci daripada najis. Tajuk yang penting bagi solat kerana jika pelajar tidak faham ,sembahyang mereka tidak kerana najis. KEKUATAN Sayamerancang untuk mengajar set induksi selama 5 minit dalam mikropengajaran kali ini. Saya memulakan set induksi saya dengan menggunakan menggunakan bahan semula jadi iaitu lumpur dan gambar najis. Saya menunjukkan bahan tersebut dan bersoal jawab dengan murid. Perkara ini amat berkesan untuk menarik minat murid terhadap objektif pengajaran. Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan set induksi dalam tugasan micro teaching kali ini ialah saya telah melaksanakan set induksi yang menarik perhatian dan merangsang minat murid. Di samping itu juga, set induksi yang saya rancangkan menjurus ke arah kesediaan minda murid seperti dikaitkan dengan pelajaran lepas, isu semasa dan persekitaran. Saya juga menghubungkaitkan pengajaran saya dengan kehidupan harian murid. Penggunaan Power Point dalam menerangkan maksud bersuci dan najis telah berjaya menarik minat murid terhadap pembelajaran.Huruf yang besar, terang dan jelas telah berjaya merangsang minda pelajar untuk berfikir tentang isi pelajaran.Contoh-contoh najis yang jelas dan menarik dalam power point telah berjaya memikat hati pelajar tentang kewujudan najis di sekitar mereka. Setelah pelajar faham tentang objektif pelajaran, maka tiba masa untuk menguji mereka dengan memberikan mereka latihan bertulis yang ringkas bagi menguji tahap penguasaan mereka terhadap pelajaran. Hasil ujian yang diberi, kebanyakkan pelajar berjaya menjawab semua soalan.Manakala dalam aktiviti penutup pula, saya telah berjaya mengukuhkan penguasaan mereka dengan bersoal jawab dengan murid berkaitan tajuk dan latihan di rumah. Selain itu, nada suara saya yang sesuai dan lantangjuga memudahkan murid-murid di dalam kelas saya dapat mendengar dengan jelas seterusnya membantu pemahaman murid saya terhadap apa yang saya sampaikan. Hal ini akan memberi kesan yang baikkepada tumpuan dan fokus murid terhadap P&P saya. Di samping itu juga, murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada saya. Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian set induksi saya. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian saya berkenaan isi pelajaran. 1.2KELEMAHAN Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan set induksi dalam tugasan micropengajaran kali ini ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah saya buat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan set induksi tidak seiring. Masa yang saya rancangkan sebenarnya 5 minit tetapi melihat balik rakaman yang dibuat, set induksi saya hanya guna masa 4 minit 20 saat sahaja. Kelemahan dan kekurangan yangseterusnya ialah persembahan saya semasa menjalankan proses pengajaran ialah kadang-kadang terkeluar loghat kelantan. Latihan yang diberi terlalu senang menyebabkan pelajar dapat menghabiskan latihan dengan cepat menyebabkan saya terpaksa mengadakan aktiviti lain bagi mengisi masa yang masih ada. 3.3LANGKAH MENGATASI Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan lagi supaya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran saya pada masa yang akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan micro pengajaran kali ini, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa dan bahasa semasa menyampaikan pelajaran di dalam kelas. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketepatan masa perlu diikut bagi melancarkan proses P&P. Sebagai orang Kelantan dan bercakap bahasa loghat Kelantan setiap hari, sudah tentu untuk mengubah cara bercakap bukan perkara yang senang. Saya akan cuba sedaya upaya untuk berlatih bercakap bahasa Malaysia terutama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mengenai latihan yang cepat di jawab oleh murid, saya menyangka mereka susah untuk menjawab tetapi mereka dapat menjawab dengan mudah, lain kali saya akan memberi latihan yang lebih susah bagi mencabar minda mereka untuk berfikir. Di samping itu juga, proses pengajaran yang menggunakan perisian multimedia amat menyeronokkan kerana saya lebih cenderung belajar secara kendiri tanpa gangguan daripada rakan yang lain.Itulah sebab saya memilih mengakses maklumat dengan perisian multimedia.Semangat fasilitator (guru) serta rakan sebaya saya yang sentiasa sedia membantu jika saya menghadapi masalah memberi keyakinan kepada saya dalam proses pembelajaran yang saya lalui.Saya akan sentiasa berusaha untuk mencuba mengakses maklumatdaripada internet atau sumber yang lain atas usaha saya sendiri.Copy and WIN :http://bit.ly/copynwin

CONTOH REFLEKSI 1 Saya telah melaksanakan aktiviti kumpulan. Ini merupakan kali pertama saya melakukan kaedah ini. (PERISTIWA) Saya gembira dan berpuas hati kerana aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua pelajar melibatkan diri secara aktif. Arahan dipatuhi dan terdapat pelajar menyumbang idea dan pendapat yang bernas. (PERASAAN) Saya memulakan pengajaran dengan membahagi kelas kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan. Saya memberi tajuk yang sesuai untuk dibincangkan. Saya menjelaskan langkah- langkah dan peraturan yang perlu dipatuhi. Saya rasa saya telah bertindak sebagai fasilitator yang berkesan. (MENILAI/MENGANALISIS) Saya menyedari kini semua pelajar mempunyai potensi dan guru harus menggilap potensi mereka. (HARAPAN/KESEDARAN BARU) Untuk pengajaran di masa hadapan, saya bercadang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar, yang mampu merangsang pemikiran pelajar seperti forum, projek, perbahasan. (CADANGAN/TINDAKAN)

CONTOH REFLEKSI 2 Saya amat kecewa kerana gagal memberi penerangan dengan Berkesan disebabkan murid di belakang kelas yang agak bising. (PERASAAN) Walaupun saya menyediakan BBM, tapi ia gagal menarik perhatian murid. Mungkin BBM tersebut tidak menarik. Atau mungkin ia kurang jelas (disebabkan penggunaan warna yang kurang sesuai) bagi murid di belakang kelas. Untuk mengawal kelas saya telah mengetepikan BBM dan menyuruh murid menyalin nota di papan kapur ke dalam buku catatan mereka. (ANALISIS DAN KESEDARAN) Pada masa akan datang saya akan membina BBM yang bukan sahaja cantik bahkan menitikberatkan aspek warna yang digunakan agar dapat menarik perhatian murid. Saya juga akan meminta pandangan dan nasihat rakan dan guru pembimbing. (CADANGAN/TINDAKAN)Copy and WIN :http://bit.ly/copynwin