Refleksi Keseluruhan WAJ

download Refleksi Keseluruhan WAJ

of 5

Transcript of Refleksi Keseluruhan WAJ

  • 7/28/2019 Refleksi Keseluruhan WAJ

    1/5

    REFLEKSI KESELURUHAN

    Pada semester ini merupakan tahun kedua semester kelima saya berada di

    Intitut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang dan bagi semester ini saya dikehendaki

    untuk mengikuti satu kursus yang agak berat berbanding semester yang sebelum ini

    iaitu kursus WAJ 3112 Kokurikulum- Olahraga. Kursus ini telah dikelolakan dan

    dibimbing oleh pensyarah Jabatan Pengajian sosial iaitu Encik Abdul Jaleel Bin

    Hakeem. Tamabahan lagi, kursus ini saya rasakan sangat menarik dan mempunyai

    aspek yang menyeluruh sebagai persediaan awal untuk ke sekolah kelak.

    Kursus ini melibatkan projek dan amali iaitu projek utama berkenaan dengan

    pengurusan kejohanan balapan dan padang atau (KOT) di IPG Kampus Pulau Pinang.

    Bagi saya sendiri tugasan projek bagi kursus ini merupakan satu cabaran besar bagi

    saya dan rakan- rakan semester 5 kerana ini merupakan kali pertama buat kami semua

    untuk menguruskan salah satu acara yang besar- besaran di peringkat IPG.

    Namun saya yakin di sebalik setiap cabaran dan dugaan yang diberikan sebagai

    galakan untuk saya supaya lebih berusaha dengan lebih kuat. Nabi Muhammad saw

    juga pernah bersabda sesungguhnya bagi tiap- tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi

    umatku adalah harta(riwayat al- tarmizi).maka saya perlu menggunakan sepenuhnya

    peluang dan tugasan ini sebagai landasan dan jalan untuk saya menimba lebih banyak

    ilmu baru dan pengalaman yang berharga berkenaan dengan pengurusan dan

    pengelolaan kejohanan sukan balapan dan padang setelah bergelar guru kelak.

    Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT yang memudahkan urusan hambanya,

    sesi pengurusan dan pengelolaan Kejohahan Balapan dan Padang pada kali ini telah

    berjalan dengan lancar dan baik hasil daripada usaha penat lelah daripada semua

    pelatih guru PISMP semester 5 yang berusaha keras untuk menyelesaikan projek

    tugasan kursus ini.Bagi saya sendiri saya berasa sangat berpuas hati dan berasa sangat bersyukur

    kerana bukan hanya berjaya menyelesaikan satu projek tugasan kursus yang besar,

    malah berjaya menimba ilmu dan pengetahuan baru serta pengalaman baru

    terutamanya berkenaan dengan pengurusan perasmian, perbarisan dan juga

    persembahan yang telah ditugaskan.

  • 7/28/2019 Refleksi Keseluruhan WAJ

    2/5

    Selain itu, bagi kursus ini setiap kuliah yang dijalankan merupakan kuliah dalam

    bentuk amali, hal ini kerana sepanjang sesi pembelajaran kursus ini saya dan rakan-

    rakan banyak didedahkan dengan teknik- teknik dan cara- cara untuk melakukan dan

    menjalakan acara balapan dan acara padang berkenaan dengan langkah melakukan,

    teknik, strategi, peraturan serta ansur maju yang boleh dilakukan kepada murid- murid

    di sekolah bagi setiap acara balapan dan padang supaya dapat memastikan murid-

    murid dapat menguasai dan melakukan acara balapan dan padang dengan baik dan

    menggunakan teknik yang betul.

    Tambahan lagi, saya berasa sangat bersyukur dan bertuah kerana melalui sesi

    pembelajaran secara amali dalam kursus ini banyak membantu saya untuk lebih mahir

    dalam penguasaan teknik dan kemahiran untuk melakukan dan melaksanakan setiap

    acara padang dan balapan. Hal ini kerana melalui sesi pembelajaran dalam kursus ini

    saya dan rakan- rakan telah didedahkan dengan penuh terperinci dan jelas berkenaan

    dengan kemahiran dan teknik yang betul bagi setiap acara padang dan balapan kerana

    saya dan rakan- rakan telah didedahkan dari satu langkah ke satu langkah mengikut

    aturan ansur maju yang sangat membantu saya dan rakan- rakan dapat menguasai

    dengan baik kemahiran yang telah diajarkan.

    Tambahan lagi, saya juga berasa sangat bersyukur dan bertuah kerana

    mempunyai rakan- rakan dan pensyarah pembimbing yang sangat prihatin serta

    sentiasa menjawab persoalan yang dikemukakan sepanjang sesi kuliah amali

    berlangsung. Hal ini sangat membantu saya dan rakan- rakan lebih mudah memahami

    dengan konkrit ilmu yang disampaikan. Tidak dilupakan juga dengan jasa rakan- rakan

    kelas sepanjang sesi kursus ini berjalan saya berasa sangat bersyukur kerana

    mempunyai rakan- rakan yang sangat prihatin dan sentiasa murah hati untuk berkongsi

    ilmu, selaras dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang mengatakan bahawa

    sampaikan ilmu walaupun sepatah ayat.

    Sesi kuliah yang telah dijalankan berbentuk amali yang dilakukan oleh saya dan

    rakan- rakan yang melibatkan pengajaran berkenaan dengan setiap acara balapan dan

    acara padang seperti larian, lompat tinggi, lompat jauh, lari berganti- ganti dan lain- lain.

  • 7/28/2019 Refleksi Keseluruhan WAJ

    3/5

    Saya berasa sangat lega kerana waktu jam yang telah diberikan untuk kursus ini

    mencukupi untuk menghabiskan semua jenis acara padang dan balapan dan melalui

    waktu dan usaha yang telah diberikan dan diperuntukkan membawa kepada

    penyelesaian sesi kuliah bagi kursus ini dengan lengkap.

    Seterusnya, melalui sesi kursus ini juga, saya dan rakan- rakan telah berpeluang

    untuk mengikuti dan menjalankan kursus kepegawaian teknikal KOAM. Saya

    merasakan bahawa melalui kursus kepegawaian ini menjadikan subjek WAJ3112 ini

    sangat mempunyai isi pelajaran yang sangat luas dan pelbagai kerana bukan hanya

    melibatkan pengurusan dan pengelolaan kejohanan balapan dan padang malah

    melibatkan kursus kepegawaian yang sekaligus menjadikan sesi perjalanan kursus ini

    menjadi satu kursus yang lengkap untuk para pelajar guru sebagai persediaan untuk

    pengurusan sukan di sekolah kelak.

    Melalui kursus kepegawaian ini menjadikan satu landasan untuk saya menimba

    banyak dan pelbagai ilmu pengetahuan baru dan pengalaman baru berkenaan dengan

    teknikal dan kepegawaian dalam acara padang dan balapan. Pelbagai ilmu baru yang

    telah dipelajari dan antara yang paling utama ialah berkenaan dengan pengiraan

    markah bagi setiap acara padang dan balapan.

    Bagi saya sendiri saya tidak begitu mahir dalam aspek ini dan menjadi satu

    kelemahan buat saya untuk melakukan penilaian dengan baik kerana saya sendiri tidak

    mempunyai minat dalam bidang yang melibatkan kiraan dan agak lambat dalam aspek

    pengiraan. Maka, hal ini menyebabkan saya berasa sangat sedih dan rendah diri saya

    sendiri untuk melakukan dan mengikuti kursus kepegawaian ini dengan bersemangat

    melakukan penilaian dengan baik.

    Namun, saya yakin walaupun diberikan dengan dugaan dan ujian, saya

    seharusnya lebih kuat dan tabah untuk menghadapinya seperti kata- kata hikmat

    "Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi,

    kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita

    pelangi yang indah.". kata kata ini sangat memberikan kekuatan kepada saya untuk

    lebih kuat menghadapi segala cabaran dan dugaan.

  • 7/28/2019 Refleksi Keseluruhan WAJ

    4/5

    Tambahan lagi, saya juga sangat bersyukur kerana mempunyai rakan- rakan

    yang sentiasa memberikan semangat dan galakan untuk saya supaya lebih kuat dan

    bersemangat dengan memberikan bimbinga dan kerjasama kepada saya sepanjang

    sesi kursus kepegawaian dan penilaian berlangsung.

    Saya yakin bahawa hubungan ikatan ukhwah yang kukuh dapat menguatkan lagi

    sesebuah organisasi dan agama islam juga sangat menyarankan persaudaraan yang

    erat sesama islam seperti dalam hadis 13 iaitu tidak sempurna iman kamu, jika kamu

    tidak menyayangi saudara kamu sepertimana kamu menyayangi diri kamu sendiri,

    saya berharap ikatan ukhwah ini akan berkekalan kerana saya berasa sangat bertuah

    kerana mempunyai rakan- rakan yang sangat baik hati.

    Tambahan lagi, melalui sesi pembelajaran subjek ini, saya dikehendaki untuk

    menyediakan rancangan pengajaran harian yang melibatkan acara padang atau acara

    balapan secara dalam kumpulan dan menjalankan pengajaran mikro. Melalui tugasan

    ini banyak membukan minda dan memberikan idea kepada saya dan rakan- rakan

    untuk mengajar dengan baik mengikut langkah dan kemahiran bagi setiap acara

    padang atau balapan.

    Bagi saya sendiri dalam kumpulan telah dikehendaki untuk menyediakan

    rancangan pengajaran harian dan pengajaran mikro bagi acara lontar peluru. Secara

    jujurnya, banyak pengetahuan baru yang telah diperolehi sepanjang menyelesaikan

    tugasan ini terutamanya berkenaan dengan perancangan aktiviti yang menarik yang

    melibatkan kemahiran dan teknik yang betul bagi acara lontar peluru. Hasil daripada

    kerjasama yang baik diberikan oleh setiap ahli kumpulan,

    Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik seperti yang telah

    dirancangkan. Tambahan lagi, melalui tugasan ini dapat membuka mata saya dan ahli

    kumpulan untuk menyediakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran

    dan teknik bagi sesuatu acara. Penilaian yang terakhir bagi kursus ini adalah terdapat

    penilaian berkenaan dengan pelaksanaan teknik dan langkah- langkah untuk

    melakukan sesuatu acara padang dan acara balapan.

  • 7/28/2019 Refleksi Keseluruhan WAJ

    5/5

    Saya dan rakan- rakan dikehendaki untuk melakukan acara lompat jauh, lontar

    peluru dan larian 100 meter dengan menggunakan teknik dan langkah yang betul hasil

    daripada sesi pembelajaran yang telah dilakukan dalam sesi kuliah sebelum ini.

    Hal ini sangat berguna dan sesuai dilaksanakan kerana bagi saya sendiri melalui

    penilaian ini dapat menilai tahap kefahaman guru pelatih berkenaan dengan teknik

    teknik bagi setiap acara padang dan balapan yang telah dipelajari di samping menjadi

    sebagai aktiviti pengukuhan kepada guru- guru pelatih setelah selesai melakukan sesi

    kuliah amali bersama pensyarah.

    Tambahan lagi, melalui penilaian ini dapat memberi peluang untuk saya

    mengingat semula setiap teknik- teknik dan kemahiran bagi setiap acara padang dan

    balapan yang telah dijalankan supaya tidak dilupakan begitu sahaja.

    Tidak dilupakan, melalui penilaian ini juga dapat dijadikan sebagai medan

    pemulihan dan medan penambahbaikan bagi pelatih guru yang masih belum begitu

    mahir dalam teknik- teknik dan kemahiran bagi setiap acara padang dan balapan. Maka

    melalui penilaian ini dapat dijadikan peluang untuk guru pelatih menambahbaik

    pengetahuan dengan lebih konkrit berkenaan dengan teknik dan kemahiran bagi setiap

    acara padang dan balapan.

    Secara keseluruhannya, saya berasa sangat lega dan bersyukur kerana telah

    berjaya menyelesaikan semua tugasan amali dan projek yang telah ditetapkan dalam

    tugasan bagi kursus WAJ3112 ini dengan baiknya. Saya berasa sangat bertuah kerana

    diberikan pensyarah pembimbing yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sentiasa

    berusaha untuk mempermudahkan urusan saya dan rakan- rakan sepanjang sesi kuliah

    dijalankan bagi Kursus ini.

    Tambahan lagi, saya juga berasa sangat bersyukur kerana sepanjang mengikuti

    kursus ini terlalu banyak ilmu pengetahuan baru yang diperolehi dan juga pengalaman

    yang sangat berharga diperolehi kerana kursus ini sangat padat dan lengkap dengan

    pelbagai aspek berkenaan dengan pengurusan sukan yang baik yang dapat digunakan

    setelah bergelar guru kelak.