Refleksi

2
Refleksi Saya bersyukur kerana telah diberikan ruang dan peluang yang bebas untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia Sehingga 1970 (SJH 1034) . Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing IPG Tuanku Bainun, En. Teh Koon Hoo, senior-senior, rakan-rakan dan pihak lain di atas tunjuk ajar dan bantuan yang telah diberikan. Mata pelajaran SJH 1034, Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia Sehingga 1970 dalam semester ini dianggap sebagai satu cabaran kepada saya. Hal ini disebabkan, Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia Sehingga 1970 merupakan satu mata pelajaran yang lebih kepada fakta-fakta dan saya harus mengeluarkan masa yang panjang supaya dapat memahami kursus tersebut dengan jelas. Walaupun tugasan ini dapat disiapkan tetapi dalam proses menyediakan tugasan tersebut dan banyak cabaran telah ditimbulkan tetapi masalah itu telah diselesaikan sengan sebaiknya atas bimbingan pensyarah, En. Teh Koon Hoo. Melalui tugasan ini, saya dapati bahawa pada zaman penjajah British telah terdapat banyak pembangunan infrastruktur dan sosial. Hal ini disebabkan, Kerajaan British telah membangunkan ekonomi Tanah Melayu dan berjaya menukarnya dari ekonomi sara diri kepada dwi-ekonomi. Iktibar yang diperolehi daripada dasar-dasar penjajah British ialah kita harus berpandangan jauh kepada sesuatu perkara. Penjajah Briish yang berpandangan jauh dengan menjajah Tanah Melayu supaya mereka boleh mendapatkan banyak keuntungan melalui ekonomi dagangan di Tanah Melayu. Selain itu, dalam tugasan ini, saya amat mengangumi terhadap kegigihan rakyat tempatan semasa mereka dipenjajah pleh kerajaan British. Walaupun zaman penjajah British yang bermonopoli segi ekonomi Tanah Melayu dan mengugat kebajikan dan kepentingan masyarakat tempatan tetapi masyarakat Tanah Melayu masih berusaha untuk meneruskan kehidupan mereka. Ketekunan masyarakat Tanah Melayu semasa berada di zaman penjajah British telah memberi iktibar kepada saya bahawa kita harus bersifat sabar terhadap masalah-masalah yang dihadapi supaya dapat menyelesaikannya dengan sistematik dan berkesan. Setelah menghabiskan essei ini, saya dapat mengambil iktibar bahawa kekayaan negara yang ada mestilah dimajukan dan dimanfaatkan untuk

Transcript of Refleksi

Page 1: Refleksi

Refleksi

Saya bersyukur kerana telah diberikan ruang dan peluang yang bebas untuk

menyiapkan tugasan kerja kursus Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia Sehingga 1970

(SJH 1034) . Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah

pembimbing IPG Tuanku Bainun, En. Teh Koon Hoo, senior-senior, rakan-rakan dan

pihak lain di atas tunjuk ajar dan bantuan yang telah diberikan.

Mata pelajaran SJH 1034, Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia Sehingga 1970

dalam semester ini dianggap sebagai satu cabaran kepada saya. Hal ini disebabkan,

Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia Sehingga 1970 merupakan satu mata pelajaran yang

lebih kepada fakta-fakta dan saya harus mengeluarkan masa yang panjang supaya

dapat memahami kursus tersebut dengan jelas. Walaupun tugasan ini dapat disiapkan

tetapi dalam proses menyediakan tugasan tersebut dan banyak cabaran telah

ditimbulkan tetapi masalah itu telah diselesaikan sengan sebaiknya atas bimbingan

pensyarah, En. Teh Koon Hoo.

Melalui tugasan ini, saya dapati bahawa pada zaman penjajah British telah

terdapat banyak pembangunan infrastruktur dan sosial. Hal ini disebabkan, Kerajaan

British telah membangunkan ekonomi Tanah Melayu dan berjaya menukarnya dari

ekonomi sara diri kepada dwi-ekonomi. Iktibar yang diperolehi daripada dasar-dasar

penjajah British ialah kita harus berpandangan jauh kepada sesuatu perkara. Penjajah

Briish yang berpandangan jauh dengan menjajah Tanah Melayu supaya mereka boleh

mendapatkan banyak keuntungan melalui ekonomi dagangan di Tanah Melayu.

Selain itu, dalam tugasan ini, saya amat mengangumi terhadap kegigihan rakyat

tempatan semasa mereka dipenjajah pleh kerajaan British. Walaupun zaman penjajah

British yang bermonopoli segi ekonomi Tanah Melayu dan mengugat kebajikan dan

kepentingan masyarakat tempatan tetapi masyarakat Tanah Melayu masih berusaha

untuk meneruskan kehidupan mereka. Ketekunan masyarakat Tanah Melayu semasa

berada di zaman penjajah British telah memberi iktibar kepada saya bahawa kita harus

bersifat sabar terhadap masalah-masalah yang dihadapi supaya dapat

menyelesaikannya dengan sistematik dan berkesan.

Setelah menghabiskan essei ini, saya dapat mengambil iktibar bahawa kekayaan

negara yang ada mestilah dimajukan dan dimanfaatkan untuk kemajuan negara. Jadi,

Page 2: Refleksi

setiap warganegara Malaysia harus mengamalkan konsep 1 Malaysia agar perpaduan

dan keharmonian negara sentiasa terjamin. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia harus

berganding bahu dan berusaha memajukan ekonomi supaya warga asing tidak

menguasai ekonomi negara kita.